contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
IBADAH
1. Rancangan Harian
Matapelajaran : Pendidikan Islam Tingkatan 4
Tajuk : Ibadah – Sembelihan
Masa : 8.10 pg – 9.30 pg (80 minit)
Hasil Pengajaran : Pelajar dapat
i. Menerangkan pengertian, hukum dan dalil sembelihan.
ii. Menerangkan rukun dan syarat sah sembelihan
iii. Mengkategorikan perkara-perkara sunat dan makruh semasa sembelihan
Aktiviti : Mengadakan perbincangan dan soal jawab mengenai perkara-perkara:
i. Rukun sembelihan
ii. Syarat sah sembelihan
iii. Sunat sembelihan
Alat Bantuan Mengajar : Powerpoint Sembelihan
Video penyembelihan
Soalan atas talian (online)
Nilai : Sukakan makanan halal.
Penilaian : a) Menjawab soalan objektif secara atas talian (online)
http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/p_islam/pendislam_tg4/sembelihan.htm
a) Menjawab soalan subjektif
1. Apakah erti sembelihan dan jelaskan hukumnya.
2. Terangkan perkara-perkara sunat sembelihan
3. Terangkan 3 sebab mengapa binatang perlu disembelih
4. Jelaskan syarat-syarat sah bagi
a- orang yang menyembelih
b- binatang yang disembelih
c- alat menyembelih
5. Huraikan penyembelihan yang menggunakan alat elekterik.
2. Keberkesanan Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Fify Farisa, Norhayati dan Siti Zamriah dalam tajuk kajiannya Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-
dan-pembelajaran-pendidikan-islam ada menyatakan, penggunaan teknologi computer boleh
mengoptimumkan proses pengajaran. Ini kerana mata pelajaran Pendidikan Islam boleh
dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan
kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video dan
animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar. Antara kelebihan-kelebihan lain yang
diperolehi dengan penggunaan teknologi dalam Pendidikan Islam iaitu:
1. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara menyeronokkan.
2. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pempelajaran mereka dengan pelajar
boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi
bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham.
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.
4. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjasikan pelajar lebih berdikari.
5. pelajar belajar secara spontan, lebih netrual dan berkesan berdasarkan mod deria yang
digemari.
6. Penggabungan pelbagai media di samping Latihan yang direkabentuk secara interaktif
membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran
sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif. Dengan
mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran dan menggunakan deria untuk memahami
peristiwa baru mereka dapat menyelesaikan Tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan
mendalam.
(Halimah, 1996,37-48)
3. Selain daripada itu, pengajaran menggunakan multimedia dapat dimanfaatkan oleh guru melalui
pelaksanaan beberapa pendekatan dalam pengajaran yang disaran oleh MD.Yusoff dan Azhar
(2000):
1. Membantu dalam penyampaian yang lebih menarik dan berkesan.
2. Berdasarkan program multimedia yang direkabentuk, guru mempunyai ruang untuk
memantau para pelajar yang lemah. Usaha ini dapat dilakukan kerana program yang
direkabentuk lazimnya self-driven dan dimuatkan dengan Latihan dan ujian untuk
memastikan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Program ini biasanya
memuatkan maklum balas serta merta untuk menjelaskan sesuatu perkara atau konsep.
Kelemahan
1. Pembelajaran terganggu apabila berlakunya gangguan teknikal.