SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Pengenalan Perlembagaan
                                                                            kembal
                                                                            i


      Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan
       serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan
       kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara
      Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga
       tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.
       Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.

      Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan
       pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap,
       jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak
       berbelah bagi kepada negara
Perlembagaan Malaysia
                                                                            kembal
                                                                            i




      Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia
       merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk
       berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan
       Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

      Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca
       kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak
       bertentangan dengan perlembagaan :


 “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama
       Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
       diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang
       berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah
       terbatal setakat berlawanan dengan itu”.

                                                                   Perkara 4(1)


      Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan
       kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.

       Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan
        bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia
                                                                            kembal
                                                                            i
Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika
kerajaan British menguasai Tanah Melayu.

Kronologi ringkasnya adalah seperti berikut:

      1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis
       Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang
       dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan
       dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP
       tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-
       raja Melayu.

      1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP,
       MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri
       Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam
       perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat.
       Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang
       dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan
       kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha
       Persekutuan.

      Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor
       termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh
       membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis
       Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-
       undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis
       Perundangan Malayan Union.

      1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu
       ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan
       ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang.
       Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang
       rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
       Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad
       seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah
       Melayu 1948.

      Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-
       masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih
       awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya
       sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

      Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota
       Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34
       anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi
       dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

      Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh
       Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan
       Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula
       menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan
       laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya
       digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.
Kandungan Perlembagaan Persekutuan
                                     kembal
                                     i
   Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13
      Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan
      terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.

     Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak
      boleh dipersoalkan seperti:

         -   agama Islam sebagai agama rasmi;
         -    kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah
             dan Sarawak;
         -   kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,
         -   soal kerakyatan.

     Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:

 Perkara 1 hingga 4
 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi
 Persekutuan

 Perkara 5 hingga 13
 Kebebasan Asasi

 Perkara 14 hingga 22
 Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)

 Perkara 23 hingga 28A
 Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)

 Perkara 29 hingga 31
 Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)

 Perkara 32 hingga 37
 Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)

 Perkara 38
 Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)

 Perkara 39 hingga 43C
 Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)

Perkara 44 hingga 65
Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan
Persekutuan)

Perkara 66 hingga 68
Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)

Perkara 69
Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak
Dan guaman )

Perkara 70 hingga 72
Negeri-negeri
Beberapa Perkara Asas Perlembagaan
                                     kembal
                                     i
   Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang
raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan
sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun
begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas
nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah
menteri.


Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan
Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai
kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah
disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan
perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan
bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang,
menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi
sesorang raja di dalam negeri itu.

Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara
kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan
kepentingan sah kaum lain.

Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana
Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.


      Kedudukan Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi
Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11).
Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau
disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes
Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah
menganut agama Islam – Perkara 11 (4).


      Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk
digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara
152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan
Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak
berkuasa awam”.


      Kedudukan Istemewa Orang Melayu
http://pmr.penerangan.gov.my/article.cfm?id=233       6 okt 08


April 16, 2008...8:39 pm

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan
Kontrak Sosial
Jump to Comments


Salam semua,

Blog ini menerima email daripada seorang pembaca supaya artikel mengenai Ketuanan
Melayu dituliskan di dalam blog ini supaya orang ramai faham mengenai perkara di atas.
Ini disebabkan menurut beliau, rata-rata generasi muda melayu tidak faham mengapa
ketuanan melayu harus dipertahankan. Penulis membuat sedikit carian dan kajian mengenai
Ketuanan Melayu dan mendapati bahawa bukan isu mengenai Ketuanan Melayu harus
dipostkan tetapi juga mengenai Artikel 153 dan kontrak sosial Malaysia harus dipostkan
kerana ia saling mengaitkan antara satu sama lain. Sumber rujukan dari wikipedia dan
lawnet.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan
Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara
kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan
pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota
kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga
biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan
sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa
mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang
Melayu dan anak negeri mana-ma antara Negeri Sabah dan Sarawak.
                               na

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan
kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan
mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu
dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan
perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong
daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri)
dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang
seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan
Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang
persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk
kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi
orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-
jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan
pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang
dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X
terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan
tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau
latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah
mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang
persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan
mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada
terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau
kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen
dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-
Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-
apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang
dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu,
sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran
daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara
Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan
Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau
memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-
mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang
itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen
mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada
waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian
itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana
undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan
apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat
peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada
undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit
atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau
dipegang oleh orang itu; atau

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-
manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris,
pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian
itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya
dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang
daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang
boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan
atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada
mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah
dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat
kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit
atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau
lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu
jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau
pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana
Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas
Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang
ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti,
Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian
adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka
adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa
arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa
perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-
Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan
sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat
perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan
anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau
Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan
(dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153
perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang
Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak
orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah
tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di
Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan
terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu
menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia
sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai
pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang
Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro
quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan
Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang
Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang
Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep
atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan
Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an.
Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan
kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan
orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu
mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang
penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun
60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh
Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari
1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu,
sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan
kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak
orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga
menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai
UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal”
Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang
dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).

Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan
Malaysia oleh PAP.
Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura)
Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti
Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153
dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak
sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk
berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu.
Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara
perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar,
yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh
tahun.

Kontrak Sosial

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara
dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui
Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada
orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada
mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk
kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang
mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali
dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional
yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan
Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah
merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-
kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak
orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk
mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin
dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai
kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak
kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-
undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara
penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai
mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya,
walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya,
kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan
kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli
(kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian
hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara
kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang
menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin
Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-
pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai
penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu
diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan
kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan.
Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru
Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya
memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada
bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam
perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta
dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang
Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap
keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara
itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa
merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh
dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam
pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini
dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan
kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja
kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan
Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya.
Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi
kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar
kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam
laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat
sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan.
Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya
diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada
orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain,
dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus
dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan
Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan
tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen
peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia
bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam
Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera
dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak
kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun
kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-
warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu.
Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini
telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada
pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian
menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami
(orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan
hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka
mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka.
Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara
asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk
menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan
orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika
kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah
pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang
mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi,
kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang
Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa
yang sama dengan orang-orang Melayu.”

Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak
kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara
seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti
politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin
bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil
mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya
kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep
Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang
lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan
orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk
‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa
yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-
anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini
masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa
terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab
pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah
anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep
Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti
PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan
Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep
Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??

Terkini:
Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum
merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the
soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk
kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap
penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi
kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu”
dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu
menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini
ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk
menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.

Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai Ketuanan Melayu.
Penjelasan ini dipetik dari blog LKS.

http://pemudaenggang.wordpress.com/2008/ 4/16/artikel-153-perlembagaan-malaysia-
                                       0
ketuanan-melayu-dan-kontrak-sosial/


Perlembagaan Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
                         Malaysia




              Rencana ini sebahagian daripada siri:
                Politik dan kerajaan
                      Malaysia

        Perlembagaan
        Kontrak sosial
        Yang di-Pertuan Agong
             o Tuanku Mizan Zainal Abidin
        Kabinet
             o Perdana Menteri
                     Abdullah Ahmad Badawi
             o Timbalan Perdana Menteri
                     Mohd Najib Abdul Razak
        Sistem undang-undang
        Parlimen
             o Dewan Negara
             o Dewan Rakyat
        Kehakiman
        Pembangkang
     Dewan Undangan Negeri
               Pilihan raya
                     o Suruhanjaya Pilihan Raya
               Parti politik/gabungan
                     o Barisan Nasional
                     o Pakatan Rakyat
               Negeri
               Badan Pencegah Rasuah

               Hubungan luar negeri
                                                    · Atlas
                                         Other countries
                                            Portal Politik
                                        papar • bincang • sunting


Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan
mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu
dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen
terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan tahun 1957.


Senarai kandungan
[lipat]

             1 Sejarah
                  o 1.1 Pindaan
             2 Organisasi
             3 Artikel
                  o 3.1 Artikel 11
                  o 3.2 Artikel 153
                  o 3.3 Artikel 160
             4 Lihat juga
             5 Rujukan

             6 Pautan luar

    [sunting] Sejarah
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkannasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus
selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

[sunting] Pindaan

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan
ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk
kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali
semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana
beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan
individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa quot;semangat dokumen sebenar
telah dicairkanquot;.

[sunting] Organisasi
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandung satu atau
                                                                          i
lebih artikel yang relevan.

      Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
      Bahagian 2 - Kebebasan asasi
      Bahagian 3 - Kewarganegaraan
      Bahagian 4 - Persekutuan
      Bahagian 5 - Negeri-negeri
      Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
      Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
      Bahagian 8 - Pilihanraya
      Bahagian 9 - Kehakiman
      Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
      Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
      Bahagian 12 - Am dan pelbagai
      Bahagian 13 - Peruntukan sementara
      Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
      Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

[sunting] Artikel
[sunting] Artikel 11

Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi
Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkanagamanya sendiri.

[sunting] Artikel 153
       Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong,
bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan
mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikankuota untuk
kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai
sebahagian daripada kontrak sosial.

[sunting] Artikel 160
       Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia
Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam
perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu
disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.

[sunting] Lihat juga
      Sejarah Malaysia
      Politik Malaysia
      Pilihan Raya Umum Malaysia
      Status kebebasan agama di Malaysia

[sunting] Rujukan
      Ahmad, Zainon & Phang, Llew-Ann (Oct. 1, 2005). The all-powerful

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

More Related Content

What's hot

Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negerimus_bmi
 
Bab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomiBab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomiDhani Ahmad
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanNormurni Mohamad
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaanross
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIANajihah Wahdaniah
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanNur Amalina Razali
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanXiiao Irene
 
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanHubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanMahyuddin Khalid
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152xiaomii4
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Irwan John Imbayan
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnikFAROUQ
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSyaza Yasmin
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikWanBK Leo
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politikMaizatul Akmal
 
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Ar Rayyan
 

What's hot (20)

Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negeri
 
Bab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomiBab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomi
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaan
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduanCTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
CTU 553 : Bahasa melayu, bahasa perpaduan
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - PerlembagaanHubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
Hubungan Etnik 2011 - Perlembagaan
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 

Viewers also liked

Tatacara Kaedah Tender
Tatacara Kaedah TenderTatacara Kaedah Tender
Tatacara Kaedah TenderIszwan Shah
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiJulaiza Hisham
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnikBab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikAre Matt
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat Bani Rali
 
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnikBab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnikFAROUQ
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaFazri Usidi
 
ENGINE CYLINDER & ENGINE TYPES
ENGINE CYLINDER & ENGINE TYPESENGINE CYLINDER & ENGINE TYPES
ENGINE CYLINDER & ENGINE TYPESMumtaz Ali Panhwar
 
Engine Presentation
Engine PresentationEngine Presentation
Engine PresentationZeenoside
 
Piston engine powerplant
Piston engine powerplantPiston engine powerplant
Piston engine powerplantJohan Andhira
 
KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINANImsamad
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 
INTERNAL COMBUSTION ENGINES PPT
INTERNAL COMBUSTION ENGINES PPT INTERNAL COMBUSTION ENGINES PPT
INTERNAL COMBUSTION ENGINES PPT AKASH1001
 

Viewers also liked (15)

Tatacara Kaedah Tender
Tatacara Kaedah TenderTatacara Kaedah Tender
Tatacara Kaedah Tender
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
 
Panduan senarai tugas ahli jawatankuasa
Panduan senarai tugas ahli jawatankuasaPanduan senarai tugas ahli jawatankuasa
Panduan senarai tugas ahli jawatankuasa
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnikBab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
 
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnikBab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
ENGINE CYLINDER & ENGINE TYPES
ENGINE CYLINDER & ENGINE TYPESENGINE CYLINDER & ENGINE TYPES
ENGINE CYLINDER & ENGINE TYPES
 
Engine Presentation
Engine PresentationEngine Presentation
Engine Presentation
 
Piston engine powerplant
Piston engine powerplantPiston engine powerplant
Piston engine powerplant
 
KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINAN
 
Engine, types of engine
Engine, types of engineEngine, types of engine
Engine, types of engine
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
INTERNAL COMBUSTION ENGINES PPT
INTERNAL COMBUSTION ENGINES PPT INTERNAL COMBUSTION ENGINES PPT
INTERNAL COMBUSTION ENGINES PPT
 

Similar to Pengenalan Perlembagaan

Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikMaizatul Akmal
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Rathnaa Wayy
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaMiss Q
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysianorazian omar
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaharizaish96
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati DiriMPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Dirirosedainty
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1Russlan Ssvs
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaAsraf Rahmat
 
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.docISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.docssuser32ec5a
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 

Similar to Pengenalan Perlembagaan (20)

Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati DiriMPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
MPU3122 Kepentingan Perlembagaan Sebagai Asas Pembinaan Jati Diri
 
TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
 
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajayaPpwp 2014 kertas 3 putrajaya
Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.docISTILAH SEJARAH Tingkatan  5 KSSM.doc
ISTILAH SEJARAH Tingkatan 5 KSSM.doc
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
Carta garis masa
Carta garis masaCarta garis masa
Carta garis masa
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (14)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 

Pengenalan Perlembagaan

  • 1. Pengenalan Perlembagaan kembal i  Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara  Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.  Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara Perlembagaan Malaysia kembal i  Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.  Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan : “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat berlawanan dengan itu”. Perkara 4(1)  Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.  Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia kembal i
  • 2. Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu. Kronologi ringkasnya adalah seperti berikut:  1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja- raja Melayu.  1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.  Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang- undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.  1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.  Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing- masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.  Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.  Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.
  • 4. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.  Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti: - agama Islam sebagai agama rasmi; - kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak; - kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan, - soal kerakyatan.  Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan: Perkara 1 hingga 4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan Perkara 5 hingga 13 Kebebasan Asasi Perkara 14 hingga 22 Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan) Perkara 23 hingga 28A Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan) Perkara 29 hingga 31 Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan) Perkara 32 hingga 37 Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara) Perkara 38 Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja) Perkara 39 hingga 43C Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah) Perkara 44 hingga 65 Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan Persekutuan) Perkara 66 hingga 68 Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan) Perkara 69 Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak Dan guaman ) Perkara 70 hingga 72 Negeri-negeri
  • 5. Beberapa Perkara Asas Perlembagaan kembal i
  • 6. Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri. Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu. Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain. Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.  Kedudukan Agama Islam Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).  Kedudukan Bahasa Melayu Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.  Kedudukan Istemewa Orang Melayu
  • 7. http://pmr.penerangan.gov.my/article.cfm?id=233 6 okt 08 April 16, 2008...8:39 pm Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial Jump to Comments Salam semua, Blog ini menerima email daripada seorang pembaca supaya artikel mengenai Ketuanan Melayu dituliskan di dalam blog ini supaya orang ramai faham mengenai perkara di atas. Ini disebabkan menurut beliau, rata-rata generasi muda melayu tidak faham mengapa ketuanan melayu harus dipertahankan. Penulis membuat sedikit carian dan kajian mengenai Ketuanan Melayu dan mendapati bahawa bukan isu mengenai Ketuanan Melayu harus dipostkan tetapi juga mengenai Artikel 153 dan kontrak sosial Malaysia harus dipostkan kerana ia saling mengaitkan antara satu sama lain. Sumber rujukan dari wikipedia dan lawnet. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia. Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-ma antara Negeri Sabah dan Sarawak. na (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. (2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
  • 8. Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu. (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan- jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya. (5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136. (6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di- Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa- apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana- mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan. (8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang
  • 9. Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu— (a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau (b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana- manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau (c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan. (8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di- Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A. (10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
  • 10. Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan. Ketuanan Melayu Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini. Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia. Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura). Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.
  • 11. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun. Kontrak Sosial Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan- kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu. Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial. Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang- undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-
  • 12. pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1] Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan. Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan. Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti. Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa. Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak
  • 13. kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara- warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang. Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.” Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak- anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin?? Terkini:
  • 14. Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia. Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai Ketuanan Melayu. Penjelasan ini dipetik dari blog LKS. http://pemudaenggang.wordpress.com/2008/ 4/16/artikel-153-perlembagaan-malaysia- 0 ketuanan-melayu-dan-kontrak-sosial/ Perlembagaan Malaysia Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: navigasi, gelintar Malaysia Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan kerajaan Malaysia  Perlembagaan  Kontrak sosial  Yang di-Pertuan Agong o Tuanku Mizan Zainal Abidin  Kabinet o Perdana Menteri  Abdullah Ahmad Badawi o Timbalan Perdana Menteri  Mohd Najib Abdul Razak  Sistem undang-undang  Parlimen o Dewan Negara o Dewan Rakyat  Kehakiman  Pembangkang
  • 15. Dewan Undangan Negeri  Pilihan raya o Suruhanjaya Pilihan Raya  Parti politik/gabungan o Barisan Nasional o Pakatan Rakyat  Negeri  Badan Pencegah Rasuah  Hubungan luar negeri · Atlas Other countries Portal Politik papar • bincang • sunting Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Senarai kandungan [lipat]  1 Sejarah o 1.1 Pindaan  2 Organisasi  3 Artikel o 3.1 Artikel 11 o 3.2 Artikel 153 o 3.3 Artikel 160  4 Lihat juga  5 Rujukan  6 Pautan luar [sunting] Sejarah Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkannasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. [sunting] Pindaan Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana
  • 16. beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa quot;semangat dokumen sebenar telah dicairkanquot;. [sunting] Organisasi Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandung satu atau i lebih artikel yang relevan.  Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan  Bahagian 2 - Kebebasan asasi  Bahagian 3 - Kewarganegaraan  Bahagian 4 - Persekutuan  Bahagian 5 - Negeri-negeri  Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri  Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan  Bahagian 8 - Pilihanraya  Bahagian 9 - Kehakiman  Bahagian 10 - Perkhidmatan awam  Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat  Bahagian 12 - Am dan pelbagai  Bahagian 13 - Peruntukan sementara  Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya  Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja [sunting] Artikel [sunting] Artikel 11 Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkanagamanya sendiri. [sunting] Artikel 153 Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikankuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial. [sunting] Artikel 160 Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia
  • 17. Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2. [sunting] Lihat juga  Sejarah Malaysia  Politik Malaysia  Pilihan Raya Umum Malaysia  Status kebebasan agama di Malaysia [sunting] Rujukan  Ahmad, Zainon & Phang, Llew-Ann (Oct. 1, 2005). The all-powerful http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia