SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
Download to read offline
Garis PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 
(AT401) 
UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI 
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
1 
1.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 
Setiap pelajar di wajibkan menulis satu Laporan Latihan Industri (LLI) yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh PKT. Garis panduan ini perlu di patuhi sepenuhnya dan LLI akan di tolak jika di dapati tidak mematuhi garis panduan yang di tetapkan. Oleh itu setiap pelajar mestilah betul-betul memahami garis panduan ini sebelum memulakan penulisan. Hasil tulisan mestilah asli dan berdasarkan pengalaman pelajar sendiri. 
Laporan Latihan Industri merupakan satu dokumen yang penting kerana: 
mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan; 
menjadi bukti kepada latihan yang telah di ikuti; 
laporan yang baik dan bermutu boleh di gunakan sebagai dokumen sokongan dalam temuduga. 
1.1 TARIKH PENYERAHAN LAPORAN 
Satu salinan laporan hendaklah di serahkan kepada Pegawai Penyelaras UPLI jabatan masing-masing. Tarikh penyerahan laporan akan di umumkan 4 minggu terakhir pelajar sebelum melaporkan diri untuk mengikuti pengajian semester berikutnya. Notis mengenainya akan di paparkan di laman sesawan. Urusan menjilid buku laporan adalah urusan pelajar sendiri. 
1.2 KANDUNGAN KESELURUHAN 
Setiap laporan terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian hadapan, Bahagian Laporan dan Bahagian Belakang. Setiap bahagian mestilah mengikuti ciri-ciri tertentu. Secara amnya kandungan keseluruhan laporan adalah seperti berikut: 
Kulit Laporan 
Judul 
Perakuan 
Dedikasi 
Penghargaan 
Jadual Kandungan 
Senarai Jadual 
Senarai Rajah 
Senarai Lampiran 
BAHAGIAN HADAPAN 
Menggunakan nombor Roman (i, ii, iii, iv …)
2 
BAB I: PENGENALAN 
BAB II: LATAR BELAKANG SYARIKAT 
BAB III: RINGKASAN MINGGUAN 
BAB IV: LAPORAN TEKNIKAL 
BAB V: LAPORAN TEKNIKAL 
BAB VI: LAPORAN TEKNIKAL 
BAB VII: DAPATAN DAN CADANGAN 
BAB VIII: KESIMPULAN 
Rujukan 
Lampiran 
Halaman dedikasi dan penghargaan merupakan perkara- perkara tambahan sahaja (optional) tetapi semua yang lain adalah wajib. Kandungan laporan mestilah mengandungi semua perkara di atas dan mengikut susunan tersebut. 
Bahagian Laporan hendaklah bermula dengan PENGENALAN (BAB I) dan di ikuti dengan bab-bab berikutnya hinggalah KESIMPULAN. Rujukan dan Lampiran tidak di kira sebagai bab. 
1.3 KULIT LAPORAN 
Kulit laporan hendaklah dari jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna kulit hendaklah mengikut warna jabatan. Untuk mengetahui warna tersebut, sila rujuk Papan Kenyataan UPLI. 
BAHAGIAN BELAKANG 
Sekurang- kurangnya 3 BAB Teknikal 
BAHAGIAN LAPORAN 
Menggunakan nombor Arab (1, 2, 3, …)
3 
1.4 FORMAT KULIT 
Format catatan untuk kulit depan laporan di nyatakan dalam LAMPIRAN B. Contoh Format tulang belakang kulit laporan ialah seperti dalam LAMPIRAN C. Format ini tidak boleh di ubah atau di pinda. Saiz kulit ialah yang bersesuaian untuk kertas saiz A4. 
1.5 HALAMAN JUDUL 
Halaman ini mengandungi perkara-perkara berikut: 
Judul Laporan 
Nama Penuh Penulis 
Nombor Pendaftaran 
Kenyataan Laporan 
Contoh halaman judul di tunjukkan dalam LAMPIRAN D 
1.6 HALAMAN PERAKUAN 
Halaman ini memuatkan perakuan pelajar mengenai keaslian laporan ini. Halaman ini mestilah juga di sah dan di tandatangani oleh pegawai atau penyelia Latihan Industri pelajar berkenaan. Contoh halaman perakuan ialah seperti di LAMPIRAN E. 
1.7 HALAMAN DEDIKASI 
Halaman ini boleh di abaikan jika merasa tidak perlu. Halaman ini tidak boleh melebihi 5 baris dan tidak mengandungi rajah, jadual, gambar dan sepertinya. (Rujuk LAMPIRAN F) 
1.8 HALAMAN PENGHARGAAN 
Halaman ini juga boleh di abaikan jika merasa tidak perlu. Ia tidak boleh melebihi satu muka surat. (Rujuk LAMPIRAN G)
4 
1.9 HALAMAN KANDUNGAN 
Halaman ini menyenaraikan seluruh isi kandungan laporan. Muka surat bagi setiap bahagian laporan mestilah di nyatakan dengan tepat supaya memudahkan rujukan bahagian laporan. (Rujuk LAMPIRAN H) 
1.10 SENARAI JADUAL 
Semua jadual yang terdapat dalam laporan mestilah di senaraikan mengikut urutan. Senarai ini mestilah mengandungi nombor jadual, tajuk jadual dan muka surat. Senarai jadual yang di kehendaki di tunjukkan dalam LAMPIRAN I. 
1.11 SENARAI RAJAH 
Rajah adalah merupakan lukisan, gambar foto, graf, peta, sketsa dan carta. Semua rajah mestilah di senaraikan mengikut urutan dan mengandungi nombor rajah, tajuk rajah dan muka surat. (Rujuk LAMPIRAN J) 
1.12 SENARAI LAMPIRAN 
Pada halaman ini disenaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: 
i) Laporan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, data kajian, jadual, contoh soal-selidik, peta, gambar, program komputer dan seabagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran; dan 
ii) Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu.
5 
Jika hendak menyertakan pelan, pastikan pelan di kecilkan terlebih dahulu. Jika tidak, pelan mestilah di jilidkan dalam keadaan yang kemas. (Rujuk Lampiran K) 
1.13 TEKS 
Teks dalam laporan hendaklah mengandungi bab-bab yang diberi judul dan setiap judul hendaklah membayangkan kandungan. Setiap bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab boleh dipecahkan kepada bahagian yang diberi judul kecil. Judul dan judul kecil bab mestilah dinomborkan. 
Teks ditulis perenggan demi perenggan. Seberapa boleh elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya menerangkan satu isu atau perkara dan hendaklah ada kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. 
1.14 PENGENALAN (BAB I) 
Kandungan yang di syorkan ialah: 
Objektif Latihan Industri; Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar; Skop Latihan Industri; Objektif laporan; Cara laporan di susun untuk mencapai objektif laporan 
(Pengenalan mestilah menjelaskan apa yang hendak di sampaikan dalam laporan). 
Contoh Penulisan Bab 1 seperti berikut 
BAB 1: Pengenalan 
1.1 Pendahaluan 
2.2 Objektif Latihan Industri 
2.3 Objektif Laporan 
2.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
6 
1.15 LATAR BELAKANG SYARIKAT (BAB II) 
Latar belakang menceritakan tentang sejarah penubuhan firma; hakmilik; pemegang saham; sistem pentadbiran; carta organisasi; pelanggan, pesaing utama, keluaran (produk); dan lain-lain yang berkaitan. 
(Pelajar di nasihatkan merujuk atau berbincang dengan pegawai firma untuk memastikan ianya bukan maklumat rahsia firma). 
Contoh Penulisan Bab 2 seperti berikut 
BAB 2: Sistem Penjanaan Elektrik 
2.1 Pengenalan Organisasi 
2.2 Latar Belakang Penubuhan Syarikat 
2.3 Alhi Lembaga Pengarah 
2.4 Aktiviti Organisasi 
3.5 Halatuju Organisasi (Misi & Visi) 
3.6 Carta Organisasi 
1.16 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (BAB III) 
Ringkasan aktiviti latihan industri hendaklah ditulis dalam bentuk mingguan bermula dari tarikh lapor diri hingga tamat latihan industri. 
Minggu 
Aktiviti 
1 
2 
20 
1.17 KANDUNGAN TEKNIKAL (BAB IV dan seterusnya) 
Kandungan teknikal mengandungi BAB-BAB yang memuatkan maklumat-maklumat teknikal yang di perolehi di sepanjang latihan. Bab-bab ini mengandungi penerangan, gambar foto, carta dan
7 
sebagainya. Sekurangnya 3 BAB teknikal di ceritakan dalam bab ini. 
Contoh Penulisan bab teknikal seperti berikut 
BAB 3: Sistem Penjanaan Elektrik 
3.1 Pengenalan 
3.2 Spesifikasi/Jenis peralatan yang digunakan 
3.3 Cara pengendalian Peralatan Semasa Latihan 
3.4 Proses Kerja yang dilakukan 
3.5 Komen dan Cadangan 
3.6 Cadangan 
(Penerangan hendaklah berkaitan dengan topic berkenaan sahaja) 
1.18 DAPATAN DAN CADANGAN 
Hasil pembelajaran daripada kursus latihan Industri hendaklah di nyatakan oleh pelajar dan pelajar juga adalah bebas untuk membuat cadangan atau saranan bagi mengatasi masalah yang di hadapi berkait dengan Latihan Industri. Ini merupakan peluang terbaik pelajar memberi input kepada UPLI tentang kelemahan- kelemahan yang ada. 
1.19 KESIMPULAN 
Kesimpulan ialah mengenai perkara-perkara yang di perhatikan sahaja dan tidak boleh di kaitkan dengan teori atau idea yang tidak berkenaan. Ia tidak perlu panjang, paling panjang dalam 2 atau 3 muka surat sahaja. Sebaik-baiknya kesimpulan di sampaikan dalam bentuk ringkas (point-form). 
1.20 RUJUKAN 
Senarai rujukan yang dibuat hendaklah dilampirkan di bahagian belakang laporan selepas bahagian komen dan cadangan dengan
8 
menyatakan sumber rujukan sama ada dalam format American Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA). 
Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan rujukan, pelajar boleh melayari web di bawah 
http://www.apastyle.org 
http://www.mla.org 
Semua sumber rujukan mestilah di senaraikan dalam penyediaan laporan bagi memudahkan pembaca membuat rujukan. Rujukan hendaklah di senaraikan mengikut susunan yang betul. 
Sumber dari buku di catat mengikut nama pengarang, tahun terbitan, tajuk buku, penerbit dan muka surat rujukan. Contoh: 
Nama pengarang (Tahun). “Judul Buku.” Maklumat penerbitan. Jilid. m.s. 
Felder, R.M. (1987). “Elementary Fluid Flow”. John Wiley & Sons. 1987. 122 - 125 
Jika mahu memasukkan nama seseorang individu yang telah membantu, ia hendaklah di tulis mengikut susunan nama, firma atau agensi, bentuk pertolongan ( temubual atau perbincangan), tarikh. Contoh: 
Smith, A.D., ABC Consultant, Temubual, 5 Jun 94. 
Jika rujukan di buat dari brosur, tuliskan tajuk, firma, tarikh, nombor buletin dan lain-lain perkara yang berkaitan.
9 
2 PERKARA BERKAITAN DENGAN LAPORAN 
2.1 JADUAL 
Setiap jadual yang disertakan perlu mengikut 5 peraturan yang penting seperti berikut: 
i) Mempunyai nombor jadual; 
ii) Mempunyai tajuk jadual; 
iii) Jadual diletakkan di bawah daripada nombor dan tajuk; 
iv) Setiap jadual disenaraikan di awal laporan (Bab 6.9); 
v) Perlu ada penerangan/pernyataan mengenai jadual sebelumnya. 
Contoh: 
Penerangan mengenai jadual yang akan disertakan 
Keputusan yang diperolehi (Jadual 3.4) menunjukkan bahawa……..….. 
JADUAL 3.4: Data Ujian Beban Ke Atas Besi 
Sumber: (jika di ambil dari buku, majalah dan sebagainya) 
Sumber bagi setiap jadual yang diambil dari buku, majalah dan jurnal mestilah dinyatakan. 
Sertakan Jadual Di Sini 
Nombor Bab 
Bilangan jadual yang terdapat dalam bab 
Tajuk
10 
2.2 RAJAH 
Prinsip yang digunakan untuk memasukkan rajah adalah sama seperti untuk jadual tetapi rajah diletakkan di bahagian atas daripada nombor dan tajuknya. 
Contoh: 
Peralatan yang digunakan dalam ujikaji ialah Turbidimeter (Rajah 6.1), bikar dan pengacau. Sebagai…………… 
Rajah 6.1: Turbidimeter 
Sertakan rajah yang perlu dan dapat membantu dalam penerangan sahaja. Jangan disertakan rajah yang tidak berkaitan atau dalam keadaan berulang-ulang. 
2.3 BAHASA 
Bahasa yang digunakan dalam laporan teknikal adalah ringkas, jelas dan tepat (straight to the point). Sebagai contoh, perhatikan 2 ayat dibawah ini. 
i) Daripada graf yang diplotkan di bawah, dapat diperhatikan bahawa beban adalah berkadar terus dengan pemanjangan. 
(Tidak Tepat) 
ii) Rajah 3.1 menunjukkan bahawa beban berkadar terus dengan pemanjangan. 
(Tepat) 
Secara amnya, prinsip penggunaan bahasa adalah mengikut urutan: 
Rajah disertakan di sini 
Nombor Bab 
Bilangan Rajah dalam Bab 
Tajuk 
Sumber (nyatakan jika diambil dari buku, majalah dan sebagainya)
11 
Subjek (siapa yang melakukan), perbuatan, dan objek (apa yang telah dicapai). 
Dalam contoh 2 : 
Subjek = Rajah 3.1 
Perbuatan = menunjukkan 
Objek = beban berkadar terus dengan pemanjangan. 
Contoh-contoh lain, 
3. Mesyuarat telah bersetuju melantik Abdullah sebagai ketua projek yang baru. Bukannya; Perlantikan Abdullah sebagai ketua projek yang baru telah dipersetujui oleh mesyuarat yang telah diadakan. 
4. Pesaing utama firma ABC Consultant ialah XYZ Bina. Bukannya, Firma XYZ Bina adalah di antara beberapa syarikat yang menjadi pesaing utama kepada firma ABC Consultant. 
5. Syarikat ACF ditubuhkan dalam tahun 1986. Bukannya, Tahun penubuhan Syarikat ialah dalam tahun 1986. 
Tips: Bina ayat mengikut urutan subjek, perbuatan dan objek.
12 
FORMAT UMUM 
3.1 KERTAS 
Laporan hendaklah ditulis menggunakan kertas putih saiz A4 (210 mm x 297 mm) sahaja. Gunakan kertas berat 80 gram atau lebih yang bermutu tinggi. Laporan hendaklah ditulis pada sebelah mukasurat sahaja. Nombor Bab dan tajuk hanya boleh ditulis bagi memisahkan bab dengan bab yang lain, 
3.2 JIDAR 
Jidar ialah ruang untuk menulis dalam sesuatu muka surat. Jidar yang dikehendaki ialah 4 cm di sebelah kiri, 2.5 cm di sebelah kanan, atas dan bawah. 
3.3 SISTEM PENOMBORAN MUKA SURAT 
Nombor muka surat hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.25 cm dari tepi atas dan 2.5 cm dari tepi sebelah kanan digit terakhir nombor berkenaan. 
Penomboran muka surat hendaklah memenuhi syarat berikut: 
i) Bahagian permulaan laporan, bermula dari halaman judul, hendaklah dinombor dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb); bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka Arab(1, 2, 3 dsb). 
ii) Halaman pertama laporan ialah halaman judul, dianggap sebagai muka surat “i” tetapi tidak ditaip. 
iii) Halaman pertama bahagian teks dianggap sebagai halaman “1” tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman pertama setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor muka suratnya tetapi diambilkira bagi menomborkan muka surat berikutnya.
13 
iv) Jika laporan terdiri daripada beberapa bahagian, halaman pemisah bahagian boleh dimasukkan tetapi tidak dinomborkan dan tidak dikira dalam penomboran muka surat. 
3.4 PENOMBORAN BAB DAN SUB-JUDUL DALAM BAB 
Bab dan sub-judul dalam bab perlu dinomborkan. Bab dinomborkan menggunakan angka besar Roman iaitu BAB I, BAB II, BAB III dsb dan sub-judul dalam bab menggunakan angka Arab. Struktur penomboran sub-judul dalam bab tidak diensot tetapi disusun mengikut urutan tahap sub-judul dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut: 
BAB II Tahap pertama (Judul Bab) 
2.1 Tahap kedua (sub-judul) 
2.1.1 Tahap ketiga (sub-sub-judul) 
2.1.1.1 Tahap keempat (sub-sub-sub-judul) 
Jika Judul Bab atau sub-judul pada mana-mana tahap tersebut di atas melebihi satu baris, maka langkaunya adalah sama dengan langkau dalam teks. 
3.5 PENAIPAN 
Penaipan laporan hendaklah menggunakan komputer dan ditaip dengan huruf biasa (tidak dibenarkan huruf yang berbunga- bunga). Penulis dinasihatkan supaya menggunakan satu jenis huruf yang tetap dan “standard” sahaja pada keseluruhan laporan (kecuali yang melibatkan penggunaan bahasa asing ditaip menggunakan huruf condong). 
Saiz (tinggi) huruf yang digunakan dalam teks tidak kurang daripada 0.2 cm bagi huruf besar dan 0.15 cm bagi huruf kecul. Jika anda menggunakan perisian Words, sila gunakan jenis huruf (font) “Times New Roman”, bersaiz 12. Jarak di antara baris dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks dalam laporan hendaklah ditaip pada sebelah muka surat sahaja.
14 
Judul bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengah-tengah antara jidar kiri dengan kanan. Setiap bab hendaklah dimukakan di atas muka surat yang baru. Bab dan bahagian dalam bab hendaklah diberi judul. Judul boleh ditaip dengan huruf tebal dan tidak perlu digariskan. Huruf pertama setiap dalam sub-judul hendaklah huruf besar. 
Contoh halaman permulaan Bab ditunjukkan dalam LAMPIRAN L. Contoh halaman sub-bab (bahagian dalam bab) ditunjukkan dalam LAMPIRAN M. 
3.6 JARAK DAN FORMAT 
Penulis dinasihatkan supaya mematuhi panduan berikut dalam menentukan jarak dalam teks : 
i) Jarak di antara jidar atas dengan nombor bab ialah 5 cm; 
ii) Jarak di antara nombor bab dengan judul bab, dan di antara judul bab dengan baris pertama teks ialah tiga (3) baris; 
iii) Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah dua (2) baris; 
iv) Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu (1) baris; 
v) Jarak di antara perenggan ialah satu (1) baris; 
vi) Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri; 
vii) Mulakan baris pertama perenggan dengan ensotan (indent) sebesar 1.27 cm (0.5 inci) dari jidar kiri; 
viii) Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah muka surat; 
ix) Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama, oleh itu format “justified” tidak dibenarkan. 
x) Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah dua (2) baris. 
3.7 DAKWAT 
Dalam semua keadaan, gunakan dakwat hitam sahaja.
15 
3.8 HAD MAKSIMA MUKA SURAT LAPORAN 
Had maksima panjang laporan ialah 150 muka surat tidak termasuk lampiran serta bahan hadapan laporan. Had ini hanyalah untuk teks ( Pengenalan hingga Rujukan ) sahaja. 
SENARAI RUJUKAN 
1. Feinberg, S. (1998). “Components of Technical Writing”. Holt Reinhart, Winston. 
2. Long, R.L. et al. (1989). “Guide to Writing and Problem Solving for Chemical Engineers”. Kinko’s Publishing Group. 
3. Nota Taklimat Latihan Industri, PKT. 
4. Sandman, P.M. (1985). “Scientific and Technical Writing”, Holt Reinhart Winston. 
5. Universiti Kebangsaan Malaysia (1992). “Panduan Menulis Tesis Gaya UKM”. Edisi 2. 1992. 
6. Universiti Teknologi Malaysia (1992) “Panduan Menulis Tesis Untuk Pelajar Universiti Teknologi Malaysia”.
16 
LAMPIRAN A 
Contoh Surat Pengesahan Tamat Latihan 
Kepala Surat Syarikat 
Ruj. Kami: 
Tarikh: 
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan 
Dengan ini di sahkan bahawa En./Cik ………………………………………. No. K/P ……………………………. telah menjalani Latihan Industri dengan jayanya di syarikat kami. 
Sepanjang beliau bersama syarikat ini, kami mendapati bahawa En./Cik ……………………………………….. adalah seorang yang tekun, inivatif dan mampu melakukan semua kerja-kerja yang di amanahkan. 
Kami yakin sekiranya di beri peluang melaksanakan tugas yang berkaitan dengan latihan ini, beliau akan dapat melaksanakannya dengan baik dan kemas. 
Sekian terima kasih 
t.t. & jawatan 
……………………………… 
** Nota: Ayat-ayat di atas adalah sebagai contoh sahaja;
17 
LAMPIRAN B 
Format Kulit Depan Laporan 
Birai kulit laporan 
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 
XYZ CONSULTANT SENDIRIAN BERHAD 
ABDUL RAZAK BIN OTHMAN 
0041 DEP 2012 
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 
2012 
Birai kulit laporan
18 
LAMPIRAN C 
FORMAT TULANG BELAKANG LAPORAN 
ABDUL RAZAK OTHMAN DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DIS2012 
20mm dari tepi 
20mm dari tepi
19 
LAMPIRAN D 
FORMAT HALAMAN JUDUL 
(Halaman Wajib) 
Jidar muka surat 
XYZ CONSULTANT SENDIRIAN BERHAD 
(JUN 2012 – DIS 2012) 
ABDUL RAZAK BIN OTHMAN 
0041 DEP 2012 
Laporan Di kemukakan Kepada 
Jabatan Kejuruteraan Elektrik 
Politeknik Kuala Terengganu 
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat 
Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan 
2012 
Jidar muka surat 
4 cm 
2.5 cm 
5 cm 
5 cm 
X 
X
20 
LAMPIRAN E 
CONTOH PERAKUAN 
(Halaman wajib) 
Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian –bahagian yagn dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan. 
……………………………………. 
(ABDUL RAZAK BIN OTHMAN) 
TARIKH : 
Disahkan Oleh : 
……………………………… 
(Nama Penyelia/ Jurutera) TARIKH : 
COP FIRMA 
4 cm 
2.5 cm 
2.5 cm 
2.5 cm
21 
LAMPIRAN F 
CONTOH DEDIKASI 
(Halaman Pilihan) 
4 cm 
2.5 cm 
2.5 cm 
Untuk Ayah dan Bonda tersayang 
2.5 cm
22 
LAMPIRAN G 
CONTOH HALAMAN PENGHARGAAN 
( Halaman Pilihan) 
4 cm 
2.5 cm 
Setinggi-tinggi penghargaan di berikan kepada Jurutera Kanan En. Abdul Aziz Hamzah dari XYZ Consultant yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara peribadi di sepanjang tempoh Latihan Industri. 
Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik PKT yang telah membantu dalam penulisan laporan ini. 
Tidak lupa juga teman-teman khasnya Nazri, yang banyak membantu dengan komen-komen amat bernilai. 
Terima kasih. 
1.27 cm (0.5 inci) 
PENGHARGAAN 
5 cm 
3 baris 
2.5 cm
23 
LAMPIRAN H 
CONTOH HALAMAN KANDUNGAN 
2.5 cm 
BAB PERKARA MUKASURAT 
Judul i 
Perakuan ii 
Dedikasi iii 
Penghargaan iv 
Senarai Jadual v 
BAB I PENGENALAN 1 
1.1 Latar belakang firma 1 
1.2 Sistem pentadbiran 2 
1.3 Carta Organisasi 3 
1.3.1 Pengurus 3 
1.3.2 Bahagian Kewangan 4 
KANDUNGAN 
5 cm 
3 baris 
4 cm 
2.5 cm
24 
LAMPIRAN I 
CONTOH SENARAI JADUAL 
(Halaman Wajib) 
2.5 cm 
4 cm 
2.5 cm 
5 cm 
SENARAI JADUAL 
3 baris 
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 
1.1 Analisa bagi kedudukan o dan w 16 
4.1 Perhubungan antara halaju dan jejari 19 
5.1 Perhubungan antara anjakan dan voltan 25 
6.1 Perubahan ketinggian aliran yang 30 
Mengalir melalui sistem paip secara 
graviti
25 
LAMPIRAN J 
CONTOH SENARAI RAJAH 
(Halaman Wajib) 
4 cm 
2.5 cm 
2.5 cm 
5 cm 
SENARAI RAJAH 
3 baris 
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT 
1.1 Pengawalan ke atas sistem pengaliran 4 
1.2 Pengawalan imbangan 7 
4.1 Rajah bongkah kawalan aliran 9 
(litar tutup) 
5.1 Analisa Daya 10 
5.2 Analisa Kestabilan 15 
5.3 Sistem paip 20
26 
LAMPIRAN K 
CONTOH SENARAI LAMPIRAN 
4 cm 
2.5 cm 
2.5 cm 
5 cm 
SENARAI LAMPIRAN 
3 baris 
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT 
A Contoh surat pengesahan syarikat 5 
B Contoh halaman judul 10 
C Contoh halaman pengakuan 12 
D Contoh halaman penghargaan 30
27 
LAMPIRAN L 
CONTOH HALAMAN PERMULAAN BAB 
4 cm 
2.5 cm 
2.5 cm 
5 cm 
BAB I 
3 baris 
JUDUL BAB 
3 baris 
Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing) 
2.1 Sub-Judul 
Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar 
kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing). 
1.27 cm (0.5 inci) 
2 baris 
1 baris 
X 
X
28 
LAMPIRAN M 
CONTOH HALAMAN SAMBUNGAN MUKA SURAT 
4 cm 
2.5 cm 
2.5 cm 
2.5 cm 
Teks dari muka surat sebelum ini disambung di sini. 
2.5 Sub-Judul 
Teks di bawah bermula di sini …. 
dan bersambung di sini. 
2.5.1 Sub-sub Judul 
Teks di bawah bermula di sini …. 
Dan bersambung di sini. 
2.5.1.1 Sub-sub-sub Judul 
Teks bermula di sini …… 
Dan disambung di sini. 
2 baris 
1 baris 
2 baris 
1 baris 
1 baris 
2 baris
29 
DISEDIAKAN OLEH 
1. MOHD HAFIZUDDIN BIN IBRAHIM 
PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI 
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 
2. AIEZZATUL AKMALIYAH BINTI ABDULLAH 
PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI 
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
30 
UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI 
Politeknik Kuala Terengganu 
Jalan Sultan Ismail 
20200 Kuala Terengganu 
Terengganu Darul Iman 
09 – 620 4100 Fax 09 – 620 4102 
www.pkkt.edu.my upli@pkkt.edu.my

More Related Content

What's hot

LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR diddy98
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Abu Hasyim
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaandipedmara4
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATummu_aiman95
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianzuridah wahab
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Rizalshah Zulkifli
 

What's hot (20)

LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Laporan(bdk)
Laporan(bdk)Laporan(bdk)
Laporan(bdk)
 
PENGURUSAN MESYUARAT
PENGURUSAN MESYUARATPENGURUSAN MESYUARAT
PENGURUSAN MESYUARAT
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaan
 
Borang soal selidik fyp
Borang soal selidik fypBorang soal selidik fyp
Borang soal selidik fyp
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
 
Jurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikalJurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikal
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajian
 
Rubrik penilaian pembentangan
Rubrik penilaian pembentanganRubrik penilaian pembentangan
Rubrik penilaian pembentangan
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarul
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 

Viewers also liked

Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 
Surat pengesahan graduan
Surat pengesahan graduanSurat pengesahan graduan
Surat pengesahan graduannabihahzaini
 
Contoh Laporan Tugas Akhir (TA)
Contoh Laporan Tugas Akhir (TA)Contoh Laporan Tugas Akhir (TA)
Contoh Laporan Tugas Akhir (TA)Area Pratama
 
Surat pengesanan graduan
Surat pengesanan graduanSurat pengesanan graduan
Surat pengesanan graduanshahnita
 
Surat pengesanan graduan(raja hafezal)
Surat pengesanan graduan(raja hafezal) Surat pengesanan graduan(raja hafezal)
Surat pengesanan graduan(raja hafezal) rajahafezal
 
Technical report
Technical reportTechnical report
Technical reportKuaci Pedas
 
Bab 4 kerja paip
Bab 4   kerja paipBab 4   kerja paip
Bab 4 kerja paipmhelianda
 
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRIPANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRICitizen Logen
 
Contoh Surat Penangguhan Lapor Diri
Contoh Surat Penangguhan Lapor DiriContoh Surat Penangguhan Lapor Diri
Contoh Surat Penangguhan Lapor DiriCikgu Hailmi
 
Surat pernyataan kesediaan pemotongan gaji
Surat pernyataan kesediaan pemotongan gajiSurat pernyataan kesediaan pemotongan gaji
Surat pernyataan kesediaan pemotongan gajiNama Tanpa
 
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan hartaPp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan hartaZamree Zakaria
 
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriLaporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriMLee Official
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakzamzuriajin
 
Surat akuan
Surat akuanSurat akuan
Surat akuanSo GoOd
 

Viewers also liked (20)

Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 
Surat pengesahan graduan
Surat pengesahan graduanSurat pengesahan graduan
Surat pengesahan graduan
 
Peraturan akademik
Peraturan akademikPeraturan akademik
Peraturan akademik
 
Contoh Laporan Tugas Akhir (TA)
Contoh Laporan Tugas Akhir (TA)Contoh Laporan Tugas Akhir (TA)
Contoh Laporan Tugas Akhir (TA)
 
Surat pengesanan graduan
Surat pengesanan graduanSurat pengesanan graduan
Surat pengesanan graduan
 
11. technical reports
11. technical reports11. technical reports
11. technical reports
 
Surat pengesanan graduan(raja hafezal)
Surat pengesanan graduan(raja hafezal) Surat pengesanan graduan(raja hafezal)
Surat pengesanan graduan(raja hafezal)
 
RPH MINGGUAN
RPH MINGGUAN RPH MINGGUAN
RPH MINGGUAN
 
Format laporan lifix
Format laporan lifixFormat laporan lifix
Format laporan lifix
 
Technical report
Technical reportTechnical report
Technical report
 
Penulisan laporan
Penulisan laporanPenulisan laporan
Penulisan laporan
 
Bab 4 kerja paip
Bab 4   kerja paipBab 4   kerja paip
Bab 4 kerja paip
 
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRIPANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
 
Contoh Surat Penangguhan Lapor Diri
Contoh Surat Penangguhan Lapor DiriContoh Surat Penangguhan Lapor Diri
Contoh Surat Penangguhan Lapor Diri
 
Surat pernyataan kesediaan pemotongan gaji
Surat pernyataan kesediaan pemotongan gajiSurat pernyataan kesediaan pemotongan gaji
Surat pernyataan kesediaan pemotongan gaji
 
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan hartaPp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
 
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk IndustriLaporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanak
 
Surat akuan
Surat akuanSurat akuan
Surat akuan
 
Laporan tugasan kumpulan
Laporan tugasan kumpulanLaporan tugasan kumpulan
Laporan tugasan kumpulan
 

Similar to Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri

Format laporan akhir latihan industri (lali)
Format laporan akhir latihan industri (lali)Format laporan akhir latihan industri (lali)
Format laporan akhir latihan industri (lali)monazemis
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanfiro HAR
 
Format laporan lifix
Format laporan lifixFormat laporan lifix
Format laporan lifixmohd Basri
 
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTMAllison Koehn
 

Similar to Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri (10)

Format laporan akhir latihan industri (lali)
Format laporan akhir latihan industri (lali)Format laporan akhir latihan industri (lali)
Format laporan akhir latihan industri (lali)
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakan
 
Lampiran c
Lampiran cLampiran c
Lampiran c
 
Format laporan lifix
Format laporan lifixFormat laporan lifix
Format laporan lifix
 
LAPORAN
LAPORANLAPORAN
LAPORAN
 
Lampiran C
Lampiran CLampiran C
Lampiran C
 
Lampiran C
Lampiran CLampiran C
Lampiran C
 
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Bahasa Melayu - Penulisan laporan
Bahasa Melayu - Penulisan laporanBahasa Melayu - Penulisan laporan
Bahasa Melayu - Penulisan laporan
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 

Recently uploaded (15)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 

Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri

  • 1. Garis PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (AT401) UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
  • 2. 1 1.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI Setiap pelajar di wajibkan menulis satu Laporan Latihan Industri (LLI) yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh PKT. Garis panduan ini perlu di patuhi sepenuhnya dan LLI akan di tolak jika di dapati tidak mematuhi garis panduan yang di tetapkan. Oleh itu setiap pelajar mestilah betul-betul memahami garis panduan ini sebelum memulakan penulisan. Hasil tulisan mestilah asli dan berdasarkan pengalaman pelajar sendiri. Laporan Latihan Industri merupakan satu dokumen yang penting kerana: mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan; menjadi bukti kepada latihan yang telah di ikuti; laporan yang baik dan bermutu boleh di gunakan sebagai dokumen sokongan dalam temuduga. 1.1 TARIKH PENYERAHAN LAPORAN Satu salinan laporan hendaklah di serahkan kepada Pegawai Penyelaras UPLI jabatan masing-masing. Tarikh penyerahan laporan akan di umumkan 4 minggu terakhir pelajar sebelum melaporkan diri untuk mengikuti pengajian semester berikutnya. Notis mengenainya akan di paparkan di laman sesawan. Urusan menjilid buku laporan adalah urusan pelajar sendiri. 1.2 KANDUNGAN KESELURUHAN Setiap laporan terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian hadapan, Bahagian Laporan dan Bahagian Belakang. Setiap bahagian mestilah mengikuti ciri-ciri tertentu. Secara amnya kandungan keseluruhan laporan adalah seperti berikut: Kulit Laporan Judul Perakuan Dedikasi Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran BAHAGIAN HADAPAN Menggunakan nombor Roman (i, ii, iii, iv …)
  • 3. 2 BAB I: PENGENALAN BAB II: LATAR BELAKANG SYARIKAT BAB III: RINGKASAN MINGGUAN BAB IV: LAPORAN TEKNIKAL BAB V: LAPORAN TEKNIKAL BAB VI: LAPORAN TEKNIKAL BAB VII: DAPATAN DAN CADANGAN BAB VIII: KESIMPULAN Rujukan Lampiran Halaman dedikasi dan penghargaan merupakan perkara- perkara tambahan sahaja (optional) tetapi semua yang lain adalah wajib. Kandungan laporan mestilah mengandungi semua perkara di atas dan mengikut susunan tersebut. Bahagian Laporan hendaklah bermula dengan PENGENALAN (BAB I) dan di ikuti dengan bab-bab berikutnya hinggalah KESIMPULAN. Rujukan dan Lampiran tidak di kira sebagai bab. 1.3 KULIT LAPORAN Kulit laporan hendaklah dari jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna kulit hendaklah mengikut warna jabatan. Untuk mengetahui warna tersebut, sila rujuk Papan Kenyataan UPLI. BAHAGIAN BELAKANG Sekurang- kurangnya 3 BAB Teknikal BAHAGIAN LAPORAN Menggunakan nombor Arab (1, 2, 3, …)
  • 4. 3 1.4 FORMAT KULIT Format catatan untuk kulit depan laporan di nyatakan dalam LAMPIRAN B. Contoh Format tulang belakang kulit laporan ialah seperti dalam LAMPIRAN C. Format ini tidak boleh di ubah atau di pinda. Saiz kulit ialah yang bersesuaian untuk kertas saiz A4. 1.5 HALAMAN JUDUL Halaman ini mengandungi perkara-perkara berikut: Judul Laporan Nama Penuh Penulis Nombor Pendaftaran Kenyataan Laporan Contoh halaman judul di tunjukkan dalam LAMPIRAN D 1.6 HALAMAN PERAKUAN Halaman ini memuatkan perakuan pelajar mengenai keaslian laporan ini. Halaman ini mestilah juga di sah dan di tandatangani oleh pegawai atau penyelia Latihan Industri pelajar berkenaan. Contoh halaman perakuan ialah seperti di LAMPIRAN E. 1.7 HALAMAN DEDIKASI Halaman ini boleh di abaikan jika merasa tidak perlu. Halaman ini tidak boleh melebihi 5 baris dan tidak mengandungi rajah, jadual, gambar dan sepertinya. (Rujuk LAMPIRAN F) 1.8 HALAMAN PENGHARGAAN Halaman ini juga boleh di abaikan jika merasa tidak perlu. Ia tidak boleh melebihi satu muka surat. (Rujuk LAMPIRAN G)
  • 5. 4 1.9 HALAMAN KANDUNGAN Halaman ini menyenaraikan seluruh isi kandungan laporan. Muka surat bagi setiap bahagian laporan mestilah di nyatakan dengan tepat supaya memudahkan rujukan bahagian laporan. (Rujuk LAMPIRAN H) 1.10 SENARAI JADUAL Semua jadual yang terdapat dalam laporan mestilah di senaraikan mengikut urutan. Senarai ini mestilah mengandungi nombor jadual, tajuk jadual dan muka surat. Senarai jadual yang di kehendaki di tunjukkan dalam LAMPIRAN I. 1.11 SENARAI RAJAH Rajah adalah merupakan lukisan, gambar foto, graf, peta, sketsa dan carta. Semua rajah mestilah di senaraikan mengikut urutan dan mengandungi nombor rajah, tajuk rajah dan muka surat. (Rujuk LAMPIRAN J) 1.12 SENARAI LAMPIRAN Pada halaman ini disenaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: i) Laporan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, data kajian, jadual, contoh soal-selidik, peta, gambar, program komputer dan seabagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran; dan ii) Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu.
  • 6. 5 Jika hendak menyertakan pelan, pastikan pelan di kecilkan terlebih dahulu. Jika tidak, pelan mestilah di jilidkan dalam keadaan yang kemas. (Rujuk Lampiran K) 1.13 TEKS Teks dalam laporan hendaklah mengandungi bab-bab yang diberi judul dan setiap judul hendaklah membayangkan kandungan. Setiap bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab boleh dipecahkan kepada bahagian yang diberi judul kecil. Judul dan judul kecil bab mestilah dinomborkan. Teks ditulis perenggan demi perenggan. Seberapa boleh elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya menerangkan satu isu atau perkara dan hendaklah ada kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. 1.14 PENGENALAN (BAB I) Kandungan yang di syorkan ialah: Objektif Latihan Industri; Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar; Skop Latihan Industri; Objektif laporan; Cara laporan di susun untuk mencapai objektif laporan (Pengenalan mestilah menjelaskan apa yang hendak di sampaikan dalam laporan). Contoh Penulisan Bab 1 seperti berikut BAB 1: Pengenalan 1.1 Pendahaluan 2.2 Objektif Latihan Industri 2.3 Objektif Laporan 2.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
  • 7. 6 1.15 LATAR BELAKANG SYARIKAT (BAB II) Latar belakang menceritakan tentang sejarah penubuhan firma; hakmilik; pemegang saham; sistem pentadbiran; carta organisasi; pelanggan, pesaing utama, keluaran (produk); dan lain-lain yang berkaitan. (Pelajar di nasihatkan merujuk atau berbincang dengan pegawai firma untuk memastikan ianya bukan maklumat rahsia firma). Contoh Penulisan Bab 2 seperti berikut BAB 2: Sistem Penjanaan Elektrik 2.1 Pengenalan Organisasi 2.2 Latar Belakang Penubuhan Syarikat 2.3 Alhi Lembaga Pengarah 2.4 Aktiviti Organisasi 3.5 Halatuju Organisasi (Misi & Visi) 3.6 Carta Organisasi 1.16 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (BAB III) Ringkasan aktiviti latihan industri hendaklah ditulis dalam bentuk mingguan bermula dari tarikh lapor diri hingga tamat latihan industri. Minggu Aktiviti 1 2 20 1.17 KANDUNGAN TEKNIKAL (BAB IV dan seterusnya) Kandungan teknikal mengandungi BAB-BAB yang memuatkan maklumat-maklumat teknikal yang di perolehi di sepanjang latihan. Bab-bab ini mengandungi penerangan, gambar foto, carta dan
  • 8. 7 sebagainya. Sekurangnya 3 BAB teknikal di ceritakan dalam bab ini. Contoh Penulisan bab teknikal seperti berikut BAB 3: Sistem Penjanaan Elektrik 3.1 Pengenalan 3.2 Spesifikasi/Jenis peralatan yang digunakan 3.3 Cara pengendalian Peralatan Semasa Latihan 3.4 Proses Kerja yang dilakukan 3.5 Komen dan Cadangan 3.6 Cadangan (Penerangan hendaklah berkaitan dengan topic berkenaan sahaja) 1.18 DAPATAN DAN CADANGAN Hasil pembelajaran daripada kursus latihan Industri hendaklah di nyatakan oleh pelajar dan pelajar juga adalah bebas untuk membuat cadangan atau saranan bagi mengatasi masalah yang di hadapi berkait dengan Latihan Industri. Ini merupakan peluang terbaik pelajar memberi input kepada UPLI tentang kelemahan- kelemahan yang ada. 1.19 KESIMPULAN Kesimpulan ialah mengenai perkara-perkara yang di perhatikan sahaja dan tidak boleh di kaitkan dengan teori atau idea yang tidak berkenaan. Ia tidak perlu panjang, paling panjang dalam 2 atau 3 muka surat sahaja. Sebaik-baiknya kesimpulan di sampaikan dalam bentuk ringkas (point-form). 1.20 RUJUKAN Senarai rujukan yang dibuat hendaklah dilampirkan di bahagian belakang laporan selepas bahagian komen dan cadangan dengan
  • 9. 8 menyatakan sumber rujukan sama ada dalam format American Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA). Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan rujukan, pelajar boleh melayari web di bawah http://www.apastyle.org http://www.mla.org Semua sumber rujukan mestilah di senaraikan dalam penyediaan laporan bagi memudahkan pembaca membuat rujukan. Rujukan hendaklah di senaraikan mengikut susunan yang betul. Sumber dari buku di catat mengikut nama pengarang, tahun terbitan, tajuk buku, penerbit dan muka surat rujukan. Contoh: Nama pengarang (Tahun). “Judul Buku.” Maklumat penerbitan. Jilid. m.s. Felder, R.M. (1987). “Elementary Fluid Flow”. John Wiley & Sons. 1987. 122 - 125 Jika mahu memasukkan nama seseorang individu yang telah membantu, ia hendaklah di tulis mengikut susunan nama, firma atau agensi, bentuk pertolongan ( temubual atau perbincangan), tarikh. Contoh: Smith, A.D., ABC Consultant, Temubual, 5 Jun 94. Jika rujukan di buat dari brosur, tuliskan tajuk, firma, tarikh, nombor buletin dan lain-lain perkara yang berkaitan.
  • 10. 9 2 PERKARA BERKAITAN DENGAN LAPORAN 2.1 JADUAL Setiap jadual yang disertakan perlu mengikut 5 peraturan yang penting seperti berikut: i) Mempunyai nombor jadual; ii) Mempunyai tajuk jadual; iii) Jadual diletakkan di bawah daripada nombor dan tajuk; iv) Setiap jadual disenaraikan di awal laporan (Bab 6.9); v) Perlu ada penerangan/pernyataan mengenai jadual sebelumnya. Contoh: Penerangan mengenai jadual yang akan disertakan Keputusan yang diperolehi (Jadual 3.4) menunjukkan bahawa……..….. JADUAL 3.4: Data Ujian Beban Ke Atas Besi Sumber: (jika di ambil dari buku, majalah dan sebagainya) Sumber bagi setiap jadual yang diambil dari buku, majalah dan jurnal mestilah dinyatakan. Sertakan Jadual Di Sini Nombor Bab Bilangan jadual yang terdapat dalam bab Tajuk
  • 11. 10 2.2 RAJAH Prinsip yang digunakan untuk memasukkan rajah adalah sama seperti untuk jadual tetapi rajah diletakkan di bahagian atas daripada nombor dan tajuknya. Contoh: Peralatan yang digunakan dalam ujikaji ialah Turbidimeter (Rajah 6.1), bikar dan pengacau. Sebagai…………… Rajah 6.1: Turbidimeter Sertakan rajah yang perlu dan dapat membantu dalam penerangan sahaja. Jangan disertakan rajah yang tidak berkaitan atau dalam keadaan berulang-ulang. 2.3 BAHASA Bahasa yang digunakan dalam laporan teknikal adalah ringkas, jelas dan tepat (straight to the point). Sebagai contoh, perhatikan 2 ayat dibawah ini. i) Daripada graf yang diplotkan di bawah, dapat diperhatikan bahawa beban adalah berkadar terus dengan pemanjangan. (Tidak Tepat) ii) Rajah 3.1 menunjukkan bahawa beban berkadar terus dengan pemanjangan. (Tepat) Secara amnya, prinsip penggunaan bahasa adalah mengikut urutan: Rajah disertakan di sini Nombor Bab Bilangan Rajah dalam Bab Tajuk Sumber (nyatakan jika diambil dari buku, majalah dan sebagainya)
  • 12. 11 Subjek (siapa yang melakukan), perbuatan, dan objek (apa yang telah dicapai). Dalam contoh 2 : Subjek = Rajah 3.1 Perbuatan = menunjukkan Objek = beban berkadar terus dengan pemanjangan. Contoh-contoh lain, 3. Mesyuarat telah bersetuju melantik Abdullah sebagai ketua projek yang baru. Bukannya; Perlantikan Abdullah sebagai ketua projek yang baru telah dipersetujui oleh mesyuarat yang telah diadakan. 4. Pesaing utama firma ABC Consultant ialah XYZ Bina. Bukannya, Firma XYZ Bina adalah di antara beberapa syarikat yang menjadi pesaing utama kepada firma ABC Consultant. 5. Syarikat ACF ditubuhkan dalam tahun 1986. Bukannya, Tahun penubuhan Syarikat ialah dalam tahun 1986. Tips: Bina ayat mengikut urutan subjek, perbuatan dan objek.
  • 13. 12 FORMAT UMUM 3.1 KERTAS Laporan hendaklah ditulis menggunakan kertas putih saiz A4 (210 mm x 297 mm) sahaja. Gunakan kertas berat 80 gram atau lebih yang bermutu tinggi. Laporan hendaklah ditulis pada sebelah mukasurat sahaja. Nombor Bab dan tajuk hanya boleh ditulis bagi memisahkan bab dengan bab yang lain, 3.2 JIDAR Jidar ialah ruang untuk menulis dalam sesuatu muka surat. Jidar yang dikehendaki ialah 4 cm di sebelah kiri, 2.5 cm di sebelah kanan, atas dan bawah. 3.3 SISTEM PENOMBORAN MUKA SURAT Nombor muka surat hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.25 cm dari tepi atas dan 2.5 cm dari tepi sebelah kanan digit terakhir nombor berkenaan. Penomboran muka surat hendaklah memenuhi syarat berikut: i) Bahagian permulaan laporan, bermula dari halaman judul, hendaklah dinombor dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb); bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan angka Arab(1, 2, 3 dsb). ii) Halaman pertama laporan ialah halaman judul, dianggap sebagai muka surat “i” tetapi tidak ditaip. iii) Halaman pertama bahagian teks dianggap sebagai halaman “1” tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman pertama setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis nombor muka suratnya tetapi diambilkira bagi menomborkan muka surat berikutnya.
  • 14. 13 iv) Jika laporan terdiri daripada beberapa bahagian, halaman pemisah bahagian boleh dimasukkan tetapi tidak dinomborkan dan tidak dikira dalam penomboran muka surat. 3.4 PENOMBORAN BAB DAN SUB-JUDUL DALAM BAB Bab dan sub-judul dalam bab perlu dinomborkan. Bab dinomborkan menggunakan angka besar Roman iaitu BAB I, BAB II, BAB III dsb dan sub-judul dalam bab menggunakan angka Arab. Struktur penomboran sub-judul dalam bab tidak diensot tetapi disusun mengikut urutan tahap sub-judul dan tidak melebihi empat tahap seperti berikut: BAB II Tahap pertama (Judul Bab) 2.1 Tahap kedua (sub-judul) 2.1.1 Tahap ketiga (sub-sub-judul) 2.1.1.1 Tahap keempat (sub-sub-sub-judul) Jika Judul Bab atau sub-judul pada mana-mana tahap tersebut di atas melebihi satu baris, maka langkaunya adalah sama dengan langkau dalam teks. 3.5 PENAIPAN Penaipan laporan hendaklah menggunakan komputer dan ditaip dengan huruf biasa (tidak dibenarkan huruf yang berbunga- bunga). Penulis dinasihatkan supaya menggunakan satu jenis huruf yang tetap dan “standard” sahaja pada keseluruhan laporan (kecuali yang melibatkan penggunaan bahasa asing ditaip menggunakan huruf condong). Saiz (tinggi) huruf yang digunakan dalam teks tidak kurang daripada 0.2 cm bagi huruf besar dan 0.15 cm bagi huruf kecul. Jika anda menggunakan perisian Words, sila gunakan jenis huruf (font) “Times New Roman”, bersaiz 12. Jarak di antara baris dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks dalam laporan hendaklah ditaip pada sebelah muka surat sahaja.
  • 15. 14 Judul bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengah-tengah antara jidar kiri dengan kanan. Setiap bab hendaklah dimukakan di atas muka surat yang baru. Bab dan bahagian dalam bab hendaklah diberi judul. Judul boleh ditaip dengan huruf tebal dan tidak perlu digariskan. Huruf pertama setiap dalam sub-judul hendaklah huruf besar. Contoh halaman permulaan Bab ditunjukkan dalam LAMPIRAN L. Contoh halaman sub-bab (bahagian dalam bab) ditunjukkan dalam LAMPIRAN M. 3.6 JARAK DAN FORMAT Penulis dinasihatkan supaya mematuhi panduan berikut dalam menentukan jarak dalam teks : i) Jarak di antara jidar atas dengan nombor bab ialah 5 cm; ii) Jarak di antara nombor bab dengan judul bab, dan di antara judul bab dengan baris pertama teks ialah tiga (3) baris; iii) Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah dua (2) baris; iv) Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu (1) baris; v) Jarak di antara perenggan ialah satu (1) baris; vi) Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri; vii) Mulakan baris pertama perenggan dengan ensotan (indent) sebesar 1.27 cm (0.5 inci) dari jidar kiri; viii) Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah muka surat; ix) Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama, oleh itu format “justified” tidak dibenarkan. x) Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah dua (2) baris. 3.7 DAKWAT Dalam semua keadaan, gunakan dakwat hitam sahaja.
  • 16. 15 3.8 HAD MAKSIMA MUKA SURAT LAPORAN Had maksima panjang laporan ialah 150 muka surat tidak termasuk lampiran serta bahan hadapan laporan. Had ini hanyalah untuk teks ( Pengenalan hingga Rujukan ) sahaja. SENARAI RUJUKAN 1. Feinberg, S. (1998). “Components of Technical Writing”. Holt Reinhart, Winston. 2. Long, R.L. et al. (1989). “Guide to Writing and Problem Solving for Chemical Engineers”. Kinko’s Publishing Group. 3. Nota Taklimat Latihan Industri, PKT. 4. Sandman, P.M. (1985). “Scientific and Technical Writing”, Holt Reinhart Winston. 5. Universiti Kebangsaan Malaysia (1992). “Panduan Menulis Tesis Gaya UKM”. Edisi 2. 1992. 6. Universiti Teknologi Malaysia (1992) “Panduan Menulis Tesis Untuk Pelajar Universiti Teknologi Malaysia”.
  • 17. 16 LAMPIRAN A Contoh Surat Pengesahan Tamat Latihan Kepala Surat Syarikat Ruj. Kami: Tarikh: Kepada Sesiapa Yang Berkenaan Dengan ini di sahkan bahawa En./Cik ………………………………………. No. K/P ……………………………. telah menjalani Latihan Industri dengan jayanya di syarikat kami. Sepanjang beliau bersama syarikat ini, kami mendapati bahawa En./Cik ……………………………………….. adalah seorang yang tekun, inivatif dan mampu melakukan semua kerja-kerja yang di amanahkan. Kami yakin sekiranya di beri peluang melaksanakan tugas yang berkaitan dengan latihan ini, beliau akan dapat melaksanakannya dengan baik dan kemas. Sekian terima kasih t.t. & jawatan ……………………………… ** Nota: Ayat-ayat di atas adalah sebagai contoh sahaja;
  • 18. 17 LAMPIRAN B Format Kulit Depan Laporan Birai kulit laporan LAPORAN LATIHAN INDUSTRI XYZ CONSULTANT SENDIRIAN BERHAD ABDUL RAZAK BIN OTHMAN 0041 DEP 2012 POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 2012 Birai kulit laporan
  • 19. 18 LAMPIRAN C FORMAT TULANG BELAKANG LAPORAN ABDUL RAZAK OTHMAN DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DIS2012 20mm dari tepi 20mm dari tepi
  • 20. 19 LAMPIRAN D FORMAT HALAMAN JUDUL (Halaman Wajib) Jidar muka surat XYZ CONSULTANT SENDIRIAN BERHAD (JUN 2012 – DIS 2012) ABDUL RAZAK BIN OTHMAN 0041 DEP 2012 Laporan Di kemukakan Kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kuala Terengganu Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan 2012 Jidar muka surat 4 cm 2.5 cm 5 cm 5 cm X X
  • 21. 20 LAMPIRAN E CONTOH PERAKUAN (Halaman wajib) Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian –bahagian yagn dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan. ……………………………………. (ABDUL RAZAK BIN OTHMAN) TARIKH : Disahkan Oleh : ……………………………… (Nama Penyelia/ Jurutera) TARIKH : COP FIRMA 4 cm 2.5 cm 2.5 cm 2.5 cm
  • 22. 21 LAMPIRAN F CONTOH DEDIKASI (Halaman Pilihan) 4 cm 2.5 cm 2.5 cm Untuk Ayah dan Bonda tersayang 2.5 cm
  • 23. 22 LAMPIRAN G CONTOH HALAMAN PENGHARGAAN ( Halaman Pilihan) 4 cm 2.5 cm Setinggi-tinggi penghargaan di berikan kepada Jurutera Kanan En. Abdul Aziz Hamzah dari XYZ Consultant yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara peribadi di sepanjang tempoh Latihan Industri. Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik PKT yang telah membantu dalam penulisan laporan ini. Tidak lupa juga teman-teman khasnya Nazri, yang banyak membantu dengan komen-komen amat bernilai. Terima kasih. 1.27 cm (0.5 inci) PENGHARGAAN 5 cm 3 baris 2.5 cm
  • 24. 23 LAMPIRAN H CONTOH HALAMAN KANDUNGAN 2.5 cm BAB PERKARA MUKASURAT Judul i Perakuan ii Dedikasi iii Penghargaan iv Senarai Jadual v BAB I PENGENALAN 1 1.1 Latar belakang firma 1 1.2 Sistem pentadbiran 2 1.3 Carta Organisasi 3 1.3.1 Pengurus 3 1.3.2 Bahagian Kewangan 4 KANDUNGAN 5 cm 3 baris 4 cm 2.5 cm
  • 25. 24 LAMPIRAN I CONTOH SENARAI JADUAL (Halaman Wajib) 2.5 cm 4 cm 2.5 cm 5 cm SENARAI JADUAL 3 baris NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 1.1 Analisa bagi kedudukan o dan w 16 4.1 Perhubungan antara halaju dan jejari 19 5.1 Perhubungan antara anjakan dan voltan 25 6.1 Perubahan ketinggian aliran yang 30 Mengalir melalui sistem paip secara graviti
  • 26. 25 LAMPIRAN J CONTOH SENARAI RAJAH (Halaman Wajib) 4 cm 2.5 cm 2.5 cm 5 cm SENARAI RAJAH 3 baris NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT 1.1 Pengawalan ke atas sistem pengaliran 4 1.2 Pengawalan imbangan 7 4.1 Rajah bongkah kawalan aliran 9 (litar tutup) 5.1 Analisa Daya 10 5.2 Analisa Kestabilan 15 5.3 Sistem paip 20
  • 27. 26 LAMPIRAN K CONTOH SENARAI LAMPIRAN 4 cm 2.5 cm 2.5 cm 5 cm SENARAI LAMPIRAN 3 baris LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Contoh surat pengesahan syarikat 5 B Contoh halaman judul 10 C Contoh halaman pengakuan 12 D Contoh halaman penghargaan 30
  • 28. 27 LAMPIRAN L CONTOH HALAMAN PERMULAAN BAB 4 cm 2.5 cm 2.5 cm 5 cm BAB I 3 baris JUDUL BAB 3 baris Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing) 2.1 Sub-Judul Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing). 1.27 cm (0.5 inci) 2 baris 1 baris X X
  • 29. 28 LAMPIRAN M CONTOH HALAMAN SAMBUNGAN MUKA SURAT 4 cm 2.5 cm 2.5 cm 2.5 cm Teks dari muka surat sebelum ini disambung di sini. 2.5 Sub-Judul Teks di bawah bermula di sini …. dan bersambung di sini. 2.5.1 Sub-sub Judul Teks di bawah bermula di sini …. Dan bersambung di sini. 2.5.1.1 Sub-sub-sub Judul Teks bermula di sini …… Dan disambung di sini. 2 baris 1 baris 2 baris 1 baris 1 baris 2 baris
  • 30. 29 DISEDIAKAN OLEH 1. MOHD HAFIZUDDIN BIN IBRAHIM PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 2. AIEZZATUL AKMALIYAH BINTI ABDULLAH PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
  • 31. 30 UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI Politeknik Kuala Terengganu Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman 09 – 620 4100 Fax 09 – 620 4102 www.pkkt.edu.my upli@pkkt.edu.my