SlideShare a Scribd company logo
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
189
NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK
Oleh
Sumiyati binti Abdul Halim Jikem
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid yang mengalami
masalah dalam kemahiran menulis iaitu hanya nombor dan abjad
tertentu ditulis secara terbalik. Tindakan dalam kajian ini diambil
setelah murid ini menduduki Ujian Diagnostik pada 24 Jun 2009
iaitu Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Praktik dan Tulisan) dan
Ujian Diagnostik Matematik. Setelah membimbing dan mengajar
murid ini selama lebih sebulan, murid ini menunjukkan
perkembangan yang positif. Ini menunjukkan bahawa usaha yang
dicurahkan memberikan hasil dan dapat membantu murid ini
menulis dengan betul dan baik tanpa melakukan kesalahan.
1.0 Pengenalan
Pendidikan pemulihan khas merupakan satu langkah untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran terutamanya
masalah Membaca, Menulis dan Mengira di sekolah-sekolah. Ott (1997)
(dalam Rajesvari a/p Ramasamy, 2008) menyatakan bahawa kemahiran-
kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) adalah penting untuk
dikuasai oleh setiap individu dalam kurikulum pembelajaran di sekolah.
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960-an bagi membantu murid-murid di
sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran
iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Secara umumnya, murid-murid pemulihan bukanlah yang mempunyai
kecacatan akal atau terencat akal, tetapi mereka adalah murid-murid yang
sering memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dalam
pelajaran mereka berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan
sebaya mereka (Kamaruddin Hj. Husin, 1988). Dalam era globalisasi ini,
setiap individu bersaing untuk mencapai kejayaan. Namun, masih lagi
individu yang tertinggal di belakang.
Syed Abu Bakar Syed Akil (1997) menyatakan bahawa pendidikan
pemulihan khas amat penting dalam sistem pendidikan khas kerana
terdapat hampir 20 peraus (%) daripada jumlah kanak-kanak terpaksa
bersaing dengan kanak-kanak yang biasa atau cerdas untuk menguasai
kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak sukatan
pelajaran yang sama. Dalam erti kata lain, pendidikan pemulihan adalah
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
190
merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran di sekolah.
Pengendalian dan pelaksanaan program pemulihan adalah sesuatu yang
begitu mencabar terutamanya kepada para guru. Mereka menempuh
pelbagai cabaran untuk mendidik murid-murid dalam program pemulihan
mereka yang sering kali memiliki masalah pembelajaran yang berbeza.
Justeru, guru pemulihan khas memainkan peranan yang amat penting
dalam membantu serta membimbing murid-murid pemulihan khas untuk
menguasai masalah 3M. Guru pemulihan Khas juga berperanan penting
dalam usaha untuk membantu murid-murid dari segi keadah, bahan bantu
mengajar dan aktiviti-aktivti yang kreatif dan inovasi yang amat bersesuaian
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p).
1.2 Latar Belakang Kajian
Kelas-kelas pemulihan mempunyai kategori kanak-kanak yang berbeza-
beza berdasarkan masalah yang dihadapi atau kemahiran-kemahiran
pembelajaran yang belum dikuasai. Keadaan ini mewujudkan kemungkinan
bahawa murid-murid ini menghadapi masalah pembelajaran yang tertentu.
Kebiasaannya, masalah murid-murid menulis nombor atau abjad terbalik
sering dikaitkan dengan masalah disleksia. Umumnya, disleksia adalah
sukar untuk dikenal pasti oleh seseorang guru. Hal ini adalah sedemikian
kerana ada dalam kalangan murid-murid normal yang sering membuat
kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan
kesilapan murid-murid yang mengalami disleksia(Rajesvari a/p Ramasamy,
2008).
Namun, kita harus mengenal pasti murid-murid yang mengalami disleksia
dengan melihat ciri-ciri murid disleksia seperti berikut:
 kesukaran berbahasa
 ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
 tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
 tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru
tulisan dari papan hitam atau buku).
 mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu
perhatian kepada tulisan, dan
 daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).
Dalam program pemulihan pula, didapati murid-murid pemulihan sering
menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira. Dalam kemahiran membaca, murid-murid pemulihan menghadapi
masalah kesukaran untuk mengingat huruf selepas membaca. Beberapa
ciri-ciri murid yang normal hampir sama dengan murid yang mengalami
disleksia.
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
191
Hal sedemikian mungkin berlaku disebabkan murid kurang menumpukan
perhatian dan juga mempunyai masalah pengamatan. Selain itu, murid
pemulihan juga mempunyai perbendaharaan kata yang kurang atau terhad
menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam membina ayat mudah
dengan betul.
Menurut Jamilah Ahmad (1999), program pemulihan dijalankan adalah
untuk menampung keperluan murid-murid di dalam kelas biasa yang
menghadapi masalah-masalah seperti berikut:-
1. Masalah pembelajaran akibat
a) Ketidaksuaian bahan dan teknik pengajaran guru
b) Sering tidak hadir ke sekolah
c) Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
d) Leka dan lambat
2. Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran seperti
a) Masalah peribadi
b) Masalah psikologi
c) Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat
lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.
Dalam kajian ini, kes yang difokus melibatkan seorang murid yang
dinamakan Nurhaliza yang mempunyai masalah pembelajaran akibat
daripada sering tidak hadir ke sekolah, leka, lambat dan juga kurang
kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami
dan lemah pengamatan seperti yang dinyatakan oleh guru pembimbing.
Beliau merupakan murid yang lemah di dalam kelas yang perlu dipulihkan
walaupun beliau tidak mempunyai sebarang masalah kecacatan akal atau
terencat akal.
Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa murid-murid lemah dalam
pembelajaran mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada
kemahiran lisan, bacaan mahupun penulisan.
b) Lemah untuk mengubah alih pengetahuan kepada plebagai situasi
pembelajaran.
c) Lambat memastikan sesuatu perkataan sama ada dari segi sebutan
mahupun maknanya.
d) Lambat membentuk konsep.
e) Kerap kali lupa akan perkara-perkara yang telah diajar.
f) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran.
g) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.
h) Suka bersendirian, mempunyai konsep yang negative
i) Selalu ponteng dan mempunyai masalah tingkah laku.
j) Pendiam, malu dan sukar untuk bertindak balas.
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
192
Oleh yang demikian, sebagai guru pemulihan, sebelum saya memulakan
sebarang aktivti, saya perlu menghayati matlamat utama pemulihan. Ini
kerana setelah seorang guru memahami konsep dan mengetahui dengan
jelas matlamat, maka guru akan lebih prihatin terhadap kelemahan murid-
murid dalam pembelajaran dan lebih beriltizam terhadap tugas sebagai guru
pemulihan khas.
1.3 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas Nurhaliza di SK XYZ. Beliau didapati menulis
nombor dan abjad terbalik. Kajian ini member focus kepada Nurhaliza yang
mana beliau diberi bimbingan dan perhatian semasa p&p. Kajian ini
berlangsung daripada 6 Julai 2009 sehingga 12 Ogos 2009.
1.4 Fokus Kajian
Pada awal praktikum, saya telah menjalankan Ujian Diagnostik Bahasa
Melayu (Tulisan dan Praktik) dan Ujian Diagnostik Matematik ke atas murid-
murid di sekolah ini pada 24 Jun 2009. Hasil daripada penyemakan kertas
ujian tersebut, didapati Nurhaliza, seorang murid Tahun 2E menulis nombor
dan abjad secara terbalik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 dan 2.
Rajah 1: Tulisan nombor 5 terbalik
Rajah 2: Huruf ‘E’ terbalik
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
193
Apabila diperhatikan dan selidik latar belakang Nurhaliza, didapati bahawa
beliau merupakan seorang murid yang normal. Namun, masalah utama
murid ini ialah beiau mempunyai ciri-ciri murid yang lemah dalam
pembelajarannya.
Menurut Jamilah Ahmad (1999), murid lemah diertikan sebagai seorang
murid yang gagal mencapai kemajuan pada tahap yang ditentukan
berbanding dengan murid-murid lain di dalam kelasnya. Tahap pencapaian
yang telah ditentukan oleh kurikulum ialah ketidakupayaan menguasai
kemahiran yang telah ditentukan sebagai proses pembelajaran. Tambahan
beliau, terdapat lima (5) ciri-ciri murid yang lemah. Antaranya ialah:
1. Aspek mental
a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada kemahiran
lisan, bacaan atau penulisan.
b) Lemah atau lambat dalam mengubahsuai pengetahuan mengikut
bberbagai-bagai situasi pembelajaran.
c) Lambat memahami atau memastikan sesuatu perkataan atau
membentuk sesuatu konsep.
2. Aspek fizikal
a) Selalu lupa tentang sesuatu perkata yang telah diajar.
b) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.
c) Cepat letih
3. Aspek sikap
Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti-aktiviti p&p.
4. Aspek sosial
Suka bersendirian dan mempunyai konsep kendiri negatif.
5. Aspek emosi
Mempunyai masalah tingkah laku, malu tidak ketahuan dan cepat
bosan.
Ciri-ciri lemah di atas telah ditunjukkan oleh Nurhaliza semasa beliau hadir
di dalam kelas pemulihan. Beliau mempunyai cirri-ciri sepeti lemah dari segi
aspek mental dan juga fizikal. Namun, beliau memberi tindak balas yang
positif apabila diminat membuat kerja di papan tulis ataupun pada lembaran
kerja. Oleh yang demikian, didapati bahawa Nurhaliza perlu dibimbing,
diberi motivasi dan juga diberi ransangan agar menjadi seorang murid yang
cergas dan juga tidak lagi mempunyai ciri-ciri murid-murid yang lemah.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai objektif-objektif berikut iaitu:
 mengurangkan kesalahan menulis nombor dan abjad terbalik pada
tahap yang maksimum; dan
 meningkatkan sifat kendiri yang positif terhadap diri Nurhaliza.
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
194
2.0 Perancangan Tindakan
Dalam mencapai dua objektif kajian di atas, perancangan dibuat secara
tersusun dan rapi. Sebagai guru pemulihan khas, saya perlu merancang
dan menyusun aktiviti pengajaran pemulihan seperti pemilihan dan aktiviti
hendaklah berdasarkan kebolehan murid (Jamilah Ahmad, 1999). Selain itu,
aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelajaran yang
membolehkan murid menggunakan semua derianya seperti latih tubi dan
sebagainya. Saya merancang untuk meluangkan masa selama 10 minit
setiap waktu Matematik (Setiap Isnin) dan Bahasa Melayu (Setiap Selasa)
untuk bersamanya. Dalam masa 10 minit ini, Nurhaliza akan diberi
bimbingan secara individu sehingga tempoh yang ditetapkan.
3.0 Pelaksanaan Tindakan dan Dapatan Kajian
Beberapa kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai digunakan untuk
mecapai objektif kajian. Antaranya ialah:
3.1 Pendekatan Deduktif
Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa dalam pendekatan ini, sesuatu
pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu
dan kemudian menganalisis hukum atau peraturan-peraturan melalui
contoh-contoh seterusnya untuk mengaplikasikan peraturan yang diberi.
Dalam menggunakan pendekatan ini, Nurhaliza diberi latihan pada 6 Julai
2009 untuk menulis urutan A-Z huruf besar, A-Z huruf kecil pada 7 Julai
2009 dan juga nombor 1-10 pada 8 Julai 2009 secara berulang-ulang.
Latihan-latihan seperti ini diberikan kerana untuk melatih Nurhaliza dengan
urutan abjad dan nombor yang betul, walaupun beliau telah mengetahui
urutannya. Nurhaliza perlu menyebut setiap nombor dan abjad yang ditulis
olehnya sendiri semasa menulis. Namun, kadang-kadang beliau juga
mudah lupa apabila diminta menyebut secara lisan. Apabila diminta
menyebut abjad dan nombor secara rawak, beliau menunjukkan tindak
balas yang lambat. Latihan-latihan seperti ini dapat meningkatkan daya
ingatannya dengan mengingat abjad dan nombor yang ditulis.
3.2 Pendekatan main sambil belajar
Murid-murid yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. ”Main”
merupakan satu ciri yang boleh mempertingkatkan kebolehan empati,
menambahkan kepekaan murid terhadap proses interaksi dan
menggalakkan keupayaan untuk menganalis secara objektif.
Dalam pelaksanaan tindakan ini pada 13 Julai 2009, saya menggunakan
bahan bantu mengajar seperti huruf A-Z dalam permainan “Cuba Teka
Siapa Saya”. Nurhaliza diminta untuk meneka setiap huruf yang ditunjukkan
saya. Tujuan utamanya ialah untuk mengesan sama ada Nurhaliza dapat
mengenal huruf dengan betul tanpa memikirkan abjad yang terbalik.
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
195
Adakalanya saya akan menterbalikkan huruf tersebut untuk melihat sama
ada beliau dapat menjawab ataupun tidak. Hasilnya, Nurhaliza dapat
meneka huruf terutamanya abjad “E” dengan baik.
3.3 Teknik Latih Tubi
Teknik ini digunakan dalam pengajaran secara lisan sebagai latih tubi
komunikatif. Saya menyebut perkataan dan meminta Nurhaliza
mengulanginya beberapa kali sehingga beliau dapat menguasainya. Namun
demikian pada 14 Julai 2009, pendekataan ini saya tambahkan dengan
tulisan iaitu mengulang sebutan saya secara lisan dan memindahkannya
kepada tulisan.
Hal ini sedemikian kerana tindakan ini akan meningkatkan daya ingatan
Nurhaliza terhadap abjad dan nombor yang disebutnya. Jadi, Nurhaliza
dapat menguasainya dengan lebih baik lagi. Latihan ini telah membolehkan
beliau tidak lagi menulis abjad “E” dan juga nombor “5” terbalik seperti yang
ditunjukkan pada gambar-gambar berikut.
3.4 Kaedah Pengulangan semasa Mengajar
Keadah ini melibatkan langkah-langkah pemulihan yang digunakan untuk
membantu kanak-kanak disleksia. Namun demikian, pendekatan ini
diaplikasi dalam tindakan saya dengan Nurhaliza kerana masalah yang
dihadapi olehnya hampir sama dengan kanak-kanak disleksia.
Bahan Bantu Mengajar : A-Z
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
196
Tindakan yang dilakukan ialah dengan mengulang latihan yang telah dibuat
dan juga di dalam latihan tersebut mempunyai pengulangan untuk menulis
abjad ataupun nombor. Ini bagi memastikan Nurhaliza mengingati apa yang
ditulisnya. Latihan ini telah diadakan pada 15 Julai 2009, 21 Julai 2009, 22
Julai 2009, 27 Julai 2009, dan 28 Julai 2009.
Saya perhatikan bahawa bagi setiap pengulangan latihan ini, tulisan
Nurhaliza semakin kemas dan cantik. Ini jelas dilihat pada gambar-gambar
berikut.
3.5 Teknik menulis di udara
Teknik ini digunakan untuk mengesan sama ada Nurhaliza dapat mengingat
nombor dan abjad yang telah ditulis olehnya sebelum ini. Teknik ini
dilakukan pada 4 Ogos 2008 untuk mengesan sama ada Nurhaliza
mengingati setiap bentuk abjad dan nombor. Di samping itu, teknik ini
adalah untuk melatih Nurhaliza menguasai kemahiran menulis. Saya
menyebut nombor dan abjad dan Nurhaliza akan menulisnya di udara.
Nampaknya latih tubi sebelum ini telah memberi kesan yang positif kepada
Nurhaliza. Hal ini sedemikian kerana Nurhaliza berjaya menulis setiap
nombor dan abjad yang disebutkan oleh saya dengan betul dan tepat. Ini
menunjukkan satu perkembangan yang baik ke atas Nurhaliza.
3.6 Tracing
Teknik ini digunakan untuk membantu Nurhaliza menulis dengan urutan
yang betul. Tracing ialah teknik menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut
urutan. Walau bagaimanapun, saya menggunakan papan tulis untuk
membuat latihan ini. Hal ini sedemikian kerana ia dapat mengelakkan rasa
bosan murid dalam p&p. Teknik ini dilakukan pada 5 Ogos 2009.
Semasa Nurhaliza menulis di papan tulis, dia kelihatan begitu seronok untuk
menulis. Semakin seronok murid belajar semakin cepat mereka memahami
pembelajaran mereka. Inilah yang ditunjukkan oleh Nurhaliza. Akhirnya,
Nurhaliza dapat menyalin dengan urutan yang betul dan kemas. Gambar-
gambar seterusnya menunjukkan Nurhaliza menggunakan teknik tracing.
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
197
Justeru itu, setelah beberapa pendekatan, kaedah dan teknik yang
digunakan, Nurhaliza telah menunjukkan perubahan yang positif. Murid ini
tidak lagi menulis nombor dan abjad secara terbalik. Ini jelas ketara apabila
saya melihat perubahan yang berlaku pada Nurhaliza dari segi hasil
kerjanya. Ini menunjukkan bimbingan individu dengan menggunakan
pendekatan, kaedah dan teknik amat berkesan bagi Nurhaliza.
4.0 Refleksi
Setelah hampir dua bulan menjalankan kajian kes ini, pelbagai bahan
bacaan dan juga cara untuk menangani masalah yang dihadapi untuk
membentuk murid-murid pemulihan khas dengan lebih baik lagi diperoleh.
Sebelum kajian ini dijalankan, pelbagai bahan bacaan telah dicari dan
dibaca. Pencarian maklumat di internet dan perpustakaan dilakukan selepas
waktu mengajar. Dalam mencari maklumat ini, barulah saya dapat
membezakan antara murid yang normal tetapi lemah dalam pelajarannya
dengan murid-murid yang mengalami masalah disleksia.
Sebagai guru pemulihan khas, kita perlu mengenal pasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid-murid untuk membantu kita memahami dan
mendalami masalah mereka. Masalah-masalah ini memberi kesan yang
negatif ke atas pembelajaran mereka. Di samping itu, kita juga dapat
mencari teknik atau alternatif lain bagaimana untuk mengajar murid-murid
pemulihan khas ini.
Selain itu, tunjuk ajar, maklumat dan bimbingan oleh guru pembimbing saya
banyak membantu saya sebelum menjalankan kajian kes ini. Beliau banyak
memberi maklumat tentang cara untuk berhadapan dengan murid-murid
pemulihan yang mempunyai pelbagai tingkah laku masing-masing. Oleh
yang demikian, setelah mendengar tunjuk ajar beliau, saya telah bersedia
untuk menjalankan kajian tersebut.
Semasa menjalankan kajian kes ini, masalah utama yang dihadapi ialah
Nurhaliza yang menghadapi kesukaran untuk belajar dan cepat hilang
tumpuan. Perkara ini telah dibincangkan bersama dengan ibu Nurhaliza
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189-
198.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL
198
pada sesi perjumpaan bersama dengan ibu bapa murid pemulihan khas
yang diadakan pada 24 Julai 2009. Semasa perjumpaan ini, saya
mengambil kesempatan untuk memahami apakah masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid-murid di bawah kumpulan saya. Kesempatan ini juga
saya gunakan sepenuhnya untuk bertanya dan berbincang kepada ibu
Nurhaliza masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anaknya.
Maklumat yang saya perolehi dapat saya gunakan untuk mengajar
Nurhaliza dengan lebih baik lagi.
Dalam proses p&p dalam kajian kes ini walaupun selama sepuluh minit (10
minit) sahaja bersama dengan Nurhaliza, murid ini cepat merasa letih
apabila diminta untuk menulis abjad dan nombor secara berulang-ulang.
Namun, motivasi telah diselitkan setiap sesi dalam meningkatkan minat
murid ini dalam p&p. Akhirnya, Nurhaliza sudah dapat menulis dengan betul
dan tidak terbalik lagi. Saya amat berpuas hati dengan diri sendiri dan
Nurhaliza kerana dia berjaya mengatasi masalah untuk menulis nombor dan
abjad terbalik. Usaha-usaha yang saya lakukan dapat membantu Nurhaliza
dengan menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang digunakan
untuk membimbing murid-murid yang mempunyai ciri-ciri lemah ke atas
pembelajarannya. Ia jelas berkesan juga ke atas Nurhaliza.
Bibliografi
Jamilah Ahmad.(1999). Penduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu
KBSR & KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku
Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan
3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin. (1993) . Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam
Bilik Darjah. Selangor: Longman.
Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.Selangor: Longman.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru
Sekolah Rendah, Jilid 3: Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rajesvari a/p Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia dalam Kalangan
Murid-Murid Pemulihan di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Dimuat turun
daripada <http://eprints.usm.my/9988/1
Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan
Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
R29
 
Modul bm novel
Modul bm novelModul bm novel
Modul bm novel
Shahida Ahmad
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Present Learning of Instruction
Present Learning of InstructionPresent Learning of Instruction
Present Learning of InstructionIzzati Hamid
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Junaidah Jusoh
 
Bmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayBmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 may
Mayhana Musa
 
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimiMasalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Shamimi Jamudin
 
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Noormazrita Azam
 
Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralfardzli71
 
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan IndividuPembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
budak_sibu
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Prosiding bm1
Prosiding bm1Prosiding bm1
Prosiding bm1
Mohamad Firhan
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
Ansar Azman
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linus
Ahmad NazRi
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Luisa Wong
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Amir Aiman Akashah
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
Norbaizura Md Isa
 
12 cathy john
12 cathy john12 cathy john
12 cathy john
zamhaini
 
What's hot (20)

67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
67 87 che-zanariah,fadzilah.upm
 
Modul bm novel
Modul bm novelModul bm novel
Modul bm novel
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Present Learning of Instruction
Present Learning of InstructionPresent Learning of Instruction
Present Learning of Instruction
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Bmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayBmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 may
 
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimiMasalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
 
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
 
Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral aural
 
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan IndividuPembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
Pembentangan Kajian Tindakan Kaedah Buku Garis Tiga & Bimbingan Individu
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Prosiding bm1
Prosiding bm1Prosiding bm1
Prosiding bm1
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikan
 
Edit bab i
Edit bab iEdit bab i
Edit bab i
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linus
 
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah Contoh kajian tindakan  bahasa inggeris sekolah rendah
Contoh kajian tindakan bahasa inggeris sekolah rendah
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
38399577 meningkatkan-kemahiran-membaca-melalui-kad-bacaan
 
12 cathy john
12 cathy john12 cathy john
12 cathy john
 
Similar to sumi

kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nieniekay
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
Chitra Devaki
 
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Alia Ayumi
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
rosedainty
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Zuraini Mat Zin
 
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak  Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Ustat Penang
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
AnibintiMisran
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Syazana Azmi
 
Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103zainuns
 
Pengembangan bahan ajar 1
Pengembangan bahan ajar 1  Pengembangan bahan ajar 1
Pengembangan bahan ajar 1
Drs. HM. Yunus
 
kesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docxkesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docx
WayanArtha1
 
LATIHAN MENGAJAR DAN KAJIAN TINDAKAN
LATIHAN MENGAJAR DAN KAJIAN TINDAKANLATIHAN MENGAJAR DAN KAJIAN TINDAKAN
LATIHAN MENGAJAR DAN KAJIAN TINDAKAN
syafiqa_hashim
 
Similar to sumi (20)

kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nie
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
 
LITERASI BAHASA KIA2M
LITERASI BAHASA  KIA2MLITERASI BAHASA  KIA2M
LITERASI BAHASA KIA2M
 
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak  Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran Dalam Kalangan Kanak-kanak
 
11 meimon
11 meimon11 meimon
11 meimon
 
Kasus pelajaran bahasa indonesia
Kasus pelajaran bahasa indonesiaKasus pelajaran bahasa indonesia
Kasus pelajaran bahasa indonesia
 
Jurnal pratikum
Jurnal pratikumJurnal pratikum
Jurnal pratikum
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
Lampiran 5.5b contoh-penulisan-refleksi-praktikum 2
 
Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1
 
Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103
 
Pengembangan bahan ajar 1
Pengembangan bahan ajar 1  Pengembangan bahan ajar 1
Pengembangan bahan ajar 1
 
kesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docxkesulitan belajar.docx
kesulitan belajar.docx
 
LATIHAN MENGAJAR DAN KAJIAN TINDAKAN
LATIHAN MENGAJAR DAN KAJIAN TINDAKANLATIHAN MENGAJAR DAN KAJIAN TINDAKAN
LATIHAN MENGAJAR DAN KAJIAN TINDAKAN
 
More from hairimidah

Interesting places
Interesting placesInteresting places
Interesting places
hairimidah
 
Haiwan memerlukan tempat perlindungan
Haiwan memerlukan tempat perlindunganHaiwan memerlukan tempat perlindungan
Haiwan memerlukan tempat perlindungan
hairimidah
 
Formula matematik
Formula matematikFormula matematik
Formula matematik
hairimidah
 
knowledge management
knowledge managementknowledge management
knowledge management
hairimidah
 
Sains tahun 6
Sains tahun 6Sains tahun 6
Sains tahun 6
hairimidah
 
Sk taman megah ria ptp
Sk taman megah ria   ptpSk taman megah ria   ptp
Sk taman megah ria ptp
hairimidah
 
More from hairimidah (7)

Interesting places
Interesting placesInteresting places
Interesting places
 
Haiwan memerlukan tempat perlindungan
Haiwan memerlukan tempat perlindunganHaiwan memerlukan tempat perlindungan
Haiwan memerlukan tempat perlindungan
 
Formula matematik
Formula matematikFormula matematik
Formula matematik
 
knowledge management
knowledge managementknowledge management
knowledge management
 
penggal
penggalpenggal
penggal
 
Sains tahun 6
Sains tahun 6Sains tahun 6
Sains tahun 6
 
Sk taman megah ria ptp
Sk taman megah ria   ptpSk taman megah ria   ptp
Sk taman megah ria ptp
 
Recently uploaded

"Jodoh Menurut Prespektif Al-Quran" (Kajian Tasir Ibnu Katsir Surah An-Nur ay...
"Jodoh Menurut Prespektif Al-Quran" (Kajian Tasir Ibnu Katsir Surah An-Nur ay..."Jodoh Menurut Prespektif Al-Quran" (Kajian Tasir Ibnu Katsir Surah An-Nur ay...
"Jodoh Menurut Prespektif Al-Quran" (Kajian Tasir Ibnu Katsir Surah An-Nur ay...
Muhammad Nur Hadi
 
pemenuhan SKP dokter 552024 surabaya.pdf
pemenuhan SKP dokter 552024 surabaya.pdfpemenuhan SKP dokter 552024 surabaya.pdf
pemenuhan SKP dokter 552024 surabaya.pdf
fuji226200
 
Presentasi Luring (8JP)_ Refleksi Tahunan (1).pptx
Presentasi Luring (8JP)_ Refleksi Tahunan  (1).pptxPresentasi Luring (8JP)_ Refleksi Tahunan  (1).pptx
Presentasi Luring (8JP)_ Refleksi Tahunan (1).pptx
muhammadfauzi951
 
JAWABAN PMM. guru kemendikbud tahun pelajaran 2024
JAWABAN PMM. guru kemendikbud tahun pelajaran 2024JAWABAN PMM. guru kemendikbud tahun pelajaran 2024
JAWABAN PMM. guru kemendikbud tahun pelajaran 2024
TeguhWinarno6
 
Tugas DIT Supervisor K3 - Sidik Permana Putra.pptx
Tugas DIT Supervisor K3 - Sidik Permana Putra.pptxTugas DIT Supervisor K3 - Sidik Permana Putra.pptx
Tugas DIT Supervisor K3 - Sidik Permana Putra.pptx
SunakonSulistya
 
Materi pokok dan media pembelajaran ekosistem ipa
Materi pokok dan media pembelajaran ekosistem ipaMateri pokok dan media pembelajaran ekosistem ipa
Materi pokok dan media pembelajaran ekosistem ipa
sarahshintia630
 
Materi lokmin klaster 4 puskesmas gajah 1
Materi lokmin klaster 4 puskesmas gajah 1Materi lokmin klaster 4 puskesmas gajah 1
Materi lokmin klaster 4 puskesmas gajah 1
RizkyAji15
 
CONTOH CATATAN OBSERVASI KEPALA SEKOLAH.docx
CONTOH CATATAN OBSERVASI KEPALA SEKOLAH.docxCONTOH CATATAN OBSERVASI KEPALA SEKOLAH.docx
CONTOH CATATAN OBSERVASI KEPALA SEKOLAH.docx
WagKuza
 
template undangan Walimatul Khitan 2 seri.docx
template undangan Walimatul Khitan 2 seri.docxtemplate undangan Walimatul Khitan 2 seri.docx
template undangan Walimatul Khitan 2 seri.docx
ansproduction72
 
PPT PERTEMUAN VALIDASI DAN EVALUASI USIA PRODUKTIF DAN LANSIA.ppt
PPT PERTEMUAN VALIDASI DAN EVALUASI USIA PRODUKTIF DAN LANSIA.pptPPT PERTEMUAN VALIDASI DAN EVALUASI USIA PRODUKTIF DAN LANSIA.ppt
PPT PERTEMUAN VALIDASI DAN EVALUASI USIA PRODUKTIF DAN LANSIA.ppt
WewikAyuPrimaDewi
 
Bahan_Ajar_Pelatihan Inda SKLNP_Tahunan_2024-1.pptx
Bahan_Ajar_Pelatihan Inda SKLNP_Tahunan_2024-1.pptxBahan_Ajar_Pelatihan Inda SKLNP_Tahunan_2024-1.pptx
Bahan_Ajar_Pelatihan Inda SKLNP_Tahunan_2024-1.pptx
dwiagus41
 
PPT TAP KEL 3.pptx model pembelajaran ahir
PPT TAP KEL 3.pptx model pembelajaran ahirPPT TAP KEL 3.pptx model pembelajaran ahir
PPT TAP KEL 3.pptx model pembelajaran ahir
yardsport
 
Recently uploaded (12)

sumi

  • 1. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 189 NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK Oleh Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis iaitu hanya nombor dan abjad tertentu ditulis secara terbalik. Tindakan dalam kajian ini diambil setelah murid ini menduduki Ujian Diagnostik pada 24 Jun 2009 iaitu Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Praktik dan Tulisan) dan Ujian Diagnostik Matematik. Setelah membimbing dan mengajar murid ini selama lebih sebulan, murid ini menunjukkan perkembangan yang positif. Ini menunjukkan bahawa usaha yang dicurahkan memberikan hasil dan dapat membantu murid ini menulis dengan betul dan baik tanpa melakukan kesalahan. 1.0 Pengenalan Pendidikan pemulihan khas merupakan satu langkah untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran terutamanya masalah Membaca, Menulis dan Mengira di sekolah-sekolah. Ott (1997) (dalam Rajesvari a/p Ramasamy, 2008) menyatakan bahawa kemahiran- kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu dalam kurikulum pembelajaran di sekolah. Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960-an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Secara umumnya, murid-murid pemulihan bukanlah yang mempunyai kecacatan akal atau terencat akal, tetapi mereka adalah murid-murid yang sering memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran mereka berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka (Kamaruddin Hj. Husin, 1988). Dalam era globalisasi ini, setiap individu bersaing untuk mencapai kejayaan. Namun, masih lagi individu yang tertinggal di belakang. Syed Abu Bakar Syed Akil (1997) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan khas amat penting dalam sistem pendidikan khas kerana terdapat hampir 20 peraus (%) daripada jumlah kanak-kanak terpaksa bersaing dengan kanak-kanak yang biasa atau cerdas untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama. Dalam erti kata lain, pendidikan pemulihan adalah
  • 2. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 190 merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Pengendalian dan pelaksanaan program pemulihan adalah sesuatu yang begitu mencabar terutamanya kepada para guru. Mereka menempuh pelbagai cabaran untuk mendidik murid-murid dalam program pemulihan mereka yang sering kali memiliki masalah pembelajaran yang berbeza. Justeru, guru pemulihan khas memainkan peranan yang amat penting dalam membantu serta membimbing murid-murid pemulihan khas untuk menguasai masalah 3M. Guru pemulihan Khas juga berperanan penting dalam usaha untuk membantu murid-murid dari segi keadah, bahan bantu mengajar dan aktiviti-aktivti yang kreatif dan inovasi yang amat bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p). 1.2 Latar Belakang Kajian Kelas-kelas pemulihan mempunyai kategori kanak-kanak yang berbeza- beza berdasarkan masalah yang dihadapi atau kemahiran-kemahiran pembelajaran yang belum dikuasai. Keadaan ini mewujudkan kemungkinan bahawa murid-murid ini menghadapi masalah pembelajaran yang tertentu. Kebiasaannya, masalah murid-murid menulis nombor atau abjad terbalik sering dikaitkan dengan masalah disleksia. Umumnya, disleksia adalah sukar untuk dikenal pasti oleh seseorang guru. Hal ini adalah sedemikian kerana ada dalam kalangan murid-murid normal yang sering membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan murid-murid yang mengalami disleksia(Rajesvari a/p Ramasamy, 2008). Namun, kita harus mengenal pasti murid-murid yang mengalami disleksia dengan melihat ciri-ciri murid disleksia seperti berikut:  kesukaran berbahasa  ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual  tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak  tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku).  mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian kepada tulisan, dan  daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Dalam program pemulihan pula, didapati murid-murid pemulihan sering menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dalam kemahiran membaca, murid-murid pemulihan menghadapi masalah kesukaran untuk mengingat huruf selepas membaca. Beberapa ciri-ciri murid yang normal hampir sama dengan murid yang mengalami disleksia.
  • 3. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 191 Hal sedemikian mungkin berlaku disebabkan murid kurang menumpukan perhatian dan juga mempunyai masalah pengamatan. Selain itu, murid pemulihan juga mempunyai perbendaharaan kata yang kurang atau terhad menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam membina ayat mudah dengan betul. Menurut Jamilah Ahmad (1999), program pemulihan dijalankan adalah untuk menampung keperluan murid-murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah seperti berikut:- 1. Masalah pembelajaran akibat a) Ketidaksuaian bahan dan teknik pengajaran guru b) Sering tidak hadir ke sekolah c) Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran d) Leka dan lambat 2. Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran seperti a) Masalah peribadi b) Masalah psikologi c) Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. Dalam kajian ini, kes yang difokus melibatkan seorang murid yang dinamakan Nurhaliza yang mempunyai masalah pembelajaran akibat daripada sering tidak hadir ke sekolah, leka, lambat dan juga kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan seperti yang dinyatakan oleh guru pembimbing. Beliau merupakan murid yang lemah di dalam kelas yang perlu dipulihkan walaupun beliau tidak mempunyai sebarang masalah kecacatan akal atau terencat akal. Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa murid-murid lemah dalam pembelajaran mempunyai ciri-ciri seperti berikut: a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada kemahiran lisan, bacaan mahupun penulisan. b) Lemah untuk mengubah alih pengetahuan kepada plebagai situasi pembelajaran. c) Lambat memastikan sesuatu perkataan sama ada dari segi sebutan mahupun maknanya. d) Lambat membentuk konsep. e) Kerap kali lupa akan perkara-perkara yang telah diajar. f) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran. g) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran. h) Suka bersendirian, mempunyai konsep yang negative i) Selalu ponteng dan mempunyai masalah tingkah laku. j) Pendiam, malu dan sukar untuk bertindak balas.
  • 4. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 192 Oleh yang demikian, sebagai guru pemulihan, sebelum saya memulakan sebarang aktivti, saya perlu menghayati matlamat utama pemulihan. Ini kerana setelah seorang guru memahami konsep dan mengetahui dengan jelas matlamat, maka guru akan lebih prihatin terhadap kelemahan murid- murid dalam pembelajaran dan lebih beriltizam terhadap tugas sebagai guru pemulihan khas. 1.3 Skop Kajian Kajian ini dijalankan ke atas Nurhaliza di SK XYZ. Beliau didapati menulis nombor dan abjad terbalik. Kajian ini member focus kepada Nurhaliza yang mana beliau diberi bimbingan dan perhatian semasa p&p. Kajian ini berlangsung daripada 6 Julai 2009 sehingga 12 Ogos 2009. 1.4 Fokus Kajian Pada awal praktikum, saya telah menjalankan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan dan Praktik) dan Ujian Diagnostik Matematik ke atas murid- murid di sekolah ini pada 24 Jun 2009. Hasil daripada penyemakan kertas ujian tersebut, didapati Nurhaliza, seorang murid Tahun 2E menulis nombor dan abjad secara terbalik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 dan 2. Rajah 1: Tulisan nombor 5 terbalik Rajah 2: Huruf ‘E’ terbalik
  • 5. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 193 Apabila diperhatikan dan selidik latar belakang Nurhaliza, didapati bahawa beliau merupakan seorang murid yang normal. Namun, masalah utama murid ini ialah beiau mempunyai ciri-ciri murid yang lemah dalam pembelajarannya. Menurut Jamilah Ahmad (1999), murid lemah diertikan sebagai seorang murid yang gagal mencapai kemajuan pada tahap yang ditentukan berbanding dengan murid-murid lain di dalam kelasnya. Tahap pencapaian yang telah ditentukan oleh kurikulum ialah ketidakupayaan menguasai kemahiran yang telah ditentukan sebagai proses pembelajaran. Tambahan beliau, terdapat lima (5) ciri-ciri murid yang lemah. Antaranya ialah: 1. Aspek mental a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada kemahiran lisan, bacaan atau penulisan. b) Lemah atau lambat dalam mengubahsuai pengetahuan mengikut bberbagai-bagai situasi pembelajaran. c) Lambat memahami atau memastikan sesuatu perkataan atau membentuk sesuatu konsep. 2. Aspek fizikal a) Selalu lupa tentang sesuatu perkata yang telah diajar. b) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran. c) Cepat letih 3. Aspek sikap Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti-aktiviti p&p. 4. Aspek sosial Suka bersendirian dan mempunyai konsep kendiri negatif. 5. Aspek emosi Mempunyai masalah tingkah laku, malu tidak ketahuan dan cepat bosan. Ciri-ciri lemah di atas telah ditunjukkan oleh Nurhaliza semasa beliau hadir di dalam kelas pemulihan. Beliau mempunyai cirri-ciri sepeti lemah dari segi aspek mental dan juga fizikal. Namun, beliau memberi tindak balas yang positif apabila diminat membuat kerja di papan tulis ataupun pada lembaran kerja. Oleh yang demikian, didapati bahawa Nurhaliza perlu dibimbing, diberi motivasi dan juga diberi ransangan agar menjadi seorang murid yang cergas dan juga tidak lagi mempunyai ciri-ciri murid-murid yang lemah. 1.5 Objektif Kajian Kajian ini mempunyai objektif-objektif berikut iaitu:  mengurangkan kesalahan menulis nombor dan abjad terbalik pada tahap yang maksimum; dan  meningkatkan sifat kendiri yang positif terhadap diri Nurhaliza.
  • 6. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 194 2.0 Perancangan Tindakan Dalam mencapai dua objektif kajian di atas, perancangan dibuat secara tersusun dan rapi. Sebagai guru pemulihan khas, saya perlu merancang dan menyusun aktiviti pengajaran pemulihan seperti pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid (Jamilah Ahmad, 1999). Selain itu, aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelajaran yang membolehkan murid menggunakan semua derianya seperti latih tubi dan sebagainya. Saya merancang untuk meluangkan masa selama 10 minit setiap waktu Matematik (Setiap Isnin) dan Bahasa Melayu (Setiap Selasa) untuk bersamanya. Dalam masa 10 minit ini, Nurhaliza akan diberi bimbingan secara individu sehingga tempoh yang ditetapkan. 3.0 Pelaksanaan Tindakan dan Dapatan Kajian Beberapa kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai digunakan untuk mecapai objektif kajian. Antaranya ialah: 3.1 Pendekatan Deduktif Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan kemudian menganalisis hukum atau peraturan-peraturan melalui contoh-contoh seterusnya untuk mengaplikasikan peraturan yang diberi. Dalam menggunakan pendekatan ini, Nurhaliza diberi latihan pada 6 Julai 2009 untuk menulis urutan A-Z huruf besar, A-Z huruf kecil pada 7 Julai 2009 dan juga nombor 1-10 pada 8 Julai 2009 secara berulang-ulang. Latihan-latihan seperti ini diberikan kerana untuk melatih Nurhaliza dengan urutan abjad dan nombor yang betul, walaupun beliau telah mengetahui urutannya. Nurhaliza perlu menyebut setiap nombor dan abjad yang ditulis olehnya sendiri semasa menulis. Namun, kadang-kadang beliau juga mudah lupa apabila diminta menyebut secara lisan. Apabila diminta menyebut abjad dan nombor secara rawak, beliau menunjukkan tindak balas yang lambat. Latihan-latihan seperti ini dapat meningkatkan daya ingatannya dengan mengingat abjad dan nombor yang ditulis. 3.2 Pendekatan main sambil belajar Murid-murid yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. ”Main” merupakan satu ciri yang boleh mempertingkatkan kebolehan empati, menambahkan kepekaan murid terhadap proses interaksi dan menggalakkan keupayaan untuk menganalis secara objektif. Dalam pelaksanaan tindakan ini pada 13 Julai 2009, saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti huruf A-Z dalam permainan “Cuba Teka Siapa Saya”. Nurhaliza diminta untuk meneka setiap huruf yang ditunjukkan saya. Tujuan utamanya ialah untuk mengesan sama ada Nurhaliza dapat mengenal huruf dengan betul tanpa memikirkan abjad yang terbalik.
  • 7. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 195 Adakalanya saya akan menterbalikkan huruf tersebut untuk melihat sama ada beliau dapat menjawab ataupun tidak. Hasilnya, Nurhaliza dapat meneka huruf terutamanya abjad “E” dengan baik. 3.3 Teknik Latih Tubi Teknik ini digunakan dalam pengajaran secara lisan sebagai latih tubi komunikatif. Saya menyebut perkataan dan meminta Nurhaliza mengulanginya beberapa kali sehingga beliau dapat menguasainya. Namun demikian pada 14 Julai 2009, pendekataan ini saya tambahkan dengan tulisan iaitu mengulang sebutan saya secara lisan dan memindahkannya kepada tulisan. Hal ini sedemikian kerana tindakan ini akan meningkatkan daya ingatan Nurhaliza terhadap abjad dan nombor yang disebutnya. Jadi, Nurhaliza dapat menguasainya dengan lebih baik lagi. Latihan ini telah membolehkan beliau tidak lagi menulis abjad “E” dan juga nombor “5” terbalik seperti yang ditunjukkan pada gambar-gambar berikut. 3.4 Kaedah Pengulangan semasa Mengajar Keadah ini melibatkan langkah-langkah pemulihan yang digunakan untuk membantu kanak-kanak disleksia. Namun demikian, pendekatan ini diaplikasi dalam tindakan saya dengan Nurhaliza kerana masalah yang dihadapi olehnya hampir sama dengan kanak-kanak disleksia. Bahan Bantu Mengajar : A-Z
  • 8. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 196 Tindakan yang dilakukan ialah dengan mengulang latihan yang telah dibuat dan juga di dalam latihan tersebut mempunyai pengulangan untuk menulis abjad ataupun nombor. Ini bagi memastikan Nurhaliza mengingati apa yang ditulisnya. Latihan ini telah diadakan pada 15 Julai 2009, 21 Julai 2009, 22 Julai 2009, 27 Julai 2009, dan 28 Julai 2009. Saya perhatikan bahawa bagi setiap pengulangan latihan ini, tulisan Nurhaliza semakin kemas dan cantik. Ini jelas dilihat pada gambar-gambar berikut. 3.5 Teknik menulis di udara Teknik ini digunakan untuk mengesan sama ada Nurhaliza dapat mengingat nombor dan abjad yang telah ditulis olehnya sebelum ini. Teknik ini dilakukan pada 4 Ogos 2008 untuk mengesan sama ada Nurhaliza mengingati setiap bentuk abjad dan nombor. Di samping itu, teknik ini adalah untuk melatih Nurhaliza menguasai kemahiran menulis. Saya menyebut nombor dan abjad dan Nurhaliza akan menulisnya di udara. Nampaknya latih tubi sebelum ini telah memberi kesan yang positif kepada Nurhaliza. Hal ini sedemikian kerana Nurhaliza berjaya menulis setiap nombor dan abjad yang disebutkan oleh saya dengan betul dan tepat. Ini menunjukkan satu perkembangan yang baik ke atas Nurhaliza. 3.6 Tracing Teknik ini digunakan untuk membantu Nurhaliza menulis dengan urutan yang betul. Tracing ialah teknik menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Walau bagaimanapun, saya menggunakan papan tulis untuk membuat latihan ini. Hal ini sedemikian kerana ia dapat mengelakkan rasa bosan murid dalam p&p. Teknik ini dilakukan pada 5 Ogos 2009. Semasa Nurhaliza menulis di papan tulis, dia kelihatan begitu seronok untuk menulis. Semakin seronok murid belajar semakin cepat mereka memahami pembelajaran mereka. Inilah yang ditunjukkan oleh Nurhaliza. Akhirnya, Nurhaliza dapat menyalin dengan urutan yang betul dan kemas. Gambar- gambar seterusnya menunjukkan Nurhaliza menggunakan teknik tracing.
  • 9. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 197 Justeru itu, setelah beberapa pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan, Nurhaliza telah menunjukkan perubahan yang positif. Murid ini tidak lagi menulis nombor dan abjad secara terbalik. Ini jelas ketara apabila saya melihat perubahan yang berlaku pada Nurhaliza dari segi hasil kerjanya. Ini menunjukkan bimbingan individu dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik amat berkesan bagi Nurhaliza. 4.0 Refleksi Setelah hampir dua bulan menjalankan kajian kes ini, pelbagai bahan bacaan dan juga cara untuk menangani masalah yang dihadapi untuk membentuk murid-murid pemulihan khas dengan lebih baik lagi diperoleh. Sebelum kajian ini dijalankan, pelbagai bahan bacaan telah dicari dan dibaca. Pencarian maklumat di internet dan perpustakaan dilakukan selepas waktu mengajar. Dalam mencari maklumat ini, barulah saya dapat membezakan antara murid yang normal tetapi lemah dalam pelajarannya dengan murid-murid yang mengalami masalah disleksia. Sebagai guru pemulihan khas, kita perlu mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid untuk membantu kita memahami dan mendalami masalah mereka. Masalah-masalah ini memberi kesan yang negatif ke atas pembelajaran mereka. Di samping itu, kita juga dapat mencari teknik atau alternatif lain bagaimana untuk mengajar murid-murid pemulihan khas ini. Selain itu, tunjuk ajar, maklumat dan bimbingan oleh guru pembimbing saya banyak membantu saya sebelum menjalankan kajian kes ini. Beliau banyak memberi maklumat tentang cara untuk berhadapan dengan murid-murid pemulihan yang mempunyai pelbagai tingkah laku masing-masing. Oleh yang demikian, setelah mendengar tunjuk ajar beliau, saya telah bersedia untuk menjalankan kajian tersebut. Semasa menjalankan kajian kes ini, masalah utama yang dihadapi ialah Nurhaliza yang menghadapi kesukaran untuk belajar dan cepat hilang tumpuan. Perkara ini telah dibincangkan bersama dengan ibu Nurhaliza
  • 10. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.189- 198. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/v13 Nov. 2009/ IPGM KBL 198 pada sesi perjumpaan bersama dengan ibu bapa murid pemulihan khas yang diadakan pada 24 Julai 2009. Semasa perjumpaan ini, saya mengambil kesempatan untuk memahami apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid di bawah kumpulan saya. Kesempatan ini juga saya gunakan sepenuhnya untuk bertanya dan berbincang kepada ibu Nurhaliza masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anaknya. Maklumat yang saya perolehi dapat saya gunakan untuk mengajar Nurhaliza dengan lebih baik lagi. Dalam proses p&p dalam kajian kes ini walaupun selama sepuluh minit (10 minit) sahaja bersama dengan Nurhaliza, murid ini cepat merasa letih apabila diminta untuk menulis abjad dan nombor secara berulang-ulang. Namun, motivasi telah diselitkan setiap sesi dalam meningkatkan minat murid ini dalam p&p. Akhirnya, Nurhaliza sudah dapat menulis dengan betul dan tidak terbalik lagi. Saya amat berpuas hati dengan diri sendiri dan Nurhaliza kerana dia berjaya mengatasi masalah untuk menulis nombor dan abjad terbalik. Usaha-usaha yang saya lakukan dapat membantu Nurhaliza dengan menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang digunakan untuk membimbing murid-murid yang mempunyai ciri-ciri lemah ke atas pembelajarannya. Ia jelas berkesan juga ke atas Nurhaliza. Bibliografi Jamilah Ahmad.(1999). Penduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamarudin Hj. Husin. (1993) . Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor: Longman. Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.Selangor: Longman. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Jilid 3: Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rajesvari a/p Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. Dimuat turun daripada <http://eprints.usm.my/9988/1 Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.