SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga
sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya
sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi
dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.


Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran juga
telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Namun pada masa
yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas
digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India.

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu
bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan
undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut.

Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan,
upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang
semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan
semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan
ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju,
bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa
Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat
difahami umum.

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang
pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi
digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga
badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan
mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991)..

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di
bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala
dasar kerajaan.

Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus
terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah
Perkara 159(5).
Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam
batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan
penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban
ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa
Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama
kebebasan bersuara.

Ia malah boleh dikatakan sebagai sudah mencapai tahap sakral.

Meskipun begitu Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan sedemikan tidak harus digunakan
secara zalim dan menyekat atau digunakan secara membuta tuli. Inilah yang dapat dikatakan
apabila kita meneliti fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152. Fasal (1)(a) dan (b) umpamanya
membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks
kegunaan rasmi.

Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepas merdeka. Hanya dalam beberapa
tahun kebelakangan ini sahaja beberapa undang-undang dan dasar tertentu yang berlawanan
dengan peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan. Ini menimbulkan persoalan yang
sangat serius tentang kesahihan mereka. Dan kelihatannya tindakan tersebut juga menimbulkan
banyak kesulitan dan kekeliruan. Selain itu kelemahan dan kealpaan pelaksanaan Perkara 152
tidak harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dan kehendak Perkara 152 yang
sebenarnya turut didokong oleh Suruhanjaya Reid sendiri.

Kita percaya mahkamah akan menghukumkan isu ini dengan betul kerana para hakim telah
diwajibkan oleh mahkamah untuk memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan melalui seksyen 1 Jadual Keenam
Perlembagaan Persekutuan.

More Related Content

Similar to Bb

Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Fazila Latiff
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa MelayuPengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayuadibilham1
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptEwei Voon
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152xiaomii4
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKAFitriah Gi Kwang
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraYahya Othman
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxsuhailangadiron
 
Hubungan Etnik.pptx
Hubungan Etnik.pptxHubungan Etnik.pptx
Hubungan Etnik.pptxPhuyalVijay
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 

Similar to Bb (10)

Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa MelayuPengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
 
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.pptWEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
WEEK_2_-_DASAR_DAN_FUNGSI_BAHASA_MELAYU.ppt
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152
 
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKABAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA
 
Suruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negaraSuruhanjaya bahasa negara
Suruhanjaya bahasa negara
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
 
Hubungan Etnik.pptx
Hubungan Etnik.pptxHubungan Etnik.pptx
Hubungan Etnik.pptx
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 

Bb

  • 1. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran juga telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Namun pada masa yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut. Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum. Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).
  • 2. Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara. Ia malah boleh dikatakan sebagai sudah mencapai tahap sakral. Meskipun begitu Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan sedemikan tidak harus digunakan secara zalim dan menyekat atau digunakan secara membuta tuli. Inilah yang dapat dikatakan apabila kita meneliti fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152. Fasal (1)(a) dan (b) umpamanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi. Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepas merdeka. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja beberapa undang-undang dan dasar tertentu yang berlawanan dengan peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan. Ini menimbulkan persoalan yang sangat serius tentang kesahihan mereka. Dan kelihatannya tindakan tersebut juga menimbulkan banyak kesulitan dan kekeliruan. Selain itu kelemahan dan kealpaan pelaksanaan Perkara 152 tidak harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dan kehendak Perkara 152 yang sebenarnya turut didokong oleh Suruhanjaya Reid sendiri. Kita percaya mahkamah akan menghukumkan isu ini dengan betul kerana para hakim telah diwajibkan oleh mahkamah untuk memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan melalui seksyen 1 Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.