1. Ciri-ciri guru yang hebat daripada Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
PERSEDIAAN: Guru sentiasa membuat persediaan rapi untuk mengajar dan melaksanakan
tugas-tugas lain dengan sebaik mungkin
ILMU: Guru tidak hanya berpuas hati dengan ilmu atau kemahiran yang sedia ada, tapi sentiasa
berusaha untuk menimba ilmu dan mencari peluang untuk belajar sesuatu yang boleh
menambahkan ilmu yang sedia ada sama ada berkaitan pendidikan dan P&P
TEKNOLOGI/SUMBER PENDIDIKAN:Guru cuba merebut peluang dan menggunakan teknologi
atau sumber pendidikan yang ada untuk membantu dalam urusan P&P dan meringankan beban
tugas
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID:Guru memberi peluang kepada murid berkongsi apa yang
mereka tahu atau apa sahaja tentang diri mereka atau sekeliling mereka, dan mengaitkannya
dengan kandungan pelajaran untuk menarik minat murid belajar dan menjadikan P&P lebih
menarik
TEKNIK PENGAJARAN: Guru tidak terhad kepada chalk & talk, sentiasa mencuba teknik P&P
yang lain jika bersesuaian yang dapat meningkatkan efisiensi P&P masing-masing
TEAMWORK & NETWORK: Guru sentiasa berkongsi ilmu dan kemahiran sesama sendiri, atau
belajar sesuatu daripada guru lain, dan bekerja secara berpasukan untuk meningkatkan
efisiensi, di samping menambah network(guru-guru atau individu di luar sekolah) untuk
berkongsi segala yang berkaitan dengan pendidikan dan P&P
MURID-KBAT/KREATIF/BERINOVASI/MAMPU MENYAHUT CABARAN:Guru tidak rasa letih
dan jemu dalam mendidik,melatih dan membimbing murid menguasai kemahiran
berfikir,seterusnya menjadi kreatif,berinovasi dan lebih penting lagi dapat bersedia menghadapi
cabaran dunia sekara