SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Definisi 
Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi 
semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), 
bakteria, kulat dan serangga. 
Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara 
organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain 
yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks 
termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan 
jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta. 
KEPENTINGAN 
1. Pengekalan kitar hidrologi 
Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan 
membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap 
air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus 
mengawal banjir. 
2.Modifikasi iklim 
Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim. 
Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi 
keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh 
kepelbagaian biologi biodiversiti ini. 
3.Kawal hakisan tanah 
Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang 
tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya 
hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma 
menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi 
mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat 
menyelamatkan harta benda dan nyawa. 
4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen 
Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah 
kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga 
boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh 
mengganggu kesuburan tanah. 
B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA 
1. NILAI PERUBATAN 
Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser. 
Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat - 
ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna 
menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing
(orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan 
masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. 
2. BEKALKAN BAHAN MENTAH KEPADA MANUSIA 
Pemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Misalnya laut yang 
terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada manusia. Glasier membekalkan air 
mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri 
seperti minyak, petrol, getah, fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya. 
3. BIODIVERSITI JUGA MENJADI TEMPAT RIADAH. 
Seisi keluarga boleh mengadakan aktiviti seperti bersenam dan melihat spesis burung. Hutan hijau 
tenpat rekreasi untuk menjamin kesihatan manusia. Keindahan pantai dan dasar laut mendatangkan 
ketenangan mental. 
4. NILAI INTRINSIK 
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI T ERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”. 
Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi” masing-masing. 
Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan. 
MASALAH KEMUSNAHAN BIODOVERSITI 
1.Kegiatan manusia yang mengubah dan menghapuskan tempat kediaman mereka. 
Banyak aktiviti manusia merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti 
telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak 
ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang 
buat selama-lamanya. 
2. Pengeksploitasian hutan tropika. 
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan mendatangkan 
hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan 
kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, 
penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan 
kekayaan biodiversiti dunia. 
3. Perubahan iklim dan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan 
sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. Kecairan 
glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami air dan banjir lebih kerap berlaku. 
4. Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan. 
Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan 
kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus. 
LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI 
1. Persidangan pengurusan biodiversiti.
Bengkel mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan dan 
perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada 
masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana 
kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang 
awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap 
kepentingan biodiversiti kepada manusia. 
120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD). 
memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti 
bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan 
muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya. 
2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan 
(R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi 
yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti 
Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja 
kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian biologi 
dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas, 
kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi 
ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel. 
3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.Antara teknologi konservasi 
biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan 
dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal 
lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, 
pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap 
supaya tidak merugikan Negara. 
Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan ekosistem, 
wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini seharusnya dipulihara 
untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang. 
Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik dalam menyedarkan 
masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian biodiversiti ini. 
Pendidikan Formal 
1. Mata pelajaran sains dan biologi 
Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis haiwan dan 
tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis tersebut kepada 
manusia. 
2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum 
Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas, penyediaan buku 
skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya dapat mendekatkan para
pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang 
menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di 
dunia ini dengan lebih berkesan. 
3. Penulisan biodiversiti 
Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan dokumentari berkaitan 
dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha memelihara biodiversiti 
di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan 
kepelbagaian biodiversiti di dunia ini. 
Pendidikan Tidak Formal 
1. Lawatan luar 
Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara, kawasan hutan 
bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan kepentingan fungsi 
biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan 
akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita 
sekiranya kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia 
dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan 
tersebut. 
2. Aktiviti biodiversiti 
Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok 
kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti. 
3. Program kesedaran 
Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran pantai dan 
hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca dan suratkhabar, 
menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti kesedaran mampu menarik 
masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan memulihara biodiversity dan alam 
sekitar dengan lebih berkesan. 
KEPENTINGAN BIODIVERSITI 
Biodiversiti adalah kepelbagaian hidupan biologi atau biodiversity iaitu kepelbaian organisma hidupan dari sumber 
daratan mahupun lautan dan lain-lain.Biodiversit i merangkumi ekosistem akuatik dan dan sebahagian daripada 
ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya
SUMBER MAKANAN DAN PROTEIN 
Kepelbagaian sepsis tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan dan sumber protein kepada manusia. Manusia 
mendapat pelbagai sumber makanan yang boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan contohnya sayur-sayuran dan 
beras yang menjadi makanan asasi penduduk Malaysia. Selain itu,manusia juga mendapat sumber protein daripad 
spesis haiwan daratan dan lautan seperti ikan, ayam,dan lembu. 
SUMBER PERUBATAN 
Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini 
dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini 
menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. 
Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor 
pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.Selain itu tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, 
serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.Perubatan herba boleh 
mengubati penyakit tertentu.Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darahtinggi 
dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber 
perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian 
spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. 
SUMBER TENAGA 
Penghasilan tenaga baru iaiutu tenaga biojisin yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan dan 
mendapan pulpa dapat membantu manusia dalam mencari pengganti kepada tenaga api yang semakin 
berkurangan.Selain itu, penggunaan tenaga biojisim juga dapat memelihara alam sekitar kerana bahan tenaga 
biojisim tidak mengeluarkan gas Co2.Tenaga biojisim tidak akan menjejeskan alam sekitar dan mungkin juga 
penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau. 
SUMBER AIR TAWAR 
Pencemaran air tawar bukan saahaja memudaratkan manusia malah hidupan liar juga.Pembuangan sisa -sisa 
minyak dan bahan asing ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem sungai dan mencemarkan sumber air bersih 
kepada manusia. 
SUMBER GALIAN DAN MINERAL 
Pengurusan sumber yang baik bukan sahaja menjamin keperluan sumber dimasa hadapan malah menjamin sumber 
ekonomi negara dan memastikan bekalan sumber mineral negara mencukupi dimasa akan datang. 
STABILKAN EKOSISTEM LAUT 
Penanaman pokok bakau akan menstabilkanekosistem laut.Poko yang unik ini bukan sahajamenjadi tempat 
pembiakan bagi hidupan laut seperti ikan dan udang,malah tumbuhan ini akan menghalang hakisan ombak dan 
pukulan ribut kencang daripada berlaku. 
SUMBER R&D 
Pemuliharaan ekosisten juga dapat membantu dalam penyelidikan. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat 
Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi 
sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin 
kelestarian alam.Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting diInstitusi Pengajian 
Tinggi. 
Kesimpulannya,penjagan biodiversiti adalah penting kerana biodiversiti mempunyai pelbaig kepentingan daripada 
segi sosial,dan ekonomi.Biodiversiti dapat memastikan kita mendatan segala keperluan dan juga membantu dalam 
penjanaan ekonomi negara
KEPENTINGAN BIODIVERSITI DAN LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN 
KESEIMBANGAN BIODIVERSITI 
Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai 
pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan. 
Pendahuluan : 
• Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna. 
Isi : 
A) Kepentingan Biodiversiti : 
1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). 
• Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan 
Pembangunan (R&D). 
• Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang. 
• Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam. 
• Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di 
Institusi Pengajian Tinggi. 
2. Membekalkan makanan. 
• Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan. 
• Rantaian makanan akan terpelihara. 
3. Sebagai sumber perubatan. 
• Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai 
Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif. 
• Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu. 
• Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah 
tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis. 
4. Mengekalkan habitat. 
• Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi. 
• Tempat perlindungan hidupan liar. 
• Tempat pembiakan semulajadi. 
5. Sebagai penstabil cuaca. 
• Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis. 
• Menstabilkan kitaran hidrologi. 
• Memberikan keseimbangan suhu. 
• Mengurangkan kesan rumah hijau 
Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :
7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi. 
• Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti. 
• Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai 
contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu. 
• Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan. 
8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). 
• Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit. 
• Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala 
sisanya pula diproses menjadi kertas. 
9. Pembangunan lestari. 
• Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam). 
• Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada 
Jabatan Alam Sekitar (JAS) 
10. Pendidikan sains dan biologi 
• Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan 
penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti. 
• Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum). 
11. Program kitar semula. 
• Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam. 
• Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca. 
• Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula. 
12. Penggunaan teknologi mesra alam. 
• Menggunakan teknologi mesra alam. 
• Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan 
biogas kelapa sawit. 
• Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air 
atau sisa kumbahan. 
Penutup : 
• Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Kemusnahan Alam Sekitar Berpunca Daripada Kerakusan Manusia 
Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada umat manusia. 
Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula 
jadi di muka bumi. Namun kini anugerah tersebut dipersia-siakan oleh segelintir 
masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan 
dengan pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar kemajuan. 
Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya kemusnahan alam sekitar. 
Antaranya adalah kurang kesedaran kita tentang kepentingan melestarikan alam sekitar 
demi kelangsungan hidup makhluk bumi. Hal ini berlaku kerana kurang pendedahan 
diberikan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat terhadap generasi muda. Pembuangan 
sampah di merata-rata tempat misalnya, menunjukkan kurangnya kesedaran kita terhadap 
alam sekitar. 
Selain itu, penerokaan hutan secara giat oleh segelintir manusia yang rakus 
mengejar keuntungan turut menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Penerokaan 
hutan telah menjejaskan fungsi pokok-pokok besar dalam keseimbangan ekosistem hutan 
hujan. Selain itu, hutan juga diteroka untuk penanaman sayur dan buah-buahan seperti 
yang berlaku di Cameron Highlands. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang tegas, ia 
telah mengakibatkan tragedi di Pos Dipang dan yang terbaru di Perkampungan Orang Asli 
Sungai Rui, telah meragut tujuh nyawa tidak berdosa. 
Selain itu, faktor pembalakan haram juga tidak boleh diketepikan. Pembalakan 
secara tidak terkawal memusnahkan tanaman tutup bumi dan menyebabkan hakisan di 
lereng bukit, banjir kilat dan memudahkan proses tanah runtuh berlaku. Pokok-pokok di 
lereng bukit menjadi benteng mengelakkan gelongsoran tanah telah ditebang sewenang-wenangnya. 
Ia juga memusnahkan spesis tumbuhan bernilai tinggi seperti cengal batu, 
meranti dan menyumbang kepada kepupusan pokok yang dilindungi. Ini diburukkan lagi 
oleh penebusgunaan hutan paya bakau menjadi kolam udang dan penempatan. Hutan 
paya bakau berperanan menghalang ombak tsunami seperti yang berlaku pada 26 
Disember 2004. Selain kedudukan negara ini yang jauh daripada pusat gempa, kesan 
tsunami tidak seteruk di Aceh, Indonesia kerana hutan paya bakau menjadi benteng 
kepada hentaman ombak besar tersebut.
Kemusnahan alam sekitar mengakibatkan sektor pelancongan negara terjejas. Hal 
ini disebabkan keindahan semula jadi negara kitalah yang menjadi aset menarik minat 
pelancong luar ke negara kita. Ini akan turut menjejaskan ekonomi kerana pelancongan 
turut menyumbang sejumlah besar KDNK negara. Malah, kemusnahan alam sekitar turut 
mengakibatkan gangguan binatang buas dan liar seperti harimau, ular dan kera kerana 
haiwan-haiwan ini kehilangan habitat asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan sumber 
makanan memaksa ia menceroboh ke kawasan kediaman manusia. Kemusnahan alam 
sekitar turut menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang estetik yang merugikan 
generasi akan datang. 
Kesimpulannya, agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan 
masyarakat harus memainkan peranan masing-masing agar alam sekitar dapat dilestarikan 
keindahannya. Kita harus sedar bahawa kita bukan mewarisi alam sekitar daripada nenek 
moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada anak cucu kita. Jika alam sekitar 
dimusnahkan, generasi akan datang tidak dapat lagi mempelajari habitat hutan tertua di 
dunia.

More Related Content

What's hot

Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Farhana Aisyah Norzelan
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunder
haralhaj
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
Asmawi Abdullah
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
kyoryo
 

What's hot (20)

STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaanGeografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
Geografi fizikal- faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunder
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
Hujan asid
Hujan asid Hujan asid
Hujan asid
 
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam PerniagaanPenggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 
Laras bahasa sains
Laras bahasa sainsLaras bahasa sains
Laras bahasa sains
 
Ful kk pp
Ful kk ppFul kk pp
Ful kk pp
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
 
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam SekitarBahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
Bahagian B Tema 3 Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 
SEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGANSEKTOR PERLOMBONGAN
SEKTOR PERLOMBONGAN
 

Similar to Kepentingan biodiversiti dan langkah (20)

Biodiversiti
BiodiversitiBiodiversiti
Biodiversiti
 
Ecosystem biodiversity
Ecosystem biodiversityEcosystem biodiversity
Ecosystem biodiversity
 
SILVIKA
SILVIKASILVIKA
SILVIKA
 
etnosains dalam biologi konservasi
etnosains dalam biologi konservasietnosains dalam biologi konservasi
etnosains dalam biologi konservasi
 
Silvika tanah
Silvika tanahSilvika tanah
Silvika tanah
 
Pendidkan lingkungan hidup
Pendidkan lingkungan hidupPendidkan lingkungan hidup
Pendidkan lingkungan hidup
 
S umber daya alam
S umber daya alamS umber daya alam
S umber daya alam
 
Karya ilmiah TIK
Karya ilmiah TIKKarya ilmiah TIK
Karya ilmiah TIK
 
BIODIVERSITAS
BIODIVERSITASBIODIVERSITAS
BIODIVERSITAS
 
Keanekaragaman hayat1
Keanekaragaman hayat1Keanekaragaman hayat1
Keanekaragaman hayat1
 
S umber daya alam
S umber daya alamS umber daya alam
S umber daya alam
 
Penyusutan keanekaragaman hayati (2)
Penyusutan keanekaragaman hayati (2)Penyusutan keanekaragaman hayati (2)
Penyusutan keanekaragaman hayati (2)
 
Slaid biodiversiti
Slaid biodiversitiSlaid biodiversiti
Slaid biodiversiti
 
Keanekaragaman Hayati
Keanekaragaman HayatiKeanekaragaman Hayati
Keanekaragaman Hayati
 
Manfaat keanekaragaman hayati dan konservasi (geografi)
Manfaat keanekaragaman hayati dan konservasi (geografi)Manfaat keanekaragaman hayati dan konservasi (geografi)
Manfaat keanekaragaman hayati dan konservasi (geografi)
 
Pengenalan biodiversiti
Pengenalan biodiversitiPengenalan biodiversiti
Pengenalan biodiversiti
 
Presentasi Terumbu Karang
Presentasi Terumbu KarangPresentasi Terumbu Karang
Presentasi Terumbu Karang
 
Pendahuluan (dasar bdp)
Pendahuluan (dasar bdp)Pendahuluan (dasar bdp)
Pendahuluan (dasar bdp)
 
Rangkuman materi tema 5
Rangkuman materi tema 5Rangkuman materi tema 5
Rangkuman materi tema 5
 
Pengantar biodiversitas
Pengantar biodiversitasPengantar biodiversitas
Pengantar biodiversitas
 

Kepentingan biodiversiti dan langkah

  • 1. Definisi Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta. KEPENTINGAN 1. Pengekalan kitar hidrologi Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir. 2.Modifikasi iklim Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini. 3.Kawal hakisan tanah Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. 4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA 1. NILAI PERUBATAN Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat - ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing
  • 2. (orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. 2. BEKALKAN BAHAN MENTAH KEPADA MANUSIA Pemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Misalnya laut yang terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada manusia. Glasier membekalkan air mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak, petrol, getah, fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya. 3. BIODIVERSITI JUGA MENJADI TEMPAT RIADAH. Seisi keluarga boleh mengadakan aktiviti seperti bersenam dan melihat spesis burung. Hutan hijau tenpat rekreasi untuk menjamin kesihatan manusia. Keindahan pantai dan dasar laut mendatangkan ketenangan mental. 4. NILAI INTRINSIK Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI T ERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”. Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi” masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan. MASALAH KEMUSNAHAN BIODOVERSITI 1.Kegiatan manusia yang mengubah dan menghapuskan tempat kediaman mereka. Banyak aktiviti manusia merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selama-lamanya. 2. Pengeksploitasian hutan tropika. Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia. 3. Perubahan iklim dan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. Kecairan glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami air dan banjir lebih kerap berlaku. 4. Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan. Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus. LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI 1. Persidangan pengurusan biodiversiti.
  • 3. Bengkel mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan dan perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan biodiversiti kepada manusia. 120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD). memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya. 2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian biologi dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas, kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel. 3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara. Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan ekosistem, wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini seharusnya dipulihara untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang. Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik dalam menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian biodiversiti ini. Pendidikan Formal 1. Mata pelajaran sains dan biologi Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis haiwan dan tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis tersebut kepada manusia. 2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas, penyediaan buku skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya dapat mendekatkan para
  • 4. pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di dunia ini dengan lebih berkesan. 3. Penulisan biodiversiti Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan dokumentari berkaitan dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha memelihara biodiversiti di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan kepelbagaian biodiversiti di dunia ini. Pendidikan Tidak Formal 1. Lawatan luar Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara, kawasan hutan bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan kepentingan fungsi biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita sekiranya kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan tersebut. 2. Aktiviti biodiversiti Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti. 3. Program kesedaran Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran pantai dan hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca dan suratkhabar, menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti kesedaran mampu menarik masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan memulihara biodiversity dan alam sekitar dengan lebih berkesan. KEPENTINGAN BIODIVERSITI Biodiversiti adalah kepelbagaian hidupan biologi atau biodiversity iaitu kepelbaian organisma hidupan dari sumber daratan mahupun lautan dan lain-lain.Biodiversit i merangkumi ekosistem akuatik dan dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya
  • 5. SUMBER MAKANAN DAN PROTEIN Kepelbagaian sepsis tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan dan sumber protein kepada manusia. Manusia mendapat pelbagai sumber makanan yang boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan contohnya sayur-sayuran dan beras yang menjadi makanan asasi penduduk Malaysia. Selain itu,manusia juga mendapat sumber protein daripad spesis haiwan daratan dan lautan seperti ikan, ayam,dan lembu. SUMBER PERUBATAN Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.Selain itu tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darahtinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. SUMBER TENAGA Penghasilan tenaga baru iaiutu tenaga biojisin yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan dan mendapan pulpa dapat membantu manusia dalam mencari pengganti kepada tenaga api yang semakin berkurangan.Selain itu, penggunaan tenaga biojisim juga dapat memelihara alam sekitar kerana bahan tenaga biojisim tidak mengeluarkan gas Co2.Tenaga biojisim tidak akan menjejeskan alam sekitar dan mungkin juga penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau. SUMBER AIR TAWAR Pencemaran air tawar bukan saahaja memudaratkan manusia malah hidupan liar juga.Pembuangan sisa -sisa minyak dan bahan asing ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem sungai dan mencemarkan sumber air bersih kepada manusia. SUMBER GALIAN DAN MINERAL Pengurusan sumber yang baik bukan sahaja menjamin keperluan sumber dimasa hadapan malah menjamin sumber ekonomi negara dan memastikan bekalan sumber mineral negara mencukupi dimasa akan datang. STABILKAN EKOSISTEM LAUT Penanaman pokok bakau akan menstabilkanekosistem laut.Poko yang unik ini bukan sahajamenjadi tempat pembiakan bagi hidupan laut seperti ikan dan udang,malah tumbuhan ini akan menghalang hakisan ombak dan pukulan ribut kencang daripada berlaku. SUMBER R&D Pemuliharaan ekosisten juga dapat membantu dalam penyelidikan. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting diInstitusi Pengajian Tinggi. Kesimpulannya,penjagan biodiversiti adalah penting kerana biodiversiti mempunyai pelbaig kepentingan daripada segi sosial,dan ekonomi.Biodiversiti dapat memastikan kita mendatan segala keperluan dan juga membantu dalam penjanaan ekonomi negara
  • 6. KEPENTINGAN BIODIVERSITI DAN LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN KESEIMBANGAN BIODIVERSITI Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan. Pendahuluan : • Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna. Isi : A) Kepentingan Biodiversiti : 1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). • Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). • Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang. • Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam. • Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di Institusi Pengajian Tinggi. 2. Membekalkan makanan. • Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan. • Rantaian makanan akan terpelihara. 3. Sebagai sumber perubatan. • Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif. • Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu. • Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis. 4. Mengekalkan habitat. • Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi. • Tempat perlindungan hidupan liar. • Tempat pembiakan semulajadi. 5. Sebagai penstabil cuaca. • Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis. • Menstabilkan kitaran hidrologi. • Memberikan keseimbangan suhu. • Mengurangkan kesan rumah hijau Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :
  • 7. 7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi. • Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti. • Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu. • Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan. 8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). • Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit. • Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala sisanya pula diproses menjadi kertas. 9. Pembangunan lestari. • Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam). • Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) 10. Pendidikan sains dan biologi • Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti. • Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum). 11. Program kitar semula. • Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam. • Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca. • Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula. 12. Penggunaan teknologi mesra alam. • Menggunakan teknologi mesra alam. • Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan biogas kelapa sawit. • Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air atau sisa kumbahan. Penutup : • Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
  • 8. Kemusnahan Alam Sekitar Berpunca Daripada Kerakusan Manusia Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada umat manusia. Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di muka bumi. Namun kini anugerah tersebut dipersia-siakan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan dengan pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar kemajuan. Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya kemusnahan alam sekitar. Antaranya adalah kurang kesedaran kita tentang kepentingan melestarikan alam sekitar demi kelangsungan hidup makhluk bumi. Hal ini berlaku kerana kurang pendedahan diberikan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat terhadap generasi muda. Pembuangan sampah di merata-rata tempat misalnya, menunjukkan kurangnya kesedaran kita terhadap alam sekitar. Selain itu, penerokaan hutan secara giat oleh segelintir manusia yang rakus mengejar keuntungan turut menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Penerokaan hutan telah menjejaskan fungsi pokok-pokok besar dalam keseimbangan ekosistem hutan hujan. Selain itu, hutan juga diteroka untuk penanaman sayur dan buah-buahan seperti yang berlaku di Cameron Highlands. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang tegas, ia telah mengakibatkan tragedi di Pos Dipang dan yang terbaru di Perkampungan Orang Asli Sungai Rui, telah meragut tujuh nyawa tidak berdosa. Selain itu, faktor pembalakan haram juga tidak boleh diketepikan. Pembalakan secara tidak terkawal memusnahkan tanaman tutup bumi dan menyebabkan hakisan di lereng bukit, banjir kilat dan memudahkan proses tanah runtuh berlaku. Pokok-pokok di lereng bukit menjadi benteng mengelakkan gelongsoran tanah telah ditebang sewenang-wenangnya. Ia juga memusnahkan spesis tumbuhan bernilai tinggi seperti cengal batu, meranti dan menyumbang kepada kepupusan pokok yang dilindungi. Ini diburukkan lagi oleh penebusgunaan hutan paya bakau menjadi kolam udang dan penempatan. Hutan paya bakau berperanan menghalang ombak tsunami seperti yang berlaku pada 26 Disember 2004. Selain kedudukan negara ini yang jauh daripada pusat gempa, kesan tsunami tidak seteruk di Aceh, Indonesia kerana hutan paya bakau menjadi benteng kepada hentaman ombak besar tersebut.
  • 9. Kemusnahan alam sekitar mengakibatkan sektor pelancongan negara terjejas. Hal ini disebabkan keindahan semula jadi negara kitalah yang menjadi aset menarik minat pelancong luar ke negara kita. Ini akan turut menjejaskan ekonomi kerana pelancongan turut menyumbang sejumlah besar KDNK negara. Malah, kemusnahan alam sekitar turut mengakibatkan gangguan binatang buas dan liar seperti harimau, ular dan kera kerana haiwan-haiwan ini kehilangan habitat asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan memaksa ia menceroboh ke kawasan kediaman manusia. Kemusnahan alam sekitar turut menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang estetik yang merugikan generasi akan datang. Kesimpulannya, agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat harus memainkan peranan masing-masing agar alam sekitar dapat dilestarikan keindahannya. Kita harus sedar bahawa kita bukan mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada anak cucu kita. Jika alam sekitar dimusnahkan, generasi akan datang tidak dapat lagi mempelajari habitat hutan tertua di dunia.