SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
BULETIN KHAS SEJARAH 2016
TEAM CIKGU SEJARAH KEDAH BIL 1/2016 EDARAN PERCUMA
PENGENALAN DASAR LUAR NEGARA
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
DASAR LUAR NEGARA?
Dasar luar Negara bermaksud dasar
kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga
boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh
itu, sesebuah negara perlulah menjaga
keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan
tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam
oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah
negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta
menjamin keselamatannya daripada serangan
musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah
negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala
negara-negara kecil ini terpaksa mencari
perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau
bekerjasama dengan negara lain untuk
mempertahankan kepentingan bersama.
Keperluan asas negara yang berikutnya ialah
mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini,
sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan
ekonomi perdagangan yang menjadi punca
pendapatannya.
Negara-negara yang bergantung kepada
perdagangan tentu akan memelihara hubungan
yang baik dengan negara-negara lain bagi
memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan
bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu,
sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah
negara, kita mesti mengetahui keperluan asas
negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan
politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui
tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan
masyarakat tersebut.
DEFINISI DASAR LUAR NEGARA
Dasar luar dapat didefinisikan sebagai
matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan
oleh sesebuah negara dalam usaha untuk
berhubung dengan sesebuah negara yang lain
dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara
hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil
oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi
keadaan-keadaan yang berada di luar bidang
kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan
2 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6
dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di
antara sebuah negara dengan sesebuah negara
yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian
kerana kebanyakan negara bergantung antara satu
sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik,
ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju
perlu mengadakan hubungan dengan negara
membangun khususnya dalam bidang
perdagangan.
ASAS-ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR
MALAYSIA
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh
beberapa faktor yang menentukan corak dan arah
dasar luar negara.
Faktor-faktor berkenaan ialah
 sejarah,
 ekonomi,
 politik,
 geografi
 dan demografi.
FAKTOR MEMPENGARUHI POLISI DASAR
LUAR MALAYSIA?
Faktor Sejarah
 Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah
terjalin hubungan dengan negara luar seperti
China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di
Kepulauan Melayu.
 Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan
perdagangan.
 Pada masa ini telah terjalin hubungan
Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
termasuklah negara-negara yang pada hari
ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei,
Singapura dan Malaysia.
 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia
menyertai pertubuhan Komanwel dan
meneruskan hubungan diplomatik dengan
Britain dan negara Komanwel lain seperti
Australia dan New Zealand.
 Pada masa itu, Malaysia sedang diancam
oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh
Parti Komunis Malaya (PKM).
 Ancaman komunis ini menggugat
keselamatan negara Malaysia dan dengan ini
mendorong Malaysia mengamalkan dasar
luar yang pro-Barat dan antikomunis.
 Pada masa yang sama, Malaysia masih
bergantung kepada kuasa Barat kerana
Malaysia belum mempunyai keupayaan
pertahanan.
Faktor Ekonomi
 Malaysia merupakan negara yang mengamalkan
pasaran bebas. dan dengan ini menjalin
hubungan baik dengan negara-negara lain di
dunia dalam usaha memajukan ekonominya.
 Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia
merupakan antara negara pengeluar utama
bijih timah dan getah. Pada masa ini telah
terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia
dengan negara-negara maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat.
 Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia
masih mengharapkan pasaran dan juga modal
dari negara-negara tersebut.
 Beberapa langkah telah diambil bagi
menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini
diharapkan dapat meningkatkan ekonomi
negara di samping menyediakan peluang
pekerjaan.
 Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar
Pandang ke Timur, pelaburan asing juga
digalakkan dari negara-negara di Timur
terutama Jepun dan Korea.
 Pada masa yang sama, Malaysia menjalin
hubungan baik dengan negara-negara sedang
membangun dan juga negara-negara Islam bagi
meningkatkan pasaran barangan keluaran
Malaysia di samping mengadakan pelaburan di
negara berkenaan.
3 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6
Faktor Politik
 Sebagai sebuah negara yang mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen,
Malaysia berhak menentukan hala tuju masa
depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip
keamanan sejagat.
 Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang
menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-
negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang
menyokong Palestin bagi mewujudkan
keamanan di rantau Asia Barat.
 Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-
prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia.
Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya
menyokong semua resolusi yang telah diambil
oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan
keamanan dunia.
 Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik
di Asia Tenggara dan bersempadan dengan
hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti
Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama
kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu,
keselamatan negara serantau akan
mempengaruhi dan meninggalkan kesan
terhadap keselamatan Malaysia.
 Malaysia telah menjalinkan hubungan
diplomatik yang baik dengan negara-negara
Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti
beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara Israel
disebabkan dasar negara berkenaan yang
menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
 Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama juga diberikan kebebasan
sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup
dan agama masing-masing. Amalan konsep
perpaduan dan sikap komited terhadap hak
asasi manusia menyebabkan Malaysia
menentang keras Dasar Aparteid yang
diamalkan di Afrika Selatan asar kerajaan
Afrika Selatan yang membezakan taraf
penduduk Afrika Selatan mengikut warna kulit.
Orang kulit putih diberikan banyak
keistimewaan, manakala orang kulit hitam atau
kulit berwarna dianggap rendah dan tidak
diberikan hak politik dan kemasyarakatan yang
sama. Malaysia juga tidak mengadakan
sebarang hubungan diplomatik dengan negara
berkenaan sehinggalah undang-undang dasar
aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika
Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di
negara ini amat mempengaruhi penggubalan
dasar luar Malaysia.
PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA
 Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar
Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran
masa dan perkembangan dunia. Dalam
menentukan dasar luar negara, perkembangan
semasa memainkan peranan penting. Pengaruh
komunis yang begitu kuat dan perkembangan
dunia yang sedang menghadapi era Perang
Dingin merupakan faktor yang perlu diambil kira.
 Perkembangan dasar luar Malaysia dapat
dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang
berikut:
Tahap
Pertama
Tunku Abdul Rahman (1957-
1970).
Tahap
Kedua
Tun Abdul Razak (1972-1976)
dan Tun Hussein Onn (1976-
1981).
Tahap
Ketiga
Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad (1981-2003).
Tahap Pertama
 Dasar luar Malaysia pada tahap pertama
memperlihatkan DASAR PRO-BARAT yang
ANTIKOMUNIS serta DASAR BERBAIK-BALK
DENGAN NEGARA JIRAN DAN KOMANWEL.
Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku
Abdul Rahman disebabkan faktor politik,
ekonomi dan sosial.
4 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6
 Faktor POLITIK merujuk pada ancaman komunis
di negara-negara Asia Tenggara dan juga di
dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.
 Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan
pertahanan daripada negara-negara
Komanwel terutama Britain, Australia dan
New Zealand.
 Bagi menyekat perkembangan pengaruh
komunis, Malaysia telah menandatangani
Perjaniian Pertahanan Inggeris-Tanah
Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty
(AMDA) pada tahun 1956.
 Mengikut perjanjian ini pihak British akan
memberikan bantuan kepada Malaysia
sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
 Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah
BERBAIK-BAIK DENGAN NEGARA JIRAN.
 Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan
negara jiran terutama selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi
dengan Indonesia (1963 -1965), terputusnya
hubungan dengan Filipina (1963 1965) dan
keluarnya Singapura daripada Malaysia
(1965).
 Usaha-usaha untuk memelihara hubungan
dengan negara jiran terbukti melalui beberapa
perjanjian. Malaysia telah menandatangani
perjanjian menubuhkan
 Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASA) pada tahun 1961 bersama-sama
Thailand dan Filipina,
 MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-
sama Indonesia dan Filipina serta
 ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama
Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
 Faktor EKONOMI pula memperlihatkan
PERGANTUNGAN MALAYSIA KEPADA BRITAIN
dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini.
 Pertama, hal ini disebabkan Malaysia
merupakan anggota blok sterling yang
menjalankan urusan perdagangan dalam nilai
mata wang paun sterling.
 Kedua, Malaysia masih memberikan
tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu
bijih timah dan getah dengan mengharapkan
sepenuhnya permintaan daripada negara
Barat termasuk Britain.
 Ketiga, pelabur Britain masih menquasai
peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia
terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian.
 Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia
yang mengamalkan pasaran bebas mula
membina rangkaian perdagangan dengan
negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,
Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi
mengurangkan pergantungan kepada Britain
dan bagi mencari pasaran baru.
Tahap Kedua
 Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia
mula berubah kepada DASAR BERKECUALI dan
BERBAIK-BAIK DENGAN SEMUA NEGARA.
 Perubahan dasar luar ini disebabkan
 kurangnya peranan yang dimainkan oleh
AMDA
 dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.
 pergolakan yang berlaku di Vietnam yang
melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika
Syarikat dan China.
 Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia,
beberapa usaha telah dilakukan seperti
 mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas
dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom
and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama
dengan anggota negara ASEAN.
 Malaysia juga telah menjalin hubungan
diplomatik dengan negara berfahaman
komunis seperti China, Jerman Timur, Korea
Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
 Keinginan Malaysia menjalin persahabatan
dengan semua negara khususnya dengan negara
jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia
mengadakan hubungan diplomatik dengan
Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian
5 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6
Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan
kerjasama negara-negara jiran.
Tahap Ketiga
 Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah
mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi
memberikan PENEKANAN KEPADA
KEPENTINGAN EKONOMI. Kepentingan ini
adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan,
pelaburan dan pembangunan terutama di
kalangan negara membangun. Dalam usaha
mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia
telah mengadakan hubungan yang lebih erat
dengan negara-negara ASEAN seperti
menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
 Di samping itu, DASAR PANDANG KE TIMUR
telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan
menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai
model bagi membangunkan negara Malaysia.
Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat
Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-
nilai yang baik seperti semangat mencintai
negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika
pengurusan kerja yang baik.
 Malaysia juga telah mempertingkatkan
hubungan dua hala dengan negara-negara lain
menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana
Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke
negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan
Pasifik Selatan.
 Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan
Malaysia akan turut serta dan menandatangani
perjanjian perdagangan dua hala yang
menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau
percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin
hubungan politik dan perdagangan dengan
negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga
juga.
EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA
SEPINTAS LALU
Gaya dan pendekatan dalam engumumkan
dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza
mengikut personaliti setiap Perdana Menteri
Malaysia. Mengikut kajian yang dibuat oleh
penyelidik-penyelidik di negara ini menunjukkan
bahawa dasar luar negara Malaysia sejak 1957
memperlihatkan perkembangan yang stabil dan
mempunyai ciri perubahan ketara mengikut
perubahan dalam pengawasan politik Malaysia.
Dalam zaman Tunku Abdul Rahman dari
1957–1969, dasar luar Malaysia berada di tahap
pengasasan dan pengembangan, di mana ianya
didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang
baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu
itu ternyata bersifat antikomunis dan pro-Barat
dengan hubungan yang rapat dengan negara-
negara Komanwel. Pendekatan ini juga
bersumberkan pengaruh keperibadian Tunku yang
begitu pro-Barat dan antikomunis, selain situasi
dan kondisi politik domestik yang kurang stabil
ketika itu (Faridah Jaafar, 2007). Kita juga
menentang kuat dasar Aparteid. Pendirian kita
tentang kerjasama serantau juga mula bertapak
dengan kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO
(1963) dan ASEAN (1967).
Era pemerintahan Perdana Menteri Kedua
Malaysia dari 1970–1976, di bawah kepimpinan
Tun Abdul Razak memperlihatkan keupayaan
mendalam beliau mengendalikan hubungan luar
Malaysia mengikut arus perubahan. Malaysia telah
menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam OIC)
dan mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah
“Negara Islam”. Beliau telah merintis usaha ke arah
peneutralan dasar luar Malaysia dengan
menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir
semua negara tanpa mengira ideologi. Pencarian
negara rakan baru secara besar-besaran
meningkatkan kepentingan Negara-negara
Berkecuali (Non-Alignment Movement) kepada
Malaysia. Kita dikenali sebagai negara berkecuali
dan terdorong ke arah kekecualian, kewujudan
bersama secara harmoni dan kebebasan. Kita juga
mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia,
menekankan semangat serantau dan membina
hubungan dan hubungan diplomatik dengan
negara komunis. Pelaburan daripada negara selain
British juga mula dialu-alukan. Beliau juga telah
mengadakan penyelarasan dalam aspek politik,
6 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6
ekonomi, dan dasar pertahanan bagi memenuhi
tuntutan strategik negara.
Tempoh penggabungan di bawah
pemerintahan Tun Hussein Onn (1976–1981)
dengan ASEAN menjadi asas dalam dasar luar
negara Malaysia ekoran daripada kejatuhan Saigon
(kini Bandar Ho Chi Minh) pada tahun 1975,
pengunduran Tentera AS dari Asia Tenggara dan
pencerobohan Kampuchea (kini Kemboja) oleh
Vietnam. Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama
diadakan dan Malaysia menandatangani Perjanjian
Persahabatan dan Kerjasama di Bali pada tahun
1976. Penekanan yang lebih tegas turut dibuat ke
atas kebebasan, kekecualian dan kedudukan yang
sama dengan kuasa utama dunia. Dalam tempoh ini,
beliau lebih banyak mengekalkan dan meneruskan
dasar yang telah diasaskan oleh pemimpin
sebelumnya. Dasar luar Malaysia dalam tempoh ini
menunjukkan era pengukuhan, di mana kita tidak
memihak kepada mana-mana negara. Hal ini
bertepatan dengan lingkungan global ketika itu
yang sedang bergerak ke arah pengenduran
hubungan tegang di antara negara-negara yang
sedang berkonfl ik.
Perubahan yang lebih ketara terjadi apabila
Tun Dr. Mahathir Mohammad mengambil alih
jawatan sebagai Perdana Menteri yang keempat
pada tahun 1981 (1981-2003). Pendirian dasar luar
negara Malaysia lebih banyak berorientasikan
ekonomi daripada sebelum ini, ditambah dengan
pembelaan yang kuat dan bersemangat
kebangsaan untuk hak, kepentingan dan aspirasi
negara membangun serta sokongan daripada
Kerjasama Selatan-selatan. Sebelum ini, dasar luar
Malaysia menjadikan Barat sebagai role-model,
tetapi dalam era Mahathir, beliau membuat
perubahan yang drastik dengan menjadikan Timur
sebagai role-model. Ini merupakan satu
pembaharuan yang sangar nyata dalam
pemerintahan Malaysia dan menarik perhatian
dunia khususnya, Barat (Zulhilmi Paidi &Asrar, 2003,
m/s 134). Kepimpinan Tun Dr. Mahathir
menunjukkan pelbagai inisiatif baru diusahakan,
contohnya:
Pelbagai Inisiatif Baru yang Diusahakan:
• Antartika sebagai warisan bersama dunia.
• Dasar Pandang ke Timur (LEP).
 Berjuang untuk negara membangun dalam
isu utama seperti alam sekitar, hak asasi
manusia dan demokrasi.
 Dengan kemunculan globalisasi, mengenal
pasti kesan baik dan buruk globalisasi
terhadap negara membangun.
 Pendekatan yang proaktif dan bersungguh-
sungguh dalam isu Aparteid dan Palestin.
 Perpaduan Islam – Mempengerusikan dan
menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak OIC
ke-10, tuan rumah Ekspo OIC Pertama,
membentuk D-8.
 Keamanan dan keselamatan antarabangsa –
Malaysia menganggotai UNSC, peranan
sebagai pengaman di beberapa buah negara
seperti Kemboja, Somalia, Bosnia, Kosovo,
Namibia dan Timur Leste. Malaysia turut giat
menentang sikap pilih kasih, berat sebelah
dan tindakan pintas di luar lingkungan PBB.
 Keganasan – Malaysia menerapkan
kerjasama antarabangsa serantau yang
kukuh untuk membanteras keganasan,
menentang kuat menyalahkan agama atau
kaum, menyarankan pelbagai aspek
pendekatan dalam membanteras keganasan
termasuk mengenal pasti dan menghapuskan
penyebabnya, menjadi tuan rumah
Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC
berkenaan keganasan pada tahun 2002,
menubuhkan SEARCCT yang memberikan
tumpuan utama kepada latihan dan
pembinaan keupayaan.
Membuka Sempadan Baru:
 Mengadakan hubungan dua hala secara aktif
dengan negara Afrika, Amerika Latin dan
Eropah Timur, terutamanya dalam
perdagangan, pelaburan dan pemindahan
teknologi dengan semangat Kerjasama
Selatan-Selatan. Termasuk juga membuka
Perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada
Program Kerjasama Teknikal Malaysia
(MTCP) di negara ini.
7 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6
Berorientasikan Ekonomi:
 Kerjasama Ekonomi Asia Timur (daripada
EAEG kepada EAEC kepada ASEAN +3).
• Kerjasama Pembangunan Serantau – Konsep
Segi Tiga
 Pertumbuhan, seperti, IMTGT, IMSGT, BIMP-
EAGA.
 Kumpulan G-15 (G15) – pelaksanaannya
dimulakan oleh Malaysia.
 Diplomasi Ekonomi – pelaburan ke luar
negara dengan prinsip ‘makmurkan jiran
anda’, Kerjasama Selatan-Selatan, MIGHT,
 Dialog Antarabangsa Langkawi (LID), Dialog
Antarabangsa Afrika Selatan (SAID).
Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun
Abdullah Ahmad Badawi dari 2003-2009 disifatkan telah
melalui proses evolusi yang dinamik. Beliau meneruskan
kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana
Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan
mengkonsolidasi dasar luar sedia ada. Di bawah
kepimpinan beliau, inisiatif dasar luar negara terus
diperhalus untuk memperlihatkan:
 Respons pragmatik dalam menyahut cabaran
geopolitik dan ekonomi semasa pandangan
Malaysia disampaikan dengan lebih jelas.
 Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada
dasar sedia ada.
 Peranan kepimpinan yang berpengaruh
sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN; dan
Malaysia sebagai contoh terkemuka sebuah
negara Islam yang bertoleransi dan progresif
– Islam Hadhari
Oleh itu, perkembangan dasar luar negara di bawah
kepimpinan perdana menteri yang silih berganti ini
menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap
perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh
tersebut. Untuk terus relevan dengan keperluan negara,
dasar luar negara tidak boleh statik. Walaupun
perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi
dasar luar negara Malaysia, namun kesinambungan juga
jelas kelihatan. Perubahan dan kesinambungan ini
memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan
negara yang lebih tinggi dalam mengendalikan
hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan
Malaysia turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik
minat negara membangun.
DASAR LUAR ERA DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN
RAZAK
Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah
menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 3
April 2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad
Badawi. Dalam era pemerintahan beliau sebagai
Perdana Menteri, beliau telah mengorak langkah
ke hadapan dengan menekankan kepada dasar luar
yang lebih proaktif dan dinamik berbanding era Tun
Abdullah.
Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh
yang membantu mewujudkan ekonomi yang
mantap, dinamik dan mudah pulih. Penekanan
diberikan dalam kerjasama serantau, terutama
dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. Di
samping itu, beliau juga menekankan peri penting
dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi
dua hala) dengan Negara-negara yang merupakan
negara ‘trading partner’ dengan Malaysia,
terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti China,
Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya.
Dasar Luar Malaysia Era Dato’ Seri Najib Tun
Razak telah memperlihatkan kesinambungan dasar
luar Perdana Menteri sebelumnya, di mana
Malaysia masih menekankan pendekatan dasar
luar yang proaktif di peringkat antarabangsa.
Walau bagaimanapun, Dato’ Seri Najib telah
menekankan tentang peri pentingnya mengadakan
hubungan dua hala (diplomasi dua hala) dalam
pendekatan dasar luar Malaysia. Diplomasi dua
hala dikatakan lebih efektif dan telus kerana ianya
hanya melibatkan dua negara dalam
membincangkan isu-isu yang ada kena mengena di
antara kedua-dua negara tersebut. Di samping itu,
ia juga dikatakan lebih efektif kerana kurangnya
kerenah atau halangan yang boleh membantutkan
usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama
antara dua buah negara yang terlibat.
Namun demikian, walaupun wujudnya
perubahan pemimpin dan pendekatan dalam dasar
8 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6
luar Malaysia tetapi objektif dan matlamat negara
tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, stabil
dari segi politik, dihormati oleh semua masyarakat
dunia dan mampu memberikan sumbangan di
arena antarabangsa. Bagi mencapai hasrat ini,
Malaysia harus mempunyai dasar luar yang bukan
sahaja dinamik, tetapi juga berupaya mengubah
corak dan oreintasinya, selaras dengan
maklumbalas yang diterima oleh Kerajaan dan
setimpal dengan tuntutan semasa. Dengan
pendekatan ini diharapkan Malaysia akan terus
mengorak langkah menuju ke arah sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.
ANALISIS PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA
ANTARABANGSA DALAM BIDANG EKONOMI,
POLITIK DAN ISU ALAM SEKITAR YANG TELAH
MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DUNIA.
BIDANG EKONOMI
Bidang ekonomi memperlihatkan
pergantungan Malaysia kepada Britain dalam
menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama,
hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota
blok sterling yang menjalankan urusan
perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling.
Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan
kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan
getah dengan mengharapkan sepenuhnya
permintaan daripada negara Barat termasuk
Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai
peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia
terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini,
Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula
membina rangkaian perdagangan dengan negara-
negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun,
Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan
pergantungan kepada Britain dan bagi mencari
pasaran baru.
BIDANG POLITIK
Bidang politik merujuk kepada ancaman
komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga
di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.
Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan
pertahanan daripada negara-negara Komanwel
terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh
komunis, Malaysia telah menandatangani
Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau
Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun
1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan
memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya
diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga
adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini
disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran
terutamanya selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi dengan
Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan
dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya
Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha
untuk memelihara hubungan dengan negara jiran
terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA)
pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan
Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-
sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada
tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia,
Filipina dan Singapura.
BIDANG ISU ALAM SEKITAR
Bidang isu alam sekitar merujuk kepada
penyertaan Malaysia dalam beberapa pertubuhan
antarabangsa dan bergiat secara aktif seperti
dalam Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan dan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

More Related Content

What's hot

ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARAISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARAdka1a2015
 
Era pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onnEra pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onnseridatul Md Shah
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaguest9629c8
 
Kerjasama asean p.am
Kerjasama asean p.amKerjasama asean p.am
Kerjasama asean p.amkamarlia
 
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Christine Leo
 
Asean disediakan oleh mohd salleh sairan smk methodist sibu
Asean disediakan oleh mohd salleh sairan smk methodist sibuAsean disediakan oleh mohd salleh sairan smk methodist sibu
Asean disediakan oleh mohd salleh sairan smk methodist sibuSMK Methodist Sibu
 
Note topik 12
Note topik 12Note topik 12
Note topik 12azlina_ab
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
 
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)isharsmiaa
 
Kelas intensif spm2016. tema 10
Kelas intensif spm2016. tema 10Kelas intensif spm2016. tema 10
Kelas intensif spm2016. tema 10isharsmiaa
 
Peran indonesia dalam lingkungan negara negara asean
Peran indonesia dalam lingkungan negara negara aseanPeran indonesia dalam lingkungan negara negara asean
Peran indonesia dalam lingkungan negara negara aseanDebby Josephine Sihaloho
 
Peran indonesia dalam negara asia tenggara
Peran indonesia dalam negara asia tenggaraPeran indonesia dalam negara asia tenggara
Peran indonesia dalam negara asia tenggaraLilo Kautsar
 
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Faizah Yahya
 

What's hot (19)

ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARAISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
ISU-ISU KEPREHATINAN NEGARA
 
Era pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onnEra pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onn
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Kerjasama asean p.am
Kerjasama asean p.amKerjasama asean p.am
Kerjasama asean p.am
 
Asean
AseanAsean
Asean
 
Bab 14
Bab 14Bab 14
Bab 14
 
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
 
Asean
AseanAsean
Asean
 
Asean disediakan oleh mohd salleh sairan smk methodist sibu
Asean disediakan oleh mohd salleh sairan smk methodist sibuAsean disediakan oleh mohd salleh sairan smk methodist sibu
Asean disediakan oleh mohd salleh sairan smk methodist sibu
 
Note topik 12
Note topik 12Note topik 12
Note topik 12
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
 
Kerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatanKerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatan
 
Perhubungan luar
Perhubungan luarPerhubungan luar
Perhubungan luar
 
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
 
Kelas intensif spm2016. tema 10
Kelas intensif spm2016. tema 10Kelas intensif spm2016. tema 10
Kelas intensif spm2016. tema 10
 
Peran indonesia dalam lingkungan negara negara asean
Peran indonesia dalam lingkungan negara negara aseanPeran indonesia dalam lingkungan negara negara asean
Peran indonesia dalam lingkungan negara negara asean
 
Sejarah Pembentukan ASEAN
Sejarah Pembentukan ASEANSejarah Pembentukan ASEAN
Sejarah Pembentukan ASEAN
 
Peran indonesia dalam negara asia tenggara
Peran indonesia dalam negara asia tenggaraPeran indonesia dalam negara asia tenggara
Peran indonesia dalam negara asia tenggara
 
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
 

Viewers also liked

Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]isharsmiaa
 
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&SkemaSejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skemaisharsmiaa
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPMisharsmiaa
 
Kertas 3 Team TG SPM 2016
Kertas 3 Team TG SPM 2016Kertas 3 Team TG SPM 2016
Kertas 3 Team TG SPM 2016isharsmiaa
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016isharsmiaa
 
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg SarapaAmbang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapaisharsmiaa
 
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1isharsmiaa
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016isharsmiaa
 
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg SarahKertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarahisharsmiaa
 
Jawapan KBAT. Cg Sarah
Jawapan KBAT. Cg SarahJawapan KBAT. Cg Sarah
Jawapan KBAT. Cg Sarahisharsmiaa
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016isharsmiaa
 
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg SarapaAnalisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapaisharsmiaa
 
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016isharsmiaa
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melakaisharsmiaa
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perakisharsmiaa
 
Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013
Skema Jawapan  Kertas 3 Sejarah SPM 2013Skema Jawapan  Kertas 3 Sejarah SPM 2013
Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013isharsmiaa
 
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1isharsmiaa
 

Viewers also liked (20)

Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
 
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&SkemaSejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPM
 
Kertas 3 Team TG SPM 2016
Kertas 3 Team TG SPM 2016Kertas 3 Team TG SPM 2016
Kertas 3 Team TG SPM 2016
 
Nota B8T4
Nota B8T4Nota B8T4
Nota B8T4
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016
 
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg SarapaAmbang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
 
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
 
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg SarahKertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
 
Jawapan KBAT. Cg Sarah
Jawapan KBAT. Cg SarahJawapan KBAT. Cg Sarah
Jawapan KBAT. Cg Sarah
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
 
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg SarapaAnalisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
 
Nota B10T4
Nota B10T4Nota B10T4
Nota B10T4
 
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
 
Nota B9T4
Nota B9T4Nota B9T4
Nota B9T4
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
 
Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013
Skema Jawapan  Kertas 3 Sejarah SPM 2013Skema Jawapan  Kertas 3 Sejarah SPM 2013
Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013
 
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
 

Similar to Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016

nota-ringkas-pengajian-am-semesta-3_compress (1).pdf
nota-ringkas-pengajian-am-semesta-3_compress (1).pdfnota-ringkas-pengajian-am-semesta-3_compress (1).pdf
nota-ringkas-pengajian-am-semesta-3_compress (1).pdfBRANDONM11
 
Makalah hubungan internasional dengan organisasi internasional
Makalah hubungan internasional dengan organisasi internasionalMakalah hubungan internasional dengan organisasi internasional
Makalah hubungan internasional dengan organisasi internasionalAbdillah Arief
 
Ancaman bagi nkri dalam bidang politik
Ancaman bagi nkri dalam bidang politikAncaman bagi nkri dalam bidang politik
Ancaman bagi nkri dalam bidang politikRezaWahyuni6
 
POSISI CHINA DI ASIA PASIFIK PADA AKHIR DAN AWAL PASCA PERANG DINGIN
POSISI CHINA DI ASIA PASIFIK PADA AKHIR DAN AWAL PASCA PERANG DINGINPOSISI CHINA DI ASIA PASIFIK PADA AKHIR DAN AWAL PASCA PERANG DINGIN
POSISI CHINA DI ASIA PASIFIK PADA AKHIR DAN AWAL PASCA PERANG DINGINAhirul Habib Padilah
 
Bab 9-ting-5 Sejarah SPM
Bab 9-ting-5  Sejarah SPMBab 9-ting-5  Sejarah SPM
Bab 9-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9Hidayati Husain
 
Sejarah tingkatan 5 bab 9
Sejarah tingkatan 5 bab 9Sejarah tingkatan 5 bab 9
Sejarah tingkatan 5 bab 9Msabri MNor
 
Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9Hidayati Husain
 
PEMASARAN INTERNASIONAL PERBANDINGAN LINGKUNGAN PEMASARAN INTERNASIONAL INDO...
PEMASARAN INTERNASIONAL PERBANDINGAN LINGKUNGAN PEMASARAN INTERNASIONAL  INDO...PEMASARAN INTERNASIONAL PERBANDINGAN LINGKUNGAN PEMASARAN INTERNASIONAL  INDO...
PEMASARAN INTERNASIONAL PERBANDINGAN LINGKUNGAN PEMASARAN INTERNASIONAL INDO...Putri Sanuria
 
Pendidikan kewarganegaraan militer
Pendidikan kewarganegaraan militerPendidikan kewarganegaraan militer
Pendidikan kewarganegaraan militerItha Mandasariie
 
GERAKAN NON BLOK by MUH. NURUDDIN YUSUF ARDIN.pptx
GERAKAN NON BLOK by MUH. NURUDDIN YUSUF ARDIN.pptxGERAKAN NON BLOK by MUH. NURUDDIN YUSUF ARDIN.pptx
GERAKAN NON BLOK by MUH. NURUDDIN YUSUF ARDIN.pptxMuhNuruddinYA
 
3. PERAN AKTIF BANGSA INDONESIA PADA MASA PERANG DINGIN.pptx
3. PERAN AKTIF BANGSA  INDONESIA PADA MASA PERANG DINGIN.pptx3. PERAN AKTIF BANGSA  INDONESIA PADA MASA PERANG DINGIN.pptx
3. PERAN AKTIF BANGSA INDONESIA PADA MASA PERANG DINGIN.pptxRafaGibraltar1
 
Nota paowerpoint bab9tg5 2
Nota paowerpoint bab9tg5 2Nota paowerpoint bab9tg5 2
Nota paowerpoint bab9tg5 2Hidayati Husain
 

Similar to Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016 (20)

SEJARAH KERTAS 3 2016
SEJARAH KERTAS 3 2016SEJARAH KERTAS 3 2016
SEJARAH KERTAS 3 2016
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
nota-ringkas-pengajian-am-semesta-3_compress (1).pdf
nota-ringkas-pengajian-am-semesta-3_compress (1).pdfnota-ringkas-pengajian-am-semesta-3_compress (1).pdf
nota-ringkas-pengajian-am-semesta-3_compress (1).pdf
 
Makalah hubungan internasional dengan organisasi internasional
Makalah hubungan internasional dengan organisasi internasionalMakalah hubungan internasional dengan organisasi internasional
Makalah hubungan internasional dengan organisasi internasional
 
Bahaya asean
Bahaya aseanBahaya asean
Bahaya asean
 
titas
titastitas
titas
 
Ancaman bagi nkri dalam bidang politik
Ancaman bagi nkri dalam bidang politikAncaman bagi nkri dalam bidang politik
Ancaman bagi nkri dalam bidang politik
 
POSISI CHINA DI ASIA PASIFIK PADA AKHIR DAN AWAL PASCA PERANG DINGIN
POSISI CHINA DI ASIA PASIFIK PADA AKHIR DAN AWAL PASCA PERANG DINGINPOSISI CHINA DI ASIA PASIFIK PADA AKHIR DAN AWAL PASCA PERANG DINGIN
POSISI CHINA DI ASIA PASIFIK PADA AKHIR DAN AWAL PASCA PERANG DINGIN
 
Bab 9-ting-5 Sejarah SPM
Bab 9-ting-5  Sejarah SPMBab 9-ting-5  Sejarah SPM
Bab 9-ting-5 Sejarah SPM
 
Kelas ix bab 3 globalisasi
Kelas ix bab 3 globalisasiKelas ix bab 3 globalisasi
Kelas ix bab 3 globalisasi
 
Kelas ix bab 3 globalisasi
Kelas ix bab 3 globalisasiKelas ix bab 3 globalisasi
Kelas ix bab 3 globalisasi
 
Slide polugri
Slide polugriSlide polugri
Slide polugri
 
Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9
 
Sejarah tingkatan 5 bab 9
Sejarah tingkatan 5 bab 9Sejarah tingkatan 5 bab 9
Sejarah tingkatan 5 bab 9
 
Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9Tingkatan 5 sejarah bab 9
Tingkatan 5 sejarah bab 9
 
PEMASARAN INTERNASIONAL PERBANDINGAN LINGKUNGAN PEMASARAN INTERNASIONAL INDO...
PEMASARAN INTERNASIONAL PERBANDINGAN LINGKUNGAN PEMASARAN INTERNASIONAL  INDO...PEMASARAN INTERNASIONAL PERBANDINGAN LINGKUNGAN PEMASARAN INTERNASIONAL  INDO...
PEMASARAN INTERNASIONAL PERBANDINGAN LINGKUNGAN PEMASARAN INTERNASIONAL INDO...
 
Pendidikan kewarganegaraan militer
Pendidikan kewarganegaraan militerPendidikan kewarganegaraan militer
Pendidikan kewarganegaraan militer
 
GERAKAN NON BLOK by MUH. NURUDDIN YUSUF ARDIN.pptx
GERAKAN NON BLOK by MUH. NURUDDIN YUSUF ARDIN.pptxGERAKAN NON BLOK by MUH. NURUDDIN YUSUF ARDIN.pptx
GERAKAN NON BLOK by MUH. NURUDDIN YUSUF ARDIN.pptx
 
3. PERAN AKTIF BANGSA INDONESIA PADA MASA PERANG DINGIN.pptx
3. PERAN AKTIF BANGSA  INDONESIA PADA MASA PERANG DINGIN.pptx3. PERAN AKTIF BANGSA  INDONESIA PADA MASA PERANG DINGIN.pptx
3. PERAN AKTIF BANGSA INDONESIA PADA MASA PERANG DINGIN.pptx
 
Nota paowerpoint bab9tg5 2
Nota paowerpoint bab9tg5 2Nota paowerpoint bab9tg5 2
Nota paowerpoint bab9tg5 2
 

More from isharsmiaa

Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama AntarabangsaBab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsaisharsmiaa
 
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan BangsaBab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsaisharsmiaa
 
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysiaisharsmiaa
 
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaBab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdekaisharsmiaa
 
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysiaisharsmiaa
 
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi NegaraBab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negaraisharsmiaa
 
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia TenggaraBab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggaraisharsmiaa
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSMBuku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSMisharsmiaa
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSMBuku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSMisharsmiaa
 
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaE Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdekaisharsmiaa
 
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSMSkema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSMisharsmiaa
 
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSMLatihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSMisharsmiaa
 
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSME-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSMisharsmiaa
 
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5isharsmiaa
 
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4isharsmiaa
 
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020isharsmiaa
 
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan BangsaT5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsaisharsmiaa
 
Pecutan Akhir 2016
Pecutan Akhir 2016Pecutan Akhir 2016
Pecutan Akhir 2016isharsmiaa
 
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu HanitaBahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanitaisharsmiaa
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123isharsmiaa
 

More from isharsmiaa (20)

Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama AntarabangsaBab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
 
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan BangsaBab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
 
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaBab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
 
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi NegaraBab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
 
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia TenggaraBab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSMBuku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSMBuku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
 
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaE Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
 
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSMSkema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
 
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSMLatihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
 
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSME-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
 
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
 
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
 
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
 
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan BangsaT5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
 
Pecutan Akhir 2016
Pecutan Akhir 2016Pecutan Akhir 2016
Pecutan Akhir 2016
 
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu HanitaBahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 

Recently uploaded

AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 

Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016

  • 1. BULETIN KHAS SEJARAH 2016 TEAM CIKGU SEJARAH KEDAH BIL 1/2016 EDARAN PERCUMA PENGENALAN DASAR LUAR NEGARA APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DASAR LUAR NEGARA? Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut. DEFINISI DASAR LUAR NEGARA Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan
  • 2. 2 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6 dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan. ASAS-ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah  sejarah,  ekonomi,  politik,  geografi  dan demografi. FAKTOR MEMPENGARUHI POLISI DASAR LUAR MALAYSIA? Faktor Sejarah  Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu.  Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan.  Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.  Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand.  Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).  Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis.  Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan. Faktor Ekonomi  Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas. dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.  Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.  Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut.  Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan.  Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea.  Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
  • 3. 3 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6 Faktor Politik  Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.  Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara- negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.  Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip- prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.  Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.  Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.  Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan asar kerajaan Afrika Selatan yang membezakan taraf penduduk Afrika Selatan mengikut warna kulit. Orang kulit putih diberikan banyak keistimewaan, manakala orang kulit hitam atau kulit berwarna dianggap rendah dan tidak diberikan hak politik dan kemasyarakatan yang sama. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia. PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA  Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan dunia. Dalam menentukan dasar luar negara, perkembangan semasa memainkan peranan penting. Pengaruh komunis yang begitu kuat dan perkembangan dunia yang sedang menghadapi era Perang Dingin merupakan faktor yang perlu diambil kira.  Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang berikut: Tahap Pertama Tunku Abdul Rahman (1957- 1970). Tahap Kedua Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976- 1981). Tahap Ketiga Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003). Tahap Pertama  Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan DASAR PRO-BARAT yang ANTIKOMUNIS serta DASAR BERBAIK-BALK DENGAN NEGARA JIRAN DAN KOMANWEL. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial.
  • 4. 4 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6  Faktor POLITIK merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.  Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.  Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjaniian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956.  Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.  Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah BERBAIK-BAIK DENGAN NEGARA JIRAN.  Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963 -1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).  Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan  Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina,  MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama- sama Indonesia dan Filipina serta  ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.  Faktor EKONOMI pula memperlihatkan PERGANTUNGAN MALAYSIA KEPADA BRITAIN dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini.  Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling.  Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.  Ketiga, pelabur Britain masih menquasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.  Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru. Tahap Kedua  Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada DASAR BERKECUALI dan BERBAIK-BAIK DENGAN SEMUA NEGARA.  Perubahan dasar luar ini disebabkan  kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA  dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.  pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.  Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti  mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.  Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.  Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian
  • 5. 5 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6 Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran. Tahap Ketiga  Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan PENEKANAN KEPADA KEPENTINGAN EKONOMI. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.  Di samping itu, DASAR PANDANG KE TIMUR telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai- nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.  Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.  Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga. EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA SEPINTAS LALU Gaya dan pendekatan dalam engumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza mengikut personaliti setiap Perdana Menteri Malaysia. Mengikut kajian yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik di negara ini menunjukkan bahawa dasar luar negara Malaysia sejak 1957 memperlihatkan perkembangan yang stabil dan mempunyai ciri perubahan ketara mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia. Dalam zaman Tunku Abdul Rahman dari 1957–1969, dasar luar Malaysia berada di tahap pengasasan dan pengembangan, di mana ianya didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu itu ternyata bersifat antikomunis dan pro-Barat dengan hubungan yang rapat dengan negara- negara Komanwel. Pendekatan ini juga bersumberkan pengaruh keperibadian Tunku yang begitu pro-Barat dan antikomunis, selain situasi dan kondisi politik domestik yang kurang stabil ketika itu (Faridah Jaafar, 2007). Kita juga menentang kuat dasar Aparteid. Pendirian kita tentang kerjasama serantau juga mula bertapak dengan kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN (1967). Era pemerintahan Perdana Menteri Kedua Malaysia dari 1970–1976, di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak memperlihatkan keupayaan mendalam beliau mengendalikan hubungan luar Malaysia mengikut arus perubahan. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam OIC) dan mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah “Negara Islam”. Beliau telah merintis usaha ke arah peneutralan dasar luar Malaysia dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir semua negara tanpa mengira ideologi. Pencarian negara rakan baru secara besar-besaran meningkatkan kepentingan Negara-negara Berkecuali (Non-Alignment Movement) kepada Malaysia. Kita dikenali sebagai negara berkecuali dan terdorong ke arah kekecualian, kewujudan bersama secara harmoni dan kebebasan. Kita juga mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia, menekankan semangat serantau dan membina hubungan dan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Pelaburan daripada negara selain British juga mula dialu-alukan. Beliau juga telah mengadakan penyelarasan dalam aspek politik,
  • 6. 6 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6 ekonomi, dan dasar pertahanan bagi memenuhi tuntutan strategik negara. Tempoh penggabungan di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn (1976–1981) dengan ASEAN menjadi asas dalam dasar luar negara Malaysia ekoran daripada kejatuhan Saigon (kini Bandar Ho Chi Minh) pada tahun 1975, pengunduran Tentera AS dari Asia Tenggara dan pencerobohan Kampuchea (kini Kemboja) oleh Vietnam. Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama diadakan dan Malaysia menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Bali pada tahun 1976. Penekanan yang lebih tegas turut dibuat ke atas kebebasan, kekecualian dan kedudukan yang sama dengan kuasa utama dunia. Dalam tempoh ini, beliau lebih banyak mengekalkan dan meneruskan dasar yang telah diasaskan oleh pemimpin sebelumnya. Dasar luar Malaysia dalam tempoh ini menunjukkan era pengukuhan, di mana kita tidak memihak kepada mana-mana negara. Hal ini bertepatan dengan lingkungan global ketika itu yang sedang bergerak ke arah pengenduran hubungan tegang di antara negara-negara yang sedang berkonfl ik. Perubahan yang lebih ketara terjadi apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981 (1981-2003). Pendirian dasar luar negara Malaysia lebih banyak berorientasikan ekonomi daripada sebelum ini, ditambah dengan pembelaan yang kuat dan bersemangat kebangsaan untuk hak, kepentingan dan aspirasi negara membangun serta sokongan daripada Kerjasama Selatan-selatan. Sebelum ini, dasar luar Malaysia menjadikan Barat sebagai role-model, tetapi dalam era Mahathir, beliau membuat perubahan yang drastik dengan menjadikan Timur sebagai role-model. Ini merupakan satu pembaharuan yang sangar nyata dalam pemerintahan Malaysia dan menarik perhatian dunia khususnya, Barat (Zulhilmi Paidi &Asrar, 2003, m/s 134). Kepimpinan Tun Dr. Mahathir menunjukkan pelbagai inisiatif baru diusahakan, contohnya: Pelbagai Inisiatif Baru yang Diusahakan: • Antartika sebagai warisan bersama dunia. • Dasar Pandang ke Timur (LEP).  Berjuang untuk negara membangun dalam isu utama seperti alam sekitar, hak asasi manusia dan demokrasi.  Dengan kemunculan globalisasi, mengenal pasti kesan baik dan buruk globalisasi terhadap negara membangun.  Pendekatan yang proaktif dan bersungguh- sungguh dalam isu Aparteid dan Palestin.  Perpaduan Islam – Mempengerusikan dan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak OIC ke-10, tuan rumah Ekspo OIC Pertama, membentuk D-8.  Keamanan dan keselamatan antarabangsa – Malaysia menganggotai UNSC, peranan sebagai pengaman di beberapa buah negara seperti Kemboja, Somalia, Bosnia, Kosovo, Namibia dan Timur Leste. Malaysia turut giat menentang sikap pilih kasih, berat sebelah dan tindakan pintas di luar lingkungan PBB.  Keganasan – Malaysia menerapkan kerjasama antarabangsa serantau yang kukuh untuk membanteras keganasan, menentang kuat menyalahkan agama atau kaum, menyarankan pelbagai aspek pendekatan dalam membanteras keganasan termasuk mengenal pasti dan menghapuskan penyebabnya, menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC berkenaan keganasan pada tahun 2002, menubuhkan SEARCCT yang memberikan tumpuan utama kepada latihan dan pembinaan keupayaan. Membuka Sempadan Baru:  Mengadakan hubungan dua hala secara aktif dengan negara Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan pemindahan teknologi dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan. Termasuk juga membuka Perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) di negara ini.
  • 7. 7 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6 Berorientasikan Ekonomi:  Kerjasama Ekonomi Asia Timur (daripada EAEG kepada EAEC kepada ASEAN +3). • Kerjasama Pembangunan Serantau – Konsep Segi Tiga  Pertumbuhan, seperti, IMTGT, IMSGT, BIMP- EAGA.  Kumpulan G-15 (G15) – pelaksanaannya dimulakan oleh Malaysia.  Diplomasi Ekonomi – pelaburan ke luar negara dengan prinsip ‘makmurkan jiran anda’, Kerjasama Selatan-Selatan, MIGHT,  Dialog Antarabangsa Langkawi (LID), Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID). Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2003-2009 disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Beliau meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengkonsolidasi dasar luar sedia ada. Di bawah kepimpinan beliau, inisiatif dasar luar negara terus diperhalus untuk memperlihatkan:  Respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa pandangan Malaysia disampaikan dengan lebih jelas.  Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada.  Peranan kepimpinan yang berpengaruh sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN; dan Malaysia sebagai contoh terkemuka sebuah negara Islam yang bertoleransi dan progresif – Islam Hadhari Oleh itu, perkembangan dasar luar negara di bawah kepimpinan perdana menteri yang silih berganti ini menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh tersebut. Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh statik. Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara Malaysia, namun kesinambungan juga jelas kelihatan. Perubahan dan kesinambungan ini memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan Malaysia turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara membangun. DASAR LUAR ERA DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 3 April 2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dalam era pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau telah mengorak langkah ke hadapan dengan menekankan kepada dasar luar yang lebih proaktif dan dinamik berbanding era Tun Abdullah. Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap, dinamik dan mudah pulih. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau, terutama dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga menekankan peri penting dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi dua hala) dengan Negara-negara yang merupakan negara ‘trading partner’ dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya. Dasar Luar Malaysia Era Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memperlihatkan kesinambungan dasar luar Perdana Menteri sebelumnya, di mana Malaysia masih menekankan pendekatan dasar luar yang proaktif di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, Dato’ Seri Najib telah menekankan tentang peri pentingnya mengadakan hubungan dua hala (diplomasi dua hala) dalam pendekatan dasar luar Malaysia. Diplomasi dua hala dikatakan lebih efektif dan telus kerana ianya hanya melibatkan dua negara dalam membincangkan isu-isu yang ada kena mengena di antara kedua-dua negara tersebut. Di samping itu, ia juga dikatakan lebih efektif kerana kurangnya kerenah atau halangan yang boleh membantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama antara dua buah negara yang terlibat. Namun demikian, walaupun wujudnya perubahan pemimpin dan pendekatan dalam dasar
  • 8. 8 | B U L E T I N K H A S S E J A R A H 2 0 1 6 luar Malaysia tetapi objektif dan matlamat negara tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, stabil dari segi politik, dihormati oleh semua masyarakat dunia dan mampu memberikan sumbangan di arena antarabangsa. Bagi mencapai hasrat ini, Malaysia harus mempunyai dasar luar yang bukan sahaja dinamik, tetapi juga berupaya mengubah corak dan oreintasinya, selaras dengan maklumbalas yang diterima oleh Kerajaan dan setimpal dengan tuntutan semasa. Dengan pendekatan ini diharapkan Malaysia akan terus mengorak langkah menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020. ANALISIS PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA DALAM BIDANG EKONOMI, POLITIK DAN ISU ALAM SEKITAR YANG TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DUNIA. BIDANG EKONOMI Bidang ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara- negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru. BIDANG POLITIK Bidang politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara. Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama- sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. BIDANG ISU ALAM SEKITAR Bidang isu alam sekitar merujuk kepada penyertaan Malaysia dalam beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif seperti dalam Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Kumpulan Selatan-Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).