2. LALUAN KERJAYA GURU
– Pengajaran dan Pemudahcaraan ;
Guru yang melaksanakan tugas dalam PdPc, Guru Bimbingan, Fasilinus dan SiSC+
Kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi tanpa perlu meninggal bilik darjah.
Bertukar ke laluan kepimpinan dan kepakaran sekiranya memenuhi syarat.
– Kepimpinan ;
Bidang pengurusan dan pentadbiran ( JPN, PPD, Kaunselor Organisasi ).
Jawatan hakiki.
3. – Kepakaran ;
Berpengelaman luas dalam bidang kepakaran khusus
a. Kejurulatihan
b. Pentaksiran
c. Pembangunan kurikulum
d. Kaunseling
4. KOD ETIKA PERGURUAN GURU
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan
tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat
seterusnya membantu negara mencapai kemajuan.
Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana
guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari
landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.
Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan
memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam
pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar
dengan lebih bersungguh-sungguh.
5. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan dari hal-hal lain.
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka berhak
mengetahuinya
Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam
matapelajaran tanpa sebarang bayaran.
Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
6. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara pendidikan
dengan rumah tangga.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
Mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa
murid.
7. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT
DAN NEGARA
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan murid,masyarakat,negara atau yang bertentangan dengan Rukun Negara.
Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh membantu mereka menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab, berguna, menghormati orang tua dan
menghormati perbezaan kebudayaan.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.
8. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN
PROFESION KEGURUAN
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
guru.
Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan melaksanakannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
menceburkan diri dalam profesion perguruan .
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.