Teknik pembuatan roti yang tepat dengan memilih bahan yang sesuai dan menggunakan peralatan yang memadai dapat menghasilkan roti yang lembut meskipun di buat di rumah. Pemilihan tepung roti berkualitas, ragi, air, gula, margarin atau mentega, serta telur penting untuk mendapatkan tekstur dan rasa roti yang baik.
1. Teknik Pembuatan Roti
Sering kita tertanya-tanya mengapa roti yang dibeli di
bakeri lebih lembut berbanding dengan roti yang
dibuat di rumah. Pada pendapat saya perbezaan
peralatan seperti mixer dan oven, teknik pembuatan
roti mewujudkan perbezaan tersebut.
Bagaimanapun, kita sebagai home-baker masih boleh
menghasilkan roti-roti yang enak stail home-made
dengan peralatan yang seadanya. Jika tiada mesin
besar, boleh uli dengan tangan atau guna food
processor.Oven setakat oven biasa pun dah
memadai.Yang penting kita tahu dan faham perkara-
perkara asas tentang pembuatan roti ini.
2. Pemilihan bahan yang sesuai untuk
menghasilkan roti yang lembut
• Pemilihan bahan juga amat penting kerana bahan akan mempengaruhi
hasil roti yang bakal dibakar. Pilih tepung roti yang baik, bukan mencari
yang murah kerana dikhuatiri teksturnya tidak halus dan roti tidak akan
menjadi lembut.
• Yis untuk mengembangkan adunan, dan memudahkan pembentukan
gluten, misalnya instan yeast atau ragi instan.
• Air kita gunakan untuk mengawal suhu aduanan.Bagi yang membuat roti
di rumah sebaiknye gunakan air ais kerana jika adunan panas roti cepat
kembang.
• Gula pula digunakan sebagai pengawet selain memberi rasa manis pada
roti, gunakan gula yang halus supaya lebih mudah larut dalam adunan.
• Margarin, berfungsi untuk supaya roti lebih empuk
• Butter, sama fungsinya dengan margarin, kalau memakai butter hasil roti
akan lebih empuk, halus, dan harum.
• Telur menambah rasa lembut roti.