PEMBENTANG :


• JAMHARI BIN MUSA
• KAMARUDIN BIN JAFFAR
• SUHAIMI BIN MOHD SAMURI
• Pengertian Beriman Kepada Qadha’ Dan Qadar
• Beriman kepada qadha’ dan qadar bererti mempercayai bahawa
  Allah s.w.t. adalah zat yang Maha kuasa di seluruh alam ini untuk
  menentukan dan mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan
  kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri tanpa diganggui oleh
  sesuatu kuasa asing.
• Dengan erti kata yang lain, sesuatu perkara yang telah berlaku,
  atau sedang berlaku, atau yang akan berlaku, semuanya adalah
  tertakluk di bawah qadha’ dan qadar (taqdir) Allah Taala untuk
  menentukan dan menetapkan kedudukan sebenar sesuatu perkara
  tadi.
• Justeru itu apa saja yang terjadi di alam ini semuanya berjalan
  sesuai dengan ilmu dan iradat Allah yang telah direncanakan-Nya
  sejak mula lagi mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
  Allah dalam alam yang maujud ini. Firman Allah s.w.t. :


• Maksudnya : Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisinya
    dengan qadar yang tertentu.   [1]
•
    [1]Al-Quran, Surah ar-Ra’d : ayat8
• Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai
    tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah
    yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang
    Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa
    pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki.
    Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang engkau
    kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan kepada
    sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam kekuasaan
    Engkau, adanya kebaikan. Sesungguhnya Engkaulah
    sahaja amat berkuasa atas setiap sesuatu.”
•   “Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu
    malam ke dalam waktu siang, dan engkaulah yang
    memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam.
    Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup
    dari benda yang mati, dan Engkaulah yang
    mengeluarkan sesuatu benda yang mati dari yang hidup.
    Engkaulah juga memberi rezeki kepada sesiapa yang
    Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.” [1]
•
    [1] al-Quran, Surat Ali Imran: ayat 26-27
Firman Allah s.w.t. yang tercantum dalam ayat tersebut itu juga
   bolehlah disimpulkan sebagaimana berikut :
• Allah s.w.t. adalah Maha Raja secara mutlak .
• Allah s.w.t. berhak mengurniakan kerajaan atau kekuasaan memerintah
   kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
• Allah s.w.t. berhak pula mencabut kerajaan atau kekuasaan memerintah itu
   ..
• Allah s.w.t. mengurniakan sesuatu kurniaan atau mengambil kembali
   pengurniaan itu .
• Allah s.w.t. berhak memuliakan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya .
• Allah s.w.t. berhak merendahkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya .
• Semua perkara kebaikan dan keburukan adalah terletak di bawah
   kekuasaan Allah .
• Allah s.w.t. berhak memberi dan mengambil kembali sesuatu pemberian-
   Nya..
• sebagai bukti dan tanda kekuasaan Allah Taala dapat dilihat dengan jelas
   apa yang berlaku di alam dunia ini, iaitu masa dan waktu silih berganti.
   Begitulah pertukaran suasana dan keadaan yang dialami oleh setiap
   manusia dan semua makhluk-makhluk Allah yang lain.
• Allah s.w.t. berhak melimpahkan rezeki sebanyak-banyaknya kepada
   sesiapa yang dikehendaki-Nya .[1]
•
    [1] Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Qadha dan Qadar, Ulasan Tuntas
    Masalah Taqdir (terjemahan), 2003, hlm. 9.
•   Qadar ( Taqdir )

• Di dalam al-Quaran telah disebutkan beberapa kali masalah qadar atau taqdir.
• Firman Allah s.w.t.:
• Maksudnya : Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisinya dengan qadar yang
    tertentu. [1]
•   Firman Allah s.w.t.:
•   Maksudnya : Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami sahaja
    perbendaharaannya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut
    qadar dan masa yang tertentu. [2]
•   Firman Allah s.w.t.:
•   Maksudnya : Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut taqdir
    (yang telah ditentukan). [3]
•   Kesimpulan daripada ayat-ayat tersebut, bahawa maksud dan makna qadar atau
    taqdir itu ialah sesuatu peraturan yang tertentu yang telah dibuat oleh Allah s.w.t.
    untuk semua yang ada dalam alam yang maujud ini. Peraturan-peraturan tersebut
    merupakan undang-undang am atau kepastian yang mempunyai pertalian di antara
    sebab dengan musababnya dan di antara sebab dengan akibatnya. Imam Nawawi
    mentakrif dan berkata bahawa qadar atau taqdir ialah semua perkara atau benda
    yang maujud di alam ini telah ditentukan dan ditetapkan mengikut garisan yang telah
    dibuat oleh Allah sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana Allah telah
    mengetahui apa sahaja yang akan berlaku ke atas sesuatu itu dalam masa dan waktu
    yang telah ditentukan, sesuai dengan garisan yang telah ditetapkan-Nya.
•
    [1] Al-Quran, Surah al-Ra’ad: ayat 8
•   [2] Al-Quran, Surah al-Hijr : ayat 21
•   [3] Al-Quran, Surah al-Qamar : ayat 49
• Beriman Kepada Qadha’ Dan Qadar

• Beriman kepada qadha’ dan qadar adalah salah satu daripada rukun-rukun aqidah
    dan ia merupakan rukun yang keenam daripada rukun-rukun iman. Mereka yang
    tidak percaya kepada qadha’ dan qadar adalah bermakna mereka itu telah terkeluar
    daripada agama Allah Azza Wajalla (Islam).
•   Dalam hadis yang sahih menyebutkan Umar ibn al-Khattab meriwayatkan pada satu
    ketika sewaktu Rasulullah s.a.w. duduk bersama –sama sahabatnya, tiba-tiba datang
    seorang lelaki yang berpakaian serba putih, rambutnya sangat hitam, tidak diketahui
    dari mana datangnya dan tidak seorang sahabat pun kenal kepada lelaki itu, lalu
    lelaki tadi bertanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung dengan Islam, Iman dan
    Ihsan.
•   Mengenai iman lelaki itu berkata: “Beritahulah kepadaku tentang hal keimanan.”
    Rasulullah terus menjawab :
                         ‫وملئكته وكتبه ورسله و ي م خر‬
                         ِ ِ ‫أن ُؤْ ِ َ ِال َ َ َِ َ ِ ِ َ ُ ُ ِ ِ َ ُ ُ ِ ِ َالْ َوْ ِ ال‬
                                                                              ‫ت من ب‬
                     ‫رواه مسلم‬                 ‫وت من ب قدر خ ره وشره ق ل صد ت‬
                                               َ ْ‫َ ُؤْ ِ َ ِالْ َ َ ِ َيْ ِ ِ َ َ ّ ِ. َا َ: َ َق‬

• Maksudnya : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,
    rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada qadar, baik dan buruknya. Lelaki itu
    lalu berkata : “Benarlah apa yang egkau katakan itu.” ( Riwayat Muslim)
•   Lelaki yang datang itu adalah Jibril, di mana ia memang sengaja datang kepada
    Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk-duduk bersama sahabatnya untuk mengajar
    umat Baginda secara soal jawab mengenai Islam, iman dan ihsan.
•   Beriman kepada qadha’ dan qadar adalah kepercayaan atau aqidah yang wajib
    ditanamkan dalam hati setiap orang Islam bahawa setiap perkara yang berlaku dan
    terjadi ke atas diri seseorang itu, baik atau buruknya adalah mengikut ketentuan dan
    ketetapan yang telah dibuat oleh Allah s.w.t. dengan ilmu dan iradat-Nya sendiri
    sebelum perkara itu berlaku dan terjadi.
•   Maksudnya: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan
    tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan
    Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah
    mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang
    telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa
    yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
    sombong takbur, lagi membangga diri.[1]
•   Sehubungan dengan ini, sekiranya berlaku ke atas diri seseorang itu sesuatu perkara yang
    dibencinya janganlah mereka menganggap bahawa perkara itu buruk ke atas dirinya, kerana
    boleh jadi perkara yang dianggap buruk itu adalah baik bagi diri seseorang tadi. Sebaliknya
    perkara yang dianggap baik itu boleh jadi buruk bagi seseorang itu. Ini ialah kerana baik dan
    buruk sesuatu perkara itu adalah di dalam ilmu Allah dan iradat-Nya yang telah ditentukan dan
    ditetapkan oleh Allah s.w.t. mengikut qadha’ dan qadarnya.
•   Allah s.w.t mengingatkan kepada setiap orang yang beriman bahawa Allah s.w.t. mentaqdirkan
    seseorang itu baik atau buruk adalah di atas kebijaksanaan dan belas kasihan Allah yang bersifat
    “Hakim dan Rahim”, di mana seseorang itu jangan memandang mudah dan memperkecilkan
    nikmat Allah dan jangan pula gelisah dengan bala bencana yang menimpa diri mereka, malah
    hendaklah mereka itu bersyukur ketika waktu senang dan bersabar ketika waktu susah kerana
    semua perkara itu adalah qadha’ dan qadar Allah dan semuanya ada hikmahnya yang tersendiri.
•   Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang sahih yang diriwayatkan daripada Abi
    Yahya Suhaib bin Sinan r.a. sabdanya :
•    ْ‫َ َ ًا لمْ ِ ال ُؤْ ِ ِ ِ ّ أمْ َ ُ ُ ّ ُ َ ُ َيْ ٌ، ََيْ َ َاِ َ ل َ ِ إل ِلْ ُؤْ ِ ِ، ِنْ َ َابتْ ُ َ ّا َ َ َ، َ َا َ َيْ ًا َ ُ. َِن‬
       ‫ر م من إن ره كله له خ ر ول س ذ لك حد ل م من إ أص َ ه سر شكر فك ن خ ر له وإ‬                                                        ‫عجب‬
                                          ‫رواه مسلم‬            .ُ َ ‫َ َاَتْ ُ َ ّا َ َ َ، َ َان َيْ ًا‬
                                                                ‫أص ب ه ضر صبر فك خ ر له‬
•   Maksudnya : hairan mengenai perkara orang mukmin bahawa semua perkara baginya adalah
    baik (menjadi kebajikan). Dan yang demikian tidak ada kebajikan pada setiap perkara bagi
    seseorang itu, kecuali bagi orang mukmin yang sempurna keimanannya. Jika ia memperoleh
    kesenangan, ia bersyukur adalah kebajikan baginya dan jika ia memperoleh kesusahan, ia
    bersabar adalah kebajikan baginya. [2]
•
    [1]Al-Quran, Surah al-Hadid: ayat 22-23
•   [2] Syeikh Abdullah Muhammad Basmih, Mastika Hadis Rasulullah Jld.1, 1995. hlm.217
• Qadha’ Dan Qadar Dalam Aqidah Islam
• Qadha’ bererti ketetapan dan qadar bererti taqdir – nasib atau
  untung. Dalam aqidah Islam, qadha’ dan qadar ialah ketetapan
  Tuhan di dalam Azali tentang nasib atau untung seseorang manusia
  itu apakah mereka akan masuk dalam firqah orang yang beruntung
  atau orang yang celaka sa’adah atau syaqawah.
• Dalam aqidah Islam, mempercayai qadha’ dan qadar adalah salah
  satu rukun aqidah, di mana masalah qadha’ dan qadar ini
  dibicarakan secara meluas dan mendalam oleh semua agama
  samawi. Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya kepada taqdir. Mereka
  beriktiqad bahawa semua perkara yang berlaku dan yang terjadi di
  alam ini sudah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t. dalam
  Azali sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana semuanya itu
  sudah ditulis lebih dahulu dalam Luh Mahfuz.[1]
•
    [1] Said Ibrahim, Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, 1996,
    hlm.281
• Hadis Rasulullah s.a.w.
• Maksudnya : Bahawa setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam
  perut ibunya selama empat puluh hari berupa “nutfah” (air mani).
  Kemudian selama itu juga menjadi “alaqah” (segumpal darah).
  Kemudian selama itu juga menjadi “mudghah” (seketul daging).
  Lalu dikirim kepadanya malaikat dan meniupkan rohnya. Dan
  diperintahkan malaikat itu untuk menuliskan empat perkara iaitu
  rezekinya, ajalnya, pekerjaannya, celaka atau bahagia (bernasib
  buruk atau baik). Demi Allah tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya
  salah seorang kamu ada yang beramal dengan amal ahli syurga
  sehingga jarak antaranya dengan syurga hanya sehasta lagi, tetapi
  suratannya (taqdirnya) mendahuluinya, lalu ia berbuat perbuatan
  ahli neraka, maka ia masuk ke neraka. Dan salah seorang kamu ada
  yang beramal dengan amal ahli neraka sehingga jarak antaranya
  dengan neraka itu hanya sehasta, tetapi suratannya
  mendahuluinya, lalu ia beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia
  dimasukkan ke syurga.
• Hadis Rasulullah s.a.w. ini menyatakan tentang kejadian
  manusia dari proses yang pertama hingga Allah
  menyuruh malaikat meniupkan ruh (nyawa) dan pada
  ketika itu malaikat juga disuruh pula menuliskan empat
  perkara :
   –   Berapa banyak rezekinya yang disediakan Allah kepadanya.
   –   Berapa lama hidupnya di dunia ini.
   –   Apakah amal atau perbuatannya yang akan dikerjakannya.
   –   Nasibnya buruk atau baik.
• Keempat-empat perkara tersebut sudah ada ditulis-Nya
  dalam Luh Mahfuz dan sudah ada taqdirnya yang akan
  dijalani oleh manusia ketika hidupnya. Inilah yang
  dinamakan “taqdir Allah” atau nasib seseorang manusia.
Kamarudin bin Jaffar
•   Bahagian Qadha’ Dan Qadar
•   Qadha’ dan qadar terbahagi kepada dua iaitu :
•   “Qadha’ Qadar Mubram”
•   Iaitu qadha’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. mengikut
    perancangan-Nya pada azali dan tidak terubah lagi, seperti jenis bangsa:
    Arab, Melayu, India, Inggeris dan lain-lainnya. Begitu juga malapetaka dan
    bencana-bencana alam yang berlaku. Kesemuanya itu sudah tetap dan
    tidak boleh berubah lagi.
•   “Qadha’ Qadar Muallaq”
•   Iaitu apa-apa yang berkaitan dengan usaha ikhtiar manusia, seperti sebab-
    sebab yang membawa kecelakaan dan kebahagian kepada seseorang,
    sebab-sebab yang membawa kederhakaan dan ketaatan dan lain-lainnya.
•   Firman Allah s.w.t :



• Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (manusia
    melalui akal dan rasul) akan jalan-jalan yang benar dan yang salah sama
    ada ia bersyukur (dengan beriman) atau ia kufur (mengingkari kebenaran).
    [1]
•
    [1] Al-Quran, Surah al-Insan: ayat 3
• Manusia Tiada Pilihan
• Terdapat beberapa hal yang terjadi dengan sempurna dengan
  Kudrat-Nya yang tertinggi dan hanya menurut kehendak Ilahi serta
  ia berlaku terhadap manusia sama ada mereka sedar terhadapnya
  atau tidak. Akal dengan kadar kepandaian atau kebodohan yang
  tersimpan di dalamnya, watak tabiat yang berupa ketenangan atau
  kebesaran bentuk tubuh dari segi tinggi atau rendah, cantik atau
  bodoh, keperibadian yang bersifat optimis atau pesimis, saat
  mereka dilahirkan atau dalam lingkungan kehidupan mereka, maka
  semua itu harus mereka terima seadanya. Maka takdirlah yang
  bergerak baik yang lahir mahupun yang batin untuk mengarahkan
  kehidupan ke arah yang dikehendaki oleh pemilik kehidupan itu.
• Firman Allah s.w.t.:


• Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah tiada sesuatupun yang
    tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. Dialah yang
    membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakiNya. Tidak
    ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
    [1]
•
    [1] Al-Quran,Surah Ali-Imran:ayat 5-6)
•   Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Ikhtiar
•   Manusia mempunyai tindakan-tindakan ikhtiar .
•   Manusia juga mempunyai kehendak dan kuasa untuk melakukan aktiviti. Kuasa yang
    diberikan ini adalah asas taklif syara’ dan tempat tanggungjawab terhadap aktiviti-
    aktiviti yang mereka lakukan. Berasaskan ini timbulnya dosa dan pahala.
•   Namun demikian ia tidak bertentangan dengan keyakinan bahawa Allah adalah
    pencipta semua yang ada di dalam alam ini.
•   Berdasarkan perhitungan ini dinyatakan Allah pencipta segala perbuatan hambanya
    kerana Allah mencipta sesuatu mengikut perantaraan dan sebab.
•   Allah mentaqdirkan sebab dan musabab sekaligus. Qadar adalah tertakluk kepada
    suatu yang baharu yang terdapat dalam alam ini. Sebagai contoh, apabila Allah
    menghendaki seseorang itu sembuh, Allah bukan sahaja mentaqdirkan kesembuhan
    tersebut tetapi mentaqdirkan juga pengambilan ubatan secara khusus atau
    mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang menyebabkannya sembuh.
•   Begitulah juga apabila Allah mentaqdirkan seseorang itu mati atau jatuh sakit, Allah
    menyertakannya dengan sebab-sebab.
•   Menurut sebuah hadis riwayat al-Tirmizi di dalam kitab al-Tibb , hadis nombor 2066,
    yang bermaksud:
•   “ Wahai Rasullullah, apa pendapat tuan tentang ubat yang kita gunakan untuk
    mengubati diri kita , jampi yang digunakan untuk mengubati diri kita dan pendinding
    yang digunakan untk mendinding diri kita, adakah ianya dApat menolak sesuatu yang
    telah diqadarkan oleh Allah?. Sabda baginda: Ia sendiri adalah dari Qadar Allah”[1]
•
    [1] Dr.Basri Ibrahim, Manhaj Aqidah Ahli As Sunnah Wal Jamaah Dalam
    Memahami Qada’ dan Qadar, 2004.hlm.40
• Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Amal Soleh
• Ada di kalangan kita yang beranggapan bahawa beriman dengan
  qada’ dan qadar bertentangan dengan konsep berusaha untuk
  melakukan amalan ketaatan dan amal soleh. Apa saja yang
  diketahui oleh Allah pada azali dan ditulis oleh al-Quran di dalam al-
  kitab al-Maknun pasti berlaku.
• Sebagai contohnya, jika telah terdapat pada ilmu Allah, Misnan
  termasuk ke dalam kalangan orang-orang yang jahat dan ahli
  neraka maka Misnan tidak akan bertukar menjadi seorang yang baik
  dan seorang ahli syurga satu ketika nanti.
• Oleh itu, sesetengah orang mengatakan orang yang baik itu ialah
  orang yang baik semenjak di dalam perut ibunya dan orang yang
  jahat itu adalah orang yang jahat semenjak di dalam perut ibunya
  lagi. Orang yang bahagia tidak akan menjadi celaka dan orang yang
  celaka tidak akan menjadi bahagia. Ini menyebabkan mereka
  berfikir bahawa tidak ada faedah beramal dan hanya penat sahaja .
  Ini adalah qadar Allah pasti akan berlaku.
• [1] Al-Quran, Surah al-Lail: ayat 5-10
• Dalam membicarakan hal ini, ada dua aspek kesalahan besar yang telah
  dilakukan iaitu :-
• Pertama, ilmu Allah bergantung dengan segala sesuatu dalam bentuk
  sesuatu itu berada pada alam realiti kerana Allah menulis dan
  mentaqdirkannya dalam bentuk tersebut. Ilmu tentang perkara tersebut
  bertepatan dengan benda yang diketahui yang muncul pada alam realiti
  selepas itu.
• Kedua, apabila Allah telah mengetahui dan menulis tentang sesuatu dan
  memberitahu tentang perkara tersebut, itu tidak cukup di dalam proses
  kewujudan benda yang diketahui dan ditulis itu dan tidak juga
  memestikan ianya kosong daripada sebab-sebab.
• Dengan ini jelaslah kata-kata yang mengatakan orang-orang yang
  bahagia, tidak akan celaka orang yang celaka tidak akan bahagia,
  adalah kata-kata yang benar, tetapi persoalannya siapakah yang
  mentaqdirkan kebahagiaannya. Sebenarnya orang itu menjadi bahagia
  dengan amalan-amalan yang dijadikan Allah sebab kepada sebab-sebab
  kebahagiaannya dan mengikat sebab-sebab itu dengan amalan-amalan
  tersebut. Orang yang celaka tidak akan menjadi celaka kecuali dengan
  sebab-sebab amalan-amalan yang Allah jadikannya sebagai sebab
  kepada kecelakaaanya.
•
•   Firma Allah
•   Maksudnya:
•   Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan
    bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya), serta
    ia mengetahui dengan yakin perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan
    memberikan kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang
    yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan
    kemewahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka kelak kami akan
    menyiapkan baginya ( jalan) yang sukar.[1]
•   Daripada Imran bin Husain r.a , beliau berkata; Rasululullah ( saw) ditanya : “
    Adakah ahli syurga itu dapat dibezakan dengan ahli neraka?” Sabda baginda: “Ya!”
    Baginda ditanya lagi: “Kalau begitu apa guna orang-orang yang beramal?” Sabda
    Rasulullah (Saw). “Setiap sesuatu itu dimudahkan kepada apa yang diciptakan
    untuknya.”
•   Nas-nas ini menjelaskan Qadar itu telah terdahulu dan ia tidak pernah menghalang
    seseorang melakukan amalan, malah tidak wajib bergantung kepada apa yang
    diqadarkan terdahulu, sebaliknya wajib bersungguh-sungguh melakukan amalan itu.
    Kerana itulah, apabila sesetengah sahabat mendengar perkara ini, dia menyatakan:
    Saya tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan sekarang ini. Ini
    menunjukkan kehebatan fiqh sahabat. Nabi memberitahu mereka qadar telah
    terdahulu dan berlakunya qadar itu ke atas makhluk dengan sebab-sebab. Seseorang
    hamba memperolehi apa yang ditaqdirkan kepadanya dengan sebab yang juga
    ditaqdirkan ke atasnya dan dimudahkan untuknya. Apabila ia mengambil sebab-sebab
    itu , sebab-sebab tersebut menyampaikannya kepada qadar yang terdahulu ditulis di
    dalam um al-Kitab.
•   Amalan- amalan wajib yang diperintahkan oleh Allah kepada seseorang
    melakukannya dan perkara-perkara haram yang dilarang seseorang menghampirinya
    adalah termasuk ke dalam sebab-sebab yang membolehkannya mengecapi
    kebahagiaan.
• Hubungan Qada’ dan Qadar dengan Rezeki
• Rezeki di sini bermaksud bahagian hamba dalam keperluan-
    keperluan kehidupan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
    harta, isteri, anak dan lain-lain.
•   Allah telah berfirman:
•   Bermaksud:
•   Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka
    berjalanlah di merata ceruk rantau serta makanlah dari rezeki yang
    dikurniakan Allah dan ingatlah kepada Allah jualah (tempat kembali
    kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah
    ni’matnya dan takutilah kemurkaannya).[1]
•   Ayat ini menjelaskan sesiapa yang berusaha dan menjelajah ke
    pelusuk muka bumi demi mencari rezeki, pasti dapat memakan
    rezeki Allah, sebaliknya sesiapa yang malas dan tidak suka
    menjelajah ke seluruh pelusuk muka bumi, tidak berhak memakan
    rezeki Allah.
•
    [1] Al-Quran,Surah al-Mulk : ayat 15
• Adalah diakui, ada di kalangan manusia yang pintar, yang berusaha
  bersungguh-sungguh, bahkan siang dan malam berusaha tetapi
  rezeki mereka sedikit. Ada di kalangan orang ramai yang hanya
  berusaha sedikit tetapi memperolehi harta yang banyak. Malah ada
  yang didatangi rezeki tanpa berpenat lelah dan sebarang usaha.
  Perkara ini sebenarnya merujuk kepada beberapa perkara :
• Pertama, terdapat kecacatan di dalam fenomena kehidupan
  masyarakat di mana pembahagian kekayaan dibahagikan secara
  tidak adil. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan, sebaliknya
  wajib diperbetulkan semula.
• Kedua, fenomena tabi’i tidak seimbang. Orang yang bekerja di
  dalam persekitaran yang tidak subur, tidak sama dengan orang
  yang bekerja di dalam persekitaran yang kering kontang. Sebagai
  contoh, orang yang bekerja di Amerika Syarikat tidak sama dengan
  orang yang bekerja di padang pasir Afrika.
• Ketiga, terdapat qadar yang tidak diketahui manusia rahsia yang
  terkandung di dalamnya. Sesetengah orang mengatakan ia sebagai
  nasib.
• Tidak diragui bahawa perbezaan rezeki yang dikurniakan oleh seseorang
    adalah termasuk di dalam sunnah Allah di alam maya ini.
•   Ini dijelaskan di dalam al-Quran :
•   Maksudnya



• Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang
    lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang
    diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan
    hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat
    sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari
    nikmat Allah itu dengan perbuatan syrik ?[1]
•   Tidak juga dinafikan bahawa sesetengah perbezaan di dalam perolehan
    rezeki merujuk kepada kezaliman yang dilakukan ke atas satu sama lain
    dan pengagihan harta kekayaan di kalangan penduduk sesebuah negara
    secara tidak adil. Tidak wajar perkara ini dibiarkan dan dipersalahkan Qadar
    sehingga mempertikaikan keadilan Allah dan hikmah di sebaliknya di dalam
    penciptaannNya.
•
    [1] Al-Quran, Surah al-Nahl: Ayat 71
• SUHAIMI MOHD SAMURI
• Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Ajal
• Umur makhluk adalah diketahui oleh Allah Taala.
    Allah menjelaskan di dalam al-Quran :


• Yang bermaksud:

• Dan ingatlah , Allah tidak sekali-kali akan
    melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu
    yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan
    Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang
    segala yang kamu kerjakan.[1]
•
    [1]Al-Quran, Surah al-Munafiqun: ayat 11
• Menurut Syeikh Sulaiman al-Asykar, rezeki dan umur melibatkan
    dua jenis; Pertama: Jenis yang berlaku sebagaimana yang
    dilaksanakan oleh qadar dan ditetapkan di dalam Luh Mahfuz. Jenis
    ini tidak akan berubah dan tidak dapat ditukarganti. Kedua: Iaitu
    jenis yang hanya diketahui oleh Allah dan malaikatNya sahaja. Jenis
    inilah yang boleh bertambah dan berkurang. Ini dijelaskan melalui
    firman Allah :


• Yang bermaksud:
• Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya dan menetapkan
  apa jua yang dikehendaki-Nya dan ingatlah pada sisi-Nya ada ibu
  segala suratan.[1]
• Ummul kitab yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Luh Mahfuz
  yang telah Allah Qadarkan mengikut ketentuanNya yang asal.
  Dalam buku-buku catatan malaikat, umur seseorang boleh
  bertambah dan berkurang. Manusia yang menghubungkan tali
  silaturahim akan bertambah rezeki dan ajalnya dan jika ia tidak
  berbuat demikian, rezeki dan ajalnya akan berkurang.
•
    [1]Al-Quran, Surah Al-Raad: ayat 39
• Ajal juga terbahagi kepada dua bahagian.
• Pertama ajal mutlak yang hanya diketahui oleh Allah dan
    yang
•   kedua ajal muqayyad. Sebelum ajal muqayyad, Allah
    memerintahkan malaikat menulis ajal hambanya.
•   Apabila hambanya menyambungkan tali silaturahim,
    Allah akan menambahkan rezeki dan ajalnya. Malaikat
    sendiri tidak tahu adakah ajal seseorang itu boleh
    bertambah atau tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu
    kedudukan yang sebenarnya, soal rezeki dan maut ini.
•    Apabila ajal tiba, mengikut sebagaimana yang ada pada
    ilmu Allah, ia tidak akan terdahulu atau terkemudian
    walaupun sesaat.
• Hubungan Qadha’ Dan Qadar Dengan Hidayah
• Dalam hal ini, sesetengah orang berpendapat bahawa
  Allah menyesatkan dan memberi petunjuk kepada
  sesiapa yang dikehendakiNya, justeru itu, mereka yang
  disesatkanNya sudah tentu tidak ada orang lagi yang
  memberi petunjuk kepadanya. Anggapan ini adalah
  anggapan yang berdasarkan beberapa ayat al-Quran
  tanpa memerhatikan dan mengaitkannya di antara satu
  sama lain. Sebenarnya Allah mahu manusia
  bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Berasakan
  inilah timbulnya suruhan dan larangan, janji baik dan
  janji buruk, pahala dan dosan, syurga dan neraka.
• Allah berfirman di dalam al-Quran:



• Maksudnya:
• Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-
    Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu
    hanya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat,
    maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung
    oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan
    memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya saja).
    Dan tiadalah kami azabkan sesiapapun sebelum kami mengutuskan
    seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).[1]
•
    [1] Al-Quran, Surah al-Isra’: ayat 15
• Maksudnya:
• (Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah
    datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil
    dan bukti) dari tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat
    (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya
    terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta (dan
    enggan menerimnya) maka bahayanya tertimpalah ke
    atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan
    menjaga dan mengawasi kamu.[1]
•
    [1] Al-Quran, Surah al-An’am: Ayat 104
Maksudnya : Jika kamu berbuat kebaikan , (maka faedah) kebaikan yang
kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan,
maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu,
apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua,
(Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka (dengan
penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Baitul
Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan
untuk menghancurkan apa saja yang mereka telah kuasai dengan sehancur-
hancurnya.
• Kebaikan Beriman Kepada Qadha’ dan
    Qadar

• Penyerahan diri yang sempurna kepada
    Allah
•   Beriman kepada qadha dan qadar menghasilkan
    penyerahan diri seseorang yang sempurna
    kepada Allah kerana hamba yang mencintai
    tuannya yang mengetahui bahawa tuannya tidak
    melakukan sesuatu kecuali ada hikmah di
    sebaliknya, sudah tentu hatinya tenteram
    walaupun apa pun yang terjadi, jauh daripada
    perasaan cemas dan bimbang.
• Pembinaan iman yang teguh
• Beriman kepada qadha’ dan qadar dapat
 membina keteguhan iman. Seandainya dunia ini
 bergoncang dahsyat sekalipun, seseorang yang
 beriman dengannya tetap teguh bagaikan
 gunung yang kuat. Walaupun datang angin
 putting beliung dia akan tetap bertahan kerana
 apa yang dianggapnya sebagai buruk adalah
 pandangan yang relatif terbatas dan belum tentu
 demikian menurut hikmah Allah.
• Penghapusan sikap pesimisme

• Beriman dengan qadha’ dan qadar dapat
 menghapuskan pesimisme iaitu setelah
 seseorang beriman dan meyakini secara total
 terhadap kebijaksanaan Allah. Justeru itu
 jiwanya menjadi tenang dan hatinya stabil,
 bahkan penderitaan itu bertukar menjadi ibadat,
 keresahan menjadi ketenangan dan
 kegoncangan menjadi tenteram.
• Berani berjihad dan menyatakan
    kebenaran
•   Beriman dan qadha’ dan qadar akan menjadikan
    seseorang berani melancarkan jihad di jalan
    Allah. Seseorang Islam yang berjihad yang
    berdepan dengan musuh Allah tidak merasakan
    kesakitan bahkan merasai keharuman syurga
    serta kematian itu adalah satu kejayaan untuk
    menemui Allah.
• Tidak kecewa terhadap apa yang
 berlaku kepada diri

• Apabila menghadapi kekalahan atau
 kerugian, tidak berasa kecewa dan
 berputus asa malah perasaannya ialah
 kemenangan.
• Kemampuan mengawal diri


• Beriman kepada qadha’ dan qadar akan menjadikan
  seseorang itu akan menerima apa yang berlaku kepada
  dirinya dengan meneladani sikap nabi Muhammad iaitu
  dengan akhlak yang disyariatkan kepada baginda. Dia
  berjaya mengawal tabiat dan kecenderungannya
  walaupun kadang-kadang dia berjaya mengalahkan
  tabiat itu dan kadang-kadang juga dikalahkan oleh tabiat
  itu. Dia tidak pernah goncang oleh sesuatu kerana
  ketetapan sudah menjadi miliknya dan tidak berasa
  takut kerana ketenangan sudah berada dalam dirinya.
• Redha kepada taqdir
• Beriman kepada qadha dan qadar menyedarkan
 seseorang yang dia adalah milik Allah. Tujuan
 akhir hidupnya ialah bertemu Allah. Seseorang
 itu tidak mempunyai apa-apa kecuali diberi
 peluang untuk hidup di bawah lindungan
 pengabdian diri kepada Allah. Pengabdian ialah
 syiar dan payung hidupnya. Oleh itu, tidak ada
 menghalangnya daripada redha dan ikhlas akan
 taqdir Allah dan berserah atas qadhaNya.
• Berhati-hati dalam menjalani kehidupan
• Beriman dengan qadha’ dan qadar mewujudkan sikap
  berhati-hati di dalam diri seseorang, kerana dia tidak
  tahu dengan jelas adakah dia merupakan orang yang
  akan mendapat petunjuk daripada Allah atau orang yang
  bakal disesatkan oleh Allah. Apa yang dia tahu ialah
  Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang semenjak
  dari azali lagi. Mereka sentiasa mengharapkan agar Allah
  menjadikannya termasuk ke dalam golongan orang-
  orang yang bertaqwa dan mengikut jalan-jalan yang
  telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul.
• Berhati-hati dalam menjalani kehidupan
• Beriman dengan qadha’ dan qadar mewujudkan sikap
  berhati-hati di dalam diri seseorang, kerana dia tidak
  tahu dengan jelas adakah dia merupakan orang yang
  akan mendapat petunjuk daripada Allah atau orang yang
  bakal disesatkan oleh Allah. Apa yang dia tahu ialah
  Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang semenjak
  dari azali lagi. Mereka sentiasa mengharapkan agar Allah
  menjadikannya termasuk ke dalam golongan orang-
  orang yang bertaqwa dan mengikut jalan-jalan yang
  telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul.
• Qana’ah terhadap pembahagian Allah
• Beriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan
  seseorang redha dan qana’ah terhadap rezeki yang
  dikurniakan oleh Allah. Ini akan melahirkan rasa tenang
  di dalam jiwanya. Di kalangan manusia, ada yang
  apabila dikurniakan dengan satu lembah emas, masih
  bercita-cita untuk mencari lembah emas kedua. Jika
  dikurniakan dengan lembah kedua, dia akan mencari lagi
  tanpa puas. Orang kaya yang sebenar ialah orang yang
  kaya jiwanya. Orang ini akan mencari rezeki dengan
  penuh kesungguhan tetapi meraikan batas-batas
  kesederhanaan, bukan sepertimana orang-orang yang
  tamak.
• Bersih daripada sifat tamak
• Beriman kepada qadha dan qadar Alllah
  menjadikan seseorang dapat menghindarkan
  daripada tamak dan haloba. Dia tidak akan
  gelojoh kepada sesuatu yang bukan usahanya
  bahkan redha dengan apa yang diberi oleh
  Allah. Apabila mereka sudah tua, mereka tidak
  akan bercita-cita untuk muda kembali dan
  tidak tamak dengan daki dunia.
• Perbincangan dan Kesimpulan
• Mempercayai bahawa Allah berkuasa menentukan dan mengatur sesuatu
    yang ada di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sediri tanpa
    diganggu oleh sesuatu kuasa asing.
•   Sesuatu perkara atau perbuatan yang sudah ditentukan dan ditetapkan
    Allah adalah secara mutlak mengikut ketetapan Allah sendiri.
•   Setiap perkara yang berlaku di alam ini adalah berjalan sesuai dengan ilmu
    dan iradat Allah yang telah direncanakan oleh Allah s.w.t.
•   Allah s.w.t. secara mutlak memerintah dan mengawasi seluruh kerajaan di
    alam ini dan berhak mengambilnya semula.
•   Allah s.w.t. berhak memberi kemuliaan kepada sesiapa yang
    dikehendakinya
•   Allah yang berkuasa secara mutlak mengatur sesuatu perkara mengikut
    pilihannya dan manusia tidak berhak untuk membuat pilihan dan menolak
    qadha’ dan qadar Allah.
•   Seseorang itu hendaklah menerima apa yang berlaku keatas dirinya
    sesudah mereka berusaha dan berikhtiar sedaya upaya, di mana kejayaan
    atau sebaliknya terserah kepada Allah.
•   Mempercayai qadha’ dan qadar adalah salah satu daripada rukun-rukun
    aqidah dan rukun-rukun iman. Mereka yang tidak percaya kepadanya
    adalah bermakna mereka telah terkeluar dari agama Allah.
• Kesimpulan
• Sebagai kesimpulannya, beriman kepada qadha’ dan qadar adalah wajib
   dan sesiapa yang menolaknya adalah kufur.

• Aqidah qadha’ dan qadar sebenarnya menanam keheningan ke dalam hati
   nurani manusia dan menjadikan jiwa mereka tenang, mendidik mereka
   berasa terhormat dan mulia dan menjadikan urat saraf mereka sentiasa
   normal dan rehat ketika bertindak menjalankan dakwah.

• Kuasa-kuasa besar di dunia ini dirasakan kecil.

• Adalah salah jika mengatakan apa saja yang ditentukan oleh Allah hanya
   diterima bulat-bulat tanpa komentar. Anggapan yang tidak boleh mengubah
   taqdir Allah secara umum adalah pecahan dari fahaman jabariyah.

• Sehubungan dengan itu, menjadi satu kemestian kepada setiap umat islam
   menguasai manhaj ahli sunnah wa al-jamaah di dalam memahami aqidah
   qadha’ dan qadar bagi mengelakkan diri mereka terjerumus ke dalam
   golongan yang menyeleweng daripada Islam seperti Jabariyah, Mu’ tazillah,
   Qadariyyah, kapitalis, sosialis, pragmatisme dan lain-lain.
Presentation1
Presentation1
Presentation1
Presentation1
Presentation1
Presentation1
Presentation1
Presentation1
Presentation1
Presentation1

Presentation1

  • 1.
    PEMBENTANG : • JAMHARIBIN MUSA • KAMARUDIN BIN JAFFAR • SUHAIMI BIN MOHD SAMURI
  • 4.
    • Pengertian BerimanKepada Qadha’ Dan Qadar • Beriman kepada qadha’ dan qadar bererti mempercayai bahawa Allah s.w.t. adalah zat yang Maha kuasa di seluruh alam ini untuk menentukan dan mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri tanpa diganggui oleh sesuatu kuasa asing. • Dengan erti kata yang lain, sesuatu perkara yang telah berlaku, atau sedang berlaku, atau yang akan berlaku, semuanya adalah tertakluk di bawah qadha’ dan qadar (taqdir) Allah Taala untuk menentukan dan menetapkan kedudukan sebenar sesuatu perkara tadi. • Justeru itu apa saja yang terjadi di alam ini semuanya berjalan sesuai dengan ilmu dan iradat Allah yang telah direncanakan-Nya sejak mula lagi mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Allah dalam alam yang maujud ini. Firman Allah s.w.t. : • Maksudnya : Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisinya dengan qadar yang tertentu. [1] • [1]Al-Quran, Surah ar-Ra’d : ayat8
  • 6.
    • Maksudnya :Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam kekuasaan Engkau, adanya kebaikan. Sesungguhnya Engkaulah sahaja amat berkuasa atas setiap sesuatu.” • “Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan sesuatu benda yang mati dari yang hidup. Engkaulah juga memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.” [1] • [1] al-Quran, Surat Ali Imran: ayat 26-27
  • 7.
    Firman Allah s.w.t.yang tercantum dalam ayat tersebut itu juga bolehlah disimpulkan sebagaimana berikut : • Allah s.w.t. adalah Maha Raja secara mutlak . • Allah s.w.t. berhak mengurniakan kerajaan atau kekuasaan memerintah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. • Allah s.w.t. berhak pula mencabut kerajaan atau kekuasaan memerintah itu .. • Allah s.w.t. mengurniakan sesuatu kurniaan atau mengambil kembali pengurniaan itu . • Allah s.w.t. berhak memuliakan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya . • Allah s.w.t. berhak merendahkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya . • Semua perkara kebaikan dan keburukan adalah terletak di bawah kekuasaan Allah . • Allah s.w.t. berhak memberi dan mengambil kembali sesuatu pemberian- Nya.. • sebagai bukti dan tanda kekuasaan Allah Taala dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di alam dunia ini, iaitu masa dan waktu silih berganti. Begitulah pertukaran suasana dan keadaan yang dialami oleh setiap manusia dan semua makhluk-makhluk Allah yang lain. • Allah s.w.t. berhak melimpahkan rezeki sebanyak-banyaknya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya .[1] • [1] Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Qadha dan Qadar, Ulasan Tuntas Masalah Taqdir (terjemahan), 2003, hlm. 9.
  • 8.
    Qadar ( Taqdir ) • Di dalam al-Quaran telah disebutkan beberapa kali masalah qadar atau taqdir. • Firman Allah s.w.t.: • Maksudnya : Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisinya dengan qadar yang tertentu. [1] • Firman Allah s.w.t.: • Maksudnya : Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut qadar dan masa yang tertentu. [2] • Firman Allah s.w.t.: • Maksudnya : Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut taqdir (yang telah ditentukan). [3] • Kesimpulan daripada ayat-ayat tersebut, bahawa maksud dan makna qadar atau taqdir itu ialah sesuatu peraturan yang tertentu yang telah dibuat oleh Allah s.w.t. untuk semua yang ada dalam alam yang maujud ini. Peraturan-peraturan tersebut merupakan undang-undang am atau kepastian yang mempunyai pertalian di antara sebab dengan musababnya dan di antara sebab dengan akibatnya. Imam Nawawi mentakrif dan berkata bahawa qadar atau taqdir ialah semua perkara atau benda yang maujud di alam ini telah ditentukan dan ditetapkan mengikut garisan yang telah dibuat oleh Allah sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana Allah telah mengetahui apa sahaja yang akan berlaku ke atas sesuatu itu dalam masa dan waktu yang telah ditentukan, sesuai dengan garisan yang telah ditetapkan-Nya. • [1] Al-Quran, Surah al-Ra’ad: ayat 8 • [2] Al-Quran, Surah al-Hijr : ayat 21 • [3] Al-Quran, Surah al-Qamar : ayat 49
  • 9.
    • Beriman KepadaQadha’ Dan Qadar • Beriman kepada qadha’ dan qadar adalah salah satu daripada rukun-rukun aqidah dan ia merupakan rukun yang keenam daripada rukun-rukun iman. Mereka yang tidak percaya kepada qadha’ dan qadar adalah bermakna mereka itu telah terkeluar daripada agama Allah Azza Wajalla (Islam). • Dalam hadis yang sahih menyebutkan Umar ibn al-Khattab meriwayatkan pada satu ketika sewaktu Rasulullah s.a.w. duduk bersama –sama sahabatnya, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian serba putih, rambutnya sangat hitam, tidak diketahui dari mana datangnya dan tidak seorang sahabat pun kenal kepada lelaki itu, lalu lelaki tadi bertanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung dengan Islam, Iman dan Ihsan. • Mengenai iman lelaki itu berkata: “Beritahulah kepadaku tentang hal keimanan.” Rasulullah terus menjawab : ‫وملئكته وكتبه ورسله و ي م خر‬ ِ ِ ‫أن ُؤْ ِ َ ِال َ َ َِ َ ِ ِ َ ُ ُ ِ ِ َ ُ ُ ِ ِ َالْ َوْ ِ ال‬ ‫ت من ب‬ ‫رواه مسلم‬ ‫وت من ب قدر خ ره وشره ق ل صد ت‬ َ ْ‫َ ُؤْ ِ َ ِالْ َ َ ِ َيْ ِ ِ َ َ ّ ِ. َا َ: َ َق‬ • Maksudnya : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada qadar, baik dan buruknya. Lelaki itu lalu berkata : “Benarlah apa yang egkau katakan itu.” ( Riwayat Muslim) • Lelaki yang datang itu adalah Jibril, di mana ia memang sengaja datang kepada Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk-duduk bersama sahabatnya untuk mengajar umat Baginda secara soal jawab mengenai Islam, iman dan ihsan. • Beriman kepada qadha’ dan qadar adalah kepercayaan atau aqidah yang wajib ditanamkan dalam hati setiap orang Islam bahawa setiap perkara yang berlaku dan terjadi ke atas diri seseorang itu, baik atau buruknya adalah mengikut ketentuan dan ketetapan yang telah dibuat oleh Allah s.w.t. dengan ilmu dan iradat-Nya sendiri sebelum perkara itu berlaku dan terjadi.
  • 11.
    Maksudnya: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.[1] • Sehubungan dengan ini, sekiranya berlaku ke atas diri seseorang itu sesuatu perkara yang dibencinya janganlah mereka menganggap bahawa perkara itu buruk ke atas dirinya, kerana boleh jadi perkara yang dianggap buruk itu adalah baik bagi diri seseorang tadi. Sebaliknya perkara yang dianggap baik itu boleh jadi buruk bagi seseorang itu. Ini ialah kerana baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah di dalam ilmu Allah dan iradat-Nya yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t. mengikut qadha’ dan qadarnya. • Allah s.w.t mengingatkan kepada setiap orang yang beriman bahawa Allah s.w.t. mentaqdirkan seseorang itu baik atau buruk adalah di atas kebijaksanaan dan belas kasihan Allah yang bersifat “Hakim dan Rahim”, di mana seseorang itu jangan memandang mudah dan memperkecilkan nikmat Allah dan jangan pula gelisah dengan bala bencana yang menimpa diri mereka, malah hendaklah mereka itu bersyukur ketika waktu senang dan bersabar ketika waktu susah kerana semua perkara itu adalah qadha’ dan qadar Allah dan semuanya ada hikmahnya yang tersendiri. • Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang sahih yang diriwayatkan daripada Abi Yahya Suhaib bin Sinan r.a. sabdanya : • ْ‫َ َ ًا لمْ ِ ال ُؤْ ِ ِ ِ ّ أمْ َ ُ ُ ّ ُ َ ُ َيْ ٌ، ََيْ َ َاِ َ ل َ ِ إل ِلْ ُؤْ ِ ِ، ِنْ َ َابتْ ُ َ ّا َ َ َ، َ َا َ َيْ ًا َ ُ. َِن‬ ‫ر م من إن ره كله له خ ر ول س ذ لك حد ل م من إ أص َ ه سر شكر فك ن خ ر له وإ‬ ‫عجب‬ ‫رواه مسلم‬ .ُ َ ‫َ َاَتْ ُ َ ّا َ َ َ، َ َان َيْ ًا‬ ‫أص ب ه ضر صبر فك خ ر له‬ • Maksudnya : hairan mengenai perkara orang mukmin bahawa semua perkara baginya adalah baik (menjadi kebajikan). Dan yang demikian tidak ada kebajikan pada setiap perkara bagi seseorang itu, kecuali bagi orang mukmin yang sempurna keimanannya. Jika ia memperoleh kesenangan, ia bersyukur adalah kebajikan baginya dan jika ia memperoleh kesusahan, ia bersabar adalah kebajikan baginya. [2] • [1]Al-Quran, Surah al-Hadid: ayat 22-23 • [2] Syeikh Abdullah Muhammad Basmih, Mastika Hadis Rasulullah Jld.1, 1995. hlm.217
  • 12.
    • Qadha’ DanQadar Dalam Aqidah Islam • Qadha’ bererti ketetapan dan qadar bererti taqdir – nasib atau untung. Dalam aqidah Islam, qadha’ dan qadar ialah ketetapan Tuhan di dalam Azali tentang nasib atau untung seseorang manusia itu apakah mereka akan masuk dalam firqah orang yang beruntung atau orang yang celaka sa’adah atau syaqawah. • Dalam aqidah Islam, mempercayai qadha’ dan qadar adalah salah satu rukun aqidah, di mana masalah qadha’ dan qadar ini dibicarakan secara meluas dan mendalam oleh semua agama samawi. Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya kepada taqdir. Mereka beriktiqad bahawa semua perkara yang berlaku dan yang terjadi di alam ini sudah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t. dalam Azali sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana semuanya itu sudah ditulis lebih dahulu dalam Luh Mahfuz.[1] • [1] Said Ibrahim, Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, 1996, hlm.281
  • 13.
    • Hadis Rasulullahs.a.w. • Maksudnya : Bahawa setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari berupa “nutfah” (air mani). Kemudian selama itu juga menjadi “alaqah” (segumpal darah). Kemudian selama itu juga menjadi “mudghah” (seketul daging). Lalu dikirim kepadanya malaikat dan meniupkan rohnya. Dan diperintahkan malaikat itu untuk menuliskan empat perkara iaitu rezekinya, ajalnya, pekerjaannya, celaka atau bahagia (bernasib buruk atau baik). Demi Allah tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu ada yang beramal dengan amal ahli syurga sehingga jarak antaranya dengan syurga hanya sehasta lagi, tetapi suratannya (taqdirnya) mendahuluinya, lalu ia berbuat perbuatan ahli neraka, maka ia masuk ke neraka. Dan salah seorang kamu ada yang beramal dengan amal ahli neraka sehingga jarak antaranya dengan neraka itu hanya sehasta, tetapi suratannya mendahuluinya, lalu ia beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia dimasukkan ke syurga.
  • 14.
    • Hadis Rasulullahs.a.w. ini menyatakan tentang kejadian manusia dari proses yang pertama hingga Allah menyuruh malaikat meniupkan ruh (nyawa) dan pada ketika itu malaikat juga disuruh pula menuliskan empat perkara : – Berapa banyak rezekinya yang disediakan Allah kepadanya. – Berapa lama hidupnya di dunia ini. – Apakah amal atau perbuatannya yang akan dikerjakannya. – Nasibnya buruk atau baik. • Keempat-empat perkara tersebut sudah ada ditulis-Nya dalam Luh Mahfuz dan sudah ada taqdirnya yang akan dijalani oleh manusia ketika hidupnya. Inilah yang dinamakan “taqdir Allah” atau nasib seseorang manusia.
  • 16.
  • 17.
    Bahagian Qadha’ Dan Qadar • Qadha’ dan qadar terbahagi kepada dua iaitu : • “Qadha’ Qadar Mubram” • Iaitu qadha’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. mengikut perancangan-Nya pada azali dan tidak terubah lagi, seperti jenis bangsa: Arab, Melayu, India, Inggeris dan lain-lainnya. Begitu juga malapetaka dan bencana-bencana alam yang berlaku. Kesemuanya itu sudah tetap dan tidak boleh berubah lagi. • “Qadha’ Qadar Muallaq” • Iaitu apa-apa yang berkaitan dengan usaha ikhtiar manusia, seperti sebab- sebab yang membawa kecelakaan dan kebahagian kepada seseorang, sebab-sebab yang membawa kederhakaan dan ketaatan dan lain-lainnya. • Firman Allah s.w.t : • Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (manusia melalui akal dan rasul) akan jalan-jalan yang benar dan yang salah sama ada ia bersyukur (dengan beriman) atau ia kufur (mengingkari kebenaran). [1] • [1] Al-Quran, Surah al-Insan: ayat 3
  • 19.
    • Manusia TiadaPilihan • Terdapat beberapa hal yang terjadi dengan sempurna dengan Kudrat-Nya yang tertinggi dan hanya menurut kehendak Ilahi serta ia berlaku terhadap manusia sama ada mereka sedar terhadapnya atau tidak. Akal dengan kadar kepandaian atau kebodohan yang tersimpan di dalamnya, watak tabiat yang berupa ketenangan atau kebesaran bentuk tubuh dari segi tinggi atau rendah, cantik atau bodoh, keperibadian yang bersifat optimis atau pesimis, saat mereka dilahirkan atau dalam lingkungan kehidupan mereka, maka semua itu harus mereka terima seadanya. Maka takdirlah yang bergerak baik yang lahir mahupun yang batin untuk mengarahkan kehidupan ke arah yang dikehendaki oleh pemilik kehidupan itu. • Firman Allah s.w.t.: • Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah tiada sesuatupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakiNya. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [1] • [1] Al-Quran,Surah Ali-Imran:ayat 5-6)
  • 20.
    Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Ikhtiar • Manusia mempunyai tindakan-tindakan ikhtiar . • Manusia juga mempunyai kehendak dan kuasa untuk melakukan aktiviti. Kuasa yang diberikan ini adalah asas taklif syara’ dan tempat tanggungjawab terhadap aktiviti- aktiviti yang mereka lakukan. Berasaskan ini timbulnya dosa dan pahala. • Namun demikian ia tidak bertentangan dengan keyakinan bahawa Allah adalah pencipta semua yang ada di dalam alam ini. • Berdasarkan perhitungan ini dinyatakan Allah pencipta segala perbuatan hambanya kerana Allah mencipta sesuatu mengikut perantaraan dan sebab. • Allah mentaqdirkan sebab dan musabab sekaligus. Qadar adalah tertakluk kepada suatu yang baharu yang terdapat dalam alam ini. Sebagai contoh, apabila Allah menghendaki seseorang itu sembuh, Allah bukan sahaja mentaqdirkan kesembuhan tersebut tetapi mentaqdirkan juga pengambilan ubatan secara khusus atau mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang menyebabkannya sembuh. • Begitulah juga apabila Allah mentaqdirkan seseorang itu mati atau jatuh sakit, Allah menyertakannya dengan sebab-sebab. • Menurut sebuah hadis riwayat al-Tirmizi di dalam kitab al-Tibb , hadis nombor 2066, yang bermaksud: • “ Wahai Rasullullah, apa pendapat tuan tentang ubat yang kita gunakan untuk mengubati diri kita , jampi yang digunakan untuk mengubati diri kita dan pendinding yang digunakan untk mendinding diri kita, adakah ianya dApat menolak sesuatu yang telah diqadarkan oleh Allah?. Sabda baginda: Ia sendiri adalah dari Qadar Allah”[1] • [1] Dr.Basri Ibrahim, Manhaj Aqidah Ahli As Sunnah Wal Jamaah Dalam Memahami Qada’ dan Qadar, 2004.hlm.40
  • 21.
    • Hubungan Qadha’dan Qadar dengan Amal Soleh • Ada di kalangan kita yang beranggapan bahawa beriman dengan qada’ dan qadar bertentangan dengan konsep berusaha untuk melakukan amalan ketaatan dan amal soleh. Apa saja yang diketahui oleh Allah pada azali dan ditulis oleh al-Quran di dalam al- kitab al-Maknun pasti berlaku. • Sebagai contohnya, jika telah terdapat pada ilmu Allah, Misnan termasuk ke dalam kalangan orang-orang yang jahat dan ahli neraka maka Misnan tidak akan bertukar menjadi seorang yang baik dan seorang ahli syurga satu ketika nanti. • Oleh itu, sesetengah orang mengatakan orang yang baik itu ialah orang yang baik semenjak di dalam perut ibunya dan orang yang jahat itu adalah orang yang jahat semenjak di dalam perut ibunya lagi. Orang yang bahagia tidak akan menjadi celaka dan orang yang celaka tidak akan menjadi bahagia. Ini menyebabkan mereka berfikir bahawa tidak ada faedah beramal dan hanya penat sahaja . Ini adalah qadar Allah pasti akan berlaku. • [1] Al-Quran, Surah al-Lail: ayat 5-10
  • 22.
    • Dalam membicarakanhal ini, ada dua aspek kesalahan besar yang telah dilakukan iaitu :- • Pertama, ilmu Allah bergantung dengan segala sesuatu dalam bentuk sesuatu itu berada pada alam realiti kerana Allah menulis dan mentaqdirkannya dalam bentuk tersebut. Ilmu tentang perkara tersebut bertepatan dengan benda yang diketahui yang muncul pada alam realiti selepas itu. • Kedua, apabila Allah telah mengetahui dan menulis tentang sesuatu dan memberitahu tentang perkara tersebut, itu tidak cukup di dalam proses kewujudan benda yang diketahui dan ditulis itu dan tidak juga memestikan ianya kosong daripada sebab-sebab. • Dengan ini jelaslah kata-kata yang mengatakan orang-orang yang bahagia, tidak akan celaka orang yang celaka tidak akan bahagia, adalah kata-kata yang benar, tetapi persoalannya siapakah yang mentaqdirkan kebahagiaannya. Sebenarnya orang itu menjadi bahagia dengan amalan-amalan yang dijadikan Allah sebab kepada sebab-sebab kebahagiaannya dan mengikat sebab-sebab itu dengan amalan-amalan tersebut. Orang yang celaka tidak akan menjadi celaka kecuali dengan sebab-sebab amalan-amalan yang Allah jadikannya sebagai sebab kepada kecelakaaanya. •
  • 23.
    Firma Allah • Maksudnya: • Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya), serta ia mengetahui dengan yakin perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikan kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka kelak kami akan menyiapkan baginya ( jalan) yang sukar.[1] • Daripada Imran bin Husain r.a , beliau berkata; Rasululullah ( saw) ditanya : “ Adakah ahli syurga itu dapat dibezakan dengan ahli neraka?” Sabda baginda: “Ya!” Baginda ditanya lagi: “Kalau begitu apa guna orang-orang yang beramal?” Sabda Rasulullah (Saw). “Setiap sesuatu itu dimudahkan kepada apa yang diciptakan untuknya.” • Nas-nas ini menjelaskan Qadar itu telah terdahulu dan ia tidak pernah menghalang seseorang melakukan amalan, malah tidak wajib bergantung kepada apa yang diqadarkan terdahulu, sebaliknya wajib bersungguh-sungguh melakukan amalan itu. Kerana itulah, apabila sesetengah sahabat mendengar perkara ini, dia menyatakan: Saya tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan sekarang ini. Ini menunjukkan kehebatan fiqh sahabat. Nabi memberitahu mereka qadar telah terdahulu dan berlakunya qadar itu ke atas makhluk dengan sebab-sebab. Seseorang hamba memperolehi apa yang ditaqdirkan kepadanya dengan sebab yang juga ditaqdirkan ke atasnya dan dimudahkan untuknya. Apabila ia mengambil sebab-sebab itu , sebab-sebab tersebut menyampaikannya kepada qadar yang terdahulu ditulis di dalam um al-Kitab. • Amalan- amalan wajib yang diperintahkan oleh Allah kepada seseorang melakukannya dan perkara-perkara haram yang dilarang seseorang menghampirinya adalah termasuk ke dalam sebab-sebab yang membolehkannya mengecapi kebahagiaan.
  • 24.
    • Hubungan Qada’dan Qadar dengan Rezeki • Rezeki di sini bermaksud bahagian hamba dalam keperluan- keperluan kehidupan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, harta, isteri, anak dan lain-lain. • Allah telah berfirman: • Bermaksud: • Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata ceruk rantau serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ingatlah kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah ni’matnya dan takutilah kemurkaannya).[1] • Ayat ini menjelaskan sesiapa yang berusaha dan menjelajah ke pelusuk muka bumi demi mencari rezeki, pasti dapat memakan rezeki Allah, sebaliknya sesiapa yang malas dan tidak suka menjelajah ke seluruh pelusuk muka bumi, tidak berhak memakan rezeki Allah. • [1] Al-Quran,Surah al-Mulk : ayat 15
  • 25.
    • Adalah diakui,ada di kalangan manusia yang pintar, yang berusaha bersungguh-sungguh, bahkan siang dan malam berusaha tetapi rezeki mereka sedikit. Ada di kalangan orang ramai yang hanya berusaha sedikit tetapi memperolehi harta yang banyak. Malah ada yang didatangi rezeki tanpa berpenat lelah dan sebarang usaha. Perkara ini sebenarnya merujuk kepada beberapa perkara : • Pertama, terdapat kecacatan di dalam fenomena kehidupan masyarakat di mana pembahagian kekayaan dibahagikan secara tidak adil. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan, sebaliknya wajib diperbetulkan semula. • Kedua, fenomena tabi’i tidak seimbang. Orang yang bekerja di dalam persekitaran yang tidak subur, tidak sama dengan orang yang bekerja di dalam persekitaran yang kering kontang. Sebagai contoh, orang yang bekerja di Amerika Syarikat tidak sama dengan orang yang bekerja di padang pasir Afrika. • Ketiga, terdapat qadar yang tidak diketahui manusia rahsia yang terkandung di dalamnya. Sesetengah orang mengatakan ia sebagai nasib.
  • 26.
    • Tidak diraguibahawa perbezaan rezeki yang dikurniakan oleh seseorang adalah termasuk di dalam sunnah Allah di alam maya ini. • Ini dijelaskan di dalam al-Quran : • Maksudnya • Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syrik ?[1] • Tidak juga dinafikan bahawa sesetengah perbezaan di dalam perolehan rezeki merujuk kepada kezaliman yang dilakukan ke atas satu sama lain dan pengagihan harta kekayaan di kalangan penduduk sesebuah negara secara tidak adil. Tidak wajar perkara ini dibiarkan dan dipersalahkan Qadar sehingga mempertikaikan keadilan Allah dan hikmah di sebaliknya di dalam penciptaannNya. • [1] Al-Quran, Surah al-Nahl: Ayat 71
  • 27.
  • 29.
    • Hubungan Qadha’dan Qadar dengan Ajal • Umur makhluk adalah diketahui oleh Allah Taala. Allah menjelaskan di dalam al-Quran : • Yang bermaksud: • Dan ingatlah , Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang segala yang kamu kerjakan.[1] • [1]Al-Quran, Surah al-Munafiqun: ayat 11
  • 30.
    • Menurut SyeikhSulaiman al-Asykar, rezeki dan umur melibatkan dua jenis; Pertama: Jenis yang berlaku sebagaimana yang dilaksanakan oleh qadar dan ditetapkan di dalam Luh Mahfuz. Jenis ini tidak akan berubah dan tidak dapat ditukarganti. Kedua: Iaitu jenis yang hanya diketahui oleh Allah dan malaikatNya sahaja. Jenis inilah yang boleh bertambah dan berkurang. Ini dijelaskan melalui firman Allah : • Yang bermaksud: • Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya dan menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya dan ingatlah pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.[1] • Ummul kitab yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Luh Mahfuz yang telah Allah Qadarkan mengikut ketentuanNya yang asal. Dalam buku-buku catatan malaikat, umur seseorang boleh bertambah dan berkurang. Manusia yang menghubungkan tali silaturahim akan bertambah rezeki dan ajalnya dan jika ia tidak berbuat demikian, rezeki dan ajalnya akan berkurang. • [1]Al-Quran, Surah Al-Raad: ayat 39
  • 31.
    • Ajal jugaterbahagi kepada dua bahagian. • Pertama ajal mutlak yang hanya diketahui oleh Allah dan yang • kedua ajal muqayyad. Sebelum ajal muqayyad, Allah memerintahkan malaikat menulis ajal hambanya. • Apabila hambanya menyambungkan tali silaturahim, Allah akan menambahkan rezeki dan ajalnya. Malaikat sendiri tidak tahu adakah ajal seseorang itu boleh bertambah atau tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan yang sebenarnya, soal rezeki dan maut ini. • Apabila ajal tiba, mengikut sebagaimana yang ada pada ilmu Allah, ia tidak akan terdahulu atau terkemudian walaupun sesaat.
  • 32.
    • Hubungan Qadha’Dan Qadar Dengan Hidayah • Dalam hal ini, sesetengah orang berpendapat bahawa Allah menyesatkan dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, justeru itu, mereka yang disesatkanNya sudah tentu tidak ada orang lagi yang memberi petunjuk kepadanya. Anggapan ini adalah anggapan yang berdasarkan beberapa ayat al-Quran tanpa memerhatikan dan mengaitkannya di antara satu sama lain. Sebenarnya Allah mahu manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Berasakan inilah timbulnya suruhan dan larangan, janji baik dan janji buruk, pahala dan dosan, syurga dan neraka.
  • 33.
    • Allah berfirmandi dalam al-Quran: • Maksudnya: • Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al- Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya saja). Dan tiadalah kami azabkan sesiapapun sebelum kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).[1] • [1] Al-Quran, Surah al-Isra’: ayat 15
  • 34.
    • Maksudnya: • (Katakanlahwahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta (dan enggan menerimnya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.[1] • [1] Al-Quran, Surah al-An’am: Ayat 104
  • 35.
    Maksudnya : Jikakamu berbuat kebaikan , (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa saja yang mereka telah kuasai dengan sehancur- hancurnya.
  • 36.
    • Kebaikan BerimanKepada Qadha’ dan Qadar • Penyerahan diri yang sempurna kepada Allah • Beriman kepada qadha dan qadar menghasilkan penyerahan diri seseorang yang sempurna kepada Allah kerana hamba yang mencintai tuannya yang mengetahui bahawa tuannya tidak melakukan sesuatu kecuali ada hikmah di sebaliknya, sudah tentu hatinya tenteram walaupun apa pun yang terjadi, jauh daripada perasaan cemas dan bimbang.
  • 37.
    • Pembinaan imanyang teguh • Beriman kepada qadha’ dan qadar dapat membina keteguhan iman. Seandainya dunia ini bergoncang dahsyat sekalipun, seseorang yang beriman dengannya tetap teguh bagaikan gunung yang kuat. Walaupun datang angin putting beliung dia akan tetap bertahan kerana apa yang dianggapnya sebagai buruk adalah pandangan yang relatif terbatas dan belum tentu demikian menurut hikmah Allah.
  • 38.
    • Penghapusan sikappesimisme • Beriman dengan qadha’ dan qadar dapat menghapuskan pesimisme iaitu setelah seseorang beriman dan meyakini secara total terhadap kebijaksanaan Allah. Justeru itu jiwanya menjadi tenang dan hatinya stabil, bahkan penderitaan itu bertukar menjadi ibadat, keresahan menjadi ketenangan dan kegoncangan menjadi tenteram.
  • 39.
    • Berani berjihaddan menyatakan kebenaran • Beriman dan qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang berani melancarkan jihad di jalan Allah. Seseorang Islam yang berjihad yang berdepan dengan musuh Allah tidak merasakan kesakitan bahkan merasai keharuman syurga serta kematian itu adalah satu kejayaan untuk menemui Allah.
  • 40.
    • Tidak kecewaterhadap apa yang berlaku kepada diri • Apabila menghadapi kekalahan atau kerugian, tidak berasa kecewa dan berputus asa malah perasaannya ialah kemenangan.
  • 41.
    • Kemampuan mengawaldiri • Beriman kepada qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang itu akan menerima apa yang berlaku kepada dirinya dengan meneladani sikap nabi Muhammad iaitu dengan akhlak yang disyariatkan kepada baginda. Dia berjaya mengawal tabiat dan kecenderungannya walaupun kadang-kadang dia berjaya mengalahkan tabiat itu dan kadang-kadang juga dikalahkan oleh tabiat itu. Dia tidak pernah goncang oleh sesuatu kerana ketetapan sudah menjadi miliknya dan tidak berasa takut kerana ketenangan sudah berada dalam dirinya.
  • 42.
    • Redha kepadataqdir • Beriman kepada qadha dan qadar menyedarkan seseorang yang dia adalah milik Allah. Tujuan akhir hidupnya ialah bertemu Allah. Seseorang itu tidak mempunyai apa-apa kecuali diberi peluang untuk hidup di bawah lindungan pengabdian diri kepada Allah. Pengabdian ialah syiar dan payung hidupnya. Oleh itu, tidak ada menghalangnya daripada redha dan ikhlas akan taqdir Allah dan berserah atas qadhaNya.
  • 43.
    • Berhati-hati dalammenjalani kehidupan • Beriman dengan qadha’ dan qadar mewujudkan sikap berhati-hati di dalam diri seseorang, kerana dia tidak tahu dengan jelas adakah dia merupakan orang yang akan mendapat petunjuk daripada Allah atau orang yang bakal disesatkan oleh Allah. Apa yang dia tahu ialah Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang semenjak dari azali lagi. Mereka sentiasa mengharapkan agar Allah menjadikannya termasuk ke dalam golongan orang- orang yang bertaqwa dan mengikut jalan-jalan yang telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul.
  • 44.
    • Berhati-hati dalammenjalani kehidupan • Beriman dengan qadha’ dan qadar mewujudkan sikap berhati-hati di dalam diri seseorang, kerana dia tidak tahu dengan jelas adakah dia merupakan orang yang akan mendapat petunjuk daripada Allah atau orang yang bakal disesatkan oleh Allah. Apa yang dia tahu ialah Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang semenjak dari azali lagi. Mereka sentiasa mengharapkan agar Allah menjadikannya termasuk ke dalam golongan orang- orang yang bertaqwa dan mengikut jalan-jalan yang telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul.
  • 45.
    • Qana’ah terhadappembahagian Allah • Beriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang redha dan qana’ah terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Ini akan melahirkan rasa tenang di dalam jiwanya. Di kalangan manusia, ada yang apabila dikurniakan dengan satu lembah emas, masih bercita-cita untuk mencari lembah emas kedua. Jika dikurniakan dengan lembah kedua, dia akan mencari lagi tanpa puas. Orang kaya yang sebenar ialah orang yang kaya jiwanya. Orang ini akan mencari rezeki dengan penuh kesungguhan tetapi meraikan batas-batas kesederhanaan, bukan sepertimana orang-orang yang tamak.
  • 46.
    • Bersih daripadasifat tamak • Beriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang dapat menghindarkan daripada tamak dan haloba. Dia tidak akan gelojoh kepada sesuatu yang bukan usahanya bahkan redha dengan apa yang diberi oleh Allah. Apabila mereka sudah tua, mereka tidak akan bercita-cita untuk muda kembali dan tidak tamak dengan daki dunia.
  • 47.
    • Perbincangan danKesimpulan • Mempercayai bahawa Allah berkuasa menentukan dan mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sediri tanpa diganggu oleh sesuatu kuasa asing. • Sesuatu perkara atau perbuatan yang sudah ditentukan dan ditetapkan Allah adalah secara mutlak mengikut ketetapan Allah sendiri. • Setiap perkara yang berlaku di alam ini adalah berjalan sesuai dengan ilmu dan iradat Allah yang telah direncanakan oleh Allah s.w.t. • Allah s.w.t. secara mutlak memerintah dan mengawasi seluruh kerajaan di alam ini dan berhak mengambilnya semula. • Allah s.w.t. berhak memberi kemuliaan kepada sesiapa yang dikehendakinya • Allah yang berkuasa secara mutlak mengatur sesuatu perkara mengikut pilihannya dan manusia tidak berhak untuk membuat pilihan dan menolak qadha’ dan qadar Allah. • Seseorang itu hendaklah menerima apa yang berlaku keatas dirinya sesudah mereka berusaha dan berikhtiar sedaya upaya, di mana kejayaan atau sebaliknya terserah kepada Allah. • Mempercayai qadha’ dan qadar adalah salah satu daripada rukun-rukun aqidah dan rukun-rukun iman. Mereka yang tidak percaya kepadanya adalah bermakna mereka telah terkeluar dari agama Allah.
  • 48.
    • Kesimpulan • Sebagaikesimpulannya, beriman kepada qadha’ dan qadar adalah wajib dan sesiapa yang menolaknya adalah kufur. • Aqidah qadha’ dan qadar sebenarnya menanam keheningan ke dalam hati nurani manusia dan menjadikan jiwa mereka tenang, mendidik mereka berasa terhormat dan mulia dan menjadikan urat saraf mereka sentiasa normal dan rehat ketika bertindak menjalankan dakwah. • Kuasa-kuasa besar di dunia ini dirasakan kecil. • Adalah salah jika mengatakan apa saja yang ditentukan oleh Allah hanya diterima bulat-bulat tanpa komentar. Anggapan yang tidak boleh mengubah taqdir Allah secara umum adalah pecahan dari fahaman jabariyah. • Sehubungan dengan itu, menjadi satu kemestian kepada setiap umat islam menguasai manhaj ahli sunnah wa al-jamaah di dalam memahami aqidah qadha’ dan qadar bagi mengelakkan diri mereka terjerumus ke dalam golongan yang menyeleweng daripada Islam seperti Jabariyah, Mu’ tazillah, Qadariyyah, kapitalis, sosialis, pragmatisme dan lain-lain.