SlideShare a Scribd company logo
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
HIQ 3013 – ILMU-ILMU AL-QURAN
KERJA KURSUS
TUGASAN 1
NAMA PELAJAR : MOHAMMED KHOUDREY ABD HAMID
NO. MATRIK : D20112055735
PUSAT PEMBELAJARAN : GROUP UPSI03 (A131 PJJ)
NAMA TUTOR E- LEARNING : DR. AZMIL BIN HASHIM
TARIKH SERAH : 11 NOVEMBER 2013
MARKAH
Huraikan Maksud Tafsir Al-Quran dan sumber-sumber tafsir. Dan jelaskan
bagaimana tafsir dilakukan dengan mengikut syarat-syarat pentafsiran al-
Quran?
MUKADDIMAH.
Al-Quran yang merupakan kalam Allah swt adalah panduan yang lengkap kepada
orang-orang yang beriman sesuaian dengan firman Allah swt :
“ Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai
Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-
gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang
Maha Kuasa lagi Maha Terpuji”.
(Surah Ibrahim :1)
Penegasan ini dinukilkan lagi oleh Allah swt tentang risalah (al-quran) yang
dibawa oleh rasul-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Yasin ayat 69:
“ (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair
kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami
wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci
yang memberi penerangan”
( Surah Yasin: 69)
Imam Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman menyatakan tentang Nabi-Nya
Muhammad SAW bahawa Dia tidak mengajar syair kepada baginda." Sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahan rujukan yang utama dalam islam, sepatutnya al-quran
dijadikan sebagai panduan dan ikutan setiap tingkah laku kita dalam kehidupan.
Malangnya tidak semua orang mampu dan berusaha memahami akan isi kandungan
Al-Quran. Dalam hal ini, penelitian yang baik merupakan cabaran kepada umat
manusia kerana al-quran diturunkan dalam bahasa arab. Oleh yang demikian, untuk
memahami al-quran kita memerlukan ahli ilmu tafsir dan para ulamak tafsir.
MAKSUD TAFSIR AL-QURAN.
Dari sudut bahasa ialah tafsir al-quran ialah sesuatu penjelasan, penerangan dan
menyingkap sesuatu, menjelaskan sesuatu atau menyingkap sesuatu ayat yang
tidak jelas maknanya. Dalam al-Quran juga Allah swt berfirman:
“ Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk
menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan
yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu)”.
(Surah Al-Furqan : 33).
Ibn Abbas mengatakan ‫تفسيرا‬ ‫وأحسن‬ ialah bermaksud “Penjelasan”. Dari sudut
istilah tafsir ialah bidang ilmu tentang maksud dan lafaz ayat dalam Quran, hukum
dan hakam serta pengajaran dan manfaat yang diperolehi dari al Quran.
Pandangan Imam Zarqasyi pula mengatakan tafsir bermaksud ilmu untuk
memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw serta
menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran.
Selaras dengan sunnah Allah swt, Rasulullah saw ditugaskan untuk menerangkan
ayat-ayat al quran kepada seluruh umat manusia sesuai dengan firmanNya dalam
ayat keempat dalam surah Ibrahim.
“Dan tidaklah kami mengutuskan rasul melainkan dengan lisan kaumnya sendiri
untuk memberi penerangan kepada mereka.”
(Surah Ibrahim :4).
Selain ayat tersebut di atas, Allah swt menegaskan lagi dalam firmannya iaitu
“ Dan sesungguhnya kami telah turunkan Qur’an itu dalam bahasa arab moga-moga
kamu memikirkan (memahaminya).”
(Surah Yusuf : 2).
Disebabkan Al-Quran ini diturunkan dalam bahasa arab maka ianya
merupakan satu kewajipan kepada umat Islam untuk mengetahui ilmu tafsir agar ia
dapat menjelaskan maksud-maksudnya yang tidak difahami oleh orang yang bukan
arab.
Susunan ayat-ayat al quran benar-benar menjadi cabaran kepada sesiapa
yang tidak beriman untuk mentafsirnya. Sebagaimana cabaran Allah swt kepada
hamba-Nya dengan berfirman :
“ Dan jika kamu meragui akan apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada
hamba kami (Muhammad), maka buatlah satu surah sepertinya “
(Surah Al-Baqarah : 23).
Contoh jelas adalah kenyataan yang disebut oleh Abu Ubaidah dari riwayat
Mujahid dari Ibn Abbas ra bahawa katanya “ Aku tidak mengetahui apakah itu
‘fathirul Samawatul wal Ardh’ sehinggalah datang 2 orang arab yang bersumpah di
tepi telaga dan seorangnya mengatakan , Ana fathiruha : yang bermaksud akulah
yang membuatnya (memulakan penciptaannya).”
Para ulamak telah menetapkan panduan dan kaedah khusus dalam membuat
penafsiran pada ayat-ayat Quran. Sepertimana disebut oleh Imam Ibnu Khatsir yang
mengatakan sebaik-baik tafsir ialah tafsir dengan menggunakan Al-Quran bagi
menafsirkan Al-Quran.
Beliau melihat pentafsiran Al-Quran dengan ayat Al-Quran ialah tafsiran yang
benar kerana hanya Allah mengetahui apa yang dimaksudkannya dan lafaz tertentu
dalam Al-Quran.
Terdapat contoh yang dilakukan sendiri oleh para sahabat contohnya seperti
firman Allah swt :
“Bagi kamu dihalalkan memakan binatang ternak kecuali yang akan didatangkan
kepada-mu selain itu.”
(Surah Al-Mai’dah :1)
Perintah dan kebenaran memakan binatang sangatlah umum kerana tidak
disebut binatang yang bagaimanakah pula yang tidak boleh dimakan. Justeru, para
sahabat mentafsirkannya dengan ayat 3 Surah Al-Mai’dah iaitu;
"Diharamkan kepada kamu memakan bangkai , darah, daging khnzir (babi) dan
binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah….”
(Surah Al-Maidah :3).
Kaedah tafsir tersebut berdasarkan kefahaman iaitu sebaik-baik tafsir bagi Al-Quran
selepas Al-Quran itu sendiri. Sebagaimana firman Allah swt yang berbunyi :
“ Dan kami turunkan kepada kamu Al-Zikr (Al-Quran) sebagai memberi penerangan
kepada manusia.”
(Surah An-Nahl : 44).
Imam As syafie ra juga pernah mengatakan “ Setiap yang dihukumkan oleh
rasulullah merupakan apa yang hasil dari Al-Quran.” Antara contoh tafsir dengan
sunnah Nabi saw adalah seperti perbuatan sahabat bertanyakan kepada baginda
maksud ayat-ayat wahyu atau wujud penerangan dari baginda saw.
Demikianlah juga halnya dalam Surah Al-Kausar ketika ditanya kepada
baginda apakah itu tafsiran berkaitan surah Al-Kausar maka baginda menjawab
‫الجنة‬ ‫فى‬ ‫ربي‬ ‫أعطانيه‬ ‫نهر‬ ‫الكوثر‬“ Al-Kausar itu ialah sungai yang diberikan oleh Tuhanku
di Syurga” (Riwayat Muslim).
Kaedah pentafsiran lain ialah quran boleh ditafsirkan dengan menggunakan
perkataan dan riwayat dari salaf soleh kerana mereka memahami Al-Quran dengan
kefahaman yang diwarisi dari rasulullah. Sebagaimana kata Abdullah ibn Mas’ud, “
Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, tidaklah turun satu ayat pun dalam Al-Quran
melainkan aku tahu pada siapa diturunkan dan di mana diturunkan dan tidaklah aku
mengetahui ada orang yang lebih alim kitab Allah dari aku melainkan aku segera
menunggangi kenderaan mendatanginya.
Pada zaman itu mereka juga terkenal sebagai ulamak dan pentafsir Al-Quran
seperti Ibnu Abbas yang digelar sebagai “Penterjemah Al-Quran” lantaran berkat doa
Rasulullah padanya saw (‫التأويل‬ ‫وعلمه‬ ‫الدين‬ ‫فى‬ ‫فقهه‬ ‫اللهم‬ ) “Ya Allah fahamkanlah dia dalam
agama dan alimkanlah dia akan tafsir.” (Riwayat Bukhari).
Walaupun begitu kita hendaklah berhati-hati dalam menerima makna dan
pentafsiran berdasarkan riwayat dengan hanya memilih dan mengambil yang sahih
sanadnya. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab sebagai menunjukkan kemuliaan
bangsa arab dan penghormatan kepada keturunan baginda saw. Selaras dengan
riwayat dari Mujahid yang berkata “Tidak halal bagi sesiapapun yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat untuk berkata sesuatu perihal Al-Quran sedang dia
tidak menguasai bahasa arab.”
Allah swt mencela orang-orang yanmg membuat tafsiran al quran berdasarkan
kefahaman akal semata-mata melalui firman-Nya:
“ Nanti akan ada orang yang akan mengatakan jumlah mereka (Ashab kahfi) adalah
tiga orang dan ke-empatnya ialah anjing dan juga akan mengatakan yang lainnya
jumlah mereka itu (Ashab kahfi) ialah lima dan ke-enamnya ialah anjingnya sebagai
tekaan dan menyangka perihal ghaib manakala yang lain pula mengatakan mereka
itu tujuh orang dan kelapannya ialah anjingnya. “ Katakanlah sesunguhnya tuhanku
mengetahui bilangan sebenar mereka dan tidaklah kamu ketahui perihal itu
melainkan sedikit. Kerana itu janganlah kamu bertengkar kerana hal mereka itu dan
kecuali kamu mengambil pengajaran dari apa yang zahir dan janganlah bertanya
perihal mereka itu sesiapa pun.” (Surah Al-Kahfi : 22).
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa “ Tafsir itu terbahagi kepada empat
bahagian, iaitu perkara yang dapat diketahui oleh orang arab akan maknanya, tafsir
dan perkara yang tidak ada keuzuran bagi sesiapa pun untuk mengetahuinya
lantaran terlalu jelas dan tafsir yang hanya diketahui oleh para ulama’ serta tafsir dan
perkara yang hanya diketahui oleh Allah swt.” (Mabahis Fi Ulum Quran m/s 320).
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
Islam pada zaman Rasulullah saw berperanan sebagai penerang dan pembimbing
serta pentafsir kepada Al-quran.
“Sesungguhnya kamilah yang mengumpulkan Quran itu bagi kamu dan jika kami
membacanya maka ikutlah dan kepada kamilah yang meneranginya.”
(Surah Al-Qiyamah :17).
Semasa proses penurunan Al-Quran, para sahabat dapat mempelajarinya
dengan mudah kerana disisi mereka ada Rasulullah saw selain bahasa arab yang
memudahkan mereka menguasai kandungannya. Adalah sangat mudah kerana
setiap permasalahan dirujuk terus kepada Rasulullah saw. Ini diterangkan dalam
riwayat Abu Dzar r.a bahawa baginda saw bersabda “Tidaklah tertinggal sesuatu
yang dapat membawa ke syurga dan menjauhkan dari neraka melainkan telah
diterangkan kepada kalian. (Riwayat Thabrani)
SEJARAH TAFSIR ZAMAN SAHABAT
Kehadiran para sahabat membantu dalam mentafsirkan ayat-ayat al quran.
Keupayaan tinggi mereka dalam memahami Al-quran menjadi panduan umat Islam
seluruhnya dalam mengatasi masalah yang dihadapi berkaitan tafsir al quran. Para
ulamak tafsir yang masyhur antaranya ialah Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Zaid Ibnu
Thabit, Abu Musa Al-asya’ari, Abdullah ibnu Zubair, Anas Ibnu Malik, Abdullah Ibnu
Umar, Jabir ibnu Abdillah dan Abdullah ibnu Amru bin Al-Ash.
Para sahabat tidak menghadapi sebarang masalah dengan kefahaman
mereka yang mendalam dan sikap mereka yang teguh serta tegas dalam
mempertahankan sunnah menyebabkan masyarakat ketika itu masih mengikut Al-
Quran dan As-Sunnah hasil didikan mereka.
Dalam kalangan sahabat yang empat itu saidina Ali abi Tholib sangat banyak
diambil ilmu berkaitan tafsir al qurannya. Hal ini kerana Ali ialah sahabat yang paling
muda dan khalifah yang terakhir dalam kalangan empat khalifah islam.
ZAMAN TABIEN (SELEPAS ZAMAN KHALIFAH)
Mereka yang hidup pada zaman ini merupakan pewaris ilmu yang juga ilmu-ilmu
peninggalan para sahabat sebelumnya. Kebanyakan ilmuan dalam zaman tabien
yang mengambil ilmu dari sahabat secara umum. Pada saat-saat akhir pemerintahan
akhir Bani Umaiyah dan zaman kemunculan pemerintahan Abasiyah yang banyak
berlaku masalah pertumpahan darah, masalah kewujudan kumpulan-kumpulan
akibat perpecahan seperti kemunculankumpulan ajaran menyeleweng dan sesat
seperti Khawarij, Syiah dan Qadariah serta Murjiah dan Muktazilah.
Dengan kekuasaan Allah swt yang menjaga agama maka lahirlah ramai
ilmuan tafsir di antaranya ialah Sa’ad Ibn Jubair, Mujahid, Hasan Al-Basri, Qatadah,
Zaid Ibn Aslam, Muhammad Ibn Ka’ab dan lain-lain yang mana ilmu dalam bidang
tafsir al quran terus terpelihara sehingga ke hari ini.
Pada zaman tabien juga ramai orang Ajam (bukan arab) memeluk islam, selain
pembukaan kota-kota besar serta penaklukan dan perluasan wilayah Islam menjadi
faktor menyebabkan para tabien terpaksa berusaha keras untuk berusaha
membanteras kemasukan fahaman asing yang cuba dijadikan sebagai sebahagian
dari Islam demi memelihara keaslian dan kesucian agama Islam.
PERMULAAN PEMBUKUAN ILMU TAFSIR AL QURAN.
Berakhir zaman tabien dan empayar islam yang terkenal iaitu Bani Umaiyah,
ulamak mulai sedar kepentingan unutk membukukan ilmu tafsir iaitu pada zaman
Bani Abbasiyah.antara ulamak yang menjadi pelopor dalam penulisan tafsir ialah;
1.Sufyan Ibn Uyainah (160 Hijrah)
2. Waqi ibn Jarah (197 Hijrah)
3. Syu’bah Bin Hajjaj (160 Hijrah)
4. Yazid Ibn Harun (117 Hijrah)
5. Rauhah Ibn Ubadah (205 Hijrah)
Zaman ini dilihat banyak mempengaruhi proses penafsiran Al-Quran kerana
Al-Quran ditafsirkan menurut pegangan mazhab seperti Tafsir Jami’ Ahkam oleh
imam al Qurtubi. Lahir juga pada zaman ini juga tafsir lain seperti Tafsir Al-Baghawi “
Ma’alim At-Tanzil, tafsir Syaukani “ Fathul Qadir” dan Tafsir ibn Katsir “Tafsir Al-
Quran Azim”.
SYARAT DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN
Sesuai dengan kesucian ayat-ayat al-Quran yang merupakan kalam Allah swt
Tuahan semesta alam ini, adalah menjadi tugas berat bagi ahli tafsir untuk
merungkai isi atau makna tersirat dalam sesuatu ayat yang ingin ditafsirkan. Hal ini
dikhuatiri memesong daripada makna atau tujuan sebenar ayat al quran diturunkan.
Justeru, ulamak tafsir meletakkan beberapa syarat serta kelayakan individu membuat
tafsiran terhadap al-Quran iaitu;
1. KEKUATAN PEGANGAN AHLI TAFSIR TERHADAP AGAMA.
Syarat utama ini adalah penting kerana jika seseorang itu tidak benar iktikadnya
terhadap agama Islam, kepada Allah swt dan Rasulullah saw sudah tentu ia tidak
boleh dipercayai pendapatnya mengenai Kalamullah.
2. SUCI HATI DAN PERASAANNYA SERTA FIKIRANNYA.
Pentafsir al quran mestilah tidak terpengaruh dengan keadaan atau pengaruh
keduniaan. Fahaman-fahaman baru yang terdapat selepas zaman sahabat seperti
golongan Muktazilah, Qadariyah dan Jabariyah tidak memungkinkan pentafsir
membuat tafsiran dalam lingkungan yang benar.
3. MEMULAKAN TAFSIRAN TERHADAP SESUATU AYAT AL-QURAN DENGAN
AL-QURAN JUGA.
Syarat utama dalam proses mentafsir ialah mentafsir ayat al quran dengan ayat al
quran yang lain. Ayat yang diturunkan lebih awal akan dituruti oleh ayat yang lain
yang lebih khusus.
4. MENTAFSIR AYAT DENGAN HADIS DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
SEKIRANYA TIDAK ADA AYAT LAIN DARI AL-QURAN YANG
MENERANGKANNYA.
Sebagai contoh, ayat mengenai seruan mengerjakan solat. Dalam hadis, Rasulullah
saw menerangkan “Solatlah kamu sebagaiman kamu melihat aku solat”.
5. SEKIRANYA TIDAK TERDAPAT HADIS YANG MENERANGKAN HENDAKLAH
MENTAFSIRKAN BERDASARKAN PENDAPAT SAHABAT.
Perkara ini mesti diambil perhatian kerana dikalangan sahabat Nabi saw, merekalah
yang berdamping rapat dengan baginda dan mendapat maklumat secara langsung
daripada mulut Rasulullah saw sendiri.
6. JIKA TIDAK ADA TERDAPAT TAFSIRAN DARIPADA SAHABAT, MAKA
PENTAFSIR HENDAKLAH MERUJUK KEPADA PENDAPAT TABIEN.
7. MEMILIKI ILMU-ILMU YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA ARAB.
Al quran diturunkan dalam bahasa arab, maka penguasaan dalam bahasa arab
sangat penting kerana gaya bahasa yang amat tinggi berbeza dengan bahasa lain di
dunia.
8. PENGETAHUAN TINGGI DALAM BIDANG ILMU LAIN MISALNYA ILMU
TENTANG QIRAAT, TAJWID, FEKAH DAN TAUHID.
9. MEMILIKI KEFAHAMAN YANG TAJAM TERHADAP SESUATU PERKARA
Tahap ilmu dan IQ yang tinggi terutama dalam hal yang berkaitan dengan akidah al-
Quran selain syariat yang diterangkan di dalam al-Quran membolehkan pentafsir
membuat gambaran dan keputusan tentang makna sebenar sesuatu ayat.
PENUTUP
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa)
perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara
yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat,
aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada
mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu
mahu berfikir?"
(Surah Al An am : 50)
Untuk menutup perbincangan tajuk tafsir ini eloklah kita renungkan firman Allah swt
di atas yang mana ia jelas perbezaan orang yang berfikir dengan orang yang tidak
mahu berfikir. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan umat yang bukan hanya
menumpukan perhatian kepada al quran dari sudut luaran sahaja iaitu dari segi
bacaan. Akan tetapi perlu ada usaha untuk memahami serta mendalami makna dan
maksud tersirat dalam ayat-ayat al Quran melalui pembacaan kitab-kitab tafsir yang
ditinggalkan untuk kita teladani.
Wallahu a’lam.

More Related Content

What's hot

Mencapai Kesempurnaan Ramadhan
Mencapai Kesempurnaan RamadhanMencapai Kesempurnaan Ramadhan
Mencapai Kesempurnaan Ramadhan
UiTM Terengganu Kampus Rekreasi Bukit Besi
 
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMPENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
HJWANZ
 
Kitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'iKitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'i
نور فريحا حمدان
 
Sinopsis Surah 79-114
Sinopsis Surah 79-114Sinopsis Surah 79-114
Sinopsis Surah 79-114
Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
Munasabah ayat
Munasabah ayatMunasabah ayat
Munasabah ayat
51yadi
 
RPP Sejarah kelas X 28
RPP Sejarah kelas X 28RPP Sejarah kelas X 28
RPP Sejarah kelas X 28
Ressa
 
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat IniAbu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
Muhammad Trieha
 
Nuzul al quran power point
Nuzul al quran power pointNuzul al quran power point
Nuzul al quran power pointkammcun
 
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Norafsah Awang Kati
 
Islam - Fiqh of Food - Halal & Haram
Islam - Fiqh of Food - Halal & HaramIslam - Fiqh of Food - Halal & Haram
Islam - Fiqh of Food - Halal & Haram
Shane Elahi
 
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
Aiisy Afifah
 
The Life of the Prophet Muhammad: Chapter 12: Summary
The Life of the Prophet Muhammad: Chapter 12: SummaryThe Life of the Prophet Muhammad: Chapter 12: Summary
The Life of the Prophet Muhammad: Chapter 12: Summary
Adil Hussain
 
Bidadari syurga
Bidadari syurgaBidadari syurga
Bidadari syurga
budi awang
 
Tafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-TinTafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-Tin
Wan Aiman
 
Ulum al quran lengkap pt 1
Ulum al quran lengkap pt 1Ulum al quran lengkap pt 1
Ulum al quran lengkap pt 1
Amiruddin Ahmad
 
Sura Kahf- From a Different Perspective
Sura Kahf- From a Different PerspectiveSura Kahf- From a Different Perspective
Sura Kahf- From a Different Perspective
Sami Huq
 
(5) Ulumul quran
(5) Ulumul quran(5) Ulumul quran
(5) Ulumul quranIbnu Ahmad
 
Studim rreth tarikateve sufiste ...
Studim rreth tarikateve sufiste ...Studim rreth tarikateve sufiste ...
Studim rreth tarikateve sufiste ...
RregullatIslame
 
makalah Makkiyah dan madaniyah
makalah Makkiyah dan madaniyahmakalah Makkiyah dan madaniyah
makalah Makkiyah dan madaniyah
fenisawo
 

What's hot (20)

Mencapai Kesempurnaan Ramadhan
Mencapai Kesempurnaan RamadhanMencapai Kesempurnaan Ramadhan
Mencapai Kesempurnaan Ramadhan
 
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIMPENGORBANAN NABI IBRAHIM
PENGORBANAN NABI IBRAHIM
 
Kitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'iKitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'i
 
Sinopsis Surah 79-114
Sinopsis Surah 79-114Sinopsis Surah 79-114
Sinopsis Surah 79-114
 
Munasabah ayat
Munasabah ayatMunasabah ayat
Munasabah ayat
 
RPP Sejarah kelas X 28
RPP Sejarah kelas X 28RPP Sejarah kelas X 28
RPP Sejarah kelas X 28
 
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat IniAbu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
Abu Ubaidah bin Jarrah : Orang Paling Terpercayanya Umat Ini
 
Nuzul al quran power point
Nuzul al quran power pointNuzul al quran power point
Nuzul al quran power point
 
Asbabun nuzul
Asbabun nuzulAsbabun nuzul
Asbabun nuzul
 
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
 
Islam - Fiqh of Food - Halal & Haram
Islam - Fiqh of Food - Halal & HaramIslam - Fiqh of Food - Halal & Haram
Islam - Fiqh of Food - Halal & Haram
 
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
 
The Life of the Prophet Muhammad: Chapter 12: Summary
The Life of the Prophet Muhammad: Chapter 12: SummaryThe Life of the Prophet Muhammad: Chapter 12: Summary
The Life of the Prophet Muhammad: Chapter 12: Summary
 
Bidadari syurga
Bidadari syurgaBidadari syurga
Bidadari syurga
 
Tafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-TinTafsir Surah At-Tin
Tafsir Surah At-Tin
 
Ulum al quran lengkap pt 1
Ulum al quran lengkap pt 1Ulum al quran lengkap pt 1
Ulum al quran lengkap pt 1
 
Sura Kahf- From a Different Perspective
Sura Kahf- From a Different PerspectiveSura Kahf- From a Different Perspective
Sura Kahf- From a Different Perspective
 
(5) Ulumul quran
(5) Ulumul quran(5) Ulumul quran
(5) Ulumul quran
 
Studim rreth tarikateve sufiste ...
Studim rreth tarikateve sufiste ...Studim rreth tarikateve sufiste ...
Studim rreth tarikateve sufiste ...
 
makalah Makkiyah dan madaniyah
makalah Makkiyah dan madaniyahmakalah Makkiyah dan madaniyah
makalah Makkiyah dan madaniyah
 

Similar to Tugasan 1 Ilmu2 quran

Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
fitridheasari
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).
Ibnu Ahmad
 
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.docx
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.docxSejarah Turunnya Al-Qur’an.docx
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.docx
Zukét Printing
 
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Zukét Printing
 
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Zukét Printing
 
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdfSejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Zukét Printing
 
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.pdf
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.pdfAl-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.pdf
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.pdf
Zukét Printing
 
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.docx
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.docxAl-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.docx
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.docx
Zukét Printing
 
Sunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islamSunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islam
Lintoe1
 
Makalah ulumul
Makalah ulumulMakalah ulumul
Makalah ulumul
Catatan_Kuliyah
 
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’anTugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’anNur Alfiyatur Rochmah
 
Icsb223
Icsb223Icsb223
MAKALAH AL-QUR'AN.docx
MAKALAH AL-QUR'AN.docxMAKALAH AL-QUR'AN.docx
MAKALAH AL-QUR'AN.docx
Nadila Utami
 
Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)
Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)
Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)
Nur Alfiyatur Rochmah
 
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Muhammad Ikhsan. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Muhammad Ikhsan. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Muhammad Ikhsan. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Muhammad Ikhsan. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
ISLAMIC UNIVERSITY OF GOVERMENT NORTH SUMATERA
 
Studi al qur'an
Studi al qur'anStudi al qur'an
Studi al qur'an
Muhammad Azmi
 
Al qur’an dan tafsir
Al qur’an dan tafsirAl qur’an dan tafsir
Al qur’an dan tafsir
Nur Alfiyatur Rochmah
 
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
EmCy PoEtri SagiEta AL-ghoffari
 

Similar to Tugasan 1 Ilmu2 quran (20)

Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
Materi Keagungan Al-Qur'an kelompok 2
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).
 
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.docx
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.docxSejarah Turunnya Al-Qur’an.docx
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.docx
 
Al quran
Al quranAl quran
Al quran
 
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
 
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
Makalah Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printin...
 
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdfSejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
Sejarah Turunnya Al-Qur’an.pdf
 
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.pdf
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.pdfAl-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.pdf
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.pdf
 
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.docx
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.docxAl-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.docx
Al-Qur'an Sebagai Sumber Agama Islam.docx
 
Sunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islamSunber vajaran agama_islam
Sunber vajaran agama_islam
 
Ulumul qur'an ii
Ulumul qur'an iiUlumul qur'an ii
Ulumul qur'an ii
 
Makalah ulumul
Makalah ulumulMakalah ulumul
Makalah ulumul
 
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’anTugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
 
Icsb223
Icsb223Icsb223
Icsb223
 
MAKALAH AL-QUR'AN.docx
MAKALAH AL-QUR'AN.docxMAKALAH AL-QUR'AN.docx
MAKALAH AL-QUR'AN.docx
 
Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)
Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)
Overview Studi Al-Qur'an (SMT I)
 
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Muhammad Ikhsan. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Muhammad Ikhsan. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Muhammad Ikhsan. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-2 TAFSIR TEMATIK OLEH Muhammad Ikhsan. SM IV MD-B FDK UINSU 2019/2020
 
Studi al qur'an
Studi al qur'anStudi al qur'an
Studi al qur'an
 
Al qur’an dan tafsir
Al qur’an dan tafsirAl qur’an dan tafsir
Al qur’an dan tafsir
 
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
 

More from Khudrey Hamid

Maal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 HMaal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 H
Khudrey Hamid
 
Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018
Khudrey Hamid
 
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
Khudrey Hamid
 
Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014
Khudrey Hamid
 
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabahKertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Khudrey Hamid
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
Khudrey Hamid
 
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis KhatanTUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis KhatanKhudrey Hamid
 
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3Khudrey Hamid
 
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)Khudrey Hamid
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4 DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4 Khudrey Hamid
 
Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013
Khudrey Hamid
 
Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012
Khudrey Hamid
 

More from Khudrey Hamid (13)

Maal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 HMaal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 H
 
Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018
 
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
 
Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014
 
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabahKertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis KhatanTUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
 
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
 
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4 DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
 
DSKP umum tahun 4
DSKP umum tahun 4DSKP umum tahun 4
DSKP umum tahun 4
 
Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013
 
Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012
 

Tugasan 1 Ilmu2 quran

  • 1. PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014 HIQ 3013 – ILMU-ILMU AL-QURAN KERJA KURSUS TUGASAN 1 NAMA PELAJAR : MOHAMMED KHOUDREY ABD HAMID NO. MATRIK : D20112055735 PUSAT PEMBELAJARAN : GROUP UPSI03 (A131 PJJ) NAMA TUTOR E- LEARNING : DR. AZMIL BIN HASHIM TARIKH SERAH : 11 NOVEMBER 2013 MARKAH
  • 2. Huraikan Maksud Tafsir Al-Quran dan sumber-sumber tafsir. Dan jelaskan bagaimana tafsir dilakukan dengan mengikut syarat-syarat pentafsiran al- Quran? MUKADDIMAH. Al-Quran yang merupakan kalam Allah swt adalah panduan yang lengkap kepada orang-orang yang beriman sesuaian dengan firman Allah swt : “ Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap- gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji”. (Surah Ibrahim :1) Penegasan ini dinukilkan lagi oleh Allah swt tentang risalah (al-quran) yang dibawa oleh rasul-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Yasin ayat 69: “ (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami
  • 3. wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan” ( Surah Yasin: 69) Imam Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman menyatakan tentang Nabi-Nya Muhammad SAW bahawa Dia tidak mengajar syair kepada baginda." Sesuai dengan kedudukannya sebagai bahan rujukan yang utama dalam islam, sepatutnya al-quran dijadikan sebagai panduan dan ikutan setiap tingkah laku kita dalam kehidupan. Malangnya tidak semua orang mampu dan berusaha memahami akan isi kandungan Al-Quran. Dalam hal ini, penelitian yang baik merupakan cabaran kepada umat manusia kerana al-quran diturunkan dalam bahasa arab. Oleh yang demikian, untuk memahami al-quran kita memerlukan ahli ilmu tafsir dan para ulamak tafsir. MAKSUD TAFSIR AL-QURAN. Dari sudut bahasa ialah tafsir al-quran ialah sesuatu penjelasan, penerangan dan menyingkap sesuatu, menjelaskan sesuatu atau menyingkap sesuatu ayat yang tidak jelas maknanya. Dalam al-Quran juga Allah swt berfirman: “ Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu)”. (Surah Al-Furqan : 33).
  • 4. Ibn Abbas mengatakan ‫تفسيرا‬ ‫وأحسن‬ ialah bermaksud “Penjelasan”. Dari sudut istilah tafsir ialah bidang ilmu tentang maksud dan lafaz ayat dalam Quran, hukum dan hakam serta pengajaran dan manfaat yang diperolehi dari al Quran. Pandangan Imam Zarqasyi pula mengatakan tafsir bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw serta menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran. Selaras dengan sunnah Allah swt, Rasulullah saw ditugaskan untuk menerangkan ayat-ayat al quran kepada seluruh umat manusia sesuai dengan firmanNya dalam ayat keempat dalam surah Ibrahim. “Dan tidaklah kami mengutuskan rasul melainkan dengan lisan kaumnya sendiri untuk memberi penerangan kepada mereka.” (Surah Ibrahim :4). Selain ayat tersebut di atas, Allah swt menegaskan lagi dalam firmannya iaitu “ Dan sesungguhnya kami telah turunkan Qur’an itu dalam bahasa arab moga-moga kamu memikirkan (memahaminya).” (Surah Yusuf : 2).
  • 5. Disebabkan Al-Quran ini diturunkan dalam bahasa arab maka ianya merupakan satu kewajipan kepada umat Islam untuk mengetahui ilmu tafsir agar ia dapat menjelaskan maksud-maksudnya yang tidak difahami oleh orang yang bukan arab. Susunan ayat-ayat al quran benar-benar menjadi cabaran kepada sesiapa yang tidak beriman untuk mentafsirnya. Sebagaimana cabaran Allah swt kepada hamba-Nya dengan berfirman : “ Dan jika kamu meragui akan apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka buatlah satu surah sepertinya “ (Surah Al-Baqarah : 23). Contoh jelas adalah kenyataan yang disebut oleh Abu Ubaidah dari riwayat Mujahid dari Ibn Abbas ra bahawa katanya “ Aku tidak mengetahui apakah itu ‘fathirul Samawatul wal Ardh’ sehinggalah datang 2 orang arab yang bersumpah di tepi telaga dan seorangnya mengatakan , Ana fathiruha : yang bermaksud akulah yang membuatnya (memulakan penciptaannya).” Para ulamak telah menetapkan panduan dan kaedah khusus dalam membuat penafsiran pada ayat-ayat Quran. Sepertimana disebut oleh Imam Ibnu Khatsir yang mengatakan sebaik-baik tafsir ialah tafsir dengan menggunakan Al-Quran bagi menafsirkan Al-Quran. Beliau melihat pentafsiran Al-Quran dengan ayat Al-Quran ialah tafsiran yang benar kerana hanya Allah mengetahui apa yang dimaksudkannya dan lafaz tertentu dalam Al-Quran.
  • 6. Terdapat contoh yang dilakukan sendiri oleh para sahabat contohnya seperti firman Allah swt : “Bagi kamu dihalalkan memakan binatang ternak kecuali yang akan didatangkan kepada-mu selain itu.” (Surah Al-Mai’dah :1) Perintah dan kebenaran memakan binatang sangatlah umum kerana tidak disebut binatang yang bagaimanakah pula yang tidak boleh dimakan. Justeru, para sahabat mentafsirkannya dengan ayat 3 Surah Al-Mai’dah iaitu;
  • 7. "Diharamkan kepada kamu memakan bangkai , darah, daging khnzir (babi) dan binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah….” (Surah Al-Maidah :3). Kaedah tafsir tersebut berdasarkan kefahaman iaitu sebaik-baik tafsir bagi Al-Quran selepas Al-Quran itu sendiri. Sebagaimana firman Allah swt yang berbunyi : “ Dan kami turunkan kepada kamu Al-Zikr (Al-Quran) sebagai memberi penerangan kepada manusia.” (Surah An-Nahl : 44). Imam As syafie ra juga pernah mengatakan “ Setiap yang dihukumkan oleh rasulullah merupakan apa yang hasil dari Al-Quran.” Antara contoh tafsir dengan sunnah Nabi saw adalah seperti perbuatan sahabat bertanyakan kepada baginda maksud ayat-ayat wahyu atau wujud penerangan dari baginda saw. Demikianlah juga halnya dalam Surah Al-Kausar ketika ditanya kepada baginda apakah itu tafsiran berkaitan surah Al-Kausar maka baginda menjawab ‫الجنة‬ ‫فى‬ ‫ربي‬ ‫أعطانيه‬ ‫نهر‬ ‫الكوثر‬“ Al-Kausar itu ialah sungai yang diberikan oleh Tuhanku di Syurga” (Riwayat Muslim). Kaedah pentafsiran lain ialah quran boleh ditafsirkan dengan menggunakan perkataan dan riwayat dari salaf soleh kerana mereka memahami Al-Quran dengan
  • 8. kefahaman yang diwarisi dari rasulullah. Sebagaimana kata Abdullah ibn Mas’ud, “ Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, tidaklah turun satu ayat pun dalam Al-Quran melainkan aku tahu pada siapa diturunkan dan di mana diturunkan dan tidaklah aku mengetahui ada orang yang lebih alim kitab Allah dari aku melainkan aku segera menunggangi kenderaan mendatanginya. Pada zaman itu mereka juga terkenal sebagai ulamak dan pentafsir Al-Quran seperti Ibnu Abbas yang digelar sebagai “Penterjemah Al-Quran” lantaran berkat doa Rasulullah padanya saw (‫التأويل‬ ‫وعلمه‬ ‫الدين‬ ‫فى‬ ‫فقهه‬ ‫اللهم‬ ) “Ya Allah fahamkanlah dia dalam agama dan alimkanlah dia akan tafsir.” (Riwayat Bukhari). Walaupun begitu kita hendaklah berhati-hati dalam menerima makna dan pentafsiran berdasarkan riwayat dengan hanya memilih dan mengambil yang sahih sanadnya. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab sebagai menunjukkan kemuliaan bangsa arab dan penghormatan kepada keturunan baginda saw. Selaras dengan riwayat dari Mujahid yang berkata “Tidak halal bagi sesiapapun yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkata sesuatu perihal Al-Quran sedang dia tidak menguasai bahasa arab.” Allah swt mencela orang-orang yanmg membuat tafsiran al quran berdasarkan kefahaman akal semata-mata melalui firman-Nya:
  • 9. “ Nanti akan ada orang yang akan mengatakan jumlah mereka (Ashab kahfi) adalah tiga orang dan ke-empatnya ialah anjing dan juga akan mengatakan yang lainnya jumlah mereka itu (Ashab kahfi) ialah lima dan ke-enamnya ialah anjingnya sebagai tekaan dan menyangka perihal ghaib manakala yang lain pula mengatakan mereka itu tujuh orang dan kelapannya ialah anjingnya. “ Katakanlah sesunguhnya tuhanku mengetahui bilangan sebenar mereka dan tidaklah kamu ketahui perihal itu melainkan sedikit. Kerana itu janganlah kamu bertengkar kerana hal mereka itu dan kecuali kamu mengambil pengajaran dari apa yang zahir dan janganlah bertanya perihal mereka itu sesiapa pun.” (Surah Al-Kahfi : 22). Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa “ Tafsir itu terbahagi kepada empat bahagian, iaitu perkara yang dapat diketahui oleh orang arab akan maknanya, tafsir dan perkara yang tidak ada keuzuran bagi sesiapa pun untuk mengetahuinya lantaran terlalu jelas dan tafsir yang hanya diketahui oleh para ulama’ serta tafsir dan perkara yang hanya diketahui oleh Allah swt.” (Mabahis Fi Ulum Quran m/s 320). SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
  • 10. Islam pada zaman Rasulullah saw berperanan sebagai penerang dan pembimbing serta pentafsir kepada Al-quran. “Sesungguhnya kamilah yang mengumpulkan Quran itu bagi kamu dan jika kami membacanya maka ikutlah dan kepada kamilah yang meneranginya.” (Surah Al-Qiyamah :17). Semasa proses penurunan Al-Quran, para sahabat dapat mempelajarinya dengan mudah kerana disisi mereka ada Rasulullah saw selain bahasa arab yang memudahkan mereka menguasai kandungannya. Adalah sangat mudah kerana setiap permasalahan dirujuk terus kepada Rasulullah saw. Ini diterangkan dalam riwayat Abu Dzar r.a bahawa baginda saw bersabda “Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat membawa ke syurga dan menjauhkan dari neraka melainkan telah diterangkan kepada kalian. (Riwayat Thabrani) SEJARAH TAFSIR ZAMAN SAHABAT
  • 11. Kehadiran para sahabat membantu dalam mentafsirkan ayat-ayat al quran. Keupayaan tinggi mereka dalam memahami Al-quran menjadi panduan umat Islam seluruhnya dalam mengatasi masalah yang dihadapi berkaitan tafsir al quran. Para ulamak tafsir yang masyhur antaranya ialah Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Zaid Ibnu Thabit, Abu Musa Al-asya’ari, Abdullah ibnu Zubair, Anas Ibnu Malik, Abdullah Ibnu Umar, Jabir ibnu Abdillah dan Abdullah ibnu Amru bin Al-Ash. Para sahabat tidak menghadapi sebarang masalah dengan kefahaman mereka yang mendalam dan sikap mereka yang teguh serta tegas dalam mempertahankan sunnah menyebabkan masyarakat ketika itu masih mengikut Al- Quran dan As-Sunnah hasil didikan mereka. Dalam kalangan sahabat yang empat itu saidina Ali abi Tholib sangat banyak diambil ilmu berkaitan tafsir al qurannya. Hal ini kerana Ali ialah sahabat yang paling muda dan khalifah yang terakhir dalam kalangan empat khalifah islam. ZAMAN TABIEN (SELEPAS ZAMAN KHALIFAH) Mereka yang hidup pada zaman ini merupakan pewaris ilmu yang juga ilmu-ilmu peninggalan para sahabat sebelumnya. Kebanyakan ilmuan dalam zaman tabien yang mengambil ilmu dari sahabat secara umum. Pada saat-saat akhir pemerintahan akhir Bani Umaiyah dan zaman kemunculan pemerintahan Abasiyah yang banyak berlaku masalah pertumpahan darah, masalah kewujudan kumpulan-kumpulan akibat perpecahan seperti kemunculankumpulan ajaran menyeleweng dan sesat seperti Khawarij, Syiah dan Qadariah serta Murjiah dan Muktazilah. Dengan kekuasaan Allah swt yang menjaga agama maka lahirlah ramai ilmuan tafsir di antaranya ialah Sa’ad Ibn Jubair, Mujahid, Hasan Al-Basri, Qatadah,
  • 12. Zaid Ibn Aslam, Muhammad Ibn Ka’ab dan lain-lain yang mana ilmu dalam bidang tafsir al quran terus terpelihara sehingga ke hari ini. Pada zaman tabien juga ramai orang Ajam (bukan arab) memeluk islam, selain pembukaan kota-kota besar serta penaklukan dan perluasan wilayah Islam menjadi faktor menyebabkan para tabien terpaksa berusaha keras untuk berusaha membanteras kemasukan fahaman asing yang cuba dijadikan sebagai sebahagian dari Islam demi memelihara keaslian dan kesucian agama Islam. PERMULAAN PEMBUKUAN ILMU TAFSIR AL QURAN. Berakhir zaman tabien dan empayar islam yang terkenal iaitu Bani Umaiyah, ulamak mulai sedar kepentingan unutk membukukan ilmu tafsir iaitu pada zaman Bani Abbasiyah.antara ulamak yang menjadi pelopor dalam penulisan tafsir ialah; 1.Sufyan Ibn Uyainah (160 Hijrah) 2. Waqi ibn Jarah (197 Hijrah) 3. Syu’bah Bin Hajjaj (160 Hijrah) 4. Yazid Ibn Harun (117 Hijrah) 5. Rauhah Ibn Ubadah (205 Hijrah) Zaman ini dilihat banyak mempengaruhi proses penafsiran Al-Quran kerana Al-Quran ditafsirkan menurut pegangan mazhab seperti Tafsir Jami’ Ahkam oleh imam al Qurtubi. Lahir juga pada zaman ini juga tafsir lain seperti Tafsir Al-Baghawi “ Ma’alim At-Tanzil, tafsir Syaukani “ Fathul Qadir” dan Tafsir ibn Katsir “Tafsir Al- Quran Azim”. SYARAT DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN
  • 13. Sesuai dengan kesucian ayat-ayat al-Quran yang merupakan kalam Allah swt Tuahan semesta alam ini, adalah menjadi tugas berat bagi ahli tafsir untuk merungkai isi atau makna tersirat dalam sesuatu ayat yang ingin ditafsirkan. Hal ini dikhuatiri memesong daripada makna atau tujuan sebenar ayat al quran diturunkan. Justeru, ulamak tafsir meletakkan beberapa syarat serta kelayakan individu membuat tafsiran terhadap al-Quran iaitu; 1. KEKUATAN PEGANGAN AHLI TAFSIR TERHADAP AGAMA. Syarat utama ini adalah penting kerana jika seseorang itu tidak benar iktikadnya terhadap agama Islam, kepada Allah swt dan Rasulullah saw sudah tentu ia tidak boleh dipercayai pendapatnya mengenai Kalamullah. 2. SUCI HATI DAN PERASAANNYA SERTA FIKIRANNYA. Pentafsir al quran mestilah tidak terpengaruh dengan keadaan atau pengaruh keduniaan. Fahaman-fahaman baru yang terdapat selepas zaman sahabat seperti golongan Muktazilah, Qadariyah dan Jabariyah tidak memungkinkan pentafsir membuat tafsiran dalam lingkungan yang benar. 3. MEMULAKAN TAFSIRAN TERHADAP SESUATU AYAT AL-QURAN DENGAN AL-QURAN JUGA. Syarat utama dalam proses mentafsir ialah mentafsir ayat al quran dengan ayat al quran yang lain. Ayat yang diturunkan lebih awal akan dituruti oleh ayat yang lain yang lebih khusus.
  • 14. 4. MENTAFSIR AYAT DENGAN HADIS DAN SUNNAH RASULULLAH SAW SEKIRANYA TIDAK ADA AYAT LAIN DARI AL-QURAN YANG MENERANGKANNYA. Sebagai contoh, ayat mengenai seruan mengerjakan solat. Dalam hadis, Rasulullah saw menerangkan “Solatlah kamu sebagaiman kamu melihat aku solat”. 5. SEKIRANYA TIDAK TERDAPAT HADIS YANG MENERANGKAN HENDAKLAH MENTAFSIRKAN BERDASARKAN PENDAPAT SAHABAT. Perkara ini mesti diambil perhatian kerana dikalangan sahabat Nabi saw, merekalah yang berdamping rapat dengan baginda dan mendapat maklumat secara langsung daripada mulut Rasulullah saw sendiri. 6. JIKA TIDAK ADA TERDAPAT TAFSIRAN DARIPADA SAHABAT, MAKA PENTAFSIR HENDAKLAH MERUJUK KEPADA PENDAPAT TABIEN. 7. MEMILIKI ILMU-ILMU YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA ARAB. Al quran diturunkan dalam bahasa arab, maka penguasaan dalam bahasa arab sangat penting kerana gaya bahasa yang amat tinggi berbeza dengan bahasa lain di dunia. 8. PENGETAHUAN TINGGI DALAM BIDANG ILMU LAIN MISALNYA ILMU TENTANG QIRAAT, TAJWID, FEKAH DAN TAUHID.
  • 15. 9. MEMILIKI KEFAHAMAN YANG TAJAM TERHADAP SESUATU PERKARA Tahap ilmu dan IQ yang tinggi terutama dalam hal yang berkaitan dengan akidah al- Quran selain syariat yang diterangkan di dalam al-Quran membolehkan pentafsir membuat gambaran dan keputusan tentang makna sebenar sesuatu ayat.
  • 16. PENUTUP Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" (Surah Al An am : 50) Untuk menutup perbincangan tajuk tafsir ini eloklah kita renungkan firman Allah swt di atas yang mana ia jelas perbezaan orang yang berfikir dengan orang yang tidak mahu berfikir. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan umat yang bukan hanya menumpukan perhatian kepada al quran dari sudut luaran sahaja iaitu dari segi bacaan. Akan tetapi perlu ada usaha untuk memahami serta mendalami makna dan maksud tersirat dalam ayat-ayat al Quran melalui pembacaan kitab-kitab tafsir yang ditinggalkan untuk kita teladani. Wallahu a’lam.