1.0 PENDAHULUAN 
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang berfungsi untuk mengkaji 
rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum 
berkaitan susunan kata yang mana akan menyebabkan terjadinya ayat sebagai 
satu bentuk binaan bahasa yang sempurna. Terdapat pelbagai definisi yang telah 
diberikan untuk bidang ini. 
Perkataan sintaksis dikatakan berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun 
yang membawa maksud ´dengan´ dan tattein pula bererti ´menempatkan kata-kata 
secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat´. Kata suntattein ini 
kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa 
Inggeris. 
Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis 
berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya. Contohnya definisi yang telah diberikan 
oleh Abdullah Hassan 1980:164, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji 
pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis 
yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. 
Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, 
struktur,binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karimet al.,1993:317). Menurut 
Abdullah Hassan (1980:164) pula sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji 
pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat 
merupakan unit terbesar. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah 
diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi 
kelompok kata atau ayat.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk 
i. Menganalisis jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk. 
ii. Membuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat majmuk dan sub jenis masing-masing. 
3.0 TUJUAN KAJIAN 
Bidang kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis iaitu jenis binaan ayat 
tunggal dan ayat majmuk serta sub-jenis masing-masing. 
4.0 TUJUAN KAJIAN 
Bahan kajian ini diambil daripada Utusan Online, ARKIB: 21Februari 2014 
dengan tajuk Fungsi simbolik bahasa Melayu hasil nukilan Dr. Aminudin Mansor 
yang merupakan seorang pengamal media berkelulusan PhD persuratan. Artikel 
Penuh: _________________. 
5.0 KAEDAH KAJIAN 
Kaedah kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Bahan kajian adalah untuk 
menganalisis ayat tunggal dan ayat majmuk diambil daripada Utusan Online. Ayat 
yang telah dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1. Analisis melibatkan tiga jadual 
utama, iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Majmuk. 
Perincian jenis dan subjenis serta peratusan masing- masing telah dilakukan dalam 
Lampiran 1.
6.0 KONSEP KAJIAN 
6.1 Ayat 
Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata 
yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Jumlah ayat tidak 
terbatas namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu ayat inti dan 
ayat tranformasi. Kesimpulannya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi 
bahagian terkecil daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran 
yang lengkap dan penting. Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan 
konstituen predikat. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh 
diwakili oleh frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat 
mempunyai dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Dari segi 
ragam, ayat bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi 
jenisnya pula, ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat 
seru. 
6.2 Ayat Dasar 
Ayat dasar dikenal juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada 
unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di 
dalamnya. Dengan kata lain, ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan 
unsur pada frasa subjek atau frasa predikat. Selain itu, ayat inti didefinisikan sebagai 
ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal iaitu terdiri 
daripada satu subjek dan satu predikat. Tambahan lagi, ayat inti atau ayat dasar adalah 
ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa saja atau oleh rumus-rumus 
struktur frasa. Jelaslah bahawa ayat inti merupakan ayat yang paling dasar iaitu yang 
terbit daripada penanda frasa batin dan belum mengalami transformasi pilihan seperti 
pasif, negatif dan sebagainya. 
Justeru, mengikut bahasa Melayu, ayat inti adalah ayat yang daripadanya 
dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain. Rumusan yang dapat 
dibuat ialah ayat inti atau ayat dasar sebagai ayat yang menjadi dasar atau p unca 
terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas. Konstituen subjek dan predikat
hendaklah diisi oleh frasa inti dengan erti kata tidak disertai pelengkap. Lazimnya 
ayat ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal. Jadi daripada ayat dasarlah dibentuk 
ayat-ayat lain yang dipanggil ayat terbitan. Ayat terbitan termasuklah ayat tunggal 
dan ayat majmuk. Lihatlah contoh di bawah bagi ayat dasar. Contoh: Dia peguam. 
Arfin sedang menyanyi. Kakak ke kedai. Abang pandai. 
6.3 Ayat Tunggal 
Istilah linguistik lama bagi ayat tunggal ialah ayat mudah atau ayat selapis. 
Ayat tunggal merupakan unit tatabahasa yang tertinggi dibandingkan dengan unit-unit 
tatabahasa yang lain. Ia terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah iaitu 
klausa, frasa dan kata. Konsep ayat dasar dan ayat tunggal terdapat pertindihan. Hal 
ini demikian kerana adanya ciri ayat dasar yang menyamai ayat tunggal. Selain itu, 
bukan semua ayat tunggal tergolong sebagai ayat dasar. Selain itu, ayat tunggal juga 
merupakan ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat di mana ayat ini 
berbeza daripada ayat inti dari segi fakta bahawa ayat ini boleh disongsangkan 
sedangkan ayat inti tidak boleh disongsangkan. Urutan subjek dan predikat inilah 
yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar. 
Seterusnya, terdapat satu lagi perbezaan ketara iaitu ayat dasar terdiri daripada 
ayat penyata sementara ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata dan juga ayat 
jenis ayat lain seperti ayat soalan, ayat perintah dan sebagainya. Oleh itu, ayat tungga l 
ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja iaitu mempunyai konstituen subjek 
dan konstituen predikat. Binaan ayat tunggal mengandungi unsur wajib atau 
mengandungi unsur pilihan. Namun bukan semua ayat tunggal adalah ayat dasar 
kerana ayat ini boleh disongsangkan yang mana menyalahi prinsip ayat dasar. 
6.4 Ayat Majmuk 
Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal 
yang digabungkan dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu. 
Umumnya, salah satu ciri atau penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung 
kerana terdapat klausa atau ayat dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah 
satu klausa atau ayat. Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan mentakrifkan ayat
majmuk dalam konteks yang sama. Perbezaannya adalah penggunaan istilah atau 
unsur yang membina ayat majmuk. Boleh juga kita mendefinisikan ayat 
menggunakan konsep klausa utama dan kluasa kecil dalam mendefinisikan ayat 
majmuk dan menggunakan istilah ayat utama dan ayat kecil. Walaupun berbeza dari 
segi pengistilahan unsur dalam definisi ayat majmuk, namun ia mendokong maksud 
dan fungsi yang sama. Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk 
laras akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan 
Edisi Ketiga, ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih 
mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri 
daripada beberapa ayat tunggal. 
Kesimpulannya, ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang 
terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur 
tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami 
pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan 
penggunaan kata hubung. 
Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat 
majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. 
6.4.1 Ayat Majmuk Gabungan 
Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih 
yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat 
tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya. 
a) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Berurutan 
i) Beliau belajar sambil mendengar radio. 
ii) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang 
tidak menarik.
b) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan 
i) Ibunya rajin memasak tetapi anaknya tidak berminat sama sekali. 
ii) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas. 
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal 
yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, 
atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Selain itu, tanda koma akan digunakan jika 
gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa. Ayat majmuk gabungan terbahagi 
kepada dua iaitu : 
(i) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan menggunakan kata 
hubung gabungan seperti dan,lalu, lagi serta dan sambil. 
(ii) Gabungan yang susunan fakta-fakta membawa maksud yang bertentangan, dengan 
menggunakan kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya 
digunakan. 
6.4.2 Ayat Majmuk Pancangan 
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak 
setara. Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama 
dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam 
ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, 
apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan 
dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat 
keterangan. 
6.4.3 Ayat Majmuk Campuran 
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu 
jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan 
atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek 
bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau 
bilangan klausanya.
7.0 ANALISIS KAJIAN 
Semua jenis dapatan dan analisis sepenuhnya telah dinyatakan dalam 
Lampiran 3. Daripada analisis seperti dalam Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat 
Majmuk di Lampiran 2, terdapat hanya 4 (10.26 %) ayat tunggal yang telah dikenal 
pasti dalam petikan yang diambil manakala ayat majmuk berjumlah 35 ( 89.74 % ). 
Hal ini menunjukkan penulis telah menggunakan ayat majmuk secara khususnya 
dalam penulisannya apabila dianalisis teks tersebut. Contoh ayat tunggal yang 
terdapat dalam teks. 
a) Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Nama [ FN + FN ] 
1. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. 
2. Justeru, bahasa Melayu terbukti mampu berfungsi sebagai bahasa ilmu. 
b) Ayat Tunggal Frasa Kerja + Frasa Nama [ FN + FK ] 
1. Mengimbau tahun 1983, semua kursus tahun pertama di universiti tempatan 
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 
2. Ini dapat menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat penuturan. 
Ayat tunggal ditemui empat ayat dalam petikan yang diambil iaitu gabungan Frasa 
Nama + Frasa Nama [ FN + FN ] dan Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + 
FK ). Frasa Nama + Frasa Adjektif [ FN + FA ] dan Frasa Nama + Frasa Sendi [ FN + 
FS ] tidak dijumpai dalam teks yang dikaji. Kesimpulannya, ayat tunggal Frasa Nama 
+ Frasa Nama [ FN + FN ] dan Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK) 
sahaja yang digunakan dalam petikan yang dianalisis. Carta pai di bawah 
menunjukkan peratusan ayat tunggal yang digunakan iaitu FN + FN dan FN +FK.
Ayat Tunggal 
FN + FN 
50% 
CARTA 1 
Dalam Jadual Analisis Ayat Majmuk dalam Lampiran 3 pula menunjukkan terdapat 
35 ( 89.74 % ) ayat majmuk yang telah dikenal pasti dalam teks dikaji. Terdapat 
sebanyak 3 ( 7.69%) ayat majmuk jenis pancang keterangan yang digunakan dalam 
penulisan teks tersebut. Selain itu, ayat majmuk pancang relatif pula dicatatkan 
sebanyak 10 ( 25.64% ) ayat dalam bahan yang dikaji. Selain itu, ayat majmuk 
gabungan pula terdapat sebanyak 13 ( 33.33%) ayat dalam bahan yang dikaji. Ayat 
majmuk campuran ialah sebanyak 4 ( 10.26% ) ayat dan ayat majmuk pancang 
komplemen pula sebanyak 3 ( 7.69 % ) ayat. Ayat majmuk gabungan keterangan pula 
terdapat sebanyak 2 ( 5.13% ) ayat dalam petikan yang dianalisis. 
5.13% 
7.69% 
10.25% 
33.33% 
25.64% 
CARTA 2 
FN + FK 
50% 
3 
10 
13 
4 
3 
2 
8% 
Ayat Majmuk Gabungan 
Keterangan 
Ayat Majmuk Pancang 
Komplemen 
Ayat Majmuk Campuran 
Ayat Majmuk Gabungan 
Ayat Majmuk Pancang Relatif 
Ayat Majmuk Pancangan 
0 2 4 6 8 10 12 14 
JENIS AYAT 
JUMLAH 
Peratus 
Jumlah
Berikut adalah analisis ayat yang dibuat berdasarkan petikan yang dipilih; 
1. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, pada 1981 bahasa Melayu digunakan 
sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan, iaitu darjah satu sekolah 
rendah hingga tingkatan enam. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan keterangan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung, hingga yang menggabungkan 
dua ayat tunggal. Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa 
keterangan kepada klausa utama. 
2. Kekuatan bahasa Melayu jelas dalam pembinaan `Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu 
Negara yang dilaksanakan sejak dahulu hingga kini. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang. 
3. Seterusnya, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran di semua 
sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan 
klausa-klausa yang sama tarafnya. 
4. Melalui penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu, perpaduan dapat dipupuk 
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan keterangan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini menggabungkan dua ayat utama.
5. Di peringkat sekolah dan universiti, bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa 
penyalur ilmu pengetahuan dan bahasa perpaduan. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan 
klausa-klausa yang sama tarafnya. 
6. Kejayaannya tidak hanya terletak pada kempen tetapi lebih kepada penggunaan 
dan kecintaan terhadap bahasa Melayu itu sendiri. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan, tetapi yang 
menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 
7. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mampu mengungkap ilmu- ilmu yang tinggi 
seperti memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains, ekonomi, perundangan, 
teknologi maklumat dan bidang-bidang lain yang terdapat dalam dunia moden kini. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk campuran 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang iaitu pancangan relatif, 
dan pula ialah kata hubung gabungan. 
8. Ini jelas dilihat menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa Melayu yang 
berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang.
9. Setiap laras mempunyai kosa kata tersendiri yang khusus tentang bidang 
berkenaan. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang. 
10. Kini terdapat banyak buku akademik yang ditulis dalam bahasa Melayu untuk 
kegunaan pelajar di institusi pengajian tinggi. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan komplemen 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung untuk. Kata hubung ini 
menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. 
(Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa pancangan komplemen itu 
melengkapkan klausa utama. 
11. Komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat antara individu yang terlibat 
dengan menggunakan sistem simbol, tanda atau tingkah laku yang umum. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk campuran 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang merupakan kata hubung 
pancangan manakala atau pula kata hubung keterangan. 
12. Oleh itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi bererti bahasa ini 
digunakan sebagai alat untuk membolehkan individu bertukar-tukar maklumat. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan komplemen 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung untuk. Kata hubung ini 
menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. 
(Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa pancangan komplemen itu 
melengkapkan klausa utama.
13. Dalam sesebuah komunikasi, bahasa Melayu menjadi bahasa perantara yang 
penting. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang. 
14. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Nusantara ini telah 
berlangsung dalam tempoh yang lama. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang. 
15. Hal ini kerana pada masa itu, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca, iaitu 
bahasa perhubungan antara masyarakat yang berlainan bahasa. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang. 
16. Penduduk Tanah Melayu sejak awal lagi terdiri daripada pelbagai kaum dan 
setiap kaum ini mempunyai bahasa ibunda. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan 
klausa-klausa yang sama tarafnya.
17. Begitu juga dengan masyarakat Melayu sendiri, terdapat pelbagai dialek dan 
dialek ini hanya boleh difahami dalam lingkungan mereka sendiri. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan 
klausa-klausa yang sama tarafnya. 
18. Bagaimanapun, sebagai lingua franca, bahasa Melayu telah membolehkan 
masyarakat tanpa mengira dialek atau bahasa ibunda berhubung antara satu sama 
lain. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan keterangan. 
•Penjelasan: Kata hubung pancangan keterangan atau itu menghubungkan klausa 
keterangan kepada klausa utama. 
19. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa perhubungan berbanding bahasa lain 
kerana ia bahasa pertuturan harian sebahagian besar penduduk di Nusantara. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan keterangan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung ke rana. Kata hubung 
pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama 
20. Pada masa sama, sebilangan besar daripada kaum yang terlibat mampu 
menuturkan bahasa Melayu ini. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang.
21. Hal ini disebabkan bahasa Melayu agak mudah difahami dan dipelajari, 
khususnya dalam kalangan penutur asing. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan 
klausa-klausa yang sama tarafnya. 
22. Dalam menjalankan fungsi komunikasi ini, penggunaan bahasa Melayu tidak 
terhad kepada komunikasi lisan dalam situasi tidak formal, tetapi bahasa Melayu juga 
digunakan dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung tetapi, dan. Kedua-dua kata 
hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 
23. Oleh itu, dalam situasi pentadbiran, bahasa Melayu turut digunakan misalnya 
sebagai bahasa perhubungan di pejabat, surat-menyurat, perbualan telefon dan 
mesyuarat. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini 
menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 
24. Bahasa Melayu juga mampu menyampaikan perasaan dan fikiran seseorang. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini 
menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 
25. Kajian dan pandangan, Garvin dan Mathiot (1968) memberikan tiga fungsi 
simbolik bahasa baku iaitu penyatuan, pengasingan dan prestij. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini 
menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
26. Lantaran itu, fungsi penyatuan ialah bahasa Melayu baku bertindak sebagai alat 
yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek 
bahasa yang sama. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang. 
27. Seterusnya, fungsi pengasingan ialah bahasa Melayu baku bertindak sebagai 
variasi bahasa yang terasing daripada dialek lain daripada bahasa sama yang dapat 
melambangkan identiti kebangsaan. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang. 
28. Fungsi prestij dapat mewujudkan satu bahasa baku yang menimbulkan perasaan 
atau semangat megah terhadap negara. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk campuran 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang merupakan kata hubung 
pancangan manakala atau pula kata hubung keterangan. 
29. Perancangan bahasa Melayu mestilah diteruskan dengan perancangan menaikkan 
taraf bahasa sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini 
menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
30. Begitu juga dengan perancangan korpus bahasa yang meliputi pengekodan atau 
kodifikasi serta pemupukan. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk campuran 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang merupakan kata hubung 
pancangan manakala atau pula kata hubung keterangan. 
31. Di Malaysia, kodifikasi melibatkan aspek ejaan, peristilahan, sebutan, perkamusan 
dan tatabahasa. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini 
menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 
32. Jelaslah, di Malaysia, ketiga-tiga fungsi yang tersebut iaitu fungsi penyatuan, 
pengasingan dan prestij dapat menyatukan penduduk dan memberikan satu identiti 
bagi masyarakat Malaysia. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini 
menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 
33. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan menerusi Dasar 
Pelajaran Kebangsaan dan kini diperkuatkan melalui Pelan pembangunan Pendidikan 
Malaysia (PPPM) 2013-2025 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini 
menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
34. Kekuatan bahasa Melayu jelas dalam pembinaan `Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu 
Negara yang dilaksanakan sejak dahulu hingga kini. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini 
menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini 
menggunakan kata hubung yang. 
35. Oleh itu, semua pihak mestilah berusaha meningkatkan penggunaan bahasa 
Melayu dalam percakapan harian, penulisan dan komunikasi yang betul, berkesan 
dan tepat. 
•Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan 
•Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini 
menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
8.0 PENUTUP 
Kajian yang dijalankan hanya mempunyai dua tujuan yang telah ditetapkan 
sedari awal iaitu menganalisis ayat dan membuat perbandingan antara ayat tunggal 
dan ayat majmuk serta jenis-jenisnya. Tiada perbandingan teks yang dilakukan kerana 
saya hanya mengkaji satu teks sahaja. Objektif yang dirancang dapat dicapai apabila 
kajian terhadap teks dilakukan. Namun begitu, kedua-dua jenis ayat iaitu ayat tunggal 
dan ayat majmuk wujud dalam petikan yang dipilih untuk dikaji. Walau 
bagaimanapun, terdapat sedikit sahaja ayat tunggal iaitu sebanyak empat ayat. Ayat 
ini terdiri daripada jenis pola ayat frasa nama + frasa nama dan pola frasa nama + 
frasa kerja. Selain itu, pola ayat frasa nama + frasa adjektif dan pola ayat frasa nama + 
frasa sendi nama tidak digunakan dalam petikan tersebut oleh penulis. 
Kesimpulannya, adalah dicadangkan kajian lanjutan dibuat sama ada dengan 
menambah teks yang sama genre atau genre yang lain. Selain itu, cakupan yang lebih 
luas seperti mengkaji aspek bunyi iaitu intonasi yang perlu digayakan semasa 
membaca teks tersebut boleh dijalankan. Ayat tunggal yang berintonasi seperti pantun 
atau sajak merupakan antara contoh yang boleh dikaji. Sementara itu, hal yang sama 
dengan ayat majmuk yang mana boleh juga dikaji dari aspek intonasi dan sebutannya.
BIBLIOGRAFI 
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala 
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. 
Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. 
Pahang. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani & Razali Ayob. (2006). Sintaksis Siri 
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. KualaLumpur. Dewan Bahasa dan 
Pustaka. 
Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Utusan 
Publication & Distributors Sdn. Bhd. 
Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa 
Melayu. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi 
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood 
(2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan 
Pustaka. 
Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1980). Nahu Melayu Terakhir. Kuala Lumpur. Dewan 
Bahasa Dan Pustaka. 
http://kutunjukkuajari.blogspot.com/2012/11/makna-kata-hubung.html 
http://www.slideshare.net/ellgy/ayat-majmuk-16313723 
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140221/re_03/Fungsi-simbolik-bahasa- 
Melayu#ixzz2zCdS9rnc 
http://psasir.upm.edu.my/10312/1/FBMK_2003_16_A.pdf 
http://monalitamansor.blogspot.com/2013/10/ayat-tunggal-dan-ayat-majmuk-sintaksis. 
html

Sintaksis ayat juara

  • 1.
    1.0 PENDAHULUAN Sintaksismerupakan satu bidang bahasa yang berfungsi untuk mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum berkaitan susunan kata yang mana akan menyebabkan terjadinya ayat sebagai satu bentuk binaan bahasa yang sempurna. Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini. Perkataan sintaksis dikatakan berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang membawa maksud ´dengan´ dan tattein pula bererti ´menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat´. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa Inggeris. Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya. Contohnya definisi yang telah diberikan oleh Abdullah Hassan 1980:164, sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karimet al.,1993:317). Menurut Abdullah Hassan (1980:164) pula sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
  • 2.
    2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilaksanakan adalah untuk i. Menganalisis jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk. ii. Membuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat majmuk dan sub jenis masing-masing. 3.0 TUJUAN KAJIAN Bidang kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis iaitu jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk serta sub-jenis masing-masing. 4.0 TUJUAN KAJIAN Bahan kajian ini diambil daripada Utusan Online, ARKIB: 21Februari 2014 dengan tajuk Fungsi simbolik bahasa Melayu hasil nukilan Dr. Aminudin Mansor yang merupakan seorang pengamal media berkelulusan PhD persuratan. Artikel Penuh: _________________. 5.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Bahan kajian adalah untuk menganalisis ayat tunggal dan ayat majmuk diambil daripada Utusan Online. Ayat yang telah dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1. Analisis melibatkan tiga jadual utama, iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Majmuk. Perincian jenis dan subjenis serta peratusan masing- masing telah dilakukan dalam Lampiran 1.
  • 3.
    6.0 KONSEP KAJIAN 6.1 Ayat Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Jumlah ayat tidak terbatas namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu ayat inti dan ayat tranformasi. Kesimpulannya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan penting. Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Dari segi ragam, ayat bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi jenisnya pula, ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru. 6.2 Ayat Dasar Ayat dasar dikenal juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya. Dengan kata lain, ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat. Selain itu, ayat inti didefinisikan sebagai ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal iaitu terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Tambahan lagi, ayat inti atau ayat dasar adalah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa saja atau oleh rumus-rumus struktur frasa. Jelaslah bahawa ayat inti merupakan ayat yang paling dasar iaitu yang terbit daripada penanda frasa batin dan belum mengalami transformasi pilihan seperti pasif, negatif dan sebagainya. Justeru, mengikut bahasa Melayu, ayat inti adalah ayat yang daripadanya dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain. Rumusan yang dapat dibuat ialah ayat inti atau ayat dasar sebagai ayat yang menjadi dasar atau p unca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas. Konstituen subjek dan predikat
  • 4.
    hendaklah diisi olehfrasa inti dengan erti kata tidak disertai pelengkap. Lazimnya ayat ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal. Jadi daripada ayat dasarlah dibentuk ayat-ayat lain yang dipanggil ayat terbitan. Ayat terbitan termasuklah ayat tunggal dan ayat majmuk. Lihatlah contoh di bawah bagi ayat dasar. Contoh: Dia peguam. Arfin sedang menyanyi. Kakak ke kedai. Abang pandai. 6.3 Ayat Tunggal Istilah linguistik lama bagi ayat tunggal ialah ayat mudah atau ayat selapis. Ayat tunggal merupakan unit tatabahasa yang tertinggi dibandingkan dengan unit-unit tatabahasa yang lain. Ia terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah iaitu klausa, frasa dan kata. Konsep ayat dasar dan ayat tunggal terdapat pertindihan. Hal ini demikian kerana adanya ciri ayat dasar yang menyamai ayat tunggal. Selain itu, bukan semua ayat tunggal tergolong sebagai ayat dasar. Selain itu, ayat tunggal juga merupakan ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat di mana ayat ini berbeza daripada ayat inti dari segi fakta bahawa ayat ini boleh disongsangkan sedangkan ayat inti tidak boleh disongsangkan. Urutan subjek dan predikat inilah yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar. Seterusnya, terdapat satu lagi perbezaan ketara iaitu ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sementara ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata dan juga ayat jenis ayat lain seperti ayat soalan, ayat perintah dan sebagainya. Oleh itu, ayat tungga l ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja iaitu mempunyai konstituen subjek dan konstituen predikat. Binaan ayat tunggal mengandungi unsur wajib atau mengandungi unsur pilihan. Namun bukan semua ayat tunggal adalah ayat dasar kerana ayat ini boleh disongsangkan yang mana menyalahi prinsip ayat dasar. 6.4 Ayat Majmuk Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang digabungkan dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu. Umumnya, salah satu ciri atau penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung kerana terdapat klausa atau ayat dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah satu klausa atau ayat. Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan mentakrifkan ayat
  • 5.
    majmuk dalam konteksyang sama. Perbezaannya adalah penggunaan istilah atau unsur yang membina ayat majmuk. Boleh juga kita mendefinisikan ayat menggunakan konsep klausa utama dan kluasa kecil dalam mendefinisikan ayat majmuk dan menggunakan istilah ayat utama dan ayat kecil. Walaupun berbeza dari segi pengistilahan unsur dalam definisi ayat majmuk, namun ia mendokong maksud dan fungsi yang sama. Dalam pembentukan wacana bahasa Melayu, khususnya untuk laras akademik, ayat majmuk paling banyak digunakan. Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih mengikut cara tertentu. Oleh hal yang demikian, ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Kesimpulannya, ayat majmuk juga dapat didefinisikan sebagai ayat yang terhasil daripada proses peluasan. Proses peluasan bermaksud penambahan unsur tertentu dalam ayat asal, iaitu ayat tunggal, yang menyebabkan ayat itu mengalami pertambahan maklumat. Peluasan atau pertambahan maklumat itu terjadi dengan penggunaan kata hubung. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. 6.4.1 Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya. a) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Berurutan i) Beliau belajar sambil mendengar radio. ii) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik.
  • 6.
    b) Contoh AyatMajmuk Gabungan Bertentangan i) Ibunya rajin memasak tetapi anaknya tidak berminat sama sekali. ii) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Selain itu, tanda koma akan digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa. Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada dua iaitu : (i) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan,lalu, lagi serta dan sambil. (ii) Gabungan yang susunan fakta-fakta membawa maksud yang bertentangan, dengan menggunakan kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan. 6.4.2 Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. 6.4.3 Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
  • 7.
    7.0 ANALISIS KAJIAN Semua jenis dapatan dan analisis sepenuhnya telah dinyatakan dalam Lampiran 3. Daripada analisis seperti dalam Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk di Lampiran 2, terdapat hanya 4 (10.26 %) ayat tunggal yang telah dikenal pasti dalam petikan yang diambil manakala ayat majmuk berjumlah 35 ( 89.74 % ). Hal ini menunjukkan penulis telah menggunakan ayat majmuk secara khususnya dalam penulisannya apabila dianalisis teks tersebut. Contoh ayat tunggal yang terdapat dalam teks. a) Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Nama [ FN + FN ] 1. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. 2. Justeru, bahasa Melayu terbukti mampu berfungsi sebagai bahasa ilmu. b) Ayat Tunggal Frasa Kerja + Frasa Nama [ FN + FK ] 1. Mengimbau tahun 1983, semua kursus tahun pertama di universiti tempatan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 2. Ini dapat menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat penuturan. Ayat tunggal ditemui empat ayat dalam petikan yang diambil iaitu gabungan Frasa Nama + Frasa Nama [ FN + FN ] dan Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK ). Frasa Nama + Frasa Adjektif [ FN + FA ] dan Frasa Nama + Frasa Sendi [ FN + FS ] tidak dijumpai dalam teks yang dikaji. Kesimpulannya, ayat tunggal Frasa Nama + Frasa Nama [ FN + FN ] dan Ayat Tunggal Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK) sahaja yang digunakan dalam petikan yang dianalisis. Carta pai di bawah menunjukkan peratusan ayat tunggal yang digunakan iaitu FN + FN dan FN +FK.
  • 8.
    Ayat Tunggal FN+ FN 50% CARTA 1 Dalam Jadual Analisis Ayat Majmuk dalam Lampiran 3 pula menunjukkan terdapat 35 ( 89.74 % ) ayat majmuk yang telah dikenal pasti dalam teks dikaji. Terdapat sebanyak 3 ( 7.69%) ayat majmuk jenis pancang keterangan yang digunakan dalam penulisan teks tersebut. Selain itu, ayat majmuk pancang relatif pula dicatatkan sebanyak 10 ( 25.64% ) ayat dalam bahan yang dikaji. Selain itu, ayat majmuk gabungan pula terdapat sebanyak 13 ( 33.33%) ayat dalam bahan yang dikaji. Ayat majmuk campuran ialah sebanyak 4 ( 10.26% ) ayat dan ayat majmuk pancang komplemen pula sebanyak 3 ( 7.69 % ) ayat. Ayat majmuk gabungan keterangan pula terdapat sebanyak 2 ( 5.13% ) ayat dalam petikan yang dianalisis. 5.13% 7.69% 10.25% 33.33% 25.64% CARTA 2 FN + FK 50% 3 10 13 4 3 2 8% Ayat Majmuk Gabungan Keterangan Ayat Majmuk Pancang Komplemen Ayat Majmuk Campuran Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Pancang Relatif Ayat Majmuk Pancangan 0 2 4 6 8 10 12 14 JENIS AYAT JUMLAH Peratus Jumlah
  • 9.
    Berikut adalah analisisayat yang dibuat berdasarkan petikan yang dipilih; 1. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, pada 1981 bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan, iaitu darjah satu sekolah rendah hingga tingkatan enam. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan keterangan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung, hingga yang menggabungkan dua ayat tunggal. Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. 2. Kekuatan bahasa Melayu jelas dalam pembinaan `Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara yang dilaksanakan sejak dahulu hingga kini. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. 3. Seterusnya, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran di semua sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 4. Melalui penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu, perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan keterangan •Penjelasan: Ayat majmuk ini menggabungkan dua ayat utama.
  • 10.
    5. Di peringkatsekolah dan universiti, bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa penyalur ilmu pengetahuan dan bahasa perpaduan. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 6. Kejayaannya tidak hanya terletak pada kempen tetapi lebih kepada penggunaan dan kecintaan terhadap bahasa Melayu itu sendiri. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan, tetapi yang menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 7. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mampu mengungkap ilmu- ilmu yang tinggi seperti memperkatakan bidang yang berkaitan dengan sains, ekonomi, perundangan, teknologi maklumat dan bidang-bidang lain yang terdapat dalam dunia moden kini. •Jenis ayat: Ayat majmuk campuran •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang iaitu pancangan relatif, dan pula ialah kata hubung gabungan. 8. Ini jelas dilihat menerusi pelbagai laras yang ditulis dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan bidang-bidang tertentu. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
  • 11.
    9. Setiap larasmempunyai kosa kata tersendiri yang khusus tentang bidang berkenaan. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. 10. Kini terdapat banyak buku akademik yang ditulis dalam bahasa Melayu untuk kegunaan pelajar di institusi pengajian tinggi. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan komplemen •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung untuk. Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. 11. Komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat antara individu yang terlibat dengan menggunakan sistem simbol, tanda atau tingkah laku yang umum. •Jenis ayat: Ayat majmuk campuran •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang merupakan kata hubung pancangan manakala atau pula kata hubung keterangan. 12. Oleh itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi bererti bahasa ini digunakan sebagai alat untuk membolehkan individu bertukar-tukar maklumat. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan komplemen •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung untuk. Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama.
  • 12.
    13. Dalam sesebuahkomunikasi, bahasa Melayu menjadi bahasa perantara yang penting. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. 14. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Nusantara ini telah berlangsung dalam tempoh yang lama. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. 15. Hal ini kerana pada masa itu, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat yang berlainan bahasa. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. 16. Penduduk Tanah Melayu sejak awal lagi terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap kaum ini mempunyai bahasa ibunda. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
  • 13.
    17. Begitu jugadengan masyarakat Melayu sendiri, terdapat pelbagai dialek dan dialek ini hanya boleh difahami dalam lingkungan mereka sendiri. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 18. Bagaimanapun, sebagai lingua franca, bahasa Melayu telah membolehkan masyarakat tanpa mengira dialek atau bahasa ibunda berhubung antara satu sama lain. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan keterangan. •Penjelasan: Kata hubung pancangan keterangan atau itu menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. 19. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa perhubungan berbanding bahasa lain kerana ia bahasa pertuturan harian sebahagian besar penduduk di Nusantara. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan keterangan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung ke rana. Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama 20. Pada masa sama, sebilangan besar daripada kaum yang terlibat mampu menuturkan bahasa Melayu ini. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
  • 14.
    21. Hal inidisebabkan bahasa Melayu agak mudah difahami dan dipelajari, khususnya dalam kalangan penutur asing. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan yang menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 22. Dalam menjalankan fungsi komunikasi ini, penggunaan bahasa Melayu tidak terhad kepada komunikasi lisan dalam situasi tidak formal, tetapi bahasa Melayu juga digunakan dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung tetapi, dan. Kedua-dua kata hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 23. Oleh itu, dalam situasi pentadbiran, bahasa Melayu turut digunakan misalnya sebagai bahasa perhubungan di pejabat, surat-menyurat, perbualan telefon dan mesyuarat. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 24. Bahasa Melayu juga mampu menyampaikan perasaan dan fikiran seseorang. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 25. Kajian dan pandangan, Garvin dan Mathiot (1968) memberikan tiga fungsi simbolik bahasa baku iaitu penyatuan, pengasingan dan prestij. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
  • 15.
    26. Lantaran itu,fungsi penyatuan ialah bahasa Melayu baku bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. 27. Seterusnya, fungsi pengasingan ialah bahasa Melayu baku bertindak sebagai variasi bahasa yang terasing daripada dialek lain daripada bahasa sama yang dapat melambangkan identiti kebangsaan. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. 28. Fungsi prestij dapat mewujudkan satu bahasa baku yang menimbulkan perasaan atau semangat megah terhadap negara. •Jenis ayat: Ayat majmuk campuran •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang merupakan kata hubung pancangan manakala atau pula kata hubung keterangan. 29. Perancangan bahasa Melayu mestilah diteruskan dengan perancangan menaikkan taraf bahasa sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
  • 16.
    30. Begitu jugadengan perancangan korpus bahasa yang meliputi pengekodan atau kodifikasi serta pemupukan. •Jenis ayat: Ayat majmuk campuran •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang merupakan kata hubung pancangan manakala atau pula kata hubung keterangan. 31. Di Malaysia, kodifikasi melibatkan aspek ejaan, peristilahan, sebutan, perkamusan dan tatabahasa. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 32. Jelaslah, di Malaysia, ketiga-tiga fungsi yang tersebut iaitu fungsi penyatuan, pengasingan dan prestij dapat menyatukan penduduk dan memberikan satu identiti bagi masyarakat Malaysia. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. 33. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan dan kini diperkuatkan melalui Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
  • 17.
    34. Kekuatan bahasaMelayu jelas dalam pembinaan `Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara yang dilaksanakan sejak dahulu hingga kini. •Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung yang. Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. 35. Oleh itu, semua pihak mestilah berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam percakapan harian, penulisan dan komunikasi yang betul, berkesan dan tepat. •Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan •Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung dan. Kata hubung ini menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.
  • 18.
    8.0 PENUTUP Kajianyang dijalankan hanya mempunyai dua tujuan yang telah ditetapkan sedari awal iaitu menganalisis ayat dan membuat perbandingan antara ayat tunggal dan ayat majmuk serta jenis-jenisnya. Tiada perbandingan teks yang dilakukan kerana saya hanya mengkaji satu teks sahaja. Objektif yang dirancang dapat dicapai apabila kajian terhadap teks dilakukan. Namun begitu, kedua-dua jenis ayat iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk wujud dalam petikan yang dipilih untuk dikaji. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit sahaja ayat tunggal iaitu sebanyak empat ayat. Ayat ini terdiri daripada jenis pola ayat frasa nama + frasa nama dan pola frasa nama + frasa kerja. Selain itu, pola ayat frasa nama + frasa adjektif dan pola ayat frasa nama + frasa sendi nama tidak digunakan dalam petikan tersebut oleh penulis. Kesimpulannya, adalah dicadangkan kajian lanjutan dibuat sama ada dengan menambah teks yang sama genre atau genre yang lain. Selain itu, cakupan yang lebih luas seperti mengkaji aspek bunyi iaitu intonasi yang perlu digayakan semasa membaca teks tersebut boleh dijalankan. Ayat tunggal yang berintonasi seperti pantun atau sajak merupakan antara contoh yang boleh dikaji. Sementara itu, hal yang sama dengan ayat majmuk yang mana boleh juga dikaji dari aspek intonasi dan sebutannya.
  • 19.
    BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan(2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis. Pahang. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani & Razali Ayob. (2006). Sintaksis Siri Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Dr. Asmah Hj. Omar. (1980). Nahu Melayu Terakhir. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. http://kutunjukkuajari.blogspot.com/2012/11/makna-kata-hubung.html http://www.slideshare.net/ellgy/ayat-majmuk-16313723 http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140221/re_03/Fungsi-simbolik-bahasa- Melayu#ixzz2zCdS9rnc http://psasir.upm.edu.my/10312/1/FBMK_2003_16_A.pdf http://monalitamansor.blogspot.com/2013/10/ayat-tunggal-dan-ayat-majmuk-sintaksis. html