SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
ERIC EXODUS
PISMP SCE 10’ IPGKT Page 1
PERMAINAN TRADISIONAL (TENG-TENG)
PENGENALAN :
Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua
kaki. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Permainan teng-teng ini juga terkenal dalam kalangan
masyarakat zaman dahulu terytama dalam kalangan kaum wanita. Kanak-kanak perempuan sering
memainkan permainan ini berbanding kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan ini tidak
begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang
yang agak kecil sahaja.
Di kampung-kampung gelanggang teng-teng biasanya dibuat dengan mengoreskan garisan di
atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman
perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis
tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap
gelanggang, Tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari
empat orang pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain
untuk berteng teng.
GELANGGANG :
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai jenis
bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan. Ada gelanggang atau petak teng-teng
yang terdiri daripada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri
daripada lapan petak-petak kosong. Dalam tugasan ini, kami akan nyatakan cara permainan teng-teng
yang menggunakan lapan petak.
Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4
sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti
ERIC EXODUS
PISMP SCE 10’ IPGKT Page 2
berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-
3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu
petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah
petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke
hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).
Gelanggang teng-teng
GUNDU / BUAH :
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau
buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan
pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.
Setiap pemain perlu ada gundu ini. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan
kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
UNDIAN :
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan
permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan
seterusnya.
Namun, ada juaga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang
bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.
CARA BERMAIN :
ERIC EXODUS
PISMP SCE 10’ IPGKT Page 3
Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak
tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah
memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4),
kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak
tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7).
Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6)
tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.
Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah,
pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya
ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar darigelanggang.
Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila
selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke
belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah
jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila
telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak
semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh
garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.
Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih
permainan. Setiap pemain juga tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya,
samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya
mengambil alih permainan.
MEMBINA RUMAH :
Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat
balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan
rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya
buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan
kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain
lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
PEMENANG :
Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.
ERIC EXODUS
PISMP SCE 10’ IPGKT Page 4
MATI /HILANG GILIRAN :
Pemain dikira mati (giliran) jika :
> Buah yang dilontar terkena garisan petak
> Kaki terpijak garisan petak
> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya
> Pemain menukar kaki sewaktu giliran
> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan
dalam sayap petak kanan
> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D
> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya
> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.
Kesimpulan :
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Di samping itu, melalui permainan tradisional juga
boleh, masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri mereka . Contohnya
permainan teng – teng.
Dalam permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka semasa melompat
menggunakan sebelah kaki. Ini bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah memerlukan
kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran yang tinggi dan bertindak dengan terburu-buru mungkin para
pemain akan cepat hilang giliran atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai sifat sabar dalam diri
masyarakat. Selain itu, setiap permainan yang dimainkan juga akan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara masyarakat. Inilah antara nilai-nilai yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat
terutama pada zaman globalisasi ini.
Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Hal ini kerana,
permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita terdahulu dan asset
penting dalam kehidupan kita.
Teng teng
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki
dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada daripada kanak-kanak lelaki ini kerana
permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.
Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan
hujung ranting.
ERIC EXODUS
PISMP SCE 10’ IPGKT Page 5
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan
terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua
belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka
pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap
petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak dua dan
kesembilan dengan dua belah kaki. Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang mempunyai gundu yang telah dicampak.
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain
dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak
gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati.
Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat
demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
Teng-Teng
ASAL USUL
Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh
kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang
banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah
gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi,
jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap
pemain untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam
satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan
kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.
Cara Bermain:
Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya.
Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.
ERIC EXODUS
PISMP SCE 10’ IPGKT Page 6
Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama
dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu
tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan
mengambil alih.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika
ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut
denga menggunakan kedua kaki mereka.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke
petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki
melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak
pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus
ke garisan penamat.
"Ketinting Kapal Terbang"
2. Ketinting Kapal Terbang
 Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.
 Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan
tanah.
 Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing.
 Melakukan penentuan giliran.
ERIC EXODUS
PISMP SCE 10’ IPGKT Page 7
 Pemain pertama memulakan ting-ting.
 Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua.
 Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'.
 Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang.
"Ketinting Buku"
3. Ketinting Buku
 Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding
kanak-kanak lelaki.
 Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada
ketinting kapal terbang.
 Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong' dan
seterusnya 'wan tu som'.
ERIC EXODUS
PISMP SCE 10’ IPGKT Page 8
 Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama.
 Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari
dengan kedudukannya.
 Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih
dahulu.
 Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah
membelakangi gelanggang permainan.
 Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.

More Related Content

What's hot

Permainan Tradisional Kelompok 2
Permainan Tradisional  Kelompok 2Permainan Tradisional  Kelompok 2
Permainan Tradisional Kelompok 2Mitha Ye Es
 
Permainan matematika
Permainan matematikaPermainan matematika
Permainan matematikafsnuri
 
Pp permainan tradisional
Pp permainan tradisionalPp permainan tradisional
Pp permainan tradisionalnenipmt
 
Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6Mitha Ye Es
 
Permainan tradisional (congklak)
Permainan tradisional (congklak)Permainan tradisional (congklak)
Permainan tradisional (congklak)Wirha Sykerz
 
Mainan tradisional
Mainan tradisionalMainan tradisional
Mainan tradisionalHooda Hudaya
 
PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK
PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAKPERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK
PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAKalya790891
 
MODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESAR
MODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESARMODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESAR
MODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESARjamaludin muhtar
 
Permainan Matematika Kelompok 8
Permainan Matematika Kelompok 8Permainan Matematika Kelompok 8
Permainan Matematika Kelompok 8fadillahalw
 
Permainan Tradisional dalam Matematika
Permainan Tradisional dalam MatematikaPermainan Tradisional dalam Matematika
Permainan Tradisional dalam Matematikazilniasari
 

What's hot (13)

Permainan Tradisional Kelompok 2
Permainan Tradisional  Kelompok 2Permainan Tradisional  Kelompok 2
Permainan Tradisional Kelompok 2
 
Guli
GuliGuli
Guli
 
Permainan matematika
Permainan matematikaPermainan matematika
Permainan matematika
 
Pp permainan tradisional
Pp permainan tradisionalPp permainan tradisional
Pp permainan tradisional
 
Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6
 
Permainan tradisional (congklak)
Permainan tradisional (congklak)Permainan tradisional (congklak)
Permainan tradisional (congklak)
 
Dolanan tradisional
Dolanan tradisionalDolanan tradisional
Dolanan tradisional
 
Mainan tradisional
Mainan tradisionalMainan tradisional
Mainan tradisional
 
PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK
PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAKPERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK
PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK
 
Awalan Me N
Awalan Me NAwalan Me N
Awalan Me N
 
MODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESAR
MODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESARMODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESAR
MODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESAR
 
Permainan Matematika Kelompok 8
Permainan Matematika Kelompok 8Permainan Matematika Kelompok 8
Permainan Matematika Kelompok 8
 
Permainan Tradisional dalam Matematika
Permainan Tradisional dalam MatematikaPermainan Tradisional dalam Matematika
Permainan Tradisional dalam Matematika
 

Similar to Teng-Teng Permainan Tradisional

PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptxPERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptxNOORAZNIERABINTIISMA
 
Permainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda KondiPermainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda KondiDesmond Stevee
 
Bm permainan tradisional
Bm permainan tradisionalBm permainan tradisional
Bm permainan tradisionallimsiokc
 
Pembelajaran sd mulok pengenalan permainan tradisional
Pembelajaran sd mulok pengenalan permainan tradisionalPembelajaran sd mulok pengenalan permainan tradisional
Pembelajaran sd mulok pengenalan permainan tradisionalIhsan Sulistyawan
 
Permainan Tradisional Kelompok 4
Permainan Tradisional Kelompok 4Permainan Tradisional Kelompok 4
Permainan Tradisional Kelompok 4ratnajuwitaa
 
Power poin permainan tradisional
Power poin permainan tradisionalPower poin permainan tradisional
Power poin permainan tradisionalNessanovitasari
 
PPT Tenis Meja.pptx
PPT Tenis Meja.pptxPPT Tenis Meja.pptx
PPT Tenis Meja.pptxBakrii1
 
Pengenalan permainan tradisional hadang part i
Pengenalan permainan tradisional hadang part iPengenalan permainan tradisional hadang part i
Pengenalan permainan tradisional hadang part iWangsit Tionugroho
 
ANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdf
ANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdfANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdf
ANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdfNOORJIHANHUSSAINI1
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalShaifull Niell
 
BULU TANGKIS / BADMINTON | KELOMPOK 6 [SMAN 3 SKA]
BULU TANGKIS / BADMINTON | KELOMPOK 6 [SMAN 3 SKA] BULU TANGKIS / BADMINTON | KELOMPOK 6 [SMAN 3 SKA]
BULU TANGKIS / BADMINTON | KELOMPOK 6 [SMAN 3 SKA] Latisha_mgntr
 
Powerpoint slide share
Powerpoint slide sharePowerpoint slide share
Powerpoint slide shareSuzilaSuzila2
 
1. Materi PJOK Kelas 4 Pelajaran 1 Permainan Bola dan Dasar Atletik.docx
1. Materi PJOK Kelas 4 Pelajaran 1 Permainan Bola dan Dasar Atletik.docx1. Materi PJOK Kelas 4 Pelajaran 1 Permainan Bola dan Dasar Atletik.docx
1. Materi PJOK Kelas 4 Pelajaran 1 Permainan Bola dan Dasar Atletik.docxAbimanyuwicaksono2
 

Similar to Teng-Teng Permainan Tradisional (20)

PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptxPERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
 
Permainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda KondiPermainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda Kondi
 
Bm permainan tradisional
Bm permainan tradisionalBm permainan tradisional
Bm permainan tradisional
 
Tenis Meja
Tenis MejaTenis Meja
Tenis Meja
 
Pembelajaran sd mulok pengenalan permainan tradisional
Pembelajaran sd mulok pengenalan permainan tradisionalPembelajaran sd mulok pengenalan permainan tradisional
Pembelajaran sd mulok pengenalan permainan tradisional
 
enggrang
enggrangenggrang
enggrang
 
tugas ower point
tugas ower pointtugas ower point
tugas ower point
 
Permainan Tradisional Kelompok 4
Permainan Tradisional Kelompok 4Permainan Tradisional Kelompok 4
Permainan Tradisional Kelompok 4
 
Power poin permainan tradisional
Power poin permainan tradisionalPower poin permainan tradisional
Power poin permainan tradisional
 
PPT Tenis Meja.pptx
PPT Tenis Meja.pptxPPT Tenis Meja.pptx
PPT Tenis Meja.pptx
 
A
AA
A
 
Pengenalan permainan tradisional hadang part i
Pengenalan permainan tradisional hadang part iPengenalan permainan tradisional hadang part i
Pengenalan permainan tradisional hadang part i
 
ANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdf
ANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdfANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdf
ANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdf
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisional
 
BULU TANGKIS / BADMINTON | KELOMPOK 6 [SMAN 3 SKA]
BULU TANGKIS / BADMINTON | KELOMPOK 6 [SMAN 3 SKA] BULU TANGKIS / BADMINTON | KELOMPOK 6 [SMAN 3 SKA]
BULU TANGKIS / BADMINTON | KELOMPOK 6 [SMAN 3 SKA]
 
Media ular tangga
Media ular tanggaMedia ular tangga
Media ular tangga
 
Powerpoint slide share
Powerpoint slide sharePowerpoint slide share
Powerpoint slide share
 
Bulu tangkis
Bulu tangkisBulu tangkis
Bulu tangkis
 
Bulu tangkis
Bulu tangkisBulu tangkis
Bulu tangkis
 
1. Materi PJOK Kelas 4 Pelajaran 1 Permainan Bola dan Dasar Atletik.docx
1. Materi PJOK Kelas 4 Pelajaran 1 Permainan Bola dan Dasar Atletik.docx1. Materi PJOK Kelas 4 Pelajaran 1 Permainan Bola dan Dasar Atletik.docx
1. Materi PJOK Kelas 4 Pelajaran 1 Permainan Bola dan Dasar Atletik.docx
 

More from How Shirlyn

Sjkc rpt dunia sains dan teknologi tahun 5 shared by second koh
Sjkc rpt dunia sains dan teknologi tahun 5 shared by second kohSjkc rpt dunia sains dan teknologi tahun 5 shared by second koh
Sjkc rpt dunia sains dan teknologi tahun 5 shared by second kohHow Shirlyn
 
Hanyupinyinshuru
HanyupinyinshuruHanyupinyinshuru
HanyupinyinshuruHow Shirlyn
 
Kertas jawapan bahasa malaysia tahun 3 gg
Kertas jawapan bahasa malaysia tahun 3 ggKertas jawapan bahasa malaysia tahun 3 gg
Kertas jawapan bahasa malaysia tahun 3 ggHow Shirlyn
 
Online learning skill
Online learning skill Online learning skill
Online learning skill How Shirlyn
 
Jsu matematik tahun 3
Jsu  matematik tahun  3Jsu  matematik tahun  3
Jsu matematik tahun 3How Shirlyn
 

More from How Shirlyn (6)

Sjkc rpt dunia sains dan teknologi tahun 5 shared by second koh
Sjkc rpt dunia sains dan teknologi tahun 5 shared by second kohSjkc rpt dunia sains dan teknologi tahun 5 shared by second koh
Sjkc rpt dunia sains dan teknologi tahun 5 shared by second koh
 
Year 3 may
Year 3 mayYear 3 may
Year 3 may
 
Hanyupinyinshuru
HanyupinyinshuruHanyupinyinshuru
Hanyupinyinshuru
 
Kertas jawapan bahasa malaysia tahun 3 gg
Kertas jawapan bahasa malaysia tahun 3 ggKertas jawapan bahasa malaysia tahun 3 gg
Kertas jawapan bahasa malaysia tahun 3 gg
 
Online learning skill
Online learning skill Online learning skill
Online learning skill
 
Jsu matematik tahun 3
Jsu  matematik tahun  3Jsu  matematik tahun  3
Jsu matematik tahun 3
 

Recently uploaded

FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal DiabetesFARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal DiabetesNadrohSitepu1
 
PPT Diskusi Topik - Stroke Iskemik (Rotasi G).pdf
PPT Diskusi Topik - Stroke Iskemik (Rotasi G).pdfPPT Diskusi Topik - Stroke Iskemik (Rotasi G).pdf
PPT Diskusi Topik - Stroke Iskemik (Rotasi G).pdfSeruniArdhia
 
PPT_ AYU SASKARANI (proposal) fix fix.pdf
PPT_ AYU SASKARANI (proposal) fix fix.pdfPPT_ AYU SASKARANI (proposal) fix fix.pdf
PPT_ AYU SASKARANI (proposal) fix fix.pdfhurufd86
 
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa HalusinasiMateri Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasiantoniareong
 
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah SakitPresentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah SakitIrfanNersMaulana
 
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod SurabayaToko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabayaajongshopp
 
3. HEACTING LASERASI.ppt pada persalinan
3. HEACTING LASERASI.ppt pada persalinan3. HEACTING LASERASI.ppt pada persalinan
3. HEACTING LASERASI.ppt pada persalinanDwiNormaR
 
PEMBUATAN STR BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
PEMBUATAN STR  BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptxPEMBUATAN STR  BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
PEMBUATAN STR BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptxpuspapameswari
 
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdfPEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdfMeboix
 
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.pptkonsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.pptKianSantang21
 
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdfMeboix
 
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.pptAnatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.pptAcephasan2
 
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docxCAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docxPuskesmasTete
 
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptxpenyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptxagussudarmanto9
 
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh DiriAsuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diriandi861789
 
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatanWebinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatanDevonneDillaElFachri
 
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptxKONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptxDianaayulestari2
 
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptxgizifik
 
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptxSediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptxwisanggeni19
 
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosikarbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosizahira96431
 

Recently uploaded (20)

FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal DiabetesFARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
 
PPT Diskusi Topik - Stroke Iskemik (Rotasi G).pdf
PPT Diskusi Topik - Stroke Iskemik (Rotasi G).pdfPPT Diskusi Topik - Stroke Iskemik (Rotasi G).pdf
PPT Diskusi Topik - Stroke Iskemik (Rotasi G).pdf
 
PPT_ AYU SASKARANI (proposal) fix fix.pdf
PPT_ AYU SASKARANI (proposal) fix fix.pdfPPT_ AYU SASKARANI (proposal) fix fix.pdf
PPT_ AYU SASKARANI (proposal) fix fix.pdf
 
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa HalusinasiMateri Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
 
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah SakitPresentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
 
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod SurabayaToko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
 
3. HEACTING LASERASI.ppt pada persalinan
3. HEACTING LASERASI.ppt pada persalinan3. HEACTING LASERASI.ppt pada persalinan
3. HEACTING LASERASI.ppt pada persalinan
 
PEMBUATAN STR BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
PEMBUATAN STR  BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptxPEMBUATAN STR  BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
PEMBUATAN STR BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
 
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdfPEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
 
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.pptkonsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
 
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
 
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.pptAnatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
 
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docxCAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
 
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptxpenyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
 
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh DiriAsuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
 
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatanWebinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
 
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptxKONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
 
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
 
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptxSediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
 
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosikarbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
 

Teng-Teng Permainan Tradisional

  • 1. ERIC EXODUS PISMP SCE 10’ IPGKT Page 1 PERMAINAN TRADISIONAL (TENG-TENG) PENGENALAN : Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Permainan teng-teng ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terytama dalam kalangan kaum wanita. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan ini tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di kampung-kampung gelanggang teng-teng biasanya dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar. Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, Tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat orang pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng. GELANGGANG : Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan. Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong. Dalam tugasan ini, kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang menggunakan lapan petak. Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti
  • 2. ERIC EXODUS PISMP SCE 10’ IPGKT Page 2 berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke- 3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah). Gelanggang teng-teng GUNDU / BUAH : Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper. Setiap pemain perlu ada gundu ini. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang. UNDIAN : Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Namun, ada juaga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian. CARA BERMAIN :
  • 3. ERIC EXODUS PISMP SCE 10’ IPGKT Page 3 Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama. Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar darigelanggang. Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa. Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Setiap pemain juga tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan. MEMBINA RUMAH : Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati. PEMENANG : Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.
  • 4. ERIC EXODUS PISMP SCE 10’ IPGKT Page 4 MATI /HILANG GILIRAN : Pemain dikira mati (giliran) jika : > Buah yang dilontar terkena garisan petak > Kaki terpijak garisan petak > Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya > Pemain menukar kaki sewaktu giliran > Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan > Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D > Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya > Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan. Kesimpulan : Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Di samping itu, melalui permainan tradisional juga boleh, masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri mereka . Contohnya permainan teng – teng. Dalam permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka semasa melompat menggunakan sebelah kaki. Ini bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran yang tinggi dan bertindak dengan terburu-buru mungkin para pemain akan cepat hilang giliran atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai sifat sabar dalam diri masyarakat. Selain itu, setiap permainan yang dimainkan juga akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Inilah antara nilai-nilai yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat terutama pada zaman globalisasi ini. Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Hal ini kerana, permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita terdahulu dan asset penting dalam kehidupan kita. Teng teng Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada daripada kanak-kanak lelaki ini kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa. Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting.
  • 5. ERIC EXODUS PISMP SCE 10’ IPGKT Page 5 Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak dua dan kesembilan dengan dua belah kaki. Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang mempunyai gundu yang telah dicampak. Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati. Teng-Teng ASAL USUL Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar. Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng. Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang. Cara Bermain: Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.
  • 6. ERIC EXODUS PISMP SCE 10’ IPGKT Page 6 Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih. Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat. "Ketinting Kapal Terbang" 2. Ketinting Kapal Terbang  Kanak-kanak perempuan menggemari permainan individu ini.  Membuat gelanggang permainan dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.  Selain gelanggang, setiap pemain mestilah memiliki 'gundu' masing-masing.  Melakukan penentuan giliran.
  • 7. ERIC EXODUS PISMP SCE 10’ IPGKT Page 7  Pemain pertama memulakan ting-ting.  Selesai melakukan pusingan pertama, lalu mencampak gundunya di petak kedua.  Giliran setiap pemain bertukar-ganti apabila pemain utama berstatus 'mati'.  Pemain yang berjaya memiliki rumah paling banyak dianggap sebagai pemenang. "Ketinting Buku" 3. Ketinting Buku  Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki.  Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada ketinting kapal terbang.  Melakukan penentuan giliran menggunakan kaedah 'lai lai li tam plong' dan seterusnya 'wan tu som'.
  • 8. ERIC EXODUS PISMP SCE 10’ IPGKT Page 8  Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama.  Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari dengan kedudukannya.  Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu.  Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan.  Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.