SlideShare a Scribd company logo
1
HSM 3023
MALAYSIA ABAD KE-19
SEMESTER DUA 2014/2015
TAJUK :
SOSIOEKONOMI NEGERI-NEGERI MELAYU ABAD KE-19
SETELAH KEDATANGAN KOLONIAL BRITISH
NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIKS
2
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan dikenali seantero dunia dari segi
masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Kepelbagaian
bangsa dan budaya inilah telah melahirkan semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan
masyarakatnya. Namun begitu, keharmonian dan keutuhan negara kecapi pada hari ini
tidaklah semudah yang kita fikirkan kerana negara ini mengalami pengalaman sejarah yang
sangat getir dan hebat sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jika kita
imbas sejarah lalu, Malaysia ataupun dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu telah
mengalami beberapa siri penjajahan asing yang bermula daripada penjajahan Portugis,
Belanda, British dan Jepun. Penjajahan asing ini telah meninggalkan impak yang sangat besar
kepada Tanah Melayu termasuklah Borneo ketika itu apatah lagi semasa zaman kolonial
British.
Senario yang mewarnai sejarah Tanah Melayu telah membuka satu episod baru
apabila berlaku perubahan yang besar terutamanya dari struktur ekonomi yang ada pada masa
kini apatah lagi boleh dianggap sebagai zaman pemodenan dari konteks sejarah melayu itu
sendiri. Perdebatan dalam kalangan ahli sejarahwan telah banyak membuktikan bahawa
perubahan struktur ekonomi Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh pengaruh barat yakni
British. Bermula dari penjajahan inilah telah memberi impak yang besar dari sosioekonomi
masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, fokus utama penulisan ini adalah melihat
perkembangan sosioekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-19 dan secara tidak langsung
menyentuh perkembangan sosioekonomi di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
3
2.0 STRUKTUR MASYARAKAT
Penguasaan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah membawa perubahan
yang besar kepada sosioekonomi masyarakat Melayu, bumiputera dan bangsa asing yang
menetap di Tanah Melayu. Jika kita melihat pada sistem lapisan masyarakat dan struktur
masyarakat Melayu terdapat perubahan yang ketara dan menonjol. Sebelum kedatangan
penjajah asing, kelompok tertinggi dalam lapisan masyarakat adalah golongan pemerintah
yang terdiri daripada masyarakat Melayu. Namun segalanya berubah apabila kedatangan
British ke Tanah Melayu apabila mereka telah menguasai struktur pemerintahan dan menjadi
golongan pemerintah dalam kelompok tertinggi.
Semasa zaman tradisi, pemerintah tertinggi adalah raja yang merupakan peneraju
utama dalam tampuk pemerintahan dan diikuti oleh kerabat diraja iaitu golongan yang berasal
daripada keturunan diraja.1 Golongan kerabat diraja ini diberi keistimewaan terutamanya
dalam jawatan yang disandang seperti menjadi bendahara ataupun temenggung. Bagi kelas
pemerintah ini ia dapat dikelompokkan berdasarkan kedudukan dan jawatan yang mereka
sandang.2 Di bawah golongan kerabat diraja pula terdiri daripada golongan pemerintah yang
bukan daripada keturunan diraja iaitu pembesar dan penghulu yang bertanggungjawab
sebagai penasihat diraja ataupun pembesar daerah. Golongan inilah yang menjadi tulang
belakang dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan serta bertanggungjawab
sepenuhnya kepada golongan pemerintah iaitu raja.
Walaupun begitu, semasa abad ke-19 telah berlaku satu perubahan dalam
pemerintahan masyarakat Melayu tradisi. Abad ini seringkali digambarkan oleh para
sejarahwan sebagai satu kayu ukur perubahan dalam struktur pemerintahan masyarakat
1 Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications,hlm. 55.
2 Yab Beng Liang, 1989. ”Stratifikasi Sosial dan MasyarakatMelayu”, Masyarakat Melayu : Struktur, Organisasi
dan Manifestasi. Kuala Lumpur : DBP, hlm. 74-75.
4
Melayu tradisi. Hal ini demikian kerana kedatangan British telah mengubah corak
pentadbiran dalam aspek politik malah secara amnya juga telah mengubah aspek ekonomi
dan sosial masyarakat di Tanah Melayu. Jika dahulunya sultan yang berkuasa dalam aspek
pemerintahan namun semasa zaman kolonial British, raja telah kehilangan kuasanya sebagai
golongan pemerintah. Secara prinsipnya rakyat bukan lagi dibawah kekuasaan dan
pemerintahan oleh golongan pemerintah. Hal ini kerana kuasa pemerintahan dipegang oleh
golongan residen yang telah diperkenalkan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.3
Melalui sistem ini, kuasa mutlak raja telah digantikan oleh kuasa Residen kecuali
perkara agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Pada peringkat awalnya, tugas residen
hanyalah sebagai pelindung kepada rakyat British dan pedagang asing. Mereka juga
berperanan menguruskan hal ehwal luar negeri-negeri di Tanah Melayu dan agen perubahan
dalam membentuk birokrasi pentadbiran corak Barat serta menjadi pelaksana dasar-dasar
kerajaan. Namun, setelah berlakunya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, residen berkuasa
menjadi penasihat sultan kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu. Secara tidak
langsungnya, sistem residen telah mula menguasai pentadbiran dan pemerintahan negeri-
negeri Melayu apatah lagi dari sudut ekonominya.
3 Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia
5
3.0 SISTEM EKONOMI
Semasa penjajahan British, pihak kolonial telah melaksanakan beberapa dasar dalam sistem
pentadbiran di Tanah Melayu yang dilihat sebagai satu agenda tersembunyi dengan
melakukan satu bentuk penjajahan yang halus terutamanya kepada masyarakat Melayu. Hal
ini sekaligus mempengaruhi perkembangan sosioekonomi masyarakat di Tanah Melayu.
3.1 DASAR EKONOMI DUALISME
Sebelum tahun 1945, perkembangan sosioekonomi masyarakat di Tanah Melayu
dilihat mendatangkan perubahan dalam sistem sosioekonomi tradisional. Hal ini demikian
kerana sebelum penjajahan British golongan yang diperintah tertakluk sepenuhnya di bawah
pemerintahan golongan pemerintah iaitu raja bertetapan dengan kedudukan tertinggi yang
dimilikinya. Cara yang diamalkan oleh golongan yang diperintah yang mengeluarkan hasil
untuk pemerintahan adalah dengan mempersembahkan cukai ataupun hasil tanaman yang
diperoleh kepada raja melalui pembesar-pembesar yang dilantik oleh raja untuk memungut
hasil cukai dan hasil-hasil ekonomi yang lain.4
Namun setelah Tanah Melayu dijajah, pihak British telah memperkenalkan sistem
ekonomi dualisme. Ekonomi dualisme ini adalah merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang
berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi ekonomi
utama yang dilakukan oleh kolonial British ialah perlombonngan dan perladangan getah.
Bahkan bukan iru sahaja, pihak British juga telah mewujudkan pembahagian pekerjaan
berdasarkan etnik di mana masyarakat Melayu bekerja dalam pentadbiran dan sektor
pertanian, masyarakat Cina dalam sektor perlombongan dan peniaga manakala masyarakat
India bekerja sebagai pekerja ladang.
4 AmarjitKaur,1991. “Semenanjung Tanah Melayu abad ke-19 : Satu Tinjauan Ekonomi”, Masyarakat Melayu
Abad Ke-19. (Kuala Lumpur : DBP), hlm. 4.
6
Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan
perusahaan getah dan perlombonan bijih timah. Sistem ini berasaskan pasaran bandar dan
diletakkan di bawah kawalan British apatah lagi sistem ini melibatkan masyarakat Cina dan
India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi
utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pemasaran dan pengeluaran serta
tenaga kerja masih lagi didominasi oleh masyarakat Melayu tradisional yang masih jauh
ketinggalan di belakang. Hal ini jelas dapat dibuktikan masyarakat Melayu yang tinggal di
kawasan pedalaman tidak disentuh arus kemodenan. Khoo Kay Kim juga menyatakan
bahawa kedatangan British tidak membawa perubahan dari segi pembangunan kawasan
pedalaman dan pembukaan bandar-bandar baru di kawasan kediaman masyarakat Melayu.5
3.1.2 Pengenalan Sistem Residen
Pada tahun 1860 hingga 1870 beberapa negeri di Ttanah Melayu iaitu Perak,
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah mengalami kekacauan seperti perebutan takhta,
pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan
tersebut telah dilihat oleh British sebagai satu peluang yang emas untuk mula campur tangan
di Tanah Melayu. Berikutan daripada kekacauan tersebut Perjanjian Pangkor telah
ditandatangani antara Raja Muda Abdullah dan Sir Andrew Clarke pada 20 januari 1874 dan
merupakan titik bermulanya campur tangan British secara rasmi di Tanah Melayu. Kesan
daripada campur tangan tersebut Sistem Residen telah diperkenalkan di Tanah Melayu6.
Dalam sistem residen ini Sultan akan menerima seorang residen ataupun penasihat yang akan
menasihati baginda dalam segala hal kecuali berkaitan dengan agama islam dan adat resam
orang melayu. Hal ini membawa maksud bahawa kerajaan British akan mengawal hal ehwal
5 Khoo Kay Kim, 1974, “Malay Society 1914-1920s,”JSEAS, vol. 5, No. 2, hlm. 182.
6 Mohd Hazi Rahim,2009, Pelaksanaan Sistem Residen, Time Edition ,hlm. 12.
7
di Tanah Melayu dan Sultan hanyala sekadar boneka yang digunakan sebagai perantara
dengan rakyat.
Sistem residen yang diperkenalkan oleh British ini telah memberi pengaruh yang
besar kepada Tanah Melayu terutamanya dari segi ekonomi. Hal ini kerana salah satu tugas
penting yang perlu dilaksanakan oleh residen adalah untuk membangunkan ekonomi di
negeri-negeri yang terdapat di Tanah Melayu. Berdasarkan matlamat yang dipegang oleh
setiap residen, kelancaran aktiviti ekonomi di Tanah Melayu lebih terjamin pada ketika itu.
Umumnya negeri-negeri melayu seperti Perak dan Selangor amat kaya dengan hasil bumi
yang pelbagai terutamanya bahan-bahan mentah sebagai contohnya bijih timah. Berdasarkan
sistem residen ini pihak British telah mengeluarkan satu polisi di mana bahan-bahan mentah
yang terdapat di Tanah Melayu akan digunakan sepenuhnya untuk memajukan ekonomi yang
bukan sahaja akan memberi manfaat yang lumayan kepada negeri-negeri melayu malahan
juga kepada pihak British.
Selain itu, dalam usaha untuk menjayakan rancangan-rancangan pembangunan
ekonomi, residen telah membuat perancangan untuk membina alat-alat perhubungan,
kemudian mendapatkan tanah dan mewujudkan kemudahan pinjaman wang untuk
memudahkan pengusaha baru menjalankan aktiviti ekonomi mereka. Perniagaan bijih timah
di Tanah Melayu semakin pesat apabila residen telah bertindak membina kereta api dan jalan
raya yang memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport ke
negara lain. Kemajuan pengangkutan tersebut telah membawa kepada pembukaan lombong
yang lebih banyak dan sekali gus telah meningkatkan pengeluaran bijih timah di tanah
melayu. Dalam memastikan peningkatan pelabur asing British telah memastikan tidak
berlaku lagi pertikaian mengenai penggunaan tanah7 di kawasan-kawasan perlombongan
7 Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications,hlm.24
8
terutamanya bijih timah seperti yang telah berlaku antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San
sebelum wujudnya sistem residen.
Negeri-negeri melayu yang majoritinya mempunyai ekonomi berasaskan pertanian
juga mengalami kemajuan yang pesat. Sewaktu pemerintahan residen beberapa jabatan
tanaman telah diperkenalkan. Pada awal tahun 1880an residen telah memperkenalkan
beberapa tanaman lain untuk dijadikan ekonomi sampingan setelah bijih timah di Tanah
Melayu. Antara tanaman tersebut adalah tebu, lada, gambir, getah dan juga kopi. Salah
seorang residen British iaitu Frank Swettenham telah memperkenalkan tanaman tembakau
dan kopi di Selangor dan pada tahun 1885 dan terdapat kira-kira 2000 ekar tanah untuk jenis
tanaman tersebut di Selangor. Di negeri Perak pula, Hugh Low telah memperkenalkan
penanaman kopi dan gula sejak tahun 1883 dan negeri tersebut telah berjaya mengeksport
tanaman mereka tersebut.
Pada tahun 1888 pula H.N Ridley telah memperkenalkan kaedah menoreh getah yang
baru iaitu Sistem Tulang Ikan Hering. Melalui kaedah torehan ini penoreh-penoreh getah
mampu mendapatkan hasil yang lebih banyak dalam memenuhi permintaan yang tinggi pada
ketika itu. Dengan kemajuan pengangkutan dan perusahaan bahan-bahan mentah yang
berlaku di Tanah Melayu, nilai perdagangan di negeri-negeri melayu telah bertambah dan
sangat menguntungkan misalnya, nilai perdagangan negeri Selangor pada tahun 1887 ialah
$11 juta sementara negeri Perak dalam tahun yang sama ialah $19 juta.
Walaupun kemajuan dan perkembangan ekonomi telah dicapai hasil daripada
pelaksanaan sistem residen, namun pada realitinya orang-orang Melayu tidak merasai
kenikmatan tersebut. Sebaliknya orang-orang asing terutama orang Cina dan India telah
menguasai sektor ekonomi sedangkan orang-orang Melayu masih kekal dengam corak
tradisionalnya iaitu bertani dan menjadi nelayan. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya
9
jurang ekonomi antara kaum. Akibat daripada kekurangan tenaga buruh di Tanah melayu
British telah memperkenalkan undang-undang buruh yang longgar yang telah menggalakkan
kemasukan imigran-imigran dari China dan India. Tumpuan British terhadap Tanah Melayu
adalah perlombongsn bijih timah dan mereka telah bertindak membawa buruh asing khasnya
buruh Cina untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah. Apabila tanaman komersil
seperti getah pula diperkenalkan, mereka turut membawa buruh asing untuk
mengusahakannya iaitu buruh India. Keadaan ini jelas memperlihatkan masyarakat tempatan
iaitu orang Melayu telah diketepikan daripada kegiatan ekonomi moden.
Selain itu juga, sebelum kedatangan British orang-orang tempatan telah menjalankan
aktiviti memungut cukai yang akan di urus oleh pembesar-pembesar tempatan. Namun
kedatangan sistem residen telah mengubah amalan ini. Ianya dapat dibuktikan apabila
J.W.W. Birch telah membuat penyusunan semula sistem pungutan cukai di mana para
pembesar di larang sama sekali untuk memungut cukai dan keadaan ini telah menyebabkan
para pembesar kehilangan kuasanya di Tanah Melayu.
3.1.3 Undang-undang Tanah
Abad ke-19 ekonomi dunia tertumpu kepada pengeluaran bijih timah dan juga getah.
Kedua-dua komoditi tersebut merupakan komoditi yang mudah diperoleh di Tanah Melayu.
Namun British menghadapi masalah pemilikan tanah yang masih terikat dengan sistem feudal
di mana pemilikan tanah terletak di bawah kuasa sultan dan pembesar. Sebelum British
datang ke Tanah Melayu, hal berkaitan penggunaan dan pemilikan tanah tidak menjadi
persoalan yang utama dalam kehidupan masyarakat tempatan. Keadaan ini adalah disebabkan
oleh kewujudan kawasan tanah yang luas dengan kepadatan penduduk yang rendah di Tanah
Melayu. Segala hal yang berkaitan dengan tanah seperti aktiviti yang ingin dijalankan
ataupun kadar cukai haruslah mendapat kebenaran daripada pembesar-pembesar tempatan.
10
Menurut undang-undang adat, sesebuah tanah itu akan menjadi milik seseorang yang
meneroka dan mengusahakannya. Tanah tersebut boleh di diwarisi oleh generasi selepasnya.
Sistem tanah dan corak penggunaan yang diamalkan di Tanah Melayu adalah amat
berbeza dengan sistem tanah yang dipraktikkan oleh Barat. Hal ini kerana sistem pemilikan di
Tanah Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang boleh dijadikan bukti sebagai
pemilikan terhadapnya. Bagi pihak British rekod dan catatan adalah amat penting bagi
menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah serta memudahkan dalam urusan
pentadbiran seperti cukai dan pembelian tanah.8 Dalam sistem Barat juga tanah boleh
dijadikan sebagai cagaran bagi mendapatkan modal untuk mengusahakan sesuatu.
Sistem tanah berkonsepkan barat telah mula diperkenalkan di Tanah Melayu ketika
bermulanya campur tangan British. Perak merupakan diantara negeri pertama yang telah
menggunakan sistem tanah berkonsepkan Barat. Ini telah dilakukan melalui Peraturan Tanah
Perak 1879. Seterusnya adalah negeri Selangor iaitu Kanun Tanah Selangor pada tahun 1891.
Berdasarkan konsep barat British telah membahagikan tanah mengikut nilai komersilnya iaitu
tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan. Melalui pengenalan undang-undang
tanah yang berkonsepkan barat ini kerajaan British telah membangunkan sistem ekonomi
wang dalam kalangan masyarakat Melayu. Misalnya, masyarakat tempatan harus membayar
cukai yang telah ditetapkan. Selain itu, semua urusan seperti jual beli, sewa tanah dan
perkhidmatan perlu dibayar menggunakan wang.
Ketika Maxwell menjadi persuruhjaya di negeri-negeri Selat pada tahun 1890, beliau
telah menyelaraskan dan menyeragamkan pentadbiran tanah di negeri-negeri Melayu dengan
memperkenalkan sistem pengurusan tanah yang digunakan di Australia yang dikenali sebagai
Sistem Torrens. Beliau berpendapat Tanah Melayu memerlukan undang-undang yang
8 V.M.Johnson & R. Borlowe, 1954, Land Problem and Policie Newyork, hlm. 251.
11
memberi pengiktirafan kekal kerana dengan cara tersebut kerajaan dapat menjamin hasil
pendapatan melalui kutipan cukai.9 Namun begitu semuanya harus bermula dari segi status
pendaftaran tanah sama ada sebagai tanah kerajaaan, swasta ataupun persendirian. Di bawah
sistem ini semua tanah akan diberi hak milik dalam bentuk pajakan dalam tempoh beberapa
tahun .
Peraturan tanah baru ini telah mewujudkan sistem hak milik tanah persendirian
berdasarkan sistem pendaftaran dan pengeluaran sijil hak milik tanah dan boleh bertukar
milik. Krastoka berpendapat undang-undang tanah british ini adalah bertujuan untuk
mewujudkan suasana yang boleh menarik pelabur asing dan mengawal tanah-tanah dan
kebun-kebun kecil orang Melayu.10 Pada masa yang sama sistem pentadbiran tanah Torrens
memudahkan penguasaan ekonomi yang diterajui oleh kapitalis British dan Cina. Keadaan ini
disebabkan oleh tanah yang boleh dijual beli dan terdedah kepada spekulasi jangka panjang.
Jesteru itu, tidak menghairankan jika tanah-tanah di Tanah Melayu yang menggunakan sistem
Torrens telah menjadi sumber dan modal kepada sesetengah pihak untuk mendapatkan
keuntungan.
3.1.4 Kemasukan Imigran
Seterusnya dasar ekonomi yang dibawa oleh kolonial British di Tanah Melayu ialah
dengan membawa masuk imigran Cina dan India di Tanah Melayu. Bagi memenuhi hasrat
imperialisme British di Tanah Melayu, pihak British merancang pelbagai agenda untuk
mencapai hasrat mereka termasuklah membenarkan berlakunya penghijrahan secara beramai-
ramai imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Seperti yang kita ketahui, campur tangan
British di Tanah Melayu hanyalah untuk kepentingan ekonomi mereka. Perkembangan
perlombongan timah dan penanaman getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah
menggalakkan British mengusahakan perlombongan Timah dan perladangan secara besar-
9W.E.Maxwell, 1894, Memorandum on the Introduction of Land Code in the Native States in the Malay
Peninsula, Singapore, hlm. 3.
10 Kratoska ,Paul.H,“Peasants, Yeoman & Rice Farmers Cultural Categories In British Malay” tesis Ph.D
University of Chicago,hlm. 135.
12
besaran.11 Justeru, tenaga buruh yang ramai dan murah diperlukan bagi mengusahakan
lombong bijih timah dan ladang-ladang bagi menjayakan hasrat kolonialisasi mereka.
Faktor penolakan dan faktor penarik menjadi punca utama kemasukan imigran Cina
dan India di Tanah Melayu. Atas desakan masalah dalaman dari negara mereka yang tidak
stabil menyebabkan penghijrahan beramai-ramai buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.
Tanah Melayu menjadi sasaran utama mereka kerana peluang ekonomi yang banyak di Tanah
Melayu. Kebetulan pula pihak British di Tanah Melayu ketika itu telah membuka peluang
kepada mereka untuk datang ke Tanah Melayu. Peluang yang diberikan British kepada
mereka ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Buruh Cina seumpamanya, Negeri-
negeri Selat telah menjadi pangkalan mereka memasuki kawasan perlombongan di negeri-
negeri Melayu dan bekerja di sektor perniagaan, pertanian dan perladangan seperti di ladang-
ladang gambir, lada hitam dan tebu.12
Galakan daripada British merupakan faktor penarik kemasukan buruh-buruh Cina dan
India. British menggalakkan kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagai
kemudahan seperti subsidi tambang, jaminan keselamatan dan sebagainya memandangkan
keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Selain itu, kerajaan British telah
memperkenalkan undang-undang dan peraturan emigresen di Tanah Melayu bagi
mempercepatkan kemasukan tenaga buruh dari luar.13 Keadaan ini mewujudkan banyak
peluang pekerjaan dan menarik minat buruh asing untuk datang ke Tanah Melayu.
Kewujudan buruh Cina di Tanah Melayu terbukti dengan jelas sehingga masa kini apabila,
orang Cina yang dulunya tinggal di kawasan-kawasan berdekatan lombong bijih timah yang
kini berkembang menjadi Bandar.14 Tidak hairanlah jika kini kita melihat bahawa di
kawasan-kawasan Bandar penduduk majoritinya adalah orang Cina.
Fenomena kemasukan buruh India pula disebabkan pihak British memerlukan tenaga
buruh untuk mengusahakan sektor perladangan mereka. Contohnnya perusahaan getah telah
menggalakkan kedatangan buruh India ke Tanah Melayu. Perkembangan pertanian ladang
telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekaligus mendorong kedatangan imigran asing
11 SivachandralingamSundra Raja …(etal.),2008, Sejarah Masih Relevan. Selangor : Karisma Publication
Sdn.Bhd, hlm. 242.
12 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee, Zaini Othman,2010, Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor :
Oxford Fajar Sdn.Bhd, hlm 59.
13 Ibid. hlm 59.
14 Azmah Bdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, hlm 17.
13
ini ke Tanah Melayu secara besar-besaran.15 Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk
menghasilkan pelbagai jenis barang seperti tayar, kasut, penebat barangan elektrik di Eropah
dan Amerika Syarikat telah menggalakkan kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman
getah secara besar-besaran.16 Keperluan ini semakin mendesak apabila orang-orang Melayu
tidak gemar untuk berladang getah. Oleh sebab itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja
di ladang-ladang getah. Sebelum kedatangan kolonial British, golongan India sememangnya
sudah bertapak di Tanah Melayu melalui hubungan perdagangan dengan Melaka. Namun
hanya dengan kelompok yang kecil. Berbeza dengan penghujung abad ke-19, kedatangan
orang India ke Tanah Melayu adalah melalui pihak British. Robert A.A Ankiah mengatakan,
bermula dari abad ke-19, masyarakat India tidak lagi datang sebagai pengeksploit keuntungan
di Tanah Melayu seperti tempoh sebelumnya, tetapi sebagai golongan yang dieksploit oleh
British.17
Disebabkan kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India di Tanah Melayu,
secara tidak langsung kehadiran mereka telah mengubah sosioekonomi di Tanah Melayu.
Kehadiran mereka telah membawa banyak perubahan kepada masyarakat tempatan
terutamanya dalam sektor ekonomi. Bagi kolonial British, kepentingan ekonomi mereka
adalah keutamaan mereka. Sebarang masalah yang dihadapi masyarakat tempatan tidak
menjadi masalah mereka asalkan hasrat mereka untuk menguasai ekonomi di Tanah Melayu
tercapai.
Sememangnya tidak dinafikan perubahan yang ketara berlaku terhadap masyarakat
tempatan di Tanah Melayu ekoran daripada kemasukan imigran-imigran Cina dan India.
Terutamanya kepada golongan pembesar Melayu ketika itu. Kesan segera dasar penjajah
yang memberi keutamaan kepada kaum imigran selepas menguasai politik orang-orang
Melayu adalah terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan
melombong bijih timah.18 Dengan bertapaknya kerajaan British ini di Negeri-negeri Selat
yang kaya dengan hasil bumi peranan ini telah diambil alih oleh pemodal China dari Negeri-
negeri Selat dan syarikat-syarikat Inggeris sendiri. Selain itu, golongan pembesar tradisional
juga turut kehilangan kuasa cukai dan hilang punca pendapatan mereka. Sebelum ini sultan
15 Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad, 1990, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain,
Kuala Lumpur: Fajar Bakti,hlm172
16 Azmah Abdul Manaf. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors
Sdn Bhd. 2001.Hlm 8.
17 Azharudin Mohd Dali,2012, Sejarah Masyarakat India di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,hlm.3
18 Ibid. hlm426.
14
dan pembesar Melayu berkuasa memungut cukai berkaitan perlombongan dan perniagaan
jajahan takluk mereka. Namun semua ini berubah dengan ketara selepas pengenalan sistem
Residen. Keruntuhan sistem ekonomi tradisional yang menjadi tunjang kekuasaan pembesar
Melayu itu telah menyebabkan kelemahan sistem politik bumiputera.19
Dari aspek yang lain, imigran-imigran ini di Tanah Melayu juga boleh dipandang
mengikut sudut dimensi yang positif. Kehadiran mereka tidak seharusnya dipandang sebelah
mata menyebabkan adanya konklusi yang berat sebelah terhadap mereka. Perubahan yang
positif turut berlaku lantaran daripada kehadiran mereka. Setelah kehadiran mereka ke Tanah
Melayu, wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh. Seperti yang kita sedia
maklum, masyarakat Melayu hanya menumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutamanya
dalam sektor pertanian dan perikanan yang nyata tidak menyumbang banyak kepada
pemangkinan ekonomi negara.
Apabila British membawa masuk kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam
sektor ekonomi yang lebih komersial, ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih maju dan
moden. Kemasukan Imigran Cina menyebabkan Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih
timah yang besar di dunia. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang
Cina terutamanya di Bandar-bandar yang terletak dikawasan perlombongan.20 Rentetan
sumbangan daripada imigran-imigran ini, ekonomi Tanah Melayu meningkat dengan
mendadak. Namun perkembangan yang berlaku lebih kepada kepentingan dasar penjajahan
British semata-mata.
3.2 JENIS-JENIS EKONOMI YANG DIPERKENALKAN
Selaras dengan perluasan kuasa British, ekonomi negeri-negeri Melayu turut
dikembangkan dan dikuasai oleh British yang bertujuan untuk mencari kekayaan hasil tanah
dan hasil bumi di Tanah Melayu. Atas dasar inilah British berusaha untuk meningkatkan
kegiatan perladangan dan perlombongan di negeri-negeri Melayu.21 Begitulah hasrat kolonial
British di Tanah Melayu. Bagi mencapai agenda mereka, pelbagai jenis ekonomi telah
diperkenalkan untuk mengaut keuntungan di Tanah Melayu.
19 MalaysiaKita,1991, Institusi Pentadbiran Awam Negara Malaysia. Intan. Hlm. 426.
20 Hairi Abdullah,1989, Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
hlm. 71.
21 SivachandralingamSundra Raja …(etal.)(2008). Sejarah masih relevan. Selangor: Karisma Publication
Sdn.Bhd. hlm. 242.
15
British telah memperkenalkan sistem ekonomi yang bersifat lebih komersial dan
moden dimana adanya perdagangan import dan eksport secara besar-besaran yang seterusnya
mewujudkan sistem perbankkan dan pelaburan. Ekonomi Tanah Melayu juga terlibat dengan
syarikat-syarikat yang besar khususnya syarikat pihak Inggeris sendiri. Corak ekonomi yang
lebih moden menjadikan sistem ekonomi Tanah Melayu berubah daripada ekonomi tempatan
kepada ekonomi yang lebih moden. Setelah British menduduki keseluruhan negeri di Tanah
Melayu, British memperluas perlombongan bijih timah dengan cepat dan memperkenalkan
pertanian secara komersial seperti perladangan getah. Britain menjadi orang tengah yang
menyalurkan timah dan getah dari kerajaan Melayu ke Amerika yang akhirnya
menguntungkan pihak mereka. Segala hasil dapatan dari hasil bumi di Tanah Melayu di
kawal oleh pihak British.
Bagi mengaut keuntungan terhadap ekonomi di Tanah Melayu, British telah
memperkenalkan banyak sistem ekonomi baru yang lebih moden. Antaranya ialah wujud
sistem pelaburan dan perbankan memandangkan adanya eksport hasil bumi Tanah Melayu
secara besar-besaran ke luar negara. Tanah Melayu yang sebelum ini tidak mempunyai sistem
perniagaan yang sistematik akhirnya menjadi sebuah negeri yang mempunyai ekonomi yang
meningkat. Seperti yang kita ketahui, aktiviti melombong bijih timah hanyalah dilakukan
secara kecil-kecilan malah hanya dengan menggunakan cara yang tradisional namun setelah
kehadiran kolonial British, cara melombong bijih timah adalah lebih canggih dengan
teknologi mereka yang lebih cepat untuk menggali bijih timah.
Walaupun berkembangnya sektor perlombongan bijih timah ketika itu, namun aktiviti
perlombongan pada zaman britih didominasi oleh orang Cina. Selepas pedagang Cina
dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam perkembanagn ekonomi negeri-negeri
Melayu, peranan elit pemerintah Melayu hanya dihadkan kepada pengutipan cukai eksport
dan import dan urusan memperuntukan konsesi kepada pelabur. 22Lantaran daripada
perkembangan ini, British mengeksport hasil bijih timah secara besar-besaran ke luar negara
seperti Amerika. Atas dasar inilah golongan elit Melayu diminta untuk mengendalikn segala
cukai dan konsesi kepada pelabur.
Pihak British ketika di Tanah Melayu memberikan penekanan terhadap sektor
pertanian yang berasaskan eksport. Pertanian komersial dianggap sebagai penyumbang utama
22 Mohammad Redzuan Othman, Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.2006.
Hlm 85
16
kepada sumber pendapatan British di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka. Antara
tanaman komersial yang digalakkan oleh British di Tanah Melayu pada abad ke-19
termasuklah ubi kayu, lada hitam, gambir, tembakau, dan kopi. British juga menggalakkan
penanaman Gambir dan lada hitam dengan lebih banyak. British menyedari keuntungan
daripada hasil penanaman Gambir dan lada hitam. Seawal 1830-an penanaman gambir dan
lada hitam Singapura berpindah ke lembah sungai di Johor atas perancangan pihak British.23
Pada abad ke-20, pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.
Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk menghasilkan pelbagai jenis barang seperti
tayar, kasut, penebat barangan elektrik di Eropah dan Amerika Syarikat telah menggalakkan
kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman getah secara besar-besaran.24
Disamping itu, perdagangan yang berskala besar turut wujud di Tanah Melayu.
Adanya perdagangan yang melibatkan jumlah wang yang besar serta keuntungan yang besar
mengubah serta merta corak perdagangan di Tanah Melayu dari tempoh yang sebelumnya.
Adalah dianggarkan pada 1863, perdagangan antara Negeri-negeri Selat dan negeri-negeri
Melayu bernilai hampir 1 juta pound sterling setaun. Dengan adanyanya pelaburan serta
eksport secara besar-besaran, ekonomi Tanah Melayu meningkat yang sebelum ini tidak
pernah berlaku peningkatan sedemikian. Menurut Khoo Kay Kim, menjelang penghujung
1860 dan awal 1870-an, ekonomi negeri-negeri Melayu pantai barat mula digerakkan kearah
memenuhi kehendak negara-negara Eropah yang maju dan pengeluaran negeri-negeri ini
telah meningkat ke satu tahap yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negeri-negeri
Melayu.25
23 Ibid.Hlm 80
24 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications&
Distributors Sdn Bhd, hlm. 8.
25 Ibid. hlm. 80.
17
4.0 KESAN PENJAJAHAN
i) Kewujudan Ekonomi Dualisme
Sebelum kedatangan kolonial British ke negeri-negeri Melayu kegiatan ekonomi
masyarakat hanya tertumpu kepada ekonomi sara diri iaitu pertanian. Padi merupakan
tanaman utama. Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah, Perlis, Seberang Prai,
Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. Hanya sistem pengairan yang digunakan untuk
penanaman padi pada awal abad ke-19 seperti terusan, kincir air dan empangan.
Pada tahun 1885, sebuah terusan telah dibina di Kedah iaitu terusan Wan Mat Saman
sepanjang 32 kilometer untuk mengairi sawah padi dari negeri Kedah dan Perlis. Selain itu,
Kedah turut menjalankan sistem pajak yang dianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari
Pulau Pinang untuk menguasai ekonomi tersebut. Selain itu, sebelum campur tangan British,
penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistem ekonomi komersial berlandaskan pertanian
dagangan. Pada awal abad ke-19, ladang-ladang gambir diusahakan di Johor, Melaka, Negeri
Sembilan dan Selangor. Lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahun-tahun 1840an-
1850an di Johor. Sistem Kangchu digunakan untuk menanam tanaman ini. Kedua-dua
tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan di Singapura dan Eropah.
Selain penanaman lada hitam dan gambir sebagai sistem ekonomi komersial, aktiviti
perlombongan bijih timah turut dijalankan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Pembesar-
pembesar Melayu memainkan peranan sebagai pemodal seperti Long Jaafar dan Ngah
Ibrahim di Perak. Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai Barat Semenanjung
Tanah Melayu seperti di kawasan hilir Perak dan Kinta. Pada abad ke-19, semasa di bawah
Dato’ Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana, eksport bijih timah meningkat sebanyak 13
000 pikul iaitu daripada 7000 pikul pada 1830-an kepada 20 000 pikul pada tahun1855 untuk
18
dieksport ke negeri-negeri Selat terutama Melaka. Namun, setelah kedatangan dan campur
tangan British, ekonomi komersial di Tanah Melayu berubah kepada ekonomi dualisme.
Kesan Kolonialism dari aspek ekonomi dapat dilihat melalui kewujudan sistem
ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang
berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi ekonomi
utama yang dilakukan oleh Koloni British ialah perlombongan dan perladangan getah. Koloni
British telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana
Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan
peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan ladang.26
Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan
perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran
bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan
etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana
komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan.
Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja
mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional
iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor
ekonomi moden pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi
aktiviti perlombongan, perkilangan, dan perkhidmatan. Ketidakseimbangan antara etnik jelas
dilihat dalam sektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina
manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik
menjadi lebih luas lagi.
26 Just Faaland,John Richard Parkinson,Rais Saniman,2005, Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan
Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Utusan Publications, hlm.5.
19
Pokok getah berasal dari Brazil. Sir Henry Wickham berjaya membawa sejumlah biji
getah ke England. Biji-biji getah tersebut disemai di Royal Botanical Garden, Kew,
London. Di Singapura, pokok getah ditanam di Botanical Garden. Di Tanah Melayu pula,
sebanyak Sembilan batang anak getah mula ditanam oleh Sir Hugh Low (Residen Perak) di
halaman kediamannya di Kuala Kangsar. H.N.Ridley telah mempopularkan penanaman getah
sehingga memberi sumbangan seperti memperkenalkan sistem torehan ibedem atau system
tulang herring pada tahun 1897. Beliau turut memperkenalkan cara mengangkut anak benih
secara membungkus dalam arang yang lembap dan keghairahan beliau menjalankan kempen
“tanaman getah” dalam kalangan peladang kopi, tebu dan gambir menyebabkan beliau
digelar “Ridley Gila” atau “Ridley Getah”.
Pokok getah mula ditanam secara komersial pertama kali pada pertengahan 1890 an di
ladang-ladang yang mula-mulanya dibuka untuk tanaman seperti kopi. Para peladang kopi
yang mempunyai sumber modal sedia, tenaga pengurusan serta buruh dari India yang dibawa
masuk adalah yang mula-mula mencuba menanam getah disebabkan kemerosotan harga kopi.
Getah menjadi tanaman yang ideal bagi memenuhi keperluan Eropah dan pada tahun 1897
peraturan tanah khas telah diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk
menggalakkan penanaman padi. Disebabkan peningkatan permintaan dan harga getah yang
tinggi bagi menampung pembuatan tayar banyak syarikat ditubuhkan untuk menanam getah
yang ditaja oleh firma-firma besar di Singapura seperti Guthrie dan Harrisons & Crosfield.
Selain getah sebagai salah satu tanaman ekonomi dualisme, kesan kedatangan
kolonial juga turut mewujudkan tanaman bijih timah sebagai tanaman ekonomi dualisme.
Perlombongan bijih timah sudah dijalankan oleh orang-orang Melayu sekian lama.
Kemasukan British juga disebabkan oleh bijih timah. Perkembangan perlombongan bijih
timah ini dapat dilihat apabila pembesar tempatan membawa masuk buruh cina dan kira-kira
80,000 orang cina di perak sebagai buruh ikatan. Kemasukan ini hasil daripada permintaan
20
yang banyak kesan daripada Revolusi Perusahaan di British dan Amerika. Bijih timah
digunakan dalam perusahaan membuat tin, motokar, wayar, dan kereta api. Industri ini
berkembang dengan kemasukan buruh daripada cina ini. Perkembangan industri ini secara
besar-besaran iaitu selepas penemuan longgokan bijih timah yang banyak di Larut, Perak
iaitu pada tahun 1848 dan di Kinta pada tahun 1880. Dalam pertengahan pertama abad ke 19,
pelombong cina memperkenalkan pembaharuan dalam teknik perlombongan seperti
pam rantai bagi mengeringkan lombong-lombong yang bertakung.
Disebabkan oleh penemuan longgokan timah yang banyak, pelombong ini telah
memajukan perusahaan bijih timah mengikut Barat. Pelombong cina juga memperkenalkan
sistem lombong yang lebih baik seperti sistem lombong dedah, pam kelikir, dan palung.
Pada 1877, Enjin wap dan pam emper diperkenalkan di Perak bagi mengatasi masalah banjir
di kawasan perlombongan dan dapat mendalamkan lagi aktiviti melombong. Teknik
Hidraulik dan pam kelikir adalah kaedah yang dibawa dari Australia dan diterima oleh
pelombong Cina pada tahun 1898. Kemajuan buruh cina ini telah membawa masuk pemodal-
pemodal British dari negeri-negeri Selat yang menyokong perlombongan. Pada akhir kurun
ke-19 orang cina menguasai kegiatan melombong bijih timah dan antara tahun 1898-1905
Tanah Melayu menjadi pengeluar utama bijih timah.
ii) Perkembangan Infrastruktur : Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan Zaman
Tradisi
Sistem pengakutan amat penting kerana ianya berkait rapat dengan sosioekonomi
penduduk Malaysia. Pembinaan jalan-jalan raya dan jalan-jalan kereta api mula berkembang
di Malaysia demi memenuhi keperluan ekonomi yang semakin meningkat sejak kurun ke-18.
Masyarakat Melayu pada awalnya agak asing terhadap kedua-dua sistem pengangkutan ini
kerana mereka lebih cenderung menggunakan laluan sungai sebagai alat perhubungan dan
21
pengangkutan.27 Negeri-negeri Melayu seperti Sabah dan Sarawak menjadikan sungai
sebagai laluan utama dan alat perhubungan. Sungai menjadi laluan yang penting dan utama
bagi negeri-negeri yang mempunyai banyak sungai berbanding jalan darat. Sebelum abad ke-
19, masyarakat Melayu banyak mendiami kawasan-kawasan yang berhampiran kuala-kuala
sungai. Contohnya Kuantan, Bandar Diraja Pekan terletak berhampiran sungai Pahang, Kuala
Kangsar berhampiran sungai Perak, Kota Tinggi berhampiran sungai Johor, Bandar Kuching
berhampiran sungai Rajang atau sungai Sarawak, Kinabatangan berhampiran sungai
Kinabatangan dan begitu juga bandar-bandar lain. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sungai
amatlah penting.28 Petempatan dan pembukaan Bandar-bandar berhampiran sungai
memudahkan perhubungan antara satu sama lain terutama aktiviti perdagangan.
iii) Pembinaan Jalan Raya
Negeri-negeri Melayu mula dikunjungi oleh pedagang-pedagang daripada Eropah dan
Cina pada pertengahan abad ke-19. Pedagang-pedagang daripada kedua-dua buah negera ini
datang secara beramai-ramai. Bijih timah yang banyak ditemui ialah di daerah Larut dan
Kinta di Perak dan Lembah Kelang Selangor. Pedagang-pedagang terpaksa mengeluarkan
modal kewangan yang banyak bagi membina sistem pengangkutan iaitu jalan-jalan darat bagi
menghubungkan antara kawasan perlombongan dengan kilang-kilang untuk diproses dan
seterusnya dihantar ke pelabuhan untuk dieksport. Pada pertengahan abad ke-19, jalan-jalan
darat yang dibina adalah jalan-jalan kecil atau denai untuk laluan pedati atau kereta lembu
sahaja. Pembinaan dan pembukaan jalan-jalan raya di Ulu Langat Selangor, tauke-tauke
lombong dan para pembesar Melayu telah membelanjakan wang sendiri seperti Sultan Abdul
Samad dan Sultan Selangor. Ini menunjukkan bahawa kepentingan jalan darat mula dirasai.
27 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd Terbitan Pertama, hlm. 24.
28 Ibid. Hlm. 25 & 26.
22
Pada tahun 1874, pihak British secara rasminya mentadbir negeri Perak melihat
kepentingan sistem pengangkutan di Perak untuk kemajuan industri perlombongan.
Pembersihan sungai dan muga anak-anak sungai turut dilakukan sebagai permulaan
mempertingkatkan sungai sebagai sistem pengangkutan. Jalan-jalan darat turut dibina walau
dalam keadaan sederhana. Jabatan Kerja Awam turut ditubuhkan oleh kerajaan British untuk
membina jalan-jalan darat. Pada peringkat permulaan, jalan-jalan darat hanya dibina ialah
jalan denai dengan menggunakan batu kerikil dan yang tidak berkerikil. Penemuan sumber
galian yang berharga dan serentak pula dengan campur tangan British berkait rapat dengan
perkembangan pembinaan jalan-jalan darat di Perak dan Selangor.29 Sehingga tahun 1874,
telah terbina sepanjang tiga belas batu jalan denai di daerah Larut sahaja dan pada tahun-
tahun berikutnya juga telah dibina jalan-jalan darat untuk menghubungkan Larut dengan
kawasan berhampiran seperti Taiping, Krian, Kemunting dan terus ke pelabuhan Pulau
Pinang.30
Manakala pembinaan jalan-jalan darat di Selangor agak perlahan kerana terpaksa
menanggung kos yang agak tinggi walaupun ia amat diperlukan. Ini adalah kerana kedudukan
lombong-lombong bijih timah agak jauh ke pedalaman. Menjelang tahun 1880, jalan darat
yang menghubungkan Damansara hingga ke Kuala Lumpur yang dilanjutakan ke Pelabuhan
Kelang telah dibina. Jalan raya utama dinaik tarafkan apabila kepentingan Kuala Lumpur
sebagai pusat pentadbiran ditingkatkan. Pada akhir abad ke-19, pembinaan jalan darat rancak
dijalankan di negeri-negeri pantai Barat seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Pada tahun 1906, terdapat lebih kurang 1600 batu jalan denai berkerikil dibina dan 270 batu
jalan yang tidak berkerikil siap dibina di negeri-negeri pantai Barat tersebut. Sehubungan
dengan kemajuan dan peningkatan pembinaan jalan-jalan darat, kenderaan baru turut
29 Nik Hasnaa,Nik Mahmood, 1997, Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Penerbit: UTM. hlm. 265.
30 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications&
Distributors Sdn Bhd Terbitan Pertama, hlm. 29.
23
diperkenalkan seperti kereta kuda dan beca. Walau bagaimanapun, kereta lembu masih
menjadi kenderaan utama.31
Bagi Sabah dan Sarawak pula, pembinaan jalan darat bermula apabila kedatangan
orang-orang asing yang berminat menguasai tanah-tanah di negeri-negeri itu. Perkembangan
pembinaan jalan darat di Sabah lebih cepat berbanding Sarawak apabila pihak pentadbiran
North Borneo Chatered Company terpaksa berbuat demikian. Jalan darat yang dibina di
Sabah banyak dihubungkan dengan negeri-negeri pantai Barat. Perlahannya pembinaan jalan
raya di Sarawak dipengaruhi oleh faktor iklim dan faktor alam semula jadi yang berbukit
bukau dan berpaya.
iv) Pembinaan Jalan Kereta Api
Jalan kereta api merupakan salah satu alat pengangkutan yang turut penting dan ianya
merupakan satu jenis alat pengangkutan yang baru bagi negeri-negeri Melayu. Kedatangan
orang Eropah telah memperkenalkan sistem pengangkutan tersebut. Pembinaan jalan kereta
api dihubungkan dengan perlombongan bijih timah kerana potensinya membawa muatan
yang banyak berbanding kenderaan lain. Di samping itu, kos pembinaan dan penggunaanya
lebih murah.32
Terdapat tiga fasa atau peringkat dalam sejarah pembinaan jalan kereta api di
semenanjung. Peringkat pertama ialah antara tahun 1885-1896 lebih kurang sebelas tahun.
Jalan kereta api yang pertama dibina dalam fasa ini ialah Taiping ke Sungai Larut sejauh 8
batu dan terus ke Port Weld yang dibina pada tahun 1885, diikuti jalan kereta api Kuala
Lunpur ke Sungai Kelang (Bukit Kuda) setahun kemudian dan dilanjutkan ke Kelang melalui
jambatan Connought pada tahun 1890 sejauh lebih kurang 20 batu. Pada tahun 1891 dan
31 Ibid.Hlmn.34.
32 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur:Utusan Publications&
Distributors Sdn Bhd. Hlmn.34.
24
1892, dibina pula jalan kereta api dari Seremban ke Port Dickson dan akhirnya dari Tapah ke
Teluk Anson pada tahun 1893. Kos pembinaan jalan kereta api ini ditanggung oleh kerajaan
Inggeris melalui cukai-cukai yang dipungut atau melalui pinjaman yang dibuat daripada
Negeri-Negeri Selat.33
Peringkat kedua pula ialah antara tahun 1877 hingga 1909, jalan kereta api dibina
lebih condong ke arah menghubungkan bahagian utara Semenanjung dengan bahagian
Selatan. Proses pembinaannya berkait rapat dengan pembentukan Negeri-Negeri Bersekutu
yang terdiri daripada empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Ia dibentuk pada tahun 1896.34 Menjelang tahun 1903, satu rangkaian kereta api dibina di
antara Perai di Seberang Perai hingga ke Seremban dan terus ke Port Dickson, Negeri
Sembilan hingga ke Melaka pada tahun 1905 dan Gemas pada tahun 1906. Jalan kereta api
Kuala Lumpur telah dipanjangkan hingga ke Port Swettenham pada tahun 1899.
Corak pembinaan jalan kereta api pada peringkat kedua ini memperlihatkan
kecenderungan untuk memperluaskan penggunaan sistem pengangkutan ini bukan sekadar
atas kepentingan industry perlombongan semata-mata tetapi kepentingan pentadbiran juga.
Kesungguhan kerajaan British dalam memajukan sistem pengangkutan ini terserlah apabila
pada tahun 1908 mereka telah mengambil alih pengurusan jalan kereta api dari Seremban ke
Port Dickson daripada Syarikat Sungai Ujung.
Peringkat ketiga yangmerupakan peringkat terakhir berlaku dalam tempoh masa 1910
hingga 1931. Jalan kereta api yang dibina pada peringkat ini meliputi seluruh negeri Melayu
seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor dan bukan sahaja Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu. Jalan kereta api di Perai diteruskan ke utara hingga ke Padang Besar
Perlis dan kemudian terus ke Thailand. Jalan kereta api di Gemas pula dipanjangkan hingga
33 Ibid. Hlmn.35 & 36.
34 Ibid. Hlmn.36.
25
ke Tumpat, Kelantan melalui Kuala Lipis, Pahang dan terus ke Sungai Golok, siam di sebelah
utara pantai timur. Setiap negeri di Semenanjung telah dihubungkan dengan laluan kereta api
meliputi utara, barat, timur dan selatan. Jalan kereta api sepanjang 580 batu telah dibina dari
Perai hingga ke Singapura, manakala Gemas ke Tumpat, Kelantan sepanjang 327 batu.
Sejarah pembinaan jalan kereta api di Sabah bermula pada tahun 1900. Jalan kereta
api yang pertama dibina ialah menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan diteruskan
pembinaannya sehingga ke Tenom pada 1905, sepanjang 116 batu. Pembinaan ini secara
tidak langsung telah membantu kegiatan pembukaan lading-ladang getah kerana ia telah mula
diperkenalkan pada tahun-tahun tersebut.35 Di Sarawak pula tidak ada catatan tentang
pembinaan jalan kereta api.
Selepas mencapai kemerdekaannya, kerajaan begitu menitikberatkan pembangunan
dan perkembangan sistem pengangkutan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar.
Sehingga tahun 1973 boleh dikatakan setiap kawasan dan daerah telah dihubungi oleh jalan
darat.36 Pembinaan jalan darat banyak membantu memakmurkan sosioekonomi Malaysia.
Dalam aspek perkembangan sistem pengangkutan darat, ia memberi kesan ke atas kegiatan
sosioekonomi penduduk di negeri-negri Melayu. Berbeza pula dengan keadaan di Sabah iaitu
dengan latar belakang kegiatan ekonomi tempatan dan tumpuan pembinaan jalan
pengangkutan ini. Lantaran corak pembinaan jalan pengangkutannya yang agak berbeza
daripada negeri-negeri Melayu. Pembinaan jalan pengangkutannya melalui kawasan tanaman
getah dan padi. Di Sarawak, kesannya sukar digambarkan lantaran aktiviti pembinaan jalan-
jalan pengangkutan ini terlalu lewat dan perlahan. Namun begitu apa yang pastinya pada
peringkat awal, aktiviti pembinaan jalan hanya tertumpu di Bandar Kuching terutamanya.
35 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications&
Distributors Sdn Bhd. Hlmn.37 & 38.
36 Ibid. Hlmn.39.
26
v) Sistem Komunikasi
Sejak abad ke-19, aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat Inggeris
telah bermula sejak terjumpanya longgokan bijih timah terutamanya di Selangor dan juga
Perak. Disebabkan kepentingan dan juga keperluan perniagaan inilah, syarikat-syarikat yang
berkenaan telah memasang talian telekomunikasi bagi memudahkan urusan mereka.
Misalnya, talian telegraf untuk menghubungkan antara daerah-daerah atau bandar berkenaan
dengan pusat-pusat utama perniagaan mereka di England.37 Dengan ini dapat dibuktikan
bahawa keperluan perniagaan bagi system komunikasi ini amat mendahului keperluan
pentadbiran. Maka sejarah perkembangan system telekomunikasi di negara ini berkembang
seiring dengan keperluan pentadbiran dan perniagaan.
Kebanyakkan syarikat-syarikat perniagaan yang berpusat di Negeri-Negeri Selat
terutamanya Singapura yang telah merintiskan pembinaan sistem telekomunikasi di negara
ini. Pada peringkat awalnya, talian telekomunikas ini dipasang mengikut corak perhubungan
antarabangsa dan ia lazimnya menghubungkan negara-negara Eropah dengan Singapura
ataupun Pulau Pinang. Cadangan untuk pemasangan talian telegraf ini antara negeri-negeri
Melayu, contohnya pada tahun 1866 telah ada cadangan untuk memasang talian telegraf
antara Ragoon dan Singapura yang melibatkan negeri-negeri Melayu terbengkalai begitu
sahaja.38 Namun alasan sebenar bagi kegagalan sebegitu tidak dapat dikenal pasti, namun
mempunyai kebarangkalian perbelanjaan pemasangannya yang tinggi dan masa yang lama.
Kerana itulah tumpuan pemasangan talian ini lebih kepada Pulau Pinang dan Singapura yang
lebih berfungsi sebagai pusat perkembangan ekonomi pada ketika itu.
37 Azmah Abdul Manaf, 2001,Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn.Bhd. Hlmn. 42.
38 Ibid. Hlmn. 43.
27
Walaupun sejarah pemasangan talian telegraf yang pertama di Malaysia masih lagi
samar, walaubagaimanapun pada tahun 1886 telah ada talian telegraf yang dipasang dan ia
menghubungkan Kuala Lumpur dan Melaka. Pada tahun 1895, pemasangan talian kabel
telegraf mula berjalan dengan rancaknya apabila tertubuhnya Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Sehingga tahun 1904 sepanjang 2000 batu talian kabel elektrik telah dipasang di
negeri-negeri berkenaan.39 Keperluan pentadbiran juga merupakan salah satu faktor
pemasangan kemudahan talian kabel berkenaan.
Perkhidmatan pos pula telah bermula di Kuala Lumpur sejak tahun 1880-an.
Perkhidmatan ini bermula sejak campur tangan Inggeris pada tahun 1874 kerana kepentingan
komunikasi pada ketika itu. Sehingga tahun 1904 dikatakan bahawa perkhidmatan pos telah
mengendalikan sehingga 10 juta naskhah surat. Perkembangannya mula berkembang dari
tahun ke tahun dan telah meliputi keseluruhan negeri-negeri Melayu. Kenyataan ini
menunjukkan bahawa pemasangan talian telegraf dan perkhidmatan pos lebih cepat
berkembang untuk memenuhi keperluan pentadbiran Inggeris di negeri-negeri berkenaan.
Perkhidmatan pos dan juga talian kabel ini juga dipasang di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu yang lain kerana terdapat juga kepentingan pihak Inggeris apabila pelantikan
penasihat bagi setiap negeri tersebut. Sehingga tahun 1954, hampir semua negeri-negeri
Melayu telah dipasang dengan talian telegraf. Selain daripada pekhidmatan pos, ini
menunjukkan betapa pentingnya talian telegraf sebagai salah satu alat komunikasi atau
perhubungan yang cepat dan cekap.40
Di Sabah dan Sarawak pula, hanya selepas Perang Kedua bekembangnya sistem
komunikasi ini selepas terpasangnya talian kabel telegraf. Sehingga tahun 1949 terdapat
lapan belas telefon di Sarawak, enam di Kuching, empat di Bahagian Keempat dan empat lagi
39 Ibid. Hlmn. 43.
40 Ibid. Hlmn .43.
28
di Bahagian Kelima. Sistem telegraf di Sarawak bergantung kepada radio telegraf, kerana
dengan muka bumi yang berbukit bukau dan dipenuhi dengan hutan rimba. Oleh yang
demikian, pemasangan talian kabel telegraf akan mengambil masa yang lebih panjang.
Bagaimanapun kerana kepentingannya, penggunaan telefon diperluaskan lagi di seluruh
Sarawak.41
Di Sabah, pada awal 1894, ada usaha untuk memasang talian telegraf oleh Chartered
Company untuk menghubungkan Labuan dengan Sandakan dan seterusnya London. Namun,
pelbagai masalah dihadapi iaitu berkaitan dengan pentadbiran dan kesukaran dalam
pembinaan. Hanya pada April 1897, talian itu disiap pasang. Pemasangan itu telah menelan
perbelanjaan yang amat besar. Oleh itu sehingga abad ke-20,tiada pemasangan talian telegraf
itu sehinggalah perhubungan diadakan menerusi penggunaan radio yang mula digunakan
pada tahun 1914, di samping penggunaan perkhidmatan pos.42
vi) Kewujudan Masyarakat Majmuk
Sifat kepelbagaian kaum dan bangsa mewujudkan kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Suatu waktu dahulu terutama sebelum abad ke-18 dan ke-19
masyarakat Tanah Melayu (kini dikenali Malaysia) tidak begini coraknya. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku akibat perubahan masa dan suasana seperti mana yang berlaku
terhadap perubahan struktur politik, sosial dan ekonominya. Aktiviti migrasi merupakan
aktiviti biasa dalam sesebuah masyarakat bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Aktiviti
migrasi ini boleh terjadi di mana-mana sahaja, secara dalaman lain satu kampong ke satu
kampong yang lain atau luaran dari satu negeri ke negeri yang lain. Seperti yang dikatakan
oleh Leonard & Barbara Andaya, sejarah asal-usul petempatan kependudukan di
Semenanjung serta Sabah dan Sarawak tidak banyak diketahui kerana tiada peninggalan
41 Ibid. Hlmn. 43 & 44.
42 Ibid. Hlmn. 44 & 45.
29
sebarang bukti-bukti yang nyata.43 Melalui teori T. G. Mc Gee dalam rencananya bertajuk
“Population: A Preliminary Analysis” mencadangkan lima peringkat petempatan di
Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sejak beribu tahun dahulu.
Pada awal abad ke-19, aktiviti penghijarahan berlaku dengan amat mendadak dengan
bilangan yang amat besar sehingga abad ke-20. Hal ini kerana kedatangan Inggeris ke negeri-
negeri Melayu bagi mencari kekayaan dengan hasil bumi Tanah Melayu serta sejak peristiwa
Pengambilam Pulau Pinang pada tahun 1786, diikuti dengan Singapura pada tahun 1819,
Melaka pada tahun 1824, Perak pada tahun 1874 dan juga negeri-negeri Melayu yang lain
pada tahun-tahun yang berikutnya. Malah kedatangan pihak Ingeris ini juga, kegiatan
perlombongan diusahakan dengan lebih banyak, system perladangan diperkenalkan misalnya
getah yang mampu hidup subur di muka bumi Tanah melayu dan mendapat permintaan yang
tinggi daripada Negara Eropah dan juga Amerika Syarikat.
Tenaga buruh dari luar telah diimport kerana ingin menjayakan kegiatan ekonomi ini
serta tidak mahu menggangu struktur masyarakat Melayu yang sedia ada. Malah pada ketika
itu, buruh-buruh luar mudah dicari terutamanya di Negara China, India dan juga Indonesia.
Dengan jumlah buruh yang banyak. Buruh-buruh dari Negara China telah ditempatkan di
lombong-lombong bijih timah, manakala buruh-buruh dari India telah ditempatkan di lading-
ladang getah. Maka bermula pada era inilah Tanah Melayu mula dibanjiri dengan kaum
pendatang dan kerajaan Inggeris pula tidak pernah menghalang kemasukan buruh-buruh ini
tanpa mengira risikonyan yang bakal akan hadapinya kelak.44
Ketidakstabilan politik dan ekonomi, masalah pengganguran, masalah kebuluran
merupakan pendorong utama orang Cina dan orang India untuk berhijrah keluar dari tanah air
43 B. W. Andaya & L. Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. hlm. 10.
44 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd Terbitan Pertama. Hlmn.8 & 9.
30
mereka. Malah terdapat juga kemasukan buruh dari Indonesia yang kebanyakannya dari
Jawa, Sumatera, Kalimantan, Celebes dan Timor disebabkan kepadatan penduduk yang
terlalu tinggi khususnya di Pulau Jawa dan di Madura, tekanan pemerintahan colonial
Belanda terhadap penduduk tempatan dan jiran terdekatnya mempunyai banyak peluang
ekonominya dan sesuai menjadi petempatan baru mereka.
Fenomena migrasi ini juga wujudkan sifat kepelbagaian kaum yang mendiami Tanah
Melayu dan lahirlah masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat juga pembahagian dan
perubahan yang berlaku pada pola kependudukan, pekerjaan dan ekonomi orang Melayu dan
juga Orang Asli. Ada juga segelintir orang Melayu yang tinggal di bandar terutamanya yang
mempunyai peranakan Arab dan juga peranakan India yang lebih cenderung untuk
menjalankan aktiviti perniagaan. Di samping mereka ialah orang Melayu daripada kelas
atasan yang bekerja dalam bidang pentadbiran dan pendidikan.45
Orang Cina yang tinggal di kawasan-kawasan lombong bijih timah telah berkembang
menjadi bandar utama, misalnya Kuala Lumpur yang dahulunya merupakan satu pusat
melombong bijih timah tetapi kini telah telah pesat berkembang sebagai pusat pentadbiran
yang penting dan sebuah bandar yang maju. Maka tidak hairanlah jika kawasan bandar
mempunyai jumlah penduduk Cina yang ramai.
Secara ringkasnya, mereka tinggal di kawasan-kawasan yang yang berpotensi untuk
berkembang dengan maju berdasarkan prestasi ekonomi kawasan tersebut seperti negeri-
negeri Pantai Barat kerana lombong-lombong bijih timah dan juga ladang-ladang kebanyakan
tertumpu di kawasan tersebut. Orang India pula pola kependudukan mereka adalah kawasan
estet dan lang terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat juga. Secara tidak langsung, lebih
banyak kawasan telah diterokai dan didiami, maka kawasan ini telah berkembang menjadi
45 Ibid. Hlmn. 9 – 16.
31
kawasan kediaman yng mempunyai pelbagai kemudahan asas. Bandar-bandar bar uterus
berkembang dan memenuhi keperluan penduduknya. Walaupun bilangan orang India yang
berhijrah ke Tanah Melayu adalah besar, namun bilangan mereka semakin merosot kerana
kebanyakkan mereka pulang semula ke tanah airnya. Di Sabah dan Sarawak pula, jumlah
kaum imigran lebih kurang daripada di Tanah Melayu, maka ini jelaslah tidak begitu
menjejaskan corak atau taburan kependudukan di Sabah dan Sarawak. Kaum pendatang
hanya lebih tertumpu ke kawasan-kawasan bandar yang memang mendapat peluang ekonomi
yang lebih banyak berbanding dengan kawasan pendalaman.
Pada peringkat awal pembentukan masyarakat majmuk amat terbatas dan tidak begitu
baik disebabkan keterpisahan dari segi kawasan kediaman, pekerjaan dan sistem pendidikan,
maka hubungan antara setiap kaum tidak dapat dipupuk dan disebabkan hal ini tercetusnya
rusuhan kaum. Pada peringkat awal, kebanjiran kaum pendatang ini tidak dipandang serius
oleh masyarakat Melayu. Malah terdapat juga pembesar-pembesar yang mengadakan
kerjasama yang rapat dengan tauke-tauke dan kapitan-kapitan Cina untuk mengusahakan
lombong-lombong bijih timah mereka. Pembesar-pembesar ini tidak merasakan ragu-ragu
untuk mengambil buruh berbangsa Cina untuk bekerja dengan mereka. Keadaan ini boleh
digambarkan melalui hubungan baik dan kerjasama yang terjalin antara Raja Jumaat dengan
Saudagar Chee Yam Chuan dari Melaka yang sama-sama mengusahakan lombong bijih di
Lukut Selangor. Temenggung Ibrahim Johor yang mengalakkan orang Cina untuk meneroka
tanah untuk penanaman lada hitam dan gambir.
Dipercayai bahawa kaum pendatang ini tidak akan berkekalan di negara ini kerana
dijangka datang dan bermastautin dalam jangka waktu tertentu untuk mencari kekayaan dan
kemudahan serta akan pulang ke negara asal masing-masing. Malah sikap prasangka juga
tidak wujud kerana kebanyakan kaum pendatang ini datang secara bersendirian dan tidak
berkeluarga serta kaum pendatang ini tidak mengambil kisah mengenai hal ehwal pentadbiran
32
dan politik negeri-negeri Melayu. Namun sikap tidak ambil kisah ini mula berubah pada
tahun 1920-an kerana kalangan para pedatang yang telah lama tinggal di sini atau yang telah
dilahirkan di sini telah memperoleh kerakyatan British serta berpendidikan Inggeris. Malah
kaum pendatang juga telah mula menyuarakan pelbagai tuntutan sebagai penduduk tetap
Tanah Melayu dan juga masuk campur dalam hal politik. Malah mereka juga telah
menyatakan hasrat mereka untuk terus tinggal di Tanah Melayu dengan menjanjikan
ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi yang akan ditumpukan kepada negara ini.
Golongan ini juga merasakan mereka amat berasa selesa dengan keadaan di Tanah
Melayu pada waktu tersebut dan mereka telah mencurahkan banyak bakti untuk kerajaan
negara ini, maka mereka tidak seharusnya dilayan seperti kaum pendatang malah lebih
daripada itu. Orang Melayu yang berpendidikan tinggi di bandar merasakan tidak puas hati
terhadap tuntutan golongan pendatang tersebut,maka mereka menyatakannya secara terbuka
dengan alasan bahawa mereka bukanlah penduduk asal negara tersebut.
Orang Melayu mula sangsi terhadap kedudukan mereka sebagai penduduk bumiputera
bahkan mereka berasa tergugat, malah mereka sedar juga bahawa kedudukan mereka sebagai
bumiputera terasa tergugat kerana mereka amat jauh ketinggalan dari segi kemajuan ekonomi
dan pendidikan kalau dibandingkan dengan kaum imigran. Pertikaian dan hubungan yang
tidak begitu baik berlanjutan sehinggalah Tanah Melayu capai kemerdekaan. Orang Melayu
terpaksa menerima hakikat bahawa kerajaan Inggeris memenuhi tuntutan golongan imigran
ini apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1984 dilaksanakan.46 Tuntasnya,
dengan kemerdekaan Tanah Melayu yang mengakui hak-hak penduduk bukan Melayu secara
undang-undang melalui Perlembagaan Malaysia, maka lahirlah satu bentuk masyarakat baru.
46 Ibid. Hlmn. 19-21.
33
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, penjajahan oleh beberapa kuasa asing apatah lagi oleh colonial
British di Tanah Melayu telah membuka satu episode baru apabila berlaku perubahan yang
besar terutamanya dari struktur ekonomi yang ada pada masa kini apatah lagi boleh dianggap
sebagai zaman pemodenan dari konteks sejarah melayu itu sendiri. Perdebatan dalam
kalangan ahli sejarahwan telah banyak membuktikan bahawa perubahan struktur ekonomi
Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh pengaruh barat yakni British. Permulaan dari
penjajahan inilah tela memberi impak yang besar dari sosioekonomi masyarakat Melayu pada
zaman tersebut dan secara tidak lansung menyentuh perkembangan sosioekonomi di Sabad
dan Sarawak. Pengaruh penjajah ini amat memberi kesan yang amat mendalam dari segi
politik, ekonomi dan juga sosial dan pengaruh itu masih diikut sampai sekarang tetapi tidak
begitu menonjol. Maka keseluruhannya adalah Malaysia telah menjadi sebuah negara yang
aman dan makmur dengan penduduknya yang bebilang bangsa serta politik dan ekonominya
disamaratakan tanpa mengugat kedudukan bumiputera apabila bentuknya Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1984.
34
BIBLIOGRAFI
Amarjit Kaur. (1991). “Semenanjung Tanah Melayu abad ke-19 : Satu Tinjauan Ekonomi”,
Masyarakat Melayu Abad Ke-19. (Kuala Lumpur : DBP).
Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan
Publications.
Azharudin Mohd Dali. (2012), Sejarah Masyarakat India di Malaysia, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad. (1990), Kolonialisme di Malaysia dan
Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Hairi Abdullah, (1989), Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Just Faaland, John Richard Parkinson, Rais Saniman, (2005), Dasar Ekonomi Baru:
Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Utusan Publications.
Khoo Kay Kim. (1974), “Malay Society 1914-1920s,” JSEAS, vol. 5, No. 2.
Kratoska ,Paul.H, “Peasants, Yeoman & Rice Farmers Cultural Categories In British
Malay”, tesis Ph.D University of Chicago.
Malaysia Kita, 1991, Institusi Pentadbiran Awam Negara Malaysia. Intan.
Mohd Hazi Rahim. (2009), Pelaksanaan Sistem Residen, Time Edition.
Nik Hasnaa, Nik Mahmood, (1997), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Penerbit: UTM.
35
Ruslan Zainuddin (ed.), Mohd.Mahadee, Zaini Othman. (2010), Kenegaraan Malaysia Edisi
Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Sivachandralingam Sundra Raja …(et al.). (2008), Sejarah Masih Relevan. Selangor :
Karisma Publication Sdn.Bhd.
W.E.Maxwell. (1894), Memorandum on the Introduction of Land Code in the Native States in
the Malay Peninsula, Singapore publication Sn Bhd .
Yab Beng Liang. (1989) . ”Stratifikasi Sosial dan Masyarakat Melayu”, Masyarakat Melayu :
Struktur, Organisasi dan Manifestasi. Kuala Lumpur : DBP.

More Related Content

What's hot

Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
Maliney Pohs
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahanNur Az
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisionalgeehamid
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Normurni Mohamad
 
Ciri Ciri Zaman Gelap Di Eropah
Ciri Ciri Zaman Gelap Di EropahCiri Ciri Zaman Gelap Di Eropah
Ciri Ciri Zaman Gelap Di Eropah
Amy Syahida
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di MelakaFaktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
TylerDurden48
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
Nursyuhadah Rahwi
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.shafikah zakaria
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikMahyuddin Khalid
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
Amir Firdaus
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSyaza Yasmin
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
munnianwar
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarahPluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarahMahyuddin Khalid
 

What's hot (20)

Suruhanjaya reid
Suruhanjaya reidSuruhanjaya reid
Suruhanjaya reid
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan3 gerakan penjajahan
3 gerakan penjajahan
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
 
Ciri Ciri Zaman Gelap Di Eropah
Ciri Ciri Zaman Gelap Di EropahCiri Ciri Zaman Gelap Di Eropah
Ciri Ciri Zaman Gelap Di Eropah
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di MelakaFaktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarahPluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
 

Similar to SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL

Asement kum sosio
Asement kum sosioAsement kum sosio
Asement kum sosio
AFIQAH
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
Stylist Girl
 
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptxBAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
maryampengajianmalay
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayuLiana Hasmey
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1
Yen Way Way
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
As Nuurien Najma
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik Stephanie Unsil
 
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikNoredatul Gabo
 
Acuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaAcuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi Malaysia
Mohd Tarmizi
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
Maryam Ahmad
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayu
Student
 
Imigren presentation 1
Imigren presentation 1Imigren presentation 1
Imigren presentation 1
venillasatiasilan
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09hajar90
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Norazman Mohd Nor
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
Nana Arisa
 
Faktor penentangan mu
Faktor penentangan muFaktor penentangan mu
Faktor penentangan muDurratun Dian
 

Similar to SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL (20)

Asement kum sosio
Asement kum sosioAsement kum sosio
Asement kum sosio
 
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
 
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptxBAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
 
Ctu
CtuCtu
Ctu
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik WAJ 3106 Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik
 
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
 
Acuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaAcuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi Malaysia
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayu
 
Imigren presentation 1
Imigren presentation 1Imigren presentation 1
Imigren presentation 1
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
Faktor penentangan mu
Faktor penentangan muFaktor penentangan mu
Faktor penentangan mu
 

Recently uploaded

Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 

SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL

  • 1. 1 HSM 3023 MALAYSIA ABAD KE-19 SEMESTER DUA 2014/2015 TAJUK : SOSIOEKONOMI NEGERI-NEGERI MELAYU ABAD KE-19 SETELAH KEDATANGAN KOLONIAL BRITISH NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIKS
  • 2. 2 1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan dikenali seantero dunia dari segi masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Kepelbagaian bangsa dan budaya inilah telah melahirkan semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakatnya. Namun begitu, keharmonian dan keutuhan negara kecapi pada hari ini tidaklah semudah yang kita fikirkan kerana negara ini mengalami pengalaman sejarah yang sangat getir dan hebat sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jika kita imbas sejarah lalu, Malaysia ataupun dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu telah mengalami beberapa siri penjajahan asing yang bermula daripada penjajahan Portugis, Belanda, British dan Jepun. Penjajahan asing ini telah meninggalkan impak yang sangat besar kepada Tanah Melayu termasuklah Borneo ketika itu apatah lagi semasa zaman kolonial British. Senario yang mewarnai sejarah Tanah Melayu telah membuka satu episod baru apabila berlaku perubahan yang besar terutamanya dari struktur ekonomi yang ada pada masa kini apatah lagi boleh dianggap sebagai zaman pemodenan dari konteks sejarah melayu itu sendiri. Perdebatan dalam kalangan ahli sejarahwan telah banyak membuktikan bahawa perubahan struktur ekonomi Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh pengaruh barat yakni British. Bermula dari penjajahan inilah telah memberi impak yang besar dari sosioekonomi masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, fokus utama penulisan ini adalah melihat perkembangan sosioekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-19 dan secara tidak langsung menyentuh perkembangan sosioekonomi di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
  • 3. 3 2.0 STRUKTUR MASYARAKAT Penguasaan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah membawa perubahan yang besar kepada sosioekonomi masyarakat Melayu, bumiputera dan bangsa asing yang menetap di Tanah Melayu. Jika kita melihat pada sistem lapisan masyarakat dan struktur masyarakat Melayu terdapat perubahan yang ketara dan menonjol. Sebelum kedatangan penjajah asing, kelompok tertinggi dalam lapisan masyarakat adalah golongan pemerintah yang terdiri daripada masyarakat Melayu. Namun segalanya berubah apabila kedatangan British ke Tanah Melayu apabila mereka telah menguasai struktur pemerintahan dan menjadi golongan pemerintah dalam kelompok tertinggi. Semasa zaman tradisi, pemerintah tertinggi adalah raja yang merupakan peneraju utama dalam tampuk pemerintahan dan diikuti oleh kerabat diraja iaitu golongan yang berasal daripada keturunan diraja.1 Golongan kerabat diraja ini diberi keistimewaan terutamanya dalam jawatan yang disandang seperti menjadi bendahara ataupun temenggung. Bagi kelas pemerintah ini ia dapat dikelompokkan berdasarkan kedudukan dan jawatan yang mereka sandang.2 Di bawah golongan kerabat diraja pula terdiri daripada golongan pemerintah yang bukan daripada keturunan diraja iaitu pembesar dan penghulu yang bertanggungjawab sebagai penasihat diraja ataupun pembesar daerah. Golongan inilah yang menjadi tulang belakang dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan serta bertanggungjawab sepenuhnya kepada golongan pemerintah iaitu raja. Walaupun begitu, semasa abad ke-19 telah berlaku satu perubahan dalam pemerintahan masyarakat Melayu tradisi. Abad ini seringkali digambarkan oleh para sejarahwan sebagai satu kayu ukur perubahan dalam struktur pemerintahan masyarakat 1 Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications,hlm. 55. 2 Yab Beng Liang, 1989. ”Stratifikasi Sosial dan MasyarakatMelayu”, Masyarakat Melayu : Struktur, Organisasi dan Manifestasi. Kuala Lumpur : DBP, hlm. 74-75.
  • 4. 4 Melayu tradisi. Hal ini demikian kerana kedatangan British telah mengubah corak pentadbiran dalam aspek politik malah secara amnya juga telah mengubah aspek ekonomi dan sosial masyarakat di Tanah Melayu. Jika dahulunya sultan yang berkuasa dalam aspek pemerintahan namun semasa zaman kolonial British, raja telah kehilangan kuasanya sebagai golongan pemerintah. Secara prinsipnya rakyat bukan lagi dibawah kekuasaan dan pemerintahan oleh golongan pemerintah. Hal ini kerana kuasa pemerintahan dipegang oleh golongan residen yang telah diperkenalkan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.3 Melalui sistem ini, kuasa mutlak raja telah digantikan oleh kuasa Residen kecuali perkara agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Pada peringkat awalnya, tugas residen hanyalah sebagai pelindung kepada rakyat British dan pedagang asing. Mereka juga berperanan menguruskan hal ehwal luar negeri-negeri di Tanah Melayu dan agen perubahan dalam membentuk birokrasi pentadbiran corak Barat serta menjadi pelaksana dasar-dasar kerajaan. Namun, setelah berlakunya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, residen berkuasa menjadi penasihat sultan kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu. Secara tidak langsungnya, sistem residen telah mula menguasai pentadbiran dan pemerintahan negeri- negeri Melayu apatah lagi dari sudut ekonominya. 3 Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia
  • 5. 5 3.0 SISTEM EKONOMI Semasa penjajahan British, pihak kolonial telah melaksanakan beberapa dasar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang dilihat sebagai satu agenda tersembunyi dengan melakukan satu bentuk penjajahan yang halus terutamanya kepada masyarakat Melayu. Hal ini sekaligus mempengaruhi perkembangan sosioekonomi masyarakat di Tanah Melayu. 3.1 DASAR EKONOMI DUALISME Sebelum tahun 1945, perkembangan sosioekonomi masyarakat di Tanah Melayu dilihat mendatangkan perubahan dalam sistem sosioekonomi tradisional. Hal ini demikian kerana sebelum penjajahan British golongan yang diperintah tertakluk sepenuhnya di bawah pemerintahan golongan pemerintah iaitu raja bertetapan dengan kedudukan tertinggi yang dimilikinya. Cara yang diamalkan oleh golongan yang diperintah yang mengeluarkan hasil untuk pemerintahan adalah dengan mempersembahkan cukai ataupun hasil tanaman yang diperoleh kepada raja melalui pembesar-pembesar yang dilantik oleh raja untuk memungut hasil cukai dan hasil-hasil ekonomi yang lain.4 Namun setelah Tanah Melayu dijajah, pihak British telah memperkenalkan sistem ekonomi dualisme. Ekonomi dualisme ini adalah merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh kolonial British ialah perlombonngan dan perladangan getah. Bahkan bukan iru sahaja, pihak British juga telah mewujudkan pembahagian pekerjaan berdasarkan etnik di mana masyarakat Melayu bekerja dalam pentadbiran dan sektor pertanian, masyarakat Cina dalam sektor perlombongan dan peniaga manakala masyarakat India bekerja sebagai pekerja ladang. 4 AmarjitKaur,1991. “Semenanjung Tanah Melayu abad ke-19 : Satu Tinjauan Ekonomi”, Masyarakat Melayu Abad Ke-19. (Kuala Lumpur : DBP), hlm. 4.
  • 6. 6 Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombonan bijih timah. Sistem ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British apatah lagi sistem ini melibatkan masyarakat Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pemasaran dan pengeluaran serta tenaga kerja masih lagi didominasi oleh masyarakat Melayu tradisional yang masih jauh ketinggalan di belakang. Hal ini jelas dapat dibuktikan masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman tidak disentuh arus kemodenan. Khoo Kay Kim juga menyatakan bahawa kedatangan British tidak membawa perubahan dari segi pembangunan kawasan pedalaman dan pembukaan bandar-bandar baru di kawasan kediaman masyarakat Melayu.5 3.1.2 Pengenalan Sistem Residen Pada tahun 1860 hingga 1870 beberapa negeri di Ttanah Melayu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan telah mengalami kekacauan seperti perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dilihat oleh British sebagai satu peluang yang emas untuk mula campur tangan di Tanah Melayu. Berikutan daripada kekacauan tersebut Perjanjian Pangkor telah ditandatangani antara Raja Muda Abdullah dan Sir Andrew Clarke pada 20 januari 1874 dan merupakan titik bermulanya campur tangan British secara rasmi di Tanah Melayu. Kesan daripada campur tangan tersebut Sistem Residen telah diperkenalkan di Tanah Melayu6. Dalam sistem residen ini Sultan akan menerima seorang residen ataupun penasihat yang akan menasihati baginda dalam segala hal kecuali berkaitan dengan agama islam dan adat resam orang melayu. Hal ini membawa maksud bahawa kerajaan British akan mengawal hal ehwal 5 Khoo Kay Kim, 1974, “Malay Society 1914-1920s,”JSEAS, vol. 5, No. 2, hlm. 182. 6 Mohd Hazi Rahim,2009, Pelaksanaan Sistem Residen, Time Edition ,hlm. 12.
  • 7. 7 di Tanah Melayu dan Sultan hanyala sekadar boneka yang digunakan sebagai perantara dengan rakyat. Sistem residen yang diperkenalkan oleh British ini telah memberi pengaruh yang besar kepada Tanah Melayu terutamanya dari segi ekonomi. Hal ini kerana salah satu tugas penting yang perlu dilaksanakan oleh residen adalah untuk membangunkan ekonomi di negeri-negeri yang terdapat di Tanah Melayu. Berdasarkan matlamat yang dipegang oleh setiap residen, kelancaran aktiviti ekonomi di Tanah Melayu lebih terjamin pada ketika itu. Umumnya negeri-negeri melayu seperti Perak dan Selangor amat kaya dengan hasil bumi yang pelbagai terutamanya bahan-bahan mentah sebagai contohnya bijih timah. Berdasarkan sistem residen ini pihak British telah mengeluarkan satu polisi di mana bahan-bahan mentah yang terdapat di Tanah Melayu akan digunakan sepenuhnya untuk memajukan ekonomi yang bukan sahaja akan memberi manfaat yang lumayan kepada negeri-negeri melayu malahan juga kepada pihak British. Selain itu, dalam usaha untuk menjayakan rancangan-rancangan pembangunan ekonomi, residen telah membuat perancangan untuk membina alat-alat perhubungan, kemudian mendapatkan tanah dan mewujudkan kemudahan pinjaman wang untuk memudahkan pengusaha baru menjalankan aktiviti ekonomi mereka. Perniagaan bijih timah di Tanah Melayu semakin pesat apabila residen telah bertindak membina kereta api dan jalan raya yang memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport ke negara lain. Kemajuan pengangkutan tersebut telah membawa kepada pembukaan lombong yang lebih banyak dan sekali gus telah meningkatkan pengeluaran bijih timah di tanah melayu. Dalam memastikan peningkatan pelabur asing British telah memastikan tidak berlaku lagi pertikaian mengenai penggunaan tanah7 di kawasan-kawasan perlombongan 7 Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications,hlm.24
  • 8. 8 terutamanya bijih timah seperti yang telah berlaku antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San sebelum wujudnya sistem residen. Negeri-negeri melayu yang majoritinya mempunyai ekonomi berasaskan pertanian juga mengalami kemajuan yang pesat. Sewaktu pemerintahan residen beberapa jabatan tanaman telah diperkenalkan. Pada awal tahun 1880an residen telah memperkenalkan beberapa tanaman lain untuk dijadikan ekonomi sampingan setelah bijih timah di Tanah Melayu. Antara tanaman tersebut adalah tebu, lada, gambir, getah dan juga kopi. Salah seorang residen British iaitu Frank Swettenham telah memperkenalkan tanaman tembakau dan kopi di Selangor dan pada tahun 1885 dan terdapat kira-kira 2000 ekar tanah untuk jenis tanaman tersebut di Selangor. Di negeri Perak pula, Hugh Low telah memperkenalkan penanaman kopi dan gula sejak tahun 1883 dan negeri tersebut telah berjaya mengeksport tanaman mereka tersebut. Pada tahun 1888 pula H.N Ridley telah memperkenalkan kaedah menoreh getah yang baru iaitu Sistem Tulang Ikan Hering. Melalui kaedah torehan ini penoreh-penoreh getah mampu mendapatkan hasil yang lebih banyak dalam memenuhi permintaan yang tinggi pada ketika itu. Dengan kemajuan pengangkutan dan perusahaan bahan-bahan mentah yang berlaku di Tanah Melayu, nilai perdagangan di negeri-negeri melayu telah bertambah dan sangat menguntungkan misalnya, nilai perdagangan negeri Selangor pada tahun 1887 ialah $11 juta sementara negeri Perak dalam tahun yang sama ialah $19 juta. Walaupun kemajuan dan perkembangan ekonomi telah dicapai hasil daripada pelaksanaan sistem residen, namun pada realitinya orang-orang Melayu tidak merasai kenikmatan tersebut. Sebaliknya orang-orang asing terutama orang Cina dan India telah menguasai sektor ekonomi sedangkan orang-orang Melayu masih kekal dengam corak tradisionalnya iaitu bertani dan menjadi nelayan. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya
  • 9. 9 jurang ekonomi antara kaum. Akibat daripada kekurangan tenaga buruh di Tanah melayu British telah memperkenalkan undang-undang buruh yang longgar yang telah menggalakkan kemasukan imigran-imigran dari China dan India. Tumpuan British terhadap Tanah Melayu adalah perlombongsn bijih timah dan mereka telah bertindak membawa buruh asing khasnya buruh Cina untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah. Apabila tanaman komersil seperti getah pula diperkenalkan, mereka turut membawa buruh asing untuk mengusahakannya iaitu buruh India. Keadaan ini jelas memperlihatkan masyarakat tempatan iaitu orang Melayu telah diketepikan daripada kegiatan ekonomi moden. Selain itu juga, sebelum kedatangan British orang-orang tempatan telah menjalankan aktiviti memungut cukai yang akan di urus oleh pembesar-pembesar tempatan. Namun kedatangan sistem residen telah mengubah amalan ini. Ianya dapat dibuktikan apabila J.W.W. Birch telah membuat penyusunan semula sistem pungutan cukai di mana para pembesar di larang sama sekali untuk memungut cukai dan keadaan ini telah menyebabkan para pembesar kehilangan kuasanya di Tanah Melayu. 3.1.3 Undang-undang Tanah Abad ke-19 ekonomi dunia tertumpu kepada pengeluaran bijih timah dan juga getah. Kedua-dua komoditi tersebut merupakan komoditi yang mudah diperoleh di Tanah Melayu. Namun British menghadapi masalah pemilikan tanah yang masih terikat dengan sistem feudal di mana pemilikan tanah terletak di bawah kuasa sultan dan pembesar. Sebelum British datang ke Tanah Melayu, hal berkaitan penggunaan dan pemilikan tanah tidak menjadi persoalan yang utama dalam kehidupan masyarakat tempatan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kewujudan kawasan tanah yang luas dengan kepadatan penduduk yang rendah di Tanah Melayu. Segala hal yang berkaitan dengan tanah seperti aktiviti yang ingin dijalankan ataupun kadar cukai haruslah mendapat kebenaran daripada pembesar-pembesar tempatan.
  • 10. 10 Menurut undang-undang adat, sesebuah tanah itu akan menjadi milik seseorang yang meneroka dan mengusahakannya. Tanah tersebut boleh di diwarisi oleh generasi selepasnya. Sistem tanah dan corak penggunaan yang diamalkan di Tanah Melayu adalah amat berbeza dengan sistem tanah yang dipraktikkan oleh Barat. Hal ini kerana sistem pemilikan di Tanah Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang boleh dijadikan bukti sebagai pemilikan terhadapnya. Bagi pihak British rekod dan catatan adalah amat penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah serta memudahkan dalam urusan pentadbiran seperti cukai dan pembelian tanah.8 Dalam sistem Barat juga tanah boleh dijadikan sebagai cagaran bagi mendapatkan modal untuk mengusahakan sesuatu. Sistem tanah berkonsepkan barat telah mula diperkenalkan di Tanah Melayu ketika bermulanya campur tangan British. Perak merupakan diantara negeri pertama yang telah menggunakan sistem tanah berkonsepkan Barat. Ini telah dilakukan melalui Peraturan Tanah Perak 1879. Seterusnya adalah negeri Selangor iaitu Kanun Tanah Selangor pada tahun 1891. Berdasarkan konsep barat British telah membahagikan tanah mengikut nilai komersilnya iaitu tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan. Melalui pengenalan undang-undang tanah yang berkonsepkan barat ini kerajaan British telah membangunkan sistem ekonomi wang dalam kalangan masyarakat Melayu. Misalnya, masyarakat tempatan harus membayar cukai yang telah ditetapkan. Selain itu, semua urusan seperti jual beli, sewa tanah dan perkhidmatan perlu dibayar menggunakan wang. Ketika Maxwell menjadi persuruhjaya di negeri-negeri Selat pada tahun 1890, beliau telah menyelaraskan dan menyeragamkan pentadbiran tanah di negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan sistem pengurusan tanah yang digunakan di Australia yang dikenali sebagai Sistem Torrens. Beliau berpendapat Tanah Melayu memerlukan undang-undang yang 8 V.M.Johnson & R. Borlowe, 1954, Land Problem and Policie Newyork, hlm. 251.
  • 11. 11 memberi pengiktirafan kekal kerana dengan cara tersebut kerajaan dapat menjamin hasil pendapatan melalui kutipan cukai.9 Namun begitu semuanya harus bermula dari segi status pendaftaran tanah sama ada sebagai tanah kerajaaan, swasta ataupun persendirian. Di bawah sistem ini semua tanah akan diberi hak milik dalam bentuk pajakan dalam tempoh beberapa tahun . Peraturan tanah baru ini telah mewujudkan sistem hak milik tanah persendirian berdasarkan sistem pendaftaran dan pengeluaran sijil hak milik tanah dan boleh bertukar milik. Krastoka berpendapat undang-undang tanah british ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana yang boleh menarik pelabur asing dan mengawal tanah-tanah dan kebun-kebun kecil orang Melayu.10 Pada masa yang sama sistem pentadbiran tanah Torrens memudahkan penguasaan ekonomi yang diterajui oleh kapitalis British dan Cina. Keadaan ini disebabkan oleh tanah yang boleh dijual beli dan terdedah kepada spekulasi jangka panjang. Jesteru itu, tidak menghairankan jika tanah-tanah di Tanah Melayu yang menggunakan sistem Torrens telah menjadi sumber dan modal kepada sesetengah pihak untuk mendapatkan keuntungan. 3.1.4 Kemasukan Imigran Seterusnya dasar ekonomi yang dibawa oleh kolonial British di Tanah Melayu ialah dengan membawa masuk imigran Cina dan India di Tanah Melayu. Bagi memenuhi hasrat imperialisme British di Tanah Melayu, pihak British merancang pelbagai agenda untuk mencapai hasrat mereka termasuklah membenarkan berlakunya penghijrahan secara beramai- ramai imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Seperti yang kita ketahui, campur tangan British di Tanah Melayu hanyalah untuk kepentingan ekonomi mereka. Perkembangan perlombongan timah dan penanaman getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menggalakkan British mengusahakan perlombongan Timah dan perladangan secara besar- 9W.E.Maxwell, 1894, Memorandum on the Introduction of Land Code in the Native States in the Malay Peninsula, Singapore, hlm. 3. 10 Kratoska ,Paul.H,“Peasants, Yeoman & Rice Farmers Cultural Categories In British Malay” tesis Ph.D University of Chicago,hlm. 135.
  • 12. 12 besaran.11 Justeru, tenaga buruh yang ramai dan murah diperlukan bagi mengusahakan lombong bijih timah dan ladang-ladang bagi menjayakan hasrat kolonialisasi mereka. Faktor penolakan dan faktor penarik menjadi punca utama kemasukan imigran Cina dan India di Tanah Melayu. Atas desakan masalah dalaman dari negara mereka yang tidak stabil menyebabkan penghijrahan beramai-ramai buruh Cina dan India ke Tanah Melayu. Tanah Melayu menjadi sasaran utama mereka kerana peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu. Kebetulan pula pihak British di Tanah Melayu ketika itu telah membuka peluang kepada mereka untuk datang ke Tanah Melayu. Peluang yang diberikan British kepada mereka ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Buruh Cina seumpamanya, Negeri- negeri Selat telah menjadi pangkalan mereka memasuki kawasan perlombongan di negeri- negeri Melayu dan bekerja di sektor perniagaan, pertanian dan perladangan seperti di ladang- ladang gambir, lada hitam dan tebu.12 Galakan daripada British merupakan faktor penarik kemasukan buruh-buruh Cina dan India. British menggalakkan kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang, jaminan keselamatan dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Selain itu, kerajaan British telah memperkenalkan undang-undang dan peraturan emigresen di Tanah Melayu bagi mempercepatkan kemasukan tenaga buruh dari luar.13 Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat buruh asing untuk datang ke Tanah Melayu. Kewujudan buruh Cina di Tanah Melayu terbukti dengan jelas sehingga masa kini apabila, orang Cina yang dulunya tinggal di kawasan-kawasan berdekatan lombong bijih timah yang kini berkembang menjadi Bandar.14 Tidak hairanlah jika kini kita melihat bahawa di kawasan-kawasan Bandar penduduk majoritinya adalah orang Cina. Fenomena kemasukan buruh India pula disebabkan pihak British memerlukan tenaga buruh untuk mengusahakan sektor perladangan mereka. Contohnnya perusahaan getah telah menggalakkan kedatangan buruh India ke Tanah Melayu. Perkembangan pertanian ladang telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekaligus mendorong kedatangan imigran asing 11 SivachandralingamSundra Raja …(etal.),2008, Sejarah Masih Relevan. Selangor : Karisma Publication Sdn.Bhd, hlm. 242. 12 Ruslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee, Zaini Othman,2010, Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd, hlm 59. 13 Ibid. hlm 59. 14 Azmah Bdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm 17.
  • 13. 13 ini ke Tanah Melayu secara besar-besaran.15 Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk menghasilkan pelbagai jenis barang seperti tayar, kasut, penebat barangan elektrik di Eropah dan Amerika Syarikat telah menggalakkan kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman getah secara besar-besaran.16 Keperluan ini semakin mendesak apabila orang-orang Melayu tidak gemar untuk berladang getah. Oleh sebab itu, orang India dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang getah. Sebelum kedatangan kolonial British, golongan India sememangnya sudah bertapak di Tanah Melayu melalui hubungan perdagangan dengan Melaka. Namun hanya dengan kelompok yang kecil. Berbeza dengan penghujung abad ke-19, kedatangan orang India ke Tanah Melayu adalah melalui pihak British. Robert A.A Ankiah mengatakan, bermula dari abad ke-19, masyarakat India tidak lagi datang sebagai pengeksploit keuntungan di Tanah Melayu seperti tempoh sebelumnya, tetapi sebagai golongan yang dieksploit oleh British.17 Disebabkan kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India di Tanah Melayu, secara tidak langsung kehadiran mereka telah mengubah sosioekonomi di Tanah Melayu. Kehadiran mereka telah membawa banyak perubahan kepada masyarakat tempatan terutamanya dalam sektor ekonomi. Bagi kolonial British, kepentingan ekonomi mereka adalah keutamaan mereka. Sebarang masalah yang dihadapi masyarakat tempatan tidak menjadi masalah mereka asalkan hasrat mereka untuk menguasai ekonomi di Tanah Melayu tercapai. Sememangnya tidak dinafikan perubahan yang ketara berlaku terhadap masyarakat tempatan di Tanah Melayu ekoran daripada kemasukan imigran-imigran Cina dan India. Terutamanya kepada golongan pembesar Melayu ketika itu. Kesan segera dasar penjajah yang memberi keutamaan kepada kaum imigran selepas menguasai politik orang-orang Melayu adalah terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih timah.18 Dengan bertapaknya kerajaan British ini di Negeri-negeri Selat yang kaya dengan hasil bumi peranan ini telah diambil alih oleh pemodal China dari Negeri- negeri Selat dan syarikat-syarikat Inggeris sendiri. Selain itu, golongan pembesar tradisional juga turut kehilangan kuasa cukai dan hilang punca pendapatan mereka. Sebelum ini sultan 15 Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad, 1990, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur: Fajar Bakti,hlm172 16 Azmah Abdul Manaf. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd. 2001.Hlm 8. 17 Azharudin Mohd Dali,2012, Sejarah Masyarakat India di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya,hlm.3 18 Ibid. hlm426.
  • 14. 14 dan pembesar Melayu berkuasa memungut cukai berkaitan perlombongan dan perniagaan jajahan takluk mereka. Namun semua ini berubah dengan ketara selepas pengenalan sistem Residen. Keruntuhan sistem ekonomi tradisional yang menjadi tunjang kekuasaan pembesar Melayu itu telah menyebabkan kelemahan sistem politik bumiputera.19 Dari aspek yang lain, imigran-imigran ini di Tanah Melayu juga boleh dipandang mengikut sudut dimensi yang positif. Kehadiran mereka tidak seharusnya dipandang sebelah mata menyebabkan adanya konklusi yang berat sebelah terhadap mereka. Perubahan yang positif turut berlaku lantaran daripada kehadiran mereka. Setelah kehadiran mereka ke Tanah Melayu, wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Melayu hanya menumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutamanya dalam sektor pertanian dan perikanan yang nyata tidak menyumbang banyak kepada pemangkinan ekonomi negara. Apabila British membawa masuk kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi yang lebih komersial, ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih maju dan moden. Kemasukan Imigran Cina menyebabkan Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah yang besar di dunia. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang terletak dikawasan perlombongan.20 Rentetan sumbangan daripada imigran-imigran ini, ekonomi Tanah Melayu meningkat dengan mendadak. Namun perkembangan yang berlaku lebih kepada kepentingan dasar penjajahan British semata-mata. 3.2 JENIS-JENIS EKONOMI YANG DIPERKENALKAN Selaras dengan perluasan kuasa British, ekonomi negeri-negeri Melayu turut dikembangkan dan dikuasai oleh British yang bertujuan untuk mencari kekayaan hasil tanah dan hasil bumi di Tanah Melayu. Atas dasar inilah British berusaha untuk meningkatkan kegiatan perladangan dan perlombongan di negeri-negeri Melayu.21 Begitulah hasrat kolonial British di Tanah Melayu. Bagi mencapai agenda mereka, pelbagai jenis ekonomi telah diperkenalkan untuk mengaut keuntungan di Tanah Melayu. 19 MalaysiaKita,1991, Institusi Pentadbiran Awam Negara Malaysia. Intan. Hlm. 426. 20 Hairi Abdullah,1989, Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 71. 21 SivachandralingamSundra Raja …(etal.)(2008). Sejarah masih relevan. Selangor: Karisma Publication Sdn.Bhd. hlm. 242.
  • 15. 15 British telah memperkenalkan sistem ekonomi yang bersifat lebih komersial dan moden dimana adanya perdagangan import dan eksport secara besar-besaran yang seterusnya mewujudkan sistem perbankkan dan pelaburan. Ekonomi Tanah Melayu juga terlibat dengan syarikat-syarikat yang besar khususnya syarikat pihak Inggeris sendiri. Corak ekonomi yang lebih moden menjadikan sistem ekonomi Tanah Melayu berubah daripada ekonomi tempatan kepada ekonomi yang lebih moden. Setelah British menduduki keseluruhan negeri di Tanah Melayu, British memperluas perlombongan bijih timah dengan cepat dan memperkenalkan pertanian secara komersial seperti perladangan getah. Britain menjadi orang tengah yang menyalurkan timah dan getah dari kerajaan Melayu ke Amerika yang akhirnya menguntungkan pihak mereka. Segala hasil dapatan dari hasil bumi di Tanah Melayu di kawal oleh pihak British. Bagi mengaut keuntungan terhadap ekonomi di Tanah Melayu, British telah memperkenalkan banyak sistem ekonomi baru yang lebih moden. Antaranya ialah wujud sistem pelaburan dan perbankan memandangkan adanya eksport hasil bumi Tanah Melayu secara besar-besaran ke luar negara. Tanah Melayu yang sebelum ini tidak mempunyai sistem perniagaan yang sistematik akhirnya menjadi sebuah negeri yang mempunyai ekonomi yang meningkat. Seperti yang kita ketahui, aktiviti melombong bijih timah hanyalah dilakukan secara kecil-kecilan malah hanya dengan menggunakan cara yang tradisional namun setelah kehadiran kolonial British, cara melombong bijih timah adalah lebih canggih dengan teknologi mereka yang lebih cepat untuk menggali bijih timah. Walaupun berkembangnya sektor perlombongan bijih timah ketika itu, namun aktiviti perlombongan pada zaman britih didominasi oleh orang Cina. Selepas pedagang Cina dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam perkembanagn ekonomi negeri-negeri Melayu, peranan elit pemerintah Melayu hanya dihadkan kepada pengutipan cukai eksport dan import dan urusan memperuntukan konsesi kepada pelabur. 22Lantaran daripada perkembangan ini, British mengeksport hasil bijih timah secara besar-besaran ke luar negara seperti Amerika. Atas dasar inilah golongan elit Melayu diminta untuk mengendalikn segala cukai dan konsesi kepada pelabur. Pihak British ketika di Tanah Melayu memberikan penekanan terhadap sektor pertanian yang berasaskan eksport. Pertanian komersial dianggap sebagai penyumbang utama 22 Mohammad Redzuan Othman, Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.2006. Hlm 85
  • 16. 16 kepada sumber pendapatan British di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka. Antara tanaman komersial yang digalakkan oleh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 termasuklah ubi kayu, lada hitam, gambir, tembakau, dan kopi. British juga menggalakkan penanaman Gambir dan lada hitam dengan lebih banyak. British menyedari keuntungan daripada hasil penanaman Gambir dan lada hitam. Seawal 1830-an penanaman gambir dan lada hitam Singapura berpindah ke lembah sungai di Johor atas perancangan pihak British.23 Pada abad ke-20, pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport. Permintaan yang tinggi terhadap getah untuk menghasilkan pelbagai jenis barang seperti tayar, kasut, penebat barangan elektrik di Eropah dan Amerika Syarikat telah menggalakkan kerajaan Inggeris mengusahakan penanaman getah secara besar-besaran.24 Disamping itu, perdagangan yang berskala besar turut wujud di Tanah Melayu. Adanya perdagangan yang melibatkan jumlah wang yang besar serta keuntungan yang besar mengubah serta merta corak perdagangan di Tanah Melayu dari tempoh yang sebelumnya. Adalah dianggarkan pada 1863, perdagangan antara Negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Melayu bernilai hampir 1 juta pound sterling setaun. Dengan adanyanya pelaburan serta eksport secara besar-besaran, ekonomi Tanah Melayu meningkat yang sebelum ini tidak pernah berlaku peningkatan sedemikian. Menurut Khoo Kay Kim, menjelang penghujung 1860 dan awal 1870-an, ekonomi negeri-negeri Melayu pantai barat mula digerakkan kearah memenuhi kehendak negara-negara Eropah yang maju dan pengeluaran negeri-negeri ini telah meningkat ke satu tahap yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negeri-negeri Melayu.25 23 Ibid.Hlm 80 24 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd, hlm. 8. 25 Ibid. hlm. 80.
  • 17. 17 4.0 KESAN PENJAJAHAN i) Kewujudan Ekonomi Dualisme Sebelum kedatangan kolonial British ke negeri-negeri Melayu kegiatan ekonomi masyarakat hanya tertumpu kepada ekonomi sara diri iaitu pertanian. Padi merupakan tanaman utama. Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah, Perlis, Seberang Prai, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. Hanya sistem pengairan yang digunakan untuk penanaman padi pada awal abad ke-19 seperti terusan, kincir air dan empangan. Pada tahun 1885, sebuah terusan telah dibina di Kedah iaitu terusan Wan Mat Saman sepanjang 32 kilometer untuk mengairi sawah padi dari negeri Kedah dan Perlis. Selain itu, Kedah turut menjalankan sistem pajak yang dianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari Pulau Pinang untuk menguasai ekonomi tersebut. Selain itu, sebelum campur tangan British, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistem ekonomi komersial berlandaskan pertanian dagangan. Pada awal abad ke-19, ladang-ladang gambir diusahakan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahun-tahun 1840an- 1850an di Johor. Sistem Kangchu digunakan untuk menanam tanaman ini. Kedua-dua tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan di Singapura dan Eropah. Selain penanaman lada hitam dan gambir sebagai sistem ekonomi komersial, aktiviti perlombongan bijih timah turut dijalankan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Pembesar- pembesar Melayu memainkan peranan sebagai pemodal seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Perak. Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu seperti di kawasan hilir Perak dan Kinta. Pada abad ke-19, semasa di bawah Dato’ Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana, eksport bijih timah meningkat sebanyak 13 000 pikul iaitu daripada 7000 pikul pada 1830-an kepada 20 000 pikul pada tahun1855 untuk
  • 18. 18 dieksport ke negeri-negeri Selat terutama Melaka. Namun, setelah kedatangan dan campur tangan British, ekonomi komersial di Tanah Melayu berubah kepada ekonomi dualisme. Kesan Kolonialism dari aspek ekonomi dapat dilihat melalui kewujudan sistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh Koloni British ialah perlombongan dan perladangan getah. Koloni British telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan ladang.26 Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan, perkilangan, dan perkhidmatan. Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalam sektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi. 26 Just Faaland,John Richard Parkinson,Rais Saniman,2005, Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Utusan Publications, hlm.5.
  • 19. 19 Pokok getah berasal dari Brazil. Sir Henry Wickham berjaya membawa sejumlah biji getah ke England. Biji-biji getah tersebut disemai di Royal Botanical Garden, Kew, London. Di Singapura, pokok getah ditanam di Botanical Garden. Di Tanah Melayu pula, sebanyak Sembilan batang anak getah mula ditanam oleh Sir Hugh Low (Residen Perak) di halaman kediamannya di Kuala Kangsar. H.N.Ridley telah mempopularkan penanaman getah sehingga memberi sumbangan seperti memperkenalkan sistem torehan ibedem atau system tulang herring pada tahun 1897. Beliau turut memperkenalkan cara mengangkut anak benih secara membungkus dalam arang yang lembap dan keghairahan beliau menjalankan kempen “tanaman getah” dalam kalangan peladang kopi, tebu dan gambir menyebabkan beliau digelar “Ridley Gila” atau “Ridley Getah”. Pokok getah mula ditanam secara komersial pertama kali pada pertengahan 1890 an di ladang-ladang yang mula-mulanya dibuka untuk tanaman seperti kopi. Para peladang kopi yang mempunyai sumber modal sedia, tenaga pengurusan serta buruh dari India yang dibawa masuk adalah yang mula-mula mencuba menanam getah disebabkan kemerosotan harga kopi. Getah menjadi tanaman yang ideal bagi memenuhi keperluan Eropah dan pada tahun 1897 peraturan tanah khas telah diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk menggalakkan penanaman padi. Disebabkan peningkatan permintaan dan harga getah yang tinggi bagi menampung pembuatan tayar banyak syarikat ditubuhkan untuk menanam getah yang ditaja oleh firma-firma besar di Singapura seperti Guthrie dan Harrisons & Crosfield. Selain getah sebagai salah satu tanaman ekonomi dualisme, kesan kedatangan kolonial juga turut mewujudkan tanaman bijih timah sebagai tanaman ekonomi dualisme. Perlombongan bijih timah sudah dijalankan oleh orang-orang Melayu sekian lama. Kemasukan British juga disebabkan oleh bijih timah. Perkembangan perlombongan bijih timah ini dapat dilihat apabila pembesar tempatan membawa masuk buruh cina dan kira-kira 80,000 orang cina di perak sebagai buruh ikatan. Kemasukan ini hasil daripada permintaan
  • 20. 20 yang banyak kesan daripada Revolusi Perusahaan di British dan Amerika. Bijih timah digunakan dalam perusahaan membuat tin, motokar, wayar, dan kereta api. Industri ini berkembang dengan kemasukan buruh daripada cina ini. Perkembangan industri ini secara besar-besaran iaitu selepas penemuan longgokan bijih timah yang banyak di Larut, Perak iaitu pada tahun 1848 dan di Kinta pada tahun 1880. Dalam pertengahan pertama abad ke 19, pelombong cina memperkenalkan pembaharuan dalam teknik perlombongan seperti pam rantai bagi mengeringkan lombong-lombong yang bertakung. Disebabkan oleh penemuan longgokan timah yang banyak, pelombong ini telah memajukan perusahaan bijih timah mengikut Barat. Pelombong cina juga memperkenalkan sistem lombong yang lebih baik seperti sistem lombong dedah, pam kelikir, dan palung. Pada 1877, Enjin wap dan pam emper diperkenalkan di Perak bagi mengatasi masalah banjir di kawasan perlombongan dan dapat mendalamkan lagi aktiviti melombong. Teknik Hidraulik dan pam kelikir adalah kaedah yang dibawa dari Australia dan diterima oleh pelombong Cina pada tahun 1898. Kemajuan buruh cina ini telah membawa masuk pemodal- pemodal British dari negeri-negeri Selat yang menyokong perlombongan. Pada akhir kurun ke-19 orang cina menguasai kegiatan melombong bijih timah dan antara tahun 1898-1905 Tanah Melayu menjadi pengeluar utama bijih timah. ii) Perkembangan Infrastruktur : Sistem Perhubungan Dan Pengangkutan Zaman Tradisi Sistem pengakutan amat penting kerana ianya berkait rapat dengan sosioekonomi penduduk Malaysia. Pembinaan jalan-jalan raya dan jalan-jalan kereta api mula berkembang di Malaysia demi memenuhi keperluan ekonomi yang semakin meningkat sejak kurun ke-18. Masyarakat Melayu pada awalnya agak asing terhadap kedua-dua sistem pengangkutan ini kerana mereka lebih cenderung menggunakan laluan sungai sebagai alat perhubungan dan
  • 21. 21 pengangkutan.27 Negeri-negeri Melayu seperti Sabah dan Sarawak menjadikan sungai sebagai laluan utama dan alat perhubungan. Sungai menjadi laluan yang penting dan utama bagi negeri-negeri yang mempunyai banyak sungai berbanding jalan darat. Sebelum abad ke- 19, masyarakat Melayu banyak mendiami kawasan-kawasan yang berhampiran kuala-kuala sungai. Contohnya Kuantan, Bandar Diraja Pekan terletak berhampiran sungai Pahang, Kuala Kangsar berhampiran sungai Perak, Kota Tinggi berhampiran sungai Johor, Bandar Kuching berhampiran sungai Rajang atau sungai Sarawak, Kinabatangan berhampiran sungai Kinabatangan dan begitu juga bandar-bandar lain. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sungai amatlah penting.28 Petempatan dan pembukaan Bandar-bandar berhampiran sungai memudahkan perhubungan antara satu sama lain terutama aktiviti perdagangan. iii) Pembinaan Jalan Raya Negeri-negeri Melayu mula dikunjungi oleh pedagang-pedagang daripada Eropah dan Cina pada pertengahan abad ke-19. Pedagang-pedagang daripada kedua-dua buah negera ini datang secara beramai-ramai. Bijih timah yang banyak ditemui ialah di daerah Larut dan Kinta di Perak dan Lembah Kelang Selangor. Pedagang-pedagang terpaksa mengeluarkan modal kewangan yang banyak bagi membina sistem pengangkutan iaitu jalan-jalan darat bagi menghubungkan antara kawasan perlombongan dengan kilang-kilang untuk diproses dan seterusnya dihantar ke pelabuhan untuk dieksport. Pada pertengahan abad ke-19, jalan-jalan darat yang dibina adalah jalan-jalan kecil atau denai untuk laluan pedati atau kereta lembu sahaja. Pembinaan dan pembukaan jalan-jalan raya di Ulu Langat Selangor, tauke-tauke lombong dan para pembesar Melayu telah membelanjakan wang sendiri seperti Sultan Abdul Samad dan Sultan Selangor. Ini menunjukkan bahawa kepentingan jalan darat mula dirasai. 27 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd Terbitan Pertama, hlm. 24. 28 Ibid. Hlm. 25 & 26.
  • 22. 22 Pada tahun 1874, pihak British secara rasminya mentadbir negeri Perak melihat kepentingan sistem pengangkutan di Perak untuk kemajuan industri perlombongan. Pembersihan sungai dan muga anak-anak sungai turut dilakukan sebagai permulaan mempertingkatkan sungai sebagai sistem pengangkutan. Jalan-jalan darat turut dibina walau dalam keadaan sederhana. Jabatan Kerja Awam turut ditubuhkan oleh kerajaan British untuk membina jalan-jalan darat. Pada peringkat permulaan, jalan-jalan darat hanya dibina ialah jalan denai dengan menggunakan batu kerikil dan yang tidak berkerikil. Penemuan sumber galian yang berharga dan serentak pula dengan campur tangan British berkait rapat dengan perkembangan pembinaan jalan-jalan darat di Perak dan Selangor.29 Sehingga tahun 1874, telah terbina sepanjang tiga belas batu jalan denai di daerah Larut sahaja dan pada tahun- tahun berikutnya juga telah dibina jalan-jalan darat untuk menghubungkan Larut dengan kawasan berhampiran seperti Taiping, Krian, Kemunting dan terus ke pelabuhan Pulau Pinang.30 Manakala pembinaan jalan-jalan darat di Selangor agak perlahan kerana terpaksa menanggung kos yang agak tinggi walaupun ia amat diperlukan. Ini adalah kerana kedudukan lombong-lombong bijih timah agak jauh ke pedalaman. Menjelang tahun 1880, jalan darat yang menghubungkan Damansara hingga ke Kuala Lumpur yang dilanjutakan ke Pelabuhan Kelang telah dibina. Jalan raya utama dinaik tarafkan apabila kepentingan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran ditingkatkan. Pada akhir abad ke-19, pembinaan jalan darat rancak dijalankan di negeri-negeri pantai Barat seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Pada tahun 1906, terdapat lebih kurang 1600 batu jalan denai berkerikil dibina dan 270 batu jalan yang tidak berkerikil siap dibina di negeri-negeri pantai Barat tersebut. Sehubungan dengan kemajuan dan peningkatan pembinaan jalan-jalan darat, kenderaan baru turut 29 Nik Hasnaa,Nik Mahmood, 1997, Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Penerbit: UTM. hlm. 265. 30 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd Terbitan Pertama, hlm. 29.
  • 23. 23 diperkenalkan seperti kereta kuda dan beca. Walau bagaimanapun, kereta lembu masih menjadi kenderaan utama.31 Bagi Sabah dan Sarawak pula, pembinaan jalan darat bermula apabila kedatangan orang-orang asing yang berminat menguasai tanah-tanah di negeri-negeri itu. Perkembangan pembinaan jalan darat di Sabah lebih cepat berbanding Sarawak apabila pihak pentadbiran North Borneo Chatered Company terpaksa berbuat demikian. Jalan darat yang dibina di Sabah banyak dihubungkan dengan negeri-negeri pantai Barat. Perlahannya pembinaan jalan raya di Sarawak dipengaruhi oleh faktor iklim dan faktor alam semula jadi yang berbukit bukau dan berpaya. iv) Pembinaan Jalan Kereta Api Jalan kereta api merupakan salah satu alat pengangkutan yang turut penting dan ianya merupakan satu jenis alat pengangkutan yang baru bagi negeri-negeri Melayu. Kedatangan orang Eropah telah memperkenalkan sistem pengangkutan tersebut. Pembinaan jalan kereta api dihubungkan dengan perlombongan bijih timah kerana potensinya membawa muatan yang banyak berbanding kenderaan lain. Di samping itu, kos pembinaan dan penggunaanya lebih murah.32 Terdapat tiga fasa atau peringkat dalam sejarah pembinaan jalan kereta api di semenanjung. Peringkat pertama ialah antara tahun 1885-1896 lebih kurang sebelas tahun. Jalan kereta api yang pertama dibina dalam fasa ini ialah Taiping ke Sungai Larut sejauh 8 batu dan terus ke Port Weld yang dibina pada tahun 1885, diikuti jalan kereta api Kuala Lunpur ke Sungai Kelang (Bukit Kuda) setahun kemudian dan dilanjutkan ke Kelang melalui jambatan Connought pada tahun 1890 sejauh lebih kurang 20 batu. Pada tahun 1891 dan 31 Ibid.Hlmn.34. 32 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur:Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd. Hlmn.34.
  • 24. 24 1892, dibina pula jalan kereta api dari Seremban ke Port Dickson dan akhirnya dari Tapah ke Teluk Anson pada tahun 1893. Kos pembinaan jalan kereta api ini ditanggung oleh kerajaan Inggeris melalui cukai-cukai yang dipungut atau melalui pinjaman yang dibuat daripada Negeri-Negeri Selat.33 Peringkat kedua pula ialah antara tahun 1877 hingga 1909, jalan kereta api dibina lebih condong ke arah menghubungkan bahagian utara Semenanjung dengan bahagian Selatan. Proses pembinaannya berkait rapat dengan pembentukan Negeri-Negeri Bersekutu yang terdiri daripada empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Ia dibentuk pada tahun 1896.34 Menjelang tahun 1903, satu rangkaian kereta api dibina di antara Perai di Seberang Perai hingga ke Seremban dan terus ke Port Dickson, Negeri Sembilan hingga ke Melaka pada tahun 1905 dan Gemas pada tahun 1906. Jalan kereta api Kuala Lumpur telah dipanjangkan hingga ke Port Swettenham pada tahun 1899. Corak pembinaan jalan kereta api pada peringkat kedua ini memperlihatkan kecenderungan untuk memperluaskan penggunaan sistem pengangkutan ini bukan sekadar atas kepentingan industry perlombongan semata-mata tetapi kepentingan pentadbiran juga. Kesungguhan kerajaan British dalam memajukan sistem pengangkutan ini terserlah apabila pada tahun 1908 mereka telah mengambil alih pengurusan jalan kereta api dari Seremban ke Port Dickson daripada Syarikat Sungai Ujung. Peringkat ketiga yangmerupakan peringkat terakhir berlaku dalam tempoh masa 1910 hingga 1931. Jalan kereta api yang dibina pada peringkat ini meliputi seluruh negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor dan bukan sahaja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Jalan kereta api di Perai diteruskan ke utara hingga ke Padang Besar Perlis dan kemudian terus ke Thailand. Jalan kereta api di Gemas pula dipanjangkan hingga 33 Ibid. Hlmn.35 & 36. 34 Ibid. Hlmn.36.
  • 25. 25 ke Tumpat, Kelantan melalui Kuala Lipis, Pahang dan terus ke Sungai Golok, siam di sebelah utara pantai timur. Setiap negeri di Semenanjung telah dihubungkan dengan laluan kereta api meliputi utara, barat, timur dan selatan. Jalan kereta api sepanjang 580 batu telah dibina dari Perai hingga ke Singapura, manakala Gemas ke Tumpat, Kelantan sepanjang 327 batu. Sejarah pembinaan jalan kereta api di Sabah bermula pada tahun 1900. Jalan kereta api yang pertama dibina ialah menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan diteruskan pembinaannya sehingga ke Tenom pada 1905, sepanjang 116 batu. Pembinaan ini secara tidak langsung telah membantu kegiatan pembukaan lading-ladang getah kerana ia telah mula diperkenalkan pada tahun-tahun tersebut.35 Di Sarawak pula tidak ada catatan tentang pembinaan jalan kereta api. Selepas mencapai kemerdekaannya, kerajaan begitu menitikberatkan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Sehingga tahun 1973 boleh dikatakan setiap kawasan dan daerah telah dihubungi oleh jalan darat.36 Pembinaan jalan darat banyak membantu memakmurkan sosioekonomi Malaysia. Dalam aspek perkembangan sistem pengangkutan darat, ia memberi kesan ke atas kegiatan sosioekonomi penduduk di negeri-negri Melayu. Berbeza pula dengan keadaan di Sabah iaitu dengan latar belakang kegiatan ekonomi tempatan dan tumpuan pembinaan jalan pengangkutan ini. Lantaran corak pembinaan jalan pengangkutannya yang agak berbeza daripada negeri-negeri Melayu. Pembinaan jalan pengangkutannya melalui kawasan tanaman getah dan padi. Di Sarawak, kesannya sukar digambarkan lantaran aktiviti pembinaan jalan- jalan pengangkutan ini terlalu lewat dan perlahan. Namun begitu apa yang pastinya pada peringkat awal, aktiviti pembinaan jalan hanya tertumpu di Bandar Kuching terutamanya. 35 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors Sdn Bhd. Hlmn.37 & 38. 36 Ibid. Hlmn.39.
  • 26. 26 v) Sistem Komunikasi Sejak abad ke-19, aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat Inggeris telah bermula sejak terjumpanya longgokan bijih timah terutamanya di Selangor dan juga Perak. Disebabkan kepentingan dan juga keperluan perniagaan inilah, syarikat-syarikat yang berkenaan telah memasang talian telekomunikasi bagi memudahkan urusan mereka. Misalnya, talian telegraf untuk menghubungkan antara daerah-daerah atau bandar berkenaan dengan pusat-pusat utama perniagaan mereka di England.37 Dengan ini dapat dibuktikan bahawa keperluan perniagaan bagi system komunikasi ini amat mendahului keperluan pentadbiran. Maka sejarah perkembangan system telekomunikasi di negara ini berkembang seiring dengan keperluan pentadbiran dan perniagaan. Kebanyakkan syarikat-syarikat perniagaan yang berpusat di Negeri-Negeri Selat terutamanya Singapura yang telah merintiskan pembinaan sistem telekomunikasi di negara ini. Pada peringkat awalnya, talian telekomunikas ini dipasang mengikut corak perhubungan antarabangsa dan ia lazimnya menghubungkan negara-negara Eropah dengan Singapura ataupun Pulau Pinang. Cadangan untuk pemasangan talian telegraf ini antara negeri-negeri Melayu, contohnya pada tahun 1866 telah ada cadangan untuk memasang talian telegraf antara Ragoon dan Singapura yang melibatkan negeri-negeri Melayu terbengkalai begitu sahaja.38 Namun alasan sebenar bagi kegagalan sebegitu tidak dapat dikenal pasti, namun mempunyai kebarangkalian perbelanjaan pemasangannya yang tinggi dan masa yang lama. Kerana itulah tumpuan pemasangan talian ini lebih kepada Pulau Pinang dan Singapura yang lebih berfungsi sebagai pusat perkembangan ekonomi pada ketika itu. 37 Azmah Abdul Manaf, 2001,Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Hlmn. 42. 38 Ibid. Hlmn. 43.
  • 27. 27 Walaupun sejarah pemasangan talian telegraf yang pertama di Malaysia masih lagi samar, walaubagaimanapun pada tahun 1886 telah ada talian telegraf yang dipasang dan ia menghubungkan Kuala Lumpur dan Melaka. Pada tahun 1895, pemasangan talian kabel telegraf mula berjalan dengan rancaknya apabila tertubuhnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sehingga tahun 1904 sepanjang 2000 batu talian kabel elektrik telah dipasang di negeri-negeri berkenaan.39 Keperluan pentadbiran juga merupakan salah satu faktor pemasangan kemudahan talian kabel berkenaan. Perkhidmatan pos pula telah bermula di Kuala Lumpur sejak tahun 1880-an. Perkhidmatan ini bermula sejak campur tangan Inggeris pada tahun 1874 kerana kepentingan komunikasi pada ketika itu. Sehingga tahun 1904 dikatakan bahawa perkhidmatan pos telah mengendalikan sehingga 10 juta naskhah surat. Perkembangannya mula berkembang dari tahun ke tahun dan telah meliputi keseluruhan negeri-negeri Melayu. Kenyataan ini menunjukkan bahawa pemasangan talian telegraf dan perkhidmatan pos lebih cepat berkembang untuk memenuhi keperluan pentadbiran Inggeris di negeri-negeri berkenaan. Perkhidmatan pos dan juga talian kabel ini juga dipasang di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain kerana terdapat juga kepentingan pihak Inggeris apabila pelantikan penasihat bagi setiap negeri tersebut. Sehingga tahun 1954, hampir semua negeri-negeri Melayu telah dipasang dengan talian telegraf. Selain daripada pekhidmatan pos, ini menunjukkan betapa pentingnya talian telegraf sebagai salah satu alat komunikasi atau perhubungan yang cepat dan cekap.40 Di Sabah dan Sarawak pula, hanya selepas Perang Kedua bekembangnya sistem komunikasi ini selepas terpasangnya talian kabel telegraf. Sehingga tahun 1949 terdapat lapan belas telefon di Sarawak, enam di Kuching, empat di Bahagian Keempat dan empat lagi 39 Ibid. Hlmn. 43. 40 Ibid. Hlmn .43.
  • 28. 28 di Bahagian Kelima. Sistem telegraf di Sarawak bergantung kepada radio telegraf, kerana dengan muka bumi yang berbukit bukau dan dipenuhi dengan hutan rimba. Oleh yang demikian, pemasangan talian kabel telegraf akan mengambil masa yang lebih panjang. Bagaimanapun kerana kepentingannya, penggunaan telefon diperluaskan lagi di seluruh Sarawak.41 Di Sabah, pada awal 1894, ada usaha untuk memasang talian telegraf oleh Chartered Company untuk menghubungkan Labuan dengan Sandakan dan seterusnya London. Namun, pelbagai masalah dihadapi iaitu berkaitan dengan pentadbiran dan kesukaran dalam pembinaan. Hanya pada April 1897, talian itu disiap pasang. Pemasangan itu telah menelan perbelanjaan yang amat besar. Oleh itu sehingga abad ke-20,tiada pemasangan talian telegraf itu sehinggalah perhubungan diadakan menerusi penggunaan radio yang mula digunakan pada tahun 1914, di samping penggunaan perkhidmatan pos.42 vi) Kewujudan Masyarakat Majmuk Sifat kepelbagaian kaum dan bangsa mewujudkan kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Suatu waktu dahulu terutama sebelum abad ke-18 dan ke-19 masyarakat Tanah Melayu (kini dikenali Malaysia) tidak begini coraknya. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku akibat perubahan masa dan suasana seperti mana yang berlaku terhadap perubahan struktur politik, sosial dan ekonominya. Aktiviti migrasi merupakan aktiviti biasa dalam sesebuah masyarakat bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Aktiviti migrasi ini boleh terjadi di mana-mana sahaja, secara dalaman lain satu kampong ke satu kampong yang lain atau luaran dari satu negeri ke negeri yang lain. Seperti yang dikatakan oleh Leonard & Barbara Andaya, sejarah asal-usul petempatan kependudukan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak tidak banyak diketahui kerana tiada peninggalan 41 Ibid. Hlmn. 43 & 44. 42 Ibid. Hlmn. 44 & 45.
  • 29. 29 sebarang bukti-bukti yang nyata.43 Melalui teori T. G. Mc Gee dalam rencananya bertajuk “Population: A Preliminary Analysis” mencadangkan lima peringkat petempatan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sejak beribu tahun dahulu. Pada awal abad ke-19, aktiviti penghijarahan berlaku dengan amat mendadak dengan bilangan yang amat besar sehingga abad ke-20. Hal ini kerana kedatangan Inggeris ke negeri- negeri Melayu bagi mencari kekayaan dengan hasil bumi Tanah Melayu serta sejak peristiwa Pengambilam Pulau Pinang pada tahun 1786, diikuti dengan Singapura pada tahun 1819, Melaka pada tahun 1824, Perak pada tahun 1874 dan juga negeri-negeri Melayu yang lain pada tahun-tahun yang berikutnya. Malah kedatangan pihak Ingeris ini juga, kegiatan perlombongan diusahakan dengan lebih banyak, system perladangan diperkenalkan misalnya getah yang mampu hidup subur di muka bumi Tanah melayu dan mendapat permintaan yang tinggi daripada Negara Eropah dan juga Amerika Syarikat. Tenaga buruh dari luar telah diimport kerana ingin menjayakan kegiatan ekonomi ini serta tidak mahu menggangu struktur masyarakat Melayu yang sedia ada. Malah pada ketika itu, buruh-buruh luar mudah dicari terutamanya di Negara China, India dan juga Indonesia. Dengan jumlah buruh yang banyak. Buruh-buruh dari Negara China telah ditempatkan di lombong-lombong bijih timah, manakala buruh-buruh dari India telah ditempatkan di lading- ladang getah. Maka bermula pada era inilah Tanah Melayu mula dibanjiri dengan kaum pendatang dan kerajaan Inggeris pula tidak pernah menghalang kemasukan buruh-buruh ini tanpa mengira risikonyan yang bakal akan hadapinya kelak.44 Ketidakstabilan politik dan ekonomi, masalah pengganguran, masalah kebuluran merupakan pendorong utama orang Cina dan orang India untuk berhijrah keluar dari tanah air 43 B. W. Andaya & L. Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. hlm. 10. 44 Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd Terbitan Pertama. Hlmn.8 & 9.
  • 30. 30 mereka. Malah terdapat juga kemasukan buruh dari Indonesia yang kebanyakannya dari Jawa, Sumatera, Kalimantan, Celebes dan Timor disebabkan kepadatan penduduk yang terlalu tinggi khususnya di Pulau Jawa dan di Madura, tekanan pemerintahan colonial Belanda terhadap penduduk tempatan dan jiran terdekatnya mempunyai banyak peluang ekonominya dan sesuai menjadi petempatan baru mereka. Fenomena migrasi ini juga wujudkan sifat kepelbagaian kaum yang mendiami Tanah Melayu dan lahirlah masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat juga pembahagian dan perubahan yang berlaku pada pola kependudukan, pekerjaan dan ekonomi orang Melayu dan juga Orang Asli. Ada juga segelintir orang Melayu yang tinggal di bandar terutamanya yang mempunyai peranakan Arab dan juga peranakan India yang lebih cenderung untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Di samping mereka ialah orang Melayu daripada kelas atasan yang bekerja dalam bidang pentadbiran dan pendidikan.45 Orang Cina yang tinggal di kawasan-kawasan lombong bijih timah telah berkembang menjadi bandar utama, misalnya Kuala Lumpur yang dahulunya merupakan satu pusat melombong bijih timah tetapi kini telah telah pesat berkembang sebagai pusat pentadbiran yang penting dan sebuah bandar yang maju. Maka tidak hairanlah jika kawasan bandar mempunyai jumlah penduduk Cina yang ramai. Secara ringkasnya, mereka tinggal di kawasan-kawasan yang yang berpotensi untuk berkembang dengan maju berdasarkan prestasi ekonomi kawasan tersebut seperti negeri- negeri Pantai Barat kerana lombong-lombong bijih timah dan juga ladang-ladang kebanyakan tertumpu di kawasan tersebut. Orang India pula pola kependudukan mereka adalah kawasan estet dan lang terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat juga. Secara tidak langsung, lebih banyak kawasan telah diterokai dan didiami, maka kawasan ini telah berkembang menjadi 45 Ibid. Hlmn. 9 – 16.
  • 31. 31 kawasan kediaman yng mempunyai pelbagai kemudahan asas. Bandar-bandar bar uterus berkembang dan memenuhi keperluan penduduknya. Walaupun bilangan orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah besar, namun bilangan mereka semakin merosot kerana kebanyakkan mereka pulang semula ke tanah airnya. Di Sabah dan Sarawak pula, jumlah kaum imigran lebih kurang daripada di Tanah Melayu, maka ini jelaslah tidak begitu menjejaskan corak atau taburan kependudukan di Sabah dan Sarawak. Kaum pendatang hanya lebih tertumpu ke kawasan-kawasan bandar yang memang mendapat peluang ekonomi yang lebih banyak berbanding dengan kawasan pendalaman. Pada peringkat awal pembentukan masyarakat majmuk amat terbatas dan tidak begitu baik disebabkan keterpisahan dari segi kawasan kediaman, pekerjaan dan sistem pendidikan, maka hubungan antara setiap kaum tidak dapat dipupuk dan disebabkan hal ini tercetusnya rusuhan kaum. Pada peringkat awal, kebanjiran kaum pendatang ini tidak dipandang serius oleh masyarakat Melayu. Malah terdapat juga pembesar-pembesar yang mengadakan kerjasama yang rapat dengan tauke-tauke dan kapitan-kapitan Cina untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah mereka. Pembesar-pembesar ini tidak merasakan ragu-ragu untuk mengambil buruh berbangsa Cina untuk bekerja dengan mereka. Keadaan ini boleh digambarkan melalui hubungan baik dan kerjasama yang terjalin antara Raja Jumaat dengan Saudagar Chee Yam Chuan dari Melaka yang sama-sama mengusahakan lombong bijih di Lukut Selangor. Temenggung Ibrahim Johor yang mengalakkan orang Cina untuk meneroka tanah untuk penanaman lada hitam dan gambir. Dipercayai bahawa kaum pendatang ini tidak akan berkekalan di negara ini kerana dijangka datang dan bermastautin dalam jangka waktu tertentu untuk mencari kekayaan dan kemudahan serta akan pulang ke negara asal masing-masing. Malah sikap prasangka juga tidak wujud kerana kebanyakan kaum pendatang ini datang secara bersendirian dan tidak berkeluarga serta kaum pendatang ini tidak mengambil kisah mengenai hal ehwal pentadbiran
  • 32. 32 dan politik negeri-negeri Melayu. Namun sikap tidak ambil kisah ini mula berubah pada tahun 1920-an kerana kalangan para pedatang yang telah lama tinggal di sini atau yang telah dilahirkan di sini telah memperoleh kerakyatan British serta berpendidikan Inggeris. Malah kaum pendatang juga telah mula menyuarakan pelbagai tuntutan sebagai penduduk tetap Tanah Melayu dan juga masuk campur dalam hal politik. Malah mereka juga telah menyatakan hasrat mereka untuk terus tinggal di Tanah Melayu dengan menjanjikan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi yang akan ditumpukan kepada negara ini. Golongan ini juga merasakan mereka amat berasa selesa dengan keadaan di Tanah Melayu pada waktu tersebut dan mereka telah mencurahkan banyak bakti untuk kerajaan negara ini, maka mereka tidak seharusnya dilayan seperti kaum pendatang malah lebih daripada itu. Orang Melayu yang berpendidikan tinggi di bandar merasakan tidak puas hati terhadap tuntutan golongan pendatang tersebut,maka mereka menyatakannya secara terbuka dengan alasan bahawa mereka bukanlah penduduk asal negara tersebut. Orang Melayu mula sangsi terhadap kedudukan mereka sebagai penduduk bumiputera bahkan mereka berasa tergugat, malah mereka sedar juga bahawa kedudukan mereka sebagai bumiputera terasa tergugat kerana mereka amat jauh ketinggalan dari segi kemajuan ekonomi dan pendidikan kalau dibandingkan dengan kaum imigran. Pertikaian dan hubungan yang tidak begitu baik berlanjutan sehinggalah Tanah Melayu capai kemerdekaan. Orang Melayu terpaksa menerima hakikat bahawa kerajaan Inggeris memenuhi tuntutan golongan imigran ini apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1984 dilaksanakan.46 Tuntasnya, dengan kemerdekaan Tanah Melayu yang mengakui hak-hak penduduk bukan Melayu secara undang-undang melalui Perlembagaan Malaysia, maka lahirlah satu bentuk masyarakat baru. 46 Ibid. Hlmn. 19-21.
  • 33. 33 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, penjajahan oleh beberapa kuasa asing apatah lagi oleh colonial British di Tanah Melayu telah membuka satu episode baru apabila berlaku perubahan yang besar terutamanya dari struktur ekonomi yang ada pada masa kini apatah lagi boleh dianggap sebagai zaman pemodenan dari konteks sejarah melayu itu sendiri. Perdebatan dalam kalangan ahli sejarahwan telah banyak membuktikan bahawa perubahan struktur ekonomi Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh pengaruh barat yakni British. Permulaan dari penjajahan inilah tela memberi impak yang besar dari sosioekonomi masyarakat Melayu pada zaman tersebut dan secara tidak lansung menyentuh perkembangan sosioekonomi di Sabad dan Sarawak. Pengaruh penjajah ini amat memberi kesan yang amat mendalam dari segi politik, ekonomi dan juga sosial dan pengaruh itu masih diikut sampai sekarang tetapi tidak begitu menonjol. Maka keseluruhannya adalah Malaysia telah menjadi sebuah negara yang aman dan makmur dengan penduduknya yang bebilang bangsa serta politik dan ekonominya disamaratakan tanpa mengugat kedudukan bumiputera apabila bentuknya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1984.
  • 34. 34 BIBLIOGRAFI Amarjit Kaur. (1991). “Semenanjung Tanah Melayu abad ke-19 : Satu Tinjauan Ekonomi”, Masyarakat Melayu Abad Ke-19. (Kuala Lumpur : DBP). Azmah Abdul Manaf. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications. Azharudin Mohd Dali. (2012), Sejarah Masyarakat India di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad. (1990), Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hairi Abdullah, (1989), Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Just Faaland, John Richard Parkinson, Rais Saniman, (2005), Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Utusan Publications. Khoo Kay Kim. (1974), “Malay Society 1914-1920s,” JSEAS, vol. 5, No. 2. Kratoska ,Paul.H, “Peasants, Yeoman & Rice Farmers Cultural Categories In British Malay”, tesis Ph.D University of Chicago. Malaysia Kita, 1991, Institusi Pentadbiran Awam Negara Malaysia. Intan. Mohd Hazi Rahim. (2009), Pelaksanaan Sistem Residen, Time Edition. Nik Hasnaa, Nik Mahmood, (1997), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Penerbit: UTM.
  • 35. 35 Ruslan Zainuddin (ed.), Mohd.Mahadee, Zaini Othman. (2010), Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Sivachandralingam Sundra Raja …(et al.). (2008), Sejarah Masih Relevan. Selangor : Karisma Publication Sdn.Bhd. W.E.Maxwell. (1894), Memorandum on the Introduction of Land Code in the Native States in the Malay Peninsula, Singapore publication Sn Bhd . Yab Beng Liang. (1989) . ”Stratifikasi Sosial dan Masyarakat Melayu”, Masyarakat Melayu : Struktur, Organisasi dan Manifestasi. Kuala Lumpur : DBP.