SlideShare a Scribd company logo
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut
Wilayah antara Tahun 2005-2013
Nurfarahin Binti Che Mohamad Ilias (P79056)
Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014)
Prof Madya Dr. Muhammad Hussin
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia
Abstrak
Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah eksport negara serta
menjadi penyumbang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dalam
tempoh Rancangan Malaysia Keseupuluh (RMKe-10), 2011-2015 juga menunjukkan sektor
pembuatan mencatatkan prestasi yang amat menggalakkan. Pada tahun 2015, sektor ini telah
menyumbang sebanyak 23% atau RM243.9 billion dengan prestasi pertumbuhan yang positif
iaitu pada kadar purata 4.8%. Menjelang tahun 2020, sektor pembuatan dijangka akan
menyumbang sebanyak 22.1% kepada KDNK negara serta disasarkan berkembang pada kadar
tahunan purata 5.1% dalam tempoh RMKe-11. Kebanyakan sub sektor utama dalam sektor
pembuatan menunjukkan pertumbuhan positif dalam KDNK dan eksport negara. Secara
keseluruhannya sektor pembuatan dibantu oleh sumbangan sektor-sektor pembuatan daripada
setiap negeri di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh mana
sektor pembuatan dalam setiap negeri di Malaysia memberi sumbangan kepada KDNK
negara. Malah kajian ini juga akan melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan
mengikut wilayah terhadap KDNK negara. Setiap negeri di Malaysia di kelaskan mengikut
wilayah di mana wilayah utara ( Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak), wilayah selatan
(Johor bahru), wilayah tengah (Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur), wilayah timur ( Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta negeri luar
semenanjung (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Kajian ini menggunakan
model regresi berganda dan hasil kajian menunjukkan bahawa wilayah tengah mempunyai
hubungan yang signifikan terhadap KDNK negara manakala wilayah lain tidak mempunyai
hubungan yang signifikan secara lansung kepada KDNK negara.
Katakunci: KDNK, eksport, pembuatan, wilayah, model
Pengenalan
Sektor pembuatan merupakan salah satu sektor kedua terbesar yang menyumbang kepada
jumlah eksport dan pendapatan negara selepas sektor perkhidmatan. Sektor pembuatan ini
sangat penting kerana melibatkan penghasilan barang dan perkhidmatan yang menjadi
penggerak ekonomi negara. Dalam RMK-10, sektor pembuatan telah menunjukkan prestasi
yang sangat menggalakkan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.
Pertumbuhan dalam sektor pembuatan ini disokong oleh peningkatan inovasi, dan
produktiviti, modal insan berkemahiran dan pengantarabangsaan. Saban tahun, produk
pembuatan Malaysia terus mendapat sambutan dan menguasai eksport negara iaitu sebanyak
81.8 peratus pada tahun ini.
Kelembapan ekonomi yang melanda dunia pada tahun 2012, tidak menjejaskan
pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia kerana beberapa faktor iaitu permintaan tinggi
daripada negara ASEAN, peningkatan permintaan dari Kesatuan Eropah (EU) dan
peningkatan import daripada rakan FTA. Dalam RMK-10, sektor pembuatan mencatatkan
prestasi pertumbuhan yang baik iaitu 4.8 peratus atau RM 1,111 bilion dalam tempoh 2010-
2015 dan disasarkan meningkat kepada RM1,417 bilion dalam RMK-11. Pertumbuhan sektor
pembuatan ini telah menyumbang sebanyak 23 peratus pada tahun 2015 di mana sumbangan
terbesar ialah dari sub sektor pembuatan elektrik dan elektronik serta kimia. Penggunaan
aplikasi baharu untuk produk semikonduktor dalam pendigitalan, mobiliti, ketersambungan,
kecekapan tenaga dan peminiaturan telah menggalakkan nilai ditambah sub sektor elektrik
dan elektronik dari tahun 2011 hingga 2015. Manakala, subsektor kimia berkembang kerana
berlaku peningkatan permintaan dalam industri automotif, elektrik dan elektronik,
farmaseutikal dan pembinaan. Dalam tempoh 2011-2014, pelaburan sektor pembuatan ialah
sebanyak RM159.1 bilion atau 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah pelaburan. Sebanyak
42.8 peratus pelaburan tersebut terdiri daripada pelaburan langsung domestik (DDI) dan 57.2
peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI). Kepesatan pertumbuhan sektor pembuatan
telah membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia sebanyak 431,000
pekerjaan atau 23.6 peratus yang terdiri daripada beberapa kategori iaitu pengurusan, teknikal
dan penyeliaan serta pekerja mahir. Dengan ini menjadikan jumlah pekerja dalam sektor
pembuatan di Malaysia pada tahun 2015 adalah sebanyak 2.4 juta orang atau 18 peratus
daripada jumlah guna tenaga secara keseluruhan.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang telah dibentangkan pada tahun 2015, kerajaan
sangat komited untuk memberi tumpuan kepada aktiviti sektor pembuatan yang bernilai tinggi
bagi memperoleh nilai ditambah domestik yang lebih tinggi, mengeluarkan kepelbagaian
produk yang lebih kompleks dan mencipta pekerjaan yang boleh memberikan upah yang
tinggi dalam tiga sub sektor pemangkin iaitu kimia, elektrik dan elektronik serta mesin dan
peralatan. Penekanan akan diberikan kepada produk yang dihasilkan oleh Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) agar lebih berkualiti supaya dapat dipasarkan dengan lebih meluas dan
menembusi pasaran baharu menerusi AEC dan FTA. Strategi yang dirancang akan
dilaksanakan bagi mentransformasi sektor pembuatan dalam RMK-11 yang akan bermula
pada tahun 2016 hingga 2020 yang merangkumi lima bidang fokus dasar iaitu mengeluarkan
produk yang kompleks dan pelbagai, meningkatkan produktiviti melalui automasi,
menggalakkan pertumbuhan berasaskan inovasi, memperkukuh pemboleh pertumbuhan dan
melonjakkan pengantarabangsaan. RMK-11 dijangka akan memperlihatkan perkembangan
dalam sektor pembuatan sebanyak 5.1 peratus melalui sumbangan sub sektor berorientasikan
dalam negeri yang juga dijangka meningkat sebanyak 4.4 peratus setahun.
Sektor pembuatan di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua industri iaitu industri
berasaskan sumber dan industri berasaskan bukan sumber. Industri berasaskan sumber terdiri
daripada industri petrokimia, industri farmaseutikal, industri berasaskan kayu, industri
berasaskan getah, industri berasaskan kelapa sawit dan industri pemprosesan makanan.
Manakala bagi industri bukan berasaskan sumber merangkumi industri elektrik dan
elektronik, industri peralatan perubatan, industri tekstil dan pakaian, industri jentera dan
kelengkapan, industri logam, dan juga industri kelengkapan pengangkutan. Kesemua 12
industri ini disasarkan untuk peningkatan pembangunan dan promosi dalam Pelan Induk
Perindustrian Ketiga (IMP3).
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang akhir dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran sesebuah negara dalam tempoh satu
tahun. KDNK tidak mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh rakyat tempatan yang
berada diluar negara tetapi mengambil kira sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor
asing di dalam negara. Jadi, dalam kajian ini, pengkaji memilih sektor pembuatan bagi
melihat sejauh mana sektor pembuatan dalam setiap negeri di Malaysia memberi sumbangan
kepada KDNK negara serta melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut
wilayah terhadap KDNK negara. Pengkaji memilih sektor pembuatan kerana sektor
pembuatan merupakan penyumbang kedua terbesar KDNK Malaysia. Sumbangan dan kesan
sektor pembuatan dilihat mengikut wilayah dan pengkaji telah mengelaskan negeri-negeri di
Malaysia kepada beberapa wilayah iaitu wilayah Utara, Selatan, Timur, Tengah dan Luar
Semenanjung.
Rajah1: Sumbangan Sektor Pembuatan Mengikut Wilayah di Malaysia dari Tahun
2005-3013 (RM Juta)
TAHUN UTARA SELATAN TENGAH TIMUR LUAR
SEMENANJUNG
2005 33 588 19 314 63 678 13 445 19 731
2006 38 013 20 066 66 398 14 826 21 577
2007 39 759 20 663 67 164 15 349 22 947
2008 40 259 20 028 69 032 15 350 22 477
2009 33 745 17 650 65 368 14 181 21 207
2010 37 753 21 037 74 676 14 805 21 989
2011 39 528 21 995 78 183 15 130 23 399
2012 41 273 23 336 82 507 16 020 23 614
2013 42 800 24 405 85 090 16 659 24 282
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015)
Sektor pembuatan di Malaysia meningkat saban tahun kerana sumbangan dari
wilayah-wilayah yang terdapat di negara ini iaitu wilayah Utara, Selatan, Tengah, Timur dan
Luar Semenanjung. Berdasarkan rajah 1, walaupun berlaku peningkatan dan penyumbang
kedua terbesar kepada KDNK negara, sektor pembuatan dilihat lebih tertumpu kepada
wilayah tertentu sahaja seperti wilayah Tengah yang terdiri daripada negeri Melaka, Negeri
Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wilayah Tengah yang terdiri
dari negeri-negeri yang berkembang pesat seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur banyak membantu dalam memberi sumbangan yang menggalakkan kepada
pertumbuhan KDNK negara. Tambahan pula, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
merupakan ibu negara Malaysia dan terdapat pelabuhan penting iaitu Pelabuhan Klang bagi
sektor urusan perdagangan.
Wilayah Selatan yang hanya terdiri daripada negeri Johor turut memberi sumbangan
yang besar dalam sektor pembuatan kerana faktor pembangunan dan kepesatan yang
melimpah dari negara jiran iaitu Singapura yang merupakan sebuah negara maju. Begitu juga
dengan Wilayah di Utara yang terdiri daripada beberapa buah negeri seperti Perak, Kedah,
Pulau Pinang dan Perlis turut memberi sumbangan yang memberansangkan dalam sektor
pembuatan kepada KDNK negara. Sebaliknya, bagi wilayah Timur dan Luar Semenanjung
dilihat disisihkan walaupun turut memberi sumbangan kepada sektor pembuatan di Malaysia.
Hal ini kerana, negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan
Labuan tidak banyak mempunyai kilang berasaskan pembuatan.
Jadi, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sumbangan sektor pembuatan
mengikut wilayah kepada KDNK Malaysia dari tahun 2005 hingga 2013 selain daripada
mengenal pasti faktor dan kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap
KDNK negara.
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015)
Berdasarkan diagram di atas menunjukkan trend sumbangan sektor pembuatan yang semakin
meningkat saban tahun dari 2005 hingga 2013. Hanya pada 2008 sumbangan sektor
pembuatan mengalami sedikit penurunan kerana berlaku krisis ekonomi dunia. Sumbangan
sektor pembuatan yang merosot telah menjejaskan KDNK negara. Kemelesetan ekonomi
yang mula melanda dunia pada tahun 2008 telah memberi kesan yang serius kepada sektor
pembuatan Malaysia dan pendapatan negara pada tahun 2009. Namun, setelah ekonomi dunia
pulih, sektor pembuatan di Malaysia mula meningkat secara berterusan dari tahun 2010
33588 38013 39759 40259 33745 37753 39528 41273 42800
19314 20066 20663 20028 17650 21037 21995 23336 24405
63678 66398 67164 69032
65368
74676 78183 82507 85090
13445 14826 15349 15350
14181
14805 15130 16020 16659
19731
21577 22947 22477
21207
21989 23399 23614 24282
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013
TREND SUMBANGAN SEKTOR
PEMBUATAN DI MALAYSIA (2005-2013)
UTARA SELATAN TENGAH TIMUR LUAR SEMENANJUNG
hingga 201. Usaha murni pihak kerajaan dengan kerjasama sektor swasta telah merancakkan
kembali sektor pembuatan sebagai sektor kedua terpenting kepada negara.
Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini ialah seperti berikut:
1. Melihat wilayah yang menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara dalam sektor
pembuatan di Malaysia.
2. Mengenal pasti faktor-faktor penyumbang sektor pembuatan kepada KDNK negara di
Malaysia.
3. Melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK
negara.
Persoalan Kajian
Antara persoalan yang diharap dapat menjawab kajian ini ialah seperti berikut:
1. Wilayah manakah yang menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara dalam
sektor pembuatan di Malaysia?
2. Apakah faktor-faktor penyumbang sektor pembuatan kepada KDNK negara di Malaysia?
3. Apakah kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK
negara?
Kajian Literatur
Di Malaysia, kerajaan sangat memberi penekanan kepada sektor pembuatan kerana sektor ini
penting dan banyak memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini terbukti
dengan pelbagai inisiatif perancangan dan statergi dirangka bagi meningkatkan lagi
sumbangan sektor pembuatan di negara ini seperti Pelan Induk Perundustrian, Rancangan
Malaysia jangka pendek dan jangka panjang, perbelanjaan bajet tahunan negara dan
sebagainya. Menurut Kaldor (1967), sektor pembuatan berperanan penting sebagai agen
pertumbuhan dalam proses pembangunan sesebuah negara. Bukan sahaja Kaldor, bahkan
beberapa ahli ekonomi yang lain seperti Hirschman (1958), Rostow (1960) dan Solow (1970)
turut menyatakan kepentingan sektor pembuatan sebagai agen pertumbuhan ekonomi negara.
Negara yang menekankan sektor pembuatan akan mendapat faedah yang besar kepada
negara kerana sektor pembuatan mampu memacu pendapatan negara ke arah yang lebih baik
seperti yang dilaporkan oleh Leon-Ledesma (2000), McCoy (1998) dan McNamara (1998)
dalam kajian yang dilakukan terhadap negara Sepanyol, Indiana dan Amerika Syarikat. Selain
daripada dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, mereka turut
melaporkan bahawa sektor pembuatan berkepentingan dalam membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat dalam sesebuah negara dan berupaya memberikan kadar upah tinggi kepada
pekerja. Namun sebaliknya berlaku di India, Rajin dan Gupta (2008) mengatakan bahawa
kemasukan tenaga buruh adalah rendah kerana kejatuhan dalam intensiti buruh dalam sektor
pembuatan.
Methodologi
Kajian ini menggunakan data KDNK sektor pembuatan di Malaysia dari tahun 2005 hingga
tahun 2013 yang telah dikategorikan kepada 5 wilayah iaitu wilayah Utara (Perlis, Pulau
Pinang, Kedah dan Perak), Selatan (Johor), Timur, Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) dan Luar Semenanjung (Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan).
Data adalah berbentuk data siri masa dan diperoleh dari sumber sekunder iaitu dari
laporan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia yang kemudiannya
dianalisis menggunakan SPSS. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah KDNK
negara dan pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah KDNK sektor pembuatan
mengikut wilayah Utara, Selatan, Timur, Tengah dan Luar Semenanjung. Model Regresi
Ganda digunakan bagi tujuan analisis SPSS. Regresi ialah proses meramalkan nilai suatu
pemboleh ubah berdasarkan nilai pemboleh ubah yang lain. Jadi, pengkaji menggunakan
model regresi ganda kerana pengkaji berminat untuk mengetahui hubungan antara pembleh
ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar dengan mengenalpasti kekuatan hubungan
dan melihat sama ada hubungan antara pemboleh ubah adalah berhubung secara positif atau
negatif.
Model regresi ganda ini akan diperjelaskan secara lebih lanjut dalam dapatan kajian di
mana akan melihat terdapat hubungan yang signifikan atau tidak hubungan antara pemboleh
ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas dalam kajian ini setelah diaplikasikan dalam SPSS.
Dalam kajian ini, pemboleh ubah bersandar ialah jumlah KDNK negara dan pemboleh ubah
bebas ialah KDNK sektor pembuatan mengikut wilayah (utara, selatan, tengah, timur dan luar
semenanjung).
Ŷ = b1X1 + b2X2 + b3X3 + b4X4 + b5X5 + b6X6 + α
dengan,
Ŷ : Jumlah KDNK negara (Pendapatan Negara)
b : Kecerunan garisan setiap faktor
α : Ralat
X1 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Utara
X2 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Selatan
X3 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Tengah
X4 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Timur
X5 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Luar Semenanjung
Rumus di atas menunjukkan b1, b2, b3, b4, b5, b6 merupakan parameter yang hendak
dianggarkan daripada sampel yang mengandungi data tentang X1, X2, X3 , X4, X5, X6
(pemboleh ubah bebas). Manakala Ŷ yang hendak diramal
Dapatan Kajian
Untuk bahagian ini, kesemua pembolehubah bebas diuji untuk mengetahui sama ada
pembolehubah berkenaan mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu KDNK atau
sebaliknya. Berdasarkan output SPSS, hasil penganggaran persamaan regresi dapat
dirumuskan dalam persamaan seperti berikut:
KDNK = - 253823.84 – 6.538 utara – 20.204 selatan + 12.157 tengah + 28.796 timur
+ 12.161 luar semenanjung
Keputusan regresi linear ini menunjukkan nilai pekali penentu regresi (R²) bagi model
ini adalah bersamaan 0.99. Ini menunjukkan bahawa sebanyak 99 peratus daripada variasi
yang berlaku dalam KDNK dapat diterangkan oleh pembolehubah bebas iaitu wilayah utara,
tengah, selatan, timur dan luar semenanjung. Interpretasi berkenaan hubungan antara
pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bebas boleh dibuat berdasarkan hasil
penganggaran persamaan regresi. Contohnya pembolehubah bagi wilayah tengah, timur dan
luar semanjung berhubungan positif dengan KDNK. Sementara bagi wilayah utara dan selatan
menunjukkan hubungan negatif dengan KDNK negara. Ini bermakna peningkatan 1% dalam
sumbangan sektor pembuatan di wilayah tengah akan menyebabkan KDNK negara meningkat
sebanyak 12.16%. Bagi wilayah timur pula, peningkatan 1% dalam sumbangan sektor
pembuatan turut menyebabkan KDNK negara meningkat sebanyak 28.80% dengan
mengambil kira pembolehubah wilayah lain. Luar semenanjung juga menunjukkan
peningkatan 1% dalam sumbangan sektor pembuatan akan meningkatkan KDNK negara
sebanyak 12.16% dengan mengandaikan pembolehubah lain adalah konstan. Hanya wilayah
utara dan selatan berhubungan negatif dengan KDNK. Melalui kesignifikan model pula dapat
dilihat bahawa hanya satu pembolehubah yang signifikan dalam mempengaruhi KDNK iaitu
wilayah tengah (0.008) pada aras keertian 5 peratus (rujuk jadual 1). Secara jelasnya
menunjukkan bahawa negeri dalam wilayah tengah memainkan peranan penting dalam
meningkatkan prestasi KDNK di Malaysia.
Jadual 1: Hasil Penganggaran Persamaan Regresi
Pembolehubah Statistik-t Kebarangkalian
Konstan -2.595 0.081
Utara -1.055 0.369
Selatan -2.556 0.083
Tengah 6.270 0.008
Timur 1.515 0.227
Luar semenanjung 1.087 0.357
R² = 0.993 Ȓ² = 0.982 DW = 2.565
Berdasarkan kepada nilai F statistik, model dalam menentukan sumbangan sektor pembuatan
kepada KDNK negara yang dikaji secara umumnya adalah signifikan dan boleh diterima.
Nilai F statistik persamaan adalah 85.93 dan model ini didapati signifikan pada aras keertian 5
peratus. Ini menunjukkan bahawa keseluruhan model yang dibentuk adalah baik.
Perbincangan Dapatan Kajian
Wilayah tengah memberi pengaruh positif terhadap KDNK negara. Wilayah tengah terdiri
daripada negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2014 Selangor dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur merupakan negeri yang memberi sumbangan tertinggi terhadap KDNK
negara. Sumbangan pertumbuhan ekonomi Selangor dalam KDNK negara pada tahun 2014
adalah sebanyak 22.4 peratus. Kemudian diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
sebanyak 15.1 peratus. Dalam sektor pembuatan, Selangor menyumbang sebanyak 28.8
peratus. Seperti yang diketahui umum, Selangor merupakan salah sebuah negeri yang terlibat
dengan pelbagai subsektor pembuatan. Sumbangan sektor pembuatan yang signifikan ini
didorong oleh permintaan yang tinggi ke atas produk elektrik dan elektronik (E&E), produk
kimia serta aktiviti farmaseutikal. Sumbangan tertinggi daripada wilayah tengah ini juga
dibantu oleh Melaka dan Negeri Sembilan yang menunjukkan peningkatan dalam produk
petroleum bertapis.
Antara faktor lain yang menjadikan Selangor sebagai salah sebuah negeri memberi
sumbangan tertinggi kepada KDNK negara adalah disebabkan kedudukan pelabuhan Klang
yang berada di daerah Selangor. Dengan wujudnya pelabuhan akan menarik minat modal-
modal asing untuk masuk ke Malaysia khususnya Selangor. Kedudukan pelabuhan yang
strategik antara laluan kapal dagang antarabangsa menjadikan pelabuhan ini salah satu pusat
singgahan bagi kapal-kapal dagang yang melalui kawasan tersebut. Dengan pengenalan
pelabuhan Klang sebagai zon perdagangan bebas secara tidak lansung lebih menarik banyak
kapal-kapal luar untuk singgah. Oleh yang demikian, pelabuhan Klang menjadi salah satu
nadi dagangan antarabangsa. Pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan utama yang
dikenalpasti sebagai Pusat Muatan Negara untuk kontena tempatan dan serantau. Pelabuhan
akan meraih hasil daripada kapal yang singgah serta kargo yang diproses. Hal ini menjadikan
pelabuhan sebagai salah satu penyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan ekonomi
negara. Secara umumnya, pelabuhan di Malaysia mengendalikan hampir 90 peratus dagangan
negara.
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga merupakan penyumbang
tertinggi dalam sektor perkhidmatan di Malaysia iaitu sebanyak 49.9 peratus. Perkembangan
sektor pembuatan secara tidak lansung membantu sektor perkhidmatan untuk terus
berkembang. Sektor pembuatan menjadi salah satu sektor penting di negeri Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, sektor tersebut memerlukan tenaga
buruh yang ramai. Hal ini secara tidak lansung turut meningkatkan penggunaan guna tenaga
di negeri-negeri tersebut. Seperti yang diketahui umum, Kuala Lumpur dan Selangor
menyediakan banyak peluang pekerjaan disebabkan negeri-negeri tersebut memiliki banyak
kawasan penjanaan ekonomi seperti kawasan perindustrian dan perkhidmatan. Setiap sektor
dalam ekonomi saling berkait rapat antara satu sama lain di dalam penawaran dan permintaan
output. Sebarang suntikan pelaburan ke atas sektor pembuatan ini akan menarik sektor-sektor
lain untuk turut berkembang
Kesimpulan
Sektor pembuatan merupakan sektor penting bagi pembangunan ekonomi Malaysia. Selaras
dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirancang juga jelas menunjukkan
bahawa beberapa sub industri sektor pembuatan berperanan penting sebagai penjana utama
pendapatan negara. Malah proses globalisasi dan liberasasi perdagangan yang berlaku juga
memerlukan firma pembuatan tempatan meningkatkan lagi daya saing bagi menghadapi
persaingan dengan firma asing di pasaran luar mahupun dalam negara.
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa salah satu sumber pendapatan
negara adalah daripada sumbangan sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Setiap negeri di
Malaysia mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam sektor-sektor ekonomi. Antara negeri
yang banyak memberi sumbangan dalam sektor pembuatan adalah Pulau Pinang, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Labuan serta Terengganu. Sektor pembuatan kini menjadi salah satu sektor utama negara
yang memberikan sumbangan tertinggi dalam membantu meningkatkan KDNK negara. Hasil
kajian yang dilakukan menunjukkan wilayah tengah yang terdiri daripada negeri Melaka,
Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur yang paling banyak
menyumbang kepada KDNK negara. Walaupun ekonomi dunia mengalami kelembapan pada
tahun 2012, sektor pembuatan mengalami pertumbuhan positif disebabkan beberapa faktor
iaitu permintaan yang tinggi daripada negara ASEAN, peningkatan permintaan daripada
Kesatuan Eropah (EU) khususnya Belgium, Jerman, Itali, Belanda dan Poland serta
peningkatan import daripada rakan FTA seperti Australia, Chile, China, New Zealand dan
Republik Korea.
Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam
mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada
negara berpendapatan tinggi. Pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun,
menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi diperlukan bagi mencapai daya
saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi berasaskan inovasi. Globalisasi telah
meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara yang mempunyai upah, suasana
bekerja dan kualiti hidup yang lebih baik. Berdasarkan Laporan World Bank (2011), masalah
brain drain yang dihadapi oleh Malaysia semakin membimbangkan. Bagi mengatasi masalah
ini, Malaysia perlu berusaha mengekalkan modal insan tempatan yang berkepakaran tinggi
melalui pemberian gaji yang kompetitif, menjamin prospek kerjaya mereka, memperbaiki
kualiti hidup serta perlaksanaan dasar secara adil dan saksama tanpa mengira etnik.
Selain pendidikan yang berorientasikan akademik, pendidikan teknikal dan latihan
vokasional (TVET) perlu di arusperdanakan. Peluaskan akses kepada pendidikan teknikal dan
latihan vokasional yang berkualiti dijangka dapat mengelakkan masalah ketidakpadanan
(mismatch) berlaku dalam kalangan pekerja. Tambahan pula dengan melibatkan pekerja
dalam TVET, firma akan memperoleh manfaat yang optimum dan menjana produktiviti yang
lebih tinggi. Kerajaan perlu mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk
membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf serta memperluaskan program
tersebut dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan pekerja mereka bagi
memenuhi keperluan sub sektor. Penekanan akan diberikan kepada latihan kemahiran bagi
memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan sub sektor,
meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi.
Rujukan
Adofu, Taiga & Tijani. 2015. Manufacturing sector and economic growth in Nigeria (1990-
2013). Donnish Journal of Economics and International Finance. 1 (1): 001-006
Habibah Ahmad, Poo Bee Tin & Ishak Yussof. 2012. Keperluan tenaga manusia sektor
pembuatan di Malaysia. Prosiding PERKEM VII. 2: 1331-1348
Hasmahani Hanipah & Poo Bee Tin. 2012. Guna tenaga dan produktiviti buruh dalam sektor
pembuatan di Malaysia. Prosiding PERKEM VII. 2: 942-958
Hasnah Ali, Sanep Ahmad, Noraziah Ali & Zakimi Ibrahim. 2009. Kepentingan sektor
pembuatan dalam pertumbuhan ekonomi wilayah di Malaysia. Prosiding PERKEM IV.
219-235.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2015
M. A. Loto. 2012. Global economic downturn and the manufacturing sector performance in
the Nigerian economy (A quarterly empirical analysis). Journal Of Emerging Trends
in Economics and Management Sciences (JETEMS). 3 (1): 38-45
Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof & Noorasiah Sulaiman. 2011. Pekerja
berkemahiran tinggi dan produktiviti sektor pembuatan di Malaysia. Prosiding
PERKEM VI. 2:208-318
Mohd Yusof Saari & Zakariah Abdul Rashid. 2008. Kajian input-output wilayah: Aplikasi
dan Analisis di Selangor. Jurnal Ekonomi Malaysia. 42: 23-43.
Tan Beng Ann, Zulridah Mohd Noor & Liew Chei Siang. 2011. Produktiviti pekerja dalam
sektor perkhidmatan terpilih di Malaysia. Prosiding PERKEM VI. 2: 345-354
Rancangan Malaysia Kesembilan 2016-2010.
Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015.
Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.
LAMPIRAN
Model Summary
b
Model R R Square Adjusted R
Square
Std. Error of the
Estimate
1 .997
a
.993 .982 11010.012
a. Predictors: (Constant), LUARSEMENANJUNG, SELATAN,
TENGAH, TIMUR, UTARA
b. Dependent Variable: KDNKBENAR
ANOVA
a
Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.
1
Regression
52081120805.2
31
5
10416224161.0
46
85.928 .002
b
Residual 363661070.769 3 121220356.923
Total
52444781876.0
00
8
a. Dependent Variable: KDNKBENAR
b. Predictors: (Constant), LUARSEMENANJUNG, SELATAN, TENGAH, TIMUR, UTARA
Coefficients
a
Model Unstandardized Coefficients Standardized
Coefficients
t Sig.
B Std. Error Beta
1
(Constant) -253823.836 97797.052 -2.595 .081
UTARA -6.538 6.195 -.254 -1.055 .369
SELATAN -20.204 7.904 -.514 -2.556 .083
TENGAH 12.157 1.939 1.190 6.270 .008
TIMUR 28.796 19.009 .336 1.515 .227
LUARSEMENANJUNG 12.161 11.187 .210 1.087 .357
a. Dependent Variable: KDNKBENAR
Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun 2005-2013

More Related Content

What's hot

Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem
Aktiviti manusia yang mengancam ekosistemAktiviti manusia yang mengancam ekosistem
Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem
NoorHanaMohdKhazali1
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Naznur Farahani Md Yusof
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
NUR HUMAIRAH AMIRA
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
Meera Zaheed
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerharalhaj
 
Segi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpmSegi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpm
sakiminie
 
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusiaBab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Asmawi Abdullah
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
Asmawi Abdullah
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
Lim Willy
 
Bab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan airBab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan air
Asmawi Abdullah
 
Peningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaPeningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaLOGHA ANBARASU
 
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESAKuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Asmawi Abdullah
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Nur Az
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
Asmawi Abdullah
 
Kerjasama serantau
Kerjasama serantauKerjasama serantau
Kerjasama serantau
Kamilah Kam
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 
Pragmantik STPM
Pragmantik STPMPragmantik STPM
Pragmantik STPM
yenchuxx
 
Transformasi Desa
Transformasi DesaTransformasi Desa
Transformasi Desa
cikgu_rashid
 

What's hot (20)

BAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
BAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASINGBAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
BAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
 
Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem
Aktiviti manusia yang mengancam ekosistemAktiviti manusia yang mengancam ekosistem
Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primer
 
Segi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpmSegi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpm
 
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusiaBab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
Bab 12 kaitan sistem hidrologi dengan manusia
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
Bab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan airBab 11 imbangan air
Bab 11 imbangan air
 
Peningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaPeningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utama
 
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESAKuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
 
Kerjasama serantau
Kerjasama serantauKerjasama serantau
Kerjasama serantau
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
 
Pragmantik STPM
Pragmantik STPMPragmantik STPM
Pragmantik STPM
 
Transformasi Desa
Transformasi DesaTransformasi Desa
Transformasi Desa
 

Similar to Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun 2005-2013

Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi EkonomiPengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
FallOutBoy14_
 
Tutorial at
Tutorial atTutorial at
Tutorial at
Ceronica Teo
 
Slide bab 13 blog cikgugeog
Slide bab 13 blog cikgugeogSlide bab 13 blog cikgugeog
Slide bab 13 blog cikgugeogAien Razak
 
Geografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar ManusiaGeografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar Manusiatyc5090
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
Nur Az
 
Pbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrulPbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrul
fazrul
 
Dasar sains dan teknologi negara
Dasar sains dan teknologi negaraDasar sains dan teknologi negara
Dasar sains dan teknologi negaraRadhiah Rajimin
 
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.docBAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
uum
 
geo ting 3 bab 11, 12, 13
geo ting 3 bab 11, 12, 13geo ting 3 bab 11, 12, 13
geo ting 3 bab 11, 12, 13
Nurul Izzah
 
Bab 10 Laporan ES.pdf
Bab 10 Laporan ES.pdfBab 10 Laporan ES.pdf
Bab 10 Laporan ES.pdf
AimanudinEESB
 
Pembangunan wilayah
Pembangunan wilayahPembangunan wilayah
Pembangunan wilayah
Sahrom Md Amin
 
Dasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasionalDasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasionalMis Sem
 
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docxAnalisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
LaiminMatong1
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
faizzuddinz
 
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2) Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2) Arwendy jaikul
 

Similar to Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun 2005-2013 (20)

Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi EkonomiPengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
 
Tutorial at
Tutorial atTutorial at
Tutorial at
 
Slide bab 13 blog cikgugeog
Slide bab 13 blog cikgugeogSlide bab 13 blog cikgugeog
Slide bab 13 blog cikgugeog
 
Power Point Eko
Power Point EkoPower Point Eko
Power Point Eko
 
Geografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar ManusiaGeografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar Manusia
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
Pbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrulPbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrul
 
Ulbs bm-rmk10
Ulbs bm-rmk10Ulbs bm-rmk10
Ulbs bm-rmk10
 
Dasar sains dan teknologi negara
Dasar sains dan teknologi negaraDasar sains dan teknologi negara
Dasar sains dan teknologi negara
 
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.docBAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
 
geo ting 3 bab 11, 12, 13
geo ting 3 bab 11, 12, 13geo ting 3 bab 11, 12, 13
geo ting 3 bab 11, 12, 13
 
Bab 10 Laporan ES.pdf
Bab 10 Laporan ES.pdfBab 10 Laporan ES.pdf
Bab 10 Laporan ES.pdf
 
Pembangunan wilayah
Pembangunan wilayahPembangunan wilayah
Pembangunan wilayah
 
Dasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasionalDasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasional
 
Pte
PtePte
Pte
 
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docxAnalisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Rmk10
Rmk10Rmk10
Rmk10
 
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2) Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
Dasar sains dan teknologi (pengajian AM sem2)
 

More from FazHani Faz

PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
FazHani Faz
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
FazHani Faz
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
FazHani Faz
 
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARMATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
FazHani Faz
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan KewanganDasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
FazHani Faz
 
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
FazHani Faz
 
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
FazHani Faz
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
FazHani Faz
 
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
FazHani Faz
 
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
FazHani Faz
 
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
FazHani Faz
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
FazHani Faz
 
GURU BERKESAN
 GURU BERKESAN GURU BERKESAN
GURU BERKESAN
FazHani Faz
 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
FazHani Faz
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
FazHani Faz
 

More from FazHani Faz (15)

PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
 
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJARMATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
MATAPELAJARAN SEJARAH DAN PEMUPUKAN JATI DIRI PELAJAR
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan KewanganDasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Pengurusan Kewangan
 
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
RPH MICROTEACHING: ILMU EKONOMI
 
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
Macroteaching: Ilmu Ekonomi (KONSEP KOS MELEPAS & JENIS BARANGAN)
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
 
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
 
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
ANALISIS KOS DAN FAEDAH DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
GURU BERKESAN
 GURU BERKESAN GURU BERKESAN
GURU BERKESAN
 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
 

Recently uploaded

Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdfBelajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
ReezZeano
 
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdfFree Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
OH TEIK BIN
 
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIKFAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
RAJAFARAAZLINABINTIR1
 
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
Nikensa Puryasari
 
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptxLAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
ItaASamat
 
TUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA (A18390).pdf
TUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA (A18390).pdfTUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA (A18390).pdf
TUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA (A18390).pdf
Tacha9
 
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihanUnit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
SEKOLAHJENISKEBANGSA8
 

Recently uploaded (7)

Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdfBelajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
Belajar Menulis Huruf dan Angka untuk Balita.pdf
 
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdfFree Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
Free Trilingual eBook ~ Jataka Tales with Moral Lessons pdf.pdf
 
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIKFAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
FAKTOR KEPELBAGAIAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK
 
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
BILANGAN BULAT DAN BILANGAN ROMAWI [POWER POINT]
 
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptxLAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SEKOLAH .pptx
 
TUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA (A18390).pdf
TUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA (A18390).pdfTUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA (A18390).pdf
TUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA (A18390).pdf
 
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihanUnit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
Unit 1 - Perkaaan KVKV untuk murid pemulihan
 

Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun 2005-2013

  • 1. Sumbangan Sektor Pembuatan Terhadap KDNK Negara Mengikut Wilayah antara Tahun 2005-2013 Nurfarahin Binti Che Mohamad Ilias (P79056) Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Prof Madya Dr. Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia Abstrak Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah eksport negara serta menjadi penyumbang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keseupuluh (RMKe-10), 2011-2015 juga menunjukkan sektor pembuatan mencatatkan prestasi yang amat menggalakkan. Pada tahun 2015, sektor ini telah menyumbang sebanyak 23% atau RM243.9 billion dengan prestasi pertumbuhan yang positif iaitu pada kadar purata 4.8%. Menjelang tahun 2020, sektor pembuatan dijangka akan menyumbang sebanyak 22.1% kepada KDNK negara serta disasarkan berkembang pada kadar tahunan purata 5.1% dalam tempoh RMKe-11. Kebanyakan sub sektor utama dalam sektor pembuatan menunjukkan pertumbuhan positif dalam KDNK dan eksport negara. Secara keseluruhannya sektor pembuatan dibantu oleh sumbangan sektor-sektor pembuatan daripada setiap negeri di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh mana sektor pembuatan dalam setiap negeri di Malaysia memberi sumbangan kepada KDNK negara. Malah kajian ini juga akan melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK negara. Setiap negeri di Malaysia di kelaskan mengikut wilayah di mana wilayah utara ( Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak), wilayah selatan (Johor bahru), wilayah tengah (Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), wilayah timur ( Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta negeri luar semenanjung (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Kajian ini menggunakan model regresi berganda dan hasil kajian menunjukkan bahawa wilayah tengah mempunyai hubungan yang signifikan terhadap KDNK negara manakala wilayah lain tidak mempunyai hubungan yang signifikan secara lansung kepada KDNK negara. Katakunci: KDNK, eksport, pembuatan, wilayah, model Pengenalan Sektor pembuatan merupakan salah satu sektor kedua terbesar yang menyumbang kepada jumlah eksport dan pendapatan negara selepas sektor perkhidmatan. Sektor pembuatan ini sangat penting kerana melibatkan penghasilan barang dan perkhidmatan yang menjadi penggerak ekonomi negara. Dalam RMK-10, sektor pembuatan telah menunjukkan prestasi yang sangat menggalakkan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Pertumbuhan dalam sektor pembuatan ini disokong oleh peningkatan inovasi, dan produktiviti, modal insan berkemahiran dan pengantarabangsaan. Saban tahun, produk pembuatan Malaysia terus mendapat sambutan dan menguasai eksport negara iaitu sebanyak 81.8 peratus pada tahun ini.
  • 2. Kelembapan ekonomi yang melanda dunia pada tahun 2012, tidak menjejaskan pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia kerana beberapa faktor iaitu permintaan tinggi daripada negara ASEAN, peningkatan permintaan dari Kesatuan Eropah (EU) dan peningkatan import daripada rakan FTA. Dalam RMK-10, sektor pembuatan mencatatkan prestasi pertumbuhan yang baik iaitu 4.8 peratus atau RM 1,111 bilion dalam tempoh 2010- 2015 dan disasarkan meningkat kepada RM1,417 bilion dalam RMK-11. Pertumbuhan sektor pembuatan ini telah menyumbang sebanyak 23 peratus pada tahun 2015 di mana sumbangan terbesar ialah dari sub sektor pembuatan elektrik dan elektronik serta kimia. Penggunaan aplikasi baharu untuk produk semikonduktor dalam pendigitalan, mobiliti, ketersambungan, kecekapan tenaga dan peminiaturan telah menggalakkan nilai ditambah sub sektor elektrik dan elektronik dari tahun 2011 hingga 2015. Manakala, subsektor kimia berkembang kerana berlaku peningkatan permintaan dalam industri automotif, elektrik dan elektronik, farmaseutikal dan pembinaan. Dalam tempoh 2011-2014, pelaburan sektor pembuatan ialah sebanyak RM159.1 bilion atau 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah pelaburan. Sebanyak 42.8 peratus pelaburan tersebut terdiri daripada pelaburan langsung domestik (DDI) dan 57.2 peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI). Kepesatan pertumbuhan sektor pembuatan telah membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia sebanyak 431,000 pekerjaan atau 23.6 peratus yang terdiri daripada beberapa kategori iaitu pengurusan, teknikal dan penyeliaan serta pekerja mahir. Dengan ini menjadikan jumlah pekerja dalam sektor pembuatan di Malaysia pada tahun 2015 adalah sebanyak 2.4 juta orang atau 18 peratus daripada jumlah guna tenaga secara keseluruhan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang telah dibentangkan pada tahun 2015, kerajaan sangat komited untuk memberi tumpuan kepada aktiviti sektor pembuatan yang bernilai tinggi bagi memperoleh nilai ditambah domestik yang lebih tinggi, mengeluarkan kepelbagaian produk yang lebih kompleks dan mencipta pekerjaan yang boleh memberikan upah yang tinggi dalam tiga sub sektor pemangkin iaitu kimia, elektrik dan elektronik serta mesin dan peralatan. Penekanan akan diberikan kepada produk yang dihasilkan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar lebih berkualiti supaya dapat dipasarkan dengan lebih meluas dan menembusi pasaran baharu menerusi AEC dan FTA. Strategi yang dirancang akan dilaksanakan bagi mentransformasi sektor pembuatan dalam RMK-11 yang akan bermula pada tahun 2016 hingga 2020 yang merangkumi lima bidang fokus dasar iaitu mengeluarkan produk yang kompleks dan pelbagai, meningkatkan produktiviti melalui automasi, menggalakkan pertumbuhan berasaskan inovasi, memperkukuh pemboleh pertumbuhan dan melonjakkan pengantarabangsaan. RMK-11 dijangka akan memperlihatkan perkembangan dalam sektor pembuatan sebanyak 5.1 peratus melalui sumbangan sub sektor berorientasikan dalam negeri yang juga dijangka meningkat sebanyak 4.4 peratus setahun. Sektor pembuatan di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua industri iaitu industri berasaskan sumber dan industri berasaskan bukan sumber. Industri berasaskan sumber terdiri daripada industri petrokimia, industri farmaseutikal, industri berasaskan kayu, industri berasaskan getah, industri berasaskan kelapa sawit dan industri pemprosesan makanan. Manakala bagi industri bukan berasaskan sumber merangkumi industri elektrik dan elektronik, industri peralatan perubatan, industri tekstil dan pakaian, industri jentera dan kelengkapan, industri logam, dan juga industri kelengkapan pengangkutan. Kesemua 12 industri ini disasarkan untuk peningkatan pembangunan dan promosi dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3).
  • 3. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. KDNK tidak mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh rakyat tempatan yang berada diluar negara tetapi mengambil kira sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing di dalam negara. Jadi, dalam kajian ini, pengkaji memilih sektor pembuatan bagi melihat sejauh mana sektor pembuatan dalam setiap negeri di Malaysia memberi sumbangan kepada KDNK negara serta melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK negara. Pengkaji memilih sektor pembuatan kerana sektor pembuatan merupakan penyumbang kedua terbesar KDNK Malaysia. Sumbangan dan kesan sektor pembuatan dilihat mengikut wilayah dan pengkaji telah mengelaskan negeri-negeri di Malaysia kepada beberapa wilayah iaitu wilayah Utara, Selatan, Timur, Tengah dan Luar Semenanjung. Rajah1: Sumbangan Sektor Pembuatan Mengikut Wilayah di Malaysia dari Tahun 2005-3013 (RM Juta) TAHUN UTARA SELATAN TENGAH TIMUR LUAR SEMENANJUNG 2005 33 588 19 314 63 678 13 445 19 731 2006 38 013 20 066 66 398 14 826 21 577 2007 39 759 20 663 67 164 15 349 22 947 2008 40 259 20 028 69 032 15 350 22 477 2009 33 745 17 650 65 368 14 181 21 207 2010 37 753 21 037 74 676 14 805 21 989 2011 39 528 21 995 78 183 15 130 23 399 2012 41 273 23 336 82 507 16 020 23 614 2013 42 800 24 405 85 090 16 659 24 282 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015) Sektor pembuatan di Malaysia meningkat saban tahun kerana sumbangan dari wilayah-wilayah yang terdapat di negara ini iaitu wilayah Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Luar Semenanjung. Berdasarkan rajah 1, walaupun berlaku peningkatan dan penyumbang kedua terbesar kepada KDNK negara, sektor pembuatan dilihat lebih tertumpu kepada wilayah tertentu sahaja seperti wilayah Tengah yang terdiri daripada negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wilayah Tengah yang terdiri dari negeri-negeri yang berkembang pesat seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur banyak membantu dalam memberi sumbangan yang menggalakkan kepada pertumbuhan KDNK negara. Tambahan pula, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • 4. merupakan ibu negara Malaysia dan terdapat pelabuhan penting iaitu Pelabuhan Klang bagi sektor urusan perdagangan. Wilayah Selatan yang hanya terdiri daripada negeri Johor turut memberi sumbangan yang besar dalam sektor pembuatan kerana faktor pembangunan dan kepesatan yang melimpah dari negara jiran iaitu Singapura yang merupakan sebuah negara maju. Begitu juga dengan Wilayah di Utara yang terdiri daripada beberapa buah negeri seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis turut memberi sumbangan yang memberansangkan dalam sektor pembuatan kepada KDNK negara. Sebaliknya, bagi wilayah Timur dan Luar Semenanjung dilihat disisihkan walaupun turut memberi sumbangan kepada sektor pembuatan di Malaysia. Hal ini kerana, negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan tidak banyak mempunyai kilang berasaskan pembuatan. Jadi, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah kepada KDNK Malaysia dari tahun 2005 hingga 2013 selain daripada mengenal pasti faktor dan kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK negara. (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015) Berdasarkan diagram di atas menunjukkan trend sumbangan sektor pembuatan yang semakin meningkat saban tahun dari 2005 hingga 2013. Hanya pada 2008 sumbangan sektor pembuatan mengalami sedikit penurunan kerana berlaku krisis ekonomi dunia. Sumbangan sektor pembuatan yang merosot telah menjejaskan KDNK negara. Kemelesetan ekonomi yang mula melanda dunia pada tahun 2008 telah memberi kesan yang serius kepada sektor pembuatan Malaysia dan pendapatan negara pada tahun 2009. Namun, setelah ekonomi dunia pulih, sektor pembuatan di Malaysia mula meningkat secara berterusan dari tahun 2010 33588 38013 39759 40259 33745 37753 39528 41273 42800 19314 20066 20663 20028 17650 21037 21995 23336 24405 63678 66398 67164 69032 65368 74676 78183 82507 85090 13445 14826 15349 15350 14181 14805 15130 16020 16659 19731 21577 22947 22477 21207 21989 23399 23614 24282 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 TREND SUMBANGAN SEKTOR PEMBUATAN DI MALAYSIA (2005-2013) UTARA SELATAN TENGAH TIMUR LUAR SEMENANJUNG
  • 5. hingga 201. Usaha murni pihak kerajaan dengan kerjasama sektor swasta telah merancakkan kembali sektor pembuatan sebagai sektor kedua terpenting kepada negara. Objektif Kajian Antara objektif kajian ini ialah seperti berikut: 1. Melihat wilayah yang menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara dalam sektor pembuatan di Malaysia. 2. Mengenal pasti faktor-faktor penyumbang sektor pembuatan kepada KDNK negara di Malaysia. 3. Melihat kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK negara. Persoalan Kajian Antara persoalan yang diharap dapat menjawab kajian ini ialah seperti berikut: 1. Wilayah manakah yang menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara dalam sektor pembuatan di Malaysia? 2. Apakah faktor-faktor penyumbang sektor pembuatan kepada KDNK negara di Malaysia? 3. Apakah kesan-kesan sumbangan sektor pembuatan mengikut wilayah terhadap KDNK negara? Kajian Literatur Di Malaysia, kerajaan sangat memberi penekanan kepada sektor pembuatan kerana sektor ini penting dan banyak memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini terbukti dengan pelbagai inisiatif perancangan dan statergi dirangka bagi meningkatkan lagi sumbangan sektor pembuatan di negara ini seperti Pelan Induk Perundustrian, Rancangan Malaysia jangka pendek dan jangka panjang, perbelanjaan bajet tahunan negara dan sebagainya. Menurut Kaldor (1967), sektor pembuatan berperanan penting sebagai agen pertumbuhan dalam proses pembangunan sesebuah negara. Bukan sahaja Kaldor, bahkan beberapa ahli ekonomi yang lain seperti Hirschman (1958), Rostow (1960) dan Solow (1970) turut menyatakan kepentingan sektor pembuatan sebagai agen pertumbuhan ekonomi negara. Negara yang menekankan sektor pembuatan akan mendapat faedah yang besar kepada negara kerana sektor pembuatan mampu memacu pendapatan negara ke arah yang lebih baik seperti yang dilaporkan oleh Leon-Ledesma (2000), McCoy (1998) dan McNamara (1998) dalam kajian yang dilakukan terhadap negara Sepanyol, Indiana dan Amerika Syarikat. Selain daripada dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, mereka turut melaporkan bahawa sektor pembuatan berkepentingan dalam membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dalam sesebuah negara dan berupaya memberikan kadar upah tinggi kepada pekerja. Namun sebaliknya berlaku di India, Rajin dan Gupta (2008) mengatakan bahawa
  • 6. kemasukan tenaga buruh adalah rendah kerana kejatuhan dalam intensiti buruh dalam sektor pembuatan. Methodologi Kajian ini menggunakan data KDNK sektor pembuatan di Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2013 yang telah dikategorikan kepada 5 wilayah iaitu wilayah Utara (Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak), Selatan (Johor), Timur, Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) dan Luar Semenanjung (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Data adalah berbentuk data siri masa dan diperoleh dari sumber sekunder iaitu dari laporan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia yang kemudiannya dianalisis menggunakan SPSS. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah KDNK negara dan pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah KDNK sektor pembuatan mengikut wilayah Utara, Selatan, Timur, Tengah dan Luar Semenanjung. Model Regresi Ganda digunakan bagi tujuan analisis SPSS. Regresi ialah proses meramalkan nilai suatu pemboleh ubah berdasarkan nilai pemboleh ubah yang lain. Jadi, pengkaji menggunakan model regresi ganda kerana pengkaji berminat untuk mengetahui hubungan antara pembleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar dengan mengenalpasti kekuatan hubungan dan melihat sama ada hubungan antara pemboleh ubah adalah berhubung secara positif atau negatif. Model regresi ganda ini akan diperjelaskan secara lebih lanjut dalam dapatan kajian di mana akan melihat terdapat hubungan yang signifikan atau tidak hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas dalam kajian ini setelah diaplikasikan dalam SPSS. Dalam kajian ini, pemboleh ubah bersandar ialah jumlah KDNK negara dan pemboleh ubah bebas ialah KDNK sektor pembuatan mengikut wilayah (utara, selatan, tengah, timur dan luar semenanjung). Ŷ = b1X1 + b2X2 + b3X3 + b4X4 + b5X5 + b6X6 + α dengan, Ŷ : Jumlah KDNK negara (Pendapatan Negara) b : Kecerunan garisan setiap faktor α : Ralat X1 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Utara X2 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Selatan X3 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Tengah X4 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Timur X5 : KDNK Sektor Pembuatan Wilayah Luar Semenanjung
  • 7. Rumus di atas menunjukkan b1, b2, b3, b4, b5, b6 merupakan parameter yang hendak dianggarkan daripada sampel yang mengandungi data tentang X1, X2, X3 , X4, X5, X6 (pemboleh ubah bebas). Manakala Ŷ yang hendak diramal Dapatan Kajian Untuk bahagian ini, kesemua pembolehubah bebas diuji untuk mengetahui sama ada pembolehubah berkenaan mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu KDNK atau sebaliknya. Berdasarkan output SPSS, hasil penganggaran persamaan regresi dapat dirumuskan dalam persamaan seperti berikut: KDNK = - 253823.84 – 6.538 utara – 20.204 selatan + 12.157 tengah + 28.796 timur + 12.161 luar semenanjung Keputusan regresi linear ini menunjukkan nilai pekali penentu regresi (R²) bagi model ini adalah bersamaan 0.99. Ini menunjukkan bahawa sebanyak 99 peratus daripada variasi yang berlaku dalam KDNK dapat diterangkan oleh pembolehubah bebas iaitu wilayah utara, tengah, selatan, timur dan luar semenanjung. Interpretasi berkenaan hubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bebas boleh dibuat berdasarkan hasil penganggaran persamaan regresi. Contohnya pembolehubah bagi wilayah tengah, timur dan luar semanjung berhubungan positif dengan KDNK. Sementara bagi wilayah utara dan selatan menunjukkan hubungan negatif dengan KDNK negara. Ini bermakna peningkatan 1% dalam sumbangan sektor pembuatan di wilayah tengah akan menyebabkan KDNK negara meningkat sebanyak 12.16%. Bagi wilayah timur pula, peningkatan 1% dalam sumbangan sektor pembuatan turut menyebabkan KDNK negara meningkat sebanyak 28.80% dengan mengambil kira pembolehubah wilayah lain. Luar semenanjung juga menunjukkan peningkatan 1% dalam sumbangan sektor pembuatan akan meningkatkan KDNK negara sebanyak 12.16% dengan mengandaikan pembolehubah lain adalah konstan. Hanya wilayah utara dan selatan berhubungan negatif dengan KDNK. Melalui kesignifikan model pula dapat dilihat bahawa hanya satu pembolehubah yang signifikan dalam mempengaruhi KDNK iaitu wilayah tengah (0.008) pada aras keertian 5 peratus (rujuk jadual 1). Secara jelasnya menunjukkan bahawa negeri dalam wilayah tengah memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi KDNK di Malaysia.
  • 8. Jadual 1: Hasil Penganggaran Persamaan Regresi Pembolehubah Statistik-t Kebarangkalian Konstan -2.595 0.081 Utara -1.055 0.369 Selatan -2.556 0.083 Tengah 6.270 0.008 Timur 1.515 0.227 Luar semenanjung 1.087 0.357 R² = 0.993 Ȓ² = 0.982 DW = 2.565 Berdasarkan kepada nilai F statistik, model dalam menentukan sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK negara yang dikaji secara umumnya adalah signifikan dan boleh diterima. Nilai F statistik persamaan adalah 85.93 dan model ini didapati signifikan pada aras keertian 5 peratus. Ini menunjukkan bahawa keseluruhan model yang dibentuk adalah baik. Perbincangan Dapatan Kajian Wilayah tengah memberi pengaruh positif terhadap KDNK negara. Wilayah tengah terdiri daripada negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2014 Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan negeri yang memberi sumbangan tertinggi terhadap KDNK negara. Sumbangan pertumbuhan ekonomi Selangor dalam KDNK negara pada tahun 2014 adalah sebanyak 22.4 peratus. Kemudian diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 15.1 peratus. Dalam sektor pembuatan, Selangor menyumbang sebanyak 28.8 peratus. Seperti yang diketahui umum, Selangor merupakan salah sebuah negeri yang terlibat dengan pelbagai subsektor pembuatan. Sumbangan sektor pembuatan yang signifikan ini didorong oleh permintaan yang tinggi ke atas produk elektrik dan elektronik (E&E), produk kimia serta aktiviti farmaseutikal. Sumbangan tertinggi daripada wilayah tengah ini juga dibantu oleh Melaka dan Negeri Sembilan yang menunjukkan peningkatan dalam produk petroleum bertapis. Antara faktor lain yang menjadikan Selangor sebagai salah sebuah negeri memberi sumbangan tertinggi kepada KDNK negara adalah disebabkan kedudukan pelabuhan Klang yang berada di daerah Selangor. Dengan wujudnya pelabuhan akan menarik minat modal- modal asing untuk masuk ke Malaysia khususnya Selangor. Kedudukan pelabuhan yang strategik antara laluan kapal dagang antarabangsa menjadikan pelabuhan ini salah satu pusat singgahan bagi kapal-kapal dagang yang melalui kawasan tersebut. Dengan pengenalan pelabuhan Klang sebagai zon perdagangan bebas secara tidak lansung lebih menarik banyak kapal-kapal luar untuk singgah. Oleh yang demikian, pelabuhan Klang menjadi salah satu nadi dagangan antarabangsa. Pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan utama yang dikenalpasti sebagai Pusat Muatan Negara untuk kontena tempatan dan serantau. Pelabuhan akan meraih hasil daripada kapal yang singgah serta kargo yang diproses. Hal ini menjadikan pelabuhan sebagai salah satu penyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan ekonomi negara. Secara umumnya, pelabuhan di Malaysia mengendalikan hampir 90 peratus dagangan negara.
  • 9. Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga merupakan penyumbang tertinggi dalam sektor perkhidmatan di Malaysia iaitu sebanyak 49.9 peratus. Perkembangan sektor pembuatan secara tidak lansung membantu sektor perkhidmatan untuk terus berkembang. Sektor pembuatan menjadi salah satu sektor penting di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, sektor tersebut memerlukan tenaga buruh yang ramai. Hal ini secara tidak lansung turut meningkatkan penggunaan guna tenaga di negeri-negeri tersebut. Seperti yang diketahui umum, Kuala Lumpur dan Selangor menyediakan banyak peluang pekerjaan disebabkan negeri-negeri tersebut memiliki banyak kawasan penjanaan ekonomi seperti kawasan perindustrian dan perkhidmatan. Setiap sektor dalam ekonomi saling berkait rapat antara satu sama lain di dalam penawaran dan permintaan output. Sebarang suntikan pelaburan ke atas sektor pembuatan ini akan menarik sektor-sektor lain untuk turut berkembang Kesimpulan Sektor pembuatan merupakan sektor penting bagi pembangunan ekonomi Malaysia. Selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirancang juga jelas menunjukkan bahawa beberapa sub industri sektor pembuatan berperanan penting sebagai penjana utama pendapatan negara. Malah proses globalisasi dan liberasasi perdagangan yang berlaku juga memerlukan firma pembuatan tempatan meningkatkan lagi daya saing bagi menghadapi persaingan dengan firma asing di pasaran luar mahupun dalam negara. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa salah satu sumber pendapatan negara adalah daripada sumbangan sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Setiap negeri di Malaysia mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam sektor-sektor ekonomi. Antara negeri yang banyak memberi sumbangan dalam sektor pembuatan adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan serta Terengganu. Sektor pembuatan kini menjadi salah satu sektor utama negara yang memberikan sumbangan tertinggi dalam membantu meningkatkan KDNK negara. Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan wilayah tengah yang terdiri daripada negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur yang paling banyak menyumbang kepada KDNK negara. Walaupun ekonomi dunia mengalami kelembapan pada tahun 2012, sektor pembuatan mengalami pertumbuhan positif disebabkan beberapa faktor iaitu permintaan yang tinggi daripada negara ASEAN, peningkatan permintaan daripada Kesatuan Eropah (EU) khususnya Belgium, Jerman, Itali, Belanda dan Poland serta peningkatan import daripada rakan FTA seperti Australia, Chile, China, New Zealand dan Republik Korea. Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi diperlukan bagi mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi berasaskan inovasi. Globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara yang mempunyai upah, suasana bekerja dan kualiti hidup yang lebih baik. Berdasarkan Laporan World Bank (2011), masalah brain drain yang dihadapi oleh Malaysia semakin membimbangkan. Bagi mengatasi masalah ini, Malaysia perlu berusaha mengekalkan modal insan tempatan yang berkepakaran tinggi melalui pemberian gaji yang kompetitif, menjamin prospek kerjaya mereka, memperbaiki kualiti hidup serta perlaksanaan dasar secara adil dan saksama tanpa mengira etnik.
  • 10. Selain pendidikan yang berorientasikan akademik, pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) perlu di arusperdanakan. Peluaskan akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti dijangka dapat mengelakkan masalah ketidakpadanan (mismatch) berlaku dalam kalangan pekerja. Tambahan pula dengan melibatkan pekerja dalam TVET, firma akan memperoleh manfaat yang optimum dan menjana produktiviti yang lebih tinggi. Kerajaan perlu mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf serta memperluaskan program tersebut dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan pekerja mereka bagi memenuhi keperluan sub sektor. Penekanan akan diberikan kepada latihan kemahiran bagi memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan sub sektor, meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi. Rujukan Adofu, Taiga & Tijani. 2015. Manufacturing sector and economic growth in Nigeria (1990- 2013). Donnish Journal of Economics and International Finance. 1 (1): 001-006 Habibah Ahmad, Poo Bee Tin & Ishak Yussof. 2012. Keperluan tenaga manusia sektor pembuatan di Malaysia. Prosiding PERKEM VII. 2: 1331-1348 Hasmahani Hanipah & Poo Bee Tin. 2012. Guna tenaga dan produktiviti buruh dalam sektor pembuatan di Malaysia. Prosiding PERKEM VII. 2: 942-958 Hasnah Ali, Sanep Ahmad, Noraziah Ali & Zakimi Ibrahim. 2009. Kepentingan sektor pembuatan dalam pertumbuhan ekonomi wilayah di Malaysia. Prosiding PERKEM IV. 219-235. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2015 M. A. Loto. 2012. Global economic downturn and the manufacturing sector performance in the Nigerian economy (A quarterly empirical analysis). Journal Of Emerging Trends in Economics and Management Sciences (JETEMS). 3 (1): 38-45 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof & Noorasiah Sulaiman. 2011. Pekerja berkemahiran tinggi dan produktiviti sektor pembuatan di Malaysia. Prosiding PERKEM VI. 2:208-318 Mohd Yusof Saari & Zakariah Abdul Rashid. 2008. Kajian input-output wilayah: Aplikasi dan Analisis di Selangor. Jurnal Ekonomi Malaysia. 42: 23-43. Tan Beng Ann, Zulridah Mohd Noor & Liew Chei Siang. 2011. Produktiviti pekerja dalam sektor perkhidmatan terpilih di Malaysia. Prosiding PERKEM VI. 2: 345-354 Rancangan Malaysia Kesembilan 2016-2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.
  • 11. LAMPIRAN Model Summary b Model R R Square Adjusted R Square Std. Error of the Estimate 1 .997 a .993 .982 11010.012 a. Predictors: (Constant), LUARSEMENANJUNG, SELATAN, TENGAH, TIMUR, UTARA b. Dependent Variable: KDNKBENAR ANOVA a Model Sum of Squares df Mean Square F Sig. 1 Regression 52081120805.2 31 5 10416224161.0 46 85.928 .002 b Residual 363661070.769 3 121220356.923 Total 52444781876.0 00 8 a. Dependent Variable: KDNKBENAR b. Predictors: (Constant), LUARSEMENANJUNG, SELATAN, TENGAH, TIMUR, UTARA Coefficients a Model Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients t Sig. B Std. Error Beta 1 (Constant) -253823.836 97797.052 -2.595 .081 UTARA -6.538 6.195 -.254 -1.055 .369 SELATAN -20.204 7.904 -.514 -2.556 .083 TENGAH 12.157 1.939 1.190 6.270 .008 TIMUR 28.796 19.009 .336 1.515 .227 LUARSEMENANJUNG 12.161 11.187 .210 1.087 .357 a. Dependent Variable: KDNKBENAR