Puisi ini membahas kecantikan seorang wanita dalam berbagai peran seumur hidupnya, mulai dari gadis remaja hingga warga tua. Tidak hanya terletak pada penampilan fisik, tetapi pada kepribadian yang terbentuk dari kelembutan, kesopanan, kehidupan yang terjaga, serta kebijaksanaan dalam memainkan peran sesuai tahapan usia.
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Cantiknya wanita
1.
2. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman
kosmetik
Tetapi pada keperibadian
terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi
jiwa
3. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus
menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu
mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan
dunia
4. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman
kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat
perwira
Menjadi tunjang perjuangan
syuhada
5. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah
kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
6. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya
dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami
tercinta
7. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi
persengketaan
Menjadi penghibur hati permata
kehidupan
8. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan
anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami
menjalin impian
9. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh
istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara
pada semua
10. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendeta
Menjaring teladan para anbia
kepada anak bangsa
11. Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak
dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah
negara
Menjadi tulang belakang keteguhan
semua
12. Cantiknya seorang wanita itu
sebagai
WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi sentiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar
nasihat
13. Cantiknya wanita itu sebagai
INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi
profesionalis
14. Cantiknya wanita itu sebagai
MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah
di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan
awana