Adapun perbedaan kelembagaan dan tugas kenegaraaan sebelum dan sesudah amande...
Doktrin pengasingan kuasa di bawah perlembagaan negeri kelantan
1. Doktrin Pengasingan Kuasa Di Bawah Perlembagaan Negeri Kelantan
Doktrin Pengasingan Kuasa dan konsep 'Check & Balance' (Kawalan dan Imbangan) yang
tertanam kukuh dalam semangat Perlembagaan Persekutuan juga nampaknya berdiri kukuh
dalam Perlembagaan Negeri Kelantan. Sememangnya mengikut Konsep Federalism, apa-apa
yang terkandung dalam Perlembagaan Negeri-Negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Di bawah Perlembagaan Negeri Kelantan, kuasa legislatif ada ditentukan dalam Perkara 28
(XXVIU) yang berbunyi:
'Legislatif Negeri akan terdiri dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, dan satu
Dewan yang dikenali sebagai Dewan Negeri (Legislative Assembly) '
Pada masa kini 'Dewan Negeri' mempunyai 43 ahlli yang dipilih.
Kuasa badan perundangan Negeri Kelantan adalah untuk mengubal undang-undang yang mana
dijalankan dengan mengadakan Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negeri
dengan persetujuan Duli Tuanku Sultan Kelantan. (perkara 39 - XXXIX). Walaubagaimanapun
pihak legislatif di negeri-negeri terinasuk negeri Kelantan ini hanya boleh mengubal apa-apa
undang-undang yang berkaitan dengan perkara yang disebut dalam Senarai Negeri (Senarai
Kedua - Jadual Kesembilan) atau mana-mana perkara Senarai Bersama,
Seperkara lagi menurut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, jika mana-mana undang-undang
Negeri adalah berlawanan dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang
Persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang-undang Negeri itu hendaklah terbatal, setakat
mana ianya berlawanan........ Ini merupakan langkah kawalan dan imbangan dan ciri penting
yang mengawal hubungan baik antara negeri-negeri dengan Persekutuan di bawah konsep
Federalism.
Kuasa badan Eksekutif di bawah Perlembagaan Negeri Kelantan pula ada diperuntukan di bawah
Perkara 10 (X) yang berbunyi:-
'Kuasa eksekutif Negeri akan terletak pada Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kelantan tetapi
fungsi-fungsi eksekutif boleh menurut undang-undang dijalankan oleh orang-orang lain atau
pihak berkuasa lain.'
Semua kuasa eksekutif kerajaan Negeri Kelantan ini mesti dijalankan atas nama Ke bawah Duli
Tuanku Sultan Kelantan.
Kuasa eksekutif ini bukanlah tanpa kawalan dan imbangan. Ini dapat ditafsirkan jika dilihat
Perkara 7 (VII) Perlembagaan Negeri Kelantan yang berbunyi inte alia:
'Ke Bawah Duli Tuan Sultan mesti bertindak terhadap semua rakyatnya dan semua orang
bermestautin dalam keadaan yang adil memerintah mengikut undang-undang..........'
2. Peruntukan ini dilihat sebagai juga terpakai bagi semua perkara pentadbiran yang dijalankan oleh
pihak eksekutif termasuk urusan-urusan yang dijalankan oleh ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan
pegawai-pegawai dan agensi-agensi di bawahnya.
Di bawah Perlembagaan Negeri Kelantan, Negeri hanya ada bidang kuasa Syariah sahaja. Lain-
lain undang-undang, acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan adalah dalam bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan.
Di negeri Kelantan ini, agama resminya adalah agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam
Perkara 5 (V) Perlembagaan Negeri tetapi lain-lain agama masih boleh dipraktikkan secara aman
oleh orang-orang beragama lain.
Ketua agama adalah Duli Tuanku Sultan Kelantan dan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat
Melayu akan bertindak memberi bantuan dan nasihat kepada Duli Tuanku menurut undang-
undang.
Walaupun di Negeri Kelantan ini nampaknya Duli Tuanku mengetuai ketiga-tiga cabang
pemerintahan yakni eksekutif, legislatif dan kehakiman. Tapi tidaklah bermakna pemusatan
kuasa itu dijalankan dengan sewenang-wenangnya. Perlembagaan Negeri Kelantan adalah jelas
menetapkan pengasingan kuasa dengan cirinya yang tersendiri dan kawalan dan imbangan kuasa
itu tetap berada di sisi sentiasa. Ini dapat dilihat dari Perkara 128 (1) Perlembagaan Persekutuan
yang inte alia menyebut:-
' Mahkamah Persekutuan...... mempunyai bidang kuasa untuk menentukan mengikut peraturan-
peraturan mahkamah .... apa-apa persoalan sama ada undang-undang yang dibuat oleh Parlimen
atau pihak Legislative Negeri sebagai tidak sah kerana ia membuat peruntukan mengenai perkara
yang Parlimen atau Lagislatif Negeri tidak ada kuasa membuatnya'.
Misalnya dalam kes Assa Singh vs Menteri Besar Johor (1969) 1 M.L.J. 30 kesahihan 'Restricted
Residence Enactmen', yang memberi kuasa drastik kepada pihak Eksekutif untuk membuang
negeri mana-mana orang ke lain-lain bahagian/negeri di Persekutuan telah dipersoalkan kerana
dikatakan bertentangan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Enakmen itu adalah batal.
Dalam Kes Kerajaan Malaysia vs Kerajaan Negeri Kelantan, (1968) 1. M.L.J. 129, isu yang
timbul adalah sama ada pembayaran oleh 'Timbermine Industrial Corp. Ltd' kepada Kerajaan
Negeri Kelantan (pihak eksekutif) di bawah fasal 2 dan 8 perjanjian antara kedua-dua pihak itu
merupakan satu pelanggaran kepada peruntukan Perkara 111(2) Perlembagaan Persekutuan.
Persoalan ini telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan tidak berlaku
perlanggaran kepada Perkara 111(2) Perlembagaan Persekutuan kerana pembayaran itu tidak
berbentuk pinjaman kerana tidak timbul soal membayar balik oleh Kerajaan Negeri kepada
syarikat itu.