Teori Pemusatan Insan yang dikemukakan oleh Carl Rogers menegaskan bahawa manusia mempunyai keupayaan untuk berkembang secara positif jika diberikan persekitaran yang menyokong dan menerima mereka tanpa syarat. Teori ini menekankan hubungan antara kaunselor dan klien serta penerimaan diri sebagai faktor penting dalam membolehkan klien memecahkan masalahnya sendiri.