Dokumen tersebut memberikan penjelasan mengenai beberapa ujian fizikal abdomen yang penting untuk diagnosis penyakit sistem pencernaan, termasuk rebound tenderness, Rovsing's sign, fluid thrill, shifting dullness, Murphy's sign, dan succussion splash.
3. 3
REBOUND TENDERNESS
Def: Kesakitan yang dirasai pada abdomen
apabila dinding abdomen yang ditekan
semasa palpasi dilepas secara tiba-tiba
Tujuan: untuk mengesan iritasi peritoneum dan
apendisitis akut
Rasional: struktur yang ditekan (compress)
oleh jari anda kembali ke kedudukan
asal (rebound) akan mengakibatkan
kesakitan pada kawasan yang
mengalami radang peritoneum
4. 4
Prosedur:
1. Pesakit dalam kedudukan supine dan dedahkan
bahagian abdomen yang hendak diperiksa
2. Berdiri di sebelah kanan pesakit
3. Beritahu kepada pesakit prosedur yang anda
hendak lakukan keatasnya
4. Dengan tangan dan jari yang tegak (90o
pada
permukaan abdomen), tekan secara perlahan
tetapi mendalam pada bahagian abdomen yang
jauh sedikit dari kawasan yang sakit.
REBOUND TENDERNESS
5. 5
Prosedur (sambungan):
5. Lepaskan tekanan jari dan tangan anda secara tiba-tiba
6. Perhatikan air muka pesakit. Positif jika pesakit
mengerut muka atau mengalami kesakitan yang tajam
pada bahagian yang diperiksa
7. Lakukan ‘Gebound Tenderness’ pada titik McBurney
(titik tengah di antara umbilikus dan krista iliak
anterior) sekiranya mengesyaki apendisitis akut.
* ‘Rebound Tenderness’ harus dilakukan pada akhir
pemeriksaan abdomen untuk mengelakkan spasma
otot.
REBOUND TENDERNESS
7. 7
ROVSING’S SIGN
Def: Kesakitan dirasai di ‘right lower quadrant’
(RLQ) apabila ‘left lower quadrant’ (LLQ)
diberi tekanan.
Tujuan: untuk mengesan iritasi peritoneum dan
apendisitis
Rasional: tekanan yang diberi kepada LLQ akan
menolak organnya ke sebelah kanan. Ini
akan terkena peritoneum yang radang
dan sentisif di sebelah RLQ
8. 8
ROVSING’S SIGN
Prosedur:
1. Baringkan pesakit dan dedahkan bahagian
abdomen yang hendak diperiksa
2. Berdiri di sebelah kanan pesakit
3. Tekan bahagian LLQ pesakit
4. Perhatikan sama ada pesakit merasa
kesakitan pada sebelah RLQ
5. Positif: Pesakit merasa kesakitan pada
bahagian RLQ apabila bahagian LLQ ditekan
9. 9
FLUID THRILL
Def: Getaran bendalir yang dirasai pada
dinding abdomen dalam asites
Tujuan: untuk mengesan asites (ascites)
Rasional: jentikan jari akan menyebabkan
grlombang bendalir bergerak ke sebelah
dinding abdomen.
Hanya boleh dikesan pada massive
ascites.
Tidak dilakukan secara routin
10. 10
FLUID THRILL
Prosedur:
1. Baringkan pesakit dalam kedudukan supin dan
dedahkan bahagian abdomen
2. Berdiri disebelah kanan pesakit
3. Beritahu kepada pesakit prosedur yang anda
hendak lakukan keatasnya.
4. Suruh pesakit atau pembantu meletak sisi
tangannya diatas ‘vertical midline’ abdomen
pesakit (untuk mengelak transmisi gelombang
melalui tisu adipos)
11. 11
FLUID THRILL
Prosedur (sambungan):
5. Letakkan sebelah tapak tangan anda pada
bahagian lumbar abdomen pesakit.
6. Menjentik bahagian lumber yang sebelah lagi
dengan jari anda.
7. Getaran atau gelombang akan dirasai pada
tangan pemeriksa sekiranya terdapat asites.
* Fluid thrill hanya boleh dirasai sekiranya
terdapat asites yang berlanjutan.
13. 13
SHIFTING DULLNESS
Tujuan: untuk mengesan asites (ascites)
Prosedur:
1. Baringkan pesakit dalam kedudukan supine dan
dedahkan bahagian abdomen
2. Perkus abdomen pesakit dari ‘midline’ ke lateral
dengan jari anda menuju ke arah bawah.
3. Tentukan bahagian yang resonan dan dullness
dan tandakan bahagian tersebut
4. Suruh pesakit pusingkan badannya ke arah anda
dan baring dalam kedudukan right lateral selama 1
minit.
15. 15
Prosedur (sambungan):
5. Perkus abdomen pesakit sekali lagi bermula dari
tanda yang diturunkan tadi ke bahagian midline.
6. Tentukan sekali lagi sempadan bahagian yang
resonan dan dullness dan tandakan
7. Bandingkan kedua-dua tanda sempadan
8. Dalam asites, tanda sempadan dullness akan
berpindah ke sebelah cecair berkumpul
mengikut graviti.
SHIFTING DULLNESS
16. 16
MURPHY’S SIGN
Def: Inspirasi terhenti secara tiba-tiba semasa
palpasi pundi hempedu.
Tujuan: untuk mengesan pundi hempedu
(gallbladder) yang radang
Rasional: Pundi hempedu yang radang akan
menyebabkan kesakitan apabila
tersentuh jari pemeriksa semasa
palpasi
17. 17
MURPHY’S SIGN
Prosedur:
1. Baringkan pesakit dan dedahkan bahagian
abdomen yang hendak diperiksa
2. Berdiri di sebelah kanan pesakit
3. Buat palpasi yang dalam mulai dari bahagian
RIF ke hipokondrium kanan
4. Suruh pesakit membuat inspirasi (menarik
nafas) yang dalam sambil membuat palpasi
tersebut.
18. 18
Prosedur (sambungan):
5. Pesakit mengalami kesakitan dan hentikan
inspirasi secara tiba-tiba.
* Murphy sign adalah positif jika berlakunya
‘acute cholecystitis’
MURPHY’S SIGN
19. 19
SUCCUSSION SPLASH
Def: Bunyi kocakan yang didengar pada perut semasa
abdomen pesakit digoyang
Tujuan : untuk mengesan cecair yang lebih pada perut
Positif pada kes berikut:
a) Pyloric stenosis
b) Penyekatan usus (intestinal obstruction) yang
berlanjutan
c) Paralytic ileus
* Boleh terdengar selepas minum dan makan dalam
tempoh 2 – 3 jam
20. 20
SUCCUSSION SPLASH
Prosedur:
1. Baringkan pesakit dalam kedudukan supine
dan dedahkan bahagian abdomen
2. Letakkan stetescope pada bahagian
epigastrium.
3. Pusingkan badan pesakit dari tepi ke tepi
4. Bunyi kocakan akan terdengar jika perut
dipenuhi cecair