Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1.0 PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan
sukan, murid-murid bukan...
4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru pelatih dapat:
i. Menyemarakkan semangat pers...
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Pingat
1. Pingat acara olahraga individu.
i. Emas
ii. Perak
iii. G...
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat Kejohanan : Encik Abg. Monir bin Haji Wen
Pengurus Kejohanan : En...
: Muhamad Asyraf Bin Yunus
Pencatat : Ruslina bt Hassan
: Foo Kwee Yee
: Stefaenus Olver Sabin
Referi Balapan : Muhammad Z...
(Rujuk Lampiran 2, Bidang Tugas)
9.0 TENTATIF PROGRAM
7.00 - 7.30 am
· Semua murid dan kakitangan SK. Sageng, Simunjan ber...
9.40 - 1.00 pm
Pegawai bertugas mengambil tempat
Pertandingan akhir berlangsung
Penyampaian pingat-pingat
Sambungan acara ...
Lampiran 5 ( Surat Jemputan)
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12
SEKOLAH KEBANGSAAN SAGENG,
94800 SIMUNJAN.
Pengerusi dan Ahli J...
Lampiran 2
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
Pengurus Kejohanan ● Bertangungjawab dalam pengendalian dan...
Program
● Mengedarkan buku program kepada setiap guru
dan tetamu.
● Menyediakan kain rentang kejohanan
● Menyediakan senar...
● Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera
● Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian
hadiah
Jurugam...
Pelepas panggil balik ● Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas
● Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatut...
Aturcara Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan
No Acara Acara Kategori
01 50m Lelaki
02 50m ...
Jadual Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan.
Khamis, Oktober 2012 ( Berkumpul pada 7:30 pag...
KARNIVAL SUKANEKA PRASEKOLAH,
SEKOLAH KEBANGSAAN SAGENG, SIMUNJAN.
Semua Jawatankuasa Kerja,
Karnival Sukaneka Prasekolah,...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kertas konsep sukan sekolah

4,600 views

Published on

  • Be the first to comment

Kertas konsep sukan sekolah

  1. 1. 1.0 PENDAHULUAN Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga Trek dan Padang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid- murid Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.0 RASIONAL Rasional Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut : i. Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Sageng dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga ii. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga. iii. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal. 3.0 MATLAMAT Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sageng dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
  2. 2. 4.0 OBJEKTIF Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru pelatih dapat: i. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid. ii. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba. iii. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan. iv. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru. v. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi. 5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT Tarikh : OKTOBER 2012 Masa : 7 PAGI – 2 PETANG Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN SAGENG, 94800 SIMUNJAN. 6.0 SASARAN Semua murid Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan.
  3. 3. 7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH 1 Pingat 1. Pingat acara olahraga individu. i. Emas ii. Perak iii. Gangsa 2. Pingat acara olahraga pasukan. i. Emas ii. Perak iii. Gangsa 26 x RM5 26 x RM5 26 x RM5 4 x4 x RM5 4 x4 x RM5 4 x4 x RM5 RM130 RM130 RM130 RM80 RM80 RM80 2. Piala Kejohanan 1. Juara 2. Naib Juara 3. Tempat Ketiga 4. Olahragawan dan olahragawati 1x RM25 1 X RM20 1x RM15 2 X RM10 RM25 RM20 RM15 RM20 3. Hamper 1. Juara 2. Naib Juara 3. Ketiga 4. Keempat 1 X RM30 1 x RM30 1 x RM20 1x RM20 RM30 RM30 RM20 RM20 4. Makanan /Minuman Pegawai /guru/ staf 100 x RM5 RM500 5. Bayaran Pelepas 1 x RM120 RM 120 JUMLAH RM2210
  4. 4. 8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN JAWATANKUASA INDUK Penasihat Kejohanan : Encik Abg. Monir bin Haji Wen Pengurus Kejohanan : Encik Rabuni bin Wahi Penolong Pengurus Kejohanan : Encik Ishak Setiausaha : Puan Eda binti Obeng Bendahari AHLI JAWATANKUASA KECIL Publisiti dan buku Program : : Pn. Norliana binti Merali Perasmian dan Penutupan : En. Ja’afar bin Daud Kepegawaian : En. Ishak Teknikal : En. Tajudin bin Ahmad Hadiah dan Cenderamata : Cik Mahani bin Dron Juruacara : Pn. Robiah binti Sobeng Jurugambar : En. Harily Nosem Dokumentasi : En. Harily Nosem Rekod dan Statistik : Ustaz Mohd. Ridzuan b. Roslee : Cik Fatimah Haji Ismail Penjaga Masa : Cik Linda Dillard : Pn. Norwati : Puan Latipah Penyelia Peserta : Chia Lee Shan : Hamizan Bin Mohd Noor Pengadil Lorong : Chia Ee Chiam : Ang Angeline : Nadia bt Mustafa Pelepas : Muhammad Hamiduddin Bin Shuhaimi Penolong pelepas : Muhammad Hafiz Azree Bin Badrul Hisham Pelepas panggil balik : Mohd Izuddin b Mohd Zain Hakim Penamat : Muhammad Faris Bin Hashim
  5. 5. : Muhamad Asyraf Bin Yunus Pencatat : Ruslina bt Hassan : Foo Kwee Yee : Stefaenus Olver Sabin Referi Balapan : Muhammad Zulhilmi Bin Rahazat
  6. 6. (Rujuk Lampiran 2, Bidang Tugas) 9.0 TENTATIF PROGRAM 7.00 - 7.30 am · Semua murid dan kakitangan SK. Sageng, Simunjan berkumpul di dalam khemah rumah sukan masing- masing. Semua ibu bapa/ penjaga berada di dalam khemah khas untuk mereka. 7.30 - 7.50 am · Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontigen SK. Sageng, Simunjan. 8.10 am · Ketibaan VIP 8.10 - 9.30 am Kata alu-aluan juruacara Lintas hormat setiap kontijen Ikrar Temasya Sukan Doa Perarakan masuk bendera Temasya Sukan Tahunan Ucapan Guru Besar Ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Kali Ke-12 Perarakan keluar semua kontigen Persembahan padang (poco-poco)
  7. 7. 9.40 - 1.00 pm Pegawai bertugas mengambil tempat Pertandingan akhir berlangsung Penyampaian pingat-pingat Sambungan acara akhir Penyampaian pingat 1.00- 2.00 pm Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Kali Ke-12 SK. Sageng, Simunjan Penyampaian Hadiah Khemah rumah sukan dan kontinjen terbaik Olahragawan 2012 Olahragawati 2012 Hadiah keseluruhan (Rujuk lampiran – Jadual Pertandingan) 10.0 PENUTUP Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.
  8. 8. Lampiran 5 ( Surat Jemputan) KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12 SEKOLAH KEBANGSAAN SAGENG, 94800 SIMUNJAN. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Kali Ke-12, Tahun 2012, Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan, Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan: Tuan/Puan: _____________________________________________________________ Hadir ke Kejohanan Olahraga kami pada: Hari Khamis ( Oktober 2012) Jam: 8.00 pagi Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan. Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami. Terima kasih
  9. 9. Lampiran 2 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA JAWATANKUASA BIDANG TUGAS Pengurus Kejohanan ● Bertangungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan dengan lancar ● Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas Penolong Pengurus Kejohanan ● Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan ● Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan kejohanan Setiausaha ● Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran ● Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail sebagai rujukan ● Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program ● Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat ● Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkenaan ● Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan ● Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat ● Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program ● Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat Publisiti dan Buku ● Menyediakan buku program/cenderamata
  10. 10. Program ● Mengedarkan buku program kepada setiap guru dan tetamu. ● Menyediakan kain rentang kejohanan ● Menyediakan senarai nama peserta ● Menyediakan senarai nama peserta Perasmian dan Penutupan ● Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan. ● Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan (termasuk bacaan ikrar) ● Menguruskan pertandingan perbarisan. ● Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan yang mengambil bahagian. ● Membuat surat jemputan dif kehormat Kepegawaian ● Mengatur dan melatih pembantu padang. ● Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan dengan lancar Teknikal ● Menguruskan dan menyediakan semua alatan pertandingan untuk acara padang dan balapan. ● Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan dengan lancar ● Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut spesifikasi rasmi ● Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan dalam pertandingan. ● Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir kejohanan. Hadiah dan Cenderamata ● Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata ● Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata. ● Menghias meja hadiah ● Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah. ● Menyediakan senarai pemenang hadiah. Juruacara ● Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program ● Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara
  11. 11. ● Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera ● Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian hadiah Jurugambar dan Dokumentasi ● Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti yang berlangsung sepanjang program ● Membuat laporan atau dokumentasi setelah program berakhir Rekod dan Statistik ● Menyelia papan markah (Score board) ● Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada pengacara atau pencatat ● Menyelia markah dari sukantara Penjaga Masa ● Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua peserta yang bertanding ● Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa Penyelia Peserta ● Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding. ● Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian hadiah Pengadil Lorong ● Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan. ● Memutuskan sebarang bantahan peserta ● Memastikan peserta berlari mengikut lorong ● Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan ● Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia Pelepas ● Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang sedang dalam keadaan sedia ● Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan Pengadil lorong sudah bersedia ● Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh peserta sebelum memulakan pelepasan
  12. 12. Pelepas panggil balik ● Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas ● Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya dapat memerhati setiap peserta dengan jelas Penolong pelepas ● Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang betul dan memakai nombor ● Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan masing-masing ● Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisan permulaan ● Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta sudah bersedia Hakim Penamat ● Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan ● Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod Pencatat ● Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi ● Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya Refri ● Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara ● Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap sebarang perkara ketika kejohanan ● Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan kepada Setiausaha Pertandingan
  13. 13. Aturcara Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan No Acara Acara Kategori 01 50m Lelaki 02 50m Perempuan 03 100m Lelaki 04 100m Perempuan 05 200m Lelaki 06 200m Perempuan 07 400m Lelaki 08 400m Perempuan 09 800m Lelaki 10 800m Perempuan 11 1500m Lelaki 12 1500m Perempuan 13 4x50m Lelaki 14 4x50m Perempuan 15 4x100m Lelaki 16 4x100m Perempuan 17 4x400m Lelaki 18 4x400m Perempuan 19 Lompat jauh Lelaki 20 Lompat jauh Perempuan 21 Lompat tinggi Lelaki 22 Lompat tinggi Perempuan 23 Lontar peluru Lelaki 24 Lontar peluru Perempuan 25 Lempar cakera Lelaki 26 Lempar cakera Perempuan 27 Merejam lembing Lelaki 28 Merejam lembing Perempuan Lampiran 3
  14. 14. Jadual Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sageng, Simunjan. Khamis, Oktober 2012 ( Berkumpul pada 7:30 pagi ) No No Acara Acara Kategori Peringkat Masa 1 06 200m Perempuan AKHIR 0930 2 07 400m Lelaki AKHIR 1000 3 08 400m Perempuan AKHIR 1015 4 09 800m Lelaki AKHIR 1030 5 10 800m Perempuan AKHIR 1045 6 13 4x50m Lelaki AKHIR 1100 7 14 4x50m Perempuan AKHIR 1115 8 15 4x100m Lelaki AKHIR 1130 9 16 4x100m Perempuan AKHIR 1145 10 17 4x400m Lelaki AKHIR 1200 11 18 4x400m Perempuan AKHIR 1230 12 19 Lompat jauh Lelaki AKHIR 0900 13 20 Lompat jauh Perempuan AKHIR 0930 14 21 Lompat tinggi Lelaki AKHIR 0900 15 22 Lompat tinggi Perempuan AKHIR 0930 16 23 Lontar peluru Lelaki AKHIR 0800 17 24 Lontar peluru Perempuan AKHIR 0830 18 25 Lempar cakera Lelaki AKHIR 1400 19 26 Lempar cakera Perempuan AKHIR 1400 20 27 Merejam lembing Lelaki AKHIR 1000 21 28 Merejam lembing Perempuan AKHIR 1030 Lampiran 4
  15. 15. KARNIVAL SUKANEKA PRASEKOLAH, SEKOLAH KEBANGSAAN SAGENG, SIMUNJAN. Semua Jawatankuasa Kerja, Karnival Sukaneka Prasekolah, Sekolah Kebangsaan Sageng, 94800 Simunjan. Tuan/puan, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukaneka Prasekolah Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Karnival Sukaneka akan diadakan seperti berikut: Tarikh :27 Februari 2013 Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Guru SK. Sageng 2.0 Agenda-agenda adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Ucapan PK HEM 2.3 Membentang jenis sukaneka yang akan dipertandingkan pada karnival sukaneka 2.4 Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsi 2.5 Hal-hal lain Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai. Sekian Yang menjalankan tugas ........................................ ( Puan Eda binti Obeng ) Setiausaha Sukaneka Prasekolah 2013 s.k. Tuan guru besar Tuan PK. HEM Fail Sukan Prasekolah

×