ISLAM SEBAGAI
PERADABAN
DAN TAMADUN
KUIZ 2
1. Apa itu peradaban dan tamadun? (5 markah)
2. Berdasarkan tayangan tadi, senaraikan 5 orang
tokoh ilmuan Islam dan sumbangan kepakaran
mereka. (10 markah)
Konsep Peradaban dan Tamadun
Definisi Bahasa
 BI: civitas - civilization (bandar / kota)
 Jacqueta Hawkes: tamadun merujuk kepada kualiti tinggi
yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat. Justeru, orang-orang
Greek seperti Strabo menganggap masyarakat yang tidak
mempunyai bandar adalah masyarakat yang tidak bertamadun.
 BA: pinjaman perkataan Arab, da-na (agama, kehidupan
beragama) - maddana (pembukaan bandar+perlakuan
sopan) - tamaddun (pembangunan bandar +kehalusan
budi pekerti).
 Istilah lain yang semakna: Hadharah, Umran dan
Madaniyyah.
 BM (Kamus Dewan): kebudayaan, kemajuan dan
peradaban. Ia menggambarkan kemjuan yang dicapai oleh
manusia dlm kehidupan mereka.
• Istilah terawal yang digunakan untuk
menghuraikan tamadun secara ilmiah dipelopori
oleh Ibn Khaldun iaitu pengasas ilmu
ketamadunan pada abad ke-14.
4 Pengertian Istilah Tamadun
PERTAMA
“Tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau
kemajuan hidup manusia dari cara hidup nomad
kepada kehidupan kota atau Bandar.”
*Ibn Khaldun merujuk terminologi Umran:
- kawasan tanah atau rumah yang didiami atau dihuni
manusia secara menetap,
- keadaan yang berkembang subur lagi makmur
- bekalan ekonomi yang cukup
- selamat nyawa dan harta.
- bangunan atau kerja-kerja mendirikan bangunan
dengan segala binaan dan strukturnya.
Samb…
• Keadaan maju yang merujuk kepada kewujudan
wilayah yang diduduki penduduk ini biasanya
dikenali sebagai kampung atau Bandar, juga
diistilahkan oleh beliau sebagai hadharah.
• Berlawanan dengan keadaan terbiar, gersang
dan tandus di mana manusia sering hidup secara
nomad atau berpindah randah. Keadaan ini
boleh digambarkan dalan istilah yang lebih tepat
iaitu badawah atau kedaratan.
KEDUA
“Proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan di
dalam kehidupan.”
 Prof Ismail al-Faruqi mengatakan tamadun
(yang menggunakan istilah umran tetapi
menyamakan dengan imran, iaitu kutipan dari
surah al-Imran ayat 33-35 yang berakar kata dari
amara) membawa maksud membina atau
membawa kebaikan atau menjadikan
kehidupan ini aman.
KETIGA
“Kombinasi kemajuan aspek pemikiran, rohani dan jasmani
atau material manusia.”
 Osman Khalid merumuskan makna tamadun melalui 2
istilah :
1. madaniah : pencapaian kebendaan yang tinggi seperti
dalam kegiatan pembangunan, perancangan dan penyusunan
bandar dengan adanya kemudahan infrastrukturnya dan
keperluan asasi dan sebaliknya seperti makan minum, tempat
tinggal, rekreasi kerana ada kemudahan kewangan dan
kemampuan berbelanja yang semestinya mempunyai
kekuatan ekonomi.
2. hadharah pula merujuk kepada kemajuan aspek-aspek
pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu
masyarakat yang ketara dalam bidang ilmu, kesusasteraan,
kesenian, pemerintahan, adat resam, budi pekerti dan
kepercayaan.
KEEMPAT
“Kemajuan manusia yang diasaskan kepada
ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak
hanya setakat hidup di kota atau Bandar atau
mencapai kemajuan material.”
• Menurut Prof. S.M. al-Attas, apabila beliau
menjelaskan tamadun sebagai suatu keadaan
kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai
taraf kehalusan susila dan keluhuran
kebudayaan bagi seluruh masyarakat itu.
• Menurut Idris al-Marbawi pula menerangkan
makna tamadun di dalam kamusnya sebagai hidup
dengan berkehalusan budi pekerti dan berakhlak
mulia seperti orang kota.
Kesimpulan
Dari pelbagai pengertian di atas kita boleh
ringkaskan tamadun sebagai
“ suatu keadaan atau pencapaian tinggi
manusia bermasyarakat di dalam semua
bidang kehidupan merangkumi aspek
kerohanian dan kebendaan yang luhur
berpusat di kota.”
CIRI-CIRI TAMADUN
Menurut Edward L. Farmer dalam bukunya Comparative
History of Civilization in Asia menggariskan tujuh ciri utama
tamadun:
Secara ringkasnya, elemen asas perlu dalam memainkan
peranan penting bagi proses pembentukan sesebuah tamadun.
Antaranya ialah:
• Penempatan manusia pd suatu tempat yang strategik spt pusat bandar.
• Jangka hayat penghidupan yang stabil dan agak panjang.
• Terdapat sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik,
ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik.
• Wujud satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan
tersendiri yang menjadi alat komunikasi ilmu.
• Wujud undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal
perlakuan dan tindak-tanduk anggota masyarakatnya.
• Peningkatan daya kekreatifan dalam bidang seni, sastera, falsafah dan
lain-lain.
• Terdapat pelbagai penciptaan sains dan teknologi.
Ciri-ciri yang wujud ini perlu dlm sesebuah masyarakat yg
mempunyai kehidupan bertamadun. Ketiadaan ciri-ciri ini
menjadikan sesebuah masyarakat tidak bertamadun / mundur.
SUMBER
TAMADUN
Sumber asas dalam memanifestasikan
kewujudan tamadun-tamadun agung
sepanjang sejarah ketamadunan manusia.
TAMADUN ISLAM
Pandangan Sarjana Ilmuan
Ibn Khaldun (732H – 808H) dalam bukunya bertajuk
‘al-Muqaddimah’ :
“Tamadun merupakan suatu pencapaian manusia yang
melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka
jalan kea rah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih
halus dan mempunyai nilai-nilai seninya sendiri. Ia ialah
pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan
pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi,
politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti
aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan
juga bidang pengajian Islam.”
Jurji Zaidan (1861 – 1941)
• Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk
bandarbandar Islam serta terdapat susun lapis masyarakat. Selain
itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni
bina dan seni muzik serta nyanyian.
Ismail al-Faruqi (1921 – 1986)
• Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada
dua realiti yang menciptakan iaitu Allah s.w.t. dan realiti yang
dicipta iaitu makhluk. Tauhid ialah identiti tamadun Islam yang
mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan satu wadah yang
kukuh yang bergelar tamadun.
Syed Muhammad Naquib al-Attas
• Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur
bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari
istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan
beragama.
Sarjana Barat:
1. Arnold Toynbee (1852 – 1883)
• Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota.
Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi
serta satu gaya kebudayaan yang bertanggugjawab dalam pembentukan
institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.
2. Dr. Haas dan Lecky
• Tamadun Eropah adalah berakar-umbikan tamadun Yunani dan
tamadun Rom yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata.
3. J.K Fiebleman
• Tamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat
iaitu proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikan
barang baru bagi keperluan tertentu.
>> Perbezaan definisi sarjana?
• perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu
tamadun Islam berpaksikan agama sebagai asas
pembinaan tamadun,
• sebaliknya tamadun Barat walaupun ada unsur
agama dan moral sebagai elemen kebudayaan,
namun paksinya adalah kebendaan atau
material.
SUMBER
• Sumber tamadun Islam <-> sumber agama Islam
(al-Qur’an dan al-Sunnah)
• sbb: agamalah yang melahirkan tamadun. Kedua-dua
sumber naqli ini berfungsi sebagai pencetus asas-asas
binaan tamadun Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak.
Tamadun Islam adalah unik dan istimewa kerana ia bukan
lahir serta berkembang mekar daripada cetusan idea,
budaya dan dorongan hawa nafsu manusia tetapi tamadun
Islam dinaungi dan disuluhi di bawah petunjuk dan
pedoman al-Qur’an dan al-Sunnah yang merupakan wahyu
Allah s.w.t.
• Bukti? Rujuk al-Kahfi: 109
**Tamadun Islam = tamadun Arab??
Sifat dan Ciri Tamadun Islam:
• Sifat:
1. Sejagat
2. Terbuka
3. Sepanjang zaman
4. Toleransi
5. Berpaksikan tauhid
• Ciri:
1. Islam agama Allah
2. Menyeluruh
3. Umum
4. Tetap dan Anjal
5. Ideal dan realistik
Faktor kejayaan Tamadun Islam
 Terdapat pelbagai faktor yang boleh dihubungkan
sebagai penyebab kecemerlangan tamadun Islam.
Antaranya :
i. Dorongan daripada semangat Iqra’
(membaca): Menurut Hairudin Harun (1992)
dalam bukunya, Daripada Sains Yunani
Kepada Sains Islam, kesemua aktiviti ilmiah
yang berlaku sepanjang zaman kegemilangan
tamadun intelektual Islam adalah cetusan dan
dorongan yang bersumberkan perintah al-Iqra
dalam al-Qur’an. Dorongan ini sbgpencetus dan
dorongan yang jitu kepada kepentingan
menuntut ilmu.
ii. Ilmu berasaskan tauhid: Keimanan yang sebenarnya
tidak mungkin wujud tanpa asas ilmu dan begitu juga ilmu
tidak mungkin memberi manfaat tanpa dipandu oleh wahyu.
Kesepaduan ilmu dan tauhid inilah yang melonjakkan
tamadun Islam dan menjadikannya tamadun yang banyak
memberi sumbangan kepada manusia.
iii. Panduan al-Qur’an dan al-Sunnah: al-Qur’an dan
al-Sunnah banyak memberi dorongan ke arah melahirkan
insan yang bertamadun. Kedua-dua sumber tersebut
sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai
kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan
menimba ilmu, berusaha gigih dan menghayati nilai-nilai
positif.
iv. Keterbukaan dan kreativiti tamadun Islam:
Waqar al-Husaini (1985) seorang sarjana menegaskan
bahawa sikap terbuka umat Islam terserlah dalam
memanfaatkan sumber-sumber tamadun daripada orang
Yunani, Romawi, Iskandariah, Syria, Parsi, India dan
China. Umat Islam tidak meniru unsur luar tanpa saringan
dan tapisan yang wajar. Namun ia tidak bermaksud
menghalang umat Islam daripada mengkaji dan meneliti
hasil tamadun luar terutama hal-hal yang baru.
Kemusnahan tamadun berlaku bilamana melanggari faktor-
faktor yang menyumbang kepada kejayaan tamadun Islam itu
sendiri:
i. Al-Qur’an dan Al-Sunnah tidak lagi dijadikan rujukan utama.
ii. Kelemahan umat Islam dalam pelbagai bidang ilmu.
iii. Berlaku gejala maksiat yang berleluasa.
iv. Umat Islam semakin jauh dengan ajaran Islam.
Sumbangan dan Kegemilangan TI
PERBANDINGAN
4. ILMU
- TI menekankan konsep
kesepaduan ilmu.
- Buktinya kebanyakan sarjana
Muslim menjadikan pengajian
Islam sebagai asas dan turut
menguasai ilmu sains.
- Cthnya, Ibn Sina telah
menghafal Al-Qur’an sejak
berusia 10 tahun dan muncul
sebagai bapa kedoktoran pada
usia 18 tahun.
- TB pula menekankan konsep
pengkhususan ilmu.
- Buktinya, golongan intelek TB
hanya mahir dalam bidang
pengkhususan semata-mata.
1. AGAMA
- TI mencakupi keseluruhan
kehidupan manusia.
- TB pula mementingkan
keduniaan dan berilmu
hanya sebahagian drpd
kebudayaan.
2. BERSEPADU
- TI meletakkan segala bentuk
pembangunan, kebendaan
berkaitan dengan agama.
- TB pula meletakkan segala
urusan tiada kaitan dengan
agama.
3. KEMAJUAN
- TI menekankan maju
berdasarkan keuntungan
dunia dan akhirat.
- Malah TI menolak konsep
‘matlamat menghalalkan cara’.
- TB pula menekankan
keuntungan dunia semata-
mata.
INTERAKSI
- TI dan TB saling
berhubung dan berlaku
interaksi bermula
kegemllangan TI di
Andalus.
- Buktinya, bahasa arab
telah menjadi bahasa
rasmi dunia.
- Selain itu, Uni. Cordova di
bwh pemerintahan Islam
Andalus telah menjadi
pusat pengajian dunia,
malah pelajar dari Barat
turut hadir seterusnya
berkembang luas ilmu-
ilmu yang diperoleh ke
negara mereka semula.
- Uni. Naples ditubuhkan
bagi mengembangkan
sains Muslim ke Eropah.
- Kesan terbesar interaksi
ini menyebabkan
timbulnya semangat
Renaisans (kebangkitan)
bagi TB.
Seni dan Keindahan Islam
DEFINISI:
Bahasa : dalam BA, ‘fann’ yang bermaksud halus dan indah.
Istilah : usaha yang menciptakan bentuk-bentuk yang menyenangkan.
MATLAMAT & PERANAN SENI DLM KEHIDUPAN:
• Matlamat utama kesenian Islam adalah mengagungkan pencipta-Nya.
Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar,
sesama makhluk, dan sesama manusia itu sendiri.
• Kesenian yang mempunyai nilai yang paling tinggi ialah sesuatu yang
mendorong kita kearah ketakwaan, kema’rufan, kesasihan, dan budi
pekerti yang tinggi.
• Perkara yang perlu ditekankan dalam kita menghayati kesenian Islam
ialah kesedaran di mana manusia perlu sentiasa mengingati maha
pencipta iaitu Allah SWT iaitu kesenian adalah bermatlamatkan bagi
membawa hamba-Nya kepada tuhan-Nya. Islam tidak hanya terhad
kepada soal ibadat khusus, tetapi juga cara hidup yang lengkap yang
menyeluruh termasuk aspek kebudayaan.
ASAS KESENIAN ISLAM:
Terdapat tiga asas utama kesenian Islam iaitu akidah, syara’, dan akhlak.
1. Akidah merupakan asas utama kerana ia melambangkan keindahan
dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Contohnya,
Islam melarang sama sekali umatnya menghasilkan makam/pusara yang
bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti dibuat daripada emas atau
melebihi daripada yang telah ditetapkan dalam Islam.
2. Syara’ meletakkan lima garis utama dalam berseni iaitu wajib, haram,
sunat, harus, dan makruh. Pelbagai karya seni yang melalaikan adalah
haram kerana ia menyebabkan seseorang itu lupa kepada Allah SWT.
Contohnya karya muzik dan lakonan yang menyebabkan kita lalai kepada
perintah Allah SWT adalah haram disisi Islam.
3. Akhlak menitikberatkan aspek-aspek kemanusiaan, moral, tidak
melalaikan manusia dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Sebarang hasil karya yang boleh merosakkan akhlak adalah diharamkan
oleh Islam. Contohnya lukisan yang berunsur lucah, menggalakkan
jenayah, dan seni suara yang memuja matahari, pokok dan sebagainya
adalah diharamkan oleh Islam.
BAHAGIAN:
Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya “Seni dalam
Islam”, terdapat 4 bahagian seni:
1. Seni yang didengar - nyanyian, muzik
2. Seni yang dilihat – binaan, ukiran, rekaan
3. Seni yang didengar dan dilihat – lakonan, teater, tarian
4. Seni yang dibaca – puisi, sajak, pidato
BIDANG SENI TAMADUN ISLAM:
1. Seni kesusasteraan dan persuratan
2. Seni suara
3. Seni kaligrafi
4. Seni bina dan rekabentuk
1. Seni kesusasteraan dan persuratan
• Syair / puisi - ciri-ciri perkauman, kejian, pujian dan cinta
• Qasidah dan maqamat - puisi memuji Rasulullah SAW
• Pidato
• Novel
• Koleksi kumpulan nasihat
2. Seni suara
• Syair
• Marhaban, Qasidah, Burdah, Zanji – lagu arab tentang
Islam dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW
• Nasyeed - lagu tanpa iringan muzik
• Nazam - zikir, popular di Terengganu
• Ghazal - puisi Arab bertema cinta, popular di Johor
3. Seni kaligrafi – tulisan khat dan tulisan Cina
8 model khat:
▫ Khat kufi ‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬‫بسم‬
▫ Khat thuluth ‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬ ‫بسم‬
▫ Khat nasakh ‫بسم‬‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬
▫ Khat farisi ‫بسم‬‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬
▫ Khat diwani ‫بسم‬‫الرحمن‬ ‫هللا‬‫الرحيم‬
▫ Khat diwani jali ‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬ ‫بسم‬
▫ Khat rayhani Khat riq’ah
4. Seni bina dan rekabentuk
Dunia:
▫ Masjid Nabawi, Madinah
▫ Masjid Qubbat al-Sakhrah (Dome of the rock)
▫ Masjid Sulaymaniye, Turki
Malaysia:
▫ Masjid Kampung Hulu, Melaka
▫ Masjid Kampung Laut, Kelantan
Lain-lain:
▫ Bandar/kota, rumah, anjung, bumbung, pintu gerbang,
kubu pertahanan, pusara/makam
GARIS PANDUAN BERSENI DAN BERHIBUR
DALAM ISLAM:
Ulama berselisih pendapat dalam penetapan hukum mendengar muzik
dan lagu. Pendapat yang pertama menolak sama sekali penggunaan
muzik dan lagu dengan berhujah kepada dalil bunyi-bunyian adalah dari
seruling syaitan dan ia melalaikan. Manakala sebahagian ulama yang lain
mengharuskannya atas panduan-panduan yang berikut;
1. Tidak bercanggah dengan akidah, syarak dan akhlak Islam.
2. Niat dan matlamat seiring untuk mendapat keredhaan Allah SWT .
3. Mengangkut martabat insan tanpa meninggalkan nilai-nilai
kemanusiaan dan persekitaran.
4. Menjadikan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak sebagai sumber
kesenian.
5. Jauh daripada unsur-unsur maksiat.
6. Gaya persembahan perlulah menjaga syariat Islam.
7. Tidak melampaui batas atas berlebih-lebihan.
1. Tidak bercanggah dengan akidah, syarak dan akhlak Islam.
• Seni kata lagu yang didendangkan perlulah menepati akidah, syarak
dan akhlak Islam.
• Contoh seni kata lagu kumpulan dari Barat yang bercanggah dengan
akidah, syarak dan akhlak Islam ialah:
“I swear by the moon and the sky….”
• Ini amat bercanggah dengan akidah Islam. Kerana sebagai Muslim
kita hanya layak untuk bersumpah pada ketika yang perlu dan lafaz
sumpah itu cuma layak untuk tiga lafaz: Wallah. Wabillah. Watallahi.
Sedangkan bersumpah demi bulan dan langit tidak sejajar dengan
tuntutan Islam dalam persoalan akhlak dan akidah.
2. Niat dan matlamat seiring untuk mendapat keredhaan Allah SWT .
• Setiap perbuatan itu dinilai berdasarkan niat. Maka keperluan niat
untuk keredhaan Allah SWT dalam berseni adalah termasuk dalam
perbincangan niat. Berniat untuk berdakwah melalui teater atau drama
Islam untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT adalah baik sekali.
Namun demikian, matlamat tidaklah menghalalkan cara. Maka
biarpun diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT untuk
berdakwah kita tidak boleh ambil mudah dalam satu hal matlamat atau
kaedah melaksakan niat tersebut.
• Sebagai contoh, jika namanya teater Islami tetapi terdapat unsur asing
seperti melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita,
berlakunya pendedahan aurat dan sebagainya, maka itu tidak layak
dinamakan teater Islami. Mungkin isinya sahaja Islami, tetapi tidak
pada gambaran dan paparannya. Ingatlah kaedah fiqh yang
menyatakan: “Apabila bercampur yang haram dengan yang halal,
maka dimenangkanlah yang haram”. Na’uzubillah
3. Mengangkut martabat insan tanpa meninggalkan nilai-nilai
kemanusiaan dan persekitaran.
• Seseorang pereka fesyen wajar mempraktikkan seni rekaan busana
muslimah yang memenuhi tuntutan syarak seperti fabrik yang
digunakan tidak dari kain yang tipis dan jarang barulah mengangkat
martabat insan tanpa meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan
persekitaran. Selain itu, fesyennya tidak ketat atau mengikut lekuk
bentuk badan juga menjaga keperibadian wanita dengan melindungi
apa yang sewajarnya dilindungi.
• Manakala dalam konteks seni nyanyian, lagu yang didendangkan
mahupun yang digubah seharusnya meningkatkan martabat manusia
di sisi Khaliknya seperti lagu berunsur keinsafan, kesyukuran dan
kedamaian. Sekiranya lagu yang digubah sekadar mengangkat
kejelitaan wanita di mata lelaki, itu terkeluar dari fasa mengangkat
martabat insan.
4. Menjadikan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak sebagai sumber
kesenian.
• Seni dalam Islam tidak kiralah dalam bentuk muzik dan lagu atau
selainnya perlu berlandaskan al-Quran, al-Sunnah serta Ijmak sebagai
panduan.
• Sebagai contoh, apabila senikata lagu diletakkan dalam kriteria
pemilihan jodoh, didapati senikata lagu tersebut mempunyai
kepincangan dari sudut akhlak dan syariah.
• “I don’t care who you are, where you you from, what you did, as long
as you love me…” (“Aku tidak peduli siapa kamu, mana asal usulmu
dan apa yang telah kamu lakukakan selagi/yang penting kamu
cintakan aku”)
• Dalam Islam antara kriteria penting dalam pemilihan jodoh ialah perlu
mengenalpasti asal-usul serta akhlak pasangan atau calon pilihan kita.
Ini kerana hal tersebut adalah satu titik-tolak yang penting kerana
calon pilihan kita itu bakal mencorakkan rumahtangga yang bakal
didirikan serta zuriat yang bakal dilahirkan.
5. Jauh daripada unsur-unsur maksiat.
• Lagu dan seni kata yang didendangkan perlu bebas daripada unsur-
unsur maksiat kepada Allah SWT. Selain itu keadaan yang
menunjukkan sifat berputus asa dan peraaan sedih keterlaluan wajar
dijauhkan.
• Sebagai contoh senikata yang didendangkan oleh seorang penyanyi:
“Kaulah segalanya bagiku, kaulah curahan hati ini, tak mungkin
kumelupakanmu, tiada lagi yang kuharapkan hanya kau seorang”
• Senikata lagu ini pernah menjadi kontroversi kerana disifatkan sebagai
mempunyai unsur-unsur yang meragukan akidah kerana meletakkan
pengharapan kepada selain Allah SWT yang mana sangat bertentangan
dengan akidah Islam dan membawa kepada maksiat iaitu kekufuran.
6. Gaya persembahan perlulah menjaga syariat Islam.
• Selain aspek senikata, gaya persembahan hasil seni terutama lagu
perlulah menjaga syariat Islam.
• Sebagai contoh, persembahan dalam bentuk konsert misalnya lazimnya
menyebabkan terjadinya percampuran di antara lelaki dan wanita,
melibatkan pendedahan aurat, dihidangkan dengan minuman yang
memabukkan lagi mengkhayalkan apatah lagi sehingga melalaikan
perkara-perkara fardhu seperti solat.
7. Tidak melampaui batas atas berlebih-lebihan.
• Seni sebagai satu satu terapi minda tidak wajar menjadi punca
kemudharatan dan kemurkaanNya. Sedangkan berhibur di dalam
Islam itu hukum asalnya adalah harus tetapi apabila terlalu berlebih-
lebihan sehingga menafikan hak perkara yang fardhu adalah haram.

Bab 2 (peradaban dan tamadun)

  • 1.
  • 2.
    KUIZ 2 1. Apaitu peradaban dan tamadun? (5 markah) 2. Berdasarkan tayangan tadi, senaraikan 5 orang tokoh ilmuan Islam dan sumbangan kepakaran mereka. (10 markah)
  • 4.
    Konsep Peradaban danTamadun Definisi Bahasa  BI: civitas - civilization (bandar / kota)  Jacqueta Hawkes: tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat. Justeru, orang-orang Greek seperti Strabo menganggap masyarakat yang tidak mempunyai bandar adalah masyarakat yang tidak bertamadun.  BA: pinjaman perkataan Arab, da-na (agama, kehidupan beragama) - maddana (pembukaan bandar+perlakuan sopan) - tamaddun (pembangunan bandar +kehalusan budi pekerti).  Istilah lain yang semakna: Hadharah, Umran dan Madaniyyah.  BM (Kamus Dewan): kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Ia menggambarkan kemjuan yang dicapai oleh manusia dlm kehidupan mereka.
  • 5.
    • Istilah terawalyang digunakan untuk menghuraikan tamadun secara ilmiah dipelopori oleh Ibn Khaldun iaitu pengasas ilmu ketamadunan pada abad ke-14.
  • 6.
    4 Pengertian IstilahTamadun PERTAMA “Tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup manusia dari cara hidup nomad kepada kehidupan kota atau Bandar.” *Ibn Khaldun merujuk terminologi Umran: - kawasan tanah atau rumah yang didiami atau dihuni manusia secara menetap, - keadaan yang berkembang subur lagi makmur - bekalan ekonomi yang cukup - selamat nyawa dan harta. - bangunan atau kerja-kerja mendirikan bangunan dengan segala binaan dan strukturnya.
  • 7.
    Samb… • Keadaan majuyang merujuk kepada kewujudan wilayah yang diduduki penduduk ini biasanya dikenali sebagai kampung atau Bandar, juga diistilahkan oleh beliau sebagai hadharah. • Berlawanan dengan keadaan terbiar, gersang dan tandus di mana manusia sering hidup secara nomad atau berpindah randah. Keadaan ini boleh digambarkan dalan istilah yang lebih tepat iaitu badawah atau kedaratan.
  • 8.
    KEDUA “Proses untuk mencapaikemajuan atau kebaikan di dalam kehidupan.”  Prof Ismail al-Faruqi mengatakan tamadun (yang menggunakan istilah umran tetapi menyamakan dengan imran, iaitu kutipan dari surah al-Imran ayat 33-35 yang berakar kata dari amara) membawa maksud membina atau membawa kebaikan atau menjadikan kehidupan ini aman.
  • 9.
    KETIGA “Kombinasi kemajuan aspekpemikiran, rohani dan jasmani atau material manusia.”  Osman Khalid merumuskan makna tamadun melalui 2 istilah : 1. madaniah : pencapaian kebendaan yang tinggi seperti dalam kegiatan pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar dengan adanya kemudahan infrastrukturnya dan keperluan asasi dan sebaliknya seperti makan minum, tempat tinggal, rekreasi kerana ada kemudahan kewangan dan kemampuan berbelanja yang semestinya mempunyai kekuatan ekonomi. 2. hadharah pula merujuk kepada kemajuan aspek-aspek pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat yang ketara dalam bidang ilmu, kesusasteraan, kesenian, pemerintahan, adat resam, budi pekerti dan kepercayaan.
  • 10.
    KEEMPAT “Kemajuan manusia yangdiasaskan kepada ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau Bandar atau mencapai kemajuan material.” • Menurut Prof. S.M. al-Attas, apabila beliau menjelaskan tamadun sebagai suatu keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan susila dan keluhuran kebudayaan bagi seluruh masyarakat itu. • Menurut Idris al-Marbawi pula menerangkan makna tamadun di dalam kamusnya sebagai hidup dengan berkehalusan budi pekerti dan berakhlak mulia seperti orang kota.
  • 11.
    Kesimpulan Dari pelbagai pengertiandi atas kita boleh ringkaskan tamadun sebagai “ suatu keadaan atau pencapaian tinggi manusia bermasyarakat di dalam semua bidang kehidupan merangkumi aspek kerohanian dan kebendaan yang luhur berpusat di kota.”
  • 12.
  • 13.
    Menurut Edward L.Farmer dalam bukunya Comparative History of Civilization in Asia menggariskan tujuh ciri utama tamadun:
  • 14.
    Secara ringkasnya, elemenasas perlu dalam memainkan peranan penting bagi proses pembentukan sesebuah tamadun. Antaranya ialah: • Penempatan manusia pd suatu tempat yang strategik spt pusat bandar. • Jangka hayat penghidupan yang stabil dan agak panjang. • Terdapat sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik. • Wujud satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi alat komunikasi ilmu. • Wujud undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak-tanduk anggota masyarakatnya. • Peningkatan daya kekreatifan dalam bidang seni, sastera, falsafah dan lain-lain. • Terdapat pelbagai penciptaan sains dan teknologi. Ciri-ciri yang wujud ini perlu dlm sesebuah masyarakat yg mempunyai kehidupan bertamadun. Ketiadaan ciri-ciri ini menjadikan sesebuah masyarakat tidak bertamadun / mundur.
  • 17.
    SUMBER TAMADUN Sumber asas dalammemanifestasikan kewujudan tamadun-tamadun agung sepanjang sejarah ketamadunan manusia.
  • 18.
  • 19.
    Pandangan Sarjana Ilmuan IbnKhaldun (732H – 808H) dalam bukunya bertajuk ‘al-Muqaddimah’ : “Tamadun merupakan suatu pencapaian manusia yang melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan kea rah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seninya sendiri. Ia ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan juga bidang pengajian Islam.”
  • 20.
    Jurji Zaidan (1861– 1941) • Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandarbandar Islam serta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik serta nyanyian. Ismail al-Faruqi (1921 – 1986) • Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada dua realiti yang menciptakan iaitu Allah s.w.t. dan realiti yang dicipta iaitu makhluk. Tauhid ialah identiti tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan satu wadah yang kukuh yang bergelar tamadun. Syed Muhammad Naquib al-Attas • Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.
  • 21.
    Sarjana Barat: 1. ArnoldToynbee (1852 – 1883) • Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama. 2. Dr. Haas dan Lecky • Tamadun Eropah adalah berakar-umbikan tamadun Yunani dan tamadun Rom yang bermatlamatkan kebendaan semata-mata. 3. J.K Fiebleman • Tamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat iaitu proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu.
  • 22.
    >> Perbezaan definisisarjana? • perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu tamadun Islam berpaksikan agama sebagai asas pembinaan tamadun, • sebaliknya tamadun Barat walaupun ada unsur agama dan moral sebagai elemen kebudayaan, namun paksinya adalah kebendaan atau material.
  • 23.
    SUMBER • Sumber tamadunIslam <-> sumber agama Islam (al-Qur’an dan al-Sunnah) • sbb: agamalah yang melahirkan tamadun. Kedua-dua sumber naqli ini berfungsi sebagai pencetus asas-asas binaan tamadun Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Tamadun Islam adalah unik dan istimewa kerana ia bukan lahir serta berkembang mekar daripada cetusan idea, budaya dan dorongan hawa nafsu manusia tetapi tamadun Islam dinaungi dan disuluhi di bawah petunjuk dan pedoman al-Qur’an dan al-Sunnah yang merupakan wahyu Allah s.w.t. • Bukti? Rujuk al-Kahfi: 109 **Tamadun Islam = tamadun Arab??
  • 24.
    Sifat dan CiriTamadun Islam: • Sifat: 1. Sejagat 2. Terbuka 3. Sepanjang zaman 4. Toleransi 5. Berpaksikan tauhid • Ciri: 1. Islam agama Allah 2. Menyeluruh 3. Umum 4. Tetap dan Anjal 5. Ideal dan realistik
  • 25.
    Faktor kejayaan TamadunIslam  Terdapat pelbagai faktor yang boleh dihubungkan sebagai penyebab kecemerlangan tamadun Islam. Antaranya : i. Dorongan daripada semangat Iqra’ (membaca): Menurut Hairudin Harun (1992) dalam bukunya, Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam, kesemua aktiviti ilmiah yang berlaku sepanjang zaman kegemilangan tamadun intelektual Islam adalah cetusan dan dorongan yang bersumberkan perintah al-Iqra dalam al-Qur’an. Dorongan ini sbgpencetus dan dorongan yang jitu kepada kepentingan menuntut ilmu.
  • 26.
    ii. Ilmu berasaskantauhid: Keimanan yang sebenarnya tidak mungkin wujud tanpa asas ilmu dan begitu juga ilmu tidak mungkin memberi manfaat tanpa dipandu oleh wahyu. Kesepaduan ilmu dan tauhid inilah yang melonjakkan tamadun Islam dan menjadikannya tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada manusia. iii. Panduan al-Qur’an dan al-Sunnah: al-Qur’an dan al-Sunnah banyak memberi dorongan ke arah melahirkan insan yang bertamadun. Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih dan menghayati nilai-nilai positif.
  • 27.
    iv. Keterbukaan dankreativiti tamadun Islam: Waqar al-Husaini (1985) seorang sarjana menegaskan bahawa sikap terbuka umat Islam terserlah dalam memanfaatkan sumber-sumber tamadun daripada orang Yunani, Romawi, Iskandariah, Syria, Parsi, India dan China. Umat Islam tidak meniru unsur luar tanpa saringan dan tapisan yang wajar. Namun ia tidak bermaksud menghalang umat Islam daripada mengkaji dan meneliti hasil tamadun luar terutama hal-hal yang baru. Kemusnahan tamadun berlaku bilamana melanggari faktor- faktor yang menyumbang kepada kejayaan tamadun Islam itu sendiri: i. Al-Qur’an dan Al-Sunnah tidak lagi dijadikan rujukan utama. ii. Kelemahan umat Islam dalam pelbagai bidang ilmu. iii. Berlaku gejala maksiat yang berleluasa. iv. Umat Islam semakin jauh dengan ajaran Islam.
  • 28.
  • 29.
    PERBANDINGAN 4. ILMU - TImenekankan konsep kesepaduan ilmu. - Buktinya kebanyakan sarjana Muslim menjadikan pengajian Islam sebagai asas dan turut menguasai ilmu sains. - Cthnya, Ibn Sina telah menghafal Al-Qur’an sejak berusia 10 tahun dan muncul sebagai bapa kedoktoran pada usia 18 tahun. - TB pula menekankan konsep pengkhususan ilmu. - Buktinya, golongan intelek TB hanya mahir dalam bidang pengkhususan semata-mata. 1. AGAMA - TI mencakupi keseluruhan kehidupan manusia. - TB pula mementingkan keduniaan dan berilmu hanya sebahagian drpd kebudayaan. 2. BERSEPADU - TI meletakkan segala bentuk pembangunan, kebendaan berkaitan dengan agama. - TB pula meletakkan segala urusan tiada kaitan dengan agama. 3. KEMAJUAN - TI menekankan maju berdasarkan keuntungan dunia dan akhirat. - Malah TI menolak konsep ‘matlamat menghalalkan cara’. - TB pula menekankan keuntungan dunia semata- mata. INTERAKSI - TI dan TB saling berhubung dan berlaku interaksi bermula kegemllangan TI di Andalus. - Buktinya, bahasa arab telah menjadi bahasa rasmi dunia. - Selain itu, Uni. Cordova di bwh pemerintahan Islam Andalus telah menjadi pusat pengajian dunia, malah pelajar dari Barat turut hadir seterusnya berkembang luas ilmu- ilmu yang diperoleh ke negara mereka semula. - Uni. Naples ditubuhkan bagi mengembangkan sains Muslim ke Eropah. - Kesan terbesar interaksi ini menyebabkan timbulnya semangat Renaisans (kebangkitan) bagi TB.
  • 30.
    Seni dan KeindahanIslam DEFINISI: Bahasa : dalam BA, ‘fann’ yang bermaksud halus dan indah. Istilah : usaha yang menciptakan bentuk-bentuk yang menyenangkan. MATLAMAT & PERANAN SENI DLM KEHIDUPAN: • Matlamat utama kesenian Islam adalah mengagungkan pencipta-Nya. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar, sesama makhluk, dan sesama manusia itu sendiri. • Kesenian yang mempunyai nilai yang paling tinggi ialah sesuatu yang mendorong kita kearah ketakwaan, kema’rufan, kesasihan, dan budi pekerti yang tinggi. • Perkara yang perlu ditekankan dalam kita menghayati kesenian Islam ialah kesedaran di mana manusia perlu sentiasa mengingati maha pencipta iaitu Allah SWT iaitu kesenian adalah bermatlamatkan bagi membawa hamba-Nya kepada tuhan-Nya. Islam tidak hanya terhad kepada soal ibadat khusus, tetapi juga cara hidup yang lengkap yang menyeluruh termasuk aspek kebudayaan.
  • 31.
    ASAS KESENIAN ISLAM: Terdapattiga asas utama kesenian Islam iaitu akidah, syara’, dan akhlak. 1. Akidah merupakan asas utama kerana ia melambangkan keindahan dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Contohnya, Islam melarang sama sekali umatnya menghasilkan makam/pusara yang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti dibuat daripada emas atau melebihi daripada yang telah ditetapkan dalam Islam. 2. Syara’ meletakkan lima garis utama dalam berseni iaitu wajib, haram, sunat, harus, dan makruh. Pelbagai karya seni yang melalaikan adalah haram kerana ia menyebabkan seseorang itu lupa kepada Allah SWT. Contohnya karya muzik dan lakonan yang menyebabkan kita lalai kepada perintah Allah SWT adalah haram disisi Islam. 3. Akhlak menitikberatkan aspek-aspek kemanusiaan, moral, tidak melalaikan manusia dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebarang hasil karya yang boleh merosakkan akhlak adalah diharamkan oleh Islam. Contohnya lukisan yang berunsur lucah, menggalakkan jenayah, dan seni suara yang memuja matahari, pokok dan sebagainya adalah diharamkan oleh Islam.
  • 32.
    BAHAGIAN: Menurut Dr. Yusufal-Qardhawi dalam bukunya “Seni dalam Islam”, terdapat 4 bahagian seni: 1. Seni yang didengar - nyanyian, muzik 2. Seni yang dilihat – binaan, ukiran, rekaan 3. Seni yang didengar dan dilihat – lakonan, teater, tarian 4. Seni yang dibaca – puisi, sajak, pidato BIDANG SENI TAMADUN ISLAM: 1. Seni kesusasteraan dan persuratan 2. Seni suara 3. Seni kaligrafi 4. Seni bina dan rekabentuk
  • 33.
    1. Seni kesusasteraandan persuratan • Syair / puisi - ciri-ciri perkauman, kejian, pujian dan cinta • Qasidah dan maqamat - puisi memuji Rasulullah SAW • Pidato • Novel • Koleksi kumpulan nasihat 2. Seni suara • Syair • Marhaban, Qasidah, Burdah, Zanji – lagu arab tentang Islam dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW • Nasyeed - lagu tanpa iringan muzik • Nazam - zikir, popular di Terengganu • Ghazal - puisi Arab bertema cinta, popular di Johor
  • 34.
    3. Seni kaligrafi– tulisan khat dan tulisan Cina 8 model khat: ▫ Khat kufi ‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬‫بسم‬ ▫ Khat thuluth ‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬ ‫بسم‬ ▫ Khat nasakh ‫بسم‬‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬ ▫ Khat farisi ‫بسم‬‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬ ▫ Khat diwani ‫بسم‬‫الرحمن‬ ‫هللا‬‫الرحيم‬ ▫ Khat diwani jali ‫الرحيم‬ ‫الرحمن‬ ‫هللا‬ ‫بسم‬ ▫ Khat rayhani Khat riq’ah
  • 35.
    4. Seni binadan rekabentuk Dunia: ▫ Masjid Nabawi, Madinah ▫ Masjid Qubbat al-Sakhrah (Dome of the rock) ▫ Masjid Sulaymaniye, Turki Malaysia: ▫ Masjid Kampung Hulu, Melaka ▫ Masjid Kampung Laut, Kelantan Lain-lain: ▫ Bandar/kota, rumah, anjung, bumbung, pintu gerbang, kubu pertahanan, pusara/makam
  • 36.
    GARIS PANDUAN BERSENIDAN BERHIBUR DALAM ISLAM: Ulama berselisih pendapat dalam penetapan hukum mendengar muzik dan lagu. Pendapat yang pertama menolak sama sekali penggunaan muzik dan lagu dengan berhujah kepada dalil bunyi-bunyian adalah dari seruling syaitan dan ia melalaikan. Manakala sebahagian ulama yang lain mengharuskannya atas panduan-panduan yang berikut; 1. Tidak bercanggah dengan akidah, syarak dan akhlak Islam. 2. Niat dan matlamat seiring untuk mendapat keredhaan Allah SWT . 3. Mengangkut martabat insan tanpa meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan persekitaran. 4. Menjadikan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak sebagai sumber kesenian. 5. Jauh daripada unsur-unsur maksiat. 6. Gaya persembahan perlulah menjaga syariat Islam. 7. Tidak melampaui batas atas berlebih-lebihan.
  • 37.
    1. Tidak bercanggahdengan akidah, syarak dan akhlak Islam. • Seni kata lagu yang didendangkan perlulah menepati akidah, syarak dan akhlak Islam. • Contoh seni kata lagu kumpulan dari Barat yang bercanggah dengan akidah, syarak dan akhlak Islam ialah: “I swear by the moon and the sky….” • Ini amat bercanggah dengan akidah Islam. Kerana sebagai Muslim kita hanya layak untuk bersumpah pada ketika yang perlu dan lafaz sumpah itu cuma layak untuk tiga lafaz: Wallah. Wabillah. Watallahi. Sedangkan bersumpah demi bulan dan langit tidak sejajar dengan tuntutan Islam dalam persoalan akhlak dan akidah.
  • 38.
    2. Niat danmatlamat seiring untuk mendapat keredhaan Allah SWT . • Setiap perbuatan itu dinilai berdasarkan niat. Maka keperluan niat untuk keredhaan Allah SWT dalam berseni adalah termasuk dalam perbincangan niat. Berniat untuk berdakwah melalui teater atau drama Islam untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT adalah baik sekali. Namun demikian, matlamat tidaklah menghalalkan cara. Maka biarpun diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT untuk berdakwah kita tidak boleh ambil mudah dalam satu hal matlamat atau kaedah melaksakan niat tersebut. • Sebagai contoh, jika namanya teater Islami tetapi terdapat unsur asing seperti melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, berlakunya pendedahan aurat dan sebagainya, maka itu tidak layak dinamakan teater Islami. Mungkin isinya sahaja Islami, tetapi tidak pada gambaran dan paparannya. Ingatlah kaedah fiqh yang menyatakan: “Apabila bercampur yang haram dengan yang halal, maka dimenangkanlah yang haram”. Na’uzubillah
  • 39.
    3. Mengangkut martabatinsan tanpa meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan persekitaran. • Seseorang pereka fesyen wajar mempraktikkan seni rekaan busana muslimah yang memenuhi tuntutan syarak seperti fabrik yang digunakan tidak dari kain yang tipis dan jarang barulah mengangkat martabat insan tanpa meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan persekitaran. Selain itu, fesyennya tidak ketat atau mengikut lekuk bentuk badan juga menjaga keperibadian wanita dengan melindungi apa yang sewajarnya dilindungi. • Manakala dalam konteks seni nyanyian, lagu yang didendangkan mahupun yang digubah seharusnya meningkatkan martabat manusia di sisi Khaliknya seperti lagu berunsur keinsafan, kesyukuran dan kedamaian. Sekiranya lagu yang digubah sekadar mengangkat kejelitaan wanita di mata lelaki, itu terkeluar dari fasa mengangkat martabat insan.
  • 40.
    4. Menjadikan al-Quran,al-Sunnah dan Ijmak sebagai sumber kesenian. • Seni dalam Islam tidak kiralah dalam bentuk muzik dan lagu atau selainnya perlu berlandaskan al-Quran, al-Sunnah serta Ijmak sebagai panduan. • Sebagai contoh, apabila senikata lagu diletakkan dalam kriteria pemilihan jodoh, didapati senikata lagu tersebut mempunyai kepincangan dari sudut akhlak dan syariah. • “I don’t care who you are, where you you from, what you did, as long as you love me…” (“Aku tidak peduli siapa kamu, mana asal usulmu dan apa yang telah kamu lakukakan selagi/yang penting kamu cintakan aku”) • Dalam Islam antara kriteria penting dalam pemilihan jodoh ialah perlu mengenalpasti asal-usul serta akhlak pasangan atau calon pilihan kita. Ini kerana hal tersebut adalah satu titik-tolak yang penting kerana calon pilihan kita itu bakal mencorakkan rumahtangga yang bakal didirikan serta zuriat yang bakal dilahirkan.
  • 41.
    5. Jauh daripadaunsur-unsur maksiat. • Lagu dan seni kata yang didendangkan perlu bebas daripada unsur- unsur maksiat kepada Allah SWT. Selain itu keadaan yang menunjukkan sifat berputus asa dan peraaan sedih keterlaluan wajar dijauhkan. • Sebagai contoh senikata yang didendangkan oleh seorang penyanyi: “Kaulah segalanya bagiku, kaulah curahan hati ini, tak mungkin kumelupakanmu, tiada lagi yang kuharapkan hanya kau seorang” • Senikata lagu ini pernah menjadi kontroversi kerana disifatkan sebagai mempunyai unsur-unsur yang meragukan akidah kerana meletakkan pengharapan kepada selain Allah SWT yang mana sangat bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada maksiat iaitu kekufuran.
  • 42.
    6. Gaya persembahanperlulah menjaga syariat Islam. • Selain aspek senikata, gaya persembahan hasil seni terutama lagu perlulah menjaga syariat Islam. • Sebagai contoh, persembahan dalam bentuk konsert misalnya lazimnya menyebabkan terjadinya percampuran di antara lelaki dan wanita, melibatkan pendedahan aurat, dihidangkan dengan minuman yang memabukkan lagi mengkhayalkan apatah lagi sehingga melalaikan perkara-perkara fardhu seperti solat. 7. Tidak melampaui batas atas berlebih-lebihan. • Seni sebagai satu satu terapi minda tidak wajar menjadi punca kemudharatan dan kemurkaanNya. Sedangkan berhibur di dalam Islam itu hukum asalnya adalah harus tetapi apabila terlalu berlebih- lebihan sehingga menafikan hak perkara yang fardhu adalah haram.