SlideShare a Scribd company logo
1 of 76
Download to read offline
KATA-KATA ALUAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya diberi kesempatan untuk menyampaikan
kata-kata aluan dalam modul yang diterbitkan ini. Tahniah dan syabas kepada Jabatan
Pelajaran Johor dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Johor kerana telah mengambil
inisiatif untuk menghasilkan sebuah buku Modul Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling.
Modul seperti ini penting bagi membantu meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan
Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah dan rendah, khususnya dalam
menyalurkan maklumat kepada murid sekolah.
Seperti yang sedia maklum, beban tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling kini semakin
mencabar. Dengan penerbitan modul seperti ini diharapkan dapat menjadi sumber sokongan
dalam membantu meningkatkan kecekapan pengurusan serta perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
Saya percaya dan yakin modul ini dapat membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling
menyampaikan maklumat yang terkini, relevan serta menepati bidang tugas seperti yang
digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Melalui usaha ini, diharapkan dapat memberi impak positif dalam kalangan murid bagi
memupuk generasi yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai kendiri positif.
KATA-KATA ALUAN
Tahniah dan syabas kepada Jabatan Pelajaran Johor, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan
Negeri Johor dan Jawatankuasa Penulisan Modul 10 minit yang telah berjaya menzahirkan
sebuah modul khusus untuk rujukan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Amanah yang dipertanggunjawabkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah
sangat besar dalam memberi bimbingan dan panduan bagi meningkatkan akademik, sahsiah
dan kerjaya murid. Pada pengamatan saya modul ini amat bersesuaian dengan keperluan guru
yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai permasalahan murid.
Akhir kata saya amat berharap agar Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat
memanfaatkan sebaik mungkin modul ini bagi mempertingkatkan kemahiran sedia ada dan
menjadi rujukan dalam memberi input yang berkesan kepada murid.
KANDUNGAN.
PENGENALAN
BAB 1 : PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BAB 2 : AKADEMIK
2.1 - Penetapan Azam Baru.
2-2 - Amalan Belajar Berkesan ( Study Smart )
2.3 - Pengurusan Masa.
2.4 - Kenapa Lupa.
2.5 - Kenapa Mengantuk.
2.6 - Strategi Belajar.
2.7 - Mendengar Muzik Ketika Belajar.
2.8 - Strategi Menghadapi Peperiksaan.
2.9 - Analisis Peperiksaan
BAB 3 : KERJAYA
3.1 - Pengumpulan Maklumat Kerjaya Masa Depan
3.2 - Hala Tuju Selepas STPM/STAM/Sijil/Diploma/Matrikulasi
3.3 - Hala Tuju Selepas SPM
3.4 - Hala Tuju Selepas PMR
BAB 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL
4.1 - Kemahiran Membuat Keputusan
4.2 - Harga Diri
4.3 - Perkembangan Remaja
4.4 - Kisah dan Teladan
4.5 - Gaya Hidup Sihat
4.6 - Ponteng Sekolah/Melepak
4.7 - Menghadapi Isu Semasa
4.8 - Bulan Kemerdekaan
4.9 - Musim Perayaan
4.10 - Kemelesetan Ekonomi
4.11 - Rogol/Pencabulan/Bersekedudukan
4.12 - Gangguan Seksual
4.13 - Gangsterisme
4.14 - Vandalisme
4.15 - Penderaan/Penganiayaan
4.16 - Asertif Diri
4.17 - Pengurusan Stress
4.18 - Kemahiran Mengawal Diri / Emosi
BAB 5 : PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH/ROKOK/
INHALAN/HIV/AIDS
5.1 - Kesan Negatif Penyalahgunaan Dadah
5.2 - Masyarakat Madani Tanpa Dadah
5.3 - Dadah Dari Sudut Agama
5.4 - Apa Itu HIV/AIDS Dan Bagaimana Cara HIV/AIDS Merebak
5.5 - Tanda-Tanda Penyakit HIV/AIDS
5.6 - Apa Itu Inhalan
5.7 - Kesan-kesan Negatif Inhalan
5.8 - Apa Itu Rokok Dan Bahan Merbahaya Yang Terkandung Didalamnya
5.9 - Kesan Negatif Merokok
5.10 - Hidup Sihat Tanpa Rokok
5.11 - Tip-Tip Berhenti Merokok
BAB 6 : PEMBANGUNAN DIRI
6.1 - Komunikasi
6.2 - Penyelesaian Masalah
6.3 - Pengurusan Diri
6.4 - Pengorbanan Diri
6.5 - Halangan Kejayaan
6.6 - Strategi Kecemerlangan
6.7 - Mengapa Mesti Cemerlang
BAB 7 : KEIBUBAPAAN
7.1 - Budi Bahasa I
7.2 - Budi Bahasa II
7.3 - Bersyukur dan Berterima kasih
7.4 - Budaya Memberi Salam Dan Ucap Selamat
BAB 8 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
8.1 - Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling I
8.2 - Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling II
8.3 - Promosi Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)
PENGHARGAAN
BAB 1 : PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Bidang perkhidmatan:
1.1 Akademik ( Pemilihan Mata Pelajaran, Penempatan
selepas PMR, SPM dan STPM)
1.2 Kerjaya (Mengenali potensi diri, memperkenalkan bidang kerjaya
yang berkaitan dengan aliran sains, sains kemasyarakatan dan
Teknik & Vokasional.)
1.3 Psikososial ( Kemahiran asertif, komunikasi, pemupukan harga
diri.
1.4 Kesihatan mental (Tingkah laku antisosial, persepsi negatif,
vandalisme, krisis identiti)
1.5 Pembangunan Diri (Potensi diri, penyelesaian masalah, nilai diri
dan keluarga, penilaian dan peningkatan kendiri.
1.6 Konferens Ibu Bapa (Perbincangan profesional tentang pencapaian
akademik dan perkembangan sahsiah anak di sekolah.)
1.7 Pendidikan Pencegahan Dadah / HIV (Sikap benci kepada dadah
dan inhalan, mengetahui kaedah menghindari HIV dan jangkitan )
2. Masa perkhidmatan (mengikut jadual waktu persekolahan)
3. Cara mendapatkan perkhidmatan:
3.1 Secara sukarela
3.2 Dirujuk oleh guru
3.3 Dijemput oleh kaunselor
3.4 Membuat temujanji dengan mengisi borang temujanji
Lampiran : Brosur Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
(mengikut kesesuaian sekolah)
Rujukan : http://members.tripod.com/smkzaba/BK.htm
http://www.scribd.com/doc/8439187/FAIL-MEJA-GURU-
BIMBINGAN-KAUNSELING
BAB 2 : AKADEMIK
2.1. Penetapan Azam Baru
Objektif : i. Menjelaskan tujuan hadir ke sekolah
ii. Meningkatkan fokus pelajar kepada kecemerlangan
akademik
Pengisian :
1. Memberikan pengertian azam iaitu matlamat yang lahir daripada hati.
2. Minta semua pelajar untuk merenung kembali sama ada azam pada tahun lepas telah
dicapai atau sebaliknya.
3. Meminta pelajar menetapkan azam baru yang lebih baik dan positif untuk dicapai pada
tahun ini. (azam ditulis dalam buku catatan atau diari pelajar)
Lampiran : Buku catatan pelajar
Bahan edaran
Program AZIMAT
A = Agama
Z = Zahir
I = Intelek
M = Matlamat
A = Aplikasi
T = Tulus Ikhlas
MATLAMAT BELAJARKU
NOSTALGIA PENCAPAIANKU DALAM PMR
Mata Pelajaran Gred
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Kemahiran Hidup
MATLAMATKU DALAM SPM / STPM
Mata Pelajaran Gred Terkini Gred Sasaran
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Fizik
Kimia
Biologi
MATLAMATKU SELEPAS SPM / STPM
BIDANG KURSUS : …………………………………………………………..
IPTA / IPTS : …………………………………………………………..
KERJAYA : …………………………………………………………..
2.2 Amalan Belajar Berkesan (Study Smart)
Objektif : i. Pelajar mengenali amalan belajar yang lebih
berkesan.
ii. Pelajar memberi fokus dan tumpuan kepada
tabiat belajar yang betul.
Pengisian :
1. Menjelaskan maksud belajar berkesan.
2. Memberi tips-tips belajar berkesan.
3. Menggalakkan pelajar mencatat di dalam buku catatan atau diari pelajar.
Lampiran : Buku catatan pelajar
Program si KANCIL
K = Kemahiran
A = Amanah
N = Niat
C = Cekap
I = Iltizam
L = Latihan
Rujukan : Buku Panduan Belajar Berkesan.
2.3. Pengurusan Masa
Objektif : i. Membantu pelajar membuat pilihan aktiviti mengikut
keutamaan sebagai seorang pelajar.
ii. Membimbing pelajar merancang dan mengurus masa
Pengisian :
1. Mengedarkan contoh jadual belajar sendiri di rumah atau di asrama untuk panduan
pelajar.
2. Mengarahkan pelajar untuk mengisi jadual tersebut dengan mata pelajaran.
3. Mengingatkan pelajar supaya mengikut dan mendisiplinkan diri dengan jadual tersebut
secara konsisten.
4. Pengagihan jadual waktu peribadi berdasarkan aktiviti :
 Waktu belajar - 8 jam sehari
 Pengurusan diri - 8 jam sehari
 Tidur - 8 jam sehari
5. Menerangkan kepada pelajar tentang aliran tenaga harian :
 Masa perdana – masa yang paling sesuai untuk belajar adalah
pada waktu pagi
 Penjanaan semula tenaga – diperolehi selepas mandi , makan
tengahari atau makan malam.
Lampiran : Jadual Waktu Harian
HARI PAGI PETANG MALAM
ISNIN P&P Di
Sekolah
Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan Pelajaran
Esok
Ulangkaji Dan Persiapan
Pelajaran Esok
SELASA P&P Di
Sekolah
Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan Pelajaran
Esok
Ulangkaji Dan Persiapan
Pelajaran Esok
RABU P&P Di
Sekolah
Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan Pelajaran
Esok
Ulangkaji Dan Persiapan
Pelajaran Esok
KHAMIS P&P Di
Sekolah
Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan Pelajaran
Esok
Ulangkaji Dan Persiapan
Pelajaran Esok
JUMAAT P&P Di
Sekolah
Kerja Rumah
Semak Nota
Persiapan Pelajaran
Esok
Ulangkaji Dan Persiapan
Pelajaran Esok
SABTU Ulangkaji Pelajaran Tahun Lepas , Latihan Mengingat Dan Latihan
Menjawab Soalan
AHAD Ulangkaji Pelajaran Tahunlepas , Latihan Mengingat Dan Latihan Menjawab
Soalan
Akronim - U – Urus
N – Nilai
T - Tepati
A - Amalkan
2.4 Kenapa Lupa
Objektif : i. Memberi penjelasan kepada pelajar berkaitan
pola ingatan dan lupaan.
ii. Pelajar mengamalkan tabiat belajar yang baik.
Pengisian :
1. Memberi penerangan kepada pelajar kenapa kita lupa sama ada dari segi pemakanan.
2. Amalan ulangkaji selepas pembelajaraan.
3. Memberi tips dan juga panduan penjagaan makanan yang boleh menguatkan minda.
4. Amalan doa yang betul mengikut kepercayaan masing-masing.
Lampiran :
Kenapa kita lupa ?
 Mengamalkan makanan ringan
 Banyak makan organ dalaman
 Minuman bergas
 Makan bahan masam seperti jeruk asam , epal hijau dan lain-lain.
 Makan kepala ikan , makan makanan bersemut dan lain-lain.
 Kurang ulangkaji dan latihan
Tips-tips makanan menguatkan minda
 Kismis
 Kurma
 Buah badam
 Buah zaiton
 Susu dan madu
 Makanan dari bahan kekacang dan
 Halal
2.5 Kenapa Mengantuk
Objektif : i. Memahami faktor penyumbang kepada gejala
mengantuk.
ii. Menjelaskan kaitan persekitaran,cara gaya
hidup dan kesihatan dengan masalah
mengantuk
Pengisian :
1. Mengapa mengantuk ?
Antara faktor-faktor yang menyebabkan mengantuk adalah:
 Keletihan
 Terlalu kenyang
 Kurang tidur / atau tidur pada waktu siang
 Hilang tumpuan, jemu atau pun bosan
 Kesan makanan yang dimakan
 Bunyi bising di persekitaran
 Mengambil bahan psikotropik bagi penyakit selsema, batuk, darah tinggi, lemah
jantung, ubat penenang dan sebagainya
2. Cadangan untuk mengatasi masalah mengantuk
 Tidur sejenak jika anda berada di rumah
 Basuh muka ataupun mandi
 Senaman ringan
 Banyakkan minum air
Lampiran : Bahan Edaran
Contoh Senaman Muka
 Pejamkan mata seberapa kuat
 Buka mata seluas – luas dan pandang ke atas sejauh mungkin.
 Ubah pandangan ke bawah dan pandang sejauh mungkin
 Selepas senaman mata, biarkan mata berehat
Contoh Senaman Anggota Badan
 Genggam kuat – kuat jari kira – kira 30 saat dan lepaskan perlahan – lahan.
 Tolak bahu anda ke hadapan sejauh yang mungkin
 Gerakkan dan pusing pergelangan kaki.
Akronim SINGA
S = Senaman
I = Ilmu
N = Niat
G = Gigih
A = Amalan
Rujukan : Buku Study Smart
2.6 Strategi Belajar
Objektif : i. Meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai sumber
untuk mencapai kecemerlangan.
Pengisian :
1. Mengamalkan doa belajar dan penerang hati
2. Gunakan bahan media cetak dan elektronik
3. Penggunaan pusat sumber secara maksimum
4. Rajin bertanya guru
Lampiran :
Akronim KANCIL
K - Kemahiran belajar
A – Amanah
N - Niat
C - Cekap
I - Iltizam
L - Latihan
2.7 Mendengar Muzik Ketika Belajar
Objektif : i. Menjadikan proses pembelajaran lebih
Menyeronokan
ii Meningkatkan kemahiran belajar yang berkesan
Pengisian :
1. Konsep belajar sambil mendengar muzik bergantung kepada tahap
penerimaan pelajar ketika mengulangkaji.
1. Pelajar harus menggunakan strategi belajar yang berkesan.
2. Kemahiran ini adalah satu lagi tambahan strategi bagi pelajar tertentu yang mempunyai
gaya belajar audiotori. (Kemahiran mendengar).
3. Ada pelajar yang suka mendengar muzik ketika sedang mengulangkaji tanpa
mengganggu apa yang dipelajari sebaliknya ada pula pelajar yang rasa tidak selesa
mendengar muzik semasa belajar.
4. Terdapat beberapa panduan yang boleh menjadi amalan agar tidak menjejaskan
tumpuan semasa belajar sambil mendengar muzik.
a) Kekuatan bunyi
Pastikan kekuatan bunyi berada pada tahap yang minimum. Sebagai contoh jika
lagu itu mempunyai lirik, sudah pasti ia tidak mudah didengar dengan jelas. Lirik
yang jelas akan mengganggu penumpuan kerja. Adalah lebih baik jika
mendengar lagu-lagu instrumental (tanpa nyanyian) yang mempunyai irama
perlahan tetapi ceria.
b) Lokasi
Perkakasan perlu berada di lokasi yang agak jauh dari meja tulis. Jangan
gunakan alat dengar di telinga untuk mendengar muzik dari pemain MP3 ataupun
telefon bimbit. Perkara ini perlu dielakkan kerana pendengaran yang terlalu kuat
akan mengganggu minda anda untuk berfikir dan boleh menjejaskan kesihatan
diri.
c) Jenis Tugasan
Muzik sesuai didendangkan ketika melaksanakan tugasan yang tidak melibatkan
daya berfikir aras tinggi. Sebagai contoh, elakkan daripada mendengar muzik
ketika anda sedang menghafal atau sedang berfikir untuk menyelesaikan
masalah pelajaran Matematik. Adalah lebih sesuai jika muzik itu didengar ketika
anda sedang membuat bacaan yang ringan, mencatat nota, melakar peta minda
atau mana-mana tugasan yang tidak melibatkan penggunaan daya berfikir yang
banyak.
2.8 Strategi Menghadapi Peperiksaan
Objektif : i. Mempertingkatkan keyakinan pelajar dalam
menuju kejayaan
ii. Memaksimumkan pencapaian akademik pelajar
Pengisian
1. Persediaan sebelum peperiksaan
 Buat persediaan awal sebelum peperiksaan
 Dapatkan rehat (tidur ) secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan
 Datang awal ke pusat peperiksaan
 Pastikan keperluan peperiksaan di bawa sebelum masuk ke dewan peperiksaan :
Slip peperiksaan, dokumen pengenalan diri dan alat tulis
2. Persediaan semasa di dalam dewan peperiksaan
 Duduk dengan tenang dan selesa
 Baca doa
 Dengar arahan pengawas dengan teliti
 Pastikan anda menerima kertas jawapan yang mencukupi
 Pastikan menerima kertas soalan yang betul
 Baca semua arahan di kertas soalan sebelum menjawab
 Buat perancangan sebelum menjawab terutamanya soalan essi
3. Persediaan sebelum meninggalkan dewan peperiksaan
 Teliti butir-butir diri , mata pelajaran dan nombor soalan yang ditulis dengan betul
 Pastikan semua helaian jawapan disusun dengan baik dan di hantar kepada
pengawas peperiksaan
 Jangan tinggalkan sebarang dokumen pengenalan diri atau alat tulis di dewan
peperiksaan
 Dicadangkan agar tidak membincangkan soalan atau jawapan yang telah selesai
kerana tindakan itu dapat mengurangkan keyakinan diri untuk menghadapi
kertas-kertas lain akan datang
4. Teknik menjawab soalan objektif
 Fahamkan keperluan kertas soalan peperiksaan – arahan, masa dan markah
yang diberi
 Pastikan anda mengisi jawapan pada ruangan yang betul – satu salah, semua
salah, semak nombor soalan dengan nombor jawapan
 Peruntukan masa bagi membaca semua arahan – menulis butir-butir diri,
menjawab semua soalan dan menyemak serta menghitamkan jawapan.
 Mulakan dari soalan pertama - jawab soalan yang mudah dahulu , tinggalkan
sementara soalan yang susah dan berhati-hati dengan soalan mudah
memerangkap anda .
 Kertas jawapan jelas dan bersih.
 Soalan-soalan sukar gunakan akal budi – singkirkan jawapan yang tidak
munasabah, tolak jawapan yang terlalu biasa dan yang tinggal mungkin jawapan
yang betul.
 Semua kertas jawapan – pastikan semua kertas jawapan bertanda dengan betul.
5. Kesilapan semasa menjawab soalan peperiksaan
 Tidak memperuntukkan masa membaca arahan di kertas soalan.
 Terlalu ghairah untuk menjawab soalan.
 Sering kali pelajar menjawab apa yang diketahui bukan apa yang dikehendaki
oleh soalan.
 Tidak merancang masa dengan baik.
 Sering menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan tidak mengikut laras
bahasa mata pelajaran.
 Menyalin semula soalan bila kekeringan idea - membuang masa.
 Tidur sewaktu di dalam dewan peperiksaan.
Lampiran :
Akronim SIHAT
S - Solat
I - Iltizam
H - Harapan
A - Amalan
T - Teknik
2.9.Analisis Peperiksaan
Objektif : 1. Pelajar mendapat maklumat terkini berkaitan
keputusan peperiksaan.
2. Mendapat maklumat tentang matlamat dan sasaran
pencapaian sekolah tahun semasa sebagai
penanda aras semua warga sekolah.
Pengisian : Memberi penerangan mengenai :
1. Keputusan Peperiksaan
a. Memberi penerangan bilangan peratus kelulusan, Gred Purata
Sekolah (GPS), kedudukan sekolah di peringkat daerah dan
gred keputusan bagi setiap mata pelajaran yang diambil oleh
calon peperiksaan secara keseluruhan kepada semua pelajar
(kumpulan sasaran).
b. Mengumumkan pelajar-pelajar terbaik yang menerima
keputusan cemerlang dengan menyatakan gred keputusan
mata pelajaran pelajar terlibat.
2. Sasaran Tahunan
a. Menjelaskan matlamat dan sasaran tahun semasa sekolah
kepada pelajar.
b. Memberi penerangan tentang sasaran Take Of Value (TOV),
Expected Target Result (ETR) dan Gred Purata Sekolah
(GPS) bagi setiap mata pelajaran yang diambil oleh pelajar.
c. Menyampaikan hasrat dan harapan pihak sekolah tentang
kepentingan pelajar menetapkan sasaran mengikut matlamat
dan sasaran sekolah supaya pelajar seiring dengan pihak
sekolah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
3. Suntikan Motivasi Diri Pelajar
a. Menyuntik semangat pelajar ke arah kecemerlangan kendiri
dengan menjadikan matlamat dan sasaran sebagai sumber
motivasi diri.
b. Memberi penerangan tentang teknik menyusun jadual
peribadi, mencatat nota kecil, kemahiran belajar efektif,
persediaan sebelum menduduki peperiksaan dan persediaan
dalam bentuk rohani, jasmani dan fizikal.
c. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk
mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap
peperiksaan jika mereka menggunakan potensi mereka
secara optima.
d. Oleh kerana peperiksaan mementingkan ketepatan maka
pelajar mesti membuat persediaan dengan penuh kepastian
bukan sekadar asal belajar sahaja.
e. Sikap dan pemikiran yang positif, cita-cita atau matlamat yang
tinggi, motivasi diri yang sentiasa menggunung, teknik belajar
dan ulangkaji yang sistematik, pengurusan masa yang
berkesan dan latihan yang berterusan adalah prasarana yang
membolehkan anda menjadi pelajar yang cemerlang. Tidak
ada jalan pintas untuk kejayaan (there is no short cut to
success).
Rujukan : http://www.geocities.com/uthan.geo/belajar.htm
BAB 3 : KERJAYA
3.1. Pengumpulan Maklumat Kerjaya Masa Depan
Objektif : Pelajar-pelajar mendapat gambaran dan
pengetahuan tentang peluang pasaran kerjaya masa
depan.
Pengisian :
1. Sains/ kejuruteraan
Perubatan, Farmasi, Pergigian, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan
Elektronik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan
Tekstil, Kejuruteraan Perabut, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Aeroangkasa, Kejuruteraan
Kimia Industri, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Telekomunikasi, Senibina, Landskap,
Bioteknologi, Biodiversiti, Bioindustri, Sains Pemakanan, Pendidikan Sains dan Teknologi.
2. Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Pemasaran, Pengurusan Perbankan, Pengurusan
Insuran, Pengurusan Pengangkutan, Pengurusan Maritim, Pengurusan Teknologi Maklumat,
Pengurusan Alam sekitar, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Hartanah, Pengurusan
Perakaunan, Pengurusan Perhotelan, Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Perundangan,
Pengurusan Ekonomi, Kewartawanan, Pengiklanan, Pengurusan Pendidikan & Bahasa,
Pengurusan Sains Sukan.
Maklumat tambahan :
1. Bidang kerjaya era kini lebih berfokus kepada bidang kemahiran teknologi maklumat dan
perkomputeran. Ia meliputi pengendalian hardware dan software komputer. Dua
komponen ini adalah saling berkaitan dan memerlukan kepakaran seseorang. Kerjaya
ini lebih berfokus kepada pengisian maklumat di dalam sistem komputer dan keduanya
berfokus kepada penambahbaikkan komponen komputer
2. Bidang perkomputeran ini digabungkan pula dengan bidang telekomunikasi seperti
internet. Pelajar dan kakitangan didedahkan kepada pengurusan pembelajaran tanpa
kertas. Ia berorientasikan terus melalui talian internet, bermula dari pendaftaran,
semakan dan keputusan sesuatu bidang kerjaya.
3.2. Hala Tuju Selepas Stpm/Stam/Sijil/Diploma/Matrikulasi
Objektif : Memahami hala tuju dan peluang pendidikan serta kerjaya selepas
STPM/ STAM/ Sijil/ Diploma/ Matrikulasi
Pengisian :
1. KELAYAKAN KE IPTA / IPTS DI MALAYSIA
1.1 Dasar pengambilan pelajar bagi mengikuti program diploma atau asasi dan
ijazah adalah secara meritokrasi iaitu dengan mengambil kira 90 peratus markah bagi akademik
dan 10 peratus lagi bagi kokurikulum.
1.2 Bagi program diploma dan asasi, pemohon mestilah memenuhi beberapa syarat
antaranya warga negara dan memiliki kelayakan dengan mendapat sekurang-kurangnya lima
kepujian termasuk Bahasa Melayu. Calon juga perlu mengisi lapan pilihan program pengajian
mengikut keutamaan dalam permohonan. Ini bertujuan memberi lebih peluang kepada calon
memilih program pengajian.
1.3 Kaedah penyediaan merit bagi lepasan STPM atau setaraf pula adalah
berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang digunakan untuk menyeragamkan
kelayakannya dengan matrikulasi. Mengikut sistem berkenaan, mata nilai gred untuk setiap
mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata nilai gred
empat mata pelajaran terbaik, termasuk Pengajian Am.
2. IPTA YANG MENAWARKAN PROGRAM PENGAJIAN
2.1 Universiti Malaya (UM
2.2 Universiti Putra Malaysia (UPM)
2.3 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
2.4 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2.5 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2.5 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
2.6 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
2.7 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
2.8 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
2.9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
2.10 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
2.11 Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
2.12 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
3. BIDANG PENGAJIAN
3.1 Sains
Perubatan, Farmasi, Pergigian, Senibina, Landskap, Bioteknologi,
Biodiversiti, Bioindustri, Sains Pemakanan, Pendidikan Sains dan
Teknologi
3.2 Kejuruteraan
Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan
Elektronik, Kejuruteraan. Mekatronik, Kejuruteraan Robotik,
Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Tekstil, Kejuruteraan Perabut,
Kejuruteraan. Automotif, Kejuruteraan Aeroangkasa, Kejuruteraan
KimiaIndustri, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan telekomunikasi
3.3 Kemanusiaan
Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Pemasaran, Pengurusan
Perbankan, Pengurusan Insuran, Pengurusan Pengangkutan
, Pengurusan Maritim, Pengurusan Teknologi Maklumat,Pengurusan
Alam sekitar, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Hartanah,
Pengurusan Perakaunan, Pengurusan Perhotelan, Pengurusan
Pelancongan, Pengurusan Perundangan,Pengurusan Ekonomi,
Kewartawanan, Pengiklanan, Pengajian Pendidikan & Bahasa,
Pengurusan Sains Sukan.
3.3. Hala Tuju Selepas Spm
Objektif : Memahami hala tuju dan peluang pendidikan selepas SPM
Pengisian :
1. Peluang pendidikan selepas SPM
a. Keputusan cemerlang (semua A) – sambung pelajaran di universiti luar negara atau
dalam negara.
b. Keputusan baik (ada beberapa A) – sambung pelajaran di Tingkatan 6 / masuk
institut perguruan.
c. Keputusan sederhana (tiada A tetapi kebanyakan subjek B atau C) – sambung
pelajaran di politeknik.
d. Keputusan lemah (kebanyakan subjek gagal) – sambung pelajaran di kolej-kolej
kemahiran swasta atau terus bekerja.
2. Peluang pendidikan selepas STPM
a. Aliran Sains untuk pelajar daripada Sains tulen.
b. Aliran Kemanusiaan untuk pelajar daripada aliran sastera (sains sosial dan sastera
ikhtisas)
3. Peluang pendidikan di IPTA/ IPTS
Akademik semakin cemerlang, peluang untuk sambung belajar di IPTA/IPTS semakin
cerah terutama dalam pemilihan bidang yang kita minat dan layak.
3.4. Hala Tuju Selepas PMR
Objektif : Pelajar-pelajar dapat mengetahui hala tuju selepas tingkatan 3
Pengisian :
1. Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan cemerlang (Semua A)
dalam PMR boleh meneruskan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara atau Sekolah
Menengah Sains /Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan sederhana PMR juga boleh memohon ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama /Sekolah Menengah Teknik /Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional.
3. Pelajar boleh kekal di sekolah asal untuk meneruskan di tingkatan 4 aliran Sains Tulen/
Aliran Sastera Ikhtisas.
4. MLVK Tahap 1 sekolah teknik terpilih (Aliran Vokasional dan Kemahiran). Pelajar yang
lemah dalam bidang akademik akan diberi latihan kemahiran selama 2 tahun di
sekolah.
5. Maktab Tentera Diraja Sungai Besi (Aliran Sains dan Teknik)
BAB 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL
4.1 Kemahiran Membuat Keputusan
Objektif : Murid dapat membuat keputusan dengan bijak.
Pengisian : 1. Menghuraikan definisi membuat keputusan.
Proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif
untuk membuat pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan alternatif
setelah dipertimbangkan dengan teliti.
2. Menjelaskan tujuan mengetahui teknik membuat keputusan.
a.Menyedari bahawa terdapat pelbagai cara untuk membuat keputusan.
b.Membuat pilihan yang terbaik.
c.Mengelakkan diri daripada membuat keputusan yang salah.
3. Strategi membuat keputusan.
a. Mencadangkan.
- Menentukan rakan yang hendak dipilih.
b. Menganalisis.
- Menentukan personaliti dan tingkahlaku rakan yang dipilih.
c. Menilai setiap pilihan.
- Menilai kebaikan dan keburukan setiap pilihan.
d. Meramal kesan dan akibat daripada setiap pilihan.
- Tingkah laku baru yang positif/baik.
e. Membuat pilihan yang terbaik.
4.2 Harga Diri
Objektif : Murid dapat mengenal diri sendiri dan menjadi individu yang
bermaruah.
Pengisian : Menerangkan definisi Harga Diri
Memberikan penghargaan terhadap diri sendiri.
Fokus Utama Dalam Pembentukan Harga Diri.
1. Menyedari dan menerima kelemahan dan kekuatan diri.
2. Menyayangi diri sendiri.
3. Belajar dari pengalaman lepas
4. Membina imej diri yang positif.
5. Menetapkan matlamat yang hendak dicapai dengan jelas.
6. Menghindari perbuatan yang negatif.
7. Berdisiplin dan gigih berusaha.
8. Kemelesetan ekonomi
4.3 Perkembangan Remaja
Objektif : Meningkatkan kefahaman murid tentang perkembangan dan cabaran
remaja.
Pengisian : Memberi penerangan berkaitan dengan peringkat perkembangan remaja.
1. Perkembangan Fizikal
a. Perubahan fizikal yang paling ketara dalam proses menuju baligh seperti
ketinggian.
b. Remaja perempuan lebih tinggi dari remaja lelaki pada usia yang sama.
c. Perubahan biologi turut berlaku kepada bentuk tubuh dan kematangan
seksual.
2. Remaja Lelaki ( Perubahan Yang Berlaku )
a. Semakin tampan : Ditumbuhi misai dan janggut tipis.
b. Suara: Kasar dan garau.
c. Kulit : Berjerawat, kasar dan berminyak.
d. Dada : Mengembang.
e. Otot terbina.
f. Ditumbuhi bulu pubik dan bulu ketiak.
g. Kematangan organ seks.
3. Remaja Perempuan ( Perubahan Yang Berlaku )
a. ‘Beauty Conscious’ – Mengambil berat tentang kecantikkan diri.
b. Kulit halus dan kadang-kadang berjerawat.
c. Pertumbuhan payudara – malu dan membongkokkan diri.
d. Ditumbuhi bulu Pubik dan bulu ketiak.
e. Pecutan pertambahan ketinggian (13-14 tahun).
f. Kematangan alat kelamin : rahim, kemaluan.
g. Kedatangan haid.
4.4 Kisah dan Teladan
Objektif : Murid mendapat pengajaran dan nilai positif yang tersurat.
Pengisian : Menceritakan Kisah Katak Oh Katak
Ada seekor katak masuk ke dalam sebuah bekas yang berisi air panas. Oleh kerana
kepanasan air itu, menyebabkan katak itu tidak selesa dan terus melompat keluar. Datang
seekor katak lagi masuk ke dalam sebuah bekas yang berisi air yang sejuk. Oleh kerana
kesejukan air itu menyebabkan katak itu merasa sangat selesa. Tiba-tiba air itu dipanaskan.
Katak itu tetap berada di dalam bekas itu. Apakah yang berlaku kepada katak itu dan mengapa
ia tidak mahu keluar?.
Pengajaran : Keselesaan menjadikan seseorang itu lupa sama ada perkara tersebut baik atau
pun tidak.
Contoh : Penagih dadah/perokok yang mengalami ketagihan dan tidak mahu menghentikan
perbuatan itu walaupun tahu akibatnya.
4.5 Gaya Hidup Sihat
Objektif : Murid dapat mengetahui pemakanan seimbang.
Pengisian : Menerangkan tentang gaya pemakanan seimbang.
1. Definisi Pemakanan Seimbang.
Jenis dan jumlah makanan yang ditetapkan untuk seseorang bagi mengawal berat badan
dari segi pengambilan, penyediaan dan pengawalan makanan.
2. Tabiat Pemakanan Orang Yang Cemerlang.
a. Makan 70 % makanan mentah (Ulam, buah-buahan dan sayuran) dan 30%
makanan yang telah dimasak.
b. Banyakkan pengambilan makanan seperti sayuran, bijirin, buah-buahan dan
kekacang.
c. Ambil secara sederhana makanan seperti daging dan ayam.
d. Elakkan daripada makan organ dalaman haiwan.
e. Kurangkan makanan yang diawet, makanan ringan, lemak, gula dan garam.
3. Tips Makanan Minda.
a. Minum air putih 8 gelas sehari.
b. Susu segar atau susu kacang soya.
c. Madu lebah.
d. Kismis
e. Kekacang seperti pistacio, badam dan sebagainya.
4.6 Ponteng Sekolah/ Melepak
Objektif : Murid mendapat kesedaran mengenai risiko ponteng/ melepak.
Pengisian : Menerangkan tentang ponteng/ melepak.
1. Menjelaskan definisi ponteng/melepak.
 Ponteng Sekolah : Tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah.
 Ponteng kelas : Kegagalan menghadiri kelas di sekolah tanpa alasan
yang munasabah.
 Melepak : Perbuatan membuang masa tanpa melakukan perkara yang
berfaedah seperti berbual kosong dan melakukan perkara yang boleh
merosakkan diri dan masa depan.
2. Punca-punca ponteng/melepak
 Sikap pelajar yang malas dan tidak bermotivasi.
 Tiada kesedaran tentang masa depan.
 Tekanan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
 Tekanan kerana sering dimarahi oleh guru.
 Pengaruh rakan sebaya.
 Pengaruh persekitaran (bandar, kampung, pusat membeli-belah, kafe
siber dan pusat karaoke).
 Alasan tidak berminat dengan guru mata pelajaran dan mata pelajaran.
3. Kesan ponteng/melepak
 Gagal dalam pelajaran kerana tidak menyiapkan kerja sekolah
 Punca kepada salah laku seperti merokok, bergaduh, buli, menipu ibu
bapa, merempit dan meragut.
 Punca kepada berlakunya gejala sosial dan jenayah juvana.
Lampiran : Gambar dan poster yang berkaitan.
4.7 Menghadapi Isu Semasa
Objektif : Murid mendapat pendedahan tentang maklumat-maklumat semasa yang berlaku
dipersekitarannya.
Pengisian : Menerangkan tentang isu semasa.
1. Perkara yang berlaku di dalam dan luar sekolah
 Di sekolah : Pergaduhan, lawatan luar, kecurian dan penggunaan telefon
bimbit.
 Di luar sekolah: Berita utama di televisyen, radio, suratkhabar dan internet.
2. Penyakit Influenza A H1N1
i. Bahaya Influenza A H1N1 - Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit
respiratori yang ditemui di Mexico dan merebak dengan cepat ke seluruh
dunia. Penyakit ini dinamakan Selesema Babi kerana virus ini menyerupai
virus selesema yang ditemui dalam kawanan khinzir. Saintis menamakan
virus tersebut sebagai Influenza A H1N1. Pada masa kini, virus ini dilaporkan
merebak dari manusia ke manusia lain dan telah meragut banyak nyawa.
ii. Cara mengelakkan jangkitan H1N1
 Jika anda diserang demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja
atau ke sekolah.
 Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda dengan orang lain supaya mereka
tidak dijangkiti.
 Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin.
 Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
 Tutup mulut anda dengan tangan semasa bersin dan batuk jika tiada tisu.
 Basuh tangan setiap kali batuk dan bersin.
 Mengagihkan topeng pernafasan serta mengadakan demonstrasi cara
penggunaannya.
 Pengambilan suhu badan.
4.8 Bulan Kemerdekaan
Objektif : Memupuk semangat patriotisma dalam kalangan murid.
Pengisian : Menceritakan tentang sejarah negara
1. Sebelum merdeka
 Pengorbanan pejuang-pejuang silam yang menuntut kemerdekaan dari
pihak penjajah seperti Maharajalela, Dol Said, Datuk Bahaman, Mat Kilau
dan Abdul Rahman Limbong.
2. Semasa merdeka
 Pada 31 Ogos 1957, watikah kemerdekaan sebagai sebuah negara
bebas dari penjajahan diterima daripada kerajaan British.
 Kronologi kemerdekaan :
Penubuhan parti politik seperti UMNO, MIC, MCA dan Parti
Perikatan.
Penghapusan Malayan Union .
Rombongan rundingan dengan pihak British diketuai oleh Tengku
Abdul Rahman Putra Al Haj.
Pengisytiharan kemerdekaan di Dataran Merdeka, Melaka.
Sambutan Kemerdekaan berlangsung di Stadium Merdeka Kuala
Lumpur.
3. Selepas Merdeka
 Tanggungjawab sebagai warganegara yang mewarisi kemerdekaan :
Memelihara keharmonian antara kaum
Menjaga keselamatan negara
Mempertahankan kemerdekaaan
Menghayati bulan kemerdekaan dengan
menyambutnya.
Mempertingkatkan ilmu dan pencapaian negara.
Memperkukuhkan ekonomi dan pertahanan negara.
4.9 Musim Perayaan
Objektif : Memberi peringatan kepada murid persediaan semasa
musim perayaan.
Pengisian : Menerangkan tentang persediaan semasa musim perayaan.
1. Tanggungjawab semasa musim perayaan
 Menjaga keselamatan dan harta benda serta diri sendiri.
 Memupuk sifat bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat seperti saling bantu-
membantu, bertimbang rasa, bertoleransi, hormat-menghormati dan semangat kekitaan.
 Saling mengunjungi rakan-rakan dan jiran yang menyambut perayaan.
 Menjaga adab sopan ketika berkunjung.
2. Langkah-langkah yang perlu diambil semasa musim perayaan :
 Berjimat-cermat dan tidak membazir semasa berbelanja.
 Berhati-hati semasa menyambut musim perayaan contohnya tidak bermain mercun dan
mengutamakan keselamatan jalan raya.
 Melaporkan setiap kejadian yang tidak diingini kepada ibu bapa, saudara mara dan
pasukan keselamatan.
4.10 Kemelesetan Ekonomi
Objektif : Murid mendapat maklumat terkini mengenai masalah ekonomi
negara dan kepentingan membuat persediaan untuk
menghadapi keadaan tersebut.
Pengisian : Menerangkan tentang isu kemelesetan ekonomi.
1. Istilah ekonomi dan kemelesetan ekonomi
 Kekuatan sumber (kewangan dan harta benda).
 Naik turun kekuatan sumber seseorang atau sesebuah negara.
2. Sebab-sebab berlakunya kemelesetan ekonomi
 Sabotaj ekonomi, penyelewengan, kekurangan sumber asli negara atau individu,
kekurangan perancangan dan ilmu, lemahnya sumber ekonomi, tidak berdaya
saing, tidak mempunyai tabungan/simpanan
 “Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”.
3. Kesan kemelesetan dan kegawatan ekonomi
 Inflasi: harga barang naik secara berterusan
 Deflasi: masalah pengangguran
 Masalah sosial berlaku: kecurian, rompakan dan penipuan.
4. Langkah-langkah mengatasinya.
 Aspek pelajar: kekuatan ilmu dan kepentingan belajar.
 Sikap menabung dan menyimpan.
 Sikap berjimat-cermat.
4.11 Rogol/ Pencabulan/ Bersekedudukan
Objektif : 1. Murid dapat memahami istilah rogol dari sudut undang-undang
Jenayah.
2. Murid dapat mengetahui kesan daripada perlakuan rogol.
Pengisian :
1. Istilah rogol?
i. Perlakuan seks sama ada secara rela atau paksa sebelum pernikahan.
 Rela atau paksa bagi gadis di bawah umur 18 tahun
 Bersekedudukan : perlakuan seks secara sukarela/ zina.
ii. Pencabulan
 Gangguan seksual secara paksa seperti memegang dan meraba.
2. Sebab-sebab berlakunya kes rogol
 Gagal mengawal nafsu.
 Terdapat peluang bagi perlakuan tersebut seperti jalan berseorangan, keluar malam
dan berpakaian mencolok mata.
 Kurangnya didikan agama, budaya dan kemantapan iman serta jati diri.
 Pergaulan bebas dan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali.
3. Kesan dan akibat pelakuan rogol
 Hilang kehormatan diri, mengandung, pengguguran janin, kelahiran bayi luar
nikah/pembuangan, kemurungan dan penyesalan serta gelap masa depan.
4. Perundangan
 Kanun acara jenayah rogol dan cabul (laporan polis)
 Enakmen Agama : zina /bersekedudukan
 Hukuman dan dendaan, penjara dan sebatan
4.12 Gangguan Seksual
Objektif : Murid dapat mengetahui maksud gangguan seksual dan cara-cara
mengelak daripada berlakunya gangguan seksual.
Pengisian:
1. Definisi gangguan seksual
Ganggguan seksual dari segi pertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat
secara berulang-ulang yang berunsur seksual sama ada berlaku di tempat kerja
atau di mana-mana. Pelakuan-pelakuan ini termasuklah sentuhan badan yang tidak
diingini, paksaan mengadakan dating dan pujuk rayu supaya melakukan hubungan
seks atau menampal gambar-gambar lucah
2. Jenis-jenis gangguan seksual
(i) Gangguan Secara Lisan
Gangguan secara lisan ini dinyatakan dalam perlakuan yang menjurus kepada
gangguan seksual antaranya ialah melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi-
bunyian dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman seksual.
(ii) Gangguan Secara Isyarat
Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan sebagai perlakuan yang
berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau
keinginan seperti menjilat bibir, memegang atau makan makanan dengan cara
menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks
dan tingkah laku menggoda yang berterusan.
(iii) Gangguan Secara Visual
Gangguan yang dikategorikan sebagai gangguan visual pula menyatakan perlakuan
seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat
berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit.
(iv) Gangguan Secara Psikologi
Gangguan secara psikologi pula adalah berbentuk perlakuan seperti mengulangi
jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar
bersama atau bercumbu.
(v) Gangguan Secara Fizikal
Gangguan secara fizikal merupakan bentuk perlakuan seperti sentuhan yang tidak
diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan
melakukan serangan seksual serta meraba.
3. Prosedur gangguan seksual / tindakan
Apabila seseorang mempercayai dirinya telah mengalami gangguan seksual, beliau
boleh mengambil mana-mana tindakan berikut:
1. Tidak Mengambil Apa-Apa Tindakan
Tindakan ini boleh diambil sekiranya gangguan seksual tersebut telah dihentikan dan
pengadu tidak mahu memanjangkan perkara tersebut. Keputusan yang dibuat secara
sukarela oleh pengadu adalah sah dan hendaklah dihormati.
2. Mendapatkan Maklumat Atau Bantuan Untuk Menyelesaikan Kes Secara
Tidak Rasmi
Pengadu yang tidak pasti sama ada gangguan seksual telah terjadi ke atasnya atau
jika Pengadu mempercayai dirinya telah mengalami gangguan seksual tetapi tidak
pasti apakah tindakan yang boleh diambil, pengadu boleh:
(i) menghubungi Kaunselor, Pegawai Kaunseling, pegawai atasan atau agensi-
agensi yang mengendalikan isu gangguan seksual untuk mendapatkan
maklumat dan khidmat nasihat;
setelah mendapat maklumat yang lengkap, Pengadu boleh menyelesaikan
kes gangguan seksual dengan cara bersemuka dengan Pegawai Yang disyaki
Mengganggu (PYDM) dan menyatakan dengan tegas, jelas dan berterus
terang kepada PYDM bahawa pelakuan tersebut telah menyebabkan
Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut dan ia perlu dihentikan
segera;
(iii) Pengadu boleh meminta bantuan Kaunselor atau Pegawai Kaunseling agar
hadir bersamanya ketika Pengadu bersemuka dengan PYDM; dan
Pengadu juga dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:
(A) mengenal pasti PYDM sama ada PYDM adalah rakan sekerja atau pegawai
atasan;
(B) menyimpan apa-apa nota, e-mel, foto, sms, mms dan lain-lain dokumen atau
benda yang diterima daripada PYDM sebagai bahan bukti. Perlu diingatkan
bahawa dokumen atau benda yang diterima tersebut tidak boleh diubahsuai
untuk menjaga rantaian keterangan bahan bukti tersebut;
(C) membuat catatan atau merekodkan kejadian tersebut (sekiranya Pegawai
Awam yang mengganggu adalah pegawai atasan atau Ketua Jabatan dan
Pegawai berasa takut untuk berterus terang) agar dapat dijadikan sebagai
bahan bukti apabila diperlukan;
(D) memaklumkan kejadian gangguan seksual tersebut kepada pihak ketiga.
Walau bagaimanapun jumlah orang yang dimaklumkan mengenai kejadian
haruslah dihadkan kepada jumlah yang paling minimum untuk menjaga
kerahsiaan dan maruah kedua-dua pihak; dan
(E) mengenal pasti Pegawai lain yang melihat kejadian yang berlaku agar
Pegawai berkenaan boleh diminta untuk memberi keterangan apabila
diperlukan.
Rujukan : http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=4116
http://gurubashid.com/blog/undang-undang/gangguan-seksual
4.13 Gengsterisme
Objektif : Murid dapat maklumat ringkas mengenai gengsterisme.
1. Definisi gengsterisme
Geng merupakan satu organisasi yang terlibat dengan aktiviti haram dan
terlibat dengan aksi keras, ganas dan kejam yang menggunakan kaki
pukul atau dalam bahasa pasarnya samseng jalanan.
2. Ciri-ciri gengsterisme
Gengsterisme mempunyai ciri -ciri yang sama tetapi juga terdapat geng
tertentu yang berbeza antara satu sama lain dan boleh berubah mengikut
keadaan semasa dan tempat. Ciri -ciri geng ialah ahli-ahli terdiri daripada
etnik yang sama, ahli-ahli memberikan sokongan yang tidak berbelah
bagi, ikatan yang kukuh, semua ahli memahami matlamat serta
tanggungjawab masing -masing, perintah disampaikan mengikut hirarki,
identiti berdasarkan kepada kawasan dan sekolah serta pengambilan ahli
baru yang berterusan terutama di sekolah.
3. Langkah-langkah pencegahan menangani gengsterisme
(i) Ibu bapa harus mengawal gerak geri dan
mendisiplinkan anak-anak.
(iii) Ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak.
(v) Ibu bapa harus menggunakan pendekatan yang sesuai dan
memperuntukkan masa yang lebih kepada anak-anak mereka.
(v) Pihak sekolah mesti diberi kuasa untuk mengambil tindakan
dengan bantuan polis.
(vi) Kerajaan perlu memikirkan satu sistem pendidikan yang
dapat membentuk generasi yang berhemah tinggi.
Rujukan : http://aminiskandar.wordpress.com
http://eprints.utm.my
4.14 Vandalisme
Objektif : Murid mendapat kesedaran tentang isu vandalisme yang menular
dalam kalangan pelajar khususnya dan masyarakat amnya.
Pengisian : Memberi penerangan kepada kumpulan sasaran berkaitan
masalah vandalisme yang kerap berlaku dalam kalangan murid.
1. Definisi Vandalisme
a. Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat
seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang
lain.
b. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di
Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445.
Pada lazimnya, laku musnah dianggap sebagai satu bentuk jenayah,
tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual
yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap
kondisi mayarakat.
c. Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan
merosakan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam,
perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini
biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.
d. Tindakan merosakkan harta benda awam terutamanya harta
benda di sekolah seperti kerusi, meja, almari, papan kenyataan dan lain-
lain yang melibatkan harta yang diwartakan sebagai kegunaan awam.
e. Vandalisme juga merujuk kepada tindakan luar kawalan
samada sengaja atau tidak sengaja dengan merosakkan harta benda
bukan kepunyaan atau hak milik.
2. Peranan Pelajar Dalam Menangani Masalah Vandalisme :
a. Menyayangi dan menghargai kemudahan yang diberi oleh pihak
bertanggungjawab.
b. Kesedaran terhadap kemudahan yang diberi dapat memudahkan tugasan
harian dan tanggungjawab kita.
c. Menyampaikan kepada murid bahawa tahap disiplin mempunyai korelasi
dengan pencapaian akademik sekolah seterusnya dengan mudah
budaya menyayangi harta benda dapat dipupuk.
d. Kesedaran tentang pentingnya mempunyai jiwa yang sihat dan fikiran
yang matang sebelum menempuh alam dewasa.
e. Sedar bahawa tindakan vandalisme boleh memberi kesan yang negatif
kepada diri antaranya dihukum gantung sekolah dan tindakan undang-
undang sekiranya ditangkap oleh pihak polis di luar kawasan sekolah. Di
bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme
(1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh
didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun
jika sabit kesalahan.
3. Kesan Perlakuan Vandalisme
a. Vandalisme boleh menjejaskan imej masyarakat negara ini serta imej
masyarakat dunia.
b. Menjejaskan ekonomi negara sekiranya gejala ini tidak dibendung kerana
peningkatan ekonomi bergantung kepada keharmonian dan
kesempurnaan fasiliti serta infrasturktur dalam sesebuah negara.
c. Boleh menyebabkan negara kerugian berjuta-juta Ringgit.
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Vandalisme
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp
http://www.scribd.com/doc/2081250/Vandalisme
4.15 Penderaan / Penganiayaan
Objektif : Murid mendapat maklumat berkaitan isu
penderaan dan penganiayaan.
Pengisian : Memberi penerangan kepada kumpulan sasaran berkaitan isu
penderaan dan penganiayaan.
1. Definisi Penderaan / Penganiayaan
a. Satu perbuatan zalim yang dilakukan terhadap golongan bayi, kanak-kanak
mahupun orang dewasa dengan tujuan mencederakan.
b. Ini termasuk penderaan terhadap bayi yang mampu menyebabkan sindrom
menggoncang bayi.
c. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan perbuatan kejam yang
dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak
agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami
masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara
psikologi.
d. Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki
dianggap lebih berdaya tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa
melepaskan kekecewaan mereka.
2. Jenis Penderaan
a. Penderaan Fizikal –kesan pada luaran dan organ dalaman mangsa dera.
b. Penderaan Psikologi – kesan seperti trauma, terlalu berwaspada, sukar
mempercayai orang lain dan yang paling serius ialah tekanan mental.
c. Penderaan Emosi – kesan seperti tekanan perasaan, murung, sentiasa
ketakutan dan lain-lain.
d. Penderaan seksual – rogol, liwat dan lan-lain.
3. Tanda-Tanda Penderaan
a. Kesan-kesan lebam dan luka pada badan yang banyak seperti dicucuh
putung rokok, dicucuk benda tumpul atau tajam.
b. Mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan
yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia
merasakan bahawa ia tidak diterima.
c. Murid yang lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.
d. Konflik dalaman dari segi kasih sayang.
e. Keliru.
f. Merasa rendah diri.
g. Keadaan murung dan kerap bersendirian.
4. Prosedur Membantu Kumpulan Sasaran Mangsa Dera
a. Merujuk kepada kaunselor pelajar.
- Berbincang dengan murid untuk mendapatkan maklumat kes.
- Menyediakan laporan dan rekod aduan.
b. Memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah.
- Penyerahan laporan perjumpaan bersama mangsa.
- Pengesahan kes oleh pihak pentadbir sekolah.
c. Membuat aduan dan laporan kepada pihak polis.
d. Proses tindakan selanjutnya dilakukan oleh pihak sekolah dan kaunselor
selepas kes diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penderaan_fizikal_kanak-kanak
4.16 Asertif Diri
Objektif : Murid dapat mengetahui maksud asertif diri dan
kepentingannya dalam menjana kecemerlangan diri.
Pengisian : Menerangkan tentang asertif diri.
1. Pengertian Asertif Diri
1.1 – Menurut A.J.Lange & P.Jakubowski ,Asertif diri bermaksud :
‘Bertegas Untuk Hak Peribadi Dan Menyatakan
Pendapat, Perasaan Dan Kepercayaan Secara
Telus, Jujur Dan Sesuai Tanpa Mengancam Hak
Orang Lain ‘
2. Empat kriteria utama sikap asertif yang perlu ada pada diri seseorang
individu adalah seperti berikut ;
2.1 - Bertegas untuk hak peribadi.
2.2 - Menyatakan perasaan secara telus,jujur dan jelas
2.3 - Menghormati hak dan perasaan orang lain
2.4 - Menyatakan ‘tidak’ bila kita tidak mahu melakukan sesuatu yang kita tidak
suka atau bila dipaksa atau disuruh oleh orang lain.
3. Faedah yang bakal diperoleh jika seseorang memiliki asertif diri dalam diri
seseorang individu adalah seperti berikut:
3.1 - Pencapaian dan kebolehan diri akan dihargai dan diakui.
3.2 - Meningkatkan nilai diri sendiri
3.3 - Mengenalpasti tanggungjawab terhadap tingkah laku, perasaan dan fikiran
kita.
3.4 – Tidak menyalahkan orang lain serta tidak selalu memberi alasan
3.5 - Sekiranya menyinggung perasaan seseorang, ia segera mengambil langkah
untuk mengatasi masalah itu tanpa membuang masa dan tenaga yang
lama untuk memikirkan hal tersebut.
4.17 Pengurusan Stress
Objektif : Murid dapat mengetahui cara untuk mengurus stress dengan
berkesan
Pengisian : Menerangkan tentang pengurusan stress.
1. Definisi Stress.
Stress ditakrifkan sebagai sesuatu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal
seseorang. Perasaan bimbang yang berterusan terhadap kerjaya atau kehidupan
peribadi yang menghalang kebolehan untuk memperolehi ketenangan.
2. Faktor-faktor berlaku stress
2.1 Dari Sudut Peribadi / Diri:
Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist) & terlalu cerewet
Bercita-cita tinggi
Bersikap buruk sangka, mengumpat, bergaduh dan mengadu domba
Pemarah dan terlalu tegas
Pendiam dan sering memendam perasaan
Kekecewaan dan kegagalan
Kesunyian dan kehilangan
2.2 Keluarga:
Karenah pasangan/ ibu bapa/ anak-anak
Campur tangan orang ketiga
Kurang berkomunikasi
Masalah kewangan
Prestasi akademik, Kurang persediaan belajar
Harapan ibu bapa/ keluarga
Masalah dengan rakan
Sukar membuat keputusan
Persekitaran
Beban tugasan oleh guru
2.3 Tempat Kerja:
Beban tugas yang berat
Ketua yang cerewet
Masalah orang bawahan /rakan sekerja
Sukar membuat keputusan
Pencapaian kumpulan sasaran merosot
2.4 Bahan Kimia dan pengambilan ubat-ubatan:
Dadah/ rokok
Alkohol
2.5. Masalah Kesihatan:
Sakit belakang
Darah tinggi
Penyakit kulit
Sakit kepala
Sembelit
3. Cara mengurus stress
o Kenal pasti masalah yang menyebabkan anda stress
o Kenal pasti dan ambil langkah-langkah mengatasi masalah stress
o Tidak putus asa dengan usaha yang dilakukan
o Jangan menyalahkan orang lain – ini akan meningkatkan stress
o Meluahkan perasaan kepada orang yang dipercayai
o Memupuk disiplin diri – bersikap jujur pada diri sendiri dan mengakui kesilapan
dan kelemahan diri.
o Amalkan cara hidup sihat – jaga diet anda
o Berpegang teguh dengan ajaran agama. Ia akan memberi ketenangan dan
kedamaian dalam hidup anda.
o Berkawan dengan orang-orang yang berfikiran positif
o Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda
o Mendengar muzik atau beriadah
o Gunakan teknik aromaterapi – wangi-wangian
o Jaga kesihatan mental dan fizikal anda
o Lakukan senaman dan urutan pada leher dan bahu
o Sentiasa memberikan senyuman.
o Rasionalkan diri- Tidak ada seorang pun yang terkecuali daripada menghadapi
masalah
o Maafkan kesalahan orang yang menyebabkan anda tertekan
o Banyakkan minum air mineral/suam
o Melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan
o Menangis untuk menstabilkan emosi, berdoa dan terus berusaha
4.18 Kemahiran Mengawal Diri / Emosi
Objektif : Murid dapat mengetahui cara mengawal diri/
emosi dengan berkesan
Pengisian : Menerangkan tentang cara mengawal diri/ emosi dengan berkesan.
1. Kenapa tidak boleh kawal diri
1.1 Masalah komunikasi
1.2 Perubahan mengejut dalam diri
1.3 Keinginan yang tidak tercapai
1.4 Peraturan dan nilai yang bertentangan
1.5 Bebanan kerja yang berlebihan
1.6 Masalah seharian yang tiada penyelesaian
1.7 Kurang sokongan sosial
2. Kaedah Mengawal diri
2.1 Selalu berfikiran positif dan logik
2.2 Sentiasa menenangkan fikiran
-Luangkan 10 minit dalam sehari untuk melatih minda
bertenang melalui meditasi atau berfikir
2.3 Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun tidak menerima
sebarang respon.
2.4 Selalu membaca kata-kata motivasi
2.5 Sentiasa memaafkan orang lain
2.6 Sentiasa berdoa
2.7 Elakkan daripada tekanan
2.8 Selalu bersenam
2.9 Rehat yang cukup
2.10. Tarik nafas dengan perlahan dalam kiraan sepuluh dan lepaskan
3. Kebaikan mengawal diri.
3.1 Dapat menguruskan segala masalah dengan baik
3.2 Memberi kekuatan pada diri
3.3 Mematangkan fikiran
3.4 Lebih bertanggungjawab dan memperbaiki kelemahan diri
BAB 5 : PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH/ ROKOK/INHALAN/HIV/AIDS
5.1 Kesan Negatif Penyalahgunaan Dadah
Objektif : Murid mendapat pendedahan mengenai kesan negatif
penyalahgunaan dadah
Pengisian : Menerangkan kesan-kesan negatif penyalahgunaan dadah kepada
pelajar dalam empat aspek :
i) Individu
• Fizikal seseorang individu itu akan menjadi kurus, lemah, malas dan suka berkhayal. Ini
dapat dilihat daripada murid yang sering ponteng sekolah dan terlibat dalam aktiviti yang
kurang sihat.
• Daya tahan penyakit akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit seperti
Hepatitis, tibi dan HIV. Ini kerana dadah berupaya untuk merosakkan sistem imunisasi
dalam badan. Apabila sistem imunisasi menjadi lemah, murid mudah dijangkiti penyakit
dan seterusnya akan membawa maut.
• Seseorang individu juga tidak bertanggungjawab kepada pekerjaan dan persekolahan.
Contohnya murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah akan sering ponteng dan
tidak akan fokus kepada pelajarannya. Sekiranya murid ini terlibat dalam kancah
penyalahgunaan dadah, pencapaian akademiknya turut merosot.
ii) Keluarga
• Sekiranya pelajar terlibat dengan dadah, sekaligus akan menjatuhkan maruah dan nama
baik keluarga. Ini kerana orang sekeliling akan memandang serong bukan sahaja
terhadap pelajar tetapi juga ibu bapa serta ahli keluarganya. Mereka juga beranggapan
ibu bapa pelajar tidak berupaya mendidik pelajar dengan baik.
• Keluarga juga akan dibebankan dengan pelbagai masalah kerana terpaksa
menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk memulihkan murid tersebut.
• Keluarga juga akan menjadi porak peranda kerana keharmonian keluarga tidak lagi
wujud.
iii) Masyarakat
• Murid yang terjerumus dalam kancah dadah ini sedikit sebanyak akan mengancam
ketenteraman awam berikutan berlakunya jenayah seperti rompakan dan pembunuhan
semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah tersebut.
• Remaja sebagai tonggak negara tidak seharusnya terlibat dalam penyalahgunaan
dadah kerana ini akan menjejaskan pembangunan dan kemajuan masyarakat.
• Perpaduan masyarakat juga tidak akan terjalin kerana persengketaan akan berlaku
akibat penglibatan masyarakat dengan dadah.
iv) Negara
• Negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah. Kerajaan terpaksa memperuntukkan wang yang banyak untuk
pusat-pusat serenti menjalankan program rawatan pemulihan penagih dadah,
• Pembangunan ekonomi negara juga akan terbantut kerana peruntukan pembangunan
negara terpaksa diagihkan untuk program rawatan penagih dadah yang semakin hari
semakin bertambah.
5.2 Masyarakat Madani Tanpa Dadah
Objektif : Murid mendapat pendedahan mengenai konsep
masyarakat madani tanpa dadah.
Pengisian :
1. Guru mendefinisikan konsep masyarakat madani tanpa dadah.
Madani didefinisikan sebagai tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
Berdasarkan tema pula, madani bermaksud bertamadun – iaitu negara yang
maju dan berkembang dengan sihat
2. Guru menerangkan kebaikan sekiranya tidak terlibat dalam penyalahgunaan
dadah.
i) Individu
• Individu dapat mengamalkan cara hidup yang sihat - sentiasa menjalankan aktiviti-
aktiviti yang berfaedah
• Mereka juga mempunyai minda yang cergas
• Murid menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pelajarannya – masa depan mereka
juga terjamin
• Individu menjadi lebih sihat, bersemangat, berdaya usaha dan kelihatan lebih ceria – Ini
kerana penagih dadah biasanya kurus, lemah tenaga, malas, sakit perut yang ketara
dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Daya Tahan
badan mereka juga menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit.
• Oleh itu, individu yang tidak mengambil dadah akan bebas daripada penyakit yang
disebabkan pengambilan dadah.
ii) Keluarga
• Maruah dan nama baik keluarga dalam kalangan masyarakat tidak tercemar. (Biasanya
keluarga penagih dadah akan dipandang serong oleh jiran tetangga)
• Anak-anak yang bebas dari dadah menjadi harapan kepada keluarga.
• Membentuk rumah tangga yang bahagia
• Perpisahan dan penceraian dapat dielakkan.
iii) Masyarakat
• Mengurangkan gejala sosial seperti meragut, mencuri, pecah rumah, menculik dan
sebagainya.
• Suasana hidup masyarakat tenteram.
• Keamanan , ketertiban peraturan dan undang-undang dapat dijaga
• Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat dapat diwujudkan.
iv) Negara
• Kos pemulihan penagih dadah yang ditanggung oleh negara dapat digunakan untuk
pembangunan negara yang lebih bermanfaat (Setiap tahun, negara kita telah
memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk memulihkan penagih. Jika penagih dapat
dihapuskan, maka wang tersebut dapat digunakan untuk kegunaan lain yang lebih
bermanfaat seperti pendidikan)
• Tenaga belia dapat digunakan dalam pembangunan dan pemodenan negara (Belia
yang sihat dapat menyumbang tenaga mereka kepada negara dengan berkesan)
• Rakyat yang sihat dapat menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara
• Nama negara juga baik di mata dunia.
5.3 Dadah Dari Sudut Agama
Objektif : Murid menyedari bahawa dadah adalah bahan larangan bagi
semua agama.
Pengisian : Menerangkan larangan penyalahgunaan dadah daripada
sudut agama:
i) Agama Islam
• Dalam ayat Al Quran yang bermaksud ”....Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan
diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan...“ Surah Al-Baqarah ayat 195
Ayat ini menerangkan tentang benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal
dan kedua-duanya akan memberi keburukan serta membawa kebinasaan terhadap
individu dan masyarakat amatlah dilarang. Ini bermakna dadah sebagai benda yang
menghilangkan akal fikiran adalah larangan keras dalam agama Islam.
• Manakala dalam ayat Al Quran yang bermaksud “…peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu daripada api neraka…” Al-Tahrim ayat 6
Ayat ini jelas menyatakan bahawa semua kegiatan atau perkara yang berkaitan dengan
dadah adalah haram hukumnya seperti:
a. Menanam sebarang tumbuhan untuk menghasilkan dadah.
b. Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah.
c. Menjual beli dadah
d. Menggunakan dadah
e. Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan
sebagainya yang berkaitan.
ii) Agama Buddha
• Menurut Parabhava Sutta, Buddha pernah berkata “Sesiapa yang ketagih arak, dadah
dan perjudian dan membazirkan segala pendapatannya akan menyebabkan
kebinasaannya“.
• Daripada kata-kata Buddha di atas jelas menunjukkan pendirian agama Buddha
terhadap dadah iaitu ketagihan dadah boleh menghabiskan kekayaan dan membawa
kebinasaan.
• Ini bermakna kita mesti menjauhkan diri daripada kejahatan yang berkaitan dengan
dadah dan sesuatu yang memabukkan serta berusaha ke arah kebaikan. Ini adalah satu
restu yang paling tinggi.
iii) Agama Hindu
• Dharma Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh
Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah,
merbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira adharmic yang mana
pembalasannya adalah penderitaan. Oleh itu, penyalahgunaan dadah juga dianggap
adharmic.
• Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu,
tetapi kesucian ini telah dinodai oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil
dadah.
• Oleh itu, daripada hujahan dan pandangan yang disebutkan tadi, jelaslah bahawa
penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.
iv) Agama Kristian
• Agama Kristian turut melarang penyalahgunaan dadah. Mereka berhujah bahawa
penyalahgunaan dadah boleh memisahkan kita daripada dunia yang sebenar. Ini boleh
memburukkan peribadi serta menghalang kita untuk menghadapi masalah diri dan alam
persekitaran yang kurang baik.
• Penganut agama Kristian juga percaya bahawa Tuhan telah menjemput mereka untuk
menjadi masyarakat yang adil dan penuh dengan kasih sayang. Dengan ini, kita
dikehendaki mengembangkan potensi kita sebaik mungkin dan meningkatkan
kesedaran diri. Oleh itu, pilihlah kehidupan yang lebih bermakna supaya kita dan
keturunan kita akan hidup dengan bahagia.
Secara keseluruhannya, setiap agama amat menitikberatkan tentang larangan dalam
penyalahgunaan dadah. Oleh itu, sebagai seorang manusia atau insan yang berpegang
teguh kepada agama harus menjauhi dadah.
5.4 Apa Itu HIV/AIDS Dan Bagaimana cara HIV/AIDS Merebak.
Objektif : Murid mendapat maklumat mengenai HIV/ AIDS.
Pengisian : Menerangkan tentang HIV/AIDS dan bagaimana cara ia
merebak.
1. Mengenai pengertian HIV/AIDS.
 Apa itu Penyakit AIDS ?
AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno
Deficiency Syndrome.
 Apa itu HIV ?
HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency Virus.
HIV memusnahkan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit yang menyebabkan
AIDS. Virus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi
melawan serangan penyakit.HIV menyerang sistem daya tahan badan menyebabkan badan
lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti
HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghidap AIDS
dalam tempoh masa yang tertentu bergantung kepada sistem daya tahan badan melawan
penyakit.
2. Bagaimana HIV boleh merebak.
HIV hanya boleh merebak melalui cara-cara berikut sahaja:
 Melalui perhubungan seks tidak selamat.
 Melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
 Melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
 HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid.
Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka,
kesan lecetan atau kudis.
HIV tidak boleh merebak:
 Melalui air peluh, air kencing atau air mata.
 Tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat atau pun melalui udara seperti virus
selsema.
 HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air
atau udara.
 Berjabat tangan dan berpelukan, berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam,
berkongsi makanan dan perkakas dapur, berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama,
belajar bersama atau berkongsi tempat tidur, bersin, batuk, air peluh atau air kencing,
gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang, menjaga seseorang yang
HIV positif.
5.5 Tajuk : Tanda-Tanda Penyakit HIV/ AIDS
Objektif : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai
tanda-tanda penyakit HIV/ AIDS.
Pengisian :
1. Guru menerangkan kepada pelajar tanda-tanda Penyakit HIV/ AIDS.
2. Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan
yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga
enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan daripada seseorang ke seseorang
yang lain; orang itu berkemungkinan sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa
tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh
sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga
berlaku semasa jangkitan virus lain.
3. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak
mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara
untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika
anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.
4. Di antara tanda-tanda ialah:
 Hilang berat badan mendadak (lebih 10 %)
 Cirit birit atau demam berpanjangan (lebih 1 bulan)
 Jangkitan Pneumocytis carinii peumonia ( PCP )
 Jangkitan Cytomegalovirus (pneumonia, brain, retinitis)
 Tibi ( paru-paru/extra pulmonari)
5.5 Tanda-Tanda Penyakit HIV/ AIDS
Objektif : Murid mendapat maklumat mengenai
tanda-tanda penyakit HIV/ AIDS.
Pengisian : Menerangkan kepada pelajar tanda-tanda Penyakit HIV/
AIDS.
1. Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda.
Terdapat jangkitan yang menunjukkan simptom menyerupai demam
selesema tiga hingga enam minggu selepas jangkitan. Ia berlainan di antara
seseorang dengan seseorang yang lain; orang itu berkemungkinan sembuh
dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya
tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan
jangkitan penyakit yang berulang-kali.
2. Oleh kerana tanda-tanda awal ini hilang dengan mudah, ramai yang tidak
mengendahkannya dan menganggap itu sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-
satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian
Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang
berisiko.
3. Di antara tanda-tanda ialah:
 Hilang berat badan mendadak (lebih 10 %)
 Cirit birit atau demam berpanjangan (lebih 1 bulan)
 Jangkitan Pneumocytis Carinii Peumonia ( PCP )
 Jangkitan Cytomegalovirus (pneumonia, brain, retinitis)
 Tuberculosis ( paru-paru/extra pulmonari)
 Jangkitan fungus seperti Candidiasis (dalam mulut), Cryptococcus (pneumonia &
meningitis)
 Toxoplasmosis ( brain )
 Jangkitan Herpes Simplex ( GIT ), Herpes Zoster ( Kayap )
 Jangkitan protozoa seperti Crytococosis, Microsporidium & Isospora (cirit-birit)
 Barah kulit atau mulut seperti Kaposi’s Sarcoma.
5.6 Apa itu Inhalan?
Objektif : Murid mendapat maklumat mengenai Inhalan
Pengisian : Menerangkan mengenai inhalan
Apakah inhalan?
Inhalan yang dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap
(volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan
perubahan minda. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu:
1. Pelarut Mudah Meruap
Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik. Produk-produk tersebut termasuklah cat
dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak gas,
minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen.
2. Bahan gas
Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom, haloten dan
nitrus oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang
berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon. Antara penyembur
aerosol yang mudah didapati di rumah adalah cat penyembur, semburan pewangi, penyembur
rambut dan penyembur pelindung fabrik.
3. Bahan Nitrit
Merupakan sejenis bahan sedutan yang sering digunakan sebagai pemangkin seks dan
mudah diperolehi di kelab-kelab malam. Antara bahan nitrit yang biasa digunakan adalah
Sikloheksil Nitrit, Amil Nitrit dan Butil Nitrit yang terdapat dalam sebahagian jenama penyegar
udara.
5.7 Kesan-Kesan Negatif Inhalan?
Objektif : Murid mendapat maklumat mengenai kesan-
kesan negatif Inhalan.
Pengisian : Memberi penerangan tentang kesan-kesan negatif inhalan.
a. Kebanyakan inhalan berbentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih
berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol
yang banyak. Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat, seseorang itu akan
hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati.
b. Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan
kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walau pun kali
pertama atau pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan
kesesakan nafas akibat kekurangan oksigen. Selain itu, tekanan pada sistem
saraf pusat yang serius boleh melambatkan dan seterusnya menghentikan
proses pernafasan.
c. Seperti dadah halusinogen, penenang dan rokok, inhalan juga boleh
mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologi kepada penagih jika
digunakan untuk beberapa hari atau lebih. Penagihan yang berterusan dalam
jangkamasa panjang boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal.
Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami
kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan
penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan
pergerakan badan akan turut terjejas.
d. Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti
paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang
disedut bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan
jantung dan menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa
minit sahaja. Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala.
5.8 Apa Itu Rokok Dan Bahan Merbahaya Yang Terkandung Didalamnya
Objektif : Murid dapat maklumat berkaitan rokok dan bahaya merokok.
Pengisian : Memberi penerangan kepada para pelajar tentang rokok dan bahan
merbahaya yang terkandung didalamnya.
1. Bahan yang merbahaya terdapat dalam rokok ialah :
 Nikotin – sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan. Ia bertindak terhadap
otak untuk merangsang dan menimbulkan keseronokan ( racun serangga)
 Tar ( bahan asas membuat jalan raya )
 Karbon Monoksida ( gas yang dikeluarkan dari ekzos kenderaan )
 Acutone ( penanggal pengilat kuku )
 Naphthylamine ( ubat gegat )
 Methanol ( bahan api roket )
 Arsenaic ( racun anai-anai )
 Ammonia ( pencuci lantai )
 Hyrogen Cyanide ( gas beracun )
 Polonium -210 ( radio aktif Karsinogen yang menyebabkan kanser )
2. Bahan-bahan kimia yang tedapat dalam asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia
yang merbahaya, 200 daripadanya adalah beracun dan 63 adalah penyebab kanser.
5.9 Kesan Negatif Merokok.
Objektif : Murid dapat maklumat tentang kesan negatif merokok
Pengisian : Memberi penerangan kepada pelajar tentang kesan negatif merokok.
 Asap rokok yang dihirup mengandungi banyak bahan-bahan yang sangat berbahaya
seperti tar, karbon monoksida, hydrogen sianida, logam berat dan radikal bebas. Setiap
zat tersebut dapat merosak tubuh dengan berbagai macam cara. Tar berwarna coklat dan
likat mengandungi banyak bahan kimia yang diketahui sebagai penyebab kanser.
 Bahan kimia lainnya yang dikandung dalam asap yang dapat merosak paru-paru
termasuk hydrocarbon, nitrous oxides, organic acids, phenols dan oxidizing agents.
Radikal bebas adalah bahan kimia yang boleh merosakkan otot jantung dan pembuluh
darah. Apabila bercampur dengan kolesterol, ia boleh mengakibatkan kerosakan
pembuluh arteri, dan akhirnya menyebabkan penyakit jantung dan stroke. Asap tembakau
mengandungi logam berat yang sangat berbahaya seperti arsenik dan cadmium.
Kebanyakan dari logam berat ini diketahui sebagai penyebab kanser.
 Tar yang terkandung dalam asap boleh menyebabkan kanser kerongkong, trakea dan
paru-paru. Menghisap rokok menyebabkan peningkatan pengeluaran asid di dalam perut
yang boleh menyebabkan ulser perut dan kanser. Perokok juga berisiko tinggi menghidap
kanser pankreas. Bahan kimia yang dikeluarkan dalam urin menyebabkan kanser pundi
kencing yang sering mengakibatkan kematian. Tekanan darah tinggi yang disebabkan
oleh rokok boleh merosakkan jantung dan ginjal serta menyebabkan serangan jantung
dan stroke.
 Rokok akan menyebabkan masalah reproduksi khususnya bagi wanita. Kebanyakkan
perokok wanita mengalami waktu haid yang tidak teratur. Kesuburan terganggu dan akan
mengalami putus haid lebih awal. Risiko kanser serviks juga semakin meningkat bagi
wanita yang berumur lebih dari 35 tahun. Selain itu, berlaku peningkatan risiko stroke dan
serangan jantung jika mereka merupakan perokok tegar. Perokok lelaki akan mengalami
penurunan jumlah sperma dan kebanyakkan sperma menjadi abnormal dengan
kemampuan bergerak yang sangat rendah.
 Sistem daya tahan tubuh perokok menjadi semakin lemah dan mudah diserang radikal
bebas. Seorang perokok memerlukan waktu lama untuk sembuh daripada penyakit
berbanding orang yang tidak merokok.
 Menghisap rokok menyebabkan kepadatan tulang menurun, kulit menjadi kering dan
kehilangan kekenyalannya kerana peredaran darah tidak baik. Ini menyebabkan kulit
berkedut dan kendur.
5.10 Hidup Sihat Tanpa Rokok.
Objektif : Murid dapat maklumat tentang faedah-faedah tidak merokok
Pengisian : Menerangkan faedah tidak merokok.
1. Di antara faedah tidak merokok ialah:-
 Risiko menghidap kanser berkurang.
 Risiko penyakit jantung berkurang.
 Risiko melahirkan bayi yang cacat berkurang.
 Menjimatkan wang.
 Makan lebih berselera.
 Gigi tidak kuning.
 Bibir tidak lebam.
 Nafas tidak berbau.
 Paru-paru lebih sihat.
 Degupan jantung kembali normal.
 Tekanan darah kembali normal.
 Peredaran darah lebih lancar.
 Tarikan nafas lebih panjang.
 Risiko penuaan berkurangan.
 Kulit lebih cantik.
 Tubuh lebih berisi.
 Hidup lebih sihat dan bermakna.
 Meningkatkan keyakinan diri
 Pergaulan dengan orang sekeliling lebih baik.
 Mudah didampingi orang.
5.11 Tips –tips Berhenti Merokok
Objektif : Murid dapat maklumat mengenai cara-cara atau tips berhenti merokok
Pengisian : Memberi penerangan mengenai cara-cara atau tips berhenti merokok
Di antara tips-tips berhenti merokok ialah:
1. Cari kegiatan atau pekerjaan yang dapat mengalihkan perhatian dari rokok, contohnya, jika
keinginan merokok timbul, cuba makan gula-gula atau pergi bermain badminton dengan
kawan.
2. Hindari suasana atau aktiviti yang membuat anda ingin merokok seperti elakkan pergi ke
siber kafe, pusat snuker, pusat permainan dan elakkan bergaul dengan individu yang
merokok.
3. Beritahu semua orang terdekat bahawa anda SUDAH berhenti merokok supaya mereka
dapat mengawasi anda.
4. Tarik nafas panjang beberapa kali apabila terasa ingin merokok.
5. Selalu bersukan dan amalkan gaya hidup sihat. Contohnya bermain bola sepak atau bola
keranjang pada waktu lapang bersama kawan-kawan.
6. Selalu cari maklumat tentang bahaya rokok di media cetak dan elektronik agar anda akan
sentiasa ingat tentang bahaya rokok
7. Sentiasa memikirkan bahawa anda tidak suka merokok. Senaraikan sebab-sebab anda
tidak suka merokok seperti rokok itu kotor, nafas berbau, tidak disukai orang sekeliling,
membazirkan wang dan tidak baik untuk kesihatan.
8. Senaraikan kebaikan sekiranya anda berjaya berhenti merokok. Contohnya anda berjaya
mengawal diri anda, nafas tidak lagi berbau, disenangi orang ramai dan dapat menjimatkan
wang.
BAB 6 : PEMBANGUNAN DIRI
6.1 Komunikasi
Objektif : Murid dapat menggunakan teknik komunikasi berkesan agar lebih yakin dan
berketrampilan.
Pengisian : Memberi penerangan mengenai komunikasi berkesan.
1. Teknik Berkomunikasi
 Membina hubungan baik
 Memberi perhatian kepada komunikasi lisan dan bukan lisan
 Mendengar secara aktif setiap perkataan
 Menggunakan bahasa sesuai dengan tahap kebolehan
 Memahami gerak-geri badan (body language)
 Memberi respon yang sesuai
2. Komunikasi Asertif – menyatakan TIDAK
 Menyatakan pendapat anda dengan tepat, jelas dan penuh keyakinan
 Pastikan permintaan anda munasabah dan tidak gugat hak orang lain
 Melahirkan perasaan ’TIDAK BERSETUJU’ tanpa rasa marah
 Ulangi permintaan tanpa menjadi marah
 Belajar mengatakan ’TIDAK’ dengan sopan
 Bertegas dengan hak anda yang sah
6.2 Penyelesaian Masalah
Objektif : Murid dapat mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah
Pengisian : Memberi penerangan tentang kaedah penyelesaikan masalah
1) Mengenalpasti masalah
a. Senaraikan semua masalah yang ada. Keluarkan semua masalah yang terbuku
difikiran dan tuliskannya di atas sekeping kertas.
b. Susun permasalahan tersebut mengikut keutamaan.
2) Mencari maklumat
a. Susunkan masalah tersebut mengikut keutamaan untuk diselesaikan.
b. Kenalpasti punca setiap masalah dan senaraikan punca-punca tersebut.
3) Menganalisis maklumat
a. Menyemak masalah yang dikenalpasti
b. Fikirkan jalan penyelesaian setiap masalah dan pastikan masalah itu mempunyai
pelbagai alternatif untuk menyelesaikan seperti mengagihkan bebanan
tanggunjawab kepada orang lain jika boleh.
4) Mencari alternatif
a. Senaraikan alternatif yang ada untuk menyelesaikan masalah
b. Senaraikan kebaikan dan keburukan alternatif yang akan dilakasanakan
c. Tentukan tempoh masa tertentu untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut
.
5) Menilai alternatif
a. Menilai kebaikan dan keburukan alternatif yang ada
b. Kenalpasti risiko yang perlu dihadapi untuk setiap alternatif yang ada
6) Membentuk rangka tindakan
a. Merangka tindakan-tindakan yang perlu diambil
b. Laksanakan tindakan yang telah dirangka mengikut keutamaan
c. Mulakan tindakan menyelesaikan permasalahan tersebut dengan yakin.
6.3 Pengurusan Diri
Objektif : Murid dapat menguruskan diri agar menjadi pelajar yang cemerlang.
Pengisian : Menerangkan tentang kepentingan Pengurusan Diri
1) Mencapai Kesejahteraan Diri
 Dengan wujudnya sistem pengurusan diri, kehidupan harian kita akan menjadi lebih
teratur dan tenang. Maka kita akan berasa bersyukur dan bahagia.
2) Mencapai Matlamat Diri
 Pengurusan masa, tugasan ,emosi dan disiplin yang efisen memudahkan seseorang
bagi mencapai kejayaan dalam pembelajaran kerana semua tugas disiapkan dengan
sistematik.
3) Menuju Ke Arah Kecemerlangan
 Perkara yang berikut akan menghasilkan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi apa jua kerja yang dilakukan.
a. Perancangan dan pembahagian tugas
Menyusun tugas mengikut keutamaan, iaitu tugas yang penting
perlu disiapkan terlebih dahulu. Contohnya, latihan Prinsip Akaun
perlu diberi keutamaan sebelum membuat buku skrap pertandingan
Kelab Seni. Ulangkaji sesuatu mata pelajaran tidak perlu dibuat secara tergesa-
gesa, tetapi perlu dibahagikan mengikut topik atau kemahiran.
b. Sikap tidak menangguh Kerja
Pastikan semua tugas disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Tetapkan tempoh untuk tugasan dan patuhi masa yang ditetapkan. Ini
dapat mengelakkan kerja tertangguh.
4) Teknik yang perlu ada :
a. Perancangan Tugas Mengikut Keutamaan
Satu jadual tugas bulanan dan mingguan perlu diadakan untuk
rujukan pelajar sendiri. Setelah itu, susun semula tugasan harian
mengikut keutamaan.
b. Pengurusan Masa
Jadual Waktu Individu perlu diwujudkan untuk rutin aktiviti harian
termasuk masa sekolah, masa rehat, masa sukan, masa tidur dan masa belajar.
Pematuhan kepada jadual tersebut dapat melicinkan kehidupan harian dan
pembelajaran yang berterusan berlaku.
c. Pengurusan stres
Kaedah Pengurusan Stres seperti relaxation , bersukan, berkongsi
perasaan, menulis diari, bersembahyang yang bersesuaian perlu dikuasai
oleh pelajar agar emosinya sentiasa stabil untuk meneruskan
pembelajaran.
d. Penghargaan Diri
Adakan sistem penghargaan bersama keluarga seperti memberikan
sesuatu yang digemari kepada pelajar jika sesuatu tugas yang agak
susah telah dapat diselesaikan. Ini termasuk juga aktiviti yang digemari
seperti rekreasi atau melancong.
6.4 Pengorbanan Diri
Objektif : Murid dapat mengurus masa dengan berkesan
Pengisian : Memberi penerangan tentang pengorbanan dari aspek pengurusan masa.
Pengorbanan diertikan sebagai suatu tindakan yang mana seseorang melakukan sesuatu yang
diluar dari kemampuannya demi mencapai suatu tujuan. Setiap kali kita menyebut tentang
pengorbanan sudah tentulah ia melibatkan sesuatu perkara yang kita sayang. Mengorbankan
sesuatu yang disayangi demi manfaat tertentu dan mencapai tujuan yang bukan berbentuk
peribadi adalah suatu perkara yang sukar dilaksana. Untuk berjaya seseorang pelajar perlu
mengorbankan 5 perkara yang sering dilakukan demi mencapai kejayaan iaitu
 Masa menonton
 Tidur
 Bermain
 Melayari internet
 Masa cuti
Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan
menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari,
seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai
mengurus masa. Seharusnya seseorang pelajar perlu bijak dalam menguruskan masa dengan
aktiviti yang lebih berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran, membuat latihan serta membuat
perbincangan dalam kumpulan. Kurangkan 5 aktiviti yang harus dikorbankan demi mencapai
kejayaan.
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan
Bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diinginkan. Ia memerlukan pengorbanan,
kesabaran dan ketelusan. Allah swt sendiri akan menguji dahulu seseorang hambaNya
sebelum DIA memberi kejayaan. Ujian dari Allah swt perlu ditempuhi dengan sabar serta
istiqamah
6.5 Halangan Kejayaan
Objektif : Murid dapat meningkatkan motivasi kendiri sebagai pelajar
Pengisian : Menerangkan tentang tips menangani halangan kejayaan
1) Kenalpasti kelemahan dan kekuatan diri
Kelebihan diri perlu diperkukuhkan dan ditonjolkan manakala kekurangan kita perlu
diperbaiki. Ini perlu bagi membantu diri kita mencapai kejayan
Ada 3 kekuatan yang wujud dalam diri kita dan perlu kita kenali. Kekuatan tersebut ialah: :
a) Kekuatan akal (Mampu berfikir, Berilmu, Berhati-hati,)
b) Kekuatan jiwa (yakin, berani, pemurah, tabah dan tidak pernah berputus asa)
c) Kekuatan perasaan (Tidak gopoh, bertimbang rasa, lemah-lembut,
penyayang)
2) Mendapatkan bantuan
Sekiranya wujud halangan kejayaan, tidak perlu berputus asa tetapi perlu
mendapat bantuan secara spiritual dan hubungan sosial
3) Rancang dan laksana
Perancangan harus dilakukan dengan teliti dan dan memberi impak yang jelas
seterusnya pelaksanaan perli disertai dengan komitmen yang tinggi dan berterusan
4) 90% kejayaan dari usaha dan azam
Perlu diingat bahawa kejayaan seseorang individu tersebut berdasarkan dari
usaha yang gigih dan juga azam yang tinggi kerana 90% kejayaan adalah dari
usaha dan azam.
6.6 Strategi Kecemerlangan
Objektif : Murid mendapat panduan tentang strategi menjadi ‘top student’
Pengisian : Memberi penerangan mengenai strategi kecemerlangan.
1. STRATEGI RANGSANGAN
 Meningkatkan keupayaan minda.
 Menggunakan kedua-dua belah otak ketika belajar.
 Menggunakan kedua-dua belah anggota ketika belajar.
 Menggunakan sumber alam sekitar ketika belajar.
 Merangsang deria ketika belajar.
2. STRATEGI KEMAHIRAN
 Meningkatkan kemahiran belajar.Selang-seli rehat ketika belajar.
 Mengulangkaji dengan berkesan
 Belajar dalam persekitaran kondusif.
 Menguasai strategi dan teknik peperiksaan.
3. STRATEGI DISIPLIN
 Memiliki imej diri yang positif
 Sentiasa awal dan mendahului orang lain.
4. STRATEGI KEROHANIAN
 Meningkatkan kekuatan rohani.
 Berdoa setelah gigih berusaha
5. STRATEGI FIZIKAL
 Amalkan pemakanan yang baik dan seimbang.
 Sentiasa amalkan riadah.
 Menjaga waktu dan mutu tidur.
6. STRATEGI HUBUNGAN
 Taat kepada Allah S.W.T
 Menghormati kedua-dua ibu bapa.
 Menghormati dan menyayangi guru.
 Bijak memilih kawan.
6.7 Mengapa Mesti Cemerlang (peperiksaan)
Objektif :Murid dapat meningkatkan prestasi diri ke arah kecemerlangan akademik
Pengisian : Memberi penerangan mengenai kepentingan dan teknik mencapai
Kecemerlangan akademik
1. Kepentingan Mencapai Kecemerlangan Exam
a. Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
b. Mengubah taraf hidup dan keluarga
c. Meningkat harga diri di dalam keluarga dan masyarakat
d. Menceburi bidang pekerjaan yang diminati
2. Pelajar perlu ada :
a. Wawasan yang tinggi
b. Matlamat yang jelas & khusus
c. Kesungguhan Diri
d. Doa/Sembahyang
3. Teknik yang perlu ada :
a. Ujian Minat Kerjaya
b. Penetapan Matlamat
c. Pengurusan diri yang baik
d. Sistem Penghargaan & Sokongan
BAB 7 : KEIBUBAPAAN
7.1. Budi Bahasa I
Objektif : Murid lebih menghormati ibu bapa dan guru
Pengisian : Menceritakan Kisah Teladan
Kisah Si Tanggang
Pada zaman dahulu tinggal seorang remaja lelaki bernama Tanggang bersama ibu tua
yang miskin. Akibat kemiskinan, Tanggang meminta izin kepada ibunya untuk menjadi pelayar
agar dapat mengubah taraf kehidupan mereka berdua. Pada awalnya ibu Tanggang tidak
mahu berpisah dengannya, tetapi setelah dipujuk oleh Tanggang maka ibunya rela
melepaskannya keluar dari kampung untuk menjadi seorang pelayar. Tanggang pun bekerja
dengan seorang nakhoda yang kaya.
Sebagai pekerja, Tanggang amat rajin bekerja sehingga mendapat kepercayaan
daripada nakhoda untuk menggantikannya. Berkat usaha kersanya, Tanggang telah menjadi
seorang pedagang yang berjaya. Hidup Tanggang berubah menjadi kaya-raya. Nakhoda yang
kaya tadi amat berkenan untuk menjadikan Tanggang sebagai menantunya. Maka Tanggang
telah berkahwin dengan anak perempuan nakhoda yang sungguh cantik rupawan.
Selepas berkahwin Tanggang membawa isterinya belayar. Dalam perjalanan kapal
Tanggang singgah berlabuh di kampung asal Tanggang. Apabila ibu Tanggang mendengarnya,
maka beliau amat gembira. Ibu Tanggang dengan segera membuat kuih lepat pisang kesukaan
Tanggang dan dibawa ke kapal Tanggang.
Setiba di kapal Tanggang, ibu Tanggang berjumpa dengan Tanggang. Malangnya
Tanggang merasa malu melihat ibunya yang tua dan miskin berbanding dirinya yang kaya-raya.
Di hadapan isterinya, Tanggang tidak mengaku yang itu ibunya dan menghalaunya pergi.
Ibu Tanggang merasa amat kecewa dan sedih lalu berdoa. Tiba-tiba hujan ribut
melanda. Petir berdentam-dentum. Kapal Tanggang terumbang-ambing. Tiba-tiba Tanggang
dan seisi kapal telah bertukar menjadi batu. Demikianlah akibat jika kita tidak menghargai dan
menghormati ibu bapa. Bala akan menimpa sebagai balasan. Oleh itu marilah kita bersama-
sama saling hormat-menghormati kepada kedua ibu bapa kita.
7.2. Budi Bahasa II
Objektif : Murid lebih menghargai ibu bapa dan guru
Pengisian : Menceritakan Kisah Teladan
Si Miskin Dengan Sifu
Pada zaman dahulu di negeri China, seorang remaja lelaki yang miskin pergi ke sebuah
kuil untuk belajar kungfu dengan seorang Sifu. Pada awalnya remaja itu tidak diterima untuk
menjadi anak didiknya tetapi setelah dipujuk maka remaja itupun diterima sebagai pelajarnya.
Selepas setahun belajar sampailah masa untuk keluar mengembara ke dalam hutan bersama-
sama.dengan Sifunya.
Dalam pengembaraannya ke hutan, apabila tiba waktu rehat, Sifu telah berpesan
kepada remaja miskin tadi supaya tidak pergi ke mana-mana sementara Sifu menguruskan hal
peribadinya. Sebelum pergi, Sifu telah meninggalkan sebiji mangkuk bertutup kepada remaja
miskin. Sifu berpesan sekiranya merasa lapar maka bacalah Bismillah dan ingatkan Sifu
sebelum membuka penutup mangkuk untuk makan.
Maka apabila terasa lapar, remaja miskin itupun melakukan seperti apa yang telah
dipesan oleh Sifu. Sejurus selepas membaca Bismillah, remaja miskin tadi membuka penutup
mangkuk dan terus makan nasi yang ada di dalam mangkuk itu. Begitu seterusnya sehingga
hampir sebulan remaja itu ditinggalkan.
Selepas sebulan Sifu kembali semula ke tempat rehat remaja miskin. Sifu amat terkejut
kerana didapati remaja miskin tadi masih hidup sihat dan setia menunggu kehadiran Sifu.
Apabila ditanya remaja dia makan bekalan yang Sifu telah tinggalkan. Sifu merasa amat
terkejut. Sebenarnya itu adalah tipu helah Sifu untuk mengelak diri dari terus mengajar remaja
miskin tadi. Mangkuk yang ditinggalkan tadi hanyalah berisi pasir semata-mata dengan
harapan remaja itu akan bergerak mencari makanan dan akan sesat di hutan lalu dimakan oleh
binatang buas. Akhirnya Sifu sedar bahawa remaja tadi amat patuh dan taat kepadanya.
Akhirnya Sifu mengambil keputusan untuk terus mengajar remaja tersebut. Remaja miskin tadi
menjadi seorang ahli kungfu yang hebat.
Oleh demikian, sebagai pelajar jika kita patuh dan taat kepada ajaran guru, ilmu yang
diberi akan diberkati dan hidup akan berjaya. Sebagai guru terimalah anak murid seadanya
dan terimalah mereka tanpa syarat.
7.3. Bersyukur Dan Berterima Kasih Kepada Ibu Bapa Dan Guru
Objektif : Murid sentiasa bersyukur dan berterima kasih
Pengisian : Memberi penerangan secara ringkas tentang :
1. Jasa ibu bapa:
1.1 Menggadai nyawa melahirkan kita
1.2 Memberi makanan dan perlindungan
1.3 Memastikan anak sihat dan selamat
1.4 Merupakan orang yang paling menyayangi kita dan sanggup
memenuhi segala permintaan kita sekiranya perkara tersebut akan
membawa kebaikan.
2. Perbandingan dengan situasi anak yatim piatu:
Supaya murid melahirkan rasa kesyukuran dan kebahagiaan dengan
kehadiran ibu bapa.
3. Tanggungjawab seorang guru:
3.1 Guru memberi ilmu dan menerapkan nilai-nilai murni untuk membentuk
sahsiah murid.
3.2 Terdapat pelbagai guru mata pelajaran yang memberikan ilmu yang
berbeza sehingga murid menjadi celik huruf di pelbagai peringkat
persekolahan seperti di sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan
universiti.
4. Menjelaskan tugas guru yang patut dihormati oleh pelajar:
4.1 Menyediakan bahan pengajaran sebelum masuk kelas
4.2 Meredakan situasi dalam kelas dan mengawal disiplin murid
4.3 Memberi latihan dan menyemak buku latihan
4.4 Menyediakan soalan peperiksaan
4.5 Masa banyak dikorbankan untuk menanda buku latihan, folio, projek
dan kertas soalan peperiksaan.
4.6 Berbincang dengan ibu bapa jika perlu
4.7 Terlibat dengan pelbagai aktiviti kokurikulum selepas sekolah
4.8 Terlibat dengan pelbagai perkhemahan dan kursus motivasi masa cuti
7.4. Budaya Memberi Salam Dan Ucap Selamat
Objektif : Murid mengamalkan budaya memberi salam dan ucap selamat
Pengisian : Memberi penerangan secara ringkas tentang :
1. Situasi di sekolah sekarang:
Peratus murid yang akan berucap selamat pagi/ memberi salam kepada guru
2. Tujuan memberi salam:
2.1 Doa selamat dan sejahtera kepada pihak penerima dan penghantar
akan menerima doa yang sama dari penerima
2.2 Mewujudkan budaya sayang menyayangi, hormat menghormati antara
murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru
2.3 Melatih diri membentuk sikap yang baik seperti bersopan santun dan
peramah .
3. Cara pengucapan selamat dan memberi salam yang betul:
3.1 Muslim
3.2 Bukan muslim
4. Demo/ Latihan salam/ ucap selamat:
4.1 Beberapa murid diarah ke pentas untuk menunjukkan demo
4.2 Murid lain melakukan seperti ditunjukkan demo di bawah
BAB 8 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
8.1. Promosi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling I
Objektif: Warga sekolah mendapat maklumat yang tepat tentang perkhidmatan B&K
Pengisian: Memberi penerangan secara ringkas berkaitan perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling:
1. Pengenalan diri:
1.1 Memperkenalkan biodata diri guru Bimbingan dan Kaunseling
(Nama, Pendidikan)
1.2 Menyatakan maksud Bimbingan dan Kaunseling
(Satu proses untuk menolong pelajar, menyedarkan pelajar tentang
diri sendiri dan suatu proses pembelajaran yang membantu individu
untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang
dilalui.)
2. Sasaran perkhidmatan:
2.1 Murid
2.2 Guru
2.3 Ibu bapa
2.4 Warga sekolah
3. Jenis-jenis perkhidmatan:
3.1 Kaunseling individu
3.2 Kaunseling kelompok
3.3 Bimbingan Individu
3.4 Bimbingan kelompok
Lampiran : Brosur Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
(mengikut kesesuaian sekolah)
Rujukan : http://members.tripod.com/smkzaba/BK.htm
http://www.scribd.com/doc/8439187/FAIL-MEJA-GURU-
BIMBINGAN-KAUNSELING
8.2. Promosi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling II
Objektif : Warga sekolah mendapat maklumat yang tepat tentang
perkhidmatan B&K
Pengisian : Memberi penerangan secara ringkas berkaitan perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling:
1. Bidang perkhidmatan:
1.1 Akademik ( Pemilihan Mata Pelajaran, Penempatan
selepas PMR, SPM dan STPM)
1.4 Kerjaya (Mengenali potensi diri, memperkenalkan bidang kerjaya
yang berkaitan dengan aliran sains, sains kemasyarakatan dan
Teknik & Vokasional.)
1.3 Psikososial ( Kemahiran asertif, komunikasi, pemupukan harga diri.
1.4 Kesihatan mental (Tingkah laku antisosial, persepsi negatif,
vandalisme, krisis identiti)
1.8 Pembangunan Diri (Potensi diri, penyelesaian masalah, nilai diri
dan keluarga, penilaian dan peningkatan kendiri.
1.9 Konferens Ibu Bapa (Perbincangan profesional tentang pencapaian
akademik dan perkembangan sahsiah anak di sekolah.)
1.10 Pendidikan Pencegahan Dadah / HIV (Sikap benci kepada dadah
dan inhalan, mengetahui kaedah menghindari HIV dan jangkitan )
2. Masa perkhidmatan (mengikut jadual waktu persekolahan)
3. Cara mendapatkan perkhidmatan:
3.1 Secara sukarela
3.2 Dirujuk oleh guru
3.3 Dijemput oleh kaunselor
3.4 Membuat temujanji dengan mengisi borang temujanji
Lampiran : Brosur Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
(mengikut kesesuaian sekolah)
Rujukan : http://members.tripod.com/smkzaba/BK.htm
http://www.scribd.com/doc/8439187/FAIL-MEJA-GURU-
BIMBINGAN-KAUNSELING
8.3. Promosi Pembimbing Rakan Sebaya
Objektif : Murid dapat maklumat tentang peranan PRS
Pengisian : Memberi penerangan secara ringkas tentang :
1. Konsep PRS :
1.1 Membantu diri untuk membantu orang lain.
1.2 Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan
keadaan sekeliling.
1.3 Membantu menggerakkan perkhhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.
1.4 Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan
bantuan.
2. Etika PRS:
2.1 PRS mampu menyimpan rahsia.
2.2 PRS perlu jujur sekiranya tidak mampu memberikan pertolongan.
2.3 Menerima rakan dengan perasaan terbuka dan jujur.
2.4 Jika di luar kemampuan, sila tamatkan sesi dan rujuk kepada
kaunselor.
2.5 Beritahu kaunselor tentang isu yang berisiko tinggi.
PENGHARGAAN
Roshida Binti Yashak (SMK Taman Bukit Indah)
Rafidah Binti Abdul Samat (SMK Taman Universiti)
Emily Daramalinggam (SMK Taman Selesa Jaya)
Suzana Binti Suhaimi (SMK Aminuddin Baki)
Asweizah Binti Ahmad (SMK Bandar Baru Uda)
Siti Rohani Binti Harun (SMK Sri Rahmat)
Siti Muallisah Binti Yusof (SMK Taman Universiti 2)
Tuan Amzi Shah Bin Tuan Alias (SMK Dato’ Usman Awang)

More Related Content

Similar to MODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PENINGKATAN KEMAMPUAN BERFIKIR (SPPKB)
MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PENINGKATAN KEMAMPUAN BERFIKIR (SPPKB)MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PENINGKATAN KEMAMPUAN BERFIKIR (SPPKB)
MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PENINGKATAN KEMAMPUAN BERFIKIR (SPPKB)MythaChan
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru huda hamdan
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan ok.pptx
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan ok.pptxKanvas BAGJA prakarsa perubahan ok.pptx
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan ok.pptxJuangThamrin1
 
Bimbingan belajar
Bimbingan belajarBimbingan belajar
Bimbingan belajareka noviana
 
2382379 nota-peng-hem-azman
2382379 nota-peng-hem-azman2382379 nota-peng-hem-azman
2382379 nota-peng-hem-azmanSMKPJ
 
Sesi 1 ucap utama pengetua star 2010
Sesi 1 ucap utama pengetua star 2010Sesi 1 ucap utama pengetua star 2010
Sesi 1 ucap utama pengetua star 2010abdullah ghazali
 
Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV
Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTVNota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV
Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTVSherly Jewinly
 
03 ppt peminatan peserta didik
03 ppt peminatan peserta didik03 ppt peminatan peserta didik
03 ppt peminatan peserta didikDina Widyana
 
profesi bkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
profesi bkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...profesi bkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
profesi bkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...DiegoSaputr
 
Pelan taktikal moral 2012
Pelan taktikal moral 2012Pelan taktikal moral 2012
Pelan taktikal moral 2012Hayati Yusof
 

Similar to MODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING (20)

MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PENINGKATAN KEMAMPUAN BERFIKIR (SPPKB)
MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PENINGKATAN KEMAMPUAN BERFIKIR (SPPKB)MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PENINGKATAN KEMAMPUAN BERFIKIR (SPPKB)
MAKALAH STRATEGI PEMBELAJARAN PENINGKATAN KEMAMPUAN BERFIKIR (SPPKB)
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan ok.pptx
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan ok.pptxKanvas BAGJA prakarsa perubahan ok.pptx
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan ok.pptx
 
PERANAN GC
PERANAN GCPERANAN GC
PERANAN GC
 
RPS BK.pdf
RPS BK.pdfRPS BK.pdf
RPS BK.pdf
 
Bimbingan belajar
Bimbingan belajarBimbingan belajar
Bimbingan belajar
 
Masalah Belajar
Masalah BelajarMasalah Belajar
Masalah Belajar
 
P & P CEMERLANG
P & P CEMERLANGP & P CEMERLANG
P & P CEMERLANG
 
2382379 nota-peng-hem-azman
2382379 nota-peng-hem-azman2382379 nota-peng-hem-azman
2382379 nota-peng-hem-azman
 
KBAT SAINS
KBAT SAINSKBAT SAINS
KBAT SAINS
 
Bahan kbat sains
Bahan kbat sainsBahan kbat sains
Bahan kbat sains
 
Kem upsr ta edit
Kem upsr ta editKem upsr ta edit
Kem upsr ta edit
 
Sesi 1 ucap utama pengetua star 2010
Sesi 1 ucap utama pengetua star 2010Sesi 1 ucap utama pengetua star 2010
Sesi 1 ucap utama pengetua star 2010
 
24068181
2406818124068181
24068181
 
Smk Guntong English
Smk Guntong EnglishSmk Guntong English
Smk Guntong English
 
Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV
Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTVNota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV
Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV
 
03 ppt peminatan peserta didik
03 ppt peminatan peserta didik03 ppt peminatan peserta didik
03 ppt peminatan peserta didik
 
profesi bkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
profesi bkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...profesi bkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
profesi bkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
 
Pelan taktikal moral 2012
Pelan taktikal moral 2012Pelan taktikal moral 2012
Pelan taktikal moral 2012
 

More from ANGAMALAPPALANESAMYM

POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).pptPOWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).pptANGAMALAPPALANESAMYM
 
4. PELAKSANAAN DAN PELAPORAN PPsi BPSH, KPM - EN. FAUZI.pptx
4. PELAKSANAAN DAN PELAPORAN PPsi BPSH, KPM - EN. FAUZI.pptx4. PELAKSANAAN DAN PELAPORAN PPsi BPSH, KPM - EN. FAUZI.pptx
4. PELAKSANAAN DAN PELAPORAN PPsi BPSH, KPM - EN. FAUZI.pptxANGAMALAPPALANESAMYM
 
04 DSKP KSSR Tahun 1 Bahasa Tamil SJKT 07122016 (1).pdf
04 DSKP KSSR Tahun 1 Bahasa Tamil SJKT 07122016 (1).pdf04 DSKP KSSR Tahun 1 Bahasa Tamil SJKT 07122016 (1).pdf
04 DSKP KSSR Tahun 1 Bahasa Tamil SJKT 07122016 (1).pdfANGAMALAPPALANESAMYM
 
pelaksanaan-program-guru-penyayang-120316012740-phpapp01.pdf
pelaksanaan-program-guru-penyayang-120316012740-phpapp01.pdfpelaksanaan-program-guru-penyayang-120316012740-phpapp01.pdf
pelaksanaan-program-guru-penyayang-120316012740-phpapp01.pdfANGAMALAPPALANESAMYM
 

More from ANGAMALAPPALANESAMYM (7)

POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).pptPOWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
POWER POINT GURU PENYAYANG (10.1.2012).ppt
 
4. PELAKSANAAN DAN PELAPORAN PPsi BPSH, KPM - EN. FAUZI.pptx
4. PELAKSANAAN DAN PELAPORAN PPsi BPSH, KPM - EN. FAUZI.pptx4. PELAKSANAAN DAN PELAPORAN PPsi BPSH, KPM - EN. FAUZI.pptx
4. PELAKSANAAN DAN PELAPORAN PPsi BPSH, KPM - EN. FAUZI.pptx
 
04 DSKP KSSR Tahun 1 Bahasa Tamil SJKT 07122016 (1).pdf
04 DSKP KSSR Tahun 1 Bahasa Tamil SJKT 07122016 (1).pdf04 DSKP KSSR Tahun 1 Bahasa Tamil SJKT 07122016 (1).pdf
04 DSKP KSSR Tahun 1 Bahasa Tamil SJKT 07122016 (1).pdf
 
pelaksanaan-program-guru-penyayang-120316012740-phpapp01.pdf
pelaksanaan-program-guru-penyayang-120316012740-phpapp01.pdfpelaksanaan-program-guru-penyayang-120316012740-phpapp01.pdf
pelaksanaan-program-guru-penyayang-120316012740-phpapp01.pdf
 
5_6325498366054629400.pdf
5_6325498366054629400.pdf5_6325498366054629400.pdf
5_6325498366054629400.pdf
 
MODUL 10 MINIT UBK.pdf
MODUL 10 MINIT UBK.pdfMODUL 10 MINIT UBK.pdf
MODUL 10 MINIT UBK.pdf
 
ikrar kehadiran murid.pptx
ikrar kehadiran murid.pptxikrar kehadiran murid.pptx
ikrar kehadiran murid.pptx
 

Recently uploaded

IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 

Recently uploaded (20)

IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 

MODUL 10 MINIT UBK.pdF. MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  • 1. KATA-KATA ALUAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya diberi kesempatan untuk menyampaikan kata-kata aluan dalam modul yang diterbitkan ini. Tahniah dan syabas kepada Jabatan Pelajaran Johor dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Johor kerana telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah buku Modul Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Modul seperti ini penting bagi membantu meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah dan rendah, khususnya dalam menyalurkan maklumat kepada murid sekolah. Seperti yang sedia maklum, beban tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling kini semakin mencabar. Dengan penerbitan modul seperti ini diharapkan dapat menjadi sumber sokongan dalam membantu meningkatkan kecekapan pengurusan serta perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Saya percaya dan yakin modul ini dapat membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling menyampaikan maklumat yang terkini, relevan serta menepati bidang tugas seperti yang digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui usaha ini, diharapkan dapat memberi impak positif dalam kalangan murid bagi memupuk generasi yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai kendiri positif.
  • 2. KATA-KATA ALUAN Tahniah dan syabas kepada Jabatan Pelajaran Johor, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Johor dan Jawatankuasa Penulisan Modul 10 minit yang telah berjaya menzahirkan sebuah modul khusus untuk rujukan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Amanah yang dipertanggunjawabkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah sangat besar dalam memberi bimbingan dan panduan bagi meningkatkan akademik, sahsiah dan kerjaya murid. Pada pengamatan saya modul ini amat bersesuaian dengan keperluan guru yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai permasalahan murid. Akhir kata saya amat berharap agar Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat memanfaatkan sebaik mungkin modul ini bagi mempertingkatkan kemahiran sedia ada dan menjadi rujukan dalam memberi input yang berkesan kepada murid.
  • 3. KANDUNGAN. PENGENALAN BAB 1 : PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAB 2 : AKADEMIK 2.1 - Penetapan Azam Baru. 2-2 - Amalan Belajar Berkesan ( Study Smart ) 2.3 - Pengurusan Masa. 2.4 - Kenapa Lupa. 2.5 - Kenapa Mengantuk. 2.6 - Strategi Belajar. 2.7 - Mendengar Muzik Ketika Belajar. 2.8 - Strategi Menghadapi Peperiksaan. 2.9 - Analisis Peperiksaan BAB 3 : KERJAYA 3.1 - Pengumpulan Maklumat Kerjaya Masa Depan 3.2 - Hala Tuju Selepas STPM/STAM/Sijil/Diploma/Matrikulasi 3.3 - Hala Tuju Selepas SPM 3.4 - Hala Tuju Selepas PMR BAB 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL 4.1 - Kemahiran Membuat Keputusan 4.2 - Harga Diri 4.3 - Perkembangan Remaja 4.4 - Kisah dan Teladan 4.5 - Gaya Hidup Sihat 4.6 - Ponteng Sekolah/Melepak 4.7 - Menghadapi Isu Semasa 4.8 - Bulan Kemerdekaan 4.9 - Musim Perayaan 4.10 - Kemelesetan Ekonomi 4.11 - Rogol/Pencabulan/Bersekedudukan 4.12 - Gangguan Seksual 4.13 - Gangsterisme 4.14 - Vandalisme 4.15 - Penderaan/Penganiayaan 4.16 - Asertif Diri 4.17 - Pengurusan Stress 4.18 - Kemahiran Mengawal Diri / Emosi BAB 5 : PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH/ROKOK/ INHALAN/HIV/AIDS 5.1 - Kesan Negatif Penyalahgunaan Dadah 5.2 - Masyarakat Madani Tanpa Dadah 5.3 - Dadah Dari Sudut Agama 5.4 - Apa Itu HIV/AIDS Dan Bagaimana Cara HIV/AIDS Merebak 5.5 - Tanda-Tanda Penyakit HIV/AIDS 5.6 - Apa Itu Inhalan
  • 4. 5.7 - Kesan-kesan Negatif Inhalan 5.8 - Apa Itu Rokok Dan Bahan Merbahaya Yang Terkandung Didalamnya 5.9 - Kesan Negatif Merokok 5.10 - Hidup Sihat Tanpa Rokok 5.11 - Tip-Tip Berhenti Merokok BAB 6 : PEMBANGUNAN DIRI 6.1 - Komunikasi 6.2 - Penyelesaian Masalah 6.3 - Pengurusan Diri 6.4 - Pengorbanan Diri 6.5 - Halangan Kejayaan 6.6 - Strategi Kecemerlangan 6.7 - Mengapa Mesti Cemerlang BAB 7 : KEIBUBAPAAN 7.1 - Budi Bahasa I 7.2 - Budi Bahasa II 7.3 - Bersyukur dan Berterima kasih 7.4 - Budaya Memberi Salam Dan Ucap Selamat BAB 8 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 8.1 - Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling I 8.2 - Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling II 8.3 - Promosi Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) PENGHARGAAN
  • 5. BAB 1 : PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Bidang perkhidmatan: 1.1 Akademik ( Pemilihan Mata Pelajaran, Penempatan selepas PMR, SPM dan STPM) 1.2 Kerjaya (Mengenali potensi diri, memperkenalkan bidang kerjaya yang berkaitan dengan aliran sains, sains kemasyarakatan dan Teknik & Vokasional.) 1.3 Psikososial ( Kemahiran asertif, komunikasi, pemupukan harga diri. 1.4 Kesihatan mental (Tingkah laku antisosial, persepsi negatif, vandalisme, krisis identiti) 1.5 Pembangunan Diri (Potensi diri, penyelesaian masalah, nilai diri dan keluarga, penilaian dan peningkatan kendiri. 1.6 Konferens Ibu Bapa (Perbincangan profesional tentang pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah anak di sekolah.) 1.7 Pendidikan Pencegahan Dadah / HIV (Sikap benci kepada dadah dan inhalan, mengetahui kaedah menghindari HIV dan jangkitan ) 2. Masa perkhidmatan (mengikut jadual waktu persekolahan) 3. Cara mendapatkan perkhidmatan: 3.1 Secara sukarela 3.2 Dirujuk oleh guru 3.3 Dijemput oleh kaunselor 3.4 Membuat temujanji dengan mengisi borang temujanji Lampiran : Brosur Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (mengikut kesesuaian sekolah) Rujukan : http://members.tripod.com/smkzaba/BK.htm http://www.scribd.com/doc/8439187/FAIL-MEJA-GURU- BIMBINGAN-KAUNSELING
  • 6. BAB 2 : AKADEMIK 2.1. Penetapan Azam Baru Objektif : i. Menjelaskan tujuan hadir ke sekolah ii. Meningkatkan fokus pelajar kepada kecemerlangan akademik Pengisian : 1. Memberikan pengertian azam iaitu matlamat yang lahir daripada hati. 2. Minta semua pelajar untuk merenung kembali sama ada azam pada tahun lepas telah dicapai atau sebaliknya. 3. Meminta pelajar menetapkan azam baru yang lebih baik dan positif untuk dicapai pada tahun ini. (azam ditulis dalam buku catatan atau diari pelajar) Lampiran : Buku catatan pelajar Bahan edaran Program AZIMAT A = Agama Z = Zahir I = Intelek M = Matlamat A = Aplikasi T = Tulus Ikhlas
  • 7. MATLAMAT BELAJARKU NOSTALGIA PENCAPAIANKU DALAM PMR Mata Pelajaran Gred Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Kemahiran Hidup MATLAMATKU DALAM SPM / STPM Mata Pelajaran Gred Terkini Gred Sasaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Matematik Fizik Kimia Biologi MATLAMATKU SELEPAS SPM / STPM BIDANG KURSUS : ………………………………………………………….. IPTA / IPTS : ………………………………………………………….. KERJAYA : …………………………………………………………..
  • 8. 2.2 Amalan Belajar Berkesan (Study Smart) Objektif : i. Pelajar mengenali amalan belajar yang lebih berkesan. ii. Pelajar memberi fokus dan tumpuan kepada tabiat belajar yang betul. Pengisian : 1. Menjelaskan maksud belajar berkesan. 2. Memberi tips-tips belajar berkesan. 3. Menggalakkan pelajar mencatat di dalam buku catatan atau diari pelajar. Lampiran : Buku catatan pelajar Program si KANCIL K = Kemahiran A = Amanah N = Niat C = Cekap I = Iltizam L = Latihan Rujukan : Buku Panduan Belajar Berkesan.
  • 9. 2.3. Pengurusan Masa Objektif : i. Membantu pelajar membuat pilihan aktiviti mengikut keutamaan sebagai seorang pelajar. ii. Membimbing pelajar merancang dan mengurus masa Pengisian : 1. Mengedarkan contoh jadual belajar sendiri di rumah atau di asrama untuk panduan pelajar. 2. Mengarahkan pelajar untuk mengisi jadual tersebut dengan mata pelajaran. 3. Mengingatkan pelajar supaya mengikut dan mendisiplinkan diri dengan jadual tersebut secara konsisten. 4. Pengagihan jadual waktu peribadi berdasarkan aktiviti :  Waktu belajar - 8 jam sehari  Pengurusan diri - 8 jam sehari  Tidur - 8 jam sehari 5. Menerangkan kepada pelajar tentang aliran tenaga harian :  Masa perdana – masa yang paling sesuai untuk belajar adalah pada waktu pagi  Penjanaan semula tenaga – diperolehi selepas mandi , makan tengahari atau makan malam.
  • 10. Lampiran : Jadual Waktu Harian HARI PAGI PETANG MALAM ISNIN P&P Di Sekolah Kerja Rumah Semak Nota Persiapan Pelajaran Esok Ulangkaji Dan Persiapan Pelajaran Esok SELASA P&P Di Sekolah Kerja Rumah Semak Nota Persiapan Pelajaran Esok Ulangkaji Dan Persiapan Pelajaran Esok RABU P&P Di Sekolah Kerja Rumah Semak Nota Persiapan Pelajaran Esok Ulangkaji Dan Persiapan Pelajaran Esok KHAMIS P&P Di Sekolah Kerja Rumah Semak Nota Persiapan Pelajaran Esok Ulangkaji Dan Persiapan Pelajaran Esok JUMAAT P&P Di Sekolah Kerja Rumah Semak Nota Persiapan Pelajaran Esok Ulangkaji Dan Persiapan Pelajaran Esok SABTU Ulangkaji Pelajaran Tahun Lepas , Latihan Mengingat Dan Latihan Menjawab Soalan AHAD Ulangkaji Pelajaran Tahunlepas , Latihan Mengingat Dan Latihan Menjawab Soalan Akronim - U – Urus N – Nilai T - Tepati A - Amalkan
  • 11. 2.4 Kenapa Lupa Objektif : i. Memberi penjelasan kepada pelajar berkaitan pola ingatan dan lupaan. ii. Pelajar mengamalkan tabiat belajar yang baik. Pengisian : 1. Memberi penerangan kepada pelajar kenapa kita lupa sama ada dari segi pemakanan. 2. Amalan ulangkaji selepas pembelajaraan. 3. Memberi tips dan juga panduan penjagaan makanan yang boleh menguatkan minda. 4. Amalan doa yang betul mengikut kepercayaan masing-masing. Lampiran : Kenapa kita lupa ?  Mengamalkan makanan ringan  Banyak makan organ dalaman  Minuman bergas  Makan bahan masam seperti jeruk asam , epal hijau dan lain-lain.  Makan kepala ikan , makan makanan bersemut dan lain-lain.  Kurang ulangkaji dan latihan Tips-tips makanan menguatkan minda  Kismis  Kurma  Buah badam  Buah zaiton  Susu dan madu  Makanan dari bahan kekacang dan  Halal
  • 12. 2.5 Kenapa Mengantuk Objektif : i. Memahami faktor penyumbang kepada gejala mengantuk. ii. Menjelaskan kaitan persekitaran,cara gaya hidup dan kesihatan dengan masalah mengantuk Pengisian : 1. Mengapa mengantuk ? Antara faktor-faktor yang menyebabkan mengantuk adalah:  Keletihan  Terlalu kenyang  Kurang tidur / atau tidur pada waktu siang  Hilang tumpuan, jemu atau pun bosan  Kesan makanan yang dimakan  Bunyi bising di persekitaran  Mengambil bahan psikotropik bagi penyakit selsema, batuk, darah tinggi, lemah jantung, ubat penenang dan sebagainya 2. Cadangan untuk mengatasi masalah mengantuk  Tidur sejenak jika anda berada di rumah  Basuh muka ataupun mandi  Senaman ringan  Banyakkan minum air Lampiran : Bahan Edaran Contoh Senaman Muka  Pejamkan mata seberapa kuat  Buka mata seluas – luas dan pandang ke atas sejauh mungkin.  Ubah pandangan ke bawah dan pandang sejauh mungkin  Selepas senaman mata, biarkan mata berehat Contoh Senaman Anggota Badan  Genggam kuat – kuat jari kira – kira 30 saat dan lepaskan perlahan – lahan.  Tolak bahu anda ke hadapan sejauh yang mungkin  Gerakkan dan pusing pergelangan kaki. Akronim SINGA S = Senaman I = Ilmu N = Niat G = Gigih A = Amalan Rujukan : Buku Study Smart
  • 13. 2.6 Strategi Belajar Objektif : i. Meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai sumber untuk mencapai kecemerlangan. Pengisian : 1. Mengamalkan doa belajar dan penerang hati 2. Gunakan bahan media cetak dan elektronik 3. Penggunaan pusat sumber secara maksimum 4. Rajin bertanya guru Lampiran : Akronim KANCIL K - Kemahiran belajar A – Amanah N - Niat C - Cekap I - Iltizam L - Latihan
  • 14. 2.7 Mendengar Muzik Ketika Belajar Objektif : i. Menjadikan proses pembelajaran lebih Menyeronokan ii Meningkatkan kemahiran belajar yang berkesan Pengisian : 1. Konsep belajar sambil mendengar muzik bergantung kepada tahap penerimaan pelajar ketika mengulangkaji. 1. Pelajar harus menggunakan strategi belajar yang berkesan. 2. Kemahiran ini adalah satu lagi tambahan strategi bagi pelajar tertentu yang mempunyai gaya belajar audiotori. (Kemahiran mendengar). 3. Ada pelajar yang suka mendengar muzik ketika sedang mengulangkaji tanpa mengganggu apa yang dipelajari sebaliknya ada pula pelajar yang rasa tidak selesa mendengar muzik semasa belajar. 4. Terdapat beberapa panduan yang boleh menjadi amalan agar tidak menjejaskan tumpuan semasa belajar sambil mendengar muzik. a) Kekuatan bunyi Pastikan kekuatan bunyi berada pada tahap yang minimum. Sebagai contoh jika lagu itu mempunyai lirik, sudah pasti ia tidak mudah didengar dengan jelas. Lirik yang jelas akan mengganggu penumpuan kerja. Adalah lebih baik jika mendengar lagu-lagu instrumental (tanpa nyanyian) yang mempunyai irama perlahan tetapi ceria. b) Lokasi Perkakasan perlu berada di lokasi yang agak jauh dari meja tulis. Jangan gunakan alat dengar di telinga untuk mendengar muzik dari pemain MP3 ataupun telefon bimbit. Perkara ini perlu dielakkan kerana pendengaran yang terlalu kuat akan mengganggu minda anda untuk berfikir dan boleh menjejaskan kesihatan diri. c) Jenis Tugasan Muzik sesuai didendangkan ketika melaksanakan tugasan yang tidak melibatkan daya berfikir aras tinggi. Sebagai contoh, elakkan daripada mendengar muzik ketika anda sedang menghafal atau sedang berfikir untuk menyelesaikan masalah pelajaran Matematik. Adalah lebih sesuai jika muzik itu didengar ketika anda sedang membuat bacaan yang ringan, mencatat nota, melakar peta minda atau mana-mana tugasan yang tidak melibatkan penggunaan daya berfikir yang banyak.
  • 15. 2.8 Strategi Menghadapi Peperiksaan Objektif : i. Mempertingkatkan keyakinan pelajar dalam menuju kejayaan ii. Memaksimumkan pencapaian akademik pelajar Pengisian 1. Persediaan sebelum peperiksaan  Buat persediaan awal sebelum peperiksaan  Dapatkan rehat (tidur ) secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan  Datang awal ke pusat peperiksaan  Pastikan keperluan peperiksaan di bawa sebelum masuk ke dewan peperiksaan : Slip peperiksaan, dokumen pengenalan diri dan alat tulis 2. Persediaan semasa di dalam dewan peperiksaan  Duduk dengan tenang dan selesa  Baca doa  Dengar arahan pengawas dengan teliti  Pastikan anda menerima kertas jawapan yang mencukupi  Pastikan menerima kertas soalan yang betul  Baca semua arahan di kertas soalan sebelum menjawab  Buat perancangan sebelum menjawab terutamanya soalan essi 3. Persediaan sebelum meninggalkan dewan peperiksaan  Teliti butir-butir diri , mata pelajaran dan nombor soalan yang ditulis dengan betul  Pastikan semua helaian jawapan disusun dengan baik dan di hantar kepada pengawas peperiksaan  Jangan tinggalkan sebarang dokumen pengenalan diri atau alat tulis di dewan peperiksaan  Dicadangkan agar tidak membincangkan soalan atau jawapan yang telah selesai kerana tindakan itu dapat mengurangkan keyakinan diri untuk menghadapi kertas-kertas lain akan datang 4. Teknik menjawab soalan objektif  Fahamkan keperluan kertas soalan peperiksaan – arahan, masa dan markah yang diberi  Pastikan anda mengisi jawapan pada ruangan yang betul – satu salah, semua salah, semak nombor soalan dengan nombor jawapan  Peruntukan masa bagi membaca semua arahan – menulis butir-butir diri, menjawab semua soalan dan menyemak serta menghitamkan jawapan.  Mulakan dari soalan pertama - jawab soalan yang mudah dahulu , tinggalkan sementara soalan yang susah dan berhati-hati dengan soalan mudah memerangkap anda .  Kertas jawapan jelas dan bersih.  Soalan-soalan sukar gunakan akal budi – singkirkan jawapan yang tidak munasabah, tolak jawapan yang terlalu biasa dan yang tinggal mungkin jawapan yang betul.
  • 16.  Semua kertas jawapan – pastikan semua kertas jawapan bertanda dengan betul. 5. Kesilapan semasa menjawab soalan peperiksaan  Tidak memperuntukkan masa membaca arahan di kertas soalan.  Terlalu ghairah untuk menjawab soalan.  Sering kali pelajar menjawab apa yang diketahui bukan apa yang dikehendaki oleh soalan.  Tidak merancang masa dengan baik.  Sering menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan tidak mengikut laras bahasa mata pelajaran.  Menyalin semula soalan bila kekeringan idea - membuang masa.  Tidur sewaktu di dalam dewan peperiksaan. Lampiran : Akronim SIHAT S - Solat I - Iltizam H - Harapan A - Amalan T - Teknik
  • 17. 2.9.Analisis Peperiksaan Objektif : 1. Pelajar mendapat maklumat terkini berkaitan keputusan peperiksaan. 2. Mendapat maklumat tentang matlamat dan sasaran pencapaian sekolah tahun semasa sebagai penanda aras semua warga sekolah. Pengisian : Memberi penerangan mengenai : 1. Keputusan Peperiksaan a. Memberi penerangan bilangan peratus kelulusan, Gred Purata Sekolah (GPS), kedudukan sekolah di peringkat daerah dan gred keputusan bagi setiap mata pelajaran yang diambil oleh calon peperiksaan secara keseluruhan kepada semua pelajar (kumpulan sasaran). b. Mengumumkan pelajar-pelajar terbaik yang menerima keputusan cemerlang dengan menyatakan gred keputusan mata pelajaran pelajar terlibat. 2. Sasaran Tahunan a. Menjelaskan matlamat dan sasaran tahun semasa sekolah kepada pelajar. b. Memberi penerangan tentang sasaran Take Of Value (TOV), Expected Target Result (ETR) dan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi setiap mata pelajaran yang diambil oleh pelajar. c. Menyampaikan hasrat dan harapan pihak sekolah tentang kepentingan pelajar menetapkan sasaran mengikut matlamat dan sasaran sekolah supaya pelajar seiring dengan pihak sekolah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. 3. Suntikan Motivasi Diri Pelajar a. Menyuntik semangat pelajar ke arah kecemerlangan kendiri dengan menjadikan matlamat dan sasaran sebagai sumber motivasi diri. b. Memberi penerangan tentang teknik menyusun jadual peribadi, mencatat nota kecil, kemahiran belajar efektif, persediaan sebelum menduduki peperiksaan dan persediaan dalam bentuk rohani, jasmani dan fizikal. c. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan jika mereka menggunakan potensi mereka secara optima. d. Oleh kerana peperiksaan mementingkan ketepatan maka pelajar mesti membuat persediaan dengan penuh kepastian bukan sekadar asal belajar sahaja. e. Sikap dan pemikiran yang positif, cita-cita atau matlamat yang tinggi, motivasi diri yang sentiasa menggunung, teknik belajar dan ulangkaji yang sistematik, pengurusan masa yang berkesan dan latihan yang berterusan adalah prasarana yang membolehkan anda menjadi pelajar yang cemerlang. Tidak
  • 18. ada jalan pintas untuk kejayaan (there is no short cut to success). Rujukan : http://www.geocities.com/uthan.geo/belajar.htm
  • 19. BAB 3 : KERJAYA 3.1. Pengumpulan Maklumat Kerjaya Masa Depan Objektif : Pelajar-pelajar mendapat gambaran dan pengetahuan tentang peluang pasaran kerjaya masa depan. Pengisian : 1. Sains/ kejuruteraan Perubatan, Farmasi, Pergigian, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Tekstil, Kejuruteraan Perabut, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Aeroangkasa, Kejuruteraan Kimia Industri, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Telekomunikasi, Senibina, Landskap, Bioteknologi, Biodiversiti, Bioindustri, Sains Pemakanan, Pendidikan Sains dan Teknologi. 2. Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Pemasaran, Pengurusan Perbankan, Pengurusan Insuran, Pengurusan Pengangkutan, Pengurusan Maritim, Pengurusan Teknologi Maklumat, Pengurusan Alam sekitar, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Hartanah, Pengurusan Perakaunan, Pengurusan Perhotelan, Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Perundangan, Pengurusan Ekonomi, Kewartawanan, Pengiklanan, Pengurusan Pendidikan & Bahasa, Pengurusan Sains Sukan. Maklumat tambahan : 1. Bidang kerjaya era kini lebih berfokus kepada bidang kemahiran teknologi maklumat dan perkomputeran. Ia meliputi pengendalian hardware dan software komputer. Dua komponen ini adalah saling berkaitan dan memerlukan kepakaran seseorang. Kerjaya ini lebih berfokus kepada pengisian maklumat di dalam sistem komputer dan keduanya berfokus kepada penambahbaikkan komponen komputer 2. Bidang perkomputeran ini digabungkan pula dengan bidang telekomunikasi seperti internet. Pelajar dan kakitangan didedahkan kepada pengurusan pembelajaran tanpa kertas. Ia berorientasikan terus melalui talian internet, bermula dari pendaftaran, semakan dan keputusan sesuatu bidang kerjaya.
  • 20. 3.2. Hala Tuju Selepas Stpm/Stam/Sijil/Diploma/Matrikulasi Objektif : Memahami hala tuju dan peluang pendidikan serta kerjaya selepas STPM/ STAM/ Sijil/ Diploma/ Matrikulasi Pengisian : 1. KELAYAKAN KE IPTA / IPTS DI MALAYSIA 1.1 Dasar pengambilan pelajar bagi mengikuti program diploma atau asasi dan ijazah adalah secara meritokrasi iaitu dengan mengambil kira 90 peratus markah bagi akademik dan 10 peratus lagi bagi kokurikulum. 1.2 Bagi program diploma dan asasi, pemohon mestilah memenuhi beberapa syarat antaranya warga negara dan memiliki kelayakan dengan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu. Calon juga perlu mengisi lapan pilihan program pengajian mengikut keutamaan dalam permohonan. Ini bertujuan memberi lebih peluang kepada calon memilih program pengajian. 1.3 Kaedah penyediaan merit bagi lepasan STPM atau setaraf pula adalah berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang digunakan untuk menyeragamkan kelayakannya dengan matrikulasi. Mengikut sistem berkenaan, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata nilai gred empat mata pelajaran terbaik, termasuk Pengajian Am. 2. IPTA YANG MENAWARKAN PROGRAM PENGAJIAN 2.1 Universiti Malaya (UM 2.2 Universiti Putra Malaysia (UPM) 2.3 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2.4 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2.5 Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2.5 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2.6 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2.7 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2.8 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2.9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • 21. 2.10 Universiti Malaysia Pahang (UMP) 2.11 Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) 2.12 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 3. BIDANG PENGAJIAN 3.1 Sains Perubatan, Farmasi, Pergigian, Senibina, Landskap, Bioteknologi, Biodiversiti, Bioindustri, Sains Pemakanan, Pendidikan Sains dan Teknologi 3.2 Kejuruteraan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan. Mekatronik, Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Tekstil, Kejuruteraan Perabut, Kejuruteraan. Automotif, Kejuruteraan Aeroangkasa, Kejuruteraan KimiaIndustri, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan telekomunikasi 3.3 Kemanusiaan Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Pemasaran, Pengurusan Perbankan, Pengurusan Insuran, Pengurusan Pengangkutan , Pengurusan Maritim, Pengurusan Teknologi Maklumat,Pengurusan Alam sekitar, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Hartanah, Pengurusan Perakaunan, Pengurusan Perhotelan, Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Perundangan,Pengurusan Ekonomi, Kewartawanan, Pengiklanan, Pengajian Pendidikan & Bahasa, Pengurusan Sains Sukan.
  • 22. 3.3. Hala Tuju Selepas Spm Objektif : Memahami hala tuju dan peluang pendidikan selepas SPM Pengisian : 1. Peluang pendidikan selepas SPM a. Keputusan cemerlang (semua A) – sambung pelajaran di universiti luar negara atau dalam negara. b. Keputusan baik (ada beberapa A) – sambung pelajaran di Tingkatan 6 / masuk institut perguruan. c. Keputusan sederhana (tiada A tetapi kebanyakan subjek B atau C) – sambung pelajaran di politeknik. d. Keputusan lemah (kebanyakan subjek gagal) – sambung pelajaran di kolej-kolej kemahiran swasta atau terus bekerja. 2. Peluang pendidikan selepas STPM a. Aliran Sains untuk pelajar daripada Sains tulen. b. Aliran Kemanusiaan untuk pelajar daripada aliran sastera (sains sosial dan sastera ikhtisas) 3. Peluang pendidikan di IPTA/ IPTS Akademik semakin cemerlang, peluang untuk sambung belajar di IPTA/IPTS semakin cerah terutama dalam pemilihan bidang yang kita minat dan layak.
  • 23. 3.4. Hala Tuju Selepas PMR Objektif : Pelajar-pelajar dapat mengetahui hala tuju selepas tingkatan 3 Pengisian : 1. Pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan cemerlang (Semua A) dalam PMR boleh meneruskan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara atau Sekolah Menengah Sains /Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan sederhana PMR juga boleh memohon ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama /Sekolah Menengah Teknik /Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. 3. Pelajar boleh kekal di sekolah asal untuk meneruskan di tingkatan 4 aliran Sains Tulen/ Aliran Sastera Ikhtisas. 4. MLVK Tahap 1 sekolah teknik terpilih (Aliran Vokasional dan Kemahiran). Pelajar yang lemah dalam bidang akademik akan diberi latihan kemahiran selama 2 tahun di sekolah. 5. Maktab Tentera Diraja Sungai Besi (Aliran Sains dan Teknik)
  • 24. BAB 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL 4.1 Kemahiran Membuat Keputusan Objektif : Murid dapat membuat keputusan dengan bijak. Pengisian : 1. Menghuraikan definisi membuat keputusan. Proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan alternatif setelah dipertimbangkan dengan teliti. 2. Menjelaskan tujuan mengetahui teknik membuat keputusan. a.Menyedari bahawa terdapat pelbagai cara untuk membuat keputusan. b.Membuat pilihan yang terbaik. c.Mengelakkan diri daripada membuat keputusan yang salah. 3. Strategi membuat keputusan. a. Mencadangkan. - Menentukan rakan yang hendak dipilih. b. Menganalisis. - Menentukan personaliti dan tingkahlaku rakan yang dipilih. c. Menilai setiap pilihan. - Menilai kebaikan dan keburukan setiap pilihan. d. Meramal kesan dan akibat daripada setiap pilihan. - Tingkah laku baru yang positif/baik. e. Membuat pilihan yang terbaik.
  • 25. 4.2 Harga Diri Objektif : Murid dapat mengenal diri sendiri dan menjadi individu yang bermaruah. Pengisian : Menerangkan definisi Harga Diri Memberikan penghargaan terhadap diri sendiri. Fokus Utama Dalam Pembentukan Harga Diri. 1. Menyedari dan menerima kelemahan dan kekuatan diri. 2. Menyayangi diri sendiri. 3. Belajar dari pengalaman lepas 4. Membina imej diri yang positif. 5. Menetapkan matlamat yang hendak dicapai dengan jelas. 6. Menghindari perbuatan yang negatif. 7. Berdisiplin dan gigih berusaha. 8. Kemelesetan ekonomi
  • 26. 4.3 Perkembangan Remaja Objektif : Meningkatkan kefahaman murid tentang perkembangan dan cabaran remaja. Pengisian : Memberi penerangan berkaitan dengan peringkat perkembangan remaja. 1. Perkembangan Fizikal a. Perubahan fizikal yang paling ketara dalam proses menuju baligh seperti ketinggian. b. Remaja perempuan lebih tinggi dari remaja lelaki pada usia yang sama. c. Perubahan biologi turut berlaku kepada bentuk tubuh dan kematangan seksual. 2. Remaja Lelaki ( Perubahan Yang Berlaku ) a. Semakin tampan : Ditumbuhi misai dan janggut tipis. b. Suara: Kasar dan garau. c. Kulit : Berjerawat, kasar dan berminyak. d. Dada : Mengembang. e. Otot terbina. f. Ditumbuhi bulu pubik dan bulu ketiak. g. Kematangan organ seks. 3. Remaja Perempuan ( Perubahan Yang Berlaku ) a. ‘Beauty Conscious’ – Mengambil berat tentang kecantikkan diri. b. Kulit halus dan kadang-kadang berjerawat. c. Pertumbuhan payudara – malu dan membongkokkan diri. d. Ditumbuhi bulu Pubik dan bulu ketiak. e. Pecutan pertambahan ketinggian (13-14 tahun). f. Kematangan alat kelamin : rahim, kemaluan. g. Kedatangan haid.
  • 27. 4.4 Kisah dan Teladan Objektif : Murid mendapat pengajaran dan nilai positif yang tersurat. Pengisian : Menceritakan Kisah Katak Oh Katak Ada seekor katak masuk ke dalam sebuah bekas yang berisi air panas. Oleh kerana kepanasan air itu, menyebabkan katak itu tidak selesa dan terus melompat keluar. Datang seekor katak lagi masuk ke dalam sebuah bekas yang berisi air yang sejuk. Oleh kerana kesejukan air itu menyebabkan katak itu merasa sangat selesa. Tiba-tiba air itu dipanaskan. Katak itu tetap berada di dalam bekas itu. Apakah yang berlaku kepada katak itu dan mengapa ia tidak mahu keluar?. Pengajaran : Keselesaan menjadikan seseorang itu lupa sama ada perkara tersebut baik atau pun tidak. Contoh : Penagih dadah/perokok yang mengalami ketagihan dan tidak mahu menghentikan perbuatan itu walaupun tahu akibatnya.
  • 28. 4.5 Gaya Hidup Sihat Objektif : Murid dapat mengetahui pemakanan seimbang. Pengisian : Menerangkan tentang gaya pemakanan seimbang. 1. Definisi Pemakanan Seimbang. Jenis dan jumlah makanan yang ditetapkan untuk seseorang bagi mengawal berat badan dari segi pengambilan, penyediaan dan pengawalan makanan. 2. Tabiat Pemakanan Orang Yang Cemerlang. a. Makan 70 % makanan mentah (Ulam, buah-buahan dan sayuran) dan 30% makanan yang telah dimasak. b. Banyakkan pengambilan makanan seperti sayuran, bijirin, buah-buahan dan kekacang. c. Ambil secara sederhana makanan seperti daging dan ayam. d. Elakkan daripada makan organ dalaman haiwan. e. Kurangkan makanan yang diawet, makanan ringan, lemak, gula dan garam. 3. Tips Makanan Minda. a. Minum air putih 8 gelas sehari. b. Susu segar atau susu kacang soya. c. Madu lebah. d. Kismis e. Kekacang seperti pistacio, badam dan sebagainya.
  • 29. 4.6 Ponteng Sekolah/ Melepak Objektif : Murid mendapat kesedaran mengenai risiko ponteng/ melepak. Pengisian : Menerangkan tentang ponteng/ melepak. 1. Menjelaskan definisi ponteng/melepak.  Ponteng Sekolah : Tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah.  Ponteng kelas : Kegagalan menghadiri kelas di sekolah tanpa alasan yang munasabah.  Melepak : Perbuatan membuang masa tanpa melakukan perkara yang berfaedah seperti berbual kosong dan melakukan perkara yang boleh merosakkan diri dan masa depan. 2. Punca-punca ponteng/melepak  Sikap pelajar yang malas dan tidak bermotivasi.  Tiada kesedaran tentang masa depan.  Tekanan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.  Tekanan kerana sering dimarahi oleh guru.  Pengaruh rakan sebaya.  Pengaruh persekitaran (bandar, kampung, pusat membeli-belah, kafe siber dan pusat karaoke).  Alasan tidak berminat dengan guru mata pelajaran dan mata pelajaran. 3. Kesan ponteng/melepak  Gagal dalam pelajaran kerana tidak menyiapkan kerja sekolah  Punca kepada salah laku seperti merokok, bergaduh, buli, menipu ibu bapa, merempit dan meragut.  Punca kepada berlakunya gejala sosial dan jenayah juvana. Lampiran : Gambar dan poster yang berkaitan.
  • 30. 4.7 Menghadapi Isu Semasa Objektif : Murid mendapat pendedahan tentang maklumat-maklumat semasa yang berlaku dipersekitarannya. Pengisian : Menerangkan tentang isu semasa. 1. Perkara yang berlaku di dalam dan luar sekolah  Di sekolah : Pergaduhan, lawatan luar, kecurian dan penggunaan telefon bimbit.  Di luar sekolah: Berita utama di televisyen, radio, suratkhabar dan internet. 2. Penyakit Influenza A H1N1 i. Bahaya Influenza A H1N1 - Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratori yang ditemui di Mexico dan merebak dengan cepat ke seluruh dunia. Penyakit ini dinamakan Selesema Babi kerana virus ini menyerupai virus selesema yang ditemui dalam kawanan khinzir. Saintis menamakan virus tersebut sebagai Influenza A H1N1. Pada masa kini, virus ini dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain dan telah meragut banyak nyawa. ii. Cara mengelakkan jangkitan H1N1  Jika anda diserang demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah.  Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.  Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin.  Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.  Tutup mulut anda dengan tangan semasa bersin dan batuk jika tiada tisu.  Basuh tangan setiap kali batuk dan bersin.  Mengagihkan topeng pernafasan serta mengadakan demonstrasi cara penggunaannya.  Pengambilan suhu badan.
  • 31. 4.8 Bulan Kemerdekaan Objektif : Memupuk semangat patriotisma dalam kalangan murid. Pengisian : Menceritakan tentang sejarah negara 1. Sebelum merdeka  Pengorbanan pejuang-pejuang silam yang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah seperti Maharajalela, Dol Said, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Abdul Rahman Limbong. 2. Semasa merdeka  Pada 31 Ogos 1957, watikah kemerdekaan sebagai sebuah negara bebas dari penjajahan diterima daripada kerajaan British.  Kronologi kemerdekaan : Penubuhan parti politik seperti UMNO, MIC, MCA dan Parti Perikatan. Penghapusan Malayan Union . Rombongan rundingan dengan pihak British diketuai oleh Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj. Pengisytiharan kemerdekaan di Dataran Merdeka, Melaka. Sambutan Kemerdekaan berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. 3. Selepas Merdeka  Tanggungjawab sebagai warganegara yang mewarisi kemerdekaan : Memelihara keharmonian antara kaum Menjaga keselamatan negara Mempertahankan kemerdekaaan Menghayati bulan kemerdekaan dengan menyambutnya. Mempertingkatkan ilmu dan pencapaian negara. Memperkukuhkan ekonomi dan pertahanan negara.
  • 32. 4.9 Musim Perayaan Objektif : Memberi peringatan kepada murid persediaan semasa musim perayaan. Pengisian : Menerangkan tentang persediaan semasa musim perayaan. 1. Tanggungjawab semasa musim perayaan  Menjaga keselamatan dan harta benda serta diri sendiri.  Memupuk sifat bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat seperti saling bantu- membantu, bertimbang rasa, bertoleransi, hormat-menghormati dan semangat kekitaan.  Saling mengunjungi rakan-rakan dan jiran yang menyambut perayaan.  Menjaga adab sopan ketika berkunjung. 2. Langkah-langkah yang perlu diambil semasa musim perayaan :  Berjimat-cermat dan tidak membazir semasa berbelanja.  Berhati-hati semasa menyambut musim perayaan contohnya tidak bermain mercun dan mengutamakan keselamatan jalan raya.  Melaporkan setiap kejadian yang tidak diingini kepada ibu bapa, saudara mara dan pasukan keselamatan.
  • 33. 4.10 Kemelesetan Ekonomi Objektif : Murid mendapat maklumat terkini mengenai masalah ekonomi negara dan kepentingan membuat persediaan untuk menghadapi keadaan tersebut. Pengisian : Menerangkan tentang isu kemelesetan ekonomi. 1. Istilah ekonomi dan kemelesetan ekonomi  Kekuatan sumber (kewangan dan harta benda).  Naik turun kekuatan sumber seseorang atau sesebuah negara. 2. Sebab-sebab berlakunya kemelesetan ekonomi  Sabotaj ekonomi, penyelewengan, kekurangan sumber asli negara atau individu, kekurangan perancangan dan ilmu, lemahnya sumber ekonomi, tidak berdaya saing, tidak mempunyai tabungan/simpanan  “Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”. 3. Kesan kemelesetan dan kegawatan ekonomi  Inflasi: harga barang naik secara berterusan  Deflasi: masalah pengangguran  Masalah sosial berlaku: kecurian, rompakan dan penipuan. 4. Langkah-langkah mengatasinya.  Aspek pelajar: kekuatan ilmu dan kepentingan belajar.  Sikap menabung dan menyimpan.  Sikap berjimat-cermat.
  • 34. 4.11 Rogol/ Pencabulan/ Bersekedudukan Objektif : 1. Murid dapat memahami istilah rogol dari sudut undang-undang Jenayah. 2. Murid dapat mengetahui kesan daripada perlakuan rogol. Pengisian : 1. Istilah rogol? i. Perlakuan seks sama ada secara rela atau paksa sebelum pernikahan.  Rela atau paksa bagi gadis di bawah umur 18 tahun  Bersekedudukan : perlakuan seks secara sukarela/ zina. ii. Pencabulan  Gangguan seksual secara paksa seperti memegang dan meraba. 2. Sebab-sebab berlakunya kes rogol  Gagal mengawal nafsu.  Terdapat peluang bagi perlakuan tersebut seperti jalan berseorangan, keluar malam dan berpakaian mencolok mata.  Kurangnya didikan agama, budaya dan kemantapan iman serta jati diri.  Pergaulan bebas dan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali. 3. Kesan dan akibat pelakuan rogol  Hilang kehormatan diri, mengandung, pengguguran janin, kelahiran bayi luar nikah/pembuangan, kemurungan dan penyesalan serta gelap masa depan. 4. Perundangan  Kanun acara jenayah rogol dan cabul (laporan polis)  Enakmen Agama : zina /bersekedudukan  Hukuman dan dendaan, penjara dan sebatan
  • 35. 4.12 Gangguan Seksual Objektif : Murid dapat mengetahui maksud gangguan seksual dan cara-cara mengelak daripada berlakunya gangguan seksual. Pengisian: 1. Definisi gangguan seksual Ganggguan seksual dari segi pertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual sama ada berlaku di tempat kerja atau di mana-mana. Pelakuan-pelakuan ini termasuklah sentuhan badan yang tidak diingini, paksaan mengadakan dating dan pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks atau menampal gambar-gambar lucah 2. Jenis-jenis gangguan seksual (i) Gangguan Secara Lisan Gangguan secara lisan ini dinyatakan dalam perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual antaranya ialah melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi- bunyian dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman seksual. (ii) Gangguan Secara Isyarat Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan sebagai perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan seperti menjilat bibir, memegang atau makan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku menggoda yang berterusan. (iii) Gangguan Secara Visual Gangguan yang dikategorikan sebagai gangguan visual pula menyatakan perlakuan seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit.
  • 36. (iv) Gangguan Secara Psikologi Gangguan secara psikologi pula adalah berbentuk perlakuan seperti mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu. (v) Gangguan Secara Fizikal Gangguan secara fizikal merupakan bentuk perlakuan seperti sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan melakukan serangan seksual serta meraba. 3. Prosedur gangguan seksual / tindakan Apabila seseorang mempercayai dirinya telah mengalami gangguan seksual, beliau boleh mengambil mana-mana tindakan berikut: 1. Tidak Mengambil Apa-Apa Tindakan Tindakan ini boleh diambil sekiranya gangguan seksual tersebut telah dihentikan dan pengadu tidak mahu memanjangkan perkara tersebut. Keputusan yang dibuat secara sukarela oleh pengadu adalah sah dan hendaklah dihormati. 2. Mendapatkan Maklumat Atau Bantuan Untuk Menyelesaikan Kes Secara Tidak Rasmi Pengadu yang tidak pasti sama ada gangguan seksual telah terjadi ke atasnya atau jika Pengadu mempercayai dirinya telah mengalami gangguan seksual tetapi tidak pasti apakah tindakan yang boleh diambil, pengadu boleh: (i) menghubungi Kaunselor, Pegawai Kaunseling, pegawai atasan atau agensi- agensi yang mengendalikan isu gangguan seksual untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat; setelah mendapat maklumat yang lengkap, Pengadu boleh menyelesaikan kes gangguan seksual dengan cara bersemuka dengan Pegawai Yang disyaki Mengganggu (PYDM) dan menyatakan dengan tegas, jelas dan berterus terang kepada PYDM bahawa pelakuan tersebut telah menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut dan ia perlu dihentikan segera;
  • 37. (iii) Pengadu boleh meminta bantuan Kaunselor atau Pegawai Kaunseling agar hadir bersamanya ketika Pengadu bersemuka dengan PYDM; dan Pengadu juga dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut: (A) mengenal pasti PYDM sama ada PYDM adalah rakan sekerja atau pegawai atasan; (B) menyimpan apa-apa nota, e-mel, foto, sms, mms dan lain-lain dokumen atau benda yang diterima daripada PYDM sebagai bahan bukti. Perlu diingatkan bahawa dokumen atau benda yang diterima tersebut tidak boleh diubahsuai untuk menjaga rantaian keterangan bahan bukti tersebut; (C) membuat catatan atau merekodkan kejadian tersebut (sekiranya Pegawai Awam yang mengganggu adalah pegawai atasan atau Ketua Jabatan dan Pegawai berasa takut untuk berterus terang) agar dapat dijadikan sebagai bahan bukti apabila diperlukan; (D) memaklumkan kejadian gangguan seksual tersebut kepada pihak ketiga. Walau bagaimanapun jumlah orang yang dimaklumkan mengenai kejadian haruslah dihadkan kepada jumlah yang paling minimum untuk menjaga kerahsiaan dan maruah kedua-dua pihak; dan (E) mengenal pasti Pegawai lain yang melihat kejadian yang berlaku agar Pegawai berkenaan boleh diminta untuk memberi keterangan apabila diperlukan. Rujukan : http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=4116 http://gurubashid.com/blog/undang-undang/gangguan-seksual
  • 38. 4.13 Gengsterisme Objektif : Murid dapat maklumat ringkas mengenai gengsterisme. 1. Definisi gengsterisme Geng merupakan satu organisasi yang terlibat dengan aktiviti haram dan terlibat dengan aksi keras, ganas dan kejam yang menggunakan kaki pukul atau dalam bahasa pasarnya samseng jalanan. 2. Ciri-ciri gengsterisme Gengsterisme mempunyai ciri -ciri yang sama tetapi juga terdapat geng tertentu yang berbeza antara satu sama lain dan boleh berubah mengikut keadaan semasa dan tempat. Ciri -ciri geng ialah ahli-ahli terdiri daripada etnik yang sama, ahli-ahli memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi, ikatan yang kukuh, semua ahli memahami matlamat serta tanggungjawab masing -masing, perintah disampaikan mengikut hirarki, identiti berdasarkan kepada kawasan dan sekolah serta pengambilan ahli baru yang berterusan terutama di sekolah. 3. Langkah-langkah pencegahan menangani gengsterisme (i) Ibu bapa harus mengawal gerak geri dan mendisiplinkan anak-anak. (iii) Ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak. (v) Ibu bapa harus menggunakan pendekatan yang sesuai dan memperuntukkan masa yang lebih kepada anak-anak mereka. (v) Pihak sekolah mesti diberi kuasa untuk mengambil tindakan dengan bantuan polis. (vi) Kerajaan perlu memikirkan satu sistem pendidikan yang dapat membentuk generasi yang berhemah tinggi. Rujukan : http://aminiskandar.wordpress.com http://eprints.utm.my
  • 39. 4.14 Vandalisme Objektif : Murid mendapat kesedaran tentang isu vandalisme yang menular dalam kalangan pelajar khususnya dan masyarakat amnya. Pengisian : Memberi penerangan kepada kumpulan sasaran berkaitan masalah vandalisme yang kerap berlaku dalam kalangan murid. 1. Definisi Vandalisme a. Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. b. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat. c. Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak. d. Tindakan merosakkan harta benda awam terutamanya harta benda di sekolah seperti kerusi, meja, almari, papan kenyataan dan lain- lain yang melibatkan harta yang diwartakan sebagai kegunaan awam. e. Vandalisme juga merujuk kepada tindakan luar kawalan samada sengaja atau tidak sengaja dengan merosakkan harta benda bukan kepunyaan atau hak milik. 2. Peranan Pelajar Dalam Menangani Masalah Vandalisme : a. Menyayangi dan menghargai kemudahan yang diberi oleh pihak bertanggungjawab. b. Kesedaran terhadap kemudahan yang diberi dapat memudahkan tugasan harian dan tanggungjawab kita.
  • 40. c. Menyampaikan kepada murid bahawa tahap disiplin mempunyai korelasi dengan pencapaian akademik sekolah seterusnya dengan mudah budaya menyayangi harta benda dapat dipupuk. d. Kesedaran tentang pentingnya mempunyai jiwa yang sihat dan fikiran yang matang sebelum menempuh alam dewasa. e. Sedar bahawa tindakan vandalisme boleh memberi kesan yang negatif kepada diri antaranya dihukum gantung sekolah dan tindakan undang- undang sekiranya ditangkap oleh pihak polis di luar kawasan sekolah. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme (1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan. 3. Kesan Perlakuan Vandalisme a. Vandalisme boleh menjejaskan imej masyarakat negara ini serta imej masyarakat dunia. b. Menjejaskan ekonomi negara sekiranya gejala ini tidak dibendung kerana peningkatan ekonomi bergantung kepada keharmonian dan kesempurnaan fasiliti serta infrasturktur dalam sesebuah negara. c. Boleh menyebabkan negara kerugian berjuta-juta Ringgit. Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Vandalisme http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp http://www.scribd.com/doc/2081250/Vandalisme
  • 41. 4.15 Penderaan / Penganiayaan Objektif : Murid mendapat maklumat berkaitan isu penderaan dan penganiayaan. Pengisian : Memberi penerangan kepada kumpulan sasaran berkaitan isu penderaan dan penganiayaan. 1. Definisi Penderaan / Penganiayaan a. Satu perbuatan zalim yang dilakukan terhadap golongan bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa dengan tujuan mencederakan. b. Ini termasuk penderaan terhadap bayi yang mampu menyebabkan sindrom menggoncang bayi. c. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan perbuatan kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi. d. Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih berdaya tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka. 2. Jenis Penderaan a. Penderaan Fizikal –kesan pada luaran dan organ dalaman mangsa dera. b. Penderaan Psikologi – kesan seperti trauma, terlalu berwaspada, sukar mempercayai orang lain dan yang paling serius ialah tekanan mental. c. Penderaan Emosi – kesan seperti tekanan perasaan, murung, sentiasa ketakutan dan lain-lain. d. Penderaan seksual – rogol, liwat dan lan-lain. 3. Tanda-Tanda Penderaan a. Kesan-kesan lebam dan luka pada badan yang banyak seperti dicucuh putung rokok, dicucuk benda tumpul atau tajam.
  • 42. b. Mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. c. Murid yang lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan. d. Konflik dalaman dari segi kasih sayang. e. Keliru. f. Merasa rendah diri. g. Keadaan murung dan kerap bersendirian. 4. Prosedur Membantu Kumpulan Sasaran Mangsa Dera a. Merujuk kepada kaunselor pelajar. - Berbincang dengan murid untuk mendapatkan maklumat kes. - Menyediakan laporan dan rekod aduan. b. Memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah. - Penyerahan laporan perjumpaan bersama mangsa. - Pengesahan kes oleh pihak pentadbir sekolah. c. Membuat aduan dan laporan kepada pihak polis. d. Proses tindakan selanjutnya dilakukan oleh pihak sekolah dan kaunselor selepas kes diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penderaan_fizikal_kanak-kanak
  • 43. 4.16 Asertif Diri Objektif : Murid dapat mengetahui maksud asertif diri dan kepentingannya dalam menjana kecemerlangan diri. Pengisian : Menerangkan tentang asertif diri. 1. Pengertian Asertif Diri 1.1 – Menurut A.J.Lange & P.Jakubowski ,Asertif diri bermaksud : ‘Bertegas Untuk Hak Peribadi Dan Menyatakan Pendapat, Perasaan Dan Kepercayaan Secara Telus, Jujur Dan Sesuai Tanpa Mengancam Hak Orang Lain ‘ 2. Empat kriteria utama sikap asertif yang perlu ada pada diri seseorang individu adalah seperti berikut ; 2.1 - Bertegas untuk hak peribadi. 2.2 - Menyatakan perasaan secara telus,jujur dan jelas 2.3 - Menghormati hak dan perasaan orang lain 2.4 - Menyatakan ‘tidak’ bila kita tidak mahu melakukan sesuatu yang kita tidak suka atau bila dipaksa atau disuruh oleh orang lain. 3. Faedah yang bakal diperoleh jika seseorang memiliki asertif diri dalam diri seseorang individu adalah seperti berikut: 3.1 - Pencapaian dan kebolehan diri akan dihargai dan diakui. 3.2 - Meningkatkan nilai diri sendiri 3.3 - Mengenalpasti tanggungjawab terhadap tingkah laku, perasaan dan fikiran kita. 3.4 – Tidak menyalahkan orang lain serta tidak selalu memberi alasan 3.5 - Sekiranya menyinggung perasaan seseorang, ia segera mengambil langkah untuk mengatasi masalah itu tanpa membuang masa dan tenaga yang lama untuk memikirkan hal tersebut.
  • 44. 4.17 Pengurusan Stress Objektif : Murid dapat mengetahui cara untuk mengurus stress dengan berkesan Pengisian : Menerangkan tentang pengurusan stress. 1. Definisi Stress. Stress ditakrifkan sebagai sesuatu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Perasaan bimbang yang berterusan terhadap kerjaya atau kehidupan peribadi yang menghalang kebolehan untuk memperolehi ketenangan. 2. Faktor-faktor berlaku stress 2.1 Dari Sudut Peribadi / Diri: Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist) & terlalu cerewet Bercita-cita tinggi Bersikap buruk sangka, mengumpat, bergaduh dan mengadu domba Pemarah dan terlalu tegas Pendiam dan sering memendam perasaan Kekecewaan dan kegagalan Kesunyian dan kehilangan 2.2 Keluarga: Karenah pasangan/ ibu bapa/ anak-anak Campur tangan orang ketiga Kurang berkomunikasi Masalah kewangan Prestasi akademik, Kurang persediaan belajar Harapan ibu bapa/ keluarga Masalah dengan rakan Sukar membuat keputusan Persekitaran Beban tugasan oleh guru 2.3 Tempat Kerja: Beban tugas yang berat
  • 45. Ketua yang cerewet Masalah orang bawahan /rakan sekerja Sukar membuat keputusan Pencapaian kumpulan sasaran merosot 2.4 Bahan Kimia dan pengambilan ubat-ubatan: Dadah/ rokok Alkohol 2.5. Masalah Kesihatan: Sakit belakang Darah tinggi Penyakit kulit Sakit kepala Sembelit 3. Cara mengurus stress o Kenal pasti masalah yang menyebabkan anda stress o Kenal pasti dan ambil langkah-langkah mengatasi masalah stress o Tidak putus asa dengan usaha yang dilakukan o Jangan menyalahkan orang lain – ini akan meningkatkan stress o Meluahkan perasaan kepada orang yang dipercayai o Memupuk disiplin diri – bersikap jujur pada diri sendiri dan mengakui kesilapan dan kelemahan diri. o Amalkan cara hidup sihat – jaga diet anda o Berpegang teguh dengan ajaran agama. Ia akan memberi ketenangan dan kedamaian dalam hidup anda. o Berkawan dengan orang-orang yang berfikiran positif o Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda o Mendengar muzik atau beriadah o Gunakan teknik aromaterapi – wangi-wangian o Jaga kesihatan mental dan fizikal anda o Lakukan senaman dan urutan pada leher dan bahu o Sentiasa memberikan senyuman.
  • 46. o Rasionalkan diri- Tidak ada seorang pun yang terkecuali daripada menghadapi masalah o Maafkan kesalahan orang yang menyebabkan anda tertekan o Banyakkan minum air mineral/suam o Melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan o Menangis untuk menstabilkan emosi, berdoa dan terus berusaha
  • 47. 4.18 Kemahiran Mengawal Diri / Emosi Objektif : Murid dapat mengetahui cara mengawal diri/ emosi dengan berkesan Pengisian : Menerangkan tentang cara mengawal diri/ emosi dengan berkesan. 1. Kenapa tidak boleh kawal diri 1.1 Masalah komunikasi 1.2 Perubahan mengejut dalam diri 1.3 Keinginan yang tidak tercapai 1.4 Peraturan dan nilai yang bertentangan 1.5 Bebanan kerja yang berlebihan 1.6 Masalah seharian yang tiada penyelesaian 1.7 Kurang sokongan sosial 2. Kaedah Mengawal diri 2.1 Selalu berfikiran positif dan logik 2.2 Sentiasa menenangkan fikiran -Luangkan 10 minit dalam sehari untuk melatih minda bertenang melalui meditasi atau berfikir 2.3 Selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun tidak menerima sebarang respon. 2.4 Selalu membaca kata-kata motivasi 2.5 Sentiasa memaafkan orang lain 2.6 Sentiasa berdoa 2.7 Elakkan daripada tekanan 2.8 Selalu bersenam 2.9 Rehat yang cukup 2.10. Tarik nafas dengan perlahan dalam kiraan sepuluh dan lepaskan 3. Kebaikan mengawal diri. 3.1 Dapat menguruskan segala masalah dengan baik 3.2 Memberi kekuatan pada diri 3.3 Mematangkan fikiran 3.4 Lebih bertanggungjawab dan memperbaiki kelemahan diri
  • 48. BAB 5 : PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH/ ROKOK/INHALAN/HIV/AIDS 5.1 Kesan Negatif Penyalahgunaan Dadah Objektif : Murid mendapat pendedahan mengenai kesan negatif penyalahgunaan dadah Pengisian : Menerangkan kesan-kesan negatif penyalahgunaan dadah kepada pelajar dalam empat aspek : i) Individu • Fizikal seseorang individu itu akan menjadi kurus, lemah, malas dan suka berkhayal. Ini dapat dilihat daripada murid yang sering ponteng sekolah dan terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat. • Daya tahan penyakit akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit seperti Hepatitis, tibi dan HIV. Ini kerana dadah berupaya untuk merosakkan sistem imunisasi dalam badan. Apabila sistem imunisasi menjadi lemah, murid mudah dijangkiti penyakit dan seterusnya akan membawa maut. • Seseorang individu juga tidak bertanggungjawab kepada pekerjaan dan persekolahan. Contohnya murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah akan sering ponteng dan tidak akan fokus kepada pelajarannya. Sekiranya murid ini terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah, pencapaian akademiknya turut merosot. ii) Keluarga • Sekiranya pelajar terlibat dengan dadah, sekaligus akan menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga. Ini kerana orang sekeliling akan memandang serong bukan sahaja terhadap pelajar tetapi juga ibu bapa serta ahli keluarganya. Mereka juga beranggapan ibu bapa pelajar tidak berupaya mendidik pelajar dengan baik. • Keluarga juga akan dibebankan dengan pelbagai masalah kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk memulihkan murid tersebut. • Keluarga juga akan menjadi porak peranda kerana keharmonian keluarga tidak lagi wujud. iii) Masyarakat • Murid yang terjerumus dalam kancah dadah ini sedikit sebanyak akan mengancam ketenteraman awam berikutan berlakunya jenayah seperti rompakan dan pembunuhan semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah tersebut. • Remaja sebagai tonggak negara tidak seharusnya terlibat dalam penyalahgunaan dadah kerana ini akan menjejaskan pembangunan dan kemajuan masyarakat. • Perpaduan masyarakat juga tidak akan terjalin kerana persengketaan akan berlaku akibat penglibatan masyarakat dengan dadah. iv) Negara • Negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah. Kerajaan terpaksa memperuntukkan wang yang banyak untuk pusat-pusat serenti menjalankan program rawatan pemulihan penagih dadah, • Pembangunan ekonomi negara juga akan terbantut kerana peruntukan pembangunan negara terpaksa diagihkan untuk program rawatan penagih dadah yang semakin hari semakin bertambah.
  • 49. 5.2 Masyarakat Madani Tanpa Dadah Objektif : Murid mendapat pendedahan mengenai konsep masyarakat madani tanpa dadah. Pengisian : 1. Guru mendefinisikan konsep masyarakat madani tanpa dadah. Madani didefinisikan sebagai tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Berdasarkan tema pula, madani bermaksud bertamadun – iaitu negara yang maju dan berkembang dengan sihat 2. Guru menerangkan kebaikan sekiranya tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah. i) Individu • Individu dapat mengamalkan cara hidup yang sihat - sentiasa menjalankan aktiviti- aktiviti yang berfaedah • Mereka juga mempunyai minda yang cergas • Murid menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pelajarannya – masa depan mereka juga terjamin • Individu menjadi lebih sihat, bersemangat, berdaya usaha dan kelihatan lebih ceria – Ini kerana penagih dadah biasanya kurus, lemah tenaga, malas, sakit perut yang ketara dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Daya Tahan badan mereka juga menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit. • Oleh itu, individu yang tidak mengambil dadah akan bebas daripada penyakit yang disebabkan pengambilan dadah. ii) Keluarga • Maruah dan nama baik keluarga dalam kalangan masyarakat tidak tercemar. (Biasanya keluarga penagih dadah akan dipandang serong oleh jiran tetangga) • Anak-anak yang bebas dari dadah menjadi harapan kepada keluarga. • Membentuk rumah tangga yang bahagia • Perpisahan dan penceraian dapat dielakkan. iii) Masyarakat • Mengurangkan gejala sosial seperti meragut, mencuri, pecah rumah, menculik dan sebagainya. • Suasana hidup masyarakat tenteram. • Keamanan , ketertiban peraturan dan undang-undang dapat dijaga • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat dapat diwujudkan. iv) Negara • Kos pemulihan penagih dadah yang ditanggung oleh negara dapat digunakan untuk pembangunan negara yang lebih bermanfaat (Setiap tahun, negara kita telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk memulihkan penagih. Jika penagih dapat dihapuskan, maka wang tersebut dapat digunakan untuk kegunaan lain yang lebih bermanfaat seperti pendidikan) • Tenaga belia dapat digunakan dalam pembangunan dan pemodenan negara (Belia yang sihat dapat menyumbang tenaga mereka kepada negara dengan berkesan) • Rakyat yang sihat dapat menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara • Nama negara juga baik di mata dunia.
  • 50. 5.3 Dadah Dari Sudut Agama Objektif : Murid menyedari bahawa dadah adalah bahan larangan bagi semua agama. Pengisian : Menerangkan larangan penyalahgunaan dadah daripada sudut agama: i) Agama Islam • Dalam ayat Al Quran yang bermaksud ”....Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan...“ Surah Al-Baqarah ayat 195 Ayat ini menerangkan tentang benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya akan memberi keburukan serta membawa kebinasaan terhadap individu dan masyarakat amatlah dilarang. Ini bermakna dadah sebagai benda yang menghilangkan akal fikiran adalah larangan keras dalam agama Islam. • Manakala dalam ayat Al Quran yang bermaksud “…peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…” Al-Tahrim ayat 6 Ayat ini jelas menyatakan bahawa semua kegiatan atau perkara yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti: a. Menanam sebarang tumbuhan untuk menghasilkan dadah. b. Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah. c. Menjual beli dadah d. Menggunakan dadah e. Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan. ii) Agama Buddha • Menurut Parabhava Sutta, Buddha pernah berkata “Sesiapa yang ketagih arak, dadah dan perjudian dan membazirkan segala pendapatannya akan menyebabkan kebinasaannya“. • Daripada kata-kata Buddha di atas jelas menunjukkan pendirian agama Buddha terhadap dadah iaitu ketagihan dadah boleh menghabiskan kekayaan dan membawa kebinasaan. • Ini bermakna kita mesti menjauhkan diri daripada kejahatan yang berkaitan dengan dadah dan sesuatu yang memabukkan serta berusaha ke arah kebaikan. Ini adalah satu restu yang paling tinggi. iii) Agama Hindu • Dharma Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, merbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira adharmic yang mana pembalasannya adalah penderitaan. Oleh itu, penyalahgunaan dadah juga dianggap adharmic. • Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dinodai oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah. • Oleh itu, daripada hujahan dan pandangan yang disebutkan tadi, jelaslah bahawa penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.
  • 51. iv) Agama Kristian • Agama Kristian turut melarang penyalahgunaan dadah. Mereka berhujah bahawa penyalahgunaan dadah boleh memisahkan kita daripada dunia yang sebenar. Ini boleh memburukkan peribadi serta menghalang kita untuk menghadapi masalah diri dan alam persekitaran yang kurang baik. • Penganut agama Kristian juga percaya bahawa Tuhan telah menjemput mereka untuk menjadi masyarakat yang adil dan penuh dengan kasih sayang. Dengan ini, kita dikehendaki mengembangkan potensi kita sebaik mungkin dan meningkatkan kesedaran diri. Oleh itu, pilihlah kehidupan yang lebih bermakna supaya kita dan keturunan kita akan hidup dengan bahagia. Secara keseluruhannya, setiap agama amat menitikberatkan tentang larangan dalam penyalahgunaan dadah. Oleh itu, sebagai seorang manusia atau insan yang berpegang teguh kepada agama harus menjauhi dadah.
  • 52. 5.4 Apa Itu HIV/AIDS Dan Bagaimana cara HIV/AIDS Merebak. Objektif : Murid mendapat maklumat mengenai HIV/ AIDS. Pengisian : Menerangkan tentang HIV/AIDS dan bagaimana cara ia merebak. 1. Mengenai pengertian HIV/AIDS.  Apa itu Penyakit AIDS ? AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno Deficiency Syndrome.  Apa itu HIV ? HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency Virus. HIV memusnahkan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit yang menyebabkan AIDS. Virus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit.HIV menyerang sistem daya tahan badan menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghidap AIDS dalam tempoh masa yang tertentu bergantung kepada sistem daya tahan badan melawan penyakit. 2. Bagaimana HIV boleh merebak. HIV hanya boleh merebak melalui cara-cara berikut sahaja:  Melalui perhubungan seks tidak selamat.  Melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.  Melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.  HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. HIV tidak boleh merebak:  Melalui air peluh, air kencing atau air mata.  Tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat atau pun melalui udara seperti virus selsema.  HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.  Berjabat tangan dan berpelukan, berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam, berkongsi makanan dan perkakas dapur, berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur, bersin, batuk, air peluh atau air kencing, gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang, menjaga seseorang yang HIV positif.
  • 53. 5.5 Tajuk : Tanda-Tanda Penyakit HIV/ AIDS Objektif : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tanda-tanda penyakit HIV/ AIDS. Pengisian : 1. Guru menerangkan kepada pelajar tanda-tanda Penyakit HIV/ AIDS. 2. Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan daripada seseorang ke seseorang yang lain; orang itu berkemungkinan sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. 3. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko. 4. Di antara tanda-tanda ialah:  Hilang berat badan mendadak (lebih 10 %)  Cirit birit atau demam berpanjangan (lebih 1 bulan)  Jangkitan Pneumocytis carinii peumonia ( PCP )  Jangkitan Cytomegalovirus (pneumonia, brain, retinitis)  Tibi ( paru-paru/extra pulmonari)
  • 54. 5.5 Tanda-Tanda Penyakit HIV/ AIDS Objektif : Murid mendapat maklumat mengenai tanda-tanda penyakit HIV/ AIDS. Pengisian : Menerangkan kepada pelajar tanda-tanda Penyakit HIV/ AIDS. 1. Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Terdapat jangkitan yang menunjukkan simptom menyerupai demam selesema tiga hingga enam minggu selepas jangkitan. Ia berlainan di antara seseorang dengan seseorang yang lain; orang itu berkemungkinan sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. 2. Oleh kerana tanda-tanda awal ini hilang dengan mudah, ramai yang tidak mengendahkannya dan menganggap itu sebagai penyakit biasa. Jadi, satu- satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko. 3. Di antara tanda-tanda ialah:  Hilang berat badan mendadak (lebih 10 %)  Cirit birit atau demam berpanjangan (lebih 1 bulan)  Jangkitan Pneumocytis Carinii Peumonia ( PCP )  Jangkitan Cytomegalovirus (pneumonia, brain, retinitis)  Tuberculosis ( paru-paru/extra pulmonari)  Jangkitan fungus seperti Candidiasis (dalam mulut), Cryptococcus (pneumonia & meningitis)  Toxoplasmosis ( brain )  Jangkitan Herpes Simplex ( GIT ), Herpes Zoster ( Kayap )  Jangkitan protozoa seperti Crytococosis, Microsporidium & Isospora (cirit-birit)  Barah kulit atau mulut seperti Kaposi’s Sarcoma.
  • 55. 5.6 Apa itu Inhalan? Objektif : Murid mendapat maklumat mengenai Inhalan Pengisian : Menerangkan mengenai inhalan Apakah inhalan? Inhalan yang dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu: 1. Pelarut Mudah Meruap Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik. Produk-produk tersebut termasuklah cat dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak gas, minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen. 2. Bahan gas Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom, haloten dan nitrus oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon. Antara penyembur aerosol yang mudah didapati di rumah adalah cat penyembur, semburan pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik. 3. Bahan Nitrit Merupakan sejenis bahan sedutan yang sering digunakan sebagai pemangkin seks dan mudah diperolehi di kelab-kelab malam. Antara bahan nitrit yang biasa digunakan adalah Sikloheksil Nitrit, Amil Nitrit dan Butil Nitrit yang terdapat dalam sebahagian jenama penyegar udara.
  • 56. 5.7 Kesan-Kesan Negatif Inhalan? Objektif : Murid mendapat maklumat mengenai kesan- kesan negatif Inhalan. Pengisian : Memberi penerangan tentang kesan-kesan negatif inhalan. a. Kebanyakan inhalan berbentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat, seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. b. Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walau pun kali pertama atau pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan kesesakan nafas akibat kekurangan oksigen. Selain itu, tekanan pada sistem saraf pusat yang serius boleh melambatkan dan seterusnya menghentikan proses pernafasan. c. Seperti dadah halusinogen, penenang dan rokok, inhalan juga boleh mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologi kepada penagih jika digunakan untuk beberapa hari atau lebih. Penagihan yang berterusan dalam jangkamasa panjang boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan badan akan turut terjejas. d. Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang disedut bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan jantung dan menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala.
  • 57. 5.8 Apa Itu Rokok Dan Bahan Merbahaya Yang Terkandung Didalamnya Objektif : Murid dapat maklumat berkaitan rokok dan bahaya merokok. Pengisian : Memberi penerangan kepada para pelajar tentang rokok dan bahan merbahaya yang terkandung didalamnya. 1. Bahan yang merbahaya terdapat dalam rokok ialah :  Nikotin – sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan. Ia bertindak terhadap otak untuk merangsang dan menimbulkan keseronokan ( racun serangga)  Tar ( bahan asas membuat jalan raya )  Karbon Monoksida ( gas yang dikeluarkan dari ekzos kenderaan )  Acutone ( penanggal pengilat kuku )  Naphthylamine ( ubat gegat )  Methanol ( bahan api roket )  Arsenaic ( racun anai-anai )  Ammonia ( pencuci lantai )  Hyrogen Cyanide ( gas beracun )  Polonium -210 ( radio aktif Karsinogen yang menyebabkan kanser ) 2. Bahan-bahan kimia yang tedapat dalam asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang merbahaya, 200 daripadanya adalah beracun dan 63 adalah penyebab kanser.
  • 58. 5.9 Kesan Negatif Merokok. Objektif : Murid dapat maklumat tentang kesan negatif merokok Pengisian : Memberi penerangan kepada pelajar tentang kesan negatif merokok.  Asap rokok yang dihirup mengandungi banyak bahan-bahan yang sangat berbahaya seperti tar, karbon monoksida, hydrogen sianida, logam berat dan radikal bebas. Setiap zat tersebut dapat merosak tubuh dengan berbagai macam cara. Tar berwarna coklat dan likat mengandungi banyak bahan kimia yang diketahui sebagai penyebab kanser.  Bahan kimia lainnya yang dikandung dalam asap yang dapat merosak paru-paru termasuk hydrocarbon, nitrous oxides, organic acids, phenols dan oxidizing agents. Radikal bebas adalah bahan kimia yang boleh merosakkan otot jantung dan pembuluh darah. Apabila bercampur dengan kolesterol, ia boleh mengakibatkan kerosakan pembuluh arteri, dan akhirnya menyebabkan penyakit jantung dan stroke. Asap tembakau mengandungi logam berat yang sangat berbahaya seperti arsenik dan cadmium. Kebanyakan dari logam berat ini diketahui sebagai penyebab kanser.  Tar yang terkandung dalam asap boleh menyebabkan kanser kerongkong, trakea dan paru-paru. Menghisap rokok menyebabkan peningkatan pengeluaran asid di dalam perut yang boleh menyebabkan ulser perut dan kanser. Perokok juga berisiko tinggi menghidap kanser pankreas. Bahan kimia yang dikeluarkan dalam urin menyebabkan kanser pundi kencing yang sering mengakibatkan kematian. Tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh rokok boleh merosakkan jantung dan ginjal serta menyebabkan serangan jantung dan stroke.  Rokok akan menyebabkan masalah reproduksi khususnya bagi wanita. Kebanyakkan perokok wanita mengalami waktu haid yang tidak teratur. Kesuburan terganggu dan akan mengalami putus haid lebih awal. Risiko kanser serviks juga semakin meningkat bagi wanita yang berumur lebih dari 35 tahun. Selain itu, berlaku peningkatan risiko stroke dan serangan jantung jika mereka merupakan perokok tegar. Perokok lelaki akan mengalami penurunan jumlah sperma dan kebanyakkan sperma menjadi abnormal dengan kemampuan bergerak yang sangat rendah.  Sistem daya tahan tubuh perokok menjadi semakin lemah dan mudah diserang radikal bebas. Seorang perokok memerlukan waktu lama untuk sembuh daripada penyakit berbanding orang yang tidak merokok.  Menghisap rokok menyebabkan kepadatan tulang menurun, kulit menjadi kering dan kehilangan kekenyalannya kerana peredaran darah tidak baik. Ini menyebabkan kulit berkedut dan kendur.
  • 59. 5.10 Hidup Sihat Tanpa Rokok. Objektif : Murid dapat maklumat tentang faedah-faedah tidak merokok Pengisian : Menerangkan faedah tidak merokok. 1. Di antara faedah tidak merokok ialah:-  Risiko menghidap kanser berkurang.  Risiko penyakit jantung berkurang.  Risiko melahirkan bayi yang cacat berkurang.  Menjimatkan wang.  Makan lebih berselera.  Gigi tidak kuning.  Bibir tidak lebam.  Nafas tidak berbau.  Paru-paru lebih sihat.  Degupan jantung kembali normal.  Tekanan darah kembali normal.  Peredaran darah lebih lancar.  Tarikan nafas lebih panjang.  Risiko penuaan berkurangan.  Kulit lebih cantik.  Tubuh lebih berisi.  Hidup lebih sihat dan bermakna.  Meningkatkan keyakinan diri  Pergaulan dengan orang sekeliling lebih baik.  Mudah didampingi orang.
  • 60. 5.11 Tips –tips Berhenti Merokok Objektif : Murid dapat maklumat mengenai cara-cara atau tips berhenti merokok Pengisian : Memberi penerangan mengenai cara-cara atau tips berhenti merokok Di antara tips-tips berhenti merokok ialah: 1. Cari kegiatan atau pekerjaan yang dapat mengalihkan perhatian dari rokok, contohnya, jika keinginan merokok timbul, cuba makan gula-gula atau pergi bermain badminton dengan kawan. 2. Hindari suasana atau aktiviti yang membuat anda ingin merokok seperti elakkan pergi ke siber kafe, pusat snuker, pusat permainan dan elakkan bergaul dengan individu yang merokok. 3. Beritahu semua orang terdekat bahawa anda SUDAH berhenti merokok supaya mereka dapat mengawasi anda. 4. Tarik nafas panjang beberapa kali apabila terasa ingin merokok. 5. Selalu bersukan dan amalkan gaya hidup sihat. Contohnya bermain bola sepak atau bola keranjang pada waktu lapang bersama kawan-kawan. 6. Selalu cari maklumat tentang bahaya rokok di media cetak dan elektronik agar anda akan sentiasa ingat tentang bahaya rokok 7. Sentiasa memikirkan bahawa anda tidak suka merokok. Senaraikan sebab-sebab anda tidak suka merokok seperti rokok itu kotor, nafas berbau, tidak disukai orang sekeliling, membazirkan wang dan tidak baik untuk kesihatan. 8. Senaraikan kebaikan sekiranya anda berjaya berhenti merokok. Contohnya anda berjaya mengawal diri anda, nafas tidak lagi berbau, disenangi orang ramai dan dapat menjimatkan wang.
  • 61. BAB 6 : PEMBANGUNAN DIRI 6.1 Komunikasi Objektif : Murid dapat menggunakan teknik komunikasi berkesan agar lebih yakin dan berketrampilan. Pengisian : Memberi penerangan mengenai komunikasi berkesan. 1. Teknik Berkomunikasi  Membina hubungan baik  Memberi perhatian kepada komunikasi lisan dan bukan lisan  Mendengar secara aktif setiap perkataan  Menggunakan bahasa sesuai dengan tahap kebolehan  Memahami gerak-geri badan (body language)  Memberi respon yang sesuai 2. Komunikasi Asertif – menyatakan TIDAK  Menyatakan pendapat anda dengan tepat, jelas dan penuh keyakinan  Pastikan permintaan anda munasabah dan tidak gugat hak orang lain  Melahirkan perasaan ’TIDAK BERSETUJU’ tanpa rasa marah  Ulangi permintaan tanpa menjadi marah  Belajar mengatakan ’TIDAK’ dengan sopan  Bertegas dengan hak anda yang sah
  • 62. 6.2 Penyelesaian Masalah Objektif : Murid dapat mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah Pengisian : Memberi penerangan tentang kaedah penyelesaikan masalah 1) Mengenalpasti masalah a. Senaraikan semua masalah yang ada. Keluarkan semua masalah yang terbuku difikiran dan tuliskannya di atas sekeping kertas. b. Susun permasalahan tersebut mengikut keutamaan. 2) Mencari maklumat a. Susunkan masalah tersebut mengikut keutamaan untuk diselesaikan. b. Kenalpasti punca setiap masalah dan senaraikan punca-punca tersebut. 3) Menganalisis maklumat a. Menyemak masalah yang dikenalpasti b. Fikirkan jalan penyelesaian setiap masalah dan pastikan masalah itu mempunyai pelbagai alternatif untuk menyelesaikan seperti mengagihkan bebanan tanggunjawab kepada orang lain jika boleh. 4) Mencari alternatif a. Senaraikan alternatif yang ada untuk menyelesaikan masalah b. Senaraikan kebaikan dan keburukan alternatif yang akan dilakasanakan c. Tentukan tempoh masa tertentu untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut . 5) Menilai alternatif a. Menilai kebaikan dan keburukan alternatif yang ada b. Kenalpasti risiko yang perlu dihadapi untuk setiap alternatif yang ada 6) Membentuk rangka tindakan a. Merangka tindakan-tindakan yang perlu diambil b. Laksanakan tindakan yang telah dirangka mengikut keutamaan c. Mulakan tindakan menyelesaikan permasalahan tersebut dengan yakin.
  • 63. 6.3 Pengurusan Diri Objektif : Murid dapat menguruskan diri agar menjadi pelajar yang cemerlang. Pengisian : Menerangkan tentang kepentingan Pengurusan Diri 1) Mencapai Kesejahteraan Diri  Dengan wujudnya sistem pengurusan diri, kehidupan harian kita akan menjadi lebih teratur dan tenang. Maka kita akan berasa bersyukur dan bahagia. 2) Mencapai Matlamat Diri  Pengurusan masa, tugasan ,emosi dan disiplin yang efisen memudahkan seseorang bagi mencapai kejayaan dalam pembelajaran kerana semua tugas disiapkan dengan sistematik. 3) Menuju Ke Arah Kecemerlangan  Perkara yang berikut akan menghasilkan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi apa jua kerja yang dilakukan. a. Perancangan dan pembahagian tugas Menyusun tugas mengikut keutamaan, iaitu tugas yang penting perlu disiapkan terlebih dahulu. Contohnya, latihan Prinsip Akaun perlu diberi keutamaan sebelum membuat buku skrap pertandingan Kelab Seni. Ulangkaji sesuatu mata pelajaran tidak perlu dibuat secara tergesa- gesa, tetapi perlu dibahagikan mengikut topik atau kemahiran. b. Sikap tidak menangguh Kerja Pastikan semua tugas disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Tetapkan tempoh untuk tugasan dan patuhi masa yang ditetapkan. Ini dapat mengelakkan kerja tertangguh. 4) Teknik yang perlu ada : a. Perancangan Tugas Mengikut Keutamaan Satu jadual tugas bulanan dan mingguan perlu diadakan untuk rujukan pelajar sendiri. Setelah itu, susun semula tugasan harian mengikut keutamaan. b. Pengurusan Masa Jadual Waktu Individu perlu diwujudkan untuk rutin aktiviti harian termasuk masa sekolah, masa rehat, masa sukan, masa tidur dan masa belajar. Pematuhan kepada jadual tersebut dapat melicinkan kehidupan harian dan pembelajaran yang berterusan berlaku.
  • 64. c. Pengurusan stres Kaedah Pengurusan Stres seperti relaxation , bersukan, berkongsi perasaan, menulis diari, bersembahyang yang bersesuaian perlu dikuasai oleh pelajar agar emosinya sentiasa stabil untuk meneruskan pembelajaran. d. Penghargaan Diri Adakan sistem penghargaan bersama keluarga seperti memberikan sesuatu yang digemari kepada pelajar jika sesuatu tugas yang agak susah telah dapat diselesaikan. Ini termasuk juga aktiviti yang digemari seperti rekreasi atau melancong.
  • 65. 6.4 Pengorbanan Diri Objektif : Murid dapat mengurus masa dengan berkesan Pengisian : Memberi penerangan tentang pengorbanan dari aspek pengurusan masa. Pengorbanan diertikan sebagai suatu tindakan yang mana seseorang melakukan sesuatu yang diluar dari kemampuannya demi mencapai suatu tujuan. Setiap kali kita menyebut tentang pengorbanan sudah tentulah ia melibatkan sesuatu perkara yang kita sayang. Mengorbankan sesuatu yang disayangi demi manfaat tertentu dan mencapai tujuan yang bukan berbentuk peribadi adalah suatu perkara yang sukar dilaksana. Untuk berjaya seseorang pelajar perlu mengorbankan 5 perkara yang sering dilakukan demi mencapai kejayaan iaitu  Masa menonton  Tidur  Bermain  Melayari internet  Masa cuti Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai mengurus masa. Seharusnya seseorang pelajar perlu bijak dalam menguruskan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran, membuat latihan serta membuat perbincangan dalam kumpulan. Kurangkan 5 aktiviti yang harus dikorbankan demi mencapai kejayaan. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan Bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diinginkan. Ia memerlukan pengorbanan, kesabaran dan ketelusan. Allah swt sendiri akan menguji dahulu seseorang hambaNya sebelum DIA memberi kejayaan. Ujian dari Allah swt perlu ditempuhi dengan sabar serta istiqamah
  • 66. 6.5 Halangan Kejayaan Objektif : Murid dapat meningkatkan motivasi kendiri sebagai pelajar Pengisian : Menerangkan tentang tips menangani halangan kejayaan 1) Kenalpasti kelemahan dan kekuatan diri Kelebihan diri perlu diperkukuhkan dan ditonjolkan manakala kekurangan kita perlu diperbaiki. Ini perlu bagi membantu diri kita mencapai kejayan Ada 3 kekuatan yang wujud dalam diri kita dan perlu kita kenali. Kekuatan tersebut ialah: : a) Kekuatan akal (Mampu berfikir, Berilmu, Berhati-hati,) b) Kekuatan jiwa (yakin, berani, pemurah, tabah dan tidak pernah berputus asa) c) Kekuatan perasaan (Tidak gopoh, bertimbang rasa, lemah-lembut, penyayang) 2) Mendapatkan bantuan Sekiranya wujud halangan kejayaan, tidak perlu berputus asa tetapi perlu mendapat bantuan secara spiritual dan hubungan sosial 3) Rancang dan laksana Perancangan harus dilakukan dengan teliti dan dan memberi impak yang jelas seterusnya pelaksanaan perli disertai dengan komitmen yang tinggi dan berterusan 4) 90% kejayaan dari usaha dan azam Perlu diingat bahawa kejayaan seseorang individu tersebut berdasarkan dari usaha yang gigih dan juga azam yang tinggi kerana 90% kejayaan adalah dari usaha dan azam.
  • 67. 6.6 Strategi Kecemerlangan Objektif : Murid mendapat panduan tentang strategi menjadi ‘top student’ Pengisian : Memberi penerangan mengenai strategi kecemerlangan. 1. STRATEGI RANGSANGAN  Meningkatkan keupayaan minda.  Menggunakan kedua-dua belah otak ketika belajar.  Menggunakan kedua-dua belah anggota ketika belajar.  Menggunakan sumber alam sekitar ketika belajar.  Merangsang deria ketika belajar. 2. STRATEGI KEMAHIRAN  Meningkatkan kemahiran belajar.Selang-seli rehat ketika belajar.  Mengulangkaji dengan berkesan  Belajar dalam persekitaran kondusif.  Menguasai strategi dan teknik peperiksaan. 3. STRATEGI DISIPLIN  Memiliki imej diri yang positif  Sentiasa awal dan mendahului orang lain. 4. STRATEGI KEROHANIAN  Meningkatkan kekuatan rohani.  Berdoa setelah gigih berusaha 5. STRATEGI FIZIKAL  Amalkan pemakanan yang baik dan seimbang.  Sentiasa amalkan riadah.  Menjaga waktu dan mutu tidur. 6. STRATEGI HUBUNGAN  Taat kepada Allah S.W.T  Menghormati kedua-dua ibu bapa.  Menghormati dan menyayangi guru.  Bijak memilih kawan.
  • 68. 6.7 Mengapa Mesti Cemerlang (peperiksaan) Objektif :Murid dapat meningkatkan prestasi diri ke arah kecemerlangan akademik Pengisian : Memberi penerangan mengenai kepentingan dan teknik mencapai Kecemerlangan akademik 1. Kepentingan Mencapai Kecemerlangan Exam a. Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi b. Mengubah taraf hidup dan keluarga c. Meningkat harga diri di dalam keluarga dan masyarakat d. Menceburi bidang pekerjaan yang diminati 2. Pelajar perlu ada : a. Wawasan yang tinggi b. Matlamat yang jelas & khusus c. Kesungguhan Diri d. Doa/Sembahyang 3. Teknik yang perlu ada : a. Ujian Minat Kerjaya b. Penetapan Matlamat c. Pengurusan diri yang baik d. Sistem Penghargaan & Sokongan
  • 69. BAB 7 : KEIBUBAPAAN 7.1. Budi Bahasa I Objektif : Murid lebih menghormati ibu bapa dan guru Pengisian : Menceritakan Kisah Teladan Kisah Si Tanggang Pada zaman dahulu tinggal seorang remaja lelaki bernama Tanggang bersama ibu tua yang miskin. Akibat kemiskinan, Tanggang meminta izin kepada ibunya untuk menjadi pelayar agar dapat mengubah taraf kehidupan mereka berdua. Pada awalnya ibu Tanggang tidak mahu berpisah dengannya, tetapi setelah dipujuk oleh Tanggang maka ibunya rela melepaskannya keluar dari kampung untuk menjadi seorang pelayar. Tanggang pun bekerja dengan seorang nakhoda yang kaya. Sebagai pekerja, Tanggang amat rajin bekerja sehingga mendapat kepercayaan daripada nakhoda untuk menggantikannya. Berkat usaha kersanya, Tanggang telah menjadi seorang pedagang yang berjaya. Hidup Tanggang berubah menjadi kaya-raya. Nakhoda yang kaya tadi amat berkenan untuk menjadikan Tanggang sebagai menantunya. Maka Tanggang telah berkahwin dengan anak perempuan nakhoda yang sungguh cantik rupawan. Selepas berkahwin Tanggang membawa isterinya belayar. Dalam perjalanan kapal Tanggang singgah berlabuh di kampung asal Tanggang. Apabila ibu Tanggang mendengarnya, maka beliau amat gembira. Ibu Tanggang dengan segera membuat kuih lepat pisang kesukaan Tanggang dan dibawa ke kapal Tanggang. Setiba di kapal Tanggang, ibu Tanggang berjumpa dengan Tanggang. Malangnya Tanggang merasa malu melihat ibunya yang tua dan miskin berbanding dirinya yang kaya-raya. Di hadapan isterinya, Tanggang tidak mengaku yang itu ibunya dan menghalaunya pergi. Ibu Tanggang merasa amat kecewa dan sedih lalu berdoa. Tiba-tiba hujan ribut melanda. Petir berdentam-dentum. Kapal Tanggang terumbang-ambing. Tiba-tiba Tanggang dan seisi kapal telah bertukar menjadi batu. Demikianlah akibat jika kita tidak menghargai dan menghormati ibu bapa. Bala akan menimpa sebagai balasan. Oleh itu marilah kita bersama- sama saling hormat-menghormati kepada kedua ibu bapa kita.
  • 70. 7.2. Budi Bahasa II Objektif : Murid lebih menghargai ibu bapa dan guru Pengisian : Menceritakan Kisah Teladan Si Miskin Dengan Sifu Pada zaman dahulu di negeri China, seorang remaja lelaki yang miskin pergi ke sebuah kuil untuk belajar kungfu dengan seorang Sifu. Pada awalnya remaja itu tidak diterima untuk menjadi anak didiknya tetapi setelah dipujuk maka remaja itupun diterima sebagai pelajarnya. Selepas setahun belajar sampailah masa untuk keluar mengembara ke dalam hutan bersama- sama.dengan Sifunya. Dalam pengembaraannya ke hutan, apabila tiba waktu rehat, Sifu telah berpesan kepada remaja miskin tadi supaya tidak pergi ke mana-mana sementara Sifu menguruskan hal peribadinya. Sebelum pergi, Sifu telah meninggalkan sebiji mangkuk bertutup kepada remaja miskin. Sifu berpesan sekiranya merasa lapar maka bacalah Bismillah dan ingatkan Sifu sebelum membuka penutup mangkuk untuk makan. Maka apabila terasa lapar, remaja miskin itupun melakukan seperti apa yang telah dipesan oleh Sifu. Sejurus selepas membaca Bismillah, remaja miskin tadi membuka penutup mangkuk dan terus makan nasi yang ada di dalam mangkuk itu. Begitu seterusnya sehingga hampir sebulan remaja itu ditinggalkan. Selepas sebulan Sifu kembali semula ke tempat rehat remaja miskin. Sifu amat terkejut kerana didapati remaja miskin tadi masih hidup sihat dan setia menunggu kehadiran Sifu. Apabila ditanya remaja dia makan bekalan yang Sifu telah tinggalkan. Sifu merasa amat terkejut. Sebenarnya itu adalah tipu helah Sifu untuk mengelak diri dari terus mengajar remaja miskin tadi. Mangkuk yang ditinggalkan tadi hanyalah berisi pasir semata-mata dengan harapan remaja itu akan bergerak mencari makanan dan akan sesat di hutan lalu dimakan oleh binatang buas. Akhirnya Sifu sedar bahawa remaja tadi amat patuh dan taat kepadanya. Akhirnya Sifu mengambil keputusan untuk terus mengajar remaja tersebut. Remaja miskin tadi menjadi seorang ahli kungfu yang hebat. Oleh demikian, sebagai pelajar jika kita patuh dan taat kepada ajaran guru, ilmu yang diberi akan diberkati dan hidup akan berjaya. Sebagai guru terimalah anak murid seadanya dan terimalah mereka tanpa syarat.
  • 71. 7.3. Bersyukur Dan Berterima Kasih Kepada Ibu Bapa Dan Guru Objektif : Murid sentiasa bersyukur dan berterima kasih Pengisian : Memberi penerangan secara ringkas tentang : 1. Jasa ibu bapa: 1.1 Menggadai nyawa melahirkan kita 1.2 Memberi makanan dan perlindungan 1.3 Memastikan anak sihat dan selamat 1.4 Merupakan orang yang paling menyayangi kita dan sanggup memenuhi segala permintaan kita sekiranya perkara tersebut akan membawa kebaikan. 2. Perbandingan dengan situasi anak yatim piatu: Supaya murid melahirkan rasa kesyukuran dan kebahagiaan dengan kehadiran ibu bapa. 3. Tanggungjawab seorang guru: 3.1 Guru memberi ilmu dan menerapkan nilai-nilai murni untuk membentuk sahsiah murid. 3.2 Terdapat pelbagai guru mata pelajaran yang memberikan ilmu yang berbeza sehingga murid menjadi celik huruf di pelbagai peringkat persekolahan seperti di sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. 4. Menjelaskan tugas guru yang patut dihormati oleh pelajar: 4.1 Menyediakan bahan pengajaran sebelum masuk kelas 4.2 Meredakan situasi dalam kelas dan mengawal disiplin murid 4.3 Memberi latihan dan menyemak buku latihan 4.4 Menyediakan soalan peperiksaan 4.5 Masa banyak dikorbankan untuk menanda buku latihan, folio, projek dan kertas soalan peperiksaan. 4.6 Berbincang dengan ibu bapa jika perlu 4.7 Terlibat dengan pelbagai aktiviti kokurikulum selepas sekolah 4.8 Terlibat dengan pelbagai perkhemahan dan kursus motivasi masa cuti
  • 72. 7.4. Budaya Memberi Salam Dan Ucap Selamat Objektif : Murid mengamalkan budaya memberi salam dan ucap selamat Pengisian : Memberi penerangan secara ringkas tentang : 1. Situasi di sekolah sekarang: Peratus murid yang akan berucap selamat pagi/ memberi salam kepada guru 2. Tujuan memberi salam: 2.1 Doa selamat dan sejahtera kepada pihak penerima dan penghantar akan menerima doa yang sama dari penerima 2.2 Mewujudkan budaya sayang menyayangi, hormat menghormati antara murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru 2.3 Melatih diri membentuk sikap yang baik seperti bersopan santun dan peramah . 3. Cara pengucapan selamat dan memberi salam yang betul: 3.1 Muslim 3.2 Bukan muslim 4. Demo/ Latihan salam/ ucap selamat: 4.1 Beberapa murid diarah ke pentas untuk menunjukkan demo 4.2 Murid lain melakukan seperti ditunjukkan demo di bawah
  • 73. BAB 8 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 8.1. Promosi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling I Objektif: Warga sekolah mendapat maklumat yang tepat tentang perkhidmatan B&K Pengisian: Memberi penerangan secara ringkas berkaitan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling: 1. Pengenalan diri: 1.1 Memperkenalkan biodata diri guru Bimbingan dan Kaunseling (Nama, Pendidikan) 1.2 Menyatakan maksud Bimbingan dan Kaunseling (Satu proses untuk menolong pelajar, menyedarkan pelajar tentang diri sendiri dan suatu proses pembelajaran yang membantu individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.) 2. Sasaran perkhidmatan: 2.1 Murid 2.2 Guru 2.3 Ibu bapa 2.4 Warga sekolah 3. Jenis-jenis perkhidmatan: 3.1 Kaunseling individu 3.2 Kaunseling kelompok 3.3 Bimbingan Individu 3.4 Bimbingan kelompok Lampiran : Brosur Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (mengikut kesesuaian sekolah) Rujukan : http://members.tripod.com/smkzaba/BK.htm http://www.scribd.com/doc/8439187/FAIL-MEJA-GURU- BIMBINGAN-KAUNSELING
  • 74. 8.2. Promosi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling II Objektif : Warga sekolah mendapat maklumat yang tepat tentang perkhidmatan B&K Pengisian : Memberi penerangan secara ringkas berkaitan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling: 1. Bidang perkhidmatan: 1.1 Akademik ( Pemilihan Mata Pelajaran, Penempatan selepas PMR, SPM dan STPM) 1.4 Kerjaya (Mengenali potensi diri, memperkenalkan bidang kerjaya yang berkaitan dengan aliran sains, sains kemasyarakatan dan Teknik & Vokasional.) 1.3 Psikososial ( Kemahiran asertif, komunikasi, pemupukan harga diri. 1.4 Kesihatan mental (Tingkah laku antisosial, persepsi negatif, vandalisme, krisis identiti) 1.8 Pembangunan Diri (Potensi diri, penyelesaian masalah, nilai diri dan keluarga, penilaian dan peningkatan kendiri. 1.9 Konferens Ibu Bapa (Perbincangan profesional tentang pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah anak di sekolah.) 1.10 Pendidikan Pencegahan Dadah / HIV (Sikap benci kepada dadah dan inhalan, mengetahui kaedah menghindari HIV dan jangkitan ) 2. Masa perkhidmatan (mengikut jadual waktu persekolahan) 3. Cara mendapatkan perkhidmatan: 3.1 Secara sukarela 3.2 Dirujuk oleh guru 3.3 Dijemput oleh kaunselor 3.4 Membuat temujanji dengan mengisi borang temujanji Lampiran : Brosur Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (mengikut kesesuaian sekolah) Rujukan : http://members.tripod.com/smkzaba/BK.htm http://www.scribd.com/doc/8439187/FAIL-MEJA-GURU- BIMBINGAN-KAUNSELING
  • 75. 8.3. Promosi Pembimbing Rakan Sebaya Objektif : Murid dapat maklumat tentang peranan PRS Pengisian : Memberi penerangan secara ringkas tentang : 1. Konsep PRS : 1.1 Membantu diri untuk membantu orang lain. 1.2 Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. 1.3 Membantu menggerakkan perkhhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 1.4 Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan. 2. Etika PRS: 2.1 PRS mampu menyimpan rahsia. 2.2 PRS perlu jujur sekiranya tidak mampu memberikan pertolongan. 2.3 Menerima rakan dengan perasaan terbuka dan jujur. 2.4 Jika di luar kemampuan, sila tamatkan sesi dan rujuk kepada kaunselor. 2.5 Beritahu kaunselor tentang isu yang berisiko tinggi.
  • 76. PENGHARGAAN Roshida Binti Yashak (SMK Taman Bukit Indah) Rafidah Binti Abdul Samat (SMK Taman Universiti) Emily Daramalinggam (SMK Taman Selesa Jaya) Suzana Binti Suhaimi (SMK Aminuddin Baki) Asweizah Binti Ahmad (SMK Bandar Baru Uda) Siti Rohani Binti Harun (SMK Sri Rahmat) Siti Muallisah Binti Yusof (SMK Taman Universiti 2) Tuan Amzi Shah Bin Tuan Alias (SMK Dato’ Usman Awang)