Dokumen tersebut membahas tentang jenis-jenis kata kerja dalam bahasa Melayu seperti kata kerja transitif, tak transitif, dan kata kerja dengan imbuhan serta contoh-contoh penggunaannya dalam kalimat.
1. KATA KERJA
Kata yang digunakan untuk
menyatakan sesuatu perbuatan.
Dalam sesuatu ayat, kata kerja
berfungsi sebagai predikat.
KATA KERJA TRANSITIF
KATA KERJA TAK TRANSITIF
2. KATA KERJA TRANSITIF
Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek.
Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa
nama.
1. Kerani yang rajin itu sedang menaip surat.
2. Baginda segera memanah haiwan yang ganji itu.
3. Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya pagi tadi.
4. Pegawai polis yang mengabaikan tugasnya telah dipecat.
5. Graham Bell telah mencipta telefon dalam kurun kesembilan
belas.
3. KATA KERJA TRANSITIF
Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek.
Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa
nama.
6. Polis akan mendenda siapa-siapa sahaja yang melanggar
peraturan.
7. Juruhebah yang lincah itu akan menyertai peraduan ratu
cantik.
8. Pak Zubir telah meninggalkan kampung halaman untuk
mempelajari muzik di Singapura.
4. Kata Kerja Tak Transitif
KKTT (tanpa pelengkap) ialah kata kerja
yang boleh berdiri sendiri tanpa objek
atau penyambut.
Semua orang pulang
Adik saya masih tidur.
Padi sedang menguning.
Pemuda itu tersenyum.
Mereka asyik berbual.
5. KATA KERJA TAK TRANSITIF
Kata Kerja Tak Transitif berpelengkap ialah kata kerja
yang tidak memerlukan objek namun boleh hadir unsur
keterangan.
1. Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya
menegurnya.
2. Muhammad Ali akan bertinju dengan Joe Frazier.
3. Mereka akan berbahas dengan pasukan dari Sekolah Kota
4. Air sungai di kampung itu mengalir dengan deras.
5. Pokok itu layu kerana tidak disirami air.
6. Dia tertidur di sofa yang empuk itu kerana terlalu penat
semalam.
6. Kata Kerja boleh
terbentuk melalui proses
imbuhan, sama ada
awalan, akhiran ataupun
apitan.
IMBUHAN
KATA KERJA TAK TRANSITIF
NAMA KERJA TERBITAN
AWALAN AKHIRAN APITAN
bergerak (gerak) pecahkan (pecah) beralaskan (alas)
terjatuh (jatuh) lepaskan (lepas) berguguran (gugur)
menggertak (gertak) tujukan (tuju) mengajarkan (ajar)
7. melaut (laut)
kata nama bersukan (sukan)
sebagai menjalankan (jalan)
kata dasar bersenjatakan (senjata)
menjala (jala)
tertidur (tidur)
kata kerja memperingati (ingat)
sebagai memasukkan (masuk)
kata dasar mengajarkan (ajar)
bekerja (kerja)
memanaskan (panas)
kata sifat menggemari (gemar)
sebagai menghalusi (halus)
kata dasar mempercepatkan (cepat)
menguning (kuning)
8. 1 Secara berkumpulan, bina ayat
daripada senarai kata kerja berikut.
1. timbang 6. memasukkan
2. terperanjat 7. memasuki
3. melancong 8. mengajar
4. tendang 9. beralaskan
5. bertabur 10. memendekkan
9. KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEKS
Kata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpa
komplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya.
Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektif
dan kata kerja juga.
1. Zainudin memanggil pakciknya Encik Dapur.
2. Dia menggelar abangnya orang kaya baru.
3. Orang Kampung itu menganggap Pak Leman ketua.
4. Orang tua saya menyangka saya jahat.
5. Mereka semua menganggap Kamal bodoh.
10. KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEK
Kata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpa
komplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya.
Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektif
dan kata kerja juga.
6. Dia memandang saya hina.
8. Sulaiman mempelawa saya makan.
9. Sultan memerintahkan bendahara beredar.
10. Abang mengajak saya menonton.
11. Ibu menyuruh kakak berkemas.
11. KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP
Kata kerja yang diikuti dengan pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Tanpa
pelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.
1. Penyakit ginjal adiknya beransur pulih.
2. Kehidupan keluarganya bertambah bahagia.
3. Cerita itu bertemakan kasih sayang.
4. Anak Pak Leman tidak berbuat jahat lagi.
5. Kami semua tinggal di Estet Permahan Teck Whye.
12. KATA KERJA TAK TRANSITIF
BERPELENGKAP
Kata kerja yang diikuti dengan pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Tanpa
pelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.
6. Orang tua itu diam di rumah anak tunggalnya.
7. Pelancong Jepun itu menginap di Hotel Bahagia.
8. Abang sulungnya hendak menjadi pegawai bomba.
9. Mereka berbekalkan semangat ketika masuk ke dalam hutan.
10. Nadia menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya.