SlideShare a Scribd company logo
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                      9 July 2008

                      PENGURUS DAN PENGURUSAN

Pengenalan

Seseorang yang menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan
menggunakan sumber-sumber yang ada secara cekap dan berkesan boleh dianggap
sebagai seorang pengurus. Mereka ini tidak semestinya diberi gelaran pengurus tetapi
sesiapa sahaja termasuk ibubapa, ketua-ketua jabatan, ketua unit dan manusia lain yang
terlibat dalam aktiviti mencapai matlamat dengan menggunakan sumber-sumber yang
tertentu adalah dianggap sebagai seorang pengurus.

Sebagai contohnya ibubapa. Mereka mempunyai matlamat dalam keluarga agar ahli
dalam keluarganya berjaya seperti anak-anak berjaya dalam pelajaran. Jadi mereka akan
menggunakan sumber yang ada seperti wang dan keperluan lain agar dapat membantu
mendidik anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran. Di sini, keluarga adalah umpama
organisasi, manakala ibubapa tadi diibaratkan sebagai pengurus kerana cuba
menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan sumber wang
dan keperluan lain lagi.

Sebenarnya, kita tidak dapat lari daripada mengurus dan diurus. Tetapi apakah yang anda
faham mengenai pengurusan? Pengurusan adalah satu bidang yang meluas dan amalan
pengurusan yang diamalkan oleh setiap pengurus adalah berbeza di antara satu organisasi
dengan organisasi yang lain. Begitu juga kalau kita lihat dalam keluarga yang berbeza,
ketua keluarga iaitu ibubapa akan mentadbir dan menguruskan keluarga mengikut cara
masing-masing. Contoh yang lain pula ialah bagaimana seorang Pengarah Politeknik
mengurus organisasinya berbanding dengan seorang doktor yang mengurus para
pesakitnya.

Pengurusan dan Organisasi

Pengurusan adalah aktiviti yang dijalankan oleh pengurus dalam menguruskan sumber-
sumber yang terdapat dalam organisasi. Organisasi pula merupakan sesuatu yang penting
dalam kehidupan manusia sehari-hari kerana dengan adanya organisasi kita dapat
mencapai objektif hidup kita. Sebagai contoh, anda membeli pakaian di pasaraya, makan
di restoran, mengeluarkan dan menyimpan wang di bank dan menghantar surat melalui
pejabat pos. Ini bermakna kehidupan kita sehari-hari banyak bergantung kepada
organisasi, maka pengurusan organisasi yang cekap tidak kira awam atau swasta
diperlukan oleh setiap individu kerana ia dapat melancarkan lagi urusan hidup manusia.
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                       9 July 2008

Berdasarkan contoh di atas, senaraikan lima organisasi yang anda biasa berurusan.

Definisi istilah-istilah penting

   Pengurusan

   Satu proses di mana pengurus merancang, menyusun, mengarah atau memimpin dan
   mengawal sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai
   objektif yang telah ditetapkan.

   Daripada definisi tersebut, terdapat beberapa elemen penting yang ada pada satu
   proses pengurusan, iaitu:

   a) Prinsip-prinsip pengurusan iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan dan
   pengawalan.

   b) Sumber-sumber organisasi - sumber organisasi terdiri daripada manusia atau
   pekerja, kewangan, peralatan, maklumat, kemahiran dan bahan mentah.

   c) Organisasi - sekumpulan individu yang saling bekerjasama di antara satu sama lain
   dalam mencapai matlamat.

   d) Cekap - keupayaan seseorang pengurus melakukan sesuatu perkara dengan baik di
   mana pengurus dapat mencapai output yang maksima dan dapat meminimakan kos.
   Pengurus yang cekap dapat mengurangkan pembaziran dalam organisasi.

   e) Keberkesanan - pengurus dapat memilih dan melaksanakan sesuatu yang tepat dan
   betul dan perkara tersebut memberi faedah kepada organisasi dan mendapat hasil
   yang diharapkan.

  f) Objektif – perkara atau sasaran yang cuba dicapai oleh organisasi pada masa
   hadapan.
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                    9 July 2008

  Tingkat atau tahap pengurus dalam organisasi

  Pada umumnya, pengurus menjalankan fungsi pengurusan yang sama tetapi
  penekanan adalah berbeza bergantung kepada kedudukan mereka dalam organisasi.
  Jenis pengurus dan cara pengurusan mereka dipengaruhi oleh dua perkara berikut:

     2.3.1 Peringkat atau tahap di dalam organisasi.
     2.3.2 Kumpulan aktiviti atau fungsi yang dijalankan.

      Pengurusan mengikut tahap atau peringkat

     a) Pengurus Bawahan atau Peringkat Pertama

     Pengurus pada tahap ini berada pada tahap paling bawah dalam hirarki organisasi.
     Mereka bertanggungjawab secara langsung keatas tugas operasi dan kakitangan
     sokongan organisasi. Kakitangan di bawah kawalan mereka terdiri daripada
     semua kakitangan bukan pengurusan. Tanggungjawab utama mereka adalah
     memastikan operasi harian adalah berjalan dengan lancar Contoh pengurus ini
     adalah seperti penyelia, ketua unit atau ketua kerani.

     b) Pengurus Pertengahan

     Pengurus ini mengarah kegiatan pengurus lain, juga pekerja di tahap bawah.
     Mereka memastikan kegiatan organisasi dilakukan sebagaimana yang termaktub
     dalam polisi dan matlamat pertubuhan. Pengurus pertengahan perlu mengimbangi
     keperluan penyelia di peringkat bawahan dan keupayaan pekerja bawahan.
     Pengurus pertengahan juga perlu mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh
     pihak atasan. Contoh bagi pengurus peringkat pertengahan adalah seperti pegawai
     eksekutif, pengurus cawangan dan pengurus-pengurus jabatan.

     c) Pengurus Atasan

     Pengurus ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran
     organisasi. Mereka merangka polisi dan mengawasi perhubungan organisasi
     dengan persekitaran. Mereka juga yang merancang segala aktiviti untuk
     keseluruhan organisasi. Contoh bagi pengurus ini adalah seperti Ketua pegawai
     eksekutif, Pengarah urusan serta presiden.
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                     9 July 2008

Rajah 2.1 di bawah menunjukkan pengurusan mengikut tahap.

                                      A      Atasan

                                                 Pertengahan

                                            Bawahan

Rajah 2.1: Tingkat pengurusan dalam organisasi

       Pengurusan Mengikut Aktiviti atau Fungsi

       Setelah kita memahami pengurusan mengikut tahap, maka kita akan mempelajari
       pula pengurusan mengikut aktiviti atau fungsi. Ia terbahagi kepada 2:

       a) Pengurus fungsi - Pengurus ini bertanggungjawab kepada satu bidang aktiviti
          atau satu fungsi dalam organisasi seperti pengurus pengeluaran, pengurus
          kewangan dan pengurus pemasaran.

       b) Pengurus am - Pengurus ini bertanggungjawab kepada semua bidang dalam
          aktiviti dalam organisasi. Pengurus ini bertanggungjawab untuk kesemua
          aktiviti yang berlaku. Contohnya pengurus am adalah seperti pengarah urusan
          dan presiden dalam sesebuah persatuan.

Ciri-ciri organisasi

   Mempunyai identiti yang tersendiri

   Setiap organisasi yang dibentuk akan melambangkan identiti mereka yang tersendiri.
   Sebagai contoh pusat pengajian tinggi, hospital dan jabatan kerajaan. Di mana setiap
   organisasi ini mempunyai peranan, kemudahan, fungsi dan objektif yang tersendiri
   yang akan melambangkan organisasi tersebut.

   Mempunyai tingkat hirarki

   Tidak kira organisasi tersebut kecil atau besar, swasta atau kerajaan, ia mempunyai
   tingkat hirarki atau autoriti. Bagi organisasi yang besar ia mungkin mempunyai lebih
   banyak tingkat autoriti berbanding dengan organisasi yang kecil.
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                      9 July 2008

    Mempunyai pembahagian kerja

        Dalam sesebuah organisasi, pembahagian kerja dilakukan berdasarkan jenis
        pekerjaan dan bahagian yang diwujudkan seperti pengeluaran, pemasaran dan
        kewangan. Ini adalah untuk melicinkan lagi perjalanan organisasi tersebut.

   Sistem pengawasan dan kawalan

        Bagi memastikan perjalanan organisasi adalah teratur seperti yang
        dirancangkan, organisasi perlu mewujudkan satu sistem pengawasan dan
        kawalan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam organisasi. Sistem
        kawalan ini adalah seperti peraturan, prosedur, dasar dan polisi organisasi. Ini
        bagi memastikan setiap pekerja dalam organisasi mengetahui sesuatu perkara
        tersebut dengan jelas.

Proses Pengurusan

Proses pengurusan melibatkan beberapa prinsip yang perlu dilaksanakan oleh seorang
pengurus dalam menguruskan sesebuah organisasi bagi memastikan perjalanan organisasi
adalah lancar. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

    Perancangan

    Sebelum pihak pengurus memulakan aktiviti-aktivit organisasi, perancangan
    hendaklah dibuat terlebih dahulu berkaitan dengan apa yang akan dilaksanakan.
    Perancangan melibatkan beberapa elemen:

    a) Objektif dan tujuan: Pengurus akan menetapkan dan mengenalpasti perkara yang
       ingin dicapai oleh organisasi tersebut selaras dengan matlamat penubuhan
       organisasi
    b) Menentukan tindakan - tindakan atau strategi yang akan dilakukan bagi mencapai
       objektif tersebut.

    Secara ringkas, perancangan merujuk kepada pengurus menetapkan apa yang akan
    dilakukan, objektif tindakan tersebut dan strategi yang akan diambil bagi
    melaksanakan tindakan tersebut.

    Penyusunan (Pengorganisasian)

    Penyusunan melibatkan kerja-kerja menstrukturkan sumber organisasi seperti
    sumber manusia dan bukan manusia supaya perancangan yang ditetapkan dapat
    dicapai. Penyusunan ini termasuklah membahagikan kerja-kerja yang akan
    dilakukan oleh pekerja samada mengikut aktiviti, tingkat autoriti dan penyelarasan
    melalui peraturan dan dasar organisasi.
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                    9 July 2008

   Pengarahan dan Kepimpinan

   Pengurus mengamalkan prinsip pengarahan dengan memberikan panduan,
   bimbingan dan perangsang kepada pekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
   Fungsi pengarahan dan kepimpinan melibatkan aktiviti mempengaruhi dan
   memimpin pekerja bagi mendapatkan satu tingkahlaku yang diperlukan untuk
   mencapai matlamat organisasi. Untuk mempengaruhi pekerja, pengurus perlulah
   memberi dorongan, memimpin dan berkomunikasi dengan pekerja.

   Pengawalan

   Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi, membandingkan
   keputusan yang didapati dengan matlamat yang telah ditetapkan dan merancang
   tindakan-tindakan pembetulan bagi memperbaiki kesilapan yang berlaku. Fungsi
   pengawalan ini penting kerana dengan melaksanakan kawalan, akan dapat
   mengetahui jika adanya kesilapan yang menyebabkan aktiviti tidak dapat
   dilaksanakan dan objektif tidak dapat dicapai.

   Penstafan dan Perancangan Sumber Manusia

   Aset yang terbaik dalam organisasi adalah sumber manusia kerana sumber
   manusialah yang menggerakkan aktiviti organisasi. Dengan itu pengurus perlulah
   memikirkan siapa, di mana dan apakah yang diperlukan. Untuk menjamin kesetiaan
   pekerja kepada organisasi, pengurus perlu memikirkan apakah yang dapat
   ditawarkan oleh organisasi kepada pekerja seperti keadaan tempat kerja, ganjaran,
   program pembangunan diri dan penilaian prestasi pekerja. Ini adalah untuk
   menjamin keselesaan pekerja dalam organisasi.

   Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa, fungsi-fungsi pengurusan
   yang dilaksanakan oleh seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi adalah terdiri
   daripada perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan dan penstafan.
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                       9 July 2008

Jenis Kemahiran Dalam Pengurusan

Robert L. Katz telah mengenalpasti tiga jenis kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh
seorang pengurus. Kemahiran ini terdiri daripada berikut:

   KemahiranTeknik

   Kebolehan menggunakan peralatan, peraturan dan prosedur dan teknik dalam sesuatu
   pekerjaan atau bidang, kemahiran asas yang membantu pengurus memahami
   bagaimana kerja-kerja tersebut dilakukan.

   Kemahiran Kemanusiaan

   Kebolehan bekerja dengan memahami dan merangsang orang lain. Perhubungan
   sosial dan individu antara pengurus dengan pekerja agar dapat menjadi teladan
   kepada mereka agar berupaya menjadi ikutan orang lain.

   Kemahiran Konsep

   Kebolehan atau keupayaan pengurus untuk memikir dan menyelaras serta
   mencampurkan kegiatan unit yang berbeza. Keupayaan melihat secara keseluruhan
   unit dalam organisasi dan perkaitannya antara satu sama lain. Membolehkan pengurus
   mengambilkira kesemua kepentingan organisasi.

Kemahiran-kemahiran lain yang perlu dikuasai ialah seperti kemahiran berkomunikasi di
mana seorang pengurus perlu tahu cara untuk berkomunikasi dengan para pekerja bagi
merapatkan perhubungan dengan pekerja.

Kemahiran dalam membuat keputusan juga penting kerana pengurus perlu banyak
membuat keputusan–keputusan penting bagi organisasi. Keputusan yang dibuat oleh
pengurus akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhan.

Kemahiran-kemahiran ini boleh dikaitkan dengan tahap atau tingkat pengurusan dalam
organisasi bagi menentukan anggaran masa dan tenaga yang digunakan oleh seseorang
pengurus.

Peranan Pengurus
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                     9 July 2008

Terdapat tiga peranan utama dan sepuluh peranan khusus yang dimainkan oleh pengurus
mengikut Henry Mintzberg (Ivancevich et al. 1997).

   Peranan Antara Perorangan atau Penghubung Antara Individu

   Peranan ini melihat pengurus sebagai seorang yang membantu mewujudkan dan
   membina perhubungan yang baik di antara pengurus sesama pengurus dan pengurus
   dengan pekerja. Terdapat tiga peranan khusus dalam melaksanakan tugas sebagai
   penghubung antara individu:

   a) Sebagai Ketua atau Orang Terpenting

   Apabila pengurus dilantik sebagai ketua jabatan, ketua organisasi atau ketua
   cawangan, mereka merupakan individu yang berkedudukan memimpin individu yang
   lain dan sentiasa diperlukan oleh pekerja dalam setiap majlis atau aktiviti yang
   dianjurkan oleh organisasi. Dengan adanya penglibatan ketua ini, akan merapatkan
   lagi perhubungan individu-individu yang lain dalam organisasi. Walaupun peranan ini
   tidak melibatkan keputusan atau perkara yang penting tetapi ia penting bagi
   mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang
   dihormati. Sebagai contoh pengurus menghadiri majlis-majlis perasmian, menghadiri
   mesyuarat, melayani tetamu dan majlis perkahwinan pekerja-pekerja.

   b) Sebagai Pemimpin

   Setiap pengurus memainkan peranan sebagai             pemimpin yang mendorong,
   memotivasi dan mengalakkan pekerja untuk bekerja. Dalam melaksanakan peranan
   ini pengurus perlu sentiasa bekerja dan berusaha untuk memperbaiki prestasi pekerja,
   mengurangkan konflik dan memberi Maklum balas terhadap prestasi pekerja.
   Pengurus juga perlu melaksanakan aktiviti pengawalan bagi memastikan semua
   aktiviti berjalan dengan lancar

   c) Sebagai Pegawai Perhubungan

   Pengurus juga perlu mengadakan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan
   maklumat mengenai perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar organisasi.
   Pengurus perlu berinteraksi dengan pengurus dan pihak lain seperti pembekal dan
   pelanggan.

   Penyebar Maklumat

   Pengurus sebagai penyebar maklumat berfungsi sebagai individu yang menerima dan
   menghantar maklumat kepada pekerja.
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                    9 July 2008

  a) Sebagai Pengawas

  Pengurus berperanan untuk mencari maklumat-maklumat di persekitaran dalaman dan
  luaran organisasi mengenai isu-isu semasa, perubahan, peluang dan masalah yang
  boleh memberi kesan kepada organisasi. Dengan adanya maklumat ini akan dapat
  membantu organisasi untuk bersaing dengan organisasi yang lain. Pengurus boleh
  mendapat maklumat semasa menghadiri seminar, persidangan ataupun dalam
  komunikasi secara tidak langsung. Contohnya maklumat mengenai perubahan fesyen
  remaja boleh didapati melalui pemerhatian terhadap cara remaja berpakaian ataupun
  melalui majalah-majalah remaja. Ini dapat membantu pengurus mengeluarkan
  pakaian yang menepati citarasa remaja.

  b) Penyebar atau Penyampai

  Peranan ini merujuk kepada pengurus bertindak untuk menyampaikan semua
  maklumat yang diperolehi kepada semua individu yang memerlukan maklumat
  tersebut. Maklumat-maklumat ini mestilah ditapis dahulu oleh pengurus untuk
  memastikan maklumat yang disampaikan adalah yang tepat dan boleh digunakan oleh
  pekerja. Maklumat yang disampaikan mungkin merupakan maklumat daripada pihak
  luar yang perlu disampaikan kepada unit-unit yang ada dalam organisasi ataupun
  maklumat tersebut maklumat yang didapati daripada pekerja dalam organisasi dan
  disampaikan kepada pekerja yang lain yang mungkin memerlukan maklumat tersebut.

  c) Sebagai Jurucakap

   Peranan jurucakap adalah berkaitan dengan aktiviti menyampaikan sebahagian
   maklumat kepada mereka yang berada diluar daripada unitnya. Penyampaian
   maklumat ini mungkin terdiri dari dasar, rancangan tindakan dan keputusan
   organisasi. Contoh penyebaran maklumat dalaman adalah seperti isu tuntutan gaji
   pekerja kepada pihak majikan. Manakala penyebaran maklumat luaran ialah seperti
   pengurus memberi pandangan kepada pihak luar mengenai sesuatu isu seperti
   kenaikan gaji pekerja. Dengan kata lain pengurus mewakili organisasi dalam
   menyebarkan maklumat bagi organisasi.

  Sebagai Pembuat Keputusan

  Membuat keputusan adalah satu peranan penting yang seharusnya dilakukan oleh
  pengurus dengan bijak berkaitan dengan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam
  organisasi. Terdapat empat peranan khusus yang seharusnya dimainkan oleh pengurus
  dalam melaksanakan peranannya sebagai pembuat keputusan:

  a) Sebagai Usahawan
PENGURUS DAN PENGURUSAN                                                  9 July 2008

  Pengurus seharusnya memiliki sifat-sifat yang sebagaimana yang terdapat pada
  usahawan seperti rajin, kreatif, berpandangan jauh, sanggup menerima risiko dan
  amanah. Dengan adanya sifat-sifat ini, pengurus dapat meningkatkan prestasi
  organisasi dengan cara menimbulkan idea-idea yang kreatif bagi perkembangan
  organisasi. Sebagai contoh pengurus memperkenalkan sistem pembayaran gaji yang
  lebih baik dan adil kepada pekerja berdasarkan beban kerja dan pengalaman
  kakitangan dan bukannya kepada status kakitangan.

  b) Sebagai Pengawal Gangguan

  Pengurus juga mesti sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam
  hubungan pekerja-pekerja dalam organisasi seperti masalah dengki dan berpuak-puak
  dan masalah-masalah luaran seperti kekurangan peralatan, mogok dan rusuhan.
  Pengurus perlu segera menyelesaikan masalah ini agar tidak merebak dan tindakan
  yang diambil juga mestilah tidak merugikan mana-mana pihak.

  c) Sebagai Pengagih Sumber

  Pengurus menentukan bagaimana dan kepada siapa sumber serta masa pengurus itu
  akan diagihkan. Pengagihan melibatkan kewangan, peralatan dan aset-aset lain yang
  terdapat dalam organisasi. Pengagihan ini mestilah dilakukan dengan adil supaya
  semua pihak berpuashati. Sebagai contoh pengurus menentukan jangkamasa dan siapa
  yang akan mengendalikan dalam menyiapkan satu-satu projek.

  d) Sebagai Perunding

  Pengurus melaksanakan peranan sebagai perunding di mana pengurus akan mewakili
  organisasi atau unitnya dalam setiap perundingan yang melibatkan bidang
  tanggungjawab mereka. Perundingan hanya boleh dilakukan oleh pengurus kerana
  hanya pengurus yang mempunyai maklumat dan kuasa membuat perundingan. Sebagai
  contoh pengurus berunding dengan kesatuan-kesatuan sekerja berkaitan dengan isu
  gaji pekerja.

More Related Content

What's hot

Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolahKepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolahKPM
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusanQaseh Rindu
 
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusiaPengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusia
ahmad sabarani ahmad
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
Emy Amiera
 
Pengajian Perniagaan Peranan Pengurus
Pengajian Perniagaan Peranan PengurusPengajian Perniagaan Peranan Pengurus
Pengajian Perniagaan Peranan Pengurus
hard.Life
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Ar Rayyan
 
Tajuk 2 kecekapan pengurusan
Tajuk  2   kecekapan pengurusanTajuk  2   kecekapan pengurusan
Tajuk 2 kecekapan pengurusan
Izz Khalil
 
PERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKPERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIK
Ckg Nizam
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
parydave
 
Pengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & OrganisasiPengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & Organisasi
Mohd Shukri Suib
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan Autokratik
Imsamad
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
Zafarul_Irshard
 
pentadbiran pampasan dan ganjaran
pentadbiran pampasan dan ganjaranpentadbiran pampasan dan ganjaran
pentadbiran pampasan dan ganjaran
msbh57
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
EBBY FIRDAOS SUFIAN
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflik
Suff Fyee
 
Konsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanKonsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanEmyza Hamzah
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
Atiqah Wan
 
What's hot (20)

Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolahKepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
 
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusanKepimpinan   fungsi kepimpinan pengurusan
Kepimpinan fungsi kepimpinan pengurusan
 
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusiaPengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusia
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Pengajian Perniagaan Peranan Pengurus
Pengajian Perniagaan Peranan PengurusPengajian Perniagaan Peranan Pengurus
Pengajian Perniagaan Peranan Pengurus
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
 
Tajuk 2 kecekapan pengurusan
Tajuk  2   kecekapan pengurusanTajuk  2   kecekapan pengurusan
Tajuk 2 kecekapan pengurusan
 
PERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKPERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIK
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Pengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & OrganisasiPengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & Organisasi
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan Autokratik
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
pentadbiran pampasan dan ganjaran
pentadbiran pampasan dan ganjaranpentadbiran pampasan dan ganjaran
pentadbiran pampasan dan ganjaran
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflik
 
Kuasa
KuasaKuasa
Kuasa
 
Konsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanKonsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinan
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Similar to 1 unsur unsur pengurusan

Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02
Kalaivani Kanasing
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
7479462 organisasi-dan-pengurusan
7479462 organisasi-dan-pengurusan7479462 organisasi-dan-pengurusan
7479462 organisasi-dan-pengurusan
Sixd Waznine
 
Manajer dan Manajemen
Manajer dan ManajemenManajer dan Manajemen
Manajer dan Manajemen
Lee Gorgeouz
 
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Chenk Alie Patrician
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personel
monyok
 
Makalah konsep dasar manajemen
Makalah konsep dasar manajemenMakalah konsep dasar manajemen
Makalah konsep dasar manajemen
Operator Warnet Vast Raha
 
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
anditaoktavia
 
Tugas 13 kewirausahaan 1
Tugas 13 kewirausahaan 1Tugas 13 kewirausahaan 1
Tugas 13 kewirausahaan 1
ayeshavikky
 
Manajemen.pptx
Manajemen.pptxManajemen.pptx
Manajemen.pptx
DesrianaAlampura
 
Chapter 1 Pengantar Manajemen
Chapter 1 Pengantar Manajemen Chapter 1 Pengantar Manajemen
Chapter 1 Pengantar Manajemen
Maulana Yusuf Aji Wibowo
 
Tugas mingguan 9
Tugas mingguan 9Tugas mingguan 9
Tugas mingguan 9
RachmadFadillah
 
Olan
OlanOlan
Olan
cesarpuk
 
9. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajem...
9. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajem...9. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajem...
9. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajem...
Azahfadilah
 
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
indri agustiani
 
PPT MANAJEMEN - Alessandra XIS3/01
PPT MANAJEMEN - Alessandra XIS3/01PPT MANAJEMEN - Alessandra XIS3/01
PPT MANAJEMEN - Alessandra XIS3/01
AlessandraLarasati
 
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Ismania1912
 
Manajemen organisasi
Manajemen organisasiManajemen organisasi
Manajemen organisasi
EDUCATIONAL TECHNOLOGY
 
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKEMANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
Universitas Negeri Gorontalo
 
Similar to 1 unsur unsur pengurusan (20)

Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
7479462 organisasi-dan-pengurusan
7479462 organisasi-dan-pengurusan7479462 organisasi-dan-pengurusan
7479462 organisasi-dan-pengurusan
 
Manajer dan Manajemen
Manajer dan ManajemenManajer dan Manajemen
Manajer dan Manajemen
 
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personel
 
Makalah konsep dasar manajemen
Makalah konsep dasar manajemenMakalah konsep dasar manajemen
Makalah konsep dasar manajemen
 
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
9 kwh, andita oktavia, hapzi ali, manajemen dan empat fungsi dasar manajemen,...
 
Tugas 13 kewirausahaan 1
Tugas 13 kewirausahaan 1Tugas 13 kewirausahaan 1
Tugas 13 kewirausahaan 1
 
Manajemen.pptx
Manajemen.pptxManajemen.pptx
Manajemen.pptx
 
Chapter 1 Pengantar Manajemen
Chapter 1 Pengantar Manajemen Chapter 1 Pengantar Manajemen
Chapter 1 Pengantar Manajemen
 
Tugas mingguan 9
Tugas mingguan 9Tugas mingguan 9
Tugas mingguan 9
 
3 pengorganisasian
3 pengorganisasian3 pengorganisasian
3 pengorganisasian
 
Olan
OlanOlan
Olan
 
9. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajem...
9. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajem...9. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajem...
9. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajem...
 
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen dalam o...
 
PPT MANAJEMEN - Alessandra XIS3/01
PPT MANAJEMEN - Alessandra XIS3/01PPT MANAJEMEN - Alessandra XIS3/01
PPT MANAJEMEN - Alessandra XIS3/01
 
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
 
Manajemen organisasi
Manajemen organisasiManajemen organisasi
Manajemen organisasi
 
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKEMANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
 
More from noeenadheeyah

P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 8
P3120 undang undang syarikat-bab 8P3120 undang undang syarikat-bab 8
P3120 undang undang syarikat-bab 8noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 3
P3120 undang undang syarikat-bab 3P3120 undang undang syarikat-bab 3
P3120 undang undang syarikat-bab 3noeenadheeyah
 
P3120 undang undang syarikat-bab 12
P3120 undang undang syarikat-bab 12P3120 undang undang syarikat-bab 12
P3120 undang undang syarikat-bab 12noeenadheeyah
 
7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusannoeenadheeyah
 
5 pengawalan
5 pengawalan5 pengawalan
5 pengawalan
noeenadheeyah
 
3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)
noeenadheeyah
 
More from noeenadheeyah (11)

P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11P3120 undang undang syarikat-bab 11
P3120 undang undang syarikat-bab 11
 
P3120 undang undang syarikat-bab 8
P3120 undang undang syarikat-bab 8P3120 undang undang syarikat-bab 8
P3120 undang undang syarikat-bab 8
 
P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6P3120 undang undang syarikat-bab 6
P3120 undang undang syarikat-bab 6
 
P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5P3120 undang undang syarikat-bab 5
P3120 undang undang syarikat-bab 5
 
P3120 undang undang syarikat-bab 3
P3120 undang undang syarikat-bab 3P3120 undang undang syarikat-bab 3
P3120 undang undang syarikat-bab 3
 
P3120 undang undang syarikat-bab 12
P3120 undang undang syarikat-bab 12P3120 undang undang syarikat-bab 12
P3120 undang undang syarikat-bab 12
 
7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan
 
6 penstafan
6 penstafan6 penstafan
6 penstafan
 
5 pengawalan
5 pengawalan5 pengawalan
5 pengawalan
 
4 pengarahan
4 pengarahan4 pengarahan
4 pengarahan
 
3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)3 pengorganisasian(penugasan)
3 pengorganisasian(penugasan)
 
Recently uploaded

Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptxPemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
ssuser4dafea
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdfKONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
AsyeraPerangin1
 
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIANSINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
NanieIbrahim
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
NURULNAHARIAHBINTIAH
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
SABDA
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
fadlurrahman260903
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdfPanduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
MildayantiMildayanti
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
HendraSagita2
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
nasrudienaulia
 
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamiiAksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
Aksi Nyata Erliana Mudah bukan memahamii
esmaducoklat
 
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptxPPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
AqlanHaritsAlfarisi
 
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdfTokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Mutia Rini Siregar
 
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptxGERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
fildiausmayusuf1
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
YuristaAndriyani1
 
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada AnakDefenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Yayasan Pusat Kajian dan Perlindungan Anak
 
Recently uploaded (20)

1 unsur unsur pengurusan

  • 1. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 PENGURUS DAN PENGURUSAN Pengenalan Seseorang yang menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan sumber-sumber yang ada secara cekap dan berkesan boleh dianggap sebagai seorang pengurus. Mereka ini tidak semestinya diberi gelaran pengurus tetapi sesiapa sahaja termasuk ibubapa, ketua-ketua jabatan, ketua unit dan manusia lain yang terlibat dalam aktiviti mencapai matlamat dengan menggunakan sumber-sumber yang tertentu adalah dianggap sebagai seorang pengurus. Sebagai contohnya ibubapa. Mereka mempunyai matlamat dalam keluarga agar ahli dalam keluarganya berjaya seperti anak-anak berjaya dalam pelajaran. Jadi mereka akan menggunakan sumber yang ada seperti wang dan keperluan lain agar dapat membantu mendidik anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran. Di sini, keluarga adalah umpama organisasi, manakala ibubapa tadi diibaratkan sebagai pengurus kerana cuba menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan sumber wang dan keperluan lain lagi. Sebenarnya, kita tidak dapat lari daripada mengurus dan diurus. Tetapi apakah yang anda faham mengenai pengurusan? Pengurusan adalah satu bidang yang meluas dan amalan pengurusan yang diamalkan oleh setiap pengurus adalah berbeza di antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Begitu juga kalau kita lihat dalam keluarga yang berbeza, ketua keluarga iaitu ibubapa akan mentadbir dan menguruskan keluarga mengikut cara masing-masing. Contoh yang lain pula ialah bagaimana seorang Pengarah Politeknik mengurus organisasinya berbanding dengan seorang doktor yang mengurus para pesakitnya. Pengurusan dan Organisasi Pengurusan adalah aktiviti yang dijalankan oleh pengurus dalam menguruskan sumber- sumber yang terdapat dalam organisasi. Organisasi pula merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia sehari-hari kerana dengan adanya organisasi kita dapat mencapai objektif hidup kita. Sebagai contoh, anda membeli pakaian di pasaraya, makan di restoran, mengeluarkan dan menyimpan wang di bank dan menghantar surat melalui pejabat pos. Ini bermakna kehidupan kita sehari-hari banyak bergantung kepada organisasi, maka pengurusan organisasi yang cekap tidak kira awam atau swasta diperlukan oleh setiap individu kerana ia dapat melancarkan lagi urusan hidup manusia.
  • 2. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Berdasarkan contoh di atas, senaraikan lima organisasi yang anda biasa berurusan. Definisi istilah-istilah penting Pengurusan Satu proses di mana pengurus merancang, menyusun, mengarah atau memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Daripada definisi tersebut, terdapat beberapa elemen penting yang ada pada satu proses pengurusan, iaitu: a) Prinsip-prinsip pengurusan iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. b) Sumber-sumber organisasi - sumber organisasi terdiri daripada manusia atau pekerja, kewangan, peralatan, maklumat, kemahiran dan bahan mentah. c) Organisasi - sekumpulan individu yang saling bekerjasama di antara satu sama lain dalam mencapai matlamat. d) Cekap - keupayaan seseorang pengurus melakukan sesuatu perkara dengan baik di mana pengurus dapat mencapai output yang maksima dan dapat meminimakan kos. Pengurus yang cekap dapat mengurangkan pembaziran dalam organisasi. e) Keberkesanan - pengurus dapat memilih dan melaksanakan sesuatu yang tepat dan betul dan perkara tersebut memberi faedah kepada organisasi dan mendapat hasil yang diharapkan. f) Objektif – perkara atau sasaran yang cuba dicapai oleh organisasi pada masa hadapan.
  • 3. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Tingkat atau tahap pengurus dalam organisasi Pada umumnya, pengurus menjalankan fungsi pengurusan yang sama tetapi penekanan adalah berbeza bergantung kepada kedudukan mereka dalam organisasi. Jenis pengurus dan cara pengurusan mereka dipengaruhi oleh dua perkara berikut: 2.3.1 Peringkat atau tahap di dalam organisasi. 2.3.2 Kumpulan aktiviti atau fungsi yang dijalankan. Pengurusan mengikut tahap atau peringkat a) Pengurus Bawahan atau Peringkat Pertama Pengurus pada tahap ini berada pada tahap paling bawah dalam hirarki organisasi. Mereka bertanggungjawab secara langsung keatas tugas operasi dan kakitangan sokongan organisasi. Kakitangan di bawah kawalan mereka terdiri daripada semua kakitangan bukan pengurusan. Tanggungjawab utama mereka adalah memastikan operasi harian adalah berjalan dengan lancar Contoh pengurus ini adalah seperti penyelia, ketua unit atau ketua kerani. b) Pengurus Pertengahan Pengurus ini mengarah kegiatan pengurus lain, juga pekerja di tahap bawah. Mereka memastikan kegiatan organisasi dilakukan sebagaimana yang termaktub dalam polisi dan matlamat pertubuhan. Pengurus pertengahan perlu mengimbangi keperluan penyelia di peringkat bawahan dan keupayaan pekerja bawahan. Pengurus pertengahan juga perlu mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Contoh bagi pengurus peringkat pertengahan adalah seperti pegawai eksekutif, pengurus cawangan dan pengurus-pengurus jabatan. c) Pengurus Atasan Pengurus ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Mereka merangka polisi dan mengawasi perhubungan organisasi dengan persekitaran. Mereka juga yang merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi. Contoh bagi pengurus ini adalah seperti Ketua pegawai eksekutif, Pengarah urusan serta presiden.
  • 4. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Rajah 2.1 di bawah menunjukkan pengurusan mengikut tahap. A Atasan Pertengahan Bawahan Rajah 2.1: Tingkat pengurusan dalam organisasi Pengurusan Mengikut Aktiviti atau Fungsi Setelah kita memahami pengurusan mengikut tahap, maka kita akan mempelajari pula pengurusan mengikut aktiviti atau fungsi. Ia terbahagi kepada 2: a) Pengurus fungsi - Pengurus ini bertanggungjawab kepada satu bidang aktiviti atau satu fungsi dalam organisasi seperti pengurus pengeluaran, pengurus kewangan dan pengurus pemasaran. b) Pengurus am - Pengurus ini bertanggungjawab kepada semua bidang dalam aktiviti dalam organisasi. Pengurus ini bertanggungjawab untuk kesemua aktiviti yang berlaku. Contohnya pengurus am adalah seperti pengarah urusan dan presiden dalam sesebuah persatuan. Ciri-ciri organisasi Mempunyai identiti yang tersendiri Setiap organisasi yang dibentuk akan melambangkan identiti mereka yang tersendiri. Sebagai contoh pusat pengajian tinggi, hospital dan jabatan kerajaan. Di mana setiap organisasi ini mempunyai peranan, kemudahan, fungsi dan objektif yang tersendiri yang akan melambangkan organisasi tersebut. Mempunyai tingkat hirarki Tidak kira organisasi tersebut kecil atau besar, swasta atau kerajaan, ia mempunyai tingkat hirarki atau autoriti. Bagi organisasi yang besar ia mungkin mempunyai lebih banyak tingkat autoriti berbanding dengan organisasi yang kecil.
  • 5. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Mempunyai pembahagian kerja Dalam sesebuah organisasi, pembahagian kerja dilakukan berdasarkan jenis pekerjaan dan bahagian yang diwujudkan seperti pengeluaran, pemasaran dan kewangan. Ini adalah untuk melicinkan lagi perjalanan organisasi tersebut. Sistem pengawasan dan kawalan Bagi memastikan perjalanan organisasi adalah teratur seperti yang dirancangkan, organisasi perlu mewujudkan satu sistem pengawasan dan kawalan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam organisasi. Sistem kawalan ini adalah seperti peraturan, prosedur, dasar dan polisi organisasi. Ini bagi memastikan setiap pekerja dalam organisasi mengetahui sesuatu perkara tersebut dengan jelas. Proses Pengurusan Proses pengurusan melibatkan beberapa prinsip yang perlu dilaksanakan oleh seorang pengurus dalam menguruskan sesebuah organisasi bagi memastikan perjalanan organisasi adalah lancar. Prinsip-prinsip tersebut ialah: Perancangan Sebelum pihak pengurus memulakan aktiviti-aktivit organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu berkaitan dengan apa yang akan dilaksanakan. Perancangan melibatkan beberapa elemen: a) Objektif dan tujuan: Pengurus akan menetapkan dan mengenalpasti perkara yang ingin dicapai oleh organisasi tersebut selaras dengan matlamat penubuhan organisasi b) Menentukan tindakan - tindakan atau strategi yang akan dilakukan bagi mencapai objektif tersebut. Secara ringkas, perancangan merujuk kepada pengurus menetapkan apa yang akan dilakukan, objektif tindakan tersebut dan strategi yang akan diambil bagi melaksanakan tindakan tersebut. Penyusunan (Pengorganisasian) Penyusunan melibatkan kerja-kerja menstrukturkan sumber organisasi seperti sumber manusia dan bukan manusia supaya perancangan yang ditetapkan dapat dicapai. Penyusunan ini termasuklah membahagikan kerja-kerja yang akan dilakukan oleh pekerja samada mengikut aktiviti, tingkat autoriti dan penyelarasan melalui peraturan dan dasar organisasi.
  • 6. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Pengarahan dan Kepimpinan Pengurus mengamalkan prinsip pengarahan dengan memberikan panduan, bimbingan dan perangsang kepada pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Fungsi pengarahan dan kepimpinan melibatkan aktiviti mempengaruhi dan memimpin pekerja bagi mendapatkan satu tingkahlaku yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Untuk mempengaruhi pekerja, pengurus perlulah memberi dorongan, memimpin dan berkomunikasi dengan pekerja. Pengawalan Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi, membandingkan keputusan yang didapati dengan matlamat yang telah ditetapkan dan merancang tindakan-tindakan pembetulan bagi memperbaiki kesilapan yang berlaku. Fungsi pengawalan ini penting kerana dengan melaksanakan kawalan, akan dapat mengetahui jika adanya kesilapan yang menyebabkan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dan objektif tidak dapat dicapai. Penstafan dan Perancangan Sumber Manusia Aset yang terbaik dalam organisasi adalah sumber manusia kerana sumber manusialah yang menggerakkan aktiviti organisasi. Dengan itu pengurus perlulah memikirkan siapa, di mana dan apakah yang diperlukan. Untuk menjamin kesetiaan pekerja kepada organisasi, pengurus perlu memikirkan apakah yang dapat ditawarkan oleh organisasi kepada pekerja seperti keadaan tempat kerja, ganjaran, program pembangunan diri dan penilaian prestasi pekerja. Ini adalah untuk menjamin keselesaan pekerja dalam organisasi. Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa, fungsi-fungsi pengurusan yang dilaksanakan oleh seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi adalah terdiri daripada perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan dan penstafan.
  • 7. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Jenis Kemahiran Dalam Pengurusan Robert L. Katz telah mengenalpasti tiga jenis kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh seorang pengurus. Kemahiran ini terdiri daripada berikut: KemahiranTeknik Kebolehan menggunakan peralatan, peraturan dan prosedur dan teknik dalam sesuatu pekerjaan atau bidang, kemahiran asas yang membantu pengurus memahami bagaimana kerja-kerja tersebut dilakukan. Kemahiran Kemanusiaan Kebolehan bekerja dengan memahami dan merangsang orang lain. Perhubungan sosial dan individu antara pengurus dengan pekerja agar dapat menjadi teladan kepada mereka agar berupaya menjadi ikutan orang lain. Kemahiran Konsep Kebolehan atau keupayaan pengurus untuk memikir dan menyelaras serta mencampurkan kegiatan unit yang berbeza. Keupayaan melihat secara keseluruhan unit dalam organisasi dan perkaitannya antara satu sama lain. Membolehkan pengurus mengambilkira kesemua kepentingan organisasi. Kemahiran-kemahiran lain yang perlu dikuasai ialah seperti kemahiran berkomunikasi di mana seorang pengurus perlu tahu cara untuk berkomunikasi dengan para pekerja bagi merapatkan perhubungan dengan pekerja. Kemahiran dalam membuat keputusan juga penting kerana pengurus perlu banyak membuat keputusan–keputusan penting bagi organisasi. Keputusan yang dibuat oleh pengurus akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhan. Kemahiran-kemahiran ini boleh dikaitkan dengan tahap atau tingkat pengurusan dalam organisasi bagi menentukan anggaran masa dan tenaga yang digunakan oleh seseorang pengurus. Peranan Pengurus
  • 8. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Terdapat tiga peranan utama dan sepuluh peranan khusus yang dimainkan oleh pengurus mengikut Henry Mintzberg (Ivancevich et al. 1997). Peranan Antara Perorangan atau Penghubung Antara Individu Peranan ini melihat pengurus sebagai seorang yang membantu mewujudkan dan membina perhubungan yang baik di antara pengurus sesama pengurus dan pengurus dengan pekerja. Terdapat tiga peranan khusus dalam melaksanakan tugas sebagai penghubung antara individu: a) Sebagai Ketua atau Orang Terpenting Apabila pengurus dilantik sebagai ketua jabatan, ketua organisasi atau ketua cawangan, mereka merupakan individu yang berkedudukan memimpin individu yang lain dan sentiasa diperlukan oleh pekerja dalam setiap majlis atau aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi. Dengan adanya penglibatan ketua ini, akan merapatkan lagi perhubungan individu-individu yang lain dalam organisasi. Walaupun peranan ini tidak melibatkan keputusan atau perkara yang penting tetapi ia penting bagi mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang dihormati. Sebagai contoh pengurus menghadiri majlis-majlis perasmian, menghadiri mesyuarat, melayani tetamu dan majlis perkahwinan pekerja-pekerja. b) Sebagai Pemimpin Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong, memotivasi dan mengalakkan pekerja untuk bekerja. Dalam melaksanakan peranan ini pengurus perlu sentiasa bekerja dan berusaha untuk memperbaiki prestasi pekerja, mengurangkan konflik dan memberi Maklum balas terhadap prestasi pekerja. Pengurus juga perlu melaksanakan aktiviti pengawalan bagi memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar c) Sebagai Pegawai Perhubungan Pengurus juga perlu mengadakan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar organisasi. Pengurus perlu berinteraksi dengan pengurus dan pihak lain seperti pembekal dan pelanggan. Penyebar Maklumat Pengurus sebagai penyebar maklumat berfungsi sebagai individu yang menerima dan menghantar maklumat kepada pekerja.
  • 9. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 a) Sebagai Pengawas Pengurus berperanan untuk mencari maklumat-maklumat di persekitaran dalaman dan luaran organisasi mengenai isu-isu semasa, perubahan, peluang dan masalah yang boleh memberi kesan kepada organisasi. Dengan adanya maklumat ini akan dapat membantu organisasi untuk bersaing dengan organisasi yang lain. Pengurus boleh mendapat maklumat semasa menghadiri seminar, persidangan ataupun dalam komunikasi secara tidak langsung. Contohnya maklumat mengenai perubahan fesyen remaja boleh didapati melalui pemerhatian terhadap cara remaja berpakaian ataupun melalui majalah-majalah remaja. Ini dapat membantu pengurus mengeluarkan pakaian yang menepati citarasa remaja. b) Penyebar atau Penyampai Peranan ini merujuk kepada pengurus bertindak untuk menyampaikan semua maklumat yang diperolehi kepada semua individu yang memerlukan maklumat tersebut. Maklumat-maklumat ini mestilah ditapis dahulu oleh pengurus untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah yang tepat dan boleh digunakan oleh pekerja. Maklumat yang disampaikan mungkin merupakan maklumat daripada pihak luar yang perlu disampaikan kepada unit-unit yang ada dalam organisasi ataupun maklumat tersebut maklumat yang didapati daripada pekerja dalam organisasi dan disampaikan kepada pekerja yang lain yang mungkin memerlukan maklumat tersebut. c) Sebagai Jurucakap Peranan jurucakap adalah berkaitan dengan aktiviti menyampaikan sebahagian maklumat kepada mereka yang berada diluar daripada unitnya. Penyampaian maklumat ini mungkin terdiri dari dasar, rancangan tindakan dan keputusan organisasi. Contoh penyebaran maklumat dalaman adalah seperti isu tuntutan gaji pekerja kepada pihak majikan. Manakala penyebaran maklumat luaran ialah seperti pengurus memberi pandangan kepada pihak luar mengenai sesuatu isu seperti kenaikan gaji pekerja. Dengan kata lain pengurus mewakili organisasi dalam menyebarkan maklumat bagi organisasi. Sebagai Pembuat Keputusan Membuat keputusan adalah satu peranan penting yang seharusnya dilakukan oleh pengurus dengan bijak berkaitan dengan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam organisasi. Terdapat empat peranan khusus yang seharusnya dimainkan oleh pengurus dalam melaksanakan peranannya sebagai pembuat keputusan: a) Sebagai Usahawan
  • 10. PENGURUS DAN PENGURUSAN 9 July 2008 Pengurus seharusnya memiliki sifat-sifat yang sebagaimana yang terdapat pada usahawan seperti rajin, kreatif, berpandangan jauh, sanggup menerima risiko dan amanah. Dengan adanya sifat-sifat ini, pengurus dapat meningkatkan prestasi organisasi dengan cara menimbulkan idea-idea yang kreatif bagi perkembangan organisasi. Sebagai contoh pengurus memperkenalkan sistem pembayaran gaji yang lebih baik dan adil kepada pekerja berdasarkan beban kerja dan pengalaman kakitangan dan bukannya kepada status kakitangan. b) Sebagai Pengawal Gangguan Pengurus juga mesti sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam hubungan pekerja-pekerja dalam organisasi seperti masalah dengki dan berpuak-puak dan masalah-masalah luaran seperti kekurangan peralatan, mogok dan rusuhan. Pengurus perlu segera menyelesaikan masalah ini agar tidak merebak dan tindakan yang diambil juga mestilah tidak merugikan mana-mana pihak. c) Sebagai Pengagih Sumber Pengurus menentukan bagaimana dan kepada siapa sumber serta masa pengurus itu akan diagihkan. Pengagihan melibatkan kewangan, peralatan dan aset-aset lain yang terdapat dalam organisasi. Pengagihan ini mestilah dilakukan dengan adil supaya semua pihak berpuashati. Sebagai contoh pengurus menentukan jangkamasa dan siapa yang akan mengendalikan dalam menyiapkan satu-satu projek. d) Sebagai Perunding Pengurus melaksanakan peranan sebagai perunding di mana pengurus akan mewakili organisasi atau unitnya dalam setiap perundingan yang melibatkan bidang tanggungjawab mereka. Perundingan hanya boleh dilakukan oleh pengurus kerana hanya pengurus yang mempunyai maklumat dan kuasa membuat perundingan. Sebagai contoh pengurus berunding dengan kesatuan-kesatuan sekerja berkaitan dengan isu gaji pekerja.