MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Kertas kerja program perkhemahan 2017
1. KERTAS KERJA PROGRAM/AKTIVITIKOKURIKULUM
TAJUK : PERKHEMAHAN
MATLAMAT/
LATARBELAKANG : i) Memberi peluang kepada murid-murid khususnya memperolehi
pengetahuan dan kemahiran pembelajaran luar bilik darjah yang
diperlukan untuk menjadi seorang yang cemerlang.
ii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan
fizikal.
OBJEKTIF :
1. Memberi pengalaman yang menyeluruh dan seimbang dengan aktiviti pendidikan
formal di dalam bilik darjah.
2. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan diri dan
pengurusan masa untuk kehidupan harian.
3. Memupuk sikap yakin diri dengan kebolehan diri sendiri tanpa mengenal rasa
putus asa.
SASARAN : Murid Tahap 2
ANGGARAN PERBELANJAAN/SUMBER KEWANGAN:
PENDAPATAN PERBELANJAAN
Bil Sumber Jumlah Bil Perkara Jumlah
1 Ko-kurikulum (Bantuan
tambahan)
481.50 1 Hadiah (Sijil) 75 x 1.00 75.00
2 Hamper (3) 131.00
3 Khemah (2) x RM70.00 140.00
4 Makan Minum Peserta 135.50
JUMLAH 481.50
STRATEGI PELAKSANAAN:
Penubuhan Jawatankuasa Perkhemahan
Mengadakan Mesyuarat menentukan tempat, masa, aktiviti dan tugas untuk
memastikan program brjalan dengan lancar.
Menyediakan borang –borang penyertaan dan pemarkahan.
Memberikan taklimat dan jadual serta pelan perkhemahan kepada guru dan staf
yang terlibat.
Kejohanan diadakan pada 03 & 04hb. Novemberr 2017
2. PENILAIAN/PENUTUP :
Aktiviti Perkhemahan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid
Sekolah Kebangsaan Weston Beaufort merasai sendiri pengalaman menyertai aktiviti
perkhemahan ini. Selain itu, aktiviti ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat
persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili
sekolah dalam acara perkhemahan di peringkat yang lebih tinggi malah dapat memberi
motivasi kepada diri mereka sendiri.
Disedia oleh: Disemak oleh:
............................................................ ...............................................
(MOHD. NORJALI BIN MOHD. JIRIM) (SITI JARAH BINTI MADZIN)
Setiausahan Program PK. Ko-Kurikulum
SK. Weston, Beaufort. SK. Weston, Beaufort.
Disahkan Oleh:
................................
(SITI BIN GUNTOK)
Guru Besar
SK. Weston, Beaufort.