2. Konsep Interaksi
Interaksi merupakan satu proses yang berbentuk psikologi.
Penghayatan dan tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam suatu
interaksi merupakan suatu stimulus (dorongan dan ransangan) bagi
tindakan individu lain yang menjadi pasangannya.
Suatu pertukaran antara peribadi yang masing-masing mempengaruhi
antara satu sama lain.
Interaksi banyak dibincangkan dalam bentuk sosial. Ini kerana manusia
adalah makhluk social (Madaniyy bi al-Tab’i) akan sentiasa berinteraksi
dengan manusia lain.
Interaksi sosial adalah suatu hubungan antara dua individu atau lebih
yang saling mempengaruhi, mengubah, atau memperbaiki kelakuan
individu yang lain atau sebaliknya.
3.
4. Definisi
Interaksi : Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak
balas antara dua pihak atau lebih: Komunikasi ialah proses perhubungan
atau ~ di kalangan individu. berinteraksi bertindak atau berhubungan
secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kpd yg
hadir utk ~ serta bertukar-tukar fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
Interaction : n (between people, between an individual and his
surroundings, etc ) interaksi: the ~ between man and his
environment, interaksi antara manusia dan alam sekitarnya.
Ta’amul : Berasal dari perkataan Arab yang didefinisikan sebagaimana
berikut;
10. Definisi;
“Berinteraksi dengan al-Qur’an dan Sunnah’
Berinteraksi dalam konteks stimulus (dorongan dan ransangan) mempengaruhi
mempengaruhi, mengubah, atau memperbaiki kelakuan individu dan social
bertepatan dengan al-Qur’an dan Sunnah dalam konteks berikut;
Perkataan (aqwal)
Perbuatan (af’al)
Penentuan (taqrir)
sifat
Ketiga-tiga aspek tersebut dipraktiskan dengan sandaran berfikir dirujuk kepada
al-Qur’an dan Sunnah.
11. INTERAKSI QUR’AN
PERMULAAN DAN PERKEMBANGAN
Interaksi dengan al-Qur’an dengan penurunan wahyu kepada Rasulullah saw.
Kedatangan Jibril a.s ketika Rasulullah saw bersendirian di gua Hira’ merupakan
titik mula proses interaksi berlaku.
12. Interaksi ini lahir dari perencanaan Allah swt kepada
hambanya. Oleh itu sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah
saw kembali ke pangkuan isterinya Khadijah binti Khuwailid
dalam keadaan ketakutan dan bukannya dengan kegembiraan
sebagaimana naluri manusia biasa yang bergembira apabila
berhasil mendapatkan sesuatu yang besar.
Al-Bukhari (2000) meriwayatkan;
“Maka Rasulullah saw kembali (dengan wahyu pertama) dengan
hati yang gementar ketakutan. Baginda pergi ke pangkuan
Khadijah r.a dan meminta kepadanya; Selimutkan aku!
Selimutkan aku!. Khadijah menyelimutkan baginda sehingga
hilang rasa takut tersebut”.
13. Sejurus selepas peristiwa penurunan tersebut, maka bermulalah episod-
episod gerakan pemikiran yang dihiasi dengan ilmu dan pengetahuan
dalam kalangan orang Arab.
Gaya bahasa al-Qur’an menjadikan mereka kembali meneliti gaya bahasa
al-bayan dan al-ta’bir dalam bahasa mereka. Ini kerana cara penyampaian
al-Qur’an terlalu luar biasa dan di luar kebijaksanaan bahasa yang
dihasilkan oleh sasterawan mereka.
Al-‘Ak (1994) mencatatkan Ibn Qutaybah merakamkan dalam penulisannya
al-Rasa’il soalan yang diajukan kepada Rasululullah s.a.w. Mereka berkata;
“Wahai Rasulullah, seseungguhnya engkau telah bawakan kepada
kami suatu kata-kata berbahasa Arab akan tetapi kami tidak mengetahui
mengenainya sedangkan kami orang Arab”. Maka Rasulullah s.a.w menjawab;
“Sesungguhnya Tuhanku yang mengajar aku dan aku mempelajarinya”.
14. Rasulullah kemudiannya mengajar para sahabat al-Qur’an.
Pengajaran ini meliputi dua perkara asas iaitu cara bacaan dan
tafsir al-Qur’an. Pengajaran dua aspek ini secara asasnya berlaku
secara serentak.
Ibn Taymiyah (2002) dalam pendahuluan penulisannya
Muqaddimah Fi Usul al-Tafsir telah menukilkan satu riwayat
bersumberkan Abu Abd. Rahman al-Sulami. Beliau menyatakan;
“Mereka yang mengajar kami al-Qur’an seperti Uthman bin
Affan, Abdullah bin Mas’ud dan selain dari mereka, mereka
mempelajari dari Rasulullah s.a.w sekadar sepuluh ayat dan tidak
lebih dari itu. Mereka mempelajari membaca al-Qur’an, ilmu-
ilmu al-Qur’an dan beramal dengan al-Qu’ran”.
15. Secara amnya, interaksi dengan al-Qur’an berlansung menerusi
amalan tilawah al-Qur’an yang berlaku secara rutin dalam kalangan
sahabat.
Bagi menyingkap maksud tilawah dalam konteks interaksi al-Qur’an,
ayat 121 dari surah al-Baqarah wajar diteliti huraiannya. Firman
Allah:
“Mereka telah Kami datangkan kepada mereka al-Kitab, mereka membacanya
dengan sebenar-benar bacaan, merekalah orang- orang yang benar-benar
beriman dengan kitab tersebut, dan sesiapa yang kufur dengannya maka
merekalah orang-orang yang rugi”.
16. Menerusi ayat tersebut, al-Sabuni (1985) menyatakan bahawa tilawah
merangkumi aspek-aspek berikut:
Tilawah: iaitu boleh membaca al-Qur’an dengan baik dan fasih.
Tafahhum dan Tafsir: iaitu mengetahui makna dan faham maksud ayat-ayat
yang dibaca.
Tatbiq: bermaksud menghayati atau merealisasikan ajaran al-Qur’an dalam
hidupnya dengan sepenuh hati dalam semua aspek kehidupan.
Tahfiz: Yakni menghafaz ayat-ayat tertentu dari al-Qur’an untuk amalan,
bacaan dalam solat dan wirid-wirid. Jika mampu menghafaz secara
keseluruhannya adalah sangat baik.
Tarannum: iaitu bermaksud membaca al-Qur’an dengan suara yang baik dan
merdu serta dengan lagu yang sesuai.
Ta’lim: Kalimah ini memberi maksud mengajar, iaitu berusaha untuk belajar
hingga berkemampuan untuk mengajar orang lain. Dengan cara ini al-
boleh berkembang dari satu masyarakat ke satu masyarakat dan dari satu
generasi kepada generasi yang lain.