SlideShare a Scribd company logo
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
1
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa
sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan
Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014)
Fakulti Pendidikan (Ekonomi),
Universiti Kebangsaan Malaysia
fazhani.faz@gmail.com
PENGENALAN
Kerjaya adalah sangat penting bagi seseorang individu untuk meneruskan kelangsungan
hidup. Memiliki kerjaya setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi merupakan satu
ukuran kebolehgajian bagi seorang graduan. Hal ini kerana tidak mudah untuk memperoleh
sesebuah pekerjaan dalam ekonomi yang tidak menentu kini. Graduan yang tidak memenuhi
spesifikasi yang diinginkan oleh majikan tidak akan mendapat tempat di sesebuah organisasi
sama ada awam atau swasta. Segulung ijazah tidak akan menjamin graduan untuk
memperoleh sesebuah pekerjaan yang diimpikan. Cemerlang dalam bidang akademik tidak
berupaya menentukan bahawa graduan mampu menjawat jawatan seperti yang diharapkan.
Saban tahun kadar pengangguran dalam kalangan graduan sangat membimbangkan
dan bagaikan tiada penyudah. Menurut laporan daripada Jobstreet iaitu satu agensi mencari
pekerjaan, dari 385, 800 orang penganggur sebanyak 56% penganggur adalah dalam
kalangan graduan universiti dari pelbagai peringkat pengajian sama ada diploma, ijazah
pertama, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Jobstreet juga turut menyenaraikan faktor
berlakunya pengangguran yang semakin meningkat dalam kalangan graduan. antaranya ialah
tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, masalah sikap graduan yang terlalu memilih
pekerjaan dan organisasi, graduan terlalu mengharapkan gaji yang tinggi dan tidak
munasabah, ketidaksepadanan kemahiran graduan dengan kehendak pasaran, graduan tiada
kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan tahap pengetahuan graduan yang lemah.
Faktor-faktor inilah yang akan menjejaskan seseorang graduan untuk memperoleh sesuatu
pekerjaan.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, pada tahun
2014 sebanyak 254,140 bilangan graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi
awam dan swasta yang terdiri dari pelbagai tahap pengajian dan bidang pengajian. Graduan
ini bakal bersaing dengan penganggur yang sedia ada untuk memperoleh pekerjaan. Isu
penawaran buruh lebih daripada permintaan buruh menyebabkan graduan ini perlu bersaing
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
2
sesama mereka. Hanya graduan yang benar-benar berpotensi akan diserap masuk dalam
pasaran buruh. Namun, terdapat juga graduan yang berjaya memperoleh pekerjaan tetapi
pekerjaan tersebut tidak setaraf dengan kelulusan dan bidang pengajian mereka. Ini
merupakan suatu cabaran yang perlu ditempuh oleh semua mahasiswa yang akan
menamatkan pengajian kelak. Bakal graduan perlu bersedia untuk menempuhi sebarang
kemungkinan untuk menjadi penganggur sementara menunggu memperoleh sesebuah
pekerjaan.
Menurut kajian longitudinal yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Terengganu,
faktor utama yang menjadi penyebab berlakunya pengangguran dalam kalangan graduan
ialah kelemahan kemahiran insaniah graduan itu sendiri. Kajian ini diperkukuhkan lagi oleh
Hazilah et al (2013), majikan sama ada sektor awam mahupun swasta masa kini sangat
menitikberatkan aspek kemahiran insaniah yang dimiliki oleh graduan untuk menjawat
jawatan disediakan. Kegagalan menyiapkan diri dalam aspek kemahiran insaniah boleh
menjejaskan kebolehpasaran seseorang graduan. Rungutan dari majikan juga timbul kerana
graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi tidak berkemahiran dan kurang
berkualiti. Graduan yang berkualiti adalah graduan yang mampu menyiapkan diri dengan
menguasai kemahiran yang diperlukan oleh majikan agar dapat menyempurnakan matlamat
organisasi.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan kemahiran insaniah
bagi membangunkan modal insan kelas pertama. Pihak kementerian juga menggariskan
beberapa elemen kemahiran insaniah yang perlu diterapkan bagi setiap bakal graduan di
intitusi pengajian tinggi. Elemen tersebut ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis
dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran
berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika
professional serta kemahiran kepimpinan. Institusi pengajian tinggi awam dan swasta
bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran insaniah dalam kurikulum dan kokurikulum
bagi mempersiapkan pelajar mereka dengan kemahiran insaniah yang diperlukan pasaran
kerja masa kini. Pelajar juga diharapkan dapat mengambil peluang untuk yang disediakan
oleh institusi pengajian masing-masing sebagai persiapan untuk menempuh alam pekerjaan.
Selaras dengan matlamat negara untuk mencapai negara maju pada masa akan datang,
pembangunan modal insan adalah sangat penting. Pembangunan modal insan kelas pertama
dijadikan antara agenda utama dalam Rancangan Malaysia Ke-9 kerajaan yang telah
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
3
dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Dalam
pembentukan modal insan kelas pertama, kemahiran insaniah merupakan satu pendekatan
yang berhubung kait yang dapat membantu meningkatkan kualiti setiap individu masyarakat
terutamanya mahasiswa dan graduan. Agenda ini juga diharapkan dapat mengurangkan kadar
pengangguran dalam kalangan graduan serta memenuhi tuntutan majikan.
APAKAH KEMAHIRAN INSANIAH?
Menurut Md. Tahir et al (2014), kemahiran insaniah ialah suatu kemahiran generik yang
mempunyai pelbagai elemen pembelajaran utama yang meliputi keperibadian dan kerja
berkumpulan. Kemahiran insaniah tidak mempunyai definisi yang khusus namun kemahiran
insaniah ini dikaitkan dengan trait personaliti seseorang individu, pandai berkomunikasi dan
berkenalan, mempunyai daya tahan serta berinovatif (Pusat Pembangunan Kemahiran
Insaniah USIM, 2015). Kerajaan telah menggariskan 7 elemen yang perlu ada dalam
kemahiran insaniah yang seharusnya diterapkan dalam diri pelajar iaitu kemahiran
berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja
berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan,
moral dan etika profesional serta kemahiran kepimpinan.
Kemahiran berkomunikasi dalam kemahiran insaniah yang perlu diterapkan meliputi
kebolehan seseorang untuk menyampaikan idea dengan berkesan dengan penuh keyakinan
sama ada secara lisan, bertulis dan bahasa isyarat. Mahasiswa juga disarankan untuk fasih
berbahasa Melayu dan Inggeris dan turut mempelajari dan menguasai bahasa ketiga seperti
mandarin kerana bahasa ketiga adalah amat penting bagi yang ingin bekerja dengan majikan
dan syarikat multinasional. Dalam elemen kemahiran berkomunikasi ini juga mahasiswa
perlu ada kemahiran mendengar yang baik dan mampu memberi respon yang positif. Selain
daripada itu, mahasiswa diharapkan berkebolehan untuk membuat pembentangan dengan
jelas dan yakin serta bersesuaian dengan tahap pendengar dan topik perbincangan. Semasa
sesi pembentangan juga, mahasiswa berkebolehan menggunakan teknologi yang disediakan
sama ada komputer dan sebagainya. Kemahiran komunikasi yang baik dapat dilihat apabila
mahasiswa mampu mempengaruhi orang lain dan mendapat persetujuan bagi mencapai
sesuatu matlamat. Mahasiswa kini juga perlu pandai berkomunikasi dengan orang yang
berlainan budaya sama ada dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Mahasiswa dapat diharapkan
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
4
dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi secara perseorangan tanpa mengharapkan
bantuan dari sesiapa.
Elemen kedua yang digariskan dalam kemahiran insaniah ialah pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah. Elemen ini merupakan tindakan seseorang individu iaitu
mahasiwa yang boleh merubah sesuatu keadaan untuk menjadi lebih baik. Dengan erti kata
lain, mahasiswa berkebolehan untuk menentukan serta menganalisis masalah walaupun
dalam situasi yang kompleks dan kabur seterusnya mampu membuat penilaian yang baik.
Mahasiswa juga dapat mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir sperti menjelaskan,
menganalisis dan menilai sesuatu perbincangan bagi mencapai sesebuah matlamat dan
objektif. Kemahiran ini juga dapat memperlihatkan mahasiswa sama ada mampu mencari
idea dan mencari jalan penyelesaian alternatif bagi sesuatu masalah.
Kemahiran kerja berpasukan adalah elemen ketiga yang perlu ada bagi mahasiswa
bagi menningkatkan kemahiran insaniah dalam pembentukan modal insan kelas pertama.
Kemahiran kerja berpasukan merupakan kebolehan mahasiswa untuk membina hubungan
yang baik, kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain serta bekerja secara efektif
bersama mereka bagi mencapai satu objektif yang sama. Elemen ini juga memperlihat
mahasiswa boleh memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara kumpulan dan ahli
kumpulan lain. Dengan erti kata lain, mahasiswa bersedia untuk memberikan kerjasama serta
bertanggungjawab bersama ahli kumpulan dengan memberi sumbangan kepada setiap
perincian perancangan, pelaksanaan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan. Kerja
berpasukan menunjukkan kebolehan seseorang mahasiswa untuk mengenal dan menghormati
sikap, kelakuan dan kepercayaan kepada orang lain. Elemen ini adalah sangat penting bagi
mahasiwa untuk memasuki alam pekerjaan kerana mahasiswa perlu membiasakan diri dengan
pekerja lain dalam persekitaran organisasi.
Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat turut digariskan bersama bagi
meningkatkan dan menguasai kemahiran insaniah. Mahasiswa yang berkemahiran insaniah
mampu mencari dan menguruskan maklumat yang diperoleh dari pelbagai sumber dan
menepati dengan topik permasalahan. Sumber yang diperoleh sama ada sumber primer atau
sekunder berupaya disentesiskan mengikut idea tersendiri sesuai dengan masalah dan topik
perbincangan. Disamping itu, mahasiswa juga boleh menerima idea baharu daripada orang
lain dan berkeupayaan untuk mendapatkan pembelajaran secara autonomi. Walaupun,
objektif atau penyelesaian bagi suatu masalah dapat dicapai, ianya tidak terhenti di situ sahaja
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
5
malah mahasiswa diharapkan dapat mengembangkan dan mengaplikasikan topik atau
perbincangan tersebut agar ianya dapat dijadikan pembelajaran yang berterusan dan mampu
memberi manfaat kepada individu yang lain. Seperti kata orang dulu kala “menuntut ilmu
dari buaian hingga ke liang lahat”. Pepatah ini sesuai dengan elemen pembelajaran berterusan
kerana sesuatu pembelajaran tidak akan terhenti malah berterusan. Namun semuanya
bergantung kepada mahasiswa itu sendiri untuk meneruskan dan mengembangkannya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Elemen kelima yang perlu diterapkan dalam diri setiap mahasiswa ialah kemahiran
keushawanan. Kemahiran ini akan memperlihat mahasiwa sama ada berkebolehan untuk
mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud di sekeliling mereka. Mahasiswa juga dilihat
sama ada mampu untuk merangka perancangan perniagaan setelah mengenalpasti peluang
perniagaan yang wujud. Ini akan menunjukkan kebolehan mahasiswa untuk membina,
meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan. Kemahiran keushawanan ini dapat
memupuk mahasiswa untuk bekerja sendiri dan tidak mengharapkan makan gaji selepas
tamat pengajian. Bertepatan dengan satu hadis riwayat At-Tarmizi dimana Nabi Muhamaad
SAW bersabda, “9/10 pintu rezeki itu datangnya daripada perniagaan”. Islam sendiri
menekankan bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan adanya penerapan kemahiran
insaniah berelemenkan kemahiran keusahawanan, isu pengangguran dalam kalangan graduan
dapat diatasi dan masalah pembaziran guna temaga dapat dikurangkan.
Kemahiran insaniah juga turut menerapkan moral dan etika profesional dalam usaha
membentuk modal insan kelas pertama. Kemahiran ini meliputi kebolehan memahami kesan
ke atas ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional. Dalam hal ini,
mahasiswa perlu peka dengan apa yang berlaku dan perubahan yang berlaku sama ada luar
atau dalam negara. Selain itu, mahasiswa mesti berkebolehan untuk menganalisis dan
membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika disamping mematuhi dan
mentaati segala bentuk peraturan atau rujukan dalam setiap tindakan dan tingkah laku yang
dilakukan. Kemahiran ini juga membantu mahasiswa mendisiplinkan diri mereka dalam apa
jua bentuk keadaan dan di mana sahaja mereka berada.
Elemen kemahiran insaniah yang terakhir yang perlu diterapkan dalam diri setiap
mahasiswa ialah kemahiran kepimpinan. Setiap mahasiswa perlu berupaya untuk menjadi
seorang pemimpin atau ketua bagi sesebuah projek yang bakal dilaksanakan. Untuk menjadi
seorang pemimpin yang berdedikasi, mahasiswa perlu mempunyai pengetahuan teori asas
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
6
sebelum menjadi seorang pemimpin dan memimpin orang lain. Selain mempunyai
pengetahuan tentang kepimpinan, mahasiswa boleh memahami dan mengambil peranan
bersilih ganti antara ahli kumpulan. Dengan ini, akan menunjukkan bahawa sebagai seorang
ketua, mahasiswa tidak hanya pandai mengarah malah turut sama menggalas tugas bersama
ahli kumpulan yang lain. Hubungan antara ahli kumpulan akan menjadi bertambah erat
sekiranya mahasiswa sebagai ketua kumpulan mampu memberi dorongan dan semangat
kepada ahli kumpulan untuk mencapai matlamat secara bersama.
Tuntasnya, kesemua elemen kemahiran insaniah yang digariskan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia antaranya kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan
dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional serta
kemahiran kepimpinan amat penting untuk dikuasai oleh setiap mahasiswa. Mahasiswa yang
berjaya menguasai kesemua elemen yang diperlukan majikan ini akan berpeluang untuk
memperoleh sesebuah pekerjaan. Penilaian pihak majikan adalah bergantung kepada tahap
penguasaan kemahiran yang diperlukan majikan bukan sahaja memandang kecemerlangan
akademik semata-semata. Jadi, mahasiswa perlu bijak mengambil peluang yang dibuka oleh
pihak institusi pengajian bagi menggilap dan meningkatkan tahap kemahiran insaniah diri
masing-masing.
KENAPA PENTINGNYA KEMAHIRAN INSANIAH?
Kemahiran insaniah adalah sangat penting dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang
berkualiti selaras dengan kehendak ekonomi semasa. Disamping berjaya dalam bidang
akademik, mahasiswa perlu menyiapkan diri dengan kemahiran insaniah sebagai pelengkap
kepada pengetahuan teori dan amali yang dipelajari di institusi pengajian (Seo, 2013).
Kegagalan mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah akan menyebabkan mahasiswa
juga gagal mendapat pekerjaan. Jadi amatlah perlu bagi semua pihak berganding bahu untuk
membantu mahasiswa melengkapkan diri mereka dengan kemahiran insaniah yang
diperlukan pasaran buruh masa kini. Kemahiran insaniah merupakan satu nilai ditambah yang
dimiliki oleh mahasiswa bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dan mampu bersaing di
alam pekerjaan.
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
7
Kemahiran insaniah diperkenalkan dan diperluaskan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi di seluruh pelosok institusi pengajian adalah kerana graduan yang dikeluarkan tidak
berkualiti dan banyak kelemahan. Kelemahan yang dikenalpasti menjadi punca mereka tidak
mendapat tempat dan tidak dipilih oleh majikan untuk menjawat jawatan ialah tidak memiliki
kemahiran insaniah. Graduan yang dikeluarkan ibarat mee segera saban tahun tidak dapat
bergerak seiring dengan perubahan teknologi dan kehendak pasaran kerja. Harapan negara
untuk melahirkan modal insan kelas pertama tidak dapat dicapai sekiranya rakyat kurang
berkemahiran dan tidak berketerampilan sesuai dengan ciri modal insan kelas pertama.
Kementerian Pengajian Tinggi negara sangat memberi penekanan kepada kemahiran
insaniah mahasiswa dengan mewujudkan pelbagai strategi dan program seperti latihan
keusahawanan, latihan industri dan sebagainya. Strategi dan program yang dilaksanakan
bertujuan membantu mahasiswa melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan
seterusnya dapat memasarkan mahasiswa di pesaran buruh. Matlamat utama kementerian
memperkenalkan kemahiran insaniah ialah supaya mahasiswa yang bakal bergelar graduan
berupaya memperoleh pekerjaan yang sesuai. Selain itu, mahasiswa ini mempunyai
kompetensi yang tinggi dan juga berkualiti. Kewujudan kemahiran insaniah juga bertujuan
untuk menjadikan mahasiswa seorang usahawan dan pemangkin kewujudan peluang
pekerjaan kepada golongan yang kurang berpendidikan. Dengan ada kemahiran
keusahawanan, mahasiswa tidak hanya terfikir belajar tinggi-tinggi untuk makan gaji semata-
mata namun berusaha menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya utama mereka.
PERLAKSANAAN KEMAHIRAN INSANIAH
Penerapan kemahiran insaniah perlu diperluaskan dan diperhebatkan lagi agar setiap pelajar
yang dikeluarkan bermutu tinggi dan mengikut kehendak majikan. Pihak yang
bertanggungjawab tidak seharusnya memandang enteng akan isu ini dan perlu memberi
penekanan yang serius. Dalam isu penerapan kemahiran insaniah, kerajaan, institusi
pengajian dan mahasiswa perlu saling melengkapi untuk membantu meningkatkan kemahiran
insaniah mahasiswa.
Sedia maklum bahawa kemahiran insaniah ini telah diperkenalan oleh kerajaan
menerusi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kerajaan telah mengambil langkah
proaktif bagi membentuk dan meningkatkan kualiti graduan setelah mengenal pasti bahawa
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
8
isu utama graduan tidak mendapat tempat di pasaran kerja adalah kelemahan kemahiran
insaniah. Kerajaan juga telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi memastikan
institusi pengajian dapat melaksanakan program yang mampu melahirkan mahasiswa yang
mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Memetik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib dalam Rancangan Malaysia ke-11, penilaian sama ada maju atau mundurnya sesebuah
negara bergantung kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompentensi dan kemahiran
insaniah. Ini menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan sangat menekankan aspek
kemahiran insaniah dalam melahirkan modal insan kelas pertama kerana modal insan
merupakan sumber penting bagi pembangunan negara.
Institusi pengajian telah menggalaskan amanat dari kerajaan untuk membantu
mahasiswa menguasai kemahiran insaniah. Institusi pengajian tidak kira awam atau swasta
sangat menitikberatkan kemahiran insaniah agar setiap graduan yang dilahirkan adalah
bermutu tinggi sesuai dengan kehendak majikan. Pelbagai program dan strategi dilakukan
bagi membantu mahasiswa. Penerapan kemahiran insaniah tidak hanya tertumpu dalam
bidang akademik, malah kemahiran insaniah juga dipupuk dalam kokurikulum dan program-
program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian. Setiap jabatan, fakulti dan kolej
kediaman di institusi pengajian bertindak sebagai agen pelaksana. Kemahiran insaniah perlu
dilaksanakan secara berterusan dan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa seiring
dengan perubahan zaman. Setelah perlaksanaan kemahiran insaniah dijalankan, pihak
institusi perlu menjalankan penaksiran secara menyeluruh dan memberi penilaian sama ada
penerapan kemahiran insaniah ke atas diri mahasiswa berkesan atau sebaliknya. Sekiranya
berkesan, maka program seumpamanya perlu dijalankan dengan lebih kerap, namun
sekiranya tidak berkesan program tersebut perlu dihentikan kerana tidak mendatangkan hasil
seperti yang diharapkan. Sememangnya setiap pelaburan yang dilakukan perlulah
mendatangkan manfaat kepada semua pihak, tetapi jika pelaburan yang dilakukan tidak
mendapat sebarang hasil maka rugi untuk diteruskan. Begitulah ibaratnya penerapan
kemahiran insaniah kepada pelajar. Program yang mampu menyuntik kemahiran insaniah
pelajar harus diteruskan dan program yang tidak mendatangkan faedah harus dihentikan.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan institusi pengajian untuk
meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa. Namun, usaha-usaha ini tidak akan berjaya
dilaksanakan sekiranya mahasiswa tidak mengambil peluang yang dibentangkan kepada
mereka. Sebagai seorang pelajar, mahasiswa perlu bijak merebut peluang yang disediakan
kerana tidak semua orang berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
9
Mahasiswa seharusnya mempunyai kesedaran untuk meningkatkan prestasi diri mereka
bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga menerusi bidang bukan akademik seperti
kokurikulum supaya dapat bersaing di pasaran global. Jadi, mahasiswa perlu mengambil
inisiatif yang disediakan oleh pelbagai pihak untuk memajukan diri mereka. Laporan dari
International Student Assessnebt (PISA, 2012) telah menyatakan bahawa 1 daripada 5 orang
belia di Singapura, Jepun dan Korea Selatan mampu untuk menyelesaikan masalah yang
kompleks berbanding dengan hanya 1 daripada 100 orang belia di Malaysia. Ini meletakkan
Malaysia di tangga ke 39 daripada 44 buah negara dalam aspek kemahiran dan kemampuan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Permasalahan ini dapat diatasi sekiranya mahasiswa
negara dapat menguasai kemahiran insaniah kerana dalam kemahiran insaniah telah
menggariskan tujuh elemen penting termasuk pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah.
CABARAN KEMAHIRAN INSANIAH
Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa
negara namun proses tersebut turut mendapat cabaran dan halangan.
Sikap mahasiswa menjadi cabaran utama dalam usaha meningkatkan kemahiran
insaniah. Mahasiswa sepertinya kurang kesedaran tentang betapa pentingnya penguasaan
kemahiran insaniah. Ini menyebabkan mahasiswa mengambil sikap acuh tak acuh dalam
setiap program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian. Sikap mahasiswa ini yang
mengakibatkan program-program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian kurang
mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan. Menurut Yusof (2013), mahasiswa juga
tidak tahu untuk mencari info dan maklumat tentang program yang sesuai bagi meningkatkan
kemahiran insaniah mereka. Mahasiswa juga turut mengatakan bahawa, program-program
yang dianjurkan tidak menimbulkan minat mereka untuk menyertai program tersebut. Bagi
mahasiswa yang tidak aktif, mereka sememangnya tidak berminat untuk menyertai mana-
mana program terutamanya yang diluar bidang pengajian mereka dan bercampur dengan
mahasiswa dari institusi dan bidang lain. Bagi mereka, program-program tersebut adalah
tidak perlu kerana mengikuti kursus pengajian akademik adalah sudah memadai. Ini
menunjukkan sikap mahasiswa adalah faktor utama menyebabkan kelemahan kemahiran
insaniah mahasiswa. Sepatutnya, mahasiswa bersikap lebih positif dan berfikiran terbuka
kerana kemahiran insaniah adalah sangat penting untuk menempuhi alam pekerjaan.
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
10
Selain itu, kekurangan maklumat dan informasi tentang program kemahiran insaniah
yang dilaksanakan turut menjadi satu cabaran dan halangan. Rungutan dari mahasiswa
tentang program yang dianjurkan tidak dihebahkan secara terus kepada mahasiswa. Program
yang dianjurkan kepada mahasiswa sepatutnya disebarkan secara meluas melalui perantara
yang bersesuaian dengan mahasiswa seperti e-mel, khidmat pesanan ringkas dan sebagainya.
Ini membolehkan mahasiswa mengetahui info terkini tentang program yang bersesuaian
untuk mahasiswa ikuti. Sekiranya tidak dihebahkan secara berkesan, maka program yang
dijalankan kurang mendapat sambutan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, penerapan kemahiran insaniah adalah sangat penting dan perlu
dijalankan secara berterusan agar graduan yang dilahirkan mampu berdaya saing dalam
pasaran kerja. Setiap elemen dalam kemahiran insaniah perlu dilaksanakan secara terperinci
agar mahasiswa dapat menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Penerapan
kemahiran insaniah ini tidak hanya tertumpu dalam bidang akademik sahaja, malah perlu
diterap juga bersama program-program yang dilaksanakan yang melibatkan penglibatan
mahasiswa. Dengan terlaksannya pelbagai pendekatan untuk membantu meningkatkan
kemahiran insaniah mahasiswa, isu pengangguran dalam kalangan mahasiswa dapat ditangani
dan mahasiswa juga lebih yakin untuk menempuh cabaran yang bakal dilalui setelah tamat
pengajian. Kerajaan, institusi pengajian, penganjur program dan mahasiswa perlu bersama-
sama membantu mahasiswa mengukuhkan lagi kemahiran insaniah agar mahasiswa dapat
meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2
11
RUJUKAN
Ahmad Esa, Suhaili Padil & Asri Selamat. 2013. Kemahiran insaniah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pada program kejuruteraan di politeknik Malaysia.
Jurnal Kajian Pendidikan. 3 (2): 139-150.
Ahmad, Baharom, Berhanuddin & Fauzianna. 2008. Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam
Kalangan Pelajar Kejuruteraan Melalui Pembelajaran Koperatif : Tinjauan Di
Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) Dan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat
Kebangsaan 2008. Segamat. Universiti Teknologi Malaysia.
Hazilah Mohd Amin, Johari Jaafar, Zaihosnita Hood, Saidah Saad & Hamizah Mohd Amin.
2013. Kemahiran insaniah pelajar prasiswazah: Analisis perbezaan jantina. Jurnal
Teknologi. 61 (1): 19-25.
Kerajaan Malaysia. 2015. Rancangan Malaysia Ke-11. Putrajaya: Unit Perancangan
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Zaki Kamsah, Mohd Salleh & Wahid Razzaly. 2008. Penerapan kemahiran insaniah
(KI) kepada pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di IPTA. Prosiding
SKIKS 08. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 491-502.
Muhamad Rahimi Osman. 2010. Peranan Kursus Pengajian Umum dalam pembangunan
kemahiran insaniah: Pengalaman UITM. SEA Journal of General Studies. 1: 49-61.
Nawawi Jusoh, Ahmad Esa, Mohd Fadel Alwi & Kamaruddin Khalid. 2013. Keusahawanan
membangunkan kemahiran insaniah. Batu Pahat: Penerbitan UTHM.
Nor Hartini. 2013. Penerapan kemahiran insaniah tangani graduan menganggur. Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 14 Mac 2013.
Wan Robiah, Wan Sofiah & Wan Adnawani. 2008. Penerapan kemahiran insaniah: Sikap
pelajar mengenai penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Persidangan
Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Segamat. Universiti Teknologi
Malaysia.

More Related Content

What's hot

Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahM D
 
Cabaran pengajian islam semasa
Cabaran pengajian islam semasaCabaran pengajian islam semasa
Cabaran pengajian islam semasamzaidin
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakNor Aini Mohamad
 
Bab 3 kreativiti dan inovasi
Bab 3   kreativiti dan inovasiBab 3   kreativiti dan inovasi
Bab 3 kreativiti dan inovasi
WanBK Leo
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI Nur Osman
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
Guru Sejarah PraU
 
Perubatan Moden
Perubatan ModenPerubatan Moden
Perubatan Modenspothao
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
FazriFMR
 
Tumbuh tumbuhan & hidupan liar di negara-negara lain
Tumbuh tumbuhan & hidupan liar di negara-negara lainTumbuh tumbuhan & hidupan liar di negara-negara lain
Tumbuh tumbuhan & hidupan liar di negara-negara lainAdda Muda
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesfitri norlida
 
Penulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apaPenulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apa
Faridah Abdullah
 
Kerja berpasukan
Kerja berpasukanKerja berpasukan
Kerja berpasukankaizen2012
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarShila Melisha
 
Unsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohaniUnsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohanishimahelmi
 
What's hot (20)

Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- Rasuah
 
Cabaran pengajian islam semasa
Cabaran pengajian islam semasaCabaran pengajian islam semasa
Cabaran pengajian islam semasa
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
Bab 3 kreativiti dan inovasi
Bab 3   kreativiti dan inovasiBab 3   kreativiti dan inovasi
Bab 3 kreativiti dan inovasi
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
 
Perubatan Moden
Perubatan ModenPerubatan Moden
Perubatan Moden
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Tumbuh tumbuhan & hidupan liar di negara-negara lain
Tumbuh tumbuhan & hidupan liar di negara-negara lainTumbuh tumbuhan & hidupan liar di negara-negara lain
Tumbuh tumbuhan & hidupan liar di negara-negara lain
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Penulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apaPenulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apa
 
Kerja berpasukan
Kerja berpasukanKerja berpasukan
Kerja berpasukan
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajar
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
59906830 pelan-lantai (2)
59906830 pelan-lantai (2)59906830 pelan-lantai (2)
59906830 pelan-lantai (2)
 
Teori perkembangan sosial
Teori perkembangan sosialTeori perkembangan sosial
Teori perkembangan sosial
 
Unsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohaniUnsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohani
 
Viewers also liked

Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Alex King
 
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikanOumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikanchipmunk1767
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasLaling Honey
 
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Quad One profile condensed
Quad One profile condensedQuad One profile condensed
Quad One profile condensedVenkatesh U
 
Open Plan Workstation
Open Plan Workstation Open Plan Workstation
Open Plan Workstation Garth Dockray
 
GS1 General Specifications version 16
GS1 General Specifications version 16GS1 General Specifications version 16
GS1 General Specifications version 16
GS1 UK
 
Informe en derecho, la Quiropraxia....
Informe en derecho, la Quiropraxia....Informe en derecho, la Quiropraxia....
Informe en derecho, la Quiropraxia....
www.dolordeespalda.cl www.icup.cl
 
Jeopardy
Jeopardy Jeopardy
Jeopardy
Pelon Gonar
 
Applicant Qualifications Presentation
Applicant Qualifications PresentationApplicant Qualifications Presentation
Applicant Qualifications PresentationWilliam J. Pehaim
 
VSRTrisdaField-FinalDraft
VSRTrisdaField-FinalDraftVSRTrisdaField-FinalDraft
VSRTrisdaField-FinalDrafttrisda field
 
Updated CV Georges Maragel pers. 2016 achievements
Updated CV Georges Maragel pers. 2016 achievementsUpdated CV Georges Maragel pers. 2016 achievements
Updated CV Georges Maragel pers. 2016 achievements
GEORGES MARAGEL
 
FoodVision 2017 - Gil Horsky presentation summary
FoodVision 2017 -  Gil Horsky presentation summaryFoodVision 2017 -  Gil Horsky presentation summary
FoodVision 2017 - Gil Horsky presentation summary
Gil Horsky
 
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelanconganKarangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelanconganIzzati_Wahab
 
فرم طرح نامه
فرم طرح نامهفرم طرح نامه

Viewers also liked (20)

Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
 
Kertas kerja U.O.R pdf
Kertas kerja U.O.R pdfKertas kerja U.O.R pdf
Kertas kerja U.O.R pdf
 
Persediaan alam pekerjaan
Persediaan alam pekerjaanPersediaan alam pekerjaan
Persediaan alam pekerjaan
 
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikanOumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
 
PENDAHULUAN-LAPORAN AKHIR PRAKTIKUM 2015
PENDAHULUAN-LAPORAN AKHIR PRAKTIKUM 2015PENDAHULUAN-LAPORAN AKHIR PRAKTIKUM 2015
PENDAHULUAN-LAPORAN AKHIR PRAKTIKUM 2015
 
Quad One profile condensed
Quad One profile condensedQuad One profile condensed
Quad One profile condensed
 
Open Plan Workstation
Open Plan Workstation Open Plan Workstation
Open Plan Workstation
 
GS1 General Specifications version 16
GS1 General Specifications version 16GS1 General Specifications version 16
GS1 General Specifications version 16
 
Aditya Bhargava
Aditya BhargavaAditya Bhargava
Aditya Bhargava
 
Informe en derecho, la Quiropraxia....
Informe en derecho, la Quiropraxia....Informe en derecho, la Quiropraxia....
Informe en derecho, la Quiropraxia....
 
Jeopardy
Jeopardy Jeopardy
Jeopardy
 
Applicant Qualifications Presentation
Applicant Qualifications PresentationApplicant Qualifications Presentation
Applicant Qualifications Presentation
 
VSRTrisdaField-FinalDraft
VSRTrisdaField-FinalDraftVSRTrisdaField-FinalDraft
VSRTrisdaField-FinalDraft
 
28960p
28960p28960p
28960p
 
Updated CV Georges Maragel pers. 2016 achievements
Updated CV Georges Maragel pers. 2016 achievementsUpdated CV Georges Maragel pers. 2016 achievements
Updated CV Georges Maragel pers. 2016 achievements
 
FoodVision 2017 - Gil Horsky presentation summary
FoodVision 2017 -  Gil Horsky presentation summaryFoodVision 2017 -  Gil Horsky presentation summary
FoodVision 2017 - Gil Horsky presentation summary
 
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelanconganKarangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
 
فرم طرح نامه
فرم طرح نامهفرم طرح نامه
فرم طرح نامه
 
Similar to Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
Anjini Anjni
 
60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generik60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generikmat Ki
 
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
ikhwanecdc
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shumManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
mahmudi moedy
 
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruanLaluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruanMunirah Muni
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Development issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntriesDevelopment issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntries
jonirahmatpramudia
 
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
LSP3I
 
TVET
TVETTVET
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdfReview Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
NajwaRizkaAmelia
 
Softskill ppt pdf
Softskill ppt pdfSoftskill ppt pdf
Softskill ppt pdf
Ira Chumairoh
 
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur ainiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
mahmudi moedy
 
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
Insan Cemerlang Tujuh
 
Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...
Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...
Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...
ajengpolban
 
Tugasan 1033 adelina2
Tugasan 1033 adelina2Tugasan 1033 adelina2
Tugasan 1033 adelina2
Cikgu Ayong Andam andam
 
Pendidikan Kejuruan dan Vokasi dalam Perspektif Pengembangan Karir
Pendidikan Kejuruan dan Vokasi dalam Perspektif Pengembangan KarirPendidikan Kejuruan dan Vokasi dalam Perspektif Pengembangan Karir
Pendidikan Kejuruan dan Vokasi dalam Perspektif Pengembangan Karir
Mohamad Adriyanto
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
muhammad
 
Pergeserankompetensididuniakerja
PergeserankompetensididuniakerjaPergeserankompetensididuniakerja
PergeserankompetensididuniakerjaDe Cb
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanGayatri Gayu
 
Similar to Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan (20)

Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
4
44
4
 
60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generik60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generik
 
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
20. elemen kesediaan kerjaya ke arah kebolehpasaran
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shumManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-.a ma'shum
 
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruanLaluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
 
Development issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntriesDevelopment issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntries
 
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
Menyoal transformasi pendidikan tinggi di era 4.0
 
TVET
TVETTVET
TVET
 
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdfReview Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
 
Softskill ppt pdf
Softskill ppt pdfSoftskill ppt pdf
Softskill ppt pdf
 
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur ainiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
 
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
Pelatihan manajemen talenta_berbasis_holistic_quotient._untuk_guru & penggiat...
 
Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...
Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...
Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...
 
Tugasan 1033 adelina2
Tugasan 1033 adelina2Tugasan 1033 adelina2
Tugasan 1033 adelina2
 
Pendidikan Kejuruan dan Vokasi dalam Perspektif Pengembangan Karir
Pendidikan Kejuruan dan Vokasi dalam Perspektif Pengembangan KarirPendidikan Kejuruan dan Vokasi dalam Perspektif Pengembangan Karir
Pendidikan Kejuruan dan Vokasi dalam Perspektif Pengembangan Karir
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Pergeserankompetensididuniakerja
PergeserankompetensididuniakerjaPergeserankompetensididuniakerja
Pergeserankompetensididuniakerja
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
 
More from FazHani Faz

PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
FazHani Faz
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
FazHani Faz
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
FazHani Faz
 
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARMATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
FazHani Faz
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan KewanganDasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
FazHani Faz
 
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun...
FazHani Faz
 
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
FazHani Faz
 
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
FazHani Faz
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
FazHani Faz
 
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
FazHani Faz
 
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
FazHani Faz
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
FazHani Faz
 
GURU BERKESAN
 GURU BERKESAN GURU BERKESAN
GURU BERKESAN
FazHani Faz
 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
FazHani Faz
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
FazHani Faz
 
More from FazHani Faz (15)

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
Kanaidi ken
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
AKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptx
AKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptxAKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptx
AKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptx
AdeRinaMuliawati1
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
junarpudin36
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
nasrudienaulia
 
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SDKisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
denunugraha
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
arianferdana
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
VenyHandayani2
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
asepridwan50
 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
 
Modul ajar logaritma matematika kelas X SMK
Modul ajar logaritma matematika kelas X SMKModul ajar logaritma matematika kelas X SMK
Modul ajar logaritma matematika kelas X SMK
WinaldiSatria
 
Penjelasan tentang Tahapan Sinkro PMM.pptx
Penjelasan tentang Tahapan Sinkro PMM.pptxPenjelasan tentang Tahapan Sinkro PMM.pptx
Penjelasan tentang Tahapan Sinkro PMM.pptx
GuneriHollyIrda
 
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
AskariB1
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos ValidasiAksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
DinaSetiawan2
 
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxPERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
TeukuEriSyahputra
 
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdfLaporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
OcitaDianAntari
 
Recently uploaded (20)

Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan

  • 1. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 1 Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan Menempuhi Alam Pekerjaan Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Fakulti Pendidikan (Ekonomi), Universiti Kebangsaan Malaysia fazhani.faz@gmail.com PENGENALAN Kerjaya adalah sangat penting bagi seseorang individu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Memiliki kerjaya setelah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi merupakan satu ukuran kebolehgajian bagi seorang graduan. Hal ini kerana tidak mudah untuk memperoleh sesebuah pekerjaan dalam ekonomi yang tidak menentu kini. Graduan yang tidak memenuhi spesifikasi yang diinginkan oleh majikan tidak akan mendapat tempat di sesebuah organisasi sama ada awam atau swasta. Segulung ijazah tidak akan menjamin graduan untuk memperoleh sesebuah pekerjaan yang diimpikan. Cemerlang dalam bidang akademik tidak berupaya menentukan bahawa graduan mampu menjawat jawatan seperti yang diharapkan. Saban tahun kadar pengangguran dalam kalangan graduan sangat membimbangkan dan bagaikan tiada penyudah. Menurut laporan daripada Jobstreet iaitu satu agensi mencari pekerjaan, dari 385, 800 orang penganggur sebanyak 56% penganggur adalah dalam kalangan graduan universiti dari pelbagai peringkat pengajian sama ada diploma, ijazah pertama, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Jobstreet juga turut menyenaraikan faktor berlakunya pengangguran yang semakin meningkat dalam kalangan graduan. antaranya ialah tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, masalah sikap graduan yang terlalu memilih pekerjaan dan organisasi, graduan terlalu mengharapkan gaji yang tinggi dan tidak munasabah, ketidaksepadanan kemahiran graduan dengan kehendak pasaran, graduan tiada kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan tahap pengetahuan graduan yang lemah. Faktor-faktor inilah yang akan menjejaskan seseorang graduan untuk memperoleh sesuatu pekerjaan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, pada tahun 2014 sebanyak 254,140 bilangan graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terdiri dari pelbagai tahap pengajian dan bidang pengajian. Graduan ini bakal bersaing dengan penganggur yang sedia ada untuk memperoleh pekerjaan. Isu penawaran buruh lebih daripada permintaan buruh menyebabkan graduan ini perlu bersaing
  • 2. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 2 sesama mereka. Hanya graduan yang benar-benar berpotensi akan diserap masuk dalam pasaran buruh. Namun, terdapat juga graduan yang berjaya memperoleh pekerjaan tetapi pekerjaan tersebut tidak setaraf dengan kelulusan dan bidang pengajian mereka. Ini merupakan suatu cabaran yang perlu ditempuh oleh semua mahasiswa yang akan menamatkan pengajian kelak. Bakal graduan perlu bersedia untuk menempuhi sebarang kemungkinan untuk menjadi penganggur sementara menunggu memperoleh sesebuah pekerjaan. Menurut kajian longitudinal yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Terengganu, faktor utama yang menjadi penyebab berlakunya pengangguran dalam kalangan graduan ialah kelemahan kemahiran insaniah graduan itu sendiri. Kajian ini diperkukuhkan lagi oleh Hazilah et al (2013), majikan sama ada sektor awam mahupun swasta masa kini sangat menitikberatkan aspek kemahiran insaniah yang dimiliki oleh graduan untuk menjawat jawatan disediakan. Kegagalan menyiapkan diri dalam aspek kemahiran insaniah boleh menjejaskan kebolehpasaran seseorang graduan. Rungutan dari majikan juga timbul kerana graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi tidak berkemahiran dan kurang berkualiti. Graduan yang berkualiti adalah graduan yang mampu menyiapkan diri dengan menguasai kemahiran yang diperlukan oleh majikan agar dapat menyempurnakan matlamat organisasi. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan kemahiran insaniah bagi membangunkan modal insan kelas pertama. Pihak kementerian juga menggariskan beberapa elemen kemahiran insaniah yang perlu diterapkan bagi setiap bakal graduan di intitusi pengajian tinggi. Elemen tersebut ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika professional serta kemahiran kepimpinan. Institusi pengajian tinggi awam dan swasta bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran insaniah dalam kurikulum dan kokurikulum bagi mempersiapkan pelajar mereka dengan kemahiran insaniah yang diperlukan pasaran kerja masa kini. Pelajar juga diharapkan dapat mengambil peluang untuk yang disediakan oleh institusi pengajian masing-masing sebagai persiapan untuk menempuh alam pekerjaan. Selaras dengan matlamat negara untuk mencapai negara maju pada masa akan datang, pembangunan modal insan adalah sangat penting. Pembangunan modal insan kelas pertama dijadikan antara agenda utama dalam Rancangan Malaysia Ke-9 kerajaan yang telah
  • 3. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 3 dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Dalam pembentukan modal insan kelas pertama, kemahiran insaniah merupakan satu pendekatan yang berhubung kait yang dapat membantu meningkatkan kualiti setiap individu masyarakat terutamanya mahasiswa dan graduan. Agenda ini juga diharapkan dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan serta memenuhi tuntutan majikan. APAKAH KEMAHIRAN INSANIAH? Menurut Md. Tahir et al (2014), kemahiran insaniah ialah suatu kemahiran generik yang mempunyai pelbagai elemen pembelajaran utama yang meliputi keperibadian dan kerja berkumpulan. Kemahiran insaniah tidak mempunyai definisi yang khusus namun kemahiran insaniah ini dikaitkan dengan trait personaliti seseorang individu, pandai berkomunikasi dan berkenalan, mempunyai daya tahan serta berinovatif (Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah USIM, 2015). Kerajaan telah menggariskan 7 elemen yang perlu ada dalam kemahiran insaniah yang seharusnya diterapkan dalam diri pelajar iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional serta kemahiran kepimpinan. Kemahiran berkomunikasi dalam kemahiran insaniah yang perlu diterapkan meliputi kebolehan seseorang untuk menyampaikan idea dengan berkesan dengan penuh keyakinan sama ada secara lisan, bertulis dan bahasa isyarat. Mahasiswa juga disarankan untuk fasih berbahasa Melayu dan Inggeris dan turut mempelajari dan menguasai bahasa ketiga seperti mandarin kerana bahasa ketiga adalah amat penting bagi yang ingin bekerja dengan majikan dan syarikat multinasional. Dalam elemen kemahiran berkomunikasi ini juga mahasiswa perlu ada kemahiran mendengar yang baik dan mampu memberi respon yang positif. Selain daripada itu, mahasiswa diharapkan berkebolehan untuk membuat pembentangan dengan jelas dan yakin serta bersesuaian dengan tahap pendengar dan topik perbincangan. Semasa sesi pembentangan juga, mahasiswa berkebolehan menggunakan teknologi yang disediakan sama ada komputer dan sebagainya. Kemahiran komunikasi yang baik dapat dilihat apabila mahasiswa mampu mempengaruhi orang lain dan mendapat persetujuan bagi mencapai sesuatu matlamat. Mahasiswa kini juga perlu pandai berkomunikasi dengan orang yang berlainan budaya sama ada dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Mahasiswa dapat diharapkan
  • 4. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 4 dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi secara perseorangan tanpa mengharapkan bantuan dari sesiapa. Elemen kedua yang digariskan dalam kemahiran insaniah ialah pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Elemen ini merupakan tindakan seseorang individu iaitu mahasiwa yang boleh merubah sesuatu keadaan untuk menjadi lebih baik. Dengan erti kata lain, mahasiswa berkebolehan untuk menentukan serta menganalisis masalah walaupun dalam situasi yang kompleks dan kabur seterusnya mampu membuat penilaian yang baik. Mahasiswa juga dapat mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir sperti menjelaskan, menganalisis dan menilai sesuatu perbincangan bagi mencapai sesebuah matlamat dan objektif. Kemahiran ini juga dapat memperlihatkan mahasiswa sama ada mampu mencari idea dan mencari jalan penyelesaian alternatif bagi sesuatu masalah. Kemahiran kerja berpasukan adalah elemen ketiga yang perlu ada bagi mahasiswa bagi menningkatkan kemahiran insaniah dalam pembentukan modal insan kelas pertama. Kemahiran kerja berpasukan merupakan kebolehan mahasiswa untuk membina hubungan yang baik, kebolehan untuk berinteraksi dengan orang lain serta bekerja secara efektif bersama mereka bagi mencapai satu objektif yang sama. Elemen ini juga memperlihat mahasiswa boleh memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara kumpulan dan ahli kumpulan lain. Dengan erti kata lain, mahasiswa bersedia untuk memberikan kerjasama serta bertanggungjawab bersama ahli kumpulan dengan memberi sumbangan kepada setiap perincian perancangan, pelaksanaan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan. Kerja berpasukan menunjukkan kebolehan seseorang mahasiswa untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan kepada orang lain. Elemen ini adalah sangat penting bagi mahasiwa untuk memasuki alam pekerjaan kerana mahasiswa perlu membiasakan diri dengan pekerja lain dalam persekitaran organisasi. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat turut digariskan bersama bagi meningkatkan dan menguasai kemahiran insaniah. Mahasiswa yang berkemahiran insaniah mampu mencari dan menguruskan maklumat yang diperoleh dari pelbagai sumber dan menepati dengan topik permasalahan. Sumber yang diperoleh sama ada sumber primer atau sekunder berupaya disentesiskan mengikut idea tersendiri sesuai dengan masalah dan topik perbincangan. Disamping itu, mahasiswa juga boleh menerima idea baharu daripada orang lain dan berkeupayaan untuk mendapatkan pembelajaran secara autonomi. Walaupun, objektif atau penyelesaian bagi suatu masalah dapat dicapai, ianya tidak terhenti di situ sahaja
  • 5. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 5 malah mahasiswa diharapkan dapat mengembangkan dan mengaplikasikan topik atau perbincangan tersebut agar ianya dapat dijadikan pembelajaran yang berterusan dan mampu memberi manfaat kepada individu yang lain. Seperti kata orang dulu kala “menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”. Pepatah ini sesuai dengan elemen pembelajaran berterusan kerana sesuatu pembelajaran tidak akan terhenti malah berterusan. Namun semuanya bergantung kepada mahasiswa itu sendiri untuk meneruskan dan mengembangkannya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Elemen kelima yang perlu diterapkan dalam diri setiap mahasiswa ialah kemahiran keushawanan. Kemahiran ini akan memperlihat mahasiwa sama ada berkebolehan untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud di sekeliling mereka. Mahasiswa juga dilihat sama ada mampu untuk merangka perancangan perniagaan setelah mengenalpasti peluang perniagaan yang wujud. Ini akan menunjukkan kebolehan mahasiswa untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan. Kemahiran keushawanan ini dapat memupuk mahasiswa untuk bekerja sendiri dan tidak mengharapkan makan gaji selepas tamat pengajian. Bertepatan dengan satu hadis riwayat At-Tarmizi dimana Nabi Muhamaad SAW bersabda, “9/10 pintu rezeki itu datangnya daripada perniagaan”. Islam sendiri menekankan bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan adanya penerapan kemahiran insaniah berelemenkan kemahiran keusahawanan, isu pengangguran dalam kalangan graduan dapat diatasi dan masalah pembaziran guna temaga dapat dikurangkan. Kemahiran insaniah juga turut menerapkan moral dan etika profesional dalam usaha membentuk modal insan kelas pertama. Kemahiran ini meliputi kebolehan memahami kesan ke atas ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional. Dalam hal ini, mahasiswa perlu peka dengan apa yang berlaku dan perubahan yang berlaku sama ada luar atau dalam negara. Selain itu, mahasiswa mesti berkebolehan untuk menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika disamping mematuhi dan mentaati segala bentuk peraturan atau rujukan dalam setiap tindakan dan tingkah laku yang dilakukan. Kemahiran ini juga membantu mahasiswa mendisiplinkan diri mereka dalam apa jua bentuk keadaan dan di mana sahaja mereka berada. Elemen kemahiran insaniah yang terakhir yang perlu diterapkan dalam diri setiap mahasiswa ialah kemahiran kepimpinan. Setiap mahasiswa perlu berupaya untuk menjadi seorang pemimpin atau ketua bagi sesebuah projek yang bakal dilaksanakan. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi, mahasiswa perlu mempunyai pengetahuan teori asas
  • 6. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 6 sebelum menjadi seorang pemimpin dan memimpin orang lain. Selain mempunyai pengetahuan tentang kepimpinan, mahasiswa boleh memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ahli kumpulan. Dengan ini, akan menunjukkan bahawa sebagai seorang ketua, mahasiswa tidak hanya pandai mengarah malah turut sama menggalas tugas bersama ahli kumpulan yang lain. Hubungan antara ahli kumpulan akan menjadi bertambah erat sekiranya mahasiswa sebagai ketua kumpulan mampu memberi dorongan dan semangat kepada ahli kumpulan untuk mencapai matlamat secara bersama. Tuntasnya, kesemua elemen kemahiran insaniah yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia antaranya kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional serta kemahiran kepimpinan amat penting untuk dikuasai oleh setiap mahasiswa. Mahasiswa yang berjaya menguasai kesemua elemen yang diperlukan majikan ini akan berpeluang untuk memperoleh sesebuah pekerjaan. Penilaian pihak majikan adalah bergantung kepada tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan majikan bukan sahaja memandang kecemerlangan akademik semata-semata. Jadi, mahasiswa perlu bijak mengambil peluang yang dibuka oleh pihak institusi pengajian bagi menggilap dan meningkatkan tahap kemahiran insaniah diri masing-masing. KENAPA PENTINGNYA KEMAHIRAN INSANIAH? Kemahiran insaniah adalah sangat penting dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang berkualiti selaras dengan kehendak ekonomi semasa. Disamping berjaya dalam bidang akademik, mahasiswa perlu menyiapkan diri dengan kemahiran insaniah sebagai pelengkap kepada pengetahuan teori dan amali yang dipelajari di institusi pengajian (Seo, 2013). Kegagalan mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah akan menyebabkan mahasiswa juga gagal mendapat pekerjaan. Jadi amatlah perlu bagi semua pihak berganding bahu untuk membantu mahasiswa melengkapkan diri mereka dengan kemahiran insaniah yang diperlukan pasaran buruh masa kini. Kemahiran insaniah merupakan satu nilai ditambah yang dimiliki oleh mahasiswa bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dan mampu bersaing di alam pekerjaan.
  • 7. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 7 Kemahiran insaniah diperkenalkan dan diperluaskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di seluruh pelosok institusi pengajian adalah kerana graduan yang dikeluarkan tidak berkualiti dan banyak kelemahan. Kelemahan yang dikenalpasti menjadi punca mereka tidak mendapat tempat dan tidak dipilih oleh majikan untuk menjawat jawatan ialah tidak memiliki kemahiran insaniah. Graduan yang dikeluarkan ibarat mee segera saban tahun tidak dapat bergerak seiring dengan perubahan teknologi dan kehendak pasaran kerja. Harapan negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama tidak dapat dicapai sekiranya rakyat kurang berkemahiran dan tidak berketerampilan sesuai dengan ciri modal insan kelas pertama. Kementerian Pengajian Tinggi negara sangat memberi penekanan kepada kemahiran insaniah mahasiswa dengan mewujudkan pelbagai strategi dan program seperti latihan keusahawanan, latihan industri dan sebagainya. Strategi dan program yang dilaksanakan bertujuan membantu mahasiswa melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan seterusnya dapat memasarkan mahasiswa di pesaran buruh. Matlamat utama kementerian memperkenalkan kemahiran insaniah ialah supaya mahasiswa yang bakal bergelar graduan berupaya memperoleh pekerjaan yang sesuai. Selain itu, mahasiswa ini mempunyai kompetensi yang tinggi dan juga berkualiti. Kewujudan kemahiran insaniah juga bertujuan untuk menjadikan mahasiswa seorang usahawan dan pemangkin kewujudan peluang pekerjaan kepada golongan yang kurang berpendidikan. Dengan ada kemahiran keusahawanan, mahasiswa tidak hanya terfikir belajar tinggi-tinggi untuk makan gaji semata- mata namun berusaha menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya utama mereka. PERLAKSANAAN KEMAHIRAN INSANIAH Penerapan kemahiran insaniah perlu diperluaskan dan diperhebatkan lagi agar setiap pelajar yang dikeluarkan bermutu tinggi dan mengikut kehendak majikan. Pihak yang bertanggungjawab tidak seharusnya memandang enteng akan isu ini dan perlu memberi penekanan yang serius. Dalam isu penerapan kemahiran insaniah, kerajaan, institusi pengajian dan mahasiswa perlu saling melengkapi untuk membantu meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa. Sedia maklum bahawa kemahiran insaniah ini telah diperkenalan oleh kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi membentuk dan meningkatkan kualiti graduan setelah mengenal pasti bahawa
  • 8. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 8 isu utama graduan tidak mendapat tempat di pasaran kerja adalah kelemahan kemahiran insaniah. Kerajaan juga telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar bagi memastikan institusi pengajian dapat melaksanakan program yang mampu melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Memetik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam Rancangan Malaysia ke-11, penilaian sama ada maju atau mundurnya sesebuah negara bergantung kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompentensi dan kemahiran insaniah. Ini menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan sangat menekankan aspek kemahiran insaniah dalam melahirkan modal insan kelas pertama kerana modal insan merupakan sumber penting bagi pembangunan negara. Institusi pengajian telah menggalaskan amanat dari kerajaan untuk membantu mahasiswa menguasai kemahiran insaniah. Institusi pengajian tidak kira awam atau swasta sangat menitikberatkan kemahiran insaniah agar setiap graduan yang dilahirkan adalah bermutu tinggi sesuai dengan kehendak majikan. Pelbagai program dan strategi dilakukan bagi membantu mahasiswa. Penerapan kemahiran insaniah tidak hanya tertumpu dalam bidang akademik, malah kemahiran insaniah juga dipupuk dalam kokurikulum dan program- program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian. Setiap jabatan, fakulti dan kolej kediaman di institusi pengajian bertindak sebagai agen pelaksana. Kemahiran insaniah perlu dilaksanakan secara berterusan dan perlu ditambah baik dari semasa ke semasa seiring dengan perubahan zaman. Setelah perlaksanaan kemahiran insaniah dijalankan, pihak institusi perlu menjalankan penaksiran secara menyeluruh dan memberi penilaian sama ada penerapan kemahiran insaniah ke atas diri mahasiswa berkesan atau sebaliknya. Sekiranya berkesan, maka program seumpamanya perlu dijalankan dengan lebih kerap, namun sekiranya tidak berkesan program tersebut perlu dihentikan kerana tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Sememangnya setiap pelaburan yang dilakukan perlulah mendatangkan manfaat kepada semua pihak, tetapi jika pelaburan yang dilakukan tidak mendapat sebarang hasil maka rugi untuk diteruskan. Begitulah ibaratnya penerapan kemahiran insaniah kepada pelajar. Program yang mampu menyuntik kemahiran insaniah pelajar harus diteruskan dan program yang tidak mendatangkan faedah harus dihentikan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan institusi pengajian untuk meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa. Namun, usaha-usaha ini tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya mahasiswa tidak mengambil peluang yang dibentangkan kepada mereka. Sebagai seorang pelajar, mahasiswa perlu bijak merebut peluang yang disediakan kerana tidak semua orang berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
  • 9. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 9 Mahasiswa seharusnya mempunyai kesedaran untuk meningkatkan prestasi diri mereka bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga menerusi bidang bukan akademik seperti kokurikulum supaya dapat bersaing di pasaran global. Jadi, mahasiswa perlu mengambil inisiatif yang disediakan oleh pelbagai pihak untuk memajukan diri mereka. Laporan dari International Student Assessnebt (PISA, 2012) telah menyatakan bahawa 1 daripada 5 orang belia di Singapura, Jepun dan Korea Selatan mampu untuk menyelesaikan masalah yang kompleks berbanding dengan hanya 1 daripada 100 orang belia di Malaysia. Ini meletakkan Malaysia di tangga ke 39 daripada 44 buah negara dalam aspek kemahiran dan kemampuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Permasalahan ini dapat diatasi sekiranya mahasiswa negara dapat menguasai kemahiran insaniah kerana dalam kemahiran insaniah telah menggariskan tujuh elemen penting termasuk pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. CABARAN KEMAHIRAN INSANIAH Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa negara namun proses tersebut turut mendapat cabaran dan halangan. Sikap mahasiswa menjadi cabaran utama dalam usaha meningkatkan kemahiran insaniah. Mahasiswa sepertinya kurang kesedaran tentang betapa pentingnya penguasaan kemahiran insaniah. Ini menyebabkan mahasiswa mengambil sikap acuh tak acuh dalam setiap program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian. Sikap mahasiswa ini yang mengakibatkan program-program yang dilaksanakan oleh pihak institusi pengajian kurang mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan. Menurut Yusof (2013), mahasiswa juga tidak tahu untuk mencari info dan maklumat tentang program yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Mahasiswa juga turut mengatakan bahawa, program-program yang dianjurkan tidak menimbulkan minat mereka untuk menyertai program tersebut. Bagi mahasiswa yang tidak aktif, mereka sememangnya tidak berminat untuk menyertai mana- mana program terutamanya yang diluar bidang pengajian mereka dan bercampur dengan mahasiswa dari institusi dan bidang lain. Bagi mereka, program-program tersebut adalah tidak perlu kerana mengikuti kursus pengajian akademik adalah sudah memadai. Ini menunjukkan sikap mahasiswa adalah faktor utama menyebabkan kelemahan kemahiran insaniah mahasiswa. Sepatutnya, mahasiswa bersikap lebih positif dan berfikiran terbuka kerana kemahiran insaniah adalah sangat penting untuk menempuhi alam pekerjaan.
  • 10. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 10 Selain itu, kekurangan maklumat dan informasi tentang program kemahiran insaniah yang dilaksanakan turut menjadi satu cabaran dan halangan. Rungutan dari mahasiswa tentang program yang dianjurkan tidak dihebahkan secara terus kepada mahasiswa. Program yang dianjurkan kepada mahasiswa sepatutnya disebarkan secara meluas melalui perantara yang bersesuaian dengan mahasiswa seperti e-mel, khidmat pesanan ringkas dan sebagainya. Ini membolehkan mahasiswa mengetahui info terkini tentang program yang bersesuaian untuk mahasiswa ikuti. Sekiranya tidak dihebahkan secara berkesan, maka program yang dijalankan kurang mendapat sambutan. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, penerapan kemahiran insaniah adalah sangat penting dan perlu dijalankan secara berterusan agar graduan yang dilahirkan mampu berdaya saing dalam pasaran kerja. Setiap elemen dalam kemahiran insaniah perlu dilaksanakan secara terperinci agar mahasiswa dapat menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Penerapan kemahiran insaniah ini tidak hanya tertumpu dalam bidang akademik sahaja, malah perlu diterap juga bersama program-program yang dilaksanakan yang melibatkan penglibatan mahasiswa. Dengan terlaksannya pelbagai pendekatan untuk membantu meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa, isu pengangguran dalam kalangan mahasiswa dapat ditangani dan mahasiswa juga lebih yakin untuk menempuh cabaran yang bakal dilalui setelah tamat pengajian. Kerajaan, institusi pengajian, penganjur program dan mahasiswa perlu bersama- sama membantu mahasiswa mengukuhkan lagi kemahiran insaniah agar mahasiswa dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka.
  • 11. Penulisan Akademik 1: Kertas Konsep Seminar 2 11 RUJUKAN Ahmad Esa, Suhaili Padil & Asri Selamat. 2013. Kemahiran insaniah dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada program kejuruteraan di politeknik Malaysia. Jurnal Kajian Pendidikan. 3 (2): 139-150. Ahmad, Baharom, Berhanuddin & Fauzianna. 2008. Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Melalui Pembelajaran Koperatif : Tinjauan Di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Segamat. Universiti Teknologi Malaysia. Hazilah Mohd Amin, Johari Jaafar, Zaihosnita Hood, Saidah Saad & Hamizah Mohd Amin. 2013. Kemahiran insaniah pelajar prasiswazah: Analisis perbezaan jantina. Jurnal Teknologi. 61 (1): 19-25. Kerajaan Malaysia. 2015. Rancangan Malaysia Ke-11. Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Mohd Zaki Kamsah, Mohd Salleh & Wahid Razzaly. 2008. Penerapan kemahiran insaniah (KI) kepada pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di IPTA. Prosiding SKIKS 08. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 491-502. Muhamad Rahimi Osman. 2010. Peranan Kursus Pengajian Umum dalam pembangunan kemahiran insaniah: Pengalaman UITM. SEA Journal of General Studies. 1: 49-61. Nawawi Jusoh, Ahmad Esa, Mohd Fadel Alwi & Kamaruddin Khalid. 2013. Keusahawanan membangunkan kemahiran insaniah. Batu Pahat: Penerbitan UTHM. Nor Hartini. 2013. Penerapan kemahiran insaniah tangani graduan menganggur. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 14 Mac 2013. Wan Robiah, Wan Sofiah & Wan Adnawani. 2008. Penerapan kemahiran insaniah: Sikap pelajar mengenai penguasaan bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. Segamat. Universiti Teknologi Malaysia.