PERMAINAN CONGKAK
 Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan
mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
 Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu
1. Papan congkak
2. Buah congkak.
buah congkak menggunakan biji saga, guli dan biji getah
 Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat
lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat
lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80
cm dan lebarnya 18 cm.
Congkak 7 Lubang Congkak 5 Lubang
PERMAINAN GALAH PANJANG
 Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat
segelintir tempat, ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia.
 Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung kanan
getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat.
 Walau bagaimanapun, permainan akan lebih memyeronokkan jika lebih ramai yang bermain. Jika
demikian, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua atau "ibu" yang
akan memulakan permainan apabila tiba giliran.
Sambungan getah
Ikatan hujung getah
Tali getah yang siap
disambung
PERMAINAN TENG-TENG
 Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia
dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan
daripada kanak-kanak lelaki kerana kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.
 Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan
menggunakan hujung ranting. Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan
pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong ialah kaedah
bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
 Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak kedua
dan petak sembilan yang perlu dilompat dengan kedua-dua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru
sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah
melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan di
setiap petak, seandainya pemain terpijak garisan, ia dianggap batal dan giliran pemain lain
mengambil alih permainan.
 Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk
mendapatkan rumah, pemain berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan lalu
mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya.
Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira batal. Setiap pemain hendaklah
memijak dengan kedua-dua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat
demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah
kakinya, ia dikira batal.
PERMAINAN GALAH PANJANG
 Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah
kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain.
Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh
menang dengan mudah.
 Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan
kepantansan setiap pemain.
 Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan
akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
 Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas
garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau
belakang.
 Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya
dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.
 Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
 Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan
kemudiannya berpatah balik.
 Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan
permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
PERMAINAN BALING SELIPAR
 Permainan baling selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak Malaysia. Ia sama
seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini
selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.
 Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan.
Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai
oleh masyarakat di Malaysia.
 Permainan ini memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal kerana hal ini boleh
menyebabkan pemain boleh tercedera terkena balingan yang dibuat pihak lawan dan sebaliknya.
 Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar
kearah selipar yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali untuk
menjatuh selipar yang telah disusun. Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran
pihak lawan pula mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya.
 Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya
dengan membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan. Kemenangan dikira
berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi dan
melangkah susunan tersebut.

PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx

  • 3.
    PERMAINAN CONGKAK  Permainancongkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.  Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu 1. Papan congkak 2. Buah congkak. buah congkak menggunakan biji saga, guli dan biji getah  Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm. Congkak 7 Lubang Congkak 5 Lubang
  • 5.
    PERMAINAN GALAH PANJANG Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat segelintir tempat, ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia.  Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat.  Walau bagaimanapun, permainan akan lebih memyeronokkan jika lebih ramai yang bermain. Jika demikian, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran. Sambungan getah Ikatan hujung getah Tali getah yang siap disambung
  • 7.
    PERMAINAN TENG-TENG  Teng-tengatau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada kanak-kanak lelaki kerana kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.  Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting. Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong ialah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.  Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak kedua dan petak sembilan yang perlu dilompat dengan kedua-dua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan di setiap petak, seandainya pemain terpijak garisan, ia dianggap batal dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.  Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan lalu mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira batal. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua-dua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya, ia dikira batal.
  • 9.
    PERMAINAN GALAH PANJANG Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.  Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.  Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.  Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.  Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka berlari masuk ke dalam gelanggang.  Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.  Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.  Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
  • 11.
    PERMAINAN BALING SELIPAR Permainan baling selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak Malaysia. Ia sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.  Ia sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia.  Permainan ini memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal kerana hal ini boleh menyebabkan pemain boleh tercedera terkena balingan yang dibuat pihak lawan dan sebaliknya.  Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling selipar kearah selipar yang telah disusun. Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali untuk menjatuh selipar yang telah disusun. Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran pihak lawan pula mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya.  Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan. Kemenangan dikira berdasarkan jika pihak lawan dapat menyusun semula selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi dan melangkah susunan tersebut.