SlideShare a Scribd company logo
TUGASAN INDIVIDU :
PHOTOTALK

NamaPensyarah : En. Ghazally Bin Spahat
NamaKursus : Pembangunan KurikulumDalam PTV
KodKursus

: MBE 12503

NamaPelajar :Mohd Hafiz Bin Kamarudin
No KadPengenalan
No KadMatriks

: 830208-05-5143
: GB 130200

Program :SarjanaPendidikanTeknikal (MBT) –
PersisirSemester 1, Sesi 2013/2014
ISI KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN .................................................................................................................................... 2

2.0

KONSEP PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR .................................................................................... 3

3.0

FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK REMAJA ..................................................................................... 11

4.0

PENERANGAN GAMBAR .................................................................................................................. 14

5.0

RUJUKAN ......................................................................................................................................... 15

1
PHOTOTALK

1.0

PENGENALAN
Dengangambariabolehmenceritakansegala-galanya.

Gambarjugabolehmenceritakankeadaanatausituasisebenarapa yang
berlakudisebalikgambartersebut. Gambar yang mempunyaiwarna-warni yang
cantikcukupuntukmenggambarkanataumenceritakankeadaanketikaitusamaadagembira, menangis,
ketawa, bersemangat, beranidan lain-lain perasaan yang dapatdiungkap di
dalamsekepinggambar. Oleh yang
demikiandalamtugasanphototalkinisayaakanmenceritakansituasi yang berlaku di dalamgambar di
atas.
2
Seperti yang kitadapatlihatgambar di atasmenunjukkanseorang guru yang bercitacitatinggiuntukmelihatanakbangsanyaberjayasedangmengajarpelajarnya yang
dahagakanilmupengetahuan di dalamsebuahkelas. Guru
tersebutmenggunakankomputersebagaielemenalat bantu mengajar (ABM) untukmelancarkan
proses pengajarandanpembelajaran (P&P) agar proses
pengajarandanpembelajarmenjadimenarikdanseronok. Guru
tersebutsedayaupayamembantupelajarnya yang sedangmenghadapimasalahsemasa proses
pengajarandanpembelajaran. Kemudianpelajar yang berjayamenyiapkantugasansemasa proses
pengajarandanpembelajaranmerekadiberikansijil. Pelajar yang
menerimasijilmenzahirkanperasaangembirakeranatelahdiberikanpenghargaanolehgurunya.Selepa
s proses pengajarandanpembelajaran guru danpelajarnyamengambilgambarbersamasamauntukdimasukkankedalamaplikasibaru yang digunakandisekolahsekarangiaituaplikasi
FROG VLE (Virtual Learning Environment).

2.0

KONSEP PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR
Jadi di sinisayainginberbicarakantentang pembangunan sahsiah remaja, ia juga berkait

rapat dengan pembangunan sahsiah pelajar. Ini kerana remaja dan pelajar adalah sama. konsep
pembangunan remaja atau pelajar berkait rapat juga dengan konsep pembangunan manusia. Ini
adalah kerana pelajar atau remaja sebahagian daripada kelompok manusia yang terdiri daripada
beberapa lapisan masyarakat. Mereka perlu dibangunkan dari kedua-dua aspek fizikal dan rohani
sesuai dengan fitrah kejadian manusia bagi melahirkan umat yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Pelajar merupakan golongan yang paling dominan dan berpengaruh serta mempunyai
ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Oleh itu, berbagai-bagai cabaran dan
harapan telah ditumpukan kepada golongan ini. Golongan ini yang menjadi harapan negara bagi
menjana negara yang terus cemerlang dan gemilang sebaris dengan negara-negara maju yang
lain.
Suatu strategi yang berkesan lagi positif perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti
ke arah membimbing serta mempertingkatkan lagi sahsiah remaja khususnya pelajar. Ini selaras
dengan tuntutan, keperluan, dan aspirasi agama, bangsa dan negara. Pelajar merupakan tunggak
3
kekuatan negara. Mereka merupakan aset yang amat berharga kepada negara. Zaman remaja
yang dialami oleh pelajar adalah satu zaman yang amat penting pada setiap manusia. Pada masa
itu, pelajar mempunyai tenaga yang kuat, keupayaan yang tinggi, minda yang cerdas, daya
ketahanan yang kental berbanding dengan zaman sebelum atau selepasnya.
Oleh itu sekiranya tenaga kepakaran pelajar atau remaja ini tidak digembleng dengan
sepenuhnya maka sudah tentu para remaja termasuk dalam golongan yang rugi dan malang. Ia
juga akan meninggalkan kesan kepada pembangunan negara dalam usahanya untuk bergerak
seiring dan setanding dengan negara maju.
Pembangunan sahsiah bagi golongan remaja merupakan asas yang paling utama bagi
menjana kehidupan ke arah kehidupan yang serba Islamiah. Pembangunan ini harus meliputi dan
sekali gus mengimbangi aspek rohani, jasmani, dan akli, tuntutan dunia dan akhirat, spiritual dan
material menerusi amal yang berterusan dalam proses islah al-nafsi sehingga terbentuk peribadi
yang kuat tubuhnya, kukuh moralnya, berkembang luas pemikirannya, sihat akidah dan tempat
ibadahnya, berguna kepada orang lain dan menjaga waktunya.
Sesungguhnya isu berhubung dengan pembangunan remaja merupakan suatu persoalan
kontroversi pada masa kini. Golongan remaja masa kini sering direncanakan agar mempunyai
ciri berilmu, beramal, berwawasan, bermotivasi, berfikiran positif, seperti mana yang diharapkan
oleh orang dewasa (Asmah Bee Mohd Noor, 1996 : 15).
Mustafa Haji Daud berpendapat bahawa terdapat beberapa cara bagaimana hati dan jiwa
diasuh, dibina dan dibentuk agar menghasilkan sahsiah yang mulia dan terpuji. Antaranya
melalui ilmu, latihan, pengawalan nafsu dan syahwat, niat, muhasabah (perbuatan menyesali
semua sahsiah yang keji yang pernah dilakukan pada zaman silam lantas terus memperbaikinya)
dan muraqabah (tindakan berhati-hati dan berwaspada agar segala sahsiah yang keji dijauhi dan
melaksanakan yang terpuji sahaja)( Mustafa Haji Daud, 1999 : 44).
Selain itu, bentuk pendidikan yang sebaiknya ialah menurut model yang ditunjukkan oleh
Allah dan rasul-Nya. Allah telah menurunkan gagasan hidup, pola perlakuan dan programprogram pembentukan keinsanan melalui al-Quran dan al-Sunnah (Abd. Ghani Syamsuddin,
1998 : 15). Dalam usaha ini terdapat beberapa aspek yang memerlukan penekanan yang serius.

4
Aspek pertama adalah penekanan budaya ilmu di dalam diri pelajar itu sendiri. Allah telah
menegaskan kepentingan ilmu di dalam al-Quran dengan firmanya :

Maksudnya : “(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) atau kah orang yang
beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab)
akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang
mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah
yang dapat menerima pelajaran.”
(Surah al-Zumar : 9)
Berikut adalah pembangunan sahsiah melalui pembentukan akhlak yang mulia.
Kemuliaan akhlak para remaja dan pelajar adalah faktor utama keharmonian masyarakat.
Rasulullah telah menegaskan kepentingan akhlak dalam kehidupan dengan sabdanya (Imam
Malik, 1981 : 94) :

Maksudnya : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.
Seterusnya, penekanan kepada perlaksanaan ibadat dalam usaha pembentukan sahsiah
Islam telah banyak dinyatakan oleh Rasulullah malah ibadah juga seperti mana yang diketahui
boleh menghindarkan diri daripada kejahatan. Amalan ibadat yang mengikut garis panduan
syariat Islam akan mendatangkan kesan langsung terhadap jasmani dan rohani insan (Udah
Mohsin, 1987 : 2).
Berdasarkan tinjauan saya, didapati di dalam penulisan Amina Hj. Noor di dalam
bukunya yang menyatakan bahawa remaja muslim adalah aset besar masyarakat bertakwa dan
5
membina negara yang bertamadun(Amina Hj. Noor, t.t : 145). Remaja hari ini harus menjadi
contoh kepada remaja yang akan datang. Oleh itu, pembangunan sahsiah remaja atau pelajar
harus dipertingkatkan dan dijaga demi nama baik remaja muslim. Oleh itu, mereka haruslah
disemai dengan didikan agama sejak mereka kecil lagi, agar mereka dapat mempraktikkan nilainilai keperibadian yang mulia di kemudian hari.
Manakala penulisan Ab. Aziz Mohd Zin ada membincangkan tentang sahsiah. Sahsiah
yang baik merupakan tingkah laku yang baik yang keluar daripada hati yang baik(Ab. Aziz
Mohd Zin, 1999 : 235). Ini samalah seperti hasil tanaman yang berguna kepada diri orang lain.
Dalam satu ayat Allah dalam surah al-A'raf ayat 58 telah membandingkan faedah yang didapati
dari orang yang berakhlak mulia dengan orang yang buruk akhlaknya. Ia seperti sebuah negara
yang tanahnya subur yang menumbuhkan berbagai-bagai pokok yang boleh mendatangkan
faedah kepada orang lain, dan sebuah negara lain yang tanahnya buruk yang hanya menghasilkan
buah kurang bermutu.
Menurut pandangan saya sendiri, proses pembangunan sahsiah dan pendidikan mempunyai
kaitan yang amat rapat. Ini kerana konsep pembangunan sahsiah merupakan salah satu elemen
penting yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Seorang pelajar yang cemerlang
haruslah mempunyai kecemerlangan yang seiring di dalam bidang akademik dan sahsiahnya.
Kedua-duanya penting dalam usaha merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.
Menyorot kembali kepada Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal pada 1987:
“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini ialah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan
negara”
Jelas di sini bahawa manusia merupakan isu penting dan fokus kepada pendidikan
negara. Menggunakan istilah manusia bagi menggantikan istilah pelajar kerana kedua-duanya
6
mengandungi makna yang sama. Pelajar adalah manusia. Melalui FPN konsep pembangunan
manusia diberi penekanan dalam mencorakkan perjalanan proses pendidikan Negara. Oleh
kerana itu juga bole dikatakan bahawa pembangunan manusia dan pendidikan mempunyai
perkaitan yang amat rapat. Ini kerana hanya melalui proses pendidikan pembangunan manusia
dapat didirikan dengan sempurna dalam semua aspek sama ada dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani.
Pembangunan manusia dalam pendidikan merangkumi empat perspektif utama.
Pertamanya, pembangunan manusia dilihat dari segi epistemologi al-Quran. Dengan memahami
konsep manusia menurut penjelasan al-Quran dapat menentukan matlamat pendidikan yang
sebenarnya. Manusia diciptakan Allah sebagai pentadbir dan pengurus yang akan menentukan
corak kehidupan di dunia seluruhnya dengan penumpuan yang lebih utama dalam pengabdian
kepada Tuhan yang menciptakan-Nya.(Zakaria Stapa, 2001: 38). Di sinilah wujudnya konsep
khalifah yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya:

Maksudnya : “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata:
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
apa yang tidak kamu ketahui.”

(Surah al-Baqarah:30)

Perspektif kedua adalah pembangunan manusia dilihat dalam skop pendidikan Islam.
Wajarlah dengan tujuan pendidikan di dalam Islam sendiri yang menjadikan prinsip-prinsip
pendidikannya berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk akidah, sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang memikul tanggungjawab

7
membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai kecemerlangan di dunia
dan di akhirat. (Ahmad Mohd Salleh, 1997:6)
Pembangunan manusia yang berteraskan pendidikan Islam dapat mengurangkan
pengaruh sekularisme dan dualisme yang semakin menular dalam masyarakat sejak sekian lama.
Konsep pendidikan Islam itu sendiri menuntut pembinaan seluruh potensi yang ada pada
manusia meliputi rohani, intelek, emosi dan jasmani berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Menyedari tentang betapa pentingnya tanggungjawab membangunkan manusia dari segi
pembangunan jasmani dan pembangunan akhlak serta kerohanian maka Falsafah Pendidikan
Islam (FPI) telah ditetapkan sebagai garis panduan mencapai matlamat pendidikan yang telah
membincangkan konsep pembangunan manusia secara bersepadu dari segi akal, rohani dan
jasad. Falsafah pendidikan Islam telah menyebutkan bahawa:
“ Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”.
Perspektif yang ketiga melihat pembangunan manusia dari sudut pendidikan akhlak.
Melalui pendidikan akhlak ianya dapat membantu pembinaan tingkah laku yang baik selari dan
selaras dengan fitrah insaniah ciptaan Allah. Oleh itu Islam sebagai satu agama dan cara hidup
yang menuntut umatnya menjalani ibadah harian berlandaskan unsur dan perlakuan akhlak yang
mulia sekali gus menuju ke arah matlamat perutusan Rasulullah ( Zakaria Setapa, 2001:74). Di
dalam al-Quran ada menegaskan tentang betapa tingginya keperibadian Rasulullah di dalam
surah al-Qalam ayat 4 :

Maksudnya : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
(Surah al-Qalam: 4)
8
Perspektif pembangunan manusia juga dilihat melalui reformasi pendidikan. Reformasi
ialah dinamisme dalam pendidikan ( Doktor Tajul Ariffin & Doktor Noraini Dan, 2001:27).
Melalui reformasi ini ia dapat memastikan perjalanan dan corak pendidikan negara sentiasa
berkembang selaras dengan peredaran masa dan perubahan zaman berlandaskan prinsip-prinsip
dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan negara. Justeru itu, konsep
pembangunan insan menjadi topik utama dalam pendidikan negara dalam membentuk generasi
yang menghayati ilmu, iman dan amal secara menyeluruh dan bersepadu, cemerlang dari segi
pemikiran, berketerampilan, berkerohanian dan keagamaan.
Jelaslah bahawa pendidikan itu menuju ke arah pembinaan struktur insan yang berkualiti
merangkumi semua bidang duniawi dan ukhrawi. Kesempurnaan seseorang insan dapat di lihat
apabila ia menyemai roh agama dalam urusan hariannya sama ada dalam bidang ilmu, ekonomi,
sosial mahupun politik. Ini kerana nilai keagamaan itulah yang menentukan kejayaan dalam
proses pembangunan sahsiah manusia dan ia hanya dapat di garap melalui proses pendidikan
yang bersepadu. Justeru itu, kesepaduan empat elemen dalam pembangunan sahsiah manusia
yang dinyatakan di atas tadi, bertujuan melahirkan pelajar yang akan mencorakkan kehidupannya
mengikut fitrah Allah S.W.T.
Philips menyebutkan, dalam perkembangan sosial keupayaan dan keperluan seseorang
remaja boleh menjadi asas bagi membolehkannya berinteraksi dan bersosial pada masa umur
awal remaja. Pada umur akhir remaja pula, mereka akan membiasakan keadaan ini seterusnya
dengan orang lain (Philips, 1990: 13). Maslow (1908-1970) pula berpendapat, terdapat dua jenis
motivasi dalam diri seseorang belia pada awal dan akhir umur mereka yang memerlukan sosial
yang selanjutnya. Bahagian pertama pada awal kehidupan remaja terdapat motivasi kekurangan
yang memerlukan kehendak-kehendak fisiologi seperti lapar, dahaga dan sebagainya. Ini dapat
dikatakan memenuhi kekurangan yang ada. Manakala pada akhir kehidupannya pula terdapat
motivasi perkembangan atau pertumbuhan yang merupakan keperluan untuk di sayangi dan
dihargai oleh orang lain. Motif ini beroperasi di atas prinsip jika tidak terdapat lagi kekurangan.
Oleh itu, dalam keadaan ini, mereka memerlukan orang lain atau bersosial untuk berkembang
daripada yang sedia ada(Maslow, 1959: 42).
Erikson mengatakan , pada awal umur remaja, mereka cuba membentuk identitinya
melalui perhubungan sosial. Dan pada akhir umurnya, mereka akan dapat menyesuaikan identiti
9
dirinya seperti dikehendaki oleh orang lain (Erikson, 1968:12).Menurut Cattel, seseorang remaja
pada awalnya sedikit sebanyak akan berinteraksi antara satu sama lain iaitu suka bersosial
bersama kawan dan sebagainya. Pada akhir remaja, mereka mula meninggalkan ibu bapa dan
keluarga. Mereka mula menentukan cita-cita dan mula menyoal kerjayanya (Cattel R.B, 1967 :
20).
Menurut Syper, peringkat awal umur remaja, mereka mengalami jangka masa penerokaan
terhadap masyarakat yang mereka tinggal. Pada peringkat akhir umurnya, mereka boleh
memainkan peranan yang sesuai dengan minat mereka terhadap masyarakat (Syper, 1957 : 60).
Mengikut H.Sjahminan Zainin dan Muhaini, pada awal kehidupan remaja, mereka harus hidup
dalam masyarakat dan memerlukan pertolongan orang lain seperti yang disebutkan oleh ahli
sosiologi bahawa “Man is born by social being“ (manusia dilahirkan sebagai makhluk sosial)
(H. Sjahminan Zainin dan Muhaini, 1991 : 83). Lewis pula mengatakan, pada peringkat umur
remaja secara individu akan membincangkan masalahnya di atas kesukaran yang dialaminya
dengan kumpulan tertentu seperti rakan sebaya dan sebagainya. Tetapi pada akhir umurnya
remaja mengharapkan orang lebih dewasa untuk menyelesaikan masalahnya (Lewis, 1987 : 548556).
Zakiah Daradjat menyebutkan, pada awal umur remaja, mereka memerlukan rakan
sebaya kerana mereka sama-sama menghadapi masalah yang tidak banyak bezanya, di samping
kurang percaya kepada penghargaan orang dewasa. Kerana itu ia kurang bebas untuk
menceritakan rasa hati tentang masalahnya. Tetapi pada akhir umurnya, mereka akan merujuk
masalah yang di hadapinya kepada orang dewasa untuk mendapat bantuan dan sokongan (Zakiah
Daradjat: 1986 : 108).
S.Mohamad Hatta menerangkan, pada awal umur remaja, mereka memerlukan orang lain
untuk memberitahu masalah mereka seperti rakan sebaya dan sebagainya. Keadaan ini tertakluk
kepada usia remaja supaya pembaikan dapat dilakukan. Tetapi pada akhir umurnya, bagi mereka
lebih baik berbincang bersama orang dewasa atau keluarganya bagi menyelesaikan masalahnya
(S. Mohamad Hatta, 1994 : 7).
Dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa zaman remaja adalah zaman
peralihan daripada anak-anak yang bergantung kepada orang lain kepada dewasa yang berdikari.
10
Pertumbuhan sosial remaja timbul apabila nalurinya mula berfikir tentang dirinya berbanding
orang lain, mula berfikir tentang kemahuannya, mula berfikir tentang masalahnya dan mula
berfikir tentang tanggapan orang lain terhadapnya. Dengan timbulnya perkara-perkara ini, maka
bermula wujudnya perkembangan sosial dengan orang lain atau masyarakat luar untuk sesuatu
motif. Jika seseorang remaja itu inginkan pembentukan sahsiahnya yang baik, maka harus bagi
mereka untuk mendapat jalinan dan hubungan sosial yang baik dari keluarga, rakan sebaya,
masyarakat dan sebagainya. Tetapi jika sebaliknya berlaku, seseorang remaja itu akan
dipengaruhi oleh persekitaran sosial mereka dan akibatnya sudah tentu akan membawa kepada
kerendahan budi dan sahsiah pada diri mereka.

3.0

FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK REMAJA

Setiap orang akan mengalami beberapa proses dalam membentuk peribadi dan begitu juga
dengan remaja. Di sini dapat diklasifikasikan beberapa faktor pembentukan peribadi pada diri
remaja.
3.1

Keluarga

Rumah adalah tempat yang pertama seseorang itu menerima pelajaran atau mengalami
pertumbuhan peribadi. Menurut kajian asas-asas peribadi yang ditanam sejak kecil sukar untuk
diubah apabila dewasa. Kajian yang dilakukan di Amerika telah membuktikan bahawa pengaruh
ibu bapa adalah terbesar dan diikuti oleh kawan-kawan dan guru.
Ini jelas apabila sekolah tidak dapat membentuk peribadi yang baru dalam diri anak-anak.
Anak-anak yang hidup terbiar akan menjadi biadab manakala yang manja akan menjadi penakut
dan yang hidup mewah pula suka memberontak terhadap undang-undang. Situasi ini boleh
diringkaskan lagi kepada beberapa bahagian:
3.2

Ibu bapa

Ibu bapa adalah elemen penting dalam kehidupan remaja. Kehilangan salah seorang daripada
mereka dengan beberapa sebab yang tertentu boleh mendatangkan kesan buruk kepada peribadi
kanak-kanak dan lebih buruk lagi jika mendapat ibu atau bapa tiri(Yusoff Zaki Yaacob: 167).

11
Jika tersalah didikan yang diberikan yang diberikan oleh ibu bapa, akan menimbulkan
masalah dalam masyarakat. Remaja mudah dipengaruhi ketika berumur 13 tahun. Ini adalah
kerana mereka mula mencari kebebasan tetapi bukanlah kebebasan sepenuhnya.
Pada peringkat inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberi bimbingan
kerana remaja belum matang. Ibu bapa perlu membimbing remaja dengan cara yang paling
lembut kerana tindakan yang keterlaluan akan mengubah remaja memberontak. Fenomena ini
sering terjadi kerana ibu bapa menjadikan kasih sayang sebagai mengongkong remaja.
3.3

Keadaan Ekonomi

Keadaan ekonomi rumah tangga mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukan anakanak. Kemiskinan adalah satu faktor yang amat berpengaruh kerana ia boleh menjejaskan
kesihatan, kesempurnaan dan kemudahan. Fenomena ini akan mendorong anak-anak melakukan
kegiatan yang tidak sihat.
3.4

Suasana Pendidikan

Kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa termasuk buku-buku, majalah dan akhbar serta
layanan terhadap pertanyaan anak-anak dalam mengembangkan pengetahuan merupakan sumber
pendidikan yang berpengaruh. Cara layanan, cara mengajar, cara menghukum , cara memberi
penghargaan, cara berhubung dan sebagainya akan meninggalkan kesan dalam jiwa anak-anak
(Yusoff Zaki Yaacob: 168)
3.5

Persekitaran

Perkembangan sekeliling banyak mempengaruhi jiwa remaja kerana remaja selalu
berinteraksi dengan persekitarannya. Persekitaran adalah satu yang amat dekat dengan diri
remaja, maka sudah tentu mereka mudah dipengaruhi dan diresapi keadaan persekitarannya.
Persekitaran yang baik akan membentuk remaja ke arah baik dan begitu juga sebaliknya. Dengan
kata lain pengaruh persekitaran amat besar kepada pembentukan identiti dan jati diri remaja
(Abdul Hadi Yunos, 2002: 6)

12
Setiap remaja perlu bijak memilih di manakah tempat seharusnya dia berada, dengan
siapakah seharusnya dia berkawan dan sikap yang bagaimanakah seharusnya dia tunjukkan. Ini
amat penting kerana ia mencerminkan keperibadian dan perwatakan remaja.
3.6

Rakan Sebaya

Banyak bantuan yang boleh membantu pembentukan personaliti serta menyalurkan
tingkah laku remaja dengan baik. Ada segelintir di kalangan remaja menjadikan rakan sebaya
mereka sebagai model dalam membantu pembentukan personaliti diri.
Seandainya remaja tersebut membuat pilihan yang baik maka semestinya mereka akan
terpengaruh dengan gaya hidup rakan-rakan yang mempunyai peribadi yang baik. Tetapi
sekiranya remaja ini memilih dan akrab dengan golongan yang tidak baik, maka sedikit sebanyak
akan terpengaruh dengan gaya hidup mereka.
Ciri utama dalam hal ini ialah pedoman. Jika mereka mempunyai pedoman, maka apaapa yang dilakukan dihadkan oleh pedoman itu. Pedoman ini ada di rumah iaitu dengan
mencontohi dan mendengar nasihatibu bapa.
3.7

Pemimpin dan Masyarakat

Pemimpin dan masyarakat juga mempunyai peranan yang besar terhadap masa depan remaja.
Golongan remaja harus disayangi yang bermaksud tidak akan terus menyalahkan mereka setelah
timbulnya pelbagai masalah sosial terutamanya yang melibatkan remaja.
Golongan pemimpin sering menjadi perhatian masyarakat. Pemimpin yang berjiwa rakyat
akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Justeru itu, ada segelintir remaja kini meletakkan
pemimpin yang diminatinya sebagai model untuk dicontohi. Pada dasarnya, secara langsung
pembentukan peribadi para remaja adalah “meniru” gelagat dan tingkah laku para pemimpin
yang dipuja dan disanjungnya.
Masyarakat perlu memberikan kerjasama dalam melahirkan remaja yang unggul dan
aktif. Masyarakat harus menyayangi remaja iaitu dengan tidak menerbitkan majalah yang padat
dengan unsur-unsur seks dan lucah tetapi memaparkan perkara-perkara yang relevan dan
sosiobudaya yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan sebagainya (Hassan Hj Mohd
13
Ali,1994: 7). Wahana ini penting kerana ia mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat dalam
kehidupan remaja. Sifat remaja yang mudah meniru sesuatu akan dapat disalurkan ke arah yang
positif sekiranya ada kerjasama dari pihak pemimpin dan masyarakat.
Kesimpulannya, remaja perlu dibentuk sahsiahnya agar menjadi remaja yang berguna
suatu masa nanti pada agama, bangsa dan negara. Remaja merupakan generasi yang akan
meneruskan kesinambungan sesebuah negara samaada menjadikan negara itu terus maju dan
berdaya saing atau mundur dan tidak berubah. Oleh yang demikian saya berpendapat kita sebagai
golongan pendidik merupakan ejen yang paling utama dalam membentuk sahsiah remaja. Kita
sebagai guru perlu bekerja lebih kuat dan efisyen dalam membentuk sahsiah remaja. Remaja aset
negara, hancur remaja maka hancurlah negara. Tepuk dada tanya iman, dimanakah peranan kita?

4.0

PENERANGAN GAMBAR

TAJUK

: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ICT

TARIKH

: 23 OKTOBER 2013

MASA

: 08.30 pagi

SIZE

: 4.64MB

RESOLUTION

: 4000x3000

APERTURE

: f/2.2

ISO

: 320

MODEL

: FUJIFILM X10

LOKASI

: SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA (MAKMAL KOMPUTER)

14
5.0

RUJUKAN

Ab. Aziz Mohd Zin, 1999, Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.

Abd. Ghani Syamsuddin, 1998, Masalah Disiplin Di Sekolah, Kuala Lumpur : Ummah Media.

Abdul Hadi Yunos, 2002, Silaturahim Membentuk Identiti Remaja, Majalah Cahaya.

Ahmad Mohd Salleh, 1997, Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Kuala
Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Amina Hj. Noor, t.t, Ciri-ciri Remaja Muslim. Kuala Lumpur : Dinie Publisher.

Asmah Bee Mohd Noor, 1996, Pengajian Masa Depan Acuan Psikologi Tempatan dan Budaya
Ilmu Dalam Pembangunan Belia, Kertas Kerja Seminar Memperkasakan Pembangunan Belia,
Petaling Jaya : Executive Suite Holiday Villa Subang, 27 Mei.

Cattel R.B, 1967, Personality And Motivation Structure And Measurement. New York : World
Book.

Doktor Tajul Ariffin & Doktor Noraini Dan, 2001, Pendidikan: Satu Pemikiran Semula, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Erikson, 1968, Identiti : Youth And Crisis. New York : Norton

H. Sjahminan Zainin dan Muhaini, 1991, Belajar Sebagai Sarana Pengembangan Fitrah
Manusia, Jakarta : Kalam Mulia.
15
Hassan Hj Mohd Ali,1994, Persiapan Remaja Menjelang Abad Ke 21. Dewan Siswa, Ogos.

Lewis, 1987, Therapentic Change In Group : An Interactional Perspective. Small Group
Behavior.

Maslow, 1959, Cognition Of Being In The Peak Experience. Journal Of Genetic Psychology.

Mustafa Haji Daud, 1999, Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Penerbitan
Universiti.

Philips, 1990, Do In Fants Recognize Emotion In A Facial Expression? Categorical And
Metaphorical Evidence. Infan Behavior And Development.

S. Mohamad Hatta, 1994, Psikologi Dan Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur : Jemaah Islah
Malaysia.

Syper, 1957, The Psychology Of Career.New York : Harper & Raw.

Udah Mohsin, 1987, Kesan Ibadah Dalam Pembentukan Akhlak SeseorangMuslim. Selangor :
Penerbitan Hizbi.

Yusoff Zaki Yaacob, 1975, Psikologi Remaja. Kelantan : Syarikat Dian Sdn. Bhd.

Zakaria Stapa, 2001, Mengenali Budaya Kejahilan Belia Remaja. Kuala Lumpur : Yayasan
Dakwah Islam Malaysia.

Zakiah Daradjat: 1986, Pembinaan Remaja, Jakarta : Bulan Bintang.

16

More Related Content

What's hot

pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
Azura Aziz
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
Noor Aini Samsusah
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..
asyikin hashim
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Linda Zain
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islam
Ustajah ILa AzieLa
 
Pendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam IslamPendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam Islam
guest08635a
 
PENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAMPENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAM
Sadrina252
 
Dasar-dasar Kependidikan
Dasar-dasar KependidikanDasar-dasar Kependidikan
Dasar-dasar Kependidikan
Sheila Ramadani
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4 DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
Khudrey Hamid
 
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
Boss
 
PENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAMPENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAM
guest08635a
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
Gayatri Gayu
 

What's hot (19)

Kep pend pert 3 dst
Kep pend  pert 3 dstKep pend  pert 3 dst
Kep pend pert 3 dst
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..
 
Ilmu pendidikan islam
Ilmu pendidikan islamIlmu pendidikan islam
Ilmu pendidikan islam
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islam
 
Pendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam IslamPendidik Dalam Islam
Pendidik Dalam Islam
 
PENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAMPENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAM
 
Hsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun EmpatHsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun Empat
 
Kriteria guru impian
Kriteria guru impianKriteria guru impian
Kriteria guru impian
 
HSP Bahasa Melayu Tahun 5
HSP Bahasa Melayu Tahun 5HSP Bahasa Melayu Tahun 5
HSP Bahasa Melayu Tahun 5
 
Dasar-dasar Kependidikan
Dasar-dasar KependidikanDasar-dasar Kependidikan
Dasar-dasar Kependidikan
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4 DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
 
A176270 NUR FARHANA BINTI MOHD SOFI
A176270 NUR FARHANA BINTI MOHD SOFIA176270 NUR FARHANA BINTI MOHD SOFI
A176270 NUR FARHANA BINTI MOHD SOFI
 
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
 
PENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAMPENDIDIK DALAM ISLAM
PENDIDIK DALAM ISLAM
 
Penjelasan kurikulum 2017 2018 - copy (autosaved)
Penjelasan kurikulum 2017 2018 - copy (autosaved)Penjelasan kurikulum 2017 2018 - copy (autosaved)
Penjelasan kurikulum 2017 2018 - copy (autosaved)
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
 

Viewers also liked

Deliberazioni esposte 3
Deliberazioni esposte  3Deliberazioni esposte  3
Deliberazioni esposte 3
barsanofio
 
Content strategy
Content strategyContent strategy
Content strategy
YLLG
 
Deelnemersvergadering1
Deelnemersvergadering1Deelnemersvergadering1
Deelnemersvergadering1
EdoubleDee
 
Galeria fotografica.sandraleal
Galeria fotografica.sandralealGaleria fotografica.sandraleal
Galeria fotografica.sandraleal
Sandra Leal
 
Hospitality & Mobile
Hospitality & MobileHospitality & Mobile
Hospitality & Mobile
YLLG
 
Как помочь своему ребенку учиться
Как помочь своему ребенку учитьсяКак помочь своему ребенку учиться
Как помочь своему ребенку учиться
nadsav
 

Viewers also liked (20)

Deliberazioni esposte 3
Deliberazioni esposte  3Deliberazioni esposte  3
Deliberazioni esposte 3
 
Jabulani Design
Jabulani DesignJabulani Design
Jabulani Design
 
preambulo argentina
preambulo argentina preambulo argentina
preambulo argentina
 
Basında Bugün Göztepe
Basında Bugün GöztepeBasında Bugün Göztepe
Basında Bugün Göztepe
 
Launching a designing company in pakistan
Launching a designing company in pakistan Launching a designing company in pakistan
Launching a designing company in pakistan
 
Basında Bugün Göztepe
Basında Bugün GöztepeBasında Bugün Göztepe
Basında Bugün Göztepe
 
Content strategy
Content strategyContent strategy
Content strategy
 
Josepg Campbell
Josepg CampbellJosepg Campbell
Josepg Campbell
 
Deelnemersvergadering1
Deelnemersvergadering1Deelnemersvergadering1
Deelnemersvergadering1
 
Basında Bugün Göztepe
Basında Bugün GöztepeBasında Bugün Göztepe
Basında Bugün Göztepe
 
Catálgo IME
Catálgo IMECatálgo IME
Catálgo IME
 
Galeria fotografica.sandraleal
Galeria fotografica.sandralealGaleria fotografica.sandraleal
Galeria fotografica.sandraleal
 
Hospitality & Mobile
Hospitality & MobileHospitality & Mobile
Hospitality & Mobile
 
Wireless communication class_oka_131218
Wireless communication class_oka_131218Wireless communication class_oka_131218
Wireless communication class_oka_131218
 
Analisis de Mallas
Analisis de MallasAnalisis de Mallas
Analisis de Mallas
 
Basında Bugün Göztepe
Basında Bugün GöztepeBasında Bugün Göztepe
Basında Bugün Göztepe
 
Basında Bugün Göztepe
Basında Bugün GöztepeBasında Bugün Göztepe
Basında Bugün Göztepe
 
Tranvía: Nuevos Atributos para su Elección - Maritxell Segarra
Tranvía: Nuevos Atributos para su Elección - Maritxell SegarraTranvía: Nuevos Atributos para su Elección - Maritxell Segarra
Tranvía: Nuevos Atributos para su Elección - Maritxell Segarra
 
Conventions of form and genre
Conventions of form and genreConventions of form and genre
Conventions of form and genre
 
Как помочь своему ребенку учиться
Как помочь своему ребенку учитьсяКак помочь своему ребенку учиться
Как помочь своему ребенку учиться
 

Similar to PHOTOTALK HAFIZ

48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
Mohd Kamal Jusoh
 
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Siti Nadzirah
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
Sukie Lan
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
MusaDiq YaaCob
 
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaranKem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem Nur Hijrah
 

Similar to PHOTOTALK HAFIZ (20)

Pendidikan akhlak pada anak
Pendidikan akhlak pada anakPendidikan akhlak pada anak
Pendidikan akhlak pada anak
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
 
Dr. afi parnawi, M.Pd .Jjurnal lis 19 1
Dr. afi parnawi, M.Pd .Jjurnal lis 19 1Dr. afi parnawi, M.Pd .Jjurnal lis 19 1
Dr. afi parnawi, M.Pd .Jjurnal lis 19 1
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Makalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara Indonesia
Makalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara IndonesiaMakalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara Indonesia
Makalah Pendidikan Karakter Untuk Memajukan Negara Indonesia
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
 
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
 
SKRIPSI DAKWAH
SKRIPSI DAKWAHSKRIPSI DAKWAH
SKRIPSI DAKWAH
 
Kem aspirasi perdana mergong
Kem aspirasi perdana mergongKem aspirasi perdana mergong
Kem aspirasi perdana mergong
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Program Transformasi Minda
Program Transformasi MindaProgram Transformasi Minda
Program Transformasi Minda
 
makalah hasil observasi model pendidikan akhlak
makalah hasil observasi model pendidikan akhlakmakalah hasil observasi model pendidikan akhlak
makalah hasil observasi model pendidikan akhlak
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
Afi parnawi. manajemen pendidikan islam. stai
Afi parnawi. manajemen pendidikan islam. staiAfi parnawi. manajemen pendidikan islam. stai
Afi parnawi. manajemen pendidikan islam. stai
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaranKem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
Kem kepimpinan pengawas 2014 pemasaran
 

Recently uploaded

Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
RinawatiRinawati10
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 

Recently uploaded (20)

Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaiKonflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis JurnalRepi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
Repi jayanti_2021 B_Analsis Kritis Jurnal
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
 
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
 
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Sosialisme Kapitalis Karl Marx (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNajwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 

PHOTOTALK HAFIZ

  • 1. TUGASAN INDIVIDU : PHOTOTALK NamaPensyarah : En. Ghazally Bin Spahat NamaKursus : Pembangunan KurikulumDalam PTV KodKursus : MBE 12503 NamaPelajar :Mohd Hafiz Bin Kamarudin No KadPengenalan No KadMatriks : 830208-05-5143 : GB 130200 Program :SarjanaPendidikanTeknikal (MBT) – PersisirSemester 1, Sesi 2013/2014
  • 2. ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN .................................................................................................................................... 2 2.0 KONSEP PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR .................................................................................... 3 3.0 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK REMAJA ..................................................................................... 11 4.0 PENERANGAN GAMBAR .................................................................................................................. 14 5.0 RUJUKAN ......................................................................................................................................... 15 1
  • 3. PHOTOTALK 1.0 PENGENALAN Dengangambariabolehmenceritakansegala-galanya. Gambarjugabolehmenceritakankeadaanatausituasisebenarapa yang berlakudisebalikgambartersebut. Gambar yang mempunyaiwarna-warni yang cantikcukupuntukmenggambarkanataumenceritakankeadaanketikaitusamaadagembira, menangis, ketawa, bersemangat, beranidan lain-lain perasaan yang dapatdiungkap di dalamsekepinggambar. Oleh yang demikiandalamtugasanphototalkinisayaakanmenceritakansituasi yang berlaku di dalamgambar di atas. 2
  • 4. Seperti yang kitadapatlihatgambar di atasmenunjukkanseorang guru yang bercitacitatinggiuntukmelihatanakbangsanyaberjayasedangmengajarpelajarnya yang dahagakanilmupengetahuan di dalamsebuahkelas. Guru tersebutmenggunakankomputersebagaielemenalat bantu mengajar (ABM) untukmelancarkan proses pengajarandanpembelajaran (P&P) agar proses pengajarandanpembelajarmenjadimenarikdanseronok. Guru tersebutsedayaupayamembantupelajarnya yang sedangmenghadapimasalahsemasa proses pengajarandanpembelajaran. Kemudianpelajar yang berjayamenyiapkantugasansemasa proses pengajarandanpembelajaranmerekadiberikansijil. Pelajar yang menerimasijilmenzahirkanperasaangembirakeranatelahdiberikanpenghargaanolehgurunya.Selepa s proses pengajarandanpembelajaran guru danpelajarnyamengambilgambarbersamasamauntukdimasukkankedalamaplikasibaru yang digunakandisekolahsekarangiaituaplikasi FROG VLE (Virtual Learning Environment). 2.0 KONSEP PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR Jadi di sinisayainginberbicarakantentang pembangunan sahsiah remaja, ia juga berkait rapat dengan pembangunan sahsiah pelajar. Ini kerana remaja dan pelajar adalah sama. konsep pembangunan remaja atau pelajar berkait rapat juga dengan konsep pembangunan manusia. Ini adalah kerana pelajar atau remaja sebahagian daripada kelompok manusia yang terdiri daripada beberapa lapisan masyarakat. Mereka perlu dibangunkan dari kedua-dua aspek fizikal dan rohani sesuai dengan fitrah kejadian manusia bagi melahirkan umat yang diredhai oleh Allah S.W.T. Pelajar merupakan golongan yang paling dominan dan berpengaruh serta mempunyai ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Oleh itu, berbagai-bagai cabaran dan harapan telah ditumpukan kepada golongan ini. Golongan ini yang menjadi harapan negara bagi menjana negara yang terus cemerlang dan gemilang sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Suatu strategi yang berkesan lagi positif perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti ke arah membimbing serta mempertingkatkan lagi sahsiah remaja khususnya pelajar. Ini selaras dengan tuntutan, keperluan, dan aspirasi agama, bangsa dan negara. Pelajar merupakan tunggak 3
  • 5. kekuatan negara. Mereka merupakan aset yang amat berharga kepada negara. Zaman remaja yang dialami oleh pelajar adalah satu zaman yang amat penting pada setiap manusia. Pada masa itu, pelajar mempunyai tenaga yang kuat, keupayaan yang tinggi, minda yang cerdas, daya ketahanan yang kental berbanding dengan zaman sebelum atau selepasnya. Oleh itu sekiranya tenaga kepakaran pelajar atau remaja ini tidak digembleng dengan sepenuhnya maka sudah tentu para remaja termasuk dalam golongan yang rugi dan malang. Ia juga akan meninggalkan kesan kepada pembangunan negara dalam usahanya untuk bergerak seiring dan setanding dengan negara maju. Pembangunan sahsiah bagi golongan remaja merupakan asas yang paling utama bagi menjana kehidupan ke arah kehidupan yang serba Islamiah. Pembangunan ini harus meliputi dan sekali gus mengimbangi aspek rohani, jasmani, dan akli, tuntutan dunia dan akhirat, spiritual dan material menerusi amal yang berterusan dalam proses islah al-nafsi sehingga terbentuk peribadi yang kuat tubuhnya, kukuh moralnya, berkembang luas pemikirannya, sihat akidah dan tempat ibadahnya, berguna kepada orang lain dan menjaga waktunya. Sesungguhnya isu berhubung dengan pembangunan remaja merupakan suatu persoalan kontroversi pada masa kini. Golongan remaja masa kini sering direncanakan agar mempunyai ciri berilmu, beramal, berwawasan, bermotivasi, berfikiran positif, seperti mana yang diharapkan oleh orang dewasa (Asmah Bee Mohd Noor, 1996 : 15). Mustafa Haji Daud berpendapat bahawa terdapat beberapa cara bagaimana hati dan jiwa diasuh, dibina dan dibentuk agar menghasilkan sahsiah yang mulia dan terpuji. Antaranya melalui ilmu, latihan, pengawalan nafsu dan syahwat, niat, muhasabah (perbuatan menyesali semua sahsiah yang keji yang pernah dilakukan pada zaman silam lantas terus memperbaikinya) dan muraqabah (tindakan berhati-hati dan berwaspada agar segala sahsiah yang keji dijauhi dan melaksanakan yang terpuji sahaja)( Mustafa Haji Daud, 1999 : 44). Selain itu, bentuk pendidikan yang sebaiknya ialah menurut model yang ditunjukkan oleh Allah dan rasul-Nya. Allah telah menurunkan gagasan hidup, pola perlakuan dan programprogram pembentukan keinsanan melalui al-Quran dan al-Sunnah (Abd. Ghani Syamsuddin, 1998 : 15). Dalam usaha ini terdapat beberapa aspek yang memerlukan penekanan yang serius. 4
  • 6. Aspek pertama adalah penekanan budaya ilmu di dalam diri pelajar itu sendiri. Allah telah menegaskan kepentingan ilmu di dalam al-Quran dengan firmanya : Maksudnya : “(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) atau kah orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Surah al-Zumar : 9) Berikut adalah pembangunan sahsiah melalui pembentukan akhlak yang mulia. Kemuliaan akhlak para remaja dan pelajar adalah faktor utama keharmonian masyarakat. Rasulullah telah menegaskan kepentingan akhlak dalam kehidupan dengan sabdanya (Imam Malik, 1981 : 94) : Maksudnya : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Seterusnya, penekanan kepada perlaksanaan ibadat dalam usaha pembentukan sahsiah Islam telah banyak dinyatakan oleh Rasulullah malah ibadah juga seperti mana yang diketahui boleh menghindarkan diri daripada kejahatan. Amalan ibadat yang mengikut garis panduan syariat Islam akan mendatangkan kesan langsung terhadap jasmani dan rohani insan (Udah Mohsin, 1987 : 2). Berdasarkan tinjauan saya, didapati di dalam penulisan Amina Hj. Noor di dalam bukunya yang menyatakan bahawa remaja muslim adalah aset besar masyarakat bertakwa dan 5
  • 7. membina negara yang bertamadun(Amina Hj. Noor, t.t : 145). Remaja hari ini harus menjadi contoh kepada remaja yang akan datang. Oleh itu, pembangunan sahsiah remaja atau pelajar harus dipertingkatkan dan dijaga demi nama baik remaja muslim. Oleh itu, mereka haruslah disemai dengan didikan agama sejak mereka kecil lagi, agar mereka dapat mempraktikkan nilainilai keperibadian yang mulia di kemudian hari. Manakala penulisan Ab. Aziz Mohd Zin ada membincangkan tentang sahsiah. Sahsiah yang baik merupakan tingkah laku yang baik yang keluar daripada hati yang baik(Ab. Aziz Mohd Zin, 1999 : 235). Ini samalah seperti hasil tanaman yang berguna kepada diri orang lain. Dalam satu ayat Allah dalam surah al-A'raf ayat 58 telah membandingkan faedah yang didapati dari orang yang berakhlak mulia dengan orang yang buruk akhlaknya. Ia seperti sebuah negara yang tanahnya subur yang menumbuhkan berbagai-bagai pokok yang boleh mendatangkan faedah kepada orang lain, dan sebuah negara lain yang tanahnya buruk yang hanya menghasilkan buah kurang bermutu. Menurut pandangan saya sendiri, proses pembangunan sahsiah dan pendidikan mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini kerana konsep pembangunan sahsiah merupakan salah satu elemen penting yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Seorang pelajar yang cemerlang haruslah mempunyai kecemerlangan yang seiring di dalam bidang akademik dan sahsiahnya. Kedua-duanya penting dalam usaha merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek. Menyorot kembali kepada Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal pada 1987: “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini ialah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara” Jelas di sini bahawa manusia merupakan isu penting dan fokus kepada pendidikan negara. Menggunakan istilah manusia bagi menggantikan istilah pelajar kerana kedua-duanya 6
  • 8. mengandungi makna yang sama. Pelajar adalah manusia. Melalui FPN konsep pembangunan manusia diberi penekanan dalam mencorakkan perjalanan proses pendidikan Negara. Oleh kerana itu juga bole dikatakan bahawa pembangunan manusia dan pendidikan mempunyai perkaitan yang amat rapat. Ini kerana hanya melalui proses pendidikan pembangunan manusia dapat didirikan dengan sempurna dalam semua aspek sama ada dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Pembangunan manusia dalam pendidikan merangkumi empat perspektif utama. Pertamanya, pembangunan manusia dilihat dari segi epistemologi al-Quran. Dengan memahami konsep manusia menurut penjelasan al-Quran dapat menentukan matlamat pendidikan yang sebenarnya. Manusia diciptakan Allah sebagai pentadbir dan pengurus yang akan menentukan corak kehidupan di dunia seluruhnya dengan penumpuan yang lebih utama dalam pengabdian kepada Tuhan yang menciptakan-Nya.(Zakaria Stapa, 2001: 38). Di sinilah wujudnya konsep khalifah yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya: Maksudnya : “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah al-Baqarah:30) Perspektif kedua adalah pembangunan manusia dilihat dalam skop pendidikan Islam. Wajarlah dengan tujuan pendidikan di dalam Islam sendiri yang menjadikan prinsip-prinsip pendidikannya berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang memikul tanggungjawab 7
  • 9. membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. (Ahmad Mohd Salleh, 1997:6) Pembangunan manusia yang berteraskan pendidikan Islam dapat mengurangkan pengaruh sekularisme dan dualisme yang semakin menular dalam masyarakat sejak sekian lama. Konsep pendidikan Islam itu sendiri menuntut pembinaan seluruh potensi yang ada pada manusia meliputi rohani, intelek, emosi dan jasmani berasaskan al-Quran dan as-Sunnah. Menyedari tentang betapa pentingnya tanggungjawab membangunkan manusia dari segi pembangunan jasmani dan pembangunan akhlak serta kerohanian maka Falsafah Pendidikan Islam (FPI) telah ditetapkan sebagai garis panduan mencapai matlamat pendidikan yang telah membincangkan konsep pembangunan manusia secara bersepadu dari segi akal, rohani dan jasad. Falsafah pendidikan Islam telah menyebutkan bahawa: “ Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”. Perspektif yang ketiga melihat pembangunan manusia dari sudut pendidikan akhlak. Melalui pendidikan akhlak ianya dapat membantu pembinaan tingkah laku yang baik selari dan selaras dengan fitrah insaniah ciptaan Allah. Oleh itu Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang menuntut umatnya menjalani ibadah harian berlandaskan unsur dan perlakuan akhlak yang mulia sekali gus menuju ke arah matlamat perutusan Rasulullah ( Zakaria Setapa, 2001:74). Di dalam al-Quran ada menegaskan tentang betapa tingginya keperibadian Rasulullah di dalam surah al-Qalam ayat 4 : Maksudnya : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam: 4) 8
  • 10. Perspektif pembangunan manusia juga dilihat melalui reformasi pendidikan. Reformasi ialah dinamisme dalam pendidikan ( Doktor Tajul Ariffin & Doktor Noraini Dan, 2001:27). Melalui reformasi ini ia dapat memastikan perjalanan dan corak pendidikan negara sentiasa berkembang selaras dengan peredaran masa dan perubahan zaman berlandaskan prinsip-prinsip dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan negara. Justeru itu, konsep pembangunan insan menjadi topik utama dalam pendidikan negara dalam membentuk generasi yang menghayati ilmu, iman dan amal secara menyeluruh dan bersepadu, cemerlang dari segi pemikiran, berketerampilan, berkerohanian dan keagamaan. Jelaslah bahawa pendidikan itu menuju ke arah pembinaan struktur insan yang berkualiti merangkumi semua bidang duniawi dan ukhrawi. Kesempurnaan seseorang insan dapat di lihat apabila ia menyemai roh agama dalam urusan hariannya sama ada dalam bidang ilmu, ekonomi, sosial mahupun politik. Ini kerana nilai keagamaan itulah yang menentukan kejayaan dalam proses pembangunan sahsiah manusia dan ia hanya dapat di garap melalui proses pendidikan yang bersepadu. Justeru itu, kesepaduan empat elemen dalam pembangunan sahsiah manusia yang dinyatakan di atas tadi, bertujuan melahirkan pelajar yang akan mencorakkan kehidupannya mengikut fitrah Allah S.W.T. Philips menyebutkan, dalam perkembangan sosial keupayaan dan keperluan seseorang remaja boleh menjadi asas bagi membolehkannya berinteraksi dan bersosial pada masa umur awal remaja. Pada umur akhir remaja pula, mereka akan membiasakan keadaan ini seterusnya dengan orang lain (Philips, 1990: 13). Maslow (1908-1970) pula berpendapat, terdapat dua jenis motivasi dalam diri seseorang belia pada awal dan akhir umur mereka yang memerlukan sosial yang selanjutnya. Bahagian pertama pada awal kehidupan remaja terdapat motivasi kekurangan yang memerlukan kehendak-kehendak fisiologi seperti lapar, dahaga dan sebagainya. Ini dapat dikatakan memenuhi kekurangan yang ada. Manakala pada akhir kehidupannya pula terdapat motivasi perkembangan atau pertumbuhan yang merupakan keperluan untuk di sayangi dan dihargai oleh orang lain. Motif ini beroperasi di atas prinsip jika tidak terdapat lagi kekurangan. Oleh itu, dalam keadaan ini, mereka memerlukan orang lain atau bersosial untuk berkembang daripada yang sedia ada(Maslow, 1959: 42). Erikson mengatakan , pada awal umur remaja, mereka cuba membentuk identitinya melalui perhubungan sosial. Dan pada akhir umurnya, mereka akan dapat menyesuaikan identiti 9
  • 11. dirinya seperti dikehendaki oleh orang lain (Erikson, 1968:12).Menurut Cattel, seseorang remaja pada awalnya sedikit sebanyak akan berinteraksi antara satu sama lain iaitu suka bersosial bersama kawan dan sebagainya. Pada akhir remaja, mereka mula meninggalkan ibu bapa dan keluarga. Mereka mula menentukan cita-cita dan mula menyoal kerjayanya (Cattel R.B, 1967 : 20). Menurut Syper, peringkat awal umur remaja, mereka mengalami jangka masa penerokaan terhadap masyarakat yang mereka tinggal. Pada peringkat akhir umurnya, mereka boleh memainkan peranan yang sesuai dengan minat mereka terhadap masyarakat (Syper, 1957 : 60). Mengikut H.Sjahminan Zainin dan Muhaini, pada awal kehidupan remaja, mereka harus hidup dalam masyarakat dan memerlukan pertolongan orang lain seperti yang disebutkan oleh ahli sosiologi bahawa “Man is born by social being“ (manusia dilahirkan sebagai makhluk sosial) (H. Sjahminan Zainin dan Muhaini, 1991 : 83). Lewis pula mengatakan, pada peringkat umur remaja secara individu akan membincangkan masalahnya di atas kesukaran yang dialaminya dengan kumpulan tertentu seperti rakan sebaya dan sebagainya. Tetapi pada akhir umurnya remaja mengharapkan orang lebih dewasa untuk menyelesaikan masalahnya (Lewis, 1987 : 548556). Zakiah Daradjat menyebutkan, pada awal umur remaja, mereka memerlukan rakan sebaya kerana mereka sama-sama menghadapi masalah yang tidak banyak bezanya, di samping kurang percaya kepada penghargaan orang dewasa. Kerana itu ia kurang bebas untuk menceritakan rasa hati tentang masalahnya. Tetapi pada akhir umurnya, mereka akan merujuk masalah yang di hadapinya kepada orang dewasa untuk mendapat bantuan dan sokongan (Zakiah Daradjat: 1986 : 108). S.Mohamad Hatta menerangkan, pada awal umur remaja, mereka memerlukan orang lain untuk memberitahu masalah mereka seperti rakan sebaya dan sebagainya. Keadaan ini tertakluk kepada usia remaja supaya pembaikan dapat dilakukan. Tetapi pada akhir umurnya, bagi mereka lebih baik berbincang bersama orang dewasa atau keluarganya bagi menyelesaikan masalahnya (S. Mohamad Hatta, 1994 : 7). Dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa zaman remaja adalah zaman peralihan daripada anak-anak yang bergantung kepada orang lain kepada dewasa yang berdikari. 10
  • 12. Pertumbuhan sosial remaja timbul apabila nalurinya mula berfikir tentang dirinya berbanding orang lain, mula berfikir tentang kemahuannya, mula berfikir tentang masalahnya dan mula berfikir tentang tanggapan orang lain terhadapnya. Dengan timbulnya perkara-perkara ini, maka bermula wujudnya perkembangan sosial dengan orang lain atau masyarakat luar untuk sesuatu motif. Jika seseorang remaja itu inginkan pembentukan sahsiahnya yang baik, maka harus bagi mereka untuk mendapat jalinan dan hubungan sosial yang baik dari keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan sebagainya. Tetapi jika sebaliknya berlaku, seseorang remaja itu akan dipengaruhi oleh persekitaran sosial mereka dan akibatnya sudah tentu akan membawa kepada kerendahan budi dan sahsiah pada diri mereka. 3.0 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK REMAJA Setiap orang akan mengalami beberapa proses dalam membentuk peribadi dan begitu juga dengan remaja. Di sini dapat diklasifikasikan beberapa faktor pembentukan peribadi pada diri remaja. 3.1 Keluarga Rumah adalah tempat yang pertama seseorang itu menerima pelajaran atau mengalami pertumbuhan peribadi. Menurut kajian asas-asas peribadi yang ditanam sejak kecil sukar untuk diubah apabila dewasa. Kajian yang dilakukan di Amerika telah membuktikan bahawa pengaruh ibu bapa adalah terbesar dan diikuti oleh kawan-kawan dan guru. Ini jelas apabila sekolah tidak dapat membentuk peribadi yang baru dalam diri anak-anak. Anak-anak yang hidup terbiar akan menjadi biadab manakala yang manja akan menjadi penakut dan yang hidup mewah pula suka memberontak terhadap undang-undang. Situasi ini boleh diringkaskan lagi kepada beberapa bahagian: 3.2 Ibu bapa Ibu bapa adalah elemen penting dalam kehidupan remaja. Kehilangan salah seorang daripada mereka dengan beberapa sebab yang tertentu boleh mendatangkan kesan buruk kepada peribadi kanak-kanak dan lebih buruk lagi jika mendapat ibu atau bapa tiri(Yusoff Zaki Yaacob: 167). 11
  • 13. Jika tersalah didikan yang diberikan yang diberikan oleh ibu bapa, akan menimbulkan masalah dalam masyarakat. Remaja mudah dipengaruhi ketika berumur 13 tahun. Ini adalah kerana mereka mula mencari kebebasan tetapi bukanlah kebebasan sepenuhnya. Pada peringkat inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memberi bimbingan kerana remaja belum matang. Ibu bapa perlu membimbing remaja dengan cara yang paling lembut kerana tindakan yang keterlaluan akan mengubah remaja memberontak. Fenomena ini sering terjadi kerana ibu bapa menjadikan kasih sayang sebagai mengongkong remaja. 3.3 Keadaan Ekonomi Keadaan ekonomi rumah tangga mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukan anakanak. Kemiskinan adalah satu faktor yang amat berpengaruh kerana ia boleh menjejaskan kesihatan, kesempurnaan dan kemudahan. Fenomena ini akan mendorong anak-anak melakukan kegiatan yang tidak sihat. 3.4 Suasana Pendidikan Kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa termasuk buku-buku, majalah dan akhbar serta layanan terhadap pertanyaan anak-anak dalam mengembangkan pengetahuan merupakan sumber pendidikan yang berpengaruh. Cara layanan, cara mengajar, cara menghukum , cara memberi penghargaan, cara berhubung dan sebagainya akan meninggalkan kesan dalam jiwa anak-anak (Yusoff Zaki Yaacob: 168) 3.5 Persekitaran Perkembangan sekeliling banyak mempengaruhi jiwa remaja kerana remaja selalu berinteraksi dengan persekitarannya. Persekitaran adalah satu yang amat dekat dengan diri remaja, maka sudah tentu mereka mudah dipengaruhi dan diresapi keadaan persekitarannya. Persekitaran yang baik akan membentuk remaja ke arah baik dan begitu juga sebaliknya. Dengan kata lain pengaruh persekitaran amat besar kepada pembentukan identiti dan jati diri remaja (Abdul Hadi Yunos, 2002: 6) 12
  • 14. Setiap remaja perlu bijak memilih di manakah tempat seharusnya dia berada, dengan siapakah seharusnya dia berkawan dan sikap yang bagaimanakah seharusnya dia tunjukkan. Ini amat penting kerana ia mencerminkan keperibadian dan perwatakan remaja. 3.6 Rakan Sebaya Banyak bantuan yang boleh membantu pembentukan personaliti serta menyalurkan tingkah laku remaja dengan baik. Ada segelintir di kalangan remaja menjadikan rakan sebaya mereka sebagai model dalam membantu pembentukan personaliti diri. Seandainya remaja tersebut membuat pilihan yang baik maka semestinya mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup rakan-rakan yang mempunyai peribadi yang baik. Tetapi sekiranya remaja ini memilih dan akrab dengan golongan yang tidak baik, maka sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan gaya hidup mereka. Ciri utama dalam hal ini ialah pedoman. Jika mereka mempunyai pedoman, maka apaapa yang dilakukan dihadkan oleh pedoman itu. Pedoman ini ada di rumah iaitu dengan mencontohi dan mendengar nasihatibu bapa. 3.7 Pemimpin dan Masyarakat Pemimpin dan masyarakat juga mempunyai peranan yang besar terhadap masa depan remaja. Golongan remaja harus disayangi yang bermaksud tidak akan terus menyalahkan mereka setelah timbulnya pelbagai masalah sosial terutamanya yang melibatkan remaja. Golongan pemimpin sering menjadi perhatian masyarakat. Pemimpin yang berjiwa rakyat akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Justeru itu, ada segelintir remaja kini meletakkan pemimpin yang diminatinya sebagai model untuk dicontohi. Pada dasarnya, secara langsung pembentukan peribadi para remaja adalah “meniru” gelagat dan tingkah laku para pemimpin yang dipuja dan disanjungnya. Masyarakat perlu memberikan kerjasama dalam melahirkan remaja yang unggul dan aktif. Masyarakat harus menyayangi remaja iaitu dengan tidak menerbitkan majalah yang padat dengan unsur-unsur seks dan lucah tetapi memaparkan perkara-perkara yang relevan dan sosiobudaya yang mengandungi unsur-unsur pendidikan dan sebagainya (Hassan Hj Mohd 13
  • 15. Ali,1994: 7). Wahana ini penting kerana ia mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat dalam kehidupan remaja. Sifat remaja yang mudah meniru sesuatu akan dapat disalurkan ke arah yang positif sekiranya ada kerjasama dari pihak pemimpin dan masyarakat. Kesimpulannya, remaja perlu dibentuk sahsiahnya agar menjadi remaja yang berguna suatu masa nanti pada agama, bangsa dan negara. Remaja merupakan generasi yang akan meneruskan kesinambungan sesebuah negara samaada menjadikan negara itu terus maju dan berdaya saing atau mundur dan tidak berubah. Oleh yang demikian saya berpendapat kita sebagai golongan pendidik merupakan ejen yang paling utama dalam membentuk sahsiah remaja. Kita sebagai guru perlu bekerja lebih kuat dan efisyen dalam membentuk sahsiah remaja. Remaja aset negara, hancur remaja maka hancurlah negara. Tepuk dada tanya iman, dimanakah peranan kita? 4.0 PENERANGAN GAMBAR TAJUK : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN ICT TARIKH : 23 OKTOBER 2013 MASA : 08.30 pagi SIZE : 4.64MB RESOLUTION : 4000x3000 APERTURE : f/2.2 ISO : 320 MODEL : FUJIFILM X10 LOKASI : SMK DATO’ SRI AMAR DIRAJA (MAKMAL KOMPUTER) 14
  • 16. 5.0 RUJUKAN Ab. Aziz Mohd Zin, 1999, Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Abd. Ghani Syamsuddin, 1998, Masalah Disiplin Di Sekolah, Kuala Lumpur : Ummah Media. Abdul Hadi Yunos, 2002, Silaturahim Membentuk Identiti Remaja, Majalah Cahaya. Ahmad Mohd Salleh, 1997, Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti. Amina Hj. Noor, t.t, Ciri-ciri Remaja Muslim. Kuala Lumpur : Dinie Publisher. Asmah Bee Mohd Noor, 1996, Pengajian Masa Depan Acuan Psikologi Tempatan dan Budaya Ilmu Dalam Pembangunan Belia, Kertas Kerja Seminar Memperkasakan Pembangunan Belia, Petaling Jaya : Executive Suite Holiday Villa Subang, 27 Mei. Cattel R.B, 1967, Personality And Motivation Structure And Measurement. New York : World Book. Doktor Tajul Ariffin & Doktor Noraini Dan, 2001, Pendidikan: Satu Pemikiran Semula, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Erikson, 1968, Identiti : Youth And Crisis. New York : Norton H. Sjahminan Zainin dan Muhaini, 1991, Belajar Sebagai Sarana Pengembangan Fitrah Manusia, Jakarta : Kalam Mulia. 15
  • 17. Hassan Hj Mohd Ali,1994, Persiapan Remaja Menjelang Abad Ke 21. Dewan Siswa, Ogos. Lewis, 1987, Therapentic Change In Group : An Interactional Perspective. Small Group Behavior. Maslow, 1959, Cognition Of Being In The Peak Experience. Journal Of Genetic Psychology. Mustafa Haji Daud, 1999, Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti. Philips, 1990, Do In Fants Recognize Emotion In A Facial Expression? Categorical And Metaphorical Evidence. Infan Behavior And Development. S. Mohamad Hatta, 1994, Psikologi Dan Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur : Jemaah Islah Malaysia. Syper, 1957, The Psychology Of Career.New York : Harper & Raw. Udah Mohsin, 1987, Kesan Ibadah Dalam Pembentukan Akhlak SeseorangMuslim. Selangor : Penerbitan Hizbi. Yusoff Zaki Yaacob, 1975, Psikologi Remaja. Kelantan : Syarikat Dian Sdn. Bhd. Zakaria Stapa, 2001, Mengenali Budaya Kejahilan Belia Remaja. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islam Malaysia. Zakiah Daradjat: 1986, Pembinaan Remaja, Jakarta : Bulan Bintang. 16