Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM
TAJUK: AKTA HASUTAN
1948 DAN ISA.
NAMA PENSYARAH: EN MOHD SAIFULLAH BIN MOHD ZULKIFLI
NAMA AHLI KUM...
ASAL AKTA HASUTAN 1948……..
Asal Akta Hasutan merupakan
Enakmen Hasutan 1939 yang digubal
oleh penjajah British.
Akta ini d...
Akta Hasutan telah disemak semula dan
diwartakan oleh kerajaan pada 1969.
Akta ini menjadikan ucapan yang
“mempunyai kecen...
Akta Hasutan di malaysia diwarisi dari inggeris
yang risau anak-anak negeri mengunakan apa-apa
sahaja cara untuk menghalau...
DEFINISI HASUTAN
AKTA HASUTAN 1948 menterjemahkan ‘hasutan’ sebagai
apa-apa perbuatan,ucapan, perkataan, penerbitan, atau
...
KESALAHAN DALAM AKTA
HASUTAN
Menyebut apa-apa perkataan menghasut.
Mencetak,menerbitkan,menjual,menawarkan untuk di
jual, ...
HUKUMAN
Menurut akta hasutan 1948, antara hukuman yang
boleh dikenakan ialah:
1. Kesalahan kali pertama- didenda tidak mel...
Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa
sebab yang sah dengan apa-apa penerbitan menghasut
telah dianggap melakukan ...
TAKRIFAN KECENDERUNGAN MENGHASUT
Apa itu KECENDERUNGAN MENGHASUT?
Mendatangkan kebencian, penghinaan, atau
membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Raja...
Sambungan…….
Menimbulkan perasaan tidak puas hati di
kalangan rakyat.
Mengembangkan perasaan niat jahat untuk
mencetuskan ...
ISU POLITIK AKTA HASUTAN
ISU POLITIK AKTA HASUTAN
SIAPAKAH Profesor Madya Dr Azmi Sharom ?
• Beliau merupakan seorang peguam dan pensyarah
undang-u...
• Beliau adalah penganalisis isu-isu politik Malaysia terutama
tentang ketuanan Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan
kebeb...
KRONOLOGI KES
Pada 19 Nov 2010
•Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah...
Pada 2 September 2014
•Azmi Sharom (45 tahun) dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur didakwa
menghasut berhubung krisi...
• Pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948
yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga
tahun atau denda...
Pada hari Rabu, 10 September 2014
•Hartal mahasiswa dianjurkan oleh Persatuan
Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)sebagai
so...
PENGENALAN
• Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal
Security Act .
• Undang-u...
Continue…
•ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-
an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk
mengekang ancaman komuni...
TUJUAN PENGGUBALAN
• Mencegahan perbuatan keganasan yang mengancam
keselamatan negara dan percubaan menggulingkan
secara t...
Continue…
• Menurut bekas Presiden Majlis Peguam, Haji Sulaiman Abdullah, Majlis
Peguam Membantah akta ini kerana berpegan...
Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di
Pusat Tahanan
Kemunting, Perak.
Seseorang yang ditahan di bawah ISA ...
DAKWAAN TERHADAP PENAHANAN
Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian
tahanan ISA.
Mereka yang p...
Continue…
Juga ,tahanan diletakkan secara individu dalam
sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam
yang dipercayai m...
BANTAHAN DALAM NEGERA
• Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Malaysia (PAS),
Parti Tindakan Demokratik ...
Bantahan Luar Negara
• Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia
kerana menggunakan ISA beberapa kali,...
• Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata “Kami tidak seharusnya
sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Da...
PEMBEBASAN TAHANAN ISA
• Pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di
bawah pimpin...
TENTANGAN TERHADAP
ISA
• AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang
sering dijadikan polemik, dipert...
• Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan
penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi ma...
CADANGAN PINDAAN ISA
• Memandangkan ISA telah digubal semasa mengalami darurat dan ia
merupakan warisan penjajah, adalah b...
•Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk
dibincangkan di Parlimen dan ia nya lebih berkesan.
PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA
• Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) telah
diadakan di sekitar ibu kota pada...
• Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak menyuraikan perhimpunan haram
itu dengan gas pemedih mata selain p...
KESAN DARI PERHIMPUNAN
MANSUHKAN ISA• Masyarakat antarabangsa akan menganggap bahawa negara ini berada dalam
keadaan kucar...
Perkembangan ISA
Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa (ISA) yang telah lama bertapak
dalam undang-undang Malaysia, memer...
Transformasi
Sejajar dengan aspirasi murni Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
dalam usaha merealisasikan inisiatif Prog...
Justeru itu, satu perundangan alternatif perlu di gubal supaya dapat
menjamin kebebasan bersuara oleh rakyat direalisasik...
Kesan Positif Pemansuhan ISA
Berupaya mengurangkan pertelingkahan di antara pelbagai pihak.
Mengurangkan konflik undang-...
SOSMA
•Seperti juga ISA, SOSMA digubal berdasarkan
peruntukan 149 Perlembagaan Persekutuan.
Tujuan akta terbabit diperkena...
KUASA MUTLAK POLIS
• Akta ini memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas
atau gangguan m...
AKTA LEBIH ADIL
•Jelaslah, bahawa di bawah penguatkuasaan akta baru itu,
kuasa untuk membuat semakan kehakiman ke atas seb...
• Kerajaan tidak menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya.
• ISA perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada ...
Rujukan
 Pesuruhanjaya Penyemak Undang-undang, Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-
undang 1968 Secara Usaha S...
AKTA HASUTAN & ISA
AKTA HASUTAN & ISA
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

3

Share

Download to read offline

AKTA HASUTAN & ISA

Download to read offline

SLIDE SUBJECT MALAYSIA LEGAL SYSTEM.... SEMOGA SLIDE DPT MEMBANTU ANDA :)

AKTA HASUTAN & ISA

  1. 1. MALAYSIAN LEGAL SYSTEM TAJUK: AKTA HASUTAN 1948 DAN ISA. NAMA PENSYARAH: EN MOHD SAIFULLAH BIN MOHD ZULKIFLI NAMA AHLI KUMPULAN: VASUKI BALASANTHARAN (4141000071) RAJESRI A/P SUBRAHMANIAN (4141004501) SARMILA NAIR A/P MORGAN (4141004491) DHANALAXMY A/P MURUGESU (4141004531) SWEETA A/P SUBRAMANIAN (4143008951) SHUBASHINI A/P SUBRAYAN (4141004742) ERWINA ANAK MASIR (4141000321) JASCIKA JAUNNY (4141003801)
  2. 2. ASAL AKTA HASUTAN 1948…….. Asal Akta Hasutan merupakan Enakmen Hasutan 1939 yang digubal oleh penjajah British. Akta ini diperkenalkan untuk menyekat aktiviti daripada golongan kiri dan Parti Komunis Malaya.
  3. 3. Akta Hasutan telah disemak semula dan diwartakan oleh kerajaan pada 1969. Akta ini menjadikan ucapan yang “mempunyai kecenderungan menghasut” sebagai suatu kesalahan jenayah.
  4. 4. Akta Hasutan di malaysia diwarisi dari inggeris yang risau anak-anak negeri mengunakan apa-apa sahaja cara untuk menghalaunya dari tanah melayu. Sekiranya seorang guru menanamkan semangat kemerdekaan dalam kalangan muridnya, maka guru itu telah melakukan jenayah dan dia boleh dihukum. Antara yang termasuk dalam akta ini ialah mempersoalkan perlembagaan khususnya berkaitan dengan raja-raja melayu,hak orang melayu dan kedudukan bahasa melayu.
  5. 5. DEFINISI HASUTAN AKTA HASUTAN 1948 menterjemahkan ‘hasutan’ sebagai apa-apa perbuatan,ucapan, perkataan, penerbitan, atau apa-apa benda lain yang mempunyai kecederungan menghasut. DEFINISI PENERBITAN Semua perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yg boleh dilihat atau yang mengikut rupanya,bentuknya atau apa-apa cara lain yang boleh menggambarkan perkataan atau gagasan. DEFINISI PERKATAAN Apa-apa ungkapan,ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain sama ada secara lisan atau bertulis.
  6. 6. KESALAHAN DALAM AKTA HASUTAN Menyebut apa-apa perkataan menghasut. Mencetak,menerbitkan,menjual,menawarkan untuk di jual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut. Mengimport apa-apa penerbitan menghasut.
  7. 7. HUKUMAN Menurut akta hasutan 1948, antara hukuman yang boleh dikenakan ialah: 1. Kesalahan kali pertama- didenda tidak melebihi rm5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 2. Kesalahan seterusnya- dipenjara tidak melebihi lima tahun 3. Apa-apa penerbitan yang digunakan sebagai keterangan atau bukti hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan.
  8. 8. Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab yang sah dengan apa-apa penerbitan menghasut telah dianggap melakukan kesalahan. 1. Kesalahan pertama- didenda tidak melebihi rm2000 atau dipenjarakan tidak lebih 18bulan atau kedua- duanya. 2. Kesalahan kedua- dipenjarakan tidak melebihi 3tahun dan penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan dengan apa-apa sahaja cara yang diarahkan mahkamah.
  9. 9. TAKRIFAN KECENDERUNGAN MENGHASUT
  10. 10. Apa itu KECENDERUNGAN MENGHASUT? Mendatangkan kebencian, penghinaan, atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Raja atau kerajaan. Membangkitkan rakyat atau penduduk supaya cuba mendapatkan perubahan dengan apa cara selain cara yang sah. Mendatangkan kebencian, penghinaan, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau mana-mana negeri.
  11. 11. Sambungan……. Menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Mengembangkan perasaan niat jahat untuk mencetuskan pergaduhan antara kaum. Mempersoalkan hak, taraf yang ditetapkan dilindungi oleh Perkara 152.153 dan 181 iaitu Kedudukan Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan kedudukan Raja-Raja.
  12. 12. ISU POLITIK AKTA HASUTAN
  13. 13. ISU POLITIK AKTA HASUTAN SIAPAKAH Profesor Madya Dr Azmi Sharom ? • Beliau merupakan seorang peguam dan pensyarah undang-undang di Universiti Malaya. • Beliau sebaris dengan Marina Mahathir, Karim Raslan, Tunku Abidin Muhriz yang menjadi kolumnis kepada akhbar The Star sebagai Melayu yang memperjuangkan liberalisme Barat di Malaysia. • Artikel mereka dalam Bahasa Inggeris, bersifat protes, dengan itu kurang mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Melayu.
  14. 14. • Beliau adalah penganalisis isu-isu politik Malaysia terutama tentang ketuanan Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan kebebasan berugama. • Beliau menulis beberapa artikel yang tersiar di akhbar The Star, portal berita Malaysian Insider seperti 'Melayu Ke mana?‘ • Bagi Azmi, , orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti. • Pendapat Azmi Sharom segera disanggah oleh Tun Dr Mahathir ;Kita jangan lupa bahawa bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka tetapi bala tentera Melaka kalah.
  15. 15. KRONOLOGI KES Pada 19 Nov 2010 •Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung rencana Azmi Sharom dalam The Star bertajuk 'Sore need for plurality in law'. •Rencana itu didakwa menghina mahkamah berhubung seorang Hindu memeluk Islam bersama dua anak kecilnya tanpa kebenaran isterinya. Azmi mendakwa Malaysia sebuah negara sekular dan memiliki perlembagaan sekular.
  16. 16. Pada 2 September 2014 •Azmi Sharom (45 tahun) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur didakwa menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009. •Lokasi di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.
  17. 17. • Pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua- duanya, dan bagi kesalahan yang berikutnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun. • Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim selaku pegawai pendakwa manakala tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo. • Hakim Zainol Rashid Hussain membenarkan Azmi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Oktober 2014.
  18. 18. Pada hari Rabu, 10 September 2014 •Hartal mahasiswa dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)sebagai sokongan kepada Prof Madya Dr Azmi Sharom dan menuntut Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. •Presiden PMUM , Fahmi Zainol menyatakan perhimpunan dan forum bersama Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) akan diadakan pada hari tersebut.
  19. 19. PENGENALAN • Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act . • Undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. • Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana- mana bahagian daripadanya. • Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.
  20. 20. Continue… •ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960- an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu. •Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960.
  21. 21. TUJUAN PENGGUBALAN • Mencegahan perbuatan keganasan yang mengancam keselamatan negara dan percubaan menggulingkan secara tidak sah (subversif) sebuah kerajaan yang tertubuh dengan sah di bawah perlembagaan negara(melalui pilihan raya demokrasi)
  22. 22. Continue… • Menurut bekas Presiden Majlis Peguam, Haji Sulaiman Abdullah, Majlis Peguam Membantah akta ini kerana berpegang kepada sebab-sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri kedua (Tun Abdul Razak) ketika beliau membentangkan ISA di Parlimen dahulu atas sebab ancaman subversif dan pengganas komunis. • Sepatutnya, bila pergerakan dan ancaman kominis telah tidak wujuk lagi, akta ini dimansuhan terus oleh Parlimen.
  23. 23. Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kemunting, Perak. Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini
  24. 24. DAKWAAN TERHADAP PENAHANAN Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: Pukulan,Penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka.
  25. 25. Continue… Juga ,tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia.Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.
  26. 26. BANTAHAN DALAM NEGERA • Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. • Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal yang telah ditahan di bawah ISA termasuklah: Karpal Singh Anwar Ibrahim dari PKR Lim Guan Eng dari DAP
  27. 27. Bantahan Luar Negara • Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W.Bush mengatakan bahawa “Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negera yang punyai undang- undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.”
  28. 28. • Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata “Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.”, dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot USA(USA Patriot Act) selepas itu.
  29. 29. PEMBEBASAN TAHANAN ISA • Pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. • Pembebasan terbaru membabitkan 13 individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak lagi memberikan ancaman kepada negara. • Ia juga menunjukkan sifat prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya dengan kesan penahanan ke atas negara.
  30. 30. TENTANGAN TERHADAP ISA • AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan • Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.
  31. 31. • Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal. • Penahanan tanpa bicara selama dua tahun. • Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka.
  32. 32. CADANGAN PINDAAN ISA • Memandangkan ISA telah digubal semasa mengalami darurat dan ia merupakan warisan penjajah, adalah baik ISA dikaji semula untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. • Mewujudkan Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari pakar undang-undang dan wakil-wakil tertentu bagi mencari kecacatan ISA. • Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di Parlimen dan ia nya lebih berkesan.
  33. 33. •Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di Parlimen dan ia nya lebih berkesan.
  34. 34. PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA • Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) telah diadakan di sekitar ibu kota pada 1 Ogos 2009. • Pihak polis telah menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). • Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan trafik yang teruk
  35. 35. • Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain pancutan air. • Akibatnya, hampir 600 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam perhimpunan anjuran Gabungan Memansuhkan ISA (GMI) itu yang didalangi parti pembangkang. • Dalam perhimpunan tersebut dapat dilihat melalui laungan yang dibuat ketika demonstrasi di ibu negara berlangsung tidak ada kaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). • Walau bagaimana pun Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan melalui demonstrasi jalanan kerana ia dilakukan hanya untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi.
  36. 36. KESAN DARI PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA• Masyarakat antarabangsa akan menganggap bahawa negara ini berada dalam keadaan kucar kacir. • Pelancong luar negara akan membuat keputusan tidak ke negara ini kerana berada dalam keadaan tidak aman. Ini menjejaskan industri pelancongan negara. • Para pelabur asing akan mengalihkan pelaburan mereka ke negara yang lebih aman dan mempunyai kestabilan politik. • Ini mereka mungkin menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil.
  37. 37. Perkembangan ISA Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa (ISA) yang telah lama bertapak dalam undang-undang Malaysia, memerlukan kajian semula secara komprehensif supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa. Dengan itu, detik sambutan Hari Malaysia 2011 yang telah diadakan pada 16 September 2011 melakar sejarah dalam arena politik Malaysia apabila Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Secara tidak langsung akta baru yang bersesuaian dengan era globalisasi dan peredaran semasa akan digubal bagi menggantikan ISA. Cadangan ini difikirkan relevan dan sekaligus menunjukkan pihak kerajaan telah memikirkan satu mekanisme baru dalam usaha untuk melaksanakan proses transformasi undang-undang yang secara langsung memberi kesan positif terhadap sistem sosial dan hak asasi manusia.
  38. 38. Transformasi Sejajar dengan aspirasi murni Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam usaha merealisasikan inisiatif Program Transformasi Politik Negara atau PTP yang telah beliau umumkan selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara empat tahun lalu, pemansuhan ISA disifatkan sebagai salah satu janji politik yang berjaya dilunaskan. Beliau bersetuju bahawa akta-akta ISA terbabit tidak lagi relevan dengan prinsip demokrasi dan keadilan dalam arus politik masa kini. Pemansuhan akta itu juga merupakan aspirasi kerajaan ke arah pentadbiran sistem perundangan yang lebih adil dan mendukung prinsip-prinsip sistem demokrasi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
  39. 39. Justeru itu, satu perundangan alternatif perlu di gubal supaya dapat menjamin kebebasan bersuara oleh rakyat direalisasikan secara total. Malaysia sememangnya berpegang teguh kepada prinsip demokrasi yang telah lama menjadi paksi kepada keamanan dan perpaduan negara. Melalui pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang yang sedang dijalankan, kerajaan akan memastikan ruang demokratik yang subur disediakan untuk menyatakan perbezaan pendapat dan idea. Sambungan………..
  40. 40. Kesan Positif Pemansuhan ISA Berupaya mengurangkan pertelingkahan di antara pelbagai pihak. Mengurangkan konflik undang-undang dan politik. Persengketaan di kalangan aktivis politik, pembangkang dan masyarakat dapat dikurangkan. Mengelakkan peperangan kerana perbezaan pendapat berkenaan ISA. Ancaman demokrasi dapat dielakkan. Memperkukuhkan amalan hak asasi di negara ini. Meluaskan ruang demokrasi kepada rakyat.
  41. 41. SOSMA •Seperti juga ISA, SOSMA digubal berdasarkan peruntukan 149 Perlembagaan Persekutuan. Tujuan akta terbabit diperkenalkan adalah untuk mengenal pasti serta membanteras aktiviti pengganas, pengintipan dan ancaman terhadap keselamatan negara.
  42. 42. KUASA MUTLAK POLIS • Akta ini memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah. Dalam prosedur penahanan, pihak berkuasa diberikan tempoh 28 hari untuk menahan seorang suspek bagi tujuan siasatan. Selepas tempoh itu suspek hendaklah di bawa ke mahkamah di mana suspek boleh didakwa atau dibebaskan. • Semua pendakwaan di bawah SOSMA mestilah dibawa ke Mahkamah Tinggi. Justeru, dalam kes ini pihak pendakwa telah meminta mahkamah Majistret Ampang memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.Mereka yang didakwa akan diberikan pengadilan sewajarnya di mahkamah. Malah, individu yang ditahan di bawah SOSMA boleh mencabar penahanan mereka di mahkamah. Tahanan boleh memfailkan writ habeas corpus ke atas sebab dan tujuan penahanan mereka.
  43. 43. AKTA LEBIH ADIL •Jelaslah, bahawa di bawah penguatkuasaan akta baru itu, kuasa untuk membuat semakan kehakiman ke atas sebab penahanan dan perbicaraan mesti dibuat di mahkamah, berbanding ISA yang kuasanya hanya ada pada menteri berkaitan. Malah, SOSMA lebih adil berbanding undang- undang cegah keganasan
  44. 44. • Kerajaan tidak menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. • ISA perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada hak asasi Individu. • Dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukan untuk memansuhkan terus ISA. • Perkara ini perlu diberi fahaman kepada rakyat supaya tidak dikelirukan. KESIMPULAN
  45. 45. Rujukan  Pesuruhanjaya Penyemak Undang-undang, Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang- undang 1968 Secara Usaha Sama Dengan Malayan Law Journal.(2006). Akta Hasutan 1948. Kuala Lumpur : http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdf  Akta keselamatan dalam negeri (isa) dikekalkan demi menjamin kesejahteraan negara: http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fpmr.penerangan.gov.my%2Findex.php%2Fumu m%2F4300-akta-keselamatan-dalam-negeri-isa-dikekalkan-demi-menjamin-kesejahteraan- negara.html&h=BAQFglDEo Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Wilkipedia, KOSMO, HARIAN METRO.
  • ElQawiyyah

    Dec. 18, 2019
  • AhmadFauzi268

    Aug. 4, 2017
  • ijie9849

    Apr. 16, 2017

SLIDE SUBJECT MALAYSIA LEGAL SYSTEM.... SEMOGA SLIDE DPT MEMBANTU ANDA :)

Views

Total views

7,933

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

30

Actions

Downloads

61

Shares

0

Comments

0

Likes

3

×