Makna Leksikal 
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang 
terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. 
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian 
memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, 
ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal 
melainkan memiliki makna gramatis. 
Kelompok kata 
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan 
lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor 
lembu’. 
Kata paduan 
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, 
tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga 
api dsb. 
Kata gabungan 
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan 
perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa 
Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. 
sumber: Darwis Harahap 1994. Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 
hlm. 95.

Makna leksikal

  • 1.
    Makna Leksikal Maknaleksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor lembu’. Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb. Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. sumber: Darwis Harahap 1994. Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 95.