SlideShare a Scribd company logo
1 of 37
1.1Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal
berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi,
dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
a) Instrumen
b) Kumpulan yang ditaksir
c) Respon
d) Kumpulan yang menaksir
e) Skor
1.2 Pengujian
⁻ Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang
sistematik.
⁻ Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
⁻ Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas
sesuatu pengajaran
⁻ Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan
untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-
test.
⁻ Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada
secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai
oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau
tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu
kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman
membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu
diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian
menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian
perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika
guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan
yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak
menggalakkan.
1.3 Penilaian
Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)
menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing
useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah
satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah
kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian
kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran
guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada
keseluruhan kurkulum.
1.4 Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
⁻ mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada
pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
⁻ menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka
telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
⁻ membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
⁻ menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka.
⁻ membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat
meningkatkan pengajaran mereka; dan
⁻ membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam
sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
2,0 Taksonomi bloom, solo dan krathwohl
2.1 Taksonomi Blomm
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan
keterampilan berfikir.
2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan
cara penyesuaian diri.
3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang
menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan
mengoperasi mesin.
Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari
dua tahap iaitu:
1. Pengetahuan
2. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,
fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,
jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan
gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran
sebenar.
Analisis (Analysis)
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang
diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam
bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu
mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang
rumit.
Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola
dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau
maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang
diharapkan..
Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,
gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai
atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
 Domain Psikomotor
1. Persepsi
2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)
2.2 Domain David Krathwohl
Domain Krathwohl merupakan domain yang paling terkenal. Taksonomi ini adalah
mengikut persepsi terhadap objek melalui peringkat kesedaran umum kepada
peringkat di mana persepsi itu didalami seterusnya mempengaruhi kelakuan
seseorang. (Seels & Glasgow, 1990, p. 28)."
Domain Afektif
1) Receiving/Attending (Penerimaan)
⁻ Kesediaan untuk menyedari adanya suatu fenomena di lingkungannya.
Dalam pengajaran bentuknya berupa mendapatkan perhatian,
mempertahankannya, dan mengarahkannya.
2) Responding (Tanggapan)
⁻ Memberikan reaksi terhadap fenomena yang ada di lingkungannya. Meliputi
persetujuan, kesediaan, dan kepuasan dalam memberikan tanggapan
3) Valuing (Penghargaan)
⁻ Berkaitan dengan harga atau nilai yang diterapkan pada suatu objek,
fenomena, atau tingkah laku. Penilaian berdasar pada internalisasi dari
serangkaian nilai tertentu yang diekspresikan ke dalam tingkah laku
4) Organization (Pengorganisasian)
⁻ Memadukan nilai-nilai yang berbeza, menyelesaikan konflik di antaranya, dan
membentuk suatu sistem nilai yang konsisten
5) Characterization by a Value or Value Complex (Karakterisasi Berdasarkan Nilai-
nilai)
⁻ Memiliki sistem nilai yang mengendalikan tingkah-lakunya sehingga menjadi
karakteristik gaya-hidupnya.
2.3 Taksonomi solo
Taksonomi Solo ini telah diperkenalkan oleh Biggs and Collis (1982), dan dimurnikan
dan diperkukuhkan lagi oleh Biggs (1999).Teori ini menerangkan tentang tahap
peningkatan pelajar dalam pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran
menerusi lima langkah dan sesuai diaplikasi dalam mana- mana mata pelajaran.
Terdapat dua kategori setiap aras.
Surface
 Unistructural Multistructural
Deep
 Relational
 Extended Abstract
Seperti juga enam peringkat kemahiran yang terdapat dalam taksonomi Bloom,
taksonomi Solo juga mempunyai peringkat tertentu yang terdiri daripada empat
peringkat utama di mana setiap peringkat meliputi setiap peringkat sebelumnya.
1. Pra- struktur (prestructure):
Pelajar akan memperoleh maklumat yang tidak saling berkaitan( pada asalnya) dan
tiada penyusunan maklumat( maklumat tiada maksud yang jelas kepada pelajar)
2.Uni-Struktur (unistructure):
Pelajar berupaya membuat pertalian(hubung kait) yang mudah antara maklumat
dengan maklumat yang lain tetapi belum memahami kepentingan maklumat tadi.
3. Struktur Pelbagai (multistructure):
Pelbagai pertalian( hubung kait) dibuat oleh pelajar, tetapi pelajar kurang memahami
kepentingan maklumat secara keseluruhannya.
4. Membuat perhubungan (relational):
Pelajar berupaya menghayati kepentingan bahagian- bahagian maklumat tadi
kepada makna keseluruhan.
5. Peringkat Pemanjangan Abstrak (extended abstract).
Pelajar akan membuat hubungan bukan sahaja berdasarkan apa yang diberikan
secara lahiriah, tetapi lebih daripada itu( di luar kotak).
Pelajar mampu membuat kesimpulan dan memindahkan prinsip- prinsip dan idea
tersebut menggunakan contoh yang lebih spesifik.
Rumusan
Taxonomi SOLO merupakan hirarki yang sebenar; meningkat secara kuantiti dan
kualiti. Taxonomi SOLO membimbing pembinaan soalan aras rendah (surface) dan
aras tinggi (deep). Kedua-dua aras soalan adalah perlu; tujuan ujian
2.4 Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop
pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan
utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan
pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk
pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
2.5 Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir
satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan
murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan
dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
2.6 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif
1. Maklum balas kepada pelajar dan
guru: kemajuan dan
kelemahan.
Fungsi
1. Pensijilan atau
penggredan
2. Sepanjang pengajaran
Masa 2. Pada akhir
unit/kursus
3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3.Kognitif
4. Terhad kepada tugasan Sifat
4. Beraneka jenis
5. Berubah-ubah Kesukaran
5. Senang – sukar
6. Dibentuk khas Alat
6. Peperiksaan akhir
tahun
7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma
3.0 Jadual Spesifikasi Ujian
3.1 Definisi
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara
spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi
biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang
baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang
merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue
Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi
“Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).
3.2 Kerangka konsep
JADUAL SPESIFIKASI
UJIAN
KEPENTINGAN JSU DEFINISI
LANGKAH
PEMBINAAN JSU
3.3 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
– Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
– Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
– Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
– Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-
lain.
– Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
– Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
3.4 Kepentingan JSU
– Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
– Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
– Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
– Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
– Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
Bil Bentuk Soalan Objektif
Kemahiran
Aras Kognitif
Bidang/Topik/Topik Kecil Jam
1 2 3 4 5 6
Jumlah
Item
1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu 5 4
 Asal usul BM, BM sebelum dan
selepas merdeka 2 2
1.2
Linguistik BM 15 12
 Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah, Linguistik
Diskriptif 1 5 4 1 1
1.3
Fonologi 20 16
 Definisi, alat artikulasi, cara
penghasilan 3 2 1 1
 Fonem segmental 2 2 1 1 1
 Fonem suprasegmental 1 1
Jumlah 40 32
Jadual 1: Contoh JSU
 Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di
sekolah.
3.6 Langkah Membina JSU
Langkah I: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa x Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan
Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6. Penilaian Sukar
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan Mudah
Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
– Ujian objektif
– Ujian struktur
– Ujian esei, dan lain-lain.
Langkah V:
– Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
– Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
– Pemarkahan
Langkah VI
– Nyatakan mata pelajaran
– Nyatakan tingkatan
– Susunan nombor soalan mengikut tajuk
Rumusan
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan
ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata
sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data
yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan
pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.
3.7 Jadual Spesifikasi Ujian
Bil Bentuk Soalan - Objektif Aras Taksonomi Jumlah
Item
Topik / Aspek Bahasa 1 2 3 4 5 6
1 Morfologi – Kata kerja 3 3
2 Kata seru 1 1
3 Penjodoh bilangan 2 2
4 Simpulan bahasa 2 2 4
5 Sinonim 3 3
6 Kata tanya 2 2
7 Homonim – Kata banyak makna 2 2
8 Sintaksis – Struktur ayat 1 1
9 Pola ayat 2 2
Jumlah Soalan 20
3.8 20 Soalan Ujian Objektif Bahasa Melayu
Soalan 1 dan 2
Pilih penjodoh bilangan yang sesuai
1. Ali dan abangnya sedang membina _______ pondok.
a. sebuah b. sebiji
c. seekor d. sesikat
2. Emak membeli _______ payung di kedai.
a. sebilah b. sepucuk
c. sekaki d. sepapan
Soalan 3 dan 4
Pilih simpulan bahasa yang sesuai
3. Hamzah adalah seorang yang ______ kerana suka menolong lain.
a. buruk siku b. baik hati
c. kaki botol d. kepala batu
4. Pak Malik tidak suka memberikan derma kerana dia seorang yang ______.
a. tangkai jering b. murah hati
b. cakar ayam d. lidah bercabang
5. Hidup Ramli sekeluarga sangat susah ibarat _______________.
a. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
b. sudah jatuh ditimpa tangga
c. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
d. alah bisa tegal bias
6. Jamal dan Jamil adalah adik beradik kembar seiras kerana rupa mereka _______
antara satu sama lain.
a. saling tak tumpah b. semerbak kasturi
c. serapat belangkas d. mancung bak seludang
Soalan 7, 8 dan 9
Pilih penyataan yang paling sesuai
7. Pilih ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan ‘tawar’.
i. Bomoh Roy sedang tawar penyakit yang dihidapi oleh Rogayah.
ii. Gulai yang dimasak oleh kamu ini berasa tawar.
iii. Ikan air tawar tidak boleh hidup di laut.
iv. Harga barang itu boleh tawar mengikut kehendak pelanggan.
a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja
c. i, ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja
8. Pilih ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan ‘ketam’.
i. Leman sedang ketam kayu untuk dijadikan papan.
ii. Gulai ketam yang dimasak oleh kamu ini sangat sedap.
iii. Ketam boleh hidup di laut dan di sungai.
iv. Padi yang telah masak itu hanya menunggu masa untuk ketam.
a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja
c. i, ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja
9. Berikut adalah penggunaan ayat yang betul kecuali.
i. Ayah sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.
ii. Perdana Menteri adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia.
iii. Seluruh stadium berkuasa oleh peminat bola sepak negara.
iv. Malik berkuasa seni silat cekak setelah 5 tahun berlatih.
a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja
c. i, ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja
Soalan 10 dan soalan 11
Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat yang diberikan.
10. Yazid cedera parah dalam kemalangan tersebut.
a. Siapakah yang cedera di dalam kemalangan itu?
b. Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?
c. Di manakah kemalangan itu berlaku?
d. Mengapakah Yazid terlibat di dalam kemalangan itu?
11. Kami telah tersesat di dalam hutan selama seminggu.
a. Di manakah kita tersesat?
b. Bagaimanakah kita tersesat?
c. Berapa lamakah kita telah tersesat?
d. Siapakah yang telah tersesat?
Soalan 12, 13 dan 14
Pilih jawapan yang betul berdasarkan perkataan yang digariskan.
12. Pencuri itu masuk rumah yang tidak berpenghuni sebelum ditangkap polis.
a. di masuki b. memasuki
c. termasuk d. kemasukan
13.Hakim jatuh hukuman ke atas tertuduh kerana di dapati bersalah.
a. menjatuhkan b. dijatuhkan
c. terjatuh d. kejatuhan
14. Habis padi Pak Jimat makan lembu kelmarin.
a. memakan b. dimakan
c. termakan d. pemakanan
Soalan 15, 16 dan 17
Pilih ayat yang betul.
15. a. Wah, sakitnya kakiku!
b. Amboi, comelnya bayi ini!
c. Cis, kamu Berjaya mendapat tempat pertama!
d. Syabas, cantiknya permandangan disini.
16. a. Tolong belikan minuman itu.
b. Di gerai itu menjual air apakah?
c. Adakah kamu dijual minuman?
d. Minuman itu kamu kah?
17. a. Pukul berapa majlis bermula kah?
b. Majlis pukul bermula kah?
c. Bilakah majlis akan bermula?
d. Majlis bermula bila kah?
Soalah 18, 19 dan 20
Pilih maksud yang sesuai
18. Orang gila itu bertempik dengan kuat.
a. menjerit b. melaung
c. memanggil d. membisikkan
19. Muthu bersedih atas kematian ibunya.
a. bersuka-ria b. berduka
c. bermuram d. bergembira
20. Kilang itu terpaksa ditutup kerana bah.
a. banjir c. kemarau
c. tanah runtuh d. ribut
4.0 Kaedah dalam penilaian bahasan
4.0 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan
Ujian Bakat
Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur
bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan
melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi,
mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan
konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti
murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa
dengan cepat.
Ujian Pencapaian
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit
pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa
yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini
dinamakan ujian pra dan ujian pos.
Ujian Kefasihan
Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya.
Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan
pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai
bahasa asing.
Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid
telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.
Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang
telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa
ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan
mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
4.1 Penilaian Melalui Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran
yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang
lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,
pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara
kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara
kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke
akhir.
4.1.1 Tujuan Portfolio
Tujuan portfolio ialah untuk :
⁻ Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang
diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
⁻ Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.
⁻ Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.
4.1.2 Kegunaan Portfolio
⁻ menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
⁻ menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
⁻ digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan
gred.
⁻ menilai secara sumatif pembelajaran.
⁻ menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
4.1.3 Ciri-ciri Portfolio
a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,
halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah
konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika
melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,
komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi
sesuatu tugasan pembelajaran.
d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan
membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan
susulan.
e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan
pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara
aktif.
4.1.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
Portfolio Kerja Harian
Portfolio Hasil Terbaik
Portfolio Dokumen
4.1.5 Bagaimana Menilai Portfolio?
⁻ Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan
berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran,
pengetahuan dan kefahaman.
⁻ Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi
gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
⁻ Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang
mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
⁻ Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil
pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang
(on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
⁻ Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat
yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan
seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
4.1.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
Sesebuah portfolio mengandungi:
⁻ Senarai semak yang disediakan oleh guru
⁻ Nota-nota yang disediakan oleh guru
⁻ Catatan jurnal
⁻ Buku log
⁻ Refleksi kendiri murid
⁻ Gambar dan foto
4.1.7 Kebaikan Penilaian Portfolio
⁻ Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
⁻ Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
⁻ Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
⁻ Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman
kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.
4.2 Penilaian Melalui Pemerhatian.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.
4.2.1 Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
⁻ Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
⁻ Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
⁻ Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.
4.2.2 Strategi Pemerhatian
⁻ Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
⁻ Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal
berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
⁻ Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot,
rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan
persekitaran.
⁻ Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.
4.2.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
Kualiti Pemerhatian
Bentuk Perancangan
Jenis-jenis Pemerhatian
4.2.4 Fungsi Pemerhatian
⁻ Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses
pembelajaran.
⁻ Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan
sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
⁻ Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
Rumusan.
Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk
menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan
serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias
serta prasangka penilai.
4.3 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
4.3.1 Cara Pelaksanaan
I. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk
keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
II. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan
proses pelaksanaan tugasan.
III. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan
kriteria yang ditentukan.
IV. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau
penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.
Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai
Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak
yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan)
berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini
biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan
kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat
kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh
guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
4.3.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap
keupayaan kendiri untuk membolehkan :
I. pelajar mengenal pasti dan merekod,
II. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
III. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
tersebut.
4.3.4 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
⁻ Penilaian objektif tugasan
⁻ Hasil Pembelajaran
⁻ Penilaian
⁻ Format / Bentuk
4.3.5 Format Kontrak Pembelajaran
Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut
keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan
kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya
sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi
terancang dan jelas.
Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu
KONTRAK PEMBELAJARAN
Mata Pelajaran : ............................................................
Nama : ........................................................................
Tahun/Tingkatan :...........................................................
Tugasan : .....................................................................
Objektif :
1..................................................................
2..................................................................
3..................................................................
Perkembangan
Peringkat
Apa yang ingin
dicapai pada
peringkat ini
Bagaimana
akan
dilaksanakan
pada peringkat
ini
Tempoh masa
pelaksanaan
peringkat ini
Bagaimana
penilaian peringkat
ini dibuat
Catatan
Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan
guru
.............................. ....................................
...............................
Nama: Nama: Nama:
4.4 Penilaian Melalui Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan
dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu,
ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi
penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan
pelajar.
4.4.1 Cara Pelaksanaan
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas
yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar
berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk
menguasai teknik menyoal.
4.5 Penilaian Melalui Projek
Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
1) Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
2) Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3) Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik
darjah.
4.5.1 Ciri-ciri Penilaian Projek
⁻ Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
⁻ Jangka masa yang panjang
⁻ Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
⁻ Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang
benar.
⁻ Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek
atau dalam kumpulan.
⁻ Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
⁻ Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang,
integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
⁻ Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh
masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau
membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,
1989).
⁻ Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
⁻ Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
4.5.2 Jenis-jenis penilaian Projek
⁻ Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau
bertulis.
⁻ Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan
menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
⁻ Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
⁻ Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
4.5.3 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
5.0 Memeriksa dan Mengukur Sampel Karangan Bahasa Melayu
Penilaian Melalui Pemerhatian.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran.
5.1 Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
– Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
– Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
– Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.
5.2 Strategi Pemerhatian
– Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
– Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal
berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
– Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod
anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan
dan persekitaran.
– Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang
dijalankan.
5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
– Kualiti Pemerhatian
– Bentuk Perancangan
– Jenis-jenis Pemerhatian
5.4 Fungsi Pemerhatian
– Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses
pembelajaran.
– Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan
sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
– Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
5.5 Rumusan
Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk
menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan
serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias
serta prasangka penilai.
5.6 Sampel Karangan
5.7 Analisis Sampel Karangan
Seperti yang telah dilihat, terdapat beberapa kesalahan bahasa yang mana
melibatkan kesilapan ejaan, kesilapan penggunaan huruf, kesilapan ayat dan
kelilapan kosa kata.
Kesilapan Ejaan
Tiga patah perkataan jelas silap dieja dalam karangan ini. Perkataan-perkataan itu
ialah “saudara” yang dieja “sedara”, “menzirahi” yang dieja “ziarahi”, dan “Aidilfitri”
yang dieja “aidielfitri”.
Kesilapan Penggunaan Huruf
Terdapat satu kategori kesilapan penggunaan huruf dalam karangan ini. Yang
pertama ialah penggunaan huruf kecil untuk nama khas. Terdapat satu kesilapan
dalam kategori ini iaitu “Hari Raya” ditulis menggunakan huruf kecil menjadi “hari
raya”.
Kesilapan Penggunan Kosa Kata
Agar perbincangan bertumpu pada penggunaan kosa kata sahaja, kesilapan ejaan
dan tanda baca dalam contoh-contoh di bawah ini sudah dibetulkan.
Terdapat dua kesilapan penggunaan kosa kata dalam karangan ini. Yang pertama
ialah perkataan “sedara” dalam frasa “sanak sedara”. Perkataan “sedara” dalam
dialek umum bermaksud “saudara” atau “ahli keluarga”. Murid ini menggunakan
kosa kata lisan dalam karangannya. Perkataan yang sesuai menggantikan
perkataan “sedara” ialah “saudara”. Oleh itu frasa “sedara” dapat ditulis semula
menjadi “saudara”.
Yang kedua ialah perkataan “menjamu” dalam frasa “dapat menjamu”. Perkataan
“menjamu” dalam dialek umum bermaksud “makan” atau “dijamu”. Murid ini
menggunakan kosa kata lisan dalam karangannya. Perkataan yang sesuai
menggantikan perkataan “menjamu” ialah “makan”. Oleh itu frasa “sedara” dapat
ditulis semula menjadi “makan”.
Kesilapan Ayat
Kesilapan ini merangkumi kesilapan frasa dan ayat. Agar perbincangan bertumpu
pada kesilapan frasa/ayat sahaja, dalam contoh di bawah ini kesilapan ejaan, tanda
baca dan kosa kata dalam ayat yang berkenaan sudah dibetulkan.
Kesilapan Penggunaan Tanda Baca
Karangan ini mengandungi satu jenis kesilapan tanda baca iaitu kedudukan koma
yang tidak digunakan perkataan teraawal yang memerlukannya. Terdapat tiga
kesilapan seperti yang berikut:
1. Setelah sebulan berpuasa,
2. Pada pagi raya,
3. Setelah siap,

More Related Content

What's hot

Konsep penilaian dan Evaluasi dalam Pembelajaran
Konsep penilaian dan Evaluasi dalam Pembelajaran Konsep penilaian dan Evaluasi dalam Pembelajaran
Konsep penilaian dan Evaluasi dalam Pembelajaran PratiwiKartikaSari
 
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujianKpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujianMazmon Mahmud
 
Contoh prosedur penelitian tindakan kelas
Contoh prosedur penelitian tindakan kelasContoh prosedur penelitian tindakan kelas
Contoh prosedur penelitian tindakan kelasWanakisu Wanahugu
 
Baba 8 taksonomi bloom ddpp 1
Baba 8 taksonomi bloom ddpp 1 Baba 8 taksonomi bloom ddpp 1
Baba 8 taksonomi bloom ddpp 1 Mitha Cyachyiie
 
001 makalah-evaluasi-pendidikan
001 makalah-evaluasi-pendidikan001 makalah-evaluasi-pendidikan
001 makalah-evaluasi-pendidikanRurinDa ELsa
 
Strategi dan model pembelajaran
Strategi dan model pembelajaranStrategi dan model pembelajaran
Strategi dan model pembelajaranKarlini Karlini
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingAmin Upsi
 
Evaluasi Pembelajaran, Materi Kuliah
Evaluasi Pembelajaran, Materi Kuliah Evaluasi Pembelajaran, Materi Kuliah
Evaluasi Pembelajaran, Materi Kuliah trysnokoe
 
Bab 3 proposal PTK/wahyu mariska j/08141197/PGSD/7E
Bab 3 proposal PTK/wahyu mariska j/08141197/PGSD/7EBab 3 proposal PTK/wahyu mariska j/08141197/PGSD/7E
Bab 3 proposal PTK/wahyu mariska j/08141197/PGSD/7EMariz Cha Cha
 
Contoh makalah-evaluasi-pendidikan
Contoh makalah-evaluasi-pendidikanContoh makalah-evaluasi-pendidikan
Contoh makalah-evaluasi-pendidikanTerminal Purba
 
Penilaian hasil dan proses pembelajaran
Penilaian hasil dan proses pembelajaranPenilaian hasil dan proses pembelajaran
Penilaian hasil dan proses pembelajaranNitho As
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuranmadiah jaafar
 
Kelompok 12 skor dan interpretasi afektif
Kelompok 12   skor dan interpretasi afektifKelompok 12   skor dan interpretasi afektif
Kelompok 12 skor dan interpretasi afektifFirdaus Ibnu Ibnu
 

What's hot (19)

handout PKM fix
handout PKM fixhandout PKM fix
handout PKM fix
 
Pertemua 1
Pertemua 1Pertemua 1
Pertemua 1
 
Konsep penilaian dan Evaluasi dalam Pembelajaran
Konsep penilaian dan Evaluasi dalam Pembelajaran Konsep penilaian dan Evaluasi dalam Pembelajaran
Konsep penilaian dan Evaluasi dalam Pembelajaran
 
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujianKpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
Kpn 4053 unit 2 jenis jenis ujian
 
Bab ii kajian pustaka
Bab ii kajian pustakaBab ii kajian pustaka
Bab ii kajian pustaka
 
Contoh prosedur penelitian tindakan kelas
Contoh prosedur penelitian tindakan kelasContoh prosedur penelitian tindakan kelas
Contoh prosedur penelitian tindakan kelas
 
Baba 8 taksonomi bloom ddpp 1
Baba 8 taksonomi bloom ddpp 1 Baba 8 taksonomi bloom ddpp 1
Baba 8 taksonomi bloom ddpp 1
 
001 makalah-evaluasi-pendidikan
001 makalah-evaluasi-pendidikan001 makalah-evaluasi-pendidikan
001 makalah-evaluasi-pendidikan
 
Strategi dan model pembelajaran
Strategi dan model pembelajaranStrategi dan model pembelajaran
Strategi dan model pembelajaran
 
Rpp glb ppl
Rpp glb pplRpp glb ppl
Rpp glb ppl
 
Topik 1
Topik 1Topik 1
Topik 1
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
 
Evaluasi Pembelajaran, Materi Kuliah
Evaluasi Pembelajaran, Materi Kuliah Evaluasi Pembelajaran, Materi Kuliah
Evaluasi Pembelajaran, Materi Kuliah
 
Bab 3 proposal PTK/wahyu mariska j/08141197/PGSD/7E
Bab 3 proposal PTK/wahyu mariska j/08141197/PGSD/7EBab 3 proposal PTK/wahyu mariska j/08141197/PGSD/7E
Bab 3 proposal PTK/wahyu mariska j/08141197/PGSD/7E
 
Contoh makalah-evaluasi-pendidikan
Contoh makalah-evaluasi-pendidikanContoh makalah-evaluasi-pendidikan
Contoh makalah-evaluasi-pendidikan
 
Penilaian hasil dan proses pembelajaran
Penilaian hasil dan proses pembelajaranPenilaian hasil dan proses pembelajaran
Penilaian hasil dan proses pembelajaran
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
 
Bab iii 86
Bab iii 86Bab iii 86
Bab iii 86
 
Kelompok 12 skor dan interpretasi afektif
Kelompok 12   skor dan interpretasi afektifKelompok 12   skor dan interpretasi afektif
Kelompok 12 skor dan interpretasi afektif
 

Similar to Penaksiran dan Penilaian

Bab ii rendra revisi
Bab ii rendra revisiBab ii rendra revisi
Bab ii rendra revisirisqifajril
 
Strategi pengembangan pbk
Strategi pengembangan pbkStrategi pengembangan pbk
Strategi pengembangan pbkEgi Ramadah
 
Ranah penilaian kognitif
Ranah penilaian kognitif Ranah penilaian kognitif
Ranah penilaian kognitif Ayu Varadita
 
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdfThilaka Muniyandi
 
Teknik Pengembangan Bahan Ajar
Teknik Pengembangan Bahan AjarTeknik Pengembangan Bahan Ajar
Teknik Pengembangan Bahan AjarMuhamadAbdulAziz1
 
Bahan 1 evaluasi anak usia dini
Bahan 1 evaluasi anak usia diniBahan 1 evaluasi anak usia dini
Bahan 1 evaluasi anak usia diniMuhaimin Abu Faiz
 
Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_amirafirda
 
ringkasan peserta didik
ringkasan peserta didikringkasan peserta didik
ringkasan peserta didikDwi Rahayu
 
Komponen t.komunikasi pp
Komponen t.komunikasi ppKomponen t.komunikasi pp
Komponen t.komunikasi ppbaringintinjak
 
Perumusan Tujuan Intruksional Khusus
Perumusan Tujuan Intruksional KhususPerumusan Tujuan Intruksional Khusus
Perumusan Tujuan Intruksional Khususahimza
 
P19 MERANCANG EVALUASI PEMBELAJARAN YANG KOMPERHENSIF.pptx
P19 MERANCANG EVALUASI PEMBELAJARAN YANG KOMPERHENSIF.pptxP19 MERANCANG EVALUASI PEMBELAJARAN YANG KOMPERHENSIF.pptx
P19 MERANCANG EVALUASI PEMBELAJARAN YANG KOMPERHENSIF.pptxIbnuNizamSoamole1
 
Definisi kognitif
Definisi kognitifDefinisi kognitif
Definisi kognitifsujiadisss
 

Similar to Penaksiran dan Penilaian (20)

Bab ii ragam hias
Bab ii ragam hiasBab ii ragam hias
Bab ii ragam hias
 
Makalah pp baru fix
Makalah pp baru fixMakalah pp baru fix
Makalah pp baru fix
 
Bab ii rendra revisi
Bab ii rendra revisiBab ii rendra revisi
Bab ii rendra revisi
 
Strategi pengembangan pbk
Strategi pengembangan pbkStrategi pengembangan pbk
Strategi pengembangan pbk
 
Ranah penilaian kognitif
Ranah penilaian kognitif Ranah penilaian kognitif
Ranah penilaian kognitif
 
09 bahan bacaan
09 bahan bacaan09 bahan bacaan
09 bahan bacaan
 
09 bahan bacaan
09 bahan bacaan09 bahan bacaan
09 bahan bacaan
 
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
179100246 46594123-modul-bmm-3103-pentaksiran-bahasa-melayu-sek-rendah-pdf
 
Teknik Pengembangan Bahan Ajar
Teknik Pengembangan Bahan AjarTeknik Pengembangan Bahan Ajar
Teknik Pengembangan Bahan Ajar
 
Bahan 1 evaluasi anak usia dini
Bahan 1 evaluasi anak usia diniBahan 1 evaluasi anak usia dini
Bahan 1 evaluasi anak usia dini
 
Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_
 
ringkasan peserta didik
ringkasan peserta didikringkasan peserta didik
ringkasan peserta didik
 
Modul.pentaksiran
Modul.pentaksiranModul.pentaksiran
Modul.pentaksiran
 
Komponen t.komunikasi pp
Komponen t.komunikasi ppKomponen t.komunikasi pp
Komponen t.komunikasi pp
 
Perumusan Tujuan Intruksional Khusus
Perumusan Tujuan Intruksional KhususPerumusan Tujuan Intruksional Khusus
Perumusan Tujuan Intruksional Khusus
 
PPT EPM TUGAS 1.pdf
PPT EPM TUGAS 1.pdfPPT EPM TUGAS 1.pdf
PPT EPM TUGAS 1.pdf
 
Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)
Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)   Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)
Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)
 
P19 MERANCANG EVALUASI PEMBELAJARAN YANG KOMPERHENSIF.pptx
P19 MERANCANG EVALUASI PEMBELAJARAN YANG KOMPERHENSIF.pptxP19 MERANCANG EVALUASI PEMBELAJARAN YANG KOMPERHENSIF.pptx
P19 MERANCANG EVALUASI PEMBELAJARAN YANG KOMPERHENSIF.pptx
 
Tugas seminar proposal .1
Tugas seminar proposal .1Tugas seminar proposal .1
Tugas seminar proposal .1
 
Definisi kognitif
Definisi kognitifDefinisi kognitif
Definisi kognitif
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Penaksiran dan Penilaian

  • 1. 1.1Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:- a) Instrumen b) Kumpulan yang ditaksir c) Respon d) Kumpulan yang menaksir e) Skor 1.2 Pengujian ⁻ Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. ⁻ Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. ⁻ Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran ⁻ Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre- test. ⁻ Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
  • 2. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. 1.3 Penilaian Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.
  • 3. 1.4 Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk: ⁻ mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar. ⁻ menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. ⁻ membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. ⁻ menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. ⁻ membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan ⁻ membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
  • 4. 2,0 Taksonomi bloom, solo dan krathwohl 2.1 Taksonomi Blomm Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu: 1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir. 2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri. 3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin. Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: 1. Pengetahuan 2. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual Pengetahuan (Knowledge) Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. Pemahaman (Comprehension) Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
  • 5. Aplikasi (Application) Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. Analisis (Analysis) Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Sintesis (Synthesis) Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.. Penilaian (Evaluation) Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
  • 6.  Domain Psikomotor 1. Persepsi 2. Persediaan (Set) 3. Respons Terpimpin 4. Mekanisme (Mechanism) 5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Penyesuaian (Adaptation) 7. Penciptaan (Origination) 2.2 Domain David Krathwohl Domain Krathwohl merupakan domain yang paling terkenal. Taksonomi ini adalah mengikut persepsi terhadap objek melalui peringkat kesedaran umum kepada peringkat di mana persepsi itu didalami seterusnya mempengaruhi kelakuan seseorang. (Seels & Glasgow, 1990, p. 28)."
  • 7. Domain Afektif 1) Receiving/Attending (Penerimaan) ⁻ Kesediaan untuk menyedari adanya suatu fenomena di lingkungannya. Dalam pengajaran bentuknya berupa mendapatkan perhatian, mempertahankannya, dan mengarahkannya. 2) Responding (Tanggapan) ⁻ Memberikan reaksi terhadap fenomena yang ada di lingkungannya. Meliputi persetujuan, kesediaan, dan kepuasan dalam memberikan tanggapan 3) Valuing (Penghargaan) ⁻ Berkaitan dengan harga atau nilai yang diterapkan pada suatu objek, fenomena, atau tingkah laku. Penilaian berdasar pada internalisasi dari serangkaian nilai tertentu yang diekspresikan ke dalam tingkah laku 4) Organization (Pengorganisasian) ⁻ Memadukan nilai-nilai yang berbeza, menyelesaikan konflik di antaranya, dan membentuk suatu sistem nilai yang konsisten 5) Characterization by a Value or Value Complex (Karakterisasi Berdasarkan Nilai- nilai) ⁻ Memiliki sistem nilai yang mengendalikan tingkah-lakunya sehingga menjadi karakteristik gaya-hidupnya.
  • 8. 2.3 Taksonomi solo Taksonomi Solo ini telah diperkenalkan oleh Biggs and Collis (1982), dan dimurnikan dan diperkukuhkan lagi oleh Biggs (1999).Teori ini menerangkan tentang tahap peningkatan pelajar dalam pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran menerusi lima langkah dan sesuai diaplikasi dalam mana- mana mata pelajaran. Terdapat dua kategori setiap aras. Surface  Unistructural Multistructural Deep  Relational  Extended Abstract Seperti juga enam peringkat kemahiran yang terdapat dalam taksonomi Bloom, taksonomi Solo juga mempunyai peringkat tertentu yang terdiri daripada empat peringkat utama di mana setiap peringkat meliputi setiap peringkat sebelumnya. 1. Pra- struktur (prestructure): Pelajar akan memperoleh maklumat yang tidak saling berkaitan( pada asalnya) dan tiada penyusunan maklumat( maklumat tiada maksud yang jelas kepada pelajar) 2.Uni-Struktur (unistructure): Pelajar berupaya membuat pertalian(hubung kait) yang mudah antara maklumat dengan maklumat yang lain tetapi belum memahami kepentingan maklumat tadi. 3. Struktur Pelbagai (multistructure): Pelbagai pertalian( hubung kait) dibuat oleh pelajar, tetapi pelajar kurang memahami kepentingan maklumat secara keseluruhannya. 4. Membuat perhubungan (relational): Pelajar berupaya menghayati kepentingan bahagian- bahagian maklumat tadi kepada makna keseluruhan.
  • 9. 5. Peringkat Pemanjangan Abstrak (extended abstract). Pelajar akan membuat hubungan bukan sahaja berdasarkan apa yang diberikan secara lahiriah, tetapi lebih daripada itu( di luar kotak). Pelajar mampu membuat kesimpulan dan memindahkan prinsip- prinsip dan idea tersebut menggunakan contoh yang lebih spesifik. Rumusan Taxonomi SOLO merupakan hirarki yang sebenar; meningkat secara kuantiti dan kualiti. Taxonomi SOLO membimbing pembinaan soalan aras rendah (surface) dan aras tinggi (deep). Kedua-dua aras soalan adalah perlu; tujuan ujian 2.4 Ujian Formatif Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. 2.5 Ujian Sumatif Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
  • 10. 2.6 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif 1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan. Fungsi 1. Pensijilan atau penggredan 2. Sepanjang pengajaran Masa 2. Pada akhir unit/kursus 3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3.Kognitif 4. Terhad kepada tugasan Sifat 4. Beraneka jenis 5. Berubah-ubah Kesukaran 5. Senang – sukar 6. Dibentuk khas Alat 6. Peperiksaan akhir tahun 7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma
  • 11. 3.0 Jadual Spesifikasi Ujian 3.1 Definisi Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang). 3.2 Kerangka konsep JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEPENTINGAN JSU DEFINISI LANGKAH PEMBINAAN JSU
  • 12. 3.3 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) – Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. – Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. – Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. – Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain- lain. – Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. – Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%. 3.4 Kepentingan JSU – Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. – Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. – Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. – Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. – Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
  • 13. Bil Bentuk Soalan Objektif Kemahiran Aras Kognitif Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah Item 1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4  Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka 2 2 1.2 Linguistik BM 15 12  Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 1 1.3 Fonologi 20 16  Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan 3 2 1 1  Fonem segmental 2 2 1 1 1  Fonem suprasegmental 1 1 Jumlah 40 32 Jadual 1: Contoh JSU  Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah.
  • 14. 3.6 Langkah Membina JSU Langkah I: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. soalan objektif (30 soalan) b. 1 markah bagi 1 item c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa x Jumlah soalan Jumlah Masa keseluruhan Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor Domain Kognitif 6. Penilaian Sukar 5. Sintesis 4. Analisis 3. Penggunaan 2. Kefahaman 1. Pengetahuan Mudah Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji? – Ujian objektif – Ujian struktur – Ujian esei, dan lain-lain. Langkah V: – Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll) – Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar) – Pemarkahan
  • 15. Langkah VI – Nyatakan mata pelajaran – Nyatakan tingkatan – Susunan nombor soalan mengikut tajuk Rumusan Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.
  • 16. 3.7 Jadual Spesifikasi Ujian Bil Bentuk Soalan - Objektif Aras Taksonomi Jumlah Item Topik / Aspek Bahasa 1 2 3 4 5 6 1 Morfologi – Kata kerja 3 3 2 Kata seru 1 1 3 Penjodoh bilangan 2 2 4 Simpulan bahasa 2 2 4 5 Sinonim 3 3 6 Kata tanya 2 2 7 Homonim – Kata banyak makna 2 2 8 Sintaksis – Struktur ayat 1 1 9 Pola ayat 2 2 Jumlah Soalan 20
  • 17. 3.8 20 Soalan Ujian Objektif Bahasa Melayu Soalan 1 dan 2 Pilih penjodoh bilangan yang sesuai 1. Ali dan abangnya sedang membina _______ pondok. a. sebuah b. sebiji c. seekor d. sesikat 2. Emak membeli _______ payung di kedai. a. sebilah b. sepucuk c. sekaki d. sepapan Soalan 3 dan 4 Pilih simpulan bahasa yang sesuai 3. Hamzah adalah seorang yang ______ kerana suka menolong lain. a. buruk siku b. baik hati c. kaki botol d. kepala batu 4. Pak Malik tidak suka memberikan derma kerana dia seorang yang ______. a. tangkai jering b. murah hati b. cakar ayam d. lidah bercabang 5. Hidup Ramli sekeluarga sangat susah ibarat _______________. a. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang b. sudah jatuh ditimpa tangga c. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian d. alah bisa tegal bias
  • 18. 6. Jamal dan Jamil adalah adik beradik kembar seiras kerana rupa mereka _______ antara satu sama lain. a. saling tak tumpah b. semerbak kasturi c. serapat belangkas d. mancung bak seludang Soalan 7, 8 dan 9 Pilih penyataan yang paling sesuai 7. Pilih ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan ‘tawar’. i. Bomoh Roy sedang tawar penyakit yang dihidapi oleh Rogayah. ii. Gulai yang dimasak oleh kamu ini berasa tawar. iii. Ikan air tawar tidak boleh hidup di laut. iv. Harga barang itu boleh tawar mengikut kehendak pelanggan. a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja 8. Pilih ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan ‘ketam’. i. Leman sedang ketam kayu untuk dijadikan papan. ii. Gulai ketam yang dimasak oleh kamu ini sangat sedap. iii. Ketam boleh hidup di laut dan di sungai. iv. Padi yang telah masak itu hanya menunggu masa untuk ketam. a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja
  • 19. 9. Berikut adalah penggunaan ayat yang betul kecuali. i. Ayah sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi. ii. Perdana Menteri adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia. iii. Seluruh stadium berkuasa oleh peminat bola sepak negara. iv. Malik berkuasa seni silat cekak setelah 5 tahun berlatih. a. i dan ii sahaja b. ii dan iii sahaja c. i, ii dan iii sahaja d. iii dan iv sahaja Soalan 10 dan soalan 11 Pilih jawapan yang betul berdasarkan ayat yang diberikan. 10. Yazid cedera parah dalam kemalangan tersebut. a. Siapakah yang cedera di dalam kemalangan itu? b. Bagaimanakah kemalangan itu berlaku? c. Di manakah kemalangan itu berlaku? d. Mengapakah Yazid terlibat di dalam kemalangan itu? 11. Kami telah tersesat di dalam hutan selama seminggu. a. Di manakah kita tersesat? b. Bagaimanakah kita tersesat? c. Berapa lamakah kita telah tersesat? d. Siapakah yang telah tersesat? Soalan 12, 13 dan 14 Pilih jawapan yang betul berdasarkan perkataan yang digariskan. 12. Pencuri itu masuk rumah yang tidak berpenghuni sebelum ditangkap polis. a. di masuki b. memasuki c. termasuk d. kemasukan
  • 20. 13.Hakim jatuh hukuman ke atas tertuduh kerana di dapati bersalah. a. menjatuhkan b. dijatuhkan c. terjatuh d. kejatuhan 14. Habis padi Pak Jimat makan lembu kelmarin. a. memakan b. dimakan c. termakan d. pemakanan Soalan 15, 16 dan 17 Pilih ayat yang betul. 15. a. Wah, sakitnya kakiku! b. Amboi, comelnya bayi ini! c. Cis, kamu Berjaya mendapat tempat pertama! d. Syabas, cantiknya permandangan disini. 16. a. Tolong belikan minuman itu. b. Di gerai itu menjual air apakah? c. Adakah kamu dijual minuman? d. Minuman itu kamu kah? 17. a. Pukul berapa majlis bermula kah? b. Majlis pukul bermula kah? c. Bilakah majlis akan bermula? d. Majlis bermula bila kah?
  • 21. Soalah 18, 19 dan 20 Pilih maksud yang sesuai 18. Orang gila itu bertempik dengan kuat. a. menjerit b. melaung c. memanggil d. membisikkan 19. Muthu bersedih atas kematian ibunya. a. bersuka-ria b. berduka c. bermuram d. bergembira 20. Kilang itu terpaksa ditutup kerana bah. a. banjir c. kemarau c. tanah runtuh d. ribut
  • 22. 4.0 Kaedah dalam penilaian bahasan 4.0 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Ujian Bakat Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Ujian Pencapaian Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. Ujian Kefasihan Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka. Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
  • 23. 4.1 Penilaian Melalui Porfolio Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir. 4.1.1 Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk : ⁻ Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. ⁻ Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. ⁻ Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi. 4.1.2 Kegunaan Portfolio ⁻ menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). ⁻ menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan. ⁻ digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred. ⁻ menilai secara sumatif pembelajaran. ⁻ menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
  • 24. 4.1.3 Ciri-ciri Portfolio a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan. b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan. c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran. d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan. e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. 4.1.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. Portfolio Kerja Harian Portfolio Hasil Terbaik Portfolio Dokumen 4.1.5 Bagaimana Menilai Portfolio? ⁻ Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman. ⁻ Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. ⁻ Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
  • 25. E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A 3 Membentuk suku kata A 2 Menyebut bunyi huruf N 1 Permulaan mengenal huruf ⁻ Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar. ⁻ Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja. 4.1.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi: ⁻ Senarai semak yang disediakan oleh guru ⁻ Nota-nota yang disediakan oleh guru ⁻ Catatan jurnal ⁻ Buku log ⁻ Refleksi kendiri murid ⁻ Gambar dan foto 4.1.7 Kebaikan Penilaian Portfolio ⁻ Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran ⁻ Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid ⁻ Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid ⁻ Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru. 4.2 Penilaian Melalui Pemerhatian. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
  • 26. 4.2.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai: ⁻ Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. ⁻ Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’. ⁻ Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. 4.2.2 Strategi Pemerhatian ⁻ Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. ⁻ Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. ⁻ Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran. ⁻ Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. 4.2.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah: Kualiti Pemerhatian Bentuk Perancangan Jenis-jenis Pemerhatian 4.2.4 Fungsi Pemerhatian ⁻ Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. ⁻ Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. ⁻ Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
  • 27. Rumusan. Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai. 4.3 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran 4.3.1 Cara Pelaksanaan I. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. II. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. III. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan. IV. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
  • 28. 4.3.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan : I. pelajar mengenal pasti dan merekod, II. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, III. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut. 4.3.4 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan? ⁻ Penilaian objektif tugasan ⁻ Hasil Pembelajaran ⁻ Penilaian ⁻ Format / Bentuk 4.3.5 Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.
  • 29. Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ............................................................ Nama : ........................................................................ Tahun/Tingkatan :........................................................... Tugasan : ..................................................................... Objektif : 1.................................................................. 2.................................................................. 3.................................................................. Perkembangan Peringkat Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini Tempoh masa pelaksanaan peringkat ini Bagaimana penilaian peringkat ini dibuat Catatan Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru .............................. .................................... ............................... Nama: Nama: Nama:
  • 30. 4.4 Penilaian Melalui Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. 4.4.1 Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
  • 31. 4.5 Penilaian Melalui Projek Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut: 1) Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. 2) Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. 3) Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. 4.5.1 Ciri-ciri Penilaian Projek ⁻ Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ). ⁻ Jangka masa yang panjang ⁻ Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. ⁻ Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar. ⁻ Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan. ⁻ Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. ⁻ Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. ⁻ Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).
  • 32. ⁻ Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. ⁻ Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. 4.5.2 Jenis-jenis penilaian Projek ⁻ Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis. ⁻ Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. ⁻ Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi. ⁻ Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model. 4.5.3 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
  • 33. 5.0 Memeriksa dan Mengukur Sampel Karangan Bahasa Melayu Penilaian Melalui Pemerhatian. Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. 5.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai: – Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. – Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’. – Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. 5.2 Strategi Pemerhatian – Berterusan mengikut keperluan yang dirancang. – Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. – Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran. – Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan. 5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah: – Kualiti Pemerhatian – Bentuk Perancangan – Jenis-jenis Pemerhatian
  • 34. 5.4 Fungsi Pemerhatian – Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. – Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran. – Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. 5.5 Rumusan Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.
  • 36. 5.7 Analisis Sampel Karangan Seperti yang telah dilihat, terdapat beberapa kesalahan bahasa yang mana melibatkan kesilapan ejaan, kesilapan penggunaan huruf, kesilapan ayat dan kelilapan kosa kata. Kesilapan Ejaan Tiga patah perkataan jelas silap dieja dalam karangan ini. Perkataan-perkataan itu ialah “saudara” yang dieja “sedara”, “menzirahi” yang dieja “ziarahi”, dan “Aidilfitri” yang dieja “aidielfitri”. Kesilapan Penggunaan Huruf Terdapat satu kategori kesilapan penggunaan huruf dalam karangan ini. Yang pertama ialah penggunaan huruf kecil untuk nama khas. Terdapat satu kesilapan dalam kategori ini iaitu “Hari Raya” ditulis menggunakan huruf kecil menjadi “hari raya”. Kesilapan Penggunan Kosa Kata Agar perbincangan bertumpu pada penggunaan kosa kata sahaja, kesilapan ejaan dan tanda baca dalam contoh-contoh di bawah ini sudah dibetulkan. Terdapat dua kesilapan penggunaan kosa kata dalam karangan ini. Yang pertama ialah perkataan “sedara” dalam frasa “sanak sedara”. Perkataan “sedara” dalam dialek umum bermaksud “saudara” atau “ahli keluarga”. Murid ini menggunakan kosa kata lisan dalam karangannya. Perkataan yang sesuai menggantikan perkataan “sedara” ialah “saudara”. Oleh itu frasa “sedara” dapat ditulis semula menjadi “saudara”. Yang kedua ialah perkataan “menjamu” dalam frasa “dapat menjamu”. Perkataan “menjamu” dalam dialek umum bermaksud “makan” atau “dijamu”. Murid ini menggunakan kosa kata lisan dalam karangannya. Perkataan yang sesuai menggantikan perkataan “menjamu” ialah “makan”. Oleh itu frasa “sedara” dapat ditulis semula menjadi “makan”.
  • 37. Kesilapan Ayat Kesilapan ini merangkumi kesilapan frasa dan ayat. Agar perbincangan bertumpu pada kesilapan frasa/ayat sahaja, dalam contoh di bawah ini kesilapan ejaan, tanda baca dan kosa kata dalam ayat yang berkenaan sudah dibetulkan. Kesilapan Penggunaan Tanda Baca Karangan ini mengandungi satu jenis kesilapan tanda baca iaitu kedudukan koma yang tidak digunakan perkataan teraawal yang memerlukannya. Terdapat tiga kesilapan seperti yang berikut: 1. Setelah sebulan berpuasa, 2. Pada pagi raya, 3. Setelah siap,