1. LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 - 2022
TRANSISI TAHUN 1 SEKATa V 2022 1
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA AIR TAWAR 5,
81900 KOTA TINGGI
_______________________________
22 MAC 2022 – 14 APRIL 2022
2. LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 - 2022
TRANSISI TAHUN 1 SEKATa V 2022 2
1. Nama Program : Program Transisi Tahun 1
2. Tarikh : 21 Mac – 14 April 2022
3. Tempat : SK FELDA Air Tawar 5
4. Objektif :
4.1 Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika
kepada pendidikan formal.
4.2 Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
4.3 Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4.4 Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
serta pembelajaran.
4.5 Membantu murid mengurus diri sendiri.
4.6 Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya.
5. Sasaran : Semua murid tahun 1
6. Butiran aktiviti :
i. Fasa Penyesuaian (Minggu 1 dan 2)
Mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan.
Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran,
perbualan awal dan rehat
ii. Fasa Kesediaan (Minggu 3 dan 4)
Mengikut jadual Tahun 1
Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
Memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap
kesediaan murid dan kreativiti guru
Guru melaksanakan pelbagai kaedah PBD
7. Penilaian program :
3. LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 - 2022
TRANSISI TAHUN 1 SEKATa V 2022 3
7.1 Kekuatan program
7.1.1 Murid Tahun 1 melibatkan diri dengan aktif dan menunjukkan semangat
yang tinggi dalam menjayakan program.
7.1.2 Guru dapat mengenal pasti pencapaian murid dan dapat merancang kaedah
pdpc yang bersesuaian.
7.2 Kelemahan program
7.2.1 Masih terdapat murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira.
7.2.1 Aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana masalah teknikal. Guru
menggantikan aktiviti lain yang sesuai.
7.3 Cadangan penambahbaikan
7.3.1 Program intensif perlu dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
Tahun 1 terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
kerana terdapat murid yang masih tidak menguasai 3M.
7.3.2 Perancangan aktiviti perlu dibuat mengikut kesesuaian guru bagi
memastikan aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
7.3.3 Mempelbagaikan aktiviti hands-on bagi merangsang murid berinteraksi dan
bekerjasama.
7.3.4 Mempelbagaikan alatan dan bahan bantu mengajar bagi mengelakkan murid
bosan dengan bahan terhad.
7.3.5
8. Penutup
Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2022 ini telah berjalan dengan baik hasil kerjasama
daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/penjaga dapat menghantar
anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar di sekolah supaya mendapat
pendidikan awal secara menyeluruh. Program transisi yang dijalankan dalam masa yang
singkat ini diharapkan dapat memupuk sifat yakin dan berani dalam diri murid-murid tahun
satu terutama dalam pergaulan seharian.
4. LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 - 2022
TRANSISI TAHUN 1 SEKATa V 2022 4
Disediakan oleh; Disemak oleh;
.................................................. ..........................................
(AMIRA BINTI ALI ) (SARAH BINTI JAMINGAN)
Penyelaras GPK Pentadbiran
Program Transisi Tahun 1 SK FELDA Air Tawar 5
Disahkan oleh;
..................................................
(SAFARIN BIN ZAINAL)
Guru Besar
SK FELDA Air Tawar 5
LAMPIRAN