SlideShare a Scribd company logo
0
1.0 Konsep Darurat dan Subversif
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, darurat merupakan fenomena yang menghalalkan
tindakan luar biasa diambil untuk mengatasinya.1
Darurat juga merupakan kesukaran yang
mendesak, mencemaskan atau kritikal disebabkan krisis seperti kekurangan makanan,
kecaman, bencana, konflik dan peperangan. Walau bagaimanapun, konsep darurat ini telah
ditaksir dalam pelbagai perspektif oleh ahli sarjana mengikut kepakaran masing-masing.
Menurut pandangan Tun Mohamad Salleh Abas, pakar undang-undang misalnya berpendapat
bahawa darurat dianggap sebagai keadaan yang tidak aman dan berbahaya sehingga
menggugat kestabilan ekonomi, iklim politik dan sistem sosial negara.2
Keadaan tidak aman
ini biasanya berpunca daripada pertikaian politik antara pihak tertentu, bencana alam yang
teruk, berlaku rusuhan, ketenteraman awam yang dicabar oleh pihak tertentu dan kegiatan
subversif.3
Subversif pula merupakan gerakan yang bertujuan untuk melemahkan atau
menghancurkan sesebuah kerajaan, agama atau sistem ekonomi sesebuah negara. Kegiatan
subversif ini biasanya dilakukan oleh pemberontak secara sulit dengan cara menyebarkan
hasutan atau mengenakan serangan.4
Antara contoh subversif di Malaysia adalah kegiatan
komunis pada era 40-an lalu yang bergiat di dalam hutan dan melancarkan serangan
menentang kerajaan British.
Semasa keadaan darurat ini berlaku, kerajaan dan pemerintah sesebuah negara
adalah pihak yang berkuasa mengawalnya. Pemerintah yang akan mengambil peranan
dengan mengisytiharkan darurat tersebut serta mewujudkan undang-undang darurat yang
kadangkala boleh melampai ketetapan dalam perlembagaan negara. Konsep darurat ini
adalah sah dan diiktiraf dalam sistem undang-undang semua negara. Oleh itu, undang-
1
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hlm. 316.
2
Mohd. Salleh Abas (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Mohd. Hlm. 327.
3
Abdul Aziz Bari (2001). Perlembagaan Malaysia Asas-Asas Dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 192.
4
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Hlm. 1531.
1
undang darurat yang digubal akan dikuatkuasakan ketika berlaku darurat sahaja dan tamat
apabila darurat berakhir. Selain daripada negara Malaysia, terdapat negara lain yang
menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan darurat dalam perlembagaan mereka seperti
India, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Walaupun negara tersebut tidak
mempunyai perlembagaan bertulis, tetapi terdapat suatu akta iaitu Akta Parlimen yang
memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku
sesuatu situasi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.
Tempoh berlangsungnya darurat pula akan ditentukan oleh pemerintah negara
tersebut dan pemerintah juga boleh mengisytiharkan darurat lebih awal sebelum kejadian
yang diragukan berlaku. Oleh yang demikian kuasa pemerintah sangat penting semasa
menangani darurat dan mereka berhak menentukan hukuman kepada mereka yang bersalah
mengikut ketetapan undang-undang.
2.0 Darurat dan Subversif dalam Perlembagaan
Hal ehwal yang berkaitan dengan subversif dan darurat terkandung dalam Perlembagaan
persekutuan. Menerusi Perkara 149, parlimen diberi kuasa dalam menentang perbuatan
subversif, keganasan dan jenayah yang memudaratkan orang awam. Mengikut Perkara 149
(1), Parlimen boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebabkan keganasan,
menyebarkan hasutan, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong
atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan dan menimbulkan sentimen perkauman
sehingga memudaratkan ketenteraman awam. Tindakan yang dikenakan di bawah kuasa
parlimen ini tidak terikat dengan hal hak asasi manusia dalam Perkara 5, 9, 10 atau 13 yakni
kebebasan diri, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan kebebasan memiliki harta.5
Manakala undang-undang berkaitan dengan darurat pula termaktub dalam Perkara
150 yang mengandungi 9 Fasal. Mengikut Perkara 150 (1), apabila berlaku sesuatu konflik
yang boleh menggugat keselamatan awam dan menjejaskan ekonomi berlaku, maka Yang di-
Pertuan Agong (YDPA) boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dan
5
Undang-undang Malaysia: Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pindaan 2006. Hlm. 163-164.
2
mengisytiharkannya di seluruh persekutuan atau di sesetengah kawasan yang terlibat.6
Keutamaan ini diberikan kepada YDPA sebagai ketua agama dan ketua negara. Hal ini jelas
termaktub dalam Perkara 32, yang menyebut YDPA sebagai ketua negara dan ketua
Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 41.
Oleh itu, kuasa mengisytiharkan darurat terletak pada Yang di-Pertua Agong dan darurat
akan diisytiharkan apabila wujudnya ancaman dari aspek keselamatan, bencana atau wabak
penyakit.
Pengisytiharan darurat ini boleh dibuat awal sebelum kejadian yang
mengancamkan tersebut berlaku atau YDPA melihat kejadian yang dibimbangkan bakal
berlaku. Hal ini termaktub dalam Fasal (2). Oleh itu, darurat boleh diisytiharkan sama ada
sebelum atau selepas kejadian demi langkah pemulihan. Selain itu, menurut Perkara 150 (2A)
YDPA boleh mengisytiharkan darurat dengan sebab yang berbeza–berbeza atas darurat yang
akan diisytiharkan atau yang telah diisytiharkan. Keadaan ini mempunyai banyak makna,
Pada masa darurat itu, bukan sahaja parlimen berkuasa membuat akta darurat, tetapi YDPA
juga mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang darurat yang dinamakan ordinan.
Hal ini termasuk dalam Perkara 150 (2B).7
Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan tersebut
setaraf dengan Akta yang dikeluarkan oleh parlimen dan berkuat kuasa secara sah dengan
tiga syarat.
a) Perisytiharan darurat dikeluarkan pada masa parlimen tidak bersidang.
b) Yang di-Pertua Agong dengan seberapa segera yang boleh telah memanggil Parlimen
bersidang dan ordinan itu dibuat sementara menanti Parlimen bersidang.
c) Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ordinan itu dibuat kerana tindakan
segera terhadap darurat itu dikehendaki. 8
Perkara 150 (3) pula menyatakan bahawa ordinan yang dibuat YDPA perlu dibentangkan
di dalam dua dewan parlimen untuk mengesahkan atau membatalkan perisytiharan itu.
Namun begitu, jika parlimen membatalkan perisytiharan itu, YDPA masih lagi boleh
6
Ibid. Hlm. 166.
7
Ibid. Hlm. 166.
8
Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 356
3
mengisytiharkan darurat dengan alasan lain. Oleh itu, kuasa Agong masih ada untuk
mengisytiharkan darurat lain.9
Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif masih wujud dan
boleh memberikan arahan kepada kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai
atau pihak berkuasa Negeri itu. Hal ini terkandung dalam Perkara 150 (4). Oleh itu, kuasa
mengendalikan darurat ini boleh diberikan kepada badan yang dipercayai seperti Majlis
Gerakan (MAGERAN), Majlis Revolusi atau Majlis Perang apabila pihak kerajaan gagal
mengawal keadaan.
Kuasa tersebut juga diberikan kepada Parlimen. Dalam keadaan stabil, parlimen
masih boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang bersesuaian bagi
mengatasi darurat tersebut namun perlu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong
untuk diperkenankan olehnya. Hai ini termaktub dalam Perkara 150 (5) dan hal ini
menunjukkan bahawa semasa darurat, undang-undang yang dibuat di parlimen tidak terhad
kepada bidang kuasanya yang biasa sahaja.10
Mengikut perkara 150 (6) pula, mana-mana peruntukan dalam akta parlimen yang
diluluskan sebagai undang-undang darurat tidak dianggap batal walaupun bertentangan
dengan perlembagaan kecuali bertentangan dengan perkara berkaitan dengan agama, adat
istiadat Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan atau bahasa. (Perkara 150
(6A). Setakat ini tiada lagi hujah yang dikemukakan menunjukkan bahawa akta parlimen
berkaitan darurat boleh terbatal sebaliknya Akta Darurat yang dibuat oleh Parlimen boleh
meminda perlembagaan Negeri misalnya yang berlaku di Sarawak pada 1966 dan Kelantan
pada 1977.
Dalam Perkara 150 (7), sesuatu ordinan darurat itu diberikan nafas selama enam
bulan lagi untuk berkuat kuasa selepas dari tarikh tamat darurat itu. Selepas daripada tempoh
itu, ordinan dan peraturan itu, tidak akan berkuat kuasa lagi. Sungguhpun banyak syarat yang
menjadi prinsip semasa darurat dilakukan, perisytiharan darurat oleh YDPA tidak boleh
9
Ibid.
10
Ibid. Hlm. 353.
4
dipertikaikan oleh mana-mana mahkamah pun. Hal ini termaktub dalam Perkara 150 (8A)
dan Perkara 150 (8B) pula menekankan bahawa, tiada mahkamah yang berkuasa untuk
melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding mengenai kesahan
perisytiharan yang dibuat YDPA berkaitan dengan tempoh kesinambungan darurat, undang-
undang dan operasi darurat. Mengikut Perkara 150 (9),11
Majlis-Majlis Parlimen hendaklah
dianggap bersidang walaupun ahli Majlis tersebut hanya berhimpun bersama-sama untuk
urusan Majlis itu.
3.0 Peristiwa Darurat di Malaysia.
Menurut Salleh Abas, semenjak 1948 lima peristiwa darurat telah diisytiharkan di Malaysia.
Tiga daripada peristiwa ini melibatkan seluruh persekutuan manakala dua lagi melibatkan
negeri Sarawak dan Kelantan. Daripada kelima-lima perisytiharan tersebut, empat lagi masih
belum diisytiharkan batal. Oleh itu, wujud keraguan pakar undang-undang dan pakar
perlembagaan dalam isu pembatalan darurat ini.12
Perisytiharan darurat yang pertama telah dibuat pada tahun 1948 ketika negara
sedang berhadapan dengan ancaman komunis dan pada waktu ini, negara masih lagi ditadbir
oleh pihak Inggeris. Kemudiannya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah
diwujudkan. Selain itu, perisytiharan darurat yang seterusnya pula dibuat pada tahun 1964
apabila Malaysia berhadapan dengan konfrontasi dari Republik Indonesia yang dipimpin oleh
Presiden Sukarno. Perisytiharan darurat yang ketiga diisytiharkan pada tahun 1966 yang
hanya melibatkan Negeri Sarawak. Kemudiannya perisytiharan keempat berlaku semasa
krisis rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan darurat kelima dibuat pada 1977 berikutan
daripada krisis Parti Islam Se Malaysia di Kelantan sehingga menyebabkan penubuhan
Kerajaan Ala-Mageran di Kelantan semasa darurat 1977.13
Selepas beberapa bulan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, negara
menghadapi suatu ancaman besar iaitu ancaman komunis sehingga menyebabkan kerajaan
11
Undang-undang Malaysia: Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pindaan 2006. Hlm. 164.
12
Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 332.
13
Abdul Aziz Bari (2001). Hlm. 192.
5
mengisytiharkan darurat bagi pada 13 Julai 1948. Darurat ini berjalan selama 12 tahun yakni
sehingga 1960. Keadaan tidak aman ini berpunca apabila berlakunya kes pembunuhan
seramai tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun
1948 oleh tiga orang Cina yang diyakini Parti Komunis Malaya (PKM). Selain itu, banyak
lagi keganasan lain yang dilakukan seperti menyerang pekerja-pekerja lombong dan ladang
getah tidak menyokong perjuangan PKM, meletupkan keretapi, membunuh orang kampung
dan memusnahkan lombong-lombong milik British. Kegiatan PKM ini juga boleh dianggap
ganas dan subversif oleh British apabila mereka cuba menghasut masyarakat memberontak
menentang British. Antara kegiatan PKM adalah mempengaruhi kesatuan kerja dan
melancarkan pemogokan secara besar-besaran di Singapura pada bulan Mei 1948 dan
pemberontakan secara besar-besaran pada bulan Jun 1948.
Berikutan daripada itu, Majlis Perundangan negara yang ditadbir oleh British
ketika itu telah membuat undang-undang yang membenarkan kerajaan mengambil tindakan
bagi mencegah huru-hara darurat tersebut. Oleh itu, satu undang-undang yang bernama
Ordinan Peraturan Darurat 1948 telah diluluskan. Maka di bawah peruntukan seksyen 3
ordinan inilah perisytiharan darurat bertarikh 16 Julai 1948 telah dibuat oleh Pesuruhjaya
Tinggi Persekutuan Tanah Melayu14
antara tindakan undang-undang yang diambil adalah
mengharamkan parti politik yang bersifat radikal dan berhaluan kiri seperti PKM, AWAS,
API, PKI dan PKMM. Selain itu, sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis akan
ditangkap, serta dibuang negeri dan hukuman bunuh akan dibuat untuk sesiapa yang
dianggap bersubahat dengan komunis. Perintah Berkurung juga telah dibuat di kawasan yang
telah mempunyai pengaruh komunis dan di label sebagai Kawasan Hitam, manakala
Kawasan Putih pula adalah kawasan yang terkawal daripada ancaman komunis.15
Melalui kuasa Undang-undang Darurat ini, maka ancaman dari pengganas
komunis dapat dibendung dan beransur pulih setelah mengambil masa 12 tahun untuk
menamakannya. Oleh itu, pada 3 Julai 1961, Ordinan tersebut telah dimansuhkan.16
Namun
14
Ho Hui Ling (2010). Pembanterasan Komunis di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hlm. 51.
15
Ibid. Hlm. 51.
16
Ibid. Hlm. 227
6
begitu, sebahagian daripada sebahagian daripada peraturan yang penting untuk mencegah
pengganas dan kegiatan subversif ini telah dikekalkan dengan menyerapkannya ke dalam
satu akta yang dinamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.17
a) Darurat 1964
Perisytiharan Darurat kedua dibuat oleh YDPA pada 3 September 1964 lebih kurang dua
minggu sebelum tarikh Perisytiharan Penubuhan Malaysia. Huru-hara dan keadaan tidak
aman telah tercetus apabila Indonesia di bawah pimpinan Presiden Soekarno menentang
keras dan mengecam usaha Malaysia membentuk gagasan negara baru atas alasan bahawa
Malaysia merupakan satu helah politik yang boleh menggugat kedudukan Indonesia.
Sehingga pada Februari 1963, Menteri Luar Indonesia sendiri Dr. Subandrio telah
mengisytiharkan dengan rasmi penentangan terhadap pembentukan Malaysia dan
mengumumkan konfrontasi terhadap Malaysia dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.18
Oleh itu, askar Indonesia telah dihantar ke Malaysia dan menceroboh di beberapa
kawasan seperti Labis Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, maka kerajaan telah
mengisytiharkan kawasan yang dicerobohi sebagai kawasan keselamatan. Kawasan
keselamatan ini bermaksud pegawai keselamatan boleh bertindak bebas membanteras
pengganas Indonesia tersebut. Krisis ini memuncak apabila semakin ramai askar Indonesia
yang menceroboh dan menghuru-harakan Malaysia sehinggalah Darurat diisytiharkan pada 3
September 1964 oleh YDPA di bawah Perkara 150. Empat hari selepas itu, seluruh Malaysia
telah diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan dan parlimen telah bersidang untuk
meluluskan Akta Darurat Kuasa Perlu 1964 bagi mewujudkan undang-undang membanteras
penceroboh ini. Selain itu, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 masih digunakan untuk
menentukan tindakan yang perlu diambil ketika itu. Tindakan Indonesia ini juga diikuti oleh
Filipina yang juga tidak bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Kerajaan Filipina telah
membuat tuntutan bagi Sabah pada tahun 1962 hingga 1963 tetapi tuntutan tersebut ditolak
17
Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 333.
18
Nik Anuar Nik Mahmud (2000). Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 75-
77.
7
oleh pihak British. Faktor sejarah ini menimbulkan krisis antara Malaysia dan Filipina.
Namun begitu setelah pelbagai usaha perdamaian diambil menerusi ASEAN dan
MAPHILINDO, maka Konfrontasi terhadap Malaysia dari tahun 1963 berakhir pada 1966. 19
b) Darurat 1966
Perisytiharan darurat yang ketiga dibuat oleh kerajaan pada 14 September 1966.20
Perisytiharan ini dibuat bagi menyelesaikan konflik politik di negeri Sarawak yang
melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Stephen Kalong Ningkan yang dipecat oleh Yang
Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Haji Openg. Kejadian ini juga berpunca apabila
beberapa anggota Majlis Negeri Sarawak telah menandatangani sepucuk surat sebagai tanda
tidak percaya dan tidak lagi menyokong beliau menjadi Ketua Menteri. Surat tersebut telah
dipanjangkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak. Oleh itu, YDPN Sarawak meminta
Datuk Stephen meletakkan jawatan.
Malangnya beliau enggan melepaskan jawatan itu sebaliknya memulakan guaman
di Mahkamah Tinggi Kuching atas dakwaan beliau masih menjadi Ketua Menteri yang sah.
Oleh itu, Pemangku Hakim Besar Mahkamah Tinggi Kuching Tun Harley ketika itu
mendakwa bahawa mengikut Perlembagaan Sarawak, YDPN tiada hak untuk memecat
jawatan Ketua Menteri melainkan setelah mendapat undi tidak percaya dan diluluskan oleh
Majlis Negeri.21
Oleh itu, konflik mula timbul apabila Datuk Stephen yang berkuasa
memanggil Majlis bersidang, enggan memanggil Majlis Negeri Sarawak untuk bersidang dan
mendengar pendapat ahli majlis tentang penerimaan mereka terhadap beliau. Oleh itu, undi
tidak percaya tidak dapat diluluskan dan pertikaian ini berterusan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan persekutuan telah mengisytiharkan darurat di
Sarawak sahaja supaya membolehkan parlimen menggubal perlembagaan Sarawak buat
sementara waktu dengan pindaan membolehkan Speaker Majlis Negeri Sarawak memanggil
persidangan Majlis tersebut. Oleh itu, Akta Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan
19
Ibid. Hlm. 239.
20
Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 334
21
Ibid.
8
Perlembagaan Sarawak, 1966 telah diisytiharkan. Oleh itu, Majlis boleh bersidang dan
membuang undi tidak percaya kepada beliau. Kemudiannya YDPN Sarawak memecat Datuk
Stephen dan melantik Tawi Sli sebagai Ketua Menteri Sarawak.
c) Darurat 1969
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan kemuncak kepada konflik etnik Melayu dan
Cina di Malaysia sehingga menimbulkan rusuhan kaum. Tragedi berdarah ini telah
mengakibatkan kehilangan nyawa seramai hampir 116 orang, 455 orang cedera, 39 orang
hilang dan 9,143 ditahan.22
Peristiwa ini juga dikatakan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Umum 1969" yang disuntik dengan semangat perkauman.23
Semasa kempen Pilihan Raya 1969 tersebut, calon-calon pilihan raya serta ahli-
ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa
Malaysia, Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Isu sensitiviti itu dibangkitkan demi
kepentingan politik mereka dan demi meraih undi daripada masyarakat khususnya daripada
mereka yang berbangsa Cina.
Selepas tamat sesi mengundi, keputusan Pilihanraya Umum 1969 menunjukkan
bahawa Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) gagal memperoleh
majoriti 2/3 di parlimen, tetapi masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan melalui
majoriti mudah. Sementara itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) sebagai pembangkang telah memenangi
25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam pilihanraya
itu telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969 dengan membuat perarakan.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun
22
Abdul Rahman Ibrahim (2011). 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.
91.
23
Ibid. Hlm. 70.
9
terdapat segelintir peserta mengeluarkan slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut
dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu,
melontar penghinaan misalnya membawa penyapu tanda menyapu keluar orang Melayu dari
Kuala Lumpur. Sebagai tanda membalas perbuatan ini, perarakan meraikan kemenangan
UMNO pun dijalankan pada, 13 Mei 1969. Perarakan ini membawa pertempuran kaum
Melayu dan kaum Cina di Kampung Baru sehingga melibatkan pembunuhan.
Ketegangan ini berlarutan sehingga menjelang 16 Mei 1969 dan tidak dapat
dikawal di sesetengah kawasan di Selangor. Rentetan daripada itu, YDPA atas nasihat
jemaah menteri telah mengisytiharkan darurat pada 14 Mei 1969. 24
Oleh kerana parlimen
masih belum wujud ketika itu kerana Pilihan raya Umum masih belum tamat, maka YDPA
telah membuat 77 Ordinan Darurat yang meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan
konflik tersebut. Antara Ordinan yang penting adalah No. 1 dan No. 2 yang menyebut
bahawa sistem jemaah menteri tidak digunakan sementara waktu sebaliknya kuasa
memerintah negara diserahkan kepada Pengarah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yakni
Tun Abdul Razak yang akan mengendalikan konflik rusuhan ini. Oleh itu MAGERAN telah
menjalankan pelbagai langkah ke arah perpaduan sehingga ketegangan ini dapat mengawal
api perkauman.25
Oleh itu, pada 20 Februari 1971, Parlimen telah kembali bersidang semula dan
pemerintahan cara MAGERAN telah ditamatkan. Beberapa ordinan darurat telah di batalkan
oleh YDPA tetapi Ordinan Darurat No. 1 yang memberi kuasa kepada YDPA untuk
membuat bermacam peraturan semasa darurat termasuklah membicarakan kes jenayah yang
melibatkan hal ehwal keselamatan dalam negeri telah dikekalkan.
24
Ibid. Hlm. 108.
25
Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 336.
10
d) Darurat 1977
Perisytiharan darurat kelima oleh YDPA telah dibuat pada 8 November 1977. Darurat ini
diisytiharkan bagi menyelesaikan konflik politik di Kelantan yang diperintah oleh Parti PAS
ketika itu. Krisis ini hampir sama seperti yang berlaku di Sarawak. Konflik ini bermula
apabila anggota PAS meminta Datuk Haji Mohd. Nasir meletakkan jawatannya sebagai
Menteri Besar Kelantan ketika itu tetapi beliau enggan berbuat demikian. Oleh itu, Majlis
Undangan Negeri Kelantan yang dianggotai oleh 15 orang ahli telah membuang undi tidak
percaya kepada beliau. Sehubungan dengan peristiwa pemecatan ini, sekelompok penyokong
beliau tidak berpuas hati dan menimbulkan rusuhan. Terdapat dua kelompok yang berkonflik
ketika itu yakni penyokong beliau dan penolak beliau. Konflik ini menyebabkan kerosakan
harta benda. Bagi mengawal keadaan YDPA telah mengisytiharkan darurat sementara
Parlimen mengeluarkan Akta Darurat Kelantan 1977.26
Perlembagaan Negeri Kelantan juga
telah dipinda dengan mengalihkan pemerintahan Negeri Kelantan daripada Menteri Besar
kepada pegawai yang diberi gelaran Pengarah Kerajaan ketika itu. Pegawai tersebut telah
diberi kuasa membuat peraturan yang berpatutan bagi memerintah Kelantan sementara
menunggu Pilihanraya diadakan pada 1978. Selepas itu, akta ini telah dimansuhkan dan
perlembagaan negeri berjalan seperti sediakala. 27
4.0 Cabaran Terhadap Darurat dan Permasalahannya dalam Perlembagaan Malaysia.
Menurut Mohd Salleh Abas, keputusan mahkamah berkaitan dengan undang-undang darurat
di Malaysia telah menerima pelbagai cabaran dan tentangan mengenai sah dan tidak sahnya
darurat itu. Selain itu, terdapat pertikaian berkaitan dengan penamatan perisytiharan darurat
yang dikatakan belum diisytiharkan tamat dan kononnya negara masih dalam darurat juga
menjadi isu kepada ahli perundangan negara. Selain itu, permasalahan lain juga timbul
seperti pertentangan pendapat terhadap peruntukan dalam perlembagaan dalam Perkara 150
itu sendiri. Makna setiap fasal itu dinilai secara berbeza oleh ahli perundangan. Permasalahan
26
Ibid. Hlm. 339.
27
Ibid.
11
yang dinyatakan di atas sedikit sebanyak memberi implikasi kepada sistem perundangan
negara. Oleh itu beberapa kes berkaitan dengan darurat ini telah dibicarakan di mahkamah
antaranya adalah seperti kes Stephen Kalong Ningkan lwn Kerajaan Malaysia.
Kes darurat di Sarawak yang melibatkan Stephen Kalong Ningkan lwn Kerajaan
Malaysia telah mendapat perhatian ramai pengamal perundangan negara. Stephen Kalong
Ningkan yang tidak berpuas hati dengan pemecatan beliau telah mencabar perisytiharan
darurat tersebut dengan mendakwa bahawa wujud in fraudem legis dan ultra vires yang
menjadikan darurat itu tidak sah. 28
Oleh itu, kes ini dibawa ke Majlis Privy untuk dihakimi.
Majlis Privy pula menghukumkan bahawa YDPA mengisytiharkan darurat berserta niat tidak
baik.29
Berikutan daripada itu, ramai pihak yang menganggap tindakan ini tidak wajar
kerana perisytiharan ini sepatutnya menunjukkan bahawa Baginda telah berpuas hati atas
keputusan itu. Oleh itu perisytiharan ini tidak boleh dihukum dan mahkamah juga tidak boleh
membuat semakan sama ada persekutuan layak meminda perlembagaan negeri atau tidak.
Namun begitu, keputusan mahkamah membuktikan bahawa cabaran ini tidak
berjaya kerana pihak pencabar gagal membuktikan bahawa kerajaan menggunakan kuasa
darurat sebagai helah untuk mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.30
Walaupun pada
hakikatnya Perkara 150 menyebut bahawa perisytiharan darurat tidak boleh dipersoalkan di
mahkamah namun mengikut kes Stephen ini, perisytiharan ini boleh disemak jika terdapat
bukti yang menunjukkan perisytiharan ini dibuat dengan niat yang tidak jujur dan YDPA
telah menerima nasihat yang salah daripada Jemaah Menteri. 31
Hal ini disokong oleh Hakim
H.T Ong yang mendakwa bahawa kes ini boleh dirayu jika terdapat salah guna yang boleh
dibuktikan oleh perayu.32
28
In fraudem legis adalah penipuan undang-undang dan ultra vires bermakna di luar bidang kuasa. Dua istilah ini
merupakan hujah Stephen untuk melayakkan kes beliau dihakimi. Cadangan ini telah diberikan oleh Majlis Privy
supaya membolehkan kes ini dibicarakan di mahkamah. Selanjutnya dalam Muhd Salleh Abas. Hlm. 348.
29
Ibid.
30
Abdul Aziz Bari (2001). Hlm. 195.
31
Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 348.
32
Ibid.
12
Selain isu di Sarawak, pengamal perundangan turut mencabar perisytiharan
darurat 1969. Terdapat pelbagai konflik yang dikemukakan dalam isu darurat ini. Menurut
Mohd Salleh Abas, terdapat banyak kes mahkamah berkaitan dengan isu ini misalnya kes
Lim Woon Chong & Anor lwn Public Prosecutor, perisytiharan darurat 1969 telah dicabar
sebagai tidak sah kerana hanya dibentangkan dalam Dewan Rakyat sahaja. Padahal dalam
Perkara 150 menghendaki bahawa perisytiharan ini dibuat di dalam dua Dewan Parlimen.
Oleh itu, mahkamah telah memutuskan bahawa mengikut jurubahasa Parlimen dan ucapan
diraja yang dibuat pada 20 februari 1971, perisytiharan ini telah dibentangkan di dewan
negara. Oleh itu, cabaran tersebut tidak dapat dilaksanakan.33
Selain itu, kes lain yang bersangkutan dengan konflik perlembagaan ini berlaku
dalam kes Eng Keock Cheng lwn Public Prosecutor. Peraturan darurat di bawah Akta
Darurat (Kuasa Perlu) 1964 telah dicabar sebagai tidak sah kerana menyalahi Perkara 8
perlembagaan. Mengikut seksyen 2(4) Akta ini, peraturan adalah sah walaupun bertentangan
dengan undang-undang bertulis dalam akta lain. Dengan ini kuasa YDPA telah digunakan
sepenuhnya dalam kes membuat Peraturan Darurat (Perbicaraan Jenayah) 1964 berkenaan
dengan perbicaraan terhadap orang yang mempunyai senjata api di bawah seksyen 57 dan 58
Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah dijalankan di hadapan seorang hakim tanpa juri.
Manakala perbicaraan yang dilakukan mengikut prosedur di bawah Kanun Peraturan Jenayah
tidak dibenarkan. Oleh itu mahkamah telah memutuskan bahawa salah faham ini tidak
menjejaskan kesahan Akta Darurat (Kuasa Perlu) 1964.34
Selain salah faham terhadap peruntukan sah dan tidak sahnya Akta Darurat,
timbul juga isu berkaitan dengan penamatan darurat. Mengikut Perkara 150 fasal (3) darurat
tamat apabila perisytiharan ditarik balik oleh YDPA atau dibatalkan oleh Parlimen menerusi
satu rumusan yang diluluskan oleh dua dewan parlimen. Namun begitu, terdapat beberapa
perisytiharan yang belum di tarik balik. Oleh itu, pengamal undang-undang mengemukakan
hujah berkenaan dengan pembatalan darurat ini. Antaranya adalah dalam kes Johnson Tan
33
Ibid. Hlm. 352.
34
Ibid. Hlm. 335.
13
Han Seng lwn Public Prosecutor. Pembela telah mendakwa bahawa perisytiharan darurat
1969 dengan sendirinya telah terbatal disebabkan keadaan sudah berubah. Negara bukan
dalam huru-hara atau berada dalam rusuhan lagi. Dengan tamatnya perisytiharan ini maka
dengan sendirinya Ordinan No. 1 yang dibuat 1969 hilang kuasanya. Oleh itu segala
peraturan bawah ordinan ini tidak sah. Pendapat ini juga disokong oleh Hakim Datuk Harun
Hashim tetapi beliau sendiri tidak dapat menyatakan siapakah yang boleh menentukan
keadaan itu benar-benar sudah berubah. Oleh sebab tiada ukuran yang boleh digunakan untuk
menentukan bilakah layaknya tamat darurat itu, maka kes ini tidak dapat diadili.35
Teori yang mengatakan bahawa keadaan yang berubah akan menamatkan darurat
tidak relevan kerana mempunyai beberapa kelemahan seperti siapakah yang layak
menentukan sama ada keadaan dah berubah atau belum? jika menurut Salleh Abas, hal
berkaitan dengan darurat ini urusan parlimen dan di bawah kuasa YDPA. Oleh itu,
mahkamah tidak boleh mencampuri urusan selain kehakiman. Persoalan kedua pula
berkenaan dengan tempoh berakhirnya kuasa ordinan. Tarikh tamat darurat penting untuk
menentukan enam bulan selepas itu kuasa ordinan akan hilang seperti yang termaktub dalam
Perkara 150 (7) Ordinan Darurat diberi masa 6 bulan untuk berkuat kuasa selepas
perisytiharan tarikh tamat darurat. Oleh itu segala kes tentang penamatan darurat ditolak
Mahkamah.36
Sehubungan dengan itu, banyak pertikaian yang wujud semasa pelaksanaan
Darurat ini. Sungguhpun kuasa darurat tidak boleh dibicarakan di mahkamah, namun Majlis
Privy ketika itu masih mendengar hujah pendakwa bagi menamatkan salah faham dalam
peruntukan Perkara 150 itu. Oleh itu, daripada banyak kes yang disebutkan itu tidak sedikit
pun dapat menafikan kuasa darurat yang telah dibuat oleh pemerintah atas penilaian yang
termaktub dalam Perkara 150 tersebut.
35
Ibid. Hlm. 341.
36
Ibid. Hlm. 358.
14
5.0 Rumusan.
Konsep darurat tidak terbatas kepada kekerasan yang melibatkan penggunaan senjata api dan
rusuhan sahaja tetapi justifikasi untuk darurat ini lebih luas lagi meliputi krisis politik, krisis
ekonomi, bencana alam, kekurangan makanan dan masalah penyakit yang mudah merebak
dan tidak terkawal. Apabila keadaan ini berlaku maka, pemerintah mempunyai kuasa khas
seperti yang terkandung dalam Perkara 149 dan Perkara 150. Kuasa ini sah di sisi undang-
undang bagi mengatasi keadaan yang terlalu sukar atau tidak terkawal, walaupun terpaksa
mengabaikan hak asasi manusia seperti hak bersuara, hak berhimpun dan hak bergerak dalam
perlembagaan.
Sungguhpun undang-undang ini tidak terbatas semasa darurat, pemerintah tidak
boleh meletakkan suasana darurat tanpa mengikut hasrat perlembagaan. Misalnya, undang-
undang darurat hanya diguna pakai apabila berlakunya perkara yang kritikal dan mendesak
sahaja agar salah guna kuasa tidak berlaku. Hal ini telah dinyatakan dalam Laporan
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan pada 1948.37
Dari hal itu, menurut penilaian Mohd
Salleh Abas, semua darurat yang diisytiharkan setakat ini adalah difikirkan patut dan tidak
terkeluar dari had yang dihasratkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Reid.
Setakat ini, terdapat lima peristiwa perisytiharan darurat telah diisytiharkan yakni
perisytiharan darurat pada tahun 1948, perisytiharan darurat pada tahun 1964, perisytiharan
pada tahun 1966, perisytiharan pada 13 Mei 1969 dan terakhir pada 1977 berikutan daripada
krisis Parti Islam Se Malaysia di Kelantan.
37
Ibid. Hlm. 340.
15
Bibliografi
Abdul Aziz Bari (2001). Perlembagaan Malaysia Asas-Asas Dan Masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Salleh Abas (1997). Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia . Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ho, Hui Ling (2010). Pembanterasan Komunis di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Nik Anuar Nik Mahmud (2000). Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Undang-undang Malaysia: Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pindaan 2006.
Abdul Rahman Ibrahim (2011). 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Integer
 
Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasiHariz Jaafar
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
amiraaa96
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Takaful
TakafulTakaful
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
Ker0
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – subsidiary legislation part 2
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – subsidiary legislation part 2MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – subsidiary legislation part 2
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – subsidiary legislation part 2xareejx
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
jimoh370
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
syuherna nandu
 
Akta perkongsian 1961 pdf
Akta perkongsian 1961 pdfAkta perkongsian 1961 pdf
Akta perkongsian 1961 pdf
Atiqah Nuratiqah
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisionalgeehamid
 
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lainMeor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lainazah narowi
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
Amir Firdaus
 
Salah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama IslamSalah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama Islam
Muhammad Ridzuan
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
Nur Khairani
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
Xiiao Irene
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
Maliney Pohs
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewangan
Nur Az
 

What's hot (20)

Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasi
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Takaful
TakafulTakaful
Takaful
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – subsidiary legislation part 2
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – subsidiary legislation part 2MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – subsidiary legislation part 2
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – subsidiary legislation part 2
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
Akta perkongsian 1961 pdf
Akta perkongsian 1961 pdfAkta perkongsian 1961 pdf
Akta perkongsian 1961 pdf
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
 
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lainMeor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Salah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama IslamSalah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama Islam
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewangan
 

Viewers also liked

6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayu6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayuNur Az
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5peningla
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4peningla
 
gender study
gender studygender study
gender studypeningla
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1peningla
 
AKTA HASUTAN & ISA
AKTA HASUTAN & ISA AKTA HASUTAN & ISA
AKTA HASUTAN & ISA
Erwina Masir
 
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaivepeningla
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaanross
 
Kawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatKawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkat
sitiaminahsalleh7
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayu
Samad Shomie
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKaren Kayny
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanINSTAQLIM
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-311430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3raja04
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Mel Cassie
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
nasywah79
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Maizatul Akmal
 

Viewers also liked (20)

6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayu6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayu
 
Darurat tanahmelayu
Darurat tanahmelayuDarurat tanahmelayu
Darurat tanahmelayu
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4
 
gender study
gender studygender study
gender study
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1
 
AKTA HASUTAN & ISA
AKTA HASUTAN & ISA AKTA HASUTAN & ISA
AKTA HASUTAN & ISA
 
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
20100820080807 lecture 3 (qualitative & quantitaive
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
Kawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatKawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkat
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayu
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-311430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 

Similar to Konsep darurat dan subversif kuasa

Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222
Sharul Anuar Abd Aziz
 
TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3
hambadah
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
Siti Aisyah Saliman
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Zhang Ewe
 
Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1nurelveana
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
Shila Sim Rin
 
Ideological critics on malaysian military power
Ideological critics on malaysian military powerIdeological critics on malaysian military power
Ideological critics on malaysian military power
Mohammad Sabri
 
Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaZara Lumina
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
surrenderyourthrone
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
JASONYAPMUNHONG
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaharizaish96
 
Assignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan MalaysiaAssignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan Malaysia
rashidahmurat92
 

Similar to Konsep darurat dan subversif kuasa (17)

Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222
 
TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
 
Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1Pengajian malaysia1
Pengajian malaysia1
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
Ideological critics on malaysian military power
Ideological critics on malaysian military powerIdeological critics on malaysian military power
Ideological critics on malaysian military power
 
Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysia
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Pengenalan Perlembagaan
Pengenalan PerlembagaanPengenalan Perlembagaan
Pengenalan Perlembagaan
 
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
Perlembagaan ( Pengajian am semester 1)
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Assignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan MalaysiaAssignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan Malaysia
 
Topik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptxTopik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptx
 

More from peningla

P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012peningla
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3peningla
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltuspeningla
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8peningla
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9peningla
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanpeningla
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um studentpeningla
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalamanpeningla
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...peningla
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye peningla
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...peningla
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunpeningla
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirpeningla
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)peningla
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)peningla
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)peningla
 
Sketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrichSketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrichpeningla
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanpeningla
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisipeningla
 
Penyelewengansyiah
PenyelewengansyiahPenyelewengansyiah
Penyelewengansyiahpeningla
 

More from peningla (20)

P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltus
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukan
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um student
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalaman
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aun
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
 
Sketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrichSketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrich
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 
Penyelewengansyiah
PenyelewengansyiahPenyelewengansyiah
Penyelewengansyiah
 

Recently uploaded

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 

Konsep darurat dan subversif kuasa

  • 1. 0 1.0 Konsep Darurat dan Subversif Menurut Kamus Dewan edisi keempat, darurat merupakan fenomena yang menghalalkan tindakan luar biasa diambil untuk mengatasinya.1 Darurat juga merupakan kesukaran yang mendesak, mencemaskan atau kritikal disebabkan krisis seperti kekurangan makanan, kecaman, bencana, konflik dan peperangan. Walau bagaimanapun, konsep darurat ini telah ditaksir dalam pelbagai perspektif oleh ahli sarjana mengikut kepakaran masing-masing. Menurut pandangan Tun Mohamad Salleh Abas, pakar undang-undang misalnya berpendapat bahawa darurat dianggap sebagai keadaan yang tidak aman dan berbahaya sehingga menggugat kestabilan ekonomi, iklim politik dan sistem sosial negara.2 Keadaan tidak aman ini biasanya berpunca daripada pertikaian politik antara pihak tertentu, bencana alam yang teruk, berlaku rusuhan, ketenteraman awam yang dicabar oleh pihak tertentu dan kegiatan subversif.3 Subversif pula merupakan gerakan yang bertujuan untuk melemahkan atau menghancurkan sesebuah kerajaan, agama atau sistem ekonomi sesebuah negara. Kegiatan subversif ini biasanya dilakukan oleh pemberontak secara sulit dengan cara menyebarkan hasutan atau mengenakan serangan.4 Antara contoh subversif di Malaysia adalah kegiatan komunis pada era 40-an lalu yang bergiat di dalam hutan dan melancarkan serangan menentang kerajaan British. Semasa keadaan darurat ini berlaku, kerajaan dan pemerintah sesebuah negara adalah pihak yang berkuasa mengawalnya. Pemerintah yang akan mengambil peranan dengan mengisytiharkan darurat tersebut serta mewujudkan undang-undang darurat yang kadangkala boleh melampai ketetapan dalam perlembagaan negara. Konsep darurat ini adalah sah dan diiktiraf dalam sistem undang-undang semua negara. Oleh itu, undang- 1 Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hlm. 316. 2 Mohd. Salleh Abas (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Hlm. 327. 3 Abdul Aziz Bari (2001). Perlembagaan Malaysia Asas-Asas Dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 192. 4 Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Hlm. 1531.
  • 2. 1 undang darurat yang digubal akan dikuatkuasakan ketika berlaku darurat sahaja dan tamat apabila darurat berakhir. Selain daripada negara Malaysia, terdapat negara lain yang menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan darurat dalam perlembagaan mereka seperti India, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Walaupun negara tersebut tidak mempunyai perlembagaan bertulis, tetapi terdapat suatu akta iaitu Akta Parlimen yang memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku sesuatu situasi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara. Tempoh berlangsungnya darurat pula akan ditentukan oleh pemerintah negara tersebut dan pemerintah juga boleh mengisytiharkan darurat lebih awal sebelum kejadian yang diragukan berlaku. Oleh yang demikian kuasa pemerintah sangat penting semasa menangani darurat dan mereka berhak menentukan hukuman kepada mereka yang bersalah mengikut ketetapan undang-undang. 2.0 Darurat dan Subversif dalam Perlembagaan Hal ehwal yang berkaitan dengan subversif dan darurat terkandung dalam Perlembagaan persekutuan. Menerusi Perkara 149, parlimen diberi kuasa dalam menentang perbuatan subversif, keganasan dan jenayah yang memudaratkan orang awam. Mengikut Perkara 149 (1), Parlimen boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebabkan keganasan, menyebarkan hasutan, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan dan menimbulkan sentimen perkauman sehingga memudaratkan ketenteraman awam. Tindakan yang dikenakan di bawah kuasa parlimen ini tidak terikat dengan hal hak asasi manusia dalam Perkara 5, 9, 10 atau 13 yakni kebebasan diri, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan kebebasan memiliki harta.5 Manakala undang-undang berkaitan dengan darurat pula termaktub dalam Perkara 150 yang mengandungi 9 Fasal. Mengikut Perkara 150 (1), apabila berlaku sesuatu konflik yang boleh menggugat keselamatan awam dan menjejaskan ekonomi berlaku, maka Yang di- Pertuan Agong (YDPA) boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dan 5 Undang-undang Malaysia: Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pindaan 2006. Hlm. 163-164.
  • 3. 2 mengisytiharkannya di seluruh persekutuan atau di sesetengah kawasan yang terlibat.6 Keutamaan ini diberikan kepada YDPA sebagai ketua agama dan ketua negara. Hal ini jelas termaktub dalam Perkara 32, yang menyebut YDPA sebagai ketua negara dan ketua Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 41. Oleh itu, kuasa mengisytiharkan darurat terletak pada Yang di-Pertua Agong dan darurat akan diisytiharkan apabila wujudnya ancaman dari aspek keselamatan, bencana atau wabak penyakit. Pengisytiharan darurat ini boleh dibuat awal sebelum kejadian yang mengancamkan tersebut berlaku atau YDPA melihat kejadian yang dibimbangkan bakal berlaku. Hal ini termaktub dalam Fasal (2). Oleh itu, darurat boleh diisytiharkan sama ada sebelum atau selepas kejadian demi langkah pemulihan. Selain itu, menurut Perkara 150 (2A) YDPA boleh mengisytiharkan darurat dengan sebab yang berbeza–berbeza atas darurat yang akan diisytiharkan atau yang telah diisytiharkan. Keadaan ini mempunyai banyak makna, Pada masa darurat itu, bukan sahaja parlimen berkuasa membuat akta darurat, tetapi YDPA juga mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang darurat yang dinamakan ordinan. Hal ini termasuk dalam Perkara 150 (2B).7 Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan tersebut setaraf dengan Akta yang dikeluarkan oleh parlimen dan berkuat kuasa secara sah dengan tiga syarat. a) Perisytiharan darurat dikeluarkan pada masa parlimen tidak bersidang. b) Yang di-Pertua Agong dengan seberapa segera yang boleh telah memanggil Parlimen bersidang dan ordinan itu dibuat sementara menanti Parlimen bersidang. c) Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ordinan itu dibuat kerana tindakan segera terhadap darurat itu dikehendaki. 8 Perkara 150 (3) pula menyatakan bahawa ordinan yang dibuat YDPA perlu dibentangkan di dalam dua dewan parlimen untuk mengesahkan atau membatalkan perisytiharan itu. Namun begitu, jika parlimen membatalkan perisytiharan itu, YDPA masih lagi boleh 6 Ibid. Hlm. 166. 7 Ibid. Hlm. 166. 8 Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 356
  • 4. 3 mengisytiharkan darurat dengan alasan lain. Oleh itu, kuasa Agong masih ada untuk mengisytiharkan darurat lain.9 Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif masih wujud dan boleh memberikan arahan kepada kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu. Hal ini terkandung dalam Perkara 150 (4). Oleh itu, kuasa mengendalikan darurat ini boleh diberikan kepada badan yang dipercayai seperti Majlis Gerakan (MAGERAN), Majlis Revolusi atau Majlis Perang apabila pihak kerajaan gagal mengawal keadaan. Kuasa tersebut juga diberikan kepada Parlimen. Dalam keadaan stabil, parlimen masih boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang bersesuaian bagi mengatasi darurat tersebut namun perlu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya. Hai ini termaktub dalam Perkara 150 (5) dan hal ini menunjukkan bahawa semasa darurat, undang-undang yang dibuat di parlimen tidak terhad kepada bidang kuasanya yang biasa sahaja.10 Mengikut perkara 150 (6) pula, mana-mana peruntukan dalam akta parlimen yang diluluskan sebagai undang-undang darurat tidak dianggap batal walaupun bertentangan dengan perlembagaan kecuali bertentangan dengan perkara berkaitan dengan agama, adat istiadat Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan atau bahasa. (Perkara 150 (6A). Setakat ini tiada lagi hujah yang dikemukakan menunjukkan bahawa akta parlimen berkaitan darurat boleh terbatal sebaliknya Akta Darurat yang dibuat oleh Parlimen boleh meminda perlembagaan Negeri misalnya yang berlaku di Sarawak pada 1966 dan Kelantan pada 1977. Dalam Perkara 150 (7), sesuatu ordinan darurat itu diberikan nafas selama enam bulan lagi untuk berkuat kuasa selepas dari tarikh tamat darurat itu. Selepas daripada tempoh itu, ordinan dan peraturan itu, tidak akan berkuat kuasa lagi. Sungguhpun banyak syarat yang menjadi prinsip semasa darurat dilakukan, perisytiharan darurat oleh YDPA tidak boleh 9 Ibid. 10 Ibid. Hlm. 353.
  • 5. 4 dipertikaikan oleh mana-mana mahkamah pun. Hal ini termaktub dalam Perkara 150 (8A) dan Perkara 150 (8B) pula menekankan bahawa, tiada mahkamah yang berkuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding mengenai kesahan perisytiharan yang dibuat YDPA berkaitan dengan tempoh kesinambungan darurat, undang- undang dan operasi darurat. Mengikut Perkara 150 (9),11 Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dianggap bersidang walaupun ahli Majlis tersebut hanya berhimpun bersama-sama untuk urusan Majlis itu. 3.0 Peristiwa Darurat di Malaysia. Menurut Salleh Abas, semenjak 1948 lima peristiwa darurat telah diisytiharkan di Malaysia. Tiga daripada peristiwa ini melibatkan seluruh persekutuan manakala dua lagi melibatkan negeri Sarawak dan Kelantan. Daripada kelima-lima perisytiharan tersebut, empat lagi masih belum diisytiharkan batal. Oleh itu, wujud keraguan pakar undang-undang dan pakar perlembagaan dalam isu pembatalan darurat ini.12 Perisytiharan darurat yang pertama telah dibuat pada tahun 1948 ketika negara sedang berhadapan dengan ancaman komunis dan pada waktu ini, negara masih lagi ditadbir oleh pihak Inggeris. Kemudiannya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah diwujudkan. Selain itu, perisytiharan darurat yang seterusnya pula dibuat pada tahun 1964 apabila Malaysia berhadapan dengan konfrontasi dari Republik Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Sukarno. Perisytiharan darurat yang ketiga diisytiharkan pada tahun 1966 yang hanya melibatkan Negeri Sarawak. Kemudiannya perisytiharan keempat berlaku semasa krisis rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan darurat kelima dibuat pada 1977 berikutan daripada krisis Parti Islam Se Malaysia di Kelantan sehingga menyebabkan penubuhan Kerajaan Ala-Mageran di Kelantan semasa darurat 1977.13 Selepas beberapa bulan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, negara menghadapi suatu ancaman besar iaitu ancaman komunis sehingga menyebabkan kerajaan 11 Undang-undang Malaysia: Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pindaan 2006. Hlm. 164. 12 Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 332. 13 Abdul Aziz Bari (2001). Hlm. 192.
  • 6. 5 mengisytiharkan darurat bagi pada 13 Julai 1948. Darurat ini berjalan selama 12 tahun yakni sehingga 1960. Keadaan tidak aman ini berpunca apabila berlakunya kes pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 oleh tiga orang Cina yang diyakini Parti Komunis Malaya (PKM). Selain itu, banyak lagi keganasan lain yang dilakukan seperti menyerang pekerja-pekerja lombong dan ladang getah tidak menyokong perjuangan PKM, meletupkan keretapi, membunuh orang kampung dan memusnahkan lombong-lombong milik British. Kegiatan PKM ini juga boleh dianggap ganas dan subversif oleh British apabila mereka cuba menghasut masyarakat memberontak menentang British. Antara kegiatan PKM adalah mempengaruhi kesatuan kerja dan melancarkan pemogokan secara besar-besaran di Singapura pada bulan Mei 1948 dan pemberontakan secara besar-besaran pada bulan Jun 1948. Berikutan daripada itu, Majlis Perundangan negara yang ditadbir oleh British ketika itu telah membuat undang-undang yang membenarkan kerajaan mengambil tindakan bagi mencegah huru-hara darurat tersebut. Oleh itu, satu undang-undang yang bernama Ordinan Peraturan Darurat 1948 telah diluluskan. Maka di bawah peruntukan seksyen 3 ordinan inilah perisytiharan darurat bertarikh 16 Julai 1948 telah dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu14 antara tindakan undang-undang yang diambil adalah mengharamkan parti politik yang bersifat radikal dan berhaluan kiri seperti PKM, AWAS, API, PKI dan PKMM. Selain itu, sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri dan hukuman bunuh akan dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersubahat dengan komunis. Perintah Berkurung juga telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis dan di label sebagai Kawasan Hitam, manakala Kawasan Putih pula adalah kawasan yang terkawal daripada ancaman komunis.15 Melalui kuasa Undang-undang Darurat ini, maka ancaman dari pengganas komunis dapat dibendung dan beransur pulih setelah mengambil masa 12 tahun untuk menamakannya. Oleh itu, pada 3 Julai 1961, Ordinan tersebut telah dimansuhkan.16 Namun 14 Ho Hui Ling (2010). Pembanterasan Komunis di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 51. 15 Ibid. Hlm. 51. 16 Ibid. Hlm. 227
  • 7. 6 begitu, sebahagian daripada sebahagian daripada peraturan yang penting untuk mencegah pengganas dan kegiatan subversif ini telah dikekalkan dengan menyerapkannya ke dalam satu akta yang dinamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.17 a) Darurat 1964 Perisytiharan Darurat kedua dibuat oleh YDPA pada 3 September 1964 lebih kurang dua minggu sebelum tarikh Perisytiharan Penubuhan Malaysia. Huru-hara dan keadaan tidak aman telah tercetus apabila Indonesia di bawah pimpinan Presiden Soekarno menentang keras dan mengecam usaha Malaysia membentuk gagasan negara baru atas alasan bahawa Malaysia merupakan satu helah politik yang boleh menggugat kedudukan Indonesia. Sehingga pada Februari 1963, Menteri Luar Indonesia sendiri Dr. Subandrio telah mengisytiharkan dengan rasmi penentangan terhadap pembentukan Malaysia dan mengumumkan konfrontasi terhadap Malaysia dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.18 Oleh itu, askar Indonesia telah dihantar ke Malaysia dan menceroboh di beberapa kawasan seperti Labis Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, maka kerajaan telah mengisytiharkan kawasan yang dicerobohi sebagai kawasan keselamatan. Kawasan keselamatan ini bermaksud pegawai keselamatan boleh bertindak bebas membanteras pengganas Indonesia tersebut. Krisis ini memuncak apabila semakin ramai askar Indonesia yang menceroboh dan menghuru-harakan Malaysia sehinggalah Darurat diisytiharkan pada 3 September 1964 oleh YDPA di bawah Perkara 150. Empat hari selepas itu, seluruh Malaysia telah diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan dan parlimen telah bersidang untuk meluluskan Akta Darurat Kuasa Perlu 1964 bagi mewujudkan undang-undang membanteras penceroboh ini. Selain itu, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 masih digunakan untuk menentukan tindakan yang perlu diambil ketika itu. Tindakan Indonesia ini juga diikuti oleh Filipina yang juga tidak bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Kerajaan Filipina telah membuat tuntutan bagi Sabah pada tahun 1962 hingga 1963 tetapi tuntutan tersebut ditolak 17 Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 333. 18 Nik Anuar Nik Mahmud (2000). Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 75- 77.
  • 8. 7 oleh pihak British. Faktor sejarah ini menimbulkan krisis antara Malaysia dan Filipina. Namun begitu setelah pelbagai usaha perdamaian diambil menerusi ASEAN dan MAPHILINDO, maka Konfrontasi terhadap Malaysia dari tahun 1963 berakhir pada 1966. 19 b) Darurat 1966 Perisytiharan darurat yang ketiga dibuat oleh kerajaan pada 14 September 1966.20 Perisytiharan ini dibuat bagi menyelesaikan konflik politik di negeri Sarawak yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Stephen Kalong Ningkan yang dipecat oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Haji Openg. Kejadian ini juga berpunca apabila beberapa anggota Majlis Negeri Sarawak telah menandatangani sepucuk surat sebagai tanda tidak percaya dan tidak lagi menyokong beliau menjadi Ketua Menteri. Surat tersebut telah dipanjangkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak. Oleh itu, YDPN Sarawak meminta Datuk Stephen meletakkan jawatan. Malangnya beliau enggan melepaskan jawatan itu sebaliknya memulakan guaman di Mahkamah Tinggi Kuching atas dakwaan beliau masih menjadi Ketua Menteri yang sah. Oleh itu, Pemangku Hakim Besar Mahkamah Tinggi Kuching Tun Harley ketika itu mendakwa bahawa mengikut Perlembagaan Sarawak, YDPN tiada hak untuk memecat jawatan Ketua Menteri melainkan setelah mendapat undi tidak percaya dan diluluskan oleh Majlis Negeri.21 Oleh itu, konflik mula timbul apabila Datuk Stephen yang berkuasa memanggil Majlis bersidang, enggan memanggil Majlis Negeri Sarawak untuk bersidang dan mendengar pendapat ahli majlis tentang penerimaan mereka terhadap beliau. Oleh itu, undi tidak percaya tidak dapat diluluskan dan pertikaian ini berterusan. Sehubungan dengan itu, kerajaan persekutuan telah mengisytiharkan darurat di Sarawak sahaja supaya membolehkan parlimen menggubal perlembagaan Sarawak buat sementara waktu dengan pindaan membolehkan Speaker Majlis Negeri Sarawak memanggil persidangan Majlis tersebut. Oleh itu, Akta Darurat (Perlembagaan Persekutuan dan 19 Ibid. Hlm. 239. 20 Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 334 21 Ibid.
  • 9. 8 Perlembagaan Sarawak, 1966 telah diisytiharkan. Oleh itu, Majlis boleh bersidang dan membuang undi tidak percaya kepada beliau. Kemudiannya YDPN Sarawak memecat Datuk Stephen dan melantik Tawi Sli sebagai Ketua Menteri Sarawak. c) Darurat 1969 Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan kemuncak kepada konflik etnik Melayu dan Cina di Malaysia sehingga menimbulkan rusuhan kaum. Tragedi berdarah ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa seramai hampir 116 orang, 455 orang cedera, 39 orang hilang dan 9,143 ditahan.22 Peristiwa ini juga dikatakan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" yang disuntik dengan semangat perkauman.23 Semasa kempen Pilihan Raya 1969 tersebut, calon-calon pilihan raya serta ahli- ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia, Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Isu sensitiviti itu dibangkitkan demi kepentingan politik mereka dan demi meraih undi daripada masyarakat khususnya daripada mereka yang berbangsa Cina. Selepas tamat sesi mengundi, keputusan Pilihanraya Umum 1969 menunjukkan bahawa Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) gagal memperoleh majoriti 2/3 di parlimen, tetapi masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan melalui majoriti mudah. Sementara itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) sebagai pembangkang telah memenangi 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam pilihanraya itu telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969 dengan membuat perarakan. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun 22 Abdul Rahman Ibrahim (2011). 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 91. 23 Ibid. Hlm. 70.
  • 10. 9 terdapat segelintir peserta mengeluarkan slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan misalnya membawa penyapu tanda menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur. Sebagai tanda membalas perbuatan ini, perarakan meraikan kemenangan UMNO pun dijalankan pada, 13 Mei 1969. Perarakan ini membawa pertempuran kaum Melayu dan kaum Cina di Kampung Baru sehingga melibatkan pembunuhan. Ketegangan ini berlarutan sehingga menjelang 16 Mei 1969 dan tidak dapat dikawal di sesetengah kawasan di Selangor. Rentetan daripada itu, YDPA atas nasihat jemaah menteri telah mengisytiharkan darurat pada 14 Mei 1969. 24 Oleh kerana parlimen masih belum wujud ketika itu kerana Pilihan raya Umum masih belum tamat, maka YDPA telah membuat 77 Ordinan Darurat yang meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan konflik tersebut. Antara Ordinan yang penting adalah No. 1 dan No. 2 yang menyebut bahawa sistem jemaah menteri tidak digunakan sementara waktu sebaliknya kuasa memerintah negara diserahkan kepada Pengarah MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yakni Tun Abdul Razak yang akan mengendalikan konflik rusuhan ini. Oleh itu MAGERAN telah menjalankan pelbagai langkah ke arah perpaduan sehingga ketegangan ini dapat mengawal api perkauman.25 Oleh itu, pada 20 Februari 1971, Parlimen telah kembali bersidang semula dan pemerintahan cara MAGERAN telah ditamatkan. Beberapa ordinan darurat telah di batalkan oleh YDPA tetapi Ordinan Darurat No. 1 yang memberi kuasa kepada YDPA untuk membuat bermacam peraturan semasa darurat termasuklah membicarakan kes jenayah yang melibatkan hal ehwal keselamatan dalam negeri telah dikekalkan. 24 Ibid. Hlm. 108. 25 Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 336.
  • 11. 10 d) Darurat 1977 Perisytiharan darurat kelima oleh YDPA telah dibuat pada 8 November 1977. Darurat ini diisytiharkan bagi menyelesaikan konflik politik di Kelantan yang diperintah oleh Parti PAS ketika itu. Krisis ini hampir sama seperti yang berlaku di Sarawak. Konflik ini bermula apabila anggota PAS meminta Datuk Haji Mohd. Nasir meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan ketika itu tetapi beliau enggan berbuat demikian. Oleh itu, Majlis Undangan Negeri Kelantan yang dianggotai oleh 15 orang ahli telah membuang undi tidak percaya kepada beliau. Sehubungan dengan peristiwa pemecatan ini, sekelompok penyokong beliau tidak berpuas hati dan menimbulkan rusuhan. Terdapat dua kelompok yang berkonflik ketika itu yakni penyokong beliau dan penolak beliau. Konflik ini menyebabkan kerosakan harta benda. Bagi mengawal keadaan YDPA telah mengisytiharkan darurat sementara Parlimen mengeluarkan Akta Darurat Kelantan 1977.26 Perlembagaan Negeri Kelantan juga telah dipinda dengan mengalihkan pemerintahan Negeri Kelantan daripada Menteri Besar kepada pegawai yang diberi gelaran Pengarah Kerajaan ketika itu. Pegawai tersebut telah diberi kuasa membuat peraturan yang berpatutan bagi memerintah Kelantan sementara menunggu Pilihanraya diadakan pada 1978. Selepas itu, akta ini telah dimansuhkan dan perlembagaan negeri berjalan seperti sediakala. 27 4.0 Cabaran Terhadap Darurat dan Permasalahannya dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Mohd Salleh Abas, keputusan mahkamah berkaitan dengan undang-undang darurat di Malaysia telah menerima pelbagai cabaran dan tentangan mengenai sah dan tidak sahnya darurat itu. Selain itu, terdapat pertikaian berkaitan dengan penamatan perisytiharan darurat yang dikatakan belum diisytiharkan tamat dan kononnya negara masih dalam darurat juga menjadi isu kepada ahli perundangan negara. Selain itu, permasalahan lain juga timbul seperti pertentangan pendapat terhadap peruntukan dalam perlembagaan dalam Perkara 150 itu sendiri. Makna setiap fasal itu dinilai secara berbeza oleh ahli perundangan. Permasalahan 26 Ibid. Hlm. 339. 27 Ibid.
  • 12. 11 yang dinyatakan di atas sedikit sebanyak memberi implikasi kepada sistem perundangan negara. Oleh itu beberapa kes berkaitan dengan darurat ini telah dibicarakan di mahkamah antaranya adalah seperti kes Stephen Kalong Ningkan lwn Kerajaan Malaysia. Kes darurat di Sarawak yang melibatkan Stephen Kalong Ningkan lwn Kerajaan Malaysia telah mendapat perhatian ramai pengamal perundangan negara. Stephen Kalong Ningkan yang tidak berpuas hati dengan pemecatan beliau telah mencabar perisytiharan darurat tersebut dengan mendakwa bahawa wujud in fraudem legis dan ultra vires yang menjadikan darurat itu tidak sah. 28 Oleh itu, kes ini dibawa ke Majlis Privy untuk dihakimi. Majlis Privy pula menghukumkan bahawa YDPA mengisytiharkan darurat berserta niat tidak baik.29 Berikutan daripada itu, ramai pihak yang menganggap tindakan ini tidak wajar kerana perisytiharan ini sepatutnya menunjukkan bahawa Baginda telah berpuas hati atas keputusan itu. Oleh itu perisytiharan ini tidak boleh dihukum dan mahkamah juga tidak boleh membuat semakan sama ada persekutuan layak meminda perlembagaan negeri atau tidak. Namun begitu, keputusan mahkamah membuktikan bahawa cabaran ini tidak berjaya kerana pihak pencabar gagal membuktikan bahawa kerajaan menggunakan kuasa darurat sebagai helah untuk mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.30 Walaupun pada hakikatnya Perkara 150 menyebut bahawa perisytiharan darurat tidak boleh dipersoalkan di mahkamah namun mengikut kes Stephen ini, perisytiharan ini boleh disemak jika terdapat bukti yang menunjukkan perisytiharan ini dibuat dengan niat yang tidak jujur dan YDPA telah menerima nasihat yang salah daripada Jemaah Menteri. 31 Hal ini disokong oleh Hakim H.T Ong yang mendakwa bahawa kes ini boleh dirayu jika terdapat salah guna yang boleh dibuktikan oleh perayu.32 28 In fraudem legis adalah penipuan undang-undang dan ultra vires bermakna di luar bidang kuasa. Dua istilah ini merupakan hujah Stephen untuk melayakkan kes beliau dihakimi. Cadangan ini telah diberikan oleh Majlis Privy supaya membolehkan kes ini dibicarakan di mahkamah. Selanjutnya dalam Muhd Salleh Abas. Hlm. 348. 29 Ibid. 30 Abdul Aziz Bari (2001). Hlm. 195. 31 Mohd. Salleh Abas (1997). Hlm. 348. 32 Ibid.
  • 13. 12 Selain isu di Sarawak, pengamal perundangan turut mencabar perisytiharan darurat 1969. Terdapat pelbagai konflik yang dikemukakan dalam isu darurat ini. Menurut Mohd Salleh Abas, terdapat banyak kes mahkamah berkaitan dengan isu ini misalnya kes Lim Woon Chong & Anor lwn Public Prosecutor, perisytiharan darurat 1969 telah dicabar sebagai tidak sah kerana hanya dibentangkan dalam Dewan Rakyat sahaja. Padahal dalam Perkara 150 menghendaki bahawa perisytiharan ini dibuat di dalam dua Dewan Parlimen. Oleh itu, mahkamah telah memutuskan bahawa mengikut jurubahasa Parlimen dan ucapan diraja yang dibuat pada 20 februari 1971, perisytiharan ini telah dibentangkan di dewan negara. Oleh itu, cabaran tersebut tidak dapat dilaksanakan.33 Selain itu, kes lain yang bersangkutan dengan konflik perlembagaan ini berlaku dalam kes Eng Keock Cheng lwn Public Prosecutor. Peraturan darurat di bawah Akta Darurat (Kuasa Perlu) 1964 telah dicabar sebagai tidak sah kerana menyalahi Perkara 8 perlembagaan. Mengikut seksyen 2(4) Akta ini, peraturan adalah sah walaupun bertentangan dengan undang-undang bertulis dalam akta lain. Dengan ini kuasa YDPA telah digunakan sepenuhnya dalam kes membuat Peraturan Darurat (Perbicaraan Jenayah) 1964 berkenaan dengan perbicaraan terhadap orang yang mempunyai senjata api di bawah seksyen 57 dan 58 Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah dijalankan di hadapan seorang hakim tanpa juri. Manakala perbicaraan yang dilakukan mengikut prosedur di bawah Kanun Peraturan Jenayah tidak dibenarkan. Oleh itu mahkamah telah memutuskan bahawa salah faham ini tidak menjejaskan kesahan Akta Darurat (Kuasa Perlu) 1964.34 Selain salah faham terhadap peruntukan sah dan tidak sahnya Akta Darurat, timbul juga isu berkaitan dengan penamatan darurat. Mengikut Perkara 150 fasal (3) darurat tamat apabila perisytiharan ditarik balik oleh YDPA atau dibatalkan oleh Parlimen menerusi satu rumusan yang diluluskan oleh dua dewan parlimen. Namun begitu, terdapat beberapa perisytiharan yang belum di tarik balik. Oleh itu, pengamal undang-undang mengemukakan hujah berkenaan dengan pembatalan darurat ini. Antaranya adalah dalam kes Johnson Tan 33 Ibid. Hlm. 352. 34 Ibid. Hlm. 335.
  • 14. 13 Han Seng lwn Public Prosecutor. Pembela telah mendakwa bahawa perisytiharan darurat 1969 dengan sendirinya telah terbatal disebabkan keadaan sudah berubah. Negara bukan dalam huru-hara atau berada dalam rusuhan lagi. Dengan tamatnya perisytiharan ini maka dengan sendirinya Ordinan No. 1 yang dibuat 1969 hilang kuasanya. Oleh itu segala peraturan bawah ordinan ini tidak sah. Pendapat ini juga disokong oleh Hakim Datuk Harun Hashim tetapi beliau sendiri tidak dapat menyatakan siapakah yang boleh menentukan keadaan itu benar-benar sudah berubah. Oleh sebab tiada ukuran yang boleh digunakan untuk menentukan bilakah layaknya tamat darurat itu, maka kes ini tidak dapat diadili.35 Teori yang mengatakan bahawa keadaan yang berubah akan menamatkan darurat tidak relevan kerana mempunyai beberapa kelemahan seperti siapakah yang layak menentukan sama ada keadaan dah berubah atau belum? jika menurut Salleh Abas, hal berkaitan dengan darurat ini urusan parlimen dan di bawah kuasa YDPA. Oleh itu, mahkamah tidak boleh mencampuri urusan selain kehakiman. Persoalan kedua pula berkenaan dengan tempoh berakhirnya kuasa ordinan. Tarikh tamat darurat penting untuk menentukan enam bulan selepas itu kuasa ordinan akan hilang seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (7) Ordinan Darurat diberi masa 6 bulan untuk berkuat kuasa selepas perisytiharan tarikh tamat darurat. Oleh itu segala kes tentang penamatan darurat ditolak Mahkamah.36 Sehubungan dengan itu, banyak pertikaian yang wujud semasa pelaksanaan Darurat ini. Sungguhpun kuasa darurat tidak boleh dibicarakan di mahkamah, namun Majlis Privy ketika itu masih mendengar hujah pendakwa bagi menamatkan salah faham dalam peruntukan Perkara 150 itu. Oleh itu, daripada banyak kes yang disebutkan itu tidak sedikit pun dapat menafikan kuasa darurat yang telah dibuat oleh pemerintah atas penilaian yang termaktub dalam Perkara 150 tersebut. 35 Ibid. Hlm. 341. 36 Ibid. Hlm. 358.
  • 15. 14 5.0 Rumusan. Konsep darurat tidak terbatas kepada kekerasan yang melibatkan penggunaan senjata api dan rusuhan sahaja tetapi justifikasi untuk darurat ini lebih luas lagi meliputi krisis politik, krisis ekonomi, bencana alam, kekurangan makanan dan masalah penyakit yang mudah merebak dan tidak terkawal. Apabila keadaan ini berlaku maka, pemerintah mempunyai kuasa khas seperti yang terkandung dalam Perkara 149 dan Perkara 150. Kuasa ini sah di sisi undang- undang bagi mengatasi keadaan yang terlalu sukar atau tidak terkawal, walaupun terpaksa mengabaikan hak asasi manusia seperti hak bersuara, hak berhimpun dan hak bergerak dalam perlembagaan. Sungguhpun undang-undang ini tidak terbatas semasa darurat, pemerintah tidak boleh meletakkan suasana darurat tanpa mengikut hasrat perlembagaan. Misalnya, undang- undang darurat hanya diguna pakai apabila berlakunya perkara yang kritikal dan mendesak sahaja agar salah guna kuasa tidak berlaku. Hal ini telah dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan pada 1948.37 Dari hal itu, menurut penilaian Mohd Salleh Abas, semua darurat yang diisytiharkan setakat ini adalah difikirkan patut dan tidak terkeluar dari had yang dihasratkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Reid. Setakat ini, terdapat lima peristiwa perisytiharan darurat telah diisytiharkan yakni perisytiharan darurat pada tahun 1948, perisytiharan darurat pada tahun 1964, perisytiharan pada tahun 1966, perisytiharan pada 13 Mei 1969 dan terakhir pada 1977 berikutan daripada krisis Parti Islam Se Malaysia di Kelantan. 37 Ibid. Hlm. 340.
  • 16. 15 Bibliografi Abdul Aziz Bari (2001). Perlembagaan Malaysia Asas-Asas Dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Salleh Abas (1997). Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ho, Hui Ling (2010). Pembanterasan Komunis di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nik Anuar Nik Mahmud (2000). Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Undang-undang Malaysia: Perlembagaan Persekutuan Malaysia, pindaan 2006. Abdul Rahman Ibrahim (2011). 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.