SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.


                     CELIK HURUF: LANCAR BACA

                                    Oleh

                            Meimon Binti Sanai

                                 ABSTRAK

       Kajian Tindakan ini saya jalankan apabila saya mendapati Safi,
       salah seorang murid Tahun 2, kelas Pemulihan Khas, menghadapi
       masalah menguasai kemahiran asas bacaan dan menulis huruf
       besar di antara perkataan bagi sesetengah huruf. Beberapa
       tindakan telah diambil untuk membantu Safi. Pemerhatian dan
       bimbingan diberikan dalam tempoh dua bulan. Data kajian
       dianalisis dan dapatan kajian tersebut menunjukkan hasil yang
       memuaskan. Walau bagaimanapun, Safi masih perlu dibimbing
       secara berterusan. Adalah dicadangkan kajian ini diteruskan
       dengan penambahan dari segi penyediaan bahan bantu mengajar
       yang inovatif dan kreatif, serta menggunakan strategi pengajaran
       berpusatkan murid.

1.0     Latar Belakang Kajian
Sekolah Kebangsaan TU telah didirikan pada tahun 1966, di sebuah
kampung di bandaraya Kuching. Pada masa itu, bilangan murid hanya lebih
kurang 20 orang. Dari tahun ke tahun, bilangan murid sekolah ini semakin
bertambah. Sekitar tahun 1999, sebuah makmal komputer sekolah telah
dibina. SK TU kini mempunyai dua blok kelas pembelajaran biasa untuk
Tahun 1 sehingga Tahun 6, satu blok kelas Pendidikan Khas Intergrasi
(Bermasalah Pembelajaran), dan satu blok kelas Prasekolah. Kelas
Pemulihan Khas juga telah disediakan dan dilengkapi dengan kemudahan.

Terdapat seramai 31 orang murid SK TU dalam kelas Pemulihan Khas dan
dikendalikan oleh seorang guru pemulihan. Murid kelas Pemulihan Khas
terdiri daripada murid-murid Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6.
Kajian ini memberi fokus kepada seorang murid Tahun 2 kelas Pemulihan
Khas yang bernama Safi (nama samaran). Berdasarkan Borang Rujukan
Profil Murid, didapati Safi masih belum boleh kenal huruf, menamakan
abjad, dan belum boleh membaca ayat-ayat mudah.

1.2    Fokus Kajian
Kajian ini dijalankan setelah saya mendapati Safi, salah seorang daripada
11 orang murid Tahun 2 kelas Pemulihan Khas (Bahasa Melayu)
menghadapi masalah menguasai kemahiran asas bacaan. Masalah ini amat
serius dan perlu dikaji supaya dapat diatasi lebih awal dan seterusnya
membendung masalah ini daripada berulang kerana kemahiran membaca
adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) serta kehidupan
harian. Safi menghadapi masalah mengenal suku kata dan membaca
                                                                      102
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.


secara lancar. Bacaan beliau juga tersekat-sekat. Di samping itu, Safi
menghadapi masalah menulis huruf besar di tengah-tengah perkataan. Ini
merupakan dapatan berdasarkan ujian diagnostic (bertulis) yang telah
dijalankan.

1.3     Objektif Kajian
Ekoran daripada tinjauan awal tersebut, kajian ini dijalankan bertujuan
untuk:
 memastikan murid boleh mengenal huruf, dan mengeja dengan baik.
 mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis.
 mengurangkan kesilapan murid menulis huruf besar ke tahap yang
    paling maksimum.
 menambah baik amalan kendiri dari segi p&p pemulihan.

2.0    Tindakan dalam Kajian
Kajian ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca perkataan, ayat dan petikan mudah melalui sebutan
suku kata KV, KVKV dan KVKVKV. Di samping itu, tujuannya adalah untuk
mengurangkan kesilapan menulis huruf besar di tengah-tengah perkataan
oleh Safi. Bagi mencapai objektif kajian, satu aktiviti bimbingan individu
secara intensif dirancang bagi tempoh lapan minggu. Setiap kali waktu
kelas pemulihan khas Bahasa Melayu, 5 hingga 10 minit diperuntukkan
bersama Safi. Aktiviti ini dilaksanakan selepas murid menyiapkan lembaran
kerjanya. Bahan bantu mengajar (BBM) sangat membantu dalam
menjayakan kajian tindakan ini.

3.0   Pelaksanaan Kajian

Tinjauan Masalah
Perkara-perkara yang ditinjau:
 Ingatan murid terhadap huruf abjad dan vokal.
 Sikap murid yang mudah lupa dan bersikap negatif.
 Kesesuaian bahan bantu p&p.

Pelaksanaan Program
 Program ini dijalankan dalam tempoh 8 minggu (22 Jun- 21 Ogos 2009).
 Teknik yang digunakan ialah TEKNIK BACAAN PANTAS menggunakan
   Buku Selan Osni, diijalankan secara latih tubi.
 Latihan berpusat kepada murid dan berfokus kepada dua aspek utama
   iaitu mengenali huruf abjad dan bunyi.

Tindakan Yang Dijalankan
 Menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa sesi
   p&p.

                                                                         103
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.


 Memastikan kesesuaian bahan bantu p&p dengan segala aktiviti yang
  disediakan dalam Rancangan Pengajaran Harian.
Pemerhatian
 Pemerhatian terhadap aktiviti p&p dalam kelas Pemulihan Khas. Setiap
  perubahan murid dicatat bagi memastikan setakat mana penguasaan
  mereka dalam sesuatu kemahiran yang telah guru ajarkan.
 Masalah yang dihadapi oleh murid diperhatikan melalui latihan dan
  lembaran kerja secara lisan dan bertulis, semakan lembaran kerja dan
  penentuan penguasaan suku kata KV, KVKV dan KVKVKV.

Setelah mengenal pasti peserta kajian, aktiviti pertama yang dilaksanakan
ialah menggunakan latih tubi suku kata dan bacaan. Setiap sesi dijalankan
semasa murid lain menyiapkan tugasan. Sesi ini mengambil masa 5 hingga
10 minit. Kad suku kata vokal dan konsonan disediakan untuk dibaca
secara latih tubi. Ini mula dilakukan dalam minggu kedua. Contohnya adalah
seperti yang berikut.

                          ba, bi, be, be, bo,bu
                          ca, ci, ce, ce, co, cu
                          da, di, de, de, do, du
                          ka, ki, ke, ke, ko, ku
                         ma, mi, me, me, mo, mu
                            ta, ti, te, te, to, tu

Proses ini berterusan selama dua minggu dan pada akhir minggu ketiga,
satu penilaian diadakan. Safi didapati sudah dapat membaca dan
membunyikan suku kata tersebut. Pada minggu seterusnya iaitu minggu
keempat, saya mula mengajar dan melatih membunyikan suku kata yang
telah dicantumkan. Contohnya adalah seperti berikut.

              bubu          buku           kuku           foto

Latih tubi dijalankan selama 5 hingga 10 minit setiap masa aktiviti p&p
dalam kelas Pemulihan Khas. Bahan bantu mengajar (BBM) yang
digunakan adalah kad suku kata KV yang dicantumkan dengan warna yang
berbeza seperti berikut.




Setelah dua minggu Safi menjalani latih tubi kemahiran suku kata KV, beliau
diajar pula cara menulis yang betul. Ini kerana Safi diperhatikan ada
kecenderungan mempunyai masalah disleksia. Beliau melakukan kesilapan
                                                                       104
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.


semasa membaca huruf atau perkataan (bacaan terbalik). Contohnya
adalah seperti berikut.

                           ‘dada’ menjadi ‘adad’

                                  ‘b’ dengan ‘d’

Keadaan ini dikesan pada minggu ketiga. Oleh yang demikian,
perbincangan dengan guru pembimbing diadakan untuk mendapatkan
pandangan tindakan yang patut dilaksanakan bagi Safi yang
berkemungkinan mengalami masalah disleksia.

Safi diajar cara menulis huruf yang betul, bermula:

      dari kanan                      :       d, g, s
      dari kiri                       :       r, p, i, j
      dari atas                       :       l, h, b, k, t, f
      dari tengah                     :       e
      huruf bertiang (berdiri)        :       b, d, f, h, l, k, t
      huruf berkaki (berekor)         :       g, j, p, q, y

Kadang kala, cara menulis ini diajar secara spontan semasa aktiviti p&p
sedang berlangsung. Cara menulis Safi diperbetulkan di papan tulis agar
beliau dapat memperbaiki tulisan dan rakan-rakan yang lain juga turut
sama-sama mempelajari cara menulis yang betul. Proses penulisan yang
betul ini berlangsung secara berterusan daripada minggu pertama sehingga
minggu akhir kajian tindakan ini secara langsung ataupun tidak langsung.




 Tulisan guru sebagai bimbingan            Murid menulis semula perkataan




                                                                         105
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.




         Hasil tulisan murid                 Tulisan murid diperbetulkan




Murid sedang menulis perkataan kuku             Hasil tulisan murid


Selain itu, Safi diminta melatih menulis pada lembaran kerja seperti yang
ditunjukkan berikut.:




           ibu                       ubi                       Isi

          ibu
Pada minggu ketujuh dan lapan, saya memperluaskan kemahiran membaca
Safi dari segi kemahiran menyambung suku kata KV menjadi KVKVKV.
Contohnya adalah seperti berikut.

                                  ke re ta    pe ra hu

                                                                           106
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.


Kemahiran KVKVKV ini diajar terlebih dahulu kepada Safi berbanding
murid-murid yang lain yang hanya diajar kemahiran tersebut pada minggu
kesepuluh tempoh praktikum. Lembaran kerja diberikan sebagai tugasan
atau kerja rumah. Beberapa contoh telah ditunjukkan supaya Safi dapat
menyelesaikan tugasan tersebut. Tiga hari diperuntukkan kepada Safi untuk
menyiapkan tugasan tersebut. Contoh,




 t o     m a               k                t   a            r   u        u
Pada minggu ketujuh dan kelapan juga, saya melaksanakan proses
membaca ayat pendek yakni suku kata diwarnakan dengan dua warna.
Proses ini dilakukan apabila Safi telah dapat menyebut dan membunyikan
suku kata dengan betul. Proses ini berterusan dan diulang sehingga Safi
dapat mengenal dan membunyikan secara spontan tanpa tersekat-sekat.
Saya telah menggunakan Buku Selan Osni: Program Celik Huruf dan
Pemulihan sebagai panduan. Contoh bacaan ayat pendek adalah seperti
berikut.

                             Ini ada satu lori.
                            Lori ini baru tiba.
                            Lori ini bawa gula.
                            Velu bawa lori ini.
                            Lori ini bawa apa?

Bacaan ayat pendek juga sebenarnya secara tidak langsung diajar semasa
minggu pertama praktikum. Diperhatikan bahawa Safi dapat membaca dan
membunyikan suku kata dan membaca ayat dan cerita pendek dua suku
kata.

4.0    Dapatan Kajian
Berdasarkan ujian pencapaian dan lembaran kerja yang diberikan sama ada
di dalam kelas atau di rumah kepada Safi, didapati bahawa beliau
menunjukkan prestasi kemahiran membaca yang sangat baik. Safi dapat
membaca perkataan dan ayat dengan lancar tanpa perlu mengeja huruf
satu-persatu. Hasil kajian ini sangat memberangsangkan. Safi juga dapat
membaca dengan pantas tanpa tersekat-sekat bahkan dapat mengeja


                                                                         107
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.


perkataan baharu dengan betul apabila saya secara spontan menyebut
perkataan baharu tersebut.

Justeru itu, p&p di kelas perlu dipertingkatkan mengikut kebolehan murid
agar mereka yang lambat tidak ketinggalan dan terus tertinggal. Murid yang
selama ini dianggap sebagai beban dan menyusahkan guru sebenarnya
boleh dipulihkan dan seperti murid yang lain juga dapat membaca. Mereka
hanya memerlukan jangka masa yang panjang dan perhatian khusus.

Melalui pemerhatian juga sepanjang tempoh praktikum, Safi membaca BBM
yang dipaparkan di dinding kelas dan menguji rakan yang lain dengan
mengeja perkataan-perkataan tertentu pada masa yang terluang. Dengan
itu, didapati bahawa bahan bantu mengajar (BBM) amat berguna dalam
membantu Safi menguasai kemahiran membaca. Keberkesanan
penggunaan BBM dalam proses peningkatan penguasaan kemahiran
membaca ini membantu meningkatkan minat Safi untuk terus mengikuti
p&p.

Selain itu, aktiviti bermain yang diselitkan dalam Langkah 2 atau Langkah 3
dalam pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), turut membantu
meningkatkan kemahiran membaca. Didapati bahawa apabila aktiviti
bermain diselitkan, Safi menjadi lebih berminat mengikuti p&p berkaitan
kemahiran asas membaca. Aktiviti bermain ini mampu menambah minat
serta mendapati pengajaran guru amat menyeronokkan. Penggunaan BBM
tidak dapat dinafikan berjaya mempertingkatkan penguasaan asas bacaan
murid pemulihan seperti Safi. Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh
Safi jelas bertepatan dengan pendapat Abdul Rahman Abdul Rashid (1995)
bahawa penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses
pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia
dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-labih lagi untuk mata
pelajaran pengajaran Bahasa Melayu. Berikut adalah beberapa contoh
BBM yang dihasilkan untuk pelaksanaan p&p bagi Safi.




   Kad Gambar dan Perkataan                Permainan Lontar dan Susun



                                                                         108
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.




                               Papan Flanel

Penggunaan BBM secara berkesan dan berterusan sememangnya
mendatangkan faedah kepada guru dan murid. Seseorang guru yang
proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi
muridnya untuk mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan,
yakni, menitikberatkkan penggunaan BBM sebagai landasan utama bagi
mencapai hasrat tersebut.

Pelaksanaan kaedah mengikut isi pelajaran yang telah ditetapkan dapat
memberi kebaikan kepada tiga pihak iaitu murid, pihak guru dan pihak
sekolah. Kebaikan-kebaikannya adalah seperti berikut.

1)   Kebaikan kepada murid
     i. Murid dapat membaca dengan lancar
     ii. Murid tidak membuang masa dan dapat mengikuti pembelajaran
          dalam kelas

2)   Kebaikan kepada pihak guru
     i. Kepuasan hati guru kerana pencapaian murid meningkat.
     ii. Amat mudah bagi guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran
          di kelas.

3)   Kebaikan kepada pihak sekolah
     i. Masalah buta 3M dapat diatasi.
     ii. Kos menjalankan operasi adalah rendah.

Rekod pengesanan pencapaian asas bacaan telah dibuat dan diperolehi
dari fail Rancangan Pengajaran Individu murid. Untuk menganalisis
prestasi pencapaian Safi, beberapa ujian penilaian telah dilaksanakan, iaitu,
sebelum kajian tindakan, Ujian Diagnostik (Bertulis) dilaksanakan pada 29
Jun 2009 manakala selepas kajian tindakan, Ujian Pencapaian Bahasa
Melayu dilaksanakan pada 10 Ogos 2008. Ujian Diagnostik (Praktik)
dijalankan pada 14 Ogos 2009. Ujian-ujian ini diadakan untuk mengukur
tahap penguasaan murid kemahiran asas bacaan. Jadual 1 menunjukkan
perbandingan presatasi pecapaian Safi sebelum dan selepas kajian
tindakan.

                                                                         109
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.


 Jadual 1: Perbandingan Prestasi Pencapaian Safi Sebelum dan Selepas
                           Kajian Tindakan
   SEBELUM KAJIAN TINDAKAN         SELEPAS KAJIAN TINDAKAN       CATATAN
        Ujian        Ujian             Ujian         Ujian
    Diagnostik    Diagnostik        Pencapaian   Diagnostik
     (Bertulis)   (Bertulis)            BM         (Praktik)
                   Markah             Markah        Markah
  Huruf kecil        26/26             10/10          5/5            SM
  Huruf besar        22/26             8/10           5/5            SM
  Suku kata vokal     6/6              20/20          6/6            SM
                                       10/10          6/6
  Suku kata KV          4/5            10/10          5/5            SM
                                                      5/5
  Perkataan             4/5            8/10           5/5            SM
  KV+KV                                               5/5
  Perkataan             2/5             TD            5/5            SM
  KV+KV+KV                                            5/5
  Perkataan dua         3/5             TD            5/5            SM
  suku kata V+KV                                      5/5
  Perkataan KVK         4/5            13/14          5/5            SM
                                       14/14          5/5
  Suku Kata KVK         2/5             TD            5/5            SM
  Perkataan             4/5             8/8           5/5            SM
  V+KVK
  Perkataan             1/5             TD             TD
  KV+KVK
  Perkataan             2/5             TD             TD
  KVK+KV
  Perkataan             1/5             TD             TD
  KVK+KVK
  Perkataan             4/5             TD             TD
  KV+KV+KVK
  Perkataan             2/5             TD             TD
  KVK+KV+KVK
  Perkataan KVKK        3/5             TD             TD
  Suku kata KVKK        1/5             TD             TD
  Perkataan             1/4             TD             TD
  KV+KVKK
  Perkataan             2/5             TD             TD
  V+KVKK
  Perkataan             1/5             TD             TD
  KVK+KVKK
  Perkataan             2/5             TD             TD
  KVKK+KV
  Perkataan             2/5             TD             TD
  KVKK+KVK
  Perkataan             1/5             TD             TD
  KVKK+KVKK
  Perkataan             3/5             TD             TD
  KV+KV+KVKK
  Perkataan             2/5             TD             TD
  KV+KVK+KVKK
  Perkataan             0               TD             TD
  KVK+KV+KVKK
                                                                          110
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.


  Perkataan                0                TD              TD
  KVKK+KV+KVK
  Perkataan                0                TD              TD
  KV+KVKK+KVK
  Perkataan yang          1/5               TD              TD
  melibatkan
  diftong dan vokal
  berganding
  Perkataan yang          0/5               TD              TD
  melibatkan huruf        1/5
  konsonan
  bergabung
  (digraf)
  Ayat mudah              TD                TD              5/5       SM
                                                            5/5
Petunjuk:
TD      = Tidak Diuji; BM = Belum Menguasai; SM   = Sudah Menguasai

5.0     Refleksi Kajian
Tindakan pelaksanaan Program Celik 3M - Lancar Baca ini memberi
bimbingan khusus kepada individu didapati berkesan walaupun ia
memerlukan komitmen dan perancangan mengajar mengikut darjah
penguasaan murid. Program ini dapat membuatkan Safi menunjukkan minat
untuk membaiki diri apabila diberi tumpuan khusus dan bimbingan yang
lebih daripada biasa. Perubahan cara mengajar yang lebih kepada cara latih
tubi berkesan dan konsisten dapat menolong Safi untuk menguasai
kemahiran membaca. Di samping itu, penggunaan BBM juga memberi
kesan dari segi menimbulkan minat Safi untuk membaca.

Berdasarkan kajian tindakan ini, saya dapat merancang dan mengubah suai
bahan pengajaran seperti lembaran kerja, mempelbagai aktiviti lisan dan
pengukuhan berdasarkan kelemahan Safi. Justeru, guru perlu sentiasa
inovatif dan kreatif. Guru juga perlu sentiasa peka terhadap perlakuan anak
murid dalam sesi pengajaran seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru
mengajar, bergaduh dan sebagainya. Selain itu, seorang guru perlu
bersikap positif kerana ibu bapa memberi tanggungjawab kepada kita untuk
mengajar anak mereka membaca.

Keseluruhannya, terdapat perubahan yang ketara perlakuan saya dan Safi.
Saya lebih prihatin terhadap masalah pembelajaran murid seperti Safi serta
berusaha meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Safi pula
menunjukkan minat untuk memperbaiki diri.

Suatu kepuasan wujud apabila saya dapat membimbing Safi yang tidak
boleh membaca pada awalnya sehingga dapat membaca. Harapan saya
ialah kaedah ini dapat saya gunakan dalam kelas pemulihan dan juga
dalam kelas biasa bagi setiap sesi pengajaran saya. Saya akan teruskan
kajian saya dengan meneruskan program ini apabila ditempatkan di mana-
mana sekolah tempat saya akan mengajar.
                                                                           111
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-
112.



6.0    Cadangan
Saya bercadang untuk meneruskan program Celik 3M ini di sekolah tempat
saya akan mengajar kelak kerana program ini sesuai dilaksanakan lebih
awal terutamanya bagi murid yang buta huruf sejak di Tahun Satu lagi. Guru
harus membuat perancangan yang teliti dan memberi penekanan kepada
teknik latih tubi beserta BBM yang sesuai untuk mengukuhkan ingatan
murid. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa, oleh
kerana guru pemulihan ditugaskan untuk membantu murid lambat dalam
penguasaan 3M, maka adalah lebih baik jika mereka didedahkan kepada
konsep dan amalan yang terbaru dalam pemulihan kesukaran asas
membaca melalui penggunaan teknologi pendidikan yang terkini
bersesuaian dengan tahap perkembangan murid pemulihan. Ini mungkin
boleh saya gunakan untuk membantu anak murid saya kelak.

Bibliografi

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam
   pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur:
   Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan:
   Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas: Perkhidmatan
   Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




                                                                         112
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL

More Related Content

What's hot

Pembelarajaran bahasa indonesia si pgsd
Pembelarajaran  bahasa indonesia si pgsdPembelarajaran  bahasa indonesia si pgsd
Pembelarajaran bahasa indonesia si pgsdGusfirna Nha
 
Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralfardzli71
 
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membacaGuru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membacaeliza72
 
Rancangan pengajaran harian (pemulihan)
Rancangan pengajaran harian (pemulihan)Rancangan pengajaran harian (pemulihan)
Rancangan pengajaran harian (pemulihan)Shamimi Jamudin
 
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanakNorlia Ismail
 
12 cathy john
12 cathy john12 cathy john
12 cathy johnzamhaini
 
1 a detik perkongsian n2
1 a detik perkongsian n21 a detik perkongsian n2
1 a detik perkongsian n2zaki1994
 
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 20133. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013Mar'atus Sholihah
 
Rph pemulihan
Rph pemulihanRph pemulihan
Rph pemulihanDora Saat
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Instrumenpentaksiranstandardprestadi bm
Instrumenpentaksiranstandardprestadi bmInstrumenpentaksiranstandardprestadi bm
Instrumenpentaksiranstandardprestadi bmAini Khayati
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanShangari Ram
 
Contoh rph bahasa melayu pemulihan
Contoh rph bahasa melayu pemulihanContoh rph bahasa melayu pemulihan
Contoh rph bahasa melayu pemulihanmuhammad
 

What's hot (19)

Pembelarajaran bahasa indonesia si pgsd
Pembelarajaran  bahasa indonesia si pgsdPembelarajaran  bahasa indonesia si pgsd
Pembelarajaran bahasa indonesia si pgsd
 
Imbuhan 2
Imbuhan 2Imbuhan 2
Imbuhan 2
 
Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral aural
 
Instrumen bm tahun 1
Instrumen bm tahun 1Instrumen bm tahun 1
Instrumen bm tahun 1
 
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membacaGuru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
 
Rancangan pengajaran harian (pemulihan)
Rancangan pengajaran harian (pemulihan)Rancangan pengajaran harian (pemulihan)
Rancangan pengajaran harian (pemulihan)
 
Kgbk
KgbkKgbk
Kgbk
 
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
48796690 bacaan-awal-kanak-kanak
 
12 cathy john
12 cathy john12 cathy john
12 cathy john
 
1 a detik perkongsian n2
1 a detik perkongsian n21 a detik perkongsian n2
1 a detik perkongsian n2
 
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 20133. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
 
Rph pemulihan
Rph pemulihanRph pemulihan
Rph pemulihan
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Rph bm 3 4 20171
Rph bm 3 4 20171Rph bm 3 4 20171
Rph bm 3 4 20171
 
Instrumenpentaksiranstandardprestadi bm
Instrumenpentaksiranstandardprestadi bmInstrumenpentaksiranstandardprestadi bm
Instrumenpentaksiranstandardprestadi bm
 
Qur'an hadits 1 smt 2
Qur'an hadits 1 smt 2Qur'an hadits 1 smt 2
Qur'an hadits 1 smt 2
 
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
 
Instrumen bm
Instrumen bmInstrumen bm
Instrumen bm
 
Contoh rph bahasa melayu pemulihan
Contoh rph bahasa melayu pemulihanContoh rph bahasa melayu pemulihan
Contoh rph bahasa melayu pemulihan
 

Similar to 11 meimon

17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osmanAnsar Azman
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Azlan Hanib
 
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01sitihalwani
 
Janikah kajian tindakan sm sung siew
Janikah kajian tindakan sm sung siewJanikah kajian tindakan sm sung siew
Janikah kajian tindakan sm sung siewssuser9e2c14
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1sktpp
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptxKAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptxMOHDFAZLIMOFAZ1
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)eli priyatna laidan
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)eli priyatna laidan
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkalMat mohd
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanKPM
 

Similar to 11 meimon (20)

17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
Prosiding bm1
Prosiding bm1Prosiding bm1
Prosiding bm1
 
Ringkasan artikel
Ringkasan artikelRingkasan artikel
Ringkasan artikel
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4
 
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
 
Janikah kajian tindakan sm sung siew
Janikah kajian tindakan sm sung siewJanikah kajian tindakan sm sung siew
Janikah kajian tindakan sm sung siew
 
Proposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docxProposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docx
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptxKAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
KAJIAN TINDAKAN PRA SEK.pptx
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
 
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
K1 t1-st1-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 1 (5)
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 

11 meimon

  • 1. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. CELIK HURUF: LANCAR BACA Oleh Meimon Binti Sanai ABSTRAK Kajian Tindakan ini saya jalankan apabila saya mendapati Safi, salah seorang murid Tahun 2, kelas Pemulihan Khas, menghadapi masalah menguasai kemahiran asas bacaan dan menulis huruf besar di antara perkataan bagi sesetengah huruf. Beberapa tindakan telah diambil untuk membantu Safi. Pemerhatian dan bimbingan diberikan dalam tempoh dua bulan. Data kajian dianalisis dan dapatan kajian tersebut menunjukkan hasil yang memuaskan. Walau bagaimanapun, Safi masih perlu dibimbing secara berterusan. Adalah dicadangkan kajian ini diteruskan dengan penambahan dari segi penyediaan bahan bantu mengajar yang inovatif dan kreatif, serta menggunakan strategi pengajaran berpusatkan murid. 1.0 Latar Belakang Kajian Sekolah Kebangsaan TU telah didirikan pada tahun 1966, di sebuah kampung di bandaraya Kuching. Pada masa itu, bilangan murid hanya lebih kurang 20 orang. Dari tahun ke tahun, bilangan murid sekolah ini semakin bertambah. Sekitar tahun 1999, sebuah makmal komputer sekolah telah dibina. SK TU kini mempunyai dua blok kelas pembelajaran biasa untuk Tahun 1 sehingga Tahun 6, satu blok kelas Pendidikan Khas Intergrasi (Bermasalah Pembelajaran), dan satu blok kelas Prasekolah. Kelas Pemulihan Khas juga telah disediakan dan dilengkapi dengan kemudahan. Terdapat seramai 31 orang murid SK TU dalam kelas Pemulihan Khas dan dikendalikan oleh seorang guru pemulihan. Murid kelas Pemulihan Khas terdiri daripada murid-murid Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6. Kajian ini memberi fokus kepada seorang murid Tahun 2 kelas Pemulihan Khas yang bernama Safi (nama samaran). Berdasarkan Borang Rujukan Profil Murid, didapati Safi masih belum boleh kenal huruf, menamakan abjad, dan belum boleh membaca ayat-ayat mudah. 1.2 Fokus Kajian Kajian ini dijalankan setelah saya mendapati Safi, salah seorang daripada 11 orang murid Tahun 2 kelas Pemulihan Khas (Bahasa Melayu) menghadapi masalah menguasai kemahiran asas bacaan. Masalah ini amat serius dan perlu dikaji supaya dapat diatasi lebih awal dan seterusnya membendung masalah ini daripada berulang kerana kemahiran membaca adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) serta kehidupan harian. Safi menghadapi masalah mengenal suku kata dan membaca 102 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 2. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. secara lancar. Bacaan beliau juga tersekat-sekat. Di samping itu, Safi menghadapi masalah menulis huruf besar di tengah-tengah perkataan. Ini merupakan dapatan berdasarkan ujian diagnostic (bertulis) yang telah dijalankan. 1.3 Objektif Kajian Ekoran daripada tinjauan awal tersebut, kajian ini dijalankan bertujuan untuk:  memastikan murid boleh mengenal huruf, dan mengeja dengan baik.  mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis.  mengurangkan kesilapan murid menulis huruf besar ke tahap yang paling maksimum.  menambah baik amalan kendiri dari segi p&p pemulihan. 2.0 Tindakan dalam Kajian Kajian ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan, ayat dan petikan mudah melalui sebutan suku kata KV, KVKV dan KVKVKV. Di samping itu, tujuannya adalah untuk mengurangkan kesilapan menulis huruf besar di tengah-tengah perkataan oleh Safi. Bagi mencapai objektif kajian, satu aktiviti bimbingan individu secara intensif dirancang bagi tempoh lapan minggu. Setiap kali waktu kelas pemulihan khas Bahasa Melayu, 5 hingga 10 minit diperuntukkan bersama Safi. Aktiviti ini dilaksanakan selepas murid menyiapkan lembaran kerjanya. Bahan bantu mengajar (BBM) sangat membantu dalam menjayakan kajian tindakan ini. 3.0 Pelaksanaan Kajian Tinjauan Masalah Perkara-perkara yang ditinjau:  Ingatan murid terhadap huruf abjad dan vokal.  Sikap murid yang mudah lupa dan bersikap negatif.  Kesesuaian bahan bantu p&p. Pelaksanaan Program  Program ini dijalankan dalam tempoh 8 minggu (22 Jun- 21 Ogos 2009).  Teknik yang digunakan ialah TEKNIK BACAAN PANTAS menggunakan Buku Selan Osni, diijalankan secara latih tubi.  Latihan berpusat kepada murid dan berfokus kepada dua aspek utama iaitu mengenali huruf abjad dan bunyi. Tindakan Yang Dijalankan  Menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa sesi p&p. 103 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 3. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112.  Memastikan kesesuaian bahan bantu p&p dengan segala aktiviti yang disediakan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Pemerhatian  Pemerhatian terhadap aktiviti p&p dalam kelas Pemulihan Khas. Setiap perubahan murid dicatat bagi memastikan setakat mana penguasaan mereka dalam sesuatu kemahiran yang telah guru ajarkan.  Masalah yang dihadapi oleh murid diperhatikan melalui latihan dan lembaran kerja secara lisan dan bertulis, semakan lembaran kerja dan penentuan penguasaan suku kata KV, KVKV dan KVKVKV. Setelah mengenal pasti peserta kajian, aktiviti pertama yang dilaksanakan ialah menggunakan latih tubi suku kata dan bacaan. Setiap sesi dijalankan semasa murid lain menyiapkan tugasan. Sesi ini mengambil masa 5 hingga 10 minit. Kad suku kata vokal dan konsonan disediakan untuk dibaca secara latih tubi. Ini mula dilakukan dalam minggu kedua. Contohnya adalah seperti yang berikut. ba, bi, be, be, bo,bu ca, ci, ce, ce, co, cu da, di, de, de, do, du ka, ki, ke, ke, ko, ku ma, mi, me, me, mo, mu ta, ti, te, te, to, tu Proses ini berterusan selama dua minggu dan pada akhir minggu ketiga, satu penilaian diadakan. Safi didapati sudah dapat membaca dan membunyikan suku kata tersebut. Pada minggu seterusnya iaitu minggu keempat, saya mula mengajar dan melatih membunyikan suku kata yang telah dicantumkan. Contohnya adalah seperti berikut. bubu buku kuku foto Latih tubi dijalankan selama 5 hingga 10 minit setiap masa aktiviti p&p dalam kelas Pemulihan Khas. Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan adalah kad suku kata KV yang dicantumkan dengan warna yang berbeza seperti berikut. Setelah dua minggu Safi menjalani latih tubi kemahiran suku kata KV, beliau diajar pula cara menulis yang betul. Ini kerana Safi diperhatikan ada kecenderungan mempunyai masalah disleksia. Beliau melakukan kesilapan 104 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 4. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. semasa membaca huruf atau perkataan (bacaan terbalik). Contohnya adalah seperti berikut. ‘dada’ menjadi ‘adad’ ‘b’ dengan ‘d’ Keadaan ini dikesan pada minggu ketiga. Oleh yang demikian, perbincangan dengan guru pembimbing diadakan untuk mendapatkan pandangan tindakan yang patut dilaksanakan bagi Safi yang berkemungkinan mengalami masalah disleksia. Safi diajar cara menulis huruf yang betul, bermula:  dari kanan : d, g, s  dari kiri : r, p, i, j  dari atas : l, h, b, k, t, f  dari tengah : e  huruf bertiang (berdiri) : b, d, f, h, l, k, t  huruf berkaki (berekor) : g, j, p, q, y Kadang kala, cara menulis ini diajar secara spontan semasa aktiviti p&p sedang berlangsung. Cara menulis Safi diperbetulkan di papan tulis agar beliau dapat memperbaiki tulisan dan rakan-rakan yang lain juga turut sama-sama mempelajari cara menulis yang betul. Proses penulisan yang betul ini berlangsung secara berterusan daripada minggu pertama sehingga minggu akhir kajian tindakan ini secara langsung ataupun tidak langsung. Tulisan guru sebagai bimbingan Murid menulis semula perkataan 105 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 5. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. Hasil tulisan murid Tulisan murid diperbetulkan Murid sedang menulis perkataan kuku Hasil tulisan murid Selain itu, Safi diminta melatih menulis pada lembaran kerja seperti yang ditunjukkan berikut.: ibu ubi Isi ibu Pada minggu ketujuh dan lapan, saya memperluaskan kemahiran membaca Safi dari segi kemahiran menyambung suku kata KV menjadi KVKVKV. Contohnya adalah seperti berikut. ke re ta pe ra hu 106 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 6. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. Kemahiran KVKVKV ini diajar terlebih dahulu kepada Safi berbanding murid-murid yang lain yang hanya diajar kemahiran tersebut pada minggu kesepuluh tempoh praktikum. Lembaran kerja diberikan sebagai tugasan atau kerja rumah. Beberapa contoh telah ditunjukkan supaya Safi dapat menyelesaikan tugasan tersebut. Tiga hari diperuntukkan kepada Safi untuk menyiapkan tugasan tersebut. Contoh, t o m a k t a r u u Pada minggu ketujuh dan kelapan juga, saya melaksanakan proses membaca ayat pendek yakni suku kata diwarnakan dengan dua warna. Proses ini dilakukan apabila Safi telah dapat menyebut dan membunyikan suku kata dengan betul. Proses ini berterusan dan diulang sehingga Safi dapat mengenal dan membunyikan secara spontan tanpa tersekat-sekat. Saya telah menggunakan Buku Selan Osni: Program Celik Huruf dan Pemulihan sebagai panduan. Contoh bacaan ayat pendek adalah seperti berikut. Ini ada satu lori. Lori ini baru tiba. Lori ini bawa gula. Velu bawa lori ini. Lori ini bawa apa? Bacaan ayat pendek juga sebenarnya secara tidak langsung diajar semasa minggu pertama praktikum. Diperhatikan bahawa Safi dapat membaca dan membunyikan suku kata dan membaca ayat dan cerita pendek dua suku kata. 4.0 Dapatan Kajian Berdasarkan ujian pencapaian dan lembaran kerja yang diberikan sama ada di dalam kelas atau di rumah kepada Safi, didapati bahawa beliau menunjukkan prestasi kemahiran membaca yang sangat baik. Safi dapat membaca perkataan dan ayat dengan lancar tanpa perlu mengeja huruf satu-persatu. Hasil kajian ini sangat memberangsangkan. Safi juga dapat membaca dengan pantas tanpa tersekat-sekat bahkan dapat mengeja 107 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 7. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. perkataan baharu dengan betul apabila saya secara spontan menyebut perkataan baharu tersebut. Justeru itu, p&p di kelas perlu dipertingkatkan mengikut kebolehan murid agar mereka yang lambat tidak ketinggalan dan terus tertinggal. Murid yang selama ini dianggap sebagai beban dan menyusahkan guru sebenarnya boleh dipulihkan dan seperti murid yang lain juga dapat membaca. Mereka hanya memerlukan jangka masa yang panjang dan perhatian khusus. Melalui pemerhatian juga sepanjang tempoh praktikum, Safi membaca BBM yang dipaparkan di dinding kelas dan menguji rakan yang lain dengan mengeja perkataan-perkataan tertentu pada masa yang terluang. Dengan itu, didapati bahawa bahan bantu mengajar (BBM) amat berguna dalam membantu Safi menguasai kemahiran membaca. Keberkesanan penggunaan BBM dalam proses peningkatan penguasaan kemahiran membaca ini membantu meningkatkan minat Safi untuk terus mengikuti p&p. Selain itu, aktiviti bermain yang diselitkan dalam Langkah 2 atau Langkah 3 dalam pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), turut membantu meningkatkan kemahiran membaca. Didapati bahawa apabila aktiviti bermain diselitkan, Safi menjadi lebih berminat mengikuti p&p berkaitan kemahiran asas membaca. Aktiviti bermain ini mampu menambah minat serta mendapati pengajaran guru amat menyeronokkan. Penggunaan BBM tidak dapat dinafikan berjaya mempertingkatkan penguasaan asas bacaan murid pemulihan seperti Safi. Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh Safi jelas bertepatan dengan pendapat Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-labih lagi untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Melayu. Berikut adalah beberapa contoh BBM yang dihasilkan untuk pelaksanaan p&p bagi Safi. Kad Gambar dan Perkataan Permainan Lontar dan Susun 108 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 8. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. Papan Flanel Penggunaan BBM secara berkesan dan berterusan sememangnya mendatangkan faedah kepada guru dan murid. Seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi muridnya untuk mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan, yakni, menitikberatkkan penggunaan BBM sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat tersebut. Pelaksanaan kaedah mengikut isi pelajaran yang telah ditetapkan dapat memberi kebaikan kepada tiga pihak iaitu murid, pihak guru dan pihak sekolah. Kebaikan-kebaikannya adalah seperti berikut. 1) Kebaikan kepada murid i. Murid dapat membaca dengan lancar ii. Murid tidak membuang masa dan dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas 2) Kebaikan kepada pihak guru i. Kepuasan hati guru kerana pencapaian murid meningkat. ii. Amat mudah bagi guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kelas. 3) Kebaikan kepada pihak sekolah i. Masalah buta 3M dapat diatasi. ii. Kos menjalankan operasi adalah rendah. Rekod pengesanan pencapaian asas bacaan telah dibuat dan diperolehi dari fail Rancangan Pengajaran Individu murid. Untuk menganalisis prestasi pencapaian Safi, beberapa ujian penilaian telah dilaksanakan, iaitu, sebelum kajian tindakan, Ujian Diagnostik (Bertulis) dilaksanakan pada 29 Jun 2009 manakala selepas kajian tindakan, Ujian Pencapaian Bahasa Melayu dilaksanakan pada 10 Ogos 2008. Ujian Diagnostik (Praktik) dijalankan pada 14 Ogos 2009. Ujian-ujian ini diadakan untuk mengukur tahap penguasaan murid kemahiran asas bacaan. Jadual 1 menunjukkan perbandingan presatasi pecapaian Safi sebelum dan selepas kajian tindakan. 109 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 9. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. Jadual 1: Perbandingan Prestasi Pencapaian Safi Sebelum dan Selepas Kajian Tindakan SEBELUM KAJIAN TINDAKAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN CATATAN Ujian Ujian Ujian Ujian Diagnostik Diagnostik Pencapaian Diagnostik (Bertulis) (Bertulis) BM (Praktik) Markah Markah Markah Huruf kecil 26/26 10/10 5/5 SM Huruf besar 22/26 8/10 5/5 SM Suku kata vokal 6/6 20/20 6/6 SM 10/10 6/6 Suku kata KV 4/5 10/10 5/5 SM 5/5 Perkataan 4/5 8/10 5/5 SM KV+KV 5/5 Perkataan 2/5 TD 5/5 SM KV+KV+KV 5/5 Perkataan dua 3/5 TD 5/5 SM suku kata V+KV 5/5 Perkataan KVK 4/5 13/14 5/5 SM 14/14 5/5 Suku Kata KVK 2/5 TD 5/5 SM Perkataan 4/5 8/8 5/5 SM V+KVK Perkataan 1/5 TD TD KV+KVK Perkataan 2/5 TD TD KVK+KV Perkataan 1/5 TD TD KVK+KVK Perkataan 4/5 TD TD KV+KV+KVK Perkataan 2/5 TD TD KVK+KV+KVK Perkataan KVKK 3/5 TD TD Suku kata KVKK 1/5 TD TD Perkataan 1/4 TD TD KV+KVKK Perkataan 2/5 TD TD V+KVKK Perkataan 1/5 TD TD KVK+KVKK Perkataan 2/5 TD TD KVKK+KV Perkataan 2/5 TD TD KVKK+KVK Perkataan 1/5 TD TD KVKK+KVKK Perkataan 3/5 TD TD KV+KV+KVKK Perkataan 2/5 TD TD KV+KVK+KVKK Perkataan 0 TD TD KVK+KV+KVKK 110 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 10. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. Perkataan 0 TD TD KVKK+KV+KVK Perkataan 0 TD TD KV+KVKK+KVK Perkataan yang 1/5 TD TD melibatkan diftong dan vokal berganding Perkataan yang 0/5 TD TD melibatkan huruf 1/5 konsonan bergabung (digraf) Ayat mudah TD TD 5/5 SM 5/5 Petunjuk: TD = Tidak Diuji; BM = Belum Menguasai; SM = Sudah Menguasai 5.0 Refleksi Kajian Tindakan pelaksanaan Program Celik 3M - Lancar Baca ini memberi bimbingan khusus kepada individu didapati berkesan walaupun ia memerlukan komitmen dan perancangan mengajar mengikut darjah penguasaan murid. Program ini dapat membuatkan Safi menunjukkan minat untuk membaiki diri apabila diberi tumpuan khusus dan bimbingan yang lebih daripada biasa. Perubahan cara mengajar yang lebih kepada cara latih tubi berkesan dan konsisten dapat menolong Safi untuk menguasai kemahiran membaca. Di samping itu, penggunaan BBM juga memberi kesan dari segi menimbulkan minat Safi untuk membaca. Berdasarkan kajian tindakan ini, saya dapat merancang dan mengubah suai bahan pengajaran seperti lembaran kerja, mempelbagai aktiviti lisan dan pengukuhan berdasarkan kelemahan Safi. Justeru, guru perlu sentiasa inovatif dan kreatif. Guru juga perlu sentiasa peka terhadap perlakuan anak murid dalam sesi pengajaran seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru mengajar, bergaduh dan sebagainya. Selain itu, seorang guru perlu bersikap positif kerana ibu bapa memberi tanggungjawab kepada kita untuk mengajar anak mereka membaca. Keseluruhannya, terdapat perubahan yang ketara perlakuan saya dan Safi. Saya lebih prihatin terhadap masalah pembelajaran murid seperti Safi serta berusaha meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Safi pula menunjukkan minat untuk memperbaiki diri. Suatu kepuasan wujud apabila saya dapat membimbing Safi yang tidak boleh membaca pada awalnya sehingga dapat membaca. Harapan saya ialah kaedah ini dapat saya gunakan dalam kelas pemulihan dan juga dalam kelas biasa bagi setiap sesi pengajaran saya. Saya akan teruskan kajian saya dengan meneruskan program ini apabila ditempatkan di mana- mana sekolah tempat saya akan mengajar. 111 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
  • 11. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102- 112. 6.0 Cadangan Saya bercadang untuk meneruskan program Celik 3M ini di sekolah tempat saya akan mengajar kelak kerana program ini sesuai dilaksanakan lebih awal terutamanya bagi murid yang buta huruf sejak di Tahun Satu lagi. Guru harus membuat perancangan yang teliti dan memberi penekanan kepada teknik latih tubi beserta BBM yang sesuai untuk mengukuhkan ingatan murid. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa, oleh kerana guru pemulihan ditugaskan untuk membantu murid lambat dalam penguasaan 3M, maka adalah lebih baik jika mereka didedahkan kepada konsep dan amalan yang terbaru dalam pemulihan kesukaran asas membaca melalui penggunaan teknologi pendidikan yang terkini bersesuaian dengan tahap perkembangan murid pemulihan. Ini mungkin boleh saya gunakan untuk membantu anak murid saya kelak. Bibliografi Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas: Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 112 Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL