SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
1
PENGARUH ASAS ILMU FIZIK TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
BAGI KURSUS SAINS KEJURUTERAAN SESI DISEMBER 2013
Noormala binti Abdullah,Suhana Binti Ramli dan Noor Azilla binti Md Radzi
Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer
Politeknik Sultan Azlan Shah
noormala@psas.edu.my, suhana@psas.edu.my, azilla@psas.edu.my
Abstrak: Kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh asas Fizik terhadap pencapaian
akademik pelajar bagi kursus Sains Kejuruteraan, BB 101 (Engineering Science). Ia dilakukan
untuk mengetahui dan mengenalpasti samada pelajar yang mempunyai atau mempelajari asas
ilmu Fizik mampu mencapai keputusan yang baik dalam kursus sains kejuruteraan yang
ditawarkan oleh politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini melibatkan pelajar-
pelajar semester 1 bagi bidang kejuruteraan (awam dan mekanikal). Di dalam membuat penilaian
ke atas pelajar-pelajar ini, beberapa kriteria yang difikirkan perlu diambil kira antaranya seperti
jantina, keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), motivasi dan lain-lain. Seramai 24 orang
pelajar dari kejuruteraan mekanikal (mekatronik) dan 38 orang pelajar kejuruteraan awam telah
dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Borang soal selidik dan juga kaedah temubual telah
digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian mendapati seramai 1.6% pelajar yang gagal kali
pertama pada peperiksaan akhir bagi kursus sains kejuruteraan BB101 (Engineering Science)
adalah pelajar yang tiada asas ilmu Fizik di peringkat SPM.
Kata kunci : Pengaruh asas ilmu Fizik, Sains Kejuruteraan, pencapaian pelajar
PENGENALAN
Kursus Sains Kejuruteraan, BB101 (Engineering Science) adalah kursus yang wajib
diambil oleh pelajar-pelajar kejuruteraan semester 1 politeknik. Pelajar-pelajar akan mempelajari
topik-topik berkaitan Fizik untuk kursus ini. Sebagai salah satu syarat wajib pelajar politeknik
2
dari bidang kejuruteraan, pelajar perlu sekurang-kurangnya lulus dalam kursus sains
kejuruteraan. Topik-topik yang diajar dalam kursus Sains Kejuruteraan antaranya adalah
pengukuran dan kuantiti fizikal, gerakan garis lurus, daya, kerja, tenaga dan kuasa, pepejal dan
bendalir, suhu dan haba seterusnya asas elektrik.
Fizik adalah cabang ilmu sains yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian.
Pelajar memerlukan masa yang panjang untuk menguasai sekaligus memahami konsep-konsep
yang terdapat dalam subjek ini. Dalam bidang kejuruteraan, ilmu Fizik sangat penting kerana
banyak konsep-konsep Fizik yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah
contohnya konsep momen yang memerlukan pelajar bidang kejuruteraan awam untuk mencari
titik graviti dalam sesuatu pembinaan bangunan dan konsep tekanan di dalam bendalir di mana
pelajar bidang kejuruteraan mekanikal mengaplikasikan konsep tersebut dalam pembuatan
sistem hidraulik. Pelbagai lagi masalah – masalah bidang kejuruteraan yang boleh diselesaikan
dengan mengaplikasi konsep Fizik.
Kepentingan Fizik dalam bidang kejuruteraan amat tinggi dan ia sangat berkait rapat antara
satu sama lain. Kajian ini ingin melihat sejauh mana pengaruh asas ilmu Fizik memainkan
peranan dalam pencapaian pelajar dalam kursus Sains Kejuruteraan.
PERNYATAAN MASALAH
Pelajar-pelajar yang memasuki politeknik kebanyakkannya adalah pelajar dari sekolah
menengah teknik (aliran teknik dan vokasional) dan sekolah harian. Kebanyakkan di antara
pelajar-pelajar ini pernah mengambil Fizik dan ada juga yang tidak mengambil Fizik di peringkat
SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
Kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar semester 1 di politeknik dalam bidang
kejuruteraan adalah kursus Sains Kejuruteraan di mana kursus ini adalah sangat sinonim dengan
subjek Fizik. Fizik adalah cabang ilmu sains yang banyak diaplikasikan dalam bidang
3
kejuruteraan. Oleh sebab itu, pencapaian pelajar dalam kursus Sains Kejuruteraan akan melihat
sejauh mana kefahaman pelajar untuk mendalami bidang kejuruteraan.
Kebolehupayaan pelajar dalam menguasai kursus Sains Kejuruteraan akan dilihat pada tahap
penguasaan pelajar dalam subjek Fizik. Kajian ini perlu dijalankan kerana ia akan memberi
impak kepada pihak yang berkenaan terutama kementerian dalam pemilihan pelajar ke politeknik
untuk bidang kejuruteraan.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti pencapaian akademik pelajar bagi kursus Sains Kejuruteraan
2. Mengenalpasti pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran Fizik di peringkat SPM
3. Mengenalpasti pengaruh asas ilmu Fizik terhadap pencapaian akademik pelajar dalam
kursus Sains Kejuruteraan di politeknik
PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah pengetahuan asas ilmu Fizik dapat menentukan pencapaian akademik pelajar?
2. Adakah hubungkait antara pengaruh asas ilmu Fizik mempengaruhi tahap pencapaian
pelajar di politeknik?
3. Adakah pencapaian mata pelajaran Fizik dalam SPM dapat menentukan pencapaian
akademik pelajar?
SOROTAN KAJIAN
Perkataan Fizik berasal dari perkataan Inggeris Physics. Perkataan Inggeris itu pula berasal
dari perkataan Yunani physis yang bermaksud tabii. Dalam konteks moden, Fizik merupakan
satu cabang ilmu tentang alam kejasmanian, sifat-sifat benda dalam alam itu, dan tindakan
4
bersaling antara benda itu serta perkara-perkara yang berkaitan dengan jirim dalam ruang
(Zuraida, 2005).
Menurut Kamus Dewan Edisi 1991, Fizik merupakan ilmu yang mempelajari sifat-sifat
umum, keseimbangan dan gerakan benda dan juga gejala-gejala panas, cahaya, tenaga elektronik
dan besi berani. Fizik merupakan kajian tentang fenomena alam semulajadi di mana strukturnya
dan dinamiknya dari skala yang terkecil seperti elektron kepada yang terbesar seperti alam
semesta. Ilmu ini mengenai jirim, tenaga, ruang, masa, pergerakan dan daya. Ia merupakan asas
kepada kimia, biologi moden, sains bumi dan teknologi. Kejuruteraan, perubatan moden dan
teknologi komunikasi dan maklumat bergantung erat kepada kemajuan dalam fizik.
Khalijah Mohd Salleh mengatakan bahawa manusia memerlukan ilmu, kemahiran dan
peralatan yang sesuai apabila hendak mengenali, mendapatkan, memproses, mengguna dan
memanfaatkan sumber bahan sama ada dalam keadaan terproses, terpasang siap atau sebagai
bahan buangan. Penggunaan ilmu dan teknik dalam situasi yang khusus agar tercapai ke semua
hasrat manusia inilah yang disebut sebagai aplikasi ilmu.
Menurut Khalijah Mohd Salleh lagi, Fizik adalah ilmu yang merujuk kepada sifat bahan,
hukum hakam yang dipatuhi bahan sehingga terjelma struktur, sifat dan perilaku yang teratur dan
keteraturan seperti yang kita lihat berlaku di hadapan kita. Kegiatan mendapatkan ilmu Fizik
membina kemahiran amali Fizik untuk membolehkan manusia mengubah dan mengguna sumber
seperti yang dihasratkan disebut sebagai kegiatan aplikasi ilmu Fizik.
Motivasi yang dimaksudkan di dalam pembelajaran adalah motivasi insentif. Motivasi insentif
bermaksud bahawa pelajar akan berusaha mecapai sesuatu matlamat dan dengan ini sedikit
sebanyak akan menerima ganjaran kerana mencapainya. Motivasi seperti ini mencerminkan
kecenderungan semulajadi manusia membuat manipulasi, mengawal dan menguasai persekitaran
mereka (Sharifah Alwiyah Al-Sagoff, 1992)
5
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi merupakan satu kaedah bagi menentukan bagaimana kajian ini dijalankan.
Metodologi boleh diperoleh daripada pelbagai rekabentuk kajian yang difikirkan sesuai untuk
mencapai matlamat dan objektif kajian ini.
(a) Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif, di mana data
dikumpulkan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual. Kaedah penyelidikan
jenis ini merupakan penyelidikan bermatlamat untuk menerangkan keadaan atau situasi yang
sedang berlaku.
(b) Populasi dan Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada 24 orang pelajar kejuruteraan mekanikal (mekatronik) dan
38 orang pelajar kejuruteraan awam. Jumlah sampel adalah sebanyak 62 orang daripada jumlah
populasi 75 orang.
Pemilihan 2 kumpulan pelajar ini adalah kerana mereka adalah pelajar yang mengambil
kursus Sains Kejuruteraan pada semester 1 dan membolehkan pengkaji melihat adakah asas
ilmu Fizik mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tersebut.
(c) Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-
pelajar yang dipilih di mana bersesuaian dengan jumlah sampel yang telah dikenalpasti. Kaedah
soal selidik lebih mudah mendapat kerjasama daripada responden. Mereka bebas memilih,
menyuarakan pandangan dan penilaian mengikut kehendak soal selidik serta tahu apa yang
difikirkan. Selain itu, soal selidik merupakan satu instrumen yang lazim digunakan dalam kajian
tinjauan, Tuckman (1988).
6
Soal selidik yang diberi kepada responden menjurus kepada soalan lazim seperti nama,
nombor pendaftaran, program, jabatan dan jantina. Selain itu, responden perlu mengisi beberapa
ruang soalan seperti berikut :
Soalan 1 : Adakah anda pernah mengambil mata pelajaran Fizik semasa di Sekolah Menengah?
Soalan 2 : Adakah anda suka belajar kursus Sains Kejuruteraan semasa di politeknik?
Jawapan kepada 2 soalan di atas memerlukan responden menjawab “Ya” atau “Tidak”.
Kaedah temubual juga dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian. Pendapat ini disokong
oleh Chua Yan Piaw (2006) yang menyatakan dengan mengabungkan kaedah soal selidik dan
kaedah temubual, pengkaji dapat melihat secara jelas pelbagai perspektif mengenai gambaran
sebenar fenomena yang di kaji.
Seterusnya, responden akan ditanya soalan yang memerlukan responden untuk memberi
pendapat seperti berikut :
Soalan 3 : Keputusan penilaian/ peperiksaan akhir kursus Sains Kejuruteraan.
Soalan 4 : Tahap kefahaman anda berkaitan topik dalam Kursus Sains Kejuruteraan.
Soalan 5 : Berikan ulasan anda mengenai kursus Sains Kejuruteraan.
Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 diambil dari SPMP (Sistem Pengurusan
Maklumat Politeknik) dan cara ini memudahkan pengkaji untuk melihat kadar kelulusan
responden bagi sesi yang berkenaan.
7
ANALISA DATA
Persoalan utama adalah untuk melihat hubungkait asas ilmu Fizik dengan penguasaan dan
tahap kefahaman terhadap kursus Sains Kejuruteraan. Jadual 1(a) menunjukkan jumlah pelajar
mengikut program yang mengambil mata pelajaran Fizik dan tidak mengambil mata pelajaran
Fizik di peringkat SPM, manakala Rajah 1(b) adalah graf maklumat tersebut.
Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) Kejuruteraan Awam
Fizik Tiada Fizik Fizik Tiada Fizik
12 12 18 20
Jumlah : 62
Jadual 1(a) Soal selidik soalan 1
Rajah 1(b) :Bilangan Pelajar Mengikut Program Yang Mengambil mata pelajaran Fizik dan
Tidak Mengambil mata pelajaran Fizik SPM
Bagi soalan 2, sebanyak 98.4% responden menjawab “Ya” kepada minat belajar kursus Sains
Kejuruteraan termasuk responden yang tiada asas mata pelajaran Fizik di peringkat SPM.
Sebanyak 1.6% responden menjawab “Tidak” dan mereka adalah dikalangan pelajar yang tidak
mengambil mata pelajaran Fizik di peringkat SPM. Antara sebab mengapa responden menjawab
0
5
10
15
20
25
Kejuruteraan Mekanikal
(Mekatronik)
Kejuruteraan Awam
Fizik
Tiada Fizik
8
“Ya” adalah kerana mereka tidak berkesempatan belajar di peringkat SPM dan mengambil
peluang ini untuk mempelajari Sains Kejuruteraan. Selain itu, responden menyatakan bahawa
kursus ini adalah tunjang utama bidang kejuruteraan. Ada antara responden juga menjawab,
kursus Sains kejuruteraan sangat menarik kerana disertai dengan amali dan membuat responden
sentiasa berfikir tentang konsep-konsep Fizik.
Tahap kefahaman responden berkaitan topik dalam kursus Sains Kejuruteraan adalah
mengikut skala seperti Jadual 1(c) berikut :
Tahap Peratus
Tidak Faham 1.6%
Faham 88.7%
Faham dan boleh menerangkan semula kepada
rakan/pelajar lain
9.7%
Jadual 1(c) : Skala Tahap Kefahaman Pelajar kepada Kursus Sains Kejuruteraan.
Sebanyak 50% daripada responden yang faham dan boleh menerangkan semula kepada rakan
atau pelajar lain adalah mempunyai asas Fizik di peringkat SPM. Mereka berpendapat Sains
kejuruteraan adalah kursus yang penting dalam bidang kejuruteraan dan kursus yang sangat
menarik untuk dipelajari.
Justeru itu, dalam Keputusan peperiksaan akhir sesi Disember 2013, secara keseluruhannya
pengkaji mendapati sebanyak 91.9% pelajar yang menjadi responden kajian lulus dalam kursus
Sains Kejuruteraan dan 8.1% gagal kali pertama. Pelajar yang gagal adalah dari reponden yang
tidak mempunyai asas Fizik. Jadual 1(d) menunjukkan keputusan peperiksaan akhir bagi
responden yang mempunyai asas ilmu Fizik dan tidak mempunyai asas ilmu Fizik di peringkat
SPM.
9
Keputusan Peperiksaan Akhir Ada asas Fizik Tiada asas Fizik
LULUS 30 30
GAGAL - 2
Jumlah 30 32
Jumlah keseluruhan 62
Jadual 1(d) : Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013.
PERBINCANGAN
Persoalan kajian yang menyatakan hubungkait antara pengaruh asas ilmu Fizik akan
mempengaruhi tahap pencapaian pelajar adalah sangat relevan kerana 100% pelajar yang
mempunyai asas ilmu Fizik di peringkat SPM lulus dengan baik dalam Peperiksaan akhir bagi
kursus Sains kejuruteraan.
Menerusi kajian ini, pengkaji mendapati pengetahuan asas ilmu fizik dapat menentukan
pencapaian akademik pelajar ini sejajar dengan maklum balas terhadap kefahaman pelajar dalam
kursus Sains Kejuruteraan yang mana pelajar yang mempunyai asas ilmu Fizik dapat memahami
topik-topik dalam kursus Sains Kejuruteraan dengan baik. Seramai 61 atau 98.4% responden
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Ada Asas Fizik Tiada Asas Fizik
Peratus (%) Keputusan Kursus Sains Kejuruteraan BB101 bagi
Peperiksaan Akhir Dec 2013
Keputusan Peperiksaan Akhir
Dec 2013
10
yang faham serta dapat menerangkan kepada pelajar yang lain topik-topik yang dipelajari dalam
Sains Kejuruteraan. Manakala sebanyak 1.6% responden tidak paham dan tidak dapat menguasai
topik-topik dalam Sains Kejuruteraan dan responden ini juga tidak ada asas Fizik di peringkat
SPM.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, asas Fizik sangat memainkan peranan yang penting dalam kursus
Sains Kejuruteraan di politeknik. Segelintir pelajar kecundang dalam mendapatkan keputusan
yang baik untuk kursus ini kerana tidak mempunyai asas Fizik dan ini amatlah merugikan. Pihak
pengambilan pelajar perlu melihat keadaan ini dan memastikan pelajar yang mengambil bidang
kejuruteraan adalah dikalangan pelajar yang mempunyai asas Fizik di peringkat SPM.
Selain itu, pensyarah juga boleh memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pelajar-
pelajar yang tiada asas ilmu Fizik untuk memahami dan mendalami Fizik sekaligus menguasai
kursus Sains kejuruteraan supaya ia boleh diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan yang lain.
Kesimpulannya, para pelajar yang mempunyai asas fizik lebih cenderung menguasai kursus
Sains Kejuruteraan dan menunjukkan hasil keputusan yang memberangsangkan dalam
peperiksaan akhir semester sesi Disember 2013. Kenyataan ini disokong oleh Noraffandy bin
Yahya (2008), bahawa asas ilmu fizik yang kukuh boleh menyediakan pelajar kepada teori-teori
fizik yang lebih rumit.
CADANGAN
Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian dan analisis yang telah dijalankan, pengkaji telah
mengemukan beberapa cadangan :
(a) Kajian boleh dijalankan dengan melibatkan beberapa program yang ada di PSAS.
11
(b) Kajian boleh dilakukan dengan membandingkan sampel daripada beberapa buah
politeknik lain.
(c) Kajian juga boleh diperluaskan dengan mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam mempelajari kursus Sains Kejuruteraan.
RUJUKAN
Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)."Psikologi Pendidikan II : Psikologi Pembelajaran dan
Kognitif, Bimbingan dan Kaunseling". Selangor: Longman.
Kamus Dewan (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Muqsith Bin Ahmad (2013). “Faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Pencapaian
Akademik Pelajar Lepasan Diploma Politeknik Dan Matrikulasi Terhadap Subjek
Kejuruteraan”.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Chua, Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikkan : Kaedah dan Statistik Penyelidikan”. Buku 1
Mc Graw Hill Education. Kuala Lumpur
Noraffandy Bin Yahaya & Lee Kwan How (2008). “Kajian Terhadap Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 4SPP Dan 4SPF Dalam Subjek Fizik Di Universiti Teknologi
Malaysia”. Universiti Teknologi Malaysia.

More Related Content

What's hot (12)

Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Seminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latestSeminar 1 penulisan latest
Seminar 1 penulisan latest
 
Isu n trens final
Isu n trens finalIsu n trens final
Isu n trens final
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 

Viewers also liked

Penyediaan dan penyajian makanan tingkatan 1
Penyediaan dan penyajian makanan tingkatan 1Penyediaan dan penyajian makanan tingkatan 1
Penyediaan dan penyajian makanan tingkatan 1Ziana J
 
Task 5 nur amalina binti zabidi a142031
Task 5 nur amalina binti zabidi a142031Task 5 nur amalina binti zabidi a142031
Task 5 nur amalina binti zabidi a142031amalinazabidi
 
Kuih tempatan bab 3 ting 1
Kuih tempatan bab 3 ting 1Kuih tempatan bab 3 ting 1
Kuih tempatan bab 3 ting 1Ziana J
 
Bab satu keselamatan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal
Bab satu keselamatan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikalBab satu keselamatan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal
Bab satu keselamatan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikalhasnul73
 
Kertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasanganKertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasanganKusnin Lan
 
Malaysia an introduction
Malaysia an introductionMalaysia an introduction
Malaysia an introductionkeyme kissme
 
Bab 1 ting 4 pengenalan kejuruteraan mekanikal
Bab 1 ting 4 pengenalan kejuruteraan mekanikalBab 1 ting 4 pengenalan kejuruteraan mekanikal
Bab 1 ting 4 pengenalan kejuruteraan mekanikalIskandar7007
 
Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Mara
 
Keselamatan & kesihatan pekerjaan
Keselamatan & kesihatan pekerjaanKeselamatan & kesihatan pekerjaan
Keselamatan & kesihatan pekerjaanHukaida Hamzah
 
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (mariahlambak
 
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah PencegahanAsas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah PencegahanNorrazman Zaiha Zainol
 
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Tengkurex
 
Bab 9 Kuih Tempatan Ting 1 ERT
Bab 9 Kuih Tempatan Ting 1 ERTBab 9 Kuih Tempatan Ting 1 ERT
Bab 9 Kuih Tempatan Ting 1 ERTcikgusidah
 
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1MISDEC
 
Task 6 nur amalina binti zabidi a142031
Task 6 nur amalina binti zabidi a142031Task 6 nur amalina binti zabidi a142031
Task 6 nur amalina binti zabidi a142031amalinazabidi
 
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Ziana J
 
Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Ezuan Atok
 
Muka depan fakulti kejuruteraan awam
Muka depan fakulti kejuruteraan awamMuka depan fakulti kejuruteraan awam
Muka depan fakulti kejuruteraan awamMuhd Effandi
 

Viewers also liked (20)

Penyediaan dan penyajian makanan tingkatan 1
Penyediaan dan penyajian makanan tingkatan 1Penyediaan dan penyajian makanan tingkatan 1
Penyediaan dan penyajian makanan tingkatan 1
 
Task 5 nur amalina binti zabidi a142031
Task 5 nur amalina binti zabidi a142031Task 5 nur amalina binti zabidi a142031
Task 5 nur amalina binti zabidi a142031
 
Kuih tempatan bab 3 ting 1
Kuih tempatan bab 3 ting 1Kuih tempatan bab 3 ting 1
Kuih tempatan bab 3 ting 1
 
Bab satu keselamatan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal
Bab satu keselamatan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikalBab satu keselamatan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal
Bab satu keselamatan di dalam bengkel kejuruteraan mekanikal
 
Kertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasanganKertas kerja lukisan pemasangan
Kertas kerja lukisan pemasangan
 
Akta1994
Akta1994Akta1994
Akta1994
 
Malaysia an introduction
Malaysia an introductionMalaysia an introduction
Malaysia an introduction
 
Bab 1 ting 4 pengenalan kejuruteraan mekanikal
Bab 1 ting 4 pengenalan kejuruteraan mekanikalBab 1 ting 4 pengenalan kejuruteraan mekanikal
Bab 1 ting 4 pengenalan kejuruteraan mekanikal
 
Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4Unit 2 concrete material 2.1-2.4
Unit 2 concrete material 2.1-2.4
 
Keselamatan & kesihatan pekerjaan
Keselamatan & kesihatan pekerjaanKeselamatan & kesihatan pekerjaan
Keselamatan & kesihatan pekerjaan
 
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
 
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah PencegahanAsas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 4 - Langkah Pencegahan
 
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
 
Nota lukisan kejuruteraan
Nota lukisan kejuruteraanNota lukisan kejuruteraan
Nota lukisan kejuruteraan
 
Bab 9 Kuih Tempatan Ting 1 ERT
Bab 9 Kuih Tempatan Ting 1 ERTBab 9 Kuih Tempatan Ting 1 ERT
Bab 9 Kuih Tempatan Ting 1 ERT
 
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
 
Task 6 nur amalina binti zabidi a142031
Task 6 nur amalina binti zabidi a142031Task 6 nur amalina binti zabidi a142031
Task 6 nur amalina binti zabidi a142031
 
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2
 
Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Buku papan suis utama
Buku papan suis utama
 
Muka depan fakulti kejuruteraan awam
Muka depan fakulti kejuruteraan awamMuka depan fakulti kejuruteraan awam
Muka depan fakulti kejuruteraan awam
 

Similar to Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sains Kejuruteraan Sesi Disember 2013

KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningcombi07
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Pembangunan_Dan_Kebolehgunaan_Kit_Ultrasonik_Sensor_Arduino_Bagi.pptx
Pembangunan_Dan_Kebolehgunaan_Kit_Ultrasonik_Sensor_Arduino_Bagi.pptxPembangunan_Dan_Kebolehgunaan_Kit_Ultrasonik_Sensor_Arduino_Bagi.pptx
Pembangunan_Dan_Kebolehgunaan_Kit_Ultrasonik_Sensor_Arduino_Bagi.pptxmuhdhaziq180063
 
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sainsSikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sainsBasikal Tua
 
Jenis kajian tindakan
Jenis kajian tindakanJenis kajian tindakan
Jenis kajian tindakanRibut Taufan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
Kurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapuraKurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapuranuruladni1234
 
Jurutera Mekanikal & Kemahiran Profesional
Jurutera Mekanikal & Kemahiran ProfesionalJurutera Mekanikal & Kemahiran Profesional
Jurutera Mekanikal & Kemahiran ProfesionalWan Omar Ali Saifuddin
 
jdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdfjdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdfEppAndyy70
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995Sandhrigah Krishnan
 

Similar to Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sains Kejuruteraan Sesi Disember 2013 (20)

KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
JURNAL SAINS 1
JURNAL SAINS 1JURNAL SAINS 1
JURNAL SAINS 1
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Pembangunan_Dan_Kebolehgunaan_Kit_Ultrasonik_Sensor_Arduino_Bagi.pptx
Pembangunan_Dan_Kebolehgunaan_Kit_Ultrasonik_Sensor_Arduino_Bagi.pptxPembangunan_Dan_Kebolehgunaan_Kit_Ultrasonik_Sensor_Arduino_Bagi.pptx
Pembangunan_Dan_Kebolehgunaan_Kit_Ultrasonik_Sensor_Arduino_Bagi.pptx
 
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sainsSikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
 
cabis
cabiscabis
cabis
 
Jenis kajian tindakan
Jenis kajian tindakanJenis kajian tindakan
Jenis kajian tindakan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
1
11
1
 
Jdidik27 03
Jdidik27 03Jdidik27 03
Jdidik27 03
 
Kurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapuraKurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapura
 
Jurnal kajian minat
Jurnal kajian minatJurnal kajian minat
Jurnal kajian minat
 
Kajian bacaan artikel
Kajian bacaan artikelKajian bacaan artikel
Kajian bacaan artikel
 
Jurutera Mekanikal & Kemahiran Profesional
Jurutera Mekanikal & Kemahiran ProfesionalJurutera Mekanikal & Kemahiran Profesional
Jurutera Mekanikal & Kemahiran Profesional
 
jdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdfjdidik27-03.pdf
jdidik27-03.pdf
 
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995Tugasan  1 Ulasan Jurnal M20132001995
Tugasan 1 Ulasan Jurnal M20132001995
 

Recently uploaded

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (8)

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Pengaruh Asas Ilmu Fizik Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Sains Kejuruteraan Sesi Disember 2013

  • 1. 1 PENGARUH ASAS ILMU FIZIK TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR BAGI KURSUS SAINS KEJURUTERAAN SESI DISEMBER 2013 Noormala binti Abdullah,Suhana Binti Ramli dan Noor Azilla binti Md Radzi Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer Politeknik Sultan Azlan Shah noormala@psas.edu.my, suhana@psas.edu.my, azilla@psas.edu.my Abstrak: Kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh asas Fizik terhadap pencapaian akademik pelajar bagi kursus Sains Kejuruteraan, BB 101 (Engineering Science). Ia dilakukan untuk mengetahui dan mengenalpasti samada pelajar yang mempunyai atau mempelajari asas ilmu Fizik mampu mencapai keputusan yang baik dalam kursus sains kejuruteraan yang ditawarkan oleh politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini melibatkan pelajar- pelajar semester 1 bagi bidang kejuruteraan (awam dan mekanikal). Di dalam membuat penilaian ke atas pelajar-pelajar ini, beberapa kriteria yang difikirkan perlu diambil kira antaranya seperti jantina, keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), motivasi dan lain-lain. Seramai 24 orang pelajar dari kejuruteraan mekanikal (mekatronik) dan 38 orang pelajar kejuruteraan awam telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Borang soal selidik dan juga kaedah temubual telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian mendapati seramai 1.6% pelajar yang gagal kali pertama pada peperiksaan akhir bagi kursus sains kejuruteraan BB101 (Engineering Science) adalah pelajar yang tiada asas ilmu Fizik di peringkat SPM. Kata kunci : Pengaruh asas ilmu Fizik, Sains Kejuruteraan, pencapaian pelajar PENGENALAN Kursus Sains Kejuruteraan, BB101 (Engineering Science) adalah kursus yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar kejuruteraan semester 1 politeknik. Pelajar-pelajar akan mempelajari topik-topik berkaitan Fizik untuk kursus ini. Sebagai salah satu syarat wajib pelajar politeknik
  • 2. 2 dari bidang kejuruteraan, pelajar perlu sekurang-kurangnya lulus dalam kursus sains kejuruteraan. Topik-topik yang diajar dalam kursus Sains Kejuruteraan antaranya adalah pengukuran dan kuantiti fizikal, gerakan garis lurus, daya, kerja, tenaga dan kuasa, pepejal dan bendalir, suhu dan haba seterusnya asas elektrik. Fizik adalah cabang ilmu sains yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian. Pelajar memerlukan masa yang panjang untuk menguasai sekaligus memahami konsep-konsep yang terdapat dalam subjek ini. Dalam bidang kejuruteraan, ilmu Fizik sangat penting kerana banyak konsep-konsep Fizik yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah contohnya konsep momen yang memerlukan pelajar bidang kejuruteraan awam untuk mencari titik graviti dalam sesuatu pembinaan bangunan dan konsep tekanan di dalam bendalir di mana pelajar bidang kejuruteraan mekanikal mengaplikasikan konsep tersebut dalam pembuatan sistem hidraulik. Pelbagai lagi masalah – masalah bidang kejuruteraan yang boleh diselesaikan dengan mengaplikasi konsep Fizik. Kepentingan Fizik dalam bidang kejuruteraan amat tinggi dan ia sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kajian ini ingin melihat sejauh mana pengaruh asas ilmu Fizik memainkan peranan dalam pencapaian pelajar dalam kursus Sains Kejuruteraan. PERNYATAAN MASALAH Pelajar-pelajar yang memasuki politeknik kebanyakkannya adalah pelajar dari sekolah menengah teknik (aliran teknik dan vokasional) dan sekolah harian. Kebanyakkan di antara pelajar-pelajar ini pernah mengambil Fizik dan ada juga yang tidak mengambil Fizik di peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar semester 1 di politeknik dalam bidang kejuruteraan adalah kursus Sains Kejuruteraan di mana kursus ini adalah sangat sinonim dengan subjek Fizik. Fizik adalah cabang ilmu sains yang banyak diaplikasikan dalam bidang
  • 3. 3 kejuruteraan. Oleh sebab itu, pencapaian pelajar dalam kursus Sains Kejuruteraan akan melihat sejauh mana kefahaman pelajar untuk mendalami bidang kejuruteraan. Kebolehupayaan pelajar dalam menguasai kursus Sains Kejuruteraan akan dilihat pada tahap penguasaan pelajar dalam subjek Fizik. Kajian ini perlu dijalankan kerana ia akan memberi impak kepada pihak yang berkenaan terutama kementerian dalam pemilihan pelajar ke politeknik untuk bidang kejuruteraan. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenalpasti pencapaian akademik pelajar bagi kursus Sains Kejuruteraan 2. Mengenalpasti pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran Fizik di peringkat SPM 3. Mengenalpasti pengaruh asas ilmu Fizik terhadap pencapaian akademik pelajar dalam kursus Sains Kejuruteraan di politeknik PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah pengetahuan asas ilmu Fizik dapat menentukan pencapaian akademik pelajar? 2. Adakah hubungkait antara pengaruh asas ilmu Fizik mempengaruhi tahap pencapaian pelajar di politeknik? 3. Adakah pencapaian mata pelajaran Fizik dalam SPM dapat menentukan pencapaian akademik pelajar? SOROTAN KAJIAN Perkataan Fizik berasal dari perkataan Inggeris Physics. Perkataan Inggeris itu pula berasal dari perkataan Yunani physis yang bermaksud tabii. Dalam konteks moden, Fizik merupakan satu cabang ilmu tentang alam kejasmanian, sifat-sifat benda dalam alam itu, dan tindakan
  • 4. 4 bersaling antara benda itu serta perkara-perkara yang berkaitan dengan jirim dalam ruang (Zuraida, 2005). Menurut Kamus Dewan Edisi 1991, Fizik merupakan ilmu yang mempelajari sifat-sifat umum, keseimbangan dan gerakan benda dan juga gejala-gejala panas, cahaya, tenaga elektronik dan besi berani. Fizik merupakan kajian tentang fenomena alam semulajadi di mana strukturnya dan dinamiknya dari skala yang terkecil seperti elektron kepada yang terbesar seperti alam semesta. Ilmu ini mengenai jirim, tenaga, ruang, masa, pergerakan dan daya. Ia merupakan asas kepada kimia, biologi moden, sains bumi dan teknologi. Kejuruteraan, perubatan moden dan teknologi komunikasi dan maklumat bergantung erat kepada kemajuan dalam fizik. Khalijah Mohd Salleh mengatakan bahawa manusia memerlukan ilmu, kemahiran dan peralatan yang sesuai apabila hendak mengenali, mendapatkan, memproses, mengguna dan memanfaatkan sumber bahan sama ada dalam keadaan terproses, terpasang siap atau sebagai bahan buangan. Penggunaan ilmu dan teknik dalam situasi yang khusus agar tercapai ke semua hasrat manusia inilah yang disebut sebagai aplikasi ilmu. Menurut Khalijah Mohd Salleh lagi, Fizik adalah ilmu yang merujuk kepada sifat bahan, hukum hakam yang dipatuhi bahan sehingga terjelma struktur, sifat dan perilaku yang teratur dan keteraturan seperti yang kita lihat berlaku di hadapan kita. Kegiatan mendapatkan ilmu Fizik membina kemahiran amali Fizik untuk membolehkan manusia mengubah dan mengguna sumber seperti yang dihasratkan disebut sebagai kegiatan aplikasi ilmu Fizik. Motivasi yang dimaksudkan di dalam pembelajaran adalah motivasi insentif. Motivasi insentif bermaksud bahawa pelajar akan berusaha mecapai sesuatu matlamat dan dengan ini sedikit sebanyak akan menerima ganjaran kerana mencapainya. Motivasi seperti ini mencerminkan kecenderungan semulajadi manusia membuat manipulasi, mengawal dan menguasai persekitaran mereka (Sharifah Alwiyah Al-Sagoff, 1992)
  • 5. 5 METODOLOGI KAJIAN Metodologi merupakan satu kaedah bagi menentukan bagaimana kajian ini dijalankan. Metodologi boleh diperoleh daripada pelbagai rekabentuk kajian yang difikirkan sesuai untuk mencapai matlamat dan objektif kajian ini. (a) Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif, di mana data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual. Kaedah penyelidikan jenis ini merupakan penyelidikan bermatlamat untuk menerangkan keadaan atau situasi yang sedang berlaku. (b) Populasi dan Sampel Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada 24 orang pelajar kejuruteraan mekanikal (mekatronik) dan 38 orang pelajar kejuruteraan awam. Jumlah sampel adalah sebanyak 62 orang daripada jumlah populasi 75 orang. Pemilihan 2 kumpulan pelajar ini adalah kerana mereka adalah pelajar yang mengambil kursus Sains Kejuruteraan pada semester 1 dan membolehkan pengkaji melihat adakah asas ilmu Fizik mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tersebut. (c) Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar- pelajar yang dipilih di mana bersesuaian dengan jumlah sampel yang telah dikenalpasti. Kaedah soal selidik lebih mudah mendapat kerjasama daripada responden. Mereka bebas memilih, menyuarakan pandangan dan penilaian mengikut kehendak soal selidik serta tahu apa yang difikirkan. Selain itu, soal selidik merupakan satu instrumen yang lazim digunakan dalam kajian tinjauan, Tuckman (1988).
  • 6. 6 Soal selidik yang diberi kepada responden menjurus kepada soalan lazim seperti nama, nombor pendaftaran, program, jabatan dan jantina. Selain itu, responden perlu mengisi beberapa ruang soalan seperti berikut : Soalan 1 : Adakah anda pernah mengambil mata pelajaran Fizik semasa di Sekolah Menengah? Soalan 2 : Adakah anda suka belajar kursus Sains Kejuruteraan semasa di politeknik? Jawapan kepada 2 soalan di atas memerlukan responden menjawab “Ya” atau “Tidak”. Kaedah temubual juga dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian. Pendapat ini disokong oleh Chua Yan Piaw (2006) yang menyatakan dengan mengabungkan kaedah soal selidik dan kaedah temubual, pengkaji dapat melihat secara jelas pelbagai perspektif mengenai gambaran sebenar fenomena yang di kaji. Seterusnya, responden akan ditanya soalan yang memerlukan responden untuk memberi pendapat seperti berikut : Soalan 3 : Keputusan penilaian/ peperiksaan akhir kursus Sains Kejuruteraan. Soalan 4 : Tahap kefahaman anda berkaitan topik dalam Kursus Sains Kejuruteraan. Soalan 5 : Berikan ulasan anda mengenai kursus Sains Kejuruteraan. Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 diambil dari SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik) dan cara ini memudahkan pengkaji untuk melihat kadar kelulusan responden bagi sesi yang berkenaan.
  • 7. 7 ANALISA DATA Persoalan utama adalah untuk melihat hubungkait asas ilmu Fizik dengan penguasaan dan tahap kefahaman terhadap kursus Sains Kejuruteraan. Jadual 1(a) menunjukkan jumlah pelajar mengikut program yang mengambil mata pelajaran Fizik dan tidak mengambil mata pelajaran Fizik di peringkat SPM, manakala Rajah 1(b) adalah graf maklumat tersebut. Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) Kejuruteraan Awam Fizik Tiada Fizik Fizik Tiada Fizik 12 12 18 20 Jumlah : 62 Jadual 1(a) Soal selidik soalan 1 Rajah 1(b) :Bilangan Pelajar Mengikut Program Yang Mengambil mata pelajaran Fizik dan Tidak Mengambil mata pelajaran Fizik SPM Bagi soalan 2, sebanyak 98.4% responden menjawab “Ya” kepada minat belajar kursus Sains Kejuruteraan termasuk responden yang tiada asas mata pelajaran Fizik di peringkat SPM. Sebanyak 1.6% responden menjawab “Tidak” dan mereka adalah dikalangan pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Fizik di peringkat SPM. Antara sebab mengapa responden menjawab 0 5 10 15 20 25 Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) Kejuruteraan Awam Fizik Tiada Fizik
  • 8. 8 “Ya” adalah kerana mereka tidak berkesempatan belajar di peringkat SPM dan mengambil peluang ini untuk mempelajari Sains Kejuruteraan. Selain itu, responden menyatakan bahawa kursus ini adalah tunjang utama bidang kejuruteraan. Ada antara responden juga menjawab, kursus Sains kejuruteraan sangat menarik kerana disertai dengan amali dan membuat responden sentiasa berfikir tentang konsep-konsep Fizik. Tahap kefahaman responden berkaitan topik dalam kursus Sains Kejuruteraan adalah mengikut skala seperti Jadual 1(c) berikut : Tahap Peratus Tidak Faham 1.6% Faham 88.7% Faham dan boleh menerangkan semula kepada rakan/pelajar lain 9.7% Jadual 1(c) : Skala Tahap Kefahaman Pelajar kepada Kursus Sains Kejuruteraan. Sebanyak 50% daripada responden yang faham dan boleh menerangkan semula kepada rakan atau pelajar lain adalah mempunyai asas Fizik di peringkat SPM. Mereka berpendapat Sains kejuruteraan adalah kursus yang penting dalam bidang kejuruteraan dan kursus yang sangat menarik untuk dipelajari. Justeru itu, dalam Keputusan peperiksaan akhir sesi Disember 2013, secara keseluruhannya pengkaji mendapati sebanyak 91.9% pelajar yang menjadi responden kajian lulus dalam kursus Sains Kejuruteraan dan 8.1% gagal kali pertama. Pelajar yang gagal adalah dari reponden yang tidak mempunyai asas Fizik. Jadual 1(d) menunjukkan keputusan peperiksaan akhir bagi responden yang mempunyai asas ilmu Fizik dan tidak mempunyai asas ilmu Fizik di peringkat SPM.
  • 9. 9 Keputusan Peperiksaan Akhir Ada asas Fizik Tiada asas Fizik LULUS 30 30 GAGAL - 2 Jumlah 30 32 Jumlah keseluruhan 62 Jadual 1(d) : Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013. PERBINCANGAN Persoalan kajian yang menyatakan hubungkait antara pengaruh asas ilmu Fizik akan mempengaruhi tahap pencapaian pelajar adalah sangat relevan kerana 100% pelajar yang mempunyai asas ilmu Fizik di peringkat SPM lulus dengan baik dalam Peperiksaan akhir bagi kursus Sains kejuruteraan. Menerusi kajian ini, pengkaji mendapati pengetahuan asas ilmu fizik dapat menentukan pencapaian akademik pelajar ini sejajar dengan maklum balas terhadap kefahaman pelajar dalam kursus Sains Kejuruteraan yang mana pelajar yang mempunyai asas ilmu Fizik dapat memahami topik-topik dalam kursus Sains Kejuruteraan dengan baik. Seramai 61 atau 98.4% responden 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Ada Asas Fizik Tiada Asas Fizik Peratus (%) Keputusan Kursus Sains Kejuruteraan BB101 bagi Peperiksaan Akhir Dec 2013 Keputusan Peperiksaan Akhir Dec 2013
  • 10. 10 yang faham serta dapat menerangkan kepada pelajar yang lain topik-topik yang dipelajari dalam Sains Kejuruteraan. Manakala sebanyak 1.6% responden tidak paham dan tidak dapat menguasai topik-topik dalam Sains Kejuruteraan dan responden ini juga tidak ada asas Fizik di peringkat SPM. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, asas Fizik sangat memainkan peranan yang penting dalam kursus Sains Kejuruteraan di politeknik. Segelintir pelajar kecundang dalam mendapatkan keputusan yang baik untuk kursus ini kerana tidak mempunyai asas Fizik dan ini amatlah merugikan. Pihak pengambilan pelajar perlu melihat keadaan ini dan memastikan pelajar yang mengambil bidang kejuruteraan adalah dikalangan pelajar yang mempunyai asas Fizik di peringkat SPM. Selain itu, pensyarah juga boleh memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pelajar- pelajar yang tiada asas ilmu Fizik untuk memahami dan mendalami Fizik sekaligus menguasai kursus Sains kejuruteraan supaya ia boleh diaplikasikan dalam bidang kejuruteraan yang lain. Kesimpulannya, para pelajar yang mempunyai asas fizik lebih cenderung menguasai kursus Sains Kejuruteraan dan menunjukkan hasil keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan akhir semester sesi Disember 2013. Kenyataan ini disokong oleh Noraffandy bin Yahya (2008), bahawa asas ilmu fizik yang kukuh boleh menyediakan pelajar kepada teori-teori fizik yang lebih rumit. CADANGAN Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian dan analisis yang telah dijalankan, pengkaji telah mengemukan beberapa cadangan : (a) Kajian boleh dijalankan dengan melibatkan beberapa program yang ada di PSAS.
  • 11. 11 (b) Kajian boleh dilakukan dengan membandingkan sampel daripada beberapa buah politeknik lain. (c) Kajian juga boleh diperluaskan dengan mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari kursus Sains Kejuruteraan. RUJUKAN Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)."Psikologi Pendidikan II : Psikologi Pembelajaran dan Kognitif, Bimbingan dan Kaunseling". Selangor: Longman. Kamus Dewan (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Muqsith Bin Ahmad (2013). “Faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Pencapaian Akademik Pelajar Lepasan Diploma Politeknik Dan Matrikulasi Terhadap Subjek Kejuruteraan”.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana. Chua, Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikkan : Kaedah dan Statistik Penyelidikan”. Buku 1 Mc Graw Hill Education. Kuala Lumpur Noraffandy Bin Yahaya & Lee Kwan How (2008). “Kajian Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 4SPP Dan 4SPF Dalam Subjek Fizik Di Universiti Teknologi Malaysia”. Universiti Teknologi Malaysia.