SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
1
ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL
1.0 Pengenalan
Pengurusan sisa pepejal merupakan satu keperluan dalam usaha untuk
melindungi alam sekitar dan menjamin kelestarian serta kualiti hidup masyarakat. Oleh
itu tidak hairanlah sekiranya pengurusan sisa pepejal dianggap sebagai isu global
kerana semua individu bertanggungjawab dalam penjanaan sisa pepejal yang dilakukan
setiap hari. Salah satu cabaran besar dalam kehidupan manusia dan masyarakat moden
khususnya di bandar ialah pengurusan persekitaran terutamanya pengurusan sisa
pepejal atau sampah sarap buatan manusia agar kualiti hidup terpelihara dan kehidupan
menjadi lebih selesa dan sejahtera.
Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia
yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal
adalah antara masalah utama yang di hadapi oleh kebanyakan bandar di negara
membangun (Hasnah, et.al, 2012). Manakala Seow dan Indera (2016) mentakrifkan sisa
pepejal sebagai sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana
tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir.
Sisa pepejal dapat dikategorikan kepada beberapa jenis antaranya adalah sisa
pepejal isi rumah, sisa pepejal import, sisa pepejal komersial, sisa pepejal keinstitusian,
sisa pepejal pembinaan, sisa pepejal perindustrian, sisa pepejal awam dan mana-mana
sisa yang ditetapkan dari semasa ke semasa (Laman Web Rasmi JPSPN, 2017).
Pengurusan sisa pepejal di Malaysia bukan sahaja dilakukan oleh pihak
berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah dan Majlis Pembandaran malahan turut
diswastakan dan dikendalikan oleh empat konsortium yang dilantik. Antara konsortium
yang telah dilantik ialah Alam Flora Sdn. Bhd yang beroperasi di Wilayah Tengah atau
Timur dan juga Nothern Waste Industries yang beroperasi di Wilayah Utara. Manakala
pengurusan sisa pepejal di Wilayah Selatan telah dikendalikan olen Southern Waste
Management dan Eastern Waste Management yang beroperasi di Malaysia Timur.
Penswastaan ini dilakukan dengan matlamat supaya perkhidmatan berkaitan
pengurusan sisa pepejal menjadi lebih cekap dengan kos perkhidmatan yang lebih
berkemampuan menggunakan jentera yang lebih cekap serta disokong oleh pekerja
yang berkemahiran tinggi (Utusan Online, 20 September 2011).
2
2.0 Isu Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia
2.1 Penjanaan Sampah Berterusan
Antara isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia yang dilihat semakin kritikal
adalah penjanaan sampah yang berterusan. Berdasarkan kepada Harian Metro (5
November 2016), dianggarkan bahawa setiap rakyat Malaysia telah menjana 1.5 kg
sampah setiap hari. Perkara ini merupakan suatu isu yang kritikal di mana
penjanaan setiap yang dihasilkan oleh seorang rakyat Malaysia dilihat semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan pula, penghasilan sisa pepejal dalam
kalangan rakyat Malaysia berlaku pada kadar yang membimbangkan di mana proses
penjanaan sisa pepejal berlaku dengan lebih pantas berbanding proses degradasi
bahan buangan (Aslina & Haliza, 2015). Perkara ini secara tidak langsung membawa
kepada masalah kekangan tapak pelupusan kerana jumlah tapak pelupusan yang
sedia ada dilihat tidak mampu untuk menampung jumlah sisa pepejal yang telah
dikutip.
2.2 Kekangan Tapak Pelupusan
Tapak pelupusan merupakan tempat pembuangan terakhir bagi sisa yang
dihasilkan dalam sesuatu kawasan. Kekurangan tanah yang sesuai untuk dijadikan
tapak pelupusan dilihat menjadi salah satu faktor yang menyumbangkan kepada isu
pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Tambahan pula, penimbunan sampah yang
berterusan yang berlaku akibat daripada kelemahan dalam sistem pengutipan
sampah menyebabkan sampah di tapak pelupusan bertambah banyak (Hasnah et
al, 2012). Selain itu, kebergantungan yang tinggi terhadap tapak pelupusan dalam
menguruskan sisa pepejal turut memberi kesan terhadap masalah kekangan tapak
pelupusan yang berlaku di negara kita. Hal ini berlaku kerana lebih kurang 95% sisa
dilupuskan di tapak pelupusan. Justeru, perkara ini dikhuatiri akan mendedahkan
negara kita kepada risiko tapak pelupusan sedia ada semakin cepat mencapai
jangka hayatnya. Lebih membimbangkan lagi, perkara ini dijangka akan
meningkatkan lagi pembebasan gas rumah hijau kepada 50% menjelang tahun 2020
(Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara).
3
2.3 Ketidakcekapan Syarikat Konsesi
Isu pengurusan sisa pepejal ini juga turut dipengaruhi oleh
ketidakcekapan syarikat konsesi dalam mengendalikan pengurusan sisa pepejal
seperti yang telah ditetapkan. Ketidakcekapan ini dapat dilihat dari segi
pengutipan di mana masa kutipan yang telah ditetapkan tidak mematuhi jadual
yang ditetapkan. Hal ini akan menyebabkan sisa pepejal yang dibiarkan
terkumpul dalam tempoh masa yang lama menjadi berbau dan menarik
perhatian haiwan perosak yang boleh membawa penyakit. Selain itu juga, air
larut resap yang meleleh di sepanjang jalan semasa pengangkutan atau pada
kenderaan turut mencerminkan ketidakcekapan syarikat konsesi dalam
menguruskan kenderaan yang digunakan semasa pengutipan dijalankan.
Lebih memburukkan lagi, sisa pepejal yang bertaburan semasa proses
pengutipan dilakukan memberi kesan negatif terutamanya dari segi kebersihan
secara tidak langsung akan menyumbangkan kepada pencemaran bau dalam
kawasan setempat. Senario ini memberi gambaran bahawa sistem pengutipan
dan pembuangan sisa pepejal di Malaysia yang tidak sistematik serta teratur
menyebabkan sisa tidak dibuang dengan betul ke dalam tong yang disediakan
melimpah ke jalan raya (Pattnaik dan Reddy, 2010). Taburan sampah juga
disebabkan oleh penggunaan kenderaan yang tidak sesuai semasa menjalankan
proses pengutipan di mana terdapat kenderaan yang dikhaskan bagi mengutip
sisa isi rumah dan juga kutipan bahan kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun.
Penggunaan kenderaan yang tidak sesuai ini menyebabkan kenderaan tersebut
tidak dapat menampung sisa pepejal yang telah diangkut dengan sebaiknya
lantas mengakibatkan berlaku keciciran sisa semasa kenderaan tersebut
beroperasi.
Foto 1: Penggunaan kenderaan yang sesuai dengan kutipan bahan sisa
Sumber:Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa
Pepejal Negara
4
3.0 Punca Berlaku Isu Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia
3.1 Proses Urbanisasi dan Pembangunan yang Pesat
Pertumbuhan penduduk yang tinggi dan digabungkan dengan pertumbuhan
yang pesat penduduk bandar telah meningkatkan penghasilan sisa pepejal dan
perubahan dalam komposisi sisa. Pernyataan ini dilihat mempunyai perkaitan
dengan pendapat Zamali Tarmudi, Mohd Lazim & Abu Osman (2009) yang
menyatakan bahawa kuantiti sisa pepejal yang dijana setanding dengan jumlah
penduduk yang menghuni sesuatu kawasan. Zamali turut menambah bahawa
purata sisa pepejal yang dihasilkan adalah 760,000 tan per hari sisa pepejal
pada tahun 2009. Oleh itu dapat dilihat bahawa pertumbuhan penduduk
terutamanya di kawasan bandar yang mengalami proses urbanisasi yang pesat
memberi pengaruh yang besar terhadap isu pengurusan sisa pepejal.
3.2 Sikap Masyarakat
Selain itu juga, penjanaan sisa pepejal yang berterusan juga turut
dipengaruhi oleh faktor sikap sesebuah masyarakat itu sendiri di mana
pengamalan gaya hidup yang kurang mesra alam. Justeru, perkara ini memberi
kesan terhadap pengurusan sisa pepejal terutamanya dalam sisa pepejal isi
rumah yang dihasilkan. Hal ini disebabkan oleh masyarakat itu sendiri yang
kurang peka malah memandang enteng terhadap isu pencemaran alam sekitar
yang berlaku. Tambahan pula, kekurangan pengetahuan mengenai pengurusan
sisa pepejal juga turut menjadi salah satu punca yang membawa kepada sikap
dan tabiat tidak endah masyarakat dalam mengamalkan kitar semula. Oleh itu,
dapat dilihat bahawa sikap masyarakat juga turut menjadi salah satu punca yang
meyumbang kepada berlakunya isu dalam pengurusan sisa pepejal dan sikap
tersebut perlu diubah bagi menjamin kelestarian alam. Pernyataan ini disokong
dengan pendapat Hasnah et al.,(2012), yang menyatakan bahawa jumlah sisa
pepejal boleh dikurangkan sekiranya masyarakat mengubah kebiasaan dan gaya
hidup mereka kepada lebih peka terhadap alam sekitar serta mengurangkan
beban ekonomi berkaitan sistem pengurusan sisa pepejal.
5
3.3 Kekangan Sumber Kewangan
Sumber kewangan merupakan salah satu faktor utama yang memainkan
peranan yang signifikan dalam keberhasilan pengurusan sisa pepejal yang baik.
Oleh itu, kekangan dalam sumber kewangan turut memberi impak yang besar
terhadap isu pengurusan sisa pepejal di mana kos yang sangat tinggi diperlukan
bagi menjamin keberkesanan dalam proses pengurusan sisa pepejal.
Keterbatasan modal menyebabkan pihak berkuasa tempatan sukar untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dari segi guna tenaga,
operasi, kenderaan dan juga peralatan. Hal ini disebabkan oleh penggunaan kos
yang terlalu tinggi diperlukan bagi menjalankan operasi pengurusan sisa pepejal
bermula dari kutipan, pengumpulan sehingga kepada pengangkutan sampah ke
tapak pelupusan. Pernyataan ini turut diperkuatkan lagi menerusi hujah Haliza
(2016) yang menyatakan bahawa kutipan dan pengangkutan sisa pepejal
merangkumi kira-kira 60% jumlah peruntukan kewangan yang dibelanjakan bagi
menguruskan sisa pepejal. Hal ini juga turut diperakui oleh Uzir Abdul Malik
(2000) dalam Hasnah et al., (2010) yang menyatakan bahawa kerja pelupusan
sampah sarap dalam pengurusan sisa pepejal pembandaran menelan belanja
yang lebih tinggi berbanding dengan kerja pengutipan. Walaupun pihak berkuasa
tempatan memerlukan kos yang tinggi bagi menjamin kecekapan pengurusan
sisa pepejal, namun caj atau cukai tahunan yang dikenakan terhadap penduduk
bandar terutamanya tidak boleh dikenakan pada kadar yang terlalu tinggi. Hal ini
disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang lazimnya akan membuat
aduan sekiranya bayaran caj atau cukai tahunan yang dikenakan terlalu tinggi
sedangkan perkhidmatan yang disediakan tidak memuaskan (Irina Safitri Zen
dalam Hasnah et al., 2012).
6
4.0 Kesan Berlaku Masalah Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia
4.1 Impak terhadap Alam Sekitar
Kepincangan dalam pengurusan sisa pepejal memberikan kesan negatif
terhadap alam sekitar dengan menghasilkan pencemaran. Sisa yang mengalir ke
dalam sungai yang berpunca daripada air lelehan dari tapak pelupusan yang
berhampiran menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini kerana air lelehan
tersebut mengandungi pelbagai bahan pencemar khususnya logam berat seperti
Magnesium (Mg), Zink (Zn), Kuprum (Cu) dan Plumbum (Pb) (Zaini et al., 2010).
Senario ini dapat dilihat menerusi Indeks Kualiti Air Sungai Pajam yang terletak di
Pajam, Negeri Sembilan yang berada dalam lingkungan 32% hingga 51% (Zaini et
al., 2010). Indeks ini jelas menunjukkan bahawa air yang mengairi Sungai Pajam
tersebut telah dicemari dengan bahan kimia kerana kedudukannya yang berdekatan
dengan tapak pelupusan. Pencemaran air yang berlaku ini sememangnya akan
memberi kesan yang tidak diingini terhadap ekosistem dan juga turut mengancam
spesies haiwan akuatik yang menghuni sungai atau tasik yang berdekatan dengan
tapak pelupusan sampah tersebut. Tambahan pula, fungsi sungai tersebut yang
bertindak sebagai sumber minuman kepada penduduk setempat akan mendedahkan
mereka kepada pelbagai penyakit yang berbahaya.
Selain itu juga, pencemaran juga boleh berlaku disebabkan oleh pengurusan
sisa pepejal yang tidak efektif seperti berlakunya pembakaran terbuka. Pembakaran
terbuka yang dilakukan oleh masyarakat membuktikan bahawa pengurusan sisa
pepejal di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang tidak memuaskan lantas
membawa kepada pencemaran udara. Hal ini kerana, masyarakat masih kurang lagi
pengetahuan dalam mengendalikan sisa pepejal isi rumah khususnya dengan tidak
mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan kitar semula. Ditambah pula dengan
ketidakcekapan syarikat konsesi dan pihak berkuasa tempatan dalam menjalankan
pengutipan sisa pepejal, kebanyakan masyarakat mengambil jalan mudah dengan
melakukan pembakaran sisa secara terbuka. Perkara ini memberikan kesan toksik
yang akhirnya menyebabkan kawasan hijau di kawasan sekeliling mati dan layu.
7
Seterusnya, kejadian banjir yang berlaku juga turut dipengaruhi oleh
ketidakcekapan pengurusan sisa pepejal. Kejadian banjir ini lazimnya disebabkan
oleh sistem saliran seperti longkang dan parit yang dipenuhi dengan sampah.
Walaupun terdapat perangkap sampah yang diletakkan bagi memerangkap sampah
tersebut, namun penyelenggaraan yang tidak dilakukan mengakibatkan sisa pepejal
yang terperangkap tersebut terus terkumpul sehingga menyekat aliran air lantas
menyebabkan air bertakung.
4.2 Impak terhadap Manusia
Selain itu juga, pengurusan sisa pepejal yang tidak efektif juga turut memberi
kesan kepada manusia secara tidak langsung. Hal ini kerana pengurusan sisa
pepejal yang tidak teratur dilihat menarik perhatian vektor pembawa penyakit seperti
nyamuk aedes, tikus dan lipas. Akibatnya, persekitaran fizikal menjadi tidak sihat
bukan sahaja dari pandangan luar malah mewujudkan kesan sampingan lain seperti
mendatangkan penyakit dan mengganggu kesihatan manusia (Hasnah et al., 2012).
Tambahan pula, longgokan sisa pepejal yang dibiarkan dalam tempoh yang lama
mengakibatkan jumlah haiwan dan serangga tersebut meningkat. Justeru, pelbagai
penyakit telah disebarkan dengan kehadiran vektor pembawa penyakit tersebut.
Misalnya, kewujudan air bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk aedes lantas
meningkatkan kadar penyakit demam denggi terhdap manusia. Manakala kehadiran
haiwan seperti tikus dan lipas bertindak menyebarkan penyakit yang berbahaya
seperti Leptospirosis atau dikenali sebagai kencing tikus dan juga Salmonella yang
disebabkan oleh kehadiran bakteria.
8
5.0 Penyelesaian terhadap Isu Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia
Demi menjamin kesejahteraan dan kebersihan alam sekitar, pelbagai usaha
telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam isu pengurusan sisa
pepejal di Malaysia ini. Justeru, pengawalan secara perundangan dan bukan
perundangan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di
Malaysia.
5.1 Pengawalan secara perundangan.
Pengawalan secara perundangan dapat dilihat menerusi penguatkuasaan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan juga kerajaan
bagi mengawal stindak tanduk pelbagai pihak dalam menguruskan sisa pepejal.
Pengawalan secara perundangan ini merupakan salah satu mekanisme dalam
mengatasi isu ini kerana undang-undang atau polisi merupakan suatu instrumen
bagi kerajaan untuk menyokong program pengurusan sisa yang lebih baik.
Misalnya Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan set undang-undang
yang komprehensif yang mengandungi pembahagian yang asas kepada semua
aktiviti yang berkaitan untuk mengawal alam sekitar (Zaini et al.,2010). Selain itu,
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1977 iaitu Seksyen 42 juga turut menyatakan
bahawa sisa pepejal tidak boleh dibuang tanpa kebenaran. Manakala menerusi
Seksyen 46, mana-mana individu tidak dibenarkan untuk membuang sisa dari
dapur, taman dan kegiatan perdagangan di kawasan awam. Dari segi
pengurusan operasi tapak pelupusan juga turut diambil kira dalam Seksyen 34A,
bahagian 18(b) dan 18(c) yang menggariskan kepentingan untuk mempunyai
sistem kawaln yang efektif terhadap air lelehan di tapak pelupusan (Zaini et
al.,2010). Perkara ini amat penting bagi mengurangkan pencemaran air dan
udara di kawasan yang berdekatan dengan tapak pelupusan sampah.
9
5.2 Pengawalan bukan perundangan
Isu pengurusan sisa pepejal bukan sahaja terhad kepada operasi tapak
pelupusan dan kawalan secara perundangan sahaja. Kaedah bukan
perundangan juga merupakan salah satu strategi yang akan memberikan kesan
dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu pengurusan sisa
pepejal. Antara usaha yang telah dilakukan dalam menyelesaikan masalah isu
pengurusan sisa pepejal adalah dengan mengadakan kempen kitar semula bagi
membuka mata masyarakat mengenai isu alam sekitar. Hal ini kerana kitar
semula merupakah salah satu langkah yang efektif dalam mengurangkan jumlah
sisa pepejal yang akan dilupuskan dan juga yang boleh mendatangkan
keuntungan (Zaini, 2008 dalam Zaini et al.,2010). Bagi menyokong usaha
pengitaran semula dalam kalangan rakyat Malaysia, kerajaan telah membina
pusat pengumpulan kitar semula di seluruh negara di mana pada tahun 2002,
sebanyak 170 pusat pengumpulan kitar telah dibina bagi memudahkan lagi
masyarakat Malaysia untuk menghantar sisa pepejal yang boleh dikitar semula
dan secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk melakukan amalan
pelestarian alam secara berterusan (Zaini, 2003). Tambahan pula, amalan kitar
semula ini dapat mengurangkan penjanaan sampah terhadap kawasan tapak
pelupusan lantas mengurangkan masalah pengurusan sisa pepejal yang
semakin kritikal di negara kita.
Bagi meningkatkan keberkesanan kempen kitar semula ini, pendidikan
mengenai sisa pepejal perlu diberikan kepada seluruh lapisan masyarakat
supaya mereka dapat mengenal pasti jenis dan kategori sisa pepejal yang
terdapat di kawasan sekitar mereka. Hal yang demikian akan memudahkan lagi
masyarakat untuk melakukan pengasingan terhadap sisa pepejal yang boleh
dikitar semula seperti kaca, tin, kertas dan plastik. Dalam usaha bagi
meningkatkan kesedaran orang ramai, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah
memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat melalui pengedaran
majalah, buku dan jurnal supaya masyarakat dapat maklumat yang sebenar
mengenai isu sisa pepejal di Malaysia (Zaini et al., 2010).
10
Di samping itu juga, pendidikan juga turut memainkan peranan dalam
menerapkan perasaan cinta akan alam sekitar dengan mendedahkan kepada
murid mengenai kepentingan alam sekitar.Pernyataan ini turut disokong oleh
Tamby Subahan et al. (2010) yang menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran perlu dijalankan secara berterusan secara formal dan informal bagi
meningkatkan lagi pengetahuan, sikap dan amalan murid. Justeru, dapat
disimpulkan bahawa penglibatan dari semua pihak sama ada pihak kerajaan
mahupun swasta adalah penting dalam menjayakan usaha kerajaan supaya
alam sekitar dapat dipelihara dengan sebaiknya untuk generasi akan datang.
Bagi mengatasi masalah dalam isu pengurusan sisa pepejal, kecekapan
kawalan operasi di tapak pelupusan juga turut dipertingkatkan. Antaranya adalah
dengan melaksanakan kaedah penimbusan dan menggunakan pelapik tanah.
Dengan adanya pelapik tanah, maka bahan pencemar yang terdapat dalam sisa
pepejal dapat dipisahkan daripada tanah di tapak penimbusan sisa tersebut
(Zaini et al., 2010). Ini bermakna pelapik tanah tersebut bertindak secara fizikal
untuk menyekat pengaliran keluar air lelehan sisa terkumpul daripada mengali ke
kawasan sekitar. Antara contoh kawasan tapak pelupusan yang menggunakan
sistem pelapik tanah penimbusan ini ialah tapak pelupusan Bukit Nanas di
Negeri Sembilan di mana pelapik tersebut terdiri daripada tanah atau lumpur
padat berketebalan satu meter yang digunakan bersama bahan lain seperti 2mm
High Density Poly-Ethylene Geomembrane (Zaini et al.,2010). Longkang dan
kolam takungan juga turut dibina bagi menakung air lelehan di tapak pelupusan.
Foto 2. Kolam yang digunakan untuk menakung air lelehan di kawasan tapak pelupusan
di Bukit Nanas.
11
5.3 Penyelidikan dan Pembangunan
Seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa kini,
penyelidikan dan pembangunan merupakan salah satu cara yang efektif dalam
menyelesaikan masalah pengurusan sisa di Malaysia. Antara hasil penyelidikan
dan pembangunan yang dilihat memberikan impak yang positif dalam
mengurangkan sisa pepejal adalah penciptaan mesin pengasingan sisa pepejal
pertama di Malaysia. Mesin yang diberi nama Affordable Waste Management
and Treatment yang telah dicipta oleh Pengurus Besar Kitar Pro Management,
Tengku Fadhli Hamzah mampu mengasingkan bahan kitar semula seperti botol,
kaca, plastik dan sisa makanan yang mampu ditukarkan daripada bahan bio jisim
kepada bahan bakar alternatif (Berita Harian, 18 Januari 2017). Hasil daripada
penciptaan mesin tersebut, sebanyak 75 peratus daripada 100 tan sampah yang
dibuang di tapak pelupusan sampah tersebut berjaya ditukarkan kepada bahan
kitar semula atau bahan bio jisim bagi kegunaan industri dalam bentuk bahan
bakar alternatif. Tambahan pula, mesin tersebut dilihat dapat mengurangkan sisa
sampah di tapak pelupusan, sekaligus menjimatkan ruang dan dapat digunakan
untuk jangka panjang.
Foto 3:Keratan akhbar mengenai Mesin Pengasingan Sisa Pepejal
Sumber:Berita Harian, 18 Januari 2017
12
5.0 Penutup
Usaha dalam melestarikan alam sekitar ini merupakan tanggungjawab bersama
di mana semua pihak perlulah berganding bahu dalam melakukan pemuliharaan dan
pemeliharaan terhadap alam sekitar dan salah satu daripadanya adalah melalui
pengurusan sisa pepejal yang berkesan. Hal ini kerana Bumi ini merupakan pinjaman
kepada generasi sekarang daripada generasi yang akan datang. Oleh itu Bumi ini
perlulah dipelihara dengan sebaik mungkin agar generasi akan datang dapat menikmati
keindahan dan terus berusaha untuk mengekalkan khazanah yang terdapat pada Bumi
ini.
13
RUJUKAN
Aslina Ismail dan Haliza Abdul Rahman. (2015). Pengetahuan dan Amalan Pengurusan Sisa
Pepejal Dalam Kalangan Masyarakat di Taman Mesra dan Taman Bakti Kota Bharu,
Kelantan. Geografia.(3)(2):14-27.
Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim dan Sarifah Yaacob. (2012).
Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi
rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space.
(8)(5):64-75.
Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Diakses pada 17 Jun 2017
daripada http://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/.
Nur Lela Zulkipli dan Garret Dawum. (5 November 2016). Jana 1.5 kg Sampah Seorang.
Harian Metro. Ms 32-33.
Pattnaik, S. & Reddy, M. V. (2010). Assessment of municipal solid waste management in
Puducherry (Pondicherry), India. Resources, Conservation and Recycling, 54: 512-520.
Seow Ta Wee dan Indera Syahrul Mat Radzuan. (2016). Sikap Mayarakat terhadap
Program Kitar Semula : Kajian Kes di daerah Batu Pahat, Johor. Journal of
Techno-Social. 75-86.
Tamby Subahan Mohd Meerah, Lilia Hali & Thiagarajan Nadeson (2010). Environmental
citizenship: what level of knowledge, attitude,skill and participation the studennts own?
Procedia Social and Behavioral Sciences 2: 5715-5719.
Utusan Online. 20 September 2011. Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Dimuktamad.
Diakses pada 18 Jun 2017 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&se
c=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm.
Zaini Sakawi, Mohd Hairimi Mohd Ali, Katiman Rostam dan Abd Rahim Md Nor. (2010). Impak
Pengurusan Tapak Pelupusan ke Atas Kualiti Air Sungai di Malaysia: Iktibar dari
14
Pengalaman Tapak Pelupusan Pajam dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan. Malaysian
Journal of Society and Space. (6)(1):50-59.
Zaini Sakawi (2003) Pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Adakah insinerator penyelesai
terbaik? Prosiding Persidangan Kebangsaan Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan
dan Persekitaran, pp. 509-524. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Zamali Tarmudi, Mohd Lazim Abdullah, Abu Osman Md Tap (2009) An overview of municipal
solid wastes generation in Malaysia. Jurnal Teknologi 51 (F), 1–15.

More Related Content

What's hot

PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMevelyn_01
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikEve93Ooi
 
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarFungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarMohd Alfathi
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkahjayadarshu
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanAfifi Malaysia
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020Lala Aliron
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikNikky Charloutee
 
PENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITARPENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITARMeera Zaheed
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam Miss Jia
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING NurZahidah22
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaKamarularnizam
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIAsmawi Abdullah
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikJASONYAPMUNHONG
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 

What's hot (20)

PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksik
 
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandarFungsi petempatan bandar dan luar bandar
Fungsi petempatan bandar dan luar bandar
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
PENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITARPENDUDUK & ALAM SEKITAR
PENDUDUK & ALAM SEKITAR
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Luluhawa
LuluhawaLuluhawa
Luluhawa
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 

Similar to pengurusan sisa pepejal

Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Sisubalan Selvan
 
Strategi pengurusan tapak pelupusan sisa dan kesan terhadap 1
Strategi pengurusan tapak pelupusan sisa dan kesan terhadap 1Strategi pengurusan tapak pelupusan sisa dan kesan terhadap 1
Strategi pengurusan tapak pelupusan sisa dan kesan terhadap 1shaheraghani
 
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi Rekka Jayagogolan
 
Pencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit rajaPencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit rajadiedieku
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Engku Fatin
 
Tajuk 7 -Isu-isu Sektor Pertanian.pptx
Tajuk 7 -Isu-isu Sektor Pertanian.pptxTajuk 7 -Isu-isu Sektor Pertanian.pptx
Tajuk 7 -Isu-isu Sektor Pertanian.pptxnhjtytpkp7
 
LMCP 1532: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532: PEMBANGUNAN BANDAR MAPANLMCP 1532: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532: PEMBANGUNAN BANDAR MAPANAtillah sani
 
Kitar Semula
Kitar SemulaKitar Semula
Kitar Semulaapochee
 
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Sisubalan Selvan
 
Kehilangan Air di Malaysia
Kehilangan Air di MalaysiaKehilangan Air di Malaysia
Kehilangan Air di MalaysiaNizam Zan
 
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsunikhwanecdc
 
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptxSKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptxILKKM SG BULOH
 
Pemeliharaan kualiti air
Pemeliharaan kualiti air Pemeliharaan kualiti air
Pemeliharaan kualiti air Nur Syafika
 

Similar to pengurusan sisa pepejal (20)

Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
 
Strategi pengurusan tapak pelupusan sisa dan kesan terhadap 1
Strategi pengurusan tapak pelupusan sisa dan kesan terhadap 1Strategi pengurusan tapak pelupusan sisa dan kesan terhadap 1
Strategi pengurusan tapak pelupusan sisa dan kesan terhadap 1
 
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
 
Hilmi
HilmiHilmi
Hilmi
 
Pencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit rajaPencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit raja
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
 
Tajuk 7 -Isu-isu Sektor Pertanian.pptx
Tajuk 7 -Isu-isu Sektor Pertanian.pptxTajuk 7 -Isu-isu Sektor Pertanian.pptx
Tajuk 7 -Isu-isu Sektor Pertanian.pptx
 
LMCP 1532: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532: PEMBANGUNAN BANDAR MAPANLMCP 1532: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP 1532: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
 
SEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIANSEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIAN
 
Kitar Semula
Kitar SemulaKitar Semula
Kitar Semula
 
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
 
Kehilangan Air di Malaysia
Kehilangan Air di MalaysiaKehilangan Air di Malaysia
Kehilangan Air di Malaysia
 
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
8. persepsi penduduk terhadap banjir monsun
 
Folio geografi Form 3
Folio geografi Form 3Folio geografi Form 3
Folio geografi Form 3
 
Anea 3306 alam sekitar dan kesihatan
Anea 3306  alam sekitar dan kesihatanAnea 3306  alam sekitar dan kesihatan
Anea 3306 alam sekitar dan kesihatan
 
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptxSKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
 
Bandar kita TUGASAN TITAS
Bandar kita TUGASAN TITASBandar kita TUGASAN TITAS
Bandar kita TUGASAN TITAS
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Kesan pembandaran.ppt
Kesan pembandaran.pptKesan pembandaran.ppt
Kesan pembandaran.ppt
 
Pemeliharaan kualiti air
Pemeliharaan kualiti air Pemeliharaan kualiti air
Pemeliharaan kualiti air
 

More from safeqa

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
Perjuangan Menuntut KemerdekaanPerjuangan Menuntut Kemerdekaan
Perjuangan Menuntut Kemerdekaansafeqa
 
Tindak balas british penentangan terhadap gerakan anti penyerahan
Tindak balas british penentangan terhadap gerakan anti penyerahanTindak balas british penentangan terhadap gerakan anti penyerahan
Tindak balas british penentangan terhadap gerakan anti penyerahansafeqa
 
Bendera kebangsaan
Bendera kebangsaanBendera kebangsaan
Bendera kebangsaansafeqa
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsasafeqa
 
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6safeqa
 
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHTEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHsafeqa
 
Herbarium
HerbariumHerbarium
Herbariumsafeqa
 

More from safeqa (8)

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
Perjuangan Menuntut KemerdekaanPerjuangan Menuntut Kemerdekaan
Perjuangan Menuntut Kemerdekaan
 
Tindak balas british penentangan terhadap gerakan anti penyerahan
Tindak balas british penentangan terhadap gerakan anti penyerahanTindak balas british penentangan terhadap gerakan anti penyerahan
Tindak balas british penentangan terhadap gerakan anti penyerahan
 
Bendera kebangsaan
Bendera kebangsaanBendera kebangsaan
Bendera kebangsaan
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
Ydpa
YdpaYdpa
Ydpa
 
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
 
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAHTEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
TEMA DAN STANDARD KANDUNGAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
 
Herbarium
HerbariumHerbarium
Herbarium
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (8)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

pengurusan sisa pepejal

  • 1. 1 ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL 1.0 Pengenalan Pengurusan sisa pepejal merupakan satu keperluan dalam usaha untuk melindungi alam sekitar dan menjamin kelestarian serta kualiti hidup masyarakat. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya pengurusan sisa pepejal dianggap sebagai isu global kerana semua individu bertanggungjawab dalam penjanaan sisa pepejal yang dilakukan setiap hari. Salah satu cabaran besar dalam kehidupan manusia dan masyarakat moden khususnya di bandar ialah pengurusan persekitaran terutamanya pengurusan sisa pepejal atau sampah sarap buatan manusia agar kualiti hidup terpelihara dan kehidupan menjadi lebih selesa dan sejahtera. Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah utama yang di hadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun (Hasnah, et.al, 2012). Manakala Seow dan Indera (2016) mentakrifkan sisa pepejal sebagai sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir. Sisa pepejal dapat dikategorikan kepada beberapa jenis antaranya adalah sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal import, sisa pepejal komersial, sisa pepejal keinstitusian, sisa pepejal pembinaan, sisa pepejal perindustrian, sisa pepejal awam dan mana-mana sisa yang ditetapkan dari semasa ke semasa (Laman Web Rasmi JPSPN, 2017). Pengurusan sisa pepejal di Malaysia bukan sahaja dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah dan Majlis Pembandaran malahan turut diswastakan dan dikendalikan oleh empat konsortium yang dilantik. Antara konsortium yang telah dilantik ialah Alam Flora Sdn. Bhd yang beroperasi di Wilayah Tengah atau Timur dan juga Nothern Waste Industries yang beroperasi di Wilayah Utara. Manakala pengurusan sisa pepejal di Wilayah Selatan telah dikendalikan olen Southern Waste Management dan Eastern Waste Management yang beroperasi di Malaysia Timur. Penswastaan ini dilakukan dengan matlamat supaya perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa pepejal menjadi lebih cekap dengan kos perkhidmatan yang lebih berkemampuan menggunakan jentera yang lebih cekap serta disokong oleh pekerja yang berkemahiran tinggi (Utusan Online, 20 September 2011).
  • 2. 2 2.0 Isu Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia 2.1 Penjanaan Sampah Berterusan Antara isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia yang dilihat semakin kritikal adalah penjanaan sampah yang berterusan. Berdasarkan kepada Harian Metro (5 November 2016), dianggarkan bahawa setiap rakyat Malaysia telah menjana 1.5 kg sampah setiap hari. Perkara ini merupakan suatu isu yang kritikal di mana penjanaan setiap yang dihasilkan oleh seorang rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan pula, penghasilan sisa pepejal dalam kalangan rakyat Malaysia berlaku pada kadar yang membimbangkan di mana proses penjanaan sisa pepejal berlaku dengan lebih pantas berbanding proses degradasi bahan buangan (Aslina & Haliza, 2015). Perkara ini secara tidak langsung membawa kepada masalah kekangan tapak pelupusan kerana jumlah tapak pelupusan yang sedia ada dilihat tidak mampu untuk menampung jumlah sisa pepejal yang telah dikutip. 2.2 Kekangan Tapak Pelupusan Tapak pelupusan merupakan tempat pembuangan terakhir bagi sisa yang dihasilkan dalam sesuatu kawasan. Kekurangan tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan dilihat menjadi salah satu faktor yang menyumbangkan kepada isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Tambahan pula, penimbunan sampah yang berterusan yang berlaku akibat daripada kelemahan dalam sistem pengutipan sampah menyebabkan sampah di tapak pelupusan bertambah banyak (Hasnah et al, 2012). Selain itu, kebergantungan yang tinggi terhadap tapak pelupusan dalam menguruskan sisa pepejal turut memberi kesan terhadap masalah kekangan tapak pelupusan yang berlaku di negara kita. Hal ini berlaku kerana lebih kurang 95% sisa dilupuskan di tapak pelupusan. Justeru, perkara ini dikhuatiri akan mendedahkan negara kita kepada risiko tapak pelupusan sedia ada semakin cepat mencapai jangka hayatnya. Lebih membimbangkan lagi, perkara ini dijangka akan meningkatkan lagi pembebasan gas rumah hijau kepada 50% menjelang tahun 2020 (Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara).
  • 3. 3 2.3 Ketidakcekapan Syarikat Konsesi Isu pengurusan sisa pepejal ini juga turut dipengaruhi oleh ketidakcekapan syarikat konsesi dalam mengendalikan pengurusan sisa pepejal seperti yang telah ditetapkan. Ketidakcekapan ini dapat dilihat dari segi pengutipan di mana masa kutipan yang telah ditetapkan tidak mematuhi jadual yang ditetapkan. Hal ini akan menyebabkan sisa pepejal yang dibiarkan terkumpul dalam tempoh masa yang lama menjadi berbau dan menarik perhatian haiwan perosak yang boleh membawa penyakit. Selain itu juga, air larut resap yang meleleh di sepanjang jalan semasa pengangkutan atau pada kenderaan turut mencerminkan ketidakcekapan syarikat konsesi dalam menguruskan kenderaan yang digunakan semasa pengutipan dijalankan. Lebih memburukkan lagi, sisa pepejal yang bertaburan semasa proses pengutipan dilakukan memberi kesan negatif terutamanya dari segi kebersihan secara tidak langsung akan menyumbangkan kepada pencemaran bau dalam kawasan setempat. Senario ini memberi gambaran bahawa sistem pengutipan dan pembuangan sisa pepejal di Malaysia yang tidak sistematik serta teratur menyebabkan sisa tidak dibuang dengan betul ke dalam tong yang disediakan melimpah ke jalan raya (Pattnaik dan Reddy, 2010). Taburan sampah juga disebabkan oleh penggunaan kenderaan yang tidak sesuai semasa menjalankan proses pengutipan di mana terdapat kenderaan yang dikhaskan bagi mengutip sisa isi rumah dan juga kutipan bahan kitar semula, sisa pukal dan sisa kebun. Penggunaan kenderaan yang tidak sesuai ini menyebabkan kenderaan tersebut tidak dapat menampung sisa pepejal yang telah diangkut dengan sebaiknya lantas mengakibatkan berlaku keciciran sisa semasa kenderaan tersebut beroperasi. Foto 1: Penggunaan kenderaan yang sesuai dengan kutipan bahan sisa Sumber:Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
  • 4. 4 3.0 Punca Berlaku Isu Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia 3.1 Proses Urbanisasi dan Pembangunan yang Pesat Pertumbuhan penduduk yang tinggi dan digabungkan dengan pertumbuhan yang pesat penduduk bandar telah meningkatkan penghasilan sisa pepejal dan perubahan dalam komposisi sisa. Pernyataan ini dilihat mempunyai perkaitan dengan pendapat Zamali Tarmudi, Mohd Lazim & Abu Osman (2009) yang menyatakan bahawa kuantiti sisa pepejal yang dijana setanding dengan jumlah penduduk yang menghuni sesuatu kawasan. Zamali turut menambah bahawa purata sisa pepejal yang dihasilkan adalah 760,000 tan per hari sisa pepejal pada tahun 2009. Oleh itu dapat dilihat bahawa pertumbuhan penduduk terutamanya di kawasan bandar yang mengalami proses urbanisasi yang pesat memberi pengaruh yang besar terhadap isu pengurusan sisa pepejal. 3.2 Sikap Masyarakat Selain itu juga, penjanaan sisa pepejal yang berterusan juga turut dipengaruhi oleh faktor sikap sesebuah masyarakat itu sendiri di mana pengamalan gaya hidup yang kurang mesra alam. Justeru, perkara ini memberi kesan terhadap pengurusan sisa pepejal terutamanya dalam sisa pepejal isi rumah yang dihasilkan. Hal ini disebabkan oleh masyarakat itu sendiri yang kurang peka malah memandang enteng terhadap isu pencemaran alam sekitar yang berlaku. Tambahan pula, kekurangan pengetahuan mengenai pengurusan sisa pepejal juga turut menjadi salah satu punca yang membawa kepada sikap dan tabiat tidak endah masyarakat dalam mengamalkan kitar semula. Oleh itu, dapat dilihat bahawa sikap masyarakat juga turut menjadi salah satu punca yang meyumbang kepada berlakunya isu dalam pengurusan sisa pepejal dan sikap tersebut perlu diubah bagi menjamin kelestarian alam. Pernyataan ini disokong dengan pendapat Hasnah et al.,(2012), yang menyatakan bahawa jumlah sisa pepejal boleh dikurangkan sekiranya masyarakat mengubah kebiasaan dan gaya hidup mereka kepada lebih peka terhadap alam sekitar serta mengurangkan beban ekonomi berkaitan sistem pengurusan sisa pepejal.
  • 5. 5 3.3 Kekangan Sumber Kewangan Sumber kewangan merupakan salah satu faktor utama yang memainkan peranan yang signifikan dalam keberhasilan pengurusan sisa pepejal yang baik. Oleh itu, kekangan dalam sumber kewangan turut memberi impak yang besar terhadap isu pengurusan sisa pepejal di mana kos yang sangat tinggi diperlukan bagi menjamin keberkesanan dalam proses pengurusan sisa pepejal. Keterbatasan modal menyebabkan pihak berkuasa tempatan sukar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dari segi guna tenaga, operasi, kenderaan dan juga peralatan. Hal ini disebabkan oleh penggunaan kos yang terlalu tinggi diperlukan bagi menjalankan operasi pengurusan sisa pepejal bermula dari kutipan, pengumpulan sehingga kepada pengangkutan sampah ke tapak pelupusan. Pernyataan ini turut diperkuatkan lagi menerusi hujah Haliza (2016) yang menyatakan bahawa kutipan dan pengangkutan sisa pepejal merangkumi kira-kira 60% jumlah peruntukan kewangan yang dibelanjakan bagi menguruskan sisa pepejal. Hal ini juga turut diperakui oleh Uzir Abdul Malik (2000) dalam Hasnah et al., (2010) yang menyatakan bahawa kerja pelupusan sampah sarap dalam pengurusan sisa pepejal pembandaran menelan belanja yang lebih tinggi berbanding dengan kerja pengutipan. Walaupun pihak berkuasa tempatan memerlukan kos yang tinggi bagi menjamin kecekapan pengurusan sisa pepejal, namun caj atau cukai tahunan yang dikenakan terhadap penduduk bandar terutamanya tidak boleh dikenakan pada kadar yang terlalu tinggi. Hal ini disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang lazimnya akan membuat aduan sekiranya bayaran caj atau cukai tahunan yang dikenakan terlalu tinggi sedangkan perkhidmatan yang disediakan tidak memuaskan (Irina Safitri Zen dalam Hasnah et al., 2012).
  • 6. 6 4.0 Kesan Berlaku Masalah Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia 4.1 Impak terhadap Alam Sekitar Kepincangan dalam pengurusan sisa pepejal memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar dengan menghasilkan pencemaran. Sisa yang mengalir ke dalam sungai yang berpunca daripada air lelehan dari tapak pelupusan yang berhampiran menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini kerana air lelehan tersebut mengandungi pelbagai bahan pencemar khususnya logam berat seperti Magnesium (Mg), Zink (Zn), Kuprum (Cu) dan Plumbum (Pb) (Zaini et al., 2010). Senario ini dapat dilihat menerusi Indeks Kualiti Air Sungai Pajam yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan yang berada dalam lingkungan 32% hingga 51% (Zaini et al., 2010). Indeks ini jelas menunjukkan bahawa air yang mengairi Sungai Pajam tersebut telah dicemari dengan bahan kimia kerana kedudukannya yang berdekatan dengan tapak pelupusan. Pencemaran air yang berlaku ini sememangnya akan memberi kesan yang tidak diingini terhadap ekosistem dan juga turut mengancam spesies haiwan akuatik yang menghuni sungai atau tasik yang berdekatan dengan tapak pelupusan sampah tersebut. Tambahan pula, fungsi sungai tersebut yang bertindak sebagai sumber minuman kepada penduduk setempat akan mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit yang berbahaya. Selain itu juga, pencemaran juga boleh berlaku disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak efektif seperti berlakunya pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh masyarakat membuktikan bahawa pengurusan sisa pepejal di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang tidak memuaskan lantas membawa kepada pencemaran udara. Hal ini kerana, masyarakat masih kurang lagi pengetahuan dalam mengendalikan sisa pepejal isi rumah khususnya dengan tidak mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan kitar semula. Ditambah pula dengan ketidakcekapan syarikat konsesi dan pihak berkuasa tempatan dalam menjalankan pengutipan sisa pepejal, kebanyakan masyarakat mengambil jalan mudah dengan melakukan pembakaran sisa secara terbuka. Perkara ini memberikan kesan toksik yang akhirnya menyebabkan kawasan hijau di kawasan sekeliling mati dan layu.
  • 7. 7 Seterusnya, kejadian banjir yang berlaku juga turut dipengaruhi oleh ketidakcekapan pengurusan sisa pepejal. Kejadian banjir ini lazimnya disebabkan oleh sistem saliran seperti longkang dan parit yang dipenuhi dengan sampah. Walaupun terdapat perangkap sampah yang diletakkan bagi memerangkap sampah tersebut, namun penyelenggaraan yang tidak dilakukan mengakibatkan sisa pepejal yang terperangkap tersebut terus terkumpul sehingga menyekat aliran air lantas menyebabkan air bertakung. 4.2 Impak terhadap Manusia Selain itu juga, pengurusan sisa pepejal yang tidak efektif juga turut memberi kesan kepada manusia secara tidak langsung. Hal ini kerana pengurusan sisa pepejal yang tidak teratur dilihat menarik perhatian vektor pembawa penyakit seperti nyamuk aedes, tikus dan lipas. Akibatnya, persekitaran fizikal menjadi tidak sihat bukan sahaja dari pandangan luar malah mewujudkan kesan sampingan lain seperti mendatangkan penyakit dan mengganggu kesihatan manusia (Hasnah et al., 2012). Tambahan pula, longgokan sisa pepejal yang dibiarkan dalam tempoh yang lama mengakibatkan jumlah haiwan dan serangga tersebut meningkat. Justeru, pelbagai penyakit telah disebarkan dengan kehadiran vektor pembawa penyakit tersebut. Misalnya, kewujudan air bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk aedes lantas meningkatkan kadar penyakit demam denggi terhdap manusia. Manakala kehadiran haiwan seperti tikus dan lipas bertindak menyebarkan penyakit yang berbahaya seperti Leptospirosis atau dikenali sebagai kencing tikus dan juga Salmonella yang disebabkan oleh kehadiran bakteria.
  • 8. 8 5.0 Penyelesaian terhadap Isu Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia Demi menjamin kesejahteraan dan kebersihan alam sekitar, pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam isu pengurusan sisa pepejal di Malaysia ini. Justeru, pengawalan secara perundangan dan bukan perundangan telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di Malaysia. 5.1 Pengawalan secara perundangan. Pengawalan secara perundangan dapat dilihat menerusi penguatkuasaan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan juga kerajaan bagi mengawal stindak tanduk pelbagai pihak dalam menguruskan sisa pepejal. Pengawalan secara perundangan ini merupakan salah satu mekanisme dalam mengatasi isu ini kerana undang-undang atau polisi merupakan suatu instrumen bagi kerajaan untuk menyokong program pengurusan sisa yang lebih baik. Misalnya Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan set undang-undang yang komprehensif yang mengandungi pembahagian yang asas kepada semua aktiviti yang berkaitan untuk mengawal alam sekitar (Zaini et al.,2010). Selain itu, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1977 iaitu Seksyen 42 juga turut menyatakan bahawa sisa pepejal tidak boleh dibuang tanpa kebenaran. Manakala menerusi Seksyen 46, mana-mana individu tidak dibenarkan untuk membuang sisa dari dapur, taman dan kegiatan perdagangan di kawasan awam. Dari segi pengurusan operasi tapak pelupusan juga turut diambil kira dalam Seksyen 34A, bahagian 18(b) dan 18(c) yang menggariskan kepentingan untuk mempunyai sistem kawaln yang efektif terhadap air lelehan di tapak pelupusan (Zaini et al.,2010). Perkara ini amat penting bagi mengurangkan pencemaran air dan udara di kawasan yang berdekatan dengan tapak pelupusan sampah.
  • 9. 9 5.2 Pengawalan bukan perundangan Isu pengurusan sisa pepejal bukan sahaja terhad kepada operasi tapak pelupusan dan kawalan secara perundangan sahaja. Kaedah bukan perundangan juga merupakan salah satu strategi yang akan memberikan kesan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu pengurusan sisa pepejal. Antara usaha yang telah dilakukan dalam menyelesaikan masalah isu pengurusan sisa pepejal adalah dengan mengadakan kempen kitar semula bagi membuka mata masyarakat mengenai isu alam sekitar. Hal ini kerana kitar semula merupakah salah satu langkah yang efektif dalam mengurangkan jumlah sisa pepejal yang akan dilupuskan dan juga yang boleh mendatangkan keuntungan (Zaini, 2008 dalam Zaini et al.,2010). Bagi menyokong usaha pengitaran semula dalam kalangan rakyat Malaysia, kerajaan telah membina pusat pengumpulan kitar semula di seluruh negara di mana pada tahun 2002, sebanyak 170 pusat pengumpulan kitar telah dibina bagi memudahkan lagi masyarakat Malaysia untuk menghantar sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk melakukan amalan pelestarian alam secara berterusan (Zaini, 2003). Tambahan pula, amalan kitar semula ini dapat mengurangkan penjanaan sampah terhadap kawasan tapak pelupusan lantas mengurangkan masalah pengurusan sisa pepejal yang semakin kritikal di negara kita. Bagi meningkatkan keberkesanan kempen kitar semula ini, pendidikan mengenai sisa pepejal perlu diberikan kepada seluruh lapisan masyarakat supaya mereka dapat mengenal pasti jenis dan kategori sisa pepejal yang terdapat di kawasan sekitar mereka. Hal yang demikian akan memudahkan lagi masyarakat untuk melakukan pengasingan terhadap sisa pepejal yang boleh dikitar semula seperti kaca, tin, kertas dan plastik. Dalam usaha bagi meningkatkan kesedaran orang ramai, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat melalui pengedaran majalah, buku dan jurnal supaya masyarakat dapat maklumat yang sebenar mengenai isu sisa pepejal di Malaysia (Zaini et al., 2010).
  • 10. 10 Di samping itu juga, pendidikan juga turut memainkan peranan dalam menerapkan perasaan cinta akan alam sekitar dengan mendedahkan kepada murid mengenai kepentingan alam sekitar.Pernyataan ini turut disokong oleh Tamby Subahan et al. (2010) yang menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan secara berterusan secara formal dan informal bagi meningkatkan lagi pengetahuan, sikap dan amalan murid. Justeru, dapat disimpulkan bahawa penglibatan dari semua pihak sama ada pihak kerajaan mahupun swasta adalah penting dalam menjayakan usaha kerajaan supaya alam sekitar dapat dipelihara dengan sebaiknya untuk generasi akan datang. Bagi mengatasi masalah dalam isu pengurusan sisa pepejal, kecekapan kawalan operasi di tapak pelupusan juga turut dipertingkatkan. Antaranya adalah dengan melaksanakan kaedah penimbusan dan menggunakan pelapik tanah. Dengan adanya pelapik tanah, maka bahan pencemar yang terdapat dalam sisa pepejal dapat dipisahkan daripada tanah di tapak penimbusan sisa tersebut (Zaini et al., 2010). Ini bermakna pelapik tanah tersebut bertindak secara fizikal untuk menyekat pengaliran keluar air lelehan sisa terkumpul daripada mengali ke kawasan sekitar. Antara contoh kawasan tapak pelupusan yang menggunakan sistem pelapik tanah penimbusan ini ialah tapak pelupusan Bukit Nanas di Negeri Sembilan di mana pelapik tersebut terdiri daripada tanah atau lumpur padat berketebalan satu meter yang digunakan bersama bahan lain seperti 2mm High Density Poly-Ethylene Geomembrane (Zaini et al.,2010). Longkang dan kolam takungan juga turut dibina bagi menakung air lelehan di tapak pelupusan. Foto 2. Kolam yang digunakan untuk menakung air lelehan di kawasan tapak pelupusan di Bukit Nanas.
  • 11. 11 5.3 Penyelidikan dan Pembangunan Seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa kini, penyelidikan dan pembangunan merupakan salah satu cara yang efektif dalam menyelesaikan masalah pengurusan sisa di Malaysia. Antara hasil penyelidikan dan pembangunan yang dilihat memberikan impak yang positif dalam mengurangkan sisa pepejal adalah penciptaan mesin pengasingan sisa pepejal pertama di Malaysia. Mesin yang diberi nama Affordable Waste Management and Treatment yang telah dicipta oleh Pengurus Besar Kitar Pro Management, Tengku Fadhli Hamzah mampu mengasingkan bahan kitar semula seperti botol, kaca, plastik dan sisa makanan yang mampu ditukarkan daripada bahan bio jisim kepada bahan bakar alternatif (Berita Harian, 18 Januari 2017). Hasil daripada penciptaan mesin tersebut, sebanyak 75 peratus daripada 100 tan sampah yang dibuang di tapak pelupusan sampah tersebut berjaya ditukarkan kepada bahan kitar semula atau bahan bio jisim bagi kegunaan industri dalam bentuk bahan bakar alternatif. Tambahan pula, mesin tersebut dilihat dapat mengurangkan sisa sampah di tapak pelupusan, sekaligus menjimatkan ruang dan dapat digunakan untuk jangka panjang. Foto 3:Keratan akhbar mengenai Mesin Pengasingan Sisa Pepejal Sumber:Berita Harian, 18 Januari 2017
  • 12. 12 5.0 Penutup Usaha dalam melestarikan alam sekitar ini merupakan tanggungjawab bersama di mana semua pihak perlulah berganding bahu dalam melakukan pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap alam sekitar dan salah satu daripadanya adalah melalui pengurusan sisa pepejal yang berkesan. Hal ini kerana Bumi ini merupakan pinjaman kepada generasi sekarang daripada generasi yang akan datang. Oleh itu Bumi ini perlulah dipelihara dengan sebaik mungkin agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan terus berusaha untuk mengekalkan khazanah yang terdapat pada Bumi ini.
  • 13. 13 RUJUKAN Aslina Ismail dan Haliza Abdul Rahman. (2015). Pengetahuan dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Dalam Kalangan Masyarakat di Taman Mesra dan Taman Bakti Kota Bharu, Kelantan. Geografia.(3)(2):14-27. Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim dan Sarifah Yaacob. (2012). Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space. (8)(5):64-75. Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Diakses pada 17 Jun 2017 daripada http://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/. Nur Lela Zulkipli dan Garret Dawum. (5 November 2016). Jana 1.5 kg Sampah Seorang. Harian Metro. Ms 32-33. Pattnaik, S. & Reddy, M. V. (2010). Assessment of municipal solid waste management in Puducherry (Pondicherry), India. Resources, Conservation and Recycling, 54: 512-520. Seow Ta Wee dan Indera Syahrul Mat Radzuan. (2016). Sikap Mayarakat terhadap Program Kitar Semula : Kajian Kes di daerah Batu Pahat, Johor. Journal of Techno-Social. 75-86. Tamby Subahan Mohd Meerah, Lilia Hali & Thiagarajan Nadeson (2010). Environmental citizenship: what level of knowledge, attitude,skill and participation the studennts own? Procedia Social and Behavioral Sciences 2: 5715-5719. Utusan Online. 20 September 2011. Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Dimuktamad. Diakses pada 18 Jun 2017 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&se c=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm. Zaini Sakawi, Mohd Hairimi Mohd Ali, Katiman Rostam dan Abd Rahim Md Nor. (2010). Impak Pengurusan Tapak Pelupusan ke Atas Kualiti Air Sungai di Malaysia: Iktibar dari
  • 14. 14 Pengalaman Tapak Pelupusan Pajam dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan. Malaysian Journal of Society and Space. (6)(1):50-59. Zaini Sakawi (2003) Pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Adakah insinerator penyelesai terbaik? Prosiding Persidangan Kebangsaan Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, pp. 509-524. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Zamali Tarmudi, Mohd Lazim Abdullah, Abu Osman Md Tap (2009) An overview of municipal solid wastes generation in Malaysia. Jurnal Teknologi 51 (F), 1–15.