Dokumen ini membahasakan definisi dan klasifikasi sistem pengurusan produksi serta tiga elemen utama dan jawatankuasa yang terlibat dalam pengurusan produksi acara seni persembahan.
BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...
Pengurusan produksi
1. OLEH :
PUAN NOR IZWANI BT. TAHIR
IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) TEKNOLOGI KREATIF -
SENI LAYAR
DIPLOMA SENI PERSEMBAHAN (PENGURUSAN SENI –
TEATER)
2. DEFINISI PENGURUSAN PRODUKSI
Sebuah proses perancangan pengaturan kerja,
penyelarasan dan pengawalan guna tenaga untuk
mencapai sasaran mahupun tujuan yang efektif dan
efisyen. Pengendalian kerja-kerja dikendalikan oleh
seorang yang bernama PENGURUS.
PENGURUS adalah individu yang bekerja dengan orang lain
bagi menyelaraskan kerja-kerja berkaitan bagi mencapai
sasaran produksi.
Di dalam produksi, individu ini juga dikenali sama ada PENERBIT
EKSEKUTIF, PENGURUS PRODUKSI, PENGARAH PRODUKSI
ataupun
PENGURUS PENTAS.
3. DEFINISI PENGURUSAN PRODUKSI
(samb.)
Pengurusan produksi merujuk kepada produksi dan
organisasi yang berorientasikan seni persembahan
yang berbentuk kumpulan teater, kumpulan tarian,
kumpulan muzik dan segala yang berhubungkait
dengannya yang bertujuan untuk persembahan
berbentuk komersial ataupun bukan berbentuk
komersial.
4. KLASIFIKASI SISTEM
PENGURUSAN PRODUKSI
Fokus pada satu aktiviti kesenian.
- hanya menumpukan kepada satu bentuk aktiviti
kesenian sahaja.
- kumpulan yang tidak berorientasikan komersial.
Mempunyai pelbagai aktiviti kesenian.
- mempunyai pelbagai aktiviti seni yang lain.
- mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap dari
segi kump.kerja kreatif dan juga pengurusan
- kumpulan yang tidak berorientasikan komersial.
5. KLASIFIKASI SISTEM
PENGURUSAN PRODUKSI (samb.)
Fokus pada satu aktiviti dengan sistem pentadbiran
yang lengkap.
- hanya menumpukan satu aktiviti kesenian sahaja.
- melibatkan fungsi pengurusan seperti produksi, pemasaran,
kewangan dan guna tenaga manusia.
- kumpulan ini adalah berbentuk komersial.
Fokus kepada pelbagai aktiviti dengan sistem
pentadbiran yang lengkap.
- mempunyai pelbagai aktiviti kesenian.
- mempunyai pengarah kreatif yang tetap seperti
tatarias, busana, pereka tatacahaya dan sebagainya.
- kumpulan ini adalah berbentuk komersial.
6. TIGA ELEMEN UTAMA DALAM
PENGURUSAN PRODUKSI
1. Pra-Produksi
- Penubuhan jawatankuasa pengurusan produksi,
pentadbiran & produksi kerja kreatif.
- Penyediaan kertas kerja / kertas cadangan
- Perlaksanaan mesyuarat produksi.
- Perancangan belanjawan dan kewangan produksi.
- Perancangan jadual latihan produksi.
- Pemilihan lokasi, masa, tarikh.
- Pemilihan aktiviti kesenian & pengisian program.
- Pengendalian sidang media
- Perancangan pemasaran, publisiti, pengiklanan, penajaan
- Penyediaan press kit, kad jemputan, hebahan media,
flyers, banner, bunting, poster, door gift, buku program, aturcara
program, teks ucapan, pengacara majlis, tiket,
7. TIGA ELEMEN UTAMA DALAM
PENGURUSAN PRODUKSI (samb.)
2. Produksi
- Acara mahupun program yang dianjurkan sedang
berlangsung. Semua tenaga kerja manusia harus
memastikan semua perancangan berjalan dengan
lancar mengikut apa yang telah dirancangkan di
peringkat PRA-PRODUKSI.
3. Post-Produksi / Pasca-Produksi
- memperlihatkan kejayaan dan keberkesanan serta
kelancaran perlaksanaan sesebuah program dan acara
yang telah dilakukan mengikut perancangan produksi.
Mengemaskini laporan produksi untuk post-mortem,
pengstoran barang, dan kebersihan tempat.
8. JAWATANKUASA PENGURUSAN
PRODUKSI (PENTADBIRAN)
PENERBIT EKSEKUTIF / PENGURUS ACARA / PENGARAH
PRODUKSI
PENGURUS SUMBER MANUSIA & KEWANGAN
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM & PENAJAAN
PENGURUS PEMASARAN, PROMOSI & PUBLISITI
PENGURUS JEMPUTAN, SAMBUTAN & PROTOKOL
PENGURUS DOKUMENTASI BAHAN & PRODUK
PENGURUS TEKNIKAL