SlideShare a Scribd company logo
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
1 | P a g e K U M P U L A N 3
1.0 PENDAHULUAN
Sejarah tamadun dunia bermula dengan masyarakat pertanian yang bergantung hidup
dengan aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang ringkas dan mudah. Dalam abad ke-
19 tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciri
pengkhususan dan memberi keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi komoditi.
Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai
'knowledge age' atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan kepentingan maklumat,
kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat.2
Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Zaman
Kristian ataupun Zaman Umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001
hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan
pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1.Biasanya, penggunaan umum mengganggap
bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000
sehingga 2099. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar
yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun
diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan
abad ke-21.1
Kesan globalisasi adalah meluas dan infiniti. Dalam konteks kehidupan manusia,
globalisasi meliputi bidang politik, sosial, dan ekonomi. Globalisasi menjadikan segala-
galanya milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Yusof al-Qardhawi (2001),
mendefinisikan globalisasi dengan maksud mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang
dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh dunia. Berdasarkan
kefahaman ini, globalisasi dikenali dengan pelbagai istilah seperti “dunia tanpa sempadan‟
(borderless world), “kampung global‟ atau “desa sejagat‟ (global village) dan “dasar langit
terbuka‟ (open sky policy) dan menjadi suatu fenomena baru dalam mewujudkan ciri-ciri
pensejagatan. Dalam erti kata yang lain, dunia dijadikan suatu pentas yang kecil agar mudah
terjangkau dalam waktu yang singkat.2
1
Syarifah Nor Puteh. (1997). Kurikulum Abad 21. Konvensyen PERPEMA Ke 9. Kuala Lumpur.
2
Kariman, T. M. (2002). Strategi Pembelajaran Abad 21. Jakarta: Makalah.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
2 | P a g e K U M P U L A N 3
Oleh yang demikian, artikel ini akan menghuraikan bagaimana menyediakan modal insan
untuk menempuh segala cabaran abad ke-21 ini secara umumnya dan cabaran globalisasi
secara khasnya. Bermula dengan sistem pendidikan, kemahiran, guru seterusnya pelajar abad
ke-21, artikel ini menjelaskan apa yang perlu ada bagi setiap aspek tersebut sabagai bekalan
modal insan menghadapi cabaran ke 6 wawasan 2020 iaitu “Mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang
bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan”.
2.0 PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan
generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan
banyak bahan- bahan penulisan yang mengulas
mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan
dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan.
Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah
pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai
dengan perkembangan teknologi cyber dan akses
kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk”
semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih
dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan
semasa.
Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari
bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah
perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah
kehadapan. Guru- guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus
perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar
dan memenuhi keperluan murid.
Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
3 | P a g e K U M P U L A N 3
Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada
tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru
ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi
maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.4
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan
pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun
2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025).3
2.0.1 Kemahiran-Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Abad Ke-21:
2.0.2 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
4 | P a g e K U M P U L A N 3
Gambar 1: Ciri-Ciri Kemahiran Abad Ke 21 Dalam Pendidikan
2.0.3 Ciri-Ciri Kemahiran Abad Ke 21 Dalam Pendidikan
Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki
Kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan
kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam
menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut :-
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
5 | P a g e K U M P U L A N 3
Antara buku-buku serta keratan akhbar yang berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21 ialah :-
Gambar 1: Learing For Life In
Our Times, Bernie Trilling & Charles
Fadel
Gambar 2: Creativity for 21st Century
Skills, Jane Piirto
Gambar 3: Keratan Akhbar mengenai isu guru KPLI kurang kualiti
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
6 | P a g e K U M P U L A N 3
Gambar 4: Keratan Akbar mengenai guru di Terengganu mengubah
landskap pendidikan dari sudut teknologi
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
7 | P a g e K U M P U L A N 3
2.1 CABARAN-CABARAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM
PENDIDIKAN
Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting
dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana
uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang.
Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategi yang boleh meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat
menangani cabaran-cabaran abad ke-21.3
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya
dan politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh
menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intelektual capital akan menjadi asas kukuh
daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang
berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hirarki tradisional. Persaingan
melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip
dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh
itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru
perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan
negara.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam
ucapan menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta
rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat
perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi
tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing.
Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu
bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah
seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat
kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani. Kerap juga Perdana Menteri dalam
ucapannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".6
Antara cabarannya ialah cabaran Alaf Baru. Perubahan-perubahan yang hebat dan
pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan
3
Rashid, A. R. A. (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
8 | P a g e K U M P U L A N 3
dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi
cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan
kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut
seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan
Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan
dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial
yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda
penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah
pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.1
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan
kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah
daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa.
Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama
ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan
"Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat
melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan
keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap
individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu
pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai
tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan
individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.6
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang
penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu
menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan-kemungkinan berupa
masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa
bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan
maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan
menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang
terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna
jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan
kebudayaan yang terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
9 | P a g e K U M P U L A N 3
Ibrahim, menganjurkan satu gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat
maju Malaysia ialah dengan mengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani
ialah "suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin
keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat
yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi
dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan
mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan
serta ketelusan sistem.
Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng
sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para
pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang secara komited
menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk
masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.
2.2 BILIK DARJAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21
2.2.1 Konsep Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Konsep bilik darjah yang ideal mestilah berubah mengikut perkembangan pendidikan
semasa. Kewujudan bilik darjah dalam usaha merealisasikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan sangat berkait rapat dengan kesediaan guru mengurus ruang
pembelajaran tersebut secara optimum. Richards (1990), mentafsirkan bilik darjah sebagai
organisasi dan kawalan guru pada tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa
pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut
Guy (1999), sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang
dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,
merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan
masa pelajaran. Oleh itu, konsep bilik darjah dapat ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan
atau ciri penyusunan fizikalnya. Bilik darjah boleh berupa sebuah bilik, padang, makmal
sains, dewan, atau makmal komputer tetapi keberkesanan fungsinya sangat bergantung
kepada pengurusannya.3
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
10 | P a g e K U M P U L A N 3
2.2.2 Ciri-Ciri Bilik Darjah Abad ke-21
Jadual 1: Menunjukkan elemen dan huraian ciri-ciri bilik darjah abad ke-21
Bil. Elemen Maksud Huraian
1. Bilik Khas Bilik mengikut keperluan
seperti :-
 Makmal Sains
 Bilik Kemahiran
Hidup
 Bilik Media
 Bilik Tayang
Bilik darjah berasaskan mata pelajaran
teras atau kritikal.
 Kerusi meja disusun mengikut
kumpulan.
 Pelbagai peralatan yang berkiatan
dengan mata pelajaran.
 Bahan Bantu Mengajar (BBM).
2. Bilik Khas Mata
Pelajaran
Bilik mengikut mata
pelajaran seperti :-
 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Matematik
Bilik darjah berdasarkan mata pelajaran
teras.
 Kerusi meja disusun mengikut
model kumpulan.
 Bahan Bantu Mengajar (BBM)
 Media cetak seperti buku, kamus,
majalah untuk bahan bantu
mengajar dan bahan bantu belajar.
 Jaudal penggunaan bilik
disediakan.
 Bilik khas untuk guru mata
pelajaran berkenaan.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
11 | P a g e K U M P U L A N 3
2.2.3 Susun Atur Meja dan Kerusi Murid
Jadual 2: Elemen beserta huraian cara susun atur meja dan kerusi murid
Bil. Elemen Maksud Huraian
1. Meja dan kerusi Kerusi dan meja murid
disusun secara
berkumpulan.
 Disusun mengikut kumpulan antara
4 hingga 5 orang mengikut
kebolehan masing-masing atau
pelbagai kebolehan dan
menjalankan aktiviti berkumpulan
secara kolaboratif. Guru sebagai
pemudah cara.
2. Komputer Sebuah computer untuk
setiap kumpulan murid.
 Mengakses maklumat atau
pembelajaran secara dalam talian.
 Melaksanakan tugasan kumpulan
atau digunakan untuk pembelajaran
melalui proses komunikasi,
kolaboratif dan persaingan sihat
antara kumpulan.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
12 | P a g e K U M P U L A N 3
2.2.4 Peralatan Tambahan
Jadual 3: Elemen beserta huraian bagi peralatan tambahan
Bil. Elemen Maksud Huraian
1. Komputer Komputer untuk
kegunaan guru.
Untuk proses pengajaran dan pembelajaran :-
 mengakses maklumat
 menyempurnakan tugasan
 pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian melalui komunikasi secara
maya.
2. IQ-Board,
Smart Board
Papan interaktif  Layar paparan interakftif menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi.
 Proses pengajaran dan pembelajaran
bersifat interaktif antara guru dengan
murid, dan murid dengan murid.
3. Papan putih
dan Papan
kenyataan
 Papan putih
di hadapan
bilik darjah
 Papan
kenyataan di
sekeliling
bilik darjah.
 Papan putih lebih praktikal.
 Papan kenyataan untuk menampal hasil-
hasil kerja, perbincangan dan bahan
bantu mengajar.
Gambar 7 : IQ-Board Gambar 8 : Smart Board Gambar 9 : Hasil kerja murid
dipamerkan
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
13 | P a g e K U M P U L A N 3
2.2.5 Model Bilik Darjah Abad Ke-21
Gambar 10 : Contoh susunan bilik darjah abad 21 Gambar 11: Contoh susunan bilik darjah abad 21
Gambar 12: Contoh susunan bilik darjah abad 21 Gambar 13: Contoh susunan bilik darjah abad 21
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
14 | P a g e K U M P U L A N 3
Gambar 14: Contoh susunan bilik darjah abad 21 Gambar 15: Contoh susunan bilik darjah abad 21
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
15 | P a g e K U M P U L A N 3
2.2.6 Contoh Suasana Bilik Darjah Abad Ke-21
Gambar 16: Contoh gambaran sebenar susunan bilik darjah abad 21
3.0 GURU ABAD KE--21
Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang
berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara maju. Amanah ini merupakan
tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidikan terutama guru-guru
di bilik darjah. Peranan dan komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi
sangat mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti dan
bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian Pendidikan untuk
merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.3
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
16 | P a g e K U M P U L A N 3
Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat sekolah yang paling penting bagi
keberhasilan murid. Salah satu kajian yang menarik pada pertengahan 1990-an menunjukkan
bahawa dua orang murid sebaya dengan prestasi sederhana yang diajar oleh dua orang guru
yang berbeza berbeza prestasi telah menunjukkan prestasi pencapaian akademik yang juga
beza dalam tempoh tiga tahun.
Dapatan kajian mengenai kualiti guru sememangnya sudah dijangka dan membuktikan
bahawa peranan dan kualiti guru amat besar kesannya terhadap keberhasilan murid. Malah
pernah dinyatakan oleh Barber dan Mourshed (2007) dalam bukunya How the World’s Best
Performing Systems Come Out on Top “bahawa kualiti sesuatu sistem sekolah (pendidikan)
tidak boleh melebihi kualiti gurunya”. Hakikat bahawa sebaik mana kualiti sesuatu sistem
pendidikan itu dirangka dan dibangunkan tidak memberi sebarang makna jika kualiti individu
guru itu sendiri tidak terlebih dahulu dipertingkatkan dari aspek komitmen dan kompetensi.
Menyedari peranan penting dan perlunya semangat kebersamaan dalam kalangan warga guru
untuk menjayakan agenda transformasi pendidikan negara.3
Ciri-ciri guru yang cemerlang bagi mendepani cabaran pembelajaran Abad ke-21:-
1) Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum.
2) Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi.
3) Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka.
4) Memahami psikologi pembelajaran.
5) Memiliki kemahiran kaunseling.
6) Menggunakan teknologi terkini.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
17 | P a g e K U M P U L A N 3
3.1 CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21
3.1.1 Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum
Guru abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik.
Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui oleh setiap guru.
Antara pengetahuan isi kandungan kurikulum yang perlu difokuskan ialah:
 Kesediaan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara
terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna
pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum merupakan kesediaan terpenting
untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.
 Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau
konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk
dalam mata pelajaran berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru seharusnya memiliki
pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu
semasa.
 Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu
dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya,
sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru
perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh,
analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat
mengikut tahap pemikiran pelajar.4
 Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu mata pelajaran dan ilmu
pedagogi. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama
ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman
pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Hal ini bermakna tanpa menguasai
kandungan kurikulum, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar
tentang tajuk yang dipelajari.
4
Tilaar, H. A. R. (1998). Beberapa agenda reformasi pendidikan nasional dalam perspektif abad 21. IndonesiaTera.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
18 | P a g e K U M P U L A N 3
Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepada
pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan
sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik juga
membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan
bertulis (Mohd Salleh Lebar. 1993).
3.1.2 Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai
pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar (Rosie Turner-Bisset. 2007). Dalam konteks
pendidikan, setiap guru sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran
mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi
mengajar. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru
mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan
berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru
gunakan.
 Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, terdapat
banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya
guru-guru akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa
digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini
sepatutnya guru-guru perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan
sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan
sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan
masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran,
penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.
 Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sewajarnya setiap guru mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian
pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru.
Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah,
pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran dan sebagainya. Kaedah pengajaran
yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
19 | P a g e K U M P U L A N 3
 Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu
kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana
sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola
dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita,
bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan
permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran
adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan
rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang
terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-
teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu
akan tidak berhasil.
 Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita
mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian,
kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan
kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu.
Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu
memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk
memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai
halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan
bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu,
seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi
yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-
kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling
berkesan dalam pengajarannya.
Kesimpulannya, dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis,
perbincangan, soal jawab dan sebagainya. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih,
barulah guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut seperti teknik
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
20 | P a g e K U M P U L A N 3
bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya (Wood, J.W. 2002). Usaha mengenal pasti
dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan
yang disebut sebagai strategi.
3.1.3 Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka
Guru yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian
kemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap
anak pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya (Gunawan, H. (2012)). Pengetahuan
berkaitan ciri pelajar adalah amat diperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajarnya.
Pengetahuan guru tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan
dan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek:
 Maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud setiap guru bukan
fungsinya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan hal-hal berkaitan
dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat penting jika guru
berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar tersebut (Yahaya, A., & Majid, N.
A. (2011)).2
 Pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar: Setiap pelajar adalah berbeza tahap
kognitifnya. Guru perlu memahami setiap pelajarnya itu adalah berbeza tahap
kognitifnya. Sudah tentu apabila menyoal (aras soalan), memberi tugasan (mudah atau
sukar), memberi arahan main peranan (sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan
sebagainya, maka guru-guru perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk
menjawab soalan, menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan
dan sebagainya.
 Pengetahuan tentang sikap pelajar: Faktor sikap amat penting dalam menentukan
sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat mempelajari sesuatu mata
pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran yang digunakan dan
sebagainya. Justeru, setiap guru perlu memastikan pengajarannya menyeronokkan,
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
21 | P a g e K U M P U L A N 3
dan mudah difahami pelajar. Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh
mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran (Asmani, J. M. M. (2009)).
3.1.4 Memahami psikologi pembelajaran
Guru perlulah memahami dan menguasai sepenuhnya psikologi pembelajaran untuk
mengawal dan membentuk sikap pelajar. Teori-teori psikologi pembelajaran yang dipelajari
perlulah digunakan semula dan diaplikasikan kepada pelajar. Sebagai seorang guru perlu
memahami sepenuhnya psikologi pembelajaran dan mengetahui kegunaannya bagi setiap
masalah pelajar.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik
menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar
sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan
luar biasa (Pelajar, k. I. (2008)).3
3.1.5 Memiliki kemahiran kaunseling
Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan
perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam
dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
3.1.6 Menggunakan teknologi terkini
Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,
mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas
maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah
dicapai dan seharusnya meningkat.
Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P
yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah
dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan
maklumat daripada pelbagai sumber.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
22 | P a g e K U M P U L A N 3
Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi
interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan
guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel,
Facebook atau blog.
Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran
sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk
teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity
(penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian
seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube
(Othman, Y., & Pakar, D. R. (2016)).
Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan
perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah
atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah
memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbiran. Program
pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas
yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.
Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah dan
menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu
berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi
maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi
indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga
manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai
bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia (Soyomukti, N. (2008)). Para pendidik
adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru,
abad ke-21.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
23 | P a g e K U M P U L A N 3
3.2 CABARAN GURU ABAD KE-21
Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan
pendidikan masa lampau. Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk melahirkan murid
yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh yang
demikian bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih dahulu
melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut sebelum dalam melaksanakan
pengajaran dengan berkesan.5
Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-
murid masa lalu. Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada
pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan
lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih mempunyai akses kepada maklumat kerana
lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa, guru-guru
perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran
pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tidak
sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika
anak didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.5
5
Sidin, R. (1994). Pendidikan di Malaysia: cabaran untuk masa depan. Penerbit Fajar Bakti.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
24 | P a g e K U M P U L A N 3
4.0 PELAJAR ABAD KE-21
Bijak menyoal
Pelajar abad ke-21 perlulah bijak dalam menyoal. Kita sudah sudah sedia maklum bahawa
pelajar abad ke-21 terdedah kepada keterbukaan teknologi. Oleh itu, pelajar akan lebih bijak
untuk menyoal kepada guru.
Yakin berkomunikasi
Pelajar yang yakin berkomunikasi ini boleh terbentuk hasil daripada usaha guru. Pelajar akan
sentiasa aktif dan yakin berkomunikasi jika guru sentiasa memberi kepada mereka untuk
bercakap. Manakala guru yang tidak memberi peluang untuk pelajar bercakap akan membuat
pelajar mereka pasif. Oleh itu, pelajar abad ke-21 perlulah diberi peluang oleh guru untuk
lebih berkomunikasi di dalam kelas.
Dahagakan ilmu
Pelajar abad ke-21 sentiasa mencari ilmu. Sebelum ini, semua isi pelajaran diberi oleh guru
sepenuhnya tetapi pada masa kini pelajar perlu sentiasa meneroka ilmu mereka sendiri.
Persaingan bagi setiap orang pelajar pada abad ke-21 adalah tinggi dan mereka perlu bijak
dalam mencari ilmu baru.
Menjana idea
Pelajar abad ke-21 perlu sentiasa menjana idea mereka selaras dengan perkembangan zaman
yang ada. Contohnya, pelajar di negara Jepun sentiasa menjana idea baru selaras dengan
tahap pendidikan dalam negara mereka. Tahap pendidikan dan pelajar mereka adalah jauh
mendahului kita. Oleh itu, untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain pelajar kita
haruslah sentiasa menjana idea mereka.
Berkemahiran kritis
Berkemahiran kritis sangat perlu kepada seorang pelajar. Seorang pelajar tidak harus
menerima sahaja sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Era teknologi ini,
maklumat sangat mudah diperolehi tetapi tidak semua maklumat adalah adalah benar. Oleh
itu, berkemahiran berfikir dengan kritis adalah penting supaya pelajar dapat menapis dan
menilai kebenaran sesuatu perkara yang diperolehi.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
25 | P a g e K U M P U L A N 3
Berkeperibadian tinggi
Pelajar abad ke-21 akan lebih sempurna dengan keperibadian yang tinggi. Seorang pelajar
tidak harus mempunyai kemahiran yang tinggi sahaja. Berkeperibadian tinggi sangat perlu
pada diri pelajar. Pada abad ke-21 kita dapat lihat ramai pelajar yang semakin jauh daripada
keperibadian tinggi ini. Keadaan ini berlaku kerana mereka banyak belajar sendiri daripada
kemudahan ICT dan tanpa perlu berjumpa dengan orang lain. Dleh itu, keperibadian tinggi
perlulah disebabkan dalam diri pelajar abad ke-21 supaya diri mereka selaras dengan
kemahiran dan keperibadian yang tinggi
Pelajar dan Internet
Walaupun masih ramai pelajar tidak berpeluang untuk menikmati kemudahan internet
terutamanya di kawasan pendalaman, namun sebagai pelajar abad ke-21 mereka harus
mengambil peluang dengan bijak untuk memperoleh maklumat di internet.
Revolusi maklumat yang akan mewujudkan Era Maklumat akan membawa perubahan
secara menyeluruh dan dramatik kepada cara hidup kita, cara bekerja dan tatacara melihat
dunia secara global. Negara kita telah berjaya melihat akan kemunculan pelajar abad ke-21
yang dipengaruhi dengan ganerasi berilmu dan bermaklumat tersebut. Kemajuan dalam
teknologi Komputer pada hakikatnya akan memastikan bahawa revolusi maklumat akan
mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh.
Terdapat beberapa kelebihan pembelajaran menggunakan Internet:
 Peluang pembelajaran melalui Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak
tertakluk kepada lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.
 Internet juga menyediakan ruang dan maklumat pembelajaran dan perkongsian
dengan kepada golongan professional dalam bidang tertentu, seperti kejuruteraan,
perubatan, farmasi, teknologi, komputer dan sebagainya.
 Kemudahan Internet juga memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat yang
dahulunya hanya dipersembahkan melalui kaedah konvensional sahaja, iaitu buku,
majalah, surat khabar, rencana tertentu, jurnal dan buletin. Melalui Internet, sumber-
sumber tersebut turut disediakan dalam bentuk World Wide Web. Sumber-sumber
begini biasanya disediakan oleh pihak institusi pengajian tinggi, badan-badan pemikir
dan pusat penyelidikan dalam bidang tertentu. Ianya bukan sahaja untuk dijadikan
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
26 | P a g e K U M P U L A N 3
bahan rujukan kepada para pelajar sekolah, kolej dan universitI, malah ia juga turut
oleh dimanfaatkan oleh semua golongan orang yang berminat.
 Dalam pencarian sejumlah kecil maklumat, seperti ensiklopedia dan kamus, ia mudah
dilaksanakan. Tetapi bagi mencari sejumlah maklumat yang besar, langkah mencari
dan memilih mungkin agak sukar bagi pengguna yang masih lagi belum memahami
teknik pencarian maklumat dalam Internet. Internet menyediakan satu perisian atau
aplikasi yang dinamakan enjin carian bagi memudahkan proses pencarian anda
terhadap topik tertentu. Walaupun begitu, perlukan sedikit kemahiran penggunaan
enjin carian bagi memastikan bahawa maklumat yang betul dapat diperolehi.6
Di dalam abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk tujuan
pembelajaran. Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan pengetahuan. Apa yang
penting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis untuk mendapat manfaat
semaksimum yang mungkin.
4.1 CIRI-CIRI PELAJAR ABAD KE-21
1) Berupaya membuat hubung kait
 Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang di pelajari dengan
keadaan sekeliling.
2) Mendengar dan membuat refleksi
 Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P
dijalankan.
3) Bijak menyoal
 Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
4) Fleksibel
 Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
5) Yakin berkomunikasi
6
Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
27 | P a g e K U M P U L A N 3
 Berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah.
6) Berkemahiran kritis dan menguasai kemahiran literasi
 Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi seperti
mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir.
7) Dahagakan ilmu
 Sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
8) Mengambil risiko
 Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan
oleh guru dan juga berani mencuba.
9) Rasa ingin tahu yang mendalam
 Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
10) Berani mencuba
 Mencuba sesuatu untuk kebaikan.
11) Berintegriti dan berkeperibadian yang tinggi
 Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar
bilik darjah.
12) Menjana idea
 Menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
4.2 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE-21
1) Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia
Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh
Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak
Pendidikan 2004 beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia
merupakan agenda kerajaan saya”. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
28 | P a g e K U M P U L A N 3
bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan
saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan
berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat
terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat
pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan
kejayaan perubahan insan. (Mohd Najib , 1997).7
Ini adalah antara kata-kata terawal
pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.
Tepat pada masanya, Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam
lingkungan abad ke -21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang
bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem
pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online “ world class is defined as
being of the highest caliber in the world”. Pada pendapat saya bertaraf dunia bermaksud satu
pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menunjukkan
perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi
kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di
peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf
Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan
sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :
i. Pembangunan tenaga manusia
ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi
iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
vi. Pembangunan teknologi dan sains
vii. Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.
Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, pihak kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil langkah-langkah menyeluruh
untuk mempastikan perkara berikut dapat diurustadbir dengan sistematik dan berkesan iaitu:
i. Pendidikan Prasekolah dan Rendah
7
Mohd Najib , 1997
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
29 | P a g e K U M P U L A N 3
ii. Pendidikan Menengah
iii. Pendidikan Tertiari (Tinggi)
iv. Program Sokongan
v. Pembiayaan Pendidikan
vi. Pengurusan
vii. ICT Dalam Pendidikan
Selain daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran juga perlu merefomasikan pelbagai aspek
pendidikan di semua peringkat persekolahan seperti perkara-perkara berikut:
i. Kualiti pengajaran
ii. Kualiti perkhidmatan
iii. Kualiti kurikulum
iv. Kualiti penilaian dan pensijilan
v. Kualiti pensyarah
vi. Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar
vii. Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi
viii. Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti
ix. Kualiti kepimpinan universiti
x. Kualiti penyeliaan
xi. Kualiti mentoring
xii. Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat
mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti
dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020
kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari
segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat
bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan
Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.3
Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pelajaran membuat pembaharuan yang
disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah
bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational
content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
30 | P a g e K U M P U L A N 3
supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Perubahan
sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas.
Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada
Kementerian Pelajaran dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan.
Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan
dilaksanakan.
Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :
 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan.
 Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun.
 Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
 Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.
 Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.
Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem
pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan
pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah
kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru,
sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.
Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan
Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar
dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan
untuk melahirkan insan yang cemerlang
Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, kerajaan perlu menyegerakan untuk
menyelesaikan masalah peluang pendidikan tertiari di IPTA dan IPTS yang sedia ada masih
tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat dan keperluan negara yang
semakin meningkat. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat tertiari adalah amat kecil jika
dibandingkan dengan kohort yang sama di negara-negara maju. Contohnya, berdasarkan data
Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996, peratus
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
31 | P a g e K U M P U L A N 3
kemasukan pelajar ke peringkat tinggi bukan ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah 11
peratus di Malaysia berbanding dengan 26 peratus di Amerika Syarikat dan 12 peratus di
United Kingdom. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat ijazah bagi kohort 18-21 tahun
adalah lima peratus di Malaysia berbanding dengan 41 peratus di Amerika Syarikat dan 39
peratus di United Kingdom. Adalah menjadi cabaran kepada Kementerian Pelajaran untuk
meningkatkan tahap aksesibiliti kepada pendidikan tertiari sejajar dengan konsep
pendemokrasian pendidikan.8
Selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan tertiari perlu
mampu menyediakan peluang bagi mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran,
latihan, dan latihan semula pada peringkat tertiari. Tahap aksesibiliti ke pendidikan tertiari
yang rendah akan menghalang pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat.
Cabaran kerajaan ialah untuk menyediakan peluang dan laluan bagi kemasukan individu dan
pelajar tercicir ke institusi pendidikan tertiari agar rakyat Malaysia mempunyai pendidikan
serta kemahiran ke arah membantu pembangunan negara.
Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan juga dilihat sebagai salah satu
cara ke arah memantapkan lagi pendidikan tertiari. Selaras dengan pengkorporatan universiti,
adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan
universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang
menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.
2) Isu dan Cabaran : Ke Arah Pembestarian Sekolah Malaysia
Satu lagi isu pendidikan di Malaysia masa kini yang hangat diperkatakan ialah
Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah diilhamkan apabila pemimpin-pemimpin kita
melihat perkembangan ICT di seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia.
Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan
ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi
guru.
8
Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
32 | P a g e K U M P U L A N 3
Cabaran utama proses Pembestarian Sekolah ini ialah melatih guru dan murid agar
berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid
yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-
directed) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan
selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa
penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan
relevan dengan kehendak semasa.
Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan
alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian
Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta
budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan
yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya
pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan
teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan
sekolah yang efektif.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 yang telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari
2007, dasar utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan
pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT. Mengutamakan
peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam
pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan
produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Perlaksanaan
pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia ada di sekolah seperti projek
rintis Sekolah Bestari, projek pengkomputeran dan makmal komputer sekolah, projek
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dam Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),
SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua
sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi
pengurusan, pengisian dan latihan.
Kementerian Pelajaran akan menyelaraskan semua inisiatif ICT ini bagi
meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan supaya
boleh dilaksanakan secara cekap dan efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
33 | P a g e K U M P U L A N 3
“Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information
providers to counselors to help students develop know how and judgment to select
information sources. Key to success in the Information Age will be making the right
judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to
create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout
their lives.”9
“The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable
more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to
the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of
implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart
School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management
System will be used to improve administration processes.”10
“… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan
moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran
kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid
dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari
segi kos.” 11
Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT
yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi
Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber
Manusia. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan
mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan :-
i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
9
Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor, 1 August 1996
10
Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004)
11
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
34 | P a g e K U M P U L A N 3
ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan elemen utama yang telah dilaksanakan ke sekolah-
sekolah melalui projek-projek Kementerian Pelajaran seperti :-
i. projek makmal pengkomputeran sekolah
ii. PPSMI dan MBMMBI
iii. rangkaian SchoolNet
iv. rancangan TV pendidikan
v. projek Rintis Sekolah Bestari
vi. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
vii. mata pelajaran yang berasaskan ICT
viii. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
ix. latihan ICT Guru
x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut
keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.
Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi,
pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah.
Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan
perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.
Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara,
Kementerian Pelajaran kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan
memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan
infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan
sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
35 | P a g e K U M P U L A N 3
komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh
itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya
memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.
Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang
sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware.
Untuk itu, Kementerian Pelajaran telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan
ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April
2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan
dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. Pembekalan peralatan
dan kemudahan ICT merupakan isu yang besar kerana terbukti telah melibatkan kos
pembelian dan pengurusan yang besar. Banyak wang yang telah digunakan oleh pihak
kerajaan untuk menyediakan prasarana ini.
Penyediaan perisian kursus juga merupakan cabaran kepada pihak kementerian.
Untuk itu, pembangunan perisian telah dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak swasta.
Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama
pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan
pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI).
Pembestarian sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan
berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS),
Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan
pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. Latihan
kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.
Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran turut
dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.
Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak
harus mengorak langkah yang proaktif. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
36 | P a g e K U M P U L A N 3
suatu usaha yang amat baik. Adalah menjadi harapan kementerian, melalui pembestarian
sekolah ini akan membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah
masyarakat k-ekonomi, mengimbang jurang digital antara bandar, luar bandar dan
pendalaman, membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif, membudayakan
pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf
dunia. Pembestarian sekolah ini perlu disokong dan dilaksanakan oleh semua pihak untuk
mengatasi cabaran-cabaran yang timbul ke arah menjana modal insan yang mempunyai
minda kelas pertama.
3) Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Ke Arah K-Ekonomi
Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan kebangsaan
telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan pemantapan. Pada abad ke-21 ini, negara
kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi,
liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan
satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi
persaingan dengan negara lain. Perubahan sistem ekonomi ini adalah satu fenomena yang
pasti akibat daripada arus perdana yang dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini
memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.
Cabaran tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai
ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan
pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras dengan
perkembangan era dunia abad ke 21 yang sangat mencabar ini. Oleh itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat
melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran, dan berakhlak
mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Mohamad Muda (1991) mengatakan sistem pendidikan negara kita memerlukan usaha-
usaha yang strategik serta boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
37 | P a g e K U M P U L A N 3
tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.12
Pembangunan Pendidikan abad ke 21 mulai tahun 2000 mengambil kira Dasar Wawasan
Negara yang bertujuan membina bangsa yang berdaya tahan, menggalakkan pewujudan
masyarakat yang saksama, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menghadapi persaingan
antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, memperkukuh
pembangunan sumber manusia, dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan.
Untuk mencapai matlamat pembangunan negara, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(2001-2010, RRJP3) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005, RMKe-8) telah
menggariskan strategi, program, dan projek untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta
membina masyarakat yang bersatu padu, adil, dan saksama. Pembangunan negara tertumpu
kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju mengikut acuan
sendiri. Semua ini mempunyai implikasi yang besar terhadap sistem pendidikan kebangsaan.
Sistem pendidikan kebangsaan telah dapat meningkatkan kualiti pendidikan dari segi taraf
pendidikan tenaga kerja. Pada tahun 1980, tenaga kerja yang tidak mempunyai pendidikan
formal adalah sebanyak 18.1 peratus dan menurun kepada 8.7 peratus pada tahun 1995.
Dalam tempoh yang sama, peratusan yang mempunyai pendidikan tertiari berjaya
ditingkatkan daripada 1.5 peratus kepada 11.1 peratus. Jadual tersebut menunjukkan tahap
pendidikan tenaga kerja di Malaysia semakin meningkat dengan lebih ramai mempunyai
pendidikan menengah dan tertiari. Pada tahun 2000, bilangan tenaga kerja mahir dan
profesional telah meningkat kepada 32 peratus dan 2005 telah mencapai 46 peratus.
Pendidikan tertiari merupakan pemangkin utama penjanaan sumber tenaga manusia yang
berpengetahuan, berkemahiran, dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan mencapai
wawasan negara
Dengan tertubuhnya kolej komuniti, politeknik, institusi latihan yang dikendalikan
oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam, dan institusi pendidikan tinggi swasta
(IPTS), lebih banyak tenaga mahir dan profesional akan dapat dilahirkan pada masa akan
datang. Jika ini dapat dicapai, negara kita akan mudah bersaing dengan negara lain di dunia
pada abad ke 21 ini.
12
Mohamad Muda (1991)
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
38 | P a g e K U M P U L A N 3
4) Isu dan Cabaran : Ledakan Globalisasi Menimbulkan Masalah Sosial Pelajar
Satu lagi isu dan cabaran pendidikan abad ke-21 iaitu kesan daripada ledakan
globalisasi dunia serta pendedahan ICT, khususnya internet kepada para pelajar sama ada di
sekolah, rumah atau di siber-siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia tanpa sekatan. Era
penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi topik perbualan yang sering
diperkatakan. Belum sempat kita merealisasikan impian melahirkan generasi yang mampu
mencerna dan mengisi keperluan cabaran negara, sebahagian besar remaja kita telah jelas
kelihatan tenggelam dalam arus perkembangan era teknologi ini. Pembabitan bilangan remaja
dalam gejala sosial turut meningkat secara mendadak. Revolusi sektor pendidikan negara kini
bukan sahaja tidak berupaya menemui satu jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah
gejala sosial remaja. Kita berhendakkan kemajuan yang diasaskan kepada budaya Malaysia
jati dan bukannya sebuah negara maju yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral di
kalangan remajanya.13
Di sini, nampaknya pendidikan abad ke-21 melakarkan cabaran demi cabaran yang
sangat menakutkan. Di samping kemajuan sains dan teknologi, kemudahan alat
telekomunikasi yang semakin canggih jelas mempunyai keburukan terutamanya kepada para
remaja bahkan seluruh manusia yang masih mencari identiti mereka. Kemudahan internet
disalahgunakan untuk mengakses laman-laman yang tidak sihat telah memberikan kesan
negatif kepada mereka. Kesan yang paling ketara ialah kewujudan laman-laman lucah yang
telah mengakibatkan pengaruh seks bebas dan jenayah seksual. Fenomena ini berlaku
kalangan pelajar yang tidak matang untuk menilai serta mempraktikkan apa yang boleh dan
tidak boleh diamalkan. Masalah ini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya
pelajar di kawasan bandar dan kota .
Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13
tahun ketika mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di
sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan
dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut. Peningkatan
pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa
13
Rahayu, S. (2009). Kecenderungan Pembelajaran Kimia di Awal Abad 21. MIPA dan Pembelajarannya, 31(2).
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
39 | P a g e K U M P U L A N 3
keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah
di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur
City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati
pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak
ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam
pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak
sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.14
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim,
jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat
sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul
kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja
pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan
mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di
institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis
bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram
diseluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat
berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral di bawah meja di bilik darjah
oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-
guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya
dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan
oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja
selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah
sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya ke arah gejala sosial dengan
menonton video lucah bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat
kita pada hariini ?
Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini? Adakah anak yang perlu
dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa
hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh
media massa pada zaman ledakan maklumat di abad ke 21 ini dan lambakan bahan-bahan
14
Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: PanduanTeknik-Teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
40 | P a g e K U M P U L A N 3
lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak
dan para pelajar. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan
penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan
kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih
terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah
penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti
seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah
dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru
itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat
dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri
mereka danmemanfaatkannya ke arah yang lebih positif.3
5.0 KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Pada abad yang ke-21, dapat kita ketahui bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah
merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Terdapat kelebihan yang terdapat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini. Antara kelebihan yang
terdapat ialah banyak kemudahan yang disediakan untuk membantu pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Dengan kemajuan teknologi yang maju sama ada dari segi IT
atau peralatan lai, nyata bahawa pelajar yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran
pada abad ke21 ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Perkara seperti ini dapat kita lihat
dimana pelajar pada abad ke-21 ini mudah untuk menerokai maklumat melalui kemudahan IT
dan kemajuan internet yang ada pada abad itu. Jadi, pelajar tidak lagi sukar untuk
memperolehi maklumat yang pelbagai didalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, pada abad ke-21, pelajar diberi pendekatan modular berperingkat
kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak atau CD-ROM untuk satu-satu
tahun pengajian. Disini, jelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan pengajaran dan
pembelajaran pada abad ke-21 ini kerana pelajar dibekalkan dengan bahan bercetak atau CD-
ROM. Jadi pembelajaran yang dialami pelajar lebih terancang serta terkawal apabila bahan
dibekalkan oleh guru. Pengajaran yang disampaikan oleh guru juga lebih mudah kerana
modul pengajaran terancang serta dapat dibekalkan kepada pelajar bg pelajar mmbuat
persediaan.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
41 | P a g e K U M P U L A N 3
Seterusnya, pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini memberi kelebihan kepada
pelajar untuk menguasai sesuata mata pelajaran dengan cemerlang. Perkara ini boleh berlaku
apabila diadakan sistem kredit. Sistem kredit ini adalah nilai masa dan tugasan yang perlu
disiapkan oleh pelajar, Pelajar masih dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak
mencapai asas yang ditetapkan. Dengan berlakunya sistem begitu, pelajar akan membuat
dengan cemerlang kerja serta tugasan bagi mencapai asas yang ditetapkan.
Dalam pada itu, proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik pada abad ke-21.
Guru mempunyai pelbagai kaedah dan cara menyampaikan pengajaran.. Guru tidak lagi
hanya menggunakan kapur atau lebih dikenali sebagai kaedah “Chalk and talk”. Guru
mengajar meggunakan kaedah seperti paparan power point yang ringkas dan padat berserta
gambar bagi menerangkan lebih jelas dan mudah dibayangi oleh pelajar. Selain itu, guru
boleh menayangkan video sebagai penyampaian pengajaran. Jadi, ini memberikan kelebihan
kepada guru untuk mempelbagai kaedah pengajaran dan pelajar mudah untuk belajar serta
tertarik untuk mendekati pembelajaran.
Pengajaaran dan pembelajaran abad ke-21 ini memberi kelebihan dalam penghasilan
pelajar yang berfikiran aras tinggi. Perkara ini terjadi kerana dalam kurikulum pada abad itu,
pelajar didedahkan dengan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Soalan yang
didedahkan kepada pelajar itu, bukanlah soalan yang lazim seperti soalan-soalan yang ada
jawapan didalam buku teks, tetapi pelajar abad ke-21 ini didedahkan dengan soalan yang
memerlukan pemikiran aras tinggi. Jadi, apabila pelajar terdedah dengan soalan yang aras
tinggi ini, pelajar yang lahir pada abad ke-21 ini akan mempunyai fikiran yang aras tinggi,
yang mampu menyelesaikan masalah-masalah yang rumit.3
Akhir sekali, kelebihan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini memberi
kelebihan dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.. Ini kerana, dalam pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21 ini, pelajar akan ditekankan dengan subjek atau apa sahaja
aktiviti yang meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar. Hal ini bertujuan untuk memajukan
sebuah negara kerana, dalam mengajar kemajuan negara, pekerja-pekerja yang kreatif dan
inovatif lebih diperlukan. Jadi, pada abad itu, banyak aktiviti untuk meningkatkan kreativiti
pelajar seperti pertandingan inovasi peringkat sekolah, daerah, kebangsaan dan antarabangsa.
Peruntukan juga diberi dalam melaksanakan program seperti ini. Pelajar juga da mengambil
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
42 | P a g e K U M P U L A N 3
subjek kreatif dan inovasi. Jelas disini, bahawa pengajaran dan pembelajaran yang
melaksanakan kreatif dan inovatif ini memberi kelebihan yang akan melahirkan pelajar yang
kreatif dan inovatif.
6.0 KEKURANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD
KE-21
Pada abad yang ke-21, pengajaran dan pembelajaran tidak sama lagi seperi yang dulu
kala. Namun begitu, terdapat juga cara, etika atau kaedah yang dahulu duganakan teteapi
ditambah baik untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu berjaya. Seperti
yang kita semua maklum, terdapat banyak kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 ini. Akan tetapi, terdapat juga kekurangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 ini. Pepatah ada menyebut ‘Setiap kelebihan, pasti akan ada
kekurangan”.
Antara kekurangan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini
adalah kos yang tinggi bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini. Perkara ini
dapat kita lihat dimana pada abad ke-21 ini, kemajuan teknologi digunakan bagi
melaksanakan sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Bagi menyediakan alatan serta teknologi
yang maju di satu institusi itu, ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi kerana barang
keperluan yang menggunakan kemajuan teknologi ini dijual dengan harga yang mahal di
pasaran. Peralatan-peralatan juga perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan alatan
bertahan dalam jangka masa panjang dan peralatan yang rosak perlu dibaiki atau diganti, ini
semua menggunakan kos. Jadi, keurangan yang terdapat dalam abad ke-21 ini ialah
perbelanjaan kos yang tinggi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, gangguan pengajran dan pembelajaran berlaku. Perkara sebegini berlaku
apabila terdapat masalah dalam penggunaan internet atau masalah seperti LCD projector dan
juga soket yang disediakan tidak berfungsi. Jadi, pengajran dan pembelajaran akan terganggu
dan akan mengambil masa yang lama untuk menyeelesaikan masalah tersebut. Objektif
pengajaran tau rancangan pengajaran guru akan terjejas apabila perkara sedemikian berlaku.
Walaupun telah buat persediaan yang baik, perkara sebegini masih lagi boleh berlaku kerana
alatan yang digunakan adalah ciptaan manusia yang sukar mencapai kesempurnaan. Ini
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
43 | P a g e K U M P U L A N 3
menunjukkan kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 akan berlaku
gangguan dalam proses pembelajran.3
Seterusnya, guru perlu memainkan peranan yang lebih berat. Dalam pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 ini, tugasan guru menjadi lebih berat kerana terdapat pelbagai
sistem pengajaran yang digunakan pada abad ke-21. Guru juga perlu mengawal pembelajaran
pelajar bukan hanya didalam kelas, akan tetapi, guru perlu membuat pemantauan pengajaran
dimana sahaja kerana pelajar boleh melakukan pengajaran secara atas talian. Jadi guru perlu
memastikan bahan rujukan pelajar tidak terpesong dari pembelajaran. Guru juga perlu
mewujudkan modul modul pembelajaran yang berkesan dan pelbagai bagi memastikan
objektif pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 tercapai. Ini bermakna kekurangan
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini akan membebankan kerja guru.
Akhir sekali, terdedahnya murid dengan maklumat yang tidak benar.Dengan
berlakunya kemajuan IT pada masa kini, pelajar mudah untuk mengakses maklumat melalui
internet. Jadi potensi bagi pelajar untuk terdedah dengan maklumat yang tidak benar agak
ketara kerana tidak semua maklumat yang terdapat dalam internet itu mempunyai kesahihan
yang kuat. Terdapat juga pihak yang mewujudkan maklumat yang akan mengilurakan pelajar,
secara tidak langsung, pelajar akan berlaku perselisihan pendapat diantara guru dan pelajar.
Perkara sebegini akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat
pelbagai sumber maklumat yang boleh diperolehi pelajar. Jadi,ini adalah kekurangan dalam
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.15
7.0 KESIMPULAN
Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting
kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan
keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam
bidang pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka
adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif
dan inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai
kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi
15
Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: PanduanTeknik-Teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
44 | P a g e K U M P U L A N 3
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan
kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru,
segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan
perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan.
Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar
dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring
dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru
dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi masih lagi berada pada tahap
sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka
merealisasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan
keperluan pelajar. Dengan peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan
dan memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan keperluan
kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar.15
PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI
45 | P a g e K U M P U L A N 3
RUJUKAN
1. Syarifah Nor Puteh. (1997). Kurikulum Abad 21. Konvensyen PERPEMA Ke 9. Kuala
Lumpur.
2. Kariman, T. M. (2002). Strategi Pembelajaran Abad 21. Jakarta: Makalah.
3. Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-
2025. Online)(www. moe. gov. my).
4. Tilaar, H. A. R. (1998). Beberapa agenda reformasi pendidikan nasional dalam perspektif
abad 21. IndonesiaTera.
5. Sidin, R. (1994). Pendidikan di Malaysia: cabaran untuk masa depan. Penerbit Fajar
Bakti.
6. Rashid, A. R. A. (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd..
7. Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
8. Mohd Najib , 1997
9 Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996
10 Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor, 1 August 1996
11 Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004)
12 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005
13 Mohamad Muda (1991)
14.Rahayu, S. (2009). Kecenderungan Pembelajaran Kimia di Awal Abad 21. MIPA dan
Pembelajarannya, 31(2).
15. Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: PanduanTeknik-
Teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
ANiS ADiBaH
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
Arthur Jupong
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
Opie Mohamad
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
naassyura
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Mokhzani Fadir
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
LuqmanZaaba
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
ssuser3f4b32
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
Aiisy Afifah
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
nurul syifaa'
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
zaini mustaffa
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Nur Kareena
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Thamo Thiran
 

What's hot (20)

Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 

Similar to Pembelajaran abad ke 21

Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21
Farish Farisha
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Ahmad NazRi
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Shima Mashi
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullazryna81
 
Good ict kelompok 3
Good ict kelompok 3Good ict kelompok 3
Good ict kelompok 3
kelompok3 mpb2015
 
Presentation
PresentationPresentation
PresentationTai Erh
 
Good ict kel 3
Good ict kel 3Good ict kel 3
Good ict kel 3
kelompok3 mpb2015
 
Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21
MASRURI23
 
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
Jagan Tangak
 
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Eman Syukur
 
Aksi Nyata: Mengapa Kurikulum Perlu Diubah?
Aksi Nyata: Mengapa Kurikulum Perlu Diubah?Aksi Nyata: Mengapa Kurikulum Perlu Diubah?
Aksi Nyata: Mengapa Kurikulum Perlu Diubah?
JustWardoyo
 
Makalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikanMakalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikan
muhammad anshori
 
Rpp abad 21
Rpp abad 21Rpp abad 21
Rpp abad 21
eli priyatna laidan
 
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesiaArah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
LSP3I
 
Ppt sejarah pendidikan masa reformasi
Ppt sejarah pendidikan masa reformasiPpt sejarah pendidikan masa reformasi
Ppt sejarah pendidikan masa reformasi
Dewi_Sejarah
 
Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21
Ema Tania
 
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Rahma Mahmudah
 

Similar to Pembelajaran abad ke 21 (20)

Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
 
Good ict kelompok 3
Good ict kelompok 3Good ict kelompok 3
Good ict kelompok 3
 
Ahmadi, Siti Salawati & Zaerah
Ahmadi, Siti Salawati & ZaerahAhmadi, Siti Salawati & Zaerah
Ahmadi, Siti Salawati & Zaerah
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Good ict kel 3
Good ict kel 3Good ict kel 3
Good ict kel 3
 
Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21
 
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
168653318 cabaran-dan-perubahan-dasar-pendidikan
 
Menuju sekolah abad ke 21, 2011
Menuju sekolah abad ke 21, 2011Menuju sekolah abad ke 21, 2011
Menuju sekolah abad ke 21, 2011
 
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
 
Aksi Nyata: Mengapa Kurikulum Perlu Diubah?
Aksi Nyata: Mengapa Kurikulum Perlu Diubah?Aksi Nyata: Mengapa Kurikulum Perlu Diubah?
Aksi Nyata: Mengapa Kurikulum Perlu Diubah?
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Makalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikanMakalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikan
 
Rpp abad 21
Rpp abad 21Rpp abad 21
Rpp abad 21
 
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesiaArah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
Arah perkembangan pendidikan tinggi indonesia
 
Ppt sejarah pendidikan masa reformasi
Ppt sejarah pendidikan masa reformasiPpt sejarah pendidikan masa reformasi
Ppt sejarah pendidikan masa reformasi
 
Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21
 
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
 

More from Fina Finaie

Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatanLaporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
Fina Finaie
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
Fina Finaie
 
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
Fina Finaie
 
Bab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind mapBab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind map
Fina Finaie
 
Bab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind mapBab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind map
Fina Finaie
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
Fina Finaie
 
Full report campfire charger
Full report campfire chargerFull report campfire charger
Full report campfire charger
Fina Finaie
 

More from Fina Finaie (7)

Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatanLaporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
 
Bab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind mapBab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind map
 
Bab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind mapBab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind map
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
 
Full report campfire charger
Full report campfire chargerFull report campfire charger
Full report campfire charger
 

Recently uploaded

SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
nasrudienaulia
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SDKisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
denunugraha
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
AskariB1
 
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
JokoPramono34
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
Kanaidi ken
 
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptxMateri 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
ahyani72
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
ATP Kimia Fase E Kelas X bisa deigunakan ditahun ajaran 2024/2025
ATP Kimia Fase E Kelas X bisa deigunakan ditahun ajaran 2024/2025ATP Kimia Fase E Kelas X bisa deigunakan ditahun ajaran 2024/2025
ATP Kimia Fase E Kelas X bisa deigunakan ditahun ajaran 2024/2025
PreddySilitonga
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
SdyokoSusanto1
 
PERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.ppt
PERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.pptPERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.ppt
PERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.ppt
EkaPuspita67
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos ValidasiAksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
DinaSetiawan2
 
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxPERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
TeukuEriSyahputra
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
RESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptx
RESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptxRESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptx
RESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptx
ABDULRASIDSANGADJI1
 

Recently uploaded (20)

SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
 
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SDKisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
 
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
 
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
 
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptxMateri 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
ATP Kimia Fase E Kelas X bisa deigunakan ditahun ajaran 2024/2025
ATP Kimia Fase E Kelas X bisa deigunakan ditahun ajaran 2024/2025ATP Kimia Fase E Kelas X bisa deigunakan ditahun ajaran 2024/2025
ATP Kimia Fase E Kelas X bisa deigunakan ditahun ajaran 2024/2025
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
 
PERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.ppt
PERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.pptPERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.ppt
PERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.ppt
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos ValidasiAksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
 
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxPERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
 
RESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptx
RESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptxRESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptx
RESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptx
 

Pembelajaran abad ke 21

  • 1. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 1 | P a g e K U M P U L A N 3 1.0 PENDAHULUAN Sejarah tamadun dunia bermula dengan masyarakat pertanian yang bergantung hidup dengan aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang ringkas dan mudah. Dalam abad ke- 19 tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciri pengkhususan dan memberi keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi komoditi. Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai 'knowledge age' atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan kepentingan maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat.2 Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Zaman Kristian ataupun Zaman Umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1.Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2099. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21.1 Kesan globalisasi adalah meluas dan infiniti. Dalam konteks kehidupan manusia, globalisasi meliputi bidang politik, sosial, dan ekonomi. Globalisasi menjadikan segala- galanya milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Yusof al-Qardhawi (2001), mendefinisikan globalisasi dengan maksud mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh dunia. Berdasarkan kefahaman ini, globalisasi dikenali dengan pelbagai istilah seperti “dunia tanpa sempadan‟ (borderless world), “kampung global‟ atau “desa sejagat‟ (global village) dan “dasar langit terbuka‟ (open sky policy) dan menjadi suatu fenomena baru dalam mewujudkan ciri-ciri pensejagatan. Dalam erti kata yang lain, dunia dijadikan suatu pentas yang kecil agar mudah terjangkau dalam waktu yang singkat.2 1 Syarifah Nor Puteh. (1997). Kurikulum Abad 21. Konvensyen PERPEMA Ke 9. Kuala Lumpur. 2 Kariman, T. M. (2002). Strategi Pembelajaran Abad 21. Jakarta: Makalah.
  • 2. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 2 | P a g e K U M P U L A N 3 Oleh yang demikian, artikel ini akan menghuraikan bagaimana menyediakan modal insan untuk menempuh segala cabaran abad ke-21 ini secara umumnya dan cabaran globalisasi secara khasnya. Bermula dengan sistem pendidikan, kemahiran, guru seterusnya pelajar abad ke-21, artikel ini menjelaskan apa yang perlu ada bagi setiap aspek tersebut sabagai bekalan modal insan menghadapi cabaran ke 6 wawasan 2020 iaitu “Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan”. 2.0 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan- bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guru- guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid. Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian
  • 3. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 3 | P a g e K U M P U L A N 3 Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.4 Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).3 2.0.1 Kemahiran-Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21: 2.0.2 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21
  • 4. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 4 | P a g e K U M P U L A N 3 Gambar 1: Ciri-Ciri Kemahiran Abad Ke 21 Dalam Pendidikan 2.0.3 Ciri-Ciri Kemahiran Abad Ke 21 Dalam Pendidikan Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki Kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut :-
  • 5. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 5 | P a g e K U M P U L A N 3 Antara buku-buku serta keratan akhbar yang berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21 ialah :- Gambar 1: Learing For Life In Our Times, Bernie Trilling & Charles Fadel Gambar 2: Creativity for 21st Century Skills, Jane Piirto Gambar 3: Keratan Akhbar mengenai isu guru KPLI kurang kualiti
  • 6. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 6 | P a g e K U M P U L A N 3 Gambar 4: Keratan Akbar mengenai guru di Terengganu mengubah landskap pendidikan dari sudut teknologi
  • 7. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 7 | P a g e K U M P U L A N 3 2.1 CABARAN-CABARAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategi yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.3 Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intelektual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hirarki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani. Kerap juga Perdana Menteri dalam ucapannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".6 Antara cabarannya ialah cabaran Alaf Baru. Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan 3 Rashid, A. R. A. (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..
  • 8. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 8 | P a g e K U M P U L A N 3 dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.1 Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.6 Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin
  • 9. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 9 | P a g e K U M P U L A N 3 Ibrahim, menganjurkan satu gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani ialah "suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan serta ketelusan sistem. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat. 2.2 BILIK DARJAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21 2.2.1 Konsep Bilik Darjah Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Konsep bilik darjah yang ideal mestilah berubah mengikut perkembangan pendidikan semasa. Kewujudan bilik darjah dalam usaha merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sangat berkait rapat dengan kesediaan guru mengurus ruang pembelajaran tersebut secara optimum. Richards (1990), mentafsirkan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru pada tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Guy (1999), sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Oleh itu, konsep bilik darjah dapat ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikalnya. Bilik darjah boleh berupa sebuah bilik, padang, makmal sains, dewan, atau makmal komputer tetapi keberkesanan fungsinya sangat bergantung kepada pengurusannya.3
  • 10. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 10 | P a g e K U M P U L A N 3 2.2.2 Ciri-Ciri Bilik Darjah Abad ke-21 Jadual 1: Menunjukkan elemen dan huraian ciri-ciri bilik darjah abad ke-21 Bil. Elemen Maksud Huraian 1. Bilik Khas Bilik mengikut keperluan seperti :-  Makmal Sains  Bilik Kemahiran Hidup  Bilik Media  Bilik Tayang Bilik darjah berasaskan mata pelajaran teras atau kritikal.  Kerusi meja disusun mengikut kumpulan.  Pelbagai peralatan yang berkiatan dengan mata pelajaran.  Bahan Bantu Mengajar (BBM). 2. Bilik Khas Mata Pelajaran Bilik mengikut mata pelajaran seperti :-  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Matematik Bilik darjah berdasarkan mata pelajaran teras.  Kerusi meja disusun mengikut model kumpulan.  Bahan Bantu Mengajar (BBM)  Media cetak seperti buku, kamus, majalah untuk bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar.  Jaudal penggunaan bilik disediakan.  Bilik khas untuk guru mata pelajaran berkenaan.
  • 11. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 11 | P a g e K U M P U L A N 3 2.2.3 Susun Atur Meja dan Kerusi Murid Jadual 2: Elemen beserta huraian cara susun atur meja dan kerusi murid Bil. Elemen Maksud Huraian 1. Meja dan kerusi Kerusi dan meja murid disusun secara berkumpulan.  Disusun mengikut kumpulan antara 4 hingga 5 orang mengikut kebolehan masing-masing atau pelbagai kebolehan dan menjalankan aktiviti berkumpulan secara kolaboratif. Guru sebagai pemudah cara. 2. Komputer Sebuah computer untuk setiap kumpulan murid.  Mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian.  Melaksanakan tugasan kumpulan atau digunakan untuk pembelajaran melalui proses komunikasi, kolaboratif dan persaingan sihat antara kumpulan.
  • 12. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 12 | P a g e K U M P U L A N 3 2.2.4 Peralatan Tambahan Jadual 3: Elemen beserta huraian bagi peralatan tambahan Bil. Elemen Maksud Huraian 1. Komputer Komputer untuk kegunaan guru. Untuk proses pengajaran dan pembelajaran :-  mengakses maklumat  menyempurnakan tugasan  pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian melalui komunikasi secara maya. 2. IQ-Board, Smart Board Papan interaktif  Layar paparan interakftif menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.  Proses pengajaran dan pembelajaran bersifat interaktif antara guru dengan murid, dan murid dengan murid. 3. Papan putih dan Papan kenyataan  Papan putih di hadapan bilik darjah  Papan kenyataan di sekeliling bilik darjah.  Papan putih lebih praktikal.  Papan kenyataan untuk menampal hasil- hasil kerja, perbincangan dan bahan bantu mengajar. Gambar 7 : IQ-Board Gambar 8 : Smart Board Gambar 9 : Hasil kerja murid dipamerkan
  • 13. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 13 | P a g e K U M P U L A N 3 2.2.5 Model Bilik Darjah Abad Ke-21 Gambar 10 : Contoh susunan bilik darjah abad 21 Gambar 11: Contoh susunan bilik darjah abad 21 Gambar 12: Contoh susunan bilik darjah abad 21 Gambar 13: Contoh susunan bilik darjah abad 21
  • 14. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 14 | P a g e K U M P U L A N 3 Gambar 14: Contoh susunan bilik darjah abad 21 Gambar 15: Contoh susunan bilik darjah abad 21
  • 15. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 15 | P a g e K U M P U L A N 3 2.2.6 Contoh Suasana Bilik Darjah Abad Ke-21 Gambar 16: Contoh gambaran sebenar susunan bilik darjah abad 21 3.0 GURU ABAD KE--21 Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.3
  • 16. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 16 | P a g e K U M P U L A N 3 Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat sekolah yang paling penting bagi keberhasilan murid. Salah satu kajian yang menarik pada pertengahan 1990-an menunjukkan bahawa dua orang murid sebaya dengan prestasi sederhana yang diajar oleh dua orang guru yang berbeza berbeza prestasi telah menunjukkan prestasi pencapaian akademik yang juga beza dalam tempoh tiga tahun. Dapatan kajian mengenai kualiti guru sememangnya sudah dijangka dan membuktikan bahawa peranan dan kualiti guru amat besar kesannya terhadap keberhasilan murid. Malah pernah dinyatakan oleh Barber dan Mourshed (2007) dalam bukunya How the World’s Best Performing Systems Come Out on Top “bahawa kualiti sesuatu sistem sekolah (pendidikan) tidak boleh melebihi kualiti gurunya”. Hakikat bahawa sebaik mana kualiti sesuatu sistem pendidikan itu dirangka dan dibangunkan tidak memberi sebarang makna jika kualiti individu guru itu sendiri tidak terlebih dahulu dipertingkatkan dari aspek komitmen dan kompetensi. Menyedari peranan penting dan perlunya semangat kebersamaan dalam kalangan warga guru untuk menjayakan agenda transformasi pendidikan negara.3 Ciri-ciri guru yang cemerlang bagi mendepani cabaran pembelajaran Abad ke-21:- 1) Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum. 2) Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi. 3) Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka. 4) Memahami psikologi pembelajaran. 5) Memiliki kemahiran kaunseling. 6) Menggunakan teknologi terkini.
  • 17. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 17 | P a g e K U M P U L A N 3 3.1 CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21 3.1.1 Menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum Guru abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan kurikulum yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.4  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu mata pelajaran dan ilmu pedagogi. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru. Hal ini bermakna tanpa menguasai kandungan kurikulum, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. 4 Tilaar, H. A. R. (1998). Beberapa agenda reformasi pendidikan nasional dalam perspektif abad 21. IndonesiaTera.
  • 18. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 18 | P a g e K U M P U L A N 3 Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan kurikulum yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis (Mohd Salleh Lebar. 1993). 3.1.2 Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar (Rosie Turner-Bisset. 2007). Dalam konteks pendidikan, setiap guru sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.
  • 19. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 19 | P a g e K U M P U L A N 3  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik- teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah- kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kesimpulannya, dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis, perbincangan, soal jawab dan sebagainya. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut seperti teknik
  • 20. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 20 | P a g e K U M P U L A N 3 bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya (Wood, J.W. 2002). Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi. 3.1.3 Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka Guru yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian kemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap anak pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya (Gunawan, H. (2012)). Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amat diperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajarnya. Pengetahuan guru tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek:  Maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud setiap guru bukan fungsinya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan hal-hal berkaitan dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat penting jika guru berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar tersebut (Yahaya, A., & Majid, N. A. (2011)).2  Pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar: Setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitifnya. Guru perlu memahami setiap pelajarnya itu adalah berbeza tahap kognitifnya. Sudah tentu apabila menyoal (aras soalan), memberi tugasan (mudah atau sukar), memberi arahan main peranan (sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan sebagainya, maka guru-guru perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk menjawab soalan, menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan dan sebagainya.  Pengetahuan tentang sikap pelajar: Faktor sikap amat penting dalam menentukan sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat mempelajari sesuatu mata pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran yang digunakan dan sebagainya. Justeru, setiap guru perlu memastikan pengajarannya menyeronokkan,
  • 21. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 21 | P a g e K U M P U L A N 3 dan mudah difahami pelajar. Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran (Asmani, J. M. M. (2009)). 3.1.4 Memahami psikologi pembelajaran Guru perlulah memahami dan menguasai sepenuhnya psikologi pembelajaran untuk mengawal dan membentuk sikap pelajar. Teori-teori psikologi pembelajaran yang dipelajari perlulah digunakan semula dan diaplikasikan kepada pelajar. Sebagai seorang guru perlu memahami sepenuhnya psikologi pembelajaran dan mengetahui kegunaannya bagi setiap masalah pelajar. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Pelajar, k. I. (2008)).3 3.1.5 Memiliki kemahiran kaunseling Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. 3.1.6 Menggunakan teknologi terkini Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
  • 22. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 22 | P a g e K U M P U L A N 3 Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube (Othman, Y., & Pakar, D. R. (2016)). Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbiran. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21. Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia (Soyomukti, N. (2008)). Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
  • 23. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 23 | P a g e K U M P U L A N 3 3.2 CABARAN GURU ABAD KE-21 Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau. Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh yang demikian bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut sebelum dalam melaksanakan pengajaran dengan berkesan.5 Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid- murid masa lalu. Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.5 5 Sidin, R. (1994). Pendidikan di Malaysia: cabaran untuk masa depan. Penerbit Fajar Bakti.
  • 24. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 24 | P a g e K U M P U L A N 3 4.0 PELAJAR ABAD KE-21 Bijak menyoal Pelajar abad ke-21 perlulah bijak dalam menyoal. Kita sudah sudah sedia maklum bahawa pelajar abad ke-21 terdedah kepada keterbukaan teknologi. Oleh itu, pelajar akan lebih bijak untuk menyoal kepada guru. Yakin berkomunikasi Pelajar yang yakin berkomunikasi ini boleh terbentuk hasil daripada usaha guru. Pelajar akan sentiasa aktif dan yakin berkomunikasi jika guru sentiasa memberi kepada mereka untuk bercakap. Manakala guru yang tidak memberi peluang untuk pelajar bercakap akan membuat pelajar mereka pasif. Oleh itu, pelajar abad ke-21 perlulah diberi peluang oleh guru untuk lebih berkomunikasi di dalam kelas. Dahagakan ilmu Pelajar abad ke-21 sentiasa mencari ilmu. Sebelum ini, semua isi pelajaran diberi oleh guru sepenuhnya tetapi pada masa kini pelajar perlu sentiasa meneroka ilmu mereka sendiri. Persaingan bagi setiap orang pelajar pada abad ke-21 adalah tinggi dan mereka perlu bijak dalam mencari ilmu baru. Menjana idea Pelajar abad ke-21 perlu sentiasa menjana idea mereka selaras dengan perkembangan zaman yang ada. Contohnya, pelajar di negara Jepun sentiasa menjana idea baru selaras dengan tahap pendidikan dalam negara mereka. Tahap pendidikan dan pelajar mereka adalah jauh mendahului kita. Oleh itu, untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain pelajar kita haruslah sentiasa menjana idea mereka. Berkemahiran kritis Berkemahiran kritis sangat perlu kepada seorang pelajar. Seorang pelajar tidak harus menerima sahaja sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Era teknologi ini, maklumat sangat mudah diperolehi tetapi tidak semua maklumat adalah adalah benar. Oleh itu, berkemahiran berfikir dengan kritis adalah penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang diperolehi.
  • 25. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 25 | P a g e K U M P U L A N 3 Berkeperibadian tinggi Pelajar abad ke-21 akan lebih sempurna dengan keperibadian yang tinggi. Seorang pelajar tidak harus mempunyai kemahiran yang tinggi sahaja. Berkeperibadian tinggi sangat perlu pada diri pelajar. Pada abad ke-21 kita dapat lihat ramai pelajar yang semakin jauh daripada keperibadian tinggi ini. Keadaan ini berlaku kerana mereka banyak belajar sendiri daripada kemudahan ICT dan tanpa perlu berjumpa dengan orang lain. Dleh itu, keperibadian tinggi perlulah disebabkan dalam diri pelajar abad ke-21 supaya diri mereka selaras dengan kemahiran dan keperibadian yang tinggi Pelajar dan Internet Walaupun masih ramai pelajar tidak berpeluang untuk menikmati kemudahan internet terutamanya di kawasan pendalaman, namun sebagai pelajar abad ke-21 mereka harus mengambil peluang dengan bijak untuk memperoleh maklumat di internet. Revolusi maklumat yang akan mewujudkan Era Maklumat akan membawa perubahan secara menyeluruh dan dramatik kepada cara hidup kita, cara bekerja dan tatacara melihat dunia secara global. Negara kita telah berjaya melihat akan kemunculan pelajar abad ke-21 yang dipengaruhi dengan ganerasi berilmu dan bermaklumat tersebut. Kemajuan dalam teknologi Komputer pada hakikatnya akan memastikan bahawa revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh. Terdapat beberapa kelebihan pembelajaran menggunakan Internet:  Peluang pembelajaran melalui Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.  Internet juga menyediakan ruang dan maklumat pembelajaran dan perkongsian dengan kepada golongan professional dalam bidang tertentu, seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi, teknologi, komputer dan sebagainya.  Kemudahan Internet juga memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat yang dahulunya hanya dipersembahkan melalui kaedah konvensional sahaja, iaitu buku, majalah, surat khabar, rencana tertentu, jurnal dan buletin. Melalui Internet, sumber- sumber tersebut turut disediakan dalam bentuk World Wide Web. Sumber-sumber begini biasanya disediakan oleh pihak institusi pengajian tinggi, badan-badan pemikir dan pusat penyelidikan dalam bidang tertentu. Ianya bukan sahaja untuk dijadikan
  • 26. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 26 | P a g e K U M P U L A N 3 bahan rujukan kepada para pelajar sekolah, kolej dan universitI, malah ia juga turut oleh dimanfaatkan oleh semua golongan orang yang berminat.  Dalam pencarian sejumlah kecil maklumat, seperti ensiklopedia dan kamus, ia mudah dilaksanakan. Tetapi bagi mencari sejumlah maklumat yang besar, langkah mencari dan memilih mungkin agak sukar bagi pengguna yang masih lagi belum memahami teknik pencarian maklumat dalam Internet. Internet menyediakan satu perisian atau aplikasi yang dinamakan enjin carian bagi memudahkan proses pencarian anda terhadap topik tertentu. Walaupun begitu, perlukan sedikit kemahiran penggunaan enjin carian bagi memastikan bahawa maklumat yang betul dapat diperolehi.6 Di dalam abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk tujuan pembelajaran. Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan pengetahuan. Apa yang penting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis untuk mendapat manfaat semaksimum yang mungkin. 4.1 CIRI-CIRI PELAJAR ABAD KE-21 1) Berupaya membuat hubung kait  Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang di pelajari dengan keadaan sekeliling. 2) Mendengar dan membuat refleksi  Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P dijalankan. 3) Bijak menyoal  Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah. 4) Fleksibel  Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel. 5) Yakin berkomunikasi 6 Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • 27. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 27 | P a g e K U M P U L A N 3  Berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah. 6) Berkemahiran kritis dan menguasai kemahiran literasi  Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir. 7) Dahagakan ilmu  Sentiasa ingin untuk menimba ilmu. 8) Mengambil risiko  Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba. 9) Rasa ingin tahu yang mendalam  Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. 10) Berani mencuba  Mencuba sesuatu untuk kebaikan. 11) Berintegriti dan berkeperibadian yang tinggi  Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah. 12) Menjana idea  Menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. 4.2 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE-21 1) Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting
  • 28. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 28 | P a g e K U M P U L A N 3 bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan kejayaan perubahan insan. (Mohd Najib , 1997).7 Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia. Tepat pada masanya, Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam lingkungan abad ke -21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online “ world class is defined as being of the highest caliber in the world”. Pada pendapat saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu : i. Pembangunan tenaga manusia ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual vi. Pembangunan teknologi dan sains vii. Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat. Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk mempastikan perkara berikut dapat diurustadbir dengan sistematik dan berkesan iaitu: i. Pendidikan Prasekolah dan Rendah 7 Mohd Najib , 1997
  • 29. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 29 | P a g e K U M P U L A N 3 ii. Pendidikan Menengah iii. Pendidikan Tertiari (Tinggi) iv. Program Sokongan v. Pembiayaan Pendidikan vi. Pengurusan vii. ICT Dalam Pendidikan Selain daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran juga perlu merefomasikan pelbagai aspek pendidikan di semua peringkat persekolahan seperti perkara-perkara berikut: i. Kualiti pengajaran ii. Kualiti perkhidmatan iii. Kualiti kurikulum iv. Kualiti penilaian dan pensijilan v. Kualiti pensyarah vi. Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar vii. Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi viii. Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti ix. Kualiti kepimpinan universiti x. Kualiti penyeliaan xi. Kualiti mentoring xii. Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.3 Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pelajaran membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa
  • 30. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 30 | P a g e K U M P U L A N 3 supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas. Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian Pelajaran dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan. Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :  Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.  Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan.  Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun.  Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.  Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.  Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta. Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira. Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, kerajaan perlu menyegerakan untuk menyelesaikan masalah peluang pendidikan tertiari di IPTA dan IPTS yang sedia ada masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat dan keperluan negara yang semakin meningkat. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat tertiari adalah amat kecil jika dibandingkan dengan kohort yang sama di negara-negara maju. Contohnya, berdasarkan data Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996, peratus
  • 31. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 31 | P a g e K U M P U L A N 3 kemasukan pelajar ke peringkat tinggi bukan ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah 11 peratus di Malaysia berbanding dengan 26 peratus di Amerika Syarikat dan 12 peratus di United Kingdom. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah lima peratus di Malaysia berbanding dengan 41 peratus di Amerika Syarikat dan 39 peratus di United Kingdom. Adalah menjadi cabaran kepada Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan tahap aksesibiliti kepada pendidikan tertiari sejajar dengan konsep pendemokrasian pendidikan.8 Selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan tertiari perlu mampu menyediakan peluang bagi mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, latihan, dan latihan semula pada peringkat tertiari. Tahap aksesibiliti ke pendidikan tertiari yang rendah akan menghalang pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat. Cabaran kerajaan ialah untuk menyediakan peluang dan laluan bagi kemasukan individu dan pelajar tercicir ke institusi pendidikan tertiari agar rakyat Malaysia mempunyai pendidikan serta kemahiran ke arah membantu pembangunan negara. Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan juga dilihat sebagai salah satu cara ke arah memantapkan lagi pendidikan tertiari. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti. 2) Isu dan Cabaran : Ke Arah Pembestarian Sekolah Malaysia Satu lagi isu pendidikan di Malaysia masa kini yang hangat diperkatakan ialah Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah diilhamkan apabila pemimpin-pemimpin kita melihat perkembangan ICT di seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. 8 Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996
  • 32. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 32 | P a g e K U M P U L A N 3 Cabaran utama proses Pembestarian Sekolah ini ialah melatih guru dan murid agar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self- directed) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007, dasar utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT. Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia ada di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari, projek pengkomputeran dan makmal komputer sekolah, projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dam Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan, pengisian dan latihan. Kementerian Pelajaran akan menyelaraskan semua inisiatif ICT ini bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan supaya boleh dilaksanakan secara cekap dan efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran.
  • 33. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 33 | P a g e K U M P U L A N 3 “Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives.”9 “The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.”10 “… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.” 11 Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan :- i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi 9 Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor, 1 August 1996 10 Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004) 11 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005
  • 34. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 34 | P a g e K U M P U L A N 3 ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan Pembestarian Sekolah akan menfaatkan elemen utama yang telah dilaksanakan ke sekolah- sekolah melalui projek-projek Kementerian Pelajaran seperti :- i. projek makmal pengkomputeran sekolah ii. PPSMI dan MBMMBI iii. rangkaian SchoolNet iv. rancangan TV pendidikan v. projek Rintis Sekolah Bestari vi. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran vii. mata pelajaran yang berasaskan ICT viii. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta ix. latihan ICT Guru x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, Kementerian Pelajaran kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal
  • 35. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 35 | P a g e K U M P U L A N 3 komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, Kementerian Pelajaran telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. Pembekalan peralatan dan kemudahan ICT merupakan isu yang besar kerana terbukti telah melibatkan kos pembelian dan pengurusan yang besar. Banyak wang yang telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan prasarana ini. Penyediaan perisian kursus juga merupakan cabaran kepada pihak kementerian. Untuk itu, pembangunan perisian telah dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pembestarian sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan. Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak harus mengorak langkah yang proaktif. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah
  • 36. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 36 | P a g e K U M P U L A N 3 suatu usaha yang amat baik. Adalah menjadi harapan kementerian, melalui pembestarian sekolah ini akan membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi, mengimbang jurang digital antara bandar, luar bandar dan pendalaman, membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf dunia. Pembestarian sekolah ini perlu disokong dan dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengatasi cabaran-cabaran yang timbul ke arah menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. 3) Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Ke Arah K-Ekonomi Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan pemantapan. Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Perubahan sistem ekonomi ini adalah satu fenomena yang pasti akibat daripada arus perdana yang dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang. Cabaran tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras dengan perkembangan era dunia abad ke 21 yang sangat mencabar ini. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Mohamad Muda (1991) mengatakan sistem pendidikan negara kita memerlukan usaha- usaha yang strategik serta boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke
  • 37. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 37 | P a g e K U M P U L A N 3 tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.12 Pembangunan Pendidikan abad ke 21 mulai tahun 2000 mengambil kira Dasar Wawasan Negara yang bertujuan membina bangsa yang berdaya tahan, menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menghadapi persaingan antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, memperkukuh pembangunan sumber manusia, dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan. Untuk mencapai matlamat pembangunan negara, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010, RRJP3) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005, RMKe-8) telah menggariskan strategi, program, dan projek untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta membina masyarakat yang bersatu padu, adil, dan saksama. Pembangunan negara tertumpu kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju mengikut acuan sendiri. Semua ini mempunyai implikasi yang besar terhadap sistem pendidikan kebangsaan. Sistem pendidikan kebangsaan telah dapat meningkatkan kualiti pendidikan dari segi taraf pendidikan tenaga kerja. Pada tahun 1980, tenaga kerja yang tidak mempunyai pendidikan formal adalah sebanyak 18.1 peratus dan menurun kepada 8.7 peratus pada tahun 1995. Dalam tempoh yang sama, peratusan yang mempunyai pendidikan tertiari berjaya ditingkatkan daripada 1.5 peratus kepada 11.1 peratus. Jadual tersebut menunjukkan tahap pendidikan tenaga kerja di Malaysia semakin meningkat dengan lebih ramai mempunyai pendidikan menengah dan tertiari. Pada tahun 2000, bilangan tenaga kerja mahir dan profesional telah meningkat kepada 32 peratus dan 2005 telah mencapai 46 peratus. Pendidikan tertiari merupakan pemangkin utama penjanaan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, dan berketrampilan bagi memenuhi keperluan mencapai wawasan negara Dengan tertubuhnya kolej komuniti, politeknik, institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam, dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS), lebih banyak tenaga mahir dan profesional akan dapat dilahirkan pada masa akan datang. Jika ini dapat dicapai, negara kita akan mudah bersaing dengan negara lain di dunia pada abad ke 21 ini. 12 Mohamad Muda (1991)
  • 38. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 38 | P a g e K U M P U L A N 3 4) Isu dan Cabaran : Ledakan Globalisasi Menimbulkan Masalah Sosial Pelajar Satu lagi isu dan cabaran pendidikan abad ke-21 iaitu kesan daripada ledakan globalisasi dunia serta pendedahan ICT, khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah, rumah atau di siber-siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia tanpa sekatan. Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi topik perbualan yang sering diperkatakan. Belum sempat kita merealisasikan impian melahirkan generasi yang mampu mencerna dan mengisi keperluan cabaran negara, sebahagian besar remaja kita telah jelas kelihatan tenggelam dalam arus perkembangan era teknologi ini. Pembabitan bilangan remaja dalam gejala sosial turut meningkat secara mendadak. Revolusi sektor pendidikan negara kini bukan sahaja tidak berupaya menemui satu jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah gejala sosial remaja. Kita berhendakkan kemajuan yang diasaskan kepada budaya Malaysia jati dan bukannya sebuah negara maju yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remajanya.13 Di sini, nampaknya pendidikan abad ke-21 melakarkan cabaran demi cabaran yang sangat menakutkan. Di samping kemajuan sains dan teknologi, kemudahan alat telekomunikasi yang semakin canggih jelas mempunyai keburukan terutamanya kepada para remaja bahkan seluruh manusia yang masih mencari identiti mereka. Kemudahan internet disalahgunakan untuk mengakses laman-laman yang tidak sihat telah memberikan kesan negatif kepada mereka. Kesan yang paling ketara ialah kewujudan laman-laman lucah yang telah mengakibatkan pengaruh seks bebas dan jenayah seksual. Fenomena ini berlaku kalangan pelajar yang tidak matang untuk menilai serta mempraktikkan apa yang boleh dan tidak boleh diamalkan. Masalah ini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa 13 Rahayu, S. (2009). Kecenderungan Pembelajaran Kimia di Awal Abad 21. MIPA dan Pembelajarannya, 31(2).
  • 39. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 39 | P a g e K U M P U L A N 3 keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.14 Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram diseluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral di bawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru- guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya ke arah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hariini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat di abad ke 21 ini dan lambakan bahan-bahan 14 Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: PanduanTeknik-Teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  • 40. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 40 | P a g e K U M P U L A N 3 lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak dan para pelajar. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka danmemanfaatkannya ke arah yang lebih positif.3 5.0 KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Pada abad yang ke-21, dapat kita ketahui bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Terdapat kelebihan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini. Antara kelebihan yang terdapat ialah banyak kemudahan yang disediakan untuk membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan kemajuan teknologi yang maju sama ada dari segi IT atau peralatan lai, nyata bahawa pelajar yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke21 ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Perkara seperti ini dapat kita lihat dimana pelajar pada abad ke-21 ini mudah untuk menerokai maklumat melalui kemudahan IT dan kemajuan internet yang ada pada abad itu. Jadi, pelajar tidak lagi sukar untuk memperolehi maklumat yang pelbagai didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pada abad ke-21, pelajar diberi pendekatan modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Disini, jelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini kerana pelajar dibekalkan dengan bahan bercetak atau CD- ROM. Jadi pembelajaran yang dialami pelajar lebih terancang serta terkawal apabila bahan dibekalkan oleh guru. Pengajaran yang disampaikan oleh guru juga lebih mudah kerana modul pengajaran terancang serta dapat dibekalkan kepada pelajar bg pelajar mmbuat persediaan.
  • 41. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 41 | P a g e K U M P U L A N 3 Seterusnya, pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini memberi kelebihan kepada pelajar untuk menguasai sesuata mata pelajaran dengan cemerlang. Perkara ini boleh berlaku apabila diadakan sistem kredit. Sistem kredit ini adalah nilai masa dan tugasan yang perlu disiapkan oleh pelajar, Pelajar masih dibenarkan mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan. Dengan berlakunya sistem begitu, pelajar akan membuat dengan cemerlang kerja serta tugasan bagi mencapai asas yang ditetapkan. Dalam pada itu, proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik pada abad ke-21. Guru mempunyai pelbagai kaedah dan cara menyampaikan pengajaran.. Guru tidak lagi hanya menggunakan kapur atau lebih dikenali sebagai kaedah “Chalk and talk”. Guru mengajar meggunakan kaedah seperti paparan power point yang ringkas dan padat berserta gambar bagi menerangkan lebih jelas dan mudah dibayangi oleh pelajar. Selain itu, guru boleh menayangkan video sebagai penyampaian pengajaran. Jadi, ini memberikan kelebihan kepada guru untuk mempelbagai kaedah pengajaran dan pelajar mudah untuk belajar serta tertarik untuk mendekati pembelajaran. Pengajaaran dan pembelajaran abad ke-21 ini memberi kelebihan dalam penghasilan pelajar yang berfikiran aras tinggi. Perkara ini terjadi kerana dalam kurikulum pada abad itu, pelajar didedahkan dengan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Soalan yang didedahkan kepada pelajar itu, bukanlah soalan yang lazim seperti soalan-soalan yang ada jawapan didalam buku teks, tetapi pelajar abad ke-21 ini didedahkan dengan soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi. Jadi, apabila pelajar terdedah dengan soalan yang aras tinggi ini, pelajar yang lahir pada abad ke-21 ini akan mempunyai fikiran yang aras tinggi, yang mampu menyelesaikan masalah-masalah yang rumit.3 Akhir sekali, kelebihan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini memberi kelebihan dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.. Ini kerana, dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini, pelajar akan ditekankan dengan subjek atau apa sahaja aktiviti yang meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar. Hal ini bertujuan untuk memajukan sebuah negara kerana, dalam mengajar kemajuan negara, pekerja-pekerja yang kreatif dan inovatif lebih diperlukan. Jadi, pada abad itu, banyak aktiviti untuk meningkatkan kreativiti pelajar seperti pertandingan inovasi peringkat sekolah, daerah, kebangsaan dan antarabangsa. Peruntukan juga diberi dalam melaksanakan program seperti ini. Pelajar juga da mengambil
  • 42. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 42 | P a g e K U M P U L A N 3 subjek kreatif dan inovasi. Jelas disini, bahawa pengajaran dan pembelajaran yang melaksanakan kreatif dan inovatif ini memberi kelebihan yang akan melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. 6.0 KEKURANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Pada abad yang ke-21, pengajaran dan pembelajaran tidak sama lagi seperi yang dulu kala. Namun begitu, terdapat juga cara, etika atau kaedah yang dahulu duganakan teteapi ditambah baik untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu berjaya. Seperti yang kita semua maklum, terdapat banyak kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini. Akan tetapi, terdapat juga kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini. Pepatah ada menyebut ‘Setiap kelebihan, pasti akan ada kekurangan”. Antara kekurangan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini adalah kos yang tinggi bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini. Perkara ini dapat kita lihat dimana pada abad ke-21 ini, kemajuan teknologi digunakan bagi melaksanakan sesuatu pembelajaran dan pengajaran. Bagi menyediakan alatan serta teknologi yang maju di satu institusi itu, ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi kerana barang keperluan yang menggunakan kemajuan teknologi ini dijual dengan harga yang mahal di pasaran. Peralatan-peralatan juga perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan alatan bertahan dalam jangka masa panjang dan peralatan yang rosak perlu dibaiki atau diganti, ini semua menggunakan kos. Jadi, keurangan yang terdapat dalam abad ke-21 ini ialah perbelanjaan kos yang tinggi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, gangguan pengajran dan pembelajaran berlaku. Perkara sebegini berlaku apabila terdapat masalah dalam penggunaan internet atau masalah seperti LCD projector dan juga soket yang disediakan tidak berfungsi. Jadi, pengajran dan pembelajaran akan terganggu dan akan mengambil masa yang lama untuk menyeelesaikan masalah tersebut. Objektif pengajaran tau rancangan pengajaran guru akan terjejas apabila perkara sedemikian berlaku. Walaupun telah buat persediaan yang baik, perkara sebegini masih lagi boleh berlaku kerana alatan yang digunakan adalah ciptaan manusia yang sukar mencapai kesempurnaan. Ini
  • 43. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 43 | P a g e K U M P U L A N 3 menunjukkan kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 akan berlaku gangguan dalam proses pembelajran.3 Seterusnya, guru perlu memainkan peranan yang lebih berat. Dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini, tugasan guru menjadi lebih berat kerana terdapat pelbagai sistem pengajaran yang digunakan pada abad ke-21. Guru juga perlu mengawal pembelajaran pelajar bukan hanya didalam kelas, akan tetapi, guru perlu membuat pemantauan pengajaran dimana sahaja kerana pelajar boleh melakukan pengajaran secara atas talian. Jadi guru perlu memastikan bahan rujukan pelajar tidak terpesong dari pembelajaran. Guru juga perlu mewujudkan modul modul pembelajaran yang berkesan dan pelbagai bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 tercapai. Ini bermakna kekurangan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini akan membebankan kerja guru. Akhir sekali, terdedahnya murid dengan maklumat yang tidak benar.Dengan berlakunya kemajuan IT pada masa kini, pelajar mudah untuk mengakses maklumat melalui internet. Jadi potensi bagi pelajar untuk terdedah dengan maklumat yang tidak benar agak ketara kerana tidak semua maklumat yang terdapat dalam internet itu mempunyai kesahihan yang kuat. Terdapat juga pihak yang mewujudkan maklumat yang akan mengilurakan pelajar, secara tidak langsung, pelajar akan berlaku perselisihan pendapat diantara guru dan pelajar. Perkara sebegini akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana terdapat pelbagai sumber maklumat yang boleh diperolehi pelajar. Jadi,ini adalah kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.15 7.0 KESIMPULAN Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi 15 Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: PanduanTeknik-Teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  • 44. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 44 | P a g e K U M P U L A N 3 maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan. Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka merealisasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar. Dengan peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar.15
  • 45. PENULISAN ILMIAH- PENGAJARAN ALAF KE-21 PEDAGOGI 45 | P a g e K U M P U L A N 3 RUJUKAN 1. Syarifah Nor Puteh. (1997). Kurikulum Abad 21. Konvensyen PERPEMA Ke 9. Kuala Lumpur. 2. Kariman, T. M. (2002). Strategi Pembelajaran Abad 21. Jakarta: Makalah. 3. Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025. Online)(www. moe. gov. my). 4. Tilaar, H. A. R. (1998). Beberapa agenda reformasi pendidikan nasional dalam perspektif abad 21. IndonesiaTera. 5. Sidin, R. (1994). Pendidikan di Malaysia: cabaran untuk masa depan. Penerbit Fajar Bakti. 6. Rashid, A. R. A. (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.. 7. Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 8. Mohd Najib , 1997 9 Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996 10 Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor, 1 August 1996 11 Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004) 12 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005 13 Mohamad Muda (1991) 14.Rahayu, S. (2009). Kecenderungan Pembelajaran Kimia di Awal Abad 21. MIPA dan Pembelajarannya, 31(2). 15. Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: PanduanTeknik- Teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.