SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
1
LATAR BELAKANG/ PENGERTIAN/ MAKSUD/ KONSEP/ TAKRIF DASAR LUAR
Dasar luar secara umumnya merangkumi maklumat formal, rancangan dan tindakan yang
diambil oleh sesebuah negara berhubung dengan negara-negara lain. Dasar luar negara
sentiasa berubah berdasarkan keadaan semasa atau senario politik antarabangsa. Dalam erti
kata yang lain dasar luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara yang lain.
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah,
ekonomi dan politik. Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga
tahap. Tahap dasar luar ini mengalami perubahan berdasarkan matlamat yang ingin dicapai
oleh seseorang pemimpin. Perkembangan dan perubahan dasar luar negara amat penting agar
dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara serta menjadikan Malaysia berdaya
saing dalam arena antarabangsa. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan
mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang
sentiasa berubah.
MATLAMAT/ TUJUAN DASAR LUAR
Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua
negara. Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain
itu, dapat memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Seterusnya,
matlamat dasar luar ialah menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. Dasar luar
dapat mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Oleh itu, matlamat
dasar luar dapat menjadikan Malaysia sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka
terhadap usaha-usaha yang dapat memupuk kesejahteraan penduduk dunia.
BENTUK DASAR LUAR MALAYSIA
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu
hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada
hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan
hubungan dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Selain itu, hubungan luar juga dijalinkan dengan negara Asia yang lain iaitu Amerika Latin,
Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan
pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel,
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan
sebagainya.
MODUL : DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
2
ASAS-ASAS/ FAKTOR-FAKTOR PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan
corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik,
geografi dan demografi.
FAKTOR SEJARAH
Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti China,
Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan
perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
seperti hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai
kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel. Malaysia juga meneruskan
hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang lain seperti Australia dan
New Zealand. Pada masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang
menggugat keselamatan Malaysia. Keadaan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar
yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada
kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.
FAKTOR EKONOMI
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas. Malaysia juga menjalinkan
hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman
penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar bijih timah dan getah.
Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju
seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih
mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah
diambil bagi menggalakkan kemasukkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat
meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun
1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-
negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin
hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi
meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di
negara berkenaan.
FAKTOR POLITIK
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia berhak
menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.
Hal ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan
negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan
keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia.
Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh
PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
3
FAKTOR GEOGRAFI
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan
hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Brunei. Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu,
keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan Malaysia.
FAKTOR DEMOGRAFI
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam
sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang
menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama juga diberi kebebasan sepenuhnya mengamalkan budaya hidup dan agama
masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkan Malaysia menentang dasar Aparteid. Malaysia juga tidak menjalinkan sebarang
hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar Aparteid
itu dimansuhkan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara
ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
PERKEMBANGAN/ TAHAP DASAR LUAR MALAYSIA
Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut
peredaran masa dan perkembangan dunia. Dalam menentukan dasar luar negara,
perkembangan semasa memainkan peranan penting. Pengaruh komunis yang begitu kuat dan
perkembangan dunia yang sedang menghadapi era Perang Dingin merupakan faktor yang
perlu diambil kira.
Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap
pertama di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970), tahap kedua di bawah
kepimpinan Tun Abdul Razak (1972 – 1976 ) dan Tun Hussein Onn (1976 – 1981). Pada
tahap ketiga, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 2003) merupakan pemimpin yang
bertanggungjawab.
TAHAP PERTAMA/ TUNKU ABDUL RAHMAN (1957–1970)/ DASAR PRO-BARAT
Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang
antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar
berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan
sosial. Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan
juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan
pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian
Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada
tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada
Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
4
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal
ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan
dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-
usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian.
Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada
tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-
sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam
menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan
anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun
sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih
timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat
termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam
ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,
Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan
bagi mencari pasaran baru.
TAHAP KEDUA/ TUN ABDUL RAZAK (1972-1976) DAN TUN HUSSEIN ONN
(1976-1981)/ DASAR BERKECUALI
Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali
dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya
peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan
dasar ini juga, disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua
kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan
seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace,
Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia
juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China,
Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan
negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan
Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan
kerjasama negara-negara jiran.
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
5
TAHAP KETIGA/ DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD (1981-2003)/ DASAR
KEPENTINGAN EKONOMI
Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah
berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan
negara membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah
mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan
krisis Vietnam dan Kampuchea.
Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan
menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia.
Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-
nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika
pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain
menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad,
ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri
lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian
perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia
bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah
dengan negara Dunia Ketiga juga.
Berdasarkan tiga tahap berkenaan, didapati dasar luar Malaysia berubah daripada
dasar pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara, serta
memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi
negara.
KEPENTINGAN/ MANFAAT/ FAEDAH/ KEBAIKAN DASAR LUAR MALAYSIA
POLITIK
Kepentingan dasar luar Malaysia ialah berbaik-baik dengan semua negara kerana
Anglo–Malaysian Defence Treaty (AMDA) kurang berperanan. Malaysia juga tidak boleh
lagi mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain dalam menjamin keselamatan
Malaysia kerana Britain telah mengurangkan pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia
menjalinkan hubungan baik dengan negara yang mengamalkan ideologi komunis, seperti
China. Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak telah ke Beijing bagi mengadakan
hubungan diplomatik.
Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau melalui ASEAN bagi
mengekalkan kestabilan politik seperti mengamalkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN). Perairan Asia Tenggara bebas daripada ancaman nuklear. Malaysia juga berbaik-
baik dengan negara-negara Islam dengan menyertai Pertubuhan OIC. Malaysia mendapat
hak keistimewaan dari negara Arab dalam urusan jemaah haji ke Makkah. Malaysia juga
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
6
berjaya mengelakkan daripada ancaman konfrontasi oleh pihak Indonesia setelah
mendapat bantuan daripada negara Komanwel.
EKONOMI
Melalui dasar luar, Malaysia berjaya memajukan ekonomi negara. Hal ini
disebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing telah memajukan bidang perindustrian, cari
gali minyak dan pertanian negara. Seterusnya Malaysia mendapat bantuan kepakaran dan
teknologi daripada negara maju bagi mempertingkatkan sektor pembuatan dan pembinaan
seperti Menara Berkembar Petronas.
Dengan berbaik-baik dengan semua negara Malaysia dapat membangunkan
ekonominya dengan sempurna. Barangan komoditi dapat dipasarkan ke negara Asia Barat.
Hubungan yang erat menyebabkan Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancong. Pengaliran
wang asing ke dalam negara dapat menjana ekonomi. Di samping itu, peluang pekerjaan
dalam semua sektor semakin meningkat. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan
dengan negara anggota ASEAN.
SOSIAL
Kepentingan dasar luar Malaysia ialah dapat mewujudkan ketenteraman dan keharmonian
dalam kalangan rakyat melalui perjanjian persahabatan dengan negara-negara jiran. Selain
itu, dapat mengetengahkan budaya rakyat Malaysia melalui pertukaran kebudayaan.
Seterusnya, dasar luar dapat meningkatkan kualiti pendidikan melalui Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) dengan negara anggota ASEAN.
Seterusnya kerjasama dalam bidang perubatan dengan negara India dan Ireland dapat
melahirkan tenaga pakar dalam bidang perubatan dan meningkatkan tahap kesihatan
rakyat. Malaysia dapat melahirkan angkasawan negara yang pertama iaitu Dr. Sheikh
Muzaffar Shukor dengan menggunakan kepakaran dari negara Russia.
Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat mengamalkan
budaya orang Jepun yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang tinggi dalam kehidupan.
Malaysia telah berjaya menganjurkan sukan Komanwel dan Sukan SEA. Penganjuran
sukan terbabit dapat mengeratkan hubungan antara negara serta mempromosikan negara
Malaysia di peringkat global.
CABARAN DAN USAHA/ LANGKAH
CABARAN/ MASALAH/ RINTANGAN/ ANCAMAN
Cabaran pertama yang dihadapi oleh negara kita ialah perbezaan ideologi antara
negara telah mewujudkan jurang persefahaman yang luas. Contohnya perbezaan ideologi
antara negara yang pro Barat dengan ideologi komunis.
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
7
Cabaran yang kedua adalah untuk mengekalkan hak kedaulatan negara. Isu
persempadanan yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi
renggang. Contohnya isu Pulau Spratly.
Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemajuan
dalam bidang ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia menyebabkan
negara tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalah
kebergantungan kepada pekerja asing terutama dari negara Indonesia, Filipina, dan
Bangladesh. Kebanjiran tenaga kerja asing telah menyebabkan peluang rakyat tempatan
mendapat pekerjaan terhad.
Cabaran yang terakhir ialah berlakunya kegiatan jenayah yang merentasi sempadan.
Contohnya penyalahgunaan dadah. Para pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara
transit dan dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi orang upahan atau keldai dadah.
USAHA/ LANGKAH/ CARA MENGATASI / MENANGANI CABARAN
Usaha/ langkah yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi
cabaran tersebut ialah saling menghormati pegangan ideologi setiap negara. Pegangan
ideologi yang berbeza tidak menjadi penghalang dalam menjalin kerjasama pelbagai bidang
seperti politik, ekonomi dan sosial.
Langkah yang kedua untuk mengatasi cabaran ini ialah negara-negara yang terlibat
hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Dunia. Sekiranya
semua negara di dunia dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan maka keamanan dunia
berjaya diwujudkan.
Seterusnya bagi menghadapi cabaran yang ketiga pula Malaysia perlu mencari
medium lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan dalam dunia perniagaan dan
perdagangan antarabangsa. Medium yang hendak digunakan mestilah tidak dipengaruhi oleh
elemen-elemen luaran seperti spekulasi dan kejatuhan harga komoditi negara. Contohnya
penggunaan dinar emas.
Bagi menghadapi cabaran keempat, penguatkuasaan undang-undang yang ketat
oleh pihak berkuasa perlu dilaksanakan supaya kedatangan dan kebergantungan kepada
pekerja asing dapat dikawal. Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat
Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan. Kerajaan boleh mengambil pekerja asing bekerja
di sektor yang tidak mengugat keselamatan negara.
Untuk mengatasi cabaran kelima, kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-
pintu masuk negara serta mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah. Selain itu,
Malaysia juga perlu mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar
masalah ini dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
8
KEJAYAAN / KEBERKESANAN YANG DICAPAI MELALUI DASAR LUAR
MALAYSIA
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang
berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Hal ini dapat dillihat melalui
perkembangan dasar luar Malaysia pada tiga tahap. Pembentukan dasar luar negara secara
dinamis telah memastikan negara terus berjaya dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,
politik dan sosial.
Melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran dapat menangani krisis dengan
negara – negara jiran seperti konfrontasi Malaysia dengan Indonesia daripada tahun 1963 –
1965 selepas pembentukkan Malaysia. Negara berjaya menangani krisis tersebut melalui
perjanjian menubuhkan pertubuhan seperti MAHPHILINDO pada tahun 1962 yang
melibatkan Malaysia, Philipina dan Indonesia.
Seterusnya, melalui sikap dasar berkecuali Malaysia berjaya menyertai pasukan
pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Hal ini
membuktikan kejayaan negara dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Dengan ini dapat
mengharumkan nama baik mengeratkan hubungan dengan negara – negara lain seperti
hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976.
Selain itu, melalui dasar berbaik-baik dengan semua, Malaysia dapat
membangunkan ekonomi negara. Negara berjaya menarik ramai pelabur asing dengan
menjadi ahli Bank Dunia iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun
1945. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan FELDA
dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Kerjasama dalam bidang
pendidikan dapat dilihat melalui pembinaan RECSAM iaitu Pusat Serantau Sains dan
Matematik.
Kesimpulannya, penggubalan dan perkembangan dasar luar negara telah
menyebabkan Malaysia mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang hingga kini. Selain dapat
mengharumkan negara dapat juga mengekalkan keamanan negara dan dunia. Jika tidak
pencapaian tamadun selama ini akan mengalami kemerosotan.
DASAR LUAR MALAYSIA SENTIASA BERUBAH DAN TIDAK STATIK
MENGIKUT PEREDARAN MASA
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepada kepimpinan negara. Pada
masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi kemudiannya
telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua
negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan
dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.
Dasar luar Malaysia berubah kerana keselamatan negara tergugat. Terdapat ancaman
komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui Parti Komunis
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
9
Malaya. Oleh itu, Malaysia melaksanakan dasar pro Barat bagi mendapatkan bantuan
pertahanan daripada Negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Dasar luar Malaysia berubah untuk memelihara hubungan dengan negara jiran.
Sehubungan itu beberapa perjanjian ditandatangani untuk menangani krisis dengan negara
jiran. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia, terputus hubungan dengan Filipina dan
keluarnya Singapura dari Malaysia. Kesannya ASA, MAPHILINDO dan ASEAN
ditubuhkan.
Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali bertujuan untuk mewujudkan
hubungan baik dengan semua negara. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
telah diisytiharkan bersama-sama ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan
politik di Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur.
Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi negara seperti
perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun.
Malaysia telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara ASEAN seperti
Singapura dan Thailand. Keadaan ini telah meningkatkan nilai dagangan negara kita.
Semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr Mahathir Dasar Pandang ke Timur telah
diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model
bagi membangunkan Malaysia. Perubahan ini menarik para pelabur dari negara berkenaan
yang membawa kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Kesannya telah memberi budaya
kerja yang beretika dan efisien.
Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala
dengan negara lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
Melalui misi perdagangan ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua
hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
RAMALKAN/ ANDAIKAN HALA TUJU DASAR LUAR NEGARA PADA MASA
HADAPAN
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar
berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur. Malaysia
juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya untuk menjamin
kedaulatan negara.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira
kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan
pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka
peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita.
Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun
dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga terus komited
menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN agar
dapat berdaya saing di peringkat global.
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
10
Malaysia juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran
seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik
serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara
Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC,
PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukan
melalui misi lawatan pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan.
Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar deligasi
perdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPPA) yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi
negara maju menjelang tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,
Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan
pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasib
rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan bersuara
untuk menuntut keadilan bagi Negara Dunia Ketiga.
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia akan
meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal
ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidangan
Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.
IKTIBAR YANG DIPEROLEH BERDASARKAN TAJUK YANG DIKAJI
Iktibar yang boleh diambil daripada dasar luar Malaysia ialah pemimpin perlu
bijak merancang strategi dalam hubungan luar negara dengan menjalinkan hubungan baik
dengan negara luar. Hal ini dapat mengekalkan kestabilan politik negara, mengekalkan
persefahaman dalam hubungan diplomatik dan dapat mengelakkan krisis antara negara.
Iktibar kepada diri pula, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Hal
ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif untuk bersaing di peringkat
antarabangsa .Kita hari ini telah mampu mengeluarkan kereta nasional seperti kereta
Proton.Oleh itu dasar luar berbaik dengan semua negara dapat mengukuhkan ekonomi negara
melalui pengeksportan barangan siap kita ke negara lain.
Iktibar kepada bangsa ialah kita perlu mengamalkan sikap toleransi kaum supaya
negara berada dalam keadaan aman.Kekacauan di negara lain perlu dijadikan iktibar dengan
mengukuhkan perpaduan kaum kerana ianya dapat menjamin kemakmuran negara dan
mempunyai politik yang stabil.Hal ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
dan membina negara yang maju.
DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ
11
KESIMPULAN / RUMUSAN
(a). Pengetahuan yang diperoleh
Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia mengambil langkah yang dinamik
dalam strategi dasar luarnya bagi memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara
lain. Selain itu, Malaysia menjadi anggota pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHLINDO
dan ASEAN. Malaysia juga banyak memberikan sumbangan dalam pertubuhan serantau dan
antarabangsa.
Berdasarkan tajuk yang dibincangkan juga, Malaysia telah bekerjasama dan berperanan
penting dalam mewujudkan keamanan sejagat. Dasar luar negara yang menghormati
kedaulatan negara lain menyebabkan negara kita dipandang tinggi di mata dunia.
(b). Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan negara
dan bangsa Malaysia
Nilai-nilai murni yang saya peroleh ialah kita harus mencontohi para
pemimpin Malaysia yang memberi sumbangan besar dalam pertubuhan serantau dan
antarabangsa. Melalui dasar luar kita dapat memupuk perpaduan dan toleransi antara negara-
negara anggota. Rakyat Malaysia haruslah mengambil iktibar daripada kekacauan dan situasi
politik negara lain yang sedang bergolak supaya semua rakyat mengetahui pentingnya
memelihara keamanan sejagat.
Unsur patriotisme yang dapat dipupuk pula ialah kita perlu berbangga dengan
kepimpinan negara yang mendapat pengiktirafan dunia. Buktinya sumbangan Tun Dr.
Mahathir bin Mohamed dihargai oleh pemimpin dalam dan luar negara melalui
penganugerahan Hadiah Keamanan NOBEL 2007. Semangat jati diri bangsa Malaysia juga
sangat penting ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia.
(c). Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang
Harapan untuk masa depan negara ialah saya berharap pemimpin negara akan terus
menyumbangkan idea dan kepakaran untuk memajukan negara. Saya juga berharap Malaysia
akan terus bekerjasama dengan semua negara agar politik dan ekonomi negara terus kukuh.
Taraf hidup rakyat yang meningkat akan menyebabkan pembangunan negara semakin pesat.
TAMAT

More Related Content

What's hot

4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)sejarahkkb
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaAn Hawa
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Thanushah Soniyasee
 
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Faizah Yahya
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysiamunnianwar
 
Dasar luar malaysia paly
Dasar luar malaysia   palyDasar luar malaysia   paly
Dasar luar malaysia palyIPDA
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)nasywah79
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Kepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar LuarKepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar Luarnurulshamiera
 
Kepentingan bersama asean
Kepentingan bersama aseanKepentingan bersama asean
Kepentingan bersama aseanAtika Nasima
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)nasywah79
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaShenara Nazrah
 
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)munnianwar
 
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)azamuddin azam
 
EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timur
EAEC  Perundingan Ekonomi Asia TimurEAEC  Perundingan Ekonomi Asia Timur
EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timurmunnianwar
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynnIPDA
 
4.1.1 Sistem Pemerintahan Thailand
4.1.1 Sistem Pemerintahan Thailand4.1.1 Sistem Pemerintahan Thailand
4.1.1 Sistem Pemerintahan Thailandnrlftrh
 

What's hot (20)

4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
 
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Nota ringkas pengajian am
Nota ringkas pengajian amNota ringkas pengajian am
Nota ringkas pengajian am
 
Dasar luar malaysia paly
Dasar luar malaysia   palyDasar luar malaysia   paly
Dasar luar malaysia paly
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Kepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar LuarKepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar Luar
 
Kepentingan bersama asean
Kepentingan bersama aseanKepentingan bersama asean
Kepentingan bersama asean
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysia
 
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
 
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
 
EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timur
EAEC  Perundingan Ekonomi Asia TimurEAEC  Perundingan Ekonomi Asia Timur
EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timur
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
 
4.1.1 Sistem Pemerintahan Thailand
4.1.1 Sistem Pemerintahan Thailand4.1.1 Sistem Pemerintahan Thailand
4.1.1 Sistem Pemerintahan Thailand
 

Viewers also liked

Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&SkemaSejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skemaisharsmiaa
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPMisharsmiaa
 
Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016
Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016
Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016isharsmiaa
 
Kertas 3 Team TG SPM 2016
Kertas 3 Team TG SPM 2016Kertas 3 Team TG SPM 2016
Kertas 3 Team TG SPM 2016isharsmiaa
 
Sejarah K3 JPNPP
Sejarah K3 JPNPPSejarah K3 JPNPP
Sejarah K3 JPNPPisharsmiaa
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016isharsmiaa
 
Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)
Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)
Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)isharsmiaa
 
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg SarapaAmbang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapaisharsmiaa
 
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1isharsmiaa
 
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg SarahKertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarahisharsmiaa
 
Jawapan KBAT. Cg Sarah
Jawapan KBAT. Cg SarahJawapan KBAT. Cg Sarah
Jawapan KBAT. Cg Sarahisharsmiaa
 
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg SarapaAnalisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapaisharsmiaa
 
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016isharsmiaa
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melakaisharsmiaa
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perakisharsmiaa
 
Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013
Skema Jawapan  Kertas 3 Sejarah SPM 2013Skema Jawapan  Kertas 3 Sejarah SPM 2013
Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013isharsmiaa
 
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1isharsmiaa
 

Viewers also liked (20)

Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&SkemaSejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
Sejarah K1 SPM 2015. Soalan&Skema
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPM
 
Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016
Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016
Buletin Khas Cikgu Sejarah Negeri Kedah 2016
 
Kertas 3 Team TG SPM 2016
Kertas 3 Team TG SPM 2016Kertas 3 Team TG SPM 2016
Kertas 3 Team TG SPM 2016
 
Sejarah K3 JPNPP
Sejarah K3 JPNPPSejarah K3 JPNPP
Sejarah K3 JPNPP
 
Nota B8T4
Nota B8T4Nota B8T4
Nota B8T4
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016
 
Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)
Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)
Sejarah Modul K3 2016(Edisi Murni)
 
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg SarapaAmbang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
Ambang SPM 2016 Ting 5.Cg Sarapa
 
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
Skema Pecutan Akhir Kedah Set 1
 
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg SarahKertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
 
Jawapan KBAT. Cg Sarah
Jawapan KBAT. Cg SarahJawapan KBAT. Cg Sarah
Jawapan KBAT. Cg Sarah
 
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg SarapaAnalisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
Analisis Percubaan Sejarah Semalaysia 2016. Cg Sarapa
 
Nota B10T4
Nota B10T4Nota B10T4
Nota B10T4
 
Nota B9T4
Nota B9T4Nota B9T4
Nota B9T4
 
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
 
Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013
Skema Jawapan  Kertas 3 Sejarah SPM 2013Skema Jawapan  Kertas 3 Sejarah SPM 2013
Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2013
 
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
Pecutan Akhir Sejarah SPM Kedah Set 1
 

Similar to JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016

Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkaparidahrashid
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1yahyaman1
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123  Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123 isharsmiaa
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]isharsmiaa
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123isharsmiaa
 
Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pmSasi Kumaran
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiadka1d
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7DORAEMONLINA
 

Similar to JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016 (20)

Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1
 
Muaz
MuazMuaz
Muaz
 
DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123  Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 
3 2-bab-9-tkt-5
3 2-bab-9-tkt-53 2-bab-9-tkt-5
3 2-bab-9-tkt-5
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
 
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 
Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pm
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utamaPengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Kuliah 6 106
Kuliah 6 106Kuliah 6 106
Kuliah 6 106
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
 
Pengetahuan Am
Pengetahuan Am Pengetahuan Am
Pengetahuan Am
 

More from isharsmiaa

Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama AntarabangsaBab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsaisharsmiaa
 
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan BangsaBab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsaisharsmiaa
 
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk KesejahteraanBab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraanisharsmiaa
 
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysiaisharsmiaa
 
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaBab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdekaisharsmiaa
 
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysiaisharsmiaa
 
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi NegaraBab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negaraisharsmiaa
 
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia TenggaraBab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggaraisharsmiaa
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSMBuku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSMisharsmiaa
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSMBuku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSMisharsmiaa
 
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaE Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdekaisharsmiaa
 
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSMSkema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSMisharsmiaa
 
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSMLatihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSMisharsmiaa
 
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSME-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSMisharsmiaa
 
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5isharsmiaa
 
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4isharsmiaa
 
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020isharsmiaa
 
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan BangsaT5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsaisharsmiaa
 
Pecutan Akhir 2016
Pecutan Akhir 2016Pecutan Akhir 2016
Pecutan Akhir 2016isharsmiaa
 
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu HanitaBahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanitaisharsmiaa
 

More from isharsmiaa (20)

Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama AntarabangsaBab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
Bab 9. Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
 
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan BangsaBab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
Bab 3. Ting 5 :.Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
 
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk KesejahteraanBab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
 
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 6. Ting 5 : Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaBab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
Bab 5. Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
 
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaBab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
Bab 4.Ting 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
 
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi NegaraBab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Bab 10. Ting 4 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
 
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia TenggaraBab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
Bab 7.Ting 4 : Islam di Asia Tenggara
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSMBuku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSMBuku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM
 
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaE Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
E Nota&lLatihan. Bab 5. T5.KBSM. Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka
 
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSMSkema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
Skema Latihan Pasak Sejarah T4&T5 KBSM
 
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSMLatihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
Latihan Pasak Sejarah T4 & T5 KBSM
 
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSME-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
E-Latihan Bab 6 Ting 5 KBSM
 
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 5
 
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
Buku Teks Sejarah KBSM Ting 4
 
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
Nota Poket Sejarah T4 & T5 SPM Fokus 2020
 
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan BangsaT5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
T5 Bab3.kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa
 
Pecutan Akhir 2016
Pecutan Akhir 2016Pecutan Akhir 2016
Pecutan Akhir 2016
 
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu HanitaBahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
Bahan Bacaan Akhir K2 2016. Tema 7&8. Cikgu Hanita
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Recently uploaded (8)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016

  • 1. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 1 LATAR BELAKANG/ PENGERTIAN/ MAKSUD/ KONSEP/ TAKRIF DASAR LUAR Dasar luar secara umumnya merangkumi maklumat formal, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara berhubung dengan negara-negara lain. Dasar luar negara sentiasa berubah berdasarkan keadaan semasa atau senario politik antarabangsa. Dalam erti kata yang lain dasar luar bermaksud interaksi sesebuah negara dengan negara yang lain. Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor sejarah, ekonomi dan politik. Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap dasar luar ini mengalami perubahan berdasarkan matlamat yang ingin dicapai oleh seseorang pemimpin. Perkembangan dan perubahan dasar luar negara amat penting agar dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara serta menjadikan Malaysia berdaya saing dalam arena antarabangsa. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah. MATLAMAT/ TUJUAN DASAR LUAR Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, dapat memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Seterusnya, matlamat dasar luar ialah menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. Dasar luar dapat mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Oleh itu, matlamat dasar luar dapat menjadikan Malaysia sebagai warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha-usaha yang dapat memupuk kesejahteraan penduduk dunia. BENTUK DASAR LUAR MALAYSIA Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga dijalinkan dengan negara Asia yang lain iaitu Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya. MODUL : DASAR LUAR MALAYSIA
  • 2. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 2 ASAS-ASAS/ FAKTOR-FAKTOR PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi. FAKTOR SEJARAH Kesultanan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel. Malaysia juga meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang menggugat keselamatan Malaysia. Keadaan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan. FAKTOR EKONOMI Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas. Malaysia juga menjalinkan hubungan baik dengan negara lain dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan kemasukkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara- negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. FAKTOR POLITIK Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Hal ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
  • 3. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 3 FAKTOR GEOGRAFI Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia. FAKTOR DEMOGRAFI Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan sepenuhnya mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang dasar Aparteid. Malaysia juga tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu dimansuhkan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia. PERKEMBANGAN/ TAHAP DASAR LUAR MALAYSIA Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan dunia. Dalam menentukan dasar luar negara, perkembangan semasa memainkan peranan penting. Pengaruh komunis yang begitu kuat dan perkembangan dunia yang sedang menghadapi era Perang Dingin merupakan faktor yang perlu diambil kira. Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap pertama di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970), tahap kedua di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak (1972 – 1976 ) dan Tun Hussein Onn (1976 – 1981). Pada tahap ketiga, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 2003) merupakan pemimpin yang bertanggungjawab. TAHAP PERTAMA/ TUNKU ABDUL RAHMAN (1957–1970)/ DASAR PRO-BARAT Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat perkembangan komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
  • 4. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 4 Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha- usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama- sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru. TAHAP KEDUA/ TUN ABDUL RAZAK (1972-1976) DAN TUN HUSSEIN ONN (1976-1981)/ DASAR BERKECUALI Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga, disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
  • 5. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 5 TAHAP KETIGA/ DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD (1981-2003)/ DASAR KEPENTINGAN EKONOMI Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea. Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai- nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga. Berdasarkan tiga tahap berkenaan, didapati dasar luar Malaysia berubah daripada dasar pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara, serta memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi negara. KEPENTINGAN/ MANFAAT/ FAEDAH/ KEBAIKAN DASAR LUAR MALAYSIA POLITIK Kepentingan dasar luar Malaysia ialah berbaik-baik dengan semua negara kerana Anglo–Malaysian Defence Treaty (AMDA) kurang berperanan. Malaysia juga tidak boleh lagi mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain dalam menjamin keselamatan Malaysia kerana Britain telah mengurangkan pengaruhnya di Timur. Oleh itu Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara yang mengamalkan ideologi komunis, seperti China. Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak telah ke Beijing bagi mengadakan hubungan diplomatik. Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau melalui ASEAN bagi mengekalkan kestabilan politik seperti mengamalkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Perairan Asia Tenggara bebas daripada ancaman nuklear. Malaysia juga berbaik- baik dengan negara-negara Islam dengan menyertai Pertubuhan OIC. Malaysia mendapat hak keistimewaan dari negara Arab dalam urusan jemaah haji ke Makkah. Malaysia juga
  • 6. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 6 berjaya mengelakkan daripada ancaman konfrontasi oleh pihak Indonesia setelah mendapat bantuan daripada negara Komanwel. EKONOMI Melalui dasar luar, Malaysia berjaya memajukan ekonomi negara. Hal ini disebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing telah memajukan bidang perindustrian, cari gali minyak dan pertanian negara. Seterusnya Malaysia mendapat bantuan kepakaran dan teknologi daripada negara maju bagi mempertingkatkan sektor pembuatan dan pembinaan seperti Menara Berkembar Petronas. Dengan berbaik-baik dengan semua negara Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan komoditi dapat dipasarkan ke negara Asia Barat. Hubungan yang erat menyebabkan Malaysia dikunjungi oleh ramai pelancong. Pengaliran wang asing ke dalam negara dapat menjana ekonomi. Di samping itu, peluang pekerjaan dalam semua sektor semakin meningkat. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN. SOSIAL Kepentingan dasar luar Malaysia ialah dapat mewujudkan ketenteraman dan keharmonian dalam kalangan rakyat melalui perjanjian persahabatan dengan negara-negara jiran. Selain itu, dapat mengetengahkan budaya rakyat Malaysia melalui pertukaran kebudayaan. Seterusnya, dasar luar dapat meningkatkan kualiti pendidikan melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan negara anggota ASEAN. Seterusnya kerjasama dalam bidang perubatan dengan negara India dan Ireland dapat melahirkan tenaga pakar dalam bidang perubatan dan meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Malaysia dapat melahirkan angkasawan negara yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dengan menggunakan kepakaran dari negara Russia. Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat mengamalkan budaya orang Jepun yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang tinggi dalam kehidupan. Malaysia telah berjaya menganjurkan sukan Komanwel dan Sukan SEA. Penganjuran sukan terbabit dapat mengeratkan hubungan antara negara serta mempromosikan negara Malaysia di peringkat global. CABARAN DAN USAHA/ LANGKAH CABARAN/ MASALAH/ RINTANGAN/ ANCAMAN Cabaran pertama yang dihadapi oleh negara kita ialah perbezaan ideologi antara negara telah mewujudkan jurang persefahaman yang luas. Contohnya perbezaan ideologi antara negara yang pro Barat dengan ideologi komunis.
  • 7. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 7 Cabaran yang kedua adalah untuk mengekalkan hak kedaulatan negara. Isu persempadanan yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang. Contohnya isu Pulau Spratly. Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemajuan dalam bidang ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia menyebabkan negara tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalah kebergantungan kepada pekerja asing terutama dari negara Indonesia, Filipina, dan Bangladesh. Kebanjiran tenaga kerja asing telah menyebabkan peluang rakyat tempatan mendapat pekerjaan terhad. Cabaran yang terakhir ialah berlakunya kegiatan jenayah yang merentasi sempadan. Contohnya penyalahgunaan dadah. Para pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi orang upahan atau keldai dadah. USAHA/ LANGKAH/ CARA MENGATASI / MENANGANI CABARAN Usaha/ langkah yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling menghormati pegangan ideologi setiap negara. Pegangan ideologi yang berbeza tidak menjadi penghalang dalam menjalin kerjasama pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial. Langkah yang kedua untuk mengatasi cabaran ini ialah negara-negara yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Dunia. Sekiranya semua negara di dunia dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan maka keamanan dunia berjaya diwujudkan. Seterusnya bagi menghadapi cabaran yang ketiga pula Malaysia perlu mencari medium lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan dalam dunia perniagaan dan perdagangan antarabangsa. Medium yang hendak digunakan mestilah tidak dipengaruhi oleh elemen-elemen luaran seperti spekulasi dan kejatuhan harga komoditi negara. Contohnya penggunaan dinar emas. Bagi menghadapi cabaran keempat, penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh pihak berkuasa perlu dilaksanakan supaya kedatangan dan kebergantungan kepada pekerja asing dapat dikawal. Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan. Kerajaan boleh mengambil pekerja asing bekerja di sektor yang tidak mengugat keselamatan negara. Untuk mengatasi cabaran kelima, kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu- pintu masuk negara serta mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah. Selain itu, Malaysia juga perlu mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.
  • 8. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 8 KEJAYAAN / KEBERKESANAN YANG DICAPAI MELALUI DASAR LUAR MALAYSIA Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Hal ini dapat dillihat melalui perkembangan dasar luar Malaysia pada tiga tahap. Pembentukan dasar luar negara secara dinamis telah memastikan negara terus berjaya dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik dan sosial. Melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran dapat menangani krisis dengan negara – negara jiran seperti konfrontasi Malaysia dengan Indonesia daripada tahun 1963 – 1965 selepas pembentukkan Malaysia. Negara berjaya menangani krisis tersebut melalui perjanjian menubuhkan pertubuhan seperti MAHPHILINDO pada tahun 1962 yang melibatkan Malaysia, Philipina dan Indonesia. Seterusnya, melalui sikap dasar berkecuali Malaysia berjaya menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Hal ini membuktikan kejayaan negara dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Dengan ini dapat mengharumkan nama baik mengeratkan hubungan dengan negara – negara lain seperti hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Selain itu, melalui dasar berbaik-baik dengan semua, Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Negara berjaya menarik ramai pelabur asing dengan menjadi ahli Bank Dunia iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1945. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan FELDA dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Kerjasama dalam bidang pendidikan dapat dilihat melalui pembinaan RECSAM iaitu Pusat Serantau Sains dan Matematik. Kesimpulannya, penggubalan dan perkembangan dasar luar negara telah menyebabkan Malaysia mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang hingga kini. Selain dapat mengharumkan negara dapat juga mengekalkan keamanan negara dan dunia. Jika tidak pencapaian tamadun selama ini akan mengalami kemerosotan. DASAR LUAR MALAYSIA SENTIASA BERUBAH DAN TIDAK STATIK MENGIKUT PEREDARAN MASA Dasar luar Malaysia sentiasa berubah bergantung kepada kepimpinan negara. Pada masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Dasar luar Malaysia berubah kerana keselamatan negara tergugat. Terdapat ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga dalam negara melalui Parti Komunis
  • 9. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 9 Malaya. Oleh itu, Malaysia melaksanakan dasar pro Barat bagi mendapatkan bantuan pertahanan daripada Negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Dasar luar Malaysia berubah untuk memelihara hubungan dengan negara jiran. Sehubungan itu beberapa perjanjian ditandatangani untuk menangani krisis dengan negara jiran. Contohnya konfrontasi dengan Indonesia, terputus hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura dari Malaysia. Kesannya ASA, MAPHILINDO dan ASEAN ditubuhkan. Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik dengan semua negara. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah diisytiharkan bersama-sama ASEAN untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur. Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi negara seperti perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Malaysia telah mengadakan hubungan ekonomi dengan negara-negara ASEAN seperti Singapura dan Thailand. Keadaan ini telah meningkatkan nilai dagangan negara kita. Semasa kepimpinan Dato’ Seri Dr Mahathir Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Perubahan ini menarik para pelabur dari negara berkenaan yang membawa kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Kesannya telah memberi budaya kerja yang beretika dan efisien. Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Melalui misi perdagangan ini, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. RAMALKAN/ ANDAIKAN HALA TUJU DASAR LUAR NEGARA PADA MASA HADAPAN Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur. Malaysia juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya untuk menjamin kedaulatan negara. Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita. Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga terus komited menjalinkan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di peringkat ASEAN agar dapat berdaya saing di peringkat global.
  • 10. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 10 Malaysia juga akan meningkatkan hubungan bilateral dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik serantau. Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala dengan negara Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC, PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini dilakukan melalui misi lawatan pemimpin ke negara-negara tersebut secara rasmi dan berterusan. Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan menghantar deligasi perdagangan. Oleh itu, Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai misi negara maju menjelang tahun 2020. Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni, Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan bagi Negara Dunia Ketiga. Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia akan meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hubungan baik dan mesra melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara. IKTIBAR YANG DIPEROLEH BERDASARKAN TAJUK YANG DIKAJI Iktibar yang boleh diambil daripada dasar luar Malaysia ialah pemimpin perlu bijak merancang strategi dalam hubungan luar negara dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara luar. Hal ini dapat mengekalkan kestabilan politik negara, mengekalkan persefahaman dalam hubungan diplomatik dan dapat mengelakkan krisis antara negara. Iktibar kepada diri pula, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif untuk bersaing di peringkat antarabangsa .Kita hari ini telah mampu mengeluarkan kereta nasional seperti kereta Proton.Oleh itu dasar luar berbaik dengan semua negara dapat mengukuhkan ekonomi negara melalui pengeksportan barangan siap kita ke negara lain. Iktibar kepada bangsa ialah kita perlu mengamalkan sikap toleransi kaum supaya negara berada dalam keadaan aman.Kekacauan di negara lain perlu dijadikan iktibar dengan mengukuhkan perpaduan kaum kerana ianya dapat menjamin kemakmuran negara dan mempunyai politik yang stabil.Hal ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membina negara yang maju.
  • 11. DASAR LUAR MALAYSIA JPNJ 11 KESIMPULAN / RUMUSAN (a). Pengetahuan yang diperoleh Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia mengambil langkah yang dinamik dalam strategi dasar luarnya bagi memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara lain. Selain itu, Malaysia menjadi anggota pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHLINDO dan ASEAN. Malaysia juga banyak memberikan sumbangan dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa. Berdasarkan tajuk yang dibincangkan juga, Malaysia telah bekerjasama dan berperanan penting dalam mewujudkan keamanan sejagat. Dasar luar negara yang menghormati kedaulatan negara lain menyebabkan negara kita dipandang tinggi di mata dunia. (b). Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia Nilai-nilai murni yang saya peroleh ialah kita harus mencontohi para pemimpin Malaysia yang memberi sumbangan besar dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa. Melalui dasar luar kita dapat memupuk perpaduan dan toleransi antara negara- negara anggota. Rakyat Malaysia haruslah mengambil iktibar daripada kekacauan dan situasi politik negara lain yang sedang bergolak supaya semua rakyat mengetahui pentingnya memelihara keamanan sejagat. Unsur patriotisme yang dapat dipupuk pula ialah kita perlu berbangga dengan kepimpinan negara yang mendapat pengiktirafan dunia. Buktinya sumbangan Tun Dr. Mahathir bin Mohamed dihargai oleh pemimpin dalam dan luar negara melalui penganugerahan Hadiah Keamanan NOBEL 2007. Semangat jati diri bangsa Malaysia juga sangat penting ke arah kemajuan negara dan bangsa Malaysia. (c). Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang Harapan untuk masa depan negara ialah saya berharap pemimpin negara akan terus menyumbangkan idea dan kepakaran untuk memajukan negara. Saya juga berharap Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua negara agar politik dan ekonomi negara terus kukuh. Taraf hidup rakyat yang meningkat akan menyebabkan pembangunan negara semakin pesat. TAMAT