SlideShare a Scribd company logo
Kuliah 2 Penduduk dan Kependudukan
Objektif kuliah mengenai pertumbuhan
penduduk ini adalah untuk memberikan maklumat
secara umum bagaimana pertumbuhan penduduk
berlaku bagi memudahkan pemahaman pelajar
mengenai perubahan-perubahan komponen
penduduk dalam bahagian berikutnya.
2.1 Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk merujuk kepada
perubahan yang berlaku terhadap saiz
populasi. Perubahan ini boleh jadi positif,
negetif atau tidak berubah langsung. Apabila
tiada perubahan saiz berlaku, ia dirujuk
sebagai pertumbuhan penduduk sifar (zero
population growth).
Perkara yang paling menarik mengenai
pertumbuhan penduduk dunia ialah
bagaimana jumlah penduduk yang asalnya
hanya beberapa ratus ribu atau juta orang
pada peringkat awal (sebelum tahun 1750)
telah tumbuh sehingga mencapai berbilion-
bilion orang dengan begitu pantas.
Pada peringkat lebih awal pertumbuhan
penduduk kira-kira 10,000 tahun dahulu
sebelum masehi, pertumbuhan penduduk
cuma dianggarkan sebanyak 0.0001% setahun.
Pada peringkat ini manusia menjalankan
aktiviti pertanian dan perternakan binatang
secara asas, bilangan penduduk hanya
bertambah sebanyak 5 hingga 10 juta orang
setiap tahun.
Ahli antropologi menyatakan bahawa jumlah
tersebut adalah bersesuaian dengan
keupayaan menyediakan makanan melalui
aktiviti mengutip dan memburu. Kekurangan
bekalan makanan menyebabkan pertumbuhan
penduduk menjadi perlahan.
Kemajuan dalam bidang pertanian yang
menyebabkan berlaku pertambahan bekalan
makanan telah meningkatkan jumlah bilangan
penduduk kepada 300 juta orang pada tahun
pertama Masihi dan mencapai 800 juta orang
menjelang tahun 1750an. Pada tahun 1990,
penduduk dunia dianggarkan berjumlah 5.3
billion orang dan menjelang pada tahun 2012
penduduk dunia sudah melebihi 7 bilion
orang.
Pertumbuhan Penduduk Dunia / Bilion
1 bilion pada tahun 1804
2 bilion pada tahun 1927 -masa berganda 123 tahun
3 bilion pada tahun 1960 – masa berganda 33 tahun
4 bilion pada tahun 1974 – masa berganda 14 tahun
5 bilion pada tahun 1987 – masa berganda 13 tahun
6 bilion pada tahun 1999 – masa berganda 12 tahun
7 bilion pada tahun 2011 – masa berganda 11 tahun
Mengapa Ahli Kaji Penduduk berminat untuk
mengetahui mengenai bilangan penduduk dunia?
Ini kerana kajian mengenai kependudukan
adalah sangat penting untuk memahami
cabaran yang dihadapi dunia pada hari ini.
Antara persoalan-persoalan penting yang
cuba diselesaikan oleh ahli kaji penduduk
termasuklah:
i) Adakah kita perlu mengurangkan populasi
penduduk dunia?
ii) Adakah kita harus biarkan terus penduduk
dunia bertambah?
iii) Apakah kesan jika kita mengawal
kelahiran?
iv) Apakah kesannya pula jika kelahiran
berlaku tanpa kawalan?
Selepas bermulanya Revolusi Industri pada
kurun ke 18, taraf hidup manusia menjadi
semakin baik, kebuluran dan penyebaran
penyakit berjangkit tidak lagi berlaku di
beberapa kawasan. Ini menyebabkan
pertumbuhan penduduk berlaku dengan
sangat pantas.
Pertumbuhan penduduk dunia juga berlaku
dengan pesat selepas Perang Dunia Kedua,
kebanyakan penduduk di negara-negara
sedang membangun mulai meningkat secara
drastik.
Lutz, Sanderson dan Scherbov (2004) percaya
bahawa pertumbuhan penduduk akan
mencapai kemuncak pada sekitar 9 bilion
orang yang dijangkakan berlaku sebelum
tahun 2030. Mereka percaya bahawa saiz
penduduk dunia akan mulai menurun apabila
mencapai peringkat tersebut.
Adalah sukar untuk dinyatakan apa yang akan
berlaku pada abad yang akan datang kerana
hanya dengan perbezaan kecil kelahiran atau
kadar kematian boleh menyebabkan perbezaan
yang besar berlaku terhadap unjuran
penduduk jangka panjang. Namun begitu,
semua orang percaya bahawa pertumbuhan
penduduk secara global akan berakhir dalam
beberapa waktu dalam abad ke 21 ini.
Pertumbuhan penduduk dunia (J Shape
Curve)
Kesimpulannya selepas berjuta-juta tahun
penduduk dunia berkembang dengan sangat
perlahan, populasi manusia akhirnya meledak
berganda dan terus berganda sehingga
mencapai jumlah berbilion-bilion orang.
2.1.1 Faktor mempengaruhi pertumbuhan
penduduk
Usman Hj Yaakob (1989) menjelaskan secara
umumnya pertumbuhan belaku disebabkan
oleh 3 faktor utama, iaitu:
1.Revolusi industri dan pertanian yang
berlaku di negara-negara Barat,
khususnya di Eropah. Kemajuan dalam
sektor industri, pertanian, perbandaran,
perhubungan dan penggunaan sumber
tenaga yang bermula daripada kayu, arang
batu, gas, hidro dan petroleum.
Dengan mengeksploitasi sumber-sumber
tenaga ini, manusia tidak lagi tertumpu
di kawasan tertentu sahaja. Manusia mulai
membina penempatan baru yang akhirnya
meningkatkan bilangan penduduk
dunia.
2.Penaklukan orang Eropah terhadap
Amerika Utara, Amerika Latin, Asia,
Afrika, Australia dan New Zealand. Mereka
membuka penempatan dan kawasan
pertanian baru di tanah jajahan mereka.
Kesan daripada penghijrahan orang Eropah
ini menyebabkan penduduk Amerika
Latin dan Amerika Utara meningkat kepada
100 juta pada tahun 1900 berbanding hanya
sejumlah 15 juta orang pada tahun 1650.
3.Kemajuan dalam bidang perubatan dan
kesihatan awam. Penyakit berjangkit
dapat dikawal. Kemajuan dalam aspek
penjagaan kebersihan menyebabkan
kadar kematian menurun.
Kesan daripada penurunan kematian di
negara-negara membangun, penduduk
di negara tersebut tumbuh antara 2-3
peratus setahun. Di Eropah, pertumbuhan
penduduk lebih 1 peratus setahun.
Ledakan penduduk yang berlaku pada tahun
1960an di Asia juga berpunca daripada
fenomena ini.
Selain daripada peningkatan kadar
kelahiran, penurunan kadar kematian juga
memberi kesan terhadap pertumbuhan
penduduk dunia.
Kadar kelahiran kasar merupakan bilangan
kelahiran hidup bagi setiap 1000 orang
penduduk pada tahun tertentu. Manakala
kadar kematian kasar pula merujuk kepada
bilangan kematian yang berlaku bagi 1000
orang penduduk pada tahun yang sama.
Perbezaan jumlah kelahiran dan jumlah
kematian ini menjadi ukuran terhadap
pertumbuhan semulajadi yang menentukan
cepat atau perlahan pertumbuhan penduduk di
sesuatu kawasan.
Kadar
Kelahiran
Kasar (per
1000 orang)
Kadar
Kematian
Kasar (per
1000 orang)
Kadar
pertumbuhan
semulajadi =
Kadar Kelahiran –
Kadar kematian
31 11 20 (positive)
22 24 -2 (negative)
23 23 0 (zero)
Kadar kelahiran umum merujuk kepada
bilangan purata kelahiran bagi setiap wanita
sepanjang hidup mereka. Kadar kelahiran
ini berbeza mengikut wilayah yang
berasingan.
Kadar kelahiran purata di Afrika boleh
(negara sedang membangun) mencapai 7
kelahiran, berbanding dengan kadar
kelahiran di negara maju seperti Eropah
hanya mewakili 1 kelahiran.
Kadar kelahiran kasar di Mali ialah 7.38 dan
7.37 di Nigeria, keadaan ini dijangka akan
menyebabkan berlaku pertumbuhan
penduduk yang tinggi beberapa tahun akan
datang melainkan kadar kelahiran boleh
dikurangkan.
Sebagai contoh, pada tahun 2007 jumlah
penduduk di Mali ialah 12 juta orang.
Sekiranya corak kadar kelahiran yang tinggi
ini berterusan, jumlah penduduk Mali
dianggarkan bertambah kepada 15 juta
orang pada tahun 2015.
Negara-negara lain yang mempunyai kadar
kelahiran yang tinggi termasuklah
Afghanistan 6.64, Yaman 6.49 dan Samoa
4.21.
Konsep penting yang berkaitan dengan
kadar kelahiran ialah “peringkat
penggantian kelahiran” [fertility
replacement level]. Konsep ini
menjelaskan bilangan kelahiran hidup yang
diperlukan oleh setiap wanita untuk
mengekalkan paras populasi semasa.
Bagi negara-negara maju, saiz kelahiran
minimum yang diperlukan untuk
membolehkan sesebuah populasi itu terus
berkembang ialah 2.1.
Namun begitu, angka yang nyatakan sukar
untuk diterima dalam dunia nyata. Ini
kerana penggantian tidak akan berlaku
sekiranya kanak-kanak tersebut tidak
mencapai usia dewasa dan membina
keluarga sendiri. Ada ketikanya mereka
mengalami masalah kesuburan atau tidak
mahu berkahwin dan berkeluarga.
Oleh itu angka yang lebih realistik
diperlukan.
Penduduk di negara sedang membangun
dan mundur memerlukan bilangan kelahiran
sekitar 2.3 orang disebabkan oleh kadar
kematian yang tinggi dalam kalangan
penduduk dewasa dan kanak-kanak.
Kadar kelahiran di Amerika Syarikat
sebagai contoh berada di bawah tahap
penggantian (2.09). Manakala kadar
kelahiran penduduk dunia sekarang ialah
2.59, mengurang daripada 2.8 pada 2002
dan 5.0 pada tahun 1965.
Kumpulan penduduk dalam sesebuah negara
yang mempunyai kebudayaan dan
kepercayaan yang berbeza menunjukkan
corak kelahiran yang berbeza. Sebagai
contoh, walaupun keseluruhan kelahiran di
Amerika Syarikat ialah 2.09, kadar
kelahiran bagi penduduk Hispanic 3.0,
Afrika Amerika 2.2 dan 1.9 bagi masyarakat
Asia dan Kepulauan Pasifik.
2.1.2 Pertumbuhan penduduk sifar
Bagaimana pertumbuhan penduduk sifar
boleh berlaku?
Pertumbuhan penduduk sifar terjadi apabila
sesebuah negara mempunyai kadar
kelahiran dan kadar kematian yang
seimbang. Pertumbuhan penduduk sifar
dalam jangka panjang akan menyebabkan
penduduk negara tersebut mengalai
pertumbuhan negetif.
Fenomena ini telah berlaku di kebanyakan
negara Eropah sejak lebih 50 tahun dahulu
lagi dan masih lagi menjadi masalah besar
yang tidak menemui penyelesaian pada hari
ini.
Sebagai contoh antara tahun 1970-75
pertumbuhan penduduk di Findland 0.20%,
United Kingdom 0.34% dan Hungary
0.38%.
Peratus pertumbuhan penduduk yang
rendah ini tidak cukup untuk menggantikan
penduduk yang telah mati di negara
tersebut. Oleh itu berbagai usaha dijalankan
bagi menggalakkan pasangan berkahwin
dan melahirkan anak.
Perancis salah satu anggota negara Eropah,
menjalankan pelabagai usaha untuk
meningkatkan kadar kelahiran. Ini kerana
antara tahun 1920 – 1940 ramai rakyat
negara tersebut yang telah berkahwin tidak
mahu mempunyai anak.
Kesannya kadar kelahiran kasar daripada
19/1000 orang penduduk pada tahun 1953
turun kepada 17/1000 orang pada tahun
1967.
Masalah bertambah rumit dengan sikap
wanita negara tersebut yang mengamalkan
kontraseptif dan perbuatan menggugurkan
kandungan menjadi semakin liberal
disebabkan oleh undang-undang kerajaan.
Walau bagaimanapun penduduk Perancis
atas galakan General De Gaulle, setelah
selesai perang dunia 12 juta bayi telah
dilahirkan menyebabkan penduduk negara
tersebut bertambah dua kali ganda. Namun
begitu, pertambahan ini tidak berupaya
untuk menyelesaikan masalah penduduk
Perancis yang semakin berkunrangan.
Kadar kelahiran kasar yang dicatatkan
pada tahun 1975 ialah 14 dan kadar
kematian kasar 10.6 bagi setiap 1000 orang
menjadikan kadar pertambahan
semulajadi sebanyak 0.34% sahaja.
Pada akhir tahun 1960, beberapa buah
negara Eropah yang lain turut mengalami
masalah yang sama. Jerman mengalami
kasar pertumbuhan sifar pada tahun 1971
apabila kadar kelahiran dan kadar kematian
negara tersebut seimbang pada kadar
13.8/1000 orang penduduk.
Data terkini yang diperolehi daripada PRB
(Population Reference Bureau)menunjukkan
terdapat sejumlah 20 negara di dunia yang
mengalami masalah pertumbuhan sifar atau
negetif.
Pertumbuhan semulajadi penduduk negetif
bermaksud sesebuah negara mempunyai
kadar kematian melebihi kadar kelahiran,
angka ini bagaimanapun tidak melibatkan
peristiwa migrasi sama ada migrasi masuk
mahupun migrasi keluar.
Negara yang mengalami masalah
penurunan kadar kelahiran yang serius ialah
Ukraine dengan kadar penurunan 0.8%
setiap tahun. Negara ini dijangka
kehilangan 20% daripada jumlah penduduk
antara tahun 2010 hingga 2050 ( dari lebih
46 juta kepada 33 juta pada 2050).
Ini diikuti oleh negara Russia dan Belarus
dengan penurunan kelahiran sebanyak 0.6%.
Menjelang tahun 2050, Russia akan
kehilangan sejumlah 22% daripada
penduduk negara mereka ( kira-kira 30 juta)
( dari 142 juta kepada 110 juta pada 2050).
Jepun adalah satu-satunya negara bukan
Eropah yang tidak mempunyai jumlah
kelahiran langsung (0%). Negara ini
dijangka akan kehilangan 21% penduduk
menjelang tahun 2050 ( daripada 127.8 juta
sekarang menjadi 100.6 juta pada 2050).
3. Kaedah pengukuran Demografi
(The tools of Demography)
Cara menggambarkan maklumat mengenai
penduduk yang paling sesuai ialah dengan
menggunakan angka dan kadar. Ahli
demografi tidak boleh berpuas hati dengan
mengetahui jangka hayat penduduk semakin
meningkat.
Tetapi ahli demografi perlu mengetahui dan
mejawab persoalan-persoalan berikut:
1. Jika jangka hayat bertambah, berapa
tahun?
2. Bila tempoh masa tambahan jangka
hayat ini berlaku?
3. Siapa yang menerima kesan
penambahan ini?
4. Berapa saiz populasi yang diwakili oleh
mereka?
Oleh kerana bidang kependudukan
didefinisikan sebagai bidang sains yang
mengkaji perihal penduduk, kaedah-kaedah
pengiraan seperti berikut lazimnya
digunakan untuk menggambarkan sesebuah
kumpulan penduduk.
3.1 Bilangan [Count]
Jumlah sebenar populasi yang berlaku di
kawasan tertentu dalam tempoh masa yang
khusus.
Contoh: 1,200,500 kelahiran hidup berlaku
di Malaysia pada tahun 1997.
3.2 Kadar [Rate]
Kekerapan “peristiwa demografi”
[demographics events] dalam populasi bagi
tempoh masa tertentu [lazimnya satu
tahun] dibahagikan dengan populasi “yang
menanggung” [at risk] peristiwa itu dalam
tempoh masa tersebut.
Kadar menjelaskan berapa kerap sesuatu
peristiwa demografi yang dinyatakan itu
berlaku. Lazimnya kadar yang digunakan
ialah 1000.
Contoh: pada tahun 1997 di Malaysia
terdapat 34 kelahiran hidup bagi setiap 1000
orang penduduk.
Kadar kasar digunakan untuk merujuk
keseluruhan populasi, manakala kadar
khusus pula merujuk kepada sub-kumpulan.
Oleh itu, pengiraan kadar boleh dibuat
kepada umur tertentu, jantina tertentu,
bangsa tertentu, pekerjaan tertentu dll.
Bersambung..

More Related Content

Similar to P kuliah 2 2012

Geografi tingkatan 2 bab 8
Geografi tingkatan 2  bab 8Geografi tingkatan 2  bab 8
Geografi tingkatan 2 bab 8
Shaamalan Kanthan
 
Banjir
BanjirBanjir
Banjir
MAZAMIA
 
Banjir
BanjirBanjir
Banjir
MAZAMIA
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4peningla
 
Dasar matlamat pembangunan
Dasar matlamat pembangunanDasar matlamat pembangunan
Dasar matlamat pembangunanMazniel Sidru
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5peningla
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - Kemiskinan
Nur Az
 
KUIZ TATABAHASA_PENYUNTINGAN.pdf
KUIZ TATABAHASA_PENYUNTINGAN.pdfKUIZ TATABAHASA_PENYUNTINGAN.pdf
KUIZ TATABAHASA_PENYUNTINGAN.pdf
MATNIZAMBINUTIFGHT
 

Similar to P kuliah 2 2012 (11)

Geografi tingkatan 2 bab 8
Geografi tingkatan 2  bab 8Geografi tingkatan 2  bab 8
Geografi tingkatan 2 bab 8
 
Banjir
BanjirBanjir
Banjir
 
Banjir
BanjirBanjir
Banjir
 
Malthus
Malthus Malthus
Malthus
 
Bab 8 perubahan penduduk
Bab 8 perubahan pendudukBab 8 perubahan penduduk
Bab 8 perubahan penduduk
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4
 
Dasar matlamat pembangunan
Dasar matlamat pembangunanDasar matlamat pembangunan
Dasar matlamat pembangunan
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - Kemiskinan
 
KUIZ TATABAHASA_PENYUNTINGAN.pdf
KUIZ TATABAHASA_PENYUNTINGAN.pdfKUIZ TATABAHASA_PENYUNTINGAN.pdf
KUIZ TATABAHASA_PENYUNTINGAN.pdf
 

More from peningla

gender study
gender studygender study
gender studypeningla
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1peningla
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3peningla
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltuspeningla
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8peningla
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9peningla
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanpeningla
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um studentpeningla
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalamanpeningla
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...peningla
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye peningla
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...peningla
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunpeningla
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirpeningla
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)peningla
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)peningla
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)peningla
 
Sketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrichSketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrichpeningla
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanpeningla
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisipeningla
 

More from peningla (20)

gender study
gender studygender study
gender study
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltus
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukan
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um student
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalaman
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aun
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
 
Sketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrichSketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrich
 
Perlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuanPerlembagaan persekutuan
Perlembagaan persekutuan
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 

Recently uploaded

Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 

Recently uploaded (7)

Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 

P kuliah 2 2012

  • 1. Kuliah 2 Penduduk dan Kependudukan Objektif kuliah mengenai pertumbuhan penduduk ini adalah untuk memberikan maklumat secara umum bagaimana pertumbuhan penduduk berlaku bagi memudahkan pemahaman pelajar mengenai perubahan-perubahan komponen penduduk dalam bahagian berikutnya. 2.1 Pertumbuhan penduduk Pertumbuhan penduduk merujuk kepada perubahan yang berlaku terhadap saiz populasi. Perubahan ini boleh jadi positif, negetif atau tidak berubah langsung. Apabila tiada perubahan saiz berlaku, ia dirujuk
  • 2. sebagai pertumbuhan penduduk sifar (zero population growth). Perkara yang paling menarik mengenai pertumbuhan penduduk dunia ialah bagaimana jumlah penduduk yang asalnya hanya beberapa ratus ribu atau juta orang pada peringkat awal (sebelum tahun 1750) telah tumbuh sehingga mencapai berbilion- bilion orang dengan begitu pantas. Pada peringkat lebih awal pertumbuhan penduduk kira-kira 10,000 tahun dahulu sebelum masehi, pertumbuhan penduduk cuma dianggarkan sebanyak 0.0001% setahun.
  • 3. Pada peringkat ini manusia menjalankan aktiviti pertanian dan perternakan binatang secara asas, bilangan penduduk hanya bertambah sebanyak 5 hingga 10 juta orang setiap tahun. Ahli antropologi menyatakan bahawa jumlah tersebut adalah bersesuaian dengan keupayaan menyediakan makanan melalui aktiviti mengutip dan memburu. Kekurangan bekalan makanan menyebabkan pertumbuhan penduduk menjadi perlahan. Kemajuan dalam bidang pertanian yang menyebabkan berlaku pertambahan bekalan makanan telah meningkatkan jumlah bilangan penduduk kepada 300 juta orang pada tahun pertama Masihi dan mencapai 800 juta orang menjelang tahun 1750an. Pada tahun 1990, penduduk dunia dianggarkan berjumlah 5.3 billion orang dan menjelang pada tahun 2012 penduduk dunia sudah melebihi 7 bilion orang.
  • 4. Pertumbuhan Penduduk Dunia / Bilion 1 bilion pada tahun 1804 2 bilion pada tahun 1927 -masa berganda 123 tahun 3 bilion pada tahun 1960 – masa berganda 33 tahun 4 bilion pada tahun 1974 – masa berganda 14 tahun 5 bilion pada tahun 1987 – masa berganda 13 tahun 6 bilion pada tahun 1999 – masa berganda 12 tahun 7 bilion pada tahun 2011 – masa berganda 11 tahun Mengapa Ahli Kaji Penduduk berminat untuk mengetahui mengenai bilangan penduduk dunia? Ini kerana kajian mengenai kependudukan adalah sangat penting untuk memahami cabaran yang dihadapi dunia pada hari ini. Antara persoalan-persoalan penting yang cuba diselesaikan oleh ahli kaji penduduk termasuklah: i) Adakah kita perlu mengurangkan populasi penduduk dunia? ii) Adakah kita harus biarkan terus penduduk dunia bertambah? iii) Apakah kesan jika kita mengawal kelahiran? iv) Apakah kesannya pula jika kelahiran berlaku tanpa kawalan?
  • 5. Selepas bermulanya Revolusi Industri pada kurun ke 18, taraf hidup manusia menjadi semakin baik, kebuluran dan penyebaran penyakit berjangkit tidak lagi berlaku di beberapa kawasan. Ini menyebabkan pertumbuhan penduduk berlaku dengan sangat pantas. Pertumbuhan penduduk dunia juga berlaku dengan pesat selepas Perang Dunia Kedua, kebanyakan penduduk di negara-negara sedang membangun mulai meningkat secara drastik. Lutz, Sanderson dan Scherbov (2004) percaya bahawa pertumbuhan penduduk akan mencapai kemuncak pada sekitar 9 bilion orang yang dijangkakan berlaku sebelum tahun 2030. Mereka percaya bahawa saiz penduduk dunia akan mulai menurun apabila mencapai peringkat tersebut. Adalah sukar untuk dinyatakan apa yang akan berlaku pada abad yang akan datang kerana hanya dengan perbezaan kecil kelahiran atau kadar kematian boleh menyebabkan perbezaan yang besar berlaku terhadap unjuran penduduk jangka panjang. Namun begitu,
  • 6. semua orang percaya bahawa pertumbuhan penduduk secara global akan berakhir dalam beberapa waktu dalam abad ke 21 ini. Pertumbuhan penduduk dunia (J Shape Curve) Kesimpulannya selepas berjuta-juta tahun penduduk dunia berkembang dengan sangat perlahan, populasi manusia akhirnya meledak berganda dan terus berganda sehingga mencapai jumlah berbilion-bilion orang. 2.1.1 Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk Usman Hj Yaakob (1989) menjelaskan secara umumnya pertumbuhan belaku disebabkan oleh 3 faktor utama, iaitu:
  • 7. 1.Revolusi industri dan pertanian yang berlaku di negara-negara Barat, khususnya di Eropah. Kemajuan dalam sektor industri, pertanian, perbandaran, perhubungan dan penggunaan sumber tenaga yang bermula daripada kayu, arang batu, gas, hidro dan petroleum. Dengan mengeksploitasi sumber-sumber tenaga ini, manusia tidak lagi tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Manusia mulai membina penempatan baru yang akhirnya meningkatkan bilangan penduduk dunia. 2.Penaklukan orang Eropah terhadap Amerika Utara, Amerika Latin, Asia, Afrika, Australia dan New Zealand. Mereka membuka penempatan dan kawasan pertanian baru di tanah jajahan mereka. Kesan daripada penghijrahan orang Eropah ini menyebabkan penduduk Amerika Latin dan Amerika Utara meningkat kepada 100 juta pada tahun 1900 berbanding hanya sejumlah 15 juta orang pada tahun 1650.
  • 8. 3.Kemajuan dalam bidang perubatan dan kesihatan awam. Penyakit berjangkit dapat dikawal. Kemajuan dalam aspek penjagaan kebersihan menyebabkan kadar kematian menurun. Kesan daripada penurunan kematian di negara-negara membangun, penduduk di negara tersebut tumbuh antara 2-3 peratus setahun. Di Eropah, pertumbuhan penduduk lebih 1 peratus setahun. Ledakan penduduk yang berlaku pada tahun 1960an di Asia juga berpunca daripada fenomena ini. Selain daripada peningkatan kadar kelahiran, penurunan kadar kematian juga memberi kesan terhadap pertumbuhan penduduk dunia. Kadar kelahiran kasar merupakan bilangan kelahiran hidup bagi setiap 1000 orang penduduk pada tahun tertentu. Manakala kadar kematian kasar pula merujuk kepada bilangan kematian yang berlaku bagi 1000 orang penduduk pada tahun yang sama.
  • 9. Perbezaan jumlah kelahiran dan jumlah kematian ini menjadi ukuran terhadap pertumbuhan semulajadi yang menentukan cepat atau perlahan pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan. Kadar Kelahiran Kasar (per 1000 orang) Kadar Kematian Kasar (per 1000 orang) Kadar pertumbuhan semulajadi = Kadar Kelahiran – Kadar kematian 31 11 20 (positive) 22 24 -2 (negative) 23 23 0 (zero) Kadar kelahiran umum merujuk kepada bilangan purata kelahiran bagi setiap wanita sepanjang hidup mereka. Kadar kelahiran ini berbeza mengikut wilayah yang berasingan. Kadar kelahiran purata di Afrika boleh (negara sedang membangun) mencapai 7 kelahiran, berbanding dengan kadar kelahiran di negara maju seperti Eropah hanya mewakili 1 kelahiran.
  • 10. Kadar kelahiran kasar di Mali ialah 7.38 dan 7.37 di Nigeria, keadaan ini dijangka akan menyebabkan berlaku pertumbuhan penduduk yang tinggi beberapa tahun akan datang melainkan kadar kelahiran boleh dikurangkan. Sebagai contoh, pada tahun 2007 jumlah penduduk di Mali ialah 12 juta orang. Sekiranya corak kadar kelahiran yang tinggi ini berterusan, jumlah penduduk Mali dianggarkan bertambah kepada 15 juta orang pada tahun 2015. Negara-negara lain yang mempunyai kadar kelahiran yang tinggi termasuklah Afghanistan 6.64, Yaman 6.49 dan Samoa 4.21. Konsep penting yang berkaitan dengan kadar kelahiran ialah “peringkat penggantian kelahiran” [fertility replacement level]. Konsep ini menjelaskan bilangan kelahiran hidup yang diperlukan oleh setiap wanita untuk mengekalkan paras populasi semasa.
  • 11. Bagi negara-negara maju, saiz kelahiran minimum yang diperlukan untuk membolehkan sesebuah populasi itu terus berkembang ialah 2.1. Namun begitu, angka yang nyatakan sukar untuk diterima dalam dunia nyata. Ini kerana penggantian tidak akan berlaku sekiranya kanak-kanak tersebut tidak mencapai usia dewasa dan membina keluarga sendiri. Ada ketikanya mereka mengalami masalah kesuburan atau tidak mahu berkahwin dan berkeluarga. Oleh itu angka yang lebih realistik diperlukan. Penduduk di negara sedang membangun dan mundur memerlukan bilangan kelahiran sekitar 2.3 orang disebabkan oleh kadar
  • 12. kematian yang tinggi dalam kalangan penduduk dewasa dan kanak-kanak. Kadar kelahiran di Amerika Syarikat sebagai contoh berada di bawah tahap penggantian (2.09). Manakala kadar kelahiran penduduk dunia sekarang ialah 2.59, mengurang daripada 2.8 pada 2002 dan 5.0 pada tahun 1965. Kumpulan penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza menunjukkan corak kelahiran yang berbeza. Sebagai contoh, walaupun keseluruhan kelahiran di Amerika Syarikat ialah 2.09, kadar kelahiran bagi penduduk Hispanic 3.0, Afrika Amerika 2.2 dan 1.9 bagi masyarakat Asia dan Kepulauan Pasifik. 2.1.2 Pertumbuhan penduduk sifar Bagaimana pertumbuhan penduduk sifar boleh berlaku? Pertumbuhan penduduk sifar terjadi apabila sesebuah negara mempunyai kadar kelahiran dan kadar kematian yang
  • 13. seimbang. Pertumbuhan penduduk sifar dalam jangka panjang akan menyebabkan penduduk negara tersebut mengalai pertumbuhan negetif. Fenomena ini telah berlaku di kebanyakan negara Eropah sejak lebih 50 tahun dahulu lagi dan masih lagi menjadi masalah besar yang tidak menemui penyelesaian pada hari ini. Sebagai contoh antara tahun 1970-75 pertumbuhan penduduk di Findland 0.20%, United Kingdom 0.34% dan Hungary 0.38%. Peratus pertumbuhan penduduk yang rendah ini tidak cukup untuk menggantikan penduduk yang telah mati di negara tersebut. Oleh itu berbagai usaha dijalankan bagi menggalakkan pasangan berkahwin dan melahirkan anak. Perancis salah satu anggota negara Eropah, menjalankan pelabagai usaha untuk meningkatkan kadar kelahiran. Ini kerana antara tahun 1920 – 1940 ramai rakyat
  • 14. negara tersebut yang telah berkahwin tidak mahu mempunyai anak. Kesannya kadar kelahiran kasar daripada 19/1000 orang penduduk pada tahun 1953 turun kepada 17/1000 orang pada tahun 1967. Masalah bertambah rumit dengan sikap wanita negara tersebut yang mengamalkan kontraseptif dan perbuatan menggugurkan kandungan menjadi semakin liberal disebabkan oleh undang-undang kerajaan. Walau bagaimanapun penduduk Perancis atas galakan General De Gaulle, setelah selesai perang dunia 12 juta bayi telah dilahirkan menyebabkan penduduk negara tersebut bertambah dua kali ganda. Namun begitu, pertambahan ini tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah penduduk Perancis yang semakin berkunrangan. Kadar kelahiran kasar yang dicatatkan pada tahun 1975 ialah 14 dan kadar kematian kasar 10.6 bagi setiap 1000 orang menjadikan kadar pertambahan semulajadi sebanyak 0.34% sahaja.
  • 15. Pada akhir tahun 1960, beberapa buah negara Eropah yang lain turut mengalami masalah yang sama. Jerman mengalami kasar pertumbuhan sifar pada tahun 1971 apabila kadar kelahiran dan kadar kematian negara tersebut seimbang pada kadar 13.8/1000 orang penduduk. Data terkini yang diperolehi daripada PRB (Population Reference Bureau)menunjukkan terdapat sejumlah 20 negara di dunia yang mengalami masalah pertumbuhan sifar atau negetif. Pertumbuhan semulajadi penduduk negetif bermaksud sesebuah negara mempunyai kadar kematian melebihi kadar kelahiran, angka ini bagaimanapun tidak melibatkan peristiwa migrasi sama ada migrasi masuk mahupun migrasi keluar.
  • 16. Negara yang mengalami masalah penurunan kadar kelahiran yang serius ialah Ukraine dengan kadar penurunan 0.8% setiap tahun. Negara ini dijangka
  • 17. kehilangan 20% daripada jumlah penduduk antara tahun 2010 hingga 2050 ( dari lebih 46 juta kepada 33 juta pada 2050). Ini diikuti oleh negara Russia dan Belarus dengan penurunan kelahiran sebanyak 0.6%. Menjelang tahun 2050, Russia akan kehilangan sejumlah 22% daripada penduduk negara mereka ( kira-kira 30 juta) ( dari 142 juta kepada 110 juta pada 2050). Jepun adalah satu-satunya negara bukan Eropah yang tidak mempunyai jumlah kelahiran langsung (0%). Negara ini dijangka akan kehilangan 21% penduduk menjelang tahun 2050 ( daripada 127.8 juta sekarang menjadi 100.6 juta pada 2050). 3. Kaedah pengukuran Demografi (The tools of Demography) Cara menggambarkan maklumat mengenai penduduk yang paling sesuai ialah dengan menggunakan angka dan kadar. Ahli demografi tidak boleh berpuas hati dengan mengetahui jangka hayat penduduk semakin meningkat.
  • 18. Tetapi ahli demografi perlu mengetahui dan mejawab persoalan-persoalan berikut: 1. Jika jangka hayat bertambah, berapa tahun? 2. Bila tempoh masa tambahan jangka hayat ini berlaku? 3. Siapa yang menerima kesan penambahan ini? 4. Berapa saiz populasi yang diwakili oleh mereka? Oleh kerana bidang kependudukan didefinisikan sebagai bidang sains yang mengkaji perihal penduduk, kaedah-kaedah pengiraan seperti berikut lazimnya digunakan untuk menggambarkan sesebuah kumpulan penduduk. 3.1 Bilangan [Count] Jumlah sebenar populasi yang berlaku di kawasan tertentu dalam tempoh masa yang khusus. Contoh: 1,200,500 kelahiran hidup berlaku di Malaysia pada tahun 1997. 3.2 Kadar [Rate]
  • 19. Kekerapan “peristiwa demografi” [demographics events] dalam populasi bagi tempoh masa tertentu [lazimnya satu tahun] dibahagikan dengan populasi “yang menanggung” [at risk] peristiwa itu dalam tempoh masa tersebut. Kadar menjelaskan berapa kerap sesuatu peristiwa demografi yang dinyatakan itu berlaku. Lazimnya kadar yang digunakan ialah 1000. Contoh: pada tahun 1997 di Malaysia terdapat 34 kelahiran hidup bagi setiap 1000 orang penduduk. Kadar kasar digunakan untuk merujuk keseluruhan populasi, manakala kadar khusus pula merujuk kepada sub-kumpulan. Oleh itu, pengiraan kadar boleh dibuat kepada umur tertentu, jantina tertentu, bangsa tertentu, pekerjaan tertentu dll. Bersambung..