SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
LAMPIRAN B
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI
SEKOLAH RENDAH (PLaN)
1. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan memaklumkan tentang pelaksanaan Program
Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) di sekolah rendah yang terpilih
di seluruh negara.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil.18/2018
bertarikh 19 Disember 2018 telah memaklumkan bahawa amalan peperiksaan
pertengahan dan akhir tahun murid Tahap l termasuk Program Saringan
Literasi dan Numerasi (LINUS2.0) dimansuhkan mulai tahun 2019. Oleh yang
demikian, sekolah diberi autonomi mengenal pasti murid Tahap l yang
mengalami kesukaran menguasai literasi dan numerasi serta menyediakan
intervensi yang bersesuaian di peringkat sekolah.
2.2 Satu Kajian Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional
telah dijalankan oleh KPM pada tahun 2018 untuk meneliti kesesuaian dan
kaedah pentaksiran murid Tahap l, menambah baik pembelajaran murid secara
berterusan, serta menentukan instrumen pentaksiran yang diselaraskan
dengan KSSR dan sejajar dengan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP). Kajian tersebut telah mengesyorkan beberapa langkah
intervensi yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyokong murid yang
mengalami kesukaran menguasai literasi dan numerasi berdasarkan 4 fokus
yang berikut:
a. Menambah baik pengajaran dan pembelajaran
b. Memperkasa pengurusan sekolah
c. Memperkukuh penglibatan ibu bapa, dan
d. Mempertingkat intervensi awal
2
2.3 Hala tuju baharu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah berbeza
daripada Program Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai
Program LINUS2.0 (2013-2018) dalam tiga aspek, iaitu objektif, akauntabiliti
dan sokongan seperti berikut:
2.4. Justeru itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Kebolehlaksanaan
Agenda Literasi dan Numerasi Nasional Bilangan 1 Tahun 2019 yang
dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia pada 5 Mac 2019 telah bersetuju untuk melaksanakan
PLaN berdasarkan dapatan kajian tersebut mulai tahun 2020.
LINUS2.0 PLaN
Objektif Menguasai asas literasi
dan numerasi
berdasarkan dua belas
konstruk
Menguasai literasi dan
numerasi dengan
mencapai sekurang-
kurangnya Tahap
Penguasaan 3 (TP3)
berdasarkan DSKP
Akauntabiliti Penentuan KPI secara
berpusat dan item
saringan yang sama
untuk semua murid yang
terlibat
Penentuan KPI berbeza
mengikut Take-Off Value
(TOV) sekolah dan
pentaksiran formatif
mengikut tahap
keupayaan murid
Sokongan Intervensi secara top-
down dan sama untuk
semua
Intervensi terbeza
mengikut keperluan
sekolah dengan
bimbingan oleh PPD dan
JPN
3
3. KAEDAH PELAKSANAAN
3.1 Syor Kajian Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional
telah mengetengahkan enam langkah intervensi dalam PLaN untuk
dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti yang berikut:
a. Bahan Pengajaran Harian yang Berfokus dan Terbeza bagi
Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris
Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) bagi
Bahasa Melayu dan Matematik serta Schemes of Work (SoW) bagi
Bahasa Inggeris telah dibangunkan sebagai panduan serta rujukan
kepada para guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran
secara berfokus dan terbeza bagi pelaksanaan PdP yang lebih
berkesan.
Objektif MoLIB:
 Guru menguasai asas kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan berdasarkan pelbagai aras kebolehan murid;
 Guru melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam
meningkatkan penguasaan murid;
 Guru berkeupayaan membangunkan bahan pengajaran dan
pembelajaran berfokus dan terbeza berdasarkan keperluan
murid.
MoLIB mengandungi bahan bimbingan terarah kepada guru-guru
literasi Bahasa Melayu dan Numerasi. Bagi Literasi, pemetaan
Bahasa Melayu berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (Semakan) Tahun 2 dan Tahun 3 yang merujuk kepada
Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam
 Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
 Kemahiran Membaca
 Kemahiran Menulis
 Aspek Seni Bahasa
 Aspek Tatabahasa
4
Manakala, bahan Numerasi sebagai panduan dan bimbingan
terarah kepada guru matematik. Enam tajuk pembelajaran berfokus
dan terbeza Numerasi disediakan dalam MoLIB iaitu;
 Mengukur panjang
 Mengenal tanda senggatan minit pada muka jam
 Melukis bentuk asas bagi bentuk dua dimensi
 Menentukan nilai nombor hingga 10 000
 Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada
keseluruhan
 Menyelesaikan ayat matematik melibatkan wang.
SOW pula telah mengaplikasi pembelajaran berfokus dan terbeza
melalui contoh-contoh pelbagai strategi dan cadangan aktiviti
mengikut aras murid yang dimuatkan dalam SoW dengan setiap
kemahiran dan aspek bahasa melalui tujuh strategi;
 Strategi 1: Differentiate by the task pupil are given
 Stategi 2: Differentiate by the type and amount of support
provided
 Stategi 3 : Differentiate by the outcome expected from pupils
 Strategi 4: Differentiate by the time pupils are given to complete
a task
 Stategi 5: Differentiate by supporting individual learning
preferences and needs
 Strategi 6: Differentiate by the types of question asked
 Strategi 7: Differentiate by the feedback given.
b. Pelaksanaan Professional Learning Community (PLC) dalam
meningkatkan pedagogi
Pendekatan PLC yang berfokuskan kepada perancangan
pengajaran yang berkesan dapat membantu pihak sekolah
menangani isu literasi dan numerasi. Penglibatan pegawai
pemulihan, SISC+ dan SIP+ sebagai pasukan sokongan kepada
pihak sekolah adalah penting. Guru digalakkan menggunakan
pelbagai alat kolaboratif PLC seperti yang dinyatakan dalam Kit
5
PLC. Melalui pendekatan PLC yang berkesan, guru dapat mengenal
pasti isu, melaksanakan intervensi dan membuat refleksi untuk
penambahbaikan PdP.
PLC dapat didefinisikan sebagai sekumpulan guru yang komited dan
berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan kualiti guru
dalam merealisasikan kemenjadian murid. Justeru, dalam
melaksanakan PLC, guru perlu terlebih dahulu memahami konsep
FIS iaitu Focus, Improve dan Share.
Bagi konsep focus, guru perlu mengenal pasti, mencari punca dan
memahami masalah dalam PdP yang menyebabkan murid tidak
dapat menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Seterusnya
improve, di mana guru perlu menyusun strategi ke arah mencapai
matlamat dengan mengumpul, menganalisis data dan memilih alat
kolaboratif yang sesuai untuk dilaksanakan sebelum membuat
rumusan dan penambahbaikan. Hasil dapatan, pengalaman dan
amalan terbaik yang baik seharusnya dikongsi bersama di peringkat
sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.
c. Penggunaan bank item pentaksiran formatif yang menyokong
pentaksiran bilik darjah (PBD)
Guru boleh menggunakan bank item pentaksiran formatif yang telah
dijajarkan dengan DSKP Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik. Item pentaksiran yang telah disediakan dapat membantu
guru menjalankan pentaksiran bilik darjah dengan lebih berkesan
mengikut tahap keupayaan murid dalam kelas masing-masing.
Melalui bank item yang telah disediakan, guru boleh menggunakan
item-item tersebut untuk mengetahui kemajuan murid dan membuat
penambahbaikan dalam PdP berdasarkan penguasaan murid.
Semua item yang dibuat berdasarkan Tahap Penguasaan 3 (TP3)
seperti yang terdapat di dalam DSKP.
6
d. Penambahbaikan pengurusan instruksional
Kompetensi pentadbir sekolah sebagai pemimpin pendidikan
dipertingkatkan melalui bimbingan yang berterusan dan konsultasi
oleh pihak PPD, School Improvement Partners (SIP+) dan KPM.
Pentadbir sekolah perlu memantapkan kepimpinan instruksional,
meningkatkan pemahaman dan pengurusan isu literasi dan
numerasi serta merancang intervensi bagi menyelesaikan masalah
literasi dan numerasi dalam kalangan murid.
Sehubungan itu, peranan Guru Besar sebagai pemimpin
Instruksional adalah sangat penting dalam memastikan semua
murid di Tahap 1 sekolah rendah, kecuali murid berkeperluan khas
menguasai tahap minimum dalam literasi dan numerasi.
e. Penetapan sasaran berdasarkan kemajuan murid
(improvement-based targets)
Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (KPI)
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan kemajuan
dan pencapaian murid mereka bagi memastikan usaha yang
berterusan ke arah meningkatkan penguasaan dalam kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Dengan penetapan KPI,
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dipastikan ke arah
membina asas pencapaian baik sekolah. Pegawai JPN dan PPD
tidak terkecuali dalam bekerjasama membantu pihak sekolah agar
sasaran tahap penguasaan murid yang ditetapkan iaitu sekurang-
kurangnya TP3 tercapai.
f. Pelaksanaan kempen kesedaran kepada ibu bapa
KPM turut menyokong usaha pelaksanaan kempen kesedaran
terhadap isu pendidikan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti
khususnya untuk menangani murid yang belum menguasai literasi
dan numerasi melalui aktiviti seperti hebahan media sosial, libat urus
secara bersemuka dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dan
juga penyediaan bahan bercetak yang berkaitan. Sebagai ibu bapa,
7
mereka boleh membaca bersama-sama anak, memberi pujian dan
bermain sambil belajar dalam membantu anak-anak menguasai
kemahiran-kemahiran ini. Penglibatan komuniti setempat dengan
mengadakan pelbagai pendekatan sosial mampu meningkatkan
perkembangan akademik anak-anak.
4. PERANAN DAN FUNGSI
JPN dan PPD memainkan peranan yang penting bagi memastikan
pelaksanaan PLaN berjalan lancar pada peringkat daerah dan sekolah.
Penyelaras PLaN yang dikenal pasti di JPN bertanggungjawab menyelaraskan
pelaksanaan PLaN secara kolaboratif dengan PPD di negeri masing-masing.
JPN juga perlu memastikan penyaluran maklumat dan kaedah komunikasi
yang berkesan dapat membantu pihak PPD dan sekolah dalam pelaksanaan
PLaN.
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah atau Timbalan Pembelajaran PPD adalah
sebagai focal person yang bertanggungjawab sebagai penghubung kepada
JPN dan KPM dalam pelaksanaan PLaN. Focal person bertindak melapor
pelaksanaan PLaN kepada JPN. Focal Person juga bertindak untuk melantik
pegawai PPD yang sesuai untuk membimbing dan membina upaya pihak
sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan intervensi yang bersesuaian
untuk PLaN serta menentukan hala tuju sekolah secara kolaboratif, contohnya,
dalam penetapan baseline dan sasaran sekolah.
5. PENUTUP
Garis Panduan ini diharap dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan
Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah agar pelaksanaannya cekap
dan berkesan. Maklumat lanjut berkaitan PLaN boleh didapati daripada laman
sesawang DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) melalui
pautan http://portal.moe-dl.edu.my/bahansumberpdp.

More Related Content

Similar to Garis Panduan PLaN semakan Nov2020_LAMPIRAN B.pdf

Program Kerja Ujian Sekolah 2021-2022.doc
Program Kerja Ujian Sekolah 2021-2022.docProgram Kerja Ujian Sekolah 2021-2022.doc
Program Kerja Ujian Sekolah 2021-2022.docSetiadiNurzaman2
 
PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021
PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021
PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021TerataiGantung
 
File pengimbasan guru belajar seri akm
File pengimbasan guru belajar seri akmFile pengimbasan guru belajar seri akm
File pengimbasan guru belajar seri akmTerataiGantung
 
Taklimat Pemugaran Literasi dan Numerasi GB 2021.pptx
Taklimat Pemugaran Literasi dan Numerasi GB 2021.pptxTaklimat Pemugaran Literasi dan Numerasi GB 2021.pptx
Taklimat Pemugaran Literasi dan Numerasi GB 2021.pptxsimforest1
 
Program supervisi mutu dan spmi
Program supervisi mutu dan spmiProgram supervisi mutu dan spmi
Program supervisi mutu dan spmiSahar Cha
 
Buku Merdeka Belajar 2020.pdf
Buku Merdeka Belajar 2020.pdfBuku Merdeka Belajar 2020.pdf
Buku Merdeka Belajar 2020.pdfMArifinBaihaqi
 
Pengayaan pgdk pgsd matematika
Pengayaan pgdk pgsd matematikaPengayaan pgdk pgsd matematika
Pengayaan pgdk pgsd matematikaTakDikenal6
 
bab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdfbab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdfYusmaYenti
 
2. kata pengantar bahan iht 2012 (set)
2. kata pengantar bahan iht 2012 (set)2. kata pengantar bahan iht 2012 (set)
2. kata pengantar bahan iht 2012 (set)Anang Basarodin
 
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)Potpotya Fitri
 
Laporan kegiatan pkb menyusun rpp bdr final
Laporan kegiatan pkb menyusun rpp bdr finalLaporan kegiatan pkb menyusun rpp bdr final
Laporan kegiatan pkb menyusun rpp bdr finalAkmal Akmaludin
 
6.-PKP-BERBASIS-ZONASI-20191028.pptx
6.-PKP-BERBASIS-ZONASI-20191028.pptx6.-PKP-BERBASIS-ZONASI-20191028.pptx
6.-PKP-BERBASIS-ZONASI-20191028.pptxabysugara3
 
File Pengimbasan Guru Belajar Seri AKM.pptx
File Pengimbasan Guru Belajar Seri AKM.pptxFile Pengimbasan Guru Belajar Seri AKM.pptx
File Pengimbasan Guru Belajar Seri AKM.pptxMuhammadKoharudin1
 
Paparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptxPaparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptxNardi25
 
Modul Inggris KKA-2 KOMPETENSI PEDAGOGIK KARAKTERISTIK PESERTA DIDIK
Modul Inggris KKA-2 KOMPETENSI PEDAGOGIK  KARAKTERISTIK PESERTA DIDIK Modul Inggris KKA-2 KOMPETENSI PEDAGOGIK  KARAKTERISTIK PESERTA DIDIK
Modul Inggris KKA-2 KOMPETENSI PEDAGOGIK KARAKTERISTIK PESERTA DIDIK SMP Negeri 1 Kota Serang
 

Similar to Garis Panduan PLaN semakan Nov2020_LAMPIRAN B.pdf (20)

Program Kerja Ujian Sekolah 2021-2022.doc
Program Kerja Ujian Sekolah 2021-2022.docProgram Kerja Ujian Sekolah 2021-2022.doc
Program Kerja Ujian Sekolah 2021-2022.doc
 
Pkb jaelani
Pkb jaelaniPkb jaelani
Pkb jaelani
 
PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021
PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021
PENGIMBASAN Guru Belajar Seri AKM 2021
 
File pengimbasan guru belajar seri akm
File pengimbasan guru belajar seri akmFile pengimbasan guru belajar seri akm
File pengimbasan guru belajar seri akm
 
Taklimat Pemugaran Literasi dan Numerasi GB 2021.pptx
Taklimat Pemugaran Literasi dan Numerasi GB 2021.pptxTaklimat Pemugaran Literasi dan Numerasi GB 2021.pptx
Taklimat Pemugaran Literasi dan Numerasi GB 2021.pptx
 
Program supervisi mutu dan spmi
Program supervisi mutu dan spmiProgram supervisi mutu dan spmi
Program supervisi mutu dan spmi
 
Buku Merdeka Belajar 2020.pdf
Buku Merdeka Belajar 2020.pdfBuku Merdeka Belajar 2020.pdf
Buku Merdeka Belajar 2020.pdf
 
Pengayaan pgdk pgsd matematika
Pengayaan pgdk pgsd matematikaPengayaan pgdk pgsd matematika
Pengayaan pgdk pgsd matematika
 
bab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdfbab10200015708 (1).pdf
bab10200015708 (1).pdf
 
2. kata pengantar bahan iht 2012 (set)
2. kata pengantar bahan iht 2012 (set)2. kata pengantar bahan iht 2012 (set)
2. kata pengantar bahan iht 2012 (set)
 
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
 
Laporan kegiatan pkb menyusun rpp bdr final
Laporan kegiatan pkb menyusun rpp bdr finalLaporan kegiatan pkb menyusun rpp bdr final
Laporan kegiatan pkb menyusun rpp bdr final
 
6.-PKP-BERBASIS-ZONASI-20191028.pptx
6.-PKP-BERBASIS-ZONASI-20191028.pptx6.-PKP-BERBASIS-ZONASI-20191028.pptx
6.-PKP-BERBASIS-ZONASI-20191028.pptx
 
File Pengimbasan Guru Belajar Seri AKM.pptx
File Pengimbasan Guru Belajar Seri AKM.pptxFile Pengimbasan Guru Belajar Seri AKM.pptx
File Pengimbasan Guru Belajar Seri AKM.pptx
 
BAB I dan BAB II
BAB I dan BAB IIBAB I dan BAB II
BAB I dan BAB II
 
Paparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptxPaparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptx
 
Modul literasi
Modul literasiModul literasi
Modul literasi
 
Me Etyyyyy
Me EtyyyyyMe Etyyyyy
Me Etyyyyy
 
Me Etyyyyy
Me EtyyyyyMe Etyyyyy
Me Etyyyyy
 
Modul Inggris KKA-2 KOMPETENSI PEDAGOGIK KARAKTERISTIK PESERTA DIDIK
Modul Inggris KKA-2 KOMPETENSI PEDAGOGIK  KARAKTERISTIK PESERTA DIDIK Modul Inggris KKA-2 KOMPETENSI PEDAGOGIK  KARAKTERISTIK PESERTA DIDIK
Modul Inggris KKA-2 KOMPETENSI PEDAGOGIK KARAKTERISTIK PESERTA DIDIK
 

Recently uploaded

2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 

Garis Panduan PLaN semakan Nov2020_LAMPIRAN B.pdf

  • 1. LAMPIRAN B GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH (PLaN) 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memaklumkan tentang pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) di sekolah rendah yang terpilih di seluruh negara. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil.18/2018 bertarikh 19 Disember 2018 telah memaklumkan bahawa amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap l termasuk Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS2.0) dimansuhkan mulai tahun 2019. Oleh yang demikian, sekolah diberi autonomi mengenal pasti murid Tahap l yang mengalami kesukaran menguasai literasi dan numerasi serta menyediakan intervensi yang bersesuaian di peringkat sekolah. 2.2 Satu Kajian Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional telah dijalankan oleh KPM pada tahun 2018 untuk meneliti kesesuaian dan kaedah pentaksiran murid Tahap l, menambah baik pembelajaran murid secara berterusan, serta menentukan instrumen pentaksiran yang diselaraskan dengan KSSR dan sejajar dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kajian tersebut telah mengesyorkan beberapa langkah intervensi yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyokong murid yang mengalami kesukaran menguasai literasi dan numerasi berdasarkan 4 fokus yang berikut: a. Menambah baik pengajaran dan pembelajaran b. Memperkasa pengurusan sekolah c. Memperkukuh penglibatan ibu bapa, dan d. Mempertingkat intervensi awal
  • 2. 2 2.3 Hala tuju baharu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah berbeza daripada Program Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0 (2013-2018) dalam tiga aspek, iaitu objektif, akauntabiliti dan sokongan seperti berikut: 2.4. Justeru itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional Bilangan 1 Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 5 Mac 2019 telah bersetuju untuk melaksanakan PLaN berdasarkan dapatan kajian tersebut mulai tahun 2020. LINUS2.0 PLaN Objektif Menguasai asas literasi dan numerasi berdasarkan dua belas konstruk Menguasai literasi dan numerasi dengan mencapai sekurang- kurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3) berdasarkan DSKP Akauntabiliti Penentuan KPI secara berpusat dan item saringan yang sama untuk semua murid yang terlibat Penentuan KPI berbeza mengikut Take-Off Value (TOV) sekolah dan pentaksiran formatif mengikut tahap keupayaan murid Sokongan Intervensi secara top- down dan sama untuk semua Intervensi terbeza mengikut keperluan sekolah dengan bimbingan oleh PPD dan JPN
  • 3. 3 3. KAEDAH PELAKSANAAN 3.1 Syor Kajian Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional telah mengetengahkan enam langkah intervensi dalam PLaN untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti yang berikut: a. Bahan Pengajaran Harian yang Berfokus dan Terbeza bagi Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) bagi Bahasa Melayu dan Matematik serta Schemes of Work (SoW) bagi Bahasa Inggeris telah dibangunkan sebagai panduan serta rujukan kepada para guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran secara berfokus dan terbeza bagi pelaksanaan PdP yang lebih berkesan. Objektif MoLIB:  Guru menguasai asas kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berdasarkan pelbagai aras kebolehan murid;  Guru melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam meningkatkan penguasaan murid;  Guru berkeupayaan membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza berdasarkan keperluan murid. MoLIB mengandungi bahan bimbingan terarah kepada guru-guru literasi Bahasa Melayu dan Numerasi. Bagi Literasi, pemetaan Bahasa Melayu berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Semakan) Tahun 2 dan Tahun 3 yang merujuk kepada Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam  Kemahiran Mendengar dan Bertutur,  Kemahiran Membaca  Kemahiran Menulis  Aspek Seni Bahasa  Aspek Tatabahasa
  • 4. 4 Manakala, bahan Numerasi sebagai panduan dan bimbingan terarah kepada guru matematik. Enam tajuk pembelajaran berfokus dan terbeza Numerasi disediakan dalam MoLIB iaitu;  Mengukur panjang  Mengenal tanda senggatan minit pada muka jam  Melukis bentuk asas bagi bentuk dua dimensi  Menentukan nilai nombor hingga 10 000  Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada keseluruhan  Menyelesaikan ayat matematik melibatkan wang. SOW pula telah mengaplikasi pembelajaran berfokus dan terbeza melalui contoh-contoh pelbagai strategi dan cadangan aktiviti mengikut aras murid yang dimuatkan dalam SoW dengan setiap kemahiran dan aspek bahasa melalui tujuh strategi;  Strategi 1: Differentiate by the task pupil are given  Stategi 2: Differentiate by the type and amount of support provided  Stategi 3 : Differentiate by the outcome expected from pupils  Strategi 4: Differentiate by the time pupils are given to complete a task  Stategi 5: Differentiate by supporting individual learning preferences and needs  Strategi 6: Differentiate by the types of question asked  Strategi 7: Differentiate by the feedback given. b. Pelaksanaan Professional Learning Community (PLC) dalam meningkatkan pedagogi Pendekatan PLC yang berfokuskan kepada perancangan pengajaran yang berkesan dapat membantu pihak sekolah menangani isu literasi dan numerasi. Penglibatan pegawai pemulihan, SISC+ dan SIP+ sebagai pasukan sokongan kepada pihak sekolah adalah penting. Guru digalakkan menggunakan pelbagai alat kolaboratif PLC seperti yang dinyatakan dalam Kit
  • 5. 5 PLC. Melalui pendekatan PLC yang berkesan, guru dapat mengenal pasti isu, melaksanakan intervensi dan membuat refleksi untuk penambahbaikan PdP. PLC dapat didefinisikan sebagai sekumpulan guru yang komited dan berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan kualiti guru dalam merealisasikan kemenjadian murid. Justeru, dalam melaksanakan PLC, guru perlu terlebih dahulu memahami konsep FIS iaitu Focus, Improve dan Share. Bagi konsep focus, guru perlu mengenal pasti, mencari punca dan memahami masalah dalam PdP yang menyebabkan murid tidak dapat menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Seterusnya improve, di mana guru perlu menyusun strategi ke arah mencapai matlamat dengan mengumpul, menganalisis data dan memilih alat kolaboratif yang sesuai untuk dilaksanakan sebelum membuat rumusan dan penambahbaikan. Hasil dapatan, pengalaman dan amalan terbaik yang baik seharusnya dikongsi bersama di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan. c. Penggunaan bank item pentaksiran formatif yang menyokong pentaksiran bilik darjah (PBD) Guru boleh menggunakan bank item pentaksiran formatif yang telah dijajarkan dengan DSKP Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Item pentaksiran yang telah disediakan dapat membantu guru menjalankan pentaksiran bilik darjah dengan lebih berkesan mengikut tahap keupayaan murid dalam kelas masing-masing. Melalui bank item yang telah disediakan, guru boleh menggunakan item-item tersebut untuk mengetahui kemajuan murid dan membuat penambahbaikan dalam PdP berdasarkan penguasaan murid. Semua item yang dibuat berdasarkan Tahap Penguasaan 3 (TP3) seperti yang terdapat di dalam DSKP.
  • 6. 6 d. Penambahbaikan pengurusan instruksional Kompetensi pentadbir sekolah sebagai pemimpin pendidikan dipertingkatkan melalui bimbingan yang berterusan dan konsultasi oleh pihak PPD, School Improvement Partners (SIP+) dan KPM. Pentadbir sekolah perlu memantapkan kepimpinan instruksional, meningkatkan pemahaman dan pengurusan isu literasi dan numerasi serta merancang intervensi bagi menyelesaikan masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid. Sehubungan itu, peranan Guru Besar sebagai pemimpin Instruksional adalah sangat penting dalam memastikan semua murid di Tahap 1 sekolah rendah, kecuali murid berkeperluan khas menguasai tahap minimum dalam literasi dan numerasi. e. Penetapan sasaran berdasarkan kemajuan murid (improvement-based targets) Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (KPI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid mereka bagi memastikan usaha yang berterusan ke arah meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dengan penetapan KPI, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dipastikan ke arah membina asas pencapaian baik sekolah. Pegawai JPN dan PPD tidak terkecuali dalam bekerjasama membantu pihak sekolah agar sasaran tahap penguasaan murid yang ditetapkan iaitu sekurang- kurangnya TP3 tercapai. f. Pelaksanaan kempen kesedaran kepada ibu bapa KPM turut menyokong usaha pelaksanaan kempen kesedaran terhadap isu pendidikan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti khususnya untuk menangani murid yang belum menguasai literasi dan numerasi melalui aktiviti seperti hebahan media sosial, libat urus secara bersemuka dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dan juga penyediaan bahan bercetak yang berkaitan. Sebagai ibu bapa,
  • 7. 7 mereka boleh membaca bersama-sama anak, memberi pujian dan bermain sambil belajar dalam membantu anak-anak menguasai kemahiran-kemahiran ini. Penglibatan komuniti setempat dengan mengadakan pelbagai pendekatan sosial mampu meningkatkan perkembangan akademik anak-anak. 4. PERANAN DAN FUNGSI JPN dan PPD memainkan peranan yang penting bagi memastikan pelaksanaan PLaN berjalan lancar pada peringkat daerah dan sekolah. Penyelaras PLaN yang dikenal pasti di JPN bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan PLaN secara kolaboratif dengan PPD di negeri masing-masing. JPN juga perlu memastikan penyaluran maklumat dan kaedah komunikasi yang berkesan dapat membantu pihak PPD dan sekolah dalam pelaksanaan PLaN. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah atau Timbalan Pembelajaran PPD adalah sebagai focal person yang bertanggungjawab sebagai penghubung kepada JPN dan KPM dalam pelaksanaan PLaN. Focal person bertindak melapor pelaksanaan PLaN kepada JPN. Focal Person juga bertindak untuk melantik pegawai PPD yang sesuai untuk membimbing dan membina upaya pihak sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan intervensi yang bersesuaian untuk PLaN serta menentukan hala tuju sekolah secara kolaboratif, contohnya, dalam penetapan baseline dan sasaran sekolah. 5. PENUTUP Garis Panduan ini diharap dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah agar pelaksanaannya cekap dan berkesan. Maklumat lanjut berkaitan PLaN boleh didapati daripada laman sesawang DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) melalui pautan http://portal.moe-dl.edu.my/bahansumberpdp.