1. 1.0 PENGENALAN
Konsep Penggabungjalinan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
penggabungjalinan antara berlainan matapelajaran, penggabungjalinan pelbagai kemahiran
dalam subjek bahasa dan penggabungjalinan merentasi kurikulum. Penggabungjalinan adalah
proses dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang-bidang
kemahiran yang berkait rapat atau bahan-bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik
tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek-aspek
kemahiran saling memperkukuh dan bahan-bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini,
sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bererti (Juriah Long, 1992:22).
Tiga bentuk penggabungjalinan boleh dilakukan iaitu :
1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti
Penggabungjalinan dalam bentuk kemahiran adalah dengan menggabungkan dua atau
lebih kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam satu matapelajaran.
Penggabungan ini adalah bertujuan supaya kemahiran ini tidak diajar secara berasingan bagi tiap
– tiap satu kemahiran kerana ianya berhubung rapat bagi membolehkan pelajar memahami topik
yang dipelajarinya dengan lebih baik.
Penggabungjalinan dalam bentuk bahan tertumpu pada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan ini boleh terdiri daripada bahan utama dan bahan sokongan. Bahan yang
dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap dan pengalaman murid supaya pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berlangsung dapat diikuti oleh murid dengan baik.
Bentuk penggabungjalinan aktiviti pula ialah apabila seorang guru menggabungkan dua
atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian tahap murid dalam kelas tersebut. Ini amat penting
kerana aktiviti yang dipilih dan tidak bersesuaian akan menyulitkan guru untuk melakukan
aktiviti yang dirancang kerana murid memerlukan lebih penjelasan dan tunjuk ajar dari guru. Ini