SlideShare a Scribd company logo
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana
segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.
Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang
telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan
perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah
negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan
standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.
Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan,
maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut
dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia
dan akhirat.
Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.
Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan
bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah
peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej
Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan
termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru.
Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard
profesionalisme guru.
Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja
memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran
kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat,
memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan
sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi
membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang
berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.
4.1 Faktor dan punca-punca stress atau tekanan guru.
Seramai sepuluh orang guru sekolah rendah telah menjalani sesi temu bual
berkenaan tajuk stres dalam kalangan guru di sekolah. Hasil dapatan temu bual
tersebut, didapati faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi di
kalangan guru ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang
kurang kondusif dan ditambah lagi dengan karenah pelajar yang bermacam ragam,
guru terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan
kemudahan di sekolah juga akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan
untuk mengajar tidak mencukupi dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak
lengkap untuk memberikan pengajaran yang maksimum kepada para murid. Selain
daripada itu, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan
sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Masalah-masalah seperti
ini menyebabkan guru mengambil tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar walaupun tindakan ini bertentangan
dengan etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak
stabil boleh menguasai pemikiran yang waras.
Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah beban tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang
perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan
pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar, urusan pentadbiran seperti mengisi borang
dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang
berkerja. Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan
menimbulkan tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru
memerlukan masa untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi
tugas lain yang menanti untuk disiapkan. Ini akan menyebabkan kerja menjadi
semakin banyak dan semakin membebankan.
Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan yang
tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas
kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan
fizikal dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan
tinggi darah. Dalam konteks sekolah, guru terbeban dengan keperluan untuk
mengutamakan tugas utama iaitu mengajar. Namun, guru juga terbeban dengan
kehendak untuk menyiapkan tugas-tugas lain mengikut masa yang ditetapkan dan
bukan itu sahaja, guru juga perlu memastikan komitmen terhadap keluarga dan
komitmen terhadap aktiviti sosial di luar tidak terjejas dengan keperluan memenuhi
tuntutan tugasan di sekolah. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan kebanyakan
individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu dan masa selebihnya adalah
untuk memenuhi tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat. Sekiranya seseorang
guru tidak dapat menangani tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat, masalah itu
akan dibawa pula ke sekolah dan akan menganggu pula tugas-tugas wajib di sekolah.
Faktor ketiga yang menyumbang kepadatekanan emosi di kalangan guru ialah
punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah, perhubungan
dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama yang sering
menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah tinggi, sakit
jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang mengalami masalah
kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami tekanan emosi yang boleh
menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah. Menurut Gold Yvonne dan A. Roth
Robert (1993), gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah
bersama keluarga. Sebagai contoh, niat mahu membawa keluarga pergi bermain
boling tetapi kerana kekangan kos, niat tersebut terpaksa dibatalkan. Ini akan
menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan emosi kerana ketidakstabilan
emosi selepas tidak mampu untuk membawa keluarga melakukan aktiviti riadah yang
dikehendaki. Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi guru ini akan
menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila mereka terlalu memikirkan tentang
masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan hakiki di sekolah.
Faktor keempat yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah masalah disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari
ini semakin meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah
untuk menangani masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan
antara faktor kenapa masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari ke
hari. Menurut Olivia (dipetik daripada Abdullah Sani, 2005), disiplin bermaksud
kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk
menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh itu, apabila murid melakukan masalah
disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah tidak patuh
kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah. Apabila guru memasuki
kelas yang bermasalah, guru akan cenderung untuk sentiasa menganggap sikap dan
perlakuan pelajar-pelajar sebegini teruk dan secara tidak langsung telah menanggap
pelajar-pelajar tersebut adalah golongan yang tidak berdisiplin dan sering
menimbulkan masalah di sekolah walaupun pada dasarnya ianya adalah sesuatu
yang benar.
Kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan
pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Apabila guru berhadapan dengan perkara
yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan
dengan keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru mengambil langkah yang mudah
untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi pelajar dan tidak masuk ke
kelas yang bermasalah untuk mengajar. Golongan pelajar yang sentiasa
menimbulkan masalah disiplin ini akan mendatangkan tekanan emosi kepada guru
untuk berhadapan dengan mereka dan ini adalah punca kenapa guru mengalami
tekanan emosi yang berpanjangan di sekolah.
Punca kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah tekanan daripada pihak atasan. Kepimpinan adalah satu fenomena yang
melibatkan suatu proses bagi manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan
potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi
seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong ataupun untuk mempengaruhi.
Ini bermakna, seseorang pemimpin hendaklah menggunakan segala kebolehan yang
ada padanya untuk memimpin dengan cekap dan baik.
Jika melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah adalah guru besar
ataupun pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan yang betul
adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan. Kepimpinan seseorang
pemimpin tidak akan mempunyai apa-apa nilai sekiranya beliau tidak menjaga
hubungannya dengan pekerja-pekerja bawahan. Dalam erti kata lain, pekerja-pekerja
beliau tidak akan menghormatinya sebagai seorang pemimpin.
Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang tinggi
untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru juga
dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap
sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan tidak
mentadbir urus dengan sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi
mangsa. Lambakan tugas akan dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru
mengalami tekanan emosi serta stres. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya
terpaksa berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan mengamalkan birokrasi
yang berlebihan di sekolah. Ini akan menyebabkan guru-guru merasa tidak mendapat
sokongan daripada pemimpin sekolah apabila mahu melakukan sesuatu perkara.
Perkara ini juga akan menyebabkan guru-guru merasa tidak dihargai dan lama-
kelamaan, ini akan menimbulkan pemberontakan dan rasa tidak hormat terhadap
pemimpin. Komunikasi antara guru dengan pemimpin sekolah akan turut terjejas
kerana sudah wujud jurang yang besar dan perasaan yang tidak enak di kalangan
mereka.
4.2 Kesan dari stress atau tekanan guru
Stress atau tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa,
emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang
berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang
menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap
perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan
tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna.
Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa
kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja.
Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal
(keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan
berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur).
Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan
fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak
menerima rawatan dengan sebaiknya. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan
mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini
seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan
yang diceburinya.
4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan.
Berdasarkan kepada hasil dapatan temubual yang telah dijalankan, berikut
dapatlah dikemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan
tekanan guru di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai
untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Peranan pihak
pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada
dalam bentuk bengkel, kursus atau pun seminar perlu memasukkan strategi
berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya,
mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara
staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang
lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindakbalas yang positif dan dihargai,
pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan
kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan
kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan
pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru
disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua
juga mestilah ubahsuai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam
terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah
mestilah dilibatkan guru-guru. Proses menerima dan menapis pendapat dan
pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima.
Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik
kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau
demokratik.
Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman
yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan
tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.
Seterusnya, amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan
hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya
tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.
Sebagai salah seorang guru, saya sendiri sedar bahawa tugas guru semakin
mencabar dari sehari ke sehari sehinggakan terdapat seorang guru meluahkan hasrat
untuk menamatkan perkhidmatan kerana beban tugas sebagai seorang guru yang
semakin berat dan ditambah pula dengan pelbagai program transformasi pendidikan
yang nyata amat menambah beban tugas guru di sekolah.
5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU.
5.1 Program Seminar Pengurusan Masa.
Objektif Program Seminar Pengurusan Masa ialah pastikan menyusun kerja
harian dengan mengikut keutamaan dan menetapkan masa untuk pelaksanaannya,
dengan cara ini kerja – kerja yang penting dapat diselesaikan dengan tanpa tekanan
dan dapat memastikan sikap berlengah – lengah dapat dikurangkan ataupun terus
dibuang. Kerja – kerja atau perbuatan yang tidak mendatangkan faedah seperti
berbual – bual kosong, bergossip, memerhatikan dan memperkatakan perbuatan
buruk seseorang. Memenuhi masa berinteraksi dan berkomunikasi juga dapat
digunakan untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan stress.
5.2 Program Bersenam ( Beriadah )
Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan dapat
dilepaskan apabila kita bersenam atau beriadah. Melakukan senaman yang kerap dan
beriadah juga dapat mengurangkan stress seseorang. Aktiviti ini juga dapat
mengurangkan pertumbuhan hormon stres yang dikenali sebagai epinephrine dalam
diri seseorang. Kesan ketegangan otot akibat sres akan mengakibatkan sakit kepala,
migraine dan kekejangan otot dianggota badan. Bersenam merupakan ubat
semulajadi untuk mengubati penyakit kesukaran untuk tidur, mengurangkan
kegelisahan (anxiety ) dan dapat menyegarkan tubuh terutama otot badan seseorang.
Senaman boleh dilakukan di dalam rumah dan di luar rumah seperti di taman
– taman permainan, taman bunga atau pun di sekitar halaman kediaman.
Menghadirkan diri dalam kelas – kelas aerobik juga salah satu kaedah untuk
menghilangkan stres. Aktiviti – aktiviti psikomotor yang dilakukan dapat memantapkan
kecergasan fizikal dan minda seseorang. Lakukan senaman dalam masa sekurang –
kurangnya tiga puluh minit dalam satu hari. Lakukan senaman ringan seperti berjalan
laju, larian perlahan di kawasan yang sesuai agar dapat membina otot yang kuat dan
menenangkan minda.
5.3 Program Bercuti
Pilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat – tempat yang boleh
membuat seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja
yang ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat
dan menikmati keindahan tempat tersebut.
5.4 Program Diet Pemakanan
Pengambilan atau amalan makan makanan yang berlebihan juga dapat
menyumbangkan kepada terjadinya stres. Kita perlulah memastikan makanan yang
kita ambil seharian mempunyai zat yang berguna kepada kestabilan kesihatan mental
dan fizikal kita. Pengamalan makanan yang terlalu banyak dan tidak teratur akan
mengakibatkan kita mengalami berat badan atau obesiti, kandungan kolestrol yang
terlalu tinggi yang mana punca kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi dan
kencing manis. Bebanan kerja dan masalah kesihatan akan membuatkan seseorang
itu mengalami simptom stres dan jika ini tidak dapat dikawal masalah akan bertambah
teruk bila gejala awal masalah jantung dapat dikesan. Langkah yang berkesan untuk
mengelakkan terjadi masalah ini ialah dengan mendapatkan nasihat pakar – pakar
pemakanan yang diiktiraf.
5.5 Bengkel Keyakinan Diri
Meningkatkan keyakinan diri adalah satu cara untuk menghilangkan tekanan
stres. Melihat sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan itu bukan sebagai
bebanan tetapi sebagai tanggungjawab dan kita diberi kepercayaan oleh ketua
jabatan untuk melaksanakannya. Melaksanakannya mengikut kebolehan atau
kepakaran yang dimiliki dan melakukannya dengan penuh komitmen. Cara ini dapat
mengelakkan stres menguasai diri. Keyakinan diri yang tinggi dapat mengelakkan diri
kita daripada terpengaruh dengan hasutan - hasutan daripada pihak yang berfikir
negatif dari rakan – rakan sejawat kita yang berkemungkinan tidak berapa menyukai
kita atau cemburu dengan kejayaan kita.
5.6 Program Senyum setiap masa
Senyum yang sederhana akan mampu menciptakan kekuatan (power).
Senyuman yang kadang-kadang dianggap hal yang tidak penting mampu
memberikan sesuatu yang luar biasa. Senyum merupakan ekspresi wajah yang terjadi
akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua hujungnya atau
pula di sekitar mata. Kebanyakan orang tersenyum untuk menampilkan rasa bahagia
dan senang. Apabila seseorang tersenyum, maka wajahnya akan kelihatan lebih
menarik, menyenangkan dan nyaman untuk dipandang, daripada ketika berada
keadaan biasa atau bahkan ketika sedang marah. Yakinlah bahawa setiap senyuman
membawa manfaat. Senyum membuat fikiran lebih jernih, segar dan terhindar dari
stres.
6.0 PENUTUP
6.1 Kesimpulan
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan
kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping
mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan
dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada
seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka
adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.
Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut
kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering
diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu
bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar
pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu
bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas
kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid
semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran
dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan
mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.
Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran
untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai
murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu
bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah
yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan
kesalahan.
Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak
mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang
terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat
pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru
perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman
yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus
memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.
Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini
memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai
pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal.
Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam
proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka
melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.
Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid
dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu
pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis.
Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang
membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak
pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk
membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.
Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri
pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan
sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar
adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran
tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya
memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan
baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa,
kelas, sosial dan kedaerahan.
Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di
timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada
pengetahuan. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam
pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru
mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan
sebelum dan semasa berkhidmat.
Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru
meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan
termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan
pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa
melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan
manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.Profesion guru adalah salah satu
daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Perkara
ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan
penyelesaian secara berperingkat.
Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-
cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada
dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru.
Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu
mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini.
Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua
anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh
mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej
organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti punca dan tahap tekanan guru-guru
prasekolah, seterusnya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi
masalah yang timbul. Ini akan merugikan negara kita yang sedang menuju kepada
sebuah negara industri. Menjadi tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk
merealisasikan wawasan 2020.
Tekanan kerja merupakan satu fenomena yang memang wujud dalam
kalangan guru di sekolah. Ia boleh dianggap sebagai satu petunjuk kepada kesihatan
mental guru. Pengurusan stres memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh
semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh
mendatangkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit, tetapi juga
imej organisasi. Kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup
mencabar.
Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi
yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh
pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini
membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Guru-guru juga
haruslah sentiasa positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia
pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stres dan
menjejaskan karier mereka sebagai guru.
Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak guru besar dan pengetua
sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin
persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Keprihatinan
terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi
memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha
melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.
7.0 REFLEKSI
Untuk semester kali ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baharu iaitu
Guru dan Cabaran Semasa serta situasi-situasi dan juga teori-teori yang berkaitan
dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari pengajian
yang baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya. Cabaran-
cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai seorang guru
bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada
masa datang.
Pada amatan saya, melalui kerja kursus isu dan cabaran semasa EDU 3093
ini mendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang
merangkumi tatatertib dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai isu telah telah
saya pelajari. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional,
pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi
dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi serta sosial. Bagi pendapat saya, guru akan dianggap
sebagai yang memimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan
pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya.
Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai
peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa mengira
sempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan teknologi
maklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial yang
merebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada ledakan
teknologi maklumat itu sendiri.
Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru suatu
hari nanti untuk memastikan anak-anak muda tidak begitu hanyut dengan kemudahan
teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak salah guna
kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat
kepada mereka. Saya juga turut didedahkan dengan tajuk guru dan perundangan
yang menyentuh hal peraturan-peraturan pegawai awam yang melibatkan kelakuan
dan tatatertib.
Selain itu, saya juga didedahkan dengan Akta Pendidikan 1996 yang
merupakan satu misi Negara untuk menghasilkan satu system pendidikan bertaraf
dunia. Oleh itu, saya berpendapat pematuhan dan penghayatan tatakelakuan serta
peraturan-peraturan pegawai awam akan mewujudkan perkhidmatan keguruan yang
bersih dan amanah serta tidak berlaku penyelewengan. Mengenai topik Akta
Pendidikan pula,akta ini merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan di
mana perkara-perkara da dalamnya berhubung kait dengan oendidikan Negara. Akta
ini juga menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum. Oleh itu, dalam
melahirkan rakyat yang bersepadu dan berjaya mencapai matlamat 1Malaysia, saya
perlu menghayatinya dengan mendalam.
Cabaran lain yang boleh saya katakaa satu cabaran yang besar bagi
seseorang guru menghadapinya ialah tekanan emosi di kalangan murid. Sebagai
seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa setelah menghantar anak-anak ke
sekolah, guru haruslah mampu mengesan tanda-tanda awal gangguan emosi dan
mempelajari langkah-langkah mengatasinya. Guru haruslah memberi bantuan kepada
murid yang berdepan dengan masalah seperti ini sebelum keadaan menjadi
bertambah teruk. Ini adalah disebabkan jika gangguan emosi yang terjadi kepada
murid tidak diatasi dengan segera, pelbagai masalah sosial akan terus berlaku kepada
murid tersebut. Murid-murid yang terlibat dengan tekanan emosi ini perlu mendapat
bantuan daripada pihak-pihak tertentu contohnya pakar psikologi dan kaunseling.
Subjek ini turut membincangkan gangguan emosi yang berlaku di kalangan
guru pula. Perbincangan lebih memfokuskan kepada gangguan emosi seperti stress,
burnout dan langkah-langkah untuk mengatasi tekanan emosi ini. Antara langkah-
langakah yang boleh diambil oleh guru adalah latihan meregangkan badan, membuat
meditasi, atau membaca sesuatu yang memberi inspirasi. Langkah ini dapat
mencegah burnout di kalangan guru. di Isu dan cabaran seperti ini sangat berguna
untuk didedahkan kepada bakal guru dari peringkat awal seperti ini supaya bakal guru
menjadi lebih bersedia dan berani untuk menghadapi kelak.
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan turut disentuh dalam subjek ini.
Subjek ini turut memberi pendedahan kepada saya mengenai inovasi dan perubahan
dalam pendidikan. Dalam topik ini ada menyentuh mengenai strategi pengajaran
inovatif,penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, , reka bentuk
resos, bentuk penaksiran dan penilaian. Inovasi yang kreatif dan kritis mampu
membuat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan.
Selain itu, murid-murid juga aku lebih ceria, aktif dan juga belajar dalam konteks
bersosial jika Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan
Masalah digunapakai. Begitu juga pembelajaran berasaskan laman sesawang yang
akan menjadi satu trend utama dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi, computer, Internet, e-buku dan lain-lain akan menjadi rujukan
pengajaran dan pembelajaran yang utama pada masa terdekat. Saya sebagai bakal
seorang guru merasakan saya seharusnya bersedia untuk menjadikan diri mahir
bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang pengisian
sumber pembelajaran.
Seterusnya saya juga didedahkan dengan Pengurusan Inovasi dan Perubahan
serta Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan. Yang saya faham melalui tajuk ini
ialah mengenai cabaran terkini yang memerlukan pemahaman dan perubahan para
guru terhadapat tuntutan pendidikan semasa. Di dalam topik ini, saya memahami satu
perkara iaitu pengurusan bilik darjah yang kondusif perlu diwujudkan bagi melahirkan
murid yang kreatif dan inovatif. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah
menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran yang harus dititikberatkan oleh guru sendiri. Topik ini juga turut
menyentuh mengenai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mana
merupakan satu bentuk inovasi dalam pendidikan di Malaysia. Ini bagi membolehkan
pihak-pihak tertentu memantau pembangunan dan kemajuan setiap sekolah.
Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada
diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya akan
berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang
pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku
disiplin mereka. Secara konklusinya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberi
oleh setiap ahli kumpulan dalam kerja kursus ini. Melalui perbincangan yang
dilakukan, segala kerja menjadi mudah untuk dilaksanakan. Dengan memmperoleh
maklumat dari pensyarah, sumber rujukan buku dan juga internet, sedikit sebanyak
dapat membantu saya menerangkan kemahiran menyoal kepada kelas. Saya juga
teruja melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain turut memberikan persembahan
yang baik. Harapan saya pada masa akan datang, saya menjadi seorang guru yang
dapat membimbing murid-murid saya dari segala aspek jasmani, rohani dan juga
sosial. InsyaALLAH.
8.0 RUJUKAN
Abd. Rahim Abd Rashid (2005).Profesionalisme Keguruan:Prospek dan
Cabaran.Selangor:Dawama Sdn. Bhd
Abd. Latif Kasim. (2004).Kajian Terhadap Dimensi-Dimensi Empowerment
dan Ketegangan Kerja di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah
Teknik di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Tesis Kedoktoran.
Universiti Sains Malaysia.
Abdullah, Deraman (2003). “Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di
daerah Klang, Selangor Darul Ehsan”. Thesis (Masters). Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
Ahmad Shakir (1998). “Tinjauan Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-guru
SekolahMenengahNegeri Perlis”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda.
Ahmad Azahari Sarmun (1998). “Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di
Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam.” Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
Sarjana Muda.
Abd. Latif Kasim. (2004).Kajian Terhadap Dimensi-Dimensi Empowerment
Berita Harian (2005). “Guru dakwa suasana kerja tak kondusif”. Berita Harian
19 Julai.
Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). “Mengurus Stres, Pendekatan
yang praktikal”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). “Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru-
guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak.
Satu Tinjauan Projek Sarjana Muda Pendidikan.” Universiti Sarawak Malaysia.
Sapora Sipon (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. dlm. “Utusan Malaysia”. 27
Julai 2007.
Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2010). Guru dan Cabaran
Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.html
telah dimuat turun pada 12 feb 2015
http://aishahnetty.blogspot.com/2012/07/peranan-guru-dalam-melonjak.html telah
dimuat turun pada 16 feb 2015
https://www.academia.edu/4280703/Kesan_Stres_Guru_Kepada_Sekolah telah
dimuat turun pada 18 feb 2015
http://gurucakna.blogspot.com/2012/09/isu-2-guru-stress-oleh-anis-binti.html telah
dimuat turun pada 19 feb 2015
LAMPIRAN

More Related Content

What's hot

Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
NorlelaAlim
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Ahmad NazRi
 
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pnazrysaiden
 
Aplikasi model addie
Aplikasi model addieAplikasi model addie
Aplikasi model addieEni Nasution
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaSalmah Md Amin
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PNurimani Yase
 
Sekolah dan masyarakat
Sekolah dan masyarakatSekolah dan masyarakat
Sekolah dan masyarakat
LuqmanZaaba
 
Bab 13 sekolah dan persekitaran
Bab 13 sekolah dan persekitaranBab 13 sekolah dan persekitaran
Bab 13 sekolah dan persekitaran
Asyikin4996
 
kurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docxkurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docx
KalaiselviVelu1
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
annurinsyirah
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvNoor Maslina
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahali ahmad
 
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKATPENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
Siti Khadijah Ariffin
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
Ppg Pathma Nathan
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043murshidyzila
 

What's hot (20)

Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi motivasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
 
Aplikasi model addie
Aplikasi model addieAplikasi model addie
Aplikasi model addie
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
 
Sekolah dan masyarakat
Sekolah dan masyarakatSekolah dan masyarakat
Sekolah dan masyarakat
 
Bab 13 sekolah dan persekitaran
Bab 13 sekolah dan persekitaranBab 13 sekolah dan persekitaran
Bab 13 sekolah dan persekitaran
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
kurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docxkurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docx
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Panduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psvPanduan memberi markah psv
Panduan memberi markah psv
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
 
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKATPENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
 

Viewers also liked

Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Ahmad NazRi
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadan
awangyie
 
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...Nurulhuda Ismail
 
Kertas konsep sukan sekolah
Kertas konsep sukan sekolahKertas konsep sukan sekolah
Kertas konsep sukan sekolahEda HO
 
Pengurusan-tekanan
 Pengurusan-tekanan Pengurusan-tekanan
Pengurusan-tekanan
Ahmad NazRi
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)Melah Melia
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Tan Tyng
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Ahmad NazRi
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Muhammad Syahir
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
murugan muruga
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
FazHani Faz
 
Kertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan TahunanKertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan Tahunansoulmoon
 
Environmental Context Of Markting Research Probem
Environmental Context Of Markting Research ProbemEnvironmental Context Of Markting Research Probem
Environmental Context Of Markting Research Probem
SUMAN BISWAS
 
Kertas cadangan sukan tahunan 2015
Kertas cadangan sukan tahunan 2015Kertas cadangan sukan tahunan 2015
Kertas cadangan sukan tahunan 2015mazuan4656
 

Viewers also liked (16)

Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadan
 
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
 
Kertas konsep sukan sekolah
Kertas konsep sukan sekolahKertas konsep sukan sekolah
Kertas konsep sukan sekolah
 
Pengurusan-tekanan
 Pengurusan-tekanan Pengurusan-tekanan
Pengurusan-tekanan
 
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
 
Stres di kalangan guru
Stres di kalangan guruStres di kalangan guru
Stres di kalangan guru
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Kertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan TahunanKertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan Tahunan
 
Environmental Context Of Markting Research Probem
Environmental Context Of Markting Research ProbemEnvironmental Context Of Markting Research Probem
Environmental Context Of Markting Research Probem
 
Kertas cadangan sukan tahunan 2015
Kertas cadangan sukan tahunan 2015Kertas cadangan sukan tahunan 2015
Kertas cadangan sukan tahunan 2015
 

Similar to Emosi guru edu 3093 brehhhh

Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuDi zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuPensil Dan Pemadam
 
Isu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIsu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruan
Irul Erul
 
Isu stress
Isu stressIsu stress
Isu stress
Mohd Azrul
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
FazHani Faz
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
Ahmad NazRi
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
Septian Muna Barakati
 
Makalah Profesi Kependidikan
Makalah Profesi KependidikanMakalah Profesi Kependidikan
Makalah Profesi KependidikanMustika K
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahIg Fandy Jayanto
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadiWarnet Raha
 
Bab i
Bab iBab i
Transformasi kepsek iklim guru
Transformasi kepsek  iklim guruTransformasi kepsek  iklim guru
Transformasi kepsek iklim guru
Chaing Saing
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
Norshaidi Mohd Nor
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikan
Nina Rahayu
 
Isi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptxIsi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptx
ZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 

Similar to Emosi guru edu 3093 brehhhh (20)

Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuDi zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
 
Isu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIsu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruan
 
Isu stress
Isu stressIsu stress
Isu stress
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
23377494 makalah
23377494 makalah23377494 makalah
23377494 makalah
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Makalah Profesi Kependidikan
Makalah Profesi KependidikanMakalah Profesi Kependidikan
Makalah Profesi Kependidikan
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Transformasi kepsek iklim guru
Transformasi kepsek  iklim guruTransformasi kepsek  iklim guru
Transformasi kepsek iklim guru
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikan
 
Isi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptxIsi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptx
 

More from awangyie

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxBerdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
awangyie
 
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxBerdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
awangyie
 
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academyRpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
awangyie
 
Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1
awangyie
 
Bimbingan pementoran ts25 1 m1s
Bimbingan  pementoran ts25 1 m1sBimbingan  pementoran ts25 1 m1s
Bimbingan pementoran ts25 1 m1s
awangyie
 
Aqil bqligh
Aqil bqlighAqil bqligh
Aqil bqligh
awangyie
 
Alam remaja
Alam remajaAlam remaja
Alam remaja
awangyie
 
Ar en ishak 2016 pakoboga
Ar en ishak 2016 pakobogaAr en ishak 2016 pakoboga
Ar en ishak 2016 pakoboga
awangyie
 
Pelan tindakan 2017 unit sukan (rumah sukan)
Pelan tindakan 2017   unit sukan (rumah sukan)Pelan tindakan 2017   unit sukan (rumah sukan)
Pelan tindakan 2017 unit sukan (rumah sukan)
awangyie
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
awangyie
 
Fit malaysia
Fit malaysiaFit malaysia
Fit malaysia
awangyie
 
Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)
awangyie
 
Std 4 pcrapan
Std 4 pcrapanStd 4 pcrapan
Std 4 pcrapan
awangyie
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadan
awangyie
 
Suratalmaun 130103041639-phpapp02
Suratalmaun 130103041639-phpapp02Suratalmaun 130103041639-phpapp02
Suratalmaun 130103041639-phpapp02
awangyie
 
Sirah pembentukan negara madinah
Sirah pembentukan negara madinahSirah pembentukan negara madinah
Sirah pembentukan negara madinah
awangyie
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadan
awangyie
 
Nota lengkap pjm_3118
Nota lengkap pjm_3118Nota lengkap pjm_3118
Nota lengkap pjm_3118
awangyie
 
Pjm3111
Pjm3111Pjm3111
Pjm3111
awangyie
 
Asaimen sham
Asaimen shamAsaimen sham
Asaimen sham
awangyie
 

More from awangyie (20)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxBerdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
 
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docxBerdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.docx
 
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academyRpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
Rpt matematik thn 1 2021 by rozayus academy
 
Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1Kit program modul tsisi t1
Kit program modul tsisi t1
 
Bimbingan pementoran ts25 1 m1s
Bimbingan  pementoran ts25 1 m1sBimbingan  pementoran ts25 1 m1s
Bimbingan pementoran ts25 1 m1s
 
Aqil bqligh
Aqil bqlighAqil bqligh
Aqil bqligh
 
Alam remaja
Alam remajaAlam remaja
Alam remaja
 
Ar en ishak 2016 pakoboga
Ar en ishak 2016 pakobogaAr en ishak 2016 pakoboga
Ar en ishak 2016 pakoboga
 
Pelan tindakan 2017 unit sukan (rumah sukan)
Pelan tindakan 2017   unit sukan (rumah sukan)Pelan tindakan 2017   unit sukan (rumah sukan)
Pelan tindakan 2017 unit sukan (rumah sukan)
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 
Fit malaysia
Fit malaysiaFit malaysia
Fit malaysia
 
Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)
 
Std 4 pcrapan
Std 4 pcrapanStd 4 pcrapan
Std 4 pcrapan
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadan
 
Suratalmaun 130103041639-phpapp02
Suratalmaun 130103041639-phpapp02Suratalmaun 130103041639-phpapp02
Suratalmaun 130103041639-phpapp02
 
Sirah pembentukan negara madinah
Sirah pembentukan negara madinahSirah pembentukan negara madinah
Sirah pembentukan negara madinah
 
Tazkirah ramadan
Tazkirah ramadanTazkirah ramadan
Tazkirah ramadan
 
Nota lengkap pjm_3118
Nota lengkap pjm_3118Nota lengkap pjm_3118
Nota lengkap pjm_3118
 
Pjm3111
Pjm3111Pjm3111
Pjm3111
 
Asaimen sham
Asaimen shamAsaimen sham
Asaimen sham
 

Recently uploaded

SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
adolfnuhujanan101
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 

Recently uploaded (20)

SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 

Emosi guru edu 3093 brehhhh

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru. Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi
  • 2. membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan. 4.1 Faktor dan punca-punca stress atau tekanan guru. Seramai sepuluh orang guru sekolah rendah telah menjalani sesi temu bual berkenaan tajuk stres dalam kalangan guru di sekolah. Hasil dapatan temu bual tersebut, didapati faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang kurang kondusif dan ditambah lagi dengan karenah pelajar yang bermacam ragam, guru terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan kemudahan di sekolah juga akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan untuk mengajar tidak mencukupi dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak lengkap untuk memberikan pengajaran yang maksimum kepada para murid. Selain daripada itu, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Masalah-masalah seperti ini menyebabkan guru mengambil tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar walaupun tindakan ini bertentangan dengan etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai pemikiran yang waras. Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah beban tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar, urusan pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang berkerja. Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan menimbulkan tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru memerlukan masa untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi tugas lain yang menanti untuk disiapkan. Ini akan menyebabkan kerja menjadi semakin banyak dan semakin membebankan. Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan yang tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan fizikal dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tinggi darah. Dalam konteks sekolah, guru terbeban dengan keperluan untuk mengutamakan tugas utama iaitu mengajar. Namun, guru juga terbeban dengan
  • 3. kehendak untuk menyiapkan tugas-tugas lain mengikut masa yang ditetapkan dan bukan itu sahaja, guru juga perlu memastikan komitmen terhadap keluarga dan komitmen terhadap aktiviti sosial di luar tidak terjejas dengan keperluan memenuhi tuntutan tugasan di sekolah. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu dan masa selebihnya adalah untuk memenuhi tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat. Sekiranya seseorang guru tidak dapat menangani tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat, masalah itu akan dibawa pula ke sekolah dan akan menganggu pula tugas-tugas wajib di sekolah. Faktor ketiga yang menyumbang kepadatekanan emosi di kalangan guru ialah punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah, perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami tekanan emosi yang boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah. Menurut Gold Yvonne dan A. Roth Robert (1993), gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Sebagai contoh, niat mahu membawa keluarga pergi bermain boling tetapi kerana kekangan kos, niat tersebut terpaksa dibatalkan. Ini akan menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan emosi kerana ketidakstabilan emosi selepas tidak mampu untuk membawa keluarga melakukan aktiviti riadah yang dikehendaki. Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila mereka terlalu memikirkan tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan hakiki di sekolah. Faktor keempat yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah masalah disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini semakin meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan antara faktor kenapa masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari ke hari. Menurut Olivia (dipetik daripada Abdullah Sani, 2005), disiplin bermaksud kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh itu, apabila murid melakukan masalah disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah tidak patuh kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah, guru akan cenderung untuk sentiasa menganggap sikap dan
  • 4. perlakuan pelajar-pelajar sebegini teruk dan secara tidak langsung telah menanggap pelajar-pelajar tersebut adalah golongan yang tidak berdisiplin dan sering menimbulkan masalah di sekolah walaupun pada dasarnya ianya adalah sesuatu yang benar. Kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru mengambil langkah yang mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi pelajar dan tidak masuk ke kelas yang bermasalah untuk mengajar. Golongan pelajar yang sentiasa menimbulkan masalah disiplin ini akan mendatangkan tekanan emosi kepada guru untuk berhadapan dengan mereka dan ini adalah punca kenapa guru mengalami tekanan emosi yang berpanjangan di sekolah. Punca kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah tekanan daripada pihak atasan. Kepimpinan adalah satu fenomena yang melibatkan suatu proses bagi manusia menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan bagi seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong ataupun untuk mempengaruhi. Ini bermakna, seseorang pemimpin hendaklah menggunakan segala kebolehan yang ada padanya untuk memimpin dengan cekap dan baik. Jika melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah adalah guru besar ataupun pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan yang betul adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan. Kepimpinan seseorang pemimpin tidak akan mempunyai apa-apa nilai sekiranya beliau tidak menjaga hubungannya dengan pekerja-pekerja bawahan. Dalam erti kata lain, pekerja-pekerja beliau tidak akan menghormatinya sebagai seorang pemimpin. Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang tinggi untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru juga dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan tidak mentadbir urus dengan sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi mangsa. Lambakan tugas akan dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan emosi serta stres. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya
  • 5. terpaksa berhadapan dengan pemimpin yang sombong dan mengamalkan birokrasi yang berlebihan di sekolah. Ini akan menyebabkan guru-guru merasa tidak mendapat sokongan daripada pemimpin sekolah apabila mahu melakukan sesuatu perkara. Perkara ini juga akan menyebabkan guru-guru merasa tidak dihargai dan lama- kelamaan, ini akan menimbulkan pemberontakan dan rasa tidak hormat terhadap pemimpin. Komunikasi antara guru dengan pemimpin sekolah akan turut terjejas kerana sudah wujud jurang yang besar dan perasaan yang tidak enak di kalangan mereka. 4.2 Kesan dari stress atau tekanan guru Stress atau tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. 4.3 Langkah-langkah mengatasi tekanan. Berdasarkan kepada hasil dapatan temubual yang telah dijalankan, berikut dapatlah dikemukakan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Peranan pihak pentadbir untuk menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus atau pun seminar perlu memasukkan strategi
  • 6. berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindakbalas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubahsuai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan guru-guru. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik. Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Seterusnya, amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut. Sebagai salah seorang guru, saya sendiri sedar bahawa tugas guru semakin mencabar dari sehari ke sehari sehinggakan terdapat seorang guru meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan kerana beban tugas sebagai seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan pelbagai program transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru di sekolah. 5.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU. 5.1 Program Seminar Pengurusan Masa. Objektif Program Seminar Pengurusan Masa ialah pastikan menyusun kerja harian dengan mengikut keutamaan dan menetapkan masa untuk pelaksanaannya, dengan cara ini kerja – kerja yang penting dapat diselesaikan dengan tanpa tekanan dan dapat memastikan sikap berlengah – lengah dapat dikurangkan ataupun terus dibuang. Kerja – kerja atau perbuatan yang tidak mendatangkan faedah seperti
  • 7. berbual – bual kosong, bergossip, memerhatikan dan memperkatakan perbuatan buruk seseorang. Memenuhi masa berinteraksi dan berkomunikasi juga dapat digunakan untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan stress. 5.2 Program Bersenam ( Beriadah ) Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan dapat dilepaskan apabila kita bersenam atau beriadah. Melakukan senaman yang kerap dan beriadah juga dapat mengurangkan stress seseorang. Aktiviti ini juga dapat mengurangkan pertumbuhan hormon stres yang dikenali sebagai epinephrine dalam diri seseorang. Kesan ketegangan otot akibat sres akan mengakibatkan sakit kepala, migraine dan kekejangan otot dianggota badan. Bersenam merupakan ubat semulajadi untuk mengubati penyakit kesukaran untuk tidur, mengurangkan kegelisahan (anxiety ) dan dapat menyegarkan tubuh terutama otot badan seseorang. Senaman boleh dilakukan di dalam rumah dan di luar rumah seperti di taman – taman permainan, taman bunga atau pun di sekitar halaman kediaman. Menghadirkan diri dalam kelas – kelas aerobik juga salah satu kaedah untuk menghilangkan stres. Aktiviti – aktiviti psikomotor yang dilakukan dapat memantapkan kecergasan fizikal dan minda seseorang. Lakukan senaman dalam masa sekurang – kurangnya tiga puluh minit dalam satu hari. Lakukan senaman ringan seperti berjalan laju, larian perlahan di kawasan yang sesuai agar dapat membina otot yang kuat dan menenangkan minda. 5.3 Program Bercuti Pilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat – tempat yang boleh membuat seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja yang ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat dan menikmati keindahan tempat tersebut. 5.4 Program Diet Pemakanan Pengambilan atau amalan makan makanan yang berlebihan juga dapat menyumbangkan kepada terjadinya stres. Kita perlulah memastikan makanan yang kita ambil seharian mempunyai zat yang berguna kepada kestabilan kesihatan mental dan fizikal kita. Pengamalan makanan yang terlalu banyak dan tidak teratur akan mengakibatkan kita mengalami berat badan atau obesiti, kandungan kolestrol yang terlalu tinggi yang mana punca kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi dan
  • 8. kencing manis. Bebanan kerja dan masalah kesihatan akan membuatkan seseorang itu mengalami simptom stres dan jika ini tidak dapat dikawal masalah akan bertambah teruk bila gejala awal masalah jantung dapat dikesan. Langkah yang berkesan untuk mengelakkan terjadi masalah ini ialah dengan mendapatkan nasihat pakar – pakar pemakanan yang diiktiraf. 5.5 Bengkel Keyakinan Diri Meningkatkan keyakinan diri adalah satu cara untuk menghilangkan tekanan stres. Melihat sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan itu bukan sebagai bebanan tetapi sebagai tanggungjawab dan kita diberi kepercayaan oleh ketua jabatan untuk melaksanakannya. Melaksanakannya mengikut kebolehan atau kepakaran yang dimiliki dan melakukannya dengan penuh komitmen. Cara ini dapat mengelakkan stres menguasai diri. Keyakinan diri yang tinggi dapat mengelakkan diri kita daripada terpengaruh dengan hasutan - hasutan daripada pihak yang berfikir negatif dari rakan – rakan sejawat kita yang berkemungkinan tidak berapa menyukai kita atau cemburu dengan kejayaan kita. 5.6 Program Senyum setiap masa Senyum yang sederhana akan mampu menciptakan kekuatan (power). Senyuman yang kadang-kadang dianggap hal yang tidak penting mampu memberikan sesuatu yang luar biasa. Senyum merupakan ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua hujungnya atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang tersenyum untuk menampilkan rasa bahagia dan senang. Apabila seseorang tersenyum, maka wajahnya akan kelihatan lebih menarik, menyenangkan dan nyaman untuk dipandang, daripada ketika berada keadaan biasa atau bahkan ketika sedang marah. Yakinlah bahawa setiap senyuman membawa manfaat. Senyum membuat fikiran lebih jernih, segar dan terhindar dari stres. 6.0 PENUTUP 6.1 Kesimpulan Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada
  • 9. seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat. Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan. Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang
  • 10. membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul. Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan. Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu di timbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran- cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh
  • 11. mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti punca dan tahap tekanan guru-guru prasekolah, seterusnya akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi masalah yang timbul. Ini akan merugikan negara kita yang sedang menuju kepada sebuah negara industri. Menjadi tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk merealisasikan wawasan 2020. Tekanan kerja merupakan satu fenomena yang memang wujud dalam kalangan guru di sekolah. Ia boleh dianggap sebagai satu petunjuk kepada kesihatan mental guru. Pengurusan stres memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit, tetapi juga imej organisasi. Kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Guru-guru juga haruslah sentiasa positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier mereka sebagai guru. Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak guru besar dan pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti. 7.0 REFLEKSI Untuk semester kali ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baharu iaitu Guru dan Cabaran Semasa serta situasi-situasi dan juga teori-teori yang berkaitan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari pengajian yang baru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya. Cabaran- cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai seorang guru
  • 12. bersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada masa datang. Pada amatan saya, melalui kerja kursus isu dan cabaran semasa EDU 3093 ini mendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang merangkumi tatatertib dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai isu telah telah saya pelajari. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta sosial. Bagi pendapat saya, guru akan dianggap sebagai yang memimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untuk mencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya. Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyai peranan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa mengira sempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan teknologi maklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial yang merebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada ledakan teknologi maklumat itu sendiri. Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru suatu hari nanti untuk memastikan anak-anak muda tidak begitu hanyut dengan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk mereka supaya tidak salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat kepada mereka. Saya juga turut didedahkan dengan tajuk guru dan perundangan yang menyentuh hal peraturan-peraturan pegawai awam yang melibatkan kelakuan dan tatatertib. Selain itu, saya juga didedahkan dengan Akta Pendidikan 1996 yang merupakan satu misi Negara untuk menghasilkan satu system pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, saya berpendapat pematuhan dan penghayatan tatakelakuan serta peraturan-peraturan pegawai awam akan mewujudkan perkhidmatan keguruan yang bersih dan amanah serta tidak berlaku penyelewengan. Mengenai topik Akta Pendidikan pula,akta ini merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan di mana perkara-perkara da dalamnya berhubung kait dengan oendidikan Negara. Akta ini juga menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum. Oleh itu, dalam melahirkan rakyat yang bersepadu dan berjaya mencapai matlamat 1Malaysia, saya perlu menghayatinya dengan mendalam.
  • 13. Cabaran lain yang boleh saya katakaa satu cabaran yang besar bagi seseorang guru menghadapinya ialah tekanan emosi di kalangan murid. Sebagai seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa setelah menghantar anak-anak ke sekolah, guru haruslah mampu mengesan tanda-tanda awal gangguan emosi dan mempelajari langkah-langkah mengatasinya. Guru haruslah memberi bantuan kepada murid yang berdepan dengan masalah seperti ini sebelum keadaan menjadi bertambah teruk. Ini adalah disebabkan jika gangguan emosi yang terjadi kepada murid tidak diatasi dengan segera, pelbagai masalah sosial akan terus berlaku kepada murid tersebut. Murid-murid yang terlibat dengan tekanan emosi ini perlu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu contohnya pakar psikologi dan kaunseling. Subjek ini turut membincangkan gangguan emosi yang berlaku di kalangan guru pula. Perbincangan lebih memfokuskan kepada gangguan emosi seperti stress, burnout dan langkah-langkah untuk mengatasi tekanan emosi ini. Antara langkah- langakah yang boleh diambil oleh guru adalah latihan meregangkan badan, membuat meditasi, atau membaca sesuatu yang memberi inspirasi. Langkah ini dapat mencegah burnout di kalangan guru. di Isu dan cabaran seperti ini sangat berguna untuk didedahkan kepada bakal guru dari peringkat awal seperti ini supaya bakal guru menjadi lebih bersedia dan berani untuk menghadapi kelak. Inovasi dan perubahan dalam pendidikan turut disentuh dalam subjek ini. Subjek ini turut memberi pendedahan kepada saya mengenai inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Dalam topik ini ada menyentuh mengenai strategi pengajaran inovatif,penggunaaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, , reka bentuk resos, bentuk penaksiran dan penilaian. Inovasi yang kreatif dan kritis mampu membuat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan. Selain itu, murid-murid juga aku lebih ceria, aktif dan juga belajar dalam konteks bersosial jika Pembelajaran Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berasaskan Masalah digunapakai. Begitu juga pembelajaran berasaskan laman sesawang yang akan menjadi satu trend utama dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, computer, Internet, e-buku dan lain-lain akan menjadi rujukan pengajaran dan pembelajaran yang utama pada masa terdekat. Saya sebagai bakal seorang guru merasakan saya seharusnya bersedia untuk menjadikan diri mahir bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang pengisian sumber pembelajaran. Seterusnya saya juga didedahkan dengan Pengurusan Inovasi dan Perubahan serta Adaptasi pelbagai inovasi dan perubahan. Yang saya faham melalui tajuk ini
  • 14. ialah mengenai cabaran terkini yang memerlukan pemahaman dan perubahan para guru terhadapat tuntutan pendidikan semasa. Di dalam topik ini, saya memahami satu perkara iaitu pengurusan bilik darjah yang kondusif perlu diwujudkan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang harus dititikberatkan oleh guru sendiri. Topik ini juga turut menyentuh mengenai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mana merupakan satu bentuk inovasi dalam pendidikan di Malaysia. Ini bagi membolehkan pihak-pihak tertentu memantau pembangunan dan kemajuan setiap sekolah. Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku disiplin mereka. Secara konklusinya, saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberi oleh setiap ahli kumpulan dalam kerja kursus ini. Melalui perbincangan yang dilakukan, segala kerja menjadi mudah untuk dilaksanakan. Dengan memmperoleh maklumat dari pensyarah, sumber rujukan buku dan juga internet, sedikit sebanyak dapat membantu saya menerangkan kemahiran menyoal kepada kelas. Saya juga teruja melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain turut memberikan persembahan yang baik. Harapan saya pada masa akan datang, saya menjadi seorang guru yang dapat membimbing murid-murid saya dari segala aspek jasmani, rohani dan juga sosial. InsyaALLAH. 8.0 RUJUKAN Abd. Rahim Abd Rashid (2005).Profesionalisme Keguruan:Prospek dan Cabaran.Selangor:Dawama Sdn. Bhd Abd. Latif Kasim. (2004).Kajian Terhadap Dimensi-Dimensi Empowerment dan Ketegangan Kerja di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Teknik di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Tesis Kedoktoran. Universiti Sains Malaysia. Abdullah, Deraman (2003). “Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan”. Thesis (Masters). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • 15. Ahmad Shakir (1998). “Tinjauan Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-guru SekolahMenengahNegeri Perlis”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Ahmad Azahari Sarmun (1998). “Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di Kalangan Guru Sekolah Sabak Bernam.” Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Abd. Latif Kasim. (2004).Kajian Terhadap Dimensi-Dimensi Empowerment Berita Harian (2005). “Guru dakwa suasana kerja tak kondusif”. Berita Harian 19 Julai. Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). “Mengurus Stres, Pendekatan yang praktikal”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). “Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru- guru Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan Projek Sarjana Muda Pendidikan.” Universiti Sarawak Malaysia. Sapora Sipon (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. dlm. “Utusan Malaysia”. 27 Julai 2007. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.html telah dimuat turun pada 12 feb 2015 http://aishahnetty.blogspot.com/2012/07/peranan-guru-dalam-melonjak.html telah dimuat turun pada 16 feb 2015 https://www.academia.edu/4280703/Kesan_Stres_Guru_Kepada_Sekolah telah dimuat turun pada 18 feb 2015 http://gurucakna.blogspot.com/2012/09/isu-2-guru-stress-oleh-anis-binti.html telah dimuat turun pada 19 feb 2015