SlideShare a Scribd company logo
1 of 46
Download to read offline
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
JULAI 2001
Cetakan Pertama 2001
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah,
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran
Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.
Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum
Pembelajaran secara konstruktivisme / Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bibliografi: ms. 38
ISBN 983-2340-32-2
1. Constructivism (Education). 2. Cognitive learning. 3. Leaning,
Psychology of. I. Judul
370.152

i
KATA PENGANTAR
Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi
penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan
kehendak pendidikan masa kini dan masa depan.

Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan
strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikuljum (PPK) telah menghasilkan
pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan buku penerangan am tentang
pengurusan dan pelaksanaan kurikulum.

Modul (P&P) boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan
suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan
untuk menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam
usaha mereka untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan.

PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku
penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan
oleh semua pihak yang terlibat.

Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
KANDUNGAN

MUKA SURAT

Objektif Modul

1

Pengenalan

2

Teori Pembelajaran

3

Apakah Konstruktivisme?

6

Implikasi Pengertian Konstruktivisme

11

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

12

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

13

Peranan Murid Dan Guru Serta Cabaran
Kelas Konstruktivisme

15

Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisional
Dan Konstruktivisme

18

Contoh Pembelajaran Secara Konstruktivisme

19

Penilaian Modul

37

Rujukan

38

Lampiran

41

iii
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

PEMBELAJARAN
SECARA KONSTRUKTIVISME

OBJEKTIF MODUL

Membezakan pelbagai pandangan tentang teori
pembelajaran
Menyatakan
pengertian
dan
pembelajaran secara konstruktivisme
Menyenaraikan
konstruktivisme

ciri-ciri

pembelajaran

implikasi
secara

Menghuraikan kepentingan pembelajaran secara
konstruktivisme
Mengaplikasikan
konstruktivisme
pembelajaran

pembelajaran
secara
dalam
pengajaran
dan

1
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

PENGENALAN

“In class, try to avoid telling your students any answers …. Do not
prepare a lesson plan. Instead, confront your students with some
sort of problem which might interest them. Then, allow them to work
the problem through without your advice or counsel. Your talk
should consist of questions directed to particular students, based on
remarks made by those students. If a student asks you a question,
tell him that you don't know the answer, even if you do. Don't be
frightened by the long stretches of silence that might occur. Silence
may mean that the students are thinking.”
(Postman, N.& Weingartner, C.,1969)

Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara
bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula
menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru
ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan
secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya
melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali
sebagai

Konstruktivisme

yang

mampu

menyediakan

warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan
pada masa hadapan.

2
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

TEORI PEMBELAJARAN :
KEPADA KONSTRUKTIVISME

DARIPADA

BEHAVIORISME

BEHAVIORISME
•

Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.

•

Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran
atau hukuman.

•

Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang
boleh diukur atau diperhatikan.

•

Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid
dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.

Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan
adalah teori Behaviorisme. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong
Behaviorisme adalah B. F. Skinner, John B. Watson dan Edward Thorndike.
Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan.
Penyelidikan mereka tertumpu kepada tingkah laku

ini. Mereka tidak

mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan
imej mental.

Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi

penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu dilakukan
lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi
ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu
perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan ganjarannya.

Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya.
Menurut Gardner (2000), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau
kemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh
diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu mengambil
tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan
yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru
3
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang
menunjukkan perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih
tubi.

Guru lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan,

bukannya kefahaman murid.

KOGNITIVISME

•

Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema.

•

Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu
diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau
skema diubah suai.

Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh
pengetahuan ialah secara Kognitivisme. Penggerak utama Kognitivisme
adalah Jean Piaget.

Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental.

Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental
yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan
maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat
ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat
tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang
ada,

maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai

diubah suai.

4

atau skema akan
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan
kepada pengetahuan sedia ada.

Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu
pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme.
Mengikut Konstruktivisme,

pengetahuan dibina secara aktif oleh individu

yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan
yang disampaikan oleh gurunya.

Murid akan menyesuaikan sebarang

maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk
pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama
rakan dan gurunya.

5
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

APAKAH KONSTRUKTIVISME ?

“Constructivism is an approach to teaching based on research about how
people learn. Many researchers say that each individual constructs
knowledge rather than receiving it from others.”
(McBrien & Brandt,1997)
(Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan
bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain)

“They are constructing their own knowledge by testing ideas and
approaches based on their prior knowledge and experience, applying
these to a new situation and integrating the new knowledge gained with
pre-existing intellectual constructs.”

(Briner, M.,1999)
(Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan
pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia
wujud)

6
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

“Constructivist theory posits that students make sense of the world by
synthesizing new experiences into what they have previously
understood. They form rules through reflection on their interaction with
objects and ideas. When they encounter an object, idea or relationship
that does not make sense to them, they either interpret what they see to
conform to their rules or they adjust their rules to better account for the
new information.”
(Brooks & Brooks, 1993)
(Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna
tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang
mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila
mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak
bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada
menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan
peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan
peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan
lebih baik)

7
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

“In the contructivist theory the emphasis is placed on the learner or the
student rather than the teacher or the instructor. It is the learner who
interacts with objects and events and thereby gains an understanding
of the features held by objects or events. The learner, therefore,
constructs his/her own conceptualizations and solutions to problems.
Learner autonomy and initiative is accepted and encouraged.”
( Sushkin, N., 1999 )
(Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid
lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi
dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang
bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri
konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan
inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan).

“konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen
terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan
sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai
oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau
pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan
tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu
kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan
membentuk
pengetahuan
sendiri
dengan
menggunakan
pengalamannya secara terpilih”
( Nik Azis Nik Pa, 1999 )

8
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian
pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang
berikut:

KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
sendiri

pengetahuan

atau

konsep

secara

aktif

berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid
akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

9
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan
Idea
Konsep
Kemahiran
Maklumat

Pengetahuan yang diterima
Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan baru yang telah dibina
(Tran Vui, 1999)

Rajah 1: Gambaran Pengertian Konstruktivisme

10
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan yang
dipunyai oleh murid
adalah hasil darIpada
aktiviti yang
dilakukan oleh murid
tersebut dan bukan
pengajaran yang
diterima secara pasif

Pengajaran
dan
pembelajaran akan
berpusatkan murid

Guru berperanan
sebagai fasilitator
yang membantu
murid membina
pengetahuan dan
menyelesaikan
masalah

IMPLIKASI
DARIPADA
PENGERTIAN
KONSTRUKTIVISME

Guru berperanan
sebagai pereka bentuk
bahan pengajaran
yang menyediakan
peluang kepada murid
untuk membina
pengetahuan baru

Rajah 2 : Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme

11

Guru akan mengenal
pasti pengetahuan
sedia ada murid dan
merancang kaedah
pengajarannya
dengan sifat asas
pengetahuan
tersebut
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Menggalakkan soalan/idea
yang dimulakan oleh
murid dan
menggunakannya sebagai
panduan merancang
pengajaran

Mengambil kira
kepercayaan dan sikap
yang dibawa oleh
murid

Menggalakkan murid
bertanya dan berdialog
dengan murid dan guru

Ciri-ciri
Pembelajaran
Secara
Konstruktivisme

Mengambil kira dapatan kajian
tentang bagaimana murid belajar
sesuatu idea

Menganggap
pembelajaran sebagai
satu proses yang sama
penting dengan hasil
pembelajaran

Menyokong
pembelajaran
koperatif

secara

Menggalakkan dan
menerima daya usaha dan
autonomi murid

Menggalakkan
proses inkuiri
murid
melalui
kajian
dan
eksperimen

Memberi peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baru dengan memahaminya melalui
penglibatan murid dengan situasi dunia yang
sebenar

Rajah 3 : Ciri- Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

12
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

LEBIH
BERFIKIR

LEBIH
SERONOK

LEBIH
FAHAM

MURID

LEBIH
BERKEMAHIRAN
SOSIAL

LEBIH
INGAT

LEBIH
YAKIN

Rajah 4. Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

13
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang
bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai
contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan
seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data,
membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.

Berfikir

Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila
mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru.
Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat
mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi
baru.

Faham

Ingat

Yakin

Kemahiran
sosial

Seronok
.

.

Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih
lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam
mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru.

Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina
sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih
yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan
masalah dalam situasi baru.

Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain
dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini
diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam
membina pengetahuan mereka.

Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri
pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih
faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

14
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN DALAM KELAS
KONSTRUKTIVIS
Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas,
peranan murid dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam
bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabarancabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara
konstruktivisme.

Peranan Murid
•

Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan
isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab
soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

•

Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.
Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan
idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat
mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina
asas pengetahuan yang mereka faham.

•

Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang
untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk
menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam
kumpulan.

•

Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau
interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

15
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Peranan Guru
•

Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai
pandangan mereka.

•

Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.

•

Membantu murid menyedari
kehidupan mereka.

•

Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan
hanya dalam bentuk ujian bertulis.

•

Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk
penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat
hipotesis.

•

Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.

•

Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan
bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.

•

Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan
setelah soalan dikemukakan.

•

Memberi masa secukupnya kepada murid untuk
perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.

•

Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan
tertentu.

•

Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.

16

kerelevanan

kurikulum

kepada

membuat
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Cabaran Guru Konstruktivis
•

Guru merasa mereka tidak mengajar .

•

Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran
konstruktivisme dianggap tidak realistik.

•

Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi .

•

Kawalan kelas agak merosot.

•

Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan
konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta
pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.

secara

Walaupun terdapat beberapa kesulitan berkaitan dengan pelaksanaan
pembelajaran secara konstruktivisme, kesulitan itu harus dipandang
sebagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru.

17
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

PERBANDINGAN PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME

PEMBELAJARAN
SECARA
TRADISIONAL

SECARA

TRADISIONAL

PEMBELAJARAN
SECARA
KONSTRUKTIVISME

PENEROKAAN
Murid menghadapi
atau masalah baru

PENGENALAN KEPADA
KONSEP
Konsep
diperkenalkan
secara deduktif kepada
murid

situasi

SOALAN DARIPADA MURID
Murid mengajukan beberapa
soalan yang berkaitan situasi
atau masalah yang dihadapi

LATIHAN
Bagi mengukuhkan konsep,
murid diberi banyak latihan
PENYIASATAN DAN KAJIAN
SPESIFIK
Murid memilih satu daripada
soalan atau sebarang masalah
yang diajukan dan menjalankan
penyiasatan penuh

APLIKASI
Murid mengaplikasi konsep
yang
dipelajari
dalam
situasi baru

Rajah 5.

REFLEKSI
Murid mencari hubungan
antara soalan-soalan dan
sebarang
masalah
yang
dijanakan
dan
membuat
generalisasi.
Seterusnya,
murid
mungkin
menemui
situasi atau masalah baru
untuk diterokai atau disiasat

Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisional dan
Konstruktivisme

18

DAN
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

CONTOH PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
MATEMATIK
OBJEKTIF

: Membuat generalisasi tentang bilangan segi empat
sama dalam sesuatu grid.

PERINGKAT : Menengah Rendah
AKTIVITI
i)

Merujuk kepada Rajah (a) tentukan berapakah segi empat
sama terkandung dalam rajah itu. Terangkan bagaimana anda
mendapat jawapan anda.

ii)

Cuba tentukan berapakah segi empat sama yang terdapat
dalam Rajah (b)? Rajah (c)?

iii)

Bagaimanakah pula dengan bentuk grid 5x5 dan grid 10x10

iv)

Apakah pola untuk bilangan segi empat sama yang
terkandung dalam sesuatu rajah?

v)

Cadangkan petua yang menentukan bilangan segi empat
sama dalam sesuatu rajah. Bagaimanakah anda akan menguji
kebenaran petua yang anda cadangkan itu?

Rajah (a)
Rajah(b)

Rajah (c)

19
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

PANDUAN GURU
Untuk (i) hingga (iii) murid berbincang sesama mereka untuk mengira
bilangan segi empat sama yang terkandung dalam setiap rajah. Guru
memberi bimbingan tentang strategi yang sesuai apabila diminta oleh murid.
Apabila sampai kepada kes grid 10x10 ada murid mungkin masih
menggunakan strategi membilang manakala mereka yang menggunakan
pola telah menggunakan strategi mengira iaitu :
Petak 1x1 = 102
Petak 2x2 = 92
Petak 3x3 = 82
.
.
.

Petak 10x10 = 1 = 12
Jumlah segi empat sama = 100 + 81+ 64 + 49 + ….. + 4 + 1 = 385
Daripada kes yang mereka terokai murid cadangkan petua bahawa bilangan
segi empat sama nxn = jumlah nombor kuasa dua daripada 1 hingga n2.
Peranan guru di sini ialah untuk membimbing murid merekod penerokaan
dalam bentuk sistematik supaya mereka nampak pola itu.
Untuk menguji kebenaran petua itu murid boleh cuba mengaplikasikannya
kepada kes yang mereka telah kaji pada awalnya. Bagi mereka yang buntu
guru boleh mencadangkan mereka uji petua itu dengan kes yang mereka
sudah ketahui jawapannya.

20
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

FIZIK
OBJEKTIF

: Menyiasat hubungan bentuk trek dengan kelajuan objek
yang melaluinya.

TINGKATAN : Tingkatan 4
A

Trek 1
B
Trek 2

AKTIVITI
Dua biji bola diguling di atas perkakasan yang ditunjukkan. Bola pertama
bergerak di atas Trek 1 manakala bola kedua bergerak di atas Trek 2.

Kedua-dua biji bola bermula pada titik A dan tamat di titik B.

(a)

Ramalkan bola yang manakah akan sampai lebih cepat ke titik B.
Terangkan prinsip yang anda telah gunakan untuk mencapai
kesimpulan ini.

(b)

Seorang murid mencadangkan yang bola kedua akan turun kepada
satu lembah sebelum tiba di penghujung trek 2. Oleh itu, halaju bola
kedua apabila tiba di titik B lebih perlahan berbanding dengan halaju
bola pertama. Adakah anda setuju dengan kesimpulan ini? Hujahkan
kes anda dan nyatakan sebarang andaian yang telah dibuat.

(c)

Jika kelerengan Trek 2 boleh diubah supaya menjadi sangat cerun
atau sederhana cerun. Terangkan bola yang manakah akan sampai ke
titik B terlebih dahulu untuk setiap kes.

21
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

PANDUAN GURU
Murid digalakkan berbincang dalam kumpulan kecil dan mempersembahkan
hasil perbincangan kepada kumpulan lain. Dengan cara demikian, penukaran
fikiran, idea yang kritis dan penyemakan penerangan alternatif dapat dipupuk
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Galakkan murid menyenaraikan
kepelbagaian analisis yang dihasilkan, kemudian cungkil fikiran murid untuk
menggunakan pengetahuan mereka untuk mempertahankan hujah mereka.
Sebagai fasilitator, guru tidak harus memberi jawapan tetapi boleh galakkan
pandangan alternatif, menarik perhatian kepada percanggahan idea atau
mencadangkan idea baru untuk diterokai.

Dalam tugasan ini penerangan untuk bahagian (b) bergantung kepada prinsip
keabadian tenaga. Kalau andaian dibuat bahawa kedua trek licin maka kedua
bola akan tiba di titik B dengan halaju yang sama. Sekiranya geseran pada
kedua-dua trek tidak diabaikan, bola kedua akan hilang lebih tenaga kinetik
kerana interaksi dengan trek yang lebih panjang. Oleh itu, halaju bola kedua
lebih perlahan apabila tiba di titik B.
ax

B.
Y

θ

g Sin θ
ay
X

22
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Analisis tentang bola yang manakah akan tiba di titik B bergantung kepada
cerun trek 2. Bola pertama bergerak pada Trek 1 dengan halaju seragam v.
Bola kedua mengalami pecutan dengan komponen ax dan ay dalam gerakan
di atas Trek 2. Oleh itu, gerakan bola kedua sentiasa mendahului gerakan
a
bola pertama daly didi haluan-x.
Gerakan sedemikian berlaku apabila Trek 2 mempunyai cerun sederhana.

Walau bagaimanapun apabila cerun Trek 2 terlalu besar komponen halaju
bola kedua pada titik di mana kedua Trek bersilang dalam haluan-x kecil.
Oleh yang demikian, walau pun bola kedua mengalami pecutan ax bola itu
tidak dapat mengejar bola pertama yang bermula pada titik

yangsama

dengan halaju yang lebih besar.
Peranan guru dalam analisis pergerakan bola ialah membimbing murid
bermula daripada salah satu daripada kes dahulu sama ada cerun sederhana
atau cerun sangat besar dan teruskan sehingga kes yang lain, bukannya
berhenti selepas satu jenis kes. Apabila murid telah mengkaji satu jenis kes
dengan mendalam beliau boleh mencadangkan mereka mengkaji kes yang
lain. Semasa memfasilitatorkan perbincangan, guru boleh mengingatkan
murid apabila menghujah mereka haruslah berdasarkan prinsip fizik yang
berkaitan.

23
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

ENGLISH LANGUAGE

OBJECTIVES OF LESSON : 1. Pupils would be able to know vocabulary
associated with wedding ceremony.
2. Pupils would be able to give a description
of a wedding orally and in writing.
TITLE OF LESSON

:

A Strange Wedding

LEVEL OF STUDENT

:

Intermediate ( Form 2 )

Pre-Reading Activities
A.

Brain Storming

Look at the word ‘wedding’ on the blackboard. What comes to your mind?.
List them down.

WEDDING

24
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

B.

Pictures

Look at the pictures below and put them into order. There is more than one
right answer. Compare with your partner.

C.

Vocabulary

1.

Find the words and phrases in the pictures above.
a.
b.
c.
d.
e.

2.

to fall in love
to date
to get engaged
to get married
a bride

f.
g.

a groom
a wedding

In pairs, look at the pictures again and tell the story using the words
from step 1 above. What do you think happened after they got
married?. Find a different pair and retell your story and listen to their
story. Is their story similar or different to yours?

25
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Reading Activities
A.

Vocabulary
Find a word in the article that means
‘two people’
‘unusual’
‘a truck that collects garbage’
‘made something that look nicer by adding beautiful things to it’

A STRANGE WEDDING
KUALA LUMPUR Tuesday January 11 – A Malaysian
couple, Mageswari and Rajoo, had a very strange wedding.
The bride came to the wedding in a garbage truck.
Mageswari,35, of Taman Kinrara, said she first saw Rajoo,
37, while he was driving a garbage truck near her house.
The couple met, fell in love and decided to get married. They
decorated the truck with ribbons and balloons. All the
garbage collectors in the city came to watch.

B. Comprehension

Answer these questions.
1.
2.
3.
4.

Why was this wedding strange?
Why did the bride come to the wedding in a garbage truck?
What is her husband’s job?
How did they decorate the garbage truck?

26
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

C.

Sequencing

Look at the sentences below and put them into the correct order
according to the article.
a.
b.
c.
d.
e.
f.

They decorated the garbage truck.
Mageswari first saw Rajoo driving a garbage truck.
They got married.
They decided to get married.
They met and fell in love.
Mageswari came to the wedding in the garbage truck.

Post-Reading Activities

A.

Spelling Test

Your teacher is going to read out 5 words from today’s article. Write the words
here (do not look back at the article)
1.

___________

2.

___________

3.

___________

4.

___________

5.

___________

27
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

B.

Gap-Fill

Read the paragraph below and fill in each space with the correct word from
the list. Use each word or phrase only once.
flowers

got married

wedding

bride

Habibah and Ahmad had a wonderful __________ (1). The _____________
(2) wore a beautiful dress. They ___________ (3) in a community hall which
was decorated with ribbons and ____________ (4).

C.

Discussion

Answer these questions in small groups :
1.
2.
3.

D.

How do people get married in your hometown?
Do people often date before they get married?. If not, why?
Where do people get married?

Writing

Write a description of a wedding ceremony that you have attended.

28
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

BAHASA MELAYU
OBJEKTIF

TAJUK :

:

Membina hukum yang menghubungkan kata dasar
yang bermula dengan ‘T’ dengan imbuhan ‘me’
Tatabahasa – Imbuhan Kata Kerja
(Awalan Me- untuk kata dasar bermula dengan t)

TINGKATAN :

1

BAHAN BANTU MENGAJAR:

Kad gambar

PENGETAHUAN PERLU ADA : Murid telah tahu yang kata terbitan terdiri
daripada imbuhan dan kata dasar.
AKTIVITI
1.

Murid ditunjukkan gambar tentang orang sedang menulis, menendang
bola, menumbuk sambal, menarik lembu, menonton televisyen.

2.

Pelajar menulis ayat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang ditunjukkan
dalam gambar-gambar tersebut. Murid diminta menuliskan ayat-ayat ini
di papan tulis dan menggariskan kata- kerja yang berimbuhan meseperti menulis, menendang, menumbuk, menarik dan menonton.

3.

Murid menentukan kata dasar kepada perkatan-perkataan ini dan
menyenaraikannya dalam jadual seperti yang di bawah:

Kata Terbitan

Kata Dasar

menulis
menendang
menumbuk
menarik
menonton

4.

tulis
tendang
tumbuk
tarik
tonton

Murid diberikan beberapa kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan
dan tiru. Kemudian murid membentuk kata terbitan jika imbuhan mediletakkan pada awal kata dasar ini.

5. Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi.

29
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

6.

Murid membaca ayat-ayat yang berikut:
•

Saleh menangis bila dimarahi gurunya.

•

Fadilah menambah gula kepada air milonya.

•

Sambil menyelam Raju telah mentelan air.

•

Menorek hidung adalah satu tabiat yang buruk.

Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan
perkataan-perkataan yang bergaris dan memberikan sebab.
7.

Murid merumus peraturan yang mereka gunakan bila menghubungkan
kata dasar yang bermula dengan huruf ‘t’ dengan imbuhan ’ me’.

8.

Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf ‘t ‘
tetapi tidak mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan
mentelaah.

30
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

KIMIA

TAJUK:

Asid, Bes dan Garam

HASIL PEMBELAJARAN UMUM:

Mensintesiskan konsep asid kuat,
asid lemah, alkali kuat dan alkali
lemah

HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS:

Menghubungkaitkan nilai ph dengan
keasidan atau kealkalian sesuatu
bahan.

TINGKATAN:

4

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

Murid telah mempelajari konsep asid
dan bes.

AKTIVITI

1.

Guru cuba menarik perhatian murid kepada situasi berikut :

a.

Sejak akhir-akhir ini kita sering melihat iklan dan produk tentang
bahan-bahan kecantikan wanita yang menekankan tentang kandungan
pHnya.
(Guru boleh menunjukkan iklan atau produk yang bersesuaian).

b.

Buah limau yang sering kita makan setiap hari mempunyai nilai pH
yang lebih tinggi berbanding dengan buah limau nipis. (sedangkan
kedua-duanya adalah berasid)
Apakah yang anda faham dengan nilai pH?

2.

Dapatkan pandangan murid tentang perkaitan pH dengan keasidan
dan kealkalian bahan.
Murid diminta menguji bahan-bahan domestik (cuka, cecair pencuci,
buah limau, syampu, air mineral, air paip) untuk mencari nilai pH
bahan-bahan tersebut dan mencatatkannya.

31
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

3.

Murid membuat rumusan tentang data yang diperolehi.
Guru menjelaskan hubung kait skala pH dengan keasidan dan
keakalian bahan.
(Murid dapat menstrukturkan semula idea mengenai pH).

32
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

GEOGRAFI
OBJEKTIF :

TAJUK
TINGKATAN

i. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
taburan penduduk
ii.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
pergerakan penduduk.
:

Taburan Penduduk
:

2

BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan edaran “Di mana Anda Ingin Tinggal” bagi setiap murid
Peta lakar yang menunjukkan negeri-negeri di negara Malaysia bagi
setiap murid dan satu salinan peta itu bagi setiap kumpulan
Pensil warna
Kalkulator

AKTIVITI
1. Murid berbincang mengenai beberapa negeri di negara Malaysia.
Apakah gambaran minda murid apabila mereka membincangkan
negeri Kelantan atau Sarawak atau negeri-negeri lain dibincangkan?
Adakah gambaran ini positif atau negatif? Bagaimanakah gambaran
mental tersebut telah berkembang?
2. Murid menyatakan negeri yang paling digemari dan paling tidak
digemari untuk tinggal serta beri sebab-sebab.
3. Bahan edaran “Di mana Anda Ingin Tinggal” diberikan kepada semua
murid. Murid dikehendaki mengatur negeri-negeri kegemaran mereka
berdasarkan skala 1-5. Murid diberi panduan menggunakan skala
tersebut (contohnya, skala 1 bermakna murid tidak ingin tinggal di
tempat itu, skala 5 bermakna murid itu benar-benar ingin tinggal di
tempat tersebut, skala 3 bermakna murid tidak mempunyai pendapat
tegas terhadap sesuatu tempat).
4. Setiap murid mewarnakan negeri-negeri kegemaran mereka pada peta
negara Malaysia dengan menggunakan warna lembut untuk
melambangkan negeri-negeri yang paling tidak digemari sehingga ke
warna gelap untuk melambangkan negeri-negeri yang paling digemari.

33
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

5. Murid berbincang mengenai negeri kegemaran mereka. Soalan-soalan
perbincangan adalah seperti yang berikut:
Mengapakah anda suka tinggal di negeri yang anda pilih?
Bagaimanakah anda membuat keputusan mengenai negeri
yang paling tidak digemari?
Adakah anda lebih menggemari negeri jiran daripada negeri
yang jauh? Mengapa?
Apakah pengalaman atau maklumat yang digunakan untuk
membuat keputusan sedemikian?
Apakah maklumat tambahan yang anda perlu bagi setiap negeri
untuk membantu anda membuat keputusan tepat?
Pada pendapat anda, mungkinkah anda akan berpindah untuk
tinggal di negeri yang anda gemari? Apakah faktor tarikan dan
faktor tolakan yang membantu anda membuat keputusan
tersebut?
6. Kertas cadangan dikumpul. Kelas membuat analisis dengan mengira
purata skor bagi setiap negeri kegemaran mereka secara
keseluruhan. Analisis ini dibuat secara kolaboratif. Senaraikan negeri
mengikut purata kegemaran. Contohnya :
Negeri
Perlis
Kedah
Pulau Pinang

Purata skor
4.5
4.2
3.8

7. Kelas melukis/melakar dan mewarnakan peta kegemaran berdasarkan
data di atas sama seperti langkah 4. Peta kegemaran yang mewakili
kelas ini boleh juga diperbesar untuk ditampal pada papan kenyataan
kelas.
8. Murid boleh menganalisis peta tersebut berdasarkan soalan-soalan
yang berikut:
Negeri manakah yang paling digemari? Kurang digemari?
Mengapa?
Mengenal pasti negeri-negeri yang mempunyai kesamaan
daripada aspek kegemaran murid? Apakah sebab-sebab yang
diberikan oleh murid?
Apakah pola yang terdapat dalam peta itu?
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan peta
minda itu?

34
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

KESIMPULAN
Murid disoal mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tempat
tinggal dan imej mental mereka terhadap tempat tersebut. Apakah
kesimpulan yang boleh dibuat terhadap pola pemilihan tempat tinggal?
Jika imej mental murid terhadap negeri-negeri ini berdasarkan maklumat yang
tidak lengkap dan berat sebelah, cadangkan kepada mereka untuk mengkaji
tentang negeri-negeri tersebut sama ada tanggapan mereka benar atau tidak.

35
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

BAHAN EDARAN : “DI MANA ANDA INGIN TINGGAL”
Susun atur negeri-negeri kegemaran anda berdasarkan skala berikut:
1 = Amat tidak digemari
2 = Tidak digemari
3 = Tiada pendapat
4 = Digemari
5 = Amat digemari

_______ Perlis
_______ Kedah
_______ Pulau Pinang
_______ Perak
_______ Selangor
_______ Wilayah Persekutuan
_______ Melaka
_______ Negeri Sembilan
_______ Johor
_______ Pahang
_______ Terengganu
_______ Kelantan
_______ Sabah
_______ Sarawak

36
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

PENILAIAN MODUL
1.

Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme?

2.

Apakah perbezaan antara Konstruktivisme dan Behaviorisme?

3.

Senaraikan lima ciri pembelajaran secara konstruktivisme.

4.

Mengapakah pembelajaran secara konstruktivisme penting dalam
sistem pendidikan hari ini?

5.

Senaraikan peranan guru dan murid dalam kelas apabila pembelajaran
secara konstruktivisme diamalkan.

6.

Bezakan pembelajaran secara tradisional dengan pembelajaran secara
konstruktivisme.

7.

Bina satu contoh rancangan mengajar yang menerapkan ciri-ciri
pembelajaran secara konstruktivisme.

37
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

RUJUKAN
Briner,M.(1999).[Online]Available:
http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html
Brooks,J.G. & Books,M.G. (1999).
Educational Leadership, 57(3).

The Courage To Be Constructivist.

Brooks,J.G. & Brooks,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The Case
For Constructivist Classrooms.
Alexandria, VA:Association for
Supervision and Curriculum Development (ASCD)
Dick,M.H. (1994). An Instructional Designer’s View Of Constructivism.
Educational Technology, May, 41-44.
Duffy,T.M. & Jonassen,D.H. (1991). Constructivism: New Implications For
Instructional Technology? Educational Technology, May, 7-12.
Gardner,H.(2000).The Disciplined Mind. New York : Penguin Books.
Jonassen,D.H. (1991). Objectivism Versus Constructivism: Do We Need A
New Philosophical Paradigm? Educational Technology Research And
Development, 39 (3), 5-14.
Jonasson,D.H. (Undated). Thinking Technology: Toward
Constructivist Design Model. [Online)] Available:
http://ouray.cudenver.edu/~slsanfor/cnstdm.txt

A

Khalsa,G. (Undated). Constructivism. [Online]. Available:
http://www.gwu.edu/~etl/khalsa.html
Lebow,D. (1993). Constructivist Values For Instructional Systems Design:
Five Principles Toward A New Mindset. Educational Technology
Research And Development, 41(3), 4-16.
McBrien,J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to
Education Terms. Alexandria, VA. Association for Supervision and
Curriculum Development.
Merrill,M.D. (1991). Constructivism And Instructional Design. Educational
Technology, May, 45-53.
Nik Azis Nik Pa (1997).
Pembentukan Model Pengajaran Matematik
Berlandaskan Konstruktivisme Radikal. Science and Mathematics
Education, 11, 27-36.
Nik Azis Nik Pa (1999).
Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam
Pendidikan Matematik . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Postman,N.& Weingartner,C.(1969). Teaching as a Subversive Activity. New
York : Dell
Sushkin,N.(1999).[Online]Available:
http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html

38
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

Tran Vui (1999). Constructivism in Mathematics Education, Part 1. (nota
kursus SM 107 : Constructivism and Innovative Teaching Strategies in
Secondary Mathematics), RECSAM.
General overview of the constructivist theory:
http://www.oltc.edu.au/cp/04c.html
Constructivist Theory (Bruner,J). [Online]. Available:
http://www.gwu.edu/~tip/bruner.html
Website with good constructivism primer, classroom tips and links:
http://www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/
Website with resources for constructivist instruction:
http://hale.pepperdine.edu/~rsaldric/construct.html

39
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

PANEL PENULIS
Penasihat:
Dr. Sharifah Maimunah bt
Syed Zin
Pengerusi:
Dr. Rohani Abdul Hamid

Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Timbalan Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Ahli Panel:
Mahzan bin Bakar ( Ketua )

Pusat Perkembangan Kurikulum

Norjoharuddin bin Mohd Nor RECSAM, P. Pinang
( Pakar Rujuk )
Indira Popatlal
Pusat Perkembangan Kurikulum
Loh Kok Khuan

Pusat Perkembangan Kurikulum

Maharom Mahmood

Pusat Perkembangan Kurikulum

Mokelas Ahmad

Pusat Perkembangan Kurikulum

Arni Zainir

Pusat Perkembangan Kurikulum

Norhayati Mokhtar

Pusat Perkembangan Kurikulum

40
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

SENARAI NAMA MODUL DAN BUKU PENERANGAN AM
Modul dan buku penerangan am yang dihasilkan oleh PPK :
•

Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

•

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengaran Dan
Pembelajaran

•

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

•

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

•

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

•

Pembelajaran Secara Kontekstual

•

Pembelajaran Akses Kendiri

•

Pembelajaran Masteri

•

Belajar Cara Belajar

•

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Matlamat Dan Misi, Kementerian Pendidikan Malaysia

•

Kepimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah

•

Penilaian Kendalian Sekolah

41

More Related Content

What's hot

Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2一世 一生
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeBun Faris
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Mohd Kasman
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismesahronzulkepli
 
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran KonstruktivismeAnas Nataris
 
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)Dedi Yulianto
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Aidil Abrar
 
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)Sriwijaya University
 
Teori belajar kognitif kel 1.pptx
Teori belajar kognitif kel 1.pptxTeori belajar kognitif kel 1.pptx
Teori belajar kognitif kel 1.pptxOtariNurhalizah
 
Teori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis KognitifTeori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis KognitifJen Kelana
 

What's hot (16)

Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2Unit 9  Modul 1  Konstruktivisme V2
Unit 9 Modul 1 Konstruktivisme V2
 
Modul (kb 6) contextual
Modul (kb 6) contextualModul (kb 6) contextual
Modul (kb 6) contextual
 
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivismeTeori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
Teori belajar dan pembelajaran konstruktivisme
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivisme
 
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran Konstruktivisme
 
TEORI KOGNITIVISME
TEORI KOGNITIVISMETEORI KOGNITIVISME
TEORI KOGNITIVISME
 
Kontruktivis
KontruktivisKontruktivis
Kontruktivis
 
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
Konstruktivisme dan desain pembelajaran (dipakai)
 
Ppt. kontruktivisme
Ppt. kontruktivismePpt. kontruktivisme
Ppt. kontruktivisme
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme Teori belajar konstruktivisme
Teori belajar konstruktivisme
 
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
Belajar dan pembelajaran (kognitif dan konstruktivisme)
 
Teori belajar kognitif kel 1.pptx
Teori belajar kognitif kel 1.pptxTeori belajar kognitif kel 1.pptx
Teori belajar kognitif kel 1.pptx
 
Tekno pdf
Tekno pdfTekno pdf
Tekno pdf
 
Teori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis KognitifTeori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
Teori Belajar Psikologi berbasis Kognitif
 

Similar to Konstruktivisme

TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptxTUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptxazrirans
 
45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oumSashi Kumar
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismesahronzulkepli
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Teori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaranTeori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaranRetno Wahyuningsih
 
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiArachnis Flosaeris
 
Assigment prof madya dr christina l send
Assigment prof madya dr christina l sendAssigment prof madya dr christina l send
Assigment prof madya dr christina l sendkirutping71
 
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptxGrant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptxLeli85
 
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)Dedi Yulianto
 
Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualPratiwiKartikaSari
 

Similar to Konstruktivisme (20)

Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Makalah dppm
Makalah dppmMakalah dppm
Makalah dppm
 
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptxTUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
TUGAS 1 KAJIAN TEORI BELAJAR_AZRI.pptx
 
Capter 2 tugs pak mustaji
Capter 2 tugs pak mustajiCapter 2 tugs pak mustaji
Capter 2 tugs pak mustaji
 
45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum45565607 topik-5-khsr-oum
45565607 topik-5-khsr-oum
 
Teori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivismeTeori pembelajaran konsruktivisme
Teori pembelajaran konsruktivisme
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Artikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar PembelajaranArtikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar Pembelajaran
 
Teori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaranTeori kognitif dalam pembelajaran
Teori kognitif dalam pembelajaran
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
 
Assigment prof madya dr christina l send
Assigment prof madya dr christina l sendAssigment prof madya dr christina l send
Assigment prof madya dr christina l send
 
Teori belajar
Teori belajarTeori belajar
Teori belajar
 
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptxGrant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
Grant Theory Pembelajaran-Moh_ Nurhakim.pptx
 
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)Konstruktivisme  implikasi baru dalam tep (1)
Konstruktivisme implikasi baru dalam tep (1)
 
Strategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran KontextualStrategi Pembelajaran Kontextual
Strategi Pembelajaran Kontextual
 

More from Jimmy Siow

15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013 Jimmy Siow
 
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasanJimmy Siow
 
14 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
14   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan14   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
14 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasanJimmy Siow
 
13 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
13   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan13   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
13 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesengganganJimmy Siow
 
12 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
12   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan12   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
12 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balinganJimmy Siow
 
11 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
11   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan11   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
11 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatanJimmy Siow
 
10 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
10   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari10   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
10 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlariJimmy Siow
 
09 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
09   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang09   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
09 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadangJimmy Siow
 
08 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
08   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring08   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
08 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaringJimmy Siow
 
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori seranganJimmy Siow
 
06 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
06   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama06   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
06 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan beriramaJimmy Siow
 
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asasJimmy Siow
 
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaranJimmy Siow
 
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)Jimmy Siow
 
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pjJimmy Siow
 
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskpJimmy Siow
 
16 kssr-pj-tahun4 - contoh rph
16   kssr-pj-tahun4 - contoh rph16   kssr-pj-tahun4 - contoh rph
16 kssr-pj-tahun4 - contoh rphJimmy Siow
 
Akuatik asas2 juk kssr thn 4
Akuatik asas2 juk kssr thn 4Akuatik asas2 juk kssr thn 4
Akuatik asas2 juk kssr thn 4Jimmy Siow
 
10 kssr-pj-tahun4
10   kssr-pj-tahun4  10   kssr-pj-tahun4
10 kssr-pj-tahun4 Jimmy Siow
 

More from Jimmy Siow (20)

15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013 15b   kssr-pj-tahun4 - segak 2013
15b kssr-pj-tahun4 - segak 2013
 
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
 
14 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
14   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan14   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
14 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - konsep kecergasan
 
13 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
13   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan13   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
13 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - rekreasi dan kesenggangan
 
12 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
12   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan12   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
12 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas balingan
 
11 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
11   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan11   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
11 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas lompatan
 
10 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
10   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari10   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
10 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - olahraga asas - kemahiran asas berlari
 
09 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
09   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang09   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
09 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori memadang
 
08 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
08   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring08   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
08 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori jaring
 
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan07   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
07 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - kem. asas permainan - kategori serangan
 
06 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
06   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama06   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
06 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - pergerakan berirama
 
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas05   kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
05 kssr-pj-tahun4 - modul kemahiran - gimnastik asas
 
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
 
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)03   kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
03 kssr-pj-tahun4 - dskp (draf21 ogos)
 
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj02   kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
02 kssr-pj-tahun4 - kreativiti pj
 
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp01   kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
01 kssr-pj-tahun4 - kursus orientasi dskp
 
16 kssr-pj-tahun4 - contoh rph
16   kssr-pj-tahun4 - contoh rph16   kssr-pj-tahun4 - contoh rph
16 kssr-pj-tahun4 - contoh rph
 
Akuatik asas2 juk kssr thn 4
Akuatik asas2 juk kssr thn 4Akuatik asas2 juk kssr thn 4
Akuatik asas2 juk kssr thn 4
 
10 kssr-pj-tahun4
10   kssr-pj-tahun4  10   kssr-pj-tahun4
10 kssr-pj-tahun4
 
Kids athletic
Kids athleticKids athletic
Kids athletic
 

Konstruktivisme

  • 3. Cetakan Pertama 2001 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Pembelajaran secara konstruktivisme / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bibliografi: ms. 38 ISBN 983-2340-32-2 1. Constructivism (Education). 2. Cognitive learning. 3. Leaning, Psychology of. I. Judul 370.152 i
  • 4. KATA PENGANTAR Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini dan masa depan. Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikuljum (PPK) telah menghasilkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan kurikulum. Modul (P&P) boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan. PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat. Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia ii
  • 5. KANDUNGAN MUKA SURAT Objektif Modul 1 Pengenalan 2 Teori Pembelajaran 3 Apakah Konstruktivisme? 6 Implikasi Pengertian Konstruktivisme 11 Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme 12 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 13 Peranan Murid Dan Guru Serta Cabaran Kelas Konstruktivisme 15 Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisional Dan Konstruktivisme 18 Contoh Pembelajaran Secara Konstruktivisme 19 Penilaian Modul 37 Rujukan 38 Lampiran 41 iii
  • 6. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME OBJEKTIF MODUL Membezakan pelbagai pandangan tentang teori pembelajaran Menyatakan pengertian dan pembelajaran secara konstruktivisme Menyenaraikan konstruktivisme ciri-ciri pembelajaran implikasi secara Menghuraikan kepentingan pembelajaran secara konstruktivisme Mengaplikasikan konstruktivisme pembelajaran pembelajaran secara dalam pengajaran dan 1
  • 7. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PENGENALAN “In class, try to avoid telling your students any answers …. Do not prepare a lesson plan. Instead, confront your students with some sort of problem which might interest them. Then, allow them to work the problem through without your advice or counsel. Your talk should consist of questions directed to particular students, based on remarks made by those students. If a student asks you a question, tell him that you don't know the answer, even if you do. Don't be frightened by the long stretches of silence that might occur. Silence may mean that the students are thinking.” (Postman, N.& Weingartner, C.,1969) Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali sebagai Konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. 2
  • 8. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME TEORI PEMBELAJARAN : KEPADA KONSTRUKTIVISME DARIPADA BEHAVIORISME BEHAVIORISME • Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. • Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman. • Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan. • Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran. Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan adalah teori Behaviorisme. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong Behaviorisme adalah B. F. Skinner, John B. Watson dan Edward Thorndike. Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan mereka tertumpu kepada tingkah laku ini. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan ganjarannya. Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner (2000), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru 3
  • 9. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid. KOGNITIVISME • Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema. • Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau skema diubah suai. Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara Kognitivisme. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai diubah suai. 4 atau skema akan
  • 10. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KONSTRUKTIVISME Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. 5
  • 11. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME APAKAH KONSTRUKTIVISME ? “Constructivism is an approach to teaching based on research about how people learn. Many researchers say that each individual constructs knowledge rather than receiving it from others.” (McBrien & Brandt,1997) (Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain) “They are constructing their own knowledge by testing ideas and approaches based on their prior knowledge and experience, applying these to a new situation and integrating the new knowledge gained with pre-existing intellectual constructs.” (Briner, M.,1999) (Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud) 6
  • 12. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME “Constructivist theory posits that students make sense of the world by synthesizing new experiences into what they have previously understood. They form rules through reflection on their interaction with objects and ideas. When they encounter an object, idea or relationship that does not make sense to them, they either interpret what they see to conform to their rules or they adjust their rules to better account for the new information.” (Brooks & Brooks, 1993) (Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik) 7
  • 13. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME “In the contructivist theory the emphasis is placed on the learner or the student rather than the teacher or the instructor. It is the learner who interacts with objects and events and thereby gains an understanding of the features held by objects or events. The learner, therefore, constructs his/her own conceptualizations and solutions to problems. Learner autonomy and initiative is accepted and encouraged.” ( Sushkin, N., 1999 ) (Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan). “konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih” ( Nik Azis Nik Pa, 1999 ) 8
  • 14. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai yang berikut: KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. 9
  • 15. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Pengetahuan Idea Konsep Kemahiran Maklumat Pengetahuan yang diterima Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru yang telah dibina (Tran Vui, 1999) Rajah 1: Gambaran Pengertian Konstruktivisme 10
  • 16. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru Rajah 2 : Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme 11 Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut
  • 17. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran Menyokong pembelajaran koperatif secara Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar Rajah 3 : Ciri- Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme 12
  • 18. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME LEBIH BERFIKIR LEBIH SERONOK LEBIH FAHAM MURID LEBIH BERKEMAHIRAN SOSIAL LEBIH INGAT LEBIH YAKIN Rajah 4. Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 13
  • 19. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Berfikir Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Faham Ingat Yakin Kemahiran sosial Seronok . . Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. 14
  • 20. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabarancabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara konstruktivisme. Peranan Murid • Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. • Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. • Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. • Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. 15
  • 21. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Peranan Guru • Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. • Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. • Membantu murid menyedari kehidupan mereka. • Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. • Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. • Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. • Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. • Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. • Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat. 16 kerelevanan kurikulum kepada membuat
  • 22. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Cabaran Guru Konstruktivis • Guru merasa mereka tidak mengajar . • Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran konstruktivisme dianggap tidak realistik. • Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi . • Kawalan kelas agak merosot. • Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah. secara Walaupun terdapat beberapa kesulitan berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme, kesulitan itu harus dipandang sebagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru. 17
  • 23. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PERBANDINGAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL SECARA TRADISIONAL PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PENEROKAAN Murid menghadapi atau masalah baru PENGENALAN KEPADA KONSEP Konsep diperkenalkan secara deduktif kepada murid situasi SOALAN DARIPADA MURID Murid mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah yang dihadapi LATIHAN Bagi mengukuhkan konsep, murid diberi banyak latihan PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK Murid memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan dan menjalankan penyiasatan penuh APLIKASI Murid mengaplikasi konsep yang dipelajari dalam situasi baru Rajah 5. REFLEKSI Murid mencari hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah yang dijanakan dan membuat generalisasi. Seterusnya, murid mungkin menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisional dan Konstruktivisme 18 DAN
  • 24. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME CONTOH PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME MATEMATIK OBJEKTIF : Membuat generalisasi tentang bilangan segi empat sama dalam sesuatu grid. PERINGKAT : Menengah Rendah AKTIVITI i) Merujuk kepada Rajah (a) tentukan berapakah segi empat sama terkandung dalam rajah itu. Terangkan bagaimana anda mendapat jawapan anda. ii) Cuba tentukan berapakah segi empat sama yang terdapat dalam Rajah (b)? Rajah (c)? iii) Bagaimanakah pula dengan bentuk grid 5x5 dan grid 10x10 iv) Apakah pola untuk bilangan segi empat sama yang terkandung dalam sesuatu rajah? v) Cadangkan petua yang menentukan bilangan segi empat sama dalam sesuatu rajah. Bagaimanakah anda akan menguji kebenaran petua yang anda cadangkan itu? Rajah (a) Rajah(b) Rajah (c) 19
  • 25. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PANDUAN GURU Untuk (i) hingga (iii) murid berbincang sesama mereka untuk mengira bilangan segi empat sama yang terkandung dalam setiap rajah. Guru memberi bimbingan tentang strategi yang sesuai apabila diminta oleh murid. Apabila sampai kepada kes grid 10x10 ada murid mungkin masih menggunakan strategi membilang manakala mereka yang menggunakan pola telah menggunakan strategi mengira iaitu : Petak 1x1 = 102 Petak 2x2 = 92 Petak 3x3 = 82 . . . Petak 10x10 = 1 = 12 Jumlah segi empat sama = 100 + 81+ 64 + 49 + ….. + 4 + 1 = 385 Daripada kes yang mereka terokai murid cadangkan petua bahawa bilangan segi empat sama nxn = jumlah nombor kuasa dua daripada 1 hingga n2. Peranan guru di sini ialah untuk membimbing murid merekod penerokaan dalam bentuk sistematik supaya mereka nampak pola itu. Untuk menguji kebenaran petua itu murid boleh cuba mengaplikasikannya kepada kes yang mereka telah kaji pada awalnya. Bagi mereka yang buntu guru boleh mencadangkan mereka uji petua itu dengan kes yang mereka sudah ketahui jawapannya. 20
  • 26. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME FIZIK OBJEKTIF : Menyiasat hubungan bentuk trek dengan kelajuan objek yang melaluinya. TINGKATAN : Tingkatan 4 A Trek 1 B Trek 2 AKTIVITI Dua biji bola diguling di atas perkakasan yang ditunjukkan. Bola pertama bergerak di atas Trek 1 manakala bola kedua bergerak di atas Trek 2. Kedua-dua biji bola bermula pada titik A dan tamat di titik B. (a) Ramalkan bola yang manakah akan sampai lebih cepat ke titik B. Terangkan prinsip yang anda telah gunakan untuk mencapai kesimpulan ini. (b) Seorang murid mencadangkan yang bola kedua akan turun kepada satu lembah sebelum tiba di penghujung trek 2. Oleh itu, halaju bola kedua apabila tiba di titik B lebih perlahan berbanding dengan halaju bola pertama. Adakah anda setuju dengan kesimpulan ini? Hujahkan kes anda dan nyatakan sebarang andaian yang telah dibuat. (c) Jika kelerengan Trek 2 boleh diubah supaya menjadi sangat cerun atau sederhana cerun. Terangkan bola yang manakah akan sampai ke titik B terlebih dahulu untuk setiap kes. 21
  • 27. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PANDUAN GURU Murid digalakkan berbincang dalam kumpulan kecil dan mempersembahkan hasil perbincangan kepada kumpulan lain. Dengan cara demikian, penukaran fikiran, idea yang kritis dan penyemakan penerangan alternatif dapat dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Galakkan murid menyenaraikan kepelbagaian analisis yang dihasilkan, kemudian cungkil fikiran murid untuk menggunakan pengetahuan mereka untuk mempertahankan hujah mereka. Sebagai fasilitator, guru tidak harus memberi jawapan tetapi boleh galakkan pandangan alternatif, menarik perhatian kepada percanggahan idea atau mencadangkan idea baru untuk diterokai. Dalam tugasan ini penerangan untuk bahagian (b) bergantung kepada prinsip keabadian tenaga. Kalau andaian dibuat bahawa kedua trek licin maka kedua bola akan tiba di titik B dengan halaju yang sama. Sekiranya geseran pada kedua-dua trek tidak diabaikan, bola kedua akan hilang lebih tenaga kinetik kerana interaksi dengan trek yang lebih panjang. Oleh itu, halaju bola kedua lebih perlahan apabila tiba di titik B. ax B. Y θ g Sin θ ay X 22
  • 28. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Analisis tentang bola yang manakah akan tiba di titik B bergantung kepada cerun trek 2. Bola pertama bergerak pada Trek 1 dengan halaju seragam v. Bola kedua mengalami pecutan dengan komponen ax dan ay dalam gerakan di atas Trek 2. Oleh itu, gerakan bola kedua sentiasa mendahului gerakan a bola pertama daly didi haluan-x. Gerakan sedemikian berlaku apabila Trek 2 mempunyai cerun sederhana. Walau bagaimanapun apabila cerun Trek 2 terlalu besar komponen halaju bola kedua pada titik di mana kedua Trek bersilang dalam haluan-x kecil. Oleh yang demikian, walau pun bola kedua mengalami pecutan ax bola itu tidak dapat mengejar bola pertama yang bermula pada titik yangsama dengan halaju yang lebih besar. Peranan guru dalam analisis pergerakan bola ialah membimbing murid bermula daripada salah satu daripada kes dahulu sama ada cerun sederhana atau cerun sangat besar dan teruskan sehingga kes yang lain, bukannya berhenti selepas satu jenis kes. Apabila murid telah mengkaji satu jenis kes dengan mendalam beliau boleh mencadangkan mereka mengkaji kes yang lain. Semasa memfasilitatorkan perbincangan, guru boleh mengingatkan murid apabila menghujah mereka haruslah berdasarkan prinsip fizik yang berkaitan. 23
  • 29. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME ENGLISH LANGUAGE OBJECTIVES OF LESSON : 1. Pupils would be able to know vocabulary associated with wedding ceremony. 2. Pupils would be able to give a description of a wedding orally and in writing. TITLE OF LESSON : A Strange Wedding LEVEL OF STUDENT : Intermediate ( Form 2 ) Pre-Reading Activities A. Brain Storming Look at the word ‘wedding’ on the blackboard. What comes to your mind?. List them down. WEDDING 24
  • 30. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME B. Pictures Look at the pictures below and put them into order. There is more than one right answer. Compare with your partner. C. Vocabulary 1. Find the words and phrases in the pictures above. a. b. c. d. e. 2. to fall in love to date to get engaged to get married a bride f. g. a groom a wedding In pairs, look at the pictures again and tell the story using the words from step 1 above. What do you think happened after they got married?. Find a different pair and retell your story and listen to their story. Is their story similar or different to yours? 25
  • 31. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Reading Activities A. Vocabulary Find a word in the article that means ‘two people’ ‘unusual’ ‘a truck that collects garbage’ ‘made something that look nicer by adding beautiful things to it’ A STRANGE WEDDING KUALA LUMPUR Tuesday January 11 – A Malaysian couple, Mageswari and Rajoo, had a very strange wedding. The bride came to the wedding in a garbage truck. Mageswari,35, of Taman Kinrara, said she first saw Rajoo, 37, while he was driving a garbage truck near her house. The couple met, fell in love and decided to get married. They decorated the truck with ribbons and balloons. All the garbage collectors in the city came to watch. B. Comprehension Answer these questions. 1. 2. 3. 4. Why was this wedding strange? Why did the bride come to the wedding in a garbage truck? What is her husband’s job? How did they decorate the garbage truck? 26
  • 32. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME C. Sequencing Look at the sentences below and put them into the correct order according to the article. a. b. c. d. e. f. They decorated the garbage truck. Mageswari first saw Rajoo driving a garbage truck. They got married. They decided to get married. They met and fell in love. Mageswari came to the wedding in the garbage truck. Post-Reading Activities A. Spelling Test Your teacher is going to read out 5 words from today’s article. Write the words here (do not look back at the article) 1. ___________ 2. ___________ 3. ___________ 4. ___________ 5. ___________ 27
  • 33. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME B. Gap-Fill Read the paragraph below and fill in each space with the correct word from the list. Use each word or phrase only once. flowers got married wedding bride Habibah and Ahmad had a wonderful __________ (1). The _____________ (2) wore a beautiful dress. They ___________ (3) in a community hall which was decorated with ribbons and ____________ (4). C. Discussion Answer these questions in small groups : 1. 2. 3. D. How do people get married in your hometown? Do people often date before they get married?. If not, why? Where do people get married? Writing Write a description of a wedding ceremony that you have attended. 28
  • 34. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME BAHASA MELAYU OBJEKTIF TAJUK : : Membina hukum yang menghubungkan kata dasar yang bermula dengan ‘T’ dengan imbuhan ‘me’ Tatabahasa – Imbuhan Kata Kerja (Awalan Me- untuk kata dasar bermula dengan t) TINGKATAN : 1 BAHAN BANTU MENGAJAR: Kad gambar PENGETAHUAN PERLU ADA : Murid telah tahu yang kata terbitan terdiri daripada imbuhan dan kata dasar. AKTIVITI 1. Murid ditunjukkan gambar tentang orang sedang menulis, menendang bola, menumbuk sambal, menarik lembu, menonton televisyen. 2. Pelajar menulis ayat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar tersebut. Murid diminta menuliskan ayat-ayat ini di papan tulis dan menggariskan kata- kerja yang berimbuhan meseperti menulis, menendang, menumbuk, menarik dan menonton. 3. Murid menentukan kata dasar kepada perkatan-perkataan ini dan menyenaraikannya dalam jadual seperti yang di bawah: Kata Terbitan Kata Dasar menulis menendang menumbuk menarik menonton 4. tulis tendang tumbuk tarik tonton Murid diberikan beberapa kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru. Kemudian murid membentuk kata terbitan jika imbuhan mediletakkan pada awal kata dasar ini. 5. Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi. 29
  • 35. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 6. Murid membaca ayat-ayat yang berikut: • Saleh menangis bila dimarahi gurunya. • Fadilah menambah gula kepada air milonya. • Sambil menyelam Raju telah mentelan air. • Menorek hidung adalah satu tabiat yang buruk. Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataan-perkataan yang bergaris dan memberikan sebab. 7. Murid merumus peraturan yang mereka gunakan bila menghubungkan kata dasar yang bermula dengan huruf ‘t’ dengan imbuhan ’ me’. 8. Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf ‘t ‘ tetapi tidak mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan mentelaah. 30
  • 36. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KIMIA TAJUK: Asid, Bes dan Garam HASIL PEMBELAJARAN UMUM: Mensintesiskan konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat dan alkali lemah HASIL PEMBELAJARAN KHUSUS: Menghubungkaitkan nilai ph dengan keasidan atau kealkalian sesuatu bahan. TINGKATAN: 4 PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid telah mempelajari konsep asid dan bes. AKTIVITI 1. Guru cuba menarik perhatian murid kepada situasi berikut : a. Sejak akhir-akhir ini kita sering melihat iklan dan produk tentang bahan-bahan kecantikan wanita yang menekankan tentang kandungan pHnya. (Guru boleh menunjukkan iklan atau produk yang bersesuaian). b. Buah limau yang sering kita makan setiap hari mempunyai nilai pH yang lebih tinggi berbanding dengan buah limau nipis. (sedangkan kedua-duanya adalah berasid) Apakah yang anda faham dengan nilai pH? 2. Dapatkan pandangan murid tentang perkaitan pH dengan keasidan dan kealkalian bahan. Murid diminta menguji bahan-bahan domestik (cuka, cecair pencuci, buah limau, syampu, air mineral, air paip) untuk mencari nilai pH bahan-bahan tersebut dan mencatatkannya. 31
  • 37. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 3. Murid membuat rumusan tentang data yang diperolehi. Guru menjelaskan hubung kait skala pH dengan keasidan dan keakalian bahan. (Murid dapat menstrukturkan semula idea mengenai pH). 32
  • 38. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME GEOGRAFI OBJEKTIF : TAJUK TINGKATAN i. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk ii.Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan penduduk. : Taburan Penduduk : 2 BAHAN BANTU MENGAJAR Bahan edaran “Di mana Anda Ingin Tinggal” bagi setiap murid Peta lakar yang menunjukkan negeri-negeri di negara Malaysia bagi setiap murid dan satu salinan peta itu bagi setiap kumpulan Pensil warna Kalkulator AKTIVITI 1. Murid berbincang mengenai beberapa negeri di negara Malaysia. Apakah gambaran minda murid apabila mereka membincangkan negeri Kelantan atau Sarawak atau negeri-negeri lain dibincangkan? Adakah gambaran ini positif atau negatif? Bagaimanakah gambaran mental tersebut telah berkembang? 2. Murid menyatakan negeri yang paling digemari dan paling tidak digemari untuk tinggal serta beri sebab-sebab. 3. Bahan edaran “Di mana Anda Ingin Tinggal” diberikan kepada semua murid. Murid dikehendaki mengatur negeri-negeri kegemaran mereka berdasarkan skala 1-5. Murid diberi panduan menggunakan skala tersebut (contohnya, skala 1 bermakna murid tidak ingin tinggal di tempat itu, skala 5 bermakna murid itu benar-benar ingin tinggal di tempat tersebut, skala 3 bermakna murid tidak mempunyai pendapat tegas terhadap sesuatu tempat). 4. Setiap murid mewarnakan negeri-negeri kegemaran mereka pada peta negara Malaysia dengan menggunakan warna lembut untuk melambangkan negeri-negeri yang paling tidak digemari sehingga ke warna gelap untuk melambangkan negeri-negeri yang paling digemari. 33
  • 39. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 5. Murid berbincang mengenai negeri kegemaran mereka. Soalan-soalan perbincangan adalah seperti yang berikut: Mengapakah anda suka tinggal di negeri yang anda pilih? Bagaimanakah anda membuat keputusan mengenai negeri yang paling tidak digemari? Adakah anda lebih menggemari negeri jiran daripada negeri yang jauh? Mengapa? Apakah pengalaman atau maklumat yang digunakan untuk membuat keputusan sedemikian? Apakah maklumat tambahan yang anda perlu bagi setiap negeri untuk membantu anda membuat keputusan tepat? Pada pendapat anda, mungkinkah anda akan berpindah untuk tinggal di negeri yang anda gemari? Apakah faktor tarikan dan faktor tolakan yang membantu anda membuat keputusan tersebut? 6. Kertas cadangan dikumpul. Kelas membuat analisis dengan mengira purata skor bagi setiap negeri kegemaran mereka secara keseluruhan. Analisis ini dibuat secara kolaboratif. Senaraikan negeri mengikut purata kegemaran. Contohnya : Negeri Perlis Kedah Pulau Pinang Purata skor 4.5 4.2 3.8 7. Kelas melukis/melakar dan mewarnakan peta kegemaran berdasarkan data di atas sama seperti langkah 4. Peta kegemaran yang mewakili kelas ini boleh juga diperbesar untuk ditampal pada papan kenyataan kelas. 8. Murid boleh menganalisis peta tersebut berdasarkan soalan-soalan yang berikut: Negeri manakah yang paling digemari? Kurang digemari? Mengapa? Mengenal pasti negeri-negeri yang mempunyai kesamaan daripada aspek kegemaran murid? Apakah sebab-sebab yang diberikan oleh murid? Apakah pola yang terdapat dalam peta itu? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan peta minda itu? 34
  • 40. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME KESIMPULAN Murid disoal mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tempat tinggal dan imej mental mereka terhadap tempat tersebut. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap pola pemilihan tempat tinggal? Jika imej mental murid terhadap negeri-negeri ini berdasarkan maklumat yang tidak lengkap dan berat sebelah, cadangkan kepada mereka untuk mengkaji tentang negeri-negeri tersebut sama ada tanggapan mereka benar atau tidak. 35
  • 41. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME BAHAN EDARAN : “DI MANA ANDA INGIN TINGGAL” Susun atur negeri-negeri kegemaran anda berdasarkan skala berikut: 1 = Amat tidak digemari 2 = Tidak digemari 3 = Tiada pendapat 4 = Digemari 5 = Amat digemari _______ Perlis _______ Kedah _______ Pulau Pinang _______ Perak _______ Selangor _______ Wilayah Persekutuan _______ Melaka _______ Negeri Sembilan _______ Johor _______ Pahang _______ Terengganu _______ Kelantan _______ Sabah _______ Sarawak 36
  • 42. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PENILAIAN MODUL 1. Apakah yang anda faham tentang Konstruktivisme? 2. Apakah perbezaan antara Konstruktivisme dan Behaviorisme? 3. Senaraikan lima ciri pembelajaran secara konstruktivisme. 4. Mengapakah pembelajaran secara konstruktivisme penting dalam sistem pendidikan hari ini? 5. Senaraikan peranan guru dan murid dalam kelas apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan. 6. Bezakan pembelajaran secara tradisional dengan pembelajaran secara konstruktivisme. 7. Bina satu contoh rancangan mengajar yang menerapkan ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme. 37
  • 43. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME RUJUKAN Briner,M.(1999).[Online]Available: http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html Brooks,J.G. & Books,M.G. (1999). Educational Leadership, 57(3). The Courage To Be Constructivist. Brooks,J.G. & Brooks,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The Case For Constructivist Classrooms. Alexandria, VA:Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD) Dick,M.H. (1994). An Instructional Designer’s View Of Constructivism. Educational Technology, May, 41-44. Duffy,T.M. & Jonassen,D.H. (1991). Constructivism: New Implications For Instructional Technology? Educational Technology, May, 7-12. Gardner,H.(2000).The Disciplined Mind. New York : Penguin Books. Jonassen,D.H. (1991). Objectivism Versus Constructivism: Do We Need A New Philosophical Paradigm? Educational Technology Research And Development, 39 (3), 5-14. Jonasson,D.H. (Undated). Thinking Technology: Toward Constructivist Design Model. [Online)] Available: http://ouray.cudenver.edu/~slsanfor/cnstdm.txt A Khalsa,G. (Undated). Constructivism. [Online]. Available: http://www.gwu.edu/~etl/khalsa.html Lebow,D. (1993). Constructivist Values For Instructional Systems Design: Five Principles Toward A New Mindset. Educational Technology Research And Development, 41(3), 4-16. McBrien,J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms. Alexandria, VA. Association for Supervision and Curriculum Development. Merrill,M.D. (1991). Constructivism And Instructional Design. Educational Technology, May, 45-53. Nik Azis Nik Pa (1997). Pembentukan Model Pengajaran Matematik Berlandaskan Konstruktivisme Radikal. Science and Mathematics Education, 11, 27-36. Nik Azis Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Postman,N.& Weingartner,C.(1969). Teaching as a Subversive Activity. New York : Dell Sushkin,N.(1999).[Online]Available: http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html 38
  • 44. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Tran Vui (1999). Constructivism in Mathematics Education, Part 1. (nota kursus SM 107 : Constructivism and Innovative Teaching Strategies in Secondary Mathematics), RECSAM. General overview of the constructivist theory: http://www.oltc.edu.au/cp/04c.html Constructivist Theory (Bruner,J). [Online]. Available: http://www.gwu.edu/~tip/bruner.html Website with good constructivism primer, classroom tips and links: http://www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/ Website with resources for constructivist instruction: http://hale.pepperdine.edu/~rsaldric/construct.html 39
  • 45. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME PANEL PENULIS Penasihat: Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin Pengerusi: Dr. Rohani Abdul Hamid Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ahli Panel: Mahzan bin Bakar ( Ketua ) Pusat Perkembangan Kurikulum Norjoharuddin bin Mohd Nor RECSAM, P. Pinang ( Pakar Rujuk ) Indira Popatlal Pusat Perkembangan Kurikulum Loh Kok Khuan Pusat Perkembangan Kurikulum Maharom Mahmood Pusat Perkembangan Kurikulum Mokelas Ahmad Pusat Perkembangan Kurikulum Arni Zainir Pusat Perkembangan Kurikulum Norhayati Mokhtar Pusat Perkembangan Kurikulum 40
  • 46. PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME SENARAI NAMA MODUL DAN BUKU PENERANGAN AM Modul dan buku penerangan am yang dihasilkan oleh PPK : • Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran • Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengaran Dan Pembelajaran • Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) • Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan • Pembelajaran Secara Konstruktivisme • Pembelajaran Secara Kontekstual • Pembelajaran Akses Kendiri • Pembelajaran Masteri • Belajar Cara Belajar • Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Dan Misi, Kementerian Pendidikan Malaysia • Kepimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah • Penilaian Kendalian Sekolah 41