Tamadun Islam berkembang pesat pada awalnya berkat pemerintahan yang adil, penekanan pendidikan, dan kerjasama antaragama. Namun kemerosotannya disebabkan oleh pemerintahan yang lemah dan zalim, kemunduran moral dan ekonomi, serta ancaman luar. Agama Hindu menekankan konsep Tuhan tunggal, kesucian manusia, dan harmoni melalui kitab suci, sungai suci, serta delapan jalan mulia seperti pandangan yang benar.
Lahir tamadun dari masyarakat yg mencapai taraf hidup yang tinggi dalam pelbagai bidang;pemikiran, sosial, politik, kesenian dan kebudyaan di samping memiliki struktur organisasi yang teratur dan sistematik serta sofistikasi.
Lahir tamadun dari masyarakat yg mencapai taraf hidup yang tinggi dalam pelbagai bidang;pemikiran, sosial, politik, kesenian dan kebudyaan di samping memiliki struktur organisasi yang teratur dan sistematik serta sofistikasi.
Mobile Web Overview https://www.edocr.com/v/k52p5vj4/Jack Zheng
For the most recent version please visit:
https://www.edocr.com/v/k52p5vj4/jgzheng/Mobile-Web-Overview
I have developed the mobile web development course and modules for some courses in KSU/SPSU. This is overview module to introduce the whole field. Topics include choices of mobile application development and delivery, basic principles and best practices of mobile friendly web sites and web applications, and major tools and frameworks.
CAN INDIA AND PAKISTAN MAKE PEACE
A 2013 INTERVIEW IN WHICH IMRAN KHANS VICTORY WAS FORECASTED FIVE YEARS IN ADVANCE
what we got from 1947 to all along now is change of exploiters .only religion changed -There is no change in sight nor possible -
The question is why generals had to destroy pakistans politics and bring a nobody into politics in 1979 ?
and now claiming to be saviours via indirect means ?
did pakistan deserve economic rape from 1958 till todate ?
Change is impossible as it is just old wine in new bottles ?
South Asia is condemned to perpetual instability til a New East India Company takes it over .Could be Chinks or Yankees or both dividing Indo Pak !
only change of one prime minister from lahore to another from lahore Yasir Khan Luni Ishtiaq Ahmed This is game of Syed Brothers who replaced Mughal Kings of Delhi and were the army commanders of mughal empire .
"Nilai bererti darjah, kualiti, taraf, sifat ketinggian dll. Identiti bergantung atau berkait dgn Nilai. Tamadun wujud dgn manifestasi budaya, falsafah hidup dan penghayatan Masyarakat Umat Islam. Tamadun Islam wujud berpaksikan Ajaran Tauhid dan segala ajaran yg relevan dengan pelan tindakan pembangunan manusia berasaskan ilmu wahyu dan saintifik serentak."
Critically discuss the external and internal forces or challenges that Air Asia has to deal with.
Evaluate the existing strategy of Air Asia
Discuss Air Asia’s strategy to develop their business in future.
A research on a MNC organization / a company and contribute solution for resolving issues related to the topic given to your group from subject of study.
Your required task to perform : Choose a MNC Company to do a research on information about background, operation and find a case involved (the issues must be a passive situation).
Words are only a part of our communication. We also communicate in the way we sit, stand, use our hands, or facial expressions. For example, a cleaned jaw might mean anger or stress, raised eyebrows may mean surprise or curiosity, and fidgety movements may mean nervousness. These are considered as signs of body language
The best advice I have received was the advice from my mom who said “Everything Happens For A Good”. My mother’s advice was so true and applicable. It gave me hope that when bad things happened to me or things don’t turn out the way I want them because of my mom’s advice I understood it was is for a reason. I followed it also because throughout my life it was easy to find situations where I could get upset.
Identify the changes in communication channels between employees and management as Sundown has grown. What channels can be used to make communication about changes in business most productive.
What are the three major functions of the foreign exchange market.
For each of the foreign exchange market participants, identify their motive for buying or selling foreign exchange.
Discuss the difference between international finance and domestic finance. Explain the most traded currencies in the world and the reason of their popularity
Proposed your promotional mix strategies for the new country of your choice. Identify whether there is any adaptation required for your promotional strategies comparing with current domestic strategies. If no adaptation is required, provide your justification.
1. TUGASAN/ TUTORIAL
Tugasan 1
1. Bincangkan ciri-ciri tamadun
a) Pertempatan Kekal
Salah satu ciri utama kemunculan tamadun ialah kewujudan petempatan kekal secara
menetap membawa kepada corak kehidupan yang lebih sistematik.Kawasan yang
dipilih untuk petempatan adalah penting untuk kelangsungan bekalan makanan. Ini
akan melahirkan kemajuan di dalam bidang pertanian terutamanya dari segi
penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan. Kepandaian manusia pada
masa tersebut mencipta peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi
pengairan yang baik telah meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan
pengeluaran. Lebihan ini mampu menampung pertambahan bilangan penduduk kerana
bekalan makanan yang berterusan.
b) Kehidupan Berorganisasi
Bertambahya bilangan penduduk telah membawa kepada sebuah kehidupan
berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Kehidupan
berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan
dan kemakmuran kehidupan mereka. Organisasi sosial yang paling awal ialah sistem
keluarga. Pertambahan bilangan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah
membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks.Sistem sosial
masyarakat ini adalah berbentuk piramid dan bersusun lapis mengikut status sosial.
Lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan yang menerajui pemerintahan
yang diketuai oleh seorang raja.Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri
daripada golongan yang menguasai upacara dan hal ehwal agama, individu yang
dihormati oleh masyarakat seperti ketua keluarga atau ketua kelompok, kumpulan
pentadbir dan ilmuan, serta kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam bidang
kesenian. Lapisan yang seterusnya adalah terdiri daripada golongan rakyat biasa yang
merupakan golongan yang paling ramai. Kumpulan ini merupakan tunjang ekonomi
terutamanya dalam bidang pertanian dan perdagangan.Golongan hamba berada di
lapisan yang paling bawah sekali.Kehidupannya adalah bergantung kepada lapisan–
lapisan di atasnya.
c) Sistem Pemerintahan
2. Sistem pemerintahan mula dibentuk untuk mentadbir masyarakat.Seseorang pemimpin
ataupun raja selalunya menggunakan magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil
tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.Kewujudan sistem
pemerintahan akan membawa kepada lahirnya sistem perundangan yang menjadi
panduan kepada masyarakat untuk menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah
tamadun.
d) Pengkhususan Pekerjaan
Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan
menjadi lebih penting. Ini menyebabkan keadaan politik menjadi stabil dan penuh
dengan kemakmuran dan seterusnya membawa kepada peningkatan dan
perkembangan ekonomi. Melalui pengkhususan pekerjaan, barangan yang dihasilkan
mempunyai kepakaran tersendiri dan ia akan menghasilkan pertukaran barangan.
Kegiatan ini dikenali sebagai sistem barter, yang merupakan titik permulaan bagi
aktiviti ekonomi yang bersifat perdagangan. Akttiviti pertukaran barang dan
perdagangan dan kegiatan perdagangan membolehkan berlakunya pertukaran ilmu
pengetahuan, teknologi, dan budaya antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat
yang lain.
e) Agama dan Kepercayaan
Kemunculan Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan tamadun.Kedua-duanya mempunyai perkaitan yang rapat berkaitan
dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat,
perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian, dan pembinaan dalam proses
pembentukan tamadun awal.Unsur alam seperti pokok, batu, matahari, dan laut
dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan
kemakmuran hidup. Manusia menganut agama yang dikenali sebagai animisme iaitu
terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling. Kepercayaan ini berubah
menjadi bentuk agama. Agama ini dikenali sebagai politeisme yang bermaksud
penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan.
f) Bahasa dan Tulisan
Kewujudan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu
pengetahuan dalam proses pembentukkan tamadun yang hasilnya dapat dilihat
sehingga hari ini. Contoh tulisan yang awal ialah Hieroglif, Cuneiform dan Ideogram,
manakala bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit. Bahasa amat penting untuk tujuan
penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan
juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.
3. Tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod,
penulisan undang-undang, dan hal-hal keagamaan. Bahasa dan tulisan merupakan
instrument paling penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta
mencatatkan idea pemikiran manusia.
2. Jelaskan faktor-faktor keruntuhan sesebuah tamadun
a) Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah faktor
kemerosotansesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan
lagi. Sikap berfoya-foya, amalanrasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa.
Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.
b) Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun.
Contohnya pertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah
menyebabkan kerajaan BaniUmaiyah merosot.
c) Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara
golongan kaya dan miskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun.
Contohnya di Yunani terdapat golongan hamba abdi yang hidup melarat yang ditindas
dan dikerah untuk mengusahakan tanah golongan berharta telah menyebabkan
pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.
d) Ketidakstabilan politik menyebabkan perpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-
wilayah yang dijajah.
e) Bencana alam atau malapetaka menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara
besar-besaran seperti banjir, wabak penyakit dansebagainya. Contoh Athens –
serangan wabak penyakit yang mengakibat kematian penduduk
danpemerintahnya iaitu Pericles.
f) Penerimaan perubahan sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh
membantutkan perkembangan tamadun. Sikap seperti ini merencatkan daya
kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya membawa kepada
masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan. Contohnya kerajaan Turki
Uthmaniyyah
Tugasan 2
1. Bincangkan ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam
a) Agama melahirkan tamadun
4. Berbanding dengan tamadun lain, tamadun Islam adalah lahir dari sebuah agama. Oleh
itu, semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam.
Berteraskan kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil kira
konsep mentauhidkan Allah dalam semua perkara.
b) Peradaban
Peradabaan tamadun Islam bermula dengan pembentukan individu Muslim yang
menjalani kehidupan ini denganpenuh penghayatan terhadap ajaran Islam. Menerusi
pembentukan individu Muslim yang soleh ini akan dapat melahirkan sebuah institusi
kekeluargaan yang juga soleh. Penerusan dalam pembinaan institusi kekelurgaan yang
baik akan dapat menghasilkan sebuah masyarakat yang juga baik dan seterusnya
membawa kesejahteraan kepada sesebuah negara.
c) Perkembangan
Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun yang masih terus berkembang dari
awal kemunculannya hinggalah kini. Perkembangannya adalah berkait rapat dengan
konsep kesejagatan yang ada padanya. Tuntasnya perkembangan tamadun Islam
adalah berkait rapat dengan perkembangan pengaruh agama Islam itu sendiri.
d) Konsep al-Ummah
Konsep ini adalah manifestasi dari kesejagatan agama Islam. Konsep al-Ummah
meletakkan semua orang Islam adalah bersaudara tanpa mengira latar belakang
bangsa, budaya, bahasa mahupun warna kulit. Konsep al-Ummah ini merupakan satu
kekuatan dalam menjana tamadun Islam yang gemilang.
e) Asas Pengetahuan
Tamadun Islam berkait rapat dengan kepentingan konsep ilmu dan proses
pembudayaan ilmu. Ini jelas terbukti melalui penurunan wahyu pertama yang
mendorong manusia kearah pencapaian dan penguasaan ilmu. Pembinaan institusi
pendidikan dan aktiviti pembudayaan serta penyebaran ilmu menjadi agenda pengisian
yang utama dalam setiap misi perluasan dan perkembangan pengaruh Islam.
5. 2. Terangkan secara ringkas faktor-faktor kelahiran dan kemerosotan tamadun Islam
Antara faktor-faktor kelahiran tamadun Islam adalah Pemerintah yang bertakwa dan
bijaksana. Ajaran Islam menggariskan kualiti untuk menjadi pemerintah. Pemerintah tamadun
Islam bertakwa kepada Allah SWT dan bijaksana dalam memerintah. Dalam era
kegemilangan tamadun Islam, pemimpin bukan sahaja adill saksama tetapi juga cintakan ilmu
pengetahuan. Kegiatan Keilmuan juga meluas pada era tersebut. Institusi masjid memainkan
peranan sebagai pusat melakukan ibadat khusus dan tempat pembelajaran serta kegiatan
ekonomi. Para ilmuan terawal lahir dari institusi masjid dan universiti-universiti terawal
kebanyakannye berkembang dari institusi masjid. (Contoh: Universiti Al-Azhar)
Selain itu, keadilan yang menyeluruh juga merupakan salah satu faktor kelahiran
tamadun Islam. Pemerintah Islam bersifat adil kepada semua golongan masyarakat tanpa
mengira agama anutan meraka. Sepanjang zaman pemerintah Islam, orang bukan Islam
diberikan kebebasan yang same seperti orang Islam. Kedudukan tamadun Islam yang strategik
juga membolehkan pemerintah untuk menguasai jalan-jalan perdagangan yang penting. Bumi
mereka juga kaya dengan pelbagai sumber alam. Disebabkan kedudukan yang strategik,
pemerintah Islam juga menyediakan kepada prasarana yang sempurna dimana mereka
menekankan penyediaan infrastruktur yang terbaik. Contoh Syaidina Umar al-Khattab
mengarahkan pembinaan terusan atau tali air di Sungai Nil.
Sikap keterbukaan kepada tamadun lain menjadi penyumbang kepada faktor kelahiran
tamadun Islam. Pemerintah Islam mengiktiraf tamadun-tamadun lain yang baik dan
bermanfaat untuk manusia sejagat. Contoh, terjemah karya Yunani dan Latin dalam bidang
falsafah dan perubatan ke bahasa Arab. Tamadun Islan juga memilik ketenterann yang kuat, ia
element yang penting untuk menjaga keamanan dan keselamatan. Semangat jihad yang tinggi
dan kental yang sering mengerunkan musuh-musuh untuk menceroboh merupakan salah satu
rahsia kekuatan negara Islam.
Lain daripada itu, antara faktor-faktor kemerosotan tamadun Islam ialah Pemerintah
yang lemah. Negara menjad kucar-kacir akibat ketidakstabilan politik and ekonomi semakin
lumpuh. Pemerintah mula bertindak zalim, kuku besi dan menindas golongan bawahan.Ini
menyebabkan negara menjadi berpecah-belah. Contoh, Andalusia, selepas Kerajaan Bani
Umaiyah runtuh. Penyelewengan dan keruntuhan akhlak menandakan musnahnya
penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Jawatan diberikan untuk hajat
peribadi dan anggap mereka yang menolak kemungkaran serta mengajak kebaikan sebagai
antisosial dan antikemajuan. Contoh, Khulafa Uthmainayah di Turki berfoya-foya dengan
arak dan wanita
Pada waktu yang sama, sumber ekonomi semakin berkurangan. Tanpa sumber
ekonomi, segala perancangan pembangunan terbantut. Masalah sosial, kegiatan mencuri dan
tidak bermoral semakin berleluasa. Contohnya, Hadis Rasullah SAW hampir-hampir kepapan
kerana keadaan terlalu miskin. Kegiatan ilmu juga tidak berkembang, pemerintah kurang
member tumpuan kepada kegiatan penyelidikan dan pembangunan. Abad ke 15 hingga ke 18
Masihi merupakan zaman kemerosotan tamadun Islam.
Seterusnya, ancaman dari musuh luar. 1256 Masihi, tentera Monggol menyerang dan
memusnahkan Kota Baghad. Apabila dijajah oleh kuasa Barat, saki-baki khazanah ilmu
6. pengetahuan Islam dibawa balik. Banyak manuskrip penting terdapat di perpustakaan Barat.
Mala petaka atau bencana alam seperti banjir dan gempa bumi yang menyebabkan kerosakan
secara besar-besaran dan boleh memusnahkan sesebuah tamadun. Faktor seperti ini juga
merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimana pun faktor ini
diluar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku.
Tugasan 3
1. Nyatakan lima (5) prinsip utama dalam agama Hindu
a) Kewujudan Tuhan yang tunggal
b) Manusia itu suci
c) Perpaduan melalui percintaan
d) Harmoni dan agama
e) Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci
2. Senaraikan Lapan Jalan Mulia
a) Pandangan yang betul
b) Aspirasi yang betul
c) Pertuturan yang betul
d) Kelakuan yang betul
e) Kehidupan yang betul
f) Usaha yang betul
g) Minda yang betul
h) Konsentrasi yang betul
Tugasan 4
1. Bincangkan sistem kepercayaan dan agama dalam tamadun China
a) Kepercayaan Alam Sekitar
Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan
bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam
sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu
mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti
menyembah alam sekitar.
b) Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang
Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan
seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih
mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan
7. mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi
pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan,
dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh
masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh
nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk
memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh.
c) Kepercayaan kepada Anak Syurga
Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah
dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik
keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap
sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan
kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.
d) Kepercayaan kepada dewa
Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan
hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan
mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat.
Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’
Agama Buddha
Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama
Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia
dibawa masuk dari Sri Lanka.
a) Ajaran Confuciusnisme
Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada
asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan
dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman
tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius
menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka
pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan
undang-undang.
Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut
menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen
pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah,
kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu
unit terpenting.
b) Ajaran Toisme
8. Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai
keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan
dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai
materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang
merugikan dengan cara meditasi.
Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan
sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana
dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah
sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.
Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai
dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk
agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh
kepada pemerintah.