Empat bidang kegiatan pendidikan seni visual meliputi menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, serta mengenal kraf tradisional. Bidang-bidang ini bertujuan memperkembangkan persepsi, kreativiti, dan kemahiran murid dalam aktiviti seni visual menggunakan pelbagai alat, teknik, dan media.