Beriman dengan Hari Akhirat.
Pengertian Hari Akhirat.
Hari akhirat merupakan alam tempat kita berada sesudah kita mati dan berkekalan di sana.
Dengan iman, kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain yang
kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga
atau neraka.
Hari akhirat atau hari kiamat adalah hari akhir dunia. Pada saat itu akan berlaku kehancuran
seluruh alam dan semua yang hidup akan mati. Selepas itu, dengan kuasa Allah SWT, alam
yang baru akan dicipta. Kemudiannya, semua manusia akan dihidupkan semula oleh Allah
SWT untuk dihisab segala amalan yang telah mereka kerjakan semasa hidup di dunia untuk
ditentukan tempat tinggal mereka sama ada di syurga ataupun neraka.

Bukti Kewujudan Hari Akhirat.
Hari akhirat sememangnya akan berlaku. Hanya mereka yang mempunyai keimanan dan
kepercayaan yang utuh sahaja yang dapat meyakininya. Namun begitu, masih ada lagi
mereka dalam kalangan umat Islam yang tidak meyakininya sepenuh hati sedangkan buktibukti telah pun dipertontonkan kepada kita semua.
Antaranya:
1- Dalil Naqli (al-Quran)
Firman Allah SWT SWT, maksudnya: “Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu;
Sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar
(dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua
wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan
segala wanita yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal
sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah SWT itu sangat kerasnya.”
2- Dalil Akli (logik akal)
Menjadi suatu keadilan sekiranya setiap amalan atau perbuatan manusia itu ada
pembalasannya. Analoginya, wang merupakan keperluan di zaman sekarang ini.
Untuk mendapatkannya, ada yang bekerja dan ada juga yang mencuri. Mencari rezeki
dengan bekerja sudah menjadi lumrah manakala dengan mencuri adalah sebaliknya.
Demikianlah setiap perbuatan sama ada baik atau jahat akan menerima balasannya, ke
syurga ataupun ke neraka. Pencuri yang terlepas di dunia pasti akan menerima
azabnya di neraka kelak. Itulah keadilan yang sebenar menurut lumrah kehidupan
manusia.
Nama-nama Hari Akhirat.
Kehidupan manusia tidak selesai dengan kematian di dunia, sebaliknya kematian adalah
permulaan kepada kehidupan yang sebenarnya iaitu hari kiamat. Al-Quran menamakan hari
kiamat dengan pelbagai nama:
-

Yaumul Ba’athi (Hari Kebangkitan) : Hari kebangkitan bermaksud kesemua manusia
yang mati akan dibangkitkan semula.

-

Yaumul Qiamah (Hari Kiamat) : Hari kiamat adalah hari kehidupan semula selepas
berlaku kehancuran dan kematian di dunia.

-

As-Saah (Masa yang Ditetapkan) : Masa yang ditetapkan adalah tarikh dan waktu
kiamat akan berlaku seperti yang dijadualkan oleh Allah SWT. Tarikh ini tidak
diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah SWT.

-

Yaumud Deen (Hari Pembalasan) : Hari pembalasan adalah hari makhluk Allah SWT
dibalas dan dihukum setimpal dengan perbuatan dan amalan mereka di dunia.

-

Yaumul Hisab (Hari Perhitungan) : Pada hari perhitungan amalan setiap makhluk
akan dihitung dan ditimbang sebelum hukuman diberikan oleh Allah SWT.

-

Yaumul Fath (Hari Kemenangan) : Hari akhirat adalah hari kemenangan bagi mereka
yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

-

Yaumut Talaq (Hari Pertemuan) : Hari akhirat ialah hari pertemuan untuk menerima
pembalasan daripada Allah SWT.

-

Yaumul Khulud (Hari Kekal Abadi) : Kehidupan di hari kiamat ialah untuk selamalamanya.

-

Yaumul Khuruj (Hari manusia dikeluarkan dari kubur) : Kematian di dunia hanyalah
satu persinggahan sementara sebelum dibangkitkan di hari kiamat.

-

Yaumul Hasrah (Hari Penyesalan) : Pada hari akhirat manusia yang menderhaka
terhadap Allah SWT akan menyesal dengan penyesalan yang sebenar-benarnya ketika
mereka melihat azab yang sedang menanti mereka.

-

Yaumut Tanad (Hari panggil-memanggil) : Selepas dibangkitkan pada hari kiamat,
manusia akan panggil-memanggil sesame mereka untuk meminta pertolongan.

-

Al-Azifah (Hari yang hampir) : Hari kiamat begitu hampir dengan manusia namun
ramai manusia masih leka dan lalai dalam hidup.
-

At-Thammah (Bencana besar) : Hari akhirat adalah hari kehancuran yang dahsyat
sebelum manusia dihidupkan di alam baru.

-

As-Sakhhat (Tiupan yang kuat) : Ketika berlakunya hari kiamat, sangkakala akan
ditiupkan oleh malaikat Israfil sebagai petanda hari kebangkitan telah bermula.

-

Al-Haqqah (Yang pasti terjadi) : Hari kiamat pasti berlaku walaupun ramai manusia
mengingkari kebenarannya.

-

Al-Ghasyiah (Yang Menyelubungi) : Bencana dan huru-hara di hari kiamat akan
menyelubungi semua manusia tanpa pengecualian.

-

Al-Waqiah (Kejadian) : Kejadian hari kiamat adalah satu kepastian.
Kepentingan Beriman Dengan Hari Akhirat.
1- Agar manusia yakin akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT SWT yang berhak
melakukan apa-apa sahaja dengan kehendakNya termasuklah hari akhirat. Ia
merupakan rahsia Allah SWT Taala yang wajib diimani oleh setiap individu muslim.
2- Agar manusia berusaha memahami dan mengetahui bukti-bukti kedatangan hari
akhirat sama ada dalam bentuk petanda kecil atau besar.
3- Agar manusia berhati-hati dan mengambil iktibar terhadap apa-apa yang berlaku di
hari akhirat lantas membuat persediaan dan bekalan untuk menemui Allah SWT nanti.
4- Mempertingkatkan lagi keimanan seseorang dengan merasai keagungan Allah SWT
dalam segenap aspek termasuklah pemilik hari akhirat.
5- Melembutkan hati-hati manusia dengan mengingati mati dan hari akhirat.
6- Menggalakkan individu muslim melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
dalam menjalani kehidupan di dunia.
7- Melahirkan manusia yang gigih berusaha, berdedikasi dalam amalannya. Seterusnya
memahami tanggungjawab diri sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT Taala ini.
8- Menggalakkan manusia sentiasa bermuhasabah diri agar mendapat kehidupan yang
berkat semasa di dunia dan seterusnya mendapat syurga di akhirat nanti.
Beriman dengan Qada’ dan
Qadar.
Pengertian Qada’ dan Qadar.
Qadar bermaksud ketetapan yang ditentukan oleh Allah SWT terhadap makhluknya semenjak
azali lagi.
Qada’ pula bermaksud perlaksanaan ketetapan Allah SWT di azali.
Manakala beriman kepada Qada’ dan Qadar membawa pengertian suatu ketetapan yang
dilaksanakan oleh Allah SWT terhadap makhluknya sejak azali lagi.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhlukmakhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Apabila persoalan qada’ dan qadar ini melibatkan persoalan takdir, maka takdir atau
ketentuan ini boleh dibahagikan kepada dua:
1- Ketentuan tentang sesuatu yang berlaku secara semulajadi dan mengandungi sebab
musababnya. Contohnya makan itu mengenyangkan, sebaliknya jika kita tidak makan
pasti tidak mengenyangkan. Inilah yang disebut sebagai Qada’ Allah Taala.
Manusia diberi pilihan dalam menjalani hidupnya melalui akal fikiran yang
dikurniakan Allah kepadanya dan semua ini berada di dalam lingkungan Qada’ Allah
Taala.
2- Ketentuan Allah SWT terhadap makhlukNya tanpa diberi pilihan untuk memilih
terutama kepada manusia. Allah menentukan keluasan tertentu bagi bumi dan langit,
seseorang itu dilahirkan lelaki atau perempuan, cacat atau sempurna dan dalam
pelbagai bangsa. Semua penetapan ini telah ditulis di Luh Mahfuz dengan ilmu Allah
SWT yang bersifat azali. Ketentuan inilah yang disebut sebagai Qadar Allah Taala.

Beriman kepada qada’ dan qadar meliputi empat perkara utama:
- Percaya bahawa Allah SWT mengetahui perkara-perkara yang berlaku dan akan
berlaku.
- Allah SWT menentukan bagi segala sesuatu yang diqadarkan dan diqada’kan olehNya.
- Percaya dengan kehendakNya. Sekiranya dikehendaki sesuatu akan berlaku dan
sekiranya tidak dikehendaki maka tidak akan berlaku.
- Allah SWT menjadikan semua benda di dunia ini tidak ada pencipta selain dariNya
dan tidak ada Tuhan selain daripadaNya.
Qada’ dan Qadar adalah ketetapan Allah SWT yang ditentukan sejak dari azali lagi
berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang sudah
ditetapkan. Semua ketetapan ini tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah SWT
sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi
hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab munasab dan sebab akibat. Justeru, hukum
alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan
Qada’ dan Qadar.
Allah SWT tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia
diberikan kebebasan bagi menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala
keputusan manusia tidak boleh keluar daripada ruang kemanusiaan yang Allah SWT tetapkan
dan Allah SWT sejak dari awal lagi sudah mengetahui segala keputusan yang akan diambil
oleh manusia.
Oleh itu, dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang
dilakukan, hanya Allah SWT yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam
kekuasaan-Nya.
Kepentingan Beriman Dengan Qada’ dan Qadar.
1- Mengagungkan kebesaran Allah SWT dan kekuasaanNya terhadap makhluk.
2- Memelihara diri daripada perasaan sombong dan takabbur dengan kejayaan yang
dikecapi.
3- Melahirkan kehidupan yang bahagia kerana mempunyai konsep akidah yang betul dan
tanggapan yang benar terhadap Allah SWT.
4- Mengelak seseorang itu daripada berputus asa di dalam kehidupannya yang penuh
dengan dugaan dan cabaran.
5- Melahirkan kehidupan yang lebih cemerlang dan berjaya.
6- Melahirkan keikhlasan dan kebersihan hati dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah
SWT dalam semua urusan hidup kerana semuanya datang daripada kekuasaan Allah
SWT.
Keimanan kepada Qada’ dan Qadar menjadikan umat Islam di peringkat awal dahulu unggul
dan dihormati hingga ke hari ini. Hal ini disebabkan keimanan yang betul terhadap qada’ dan
qadar akan melahirkan insan yang gigih berusaha dengan mengambil kira hukum sebab
munasab. Mereka meyakini nasib mereka ditetapkan oleh Allah SWT melalui ikhtiar yang
mereka gerakkan.
Keyakinan kepada qada’ dan qadar juga melahirkan manusia yang bertanggungjawab. Jika
sesuatu pendekatan yang mereka ambil mendatangkan kegagalan, mereka akan
bertanggungjawab di atas kegagalan itu dan berusaha memperbaiki keadaan.
Di samping itu, qada’ dan qadar merangsang manusia memilih jalan yang lurus dan diredhai
Allah SWT kerana mereka mengetahui Allah SWT menetapkan pertolongan daripada sisiNya
di jalan-jalan itu.
Keimanan kepada qada’ dan qadar menjadikan seseorang cekal menerima ujian dan cabaran.
Apabila sesuatu yang mereka usahakan itu gagal atau tidak menghasilkan sesuatu yang
mereka harapkan, mereka tidak akan berputus asa kerana mereka mengetahui Allah SWT
telah mentakdirkan bagi setiap kejayaan ada cabaran dan cubaannya. Allah SWT juga telah
mentakdirkan kesenangan menyusuli kesusahan.
Rujukan:
1- Islam Dalam Realiti Kehidupan, Mohd Nasir Ayub, Wan Asma’ Wan Abu Bakar.
2- Tasawwur Islam, Nafisiah Abdul Rahman, Huzaimah Ismail.
3- Prinsip-prinsip Asas Islam.
4- Empayar Minda Muslim Modul Tarbiyah Asas Alaf Ketiga, Dr. Danial Zainal Abidin.
5-

CTU101 Konsep Rukun Iman (Hari Akhirat, Qada' & Qadar)

  • 1.
    Beriman dengan HariAkhirat. Pengertian Hari Akhirat. Hari akhirat merupakan alam tempat kita berada sesudah kita mati dan berkekalan di sana. Dengan iman, kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka. Hari akhirat atau hari kiamat adalah hari akhir dunia. Pada saat itu akan berlaku kehancuran seluruh alam dan semua yang hidup akan mati. Selepas itu, dengan kuasa Allah SWT, alam yang baru akan dicipta. Kemudiannya, semua manusia akan dihidupkan semula oleh Allah SWT untuk dihisab segala amalan yang telah mereka kerjakan semasa hidup di dunia untuk ditentukan tempat tinggal mereka sama ada di syurga ataupun neraka. Bukti Kewujudan Hari Akhirat. Hari akhirat sememangnya akan berlaku. Hanya mereka yang mempunyai keimanan dan kepercayaan yang utuh sahaja yang dapat meyakininya. Namun begitu, masih ada lagi mereka dalam kalangan umat Islam yang tidak meyakininya sepenuh hati sedangkan buktibukti telah pun dipertontonkan kepada kita semua. Antaranya: 1- Dalil Naqli (al-Quran) Firman Allah SWT SWT, maksudnya: “Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; Sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah SWT itu sangat kerasnya.” 2- Dalil Akli (logik akal) Menjadi suatu keadilan sekiranya setiap amalan atau perbuatan manusia itu ada pembalasannya. Analoginya, wang merupakan keperluan di zaman sekarang ini. Untuk mendapatkannya, ada yang bekerja dan ada juga yang mencuri. Mencari rezeki dengan bekerja sudah menjadi lumrah manakala dengan mencuri adalah sebaliknya. Demikianlah setiap perbuatan sama ada baik atau jahat akan menerima balasannya, ke syurga ataupun ke neraka. Pencuri yang terlepas di dunia pasti akan menerima azabnya di neraka kelak. Itulah keadilan yang sebenar menurut lumrah kehidupan manusia.
  • 2.
    Nama-nama Hari Akhirat. Kehidupanmanusia tidak selesai dengan kematian di dunia, sebaliknya kematian adalah permulaan kepada kehidupan yang sebenarnya iaitu hari kiamat. Al-Quran menamakan hari kiamat dengan pelbagai nama: - Yaumul Ba’athi (Hari Kebangkitan) : Hari kebangkitan bermaksud kesemua manusia yang mati akan dibangkitkan semula. - Yaumul Qiamah (Hari Kiamat) : Hari kiamat adalah hari kehidupan semula selepas berlaku kehancuran dan kematian di dunia. - As-Saah (Masa yang Ditetapkan) : Masa yang ditetapkan adalah tarikh dan waktu kiamat akan berlaku seperti yang dijadualkan oleh Allah SWT. Tarikh ini tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah SWT. - Yaumud Deen (Hari Pembalasan) : Hari pembalasan adalah hari makhluk Allah SWT dibalas dan dihukum setimpal dengan perbuatan dan amalan mereka di dunia. - Yaumul Hisab (Hari Perhitungan) : Pada hari perhitungan amalan setiap makhluk akan dihitung dan ditimbang sebelum hukuman diberikan oleh Allah SWT. - Yaumul Fath (Hari Kemenangan) : Hari akhirat adalah hari kemenangan bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. - Yaumut Talaq (Hari Pertemuan) : Hari akhirat ialah hari pertemuan untuk menerima pembalasan daripada Allah SWT. - Yaumul Khulud (Hari Kekal Abadi) : Kehidupan di hari kiamat ialah untuk selamalamanya. - Yaumul Khuruj (Hari manusia dikeluarkan dari kubur) : Kematian di dunia hanyalah satu persinggahan sementara sebelum dibangkitkan di hari kiamat. - Yaumul Hasrah (Hari Penyesalan) : Pada hari akhirat manusia yang menderhaka terhadap Allah SWT akan menyesal dengan penyesalan yang sebenar-benarnya ketika mereka melihat azab yang sedang menanti mereka. - Yaumut Tanad (Hari panggil-memanggil) : Selepas dibangkitkan pada hari kiamat, manusia akan panggil-memanggil sesame mereka untuk meminta pertolongan. - Al-Azifah (Hari yang hampir) : Hari kiamat begitu hampir dengan manusia namun ramai manusia masih leka dan lalai dalam hidup.
  • 3.
    - At-Thammah (Bencana besar): Hari akhirat adalah hari kehancuran yang dahsyat sebelum manusia dihidupkan di alam baru. - As-Sakhhat (Tiupan yang kuat) : Ketika berlakunya hari kiamat, sangkakala akan ditiupkan oleh malaikat Israfil sebagai petanda hari kebangkitan telah bermula. - Al-Haqqah (Yang pasti terjadi) : Hari kiamat pasti berlaku walaupun ramai manusia mengingkari kebenarannya. - Al-Ghasyiah (Yang Menyelubungi) : Bencana dan huru-hara di hari kiamat akan menyelubungi semua manusia tanpa pengecualian. - Al-Waqiah (Kejadian) : Kejadian hari kiamat adalah satu kepastian.
  • 4.
    Kepentingan Beriman DenganHari Akhirat. 1- Agar manusia yakin akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT SWT yang berhak melakukan apa-apa sahaja dengan kehendakNya termasuklah hari akhirat. Ia merupakan rahsia Allah SWT Taala yang wajib diimani oleh setiap individu muslim. 2- Agar manusia berusaha memahami dan mengetahui bukti-bukti kedatangan hari akhirat sama ada dalam bentuk petanda kecil atau besar. 3- Agar manusia berhati-hati dan mengambil iktibar terhadap apa-apa yang berlaku di hari akhirat lantas membuat persediaan dan bekalan untuk menemui Allah SWT nanti. 4- Mempertingkatkan lagi keimanan seseorang dengan merasai keagungan Allah SWT dalam segenap aspek termasuklah pemilik hari akhirat. 5- Melembutkan hati-hati manusia dengan mengingati mati dan hari akhirat. 6- Menggalakkan individu muslim melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dalam menjalani kehidupan di dunia. 7- Melahirkan manusia yang gigih berusaha, berdedikasi dalam amalannya. Seterusnya memahami tanggungjawab diri sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT Taala ini. 8- Menggalakkan manusia sentiasa bermuhasabah diri agar mendapat kehidupan yang berkat semasa di dunia dan seterusnya mendapat syurga di akhirat nanti.
  • 5.
    Beriman dengan Qada’dan Qadar. Pengertian Qada’ dan Qadar. Qadar bermaksud ketetapan yang ditentukan oleh Allah SWT terhadap makhluknya semenjak azali lagi. Qada’ pula bermaksud perlaksanaan ketetapan Allah SWT di azali. Manakala beriman kepada Qada’ dan Qadar membawa pengertian suatu ketetapan yang dilaksanakan oleh Allah SWT terhadap makhluknya sejak azali lagi. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhlukmakhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.” Apabila persoalan qada’ dan qadar ini melibatkan persoalan takdir, maka takdir atau ketentuan ini boleh dibahagikan kepada dua: 1- Ketentuan tentang sesuatu yang berlaku secara semulajadi dan mengandungi sebab musababnya. Contohnya makan itu mengenyangkan, sebaliknya jika kita tidak makan pasti tidak mengenyangkan. Inilah yang disebut sebagai Qada’ Allah Taala. Manusia diberi pilihan dalam menjalani hidupnya melalui akal fikiran yang dikurniakan Allah kepadanya dan semua ini berada di dalam lingkungan Qada’ Allah Taala. 2- Ketentuan Allah SWT terhadap makhlukNya tanpa diberi pilihan untuk memilih terutama kepada manusia. Allah menentukan keluasan tertentu bagi bumi dan langit, seseorang itu dilahirkan lelaki atau perempuan, cacat atau sempurna dan dalam pelbagai bangsa. Semua penetapan ini telah ditulis di Luh Mahfuz dengan ilmu Allah SWT yang bersifat azali. Ketentuan inilah yang disebut sebagai Qadar Allah Taala. Beriman kepada qada’ dan qadar meliputi empat perkara utama: - Percaya bahawa Allah SWT mengetahui perkara-perkara yang berlaku dan akan berlaku. - Allah SWT menentukan bagi segala sesuatu yang diqadarkan dan diqada’kan olehNya. - Percaya dengan kehendakNya. Sekiranya dikehendaki sesuatu akan berlaku dan sekiranya tidak dikehendaki maka tidak akan berlaku. - Allah SWT menjadikan semua benda di dunia ini tidak ada pencipta selain dariNya dan tidak ada Tuhan selain daripadaNya.
  • 6.
    Qada’ dan Qadaradalah ketetapan Allah SWT yang ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang sudah ditetapkan. Semua ketetapan ini tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah SWT sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab munasab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan Qada’ dan Qadar. Allah SWT tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia diberikan kebebasan bagi menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar daripada ruang kemanusiaan yang Allah SWT tetapkan dan Allah SWT sejak dari awal lagi sudah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia. Oleh itu, dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang dilakukan, hanya Allah SWT yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam kekuasaan-Nya.
  • 7.
    Kepentingan Beriman DenganQada’ dan Qadar. 1- Mengagungkan kebesaran Allah SWT dan kekuasaanNya terhadap makhluk. 2- Memelihara diri daripada perasaan sombong dan takabbur dengan kejayaan yang dikecapi. 3- Melahirkan kehidupan yang bahagia kerana mempunyai konsep akidah yang betul dan tanggapan yang benar terhadap Allah SWT. 4- Mengelak seseorang itu daripada berputus asa di dalam kehidupannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran. 5- Melahirkan kehidupan yang lebih cemerlang dan berjaya. 6- Melahirkan keikhlasan dan kebersihan hati dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT dalam semua urusan hidup kerana semuanya datang daripada kekuasaan Allah SWT. Keimanan kepada Qada’ dan Qadar menjadikan umat Islam di peringkat awal dahulu unggul dan dihormati hingga ke hari ini. Hal ini disebabkan keimanan yang betul terhadap qada’ dan qadar akan melahirkan insan yang gigih berusaha dengan mengambil kira hukum sebab munasab. Mereka meyakini nasib mereka ditetapkan oleh Allah SWT melalui ikhtiar yang mereka gerakkan. Keyakinan kepada qada’ dan qadar juga melahirkan manusia yang bertanggungjawab. Jika sesuatu pendekatan yang mereka ambil mendatangkan kegagalan, mereka akan bertanggungjawab di atas kegagalan itu dan berusaha memperbaiki keadaan. Di samping itu, qada’ dan qadar merangsang manusia memilih jalan yang lurus dan diredhai Allah SWT kerana mereka mengetahui Allah SWT menetapkan pertolongan daripada sisiNya di jalan-jalan itu. Keimanan kepada qada’ dan qadar menjadikan seseorang cekal menerima ujian dan cabaran. Apabila sesuatu yang mereka usahakan itu gagal atau tidak menghasilkan sesuatu yang mereka harapkan, mereka tidak akan berputus asa kerana mereka mengetahui Allah SWT telah mentakdirkan bagi setiap kejayaan ada cabaran dan cubaannya. Allah SWT juga telah mentakdirkan kesenangan menyusuli kesusahan.
  • 8.
    Rujukan: 1- Islam DalamRealiti Kehidupan, Mohd Nasir Ayub, Wan Asma’ Wan Abu Bakar. 2- Tasawwur Islam, Nafisiah Abdul Rahman, Huzaimah Ismail. 3- Prinsip-prinsip Asas Islam. 4- Empayar Minda Muslim Modul Tarbiyah Asas Alaf Ketiga, Dr. Danial Zainal Abidin. 5-