2. 15-Jan-16
2
Adab ketika ditimpa musibah
• Bersabar apabila ditimpa musibah seperti
kesakitan dan kematian
• Tidak mudah berputus asa, berfikiran positif
dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
• Berdoa dan bertawakal kepada Allah
• Beristigfar memohon ampun kepada Allah
kerana mungkin musibah tersebut akibat
daripada dosa yang dilakukannya
Surah Al-Baqarah : 155
Νä3‾Ρuθè=ö7oΨs9uρ&óy´Î/zÏiΒÅ∃öθsƒø:$#Æíθàfø9$#uρ
<Èø)tΡuρzÏiΒÉΑ≡uθøΒF{$#ħà ΡF{$#uρ
ÏN≡tyϑ¨W9$#uρ3ÌÏe±o0uρšÎŽÉ9≈¢Á9$#∩⊇∈∈∪
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan
(dengan berlakunya) kekurangan dari harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang
Yang sabar:
Kelebihan beradab ketika ditimpa musibah
1. Bertambah keimanan kepada Allah
2. Mendapat keampunan dan rahmat daripada
Allah
3. Mendapat kejayaan di dunia dan kebahagian
di akhirat
4. Mendapat gantian nikmat lebih baik daripada
Allah
5. Dihormati oleh masyarakat
6. Kecekalannya dikenang walaupun sudah
meninggal dunia
INFO TAMBAHAN
• Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Seseorang itu tidak dikatakan bersyukur kepada
Allah jika tidak berterima kasih kepada orang lain.
(Riwayat Abu Daud)
• Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Apabila
seseorang hamba Allah ditimpa musibah
terhadap harta atau dirinya, lalu dia
merahsiakannya, dan dia tidak mengadu kepada
sesiapa kecuali Allah, Allah akan menghapuskan
dosa-dosanya. (Riwayat Al-Tobrani)
• Mukmin yang berjaya ialah mukmin yang
bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dan
bersabar menempuh segala musibah yang
menimpanya. (Hadis m/s 221)
• Kesabaran dan keredaan ialah senjata yang
paling ampuh untuk meneruskan kehidupan
yang penuh dengan cabaran.